SUMUR MARKETING SDN BHD KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI
Leave to apply for judicial review was refused because the applicant failed to exhaust the statutory internal remedy under s.99 Income Tax Act 1967, no very exceptional circumstances were shown to warrant bypassing the Special Commissioners, and key issues (intention to trade and factual matters) are for the Special...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-25-305-07-2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant / Pemohon: Sumur Marketing Sdn Bhd; Respondent / Responden: Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri; Putative Respondent: Putatif Responden
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 18 September 2019
- Case Number
- WA-25-305-07-2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review (semakan Kehakiman) / Application for Leave to Apply for Judicial Review (leave Stage)
- Outcome
- Application for leave to apply for judicial review dismissed as premature and an abuse of process
- Legal Topics
- Income Tax Act 1967 Assessments, Appeal to Special Commissioners (s.99 Ita), Distinction Between Investment and Trading Intention, Ultra Vires and Rationality of Administrative Acts, Exhaustion of Internal Remedies
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Sumur Marketing Sdn Bhd
Applicant / Pemohon
Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri
Respondent / Responden
Putatif Responden
Putative Respondent
Procedural Posture
Judicial Review (semakan Kehakiman) / Application for Leave to Apply for Judicial Review (leave Stage)
Legal Issues
- 1 Whether the High Court should grant leave for judicial review despite available statutory appeal under s.99 ITA
- 2 Whether the Director General's assessment was ultra vires or irrational
- 3 Whether the taxpayer's audited accounts suffice to establish lack of intention to trade
Ratio Decidendi
Leave to apply for judicial review was refused because the applicant failed to exhaust the statutory internal remedy under s.99 Income Tax Act 1967, no very exceptional circumstances were shown to warrant bypassing the Special Commissioners, and key issues (intention to trade and factual matters) are for the Special Commissioners to decide; the application was therefore premature and an abuse of process.
Court Disposition
Application for leave to apply for judicial review dismissed as premature and an abuse of process
Orders
- Leave to apply for judicial review refused
- Applicant to pay costs of RM2000.00 to the Attorney General
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKMAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO. WA-25-305-07-2019 Dalam perkara suatu Keputusan Responden seperti yang dinyatakan melalui e-mel bertarikh 26.6.2019 yang telah disampaikan pada 26.6.2019; Dan Dalam perkara Notis Taksiran Bagi Tahun 2007 bertarikh 26.6.2019; Dan Dalam perkara suatu permohonan untuk antara lain, suatu Perintah Certiorari; Dan Dalam perkara Aturan 53 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 1 ANTARA SUMUR MARKETING SDN BHD PEMOHON DAN KETUA PENGARAH HASIL DALAM NEGERI RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini merupakan permohonan Pemohon untuk kebenaran bagi semakan kehakiman bagi relif-relif berikut: i. Pemohon diberikan kebenaran untuk memfailkan satu permohonan untuk: a. Suatu perintah certiorari untuk membatalkan keputusan Responden dalam bentuk notis-notis taksiran bagi tahun taksiran (TT) 2007 bertarikh 26.6.2019 (Keputusan tersebut) pada asas bahawa Keputusan tersebut adalah haram (illegal), tidak sah (void), menyalahi undang-undang (unlawful) dan/atau melebihi kuasa (in excess of authority), ketidakwarasan (irrational) dan/atau tidak munasabah (unreasonable) dan menyebabkan penafian terhadap jangkaan sah Pemohon. b. Suatu deklarasi bahawa Responden adalah terikat kepada dan memberi kesan kepada keputusan-keputusan 2 Mahkamah-Mahkamah Atasan dalam kes Alf Properties Sdn. Bhd. v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2005] 3 CLJ 937 dan Lower Perak Co-operative Housing Society Berhad v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [1994] 3 CLJ 541 yang telah memutuskan bahawa ia mesti wujud suatu niat untuk berdagang pada pihak pembayar cukai untuk sesuatu keuntungan tertakluk di bawah S. 4(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) dan keuntungan tersebut daripada pelupusan hartanah pelaburan adalah tidak tertakluk kepada cukai pendapatan di bawah ACP 1967. c. Suatu deklarasi bahawa keuntungan tersebut yang diterima oleh Pemohon daripada pelupusan hartanah pelaburannya (Geran No. 27449, Lot No. 4598) kepada I-Group Sdn. Bhd. melalui perjanjian jual beli bertarikh 4.6.2007 tidak sepatutnya dan tidak boleh tertakluk kepada cukai pendapatan di bawah S.4(a) ACP kerana Pemohon tidak mempunyai niat untuk berdagang. ii. Bahawa semua prosiding-prosiding yang selanjutnya termasuk penguatkuasaan Keputusan tersebut digantung sehingga permohonan untuk membatalkan Keputusan tersebut ditentukan secara penuh dan muktamad. iii. Bahawa segala arahan dan perintah yang diperlukan diberikan. 3 iv. Bahawa kos-kos permohonan ini adalah kos-kos di dalam kausa. v. Segala relif-relif lain dan selanjutnya yang dianggap patut dan sesuai oleh mahkamah. FAKTA PENTING [2] Aktiviti-aktiviti utama Pemohon adalah pelaburan am. Pada 15.12.1994 dan 16.12.1994, Pemohon telah mengeluarkan satu surat pemberian kuasa kepada Sumurwang Development Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang berkaitan untuk memasuki satu perjanjian jual beli (PJB) dengan syarikat Highlands & Lowlands Sdn. Bhd. untuk memperolehi sebidang tanah yang dipegang di bawah hakmilik Geran No. 27449, Lot No. 4598 (Hartanah Pelaburan) bagi pihaknya sendiri. [3] Pada 10.2.2006, Pemohon telah mengeluarkan satu surat pemberian kuasa kepada Sumurwang Sdn. Bhd. iaitu syarikat induk Pemohon untuk memasuki satu Perjanjian Usahasama dengan I-Berhad untuk membangunkan Hartanah Pelaburan tersebut. Selanjutnya, pada 28.2.2006, Sumurwang Sdn. Bhd. bertindak sebagai pemilik tanah, telah memasuki satu perjanjian usahasama dengan I-Berhad untuk membenarkan I-Berhad membangunkan Hartanah Pelaburan tersebut. [4] Pada 4.6.2007, Sumur Heights Sdn. Bhd., Top Capital Sdn. Bhd., Sumurwang Development Sdn. Bhd., Sumurwang Industries Sdn. Bhd. dan Pemohon telah memasuki satu Perjanjian Jual Beli dengan I-Group Sdn. Bhd. untuk penjualan Hartanah Pelaburan tersebut. Sehubungan itu, Pemohon telah menulis sepucuk surat kepada Responden untuk membuat 4 pertanyaan sama ada pelupusan Hartanah Pelaburan tersebut tertakluk kepada cukai pendapatan atau cukai keuntungan harta tanah. [5] Pada 11.6.2007, Pemohon menerima surat daripada Responden yang menyatakan bahawa Pemohon tidak perlu mengisi Borang Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) untuk pelupusan Hartanah Pelaburan tersebut dan keuntungan pelupusan adalah tidak tertakluk kepada cukai. [6] Selanjutnya, pada 12.3.2019, Responden telah memulakan audit cukai ke atas Pemohon. Lanjutan daripada itu, Responden melalui e-mel bertarikh 21.5.2019 telah mengeluarkan penemuan auditnya kepada Pemohon. Pemohon kemudiannya telah memberikan jawapannya kepada penemuan audit Responden pada 30.5.2019. [7] Melalui dua e-mel yang berasingan bertarikh 4.6.2019, Responden telah menghantar penemuan auditnya serta pengiraan cukai kepada Pemohon. Pemohon sekali lagi menjawab kepada penemuan audit Responden bertarikh 4.6.2019 tersebut pada 24.6.2019. Walau bagaimanapun, pada 26.6.2019, Responden telah mengisukan keputusannya melalui Borang J. Jumlah Tahun Taksiran 2007 adalah RM65,534,946.88 (ekshibit “LMS-1” Afidavit Sokongan Pemohon, KM2). [8] Tidak berpuas hati dengan keputusan Responden, maka Pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ini bagi mencabar Keputusan tersebut antara lainnya atas alasan-alasan berikut: (i) Keputusan tersebut adalah ultra vires, haram, tidak sah, menyalahi undang-undang dan/atau melebihi kuasa. (ii) Responden gagal mengambilkira keputusan-keputusan Mahkamah Atasan dalam kes Alf Properties Sdn Bhd v 5 Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2005] 3 CLJ 936 dan Lower Perak Co-operative Housing Society Berhad v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [1994] 3 CLJ 541 yang telah menetapkan prinsip-prinsip cukai yang telah diabaikan oleh Responden di mana mesti wujudnya suatu niat untuk berdagang pada pihak pembayar cukai untuk membolehkan Responden menakluk keuntungan daripada suatu pelupusan di bawah S.4(a) Akta Cukai Pendapan 1967 (ACP 1967). Seseorang pembayar cukai tidak boleh dikatakan berdagang apabila berurusan dengan hartanah pelaburannya. Aktiviti perniagaan tunggal Pemohon adalah pelaburan am dan tidak pernah berurusan dengan hartanah. (iii) Hartanah Pelaburan Pemohon telah diklasifikasikan dan dilayan sebagai hartanah pelaburan dalam akaun berauditnya secara konsisten. Responden juga telah mengabaikan keterangan perakaunan yang dikemukakan oleh Pemohon yang sepatutnya diterima pakai selagi ia tidak bercanggah dengan ACP 1967 seperti yang diputuskan oleh Mahkamah dalam kes Perak Construction Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2001] 8 CLJ 511. Mahkamah Rayuan telah menggunapakai kedudukan yang sama dengan mengesahkan keputusan Mahkamah ini dalam kes Clear Water Sanctuary Golf Management Berhad v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2014] MSTC 30-075. (iv) Keputusan Responden yang berdasarkan polisi, aplikasi dan tafsiran dalamannya terhadap ACP 1967 tidak mempunyai 6 kesan undang-undang dan tidak mengikat pembayar cukai terutamanya dalam perkara ini di mana Keputusan tersebut adalah jelas bercanggah dengan keputusan-keputusan Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Mahkamah ini. Responden sebagai satu cabang eksekutif, adalah terikat dengan keputusan-keputusan Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Mahkamah ini. (v) Responden gagal untuk bertanya soalan yang sepatutnya iaitu sama ada Keputusan tersebut mempunyai apa-apa kuasa undang-undang dan perlembagaan dan secara alternatif, sama ada Responden boleh tidak mengambilkira keputusan Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Mahkamah ini. (vi) Keputusan tersebut harus dibatalkan atas alasan bahawa ianya tidak rasional kerana tiada orang yang munasabah akan membuat Keputusan tersebut. Ini terutamanya apabila Responden telah gagal memberi apa-apa justifikasi yang sah, sebab atau asas untuk Keputusan tersebut. (vii) Responden telah melaksanakan kuasanya secara arbitrari dan/atau secara mekanikal tanpa mengaplikasikan mindanya kepada fakta-fakta dan hal-hal keadaan Pemohon. (viii) Keputusan tersebut tanpa mengambilkira keputusan Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Mahkamah ini berkenaan dengan interpretasi dan pembinaan perundangan merupakan 7 suatu penafian jangkaan sah Pemohon bahawa Responden akan mengambil maklum terhadapnya. [9] Bantahan oleh Pihak Peguam Negara Pihak Peguam Negara telah menyediakan satu hujahan dalam kes WA-25- 303-7-2019 (Standard Chartered Global Business Services Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri) bagi membantah permohonan bagi suatu kebenaran dalam semakan kehakiman oleh Pemohon dan menerimapakai hujahan yang sama bagi kes ini kerana ianya melibatkan isu yang sama. Bantahan pihak Peguam Negara terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman ini antara lainnya atas alasan-alasan berikut: i. Permohonan semakan kehakiman Pemohon di sini adalah pra- matang memandangkan masih terdapat peluang bagi Pemohon untuk mengemukakan rayuan kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) menurut s.99 ACP 1967. ii. Masih terdapat remedi dalaman yang diperuntukan menurut s.99 ACP 1967 yang masih belum digunakan oleh Pemohon dan oleh yang demikian, pemfailan permohonan semakan kehakiman ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah. iii. Pemohon perlu membangkitkan isu-isu yang diutarakan di sini di hadapan PKCP. ACP 1967 telah memperuntukan proses rayuan kepada PKCP di mana penemuan fakta dan pemakaian undang-undang yang relevan akan diputuskan. 8 iv. Kes-kes yang dirujuk oleh Pemohon adalah kes-kes yang telah dirujuk kepada PKCP. Oleh yang demikian, Pemohon sedar bahawa masih terdapat remedi dalaman yang belum digunakan dan Pemohon boleh memfailkan rayuan sekiranya tidak berpuas hati dengan Keputusan tersebut tetapi memilih untuk tidak berbuat sedemikian. Peluang untuk mengemukakan rayuan tersebut telah dinyatakan dengan jelas di dalam notis- notis taksiran tambahan yang dibangkitkan. v. Mahkamah ini tiada bidangkuasa untuk mendengar pertikaian ini dan oleh itu permohonan semakan kehakiman ini tidak perlu diputuskan. Pemohon mempunyai hak untuk merayu menurut s.99 ACP 1967. Pemohon sepatutnya meneruskan dengan rayuan di hadapan PKCP terlebih dahulu dan bukannya memfailkan permohonan semakan kehakiman di sini. Pihak Peguam Negara bersandarkan hujahannya dengan menerimapakai keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor [2017] 1 MLJ, 563 memutuskan seperti berikut; “Held; (2) (per Suriyadi FCJ) Although the respondents claimed that the reason why they had proceeded with a judicial review application instead of an appeal under s 99 of the Act was because a withholding tax did not fall under the definition of assessment and thus the ambit of s 99 of the Act, this was not entirely accurate. The appellant had made an official administrative act when it ordered 9 the first respondent to make payments of the withholding tax. That being so, with the imposition of the withholding tax being an assessment, it was subject to appeal to the Special Commissioners under s 99 of the Act.” Putatif Responden juga membantah dengan permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman oleh Pemohon atas alasan yang sama sebagaimana yang dibantah oleh pihak Peguam Negara. [10] Hujahan Pemohon Pemohon berhujah bahawa “ordinary threshold’ bagi kebenaran untuk semakan kehakiman adalah rendah iaitu sama ada permohonan adalah “frivolous”. Permohonan semakan kehakiman masih boleh dibuat meskipun terdapat remedi dalaman menurut s.99 ACP 1967 sekiranya dibuktikan terdapatnya keadaan-keadaan luar biasa wujud seperti; (a) Bertindak diluar bidangkuasa; atau (b) Gagal melaksanakan tugas statutori; atau (c) Pelanggaran serius prinsip keadilan asasi. Bagi menyokong hujahan Pemohon ini kes-kes seperti Metacorp Development Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2011] 5 MLJ, 447, Society of La Salle brothers v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2017] 8 CLJ 298 dan Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Mudah.My Sdn Bhd [2017] 5 CLJ 283 telah dirujuk yang memutuskan bahawa semakan kehakiman masih boleh dibenarkan meskipun terdapatnya peruntukan remedi rayuan di bawah s.99 ACP 1967. Mahkamah boleh membenarkan dengan syarat pihak yang terkilan berjaya 10 membuktikan bahawa wujudnya tindakan diluar bidangkuasa atau gagal melaksanakan tugas statutori dan/atau berlakunya pelanggaran serius prinsip keadilan asasi dilakukan oleh Responden. [11] Adalah tidak dipertikaikan bahawa Hartanah Pelaburan adalah aset pelaburan Pemohon sendiri. Pemohon dikatakan telah secara konsistennya menyenaraikan hartanah pelaburan ini sebagai “non-current asset” di dalam akaun berauditnya bagi tahun berakhirnya 2002 hingga 2006. Akaun beraudit tersebut juga telah dikemukakan kepada Responden (ekshibit “LMS-25”, Afidavit Sokongan Pemohon, KM2). Pemohon menyatakan kes Alf Properties (supra) dan kes Lower Perak (supra) telah memutuskan bahawa seseorang pembayar cukai tidak boleh dikatakan berdagang apabila berurusan dengan hartanah pelaburannya dan ia tidak tertakluk kepada cukai pendapatan di bawah ACP 1967. Adalah dihujahkan bahawa Responden adalah silap dalam keputusannya apabila mendapati harta pelaburan yang diniagakan dengan niat untuk keuntungan tertakluk di bawah s.4(a) ACP 1967. Pemohon berhujah bahawa Responden telah gagal mengaplikasi keputusan kes-kes tersebut semasa membuat keputusannya dan oleh yang demikian keputusan Responden adalah bertentangan dengan keputusan Mahkamah Atasan dan telah bertindak diluar bidangkuasanya. [12] Hujahan Pihak Peguam Negara Pihak Peguam Negara berhujah bahawa Pemohon gagal mengemukakan rayuan keputusan Responden kepada PKCP sebagaimana yang diperuntukan dalam ACP 1967. Permohonan semakan kehakiman oleh Pemohon adalah “frivolous and vexatious” dan bertentangan dengan 11 Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Ini adalah kerana masih terdapatnya peruntukan undang-undang untuk remedi dalaman di bawah ACP 1967. [13] Pemohon mencabar Borang J, Notis Taksiran bagi tahun Tahun Taksiran 2007 (ekshibit “LMS-1” Afidavit Sokongan Pemohon). Pemohon yang tidak berpuas hati dengan Notis Taksiran tersebut sepatutnya membuat rayuan kepada PKCP untuk penentuan. Hak merayu ini dinyatakan jelas di bawah s.99 ACP 1967. Pemohon mempunyai peluang untuk menghuraikan semua ketakpuasan Notis Taksiran Tahun 2007 tersebut dengan mengemukakan dokumen-dokumen dan memberi keterangan jika perlu. [14] PKCP adalah pihak yang bertanggung jawab bagi memutuskan apa- apa rayuan mengenai cukai. Pihak Pemohon bersetuju bahawa PKCP adalah Hakim fakta mengenai ketakpuasan notis-notis taksiran tambahan tersebut. PKCP belum lagi membuat keputusannya. Maka itu permohonan untuk semakan kehakiman ini adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [15] Responden sememangnya membuat taksiran cukai dan Pemohon boleh merayu keputusan Responden kepada PKCP. Sekiranya Pemohon tidak bersetuju dengan keputusan PKCP, Pemohon boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi. [16] Pihak Peguam Negara merujuk kepada keputusan kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel- Lucent (M) Sdn Bhd & Anor [2017] 1 MLJ 563 yang memutuskan isu mengenai remedi dalaman hendaklah digunakan terlebih dahulu bagi memutuskan semua isu yang 12 menjadi pertikaian oleh pihak yang tidak berpuashati. Apa-apa keputusan PKCP tersebut kemudiannya boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi. Keputusan dalam kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Bandar Nusajaya Development Sdn Bhd [2016] MSTC 30-117, kes Iskandar Coast Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur [Civil Appeal No. W-01(A)-392-11/2017, CA, kes Ta Wu Realty Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri & Anor [2008] 6 CLJ 235 dan kes Cheah Foong Chiew v Lembaga Jurutera Malaysia [1999] 3 MLJ 110 memberi keputusan yang sama bahawa pihak- pihak hendaklah menggunapakai remedi dalaman yang diperuntukan undang-undang dan semakan kehakiman sepatutnya tidak boleh dibenarkan. [17] Hujahan Putatif Responden Putatif Responden berhujah bahawa Notis Taksiran 2007 yang dikeluarkan terhadap Pemohon adalah tertakluk di bawah ACP 1967 dan bukannya di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (ACKHT 1976). Terdapatnya nas-nas undang-undang yang memutuskan bahawa persoalan sama ada pelupusan harta tanah tertakluk kepada ACP 1967 atau ACKHT 1976 adalah terjumlah kepada persoalan fakta. Pernyataan dan relif deklarasi yang dipohon oleh Pemohon adalah berdasarkan kepada penyataan Pemohon bahawa tiada niat untuk berdagang harta tanah pelaburan tersebut. Responden berhujah bahawa apa-apa niat yang bertujuan untuk berdagang harta tanah pelaburan adalah persoalan fakta yang perlu ditentukan dengan keterangan saksi-saksi dan dokumen- dokumen. 13 [18] Bagi maksud ‘niat’ Responden merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Teruntum Theatre Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2996] 3 CLJ 123, 133 yang memutuskan; “[138] On ‘intention’, this word connotes a state of affairs which the Party ‘intending’ does more than merely contemplate. It connotes a State of affairs which, so far as in him lies, to bring about, and which, In point of possibility, he has a reasonable prospect of being able to bring about by his own act of volition”. [19] Dalam kes N.Y.F Realty Sdn Bhd v Controller of Inland Revenue [1974] 1 MLJ 182, 184 memutuskan bahawa; “The question of what the intention of a taxpayer was when he acquired an asset, i.e. whether he bought it as an investment or with a view to selling it at a profit, is a question of fact. It has to be determined by inference from proved facts and such an inference is one of fact and not law….’ [20] Responden seterusnya merujuk kepada keputusan kes MR Properties Sdn Bhd v KPHDN [2005] MSTC 4, 119, di mukasurat 4 menyatakan seperti berikut; “With regard to the intention of the appellant in purchasing the subject lands, the evidence did not support the taxpayer’s contention that the subject lands were purchased for investment….” …. “…In fact, the burden was on the taxpayer to prove that the subject lands were purchased for investment purposes and that such intention existed at the time of the acquisition of the asset.” 14 [21] Adalah hujahan Responden bahawa fakta dalam kes-kes yang dirujuk oleh Pemohon iaitu Alf Properties (supra), Lower Perak Co- Operative (supra) dan Perak Construction Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri [2001] 8 CLJ 511 perlulah dibezakan dengan kes Pemohon di sini. Keputusan dalam kes-kes tersebut dicapai setelah pendengaran saksi-saksi dan dokumen-dokumen dibuat sepenuhnya di hadapan PKCP. [22] Pemohon hanya merujuk kepada akaun beraudit yang disediakan untuk menunjukkan bahawa Pemohon tiada niat untuk berdagang harta tanah pelaburan tersebut. Sesebuah syarikat boleh menyatakan apa sahaja sifat (nature) perniagaan yang diinginkan tetapi sifat perniagaan syarikat sebenarnya hanya boleh ditentukan dengan melihat aktiviti sebenar syarikat tersebut. Ketentuan aktiviti sebenar syarikat hanya boleh diputuskan oleh PKCP setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan pemeriksaan dokumen-dokumen berkaitan. Adalah suatu kemustahilan (absurdity) bagi Responden menerima setiap pengataan Pemohon pada permukaannya sahaja tanpa sebarang pertanyaan atau siasatan. [23] Responden selanjutnya berhujah bahawa adalah tidak tepat pengataan Pemohon bahawa Responden dikehendaki menerima bukti perakaunan dan jika gagal mematuhinya, Responden dikatakan telah bertindak secara tidak sah. Responden menyatakan bukti perakauan bukanlah merupakan suatu bukti konklusif sebagaimana yang diputuskan dalam kes I.Investment Lte v DGIR [1975] 2 MLJ 208, FC dan Director General of Inland Revenue v LCW [1975] 1 MLJ 250, FC. 15 [24] Responden seterusnya berhujah bahawa Pemohon gagal memenuhi ujian permulaan/awalan ‘threshold test’ untuk permohonan suatu kebenaran bagi semakan kehakiman. Terdapatnya remedi pilihan dalam rayuan dan pemfailan permohonan semakan kehakiman ini adalah pra- matang. Perkara utama dalam permohonan semakan kehakiman ini adalah ketidakpuasan Pemohon terhadap Notis Taksiran Tahun 2007 yang dikeluarkan oleh Responden terhadap Pemohon. Oleh kerana Pemohon adalah pihak yang terkilan dengan Notis Taksiran tersebut, maka Pemohon sepatutnya merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan menurut s.99 ACP 1967. Responden berhujah bahawa forum yang betul bagi Pemohon mencabar Notis Takisran Tahun 2007 adalah melalui remedi dalaman yang diperuntukan di bawah ACP 1967. [25] Responden selanjutnya berhujah meskipun Mahkamah mempunyai budibicara dalam semakan kehakiman kes-kes Lembaga Hasil Dalam Negeri, kuasa budibicara hanya boleh dilaksanakan dalam keadaan sangat luar biasa iaitu dengan menunjukkan bahawa berlakunya kegagalan melaksanakan tugas statutori, pelanggaran prinsip hak keadilan asasi dan bertindak di luar bidangkuasa. Prinsip undang-undang sedemikian diputuskan dalam kes Government of Malaysia & Another v Jagdis Singh (1997) 2 MLJ 185 yang mana YA Hakim Hashim Yeop Sani SCJ (pada ketika itu) dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut; “A clear principle is reiterated here i.e it is not rigid rule that whenever there is an appeal procedure available to the applicant he should be denied judicial review. Judicial review is always at the discretion of the court but where there is another avenue or remedy open to the applicant it will only be exercised in very exceptional circumstances. 16 In Re Preston was a tax case. It was quite clear from the speeches of their Lordship in the House of Lords that the Inland Revenue Commissioners were not immune from the process of judicial review. But what was also made clear is that remedy by way of judicial review is not to be available where an alternative remedy exists except in very exceptional cases. In answer to the first question we would therefore hold that the discretion is still with the courts but where there is an appeal provision available to the applicant certiorari should not in normally issue unless there is shown a clear lack of jurisdiction or a blatant failure to perform some statutory duty or in appropriate cases a serious breach of the principles of natural justice.” [26] Responden berhujah isu-isu yang dikemukakan oleh Pemohon sepatutnya didengar dan ditentukan oleh PKCP terlebih dahulu dan bukan membawanya terus ke Mahkamah Tinggi. Dapatan Mahkamah [27] Undang-Undang berkaitan permohonan kebenaran dalam semakan kehakiman Ujian yang terpakai bagi permohonan suatu kebenaran dalam semakan kehakiman menurut Aturan 53 kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 diputuskan dalam kes WRF Asia Pacific Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2012] 4 CLJ 478, FC di mukasurat 488 perenggan 12 menyatakan seperti berikut; “[12] For purposes of its application, the appellant had alluded to the statutory route of O. 53 of the Rules. Under this order two stages are anticipated, with the leave stage being the first, to be followed closely by the substantive hearing after successfully obtaining leave at the High Court. At the leave stage, on a quick perusal of the material available, if the court thinks that subsequently at the 17 substantive hearing stage an arguable case may be disclosed, and the relief sought may be granted, leave should be granted (IRC v. National Federation of Self-Employed and Small Businesses Ltd [1982] AC 617). In Malaysia, the Federal Court in Mohd Nordin Johan v. The Attorney-General, Malaysia [1983] 1 CLJ 130; [1983] CLJ (Rep) 271 when allowing the appeal, opined that 'the point taken was not frivolous to merit refusal of leave in limine and justified argument on a substantive motion for certiorari '. Without the need to go into depth of the abundant authorities, suffice if we state that leave may be granted if the leave application is not thought of as frivolous, and if leave is granted, an arguable case in favour of granting the relief sought at the substantive hearing may be the resultant outcome. A rider must be attached to the application though ie, unless the matter for judicial review is amenable to judicial review absolutely no success may be envisaged.” [28] Kes Tuan Haji Sarip Hamid & Anor v PAtco Malaysia Bhd [1995] 3 CLJ 627, SC, di mukasurat 633, Mahkamah Agong dalam penghakimannya telah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di England dalam kes In R. v. Secretary of State for the Home Department, ex parte Rukshanda Begum [1990] Crown Office Digest 109, Dip, mengenai ketetapan suatu garis panduan kepada Mahkamah dalam mempertimbangkan suatu permohonan untuk kebenaran dalam suatu semakan kehakiman. “…..the Court of Appeal in England correctly laid down guidelines to be followed by the Court when considering an application for leave, in the following terms: (i) The Judge should grant leave if it is clear that there is a point for further investigation on a full inter partes basis with all such evidence as is necessary on the facts and all such argument as is necessary on the law. 18 (ii) If the Judge is satisfied that there is no arguable case he should dismiss the application for leave to move for judicial review. (iii) If on considering the papers, the Judge comes to the conclusion that he really does not know whether there is or is not an arguable case, the right course is for the Judge to invite the putative respondent to attend and make representations as to whether or not leave should be granted. That inter partes leave hearing should not be anywhere near so extensive as a full substantive judicial review hearing. The test to be applied by the Judge at that inter partes leave hearing should be analogous to the approach adopted in deciding whether to grant leave to appeal against an arbitrator's award... namely: if, taking account of a brief argument on either side, the Judge is satisfied that there is a case fit for further consideration, then he should grant leave.” [29] Adalah fakta nyata bahawa Pemohon sebagai pihak yang tidak berpuashati dengan keputusan Responden berhak membuat rayuan kepada PKCP menurut s.99 ACP 1967. Isu-isu yang ditimbulkan oleh Pemohon bukan sahaja mengenai perihal fakta tetapi juga pemakaian undang-undang. Seksyen 99 Akta yang sama dengan jelas memberi kuasa kepada PKCP untuk menentukan isu-isu yang diketengahkan oleh Pemohon dalam bentuk rayuan. Mahkamah sepatutnya perlahan dalam mengambil alih tugas suatu badan pentadbiran atau tribunal khususnya yang telah diperuntukan oleh undang-undang untuk penentuan. Mahkamah merujuk kepada seksyen 99 (1) yang menyatakan seperti berikut; “A person aggrieved by an assessment made in respect of him may appeal to the Special Commissioner against the assessment by giving to the Director General 19 within thirty days after the service of the notice of assessment or……a written notice of appeal in the prescribed form (ie Forn Q) stating the ground of appeal and containing such other particulars as may be required by that form”. [30] PKCP juga terdiri daripada orang-orang berkelayakan dalam undang- undang untuk mendengar rayuan Pemohon dan memutuskan menurut undang-undang. Peruntukan s.98(3) ACP 1967 menyatakan keahliannya iaitu; “98. The Special Commissioner and the Clerk (3) The Special Commissioner shall include such number of persons with judicial or other legal experience (that is to say, experience as an advocate, as a member of the judicial and legal service as as the holder of an office to which the Judges Remuneration Act 197 [Act 45], applies) as may be necessary for the purposes of paragraph1 of Schedule 5; and, if the Yang di-Pertuan Agong considers it expedient to do so, he may appoint from amongst those persons a Chairman ans such number of Deputy Chairman of the Special Commissioners”. Mahkamah ini juga berpendapat bahawa Parlimen mempunyai niatnya bagi penyelesaian dalaman bagi kes-kes percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri boleh dibuat dengan memberi kuasa kepada PKCP melalui peruntukan s.99 ACP 1967 tersebut. Melalui kes-kes yang diputuskan, peruntukan s.99 ACP 1967 ini hanya boleh dilangkaui sekiranya berlaku keadaan yang sangat luar biasa. [31] Mahkamah merujuk kepada keputusan kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel-Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor [2017] 1 MLJ, 563, FC, YA Hakim Suriyadi Halim Omar HMP dalam penghakimannya 20 telah memutuskan isu pemakaian s.99 ACP 1967 dan menyatakan seperti berikut; “[58] To dispel any fear of a taxpayer, merely because he has to face such an awesome body in the form of the government, Gill FJ in Sun Man Tobacco Co v Government of Malaysia [1973] 2 MLJ 163 had occasion to state: The doors of justice are not shut to him merely because its claimant is the Government, but he has to enter the doors of the Special Commissioners first to raise the plea of non-observance of the principle of natural justice or to establish that the Director-General acted arbitrarily and in a non- judicial manner. It is only after he has availed himself of that remedy as laid down by the law that he has a right to come to the courts. (Emphasis added.) [59] The respondents when asked about the failure to appeal, replied that the issue of withholding tax is not an assessment, hence the irrelevancy of s 99 in this appeal. We will discuss the issue of ‘assessment’ later (see paras 72–75). [60] Had the respondents filed an appeal before the Special Commissioners, where the onus is on the respondents to establish their position, they will be accorded every opportunity to show where the appellant went wrong. The respondents may request for the attendance of witnesses to give evidence on oath and request any witness to produce any books, papers or documents which is in his custody or his control necessary for purposes of the appeal. Therefore, before the Special Commissioners the respondents will have all the opportunity to ventilate his disgruntlement, with every opportunity to undo what the appellant determined (see Director-General of Inland Revenue v Lahad Datu Timber Sdn Bhd [1978] 1 MLJ 203). [61] At the completion of the hearing of the appeal, the Special Commissioners shall give their decision in the form of an order known as a deciding order, and 21 which in certain circumstances may be final. Either party to the proceedings before the Special Commissioners may appeal on a question of law against a deciding order, or may request the Special Commissioners to state a case (generally known as case stated) for the opinion of the High Court. Any dissatisfied party may appeal only up to the Court of Appeal (Tio Chee Hing v United Overseas Bank (M) Bhd [2013] 3 MLJ 212; [2013] 2 CLJ 910; Koperasi Jimat Cermat dan Pinjaman Keretapi Bhd (now known as Koperasi Keretapi Bhd) v Kumar a/l Gurusamy [2011] 2 MLJ 433; [2011] 3 CLJ 241; Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Syarikat Jasa Bumi (Woods) Sdn Bhd (Civil Application No 08–31of 1999(S)) (unreported)). [62] By filing an appeal before the Special Commissioners the respondents would have had that opportunity to challenge the decision of the appellant as to whether the payments were indeed royalty. Likewise the respondents would have had the chance to rebut s 15A of the ITA. Section 15A provides that certain income, including the likes of services rendered by the second respondent to the first respondent, shall be deemed to be derived from Malaysia. [64] At the risk of repeating, as there was no appeal to the Special Commissioners, this court has no option but to accept certain facts and conclusions as not reversible (fait accompli). We cannot alter the view that the payments made by the first respondent are royalty payments and now be heard to complain, bearing in mind that they have failed to avail themselves, to echo Gill FJ, ‘of that remedy as laid down by the law’ before coming to the courts.” [79] A view held by Wan Hamzah J in Government of Malaysia v P Corporation (M) Sdn Bhd (1950-1985) MSTC 426, and of which we approve, had occasion to opine that s 99 refers to ‘assessment’ generally and not specifically to ‘assessment to tax’. It is established law that papers or notices of assessments sent out by the appellants to taxpayers are not assessments. An assessment is the official administrative act of the appellant who determines the amount of tax to be paid by a taxpayer, after having taken into account all the relevant 22 circumstances. Notices of assessments will be sent out only after the ascertainment is complete. In The King v Deputy Federal Commissioner of Taxation (SA), ex parte Hooper [1926] 37 CLR 368 at p 373 Isaacs J said: An assessment is not a piece of paper; it is an official act or operation; it is the Commissioner’s ascertainment, on consideration of all relevant circumstances, including sometimes his own opinion, of the amount of tax chargeable to a given taxpayer. When he has completed his ascertainment of the amount, he sends by post a notification thereof called ‘a notice of assessment’ … But neither the paper sent nor the notification it gives is the ‘assessment’. That is and remains the act or operation of the Commissioner. [80] The above view was cited with approval by Buttrose J in ABC v The Comptroller of Income Tax, Singapore [1959] 1 MLJ 162 at p 165 when he said: The assessment itself is the administrative act of the Comptroller and determines the quantum of the tax … [81] The relevant question that must follow is, did the appellant make an assessment ie carry out an official administrative act, when he ordered the first respondent to make payments of the withholding tax? Without a doubt the answer is in the affirmative. That being so, with the imposition of the withholding tax being an assessment, it is thus subject to appeal to the Special Commissioners under s 99. [32] Prinsip yang sama juga telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Iskandar Coast Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Civil Appeal No.W-01(A)-392-11-2017, CA yang menyatakan seperti berikut; 23 “[22] There is nothing exceptional about the appellant’s case to entitle to by- pass the domestic appeal process prescribed by section 99 of the ITA. Nor could we find “very exceptional circumstances”, in the sense that there was a clear lack of jurisdiction, or ablatant failure to perform some statutory duty, or a serious breach of the principles of natural justice that the respondent can be said to be guilty of when he issued the Notices of Assessment. [23] The dispute was over the decision of the respondent to issue the Notices of Assessment for the years of assessment 2008, 2009 and 2013, for which the appellant’s remedy lies in appealing to the Special Commissioners in accordance with section 99 of the ITA. That would be the proper avenue for the appellant to challenge the decision of the respondent: Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel-Lucent (M) Sdn BHd 7 Anor [2017] 2 CLJ; [2017] 1 MLJ 563. [24] This court’s decision in Ta Wu Realty Sdn Bhd v Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri & Anor [2008] 6 CLJ 235 is also relevant where it was held any question pertaining to the merits of the assessment made by the Director General of Inland Revenue is a matter that is better reserved for the Special Commissioners or a matter to be transmitted to the High Court by way of case stated. At paragraph [6] of the judgment this is iwhat the court said: [6] Before the Special Commissioners a tawpayer, in this case the appellant, will have all the opportunity to ventilate his disgruntlement, with every opportunity to tender exhibits, and give oral evidence if necessary (Director-General of Inland Revenue v Lahad Datu Timber Sdn Bhd [1978] 1 MLJ 203). If the taxpayer is successful, the tax so paid will be refunded in full. A taxpayer has an additional safeguard in that in the event a dispute on question of law is identified it may be transmitted to the High Court by way of atated”. 24 [33] Mahkamah merujuk kepada perenggan 3 Notis Taksiran Tahun Taksiran 2007 bertarikh 26.6.2019 ekshibit “LMS-1” Afidavit Sokongan Pemohon (KM2) yang diperturunkan semula seperti berikut; “3. Jika tuan tidak berpuashati dengan taksiran ini, tuan boleh merayu terhadapnya dalam borang yang ditetapkan dalam had tempoh yang dinyatakan di muka sebelah. Walau bagaimanapun, cukai tambahan kena dibayar itu mestilah juga dibayar.” Oleh kerana tiada rayuan kepada Pesuruhjaya Khas dibuat oleh Pemohon, maka segala fakta dan keputusan yang dibuat oleh Responden kekal tanpa disangkal oleh Pemohon. Ini juga bermakna fakta-fakta dan kesimpulan tertentu tidak boleh diakaskan dan Mahkamah ini tidak boleh menilai merit perkara ini yang sepatutnya diselesaikan oleh Pesuruhjaya Khas. [34] Responden diberi kuasa untuk mengambil apa-apa tindakan sebagaimana diperuntukan di bawah ACP 1967. Responden diberi kuasa di bawah s.91(1) ACP 1967 untuk membangkitkan sebarang cukai taksiran dan cukai taksiran tambahan. Responden juga berkuasa untuk mengeluarkan apa-apa notis taksiran sepertimana yang diperuntukan di bawah seksyen 96(1) ACP 1967. Tindakan Responden mengeluarkan Notis Taksiran Tahun Taksiran 2007 adalah selaras dengan s.96(1) ACP 1967. Bagi mematuhi peruntukan s.96(4)(c)(iii) ACP 1967, Responden juga telah mematuhi keperluan yang dinyatakan dengan memaklumkan hak rayuan kepada Pemohon. Seksyen 91(1), 96(1) dan 96(4) (c) (iii) Akta yang sama menyatakan seperti berikut: “Assessments and additional assessments in certain cases 25 91. (1) The Director General, where for any year of assessment it appears to him that no or no sufficient assessment has been made on a person chargeable to tax, may in that year or within five years after its expiration make an assessment or additional assessment, as the case may be, in respect of that person in the amount or additional amount of chargeable income and tax or in the additional amount of tax in which, according to the best of the Director General’s judgment, the assessment with respect to that person ought to have been made for that year.” “Notice of assessment 96. (1) As soon as may be after an assessment, other than an assessment under subsections 90(1) and 91A(1), has been made, the Director General shall cause a notice of assessment to be served on the person in respect of whom the assessment was made. 96 (4) A notice served under subsection (1) or (2) shall be in the prescribed form and shall indicate, in addition to any other material included therein— (a) in the case of a notice served under subsection (1), the year of assessment, the amount or additional amount of chargeable income and the tax charged thereon or the amount of the tax or additional tax, as the case may be; (b) in the case of a notice served under subsection (2), the year of assessment and the amount of the increase in the tax charged; and Income Tax 277 (c) in either case— (i) the place at which payment is to be made; (ii) the increase for late payment imposed by subsection 103(5), (6), (7) or (8); and (iii) any right of appeal which may exist under this Act.” 26 [35] Sama ada Pemohon berjaya mengemukakan sebarang keadaan yang sangat luar biasa Ketidakpuasan Pemohon dengan keputusan Responden hanya bergantung kepada akaun berauditnya bagi tahun berakhirnya 2002 hingga 2006 yang dikemukakan kepada Responden. Pemohon menyatakan ianya cukup dan memadai untuk menunjukkan niat Pemohon yang tidak berdagang harta tanah pelaburan tersebut dan Responden sepatutnya menerima tanpa soal. [36] Persoalan niat untuk tidak berdagang atau tidak dan butiran dalam akaun beraudit Pemohon adalah perkara fakta yang perlu ditentukan dengan pengesahan saksi-saksi dan memeriksa dokumen-dokumen berkaitan. Ini perlu kerana pencabaran yang dibawa oleh Pemohon adalah mengenai pengenaan hartanah pelaburan sebagai cukai pendapatan dan tidak sebagai Cukai Keuntungan Harta Tanah. [37] Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan Pemohon bahawa Responden terikat dengan keputusan kes-kes seperti Kes Alf Properties (supra) dan kes Lower Perak (supra) dan mesti mematuhinya tanpa gagal. Ini adalah kerana Mahkamah ini berpendapat setiap satu kes itu diputuskan menurut fakta-fakta yang ada dihadapannya. Persoalan fakta dan pemakaian undang-undang yang dipertikaikan oleh Pemohon belum lagi diputuskan oleh pihak PKCP. Ini adalah kerana Pemohon gagal melaksanakan remedi dalaman yang diperuntukan bagi Pemohon memfailkan rayuannya tetapi sebaliknya memfailkan permohonan semakan kehakiman terus ke Mahkamah ini. 27 [38] Responden berhak untuk membangkitkan sebarang persoalan mengenai akaun beraudit Pemohon tentang aktiviti perniagaan dan tidak terkecuali tentang bagaimana hartanah pelaburan tersebut diperolehi dan dilupuskan bagi maksud keuntungan dan percukaian. Kesemua isu ini hanya boleh diputuskan oleh PKCP dengan memfailkan rayuannya kepada PKCP menurut s.99 ACP 1967 bagi suatu penentuan sama ada taksiran cukai yang dikenakan ke atas Pemohon adalah tertakluk kepada s.4 (a) ACP 1967 atau ACKHT 1976. [39] Mahkamah merujuk penghakiman kes Alf Properties (supra) di mukasurat 763 yang menyatakan seperti berikut; “It is my observation that the Special Commissioners were in error in trying to juggle the subject land to be under what heading or item in the account. It is not the duty of the Special Commissioners. The duty of the Special Commissioners is to decide whether the entry made is really what it is purported to be and not to try to correct it. It is the Special Commissioners to decide whether the subject land was actually a “fixed asset” as stated by the appellant or otherwise.” Dalam kes Alf Properties ini, PCKP telah mendengar rayuan perayu dan membuat penemuan fakta dan atau undang-undang berbanding dengan kes Pemohon di sini. Kesemua pertikaian fakta dan undang-undang telah dibentang di hadapan PKCP bagi menentukan sama ada keputusan Responden adalah benar atau tidak. Mahkamah tidak akan sewenang- wenangnya membenarkan permohonan semakan kehakiman tanpa kesemua remedi yang diperuntukan di dalam ACP 1967 dilaksanakan oleh pihak yang terkilan dengan sepenuhnya. Maka sebab itu Mahkamah Atasan di kebanyakan kes-kes memutuskan sekiranya hendak dibenarkan 28 juga maka pihak yang terkilan hendaklah membuktikan adanya keadaan yang sangat luar biasa. [40] Dalam kes Pemohon ini, tiada keadaan luar biasa yang membolehkan Mahkamah ini membenarkan permohonan suatu kebenaran untuk suatu semakan kehakiman hanya berasaskan kepada kegagalan Responden mematuhi keputusan Mahkamah-Mahkamah Atasan mengenai status hartanah pelaburan Pemohon tanpa terlebih dahulu memastikan fakta dan bukti kesahihan aktiviti perniagaan Pemohon berhubung dengan hartanah pelaburan yang didagangkan. [41] Mahkamah berpendapat adalah pra-matang pada peringkat ini untuk Mahkamah memutuskan bahawa tindakan Responden adalah diluar bidangkuasa kerana terdapatnya persoalan fakta dan undang-undang yang masih belum didengar dan diputuskan oleh PKCP yang merupakan Hakim Fakta yang mempunyai bidangkuasa untuk memutuskannya setelah mendengar rayuan Pemohon. Kesimpulan [42] Menimbang permohonan dan hujahan pihak-pihak, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa permohonan Pemohon untuk kebenaran semakan kehakiman adalah pra-matang dan berupa suatu penyalahan proses Mahkamah. Pemohon juga gagal menunjukkan adanya suatu kes prima facie yang boleh dipertikaikan bagi membolehkan kebenaran diberikan untuk memulakan suatu semakan kehakiman terhadap Responden. Bagi maksud kes ini dan sebagai panduan, Mahkamah ini menerimapakai keputusan kes Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri v Alcatel-Lucent Malaysia Sdn Bhd & Anor (supra) berhubung dengan hak remedi 29 dalaman menurut s.99 ACP 1967. Pemohon sepatutnya melaksanakan haknya di bawah s.99 ACP 1967 untuk merayu keputusan Responden tersebut. [43] Pemohon sewajarnya meneruskan dengan rayuannya di hadapan PKCP terlebih dahulu dan bukannya memfailkan permohonan semakan kehakiman di sini. Tiada keadaan yang sangat luar biasa ditunjukkan oleh Pemohon untuk Mahkamah ini melaksanakan budibicaranya mendengar permohonan Pemohon tanpa mengambilkira hak rayuan Pemohon di bawah s.99 ACP 1967. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini menolak permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman Pemohon dengan kos sebanyak RM2,000.00 di bayar kepada pihak Peguam Negara dan kos sebanyak RM2,000 di bayar kepada Putatif Responden yang telah diberikan bersama-sama dengan kes WA-25-303-7-2019 dan WA-25-307- 7-2019. MARIANA BITI HAJI YAHYA HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS 2) MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR BERTARIKH: 20 NOVEMBER 2019 30 Peguam Cara bagi pihak Pemohon Encik S.Saravana Kumar bersama Encik Steward Lee Wai Fong, Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Kuala Lumpur. Peguam Negara Puan Krishna Priya a/p Venugopal, Peguam Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Sivil, Putrajaya. Peguam Cara bagi Putatif Responden Encik Danial Ahmad bersama Puan Wan Hamdanie binti Wan Mohamad, Peguam Hasil, Bahagian Rayuan Khas, Jabatan Undang-Undang, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Cyberjaya, Selangor. 31