PENDAKWARAYA PENDAKWARAYA 1. ) SYED MOHD HASNIE BIN SAYED MOHD KHAN 2. ) MAMADOU NDAW
The defence raised reasonable doubt sufficient to rebut the prosecution's prima facie case; prosecution relied on circumstantial evidence that did not cumulatively and convincingly link either accused to forging or making the false statement in P13; therefore both accused were to be discharged and acquitted, and the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA- 63- 557-10/2017 DAN WA-63-740-11/2017 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Prosecutor: Pendakwa Raya; Accused: Syed Mohd Hasnie bin Sayed Mohd Khan; Accused: Mamadou Ndaw
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 June 2020
- Case Number
- WA- 63- 557-10/2017 DAN WA-63-740-11/2017 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Criminal (companies Act and Penal Code) / Post Defense Acquittal (reasons for Discharge and Acquittal at End of Defence)
- Outcome
- Both accused (Syed Mohd Hasnie bin Sayed Mohd Khan and Mamadou Ndaw) discharged and acquitted
- Legal Topics
- False Statement in Statutory Company Documents, Section 364(2) Companies Act 1965, Abetment (sections 107/109 Penal Code), Prima Facie Requirement, Reasonable Doubt, Circumstantial Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecutor
Syed Mohd Hasnie bin Sayed Mohd Khan
Accused
Mamadou Ndaw
Accused
Procedural Posture
Criminal (companies Act and Penal Code) / Post Defense Acquittal (reasons for Discharge and Acquittal at End of Defence)
Legal Issues
- 1 Whether accused committed offence under s.364(2) Companies Act 1965 by making a false statement in Form 32A/P13
- 2 Whether accused Mamadou Ndaw was a party to abetment under sections 107/109 Penal Code
- 3 Whether prosecution had proved a prima facie case and proved guilt beyond reasonable doubt at end of defence
Ratio Decidendi
The defence raised reasonable doubt sufficient to rebut the prosecution's prima facie case; prosecution relied on circumstantial evidence that did not cumulatively and convincingly link either accused to forging or making the false statement in P13; therefore both accused were to be discharged and acquitted, and the alleged abettor could not be convicted where the principal was acquitted.
Court Disposition
Both accused (Syed Mohd Hasnie bin Sayed Mohd Khan and Mamadou Ndaw) discharged and acquitted
Orders
- OKS1 Syed Mohd Hasnie bin Sayed Mohd Khan is released, discharged and acquitted of the charge under s.364(2) Companies Act 1965
- OKS2 Mamadou Ndaw is released, discharged and acquitted of the charge (and of abetment)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KES NO : WA-63-557-10/2017 & WA-63-740-11/2017 PENDAKWARAYA LAWAN 1) SYED MOHD HASNIE BIN SAYED MOHD KHAN 2) MAMADOU NDAW ALASAN PENGHAKIMAN [1] PENGENALAN Pendakwaraya di dalam kes ini tidak berpuashati dengan perintah pelepasan dan pembebasan yang dibuat oleh Mahkamah pada 15/6/2020 di bawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 di akhir kes pembelaan dan telah memfailkan notis rayuan pada 23/06/2020. Syed Mohd Hasnie (selepas ini dirujuk sebagai OKS1) dan Mamadou Ndaw (selepas ini dirujuk sebagai OKS2) PERTUDUHAN TERHADAP OKS1 “Bahawa kamu pada 21 September 2011, di syarikat Pharco Sdn Bhd (763889-A) yang mempunyai alamat berdaftar di No.19-5-2, Diamond Square, Jalan Semarak Api 2, Off Jalan Gombak, Setapak, 53000 Kuala Lumpur telah membuat satu pernyataan palsu berkenaan dengan butir material di dalam Borang 32A bertarikh 21 September 2011 iaitu satu dokumen yang dikehendaki oleh seksyen 103(1) Akta Syarikat 1965 yang mana pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan pemindahan saham Adham Shaker Helmy El Sayed Helmy (no.pasport:150261) berjumlah RM350,000 unit di Syarikat Pharco Sdn Bhd kepada Mohamed Mahmoud Helmy Aly (no passport:2147503) yang 1|Page mana kamu mengetahui bahawa pemindahan saham tersebut adalah palsu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan boleh dihukum dibawah seksyen dan Akta yang sama”. PERTUDUHAN TERHADAP OKS2 “Bahawa kamu pada 21 September 2011, di syarikat Pharco Sdn Bhd (763889-A) yang mempunyai alamat berdaftar di No.19-5-2, Diamond Square, Jalan Semarak Api 2, Off Jalan Gombak, Setapak, 53000 Kuala Lumpur telah bersubahat dengan Syed Mohd Hasnie bin Sayed Mohd Khan (No.KP : 800427-08-5353) untuk membuat satu pernyataan palsu berkenaan dengan butir material di dalam Borang 32A bertarikh 21 September 2011 iaitu satu dokumen yang dikehendaki oleh seksyen 103(1) Akta Syarikat 1965 yang mana pernyataan palsu tersebut adalah berhubung dengan pemindahan saham Adham Shaker Helmy El Sayed Helmy (no.pasport:150261) berjumlah RM350,000 unit di Syarikat Pharco Sdn Bhd kepada Mohamed Mahmoud Helmy Aly (no passport:2147503) yang mana kamu mengetahui bahawa pemindahan saham tersebut adalah palsu dan kesalahan tersebut telah dilakukan akibat persubahatan kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dibawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) dan dibaca bersama seksyen 109 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum dibawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965”. [2] LATAR BELAKANG KES [2.1] Perbicaraan kes ini bermula di hadapan Tuan Wan Mohd Norisham bin Wan Yaakob dengan keterangan seramai 08 orang saksi pendakwaan. Pendakwaan telah 2|Page menutup kes pada 27/8/2018 dan kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan bertulis. Keputusan di akhir kes Pendakwaan telah dibuat pada 30/11/2018 dan mahkamah telah memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKS1 dan OKS2. OKS1 dan OKS2 telah dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan dibawah seksyen 364(2) Akta Syarikat 1965. [2.2] Pada 5/12/2018 Pendakwaraya telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini dan pada 29/11/2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan OKS1 dan OKS2 dipanggil membela diri. [2.3] Saya telah diarahkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya bertarikh 12/12/2019 untuk mendengar kes ini diperingkat pembelaan disebabkan Hakim asal yang mendengar kes ini diperingkat pendakwaan telah bertukar, Permohonan pihak-pihak pada 2/12/2019 untuk Hakim asal mendengar kes diperingkat pembelaan telah tidak dibenarkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya. Oleh itu kes ini mula didengar dengan keterangan bela diri OKS1 dan OKS2 pada 5/2/2020. [3] KETERANGAN SAKSI PEMBELAAN [3.1] SD1 (merujuk kepada Syed Mohd Hasnie OKS1) di dalam keterangannya mengatakan bahawa apabila Pharco Sdn Bhd ditubuhkan pada 27/2/2007 saham majority telah di pegang oleh SP2 iaitu sebanyak 99 unit saham daripada 100 unit seperti di eksibit P41. [3.2] Pada 22/5/2007 SP2 telah memindahkan semua saham kepada SP3 melalui eksibit D51. Walaupun SP2 bukan lagi pemegang saham Pharco Sdn Bhd tetapi beliau 3|Page masih lagi menerima gaji sebagai Pengarah eksekutif dan lain-lain manfaat yang dibayar oleh Pharco Corporation Mesir. [3.3] SD1 juga menyatakan bahawa beliau berurusan dengan SP5 apabila tandatangannya diperlukan bagi penyediaan laporan tahunan, resousi-resoluisi pengarah, peningkatan saham syarikat dan pindah milik saham Parco Sdn Bhd dan kesemuanya dilakukan berdasarkan arahan Pharco Corporation Mesir dan SP2 serta menyerahkan dokumen-dokumen yang diterima daripada Pharco Corporation Mesir dan SOP2 kepada SP5 kerana adakalanya mereka tidak berada di Malaysia dan SD1 tidak menafikan nerkenaan pengendalian dokumen syarikat beliau juga ada berurusan dengan SP5. [3.4] SD1 juga tidak menafikan bahawa P13 iaitu borang pindah milik saham yang menjadi subjek matter di dalam kes ini diserahkan kepada SP5 tanpa menandatangani sebagai saksi tetapi telah menyatakan bahawa P13 ini diterima daripada SP2, Dr Adel Heidar dan Dr. Sana Said (Sahar) pada sekitar 23/7/2011 apabila mereka datang ke Malaysia. Sebelum tarikh tersebut pada sekitar 6/2/2011 SP2 telah menerima emel daripada SP2 iaitu eksibit D39 mengarahkan beliau dalam kadar segera dan mustahak untuk mengarahkan setiausaha syarikat bagi menyediakan dokumen pindah milik saham SP3 kepada SP2 dan melantik Dr. Sherine sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Pharco Sdn Bhd. Setelah mendapat dokumen yang diperlukan daripada SP5, SD1 telah menghantar emel kepda SP2 pada 12/2/2011 namun SP2 memberitahu bahawa beliau tidak dapat membuka emel tersebut dan sekali lagi emel dihantar kepada SP2 dan Dr, Adel Heidar pada 14/2/2011 (eksibit D57) dengan memaklumkan supaya mereka mendapatkan seorang Pesuruhjaya sumpah di Mesir untuk mensaksikan P13. 4|Page [3.5] Oleh kerana SP2 memaklumkan bahawa SP3 akan meninggalkan Pharco Corporation Mesir dan SP2 mengatakan bahawa pemindahan saham tersebut adalah mustahak, SD1 telah menhantar sekali lagi dokumen pindah milik saham secara pos laju DHL dengan bantuan SD2 (merujuk kepada Mamadou Ndaw OKS2) pada 25/2/2011 ( eksibit D58). Apabila SP2, Dr. Adel Heodar damn Dr. Sahar tiba di Malaysia pada 23/7/2011 mereka telah memberikan kepada SD1 dokumen-dokumen pindah milik saham serta P13 unmtuk diserahkan kepada SP5. Oleh kerana SD1 tidak melihat siapa yang menurunkan tandatangan di dalam P13 maka sebab itulah SD1 tidak menurunkan tandatangannya sebagai saksi. SD1 adalah pemegang saham minority dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam urusan pindah milik tersebut malahan telahpun menasihatkan SP2 untuk mendapatakan Pesuruhjaya Sumpah di Mesir sebagai saksi untuk P13 tersebut. [3.6] SD1 juga menyatakan bahawa SP2 telah membuat laporan polis terhadap SD1 dan SD2 adalah kerana SP2 ingin melepaskan diri daripada membayar balik wang syarikat yang telah diambilnya tanpa kebenaran dan pengetahuan pengarah-pengarah Pharco Sdn Bhd melalui laporan polis bertarikh 26/5/2016 (eksibit D59), laporan polis bertarikh 3/11/2016 (eksibit D60). Laporan polis SP2 pula dibuat pada 27/5/2016 (eksibit P50) iaitu sehari selepas SD1 membuat laporan polis terhadap SP2. SD1 juga menyatakan bahawa beliau telah diugut oleh SP2 melalui emel eksibit D63 bertarikh 5/6/2016 bahawa SP2 akan menarik balik laporan terhadap SD1 sekiranya Pharco Sdn Bhd membayar wang adiknya. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pegawai penyiasat dan SSM tetapi mereka enggan melayan penjelasan SD1 dan SD2 melalui eksibit D64. 5|Page [3.7] SD2 pula di dalam keterangannya menyatakan bahawa SP2 adalah Executive Director Pharco Sdn Bhd dan yang membuat segala keputusan di dalam syarikat tersebut kerana SP2 mewakili Pharco Corporation di Egypt dan SD2 hanya menguruskan hal-hal Jualan dan Pemasaran. [3.8] Pada 6/2/2011 SD2 telah menerima salinan emel eksibit D39 daripada SD2 yang mana SP2 mengarahkan SD2 menguruskan pemindahan saham dari SP3 kepada SP2 dan melantik Dr. Sherine sebagai CEO Pharco Sdn Bhd dan SD2 sedar dan tahu hal berkenaan dan tidak terlibat dalam penyediaan dokumen-dokumen untuk tujuan tersebut. Namun pada 25/2/2011 SD2 telah diminta oleh SD1 untuk curior P13 ke Egypt namun SD2 tidak pernah melihat P13 tersebut tetapi sedar dan tahu akan perkara pemindahan saham tersebut. Pada May 2016, SD1 mengetahui tentang sejumlah wang telah hilang daripada akaun syarikat dan SD1 dan SD2 mengesyaki SP2 mengambil wang tersebut dan SD1 telah membuat laporan polis dan menghubungi bank untuk mengetahui perkara tersebut dan SD1 dan SD2 telah mendapat pengesahan daripada bank bahawa wang tersebut telah dikeluarkan oleh SP2 tanpa dimaklumkan kepada SD1 dan SD2. SD2 juga kemudiannya menerima emel daripada SP2 (eksibit D63) pada 5/6/2016 menyatakan bahawa SP2 akan menarik balik laporan polis yang telah dibuat terhadap SD1 dan SD2 sekiranya syarikat membayar wang kepada adiknya. SD2 tiada pengetahuan berkenaan pernyataan palsu di dalam P13. [3.9] Pada peringkat ini setelah rayuan oleh pendakwaraya di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKS1 dan OKS2, maka Mahkamah ini haruslah mengambil kira 6|Page dan mematuhi apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang mengarahkan OKS1 dan OKS2 dipanggil untuk membela diri. Oleh itu saya perlu memulakan kes pendakwaan atas premis keterangan saksi-saksi pendakwaan di terima sebagai benar dan kemudiannya mendengar keterangan pembelaan OKS1 dan OKS2. Setelah itu saya membuat penilaian semula keseluruhan kes untuk memutuskan samada pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Saya telah membuat satu perbandingan sewajarnya antara keterangan saksi-saksi pendakwaan khususnya SP2, SP5 dan SP7 dengan keterangan OKS1 dan OKS2. [3.10] Adalah undang-undang yang mantap bahawa beban pembuktian di ahir kes pembelaan adalah seperti yang diputuskan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar (2005) 1 CLJ 451 yang mengiktiraf kes Mat v PP. [3.11] Di akhir kes pembelaan, apa yang perlu ditunjukkan oleh pihak pembelaan adalah terdapat keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Walaupun, versi pihak pembelaan tidak dipercayai oleh mahkamah, tetapi jika pembelaan tersebut menimbulkan suatu keraguan yang munasabah, OKS1 dan OKS2 dalam kes ini perlu dilepaskan dan dibebaskan. Di sini adalah sesuai diimbas kembali kata-kata Hakim Mahkamah Agong dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v. PP [1991] 1 CLJ Rep 311; [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 3 MLJ 169. "To earn an acquittal, the court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the court to be convinced that the defence is true, in which 7|Page case the court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the court must not convict until it asks a further question, that even if the court does not accept or believe the defence explanation, does it nevertheless raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of judges rightly prefer to adopt straightaway the legally established 'reasonable doubt' test, rather that to delve in the 'believable and convincing' test before applying the 'reasonable doubt' test." [3.12] Maksud keraguan yang munasabah juga telah dijelaskan oleh Hakim Sharma dalam kes PP v. Saimin & Ors [1971] 1 LNS 115; [1971] 2 MLJ 16 di mukasurat 17 seperti berikut: "The following definition of 'reasonable doubt' is often quoted: 'It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge'. It has again been said that 'reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is 8|Page a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there'. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A resonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence." [3.13] Sehubungan itu, adalah bertepatan untuk saya disini mempertimbangkan terlebih dahulu pembelaan OKS1 dan memutuskan sama ada pembelaan OKS1 tersebut dapat menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. [4] PEMBELAAN OKS1/SD1 [4.1] Di sini, bagi mempertimbangkan pembelaan OKS1, mahkamah juga perlu meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan bagi membuat dapatan fakta yang tepat dan menyeluruh. [4.2] Secara asasnya, pembelaan OKS1 adalah SP2 sendiri melalui emel bertarikh 6/2/2011 iaitu eksibit D39 mengarahkan SD1 dalam kadar segera dan mustahak untuk mengarahkan setiausaha syarikat bagi menyediakan dokumen pindah milik saham SP3 kepada SP2 dan melantik Dr. Sherine sebagai Ketua Pengarah Eksekutif Pharco Sdn Bhd. Keterangan ini disokong oleh SD2 yang juga menerima salinan emel tersebut. Kenyataan ini juga tidak dinafikan oleh SP2 sendiri semasa pemeriksaan balas di peringkat kes pendakwaan di m.s 117 Nota Keterangan sperti berikut: Q : Somewhere in Febuary 2011 you gave an instructions by your email to Syed Hasnie (OKS1) to transfer all of Adam Shaker shares to you? 9|Page A : Yes, correct. Q : And would I be right to say this is the email that you send to Syed Mohd Hasnie to be prepared the documents to be executed and to be transferred to you? A : Yes, that is correct and I asked him to send all this form to Pharco Egypt to pass it to Adam Shaker to sign of his shares. [4.3] Pendakwaan tidak menyangkal berkenaan dengan emel D39 ini dan ianya telah diterima sebagai eksibit dan bukan hanya untuk pengecaaman sahaja. Apbabila eksibit tersebut di kemukakan di Mahkamah adalah menjadi tugas Mahkamah untuk memutuskan samada eksibit tersebut boleh diterima sebagai keterangan atau tidak. Sekiranya hanya ‘ID’ sahaja di kemukakan Mahkamah tidak akan membuat pertimbangan semasa membuat keputusan tetapi di dalam kes ini ianya telah ditanda dan diterima sebagai ‘D’ iaitu sebagai eksibit pembelaan maka ianya telah membentuk sebahagian daripada rekod kes ini. Oleh itu, Mahkamah telah mengambil pertimbangan D39 tersebut semasa membuat keputusan ini. [4.4] SP2 juga bersetuju bahawa P13 di sediakan atas arahannya sendiri dan diserahkan oleh beliau kepada OKS1 pada tarikh 23/7/2011. Mahkamah mempercayai keterangan SD1 ini kerana tiada tandatangan beliau diturunkan di P13 tersebut sebagai saksi kerana beliau telahpun meminta SP2 mendapatkan Pesuruhjaya Sumpah di Mesir dan tindakan SD1 adalah secara suci hati menyerahkan P13 tersebut kepada SP5 untuk urusan pemindahan saham tersebut. Tambahan pula tiada di dalam mana-mana keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan menyatakan bahawa SD1 dan 10 | P a g e atau SD2 yang tandatangan pada bahagian nama SP2. Tidak ada keterangan langsung yang membuktikan SD1 yang memalsukan tandatangan tersebut. Tidak ada saksi yang nampak SD1 menandatangani atau meminta orang lain mendantangani tandatangan tersebut. Pendakwaan bergantung kepada keterangan ikut keadaan semata-mata. Walaupun ia boleh diterima tanpa keterangan langsung, keterangan ikut keadaan biasanya hanya diterima untuk keterangan yang boleh menjurus kepada pembuktian kebersalahan OKS1 sahaja. Dengan inferens yang meihak kepada OKT berdasarkan keterangan ikut keadaan yang dikemukakan, pihak pendakwaan gagal mengemukakan keterangan ikut keadaan yang menjurus kepada pembuktian kebersalahan OKT. [4.5] Sungguhpun Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tandatangan SP2 telah dipalsukan dan P13 adalah tidak sah namun siapakan yang bertanggungjawab untuk pemalsuan tandatangan tersebut? Tidak dinyatakan di dalam mana-mana keterangan yang boleh mengekalkan kes prima facie tersebut yang menyatakan bahawa SD1 dan/ atau SD2 yang bertanggungjawab ke atas perkara tersebut. Yang ada hanyalah keterangan daripada SP7 yang merumuskan bahawa hasil siasatan beliau menyatakan di m/s 255 Nota Keterangan bahawa bahagian siasatan menganggap siapa yang menghantar dokumen tersebut, yang menguruskan dokumen tersebut dengan setiausaha syarikat adalah orang yang bertanggungjawab terhadap kesalahan ini. [4.6] Ianya juga daripada keterangan SP5 yang mengatakan bahawa beliau telah menerima P13 daripada SD1 dan maka SD1 adalah dianggap bertanggungjawab ke atas dokumen P13 dan telah melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan ini. Secara kesimpulannya saya mendapati kes pendakwaan ini adalah berdasarkan keterangan 11 | P a g e mengikut keadaan yang ada dan bukan ada saksi mata ataupun keterangan secara terus (direct evidence) yang melihat P13 tersebut yang mana tandatangan yang terdapat di dalam P13 tersebut bukan kepunyaan SP2. Mohd Zawawi Salleh HMR (pada ketika itu) di dalam kes PP v. Ahmad Rizal bin Umar (supra) mengulas kedudukan undang-undang mengenai keterangan ikut keadaan seperti berikut: [59] It is trite that in assessing circumstantial evidence one needs to be careful not to approach such evidence upon a piece-meal basis and to subject each individual piece of evidence to a consideration of whether it excludes the reasonable possibility that the explanation given by an accused is true. The evidence needs to be considered in its totality. [60] The court must not take each circumstance separately and give the accused the benefit of any reasonable doubt as to the inference to the drawn from each one so taken. It must carefully weigh the cumulative effect of all of them together, and it is only after it has done so that the accused in entitled to the benefit of any reasonable doubt which it may have as to whether the inference of guilt is the only inference which can reasonably be drawn. To put the matter in another way: the prosecution must satisfy the court, not that each separate fact is inconsistent with the innocence of the accused, but that the evidence as a whole is beyond reasonable doubt inconsistent with such innocence. Ingin juga saya memetik kata-kata Thomson CJ’s comments di dalam kes Chan Chwen Kong v PP (1962) 1 MLJ 307 sebagaimana berikut: 12 | P a g e “..where the evidence is wholly circumstancial what has to be considered is not only the strength of each individual strand of evidence but also the combined strength of these strands when twisted together to make a rope. The real question is: is that rope strong enough to hang the prisoner?” [4.7] Di dalam kes ini, mahkamah ini mendapati keterangan ikut keadaan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak selari dengan kebersalahan SD1 apabila ditimbang dan dinilai secara keseluruhan. Tiada apa-apa keterangan mengikut keadaan ini yang mengumpul beberapa keterangan lain sehingga menjadi satu keterangan yang kuat yang membolehkan mahkamah membuat inferen akan keterangan mengikut keadaan tersebut menjurus kepada kebersalahan SD1 di dalam kes ini. Mahkamah juga musykil apabila kesalahan yang dikatakan di lakukan oleh SD1 ini pada tahun 2011 dan hanya disedari pada tahun 2016 dan itupun hanya setelah SD1 membuat laporan polis berkenaan salah laku wang syarikat oleh SP2 eksibit D59 dan SP2 telah membuat laporan polis P50 pada 27/5/2016 sehari selepas SD1 membuat laporan polis. Adakah ini secara kebetulan? Jawapan yang diperolehi atas pandangan saya setelah memperhalusi keterangan semua pihak di kedua-dua peringkat kes pendakwaan dan pembelaan mendapati ianya bukanlah suatu kebetulan laporan-laporan polis ini dibuat dan pembelaan SD1 ada kebenarannya. [4.8] Pembelaan ini juga telah ditimbulkan oleh pembelaan diperingkat kes pendakwaan lagi dan ianya bukanlah sekadar penafian semata-mata ataupun pembelaan yang menjurus kepada after thought. Kenyataan sedemikian apabila dinilai secara keseluruhan kes pendakwaan dan pembelaan melalui keterangan pembelaan 13 | P a g e SD1 telah menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan dan kes prima facie tersebut tidak dapat dipertahankan. [4.9] SD1 juga menyatakan bahawa SP2 telah membuat laporan polis terhadap SD1 dan SD2 adalah kerana SP2 ingin melepaskan diri daripada membayar balik wang syarikat yang telah diambilnya tanpa kebenaran dan pengetahuan pengarah-pengarah Pharco Sdn Bhd melalui laporan polis bertarikh 26/5/2016 (eksibit D59), laporan polis bertarikh 3/11/2016 (eksibit D60). Laporan polis SP2 pula dibuat pada 27/5/2016 (eksibit P50) iaitu sehari selepas SD1 membuat laporan polis terhadap SP2. SD1 juga menyatakan bahawa beliau telah diugut oleh SP2 melalui emel eksibit D63 bertarikh 5/6/2016 bahawa SP2 akan menarik balik laporan terhadap SD1 sekiranya Pharco Sdn Bhd membayar wang adiknya. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pegawai penyiasat dan SSM tetapi mereka enggan melayan penjelasan SD1 dan SD2 melalui eksibit D64. [4.10] Keterangan SD1 ini adalah disokong oleh keterangan SP7 sendiri iaitu pegawai penyiasat di dalam kes ini dan pembelaan ini ditimbulkan di peringkat pendakwaan lagi dan ianya bukanlah penafian semata ataupun after thought iaitu pembelaan yang difikirkan terkemudian. Ianya dapat dilihat melalui Nota Keterangan di m/s 250 dan 251 semasa di soal balas oleh peguambela. Q : Dan akibat perbalahan tersebut, beliau tidak berpuashati dengan kedua- dua pengarah syarikat ini betul? A : Ya. 14 | P a g e Q : So, jadi beliau tidak berpuas hati dengan kedua-dua OKS disini, betul? A : Betul. Q : Dan pada masa tersebut beliau sebenarnya telah memindahkan wang sebayak RM300 ribu lebih daripada syarikat, ya? A : Ya. Q : Dan OKS-OKS telah membuat laporan polis terhadap beliau? A : Ya. SP2 juga di dalam keterangannya di ms 118 Nota keterangan juga mengakui akan perkara ini iaitu terdapat pertikaian antara SP2 dan OKS-OKS ketika di soal balas oleh peguambela seperti berikut: Q : Would I be right to say that the dispute between you and the two accused is for the return of that money, correct? A : Correct. Q : Would I be right to say that there were negotiation that took place between you and the 2 accused before the suit? A : Correct. 15 | P a g e Q : Would I be right to say that indoor negotiation, you did say as long as your money is paid, then you will transfer the shares. A : As long it is not my shares from the beginning. I need only my money. I was willing to transfer to. [4.11] Fakta ini tidak disangkal oleh pendakwaan ketika pemeriksaan semula dan kenyataan ini adalah di pertahankan di dalam pembelaan SD1 dan telah ditimbulkan di awal kes pendakwaan lagi. [4.12] SP3 ada menyatakan bahawa beliau tidak diambil sampel tandatangannya untuk ujian di Jabatan Kimia dan tidak mengetahui siapa yang mengisi borang P13 tersebut. Tiada juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa SD1 dan atau SD2 yang mengisi P13 tersebut dan keterangan SP3 ini tidak dapat membantu kes pendakwaan untuk menunjukkan bahawa SD1 dan SD2 adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengisi butiran di dalam P13 tersebut. Keterangan yang ada di peringkat pendakwaan adalah bahawa tandatangan di P13 bukanlah tandatangan SP2. Namun pendakwaan gagal mempertahankan kes prima facie sehingga di akhir kes pembelaan. Mahkamah mendapati pembelaan SD1 telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah bagi kes pendakwaan. Oleh itu mahkamah memerintahkan SD1/OKS1 dilepas dan dibebaskan. [4.13] Manakala bagi SD2/OKS2 pula perlu dilihat kepada intipati Seksyen 107 Kanun Keseksaan yang menerangkan maksud subahat. Seseorang adalah dikatakan bersubahat melakukan sesuatu perkara jika: 16 | P a g e a) Menghasut mana-mana orang supaya melakukakan perkara itu; b) Mengarahkan mana-mana orang supaya melakukan perkara itu; c) Mengambil bahagian bersama dengan seorang atau beberapa orang lain dalam apa- apa pakatjahat bagi melakukan perkara itu, jika suatu perbuatan atau suatu ketinggalan yang menyalahi undang-undang berlaku pada menurut pakatjahat itu, dan dengan tujuan hendak melakukan perkara itu; atau d) Dengan sengaja membantu melakukan perkara itu dengan apa-apa perbuatan atau apa-apa ketinggalan yang menyalahi undang-undang. [4.14] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya pengadu (SP2), SP3, SP5 dan SP7 dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, saya mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya keterangan; a) OKS1 telah menghasut OKS2 untuk membuat suatu pernyataan palsu berkenaan butir-butir material di dalam P13 tersebut, b) OKS1 telah mengarahkan OKS2 supaya melakukan perbuatan tersebut, c) OKS1 telah mengambil bahagian bersama OKS2 dalam apa-apa pakatjahat bagi melakukan perbuatan tersebut. [4.15] Berasaskan peranan / penglibatan OKS2 sebagai orang yang membantu OKS1 untuk menghantar dokumen-dokumen pindah milik sahak termasuk P13 secara pos laju DHL (eksibit D58) keterangan ini tidak dapat membuktikan kesemua elemen-elemen 17 | P a g e bersubahat yang ditakrifkan dibawah Seksyen 107 Kanun Keseksaan. Satu ini sahajalh keterangan yang ada yang mengaitkan OKS2 dengan OKS1 yang dikatakan keduanya telah bersubahat melakukan kesalahan ini dan selain daripada keterangan ini, saya tidak dapat mencari keterangan lain yang mengaitkan OKS2 ini dengan OKS1 dan sekali lagi keterangan pendakwaan yang diputuskan prima facie oleh Y.A Hakim Mahkamah Tinggi adalah tidak dapat dipertahankan. OKS2 memang mengetahui kandungan dokumen tersebut tetapi hanya diberitahu oleh OKS1 dan beliau tidak melihat dokumen tersebut kerana telah diseal dan OKS2 berperanan tidak lebih dari menjadi ‘budak suruhan’ untuk mengeposkan dokumen tersebut ke Egypt. OKS1 boleh sahaja meminta tolong sesiapa sahaja mengeposkan dokumen tersebut tetapi adakah ‘sesiapa sahaja’ yang disuruh atau diminta tolong oleh OKS1 akan menjadi rakan subahat OKS1? Jawapan adalah dalam negative. Selaian dari keterangan tersebut tiada lagi keterangan lain yang boleh menyokong keterangan pendakwaan setelah diteliti dikedua-dua peringkat pendakwaan dan pembelaan. [4.16] Berhubung isu kesalahan bersubahat, prinsip undang-undang adalah jelas bahawa jika pesalah utama dilepaskan dan dibebaskan, penyubahat (abettor) yang dituduh kerana membantu pesalah utama melakukan kesalahan tersebut juga tidak boleh disabitkan atas kesalahan bersubahat. 18 | P a g e [4.17] Ini dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Periasamy s/o Sinnapan v. Public Prosecutor [1996] 2 MLJ 557 di mukasurat 584: "The offence of abetment, when it consists of instigation, constitutes a separate and distinct offence. Consequently, an abettor who instigates the commission of an offence or conspires to commit it may be convicted of abetment, notwithstanding that one who is charged with the principal offence has been acquitted. It is otherwise were the abetment consists of intentional aiding: in such a case, acquittal of the principal offender must result in the acquittal of the abettor. " [4.18] Mahkamah Agong di India, dalam kes Faguna Kanta Nath v. State of Assam [1959] SC 673 di mukasurat 674 juga menyatakan seperti berikut: "In the case of abetment by aid, a person can be said to abet by aiding only when by the commission of an act he intends to facilitate the commission of the offence and does facilitate the commission thereof Therefore where a person is charged with abetment by aid of an offence under s. 161 and the person charged with the offence is acquitted on the ground that he had not committed the offence no question of intentionally aiding by any act or omission the commission of that offence arises. Therefore whether the acquittal is right or wrong the conviction of the abettor also cannot be allowed to stand in the circumstances." [4.19] Seterusnya, memandangkan mahkamah memerintahkan perlepasan dan pembebasan OKS1 sebagai pesalah utama, maka berdasarkan otoriti-otoriti yang disebutkan di atas tadi, maka OKS2 yang dituduh bersubahat dengan OKS1 ini 19 | P a g e Mahkamah mendapati OKS2 juga tidak bersalah dan memerintahkan OKS2 dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan ke atasnya. Sekian, untuk pertimbangan Y.A Hakim Mahkamah Tinggi. Disediakan oleh : Manira Mohd Nor Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Bertarikh : 25/08/2020 20 | P a g e