NORMALA BINTI ABDULLAH
Because the accused was a repeat offender previously convicted under s.39C(1), S.39C(2) of the Dangerous Drugs Act 1952 mandated imprisonment of not less than seven years; the court therefore lawfully imposed the statutory minimum seven years' imprisonment to run from date of arrest and two years' supervision under...
Source-derived case information.
- Citation
- BJ-62D-168-11/2025 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Prosecutor: Pendakwa Raya; Accused: Normala binti Abdullah
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 18 November 2025
- Case Number
- BJ-62D-168-11/2025 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Criminal Dangerous Drugs Act 1952 / Sentencing in Sessions Court (appeal Against Sentence Filed to High Court)
- Outcome
- Sentence imposed by Sessions Court upheld as lawfully within statutory prescription
- Legal Topics
- Consumption of Dangerous Drugs, Mandatory Minimum Sentence, Supervision Order Under AADK, Whipping Prohibition for Females
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecutor
Normala binti Abdullah
Accused
Procedural Posture
Criminal Dangerous Drugs Act 1952 / Sentencing in Sessions Court (appeal Against Sentence Filed to High Court)
Legal Issues
- 1 Whether S.39C(2) Dangerous Drugs Act 1952 mandates a minimum 7-year imprisonment for repeat drug consumption offence
- 2 Whether whipping is permissible against a female offender under the relevant provisions
- 3 Whether the accused's guilty plea and personal mitigation justify a reduced sentence contrary to public interest and statutory mandatory sentence
Ratio Decidendi
Because the accused was a repeat offender previously convicted under s.39C(1), S.39C(2) of the Dangerous Drugs Act 1952 mandated imprisonment of not less than seven years; the court therefore lawfully imposed the statutory minimum seven years' imprisonment to run from date of arrest and two years' supervision under s.38B ADB; whipping was not ordered because the accused is female and thus exempt under section 289; the guilty plea and personal mitigation were considered but were outweighed by public interest and the seriousness of the offence.
Court Disposition
Sentence imposed by Sessions Court upheld as lawfully within statutory prescription
Orders
- Imprisonment for 7 years to run from date of arrest
- Supervision under Section 38B Dangerous Drugs Act 1952 for 2 years under AADK
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BJ-62D-168-11/2025 Kand. 9 25/01/2026 21:41:29 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA SELANGOR DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (BIDANG JENAYAH) KES TANGKAP: BJ-62D-168-11/2025 ANTARA PENDAKWARAYA DAN NORMALA BINTI ABDULLAH (NO. K/P: 890711-08-6320) ALASAN PENGHAKIMAN (Hukuman sahaja) LATAR BELAKANG KES [1] Ini adalah rayuan yang difailkan oleh OKT (Perayu) terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini terhadap OKT pada 18.11.2025. [2] OKT di dalam kes ini didapati bersalah dan disabitkan melalui pengakuan salah OKT terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang mana boleh dihukum di bawah S.39C(2) Akta yang sama. Setelah mendengar mitigasi OKT dan hujahan Timbalan Pendakwaraya serta fakta kes dan prinsip penghukuman yang sedia ada, Mahkamah yang Mulia ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan bagi kesalahan tersebut. S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] OKT telah dituduh di Mahkamah ini pada 18.11.2025 dengan pertuduhan yang didaftarkan di bawah kes BJ-62D-168-11/2025 seperti berikut: - PERTUDUHAN : BAHAWA KAMU PADA 08.06.2025, JAM 7.50 PETANG HRS DI PEJABAT BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK IPD SABAK BERNAM, DALAM DAERAH KUALA SELANGOR, DALAM NEGERI SELANGOR, TELAH DIDAPATI MEMASUKKAN DADAH BERBAHAYA IAITU AMPHETAMINE DAN METHAMPHETAMINE KE DALAM BADAN KAMU SENDIRI, DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 15(1)(A) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952, YANG MANA KAMU SEBELUM DARI MELAKUKAN KESALAHAN INI TELAH DISABITKAN DENGAN SATU (1) KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39C (1) AKTA YANG SAMA (SEPERTI LAMPIRAN). OLEH YANG DEMIKIAN, KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN SEKSYEN 15(1)(A) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39C (2) AKTA YANG SAMA. HUKUMAN : HENDAKLAH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARI 7 TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA 13 TAHUN DAN JUGA DIKENAKAN HUKUMAN SEBATAN TIDAK KURANG DARI 3 DAN TIDAK LEBIH DARI 6 KALI SERTA PENGAWASAN DI BAWAH SEKSYEN 38B SELAMA TIDAK KURANG DUA TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARI TIGA TAHUN. S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [4] Pada hari pertama pertuduhan dibacakan terhadap OKT, OKT mengaku bersalah terhadap pertuduhan, faham akibat dan sebab pengakuan, setelah dibacakan pertuduhan dan diterangkan kepada OKT dalam Bahasa Malaysia. Mahkamah kemudiannya telah mensabitkan kesalahan OKT dan menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dari tangkap dan 2 tahun pengawasan di bawah Seksyen 38B Akta yang sama. [5] OKT tidak berpuas hati dengan hukuman yang diberikan dan telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 20.11.2025 secara sendiri melalui Penjara Kajang, merayu ke Mahkamah Tinggi atas hukuman yang diputuskan. FAKTA KES [6] Menurut fakta kes (P1) yang di kemukakan oleh Timbalan Pendakwaraya, pada 8.6.2025 jam lebih kurang 7.50 malam, bertempat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sabak Bernam, Selangor, Insp Muhammad Iqbal Bin Ahmad Zawawi, No. Polis: G/23123 (selepas ini disebut sebagai "Pengadu") dibantu oleh satu orang anggota polis yang lain telah membuat ujian saringan awal air kencing ke atas (1) orang perempuan warganegara Malaysia berketurunan Melayu bernama NORMALA BINTI ABDULLAH (selepas ini disebut sebagai "Tertuduh"). [7] Sebelum memulakan ujian, Tertuduh telah diminta memilih botol spesimen air kencing dan Tertuduh telah memilih botol S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal specimen air kencing no. siri: D0651292. Tertuduh telah diiringi ke tandas oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik. Tertuduh telah mengisikan air kencingnya dalam botol spesimen air kencing tersebut dan kemudiannya membawa botol spesimen air kencing itu ke meja penguji. Pengadu seterusnya menjalankan ujian saringan awal ke atas spesimen air kencing Tertuduh. [8] Hasil daripada ujian saringan awal air kencing tersebut, Tertuduh didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Botol spesimen air kencing tersebut juga telah dimeteraikan di hadapan Tertuduh oleh Pengadu. Keputusan ujian saringan awal air kencing tersebut juga telah dimaklumkan kepada Tertuduh. Pengadu kemudiannya telah membuat tangkapan ke atas Tertuduh seperti mana dalam no. Repot Sungai Besar/2492/2025. [9] Botol sampel air kencing yang mengandungi spesimen air kencing tertuduh telah dihantar ke Makmal Dadah dan Penyelidikan, Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur. Hasil analisa spesimen air kencing Tertuduh disahkan mengandungi dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Amphetamine dan Methamphetamine adalah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. [10] Tertuduh juga sebelum ini pernah dituduh dan dihukum di Mahkamah Sesyen bagi kesalahan di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 seperti berikut:- S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal BIL. МАНКАМАН / TARIKH KESALAHAN HUKUMAN NO KES TARIKH KESALAHAN 1. Mahkamah 08/09/2021 Seksyen 39C Tertuduh dijatuhkan Sesyen Klang (1) ADB hukuman Pemenjaraan / Bl-62D-68- 1952 5 Tahun Dari 12.3.2020 09/2020 di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tertuduh juga diperintahkan menjalani perintah pengawasan (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) AADK selama 2 tahun. [11] Berdasarkan keterangan, kronologi kes, dan sabitan lampau terhadap satu (1) pertuduhan di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Tertuduh dituduh di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 39C (2) serta pengawasan di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952. [12] Kemudiannya, Timbalan Pendakwaraya telah mengemukakan ekhibit-ekshibit berikut untuk penandaan: S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal P1 - fakta kes (telah dibaca, terang dan faham dalam Bahasa Malaysia dan diakui benar oleh OKT) P2 – repot Sungai Besar/2492/25 P3 – repot tangkap Sabak Bernam/2134/25 P4 a-c – 3 keping gambar botol urine P5 - Laporan patologi no makmal 2540028569 P6 - Borang permintaan urine OKT tarikh 8.6.2025 P7 – Surat Pengesahan Rekod kesalahan lampau OKT di Mahkamah Sesyen Klang bertarikh 5.8.2025 [13] Dalam mitigasi OKT yang tidak diwakili oleh peguambela, OKT berhujah dan merayu agar hukuman penjara yang bakal dikenakan adalah dari tarikh tangkap. OKT mempunyai 4 org anak yang masih bersekolah dan ada anak OKU. OKT mempunyai ibu masih dan OKT menyesal atas kesalahan yang dilakukan dan memohon hukuman ringan dan dikurangkan. OKT berumur 53 tahun dan mempunyai anak yang akan menjalani pembedahan. OKT faham mengenai hukuman bagi kesalahan ini. OKT juga memaklumkan bahawa OKT mempunyai seorang ibu yang perlukan penjagaan dan tanggungan. Sebelum ditahan OKT bekerja sebagai seorang tukang cuci atau “cleaner” bagi menyara keluarga. S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] Dalam hujahan balas, Timbalan Pendakwaraya (TPR) telah memohon agar hukuman yang setimpal dikenakan ke atas OKT. TPR juga memohon agar hukuman yang diberikan dapat memberi pengajaran kepada OKT dan masyarakat. [15] Setelah mendengar mitigasi OKT dan hujahan pihak TPR, Mahkamah yang Mulia ini telah mensabitkan kesalahan OKT sebagaimana pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39C(2) Akta yang sama. Mahkamah juga telah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). [16] OKT tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah bertarikh 18.11.2025 dan telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan tersebut pada bagi mengurangkan hukuman. Alasan-alasan penghukuman Mahkamah yang Mulia ini adalah sebagaimana di bawah. UNDANG-UNDANG [17] OKT telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan seperti berikut:- S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "(1) Any person who - (a) consumes, administers to himself or suffers any other person, contrary to section 14 to administer to him any dangerous drug specified in Parts III and Iv.of the First Schedule; or (b) is found in any premises kept or used for any of the purposes specified in section 13 in order that any such dangerous drug may be administered to or smoked or otherwise consumed by him, shall be guilty of an offence against this Act and shall be liable on conviction to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding two years." [18] Memandangkan OKT telah mempunyai satu kesalahan di bawah S.39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, hukuman bagi kesalahan seterusnya adalah sebagaimana Seksyen 39C(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan seperti berikut: “(2) Where a person who has been punished under subsection (1) is convicted of a subsequent offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than seven years but shall not exceed thirteen years, and he shall also be punished with whipping of not less than three strokes but not more than six strokes.” [19] Selanjutnya mahkamah ini juga merujuk kepada seksyen 38B Akta yang sama memperuntukkan seperti berikut: S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "(1) Where a person is found guilty of an offence under section 15, he shall, immediately after having undergone the punishment imposed upon him in respect thereof, undergo supervision by an officer as defined under section 2 of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983 for a period of not less than two and not more than three years as may be determined by the court. (2) A person required to undergo supervision under subsection (1) shall be deemed to have been placed under such supervision under paragraph 6(1)(b) of the Drug Dependants (Treatment and Rehabilitation) Act 1983." ALASAN HUKUMAN [20] Secara amnya, Mahkamah yang Mulia ini telah mengambil kira faktor-faktor berikut dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT bagi kes ini : i) Kepentingan awam; ii) Keseriusan kesalahan; iii) Pengakuan salah OKT; dan iv) Latar belakang OKT; [21] Seksyen 173(b) Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan kuasa bagi Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman menurut undang-undang ketika mana seorang tertuduh mengaku S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bersalah. Seksyen 173(b) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut : “173. Procedure in summary trials The following procedure shall be observed by Magistrates in summary trials: (a)…. (b) If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him.” [22] Dalam kes ini, OKT telah memahami sebab dan akibat pengakuannya dan pengakuan salah yang telah direkodkan adalah bukannya pengakuan bersyarat. Frasa “menjatuhkan hukuman menurut undang-undang” yang terkandung di dalam seksyen 173(b) Kanun Prosedur Jenayah telah disentuh di dalam kes Tan Ley Chen v. PP [2000] 4 CLJ 492 di mana Augustine Paul J (ketika itu) di m.s 496e – m.s 497d memutuskan: S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “The phrase “pass sentence according to law” in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles (see Re Chang Cheng Hoe & Ors [1966] 1 LNS 155; PP v Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315; Philip Lau Chee Heng v. PP [1988] 2 CLJ 873’ [1988] 3 MLJ 107)…” Where public interest demands a deterrent sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty must also give way (see Sim Gek Yong v. PP [1995] 1 SLR 537; R v. Costen [1989] 11 Cr App R (S) 182). Thus, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 (refd). Be that as it may, as I said earlier it must not be overlooked that the general rule is that an accused should be given a lesser punishment for pleading guilty.” [Emphasis added] [23] Menurut kes perundangan, maksud menjatuhkan hukuman berdasarkan peruntukan undang-undang adalah bukan sahaja mengikuti ruang lingkup peruntukan perundangan namun mestilah jua dengan merujuk kepada prinsip kehakiman yang telah sedia ada. Hal ini disokong sebagaimana dinyatakan di dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315 yang mana telah diputuskan seperti yang berikut: S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “a sentence according to law” means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles”. [24] Mahkamah ini telah merujuk dan mendapatkan panduan kepada prinsip penghukuman yang dinyatakan di dalam kes R v Ball 35 Cr App R 164 di mana Hilbery J menerangkan sebagaimana berikut : “In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal ways to honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances for each case. Not only as regards to the crime, but in regard to each criminal, the court has the right and duty to decide whether to be S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal lenient or severe. It is for these reasons, and with these purpose in view, that before passing sentence the court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person.” [25] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip penghukuman pembalasan (“retributive”), deteren (“deterrent”), pencegahan (“preventive”) dan pemulihan (“reformation”) sebagai panduan. Hukuman yang telah dijatuhkan bukan sebagai tujuan untuk membalas dendam seperti yang dinyatakan di dalam kes Hari Ram Seghal v PP (1981) 1 MLJ 165 sebagaimana berikut :- “Our court since a long time since progressed from eye for an eye” and a tooth for a tooth: type of justice. The avowed aims of punishments are retribution, justice, deterrence, reformation and protection, but it is never intended as a vehicle of vengeance” [26] Perintah Mahkamah bertarikh 18.11.2025 yang menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan adalah selaras dengan kehendak dan peruntukan di bawah Seksyen 39C (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952. [27] Ini kerana penggunaan perkataan “shall be punished with” di dalam Seksyen 39C (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 juga menunjukkan penegasan mandatori sebagaimana yang dijelaskan di S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam banyak kes-kes seperti PP v. Mohd Tajuddin Ahmad [1997] I CLJ Supp 384, “[1] Section 376 of the Penal Code is the punitive provision for the offence of rape and it is observed that the punishment of "imprisonment" is preceded by the expression "shall be punished with" whereas the punishment of "whipping" is preceded by the expression "shall also be liable to". The legislature must have intended the expressions to mean differently and bear different consequences. [2] The legislature has varying modes of indicating in any penal provision the type and extent of punishment to be meted out, whether an imprisonment or a fine or whipping or any combination. It also indicates its intention whether a particular sentence is mandatory or discretionary by the use of expressions such as "shall be punished with" or "shall be liable to", the former being mandatory and the latter discretionary.” Manakala prinsip yang sama juga di rujuk di dalam kes Gabriel v. PP [1992] 1 MLJ 593; dan PP v. Man Bin Ismail [1939] 8 MLJ (FMSR) 207. S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [28] Malah, penggunaan perkataaan “shall be punished with” di dalam Seksyen jelas hukuman pemenjaraan adalah mandotari hukuman pemenjaraan adalah wajib. Mahkamah juga merujuk kepada kes PP v. Hassan Ali Abdul Razak [2016] 9 CLJ 584, di mana Zulkifli Bakar J memutuskan :- “(1) The use of the words "shall be liable" in the law must be distinguished from the words "shall be punished with". With the words "shall be punished" used, it gives no discretion to the court. However, the court is vested with a discretionary power to pass sentence of imprisonment not more than the maximum provided in the law when the phrase "be liable" is used, as in the present case. Such phrase carries no mandatory connotation. (paras 13 & 14)” [29] Di dalam kes PP v. Man Ismail [1938] CLJU 54; [1938] 1 LNS 54 di mana Aitken J telah menerangkan perbezaan di antara penggunaan frasa undang-undang bagi "shall be liable to" berbanding "shall be punished with imprisonment". Aitken J memutuskan : “It would also seem that the learned Magistrate, who tried this particular case, was under the impression that because the section provides that every person found guilty of an offence against it "shall be liable to imprisonment for six months", therefore he was compelled to pass some sentence of imprisonment on such a person however many mitigating circumstances might be present. If that was his impression, then in my S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal opinion he was under an entirely wrong impression as to the meaning of the words "shall be liable to". To my mind they give the Court an absolute discretion as to whether it shall award a sentence of imprisonment or deal with the accused under and in accordance with the probationary provisions of s. 294 of the Criminal Procedure Code. If the legislature had intended that all persons convicted of an offence against this s. 3 (a) of the Vagrants and Decrepit Persons Enactment should be sent to prison, whatever the circumstances may be, it would have used the expression "shall be punished with imprisonment", which is to be found so frequently in our Penal Code. (emphasis added).” [30] Adalah jelas bahawa hukuman penjara di bawah S.39C(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah wajib dan ianya memperuntukkan bahawa bagi hukuman penjara wajib ini tempoh yang perlu dijatuhkan adalah tidak kurang daripada 7 tahun dan tidak lebih dari 13 tahun. [31] Mahkamah juga di dalam menjatuhkan hukuman ini tidak mengenakan hukuman sebatan tidak kurang dari 3 sebatan dan tidak lebih daripada 6 sebatan kerana OKT adalah seorang wanita di mana Seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah yang memperuntukan sebagaimana berikut :- “No sentence of whipping shall be executed by instalments, and none of the following persons shall be punishable with whipping: S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (a) females; (b) males sentenced to death; (c) males whom the Court considers to be more than fifty years of age, except males sentenced to whipping under section 376, 377C, 377CA or 377E of the Penal Code.” [32] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menyatakan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKT selama 7 tahun dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan adalah di dalam lingkungan peruntukan undang-undang. Ianya selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 183 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang mana menyatakan seperti berikut:- “Sentence 183. If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law.” FAKTOR KEPENTINGAN AWAM [33] Faktor pertama yang telah diambil kira oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT dalam kes ini adalah faktor kepentingan awam. Bagi tujuan prinsip penghukuman ini Mahkamah telah merujuk kepada kes Tan Bok Yeng v PP (1972) 1 MLJ 214 di mana Mahkamah di dalam kes tersebut menekankan sebagaimana berikut :- S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “It is not merely the correction at the offender which is the prime object of punishment. The consideration of public interest have also to be borne in mind. In certain type of offences a sentence has got to be deterrent so that others who are like minded may restrained from becoming a menace to society..” [Emphasis added] [34] Mahkamah juga telah merujuk kepada kes PP v Mohd Ramly (1974) 1 MLJ 95 di mana kepentingan awam perlu ditekankan berbanding kepentingan OKT di mana Mohamed Azmi J menyatakan sebagaimana berikut :- “In my view, the learned magistrate failed to consider sufficiently the serious nature of the offence committed and the deliberate manner in which the crime had been perpetrated. Where the offence committed is not of a trivial nature and it is committed with such degree of deliberateness, a case can rarely come within the ambit of this section. In assessing sentence, a proper balance should be struck between public interest and the interest of the accused. In the present case, it is apparent from the grounds of judgment that the learned magistrate was too preoccupied with the interest of the accused whilst giving no adequate consideration to public interest. The object of punishment is not only to punish the offender but also to deter others.” S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [Emphasis added] [35] Dalam apa jua situasi dan keadaan, Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman perlu menimbang faktor kepentingan awam adalah perkara paling utama dan hukuman yang berat perlu dikenakan untuk melindungi masyarakat. Bagi prinsip tersebut, Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP v Chung Kwong Huah, [1981] 1 MLJ 316, Chan J telah memutuskan sebagaimana berikut : “The public is entitled to be protected and it is not likely to be so protected if lenient sentences are passed.” [36] Oleh itu adalah mustahil bagi melindungi masyarakat umum daripada kegiatan jenayah sekiranya hukuman berat tidak diberikan. Mahkamah ini juga telah merujuk kepada kes yang telah diputuskan oleh HMT Abdoolcader J (as he then was) di dalam kes PP v Teh Ah Cheng [1976] 2 MLJ 186 di ms 187 di mana Y.A Hakim telah memutuskan sebagaimana berikut :- “In sentencing generally the public interest must necessarily be one of the prime considerations ... public interest should never be relegated to the background and must of necessity assume the foremost importance.” S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [37] Manakala di dalam kes PP v Dato’ Seri Anwar Ibrahim (No.3) [1999] 2 CLJ 46, Augustine Paul J telah memutuskan di ms 466 sebagaimana berikut : “It is settled law that a court should, when sentencing an accused, take into account all considerations relevant to the case, including the gravity of the offence, the circumstances surrounding the commission of the offence, the antecedents of the accused, the deterrent effect that punishment is to have, any factor that warrants special attention either in favour or against the accused and above all the public interest (see Lim Guan Eng v. Pendakwa Raya [1998] 3 CLJ 769)” [Emphasis added] [38] Kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT adalah satu kesalahan yang serius di mana hukuman ini adalah bagi kesalahan seterusnya selepas sabitan bagi kesalahan di bawah S.39C(1) iaitu penjara selama tidak kurang 5 tahun dan sebutan tidak lebih 3 kali sebutan. OKT telah disabitkan dengan kesalahan di bawah S.39C(1) ADB, namun selepas menjalani hukuman tersebut OKT telah ditahan sekali lagi bagi kesalahan urine di bawah S.15(1)(a) ADB. Ini menunjukkan OKT tidak insaf atas perbuatan terdahulu dan telah mengulangi kesalahan yang sama. S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [39] Adalah jelas hasrat parlimen semasa meminda Akta ini dan pengenalan S.39C ADB adalah bagi membenteras aktiviti pengambilan dadah bagi pesalah tegar. Ini semata-mata dadah itu adalah musuh ketat negara yang boleh merosakkan minda, emosi penagih dadah dan secara tidak langusung akan memberi impak kepada masa depan negara. Mahkamah ini merujuk kepada kes PP V. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559, di mana Mohd Zawawi Salleh HMR semasa di Mahkamah Rayuan telah menekankan mengenai kesalahan berkaitan dadah berbahaya sebagaimana berikut: "[21] Tidak dapat dipertikaikan bahawa kesalahan yang berkaitan dengan dadah adalah merupakan satu kesalahan yang serius yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman negara serta kesihatan umum. Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh nombor satu negara oleh Kerajaan pada tahun 1983. Justeru, jika Mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan kepada satu kesalahan yang ditetapkan melalui Parlimen sebagai serius, sudah tentu perlindungan sewajarnya tidak dapat diberikan kepada orang ramai. Dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP (supra) mahkamah menegaskan: "The severity of sentence can only be to reflect Parliament's intention that conviction for being in possession of a large amount of any form of prohibited drugs must commensurate with the sentence to be passed on the peculiar facts of each case." S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [40] Mesej yang tegas mesti dihantar kepada masyarakat bahawa pengetahuan bahawa dadah adalah musuh negara. Mahkamah merujuk kepada kes R v Davies (1978)67 Cr App R 207 di mana Mahkamah telah memutuskan :- “At one time it was fashionable to suggest that retribution ought not to enter into sentencing policy. That option I think, is not held as strongly now as it was a few years ago. The reason is manifest: the courts have to make it clear that crime does not pay and the only way they can do so is by the length of the sentences. Sentences show the court’s disapproval. On behalf of the community, of particular types of criminal conduct.” [41] Tambahan kes-kes berkaitan dengan dadah seperti kes “urine”, kes pemilikan dadah dan pengedaran dadah kian bertambah di daerah ini dan ini merunsingkan masyarakat dan orang awam yang tidak bersalah. Mahkamah ini adalah tidak terhalang dari mengambil “judicial notice” dan ianya adalah pengetahuan umum bahawa kejadian jenayah melibatkan dadah ini semakin bertambah jika dilihat daripada pendaftaran kes melibatkan dadah setiap bulan semakin meningkat. [42] Mahkamah telah merujuk kepada kes Lee Chow Meng v. PP [1975] 1 MLRH 583, Abdul Hamid J telah memutuskan bahawa HMS telah tidak tersalah arah apabila mengambil “judicial notice” S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa sesuatu kes semakin meningkat adalah “common and general knowledge” sebagaimana berikut :- “[5] What matters constitute common and general knowledge may be gathered from Sarkar on Evidence, 12th Ed, where the learned author, speaking of common knowledge, at p 575, said: "The matter of which a court will take judicial notice must be a subject of common and general knowledge. In other words, judicial knowledge of facts is measured by general knowledge of the same facts. A fact is said to be generally recognised or known when its existence or operation is accepted by the public without qualification or contention. The test is whether sufficient notoriety attaches to the fact involved as to make it proper to assume its existence without proof." ….. [7] Sarkar on the same page has something to say concerning the notorious facts: "Judicial notice is taken of various facts which are familiar to any judicial tribunal by their universal notoriety or regular recurrence in the ordinary course of nature or business. As judges must bring to the consideration of questions they have to decide their knowledge of the common affairs of life, it is not necessary on the trial of an S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal action to give formal evidence of matters with which men of ordinary intelligence are acquainted" [8] Matters which the court may take judicial notice are far from exhaustive. Courts have even taken judicial notice that street in London are crowded and dangerous - (Dennis v. White [1916] 2 KB 1 at p 6); and of world - wide economic depression (Ram Tarak v. Selgram [1944] AC 153). [9] In this connection let me also refer to the case cited by Encik TS Sambanthamurthi (Yong Pak Yong v. Public Prosecutor [1959] 1 MLRH 536; [1959] 1 MLJ 176) where Good J (as he then was) said at p 177: "In dealing with a matter of sentence as distinct from considering whether a person ought to be convicted or not of the offence. I think that the courts are entitled to take judicial notice of what is notorious, of what everybody knows. Indeed, I came across recently in an entirely different connection a case in which the Privy Council took judicial notice of the existence of a particular class of contracts in India." [10] Further on His Lordship said: S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "Similarly we members of the judiciary sitting in these courts cannot avoid acquiring a very considerable knowledge, from the cases that come before us, of the activities and the prevalence of secret societies and, in particular, in this town of Ipoh." [43] Oleh yang demikian, Mahkamah menegaskan bahawa hukuman berat perlu dikenakan agar masyarakat dapat dilindungi dari kegiatan jenayah seperti ini dan supaya masyarakat lebih terhindar dari gejala dadah yang menghancurkan negara dan bangsa. Mahkamah berpandangan bahawa rasa selamat dan keamanan juga perlu dikembalikan kepada masyarakat dari penagih-penagih dadah yang mungkin akan menjadi ancaman kepada masyarakat sekitar. Oleh itu, hukuman pencegahan yang berat mesti dikenakan. FAKTOR KESERIUSAN KESALAHAN [44] Faktor utama lain yang telah diambil kira oleh Mahkamah ini adalah bahawa kesalahan yang dilakukan OKT adalah satu kesalahan serius kerana ianya memperuntukkan satu hukuman pemenjaraan tidak kurang 7 tahun dan tidak lebih daripada 13 tahun sepertimana yang dinyatakan di dalam seksyen 52B Kanun Kesiksaan. “Serious offence” 52B. The words “serious offence” denote an offence punishable with imprisonment for a term of ten years or more.” S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [45] Selain jenayah yang dilakukan OKT ini melibatkan dadah hukuman berat dan keras adalah wajar bagi memberi impak kepada OKT dan masyarakat luar agar tidak sewenang-wenangnya bertindak melibatkan diri dengan dadah berulang kali tanpa penyesalan sehingga menjadi ancaman keselamatan dan ketenteraman orang awam yang lain yang sudah semestinya mahukan kehidupan yang selamat, tenteram dan bebas dadah. Oleh itu, instrument undang- undang sewajarnya menjadi pelindung kepada kehendak, kepentingan dan hak masyarakat awam bagi melindungi kehidupan awam daripada bahaya dadah. [46] Berdasarkan alasan-alasan dan kes rujukan di atas, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman perlulah memberi signifikasi mengenai keseriusan sesuatu kesalahan tersebut kepada masyarakat awam. Oleh yang demikian, hukuman pemenjaraan selama 7 tahun dari tarikh OKT ditangkap dan pengawasan selama 2 tahun dan tanpa sebatan adalah wajar dan munasabah. PESALAH PERTAMA [47] Selain faktor-faktor penghukuman di atas, faktor lain yang telah diambil kira oleh Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT adalah faktor bahawa OKT adalah pesalah pertama bagi pertuduhan di bawah S.39C(2) ADB. Oleh itu, ini melayakkan OKT untuk tidak dijatuhkan dengan hukuman pemenjaraan mandatori dan diskaun S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal patut diberikan di mana Mahkamah telah menjatuhkan hukuman paling minima iaitu 7 tahun sebagaimana yang diperuntukkan. PENGAKUAN SALAH [48] Mahkamah ini juga bertanggungjawab bagi mengimbangi di antara keperluan memberi kepentingan awam dan kepentingan OKT pada masa yang sama dalam menjatuhkan hukuman yang setimpal. Pengakuan salah OKT pada sebutan kali pertama pertuduhan dibacakan semula telah menjimatkan masa Mahkamah yang Mulia ini. Mahkamah telah merujuk kepada kes Tan Ley Chen v. PP [2000] 4 CLJ 492, sebagaimana berikut: “In the imposing a right sentence in accordance with judicial principles clearly contemplates, inter alia, a consideration of the mitigating circumstances in favour of the person to be sentenced. It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. (see Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134; PP v. Sulaiman Ahmad [1992] 3 CLJ 447 (Rep); [1993] 1 MLJ 74; PP v. Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47; ;[1993] 1 MLJ 45).” [49] Kesulitan bagi pihak Pendakwaraya bagi memanggil saksi-saksi serta menjalankan perbicaraan dalam usaha OKT mencari peluang melepaskan diri sekiranya pihak Pendakwaraya gagal membuktikan kes, dapat dielakkan dengan pengakuan salah OKT. S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Walaupun diskaun telah diberikan kepada OKT dengan menjatuhkan hukuman bagi pemenjaraan paling minima, Mahkamah ini menegaskan bahawa kepentingan awam mengatasi kesemua faktor lain dalam menjatuhkan hukuman. [50] Mahkamah ini juga menyatakan bahawa pengakuan salah bukanlah satu kemestian untuk semua kes diberikan hukuman ringan. Mahkamah ini telah merujuk kepada kes PP lwn. Lim Bu Liak [2009] CLJU 83, di mana Mohd Zawawi Salleh J (pada ketika itu) telah menjelaskan sebagaimana berikut :- “(f) Mahkamah tidak terlepas pandang bahawa tertuduh telah mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif. Walaupun demikian, diskaun untuk pengakuan bersalah ini hanyalah merupakan satu kenyataan bersifat peraturan yang umum sahaja dan bukannya satu kemestian untuk semua kes. Kadang kala dalam kes-kes tertentu, faktor kepentingan awam mengatasi segala faktor mitigasi yang boleh diberikan dan" pengakuan bersalah tertuduh. Keseriusan sesuatu kes itu boleh menafikan kesan pengakuan bersalah ini. Mahkamah Rayuan di dalam kes Ang Chai Seng v. P.P [2000] 2 MLJ 35 telah menunjukkan prinsip ini dengan jelasnya. Dalam kes tersebut, tertuduh telah dijatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan sepuluh sebatan rotan bagi kesalahan memiliki dadah morphine seberat 81.4g walaupun telah mengaku bersalah. Rayuannya ke Mahkamah Rayuan telah ditolak. Dalam penghakimannya bagi pihak mahkamah, Haidar HMR telah menyatakan di m.s. 37:- S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "The learned judge in his grounds of judgment applied the correct principle in the assessment of the sentence (see pp 125-127 of the appeal record). He was of the view that an offence under the Act is a serious offence and went on further to say that the amount of dangerous drugs in this case exceeds 15 times the minimum weight of 5g as provided under s. 39A(2)(c) of the Act. We agree that the appellant committed a serious offence and the mitigating factors far outweighed in favour of public interest. The sentence imposed may appear to be excessive having regard to the maximum sentence of 20 years imprisonment prescribed by the Act but in our view the sentence, having regard to the seriousness of the offence of dangerous drugs and the public interest as opposed to the appellant's interest, is not manifestly excessive to warrant our intervention. It has to be noted that the legislature had thought it fit to increase the punishment for offences under s. 39A(2) of the Act from a madimum of 14 years' imprisonment to life imprisonment and the minimum term of imprisonment from three years to five years and the minimum strokes increased from six to ten strokes. The legislative exercise therefore denotes the government's concern of the problem of drug abuse in this country 'the degenerating effect of the misuse of dangerous drugs and the attendant dangers it has posed to society itself per Hashim Yeop Sani J (as he then was) in P.P v. Loo Choon Fatt." S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal LATAR BELAKANG RESPONDEN, UMUR & KESIHATAN [51] Mahkamah juga telah menimbangkan umur OKT adalah 53 tahun semasa pertuduhan dibacakan. OKT juga telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa OKT mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan ibu OKT perlukan penjagaan. OKT juga ada merayu agar diberikan hukuman ringan kerana anak OKT akan menjalani pembedahan. [52] Bagi mitigasi OKT yang tidak diwakili ini, Mahkamah telah meneliti Repot Tangkapan OKT P3 yang mana OKT bersama- sama seorang lagi lelaki telah di tahan di dalam sebuah bilik dan telah dijumpai di atas lantai satu tiub straw disyaki berisi syabu dan satu alat menghisap dadah juga di jumpai di atas lantai. Mahkamah ini kurang yakin samada OKT betul-betul insaf semasa kesalahan tersebut dilakukan setelah menjalani hukuman bagi kesalahan S.39C (1) ADB. [53] Mahkamah ini juga mempunyai kurang keyakinan dengan pengakuan salah OKT adakah didorong oleh keinsafan atau rasa menyesal atau rasa bertanggungjawab atas kesalahan tersebut setelah meneliti Fakta kes dan Repot-repot Tangkap P1, P2 dan P3. Mahkamah ini telah membuat panduan kepada pemerhatian oleh kes Queensland, R v. Jones [2002] QCA 159 di mana menyebutkan :- "I would doubt whether at least in this state a guilty plea is usually evidence of remorse. More likely in most cases, it is evidence of an S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal expectation on the part of an offender usually as a result of legal advice that a guilty plea will probably result in a reduced sentence." [54] Rayuan OKT adalah lebih kepada kepentingan peribadi OKT. Namun, Mahkamah perlu mempertimbangan antara kepentingan awam dan keadilan dengan kepentingan OKT (rujuk PP v. Loo Choo Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102 [1976] 2 MLJ 256). Mahkamah ini juga telah merujuk kepada prinsip penghukuman di dalam kes Teh Ah Cheng v. P.P [1976] CLJU 116; [1976] 1 LNS 116; [1976] 2 MLJ 186, Abdool Cader H (sebagaimana dia ketika itu) telah memberi pandangan yang sama di m.s. 187:- "The respondent also puts forward in his plea in mitigation the fact that he is employed and supports an aged mother and step-brothers. He should of course have thought of this before committing the offence and not after; he is in fact pleading hardship arising from the consequences of his own acts and I would reiterate what I had occasion previously to observe in another case that an offender should not expect to excite or harness any symphaty on an ipse dixit by taking the stance of the impetuous youth who killed his parents with an axe and then pleaded in mitigation that he was an orphan." KESIMPULAN [55] Faktor kepentingan awam telah menjadi pertimbangan yang utama dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT bagi kes ini. S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Walaupun Mahkamah telah mempertimbangkan faktor lain termasuk kepentingan OKT namun kepentingan awam dan keseriusan kesalahan ini telah mendahului faktor lain. [56] Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah yang Mulia ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan terhadap OKT. Disediakan oleh: Nurulmardhiah (NURUL MARDHIAH BINTI MOHAMMED REDZA) Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Selangor Selangor 23.1.2026 Bagi Pihak Pendakwaraya : Tuan Muhammad Azamuddin bin Razak, Timbalan Pendakwaraya, Selangor. Bagi Pihak OKT (tidak diwakili peguam): Normala binti Abdullah, Penjara Wanita Kajang, 43000 Kajang, Selangor S/N R5LieSotCUuL/QKhHSJang **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal