MOHD EZRI BIN SAAD (NO. G/18349, NO. KP 830426-02-5743) 1. ) TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR (PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA, BUKIT AMAN) 2. ) LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA, BUKIT AMAN 3. ) INSP. MOHAMA
The High Court held that the disciplinary process complied with applicable regulations and constitutional requirements, the applicant was afforded a reasonable opportunity to be heard and documents were supplied, no mala fide or fatal procedural irregularity was proved, Reg 37(5) committee was not mandatory in the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-25-345-12-2017 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Pemohon: MOHD EZRI BIN SAAD; Responden Pertama (pengerusi Lembaga Tatatertib Pdrm): TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR; Responden Kedua: LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA, BUKIT AMAN; Responden Ketiga: INSP. MOHAMAD YASSAR BIN ISHAK (G/20578); Responden Keempat: KERJAAN MALAYSIA
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 26 November 2020
- Case Number
- WA-25-345-12-2017 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review (semakan Kehakiman) / High Court Judgment on Application for Declaratory Relief and Certiorari
- Outcome
- Application dismissed
- Legal Topics
- Judicial Review, Procedural Impropriety, Right to Be Heard, Condonation, Proportionality of Disciplinary Sanction, Formation of Investigative Committee, Maladministration
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
MOHD EZRI BIN SAAD
Pemohon
TAN SRI DATO' SRI KHALID BIN ABU BAKAR
Responden Pertama (pengerusi Lembaga Tatatertib Pdrm)
LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA, BUKIT AMAN
Responden Kedua
INSP. MOHAMAD YASSAR BIN ISHAK (G/20578)
Responden Ketiga
KERJAAN MALAYSIA
Responden Keempat
Procedural Posture
Judicial Review (semakan Kehakiman) / High Court Judgment on Application for Declaratory Relief and Certiorari
Legal Issues
- 1 Whether the disciplinary process complied with Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 and Article 135(2) Constitution
- 2 Whether the dismissal was tainted by mala fide or procedural irregularity
- 3 Whether failure to appoint an Investigative Committee under Reg 37(5) was fatal
Ratio Decidendi
The High Court held that the disciplinary process complied with applicable regulations and constitutional requirements, the applicant was afforded a reasonable opportunity to be heard and documents were supplied, no mala fide or fatal procedural irregularity was proved, Reg 37(5) committee was not mandatory in the circumstances, and the dismissal was a proportionate exercise of disciplinary discretion; application dismissed with costs RM10,000.
Court Disposition
Application dismissed
Orders
- Application for declaratory relief and certiorari dismissed
- Costs of RM10,000 awarded to respondents as agreed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS) PERMOHONAN BAGI SEMAKAN KEHAKIMAN NO. WA-25-345- 12/2017 Dalam perkara satu permohonan oleh MOHD EZRI BIN SAAD (NO.K/P: 830426-02-5743) untuk memohon satu Perintah Deklarasi dan/atau Certiorari DAN Dalam perkara keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia Bukit Aman berkuatkuasa pada 29-8-2017 DAN Dalam perkara Perintah-Perintah Am Bab D, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan 2002) dan Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 DAN Dalam Perkara 5, 7, 8 dan 135 Perlembagaan Persekutuan 1 DAN Dalam Perkara Aturan 53 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 ANTARA MOHD EZRI BIN SAAD (NO.G/18349, NO.KP: 830426-02-5743) PEMOHON DAN 1. TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU BAKAR (PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA, BUKIT AMAN) 2. LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA, BUKIT AMAN 3. INSP. MOHAMAD YASSAR BIN ISHAK (G/20578) 4. KERAJAAN MALAYSIA RESPONDEN-RESPONDEN 2 ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman memohon relif-relif berikut: i. Suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari terhadap Responden-Responden untuk membatalkan keputusan yang telah diberikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar (Responden Pertama) dan Lembaga Tatatertib Polis Diraja Bukit Malaysia Bukit Aman (Responden Kedua) bagi pihak Responden Keempat untuk membuang kerja Pemohon dari Pasukan Polis Diraja Malaysia berkuatkuasa mulai 29.8.2017 dan bahawa Pemohon masih merupakan pekerja Responden Keempat, Kerajaan Malaysia tanpa kehilangan kekananan pangkat dan seterusnya suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari diberikan; ii. Suatu siasatan untuk menentukan tunggakan gaji, emolumen, elaun-elaun dan faedah-faedah lain yang Pemohon sepatutnya menerima dari tarikh pemohon dibuang kerja (29.8.2017) sehingga penyelesaian penuh; iii. Ganti rugi am dan/atau ganti rugi teruk dan/atau ganti rugi teladan dan/atau ganti rugi punitif kerana Responden- Responden telah bersikap sambal lewa ‘lackadaisical attitude’ dalam prosiding tatatertib dengan niat semata-mata untuk membuang kerja Pemohon yang mana akibat dari tindakan dan/atau peninggalan Responden-Responden tersebut, 3 Pemohon mengalami trauma mental, emosi dan psikologi yang begitu amat sangat apabila menghadapi keluarga dan masyarakat, terpaksa mengharungi tekanan jiwa, mengalami kesedihan dan kedukacitaan setiap hari sehingga kini; iv. Ganti rugi pemecatan salah; v. Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah keseluruhan wang penghakiman dari tarikh Pemohon dibuang kerja sehingga penyelesaian penuh; vi. Kos tindakan ini. FAKTA RINGKAS [2] Pada 15.7.2007, Pemohon telah menyertai pasukan polis sebagai Inspektor Percubaan. Selepas tamat latihan Pemohon telah bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman sehingga dibuang kerja pada 29.8.2017. [3] Pada 21.4.2015 satu laporan polis telah dibuat mengenai African Scam iaitu bersabit Malim Report 1529/15 yang mana Pegawai Penyiasat ialah Inspektor Mohamad Yassar bin Ishak (G/20578). [4] Pada 16.5.2017, satu tangkapan telah dibuat ke atas warga Pakistan bernama Jadeer Ehsan melalui Bukit Jalil Report 2829/15 yang dibuat oleh ASP Nur Asrul bin Ariff. Tangkapan adalah bersangkut Malim Report 1529/15. 4 [5] Suspek Jadeer Ehsan telah di bawa ke Balai Polis Melaka Tengah dan Responden Ketiga telah memohon tahanan reman ke atas Jadeer Ehsan dari 16.5.2015 hingga 19.5.2015. Tahanan reman kemudiannya telah dilanjutkan dari 20.5.2015 hingga 22.5.2015. [6] Pada 22.5.2015 Bandar Hilir Report 2752/15 telah dibuat terhadap Jadeer Ehsan berkaitan kesalahan pasport palsu di bawah Peraturan 39(B) Akta Imigresen 1963 dan permohonan reman ke atas Jadeer Ehsan dibuat dari 22.5.2015 untuk tempoh 14 hari. [7] Pada 28.5.2015 Responden Ketiga telah merujuk kertas siasatan kepada Ketua Unit Pendakwaan Melaka dan arahan kepada Responden Ketiga untuk melengkapkan kertas siasatan dan membebaskan Jadeer Ehsan dengan jaminan polis. [8] Pada 28.5.2015, atas arahan ASP Nur Asrul bin Ariff, Pemohon telah menemubual Jadeer Ehsan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah yang pada ketika itu telah dijamin polis. [9] Pada 8.6.2015, Responden Ketiga telah menerima arahan Ketua Unit Pendakwaan untuk menuduh Jadeer Ehsan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Responden Ketiga telah menghubungi abang Jadeer Ehsan untuk membawa Jadeer Ehsan ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Melaka Tengah untuk pertuduhan. Tarikh 12.6.2015 telah dipersetujui antara Responden Ketiga dengan peguam Jadeer Ehsan untuk pertuduhan dibuat di Mahkamah. 5 [10] Pada 12.6.2015, Jadeer Ehsan tidak dapat hadir kerana ada temujanji doktor dan tarikh berikutnya ditetapkan pada 16.6.2015. Pada 15.6.2015 abang kepada Jadeer Ehsan telah membuat laporan polis Bandar Hilir Report 3496/15 memberitahu Jadeer Ehsan telah menghilangkan diri. [11] Pada 26.6.2015, Responden Ketiga telah dipanggil oleh KJSJK IPK Melaka iaitu Superintenden Ee Khong Koy kerana Jadeer Ehsan gagal dikesan. Pada 26.6.2015 juga satu laporan polis Bandar Hilir Report 3704/15 telah dibuat oleh Responden Ketiga terhadap Pemohon. Pada 29.6.2015, Pemohon juga telah membuat laporan polis Jalan Tun Razak 4936/15 sebagai respon kepada Bandar Hilir Report 3704/15. [12] Berikutan dari itu, satu kertas siasatan telah dibuat terhadap Pemohon di bawah Seksyen 221 Kanun Keseksaan bersabit Bandar Hilir Report 3704/15 yang kemudiannya kes telah di NFA oleh pihak Timbalan Pendakwaraya. [13] Pemohon kemudiannya telah menerima Surat Tunjuk Sebab bertarikh 21.3.2016 mengenai 6 pertuduhan salah laku di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (“PPPAKT 1993”) dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan yang sama. Pertuduhan-pertuduhan yang dirujuk adalah seperti berikut: i. Bagi Tuduhan Pertama, pada 28.5.2015 Pemohon tidak membuat tangkapan semula terlebih dahulu bersabit USJ 8 Report 866/2015 ke atas Jadeer Ehsan setelah diberi jaminan 6 polis bersabit Malim Report 1529/15 sebelum membawa balik Jadeer Ehsan ke Aras 27, Menara 238 Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur dan berpeluang membebaskan Jadeer Ehsan sebelum merujuk kepada Responden Ketiga yang mana Pemohon mengetahui tangkapan semula adalah perlu untuk pendakwaan bersabit Malim Report 1529/15. Pemohon seorang pegawai yang tidak bertanggungjawab dan telah melanggar Peraturan 4(2)(g) PPPAKT 1993. ii. Bagi Tuduhan Kedua, Pemohon bertindak tidak jujur kerana antara 21.5.2015 hingga 28.5.2015 antara jam 7.00 malam hingga 11.59 malam, Pemohon telah memperdayakan Responden Ketiga untuk menyerahkan Jadeer Ehsan untuk dibawa balik ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Aras 27 Menara 238 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dengan mengatakan bahawa Jadeer Ehsan akan disoal siasat dan ditangkap semula bersabit USJ 8 Report 866/15 sedangkan Pemohon tidak berbuat demikian sebaliknya membebaskan Jadeer Ehsan dan pendakwaan tidak dapat dijalankan terhadap Jadeer Ehsan. Perbuatan Pemohon adalah suatu kesalahan tidak jujur atau tidak amanah dan telah melanggar Peraturan 4(2)(f) PPPAKT 1993. iii. Bagi Tuduhan ketiga, pada 28.5.2015 Pemohon telah ingkar perintah apabila membawa Jadeer Ehsan dari pejabat BSJKD Melaka Tengah ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di Aras 27 Menara 238 Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur tanpa arahan mana-mana pegawai atasan. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(i) PPPAKT 1993. 7 iv. Bagi Tuduhan Keempat, pada 10.7.2015 jam 3.20 petang Pemohon telah bertindak tidak jujur dengan mendorong dan mengarahkan KPL/D 157697 Jahir Duranny bin Mohd Jarkasi (A8) dan KPL/D 126798 Meor Ariffin bin Musa (A9) untuk memberi percakapan palsu semasa rakaman percakapan dibuat oleh ASP G/17352 Lai Siaw Khien di Cawangan Siasatan Perundingan Kajian Kes Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard, Tingkat 20 Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman supaya berdalih dan tidak bercakap benar dengan mengatakan ahli keluarga Jadeer Ehsan hadir bersama dan menunggu sehingga temubual berakhir pada jam 1.00 pagi pada 29.5.2015 yang mana Pemohon ketahui tiada ahli keluarga Jadeer Ehsan hadir pada ketika itu di pejabat Pemohon. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(f) PPPAKT 1993. v. Bagi Tuduhan Kelima, Pemohon didapati telah ingkar Perintah kerana antara 20.5.2015 hingga 9.7.2015, Pemohon gagal mengisytiharkan harta tambahan sebuah kereta bernombor pendaftaran WEE 535 jenis Saga 1.3S yang didaftar atas nama Pemohon pada 20.5.2015. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(i) PPPAKT 1993. vi. Bagi Tuduhan Keenam, Pemohon didapati telah ingkar Perintah kerana antara 27.4.2011 hingga 9.7.2015, Pemohon gagal mengisytiharkan harta tambahan sebuah kereta bernombor pendaftaran WVF 7047 Model Alza 1500 Ezi yang didaftar atas nama isteri Pemohon iaitu Nurulziha bt Kamaruzaman pada 27.4.2011. Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(i) PPPAKT 1993. 8 [14] Pemohon kemudiannya telah memohon lanjutan masa untuk menyediakan representasi beliau dan memohon dibekalkan dengan dokumen-dokumen relevan. [15] Pemohon telah menerima surat Responden Pertama bertarikh 9.6.2016 dan permohonan untuk dibekalkan dokumen yang dipohon dan lanjutan masa telah dibenarkan. Namun laporan polis pengadu gagal dibekalkan oleh Responden Pertama. [16] Pemohon kemudiannya telah mengemukakan Surat Representasi bertarikh 5.10.2016 kepada Responden Pertama. Pada 5.10.2017, Pemohon telah menerima surat Responden Pertama bertarikh 30.8.2017 memaklumkan keputusan Hukuman Tatatertib yang berkuatkuasa mulai 29.8.2017 seperti berikut: i. Tuduhan Pertama - tidak bersalah dan dibebaskan; ii. Tuduhan Kedua - tidak bersalah dan dibebaskan; iii. Tuduhan Ketiga - tidak bersalah dan dibebaskan; iv. Tuduhan Keempat - bersalah dan hukuman buang kerja; v. Tuduhan Kelima - bersalah dan hukuman Amaran; dan vi. Tuduhan Keenam - bersalah dan hukuman Amaran. [17] Tidak berpuas hati dengan keputusan Responden Kedua tersebut, Pemohon memfailkan permohonan semakan kehakiman ini dengan alasan-alasan berikut: 9 a. Responden Pertama dan Kedua telah bertindak bertentangan dengan peruntukan Bab D Perintah-Perintah Am dan Perlembagaan Persekutuan dalam proses pembuangan kerja Pemohon. Oleh itu pembuangan kerja Pemohon adalah tidak sah menurut undang-undang dan tidak teratur; b. Responden Pertama gagal mematuhi Peraturan 35(1) dan (2) dan Peraturan 37(1) dan (2) PPPAKT 1993 sebelum mengeluarkan surat tunjuk sebab; c. Surat pemberitahuan Hukuman Tatatertib bertarikh 30.8.2017 adalah cacat dan keputusan sabitan dan buang kerja dicemari dengan ketaksahan undang-undang kerana Responden Kedua telah bergantung sepenuhnya kepada rakaman percakapan daripada ‘unreliable witnesses’ yang memberi keterangan bercanggah dan Pemohon tidak diberi peluang untuk menyangkal dakwaan dan versi berbeza saksi-saksi tersebut; d. Pertuduhan-pertuduhan adalah cacat dari segi kandungan, tidak berasas, mengelirukan dan tidak boleh dipertahankan. Tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap Pemohon adalah bersifat mala fide dan semata-mata untuk menjejaskan kredibiliti Pemohon sebagai pegawai kanan PDRM; e. Tuduhan Pertama hingga Ketiga saling berkait dengan Tuduhan Keempat. Pemohon sepatutnya dibebaskan untuk Tuduhan Keempat sekiranya tidak bersalah dan dibebaskan untuk Tuduhan Pertama, Kedua dan Ketiga; f. Responden Pertama dan Kedua telah gagal mengambil kira Surat Representasi Pemohon untuk Tuduhan Keempat; 10 g. Kesemua amaran di dalam rakaman percakapan yang diambil oleh pihak siasatan tatatertib adalah tidak sah dan tidak relevan dengan Peraturan 4(2)(g) PPPAKT 1993 dan tidak boleh diguna pakai dalam tindakan tatatertib; h. Keputusan hukuman buang kerja oleh Responden Kedua adalah tidak munasabah mengambil kira rekod perkhidmatan Pemohon yang cemerlang dan bersih sepanjang tempoh berkhidmat selama 10 tahun dengan PDRM; i. Responden Kedua gagal bersidang secara sah kerana kekurangan koram dalam persidangan tersebut. Terdapat pelanggaran undang-undang dalam pelantikan ahli-ahli Lembaga Tatatertib; dan j. Terdapat ‘condonation’ yang jelas apabila Pemohon masih meneruskan tugas seperti biasa meskipun siasatan tatatertib selesai dijalankan terhadap Pemohon. Meskipun menerima Surat Tunjuk Sebab bertarikh 21.3.2016, Pemohon masih diberikan Surat Penghargaan bertarikh 21.7.2016 daripada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman dan Surat Penghargaan daripada Ketua Polis Johor bertarikh 17.7.2017 dan penghargaan-penghargaan lain. KEPUTUSAN MAHKAMAH Undang-Undang [18] Pendekatan undang-undang yang terpakai bagi suatu permohonan semakan kehakiman adalah berdasarkan ujian objektif yang memberi kuasa kepada Mahkamah ini untuk meneliti dan menyemak keputusan yang dibuat oleh sesuatu tribunal atau badan awam bukan sahaja 11 melibatkan bagaimana atau proses sesuatu keputusan itu dibuat tetapi juga berkuasa menentukan asas kepada kewajaran keputusan itu dibuat. Mahkamah Rayuan di dalam kes Ngiam Geok Mooi v Pacific World Destination East Sdn Bhd [2016] 2 MLJ 741, CA, YA Zawawi Salleh, HMR di dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut: “[20] Having said that, we hasten to add that the current position of the law on judicial review in Malaysia permits a review of process and substance in determining the reasonableness of a decision by an administrative body and the test applicable in judicial review now is the objective test (see Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri & Ors [2014] 4 MLJ 765; [2014] 6 CLJ 541). [21] Insofar as the law on judicial review affecting the Industrial Court decision in Malaysia is concerned, it had been clearly explained and clarified by Raus Sharif FCJ (now PCA) in the Federal Court case of Ranjit Kaur a/p S Gopal Singh v Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 6 MLJ 1, where His Lordship held: Historically, judicial review was only concerned with the decision making process where the impugned decision is flawed on the ground of procedural impropriety. However, over the years, our courts have made inroad into this field of administrative law. Rama Chandran is the mother of all those cases. The Federal Court in a landmark decision has held that the decision of inferior tribunal may be reviewed on the grounds of ‘illegality’, ‘irrationality’ and possibly ‘proportionality’ which permit the courts to scrutinise the decision not only for process but also for substance. It allowed the courts to go into the merit of the matter. Thus, the distinction between review and appeal no longer holds. [22] It was also held in that case that where the facts do not support the conclusion arrived at by the Industrial Court, or where the findings of the [2016] 2 MLJ 741 at 753Industrial Court had been arrived by taking into consideration irrelevant matters, or had failed to consider relevant matters, such findings are always amenable to judicial review by the High Court. [23] It is clear, therefore, that the court is entitled to determine whether the administrative body’s conclusions are adequately supported by evidence; that the facts have been properly found; that all material factual considerations have 12 been taken into account; and that material facts have not been omitted. In Administrative Law (9th Ed) edited by Sir William Wade and Christopher Forsyth, under the heading ‘No evidence rule’, at p 272, the following passage appears: … the limit of … indulgence is reached where findings are based on no satisfactory evidence. It is one thing to weigh conflicting evidence which might justify a conclusion either way, or to evaluate evidence wrongly. It is another thing altogether to make insupportable findings. This is an abuse of power and may cause grave injustice. At this point, therefore, the court is disposed to intervene. No evidence’ does not mean only a total dearth of evidence. It extends to any case where the evidence, taken as a whole, is not reasonably capable of supporting the finding; or where, in the other words, no tribunal could reasonably reach that conclusion on the evidence. This ‘no evidence’ principle clearly has something in common with the principle that perverse or unreasonable action is unauthorised and ultra vires …” [19] Keputusan terkini oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Peguam Negara Malaysia v Chin Chee (sebagai Setiausaha Kebajikan dan Amal Liam Hood Thong Chor Seng Thuan and another appeal [2019] MLJU 202, juga memberi pendekatan undang-undang yang sama khususnya mengenai fungsi Mahkamah dalam mendengar suatu permohonan semakan kehakiman dan memberi kuasa kepada Mahkamah untuk menyemak semula suatu keputusan itu sekiranya terbukti keputusan tersebut dicemari dengan kesilapan undang-undang, tidak rasional dan ketidakaturan prosedur. YA Hakim Zawawi Salleh, HMP, di dalam penghakimannya menyatakan seperti berikut: “[60] This landmark decision moved the courts from a position of deciding whether prerogative power existed to deciding if they were being carried out 13 lawfully. Lord Diplock in his speech at p.401D of the GCHQ case enunciated three classic grounds for judicial review: “Judicial review has I think developed to a stage today when … one can conveniently classify under three heads the grounds upon which administrative action is subject to control by judicial review. The first ground I would call “illegality”, the second “irrationality” and the third “procedural impropriety.” … By “illegality” as a ground for judicial review I mean that the decision-maker must understand correctly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exercisable. By ‘irrationality’ I mean what can now succinctly be referred to as “Wednesbury unreasonableness” (Associated Provincial Picture Houses Ltd v Wednesbury Corporation [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in it defiance of logic or of accepted moral standards that no reasonable person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it.” [20] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 3 MLJ 149 telah menetapkan prinsip undang- undang yang patut diberi perhatian oleh Mahkamah di dalam menyemak suatu keputusan pihak berkuasa tatatertib adalah seperti berikut: [36] The courts have very limited review powers over administrative determinations of public bodies and are constrained to confirm the findings in disciplinary hearings. The courts will only intervene in disciplinary cases where there was a fundamental procedural flaw. The courts cannot exceed its role in cases of this genre as the instant appeal. The courts cannot interfere merely because it may come to different conclusions on facts on the same basis of the same evidence. Weighing and assessing the evidence is the function of the disciplinary authority which is the body to which the legislature has entrusted the responsibility of deciding the issue, and not the courts. Hence, the court 14 should approach cases of this genre as the instant appeal in the following way, namely, whether there has been an error in the process or whether there was procedural irregularity in the decision making proceedings leading to the public officer's dismissal. SAMA ADA KEPUTUSAN RESPONDEN PERTAMA DAN KEDUA MENURUT PROSEDUR, SAH DI SISI UNDANG-UNDANG DAN RASIONAL [21] Berdasarkan kepada prinsip undang-undang yang dinyatakan di dalam kes-kes di atas, isu utama yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini sama ada Responden Pertama dan Kedua di dalam mencapai keputusannya terhadap Pemohon, telah mematuhi prosedur tatatertib seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [22] Adalah hujahan Pemohon bahawa beliau telah tidak diberi hak untuk didengar secara munasabah oleh Responden Pertama dan Kedua dan ianya bertentangan dengan Perkara 135 (2) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan: "(2) Tiada seseorang anggota mana-mana perkhidmatan yang tersebut di atas itu boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat dengan tidak diberi peluang yang munasabah untuk didengar.” [23] Peraturan 34(1) PPPAKT juga memperuntukkan bahawa tiada seorang pegawai boleh dibuang atau diturunkan pangkatnya dalam suatu tindakan tatatertib melainkan pertamanya, pegawai diberitahu secara bertulis tentang alasan-alasan tindakan yang dicadangkan yang hendak diambil ke atas pegawai tersebut dan keduanya, pegawai diberikan peluang munasabah untuk didengar. 15 [24] Melalui huraian Peraturan 35, 36 dan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 tersebut, Mahkamah ini berpendapat, prinsip hak untuk didengar ini merangkumi aspek-aspek berikut: a) Pengerusi Lembaga Tatatertib menerima laporan awal mengenai perkara yang diadukan; b) Pengerusi Lembaga Tatatertib membuat penentuan jenis kesalahan atau penentuan kes prima facie; c) Menyediakan pertuduhan kepada pegawai; d) Notis pemberitahuan fakta kes kepada pegawai; e) Pegawai diberi peluang membuat representasi bertulis dalam tempoh 21 hari untuk pertimbangan Lembaga Tatatertib; f) Lembaga Tatatertib akan membuat keputusannya dan memberitahu keputusan kepada pegawai; g) Lembaga Tataterib hanya menubuhkan Jawatankuasa Siasatan sekiranya pada budi bicaranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian. [25] Mahkamah telah meneliti latar belakang kronologi fakta kes ini dan mendapati Responden Pertama sebagai Pengerusi Responden Kedua telah mematuhi prosedur peruntukan-peruntukan berkaitan tindakan tatatertib sebagaimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 35, 36 dan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Responden Pertama juga telah membekalkan dokumen-dokumen yang diminta oleh Pemohon seperti dalam Lampiran A (ekshibit “KAB-3” dan 16 “KAB-4”, Afidavit Jawapan Responden Pertama, Kedua dan Keempat) untuk tujuan penyediaan surat representasi beliau. [26] Responden Pertama juga telah membenarkan permohonan Pemohon untuk melanjutkan tempoh mengemukakan representasi beliau iaitu 21 hari lagi dari tarikh tamat tempoh mengemukakan representasi yang diterima Pemohon pada 4.4.2016 yang sepatutnya tamat pada 25.4.2016 (ekshibit “KAB-2”, Afidavit Jawapan Responden Pertama, Kedua dan Keempat). [27] Adalah fakta tidak disangkal bahawa Pemohon telah diberi tempoh masa munasabah untuk mengemukakan representasi beliau serta dibekalkan dokumen-dokumen yang dirujuk oleh Lembaga Tatatertib bagi tujuan representasi tersebut. [28] Responden Pertama juga telah mematuhi Peraturan 35 dan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, apabila membuat penentuan jenis pelanggaran tatatertib dan membuat keputusan wujudnya kes prima facie terhadap Pemohon. Enam pertuduhan yang dibuat ke atas Pemohon adalah jelas, tepat dan tidak mengelirukan. Setiap pertuduhan mengandungi fakta kesalahan tatatertib yang dilakukan oleh Pemohon dengan alasan yang disandarkan untuk Pemohon dibuang kerja atau diturunkan pangkat. Pemohon juga secara sedar dan mengetahui bahawa beliau sedang dipertuduhkan di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, dengan tujuan buang kerja atau diturunkan pangkat. Pemohon pada setiap masa tidak pernah membuat aduan bahawa pertuduhan-pertuduhan terhadap beliau adalah kabur atau mengelirukan. 17 [29] Pemohon berhujah bahawa pertuduhan pertama hingga ketiga dibuat dengan niat jahat dan selanjutnya menyatakan bahawa tuduhan pertama hingga ketiga saling berkait dengan tuduhan keempat. Pemohon sepatutnya dibebaskan untuk tuduhan keempat sekiranya tidak bersalah dan dibebaskan untuk tuduhan pertama, kedua dan ketiga. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Responden-Responden bahawa setiap pertuduhan tatatertib berdiri dengan sendirinya tanpa bantuan atau sokongan dari lain-lain pertuduhan. Pertuduhan pertama hingga ketiga adalah salah laku Pemohon yang boleh membawa kepada kesalahan tatatertib di bawah Peraturan 4(2)(f), (g) dan (i) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. [30] Siasatan jenayah yang memutuskan “No further action” tidak bermaksud tuduhan pertama hingga ketiga tidak berasas dan terjumlah kepada mala fide. Responden Pertama dan Kedua telah memutuskan Pemohon tidak bersalah untuk tuduhan pertama hingga ketiga setelah mempertimbangkan representasi Pemohon. Beban pembuktian mala fide adalah di pihak Pemohon dan Pemohon gagal membuktikan bahawa Responden Pertama dan Kedua telah bertindak secara mala fide. [31] Adalah pengataan Pemohon bahawa pertuduhan keempat tidak menampakkan kesalahan salah laku yang dipertuduhkan. Intipati pertuduhan keempat adalah merujuk kepada perlakuan tidak jujur Pemohon yang telah mendorong dan memberi arahan kepada Kpl/D 157697 Jarir Duranny bin Mohd Jarkasi dan Kpl/D 126798 Meor Ariffin bin Musa untuk memberi percakapan palsu semasa dirakam percakapan oleh ASP G/17352 Lai Siaw Khien di Cawangan Siasatan Perundangan Kajian Kes, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 10.7.2015 dan 8.7.2015 supaya berdalih dan tidak 18 bercakap benar dengan mengatakan bahawa ahli keluarga Jadeer Ehsan hadir bersama semasa temubual sedangkan tiada ahli keluarga Jadeer Ehsan yang hadir pada masa material. [32] Perlakuan tidak jujur Pemohon yang telah mendorong dua anggota polis iaitu Kpl/D 157697 Jarir Duranny bin Mohd Jarkasi dan Kpl/D 126798 Meor Ariffin untuk tidak bercakap benar terbukti apabila terdapatnya percakapan tidak benar daripada kedua-dua anggota tersebut yang mengatakan ahli keluarga Jadeer Ehsan ada menunggu di pejabat Pemohon di tingkat 27 sehingga temubual berakhir yangpada hakikat sebenarnya tiada ahli keluarga Jadeer Ehsan yang hadir pada ketika itu di pejabat Pemohon. [33] Salah laku Pemohon bagi tuduhan keempat adalah jelas bahawa Pemohon secara tidak jujur telah mendorong dua anggota tersebut untuk bercakap tidak benar semasa memberi percakapan mereka pada 8.7.2015 dan 10.7.2015 kepada pegawai perakam percakapan mengenai kehadiran ahli keluarga Jadeer Ehsan. Versi percakapan lanjut oleh Kpl/D 157697 Jarir Duranny bin Mohd Jarkasi dan Kpl/D 126798 Meor Ariffin pada 12.8.2015 kepada pihak siasatan tatatertib tidak memberi sebarang pertimbangan berat atas salah laku yang dilakukan oleh Pemohon. Pemohon juga tidak membangkitkan perkara yang sama di dalam representasinya. Oleh yang demikian Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Responden-Responden bahawa hujahan Pemohon mengenai rakaman percakapan lanjut pada 12.8.2015 adalah berupa fikiran semula. [34] Kedua-dua rakaman percakapan lanjut Kpl/D 157697 Jarir Duranny bin Mohd Jarkasi dan Kpl/D 126798 Meor Ariffin pada 12.8.2015 telah 19 juga dibekalkan sesalinannya kepada Pemohon untuk tujuan penyediaan representasi beliau. Semesti Pemohon telah diberi peluang untuk mematahkan semua dakwaan yang diperkatakan di dalam rakaman percakapan lanjut yang didakwa di dalam representasinya. Ia sama sekali tidak memprejudiskan Pemohon dalam membela kesnya. [35] Pemohon selanjutnya berhujah bahawa Responden Pertama dan Kedua gagal mengambil kira representasinya mengenai pertuduhan keempat, kelima dan keenam dan telah dengan salah membuat keputusan bahawa Pemohon telah gagal membebaskan diri daripada pertuduhan-pertuduhan tersebut. Responden Pertama dan Kedua telah memberi pertimbangan representasi Pemohon dengan teliti dan seadilnya dan mendapati Pemohon gagal membebaskan diri daripada tuduhan keempat, kelima dan keenam dan memutuskan Pemohon bersalah dan seterusnya menjatuhkan hukuman. [36] Penelitian yang dibuat oleh Responden Pertama dan Kedua adalah penelitian fakta yang ada dihadapannya. Mahkamah ini berpendapat Responden Pertama dan Kedua adalah pihak terbaik untuk menentukan sama ada fakta-fakta salah laku yang dipertuduhkan telah dibuktikan dan merupakan pihak yang lebih mengetahui sama ada Pemohon telah berjaya membebaskan dirinya daripada mana-mana pertuduhan yang dipertuduhkan. Sama ada seorang pegawai telah membebaskan dirinya daripada pertuduhan salah laku dengan surat representasinya atau tidak bergantung kepada keputusan Lembaga Tatatertib dan bukannya oleh Mahkamah. Prinsip undang-undang ini diperjelaskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Services Commission Malaysia & Anor v Vickneswary a/p RM Santhivelu (substituting M Senthivelu a/l R Marimuthu, deceased) [2008] 6 MLJ, 1 yang memutuskan: 20 “[44] From these general orders, it can be clearly concluded that it is the disciplinary authority and not the court who is to decide whether the officer in his written representation has exculpated himself. The answer to question (iii) must therefore be answered in the negative, ie that it is not the court but disciplinary authority who is to decide this question of whether he has exculpated himself by his written representation.” [37] Pemohon telah mempertikaikan bahawa terdapatnya pelanggaran undang-undang dalam pelantikan ahli-ahli Lembaga Tatatertib. Lembaga Tatatertib yang dilantik adalah kompeten dan mempunyai kuasa untuk mengendalikan prosiding tatatertib terhadap Pemohon dari mula hingga akhir. Surat Pelantikan Pengerusi dan Ahli Lembaga Tatatertib bertarikh 23.8.2017 (ekshibit MES-28, Afidavit Pemohon Ke-2) adalah jelas. Pelantikan Lembaga Tatatertib juga dibuat melalui Suratcara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab- Tanggungjawab Tertentu yang diwartakan melalui P.U.(B) 441/2000. Keputusan Lembaga Tatatertib adalah sah di sisi undang-undang. Keputusan yang dibuat adalah sebulat suara setelah menimbang dengan adil kesemua fakta dan maklumat yang dibentangkan dan representasi yang dikemukakan oleh Pemohon. SAMA ADA HUKUMAN YANG DIJATUHKAN ADALAH BERPADANAN DENGAN KESALAHAN [38] Pemohon terkilan dengan keputusan mekanikal dan arbitrari pihak Responden-Responden yang menjatuhkan hukuman paling berat iaitu buang kerja. Pemohon menyatakan Responden Pertama dan Kedua gagal mengambil kira tempoh perkhidmatan Pemohon selama 10 tahun dengan Pasukan Polis Diraja Malaysia dan pada masa yang sama 21 berterusan menerima anugerah dan sijil penghargaan dari dalam dan luar negara. Adalah hujahan Pemohon bahawa pemberian berterusan anugerah dan sijil penghargaan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sehingga selepas menerima surat tunjuk sebab menunjukkan pihak jabatan masih menerima dan mengiktiraf perkhidmatan cemerlang Pemohon sebagai pegawai polis dan secara tidak langsung memaafkan apa-apa salah laku yang dilakukan oleh Pemohon. Pemohon menyatakan Responden-Responden gagal mempertimbangkan faktor- faktor tersebut dalam menjatuhkan hukuman buang kerja ke atas Pemohon. [39] Prinsip undang-undang mengenai ‘condonation’ dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Services Commission Malaysia & Anor v Vickneswary a/p RM Santhivelu (Substituting M Senthivelu a/l R Marimuthu, deceased) [2008] 6 MLJ 1, FC yang memutuskan bahawa ‘condonation’ dalam konteks kontrak pekerjaan adalah bila mana majikan memaafkan salah laku pekerjanya. “Condonation” boleh wujud dalam dua keadaan iaitu: i. Tindakan aktif majikan dengan memberitahu pekerjanya bahawa majikan memaafkan salah laku yang dilakukan oleh pekerjanya; dan ii. Tindakan pasif majikan yang tidak mengambil sebarang tindakan terhadap salah laku yang dilakukan oleh pekerjanya. [40] Memakai prinsip undang-undang yang tersebut di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa Pemohon tidak terjatuh dalam mana-mana satu kategori seperti yang dinyatakan di dalam kes Public Services Commission Malaysia & Anor (supra). Penerimaan surat penghargaan 22 dan anugerah-anugerah perkhidmatan oleh Pemohon tidak menunjukkan niat Responden-Responden untuk memberi apa-apa kemaafan atau membiarkan sahaja tanpa tindakan bagi setiap salah laku Pemohon. Malah Pemohon telah dikenakan tindakan tatatertib dengan salah laku- salah laku yang dilakukan oleh Pemohon di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tindakan tatatertib terhadap Pemohon tidak pernah ditarik balik atau dibatalkan oleh Responden-Responden tetapi sebaliknya meneruskan tindakan tatatertib sehingga Pemohon didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman. [41] Hukuman Buang Kerja ke atas Pemohon adalah wajar dan munasabah sesuai dan setimpal dengan seriusnya salah laku yang dilakukan oleh Pemohon. Tindakan Pemohon sebagai pegawai polis yang tidak jujur dengan mendorong anggota polis lain untuk memberi kenyatakan yang tidak benar di dalam suatu percakapan menurut undang-undang adalah satu kesalahan serius. Pemohon juga ingkar perintah apabila gagal mengisytihar harta miliknya dan milik isteri beliau sepertimana yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Pemohon sebagai seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas di bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman, sewajarnya menunjukkan teladan yang baik dalam mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan beliau. Ketidakjujuran dan ingkar perintah Pemohon menunjukkan Pemohon telah hilang integriti dalam perkhidmatan dan semestinya sukar bagi perkhidmatan Polis Diraja Malaysia untuk mengekalkan perkhidmatan seorang pegawai yang tidak jujur. 23 [42] Mahkamah ini berpendapat Responden Pertama dan Kedua adalah pihak yang tepat untuk mengadili keseriusan kesalahan Pemohon dan menjatuhkan hukuman setimpal dengan salah laku yang dilakukan oleh Pemohon. Tugas Mahkamah hanya untuk memastikan sama ada Responden-Responden telah melaksanakan kuasa dan budi bicaranya menurut undang-undang dengan fakta yang ada dihadapannya. PENUBUHAN JAWATANKUASA PENYIASATAN DI BAWAH PERATURAN 37(5) PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993 [43] Pemohon di dalam afidavitnya menyatakan bahawa Responden Kedua gagal menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan di bawah Peraturan 37(5), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Responden Kedua dikatakan telah menerima keterangan kedua-dua anggota polis tanpa menubuhkan Jawatankuasa Siasatan untuk mengambil keterangan kedua-dua pihak khususnya keterangan Pemohon. [44] Peraturan 37(5) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, memperuntukkan: “(5) Jika Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa kes terhadap pegawai itu menghendaki penjelasan lanjut, Pihak Berkuasa Tataterib boleh menubuhkan suatu Jawatankuasa Penyiasatan bagi maksud mendapatkan penjelasan lanjut sedemikian.” Responden Pertama dan Kedua di dalam afidavit jawapan mereka telah mengesahkan bahawa setelah menimbang representasi Pemohon dan maklumat serta dokumen-dokumen yang ada dibekalkan kepada Responden Kedua, Responden Kedua telah berpendapat dan membuat 24 ketetapan bahawa tiada keperluan untuk penjelasan lanjut mengenai kes Pemohon dan memberi alasan bahawa siasatan yang dijalankan adalah mencukupi dan Jawatankuasa Penyiasatan tidak perlu ditubuhkan. Dalam keadaan demikian, Mahkamah ini berpendapat, Pemohon tiada kuasa memaksa Responden Kedua menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan. Apa yang nyata, Pemohon telah memberikan perincian jawapannya bagi menjawab semua pertuduhan yang dihadapkan ke atas beliau melalui representasi yang dikemukakan oleh Pemohon. [45] Pemohon telah membangkitkan dokumen Kajian Representasi dan Kertas Pertimbangan dan mendakwa kedua-dua dokumen tersebut patut diserahkan kepada Pemohon. Kegagalan membekalkan kedua-dua dokumen tersebut telah menafikan hak Pemohon untuk menyangkal dan memberi penjelasan dan sekali gus telah menafikan hak Pemohon untuk didengar. Kedua-dua Kertas Kajian Pertimbangan Representasi dan Kertas Pertimbangan tersebut adalah bersifat pentadbiran dan merupakan cadangan dan tidak mengikat Responden Kedua. Keputusan akhir masih diputuskan oleh Responden Kedua. Kegagalan membekalkan dua Kertas Kajian dan Kertas Pertimbangan ini kepada Pemohon tidak menjejaskan hak Pemohon untuk didengar oleh Responden Kedua. Tiada sebarang keterangan menunjukkan keputusan Responden Kedua adalah berdasarkan semata-mata dan tertakluk kepada dua dokumen yang dinyatakan oleh Pemohon. [46] Keadaan yang sama berlaku di dalam kes Muhammad Farid bin Muntalib v Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Pengerusi Lembaga Tatatertib Polis Diraja Malaysia Bukut Aman & Ors [2019] 1 MLJ 604, CA di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: 25 “Held: (2) The argument that the report and/or recommendation of the Investigative Body, being an ‘interested party’, constituted fresh, additional and adverse material which was damaging and prejudicial to the appellant was to be of no substance. In the first place, the Investigative Body did not recommend that the appellant be found guilty of the charges and be punished for the offences. It merely gave its opinion that the appellant failed to exculpate himself from the charges, but left the final decision to the Disciplinary Authority to determine the appellant’s guilt or otherwise. It was far fetched for learned counsel to suggest that the Disciplinary Authority, which was headed by the Deputy Inspector General of Police, could be influenced by the investigating officer, a policeman with the rank of Assistant Superintendent of Police, in determining the guilt or otherwise of the appellant. The Disciplinary Authority had been provided with all the information it needed to enable it to evaluate the evidence and to make a well-informed decision (see paras 52-53 & 55).” Oleh itu, dakwaan Pemohon bahawa beliau telah dinafikan hak untuk didengar adalah tidak berasas. TINDAKAN MALA FIDE RESPONDEN KETIGA [47] Pemohon menyatakan bahawa prosiding tatatertib terhadap beliau adalah berdasarkan kepada laporan polis Responden Ketiga melalui Bandar Hilir Report 3704/15 dan menuduh Responden Ketiga telah membuat laporan polis dengan niat jahat terhadap Pemohon. Responden Ketiga di dalam Afidavit Jawapannya menjawab bahawa laporan polis yang dibuat adalah benar dan kandungannya juga adalah benar. Kandungan laporan tersebut menyatakan Pemohon diarahkan oleh Responden Ketiga untuk mendapatkan semula Jadeer Ehsan yang dalam jaminan polis untuk tujuan tuduhan di Mahkamah Melaka. Responden Ketiga juga meminta Pemohon melaporkan perkembangan pergerakan Jadeer Ehsan. Namun tiada laporan tangkapan dilaporkan kepada 26 Responden Ketiga dan diketahui Jadeer Ehsan telah dilepaskan tanpa memberitahu Responden Ketiga terlebih dahulu. Setakat sehingga laporan polis dibuat oleh Responden Ketiga pada 26.6.2015, Jadeer Ehsan telah gagal dikesan. Responden Ketiga menyatakan beliau percaya satu perbuatan jenayah telah dilakukan. [48] Pemohon menyatakan laporan polis Responden Ketiga terhadapnya dibuat secara mala fide kerana kesalahan yang dilaporkan oleh Responden Ketiga di dalam laporan polisnya terhadap Pemohon telah di NFA dan atas alasan tersebut Responden Ketiga dikatakan telah dengan niat jahat telah membuat laporan polis terhadap beliau. Siasatan jenayah yang dibuat ke atas laporan polis tiada kaitan dengan prosiding tatatertib. Siasatan jenayah ke atas laporan polis Responden Ketiga yang terjumlah kepada NFA tidak bermakna prosiding tatatertib dicemari dengan niat jahat. Mahkamah ini berpendapat siasatan jenayah yang dibuat juga tidak menjadikan prosiding tatatertib terbatal atau tidak sah. Pemohon gagal membuktikan bahawa tindakan Responden Ketiga membuat laporan polis terhadapnya adalah suatu perbuatan mala fide. KESIMPULAN [49] Mahkamah ini telah mempertimbangkan permohonan semakan kehakiman Pemohon dan mendapati Pemohon gagal membuktikan bahawa keputusan Responden Pertama dan Kedua adalah tidak sah, tidak rasional, tidak munasabah, ketakpatuhan prosedur dan tidak berpadanan bagi membolehkan Mahkamah ini menyemak keputusan Responden Pertama dan Kedua tersebut. Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman Pemohon dengan kos sebanyak RM10,000.00 sepertimana yang dipersetujui pihak-pihak. 27 MARIANA BINTI HJ. YAHYA HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA (BAHAGIAN KUASA-KUASA KHAS 2) KUALA LUMPUR BERTARIKH: 31 MEI 2021 Peguam bagi pihak Pemohon Cik Ebrina Binti Zubir, Tetuan Maniam Nair & Co, Segamat, Johor. Peguam bagi pihak Responden-Responden Tuan Mohammad Sallehuddin Bin Md Ali, Peguam Persekutuan, Jabatan Peguam Negara, Bahagian Sivil, Putrajaya. 28