ABDUL BIN MOHD DESA
Although the evidence established that the appellants possessed the drugs with common intention (possession and knowledge proven by direct observation of handling/packing), the trial court's conviction for trafficking under s.39B(1)(a) based on invoking s.37(da) atop a deemed possession was unsafe as it amounted to...
Source-derived case information.
- Citation
- K-05(H)-205-05/2024 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Abdul bin Mohd Desa; Appellant: Viji Kumar a/l Rajow; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- H
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 8 December 2025
- Case Number
- K-05(H)-205-05/2024 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Appeal Decision (court of Appeal)
- Outcome
- Appeals allowed in part: convictions for trafficking under s.39B(1)(a) ADB set aside; substituted convictions for possession under s.12(2) ADB read with s.39A(2) ADB and s.34 Penal Code; sentences imposed accordingly.
- Legal Topics
- Possession Vs Trafficking, Statutory Presumptions S.37(d) and S.37(da), Burden of Proof, Rebuttal on Balance of Probabilities, Sentencing for Possession
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Abdul bin Mohd Desa
Appellant
Viji Kumar a/l Rajow
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Appeal Decision (court of Appeal)
Legal Issues
- 1 Whether appellants had possession, control and knowledge of the drugs found
- 2 Whether statutory presumption of trafficking under s.37(da) ADB properly applied or constituted a 'presumption upon a presumption'
- 3 Whether trial court misdirected on burden of proof required to rebut presumptions
Ratio Decidendi
Although the evidence established that the appellants possessed the drugs with common intention (possession and knowledge proven by direct observation of handling/packing), the trial court's conviction for trafficking under s.39B(1)(a) based on invoking s.37(da) atop a deemed possession was unsafe as it amounted to a 'presumption upon a presumption'; convictions under s.39B(1)(a) were quashed and substituted with convictions for possession under s.12(2) ADB punishable under s.39A(2) ADB read with s.34 Penal Code; appropriate sentence fixed at 10 years' imprisonment and 10 strokes from the date of arrest.
Court Disposition
Appeals allowed in part: convictions for trafficking under s.39B(1)(a) ADB set aside; substituted convictions for possession under s.12(2) ADB read with s.39A(2) ADB and s.34 Penal Code; sentences imposed accordingly.
Orders
- Quash convictions and sentences under section 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952
- Convict appellants under section 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 read with section 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 and section 34 Kanun Keseksaan
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
K-05(H)-205-05/2024 Kand. 49 K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 13/04/2026 17:03:33 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: K-05(H)-205-05/2024 5 ANTARA ABDUL BIN MOHD DESA ...PERAYU DAN 10 PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) 15 RAYUAN JENAYAH NO: K-05(H)-207-05/2024 ANTARA VIJI KUMAR A/L RAJOW ...PERAYU 20 DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN 25 (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya Di Sungai Petani Dalam Negeri Kedah Darul Aman, Malaysia No Kes: KB-45A-22-09/2020) 1 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 Pendakwa Raya 30 Lawan 1. Viji Kumar A/L Rajow 2. Abdul Bin Mohd Desa 35 KORUM: SUPANG LIAN, HMR HAYATUL AKMAL BINTI ABDUL AZIZ, HMR MUNIANDY A/L KANNYAPPAN, HMR 40 PENGHAKIMAN (A) MUKADIMAH [1] Perayu Pertama (Abdul bin Mohd Desa) dan Perayu Kedua, 45 (Viji Kumar a/I Rajow), dirujuk secara kolektif sebagai perayu-perayu, telah dituduh bersama dihadapkan di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan berikut – "Bahawa kamu bersama-sama, pada 8.9.2019, jam lebih kurang 10:00 50 pagi, di sebuah rumah di alamat No: 2139, Lorong Angsana 54, Taman Keladi, 08000 Sungai Petani, di dalam Negeri Kedah Darul Aman, telah didapati mengedar dadah berbahaya seberat 18.1 gram (iaitu gabungan Heroin seberat 13.3 gram dan Monoacetylmorphines seberat 4.8 gram). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah 55 seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 [ADB] dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama serta dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan [KK].". 2 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 [2] Perbicaraan penuh telah dijalankan dan di akhir kes pembelaan, pada 23.04.2024, Hakim Bicara di Mahkamah Tinggi 60 (HMT) yang bijaksana memutuskan bahawa perayu-perayu didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman pemenjaraan seumur hidup mulai tarikh tangkap dan 18 kali sebatan. Terkilan, perayu-perayu telah memfailkan notis rayuan secara berasingan ke Mahkamah Rayuan di atas keseluruhan 65 keputusan iaitu atas sabitan dan hukuman. [3] Kami mendengar rayuan-rayuan ini pada 08.12.2025 dan setelah meneliti keseluruhan keterangan di hadapan Mahkamah, adalah dapatan kami bahawa kes ini bukanlah kes pengedaran 70 dadah (trafficking) tetapi pemilikan dadah (possession). Oleh itu perintah HMT bertarikh 23.04.2024 yang menjatuhkan hukuman pemenjaraan seumur hidup dan 18 kali sebatan rotan terhadap perayu-perayu di bawah s.39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) adalah diketepikan dan digantikan dengan sabitan di bawah 75 s.12(2) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah s.39A(2) ADB serta dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan (KK). Perayu-perayu dijatuhi hukuman pemenjaraan selama sepuluh (10) tahun bermula dari tangkap (08.09.2019) dan sepuluh (10) kali sebatan rotan. Alasan- alasan kami adalah seperti berikut: 80 (B) FAKTA KES (i) Kes Pendakwaan 85 [4] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 5 orang saksi. 3 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 [5] Pada 08.09.2019 jam lebih kurang 9.00 pagi, Insp Jagadeesh a/l Dewedree (SP3) telah dimaklumkan berkaitan maklumat aktiviti pengedaran dadah di sebuah rumah bertempat di Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah. 90 [6] Pada tarikh yang sama jam 9.30 pagi, SP3 dan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Kuala Muda telah bergerak dari IPD Kuala Muda ke rumah alamat no. 2139, Lorong Angsana 54, Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah (rumah tersebut). 95 Setelah sampai di hadapan rumah tersebut pada jam 10.00 pagi, SP3 dapati rumah tersebut merupakan sebuah rumah teres satu tingkat yang tidak mempunyai pagar. Kesemua anggota serbuan SP3 mengambil kedudukan masing-masing untuk mengepuong rumah tersebut. SP3 telah menendang pintu rumah tersebut (kemudian 100 diakui SP3 bahawa pintu tidak berkunci). [7] SP3 dan pasukan masuk ke dalam rumah itu dan bergegas ke bilik nombor 2. Pintu bilik dalam keadaan bertutup namun tidak berkunci. SP3 membuka pintu dan mendapati terdapat seorang lelaki 105 India (Perayu Kedua) dan seorang lelaki Melayu (Perayu Pertama) yang sedang duduk mencangkung di atas lantai di dalam bilik tersebut. [8] Selanjutnya, SP3 memperkenalkan diri sebagai pegawai polis 110 dan melakukan pemeriksaan. Hasil pemeriksaan SP3 telah mendapati terdapat satu bungkusan plastik warna biru dalam keadaan terbuka dan terdedah di hadapan perayu-perayu. Di dalam plastik biru tersebut terdapat satu peket plastik besar berisi serbuk 4 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 dan ketulan disyaki dadah jenis heroin dan 380 peket plastik lutsinar 115 yang setiap satunya juga berisi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin. Turut dijumpai di atas lantai ialah satu alat sealer berwarna biru dan satu alat penimbang digital serta peket-peket plastik lutsinar kosong. Rampasan barang kes dan tangkapan terhadap perayu-perayu dibuat dan dibawa balik ke BSJND IPD 120 Kuala Muda. [9] Barang-barang kes telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Insp Surita binti Annual (SP5), dan hasil analisa oleh ahli kimia, Pn Faesmaziana binti Napiah (SP2) mendapati serbuk dan 125 bahan yang terkandung dalam plastik-plastik yang dirampas mengandungi dadah berbahaya seberat 13.3 gram Heroin dan 4.8 gram Monoacetylmorphines. (ii) Di Akhir Kes Pendakwaan 130 [10] HMT telah membuat keputusan dan sebagai rujukan mudah kami kemukakan di bawah ini seperti berikut: “Prinsip kes prima facie 135 11. Tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan ialah untuk melakukan penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan pendakwaan dan memutuskan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh seperti 140 diperuntukkan di bawah seksyen 180(1) Kanun Acara Jenayah. 5 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 12. Dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 di 467; [2005] 6 MLJ 393 di 400; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321, Mahkamah Persekutuan menyarankan langkah-langkah yang 145 perlu diambil oleh hakim bicara di akhir kes pendakwaan. (PP v. Dato' Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1 at 63, Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 at 752, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 at 315 & Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805 di 824). 150 13. Mahkamah ini telah berpandukan nas undang-undang ini untuk menimbang dan menilai keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwan terhadap kedua Tertuduh. 155 Elemen-elemen pertuduhan 14. Elemen-elemen Pertuduhan terhadap Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 adalah – 160 (i) jenis dan berat dadah yang menjadi hal perkara Pertuduhan adalah dadah merbahaya seperti ditakrif di bawah; (ii) Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 memiliki dadah berbahaya dan mempunyai pengetahuan mengenai milikan itu; 165 (iii) Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 mengedar dadah berbahaya itu; Dan 170 (iv) Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 bertindak dengan niat bersama menjalankan aktiviti pengedaran dadah berbahaya.” Dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan 6 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 38. Mahkamah mendapati fakta-fakta material yang disandarkan bagi 175 tujuan membuktikan setiap elemen Pertuduhan terhadap kedua Tertuduh serta fakta-fakta sampingan lain yang relevan menunjukkan kejadian yang berlaku, seperti yang dirungkaikan melalui saksi-saksi pendakwaan, adalah seJaJar dengan kebarangkalian kes. 180 39. Berdasarkan huraian di atas, Mahkamah telah membuat penilaian maksima ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan dan berpuas hati pendakwaaan telah berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap kedua Tertuduh bagi Pertuduhan tersebut.” 185 HMT memutuskan untuk memanggil perayu-perayu membela diri atas pertuduhan tersebut. Kes Pembelaan 190 [11] Setelah dijelaskan tentang pilihan-pilihan membuat pembelaan kepada perayu-perayu, mereka memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan telah tidak mengemukakan sebarang saksi yang lain. 195 (iii) Pembelaan Perayu Pertama (Abdul Bin Mohd Desa), secara ringkas: [12] Perayu Pertama menyatakan beliau bekerja sebagai tukang 200 mesin rumput dan tinggal di rumah beralamat No: 1729 Lorong Teja 33, Taman Keladi Sungai Petani. Perayu Pertama mengaku ditangkap di rumah tersebut. Pada hari tersebut, perayu-perayu tiba 7 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 di rumah tersebut untuk menghisap dadah dan membeli dadah RM30.00 sepeket dari Sara/Saravanan. Sara yang duduk di rumah 205 tersebut. Setiba di rumah tersebut, mereka beri duit kepada Sara untuk beli heroin. Perayu Pertama mengatakan dia berada di bilik 1 bersama Perayu Kedua, perayu-perayu telah ditangkap dan digari dan dibawa ke balai dengan menaiki van. Perayu Pertama juga menafikan keterangan SP3 bahawa – 210 (a) semasa serbuan dan tangkapan dia dan Perayu Kedua berada di bilik 2 dan dalam keadaan mencangkung serta sedang memasukkan plastik-plastik kecil ke dalam beg plastik berwarna biru; dan 215 (b) borang geledah (eksibit 18) disediakan dan ditandatangan di tempat kejadian. (iv) Pembelaan Perayu Kedua (Viji Kumar a/l Rajow) secara 220 ringkas: [13] Pada hari kejadian, Perayu Kedua menyatakan bahawa dia sedang buat kerja welding di rumah 137, Lorong Angsana 31, Taman Keladi Sungai Petani dan selesai kerja pada jam 9.00 pagi. Pada 225 waktu sama, perayu-perayu telah pergi ke rumah tersebut iaitu dalam jarak sejauh 25 meter. Setiba di rumah tersebut, mereka telah beri duit kepada Sara untuk beli heroin dan hisap dadah di bilik nombor 1. Tiba-tiba mereka dengar ramai orang masuk ke dalam rumah tersebut. Semasa itu Perayu Pertama keluar dari bilik tersebut dan 230 polis telah tangkap dia dan polis tanya di mana Sara berada. Selepas 8 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 Perayu Pertama katakan dia tidak tahu tentang Sara, polis tangkap Perayu Kedua di bilik nombor 1. Setelah ditangkap, polis bawa perayu-perayu masuk dalam bilik nombor 2 dan telah jumpa barang kes heroin yang banyak dalam bilik tersebut. Semasa polis bawa 235 masuk perayu-perayu ke dalam bilik nombor 2, perayu-perayu tidak nampak apa-apa barang. Cuma polis ada beritahu ada barang heroin dalam bilik tersebut dan selepas itu perayu-perayu digari dan dibawa masuk ke dalam van dan mereka dibawa pergi ke IPD. Perayu Kedua menafikan keterangan SP3 bahawa – 240 (a) semasa serbuan dan tangkapan dia dan Perayu Pertama berada di bilik 2 dan dalam keadaan mencangkung serta sedang memasukkan plastik-plastik kecil ke dalam beg plastik berwarna biru; dan 245 (b) borang geledah (eksibit P18) disediakan dan ditandatangan di tempat kejadian; (c) Sebaliknya, Perayu Kedua menyatakan dia hanya melihat 250 barang kes eksibit-eksibit P9, P10, P10A (1) - (380), P15, P16 dan P17 di IPD Yan. (v) Dapatan Mahkamah Di Akhir Kes Pembelaan 255 [14] HMT yang bijaksana telah membuat kesimpulan berikut: 9 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 “75. Setelah membuat penilaian maksima dan menimbang keseluruhan keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan Tertuduh 1 dan 260 Tertuduh 2, dengan mengambilkira kredibiliti saksi-saksi kedua pihak, Mahkamah ini mendapati – (i) kes pendakwaan terhadap Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 adalah kukuh (dan disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan; 265 (ii) pembelaan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 gagal mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan kebarangkalian; (iii) pembelaan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 gagal mematahkan 270 tanggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da) ADB atas imbangan kebarangkalian; (iv) Mahkamah tidak mempercayai pembelaan kedua Tertuduh yang berupa penafian semata-mata dan pembelaan yang difikirkan 275 kemudian; (v) pembelaan kedua Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut prinsip yang dinyatakan dalam kes Mat v. PP (supra); dan 280 (vi) pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 untuk pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB melampaui keraguan munasabah.” 285 (C) ALASAN-ALASAN UTAMA RAYUAN A. PERAYU PERTAMA (ABDUL BIN MOHD DESA) 10 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 [15] Perayu Pertama telah memfailkan sebanyak 5 alasan di dalam Petisyen Rayuan, Peguambela bijaksana ringkaskan seperti berikut: 290 (i) Pengguna Dadah/Self-Consumption (a) Perayu Pertama berada di rumah tersebut untuk membeli dadah dan bukan untuk mengedar dadah. 295 (b) Pembelaan ini disokong oleh keterangan SP3 bahawa urin Perayu Pertama didapati positif dadah. (c) SP3 mengakui tiada pemerhatian dibuat ke atas rumah tersebut 300 sebelum diserbu dan rumah tersebut tidak dikunci. (d) Perayu Pertama adalah seorang penagih dan dadah tersebut milik orang lain. 305 (e) HMT telah terkhilaf apabila kurang memberi penekanan kepada pembelaan dan keberadaan Perayu Pertama sebaliknya kepada barang kes dan bilangan peket barang kes. (ii) Perayu Pertama bukan seorang pengedar dadah 310 (a) SP3 mengakui bahawa maklumat pengedaran diterima berkenaan seorang lelaki berbangsa India, dan Perayu Pertama bukan berbangsa India. 11 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 315 (b) Siasatan pihak polis melalui SP5 mendakwa rumah kejadian dihuni oleh orang lain dan bukan Perayu Pertama. (c) Keterangan SP5 dan SP1 menunjukkan acupakai pakaian (gambar - ekshibit P4 (A-D)) menunjukkan acupakai tidak 320 dijalankan terhadap Perayu Pertama. (d) Perayu Pertama tidak menafikan kehadirannya di rumah tersebut namun dia datang untuk membeli dadah dengan harga RM30 sepeket. 325 (e) Naratif keterangan SP3 adalah tidak munasabah kerana apabila SP3 menendang pintu hadapan dan memasuki rumah tersebut bersama ahli serbuan, kehadiran SP3 tidak disedari oleh Perayu Pertama. 330 (f) SP3 menyatakan bahawa perayu-perayu hanya duduk atas lantai di dalam bilik berkenaan dan tidak menyebut bahawa mereka didapati sedang membungkus dadah. SP3 hanya menyatakan secara lisan bahawa mereka membungkus dadah 335 hanya selepas ditunjukkan laporan tangkapan (eksibit P14). (g) SP3 mengakui bahawa terdapat percanggahan repot polis dan pernyataan saksinya. Walau SP3 seorang pegawai polis namun keterangan SP3 adalah tidak munasabah dan boleh 340 dipersoalkan dan merujuk kes PP v Mohamed Ali [1962] 1 MLRH 79 dimana diputuskan bahawa kenyataaan lisan pegawai polis masih boleh dipersoalkan. 12 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 (iii) Keberadaan Dalam Rumah Kejadian Tidak Membuktikan Pemilikan (Proximity) 345 (a) Perayu Pertama walau berada dalam rumah yang sama, ia tidak memadai untuk membuktikan possession, custody, control, atau common intention bagi tujuan s.37(da) atau s.39B ADB. 350 (b) Pendakwaan hendaklah membuktikan pengetahuan, kawalan dan niat bersama. (c) Dalam kes ini tiada bukti pemilikan kerana tiada cap jari dan 355 DNA, tiada sisa dadah pada barang kes, tiada bukti Perayu Pertama menyentuh apa-apa, tiada barangan peribadi Perayu Pertama dalam bilik nombor 2. Tiada bukti Perayu Pertama pernah masuk bilik itu. Rujukan dibuat kepada kes PP v Cheah Wye Luck [2021] 1 MLRHU 1196 yang memutuskan berikut: 360 “[64] First, I must stress that proof of proximity alone is insufficient to establish knowledge and therefore possession. The Court of Appeal in Romi Amora Amir v. PP [2010] 3 MLRA 246; [2011] 4 MLJ 571; [2011] 1 CLJ 870 concisely but clearly stated thus: 365 "Unless knowledge is proved, an item however close to a person, could just be miles away." [65] What this means is reliance on proximity alone to link an accused to the possession of the said drugs is insufficient. But in 370 the instant case the drugs were found on a table in a locked room 13 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 (which had to be broken into by the police) in the apartment where the accused was the sole tenant and occupier.” (iv) Berdasarkan alasan-alasan diatas, Peguambela berhujah 375 bahawa sabitan terhadap Perayu Pertama adalah tidak selamat dan sewajarnya diketepikan namun Perayu Pertama mengakui telah mengambil dadah berbahaya untuk kegunaan sendiri semata-mata. 380 B. PERAYU KEDUA (VIJI KUMAR A/L RAJOW) [16] Perayu Kedua telah memfailkan sebanyak 9 alasan di dalam Petisyen Rayuan, namun Peguambela bijaksana ringkaskan seperti berikut: 385 (i) SP5 (IO) gagal menjalankan siasatan menyeluruh dan pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti lain yang boleh dipercayai atau bebas untuk menyokong keterangan SP3. 390 (ii) HMT khilaf bila membuat dapatan bahawa pembelaan Perayu Kedua hanyalah penafian semata-mata, fabrication atau pemikiran semula. (iii) Keterangan SP3 dan gambar-gambar rumah termasuk 380 395 peket dadah yang dibungkus, bungkusan plastik kosong dan ‘heat sealer’, tanggapan yang diberikan oleh pihak pendakwaan ialah sebelum penangkapan, perayu-perayu sedang membungkus dadah di dalam rumah tersebut. 14 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 (iv) Keterangan Perayu Kedua menunjukkan dia tidak pernah 400 dalam kawalan dadah yang ditemui di bilik nombor 2. (v) Dia hanya pergi ke rumah tersebut untuk membeli sebungkus kecil dadah untuk kegunaan peribadi daripada Sara dan segera menggunakannya di bilik nombor 1. 405 (vi) Pada setiap masa material, perayu-perayu kekal di bilik nombor 1. (vii) Sara yang kali terakhir dilihat di bilik nombor 2 dan 410 meninggalkan tempat kejadian dengan motosikalnya selepas menerima panggilan telefon sejurus sebelum polis menyerbu. (viii) Apabila polis masuk, Perayu Pertama pergi ke ruang tamu dan ditangkap di sana oleh pegawai polis manakala Perayu Kedua 415 ditangkap di bilik nombor 1. (ix) Perayu-perayu tidak pernah berada di dalam bilik 2 di mana dadah, bungkusan plastik lutsinar kecil, heat sealer dan penimbang ditemui. 420 Berdasarkan alasan-alasan diatas, Peguambela berhujah bahawa sabitan terhadap Perayu Kedua adalah tidak selamat dan sewajarnya diketepikan. 425 15 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH RAYUAN [17] Adalah menjadi prinsip undang-undang berkaitan dapatan fakta 430 di peringkat rayuan bahawa Mahkamah Rayuan tidak seharusnya campur tangan terhadap dapatan Mahkamah perbicaraan melainkan terdapat sebab-sebab yang kukuh dan menyakinkan untuk tidak bersetuju dengan dapatan tersebut. Mahkamah merujuk kes-kes berikut: 435 - Herchun Singh & Ors v. PP [1969] MLRA 382, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Ong Hock Thye (Malaya) CJ (pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut : 440 "An appellate Court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding.” 445 - Amri Ibrahim & Anor v. PP [2017] 1 CLJ 617, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: “[51] It is trite law that the view of the trial judge as to the credibility of a witness must be given proper weight and consideration. An appellate court 450 should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the trial judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there were substantial and compelling reasons for disagreeing.” [18] Elemen-elemen pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak 455 Pendakwaan adalah seperti berikut: 16 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 (a) bahawa dadah jenis Heroin dan Monoacetylmorphines adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam Seksyen 2 dan Jadual Pertama ADB 1952; 460 (b) bahawa perayu-perayu mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah tersebut; (c) bahawa perayu-perayu telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. 465 Berbalik kepada rayuan di hadapan Mahkamah hari ini, kami dapati perayu-perayu di dalam kes hari ini tidak menafikan jenis dadah Heroin dan Monoacetylmorphines adalah dadah berbahaya sebagaimana ditakrifkan dalam s.2 dan Jadual Pertama ADB 1952. 470 Oleh itu elemen pertama pertuduhan telah dibuktikan. Walaubagaimanapun, perayu-perayu menafikan mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan dan pengetahuan ke atas dadah- dadah tersebut. 475 [19] Pemilikan telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194, seperti berikut: “Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is 480 inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive possession is apt to convey the wrong impression that it is 17 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 485 only in cases where possession is entirely with one person, — that is, 'exclusive' — that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession…', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge 490 of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor 495 J said in Leow Nghee Lim v Reg [1956] MLJ 28: “… It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether 500 innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element 505 of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, 510 especially when applying presumptions Thomson J in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] MLJ 237, said that 'possession' for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term 'custody' or 'control' 515 - and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen's Digest (9th 18 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: 520 A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. 525 Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.”. [penekanan oleh kami] 530 [20] Kami telah meneliti alasan penghakiman HMT pada perenggan [21] hingga perenggan [26] yang seperti berikut: “21. Untuk elemen ini, Mahkamah ini berpandukan amatan Thomson J 535 dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 MLJ 237 di 239. Penghakiman tersebut telah dirujuk dan diendos oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes PP v. Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1, PP v. Denish Madhavan [2009] 2 MLJ 194, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 3 MLJ 630, Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2019] 6 MLJ 231 & Chan Wei Loon v. PP 540 and another appeal [2021] 4 MLJ 660. 22. SP3 telah memberi keterangan positif bahawa barang kes dadah dijumpai dalam jarak 1 kaki dari kedua Tertuduh dan pada ketika serbuan, mereka sedang memasukkan Eksibit P10 (1) - (381) ke dalam Eksibit P9. 545 23. Keterangan beliau tidak tercabar walaupun diperiksa balas. Begitu juga kredibiliti beliau. 19 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 24. Pengetahuan berkenaan dadah tersebut boleh dibuat inferens berdasarkan perbuatan kedua Tertuduh berurusan dengan barang kes 550 dadah semasa serbuan. 25. Dengan keterangan yang ada, Mahkamah berpuas hati kedua Tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan berkenaan barang kes dadah tersebut. Dengan ini elemen milikan dan pengetahuan terbukti.” 555 [21] Kami dapati perayu-perayu telah membangkitkan isu berkaitan milikan dadah yang dipertikaikan memandangkan dadah telah dijumpai di sebuah rumah kosong tidak berkunci dan terdapat kemungkinan pemilik dadah telah pun beredar dari rumah tersebut 560 tanpa pengetahuan pasukan serbuan sebelum mereka tiba di tempat kejadian. Adalah jelas daripada fakta kes hari ini dan berdasarkan keterangan SP3, dadah telah dijumpai di hadapan perayu-perayu di bilik nombor 2 di mana perayu-perayu sedang duduk mencangkung dan sedang mengutip plastik-plastik kecil lutsinar mengandungi 565 dadah dan memasukkan ke dalam plastik besar berwarna biru. [22] Kami dapati elemen milikan iaitu jagaan atau kawalan telah dibuktikan ke atas perayu-perayu ‘to the exclusion of all other persons’ kerana semasa serbuan dilakukan perayu-perayu dilihat 570 sedang mengendalikan dadah dengan cara mengutip dan memasukkan dadah yang terkandung dalam plastik-plastik kecil ke dalam plastik besar. Pada waktu material tiada individu lain selain perayu-perayu yang mempunyai kuasa eksklusif untuk mengendalikan dadah tersebut. 575 20 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 [23] Perayu-perayu di dalam pembelaan mengatakan rumah dihuni oleh Sara/Saravanan dan perayu-perayu hanya hadir ke rumah tersebut untuk membeli dadah. Namun kami dapati SP3 telah tidak disoal balas berkenaan Saravanan ini dan SP5 pula mengatakan itu 580 pertama kali beliau mendengar nama Saravanan dan beliau tidak pernah mendengar nama tersebut dan tidak pernah dimaklumkan oleh perayu-perayu semasa siasatan. Oleh itu kami dapati tiada keterangan yang menunjukkan wujudnya orang lain selain perayu- perayu semasa serbuan dilakukan. 585 [24] Maka kami mendapati HMT telah membuat dapatan bahawa perayu-perayu mempunyai pemilikan iaitu jagaan atau kawalan keatas dadah-dadah tersebut. HMT memutuskan bahawa keterangan positif dan tidak tercabar SP3 bahawa barang kes dadah 590 dijumpai dalam jarak 1 kaki dari perayu-perayu dan pada ketika serbuan dan mereka sedang memasukkan dadah ke dalam plastik besar warna biru. Perlu dinyatakan disini bahawa kesalahan yang dilakukan oleh perayu-perayu adalah berkaitan memiliki (possession) dadah dan mengedar dadah dan bukannya mengenai ‘ownership’. 595 Lebih-lebih lagi di dalam kes hari ini, keterangan saksi-saksi pendakwaan seperti SP3 dan SP5 adalah kukuh dan mencukupi bagi menyokong kes pendakwaan. Dan keterangan seperti DNA dan cap jari hanyalah keterangan sokongan dan tidak melemahkan kes pendakwaan (rujuk PP v. Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh 600 Mokhtar [2017] 1 CLJ 575). [25] HMT membuat dapatan bahawa pengetahuan berkenaan dadah tersebut boleh dibuat inferens berdasarkan perbuatan perayu- 21 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 perayu berurusan dengan barang kes dadah semasa serbuan. 605 Mahkamah merujuk kes Simon Savarimuthu a/l Thevarajah v Public Prosecutor [2020] 2 MLJ 495; [2020] 5 CLJ 105 yang memutuskan berikut: “On the facts before us, we were in as good a position as the trial judge to 610 draw the inference whether the appellant had knowledge of the drugs. It is trite that proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It is sufficient for the prosecution to prove facts from which it can be properly inferred that an accused person had the necessary 615 knowledge. The court is not concerned with the knowledge of a reasonable man but is concerned with reasonable inferences to be drawn from a concrete situation as disclosed in the evidence as it affects a particular person whose knowledge is in issue (see Public Prosecutor v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705; [2000] 4 CLJ 649; Parlan Dadeh v Public 620 Prosecutor).” [26] Kami juga dapati bahawa HMT telah membuat dapatan tepat bahawa pengetahuan berkenaan dadah boleh dibuat inferens berdasarkan perbuatan perayu-perayu yang sedang berurusan 625 dengan dadah semasa serbuan dilakukan. [27] Isu seterusnya bahawa perayu-perayu telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Bagi elemen pengedaran, memandangkan HMT telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan 630 telah berjaya membuktikan elemen pemilikan dan pengetahuan perayu-perayu terhadap dadah berbahaya tersebut melalui keterangan secara langsung, maka anggapan di bawah perenggan 22 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 37(da) ADB 1952 berdasarkan berat dadah berbahaya seberat 18.1 gram (iaitu gabungan Heroin seberat 13.3 gram dan 635 Monoacetylmorphines seberat 4.8 gram). yang melebihi berat minima 15 gram iaitu anggapan pengedaran juga telah berjaya dibangkitkan. Berkenaan anggapan pengedaran, beban pembuktian di pihak pembelaan adalah untuk mengemukakan keterangan yang mampu menyangkal anggapan tersebut pada tahap imbangan 640 kebarangkalian, yang merupakan beban yang lebih berat berbanding beban menimbulkan keraguan yang munasabah. (rujuk kes Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 AER 372, PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, Public Prosecutor v Abdul Rahman bin Akif [2007] 5 MLJ 1) 645 [28] Kami telah meneliti alasan penghakiman HMT pada perenggan [26] hingga perenggan [28] yang seperti berikut: “26. Di bawah seksyen 37(da)(iiia) ADB, seseorang itu adalah dianggap mengedar dadah sekiranya didapati di dalam miliknya ada 15 gram atau 650 lebih gabungan dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines. 27. Keterangan pendakwaan adalah bahawa dadah seberat 18.1 gram; iaitu gabungan Heroin seberat 13.3 gram dan Monoacetylmorphines seberat 4.8 gram telah diperolehi dari Eksibit P10(1)- (381). lni melebihi 655 had statutori minimum dan oleh yang demikian, tanggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB terpakai. 28. Dengan tanggapan ini, elemen pengedaran dadah terbukti.” 660 [29] Pihak pendakwaan di dalam kes hari ini, bergantung kepada anggapan pengedaran di bawah s.37(da) ADB. Maka adalah jelas 23 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 bahawa tugas HMT hanyalah untuk menilai keterangan kes pembelaan dan untuk membuat dapatan sama ada anggapan di bawah seksyen 37(da) ADB telah berjaya atau gagal diakas oleh 665 perayu-perayu. [30] Kami telah meneliti alasan penghakiman HMT pada perenggan [71] hingga perenggan [74] yang seperti berikut: 670 “71. Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati pembelaan kedua Tertuduh tidak menimbulkan sebarang syak wasangka bahawa mereka telah ditahan di bilik kedua dalam keadaan mencangkung serta sedang memasukkan plastik-plastik kecil ke dalam beg plastik berwarna biru. 675 72. Keterangan Tertuduh 1 bahawa dia tinggal di rumah lain di Taman Keladi tidak boleh dipercayai kerana tidak konsisten dengan penyiasatan SP5 yang menunjukkan Tertuduh 1 menduduki rumah tempat kejadian sejak keluar dari penjara dan berjiran dengan bapa saudaranya. 680 73. Mahkamah ini mendapati pembelaan kedua Tertuduh bahawa mereka sedang menghisap dadah heroin di bilik nombor 1 tidak boleh dipercayai kerana keterangan positif SP3 berkenaan kedudukan kedua Tertuduh semasa serbuan. 685 74. Pembelaan kedua Tertuduh tidak mampu mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan kebarangkalian atau mewujudkan suatu keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.” [31] Berdasarkan alasan-alasan HMT diatas, kami dapati HMT telah 690 membuat dapatan bahawa perayu-perayu tidak mampu mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan 24 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 kebarangkalian atau mewujudkan suatu keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Adalah jelas di peringkat pembelaan, HMT telah khilaf apabila membuat dapatan dengan menggunakan beban 695 pembuktian yang lebih tinggi ke atas pihak pembelaan untuk menyangkal pemilikan dan pengetahuan dengan bukan sekadar menimbulkan keraguan yang munasabah. [32] Kami merujuk beberapa nas duluan seperti berikut: 700 - Mahkamah Persekutuan di dalam Alcontara Ambross Anthony v PP [1996] 1 LNS 597, memutuskan: "Nowhere in his judgment did the Judge direct attention to the statutory 705 presumptions as to possession (s. 37(d)) and trafficking (s. 37(da)), and as a result, he made no finding as to whether the defence had rebutted the same. In our view, this was a misdirection in law by way of non- direction having regard to the following passage in the judgment of Azmi SCJ so in Mohammad Radhi bin Yaakob v. PP [2002] 3 CLJ 794(1991] 3 710 MLJ 169, at p. 172 para 1: In our opinion, unless the evidence in a particular case does not obviously so warrant, it is incumbent for the Court to consider whether, on the balance of probabilities, the evidence of the defence has rebutted the 715 statutory presumption of trafficking under s. 37(da) as a separate exercise, even though the Court is satisfied on balance that the presumption of possession under s. 37(d) has not been rebutted. In this case, the failure to do so was a material misdirection and was fatal to the conviction. 720 Having said that, we would add there may well be cases where, because of the absolutely overwhelming nature of the affirmative evidence led by the prosecution, there is no need for resort to be had to the statutory 25 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 presumptions aforesaid, but even in such a case, we consider that the trial Court should specifically so find." 725 -Mahkamah Rayuan di dalam Victor Chidiebere Nzomiwu & 2 Ors v PP [2012] 1 LNS 806 memutusakan: "This is our unanimous decision. We have perused through the evidence 730 with a fine-tooth comb, and we have also considered the written grounds of judgment of the learned High Court Judge as well as the submissions of the parties, and we find that there is evidence of possession of the dangerous drugs by all three appellants pursuant to a common intention. The charge in this case was that, pursuant to a common intention, the 735 three appellants were trafficking in the dangerous drugs, and the learned High Court Judge found them guilty of the offence of trafficking, having applied the presumption under s. 37(da)(iiia) of the DDA 1952. However, we find that when the learned High Court Judge came to consider the defence case, His Lordship misdirected himself when he failed to consider 740 at all the question of whether the first, second and third appellants had rebutted the presumption of trafficking under s. 37(da)(iiia) of the DDA 1952 on the balance of probabilities (PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89, PC). In the circumstances, we are of the considered view that it is unsafe to convict all three appellants for the offence of trafficking in dangerous drugs 745 as per the charge. But we are satisfied, and we hold that on the available evidence, there is clear evidence of possession of the dangerous drugs in question pursuant to a common intention of them all. Consequently, we quash the convictions and sentences under s. 39B(1)(a) of the DDA 1952 and punishable under s. 39B(2) of the DDA 1952 read with s. 34 of the 750 Penal Code, and we substitute it with a conviction of each of the appellants under section 12(2) of the DDA 1952, and punishable under s. 39A(2) of the DDA read with s. 34 of the Penal Code." 26 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 -Mahkamah Rayuan di dalam Bahram Nikkhouyabgram Nayeb v PP 755 [2013] 6 CLJ 702, memutuskan: “[27] The appellant is not required to prove his innocence beyond a reasonable doubt. All that is required of him is to raise a reasonable doubt. It is incumbent on the learned judge to consider whether, on the balance 760 of probabilities, the evidence of the defence had rebutted the statutory presumption under s. 37(da) of the Act. We have perused the grounds of judgment, and it is apparent that the trial judge has failed to carry out a separate exercise to consider whether the appellant had succeeded on the balance of probabilities to rebut the statutory presumption. We agree with 765 learned counsel that the learned judge has failed to consider evidence from which inferences favourable to the appellant could have been made, which, on a balance of probabilities, would have succeeded in rebutting the said presumption. In our view, such omission has occasioned a miscarriage of justice. We find that it was not safe to sustain the conviction. 770 For the reasons stated above, we allowed the appeal and set aside the conviction and sentence." [33] Setelah meniliai keseluruhan keterangan yang ada di Mahkamah, mempertimbangkan alasan penghakiman bertulis HMT 775 yang bijaksana serta hujahan pihak-piha, kami mendapati bahawa terdapat bukti pemilikan dadah berbahaya oleh perayu-perayu menurut niat yang sama (common intention). [34] Walau bagaimanapun, kami mendapati, apabila HMT yang 780 bijaksana dalam mempertimbangkan kes pembelaan, HMT telah tersalah arah apabila HMT telah mempertimbangkan persoalan sama ada perayu-perayu mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan dengan menggunakan beban pembuktian atas imbangan 27 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 kebarangkalian. Kami merujuk kepada para 75 dan 76 Alasan 785 Penghakiman HMT yang telah membuat kesimpulan seperti berikut: “Kesimpulan 75. Setelah membuat penilaian maksima dan menimbang keseluruhan 790 keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2, dengan mengambilkira kredibiliti saksi-saksi kedua pihak, Mahkamah ini mendapati – (i) kes pendakwaan terhadap Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 adalah 795 kukuh dan disokong oleh keterangan saksi-saksi pendakwaan; (ii) pembelaan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 gagal mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan kebarangkalian; 800 (iii) pembelaan Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 gagal mematahkan tanggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da) ADB atas imbangan kebarangkalian; (iv) Mahkamah tidak mempercayai pembelaan kedua Tertuduh yang 805 berupa penafian semata-mata dan pembelaan yang difikirkan kemudian; (v) pembelaan kedua Tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan mengikut prinsip 810 yang dinyatakan dalam kes Mat v. PP (supra); dan (vi) pendakwaan telah berjaya membuktikan kes terhadap Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 untuk pertuduhan di bawah seksyen 398(1)(a) ADB melampaui keraguan munasabah. 28 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 815 Keputusan 76. Dengan itu, Tertuduh 1 dan Tertuduh 2 didapati bersalah untuk Pertuduhan terhadap mereka.” 820 [35] Adalah jelas di para 75(ii), HMT telah membuat dapatan bahawa pembelaan perayu-perayu telah gagal mematahkan dapatan fakta pemilikan dan pengetahuan atas imbangan kebarangkalian. Jika diteliti, dapat dilihat seolah-olah HMT telah menggunakan anggapan di bawah s.37(d) ADB. Dan pada masa yang sama jika 825 dilihat pada para 75(iii), HMT membuat dapatan bahawa pembelaan perayu-perayu telah gagal mematahkan tanggapan statutori pengedaran dadah di bawah seksyen 37(da) ADB atas imbangan kebarangkalian. Adalah jelas di sini bahawa HMT yang bijaksana telah khilaf apabila menggunakan 2 anggapan iaitu anggapan milikan 830 dadah di bawah s.37(d) ADB dan anggapan statutori pengedaran dadah di bawah s.37(da) ADB dimana terdapat situasi “presumption upon a presumption”. [36] Mahkamah merujuk kes Mahkamah Persekutuan di dalam kes 835 Alma Nudo Atenza v PP & Anor Appeal [2019] 4 MLJ 1 di mana telah diputuskan bahawa: “(3) The accused did not bear merely an evidential burden to rebut the presumptions under ss 37(d) and (da) but had a legal burden to do so on 840 a balance of probabilities. This was a grave erosion to the presumption of innocence housed in art 5(1) of the Federal Constitution. But the most severe effect, tantamount to being harsh and oppressive, that arose from the application of a ‘presumption upon a presumption’ was that the 29 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 presumed element of possession under s 37(d) was used to invoke the 845 presumption of trafficking under s 37(da) without any consideration that the element of possession in s 37(da) required a ‘found’ possession and not a ‘deemed’ possession. The phrase ‘any person who is found in possession of ’ entailed an affirmative finding of possession based on adduced evidence as was held in Mohammed bin Hassan (see paras 850 146–147). .... (6) Since the trial judges in the two appeals herein had invoked both the presumptions to find the appellants guilty of trafficking, their 855 convictions and sentences under s 39B of the DDA were quashed. As there was no challenge to the use of a single presumption in these appeals, the invocation of s 37(d) by the trial judges did not cause any miscarriage of justice to the detriment of the appellants. This court had no reasonable doubt as to the guilt of the appellants for possession of the 860 drugs based on the evidence adduced; accordingly, the appellants were convicted for possession of the drugs under s 12(1) of the DDA and punishable under s 39A(2) of the DDA (see paras 152–153).” [37] Dalam keadaan ini, pada hemat kami, adalah tidak selamat 865 untuk mensabitkan perayu-perayu atas kesalahan mengedar dadah berbahaya mengikut pertuduhan. Namun kami berpuas hati, dan kami berpendapat bahawa berdasarkan bukti yang ada, terdapat bukti kukuh yang jelas tentang pemilikan dadah berbahaya yang dipersoalkan menurut niat bersama perayu-perayu. 870 30 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal K-05(H)-205-05/2024 & K-05(H)-207-05/2024 (E) KESIMPULAN 875 [38] Oleh itu, kami sebulat suara mengenepikan sabitan dan hukuman di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah s.39B(2) ADB 1952 dibaca dengan s.34 Kanun Keseksaan, dan kami menggantikannya dengan sabitan perayu-perayu di bawah 880 seksyen 12(2) ADB 1952, dan boleh dihukum di bawah s.39A(2) ADB yang dibaca bersama s.34 Kanun Keseksaan. [39] Bagi hukuman pula, setelah mendengar hujahan mitigasi daripada perayu-perayu, kami sebulat suara menjatuhkan hukuman 885 pemenjaraan selama 10 tahun daripada tarikh tangkap (08.09.2019) dan 10 kali sebatan rotan. Tarikh: 13 April 2026 890 (HAYATUL AKMAL ABDUL AZIZ) HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA 895 Kaunsel: Bagi Perayu Pertama : Ravee A/L Ponusamy Tetuan P. Ravee & Co 900 Bagi Perayu Kedua : Arik Zakri Bin Abdul Kadir Tetuan Arik & Kamal Bagi Responden : Noor Farhana Binti Adham Timbalan Pendakwa Raya 905 Jabatan Peguam Negara 31 S/N 1iDdArpARUywRjcMkPR7Mw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal