AHMAD FARHAN BIN ISMAIL [ ]
The court allowed the appeals against sentence and exercised the discretion under Akta 846 to substitute the mandatory death sentences with lengthy imprisonment terms reflecting the seriousness and planning of the offence while giving weight to appellants' youth and mitigation; sentences of 30 years plus 12 strokes...
Source-derived case information.
- Citation
- C-05(M)-259-06/2022 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Ahmad Farhan bin Ismail; Appellant: Mohamad Iqmal bin Zulkifli; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- M
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 9 May 2024
- Case Number
- C-05(M)-259-06/2022 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal (murder) / Appeal Against Conviction and Sentence Decided on Appeal (judgment)
- Outcome
- Appeals against sentence allowed; death sentences substituted with fixed terms of imprisonment and corporal punishment under Akta 846
- Legal Topics
- Murder, Section 302 Penal Code, Section 34 Penal Code, Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (akta 846), Sentencing Discretion, Mitigation
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ahmad Farhan bin Ismail
Appellant
Mohamad Iqmal bin Zulkifli
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal (murder) / Appeal Against Conviction and Sentence Decided on Appeal (judgment)
Legal Issues
- 1 Whether mandatory death sentences could be substituted under Akta 846
- 2 Appropriate quantum of imprisonment and corporal punishment under the discretionary regime
- 3 Assessment of individual roles and mitigation in joint enterprise liability under section 34 Penal Code
Ratio Decidendi
The court allowed the appeals against sentence and exercised the discretion under Akta 846 to substitute the mandatory death sentences with lengthy imprisonment terms reflecting the seriousness and planning of the offence while giving weight to appellants' youth and mitigation; sentences of 30 years plus 12 strokes for Ahmad Farhan and 32 years plus 12 strokes for Mohamad Iqmal were imposed from date of arrest.
Court Disposition
Appeals against sentence allowed; death sentences substituted with fixed terms of imprisonment and corporal punishment under Akta 846
Orders
- Ahmad Farhan bin Ismail: 30 years imprisonment from date of arrest and 12 strokes of the rotan
- Mohamad Iqmal bin Zulkifli: 32 years imprisonment from date of arrest and 12 strokes of the rotan
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
C-05(M)-259-06/2022 Kand. 51 10/12/2024 16:44:23 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: C-05(M)-259-06/2022 ANTARA AHMAD FARHAN BIN ISMAIL (KAD PENGENALAN : 910816065919) - PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN [ Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Temerloh Rayuan Jenayah No: CB-45B-4-05/2019 Antara Pendakwa Raya Lawan Ahmad Farhan Bin Ismail (Kad Pengenalan : 910816065919) ] DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: C-05(M)-258-06/2022 ANTARA MOHAMAD IQMAL BIN ZULKIFLI (KAD PENGENALAN : 921221085527) - PERAYU DAN PENDAKWA RAYA - RESPONDEN 1 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [ Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Temerloh Rayuan Jenayah No: CB-45B-4-05/2019 Antara Pendakwa Raya Lawan Mohamad Iqmal Bin Zulkifli (Kad Pengenalan : 921221085527) ] KORUM AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, HMR MOHAMED ZAINI BIN MAZLAN, HMR NOORIN BINTI BADARUDDIN, HMT PENGHAKIMAN [1] Perayu-perayu yang telah dituduh dengan satu kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama telah merayu terhadap sabitan dan hukuman gantung sampai mati yang telah dijatuhkan ke atas mereka oleh Mahkamah Tinggi Temerloh pada 3.6.2022. [2] Pertuduhan ke atas perayu-perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu, bersama-sama pada 5 September 2018, jam lebih kurang 5.30 pm hingga jam 8.50 malam, bertempat di wakaf tepi sungai, Lot 506, Kampung Bangau Tanjung, di dalam Daerah Temerloh, di dalam Negeri Pahang Darul Makmur, dalam mencapai niat bersama, kamu telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Azman bin Che Aziz, No. K/P:800829-03-5105 dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh 2 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [3] Perbicaraan rayuan telah ditetapkan pada 9.5.2024 dan di hadapan Mahkamah ini, peguambela-peguambela perayu-perayu seterusnya memaklumkan bahawa representasi perayu-perayu terhadap hukuman telah diterima oleh pihak Pendakwa Raya. Perayu-perayu juga dikatakan telah bersetuju untuk hukuman gantung sampai mati yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas mereka digantikan dengan hukuman penjara. [4] Timbalan Pendakwa Raya yang hadir di hadapan Mahkamah ini juga telah mengesahkan bahawa pihak Pendakwa Raya/Responden tiada bantahan untuk hukuman gantung sampai mati ke atas kedua-dua Perayu digantikan dengan hukuman pemenjaraan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 34 Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846). Fakta Kes [5] Fakta kes sepertimana yang telah diringkaskan dalam penghakiman Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi adalah seperti berikut. “Fakta Kes … [2] Secara ringkas fakta kes seperti berikut. Pada 5/9/2018 jam lebih kurang 4.30 pagi SP12 bersama teman lelakinya, OKT1 bersama Tuah dan OKT2 menaiki kereta Kia Forte No. Pendaftaran WVH 2421 milik OKT1 pergi ke rumah OKT1 di Temerloh. Setelah sampai di Temerloh lebih kurang jam 6.40 pagi, mereka pergi ke 3 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rumah saudara OKT1 dan tinggalkan Tuah dan OKT2 di situ manakala OKT1 membawa SP12 ke rumahnya di Taman Temerloh Jaya. OKT1 berjumpa dengan Amir dan diberitahu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Temerloh ada menelefon memberitahu akan melepaskan Aiman iaitu abang OKT1 yang telah ditangkap oleh AADK. Pada jam 9.00 pagi SP12, OKT1 dan bapa OKT1 pergi ke Pejabat AADK Temerloh tetapi dimaklumkan mereka tidak boleh melepaskan Aiman. [3] Pada jam 12.00 tengahari, SP12, OKT1, OKT2 dan Tuah pergi ke rumah SP9. Di rumah itu SP12 nampak OKT2 sedang mengasah besi dengan mesin grinder. SP12 nampak Amir [Mohamad Amiruddin bin Alias] dan adiknya [Mohamad Amirul Azizi bin Alias] iaitu SP10 ada datang ke rumah SP9 dengan menaiki sebuah motosikal. OKT1 menyuruh Amir mencari dan membawa orang yang memetik nama Aiman sehingga ditangkap AADK. [4] Pada jam 4.30 petang, Amir bersama simati dan SP6 tiba di rumah SP9. SP12 nampak OKT1 dan OKT2 ada bercakap dengan simati dan Tuah di bawah pokok tepi pagar hadapan rumah tetapi tidak tahu apa yang dibincangkan. Setelah Amir beredar, SP12 nampak Tuah dan OKT2 menarik simati masuk ke dalam kereta Kia Forte dan duduk di bahagian belakang. SP12 yang ikut sama dalam kereta mengatakan OKT1 ada singgah di gerai teh ais tepi jalan dan berjumpa seseorang. Apabila Amir dan SP10 tiba di situ dengan menaiki kereta jenis Proton Saga BLM, OKT1 menyuruh Amir dan SP10 mengikutnya. [5] Mereka pergi ke tempat kejadian dan setelah sampai OKT1 membawa simati keluar dari kereta dikuti oleh Tuah, Amir dan SP10 ke dalam pondok. SP12 yang berada dalam kereta nampak seperti berlaku pergaduhan lalu merakamkan dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya kejadian tersebut. SP12 melihat OKT2 memeluk bahu simati yang duduk di sebelahnya dalam pondok itu. SP12 nampak simati keluarkan sesuatu dan mereka bergelut. Ketika itu SP12 nampak OKT2 telah menikam simati beberapa kali tetapi tidak 4 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tahu bahagian mana. SP12 nampak ada percikan darah dari badan simati terkena kerusi pondok dan pakaian yang dipakai oleh OKT- OKT. Tuah lari dan masuk kereta bersama SP12. Selepas itu SP12 melihat OKT1 lari menuju ke arah simati dengan tiba-tiba sambil memegang sebatang besi bentuk T [P46A] dan memukul kepala simati beberapa kali sehingga memercik darah terkena kerusi pondok dan pakaian OKT-OKT. [6] SP12 merampas P46A dari OKT1 dan memberikan pada Tuah. SP12 dan Tuah pergi dekat simati. SP12 bertanya simati ‘ni ke budak yang mu petik tu’ sambil tunjuk ke arah SP10 tetapi simati menafikannya. Semasa itu SP12 nampak simati dalam keadaan lemah dan mengerang kesakitan. Akibat berang, SP12 menampar pipi kanan simati dan Tuah menumbuk simati di bahagian muka masing- masing satu kali. Semasa masuk semula dalam kereta, SP12 melihat Amir menumbuk simati satu kali hingga dua batang gigi palsu simati tercabut dan terpelanting. Selepas itu OKT-OKT terus menumbuk, menyepak sehingga simati jatuh ke lantai dan darah keluar dengan banyak. OKT-OKT juga memijak simati sehingga simati dilihat dalam keadaan sangat lemah, memegang perut dan menyebut kalimah Allah sebanyak tiga kali. [7] SP12 keluar semula dari kereta dan menyuruh OKT-OKT berhenti memukul simati. Selepas mendengar jeritan ‘polis’ SP12, OKT1, OKT2 dan Tuah lari masuk ke dalam kereta Kia Forte dan beredar diikuti oleh Amir dan SP10 dalam kereta Proton Saga BLM. Dalam perjalanan OKT1 singgah di perhentian bas untuk membersihkan badan dari kesan darah simati. SP12 nampak OKT2 membuang pisau [P45A] bersama kain merah jambu [P47A] di kawasan perhentian bas. [8] Selepas itu mereka pergi ke rumah Aiman dan OKT 1 telah menukar baju. OKT1 ada berjumpa ayahnya dan menukar kereta Kia Forte dengan Honda City dan bersama-sama SP12, OKT2 dan Tuah terus balik ke Kuala Lumpur. Setelah mengetahui simati mati, Tuah 5 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah menghilangkan diri. Pada jam 12.00 malam, 6/9/2018 semasa SP12, OKT-OKT berada di ladang kelapa sawit Batang Kali, OKT2 telah membuang telefon bimbit simati yang diambilnya. Selepas itu SP12, OKT1 dan OKT2 sering bertukar kereta dan berpindah randah untuk elak dikesan polis. [9] SP10 yang berada di pondok itu ada melihat kejadian dan menyokong keterangan SP12. SP10 mengatakan OKT1 yang menyuruh Amir membawa simati ke rumah SP9 dan di sana beliau ada melihat OKT2 mengasah objek besi. Setelah simati sampai bersama SP6 di rumah SP9, OKT1 mencabut kunci motosikal SP6 dan berlaku kekecohan. Amir memujuk OKT1 supaya memulangkan semula kunci motosikal itu dan SP6 beredar dan meninggalkan simati di situ. OKT1 mengajak Amir dan SP10 pergi tempat kejadian. [10] Sampai di sana OKT2 keluar dari kereta sambil mengheret simati ke pondok. Setelah simati duduk OKT2 meletakkan kakinya di atas peha simati. SP10 yang berada di pondok mendengar OKT2 berkata kepada simati ‘siapa yang buat Aiman sampai kena 39(C)’ sambil menikam satu kali di peha kiri dan beberapa kali di bahagian dada dan badan simati dengan sebilah pisau yang dibalut kain, P45A dengan tangan kanan. Simati merayu kepada OKT2 ‘kita tak buat abe’. OKT1 keluar daripada kereta dan mengambil spanar T, P46A dari bonet belakang pergi ke arah simati dan memukul beberapa kali bahagian kepala simati. Tuah ada menyepak dan menumbuk beberapa kali simati. Selepas OKT1 berkata kepada Amir ‘semalam dia dah projek Aiman, lepas tu, dia nak projek adik awak pulak’. Setelah dengar begitu Amir terus menumbuk satu kali muka simati. Apabila melihat begitu SP10 menarik tangan Amir dan membawanya ke keretanya. Masa itu SP12 juga keluar dari kereta dan menampar muka simati satu kali. Setelah mendengar jeritan ‘polis’ kesemua mereka beredar dari situ. 6 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [11] Hasil maklumat yang diberikan oleh OKT2, SP14 telah menjumpai P45A dan P47A di dalam semak di perhentian bas. Beliau telah membuat laporan polis, P47 berkaitan dengan maklumat yang diberikan oleh OKT2 dan laporan polis berkaitan dengan penemuan barang kes tersebut, P47A. SP14 turut merampas spanar T [P46A] dari sepupu OKT1, SP11 yang diletakkan oleh Tuah dalam raga motosikal milik SP11 pada 5/9/2018 jam lebih kurang 7.15 malam. [12] SP7, pakar forensik bedah siasat menyimpulkan hasil pemeriksaan bedah siasat punca kematian simati adalah akibat daripada kecederaan luka tikaman pada jantung.” Mitigasi [6] Perayu pertama, Ahmad Farhan bin Ismail berumur 33 tahun ketika ini dan ini adalah merupakan kesalahan pertamanya. Sabitan yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi dikatakan telah menginsafkannya. [7] Peguambela bagi pihak Perayu pertama menghujahkan bahawa senjata spanar yang telah digunakan oleh Perayu pertama untuk mengetuk kepala simati bukanlah merupakan senjata yang mengakibatkan kematian simati dan oleh yang demikian, hukuman penjara yang minima wajar dikenakan ke atasnya. [8] Perayu kedua Mohamad Iqmal bin Zulkifli, berumur 26 tahun semasa kejadian dan masih belum berkahwin. Mahkamah ini dimaklumkan bahawa ini adalah kesalahan pertamanya dan sabitan yang telah dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi dikatakan telah membawa keinsafan dalam dirinya. Peguambela yang bijaksana juga 7 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berhujah bahawa kehadiran keluarga Perayu kedua di Mahkamah menunjukkan sokongan dan harapan untuk Perayu kedua memulakan kehidupan yang baru setelah selesai tempoh pemenjaraannya kelak. [9] Peguambela yang bijaksana juga telah merujuk kepada keputusan Mahkamah ini dalam kes Alowonle Oluwajuwon Gilbert v Public Prosecutor [2023] MLJU 2628 dan berhujah bahawa kes yang melibatkan perayu-perayu di hadapan Mahkamah ini bukanlah “rarest of rare cases” di mana hukuman alternatif kepada hukuman mati adalah tertutup dan tidak wajar diberikan. [10] Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana berhujah dan memohon agar Mahkamah ini mengambil kira faktor kepentingan awam. Perhatian Mahkamah dibawa kepada fakta bahawa kedua-dua Perayu telah membawa senjata ketika membawa si mati ke tempat kejadian dan ini menunjukkan jenayah yang dilakukan adalah jenayah yang dirancang. [11] Perhatian Mahkamah ini seterusnya dibawa kepada fakta bahawa menurut SP7 iaitu ahli patologi, si mati mengalami sembilan belas (19) kecederaan dan tiga (3) luka tikaman. Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana menghujahkan bahawa walaupun hanya satu (1) luka tikaman yang membawa maut namun satu (1) luka tikaman tersebut telah menusuk ke dalam paru-paru serta menembusi jantung si mati mengakibatkan pendarahan yang banyak yang membawa kepada kematian si mati. Maka adalah dihujahkan bahawa Mahkamah ini perlu mengambil kira akan keseriusan kecederaan yang dialami oleh si mati. 8 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [12] Timbalan Pendakwa Raya juga menghujahkan bahawa trend hukuman berkaitan dengan kes-kes yang serupa oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menunjukkan hukuman yang dijatuhkan adalah dalam lingkungan 33 hingga 35 tahun penjara dan 12 sebatan. Keputusan Mahkamah [13] Setelah mendengar dan meneliti fakta kes dan mitigasi serta hujahan berkaitan hukuman oleh kedua-dua Perayu dan pihak pendakwaan/responden, Mahkamah ini sebulat suara membenarkan rayuan ke atas hukuman oleh kedua-dua Perayu. Kami menggunakan budi bicara kami sepertimana yang termaktub dalam Akta 846 yang memperuntukkan budi bicara kepada Mahkamah sama ada untuk menjatuhkan hukuman mati ataupun hukuman penjara tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun serta 12 kali sebatan. [14] Kami berpendapat bahawa kedua-dua Perayu wajar diberikan peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah selesai menjalani hukuman penjara memandangkan usia mereka yang masih muda serta mengambil kira mitigasi mereka bahawa mereka telah insaf akan kesalahan yang telah mereka lakukan. 9 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kesimpulan [15] Kami telah memberikan pertimbangan kepada kepentingan awam, keseriusan kesalahan, peranan Perayu-perayu dalam melakukan kesalahan serta mitigasi kedua-dua Perayu. Mahkamah ini sebulat suara menjatuhkan hukuman seperti berikut: Ahmad Farhan bin Ismail: 30 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan. Mohamad Iqmal bin Zulkifli: 32 tahun penjara dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan. Tarikh: 27 November 2024 - tt - NOORIN BINTI BADARUDDIN HAKIM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA 10 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam Perayu Pertama : Aida Rahayu binti Abdul Rahman (Bersamanya Amara binti Abu) Tetuan AIDA RAHMAN & CO. (TEMERLOH) Perayu Kedua : Hazman Bin Ahmad (Bersamanya Rafiq Rahimi bin Abdul Ghazi) Tetuan OMAR ISMAIL HAZMAN & CO. (KUALA LUMPUR) Pendakwa Raya Bagi Responden : Ng Siew Wee Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara (AGC) Putrajaya 11 S/N 095TOmCY2U2DRnPVgIPZ3Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal