AHMAD SUHAILAN BIN MAT PIAH 1. ) LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1) JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 2. ) LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 3. ) Jabatan Penerangan Mal
High Court held applicant was charged only with unauthorised absence (156 days); Head of Department comments did not constitute separate charges requiring separate notice; Integrity Unit conducted permissible information assessment under Reg 37B and the applicant was notified and given opportunities to explain;...
Source-derived case information.
- Citation
- CA-25-5-08/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: Ahmad Suhailan bin Mat Piah; Respondent: Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan Penerangan Malaysia; Respondent: Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia; Respondent: Jabatan Penerangan Malaysia; Respondent: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia; Respondent: Kerajaan Malaysia
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 27 May 2022
- Case Number
- CA-25-5-08/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review (permohonan Semakan Kehakiman) / High Court Judgment on Judicial Review Dated 27 July 2022; Appeal to Court of Appeal Lodged by Applicant
- Outcome
- Application for judicial review dismissed
- Legal Topics
- Judicial Review, Natural Justice, Disciplinary Proceedings, Domestic Inquiry, Regulatory Compliance (regulation 37/37 B)
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ahmad Suhailan bin Mat Piah
Applicant
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan Penerangan Malaysia
Respondent
Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Respondent
Jabatan Penerangan Malaysia
Respondent
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia
Respondent
Kerajaan Malaysia
Respondent
Procedural Posture
Judicial Review (permohonan Semakan Kehakiman) / High Court Judgment on Judicial Review Dated 27 July 2022; Appeal to Court of Appeal Lodged by Applicant
Legal Issues
- 1 Whether additional allegations were treated as charges without notice to the applicant
- 2 Whether the disciplinary process complied with natural justice and Regulations 37/37B
- 3 Whether the internal assessment/investigation satisfied procedural requirements
Ratio Decidendi
High Court held applicant was charged only with unauthorised absence (156 days); Head of Department comments did not constitute separate charges requiring separate notice; Integrity Unit conducted permissible information assessment under Reg 37B and the applicant was notified and given opportunities to explain; timecards submitted by applicant were found inconsistent with department records; no procedural impropriety or breach of natural justice was established and the judicial review application was dismissed.
Court Disposition
Application for judicial review dismissed
Orders
- Permohonan Semakan Kehakiman oleh Pemohon ditolak
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
CA-25-5-08/2021 Kand. 19 04/08/2022 10:53:54 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: CA-25-5-08/2021 ANTARA AHMAD SUHAILAN BIN MAT PIAH ...PEMOHON (NO. K/P : 790127-06-5047) DAN 1. LEMBAGA TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM KUMPULAN SOKONGAN (NO. 1) JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 2. LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB PERKHIDMATAN AWAM, SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 3. JABATAN PENERANGAN MALAYSIA 4. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA 5. KERAJAAN MALAYSIA ...RESPONDEN- RESPONDEN 1 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Pemohon memfailkan Notis Permohonan Semakan Kehakiman terhadap Lembaga Rayuan Tatatertib Penjawat Awam bertarikh 27 April 2021 dan keputusan Lembaga Tatatertib Penjawat Awam Kumpulan Sokongan (No.1) Jabatan Penerangan Malaysia yang bertarikh 24 Disember 2019 di mana keputusan adalah tidak sah, terbatal dan tidak berkuatkuasa. 2. Setelah menelitikan kertas-kertas kausa yang difailkan dan setelah menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah telah menolak permohonan Semakan Kehakiman tersebut. 3. Pemohon yang tidak berpuashati akan keputusan tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. 2 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal FAKTA KES 4. Pemohon adalah seorang Pembantu Penerangan Gred S19 di Jabatan Penerangan Negeri Pahang sebelum Pemohon dibuang kerja atas sebab tindakan tatatertib yang dikenakan terhadap Pemohon. Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah mempertimbangkan laporan dan memutuskan bahawa terdapat perlanggaran tatatertib oleh Pemohon di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993. Selanjutnya, keputusan ini dipanjangkan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1). 5. Melalui surat bertarikh 14 Mac 2019 daripada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1), Pemohon telah dimaklumkan bahawa satu Laporan Tatatertib telah dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) . Setelah menimbangkan segala maklumat yang diperolehi, Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) telah berpendapat bahawa Pemohon patut dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah 3 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peraturan 37 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993. 6. Melalui surat tersebut juga, satu pertuduhan telah dikenakan terhadap Pemohon iaitu tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah sebanyak 156 hari dan oleh itu Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(g) dan Peraturan 24, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 iaitu “seorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab”. Selanjutnya, Pemohon telah membuat surat representasi bertarikh 10 Mei 2019 yang dihantar kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) melalui Ketua Jabatan. 7. Juga, melalui surat bertarikh 24 DIsember 2019 yang telah diterima oleh Pemohon pada 02 Januari 2020, Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) telah memaklumkan kepada Pemohon bahawa Lembaga telah memutuskan wujud kes prima facie terhadap Pemohon iaitu Pemohon telah melanggar Peraturan 4(2)(g) dan Peraturan 24, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 4 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1993 sepertimana pertuduhan yang dipertuduhkan terhadap Pemohon. 8. Pemohon selanjutnya telah mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam melalui Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia. Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) telah juga mendapatkan syor Ketua Jabatan Pemohon melaui surat bertarikh 21 Februari yang mana rayuan Pemohon tidak disokong oleh Ketua Jabatan beliau. 9. Setelah meneliti semua dokumen dan maklumat yang dikemukakan serta menimbang rayuan Pemohon, Lembaga Rayuan Tatatertib Perkhidmatan Awam telah memutuskan untuk mengesahkan keputusan Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 1) iaitu hukuman buang kerja berkuatkuasa 23 Disember 2019. Surat keputusan bertarikh 27 April 2021 tersebut telah disampaikan kepada Pemohon melalui surat daripada Ketua Unit Integriti bagi pihak Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia yang bertarikh 06 Mei 2021. 5 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PERTIMBANGAN DAN ANALISA MAHKAMAH 10. Pemohon menyatakan bahawa telah wujud beberapa pertuduhan yang baru selain daripada tuduhan terhadap Pemohon “tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 156 hari”. 11. Menurut Pemohon, pertuduhan-pertuduhan yang baru bukanlah pertuduhan yang telah diarahkan untuk Pemohon menjawab kerana pertuduhan terhadap Pemohon hanyalah mengenai ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 156 hari. Malahan pertuduhan-pertuduhan tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada Pemohon sehinggalah ianya diketahui sendiri oleh Pemohon dengan cara seperti berikut : a. Melalui Ekshibit K.M.8 iaitu di para 4.1, surat ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan Pemohon yang menyatakan Pemohon tidak memberikan komitmen yang baik semasa menjalan tugas; 6 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. Pemohon telah menggunakan kad perakam waktu yang palsu; dan c. Pemohon tidak punya hubungan yang baik dengan rakan sekerja yang lain. 12. Pertuduhan-pertuduhan ini khususnya tentang kad perakam waktu yang palsu amat memprejudiskan Pemohon kerana beliau tidak diberikan peluang untuk membela diri akan pertuduhan- pertuduhan baru tersebut. Ini adalah kerana kad perakam waktu yang dikatakan palsu tersebut adalah merupakan bukti-bukti yang digunakan oleh Pemohon untuk membela diri terhadap pertuduhan mengenai ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 156 hari. 13. Jika dakwaan tersebut adalah satu bukti yang palsu, maka dakwaan tersebut hendaklah dikemukakan terhadap Pemohon supaya Pemohon boleh mengemukakan bukti bahawa ianya bukanlah sesuatu yang palsu (kad perakam waktu). Ini jelas bahawa prinsip undang-undang bagi mengenai pembuangan 7 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerja atau apa-apa tindakan disiplin adalah tidak diikuti dengan betul apabila Pemohon dibuang kerja. 14. Pemohon merujuk kepada Regulation 37(2), Public Officers (Conduct And Discipline) Regulations 1993, “If it appears to the Chairman of the appropriate Disciplinary Authority that there exists a prima facie case against the officer, the Chairman of the appropriate Disciplinary Authority shall- (a) direct that a charge containing the facts of the disciplinary offence alleged to have been committed by the officer and the grounds on which it is proposed to dismiss the officer or reduce his rank be sent to the officer;” 15. Jika diperhatikan di sini, “facts of the disciplinary offence alledged” terhadap Pemohon hanyalah mengenai ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 156 hari dan 8 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tiada sebarang pertuduhan lain yang telah dikemukakan di m/s 2 – 4 Ekshibit AS-9 KM.3 m/s 2 – 4 Ekshibit AS-9 KM.3. 16. Merujuk kepada kes B SURINDER SINGH KANDA v. THE GOVERNMENT OF THE FEDERATION OF MALAYA [1962] 1 MLJ 469 dirujuk di mana Privy Council telah berpendapat bahawa : “If the right to be heard is to be a real right which is worth anything, it must carry with it a right in the accused man to know the case which is made against him. He must know what evidence has been given and what statements have been made affecting him: and then he must be given a fair opportunity to correct or contradict them.” 17. Oleh itu, melalui autoriti yang telah dirujuk, bukti-bukti yang didakwa oleh Jabatan Penerangan Negeri Pahang melalui surat ulasan Ketua Jabatan terhadap rayuan Pemohon yang menuduh Pemohon telah menggunakan kad perakam waktu yang palsu adalah suatu bukti yang boleh exculpate Pemohon daripada pertuduhan tersebut. 9 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18. Akan tetapi, keterangan mengenai kad perakam waktu yang palsu tersebut tidak pernah diberitahu kepada Pemohon bagi Pemohon diberikan peluang untuk mengemukakan bukti-bukti daripada pertuduhan tersebut. 19. Pemohon juga merujuk kepada kes ABDUL GHANI CHE MAT v. PENGERUSI SURUHANJAYA PASUKAN POLIS & ORS [2017] 3 CLJ 399 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan antara lain bahawa : “[47] Applying the law as laid down by the Federal Court in Yusof Sudin and Tay Chai Huat to the facts of the present case, the question is whether the circumstances facing the disciplinary authority called for an oral hearing, which was requested for by the appellant. On the factual matrix of the case, we must say at the outset that an oral hearing was called for. Here was a case where the disciplinary authority was faced with two conflicting sets of fact, documents and evidence, that is the investigation report and the appellant's representation letter which was exculpatory in nature. 10 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [48] If an investigation committee had been established pursuant to reg. 37(5) and witnesses called and examined by the committee pursuant to reg. 37B(3), the appellant would have been given the right to cross- examine any of the witnesses on his own behalf. It is only then, to borrow Zulkefli Ahmad Makinudin FCJ in Yusof Sudin, that a disciplinary committee could come to a fair conclusion between the two versions, upon hearing further evidence.” 20. Malahan, ketika Pemohon diarahkan untuk menjawab pertuduhan mengenai ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu selama 156 hari telah diambil kira sebagai alasan pembuangan kerja tersebut. Oleh itu, dengan menggunapakai kes TAN CHOON SENG v. LEMBAGA TATATERTIB POLIS DIRAJA MALAYSIA [2016] 1 LNS 240 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa “ “25. Both sides cited numerous cases which emphasize one underlying principle in cases of this nature. It is clear that it is unfair for a disciplinary authority to use 11 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal material which is collected for the purpose of the inquiry without divulging to the offending officer as this is contrary to natural justice and the infringement of the rule that justice must always "be seen to be done.” 21. Juga, di dalam kes NAZRUL IMRAN MOHD NOR v. CIVIL SERVICE COMMISSION MALAYSIA & ANOR [2021] 10 CLJ 737 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan bahawa : “[65] It is incumbent on both respondents not to merely say the appellant did not exculpate himself in respect of the charge against him by the representation he had sent. These statements made that are without any basis given, no matter how strenuously made, remain devoid of any substance or weight. Both respondents, especially first respondent, are duty - bound to explain and give reasons for rejecting the grounds given by the appellant in his representation in answering the charge. Unfortunately, this was not done by the respondents as is evident from the affidavits filed.” 12 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22. Dengan itu, adalah sangat penting bagi apa-apa alasan pembelaan yang menolak pembelaan Pemohon hendaklah dimaklumkan kepada Pemohon supaya Pemohon boleh menjawab kesemua pertuduhan tersebut. Juga, Responden Pertama, Ketiga dan Kelima tidak pernah menubuhkan satu jawatankuasa penyiasatan tetapi hanya berpandukan kepada frasa penilaian maklumat yang mana seolah-olah perbicaraan disiplin terhadap Pemohon telah dilakukan secara sesuka hati. 23. Pemohon merujuk kepada kes, TOP EMPIRE SDN BHD v. SANTHI RAHMAN & ANOR [2021] 1 LNS 1508 di mana Mahkamah menyatakan antara lain : “[63] A domestic inquiry, in the context of human resource management, is a search for truth, facts, or circumstances concerning charges alleged by the employer against its employee. It is an inquiry created by the management against its own employee against who allegedly committed certain acts of misconduct.” 13 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24. Oleh itu, apa yang dikatakan sebagai penilaian maklumat oleh Responden Pertama, Ketiga dan Kelima haruslah melibatkan prinsip-prinsip di mana satu proses siasatan dalaman wajib diikuti. Namun begitu, tiada sebarang Nota Siasatan Dalaman yang telah dikemukakan untuk dinilai oleh Mahkamah. 25. Juga, apa yang dikatakan sebagai satu siasatan dalaman yang dibuat oleh Responden Pertama, Ketiga dan Kelima sebenarnya tidak memberikan hak-hak kepada Pemohon kerana Pemohon tidak pernah menerima apa-apa makluman untuk menghadirkan diri bagi tujuan siasatan ataupun perbicaraan. Oleh itu, Pemohon tidak diberikan peluang untuk mendengar apa-apa keterangan oleh saksi-saksi terhadap beliau dan juga tidak diberikan peluang untuk menyoalbalas keterangan saksi-saksi tersebut. 26. Dengan itu, secara kesimpulannya, apa yang terjadi terhadap pertuduhan kepada Pemohon mengenai ketidakhadiran bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 156 hari adalah tidak berasas kerana Pemohon tidak diberi peluang untuk exculpate daripada pertuduhan terhadapnya. 14 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27. Juga, sikap Responden-Responden yang telah menolak bukti- bukti atas alasan ianya adalah palsu amat memprejudiskan Pemohon dan ini melanggar hak-hak dan prinsip-prinsip keadilan semulajadi. 28. Oleh itu, terdapat irregularities dan/atau procedural improprieties di dalam tindakan-tindakan oleh Responden-Responden tersebut dan dengan itu permohonan Pemohon ini haruslah dibenarkan. 29. Responden-Responden menafikan dakwaan Pemohon dan dengan merujuk kepada Peraturan 15(2) Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993 menyatakan seperti berikut : “(2) Ketua Jabatan hendaklah tidak lewat daripada tiga puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan itu daripada Perayu, mengemukakan rayuan itu kepada Lembaga Tatatertib berserta dengan ulasannya.” 30. Responden merujuk kepada surat iaitu Ekshibit MSAH-3 di mana terdapat ulasan daripada Ketua Jabatan Pemohon yang mana 15 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ulasan tersebut telah dikeluarkan selaras dengan Peraturan 15(2). Melalui peraturan ini, tidak dinyatakan bahawa ulasan Ketua Jabatan perlu disalinkan atau dimaklumkan kepada Pemohon terlebih dahulu kerana ulasan Ketua Jabatan hanyalah untuk perhatian dan makluman kepada Lembaga Tatatertib dan bukannya kepada Pemohon. 31. Juga, ulasan Ketua Jabatan ini disediakan dan dihantar bersama rayuan Pemohon dan bukannya untuk digunakan oleh Ketua Jabatan untuk mengulas atau mempertimbangkan rayuan Pemohon. Di dalam ulasannya, Ketua Jabatan telah menyatakan bahawa beliau tidak menyokong representasi Pemohon berserta alasan-alasan dan dengan itu tiada sebarang keputusan dibuat oleh Ketua Jabatan. Ulasan tersebut hanyalah untuk rujukan dan pertimbangan oleh Lembaga Tatatertib. 32. Responden dengan itu menyatakan bahawa ulasan Ketua Jabatan yang menyatakan bahawa Pemohon telah didapati menggunakan kad perakam waktu palsu, tidak memberikan komitmen yang baik terhadap tugas dan juga tidak mempunyai 16 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hubungan yang baik dengan rakan sekerja bukanlah pertuduhan- pertuduhan terhadap Pemohon. 33. Apa yang ada hanyalah Pemohon hanya dikenakan satu pertuduhan sahaja iaitu tidak hadir tugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 156 hari dari Februari 2018 hingga November 2018 dan tiada pertuduhan lain yang dikenakan terhadap Pemohon. 34. Oleh itu, perkara yang dinyatakan oleh Pemohon berkaitan dengan pertuduhan pemalsuan dan tuduhan tidak memberikan komitmen dan tuduhan masalah tempat kerja adalah tidak benar dan oleh itu, tiada keperluan untuk dimaklumkan kepada Pemohon. Begitu juga dengan ulasan Ketua Jabatan yang mana Pemohon mengatakan perlu diserahkan atau dimaklumkan kepada Pemohon juga adalah tidak benar. Tiada apa-apa keperluan untuk menyerahkan perkara ulasan Ketua Jabatan kepada Pemohon dan ulasan-ualasan tersebut bukanlah merupakan pertuduhan-pertuduhan baru terhadap Pemohon. 17 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dengan itu, tiada berlakunya ketidakpatuhan prosedur di peringkat ini. 35. Seterusnya berkaitan dengan isu sama ada terdapat ketidakpatuhan prosedur ketika sesi penilaian maklumat atau siasatan dalaman yang dilakukan oleh Unit Integriti dalam menyiasat pertuduhan-pertuduhan terhadap Pemohon. 36. Peguam Responden merujuk kepada Peraturan 37 dan 37B Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002. 37. Di dalam kes ini, Unit Integriti Jabatan Penerangan Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Penilaian Maklumat untuk menjalankan siasatan di Jabatan Penerangan Negeri Pahang berkaitan dengan tindakan tatatertib ke atas Pemohon. 38. Dalam menjalankan siasatan tersebut atau penilaian maklumat, pihak jawatankuasa telah berbuat seperti berikut : 18 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal i) Menelitikan sama ada pengurusan tatatertib di Jabatan Penerangan Negeri Pahang telah mengikut prosedur yang betul; ii) Mengenal pasti kad perakam waktu yang tulen bagi kehadiran bulan Januari hingga Mac 2018 di antara kad perakam waktu yang dikemukakan dalam laporan kehadiran oleh Jabatan Penerangan Negeri Pahang dan kad perakam waktu yang dikemukakan oleh Pemohon dalam surat representasi Pemohon tersebut. iii) Menjalankan temuduga bersemuka bersama beberapa kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Pahang bagi mendapatkan maklumat sokongan. 39. Perkara-perkara tersebut telah dijawab melalui Afidavit Jawapan Responden Pertama, Ketiga dan Kelima yang telah menjelaskan perkara di atas dengan berdasarkan Peraturan 37B (1) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002. Pihak jawatankuasa hendaklah memaklumkan kepada Pemohon berkenaan dengan sesi yang diadakan dan 19 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal boleh mengambil apa-apa tindakan yang difikirkan perlu untuk mendapatkan penjelasan lanjut tersebut. Oleh itu, Pemohon telah dimaklumkan dan dipanggil oleh jawatankuasa tersebut untuk siasatan menurut Peraturan 37B (1)(a) dan (2) Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002. 40. Perkara ini telah dinyatakan melalui Afidavit Jawapan Responden Pertama, Ketiga dan Kelima yang menyatakan seperti berikut : “Perenggan 61 dan 62 Afidavit Sokongan adalah dirujuk dan saya menyatakan bahawa sesi yang diadakan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada Pengarah, bekas Pengarah, beberapa orang pegawai dan juga Pemohon sendiri yang hadir bersama isteri Pemohon. Sesi yang diadakan ini bukan satu perbicaraan dan oleh itu tiada sesi menyoalbalas saksi. Sepanjang sesi ini berlangsung, hanya penjelasan yang diminta untuk dikemukakan dan dokumen-dokumen seperti kad perakam waktu dan lain-lain telah diteliti.” 20 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 41. Oleh itu, tiada sesi perbicaraan mahupun pemeriksaan saksi dan soal balas saksi-saksi ketika sesi tersebut diadakan dan dengan itu Pemohon tidak perlu memeriksa balas saks-saksi yang hadir. Ini menunjukkan dakwaan Pemohon bahawa dia tidak diberi peluang untuk mengemukakan dokumen dan memberi penjelasan adalah tidak benar. 42. Seterusnya, dakwaan Pemohon bahawa beliau telah diarahkan keluar manakala saksi-saksi yang lain kekal berada di dalam bilik mesyuarat adalah tidak benar kerana sewaktu sesi ditangguhkan untuk sementara waktu, Pemohon telah keluar sementara persidangan ditangguhkan. Seterusnya, Pemohon telah diminta hadir pada sesi sebelah petang dengan membawa segala dokumen yang menyokong penjelasan Pemohon tersebut. 43. Seterusnya, Responden Pertama, Ketiga dan Kelima menyatakan bahawa antara siasatan yang telah dijalankan oleh jawatankuasa siasatan untuk mengenal pasti kad perakam waktu yang tulen untuk kehadiran bulan Januari hingga Mac 2018. Di antara kad perakam waktu yang dikemukakan di dalam laporan kehadiran oleh Jabatan Penerangan Negeri Pahang dan 21 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kad perakam waktu yang dikemukakan oleh Pemohon di dalam surat representasi Pemohon. Hasil siasatan, kad perakam waktu yang dikemukakan oleh Pemohon adalah tidak sama sepertimana yang digunakan oleh pihak Jabatan Penerangan Negeri Pahang. 44. Juga, panggilan Pemohon ke hadapan Jawatankuasa Temuduga kakitangan yang dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat lanjut dan bagi menentukan kesahihan dakwaan kedua-dua pihak iaitu Pemohon dan pihak jabatan Pemohon. Ini jelas membuktikan bahawa pihak jawatankuasa telah menjalankan siasatan dikedua-dua belah pihak iaitu pihak Jabatan dan juga pihak Pemohon. Oleh itu, satu siasatan yang adil dan telus telah dijalankan terhadap Pemohon. 45. Seterusnya, Responden menyatakan bahawa perkara-perkara dan maklumat-maklumat yang diperolehi semasa penilaian maklumat tidak perlu dimaklumkan kepada Pemohon tetapi satu laporan perlu disediakan dan dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib yang berkenaan iaitu kepada Responden Pertama. 22 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46. Di dalam kes ini, laporan siasatan telah pun dikemukakan kepada pihak Lembaga Tatatertib dan setelah mempertimbangkan maklumat yang diperolehi daripada laporan siasatan tersebut, representasi Pemohon dan juga ulasan Ketua Jabatan, Responden Pertama telah mendapati bahawa pihak pengurusan tatatertib di peringkat Jabatan Pemohon telah memberi banyak budi bicara dan Pemohon telah didapati melanggar Peraturan 24 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002 seperti mana pertuduhan yang telah dikemukakan. Dengan itu, Pemohon telah diberi peluang yang banyak untuk memperbaiki kehadiran Pemohon ke pejabat namun Pemohon telah mensia-siakan peluang tersebut. 47. Berkaitan dengan isu bahawa tiada Nota Siasatan Dalaman yang dikemukakan kepada Mahkamah untuk dinilai, Responden- Responden menyatakan bahawa jawapan-jawapan Responden melalui afidavit yang difailkan adalah mencukupi untuk menunjukkan bagaimana siasatan dalaman tersebut telah dijalankan. Oleh itu, tiada sebarang keperluan untuk memasukkan nota siasatan dalam sebagai ekshibit dalam Afidavit Jawapan Responden-Responden. Malahan penyediaan 23 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Nota Siasatan Dalam bukanlah satu kehendak undang-undang dan tidak dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 mahupun pindaan Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002. KEPUTUSAN 48. Setelah menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini mendapati dan memutuskan bahawa Pemohon hanya dikenakan satu pertuduhan sahaja iaitu tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah selama 156 hari iaitu daripada Februari 2018 hingga November 2018 dan tiada pertuduhan lain yang dikenakan terhadap Pemohon. 49. Mahkamah juga memutuskan tiada apa-apa keperluan untuk menyerahkan ulasan Ketua Jabatan kepada Pemohon yang mana ulasan-ulasan tersebut bukanlah merupakan pertuduhan- pertuduhan baru terhadap Pemohon. Oleh itu, tiada apa-apa berlaku ketidakpatuhan prosedur di peringkat ini. 24 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 50. Mahkamah juga memutuskan Pemohon telahpun dimaklumkan dan telah dipanggil oleh jawatankuasa untuk siasatan menurut Peraturan 37B (1)(a) dan (2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002. 51. Mahkamah juga memutuskan hasil daripada siasatan kad perakam waktu yang dikemukakan oleh Pemohon adalah tidak sama sepertimana yang digunakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Pahang. 52. Di dalam kes ini juga, laporan siasatan telahpun dikemukakan kepada pihak Lembaga Tatatertib dan setelah menimbangkan maklumat daripada laporan siasatan tersebut, representasi oleh Pemohon dan juga ulasan Ketua Jabatan, pihak Responden Pertama telah mendapati bahawa pihak pengurusan tatatertib di peringat jabatan Pemohon telahpun memberi banyak peluang untuk memperbaiki kehadiran Pemohon ke Pejabat. Namun, Pemohon telah mensia-siakan peluang tersebut. 25 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 53. Dengan itu, Mahkamah berpuashati bahawa tiada berlakunya ketidakpatuhan prosedur khususnya oleh Responden- Responden di dalam proses penamatan kerja Pemohon dan dengan itu permohonan Semakan Kehakiman Pemohon adalah tidak bermerit dan ditolak. ZAINAL AZMAN BIN AB. AZIZ HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR BERTARIKH: 27 JULAI 2022 26 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam Pemohon : Encik Mohammed Hissham bin Ramdzan Tetuan Abdul Malik Zamri & Co A23, Tingkat 2, Lorong Tun Ismail 9 Sri Dagangan, 25200 Kuantan, Pahang Email : amzc_legal@yahoo.com Peguam Responden-Responden: SFC Puan Noor Fadzila binti Ishak Peguam Kanan Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Tingkat 3, Blok B, Wisma Sri Pahang 25000 Kuantan, Pahang No. Ruj. : PN/PG/SFC/02/1/2021 27 S/N qw8LZqfneUSiI6mlzSvAww **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal