ROKIAH BINTI ABDUL KADIR
The charge under s.29(1) was legally defective because the funds alleged to be in the accused's bank account constitute a chose in action (incorporeal right) and do not amount to 'property' or a 'thing' for the purposes of s.29(1); therefore the elements of the offence were not made out and the accused was...
Source-derived case information.
- Citation
- JI-83-132-03/2024 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecutor: PENDakwaRAYA; Accused: ROKIAH BINTI ABDUL KADIR
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 31 March 2024
- Case Number
- JI-83-132-03/2024 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal Magistrate Court / Judgment/disposition (dnaa)
- Outcome
- Discharged not amounting to acquittal (DNAA)
- Legal Topics
- Section 29(1) Minor Offences Act 1955, Fraud by False Representation, Chose in Action Vs Tangible Property, Defective Charge, Discharged Not Amounting to Acquittal (dnaa)
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PENDakwaRAYA
Prosecutor
ROKIAH BINTI ABDUL KADIR
Accused
Procedural Posture
Criminal Magistrate Court / Judgment/disposition (dnaa)
Legal Issues
- 1 Whether money held in a bank account constitutes "property" or a "thing" for the purposes of s.29(1) Minor Offences Act 1955
- 2 Whether the charge as framed under s.29(1) is legally sufficient or defective
- 3 Whether the accused failed to provide a satisfactory explanation for possession
Ratio Decidendi
The charge under s.29(1) was legally defective because the funds alleged to be in the accused's bank account constitute a chose in action (incorporeal right) and do not amount to 'property' or a 'thing' for the purposes of s.29(1); therefore the elements of the offence were not made out and the accused was discharged not amounting to acquittal.
Court Disposition
Discharged not amounting to acquittal (DNAA)
Orders
- Accused discharged not amounting to acquittal (DNAA) from the charge under s.29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JI-83-132-03/2024 Kand. 4 29/04/2024 22:41:01 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET PONTIAN DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO.JI-83-132-03/2024 PENDAKWARAYA V ROKIAH BINTI ABDUL KADIR ALASAN PENGHAKIMAN A. PERTUDUHAN 1) Pertuduhan terhadap OKT - Bahawa kamu pada 22/10/2023 dan 23/10/2023 bertempat di Hup Huat Taman Indah Parit Mesjid 82000 Pontian di dalam daerah Pontian, dalam negeri Johor Darul Takzim, telah didapati memiliki wang berjumlah RM4,000.00/- dalam akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 0713741100037590 atas nama kamu yang didapati secara frod, yang mana kamu gagal memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana kamu mendapatkan wang tersebut. oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. 1 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal B. EKSIBIT YANG DIKEMUKAKAN 2) OKT telah mengaku salah sebaik sahaja pertuduhan dikemukakan dan Pihak Pendakwaan telah mengemukakan eksibit berikut – a. P1 – Fakta Kes b. P2 – Laporan Polis Pontian 008646/23 c. P3 – Laporan Polis Bandar Baru 002989/23 d. P4 – Resit Kemasukan Wang e. P5 – Penyata Akaun C. FAKTA KES 3) Pada 21/10/2023 jam lebih kurang 11 pagi semasa berada di tempat kerja Bengkel Kereta Hup Huat Taman Indah Parit Mesjid, Pontian, pengadu telah berminat dengan iklan penjualan anak anjing di laman facebook atas nama Pure Breed Dogs. Seterusnya pengadu telah menghantar pesanan whatsapp di nombor talian 011-37661220 dengan penjual bagi perbincangan selanjutnya. Hasil perbincangan pengadu telah berminat untuk membeli dua ekor anak anjing pada harga RM2100.00. 2 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4) Pengadu telah diberikan oleh ejen satu nombor akaun bank simpanan Nasional bernombor 0713741100037590 atas nama Rokian binti Abdul Kadir. Pada 22.10.2023 dan 23.10.2023, pengadu telah membuat dua kali pindahan wang berjumlah RM4000.00 ke dalam akaun tersebut. Namun setelah pindahan wang tersebut, pengadu tidak menerima anak anjing seperti yang dijanjikan. Kemudian pengadu hadir ke Balai Polis Pontian dan membuat laporan polis Pontian Report 8646/23. 5) Hasil semakan terhadap penyata akaun OKT mendapati pindahan wang tersebut telah masuk ke dalam akaun bank milik OKT yang telah dibuka oleh OKT pada 03.08.2023 di cawangan Bandar Baru Air Itam. 6) Hasil siasatan mendapati OKT memiliki wang pengadu berjumlah RM4000.00 yang didapati secara frod dan OKT gagal memberi penjelasan yang memuaskan tentang pemilikan wang pengadu yang masuk ke dalam akaun OKT pada 22.10.2023 dan 23.10.2023 daripada pengadu. 3 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal D. DAPATAN MAHKAMAH 7) Walaupun OKT telah mengaku salah atas pertuduhan, namun tetap menjadi tugas Mahkamah ini untuk memastikan proses undang- undang dipatuhi sebelum Mahkamah memutuskan OKT bersalah dan disabitkan. Mahkamah ini merujuk kes Mahkamah Tinggi Shah Alam BA-43-5-02/2023 PP v Manikavasagam a/l Sundaram di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi mengingatkan bahawa Majistret/Hakim Mahkamah Sesyen hendaklah “to be careful, cautious and circumpect before accepting pleas of guilty and not treat the process as something that is done mechanically without considering the facts of the case and the relevant statute to ensure and establish that an offence has been made out.”. 8) Panduan untuk Pegawai Pendakwa dan Pegawai Kehakiman juga telah diberikan di dalam kes PP v. Margarita B Cruz [1987] 1 LNS 129; [1988] 1 MLJ 539 berkenaan tanggungjawab untuk memastikan pertuduhan yang dirangka terhadap OKT adalah mengikut peruntukan undang-undang – "Prosecuting officers and magistrates should also heed the advice of Thomson J. (as he then was) in the case of Public Prosecutor v. Syed Bakri [1955] MLJ xvii as to how a charge should be framed. (See 4 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal also Public Prosecutor v. Lim Yoo Hock [1984] 1 LNS 30; [1984] 1 MLJ 309.)" 9) Berdasarkan prinsip ini, Mahkamah telah meneliti pertuduhan dan fakta kes yang dikemukakan terhadap OKT dan Mahkamah ini berpendapat pertuduhan yang dihadapkan terhadap OKT adalah suatu pertuduhan yang cacat dan defektif. Namun ia bukanlah suatu situasi di mana Mahkamah ini boleh memberi peluang kepada pihak Pendakwaan untuk meminda apa-apa kecacatan di dalam pertuduhan yang dikemukakan. Ini adalah situasi di mana pertuduhan dan fakta kes yang dikemukakan tidak menjurus kepada suatu kesalahan di bawah seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 1955). 10) Bagi pertuduhan di bawah seksyen 29(1) Akta 1955, elemen kesalahan yang perlu wujud adalah – a. bahawa OKT mempunyai harta dalam milikannya; b. yang mungkin disyaki secara munasabah telah dicuri ATAU diperoleh secara curang; dan c. OKT telah gagal untuk memberikan penjelasan yang memuaskan bagaimana harta itu menjadi miliknya 5 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11) Mahkamah ini adalah terikat dengan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang telah memutuskan berkenaan dengan isu pertuduhan di bawah seksyen 29(1) Akta 1955. Merujuk kes-kes permohonan semakan jenayah di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, PP v Ng Wai Kuan dan 5 yang lainnya [2023] CLJU 553 dan kes PP v Mohd Redzwan bin Md Yatim dan 2 lainnya [2023] CLJU 1354 yang mana telah diputuskan bahawa pertuduhan yang dihadapi oleh OKT-OKT di bawah seksyen 29(1) Akta 1955 adalah defektif. Antara alasannya adalah wang yang berada di dalam akaun bank bukannya “property” bagi maksud seksyen 29(1) Akta 1955. Seperti di dalam kes terbaru di hadapan Mahkamah ini, OKT- OKT di dalam kes semakan tersebut telah mengaku salah di Mahkamah Majistret dan kes-kes tersebut tidak melalui perbicaraan penuh. 12) Di dalam kes PP v Mohd Redzwan bin Md Yatim dan 2 lainnya [2023] CLJU 1354, YA Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru telah memutuskan - “[19] Mahkamah ini berpendapat wang RM520.00 dan RM3,480.000 dalam akaun berkaitan bukannya “property” bagi maksud peruntukan s. 29 Akta 1955. Mahkamah ini merujuk kes 6 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Harpajan Kaur Delib Singh v. PP [2021] 3 CLJ 704 di mana YA Mohd Radzi Abdul Hamid, Pesuruhjaya Kehakiman ada merungkai isu yang sama dalam penghakimannya seperti berikut : “(3) The plain and ordinary meaning of a 'thing' as a noun refers to an object. If the legislators had intended the word 'property' to include both corporeal and incorporeal property, then the word 'property' would have been used consistently throughout s. 29 of the Act without using also the words 'anything' or 'thing'. The deliberate use of the words 'anything' and 'thing' apart from the word 'property' in s. 29 of the Act, in particular s. 29(1) of the Act, were intended to refer to corporeal or tangible property and, for that reason, s. 29(4) of the Act must mean locations where a tangible and moveable property can be found. On the facts, and reading s. 29 of the Act as a whole, a chose in action is not a 'thing' that is within the contemplation and scope of 'possession' and 'property' under s. 29(1) of the Act. (paras 29 & 32)” [20] Mahkamah ini berpendapat Puan Majistret itu terkhilaf apabila merekodkan Tertuduh bersalah dan disabitkan membabitkan wang RM520.00 dan RM3,480.00 dalam akaun yang terlibat merupakan “chose in action” dan bukannya “property” bagi maksud kesalahan s. 29(1) Akta 1955.”. 7 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal E. KESIMPULAN 13) Setelah Mahkamah ini meneliti pertuduhan, fakta kes dan eksibit- esksibit lain yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan, Mahkamah memutuskan pertuduhan yang dikemukakan tidak menjurus kepada suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955. Oleh itu Mahkamah memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) OKT dari pertuduhan. Bertarikh 29 April 2024 NUR AZZUIN BINTI ABDUL MOATI Majistret Mahkamah Pontian, Johor 8 S/N fumZpWCyIEeMVxmLFVEdNQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal