Tan Kek Ong MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BERHAD
The High Court allowed the plaintiff's claim for the market value of the vehicle (RM77,000) because agreed policy documents (renewal certificate and market valuation) established that sum as both insured amount and market value; the loss of use claim was rejected because the policy expressly excluded such losses;...
Source-derived case information.
- Citation
- DA-12B-21-06/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant/plaintiff: Tan Kek Ong; Respondent/defendant: MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 4 May 2025
- Case Number
- DA-12B-21-06/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal (motor Vehicle/insurance) / High Court Judgment on Appeal From Sessions Court
- Outcome
- Appeal allowed in part and dismissed in part; plaintiff awarded market value and nominal damages, loss of use claim dismissed, Sessions Court judgment on counterclaim maintained in other respects.
- Legal Topics
- Motor Vehicle Accident, Beyond Economic Repair (ber), Policy Interpretation, Loss of Use Exclusion, Nominal Damages, Insurer Settlement Offers
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Tan Kek Ong
Appellant/plaintiff
MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
Respondent/defendant
Procedural Posture
Civil Appeal (motor Vehicle/insurance) / High Court Judgment on Appeal From Sessions Court
Legal Issues
- 1 Entitlement to market value compensation under the policy when insurer declares BER
- 2 Whether loss of use claim is excluded by express policy terms
- 3 Whether insurer may remove/transfer the vehicle prior to payment and effect on ownership
Ratio Decidendi
The High Court allowed the plaintiff's claim for the market value of the vehicle (RM77,000) because agreed policy documents (renewal certificate and market valuation) established that sum as both insured amount and market value; the loss of use claim was rejected because the policy expressly excluded such losses; the unauthorized removal entitled only nominal damages (RM1,000) as no actual loss was shown; the Sessions Court decision on the insurer's counterclaim was otherwise maintained.
Court Disposition
Appeal allowed in part and dismissed in part; plaintiff awarded market value and nominal damages, loss of use claim dismissed, Sessions Court judgment on counterclaim maintained in other respects.
Orders
- Decision of Sessions Court that rejected the plaintiff reversed in part
- Award to plaintiff of RM77,000 as special damages for market value of vehicle
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DA-12B-21-06/2024 Kand. 56 30/10/2025 11:42:41 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN SIVIL NO: DA-12B-21-06/2024 ANTARA TAN KEK ONG … PERAYU [K/P: 781221-10-5629] DAN MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BHD … RESPONDEN [NO. SYARIKAT: 46983-W] [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM GUAMAN NO: DA-A53KJ-2-01/2023 ANTARA TAN KEK ONG … Plaintif [K/P: 781221-10-5629] DAN. MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BHD … Defendan [NO. SYARIKAT: 46983-W] 1 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan. 1. Ini adalah satu rayuan perayu/plaintif yang berbangkit dari satu keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang bijaksana berkenaan satu tuntutan kemalangan jalan raya di mana HMS yang bijaksana telah menolak tuntutan perayu/plaintif dan telah membenarkan tuntutan balas defendan/responden. Bagi tujuan alasan penghakiman ini, pihak- pihak akan dirujuk sebagai plaintif dan defendan sebagaimana kedudukan mereka semasa prosiding di Mahkamah Sesyen. Latar Belakang Kes. 2. Plaintif selaku orang yang diinsurankan dan defendan selaku penanggung insuran telah memasuki satu kontrak insuran dengan No. Polisi DM-86447629-MPC berkenaan sebuah kenderaan Toyota Hilux bernombor pendaftaran WA 1993 J (kenderaan tersebut) yang didaftarkan atas nama plaintif. 3. Tempoh perlindungan insuran menurut polisi insuran tersebut adalah di antara 23.7.2016 hingga 22.7.2017 tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam kontrak atau polisi insuran tersebut. 2 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. Pada 29.6.2017, kenderaan tersebut yang dipandu oleh seorang rakan plaintif telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Temerloh, Pahang yang telah mengakibatkan kematian rakan plaintif tersebut dan kerosakan teruk kepada kenderaan tersebut. 5. Adalah tidak dipertikaikan oleh plaintif dan defendan bahawa semasa kemalangan tersebut berlaku, polisi atau kontrak insuran tersebut adalah sah dan berkuatkuasa dan kenderaan tersebut juga dilindungi oleh polisi insuran tersebut secara sah. 6. Selepas kemalangan berlaku, plaintif telah menunda kenderaan tersebut ke sebuah bengkel pilihannya iaitu bengkel Tan Chong Express Auto Sdn. Bhd. di Tanah Merah, Kelantan yang berdekatan dengan tempat kerja plaintif. 7. Defendan kemudiannya telah memindahkan kenderaan tersebut ke sebuah bengkel pilihannya iaitu Wei Chung Services di Semenyih, Selangor tanpa kebenaran plaintif. 8. Defendan telah mengisytiharkan kenderaan tersebut sebagai “Beyond Economic Repair (BER)” dan telah membuat dua kali tawaran penyelesaian kepada plaintif sebanyak RM61,900.00 dan tawaran kedua sebanyak RM77,000.00, namun kedua-dua tawaran tersebut telah ditolak oleh plaintif sebelum plaintif memfailkan tindakan terhadap defendan. 3 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Plaintif dalam penyataan tuntutan terpindanya memplidkan kecuaian defendan antara lainnya seperti berikut: i) Defendan telah memindahkan kenderaan tersebut ke Semenyih tanpa kebenaran plaintif; ii) Defendan gagal untuk nilaikan kenderaan tersebut dengan nilai yang tidak kurang dari RM77,000.00; iii) Defendan gagal mempertimbangkan gantirugi bagi kehilangan penggunaan kenderaan tersebut. 10. Justeru itu plaintif menuntut daripada defendan seperti berikut: i) Kos kehilangan penggunaan kenderaan tersebut pada kadar RM150.00 sehari; ii) Gantirugi khas untuk jumlah RM77,000.00; dan iii) Gantirugi kerana defendan mengalihkan kenderaan tersebut tanpa kebenaran plaintif. 11. Defendan pula mengemukakan tuntutan balas terhadap plaintif seperti berikut: i) Deklarasi bahawa defendan tidak memungkiri polisi insuran tersebut; ii) Deklarasi bahawa RM77,000.00 adalah suatu jumlah tawaran yang munasabah dan menurut kontrak polisi tersebut; dan iii) Perintah bahawa defendan tidak bertanggungan untuk menanggung apa-apa gantirugi lain kepada plaintif. 4 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keputusan HMS. 12. Di akhir perbicaraan kes tersebut, HMS yang bijaksana telah menolak tuntutan plaintif dan membenarkan tuntutan balas defendan. Keputusan Mahkamah Tinggi. 13. Mahkamah ini setelah meneliti rekod rayuan serta hujahan kedua- dua belah pihak, telah membenarkan sebahagian rayuan plaintif seperti berikut: i) Keputusan HMS yang menolak tuntutan plaintif diketepikan; ii) Tuntutan plaintif berkenaan gantirugi khas nilai kenderaan tersebut berjumlah RM77,000.00 dibenarkan; iii) Tuntutan plaintif berkenaan gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan tersebut ditolak; iv) Tuntutan plaintif berkenaan gantirugi pengalihan kenderaan tersebut oleh defendan tanpa kebenaran plaintif dari Tanah Merah ke Semenyih dibenarkan secara nominal sahaja sebanyak RM1,000.00; v) Faedah tidak dibenarkan kerana tidak diplidkan; vi) Kos mengikut skala dibayar kepada plaintif bagi prosiding di Mahkamah sesyen; vii) Rayuan plaintif terhadap tuntutan balas defendan tidak dibenarkan. Keputusan HMS berkenaan tuntutan balas defendan dikekalkan; dan viii) Kos rayuan ini sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh defendan kepada plaintif tertakluk kepada alokatur. 5 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14. Kedua-dua pihak plaintif dan defendan telah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi dan telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Alasan penghakiman HMS. 15. Dalam membuat keputusannya, HMS yang bijaksana dalam alasan penghakimannya di muka surat 55 perenggan 3 mengatakan bahawa plaintif telah gagal untuk mengemukakan keterangan berkenaan harga pasaran kenderaan tersebut setelah plaintif menolak kedua-dua tawaran defendan sebanyak RM61,900.00 dan RM77,000.00. 16. Dalam menolak tuntutan gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan tersebut, HMS seterusnya dalam alasan penghakimannya telah merujuk kepada polisi perlindungan insuran tersebut iaitu di bahagian pengecualian kepada Seksyen A (ii) yang menyatakan bahawa defendan tidak akan membayar kehilangan penggunaan kenderaan tersebut. Oleh kerana plaintif telah bersetuju dengan kontrak insuran tersebut, maka plaintif adalah terikat dengan syarat-syarat kontrak polisi tersebut. 17. Bagi gantirugi kerana mengalihkan kenderaan tersebut tanpa kebenaran plaintif, HMS tidak membenarkan sebarang gantirugi kepada plaintif kerana berpendapat bahawa tindakan defendan mengalihkan kenderaan tersebut dari bengkel Tan Chong adalah kerana bengkel Tan Chong yang memaklumkan kepada defendan untuk mengalihkan kenderaan tersebut kerana tempat yang terhad 6 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal di bengkel tersebut dan defendan yang akan membayar kos penyimpanan kenderaan tersebut. 18. Dalam membenarkan tuntutan balas defendan pula, HMS yang bijaksana telah mengatakan bahawa melalui dokumen-dokumen yang dipersetujui, defendan telah berjaya membuktikan kesnya dan membuktikan bahawa defendan tidak melakukan perlanggaran kontrak di bawah polisi insuran tersebut. Analisis dan dapatan Mahkamah Tinggi berkenaan pampasan harga pasaran kenderaan tersebut. 19. Kedua-dua pihak plaintif dan defendan telah memasuki satu kontrak insuran dengan No. polisi DM-86447629-MPC. Kontrak ini adalah tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak dan menjadi dokumen yang dipersetujui dalam bahagian A. 20. Berdasarkan kepada polisi insuran di muka surat 160 Rekod Rayuan, khususnya di perenggan 2 yang bertajuk “Asas Penyelesaian Tuntutan”, jika defendan memutuskan bahawa tuntutan plaintif layak dibayar, defendan mempunyai 2 pilihan iaitu pilihan (a) jika kenderaan tersebut boleh dibaiki dan pilihan (b) jika kenderaan tersebut tidak boleh dibaiki. 21. Dalam kes ini, defendan telah memilih pilihan (b) dan telah mengisytiharkan bahawa kenderaan tersebut tidak berhemat dibaiki (beyond economic repair). Di bawah pilihan (b) ini juga defendan 7 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berhak membayar amaun maksimum seperti yang dinyatakan dalam perenggan (d). 22. Perenggan (d) polisi insuran tersebut memperuntukkan bahawa amaun yang boleh dibayar di bawah polisi adalah mengikut nilai pasaran pada masa kerugian atau amaun diinsurankan seperti yang ditunjukkan dalam jadual polisi, mengikut mana yang lebih rendah. 23. Menurut Sijil Pembaharuan (Renewal Certificate) di muka surat 172 Rekod Rayuan, amaun yang diinsurankan adalah sebanyak RM77,000.00. Manakala harga pasaran semasa menurut dokumen yang dipersetujui di mukasurat 119 Rekod Rayuan iaitu surat defendan bertarikh 16/7/2018 yang menyatakan harga pasaran yang dibekalkan oleh UMW Toyota Topmark adalah juga RM77,000.00. 24. Oleh kerana kedua-dua dokumen ini adalah dokumen yang dipersetujui, maka ia boleh diterima sebagai keterangan yang menunjukkan bahawa jumlah yang diinsurankan dan juga nilai kenderaan tersebut semasa kerugian berlaku adalah RM77,000.00. Mahkamah ini percaya bahawa dokumen ini juga yang menjadi asas kepada HMS yang membenarkan tuntutan balas defendan yang mengatakan bahawa RM77,000.00 adalah satu tawaran yang munasabah. 8 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25. Oleh kerana semasa kemalangan berlaku, polisi insuran adalah sah dan berkuatkuasa, maka plaintif sepatutnya berhak dibayar pampasan sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam kontrak insuran tersebut. 26. Dalam kes ALW Car Workshop Sdn Bhd v. AXA Affin General Insurance Berhad [2019] 5 MLRA 265 Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “[24] An insurance policy is a contract between an insured and the insurer. In simple language, it is an arrangement by which an insurer undertakes to provide a guarantee of compensation for specified losses or damage against a possible eventuality, in return for payment of specified premium by the insured. [25] … The contract as found in the policy specified the maximum amount, agreed to by the parties at the time of the contract which the insured can claim in case of loss. The insurer is liable to make good the claim not exceeding the maximum amount specified based on the strict compliance with the terms and conditions of the policy. 27. Dalam kes ini, plaintif dalam penyata tuntutannya telah menuntut pampasan sebanyak RM77,000.00 sebagai gantirugi khas nilai kenderaan tersebut semasa kemalangan dan defendan juga dalam tuntutan balasnya menuntut satu deklarasi bahawa RM77,000.00 sebagai satu jumlah tawaran munasabah kepada plaintif. 9 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28. Adalah agak tidak munasabah apabila HMS yang bijaksana membenarkan tuntutan balas defendan yang menyatakan bahawa RM77,000.00 sebagai satu jumlah tawaran munasabah kepada plaintif berdasarkan dokumen-dokumen yang dipersetujui, namun pada masa yang sama, tidak membenarkan tuntutan plaintif yang menuntut jumlah yang sama. Atas dasar itu, Mahkamah ini membenarkan rayuan plaintif berkenaan gantirugi khas bagi nilai kenderaan tersebut. Analisis dan dapatan Mahkamah Tinggi berkenaan gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan tersebut. 29. Plaintif telah menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan tersebut pada kadar RM150.00 sehari. Manakala defendan membantah kepada tuntutan ini atas alasan bahawa ia tidak dibenarkan atau tidak diliputi di bawah polisi insuran tersebut. 30. Mahkamah ini setelah meneliti peruntukan polisi insuran tersebut, bersetuju dengan hujahan peguam defendan dan juga alasan HMS yang bijaksana. Menurut polisi insuran tersebut, khususnya di perenggan “Claim for loss of use” di muka surat 142 Rekod Rayuan. Perenggan 1b(ii) memperuntukkan seperti berikut: “Event We Do Not Cover” “(ii) Loss of Use Any expense or financial loss that you may incur because you cannot use your car e.g. cost of hiring replacement car, travelling expenses etc. 10 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal For an additional premium, your policy can be extended to cover an agreed payment per day for an agreed duration (Endorsement 112)” 31. Berdasarkan peruntukan nyata polisi di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa tuntutan kehilangan penggunaan kenderaan tersebut oleh plaintif adalah bertentangan dengan peruntukan nyata polisi insuran tersebut yang telah dipersetujui oleh plaintif. Oleh itu HMS yang bijaksana adalah betul apabila beliau menolak tuntutan plaintif ini. Mahkamah ini mengekalkan keputusan HMS yang bijaksana berkenaan tuntutan ini. Analisis dan dapatan Mahkamah Tinggi berkenaan gantirugi kerana defendan telah mengalih kenderaan tersebut tanpa kebenaran plaintif. 32. Berkenaan tuntutan gantirugi ini, Mahkamah ini telah meneliti peruntukan polisi insuran tersebut dan mendapati bahawa apabila defendan mengisytiharkan kenderaan tersebut sebagai tidak berhemat dibaiki (beyond economical repair (BER)), defendan hendaklah membayar nilai kenderaan tersebut kepada plaintif dan selepas bayaran tersebut dibuat, polisi insuran tersebut menjadi tamat secara automatik dan kenderaan tersebut hendaklah tidak lagi menjadi milik plaintif. (Lihat muka surat 161 Rekod Rayuan). 33. Berdasarkan kepada peruntukan polisi ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa defendan hanya berhak untuk berurusan secara terus dengan kenderaan tersebut tanpa kebenaran plaintif hanya setelah defendan membayar nilai kenderaan tersebut 11 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kepada plaintif kerana plaintif hanya akan terhenti menjadi pemilik kenderaan tersebut selepas dia dibayar nilai kenderaan tersebut. Sebelum pembayaran nilai kenderaan tersebut dibuat, plaintif masih lagi merupakan pemilik sah kenderaan tersebut dan defendan tidak boleh sewenang-wenangnya berurusan dengan kenderaan tersebut termasuklah mengalihkan kenderaan tersebut ke tempat lain tanpa kebenaran plaintif. 34. Dalam kes ini, defendan telah mengalihkan kenderaan tersebut dari Bengkel Tan Chong di Tanah Merah ke Semenyih tanpa kebenaran plaintif sebelum defendan membayar nilai kenderaan tersebut kepada plaintif. 35. Walau bagaimanapun, Mahkamah ini mengambilkira keadaan kenderaan tersebut yang sememangnya tidak boleh digunakan sejak berlaku kemalangan tersebut, maka di mana sahaja kenderaan tersebut disimpan sama ada di Tanah Merah atau di Semenyih, ia tidak memberi kesan besar kepada plaintif. 36. Oleh kerana plaintif juga tidak dapat membuktikan sebarang kerugian sebenar akibat daripada pengalihan kenderaan tersebut tanpa kebenarannya dari Tanah Merah ke Semenyih, maka Mahkamah ini hanya membenarkan suatu gantirugi nominal sahaja kepada plaintif sebanyak RM1,000.00. 12 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Analisis dan dapatan Mahkamah Tinggi berkenaan rayuan plaintif terhadap tuntutan balas defendan. 37. Berdasarkan kepada keterangan dan dokumen-dokumen yang dipersetujui, khususnya berkenaan kontrak insuran tersebut yang masih sah dan berkuatkuasa dan juga dokumen-dokumen yang menunjukkan nilai kenderaan tersebut semasa kerugain dan nilai yang diinsurankan, Mahkamah ini tidak mendapati sebarang kekhilafan pada keputusan HMS yang bijaksana yang telah membenarkan tuntutan balas defendan. 38. Oleh itu Mahkamah ini telah mengekalkan keputusan HMS yang bijaksana berkenaan tuntutan balas defendan tersebut. Kesimpulan. 39. Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah membenarkan sebahagian rayuan plaintif dengan kos sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Alasan Penghakiman ini bertarikh pada 30.10.2025. …………………………..………… MOHD ROSLI BIN YUSOFF Hakim Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu Kelantan Darul Naim 13 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguamcara bagi Perayu/Plaintif: R. Ganavathy Naidu A/L N. Rasu, Tetuan G Naidu & Partners, Lot 287, Kg. Bekok, 18000 Kuala Krai, Kelantan. Peguamcara bagi Responden/Defendan: Samreet Singh Sagoo & Nurul Syafiqah Binti Mohd Shafie Tetuan Lovelace & Hastings, Unit 5-2, 5th Floor, Wisma Bandar, No. 18, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. 14 S/N zXd3kw3wfU2PiQnZA3NQoA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal