A MAGENDRAN A/L ARUMUGAM HANISAH BEGUM BINTI M. NAGOOR HASHAN
The cause of action accrued on 25.6.2015 (date payment was due); the 2017 transactions did not satisfy Sections 26 or 27 Limitation Act 1953 because there was no written signed acknowledgment by the respondent nor evidence of agency, novation or variation; therefore the action was time-barred and the Magistrate...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-11ANCC-3-05/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: A Magendran a/l Arumugam; Respondent: Hanisah Begum binti M. Nagoor Hashan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 27 August 2025
- Case Number
- JA-11ANCC-3-05/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal From Magistrate's Court / Judgment on Appeal
- Outcome
- Appeal dismissed in full; Magistrate's decision upheld
- Legal Topics
- Accrual of Cause of Action, Section 6(1)(a) Limitation Act 1953, Section 26 Limitation Act 1953, Section 27 Limitation Act 1953, Order 18 Rule 19(1) Kaedah Kaedah Mahkamah 2012, Continuing Breach Vs Single Completed Breach
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
A Magendran a/l Arumugam
Appellant
Hanisah Begum binti M. Nagoor Hashan
Respondent
Procedural Posture
Civil Appeal From Magistrate's Court / Judgment on Appeal
Legal Issues
- 1 When did the cause of action accrue for limitation purposes?
- 2 Whether 2017 payments revived limitation under Sections 26 and 27 Limitation Act 1953
- 3 Whether the Magistrate erred in allowing dismissal under Order 18 Rule 19(1) KKM 2012
Ratio Decidendi
The cause of action accrued on 25.6.2015 (date payment was due); the 2017 transactions did not satisfy Sections 26 or 27 Limitation Act 1953 because there was no written signed acknowledgment by the respondent nor evidence of agency, novation or variation; therefore the action was time-barred and the Magistrate correctly allowed dismissal under Order 18 Rule 19(1) KKM 2012.
Court Disposition
Appeal dismissed in full; Magistrate's decision upheld
Orders
- Appeal dismissed
- Magistrate's decision dated 15.5.2023 upheld
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-11ANCC-3-05/2023 Kand. 41 25/02/2026 14:33:48 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-11ANCC-3-05/2023 ANTARA A MAGENDRAN A/L ARUMUGAM (NO. K/P: 690813-01-5965) ……PERAYU DAN HANISAH BEGUM BINTI M. NAGOOR HASHAN (NO. K/P: 860521-66-5092) …… RESPONDEN (Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Majistret Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim, Malaysia Guaman No.: JA-A72NCC-1269-10/2022 ANTARA A MAGENDRAN A/L ARUMUGAM (NO. K/P: 690813-01-5965) …PLAINTIF 1 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal DAN HANISAH BEGUM BINTI M. NAGOOR HASHAN (NO K/P: 860521-66-5092) …DEFENDAN0 [Yang diputuskan oleh Majistret Puan Suhaili Binti Sapun di Mahkamah Majistert di Johor Bahru pada 15.5.2023 – Lampiran 12 – A.18 K.19(1) KKM 2012)] ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Rayuan ini timbul daripada keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru bertarikh 15.5.2023 yang membenarkan Notis Permohonan Responden di Lampiran 12 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) dan seterusnya membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Perayu atas alasan bahawa tindakan tersebut telah dihalang oleh Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953. 2. Dalam rayuan ini, Perayu berusaha untuk meyakinkan Mahkamah bahawa Mahkamah Majistret telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta, khususnya kerana tidak mengambil kira pembayaran yang didakwa dibuat pada tahun 2017, yang menurut Perayu seharusnya mengubah tarikh terakrunya kausa tindakan dan seterusnya mengelakkan tindakan tersebut daripada halangan had masa. 2 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3. Mahkamah ini telah membenarkan pengemukaan penyata akaun Magispeeri a/p Subramaniam sebagai keterangan tambahan di peringkat rayuan dan telah dikemukakan di Mahkamah ini di dalam Rekod Rayuan Tambahan di Lampiran 23. Namun persoalan yang lebih utama dan asas bukanlah sama ada dokumen tersebut boleh diterima, tetapi sama ada, walaupun diterima, ia mempunyai kesan undang-undang yang mencukupi untuk menggugat dapatan Mahkamah Majistret berhubung had masa. LATAR BELAKANG 4. Berdasarkan pliding Perayu sendiri sebagaimana dirujuk dalam alasan Mahkamah Majistret (lihat Rekod Rayuan Tambahan halaman 10–12), adalah tidak dipertikaikan bahawa: a) Pinjaman sebanyak RM58,000 telah diberikan pada 25.5.2015; b) Responden didakwa bersetuju membayar balik dalam tempoh satu bulan; c) Tarikh akhir pembayaran adalah 25.6.2015; d) Bayaran penuh tidak dibuat pada tarikh tersebut; d) Writ Saman difailkan pada 20.10.2022. 3 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5. Mahkamah Majistret mendapati bahawa kausa tindakan terakru pada 25.6.2015, dan oleh itu tindakan yang difailkan pada 20.10.2022 adalah di luar tempoh enam tahun yang diperuntukkan oleh Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953. 6. Perayu dalam rayuan ini bergantung kepada tiga transaksi pada tahun 2017 yang didakwa sebagai pembayaran penalti atau ansuran, dan berhujah bahawa tarikh “last act of default” adalah 1.6.2017. Hujahan ini menuntut Mahkamah meneliti dengan lebih mendalam doktrin limitation dan konsep accrual dalam tindakan kontrak. 7. Mahkamah ini pada 27.8.2025 telah mendengar Rayuan bagi kes ini dan telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Majistret yang menolak Notis Permohonan di Lampiran 12 di bawah A.18 Kaedah 19(1) (a),(b),(c) dan/ (d) KKM 2012. Oleh kerana tidak berpuashati dengan keputusan ini Plaintif/Perayu telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Rayuan pada 9.2.2026. ISU UNTUK DIPUTUSKAN 8. Mahkamah ini merumuskan tiga persoalan utama: Isu 1 - Bilakah sebenarnya kausa tindakan dalam kes ini terakru menurut undang-undang kontrak dan Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953? 4 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu 2- Sama ada pembayaran pada tahun 2017, walaupun diterima sebagai keterangan tambahan, memenuhi kehendak Seksyen 26 dan 27 Akta Had Masa 1953 untuk menghidupkan semula tempoh had masa? Isu 3 - Sama ada Mahkamah Majistret telah tersalah arah apabila membenarkan pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012? ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH ISU 1: BILAKAH SEBENARNYA KAUSA TINDAKAN DALAM KES INI TERAKRU MENURUT UNDANG-UNDANG KONTRAK DAN SEKSYEN 6(1)(a) AKTA HAD MASA 1953? 9. Dalam undang-undang ‘limitation’, konsep ‘accrual of cause of action’ bukanlah konsep yang fleksibel atau bergantung kepada persepsi pihak yang menyaman. Ia adalah satu konsep yang telah dibentuk dan diperkukuhkan melalui autoriti kehakiman yang konsisten. Prinsip asasnya ialah bahawa dalam tindakan kontrak, masa berjalan dari tarikh ‘breach’ berlaku, iaitu tarikh di mana obligasi kontraktual gagal dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui. 10. Mahkamah Persekutuan dalam kes Nasri v Mesah [1971] 1 MLJ 32, yang turut dirujuk oleh Mahkamah Majistret (halaman 11), menegaskan bahawa kausa tindakan dalam kontrak terakru pada tarikh ‘breach’ dan masa berjalan dari tarikh tersebut. Prinsip ini bukan sekadar prinsip formal tetapi ia 5 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal adalah asas kepada kepastian undang-undang dan kestabilan hubungan komersial. 11. Dalam kes ini, Perayu sendiri telah memplid bahawa pembayaran balik perlu dibuat dalam tempoh satu bulan daripada 25.5.2015, iaitu selewat-lewatnya pada 25.6.2015. Apabila pembayaran penuh tidak dibuat pada tarikh tersebut, breach telah lengkap dan hak untuk menyaman telah wujud sepenuhnya. Hak tersebut tidak bersifat bersyarat atau tertangguh. 12. Hujahan Perayu bahawa “last act of default” berlaku pada 1.6.2017 mencerminkan kekeliruan antara konsep breach dan konsep pembayaran selepas breach. Dalam undang-undang kontrak, breach berlaku pada saat obligasi gagal dipenuhi pada masa yang ditetapkan. Pembayaran ansuran atau penalti selepas breach tidak memadamkan breach asal melainkan terdapat perjanjian baharu atau variasi kontrak yang sah. Tiada bukti atau pliding yang menunjukkan kewujudan perjanjian lanjutan tempoh, novasi atau penstrukturan semula. 13. Mahkamah ini dengan itu berpendirian bahawa tarikh accrual adalah 25.6.2015 dan bukan 1.6.2017. Sebarang percubaan untuk menstruktur semula tarikh accrual melalui pembayaran kemudian adalah bertentangan dengan prinsip asas limitation. 6 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ISU 2: KESAN PEMBAYARAN 2017 DI BAWAH SEKSYEN 26 DAN 27 AKTA HAD MASA 1953 14. Persoalan seterusnya ialah sama ada pembayaran pada tahun 2017, walaupun diterima sebagai keterangan tambahan, memenuhi kehendak Seksyen 26 dan 27 Akta Had Masa 1953 untuk menghidupkan semula tempoh had masa? 15. Seksyen 26 Akta Had Masa 1953 memperuntukkan bahawa sesuatu pengakuan hutang mestilah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak yang membuat pengakuan. Section 26 – Fresh accrual of action on acknowledgment or part payment (1) Where there has been an acknowledgment of the claim or a payment in respect thereof, the right shall be deemed to have accrued on and not before the date of the acknowledgment or the last payment. (2) To be effective for the purposes of this section, an acknowledgment must be in writing and signed by the person making the acknowledgment. (3) Any payment made in respect of a debt or other liquidated pecuniary claim shall be treated as an acknowledgment of the claim. 16. Seksyen 27 Akta Had Masa 1953 yang memperuntukkan seperti berikut: Section 27 – Effect of acknowledgment or part payment as respects persons other than the maker or recipient 7 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (1) An acknowledgment of the claim or a payment in respect thereof by one of several persons liable in respect of a debt or other liquidated pecuniary claim shall not bind the others. (2) An acknowledgment of the claim or a payment in respect thereof by the agent of any person liable in respect of a debt or other liquidated pecuniary claim shall bind his principal. (3) A payment made by one of several persons liable in respect of a debt or other liquidated pecuniary claim shall not be deemed to be a payment by any of the others. 17. Daripada bacaan literal Seksyen 26(1), jelas bahawa undang- undang membenarkan suatu ‘fresh accrual’ sekiranya terdapat ‘acknowledgment’ atau ‘part payment’. Namun, peruntukan ini tidak boleh dibaca secara terasing tanpa mengambil kira subseksyen (2), yang secara tegas mensyaratkan bahawa ‘acknowledgment’ tersebut mestilah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh pihak yang membuatnya. 18. Peruntukan Seksyen 27 ini pula memperlihatkan dengan jelas bahawa undang-undang had masa tidak beroperasi secara longgar atau berdasarkan andaian umum tentang pembayaran. Seksyen 27 menegaskan bahawa ‘acknowledgment’ atau pembayaran oleh seseorang tidak secara automatik mengikat orang lain, kecuali dalam keadaan yang dibenarkan secara nyata oleh statut, seperti tindakan oleh ejen yang sah. 19. Implikasi penting daripada Seksyen 27 ialah bahawa undang- undang had masa mengiktiraf sifat peribadi sesuatu ‘acknowledgment’ atau pembayaran. ‘Revival limitation’ tidak 8 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal boleh berlaku melalui inferens bahawa sesuatu pembayaran oleh pihak tertentu secara automatik mewakili pengakuan liabiliti oleh pihak lain, melainkan terdapat hubungan ejen- prinsipal yang sah atau keadaan lain yang memenuhi kehendak statut. 20. Kehendak bahawa ‘acknowledgment’ itu mestilah ‘in writing and signed’ bukanlah suatu formaliti kosmetik, tetapi merupakan syarat substantif yang bersifat mandatori. Tanpa pematuhan kepada syarat ini, sebarang percubaan untuk bergantung kepada Seksyen 26 bagi tujuan menghidupkan semula tempoh had masa akan gagal di sisi undang-undang. 21. Walaupun Seksyen 26(3) memperuntukkan bahawa pembayaran dalam bentuk sesuatu hutang boleh dianggap sebagai ‘acknowledgment’, peruntukan tersebut tidak menghapuskan keperluan struktur yang ditetapkan oleh subseksyen (2). Pembayaran itu sendiri mesti berada dalam konteks pengiktirafan hutang yang sah di sisi undang-undang dan tidak boleh disimpulkan semata-mata daripada kewujudan transaksi kewangan tanpa bukti niat pengakuan liabiliti. 22. Dalam konteks kes ini, penyata akaun Magispeeri a/p Subramaniam iaitu pihak ketiga yang bukan merupakan pihak dalam tindakan ini. Tiada juga bukti bahawa beliau bertindak sebagai ejen Responden bagi tujuan membuat pengakuan hutang yang mengikat Responden di bawah Seksyen 27(2) 9 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Akta Had Masa 1953. Malah, tiada pliding atau afidavit yang meletakkan asas bahawa pembayaran tersebut dibuat dalam kapasiti ejen yang sah serta transaksi pada tahun 2017 tidak mengandungi sebarang pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Responden yang mengakui kewujudan hutang tersebut sebagai liabiliti yang masih terhutang. Tiada surat, tiada perakuan, dan tiada dokumen yang memenuhi kehendak Seksyen 26(2) Akta Had Masa 1953. 23. Justeru itu, walaupun Mahkamah ini menerima penyata akaun tersebut sebagai sebahagian daripada rekod rayuan, dokumen tersebut gagal memenuhi kehendak statutori untuk menghidupkan semula tempoh had masa. Tafsiran yang membenarkan inferens semata-mata daripada transaksi kewangan akan menjejaskan struktur perlindungan yang sengaja diwujudkan oleh Parlimen melalui Seksyen 26 Akta Had Masa 1953. Keperluan ini adalah mandatori dan bukan bersifat pilihan. Undang-undang dengan sengaja meletakkan kehendak formaliti yang tinggi kerana limitation adalah satu pembelaan statutori yang memberi kepastian dan finaliti kepada pihak yang dituntut. 24. Dalam kes Kwong Yik Bank Bhd v Kwan Chew Holdings Sdn Bhd [2011] 2 CLJ 269, Mahkamah Rayuan menegaskan bahawa pengakuan yang kabur atau komunikasi yang tidak memenuhi kehendak formal Seksyen 26 Akta Had Masa 1953 tidak mencukupi untuk menghidupkan semula had masa. 10 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah menolak percubaan untuk menyimpulkan ‘acknowledgment’ melalui inferens atau tafsiran longgar. 25. Sebaliknya, dalam kes Wee Tiang Tng v Ong Chong Hoo & Anor [1978] 1 MLJ 234. Mahkamah membincangkan dengan lebih halus konsep ‘acknowledgment’ dan menekankan bahawa niat untuk mengakui liabiliti mestilah jelas dan nyata. 26. Apabila kedua-dua kes ini disintesiskan, prinsip yang muncul adalah jelas iaitu untuk menghidupkan semula ‘limitation’, mesti terdapat pengakuan yang jelas, bertulis dan ditandatangani, atau pembayaran yang dibuat dalam konteks pengiktirafan liabiliti yang sah di sisi undang-undang. 27. Dalam kes ini, penyata akaun Magispeeri hanya menunjukkan transaksi wang. Ia bukan surat pengakuan, bukan dokumen yang ditandatangani oleh Responden sebagai pengiktirafan hutang, dan tidak mengandungi pernyataan bahawa liabiliti kontraktual masih wujud dan diakui. Seksyen 27(3) Akta Had Masa 1953 secara jelas menyatakan bahawa pembayaran oleh salah seorang daripada beberapa orang yang bertanggungan tidak boleh dianggap sebagai pembayaran oleh yang lain. Walaupun kes ini tidak melibatkan liabiliti bersama dalam bentuk klasik, prinsip yang mendasari peruntukan ini adalah bahawa pembayaran oleh pihak tertentu tidak boleh diperluaskan kesannya melampaui had yang dibenarkan oleh statut. Justeru itu, dalam kes ini, walaupun pembayaran tahun 2017 diterima sebagai fakta, ia 11 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tidak memenuhi syarat formal Seksyen 26 Akta Had Masa 1953 dan lebih-lebih lagi tidak memenuhi kehendak Seksyen 27 Akta Had Masa 1953 untuk mengikat Responden sebagai suatu ‘acknowledgment’ yang sah di sisi undang-undang. Dengan itu, tiada asas statutori untuk menyatakan bahawa ‘limitation’ telah dihidupkan semula. 28. Pendekatan yang diambil oleh Mahkamah ini bukanlah suatu pendekatan teknikal yang memihak kepada formaliti semata- mata, tetapi berakar daripada falsafah asas undang-undang had masa itu sendiri. Akta Had Masa 1953 digubal bukan untuk menghukum pihak yang lewat bertindak, tetapi untuk memastikan kepastian, kestabilan dan finaliti dalam urusan undang-undang dan komersial. Sekiranya had masa boleh diketepikan melalui tafsiran longgar terhadap pembayaran kemudian tanpa mematuhi kehendak jelas Seksyen 26 Akta Had Mas 1953 maka keseluruhan struktur perlindungan statutori tersebut akan terhakis. Undang-undang dengan sengaja mensyaratkan ‘acknowledgment’ bertulis dan ditandatangani sebagai bukti objektif bahawa pihak yang berhutang benar-benar mengiktiraf liabiliti yang masih wujud dan bersetuju untuk menanggung implikasi undang- undang daripadanya. Tanpa pematuhan kepada mekanisme yang diperuntukkan oleh statut, Mahkamah tidak boleh memperluaskan konsep ‘revival’ melalui tafsiran bahawa sesuatu ‘breach’ itu berterusan atau bahawa pembayaran kemudian menetapkan semula tarikh ‘accrual’ Pendekatan sedemikian akan menjejaskan kepastian undang- 12 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal undang dan membuka ruang kepada ketidaktentuan yang bercanggah dengan tujuan sebenar had masa sebagai instrumen finaliti, bukan sebagai alat untuk memanjangkan pertikaian tanpa had masa yang ditetapkan oleh Parlimen. 29. Lebih penting lagi, Perayu tidak pernah memplid dalam Pernyataan Tuntutan bahawa terdapat ‘acknowledgment ‘ atau ‘part payment’ bagi tujuan Seksyen 26, Akta Had Masa 1953 Akta Had Masa 1953. ‘Limitation’ adalah isu yang mesti dinilai berdasarkan pliding. Mahkamah tidak boleh membenarkan pihak memperkenalkan asas undang-undang baharu di peringkat rayuan untuk mengelakkan halangan statutori. 30. Mahkamah ini dengan itu mendapati bahawa pembayaran 2017, walaupun diterima sebagai keterangan tambahan, tidak memenuhi kehendak Seksyen 26 atau 27 Akta Had Masa 1953 dan tidak menghidupkan semula tempoh had masa. ISU 3: KETEPATAN PEMBATALAN DI BAWAH ATURAN 18 KAEDAH 19 KKM 2012 31. Isu ini adalah memfokuskan kepada sama ada Mahkamah Majistret telah tersalah arah apabila membenarkan pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012? Prinsip pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 telah diperjelaskan oleh Mahkamah Agung dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd v United Malayan Banking Corp Bhd 13 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [1993] 3 MLJ 36, di mana dinyatakan bahawa tindakan boleh dibatalkan jika secara ‘plain and obvious’ ia tidak boleh berjaya. 32. Mahkamah Rayuan dalam kes Parkson Corp Sdn Bhd v Fazzurina Ibrahim [2012] 2 MLJ 46 turut mengesahkan bahawa isu had masa boleh diputuskan di peringkat awal sekiranya jelas daripada pliding bahawa tindakan tersebut telah dihalang oleh had masa. 33. Dalam kes ini, daripada pliding Perayu sendiri, tarikh ‘breach’ dan tarikh pemfailan tindakan tidak dipertikaikan. Apabila tempoh enam tahun telah tamat sebelum tindakan difailkan, dan tiada ‘acknowledgment’ sah, maka tindakan tersebut adalah secara nyata dihalang oleh Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953. 34. Penerimaan penyata akaun 2017 tidak menimbulkan sebarang isu fakta material yang boleh mengubah kedudukan undang- undang. Ia tidak mengubah tarikh ‘accrual’, tidak memenuhi syarat ‘revival limitation’, dan tidak mewujudkan kontrak baharu. 35. Oleh itu, Mahkamah Majistret tidak terkhilaf dari segi undang- undang atau prinsip apabila membenarkan Lampiran 12 dan membatalkan tindakan tersebut. 14 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Perbezaan Antara ‘Continuing Breach’ Dan ‘Single Completed Breach’ Dalam Had Masa Kontrak 36. Hujahan Perayu bahawa ‘last act of default’ berlaku pada 1.6.2017 dan bahawa tempoh had masa seharusnya dikira dari tarikh tersebut memerlukan Mahkamah ini memperincikan perbezaan doktrin yang penting dalam undang-undang had masa, iaitu perbezaan antara suatu ‘continuing breach’ dan suatu ‘single completed breach’. Tanpa memperjelaskan perbezaan ini, terdapat risiko bahawa konsep ‘accrual’ akan disalahfahami dan diperluaskan secara tidak wajar. 37. Dalam tindakan kontrak, sesuatu pelanggaran boleh sama ada bersifat tunggal dan lengkap pada satu titik masa tertentu, atau bersifat berterusan di mana obligasi yang dipersetujui itu sendiri adalah obligasi yang berjalan dari hari ke hari. Dalam kategori pertama, ‘breach’ berlaku serta-merta apabila obligasi gagal dipenuhi pada tarikh matang. Dalam kategori kedua, ‘breach’ boleh dianggap berulang atau berterusan kerana kewajipan yang dilanggar itu sendiri bersifat berpanjangan. 38. Dalam konteks ‘single completed breach’, kausa tindakan terakru pada tarikh obligasi tersebut tidak dipenuhi, dan had masa mula berjalan tanpa mengira sama ada akibat kewangan atau kerugian terus dirasai selepas itu. Apa yang berterusan hanyalah kesan ‘breach’, bukan ‘breach’ itu sendiri. 15 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39. Sebaliknya, dalam kes ‘continuing breach’, sifat kewajipan itu sendiri adalah berterusan. Sebagai contoh, kewajipan untuk tidak melanggar sekatan negatif sepanjang tempoh tertentu atau kewajipan untuk menyenggara sesuatu premis secara berterusan. Dalam keadaan sedemikian, setiap hari kegagalan boleh melahirkan satu pelanggaran yang berasingan dan had masa boleh berjalan secara berasingan bagi setiap tempoh pelanggaran tersebut. 40. Perbezaan ini bukan semata-mata akademik, tetapi mempunyai implikasi langsung terhadap tarikh ‘accrual’ dan permulaan limitation. Undang-undang tidak membenarkan pihak yang menyaman menukar sifat ‘breach’ yang telah lengkap kepada ‘breach’ berterusan semata-mata kerana terdapat interaksi atau pembayaran kemudian antara pihak- pihak. 41. Dalam kes ini, obligasi yang diplid oleh Perayu adalah jelas iaitu pembayaran balik penuh sebanyak RM58,000.00 dalam tempoh satu bulan daripada 25.5.2015. Obligasi tersebut adalah obligasi tunggal dengan tarikh matang yang pasti. Ia bukan kewajipan yang perlu dipenuhi secara harian atau berterusan tanpa tarikh tamat yang khusus. 42. Apabila pembayaran penuh tidak dibuat pada 25.6.2015, ‘breach’ telah berlaku secara lengkap dan sempurna. Hak untuk menyaman telah wujud sepenuhnya pada tarikh tersebut. 16 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tiada unsur dalam pliding yang menunjukkan bahawa obligasi tersebut bersifat berterusan selepas tarikh matang. 43. Hujahan bahawa pembayaran pada tahun 2017 menjadikan 1.6.2017 sebagai ‘last act of default’ secara tersirat cuba menukar ‘breach’ tunggal kepada ‘breach’ berterusan. Namun, sifat breach tidak boleh ditentukan oleh peristiwa selepas ‘breach’, tetapi mesti ditentukan berdasarkan terma kontrak dan tarikh matang yang dipersetujui. 44. Sekiranya Mahkamah menerima pendekatan ‘last act of default’ dalam konteks ini, maka setiap pembayaran kecil atau cubaan penyelesaian selepas ‘breach’ boleh dijadikan alasan untuk menetapkan semula had masa, walaupun tanpa memenuhi kehendak formal Seksyen 26 dan 27 Akta Had Masa 1953. Pendekatan sedemikian jelas bercanggah dengan struktur statutori yang secara khusus mensyaratkan ‘acknowledgment’ bertulis dan ditandatangani untuk tujuan ‘revival’. 45. Mahkamah ini juga menekankan bahawa konsep ‘continuing damage’ tidak boleh dikelirukan dengan ‘continuing breach’. Hakikat bahawa hutang masih belum dijelaskan sepenuhnya selepas 25.6.2015 tidak menjadikan ‘breach’ itu berterusan. Hutang yang belum dibayar adalah kesan daripada ‘breach’ yang telah lengkap, bukan pelanggaran baharu setiap hari. 17 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46. Mahkamah ini menegaskan bahawa, Perayu tidak pernah memplid bahawa pada tahun 2017 telah wujud satu perjanjian baharu yang menetapkan semula tarikh matang pembayaran atau menggantikan kontrak asal. Tanpa novasi atau variasi yang sah, pembayaran tersebut tidak mengubah sifat breach asal yang telah berlaku pada 25.6.2015. 47. Oleh yang demikian, Mahkamah ini dengan tegas mendapati bahawa kes ini melibatkan suatu ‘single completed breach’ dan bukannya ‘continuing breach’. Tarikh ‘accrual’ kekal pada 25.6.2015 dan tidak boleh dialihkan ke tahun 2017 semata-mata kerana terdapat pembayaran kemudian. 48. Mahkamah ini menegaskan bahawa persoalan sama ada ‘breach’ dalam kes ini adalah berterusan atau telah lengkap pada satu tarikh tertentu adalah suatu persoalan undang- undang tulen yang boleh ditentukan berdasarkan pliding dan terma kontrak yang tidak dipertikaikan. Ia tidak menimbulkan sebarang isu fakta yang memerlukan penilaian keterangan lisan atau penemuan fakta lanjut. Dengan itu, isu ‘last act of default’ yang dibangkitkan oleh Perayu tidak mewujudkan ‘triable issue’ dan tidak menyediakan sebarang asas untuk Mahkamah ini mengganggu keputusan Mahkamah Majistret yang telah dengan betul mengaplikasikan prinsip ‘limitation’ yang mantap. 18 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal RUMUSAN 49. Setelah Mahkamah ini meneliti secara menyeluruh Rekod Rayuan, Rekod Rayuan Tambahan, hujahan bertulis pihak- pihak, otoriti yang dirujuk, serta prinsip undang-undang yang terpakai, Mahkamah ini mendapati bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Perayu, walaupun dihujahkan dalam pelbagai bentuk dan sudut pendekatan, pada hakikatnya berpaksi kepada satu percubaan untuk mengalihkan tarikh terakrunya kausa tindakan daripada 25.6.2015 kepada 1.6.2017. 50. Dalam menangani Isu 1, Mahkamah ini telah menegaskan bahawa dalam tindakan berasaskan kontrak, limitation mula berjalan dari tarikh ‘breach’ yang lengkap dan sempurna, selaras dengan prinsip yang diputuskan dalam kes Nasri v Mesah (supra) dan autoriti lain yang mantap. Berdasarkan pliding Perayu sendiri, obligasi pembayaran balik matang pada 25.6.2015 dan kegagalan membayar pada tarikh tersebut melahirkan kausa tindakan yang lengkap. Tiada pliding atau bukti yang menunjukkan kewujudan perjanjian lanjutan, novasi atau variasi yang sah untuk menangguhkan tarikh tersebut. 51. Dalam menangani Isu 2, Mahkamah ini telah menganalisis secara terperinci kesan pembayaran pada tahun 2017 dalam kerangka Seksyen 26 dan 27 Akta Had Masa 1953. Sintesis prinsip daripada kes Kwong Yik Bank Bhd (supra) dan Wee Tiang Tng (supra) menunjukkan bahawa untuk menghidupkan semula tempoh had masa, mesti terdapat pengakuan hutang 19 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang jelas, bertulis dan ditandatangani, atau pembayaran yang dibuat dalam konteks pengiktirafan liabiliti yang memenuhi kehendak statutori. Penyata akaun Magispeeri yang dikemukakan tidak memenuhi kehendak tersebut dan tidak boleh ditafsirkan sebagai ‘acknowledgment’ yang sah di sisi undang-undang. 52. Dalam menangani Isu 3, Mahkamah ini telah mengesahkan bahawa pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 adalah selaras dengan prinsip yang digariskan dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd (supra) dan kes-kes susulan, memandangkan daripada pliding sendiri adalah jelas bahawa tindakan tersebut dihalang oleh Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953. Tiada ‘triable issue’ yang sah wujud setelah prinsip ‘limitation’ diaplikasikan secara betul. 53. Secara khusus, dalam seksyen tambahan berkenaan perbezaan antara ‘continuing breach’ dan ‘single completed breach’, Mahkamah ini telah memperjelaskan bahawa kes ini melibatkan suatu pelanggaran tunggal yang lengkap pada 25.6.2015 dan bukannya pelanggaran berterusan. Pembayaran pada tahun 2017 tidak menukar sifat breach asal tersebut, dan tidak boleh digunakan untuk memulakan semula ‘limitation’ melalui tafsiran ‘last act of default’. Apa yang berterusan selepas 25.6.2015 hanyalah kesan kewangan daripada ‘breach’, bukan ‘breach’ itu sendiri. 20 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 54. Dengan itu, kesemua analisis yang telah dihuraikan di atas tadi sama ada berhubung tarikh ‘accrual’, kesan pembayaran 2017, kehendak formal Seksyen 26 dan 27 Akta Had Masa 1953, mahupun perbezaan antara ‘breach’ berterusan dan ‘breach’ yang lengkap ia membawa kepada satu kesimpulan yang konsisten dan tidak terelakkan iaitu had masa telah mula berjalan pada 25.6.2015 dan telah tamat sebelum tindakan ini difailkan pada 20.10.2022. 55. Mahkamah ini juga menegaskan bahawa isu-isu yang dibangkitkan oleh Perayu dalam rayuan ini adalah isu undang- undang tulen yang boleh ditentukan berdasarkan pliding dan dokumen yang tidak dipertikaikan. Ia tidak menimbulkan sebarang persoalan fakta yang memerlukan penilaian keterangan lisan atau dapatan kredibiliti saksi. Justeru, tiada asas untuk Mahkamah ini mengganggu keputusan Mahkamah Majistret yang telah mengaplikasikan prinsip ‘limitation’ secara betul dan konsisten. 56. Secara kumulatif, analisis Mahkamah ini menunjukkan bahawa rayuan Perayu bukan sahaja gagal dari segi merit fakta, tetapi juga tidak mempunyai asas undang-undang untuk mengetepikan dapatan Mahkamah Majistret. Keputusan yang dirayu adalah selaras dengan prinsip had masa yang mantap, struktur statutori Akta Had Masa 1953, dan autoriti kehakiman yang mengikat. 21 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 57. Setelah meneliti secara menyeluruh prinsip had masa, autoriti kehakiman yang terpakai serta rekod rayuan, Mahkamah ini mendapati bahawa kausa tindakan terakru pada 25.6.2015; tindakan yang difailkan pada 20.10.2022 adalah di luar tempoh enam tahun dan pembayaran pada tahun 2017 tidak memenuhi kehendak Seksyen 26 atau 27 Akta Had Masa 1953 dan pembatalan tindakan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012 adalah selaras dengan prinsip undang-undang yang mantap. PERINTAH 58. Berdasarkan keseluruhan dapatan dan sintesis kumulatif Mahkamah ini sebagaimana dihuraikan di atas tadi, khususnya berhubung (i) tarikh terakrunya kausa tindakan pada 25.6.2015, (ii) kegagalan pembayaran tahun 2017 untuk memenuhi kehendak Seksyen 26 dan 27 Akta Had Masa 1953 bagi tujuan menghidupkan semula tempoh had masa, dan (iii) pengesahan bahawa kes ini melibatkan suatu ‘single completed breach’ dan bukannya ‘continuing breach’ maka Mahkamah ini berpuas hati bahawa tindakan Perayu adalah jelas dan nyata dihalang oleh Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953. 59. Sehubungan itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Mahkamah Majistret tidak terkhilaf dari segi undang-undang mahupun prinsip apabila membenarkan Notis Permohonan Responden di Lampiran 12 di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b), (c) dan/atau (d) KKM 2012 dan seterusnya membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Perayu. 22 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 60. Dengan itu, rayuan Perayu adalah dengan ini DITOLAK SEPENUHNYA. 61. Keputusan Mahkamah Majistret bertarikh 15.5.2023 adalah dengan ini DIKEKALKAN TANPA SEBARANG PINDAAN. 62. Kos rayuan sebanyak RM3,000.00 adalah diperintahkan dibayar oleh Perayu kepada Responden. BERTARIKH: 24 FEBRUARI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif Tetuan Shobana M & Associates Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Defendan Tetuan Mathews George & Co Johor Bahru 23 S/N rrRAJXrRiUKqdJyq0QgVQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal