Ahmad Jefri Azizi Bin Mohamad Sukri
Appeal allowed because the prosecution failed to prove the essential particulars of the amended charge (expired visit pass) and failed to prove that the alleged receipt of RM1,000 was for an unlawful purpose; the alleged cash provenance was inherently incredible and created reasonable doubt; consequently the...
Source-derived case information.
- Citation
- DA-42R(A)-2-06/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Ahmad Jefri Azizi bin Mohd Sukri; Respondent: Pendakwa Raya (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
- Court
- A
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 16 November 2025
- Case Number
- DA-42R(A)-2-06/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal Under MACC Act and Immigration Act / Judgment on Appeal to High Court (appeal Allowed)
- Outcome
- Appeal allowed; conviction and sentence quashed; appellant acquitted and discharged.
- Legal Topics
- Bribery, Charge Amendment, Evidentiary Burden, Presumption Under S.50(1) ASPRM, Judicial Notice (covid 19 Movement Control)
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ahmad Jefri Azizi bin Mohd Sukri
Appellant
Pendakwa Raya (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia)
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal Under MACC Act and Immigration Act / Judgment on Appeal to High Court (appeal Allowed)
Legal Issues
- 1 Whether amendment of charge at end of prosecution prejudiced the accused
- 2 Whether prosecution proved the principal offence (expired visit pass) beyond reasonable doubt
- 3 Whether acceptance of gratification was proven to be for an unlawful purpose
Ratio Decidendi
Appeal allowed because the prosecution failed to prove the essential particulars of the amended charge (expired visit pass) and failed to prove that the alleged receipt of RM1,000 was for an unlawful purpose; the alleged cash provenance was inherently incredible and created reasonable doubt; consequently the presumption under s.50(1) could not be applied and the conviction was unsafe.
Court Disposition
Appeal allowed; conviction and sentence quashed; appellant acquitted and discharged.
Orders
- Quash conviction and sentence imposed by the Sessions Court
- Acquit and discharge the appellant from the charge
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DA-42R(A)-2-06/2024 Kand. 69 25/01/2026 09:17:40 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM RAYUAN JENAYAH NO: DA-42R(A)-2-06/2024 ANTARA AHMAD JEFRI AZIZI BIN MOHD SUKRI … PERAYU (NO K/P: 800217-03-5059) DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen Di Kota Bharu Dalam Negeri Kelantan Darul Naim Kes Jenayah No: DA-61R-2-02/2021) Antara Pendakwa Raya Dan Ahmad Jefri Azizi Bin Mohd Sukri ALASAN PENGHAKIMAN 1 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mukadimah. 1. Perayu telah dituduh dan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu dengan satu pertuduhan asal seperti berikut: “Bahawa kamu,pada 1 Jun 2020, jam lebih kurang 12.40 tengahari, di Tasek Raja, Bandar Baru Pasir Mas dalam Daerah Pasir Mas, dalam Negeri Kelantan,sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Koperal Polis Diraja Malaysia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan, iaitu, wang tunai RM1,000.00 daripada Mohammad Salam Bin Ibrahim sebagai satu dorongan bagi melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk tidak mengambil tindakan undang- undang ke atas Miss Masiyaton Huseng atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana memiliki Pas Sempadan (Border Pass) yang telah tamat tempoh. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama. 2. Di akhir kes pendakwaan, pihak pendakwaan telah membuat permohonan untuk meminda pertuduhan dengan menggantikan frasa “kerana memiliki pas sempadan (boarder pass) yang telah tamat tempoh” kepada frasa “yang dikatakan memiliki pas lawatan (visit pas) yang telah tamat tempoh”. Hakim perbicaraan yang bijaksana telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan tersebut dan pertuduhan dipinda seperti berikut: 2 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Bahawa kamu pada 1 Jun 2020, jam lebih kurang 12.40 tengahari, di Tasek Raja, Bandar Baru Pasir Mas dalam Daerah Pasir Mas, dalam Negeri Kelantan ,sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia iaitu Koperal Polis Diraja Malaysia yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan, iaitu wang tunai RM1,000.00 daripada Mohammad Salam Bin Ibrahim sebagai satu dorongan bagi melakukan perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal kamu, iaitu untuk tidak mengambil tindakan undang- undang ke atas Miss Masiyaton Huseng atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) yang dikatakan memiliki Pas Lawatan (Visit Pass) yang telah tamat tempoh . Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama. 3. Hakim perbicaraan yang bijaksana telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu dan telah memanggil perayu untuk membela diri. 4. Di akhir kes pembelaan, perayu telah didapati bersalah dan telah disabitkan terhadap pertuduhan tersebut dan telah dijatuhi hukuman pemenjaraan selama 1 tahun dan denda sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10,000.00) sahaja, jika gagal bayar, enam (6) bulan penjara. 5. Perayu yang tidak berpuas hati dengan keputusan hakim perbicaraan tersebut telah merayu ke Mahkamah ini terhadap sabitan dan hukuman. 3 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kes Pendakwaan. 6. Pada 1-6-2020 jam lebih kurang 12.40 tengahari, SP4 (pengadu) bersama-sama SP5 (isteri pengadu) dan SP6 (kakak pengadu) telah keluar untuk pergi ke Pasar Tasik Raja, Pasir Mas dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh SP4. 7. Setibanya di satu sekatan jalan raya, kereta yang dinaiki oleh SP4, SP5 dan SP6 telah ditahan oleh perayu, seorang anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya tersebut. Perayu telah memeriksa dokumen-dokumen pengenalan diri SP4, SP5 dan SP6. SP4 dan SP6 masing-masing telah mengeluarkan dan menunjukkan kad pengenalan mereka kepada perayu manakala SP5 seorang warganegara Thailand telah mengeluarkan dan menunjukkan “Border Pass” (ekshibit P9) kepada perayu. 8. Selepas memeriksa dokumen-dokumen tersebut, perayu telah mengarahkan SP4 untuk meletakkan kereta di bahu jalan dan SP4 telah keluar dari kereta untuk bercakap dengan perayu di hadapan kereta manakala SP5 dan SP6 masih berada di dalam kereta tersebut. 9. Menurut SP4, perayu mengatakan kepadanya bahawa “border pass” milik SP5 telah tamat tempoh dan ia adalah satu kesalahan yang mana SP5 perlu dibawa ke balai dan boleh ditahan di depoh tahanan selama 6 bulan. 4 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10. SP4 merayu kepada perayu untuk tidak diambil tindakan kepada SP5 beberapa kali namun tidak diendahkan oleh perayu dan keadaan ini memaksa SP4 untuk bertanyakan kepada perayu sama ada kes ini boleh diselesaikan atau pun tidak. 11. Perayu meminta SP4 menyatakan berapa jumlah wang yang SP4 boleh bayar kepada perayu untuk mengelakkan dari tindakan diambil terhadap SP5. Setelah berunding, perayu bersetuju untuk menerima RM1,000.00 daripada SP4. 12. SP4 kemudiannya telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1,000.00 kepada perayu dengan disaksikan oleh SP5 dan SP6. 13. Selepas menerima wang tersebut, SP4, SP5 dan SP6 dibenarkan pulang dan kemudiannya SP4 telah membuat aduan kepada pihak SPRM. Kes Pembelaan. 14. Pembelaan mengatakan bahawa semasa bertugas di satu sekatan jalan raya, Perayu telah menahan kereta yang dipandu oleh SP4 dan turut dinaiki oleh SP5 dn SP6 iaitu isteri dan kakak SP4. Perayu memeriksa dokumen pengenalan diri ketiga-tiga individu tersebut di mana SP4 dan SP6 menunjukkan kad pengenalan masing-masing. Manakala SP5 menunjukkan pas sempadannya. 5 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15. Perayu mendapati tempoh sah pas lawatan masih belum tamat namun tiada chop pembaharuan pada pas lawatan tersebut. SP5 menjelaskan kepada Perayu bahawa dalam keadaan perintah kawalan pergerakan, pintu sempadan negara ditutup dan SP5 tidak boleh keluar sempadan untuk “chop” pas sempadan tersebut dan SP5 juga memberitahu Perayu bahawa kegagalan untuk memperbaharui “chop” pas sempadan tersebut tidak menjadi satu kesalahan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan tersebut. 16. Walaupun begitu, Perayu telah mengarahkan SP4 untuk berpatah balik kerana pada masa kejadian tersebut, negara masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana hanya dua orang yang boleh berada dalam sebuah kereta pada satu-satu masa. Tiada sebarang wang rasuah yang telah diterima oleh Perayu daripada SP4. Dapatan Hakim Perbicaraan. 17. Hakim perbicaraan telah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen kesalahan dan telah berjaya menmbulkan satu kes prima facie terhadap perayu serta mengaplikasikan anggapan di bawah s. 50(1) ASPRM. 18. Hakim perbicaraan juga telah membenarkan permohonan pindaan pertuduhan oleh pihak pendakwaan di akhir kes pendakwaan dan telah memanggil perayu untuk membela diri terhadap pertuduhan pindaan tersebut. 6 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19. Selanjutnya, di akhir kes pembelaan, hakim perbicaraan yang bijaksana telah mendapati pembelaan perayu hanya penafian semata-mata dan telah mendapati perayu telah gagal mematahkan anggapan tersebut dan telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah. Lantas, perayu telah disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama setahun dan denda RM10,000.00 (Sepuluh ribu) jika tidak bayar enam bulan penjara. Dapatan Mahkamah Tinggi. 20. Perayu telah merayu terhadap sabitan dan hukuman tersebut ke Mahkamah ini dan setelah mendengar hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan perayu dan mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana. Alasan-alasan keputusan Mahkamah ini dalam membenarkan rayuan perayu dan melepaskan dan membebaskan perayu adalah seperti berikut. Pindaan Pertuduhan. 21. Berkenaan dengan pindaan pertuduhan yang telah dibenarkan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana, peguam perayu menghujahkan bahawa hakim perbicaraan telah terkhilaf apabila membenarkan pindaan pertuduhan tersebut yang melibatkan pindaan kepada “principal offence” dan dibuat di akhir kes pendakwaan yang boleh memprejudiskan pihak perayu. 7 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22. Mahkamah ini berpendapat bahawa hakim perbicaraan tidak terkhilaf apabila membenarkan pindaan pertuduhan tersebut kerana butiran yang dipinda tersebut tidak merubah sifat pertuduhan secara material. Ia hanya menukar daripada “pas sempadan” kepada “pas lawatan”. Ia tidak memprejudiskan perayu. Perkara ini boleh dilihat daripada tindakan perayu sendiri yang tidak merasakan ada keperluan untuk memanggil semula mana-mana saksi pendakwaan berikutan pindaan pertuduhan tersebut. Kegagalan pendakwa raya membuktikan elemen pertuduhan berkenaan kesalahan utama. 23. Pihak Perayu menghujahkan bahawa elemen dalam pertuduhan berkenaan iaitu berkenaan kesalahan utama (principal offence) telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Berkenaan dengan isu ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak perayu bahawa adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk membuktikan setiap elemen atau butiran yang dinyatakan dalam suatu pertuduhan termasuklah butiran berkenaan kesalahan utama dalam kes ini iaitu mengenai kesalahan pas lawatan yang telah tamat tempoh. 24. Kesemua saksi-saksi pendakwaan telah memberi keterangan berkenaan pertuduhan asal iaitu pas sempadan yang tamat tempoh. Tiada keterangan berkenaan pas lawatan tamat tempoh. Dokumen pas sempadan yang telah dikemukakan dalam kes ini sebagai ekshibit P9 dengan jelas menunjukkan bahawa ia akan tamat pada 26.6.2020. Ini bermakna semasa kejadian iaitu pada 1.6.2020, pas sempadan masih sah dan berkuatkuasa. Apa pun 8 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tarikh tamat pas sempadan, pertuduhan pindaan dalam kes ini tidak lagi berkaitan dengan pas sempadan tetapi pas lawatan. 25. Dalam pertuduhan pindaan, kesalahan utama yang dinyatakan adalah “yang dikatakan memiliki pas lawatan (visit pas) yang tamat tempoh”. Dokumen fizikal pas lawatan tidak pernah dikemukakan sebagai ekshibit semasa perbicaraan. Apa yang dikemukakan dan ditunjukkan atau dirujuk kepada saksi-saksi pendakwaan adalah pas sempadan yang tidak di “chop” selepas tamat tempoh 30 hari dari tarikh kemasukan SP5 ke Malaysia iaitu pada 15.3.2020. Oleh itu, sama ada pas sempadan yang tamat tempoh atau pas lawatan yang tamat tempoh, kedua-duanya tidak dibuktikan oleh pihak pendakwaan. 26. Berkenaan kewajipan untuk membuktikan setiap elemen atau butiran dalam pertuduhan, Mahkamah ini merujuk dan mengambil panduan daripada prinsip undang-undang yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato Seri Anwar Ibrahim v. PP & Another Appeal [2004] 1 MLRA 634 di mana Mahkamah Persekutuan mengatakan bahawa setiap perkara atau butiran (particular) yang dinyatakan dalam suatu pertuduhan mestilah dibuktikan. 27. Berkenaan dengan kegagalan SP5 untuk memperbaharui “chop” pas lawatan selepas tamat 30 hari berada di Malaysia pula, ianya tidak menjadi kesalahan pada masa itu kerana ia dikecualikan dalam tempoh PKP dimana pintu sempadan negara ditutup. SP9 (pegawai penyiasat) dalam keterangannya semasa disoal balas mengatakan seperti berikut: 9 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “S: Rujuk mukasurat 3, 13.4.2020. Mesti dicop pada tarikh tersebut. Puan siasat masa kejadian musim apa? J: Musim PKP. S: Pembaharuan cop passport dikecualikan dalam PKP? J: Setuju S: Setuju dengan saya jika saya katakan kepada kamu bahawa predicate offence border pass tamat tidak wujud, perbuatan untuk cop dikecualikan kerana PKP? J: Saya siasat berdasarkan keterangan saksi. Sepatutnya tidak ada pertuduhan di dalam kes ini kerana predicate offence tidak wujud.” 28. Oleh itu Mahkamah ini mendapati bahawa, kesalahan utama dalam kes ini telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Tujuan terima suapan yang bertentangan dengan undang- undang. 29. Selain perkara di atas, Mahkamah ini juga berpendapat bahawa dalam suatu pertuduhan kes rasuah, adalah tidak memadai untuk pihak pendakwaan hanya membuktikan permintaan atau penerimaan wang suapan semata-mata. Pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa permintaan atau penerimaan wang suapan tersebut adalah sebagai satu dorongan untuk berbuat sesuatu atau untuk tidak berbuat sesuatu berkenaan urusan atau perniagaan prinsipal tertuduh. 10 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30. Dalam kes ini, dengan adanya pindaan kepada pertuduhan, pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa SP5 telah melakukan kesalahan kerana memiliki pas lawatan tamat tempoh atau pas tidak chop dalam masa 30 hari yang mana berdasarkan kesalahan SP5 ini Perayu dikatakan telah gagal mengambil tindakan ke atas SP5. SP9 iaitu pegawai penyiasat mengatakan bahawa kegagalan SP5 untuk “chop” pas lawatannya bukanlah satu kesalahan kerana dalam tempoh PKP, pembaharuan chop pas lawatan adalah dikecualikan. 31. Oleh kerana SP9 mengatakan bahawa kegagalan SP5 untuk perbaharui chop pas lawatan bukanlah satu kesalahan, maka tiadalah kesalahan yang telah dilakukan oleh SP5 yang boleh diambil tindakan oleh Perayu. Oleh itu, tiadalah sebarang kegagalan oleh Perayu untuk mengambil tindakan ke atas SP5 kerana SP5 tidak melakukan sebarang kesalahan. 32. Atas dasar itu juga, pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan apakah tujuan suapan diambil oleh Perayu. Suapan diambil sepatutnya sebagai balasan untuk Perayu tidak mengambil tindakan ke atas SP5 yang melanggar syarat pas lawatan. Namun perlanggaran syarat pas lawatan tidak berlaku. 33. Dalam kes-kes PP v. Dato Saidin Thamby [2012] 2 MLRA 641 dan Pendakwa Raya lwn Zul Hassan & lain-lain [2013] 5 MLRA 567, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa tujuan suapan adalah bertentangan dengan undang-undang. 11 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 34. Dalam kes ini, kegagalan Perayu mengambil tindakan terhadap SP5 bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang kerana SP5 tidak melakukan sebarang kesalahan yang boleh diambil tindakan undang-undang oleh Perayu. 35. Dalam kes ini juga, pihak pendakwaan dan HMS telah mengguna pakai anggapan di bawah s. 50(1) ASPRM. Anggapan ini hanya boleh digunapakai apabila pihak pendakwaan telah membuktikan tujuan suapan tersebut adalah bertentangan dengan undang- undang. Dalam kes ini, perkara ini telah gagal dibuktikan, jadi anggapan di bawah s 50(1) tidak boleh digunapakai. 36. Dalam kes Md Zailani Md Zain v. PP [2018] MLRHU 1289 telah diputuskan di perenggan [62] seperti berikut: “… The purpose of gratification must be established conclusively and without any ambiguities and inconsistencies. …“ Rantaian aliran wang tunai RM1,000.00 yang dikatakan telah diserahkan kepada Perayu. 37. Dalam kes ini wang suapan tidak ditemui pada Perayu. Walaupun begitu, HMS yang bijaksana telah berpuas hati dari keterangan SP4, SP5 dan SP6 bahawa wang suapan sebanyak RM1,000.00 sememangnya telah diserahkan dan diterima oleh Perayu. 12 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38. Dalam keadaan biasa, dari mana seseorang pemberi rasuah mendapatkan wang untuk diberikan kepada penerima rasuah adalah tidak penting. Namun keadaan khas yang berlaku dalam kes ini, Mahkamah ini berpendapat punca atau rantaian aliran wang tunai RM1,000.00 tersebut adalah penting dan material. Ini adalah kerana SP5 dalam keterangannya mengatakan bahawa wang RM1,000.00 tersebut yang dia berikan kepada SP4 untuk SP4 serahkan kepada perayu bukanlah wang miliknya sendiri tetapi ia adalah wang seorang yang bernama Firdaus yang berada di Golok, Thailand yang dikirim melalui lori yang masuk dan keluar untuk menghantar dan mengambil barang dari Golok. SP5 dalam keterangannya mengatakan seperti berikut: “S: Macam mana duit itu boleh ada dengan kamu? J: Dia kirim melalui lori hok masuk tubik ambik barang di Golok untuk saya bank in bagi barang yang dia order dengan Atikah. S: Kamu tengok mana duit ni? J: Biasanya dia hantar gambar untuk masuk duit. S: Bila Firdaus hantar gambar kepada kamu? J: Tak ingat tarikh. Tapi ingat ia akhir bulan lima.” 39. Dari petikan keterangan SP5 ini, dapat disimpulkan bahawa Firdaus ini apabila dia hendak mengirim wang melalui pemandu lori kepada SP5, dia akan mengambil gambar wang tersebut terlebih dahulu dan menghantar gambar wang tersebut kepada SP5. Oleh itu, dapat disimpulkan juga bahawa apabila gambar wang tersebut dihantar oleh Firdaus kepada SP5 pada hujung bulan 5 tahun 2020 13 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal itu, maka wang tersebut juga dikirim pada atau sekitar hujung bulan 5 tahun 2020 kepada SP5. 40. SP5 dalam keterangannya juga mengatakan bahawa pada masa kejadian, dia tinggal secara sah di Malaysia dan tak perlu balik ke Thailand untuk perbaharui “chop” pas lawatan atau pas sempadan kerana semasa PKP semua pintu sempadan negara ditutup. SP5 mengatakan seperti berikut: “S: Boleh tunjuk di mana overstay tu di mukasurat berapa? J: Mukasurat 11 - 15.3.2020 tu masuk. Tamat tempoh 13.4.2020. S: Biasa berapa lama dia bagi tempoh untuk duduk di sini? J: Sebulan. S: Lepas Jefri kata salah duduk di Malaysia, Puan kata apa? J: Saya kata ada dengar berita, yang mana warga lain masuk Malaysia dengan cara betul, masa PKP dia bui duduk sebab sempadan tutup.” 41. Dari petikan keterangan SP5 ini, adalah jelas bahawa SP5 telah memasuki Malaysia pada 15.3.2020 iaitu 3 hari sebelum PKP diisytiharkan oleh Kerajaan Malaysia pada 18.3.2020. Tempoh PKP telah berlanjutan fasa demi fasa bermula dari fasa PKP biasa kepada fasa PKP Diperketatkan (PKPD) kemudian kapada fasa PKP Bersyarat (PKPB) dan kemudian kepada fasa PKP Pemulihan (PKPP) sehingga 31.12.2020. 14 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42. Peristiwa Covid-19 ini dilalui di seluruh Malaysia dan dirasai oleh setiap penduduk Malaysia sama ada warganegara atau bukan warganegara. Mahkamah ini boleh mengambil notis kehakiman (judicial notice) berkenaan fasa-fasa PKP semasa pandemik Covid- 19 ini. 43. Sejak PKP diisytiharkan pada 18.3.2020, semua penduduk dilarang keluar rumah dan pintu sempadan negara ditutup sehinggalah pandemik diisytiharkan menjadi endemik dalam tahun 2022 dan semua pintu sempadan negara mula dibuka pada 1.4.2022. 44. Jadi persoalan besar yang timbul daripada keterangan SP5 ialah bagaimana wang RM1,000.00 tersebut boleh diterima oleh SP5 melalui pemandu lori yang keluar masuk dari Golok pada akhir bulan 5/2020? Lori manakah yang boleh keluar masuk sempadan negara ini semasa pintu sempadan negara ditutup kerana PKP? 45. Keterangan SP5 berkenaan punca atau aliran wang tunai RM1,000.00 tersebut adalah sangat tidak munasabah dan tidak masuk akal (inherently incredible) berdasarkan keadaan keluar masuk sempadan negara pada masa PKP tersebut. Keterangan ini adalah sangat penting kerana ia berkait secara langsung dengan wang tunai RM1,000.00 yang menjadi suapan atau perkara subjek kepada kesalahan ini. 46. SP5 dengan terang mengatakan wang tunai itu adalah wang Firdaus yang dihantar melalui lori dari Golok. SP5 tidak pernah mengatakan bahawa wang tunai RM1,000.00 tersebut itu adalah wang simpanannya sendiri. Sudah terang lagi bersuluh bahawa 15 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jika tiada lori boleh keluar masuk dari Golok pada masa itu, maka mustahillah wang tunai tersebut boleh berada dengan SP5. Maka mustahil jugalah untuk SP5 menyerahkan wang tunai RM1,000.00 tersebut kepada SP4 untuk diberikan kepada Perayu. Perkara ini adalah sangat-sangat tidak munasabah dan meragukan. 47. Jika HMS meneliti dengan halus keterangan SP5 ini, keraguan telah timbul di peringkat kes pendakwaan lagi. Dan sekiranya HMS tidak mempercayai keterangan pembelaan Perayu sekali pun, kewujudan RM1,000.00 yang dikatakan diterima melalui pemandu lori yang datang dari Golok dalam masa PKP sedang dikuatkuasakan dan pintu sempadan negara ditutup, ini meninggalkan keraguan munasabah pada kes pendakwaan. 48. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pendakwaan bahawa ketiadaan wang suapan yang dirampas daripada Perayu tidaklah menghalang Mahkamah perbicaraan dari mensabitkan seseorang tertuduh dalam suatu kes rasuah selagi mana Mahkamah berpuas hati daripada keterangan yang ada bahawa wang suapan sememangnya telah diterima oleh tertuduh. Namun khusus bagi kes ini menurut fakta dan keterangan yang ada, kewujudan RM1000.00 tersebut adalah meragukan dan tidak munasabah. 49. Keterangan SP4, SP5 dan SP6 bahawa mereka melihat Perayu menerima wang tunai RM1,000.00 tersebut yang menjadi sandaran atau pegangan kuat HMS telah menjadi koyak-rabak dan binasa kerana wang tersebut tidak mungkin ada pada SP5 dalam keadaan lori tidak boleh masuk dari Golok semasa dalam tempoh PKP. 16 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hakim perbicaraan gagal mempertimbangkan keterangan pembelaan secara kehakiman dan menyeluruh. 50. Dalam pembelaan Perayu, Perayu telah membuat satu laporan polis berkenaan tohmahan rasuah ke atasnya dan meminta pihak polis menyiasat aduannya tersebut. Adalah menjadi prinsip undang-undang bahawa hakim perbicaraan harus mempertimbangkan keterangan pembelaan tanpa mengira selemah mana sekalipun pembelaan tersebut. 51. Keterangan Perayu berkenaan ada pihak yang ingin mengenakannya, jika diteliti dan diperhalusi bersama keterangan SP4 sendiri bahawa selepas kejadian SP4 ditahan dan disuruh berpatah balik ke Rantau Panjang, SP4 tidak menceritakan kejadian tersebut kepada sesiapa pun. Namun pada sebelah malamnya, SP4 telah dihubungi oleh seseorang yang dia tidak kenali bertanyakan tentang kejadian yang berlaku pada siang harinya. SP4 tidak dapat memberi butiran nombor telefon pemanggil tersebut. 52. Persoalan yang timbul ialah siapakah pemanggil misteri itu? Bagaimana pemanggil misteri itu mengetahui berkenaan kejadian pada siang harinya? Bagaimana pemanggil misteri itu boleh mendapat nombor telefon SP4? Kenapa pemanggil misteri itu berminat dengan kejadian tersebut sehinggakan dia menghubungi SP4 dan memberikan nombor telefon pegawai SPRM untuk SP4 hubungi. Apakah kepentingan atau faedah yang pemanggil misteri itu boleh dapat jika SP4 membuat laporan kepada SPRM. Tambahan lagi, apakah keistimewaan kes ini sehingga pegawai 17 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SPRM diarahkan dan sanggup pergi ke rumah SP4 untuk mengambil aduan atau laporan yang mana dalam keadaan biasa, pengadu yang harus pergi ke pejabat SPRM untuk membuat aduan atau laporan. 53. SP8 Muhammad Hazipi bin Hassan, pegawai SPRM dalam keterangannya mengatakan seperti berikut: “S: Dalam mengendalikan aduan, aduan dibuat di mana? J: Di pejabat kami biasanya. Di dalam kes ini ke rumah pengadu kerana tidak berani keluar rumah. Waktu itu PKP, takut ditahan sekali lagi.” 54. Mahkamah ini mendapati alasan yang diberikan oleh SP8 ini langsung tidak munasabah kerana jika SP4 takut ditahan lagi sebab memandu melebihi muatan penumpang semasa dalam PKP, SP4 boleh keluar seorang diri ke pejabat SPRM dan tidak perlu membawa isteri dan kakaknya. Kesimpulan. 55. Berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila mendapati pihak responden telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan telah mensabitkan perayu. Oleh itu, Mahkamah ini membenarkan rayuan perayu dan keputusan HMS yang bijaksana diakaskan. Sabitan serta hukuman HMS yang bijaksana ke atas perayu 18 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diketepikan dan perayu dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan tersebut. Alasan Penghakiman ini bertarikh: 25 Januari 2026. ………………………….…….. MOHD ROSLI BIN YUSOFF Hakim, Mahkamah Tinggi (2) Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Peguam Perayu : Dato' Sukri bin Hj Mohamed & Syed Muhammad Syafiq Bin Syed Abu Bakar, Tetuan Wan Haron Sukri & Nordin, PT 1180-1183, Tingkat 2, Jalan Kebun Sultan, 15350, Kota Bharu, Kelantan. Peguam Responden : Tengku Nurul Haziqah Binti Tuan Yacob & Mariah Binti Omar, Timbalan Pendakwaraya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Sultan Yahya Petra, 15990 Kota Bharu, Kelantan. 19 S/N 5YnIwFfJz0SDg80fmOhW0Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal