PENDAKWARAYA ABDUL KAHAR BIN KHALID
The High Court held the trial judge correctly found a prima facie case and that the statutory presumption under s23(2) MACC Act applied; the appellant failed to rebut the presumption on the balance of probabilities, convictions on all four counts were upheld, but sentences were varied for counts 2–4 to 18 months...
Source-derived case information.
- Citation
- PA-42S(A)-1-01/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Abdul Kahar bin Kalid; Respondent: Pendakwa Raya (Public Prosecutor)
- Court
- A
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 22 June 2021
- Case Number
- PA-42S(A)-1-01/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / Judgment on Appeal High Court (georgetown)
- Outcome
- Convictions on all four counts affirmed; sentences varied as to specified counts and made to run concurrently.
- Legal Topics
- Bribery, Conflict of Interest, Statutory Presumption, Prima Facie Case, Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Abdul Kahar bin Kalid
Appellant
Pendakwa Raya (Public Prosecutor)
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / Judgment on Appeal High Court (georgetown)
Legal Issues
- 1 Whether appellant used his public office to obtain gratification under section 23(1) and whether the statutory presumption under section 23(2) of the MACC Act 2009 applied
- 2 Whether the trial judge committed misdirection at the end of the prosecution by calling on the accused to make a defence and whether that amounted to miscarriage of justice
- 3 Whether the sentences imposed were appropriate and consistent with sentencing trends and principles
Ratio Decidendi
The High Court held the trial judge correctly found a prima facie case and that the statutory presumption under s23(2) MACC Act applied; the appellant failed to rebut the presumption on the balance of probabilities, convictions on all four counts were upheld, but sentences were varied for counts 2–4 to 18 months imprisonment (concurrent) with specified fines; trial judge's remarks alleged as misdirection were not sufficient to vitiate trial outcome.
Court Disposition
Convictions on all four counts affirmed; sentences varied as to specified counts and made to run concurrently.
Orders
- Convictions for Pertuduhan Pertama, Kedua, Ketiga and Keempat affirmed.
- Pertuduhan Pertama: Appeal dismissed; sentence of 12 months imprisonment and fine RM17,544.00 (in default 6 months imprisonment) upheld; custodial sentence to run from 19.4.2021.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN PULAU PINANG (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: PA-42S(A)-1-01/2020 ANTARA ABDUL KAHAR BIN KALID PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN [Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Sesyen di Butterworth, Pulau Pinang dalam Perbicaraan Jenayah No: PB-61R-3-08/2018, PB-61R-4-08/2018, PB-61R-5-08/2018 dan PB-61R-6-08/2018 Antara Pendakwa Raya V Abdul Kahar bin Kalid] Didengar bersama DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN PULAU PINANG (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: PA-42H(A)-1-01/2020 ANTARA ABDUL KAHAR BIN KALID PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN {Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Sesyen di Butterworth, Pulau Pinang dalam Perbicaraan Jenayah No: PB-61R-3-08/2018 Antara Pendakwa Raya V Abdul Kahar bin Kalid] Didengar bersama DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN PULAU PINANG (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: PA-42H(A)-2-01/2020 ANTARA ABDUL KAHAR BIN KALID PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN [Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Sesyen di Butterworth, Pulau Pinang dalam Perbicaraan Jenayah No: PB-61R-4-08/2018 Antara Pendakwa Raya V Abdul Kahar bin Kalid] Didengar bersama DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN PULAU PINANG (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: PA-42H(A)-3-01/2020 ANTARA ABDUL KAHAR BIN KALID PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN [Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Sesyen di Butterworth, Pulau Pinang dalam Perbicaraan Jenayah No: PB-61R-6-08/2018 Antara Pendakwa Raya V Abdul Kahar bin Kalid] Didengar bersama DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI GEORGETOWN PULAU PINANG (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: PA-42H(A)-4-01/2020 ANTARA ABDUL KAHAR BIN KALID PERAYU DAN PENDAKWA RAYA RESPONDEN [Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Sesyen di Butterworth, Pulau Pinang dalam Perbicaraan Jenayah No: PB-61R-5-08/2018 Antara Pendakwa Raya V Abdul Kahar bin Kalid] ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG [1] Pihak Perayu telah dituduh di hadapan Mahkamah Sesyen, Butterworth, Pulau Pinang (selepas ini dirujuk sebagai “MS”) dengan 5 [2] 4 pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pecegahan Rasuah 2009 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta’”) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta yang sama dan setiap pertuduhan didaftar di bawah kes nombor berlainan. Keempat-empat pertuduhan terhadap Perayu adalah seperti berikut (selepas ini secara_ kolektif dirujuk sebagai “Pertuduhan- Pertuduhan’): Pertuduhan bagi kes nombor PB-61R-3-08/2018 (selepas ini dirujuk sebagai “Pertuduhan Pertama’”) Bahawa kamu pada 1 Julai 2011 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dalam Daerah Barat Daya, dalam Negeri Pulau Pinang sebagai Pegawai Badan Awam iaitu Pembantu Tadbir Kanan Gred N22 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia telah menggunakan kedudukan kamu_ untuk mendapatkan suapan dengan mengambil tindakan mencadngkan Syarikat Neo Global Enterprise sebagai pembekal bagi membekalkan: 1. 4 unit HP Toner CB346A; 2. 4 unit HP Toner CB435A; 6 3. 4 unit Kingston Pendrive 8GB; 4. 4 unit Buffalo External Hard Disk 500 GB; 5. 10 kotak Double A A4 Paper [5 ream per box]; 6. 1 unit 3” Arch File; dan 7. 1 unit 2D Ring File 25mm, di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia melalui permohonan pembelian bernombor RSPPBGN1000000000413 yang bernilai RM3,508.80 di mana isteri kamu Salena binti Alias mempunyai kepentingan iaitu Syarikat Neo Global Enterprise adalah milik isteri kamu sendiri dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Pertuduhan bagi kes nombor PB-61R-5-08/2018 (selepas ini dirujuk sebagai “Pertuduhan Kedua’”) Bahawa kamu pada 10 Ogos 2011 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dalah Daerah Barat Daya dalam Negeri Pulau Pinang sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Pembantu Tadbir Kanan Gred N22 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, telah menggunakan 7 kedudukan kamu untuk mendapatkan suapan dengan mengambil tindakan mencadangkan Syarikat Neo Global Enterprise sebagai pembekal _ bagi membekalkan Epson Scanner di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia melalui permohonan’ pembelian bernombor RSPPBGN1000000000464 yang bernilai RM568.00 di mana isteri kamu Salena binti Alias mempunyai kepentingan iaitu Syarikat Neo Global Enterprise adalah milik isteri kamu sendiri dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Pertuduhan bagi kes nombor PB-61R-6-08/2018 (selepas ini dirujuk sebagai “Pertuduhan Ketiga’”) Bahawa kamu pada 11.7.2011 hingga 19.7.2011 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dalam Daerah Barat Daya dalam Negeri Pulau Pinang sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Pembantu Tadbir Kanan Gred N22 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia, telah menggunakan kedudukan kamu untuk mendapatkan suapan dengan mengambil tindakan mencadangkan Syarikat Neo Global Enterprise sebagai pembekal bagi Borang Pesanan Rasmi bernombor PAPPBGN100000000043 yang bertarikh 4.7.2011 bagi pembayaran membekalkan Dell Optiplex Desktop-790MT Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia yang bernilai RM3,800.00 di mana isteri kamu Salena binti Alias 8 mempunyai kepentingan iaitu Syarikat Neo Global Enterprise adalah milik isteri kamu sendiri dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Pertuduhan bagi kes kes nombor PB-61R-6-08/2018 (selepas_ ini dirujuk sebagai “Pertuduhan Keempat”) Bahawa kamu pada 1 Julai 2011 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, dalam Daerah Barat Daya dalam negeri Pulau Pinang sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Pembantu Tadbir Kanan Gred N22 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia telah menggunakan kedudukan kamu untuk mendapatkan suapan dengan mengambil tindakan mencadngkan Syarikat Neo Global Enterprise sebagai pembekal bagi membekalkan: 1. 1 Unit HP COLOR LASER PRINTER-CLJ1025 di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan Universiti Sains Malaysia melalui permohonan pembelian bernombor RSPPBGN1000000000413 yang bernilai RM3,508.80 di mana isteri kamu Salena binti Alias mempunyai kepentingan iaitu Syarikat Neo 9 [3] Global Enterprise adalah milik isteri kamu sendiri dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24 Akta yang sama. Kesemua Pertuduhan telah dibicarakan bersama-sama di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana setiap Pertuduhan melibatkan kesalahan yang telah dilakukan oleh Perayu sebagai kerani kanan di Unit Khidmat Perolehan dan Kewangan di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Universiti Sains Malaysia (‘PPPBP’). Sewaktu perbicaraan di hadapan Hakim MS, Hakim MS telah mendapati pihak Responden telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Perayu. Perayu telah memberi keterangan bersumpah di peringkat kes pembelaan. Di akhir kes pembelaan, Perayu telah didapati bersalah ke atas kesemua Pertuduhan dan Hakim MS telah menyabitkan Perayu seperti di dalam Pertuduhan dan Perayu dinukum di bawah Seksyen 24 Akta dengan hukuman penjara selama 12 bulan dari tarikh sebitan iaitu 6.1.2020 dan denda sebanyak RM17,544.00 (gagal bayar penjara 6 bulan) bagi Pertuduhan Pertama, hukuman penjara selama 12 bulan dari tarikh sebitan iaitu 6.1.2020 dan denda sebanyak RM 10,000.00 (gagal 10 [4] [9] bayar 5 bulan penjara) bagi Pertuduhan Kedua, hukuman penjara selama 12 bulan dan denda sebanyak RM10,000.00 (gagal bayar 5 bulan penjara) bagi Pertuduhan Ketiga dan hukuman penjara selama 12 bulan penjara dan denda sebanyak RM 19,000.00 (gagal bayar 6 bulan penjara) bagi Pertuduhan Keempat. Perayu telah terkilan dan tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman Hakim MS bagi kesemua Pertuduhan dan merayu ke Mahkamah ini di bawah Rayuan Jenayah nombor PA-42S(A)-1- 01/2020 (‘Rayuan’). Responden telah juga terkilan dengan keputusan Hakim MS berkenaan kesemua hukuman yang telah dijatuhkan di bawah kesemua Pertuduhan dan merayu ke Mahkamah ini di bawah Rayuan Jenayah nombor PA-42H(A)-1-01/2020 (bagi kes nombor PB-61R-3-08/2018 untuk Pertuduhan Pertama), PA-42H(A)-2- 01/2020 (bagi kes nombor PB-61R-4-08/2018 untuk Pertuduhan Keempat), PA-42H(A)-3-01/2020 (bagi kes nombor PB-61R-6- 08/2018 cuntuk Pertuduhan Ketiga) dan PA-42H(A)-4-01/2020 (bagi kes nombor PB-61R-5-08/2018 untuk Pertuduhan Kedua). 11 [6] Kesemua Rayuan ini telah didengar bersama. Untuk tujuan Alasan Penghakiman ini, pihak-pihak di dalam kedua-dua rayuan dirujuk sebagaimana dirujuk di dalam Rayuan Jenayah nombor PA-42S(A)- 1-01/2020. PROSIDING DI MAHKAMAH SESYEN Kes Pendakwaan [7] Ringkasan fakta utama kes Pendakwaan seperti yang terdapat pada muka surat 26 hingga 31 Jilid 1 Rekod Rayuan adalah seperti berikut: a) b) Perayu telah bertugas sebagai kerani kanan merangkap pembantu kewangan di PPPBP sejak 2011. Skop tugas Perayu adalah untuk mengendalikan urusan perolehan peralatan atau barang pejabat. Bagi urusan perolehan barang di bawah vot 27000 yang tidak rumit iaitu bagi perolehan barang habis guna yang tidak melebihi RM1,000.00, setiap perolehan peralatan boleh dibuat melalui pembelian terus tanpa melalui Jawatankuasa Sebut Harga tertakluk kepada syarat Perayu harus kemukakan sebut harga dari 3 pembekal manakala perolehan di bawah vot 35000 dan vot 27000 untuk barang bukan aset yang bernilai lebih dari 12 d) RM1,000.00 juga tertakluk kepada syarat yang sama. Untuk perolehan barang aset yang bernilai lebin dari RM1,000.00 harus melalui Jawatankuasa Sebut Harga PPPBP. Melalui saksi SP3, SP4 dan SP5 pihak Pendakwaan telah membuktikan proses perolehan dan dokumentasi yang terlibat serta juga polisi perolehan Universiti Sains Malaysia (‘USM’) yang menegah perolehan di mana kakitangan USM mempunyai kepentingan. Bagi Pertuduhan Pertama, SP1 telah memberi keterangan bahawa semasa membuat perolehan melalui pengisian borang ekshibit P1(1) semua urusan dokumentasi diserah kepada Perayu dan nama Neo Global Enterprise (selepas ini dirujuk sebagai “Neo Global”) telah diisikan oleh Perayu sebagai pembekal. Untuk perolehan di bawah Pertuduhan Kedua, SP2 telah memberi keterangan bahawa urusan perolehan diserahkan kepada Perayu (ekshibit P2(2)). Seperti SP1, beliau tidak mencadangkan mana-mana nama pembekal dan nama Neo Global telah dicadangkan oleh Perayu. 13 h) Untuk perolehan di bawah Pertuduhan Ketiga, perolehan dibuat melalui Jawatankuasa Sebut Harga. Perayu adalah urus setia bagi perolehan ini dan menyediakan semua sebut harga. Dalam kedudukan ini, Perayu telah mengetahui maklumat berkaitan perolehan ini. Walaupun Perayu telah menyediakan sebut harga Neo Global tetap dimasukkan sebagai calon pembekal dan sebut harga yang ditawarkan adalah sebut harga yang terendah. Perolehan ini adalah satu peruntukan belajawan daripada Naib Canselor (ekshibit P3(1)). Akhir sekali untuk perolehan di bawah Pertuduhan Keempat, perolehan ini telah dibuat oleh Perayu sendiri (ekshibit P4(2)) dan seperti di bawah Pertuduhan Pertama dan Kedua, Neo Global dinamakan sebagai pembekal. Neo Global adalah milik isteri Perayu (SP14) dan fakta itu tidak dipertikai oleh Perayu. Keterangan menunjukkan semua perolehan telah diluluskan tanpa pengetahuan _ saksi Pendakwaan khususnya SP3 dan SP5 bahawa Neo Global adalah milik isteri Perayu. 14 i) Semua keterangan saksi Pendakwaan membuktikan Perayu telah menggunakan kedudukannya sebagai kerani kanan merangkap pembantu kewangan untuk mengambil tindakan mengusulkan Neo Global yang dimiliki oleh isterinya sebagai pembekal tunggal dan pembekal yang menawarkan sebut harga terendah. j) Keterangan pihak Pendakwaan juga telah menunjukkan SP3 dan SP5 telah menyandarkan keputusan untuk meluluskan semua perolehan daripada Neo Global berdasarkan sebut harga yang telah diusulkan oleh Perayu. k) Jumlah harga perolehan di bawah semua _ Pertuduhan sebanyak RM8,845.80 telah dibayar ke akaun Neo Global milik SP 14. Kes Pembelaan [8] Ringkasan kes pembelaan seperti yang terkandung di muka surat 75 hingga 81 Jilid 1 Rekod Rayuan adalah seperti berikut: a) Hanya satu saksi dipanggil untuk pihak Pembelaan iaitu Perayu sendiri. Perayu tidak menafikan bahawa beliau adalah seorang 15 b) d) penjawat awam dan bertugas sebagai kerani kanan Gred N22 (Pembantu Tadbir) merangkap pembantu kewangan yang dipertanggungjawab menguruskan semua perolehan di PPPBP dan ditugaskan mencari pembekal bagi barangan yang dipohon pembelian oleh kakitangan termasuk pensyarah, kerani dan Perayu. Perayu tidak menafikan bahawa Neo Global adalah milik isterinya. Walau bagaimanapun, Perayu menafikan beliau telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai kerani kanan kewangan untuk memanfaatkan syarikat milik isterinya melalui perolehan pembekalan peralatan kepada PPPBP. Di dalam keterangannya Perayu mengatakan di dalam semua dokumentasi berkaitan beliau telah mendapatkan sekurang- kurangnya 3 nama pembekal sebagai yang ditugaskan kepadanya dan kemudiannya diserahkan kepada SP4 untuk disemak sebelum diajukan kepada SP3 untuk kelulusan bagi perolehan di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua dan Keempat 16 dan untuk kelulusan Jawatankuasa Sebut Harga bagi perolehan di bawah Pertuduhan Ketiga. e) Perayu telah menafikan melakukan apa-apa kesalahan di bawah kesemua Pertuduhan atas dasar bahawa untuk setiap perolehan di bawah setiap kontrak beliau tidak terlibat dalam membuat keputusan untuk meluluskan tawaran perolehan kepada Neo Global. Kelulusan perolehan di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua dan Keempat telah dibuat oleh SP3 manakala untuk kontrak bagi Pertuduhan Ketiga, kelulusan dibuat oleh Jawatankuasa Sebut Harga yang dianggotai, antaranya, SP3 dan SP5. Dapatan Hakim MS Di Akhir Kes Pendakwaan [9] Berpandukan Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman, Hakim MS telah memberi penilaian maksima keatas keterangan saksi-saksi pendakwaan dan semua ekshibit serta mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak dan telah membuat keputusan bahawa_ pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu. 17 [10] Hakim MS telah mendapati bahawa keterangan SP1, SP2, SP3, SP4 [11] dan SP5 boleh dipercayai dan pihak pendakwaan telah membuktikan elemen-elemen pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta serta timbulnya pemakaian anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta yang sama. Hakim MS telah menggariskan penemuan kes prima facie dalam penghakimannya, antara lain, menyatakan: Intipati yang utama hendaklah dibuktikan oleh Pendakwa Raya ialah tentang fakta ‘suapan’ oleh Perayu di bawah kesemua Pertuduhan. Hakim MS mendapati Perayu telah menggunakan kedudukannya sebagai kerani kanan merangkap pembantu kewangan di PPPBP dengan mengambil tindakan berhubung perkara yang melibatkan Neo Global milik isterinya. Tindakan yang dimaksudkan itu adalah dengan memasukkan nama Neo Global sebagai pembekal tunggal untuk kontrak-kontrak perolehan di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua dan Keempat manakala untuk kontrak perolehan di bawah Pertuduhan Ketiga, Perayu telah memasukkan nama Neo Global! sebagai sebut harga yang paling rendah dan dengan itu telah 18 b) mempengaruhi Jawatankuasa Sebut Harga meluluskan Neo Global sebagai pembekal. Untuk semua perolehan yang menjadi intipati kesemua Pertuduhan Perayu telah gagal mengisytiharkan bahawa pemilik Neo Global adalah isterinya sendiri dan dengan itu beliau telah mempunyai_ konflik kepentingan. Hakim MS juga mendapati bedasarkan fakta kes Pendakwaan satu andaian di bawah seksyen 23(2) Akta telah timbul dan adalah menjadi beban ke atas Perayu untuk mematahkan andaian di atas imbangan kebarangkalian. Dapatan di akhir kes Pembelaan [12] Di akhir kes pembelaan, Hakim MS telah membuat dapatan seperti berikut: a) Hakim MS telah meneliti keterangan Perayu dan hujahan kedua-dua pihak untuk menentukan sama ada keterangan pembelaan Perayu adalah cukup untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta di atas imbangan kebarangkalian dan juga membangkitkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. 19 Hakim MS telah mendapati keterangan Perayu adalah tidak konsisten dan tidak menunjukkan satu pembelaan yang benar. Keterangan pembelaan oleh Perayu dilihat tidak konsisten dengan keterangan dokumentar. Hakim MS juga mendapati keterangan bahawa Perayu tidak boleh ingat penama-penama syarikat lain yang disertakan bersama-sama Neo Global sebagai satu keterangan yang tidak meyakinkan. Hakim MS telah menilai perlakuan atau ‘demeanour’ Perayu dalam mendapati Perayu adalah tidak jujur dan sentiasa berdolak- dalik semasa memberi keterangan. Setelah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan_ termasuk keterangan dokumentasi dan keterangan Perayu, Hakim MS membuat dapatan bahawa semua Pertuduhan telah dibuktikan dengan tahap melampaui keraguan munasabah, malahan keterangan Perayu gagal mematahkan anggapan statutori di bawah Seksyen 23(2) Akta 694 atas tahap imbangan kebarangkalian dan_ tidak membangkitkan keraguan yang munasabah_ atas_ kes pendakwaan, justeru Perayu didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 24 Akta. 20 RAYUAN INI [13] Alasan-alasan rayuan pihak Perayu terhadap sabitan dan hukuman [14] serta alasan rayuan pihak Responden terhadap hukuman adalah seperti yang terkandung di dalam Petisyen Rayuan pihak masing- masing. Kedua-dua_ pihak telah memfailkan hujahan bertulis sebelum pendengaran rayuan ini. BIDANG KUASA DAN TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH [15] Undang-undang berkaitan bidang kuasa dan _ tanggungjawab Mahkamah yang mendengar sesuatu rayuan setelah perbicaraan penuh adalah jelas dan mantap. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Cantona Lim Xiang Kim v Public Prosecutor [2019] MLJU 326 / [2020] 1 CLJ 63 di mana Tengku Maimun HMR (pada ketika itu) telah menyatakan: [19] As a matter of principle, an appellate court will not intervene with a decision of a trial court with whom the law entrusts the primary task of evaluating the evidence. The appellate court would only intervene if it is convinced that there was no judicial appreciation by the trier of fact of the evidence adduced at the trial and that the trial court was shown to be plainly wrong in arriving at its 21 decision. (see UEM Group Bhd (previously known as United Engineers (M) Bhd v Genisys Integrated System Pte Ltd & Anor [2018] Supp MLJ 363; Hamit bin Matusin & Ors v Penguasa Tanah dan Survei & Anor and another appeal [2006] 3 MLJ 289; Public Prosecutor v Ahmad Firdaus bin Zulkifli [2017] 3 MLJ 492). [20] In Davendar Singh Sher Singh v PP [2012] 1 LNS 261, Azahar Mohammed, JCA (as he then was) had this to say on appellate intervention (at p 6): [9] ... Nonetheless, it would be open to us to upset the findings made by a trial judge if such a finding is not supported by evidence or the decision is against the weight of the evidence or there is no proper judicial evaluation of the evidence or there is misdirection in law or the trial court has fundamentally misdirected itself. In this regard, judicial appreciation and evaluation of evidence is at the heart of the duty of the learned trial judge. It is the duty of the learned trial judge to undertake a positive evaluation of the evidence, which includes a careful analysis of the credibility and reliability of the witnesses for the prosecution (see: Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85). It is also his duty to consider the entire evidence presented before him, including the evidence which favours the defence. On what constitutes judicial appreciation of evidence, it is apt to bear in mind the following words of Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97: 22 “A judge who is required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. He must, when deciding whether to accept or to reject the evidence of a witness, test it against relevant criteria. Thus, he must take into account the presence or absence of any motive that a witness may have in giving his evidence. If there are contemporary documents, then he must test the oral evidence of a witness against these. He must also test the evidence of a particular witness against the probabilities of the case. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness’ evidence runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case: the approach to judicial appreciation of evidence is the same.” [16] Mahkamah ini juga mendapat panduan dari kes Ahmad Najib bin Aris v Public Prosecutor [2009] 2 MLJ 613 / [2009] 2 CLJ 800 yang telah diputuskan seperti di bawah: POWER OF APPELLATE COURT TO REVIEW OR TO RE-EVALUATE ALL AVAILABLE EVIDENCE 23 [17] [20] As regards the first main ground of appeal raised by the appellant, | am of the view that the Court of Appeal has the power to review or to re-evaluate all the evidence available as adduced by the prosecution. The Court of Appeal is in a position to do so in the present case even though the grounds of decision of the trial judge as appearing in the appeal records is found lacking in specific findings and with no reasons for the findings. In a case involving purely a question of fact, the Court of Appeal is free to determine whether or not the various findings of the trial court are correct (see Mohamed Mokhtar v Public Prosecutor [1972] 1 MLJ 122). In the present case even though the Court of Appeal took the view that the High Court judgment was of no assistance, it nevertheless had considered and subjected all the evidence adduced by the prosecution to a critical re- examination. The Court of Appeal had given sound reasons as to why the evidence was admitted and how it had implicated the appellant. There was no miscarriage of justice against the appellant as the Court of Appeal's decision was based on evidence adduced from the witnesses called by the prosecution as appearing in the appeal records. | am therefore of the view that the Court of Appeal did not err on this issue. Berpandukan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas maka adalah menjadi tugas Mahkamah ini untuk memberi penilaian kepada persoalan sama ada Mahkamah perbicaraan telah memberikan penilaian yang wajar dan secukupnya ke atas semua keterangan yang telah diberi oleh saksi-saksi pihak pendakwaan dan _ pihak 24 pembelaan dan sama ada Mahkamah perbicaraan telah mencapai satu dapatan yang betul berdasarkan keterangan-keterangan. PENILAIAN OLEH MAHKAMAH [18] Berdasarkan Petisyen Rayuan Perayu dan hujahan semasa pendengaran Rayuan ini, Mahkamah merumuskan terdapat dua isu utama yang telah dibangkitkan iaitu pertama, dapatan Hakim MS mengenai fakta perbuatan salah Perayu di bawah kesemua Pertuduhan dan kedua, mengenai salah arah Hakim MS semasa membuat keputusan di akhir kes Pendakwaan. lsu berkenaan dapatan fakta [19] Peguam Perayu telah menghujahkan bahawa Perayu tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana Perayu tidak pernah memiliki kuasa untuk meluluskan perolehan dari Neo Global di bawah kesemua Pertuduhan. Pada setiap masa, beliau hanya menjalankan tugas sepertimana telah ditugaskan kepada beliau sebagai kerani kanan merangkap pembantu kewangan PBPPP dalam mendapatkan sebut harga dari para pembekal. Keterangan telah menunjukkan untuk kontrak perolehan di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua dan Keempat, keputusan telah dibuat oleh SP3 sedangkan untuk kontrak 25 [20] [21] perolehan di bawah Pertuduhan Ketiga, keputusan terletak pada Jawatankuasa Sebut Harga. Dengan demikian, Perayu tidak berada di dalam kedudukan di mana beliau telah mempengaruhi mana-mana keputusan oleh SP3 dan juga Jawatankuasa Sebut Harga. Peguam Perayu juga terus menghujahkan walaupun Perayu tidak mengisytiharkan bahawa Neo Global adalah milik isterinya tetapi ianya tidak menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 23(1) Akta dan mungkin hanya satu perbuatan menipu. Peguam Perayu menghujahkan perkataan “mengambil apa-apa tindakan” di bawah seksyen 23(2) Akta merujuk kepada mengambil tindakan berkaitan sesuatu keputusan dan bukan tindakan yang diambil oleh seseorang yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti Perayu. Peguam Perayu seterusnya menghujahkan semua dokumentasi untuk perolehan di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua dan Keempat telah diserahkan oleh Perayu kepada SP5 untuk disemak dan kemudiannya telah dibawa kepada kepada SP3 untuk kelulusan. Begitu juga untuk perolehan di bawah Pertuduhan Ketiga, Perayu hanya telah memberi sebut harga dari 3 syarikat sesuai dengan 26 [22] [23] tugasannya dan beliau tidak mempunyai apa-apa fungsi dalam menilai sebut harga dan membuat keputusan kerana fungsi menilai dan membuat keputusan terletak pada tangan Jawatankuasa Sebut Harga yang dianggotai, antaranya, oleh SP3 dan SP5. Pihak Responden pula menghujahkan bahawa adalah jelas dari kesemua keterangan saksi Pendakwaan khususnya SP3 dan SP5, mereka tidak mengetahui bahawa Neo Global adalah milik isteri Perayu dan sekiranya mereka mengetahui fakta itu tawaran pembekalan itu tidak akan diberikan kepada Neo Global kerana ini adalah berlawanan dengan polisi USM _ berkenaan _ perolehan pembekalan. Perayu telah sengaja menyembunyikan fakta bahawa Neo Global adalah milik isterinya. Oleh sebab tidak ada sebut harga dari syarikat lain dikemukakan selain Neo Global untuk pembekalan di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua dan Keempat, maka adalah jelas hanya Neo Global yang telah menerima tawaran pembekalan itu. Begitu juga untuk pembekalan di bawah Pertuduhan Ketiga, walaupun Perayu telah menyertakan sebut harga dari dua syarikat lain tetapi Perayu tidak memaklumkan kepada Jawatankuasa Sebut 27 [24] Harga bahawa beliau mempunyai kepentingan di mana Neo Global adalah milik isterinya. Pihak Responden menghujahkan perkataan “mengambil apa-apa tindakan” di bawah seksyen 23(2) Akta tidak terbatas hanya kepada pihak yang membuat keputusan tetapi mencakupi juga pihak seperti Perayu yang telah menggunakan kedudukannya memasukkan nama Neo Global milik isterinya sebagai pembekal tunggal disamping kegagalan Perayu mematuhi keperiuan proses perolehan untuk mengemukakan sekurang-kurangnya tiga syarikat pembekal untuk perolehan di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua dan Keempat. Begitu juga, tindakan Perayu yang telah memastikan bahawa sebut harga dari Neo Global untuk perolehan di bawah Pertuduhan Ketiga telah mempengaruhi keputusan Jawatankuasa Sebut Harga dalam memberikan tawaran pemebekalan kepada syarikat yang memberi sebut harga yang terendah. Pihak Responden menghujahkan Perayu telah menggunakan kedudukannya sebagai kerani kewangan yang telah mengetahui bajet untuk perolehan dalam memastikan sebut harga Neo Global adalah yang terendah di dalam bajet tersebut. Seperti mana untuk perolehan lain, Perayu telah gagal untuk mengisytiharkan tentang siapa pemilik Neo Global. Kesemua 28 [25] [26] perbuatan Perayu itu merupakan konflik kepentingan dan berlawanan dengan polisi perolehan USM. Setelah meneliti penilaian Hakim MS ke atas semua fakta dan keterangan saksi Pendakwaan semasa peringkat kes Pendakwaan, khususnya di bawah setiap Pertuduhan seperti yang terdapat di muka surat 32 sehingga 63 Alasan Penghakiman di Jilid 1 Rekod Rayuan, Makamah ini berpuas hati bahawa Hakim MS telah menilai semua fakta dengan jelas dan terperinci bagi mencapai dapatan fakta bahawa Perayu telah mendapat suapan melalui cara mengambil tindakan berkenaan perolehan dan pemberian kontrak kepada Neo Global seperti dinyatakan di bawah kesemua Pertuduhan. Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan SP1 untuk perolehan di bawah Pertuduhan Pertama dan keterangan SP2 untuk perolehan di bawah Pertuduhan Kedua menunjukkan nama Neo Global telah dikemukakan oleh Perayu sendiri dan tidak ada nama pembekal lain yang telah diberikan sebagai nama pembekal yang diisi di dalam dokumen Permohonan Pembelian dalam ekshibit P1(1) dan ekshibit P2(3). Begitu juga untuk perolehan di bawah Pertuduhan Keempat, 29 [27] [28] permohonan di bawah ekshibit P4(2) telah dibuat oleh Perayu sendiri dan hanya Neo Global yang telah dinamakan sebagai pembekal. Berkenaan perolehan di bawah Pertuduhan Ketiga pula, Mahkamah ini berpuas hati bahawa keterangan SP3 dan SP5 jelas menunjukkan bahawa Perayu yang telah bertanggungjawab sebagai urus setia mesyuarat untuk menyediakan maklumat harga, spesifikasi barang serta cadangan sebut harga. Kedudukan Peryu sebagai urus setia telah memberi satu kelebihan kepada Perayu untuk mengetahui maklumat bajet pembelian barangan dan makiumat tersebut telah digunakan untuk manfaat Neo Global di mana sebut harga dari Neo Global adalah yang terendah. Adalah jelas sebut harga terendah dari Neo Global bukan satu kebetulan. Setelah meneliti penilaian dan dapatan Hakim MS serta keterangan saksi Pendakwaan dan Pembelaan, Mahkamah ini telah mendapati Perayu telah menggunakan kedudukannya apabila mengambil tindakan yang memberi kelebihan kepada Neo Global dalam membuat sebut harga. Berkaitan isu ini Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujah Peguam Perayu bahawa kata-kata “mengambil apa-apa tindakan” di bawah seksyen 23(2) Akta merujuk hanya kepada mengambil tindakan 30 [29] berkaitan sesuatu keputusan dan bukan tindakan yang diambil oleh seseorang yang tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan seperti Perayu. Mahkamah ini merujuk kepada keputusan di dalam kes Azman Awal v PP [2011] 1 LNS 8517 dimana David Wong Dak Wah J (pada ketika itu) telah memutuskan: It is conceded that the Appellant was not involved in the decision process of the selection committee but he had recommended to the selection committee that the company which he and his wife had an interest in to be selected as the contractor for projects commissioned by Pusat GIATMARA Labuan. In short by his recommendation, he had used his position as a public officer in which he had obtained gratification. Mengenai kegagalan Perayu memaklumkan kepentingan isterinya di dalam Neo Global, Mahkamah merujuk kepada keputusan di dalam kes Mohd Shabri Hasan v PP [2016] 1 LNS 1183 / [2016] MLJU 1066 di mana fakta di dalam kes tersebut adalah hampir sama dengan fakta kes Rayuan ini. Di dalam kes itu tertuduh telah menggunakan kedudukannya untuk mencadangankan syarikat milik isterinya dilantik sebagai pembekal perkhidmatan pengendalian kursus manakala di dalam Rayuan ini Perayu juga telah menyembunyikan fakta bahawa Neo Global adalah milik isterinya. 31 [30] [31] Mahkamah telah mendapati perbuatan ini adalah satu perbuatan yang termasuk di dalam ruang lingkup seksyen 23(1) Akta. Mahkamah ini bersetuju dengan pendekatan yang telah diambil oleh kedua-dua keputusan yang dirujuk tadi dan dengan yang demikian Mahkamah mendapati tindakan Perayu adalah satu tindakan yang jelas termasuk di dalam ruang lingkup seksyen 23(2) Akta walaupun Perayu bukan pihak yang membuat keputusan. Perbuatan Perayu yang tidak mengisytihar kepentingan isterinya juga termasuk di dalam pemakaian peruntukan itu. Seperti yang telah diputuskan oleh Hakim Abu Bakar Katar di dalam kes Mohd Shabri Hassan (supra): Mahkamah ini bersetuju dengan pandangan YA JC iaitu responden telah menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila tidak menzahirkan kepentingan isterinya dalam melantik syarikat itu sebagai pembekal bagi menjalankan kursus. Pada pendapat Mahkamah, peruntukan seksyen 23(2) Akta dengan jelas memperuntukkan dua keadaan iaitu seorang penjawat awam mengguna kedudukannya untuk menerima suapan melalui sama ada (i) membuat keputusan; atau (ii) mengambil tindakan. Sekiranya Parlimen berniat memperuntukkan hanya pembuat keputusan boleh didakwa dengan kesalahan menerima suapan maka tidak perlu 32 [32] diperuntukkan satu lagi jenis kelakuan iaitu mengambil tindakan. Ini bermakna, walaupun seorang itu tidak membuat keputusan dia masih boleh didakwa sekiranya orang itu menerima suapan melalui tindakan yang diambil mengenai perkara dirinya, keluarganya atau sekutunya. Tanpa_ peruntukan itu) seorang penjawat yang menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan dalam sesuatu perkara yang tidak melibatkan sesuatu keputusan akan bermaharajalela dalam mengambil berbagai tindakan yang melibatkan penerimaan suapan. Dengan yang demikian, Mahkamah mendapati Hakim MS telah membuat penilaian dan dapatan fakta yang betul dalam mencapai keputusan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie di akhir kes Pendakwaan untuk semua Pertuduhan dan anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta terpakai terhadap Perayu. Di akhir kes Pembelaan Mahkamah ini juga mendapati Hakim MS telah mencapai dapatan yang betul bahawa Perayu telah gagal mematahkan pemakaian anggapan di bawah seksyen 23(2) di atas imbangan kebarangkalian dan dengan itu pihak Pendakwaan telah membuktikan kes terhadap Perayu melampaui keraguan yang munasabah di bawah semua Pertuduhan. 33 Mengenai salah arah oleh Hakim MS [33] [34] [35] Peguam Perayu telah membangkitkan dua contoh di dalam Alasan Penghakiman yang terdapat dalam Jilid 1 Rekod Rayuan bahawa Hakim MS telah membuat salah arah berkenaan tugas Mahkamah di akhir kes Pendakwaan iaitu di perenggan 73 dan 75. Di samping itu, pihak Perayu juga telah menghujahkan terdapat kegagalan keadilan terhadap Perayu di mana di perenggan 59 Alasan Penghakiman, muka surat 56 Jilid 1 Rekod Rayuan Hakim MS telah membuat satu kesimpulan bahawa Perayu telah memperkayakan dirinya dan kerabatnya dan itu menunjukkan Hakim MS telah membuat dapatan Perayu telah melakukan kesalahan seperti dipertuduh sedangkan pada ketika itu kes masih di peringkat Pendakwaan. Pihak Responden pula menghujahkan Hakim MS telah membuat analisa dan dapatan yang betul berdasarkan keterangan kes dan pernyataan Hakim MS tentang beban pembuktian Tertuduh di akhir kes Pendakwaan adalah sesuai dengan peruntukan undang-udang yang relevan. Pihak Responden juga _ telah menghujahkan berpandukan kes Tunde Apatira & Ors v Public Prosecutor [2001] 34 [36] [37] 1 MLJ 259 / [2001] 1 CLJ 381 dan PP v Ishak bin Hj Shaari & other [2003] 4 MLJ 585 / [2003] 3 CLJ 843 kalaupun terdapat salah arah, salah arah itu dapat diketepikan berdasarkan faktor (a) bahawa Perayu telah medapat satu perbicaraan yang adil serta telah diberi peluang untuk membela dirinya (b) tiada prejudis telah diakibatkan terhadap Perayu dan (c) semua keterangan adalah _ sangat mencukupi dan jelas menyokong dapatan sabitan terhadap Perayu. Dalam menilai isu salah arah ini, Mahkamah merujuk kepada perenggan 75 Alasan Penghakiman Hakim MS dan juga kepada muka surat 222 Nota Keterangan di muka surat 223 Jilid 2(b) Rekod Rayuan. Adalah jelas di kKedua-dua bahagian tersebut, Hakim MS telah menyatakan bahawa Perayu dipanggil untuk membuat pembelaan bagi menjelaskan sebenarnya apa peranan yang telah dibuat atau tidak dibuat oleh Perayu bagi mengenepikan keterangan- keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan. Mengenai isu salah arah di akhir kes pendakwaan, Mahkamah berpendapat adalah relevan untuk merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Mardani bin Hussin v PP [2011] 4 MLJ 83. Di dalam kes itu Mahkamah Rayuan telah memutuskan 35 adalah menjadi satu salah arah yang serius apabila hakim perbicaraan membuat perintah terhadap tertuduh untuk membela diri semata-mata untuk mendapat keterangan dari tertuduh kenapa kesalahan itu dilakukan. Abd Malik Ishak HMR (pada ketika itu) menyatakan: [17] It is phrased in this way. That the learned trial judge erred when His Lordship called the appellant to enter his defence because His Lordship wanted to know as to why the appellant perpetrated the act. [18] This is certainly the perception which anyone reading the judgment of the learned trial judge would arrive at. The impugned passage can be found at p 48 of the appeal record and it was worded in this way: From the above facts, | was satisfied that the prosecution had succeeded in proving a prima facie case. The accused was caught red handed, so to speak, holding the package containing cannabis. He was seen coming into Jalan Raja Mahmud on a motorcycle and was immediately apprehended when he alighted the motorcycle a mere 10 to 15 feet away from SP4. Obviously the accused had carried and transported with him that package containing the cannabis. This posed the question why the accused perpetrated this act. 36 [38] [19] It is quite apparent that when the learned trial judge called upon the appellant to enter his defence it was for the sole purpose of listening to the appellant's explanation as to 'why the accused (appellant) perpetrated the act’. [20] This cannot be the right approach and it was certainly wrong in law. [24] By way of a summary, it is correct to say that a prima facie case was made out or the defence ought to be called not because the learned trial judge was interested in knowing why the appellant perpetrated the act of wrong doing but rather because the prosecution's evidence adduced through the witnesses had satisfied the legal tests laid down inLooi Kow Chai & Anor v_ Public Prosecutor and in Balachandran v Public Prosecutor. [25] Notwithstanding the fact that the learned trial judge made references to Looj Kow Chai & Anor v Public Prosecutoras well as to Balachandran v Public Prosecutor in his judgment as seen at p 52 of the appeal record, that cannot dispel the fear that the learned trial judge wanted to know as to why the appellant perpetrated the act as the sole reason for calling the defence of the appellant. Berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan tadi, adalah jelas beban yang dipikul oleh Perayu semasa peringkat Pembelaan bukan untuk membuktikan ketidaksalahannya atau “innocence’nya (lihat juga kes Roslan bin Karim & Ors v PP [1975] 1 MLJ 84 / [1974] 1 LNS 142 37 [39] [40] [41] dan Sureeya Wutthisat & Anor v PP [2013] 1 MLJ 214 / [2012] 8 CLJ 773). Berbalik kepada Rayuan semasa, Mahkamah mendapati di muka surat 64 Jilid 1 Rekod Rayuan, di perenggan 74, Hakim MS telah membuat dapatan di akhir kes Pendakwaan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan dan satu anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta telah terpakai terhadap Perayu. Kemudian di perenggan 75, Hakim MS telah menyatakan bahawa Perayu dipanggil untuk membuat pembelaan bagi menjelaskan apa sebenarnya peranan Perayu bagi mengenepikan keterangan Pendakwaan dan rujukan kepada kes Abdul Hadi bin Bokhari v PP [2009] 1 LNS 1678 tentang beban Perayu untuk menyangkal atau mematahkan anggapan yang telah timbul di bawah seksyen 23(2) Akta. Persoalannya, adakah ini merupakan satu salah arah oleh Hakim MS dan telah berlaku satu kegagalan keadilan atau “miscarriage of justice”? Merujuk semula kepada dapatan Mahkamah Rayuan didalam kes Mardani bin Hussin (supra), penelitian harus dibuat pada perkataan 38 yang telah digunakan oleh Hakim MS. Adakah Hakim MS melakukan kesalahan yang sama seperti hakim perbicaraan di dalam kes Mardani bin Hussin (supra)? Apabila keseluruhan perenggan 75 dibaca di dalam konteks kes Abdul Hadi bin Bokhari (supra) yang dirujuk oleh Hakim MS di hujung perenggan itu, Mahkamah ini mendapati ianya tidak merupakan satu keinginan untuk mengetahui kenapa Perayu melakukan kesalahan di bawah semua Pertuduhan tetapi adalah menetapkan bahawa Perayu telah mempunyai satu beban untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta. Seharusnya Hakim MS tidak perlu membuat pernyataan bahawa Perayu dipanggil untuk membuat pembelaan_ bagi tujuan menjelaskan peranannya bagi mengenepikan keterangan pihak Pendakwaan untuk mematahkan anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta. Adalah memadai untuk Hakim MS menyatakan satu beban telah terletak ke atas Perayu di akhir kes Pendakwaan untuk mematahkan satu anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta. Pada pendapat Mahkamah, apabila ianya dibaca secara keseluruhan ia tidak menjadi salah satu arah yang serius. 39 [42] Berbalik kepada komen Hakim MS di perenggan 59 Alasan [43] Penghakiman, Mahkamah ini bersetuju komen sedemikian tidak seharusnya dibuat kerana pada ketika itu kes masih lagi pada peringkat Pendakwaan. Namun begitu, Mahkamah ini berpendapat walaupun komen itu telah dibuat, perkara utama yang harus diperhatikan adalah sama ada Hakim MS telah membuat penilaian fakta secara menyeluruh dan saksama. Setelah meneliti penilaian keterangan oleh Hakim MS pada peringkat kes Pendakwaan, Mahkamah mendapati Hakim perbicaraan telah membuat penilaian fakta yang menyeluruh, terperinci dan betul dalam mencapai dapatan prima facie dan timbulnya anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta. Mahkamah ini tidak mendapati komen itu telah mempengaruhi dapatan Hakim MS di akhir kes Pendakwaan. Mahkamah ini juga telah menilai dapatan Hakim MS di peringkat kes Pembelaan dan mendapati Hakim MS telah membuat penilaian yang menyeluruh ke atas semua keterangan. Walaupun Mahkamah ini tidak bersetuju dengan Hakim MS bahawa pembelaan Perayu adalah suatu “after-thought’ kerana pihak Perayu telah mencabar saksi-saksi Pendakwaan di atas isu-isu yang telah dibangkitkan, namun Mahkamah ini berpendapat pada akhirnya Hakim MS telah mencapai 40 [44] satu dapatan yang betul bahawa pihak pembelaan telah gagal mematahkan anggapan di bawah seksyen 23(2) Akta dan dengan itu pihak Pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah (lihat perenggan 103 Alasan Penghakiman, Jilid 1 Rekod Rayuan). Maka berpandukan prinsip di dalam kes Tunde Apatira (supra) dan kes Ishak Hj Shaari (supra) Mahkamah mendapati Perayu telah mendapat satu perbicaraan yang adil dan Hakim MS telah menilai semua keterangan secara saksama. Terdapat keterangan yang cukup dan jelas bagi menyokong dapatan sabitan di bawah semua Pertuduhan. Prinsip di dalam kes Tunde Apatira (supra) telah dirujuk oleh banyak keputusan termasuk di dalam kes PP v Alias Md Yusof [2019] 7 CLJ 618 / [2019] MLJU 153 yang melibatkan satu rayuan di bawah Akta yang sama seperti dalam Rayuan semasa. Di dalam kes tersebut, Mahkamah Rayuan telah mendapati kegagalan hakim perbicaraan membuat penilaian ke atas kredibiliti saksi Pendakwaan adalah satu salah arah tetapi salah arah itu dapat diketepikan dengan memakai prinsip yang telah dinyatakan di dalam kes Tunde Apatira: 41 [32] On the above authorities, on the record of appeal, the SCJ failed to make a finding on the credibility or otherwise of SP6 and SP11 before ruling that a prima facie case has been made out which amounted to a misdirection. However, we were of the view that this misdirection did not result in any miscarriage of justice based on the totality of the evidence at the end of the trial. An appellate court retains a discretion to dismiss an appeal even there is a misdirection if it is of the opinion that no substantial miscarriage of justice has occurred. This discretion accorded to an appellate court is codified in the Courts of Judicature Act 1964, specifically s. 92(1) and the proviso to s. 60(1): Ghasem Hozouri Hassan v. PP [2018] 6 CLJ 133; [2018] MLJU 601 FC; see also Tunde Apatira & Ors v. PP [2001] 1 CLJ 3817; [2001] 1 MLJ 259. RUMUSAN [45] Berdasarkan pertimbangan semua perkara di atas Mahkamah mendapati tiada sebab untuk mengenepikan sabitan terhadap Perayu di bawah Pertuduhan Pertama, Kedua, Ketiga dan Keempat. Dengan itu, rayuan Perayu terhadap sabitan untuk semua Pertuduhan bagi kes Rayuan Jenayah nombor PA-42S(A)-1-01/2020 adalah ditolak. RAYUAN TERHADAP HUKUMAN [46] Di dalam hujahan terhadap hukuman, pihak Responden telah merujuk kepada beberapa keputusan bagi menunjukkan bahawa 42 [47] [48] hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim MS adalah tidak setara dengan “trend” hukuman. Kes-kes tersebut adalah Azizan Mohamed Yasin v PP [2020] 1 LNS 86; Mohd Noor Rejab v PP [2019] 1 LNS 1343 / [2019] MLJU 1008; Azman Awal v PP [2011] 1 LNS 851 dan Mohd Shabri Hassan v PP [2015] 1 LNS 510 / [2016] MLJU 1066. Peguam Perayu pula menghujahkan hukuman penjara dan denda yang dikenakan seharusnya mengambil kira jumlah keuntungan yang sebenarnya telah dinikmati dan bukannya berdasarkan nilai kontrak itu. Peguam Perayu menghujahkan melihat kepada nilai pembelian di bawah kesemua Pertuduhan, adalah jelas nilai keuntungan adalah terlalu sedikit dan dengan itu manfaat suapan itu adalah terlalu kecil. Memandangkan Perayu adalah pesalah pertama, maka hukuman yang telah dijatuhkan oleh Hakim MS adalah tidak setimpal. Di dalam hujahan balas pihak Responden menyatakan undang- undang tidak menentukan hukuman denda itu adalah berdasarkan pengiraan jumlah keuntungan yang dinikmati. Undang-undang hanya melihat kepada nilai suapan dan ini menjadi teras hukuman yang dijatuhkan. Pihak Responden telah merujuk kepada kes PP v Dato’ 43 [49] Sri Mohd Najib Hj Abd Razak [2020] 8 CLJ 319 di dalam menyokong hujahan itu. Dalam mencapai keputusan mengenai hukuman, Mahkamah. ini berpandukan kepada apa yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Agung di dalam kes Mohamed Abdullah Ang Swee Kang v Public Prosecutor [1988] 1 MLJ 167 / [1987] CLJ rep 209: In assessing the length of custodial sentence, the court must look at the overall picture in perspective by considering, firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and, fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any. The fact that a sentence of imprisonment is imposed as a deterrence does not justify the sentencer in passing a sentence of greater length than what the facts of the offence warrant. The gravity of the type of offence involved must be considered in the light of the particular facts of the offence. As stated by James LJ. inR v Ladd & Tristam[1975] Cr LR 50; Thomas Encyclopaedia of Current Sentencing Practice p 1058 : "We have to look at the overall picture of what is the right sentence for the total involvement, the total degree of criminality involved, and we have to keep the sentences in perspective with the 44 sentences that have been passed on other occasions for offences involving criminal activity of this kind, though of course varying in their gravity. Clearly a deterrent element has to be involved, but because the offences are very serious, it does not necessarily follow that on the particular facts very long sentences are justified." A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved, which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors... [50] Merujuk kembali kepada kes-kes mengenai “frend” hukuman tadi, [51] Mahkamah mendapati jumlah suapan yang terlibat di bawah setiap kes itu adalah jauh lebih besar dari Rayuan semasa. Namun begitu, Mahkamah mengambil kira bahawa Perayu telah melakukan empat kesalahan. Jumlah kesalahan yang banyak menunjukkan_ sikap Perayu yang tidak teragak-agak mengulangi dan melakukan kesalahan itu. Maka setelah mempertimbangkan semua faktor termasuk faktor mitigasi yang telah dikemukakan di hadapan MS (di muka surat 308 Jilid 2(b) Rekod Rayuan) dan faktor pemberatan, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut: 45 (a)Bagi Pertuduhan Pertama, rayuan Responden ditolak dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim MS _ dikekalkan iaitu hukuman penjara selama 12 bulan dan denda RM17,544.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara serta hukuman pemenjaraan mulai 19.4.2021; (b)Bagi Pertuduhan Kedua, rayuan Responden dibenarkan dan hukuman yang telah diputuskan oleh Hakim MS bertarikh 6.1.2020 diketepikan dan digantikan dengan hukuman 18 bulan penjara dari tarikh 19.4.2021dan denda RM 10,000.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara; (c)Bagi Pertuduhan Ketiga, rayuan Perayu adalah dibenarkan. Hukuman yang telah diputuskan oleh Hakim MS _ bertarikh 6.1.2020 diketepikan dan digantikan dengan hukuman 18 bulan penjara dari tarikh 19.4.2021 dan denda RM 19,000.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara; (d) Bagi Pertuduhan Keempat, rayuan Perayu adalah dibenarkan. Hukuman yang telah diputuskan oleh Hakim MS. bertarikh 6.1.2020 diketepikan dan digantikan dengan hukuman 18 bulan 46 penjara dari tarikh 19.4.2021 dan denda RM 10,000.00 jika gagal bayar 5 bulan penjara; dan (e)Hukuman pemenjaraan di perenggan a hingga d adalah berjalan secara serentak. MOHD RADZI BIN ABDUL HAMID PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI GEORGETOWN, PULAU PINANG Tarikh: 22 Jun 2021 Bagi Pihak Perayu TPR Selvaranjini Selvaraja dan TPR Mohamad Azlan bin Basri Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang) Bagi Pihak Responden En. C.P Ang Tetuan C P Ang & Co. Butterworth, Pulau Pinang. 47