AINUN MAZIYAH BINTI HASSAN 1. ) AWANG @ HAMZAH BIN DAUD 2. ) TENGKU WAJIHAH BINTI RAJA HARUN 3. ) Pejabat Tanah dan Galian Negeri 4. ) Kerajaan Negeri Kelantan
Court accepted existence and genuineness of the PJB and eyewitness evidence of signing; found Form 14A defective/insufficient (no consideration recorded) and Plaintiff was confused/misled into writing "SEMUA" resulting in an instrument that was void/insufficient under Section 26 Contracts Act 1950; under Section 340...
Source-derived case information.
- Citation
- DA-21NCvC-7-04/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Ainun Maziyah binti Hassan; Defendant 1: Awang @ Hamzah bin Daud; Defendant 2: Tengku Wajihah binti Raja Harun (Penolong Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu); Defendant 3: Pendaftar Hakmilik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan; Defendant 4: Kerajaan Negeri Kelantan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 28 December 2023
- Case Number
- DA-21NCvC-7-04/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil (declaration, Rectification of Title, Damages and Costs) / Judgment (trial on the Merits)
- Outcome
- Plaintiff's claim allowed in part against Defendant 1; registration of transfer of full 3/10 set aside; re-registration of 1 acre to Plaintiff ordered; claims against Defendants 2, 3 and 4 dismissed; Defendant 1 counterclaim dismissed.
- Legal Topics
- Registration Indefeasibility Under National Land Code, Void/insufficient Instrument (form 14 A), Contract Formation and Section 26 Contracts Act 1950, Admissibility of Documentary Evidence Section 73 a Evidence Act 1950, Private Caveat (section 323 Nlc), Public Officer Immunity (government Proceedings Act 1956), Damages and Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Ainun Maziyah binti Hassan
Plaintiff
Awang @ Hamzah bin Daud
Defendant 1
Tengku Wajihah binti Raja Harun (Penolong Pentadbir Tanah, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu)
Defendant 2
Pendaftar Hakmilik, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan
Defendant 3
Kerajaan Negeri Kelantan
Defendant 4
Procedural Posture
Civil (declaration, Rectification of Title, Damages and Costs) / Judgment (trial on the Merits)
Legal Issues
- 1 Existence and validity of the sale agreement (PJB) dated 18.12.2016
- 2 Whether sale price RM140,000 was for entire 3/10 share or only 1 acre and whether price was market reasonable
- 3 Whether Plaintiff was induced, deceived or defrauded by Defendant 1 resulting in transfer of entire share
Ratio Decidendi
Court accepted existence and genuineness of the PJB and eyewitness evidence of signing; found Form 14A defective/insufficient (no consideration recorded) and Plaintiff was confused/misled into writing "SEMUA" resulting in an instrument that was void/insufficient under Section 26 Contracts Act 1950; under Section 340 National Land Code registration was therefore defeasible and liable to be set aside; accordingly transfer of the full 3/10 share is declared void, 1 acre to be re-registered to Plaintiff, limited damages and costs awarded, and claims against public officers dismissed.
Court Disposition
Plaintiff's claim allowed in part against Defendant 1; registration of transfer of full 3/10 set aside; re-registration of 1 acre to Plaintiff ordered; claims against Defendants 2, 3 and 4 dismissed; Defendant 1 counterclaim dismissed.
Orders
- Declaration that registration of transfer of 3/10 (5 ekar 320 depa) from Plaintiff to Defendant 1 is void and of no effect
- Within 30 days of service of order Defendant 3 to cancel the registration of title transferred from Plaintiff to Defendant 1 and re-register 1 ekar of the 3/10 share now registered in Defendant 1's name back into Plaintiff's name
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DA-21NCvC-7-04/2019 Kand. 77 04/02/2024 09:08:40 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-21NCVC-7-04/2019 ANTARA AINUN MAZIYAH BINTI HASSAN … PLAINTIF DAN 1) AWANG @ HAMZAH BIN DAUD 2) TENGKU WAJIHAH BINTI RAJA HARUN PENOLONG PENTADBIR TANAH, PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KOTA BHARU 3) PENDAFTAR HAKMILIK PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN, NEGERI KELANTAN 4) KERAJAAN NEGERI KELANTAN … DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif dalam kes ini memohon dari mahkamah antara lainnya untuk mendapatkan suatu pengisytiharan bahawa pendaftaran pindah milik 3/10 (5 ekar 320 depa) bahagian tanah yang dikenali sebagai GRN 29932, Lot 932, Mukim Ketereh East (Timur), Jajahan Kota Bharu, Kelantan (selepas ini dipanggil “Hartanah Tersebut”) dari Plaintif kepada Defendan 1 adalah terbatal dan tidak sah. [2] Manakala Defendan 1 memfailkan tuntutan balas terhadap Plaintif menuntut antara lainnya gantirugi am, gantirugi khas dan perintah tegahan kepada suami Plaintif untuk tidak memasuki serta membuat kacau ganggu di Hartanah Tersebut atas alasan Plaintif telah tersalah dan tersilap memfailkan tuntutan ini terhadapnya. [3] Plaintif adalah pemilik asal 3/10 bahagian Hartanah Tersebut dan beralamat di A-112, Pondok Haji Hassan, Jalan Melor, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. [4] Defendan 1 adalah pembeli dan mempunyai alamat di Kampong Banggor Lepah, Ketereh, 16450 Kota Bharu. 1 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [5] Defendan 2 pula adalah Penolong Pendaftar, Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dan merupakan agen/pekerja Defendan 4 dan beralamat di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu, Kelantan. [6] Defendan 3 adalah Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan dan beralamat di Kompleks Darulnaim, 15503 Kota Bharu, Kelantan. [7] Defendan 4 adalah majikan/prinsipal kepada Defendan 2 dan Defendan 3 dan beralamat di Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Kompleks Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Blok 2, Aras 1, Kota Darulnaim, 15503 Kota Bharu. Fakta [8] Plaintif adalah pemilik asal 3/10 bahagian Hartanah Tersebut dan memaklumkan kepada suaminya ingin menjual Hartanah Tersebut. Selepas mendapat pembeli, Plaintif memasuki suatu perjanjian jual beli bertarikh 18.12.2016 (selepas ini dipanggil “PJB”) dengan Defendan 1. [9] Kedua-dua pihak telah hadir di pejabat Defendan 2 semasa menandatangani borang pindah milik (Borang 14A) di hadapan Defendan 2 pada 30.3.2017. Defendan 1 telah membayar sejumlah RM140,000 sebagai bayaran pembelian dan menjadi pemilik terkini 3/10 bahagian Hartanah Tersebut. [10] Plaintif kemudian membuat laporan polis bahawa ujudnya penipuan dalam proses jual beli dan pindah milik Hartanah Tersebut kerana dia berniat untuk menjual seluas 2 ekar sahaja dari keluasan 5 ekar 320 depa, yang dinafikan oleh Defendan 1. Laporan polis juga dibuat oleh Defendan 1 kerana mendakwa terdapat ugutan jenayah oleh Pihak Plaintif. Isu [11] Isu-isu yang perlu diputuskan mahkamah adalah: (i) sama ada ujudnya perjanjian lisan dan/atau perjanjian bertulis bertarikh 18.12.2016 (PJB) antara Plaintif dan Defendan 1 bagi Hartanah Tersebut dengan harga RM140,000 bagi 3/10 bahagian. 2 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) sama ada harga jual beli Hartanah Tersebut sebanyak RM140,000 adalah harga semasa dan/atau harga munasabah bagi keluasan 5 ekar 320 depa semasa PJB dibuat. (iii) sama ada Plaintif telah diperdayakan, ditipu dan/atau disalah arah oleh Defendan 1 dengan secara sengaja di atas jual beli bagi Hartanah Tersebut. (iv) sama ada pendaftaran pindah milik yang dibuat oleh Plaintif bagi kesemua bahagian tanahnya dalam Hartanah Tersebut di hadapan Defendan 3 kepada penerima milik Defendan 1, sah dan berkuatkuasa sebagaimana Kanun Tanah Negara yang tidak boleh disangkal. (v) sama ada Plaintif dan suaminya telah membuat ugutan tembak dan cedera kepada Defendan 1 dan keluarganya mengenai jual beli Hartanah Tersebut. (vi) sama ada Defendan 1 adalah pemilik berdaftar yang sah yang tidak boleh disangkal melalui pendaftaran pindah milik yang sah sebagaimana Kanun Tanah Negara. (vii) sama ada Defendan 2 telah memenuhi obligasi statutori dalam memproses borang pindah milik (Borang 14A) bertarikh 4.5.2017. (viii) sama ada Defendan 2 bertanggungjawab dari segi undang- undang untuk memberikan penerangan bagi tujuan penyempurnaan borang pindah milik (Borang 14A) bertarikh 30.3.2017. (ix) sama ada Plaintif mempunyai “caveatable interest” ke atas Hartanah Tersebut setelah menjual dan memindah milik kepada Defendan 1 dengan sempurna. (x) sama ada Plaintif dan Defendan mempunyai hak untuk gantirugi sebagaimana yang diplidkan. Kes Plaintif [12] Plaintif memaklumkan kepada suaminya (SP3) hasratnya untuk menjual Hartanah Tersebut dengan harga RM140,000 seekar. SP3 memaklumkan pula kepada broker hartanah iaitu SP1 untuk mendapatkan pembeli yang berminat. SP1 berjaya mendapatkan pembeli yang berminat iaitu Defendan 1. [13] Perbincangan telah diadakan antara Plaintif dengan Defendan 1 di mana Defendan 1 bersetuju membeli seluas 2 ekar dengan harga RM280,000 (iaitu RM140,000 seekar). Defendan 1 meminta SP1 3 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menyediakan PJB bagi menjadi bukti bahawa dia akan membayar deposit sebanyak RM10,000. [14] Pada hari PJB ditandatangani iaitu 18.12.2016, Defendan 1 telah membayar deposit sebanyak RM10,000 dan meninggalkan baki RM270,000. Status ini telah dinyatakan dalam PJB. [15] Kemudian Defendan 1 memaklumkan bahawa dia tidak mampu untuk membayar baki tersebut dan meminta untuk membeli satu ekar sahaja dengan harga RM140,000 dan dipersetujui oleh Plaintif. [16] Setelah Defendan membayar baki RM130,000, kedua-dua pihak telah hadir ke pejabat Defendan 2 di mana dokumen pindah milik (Borang 14A) ditandatangani Plaintif dan Defendan 1 dihadapan Penolong Pentadbir Tanah dan Jajahan Kota Bharu (Defendan 3/SD9). [17] Plaintif mengatakan dia tidak arif dalam mengisi Borang 14A dan meminta tunjuk ajar Defendan 1 untuk mengisinya terutamanya dibahagian atau kolum 4 (“Bahagian tanah [jika ada”]) muka surat 4 borang berkenaan. Plaintif mendakwa Defendan 1 menyatakan untuk diisi perkataan “SEMUA” dalam kolum tersebut. Plaintif juga menyatakan dia telah memberitahu Defendan 2 bahawa keluasan untuk jualan adalah 1 ekar tetapi Defendan 2 tidak membuat apa- apa pengiraan. [18] Selepas Borang 14A ditandatangani, Plaintif memberikan wang sebanyak RM1,300 untuk Defendan 1 membuat pindah milik dan bagi mendapatkan geran Hartanah Tersebut. [19] Plaintif cuba menghubungi Defendan 1 berapa minggu selepas itu tetapi gagal. Selanjutnya Plaintif pada 6.5.2018 suatu carian di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu dibuat dan mendapati kesemua 3/10 bahagian (5 ekar 320 depa) telah dipindah milik kepada Defendan 1. Plaintif menyatakan dia percaya keseluruhannya kepada Defendan 1 tetapi Defendan 1 secara tidak jujur memberikan tunjuk ajar yang tidak betul dalam mengisi kolum 4, muka surat 4, Borang 14A yang mana menyebabkan keseluruhan keluasan 5 ekar 320 depa telah dipindahkan kepada Defendan 1 dengan harga RM140,000 sahaja. 4 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kes Defendan 1 [20] Pihak Defendan 1 telah diberikan dua kali tarikh untuk memfailkan penghujahan bertulis iaitu sehingga 28.8.2023 dan sekali lagi sehingga 6.12.2023. Setakat 19.12.2023 penghujahan berkenaan belum difailkan. [21] Memandangkan saya akan bersara mulai 1.1.2024 dan mula bercuti pada 22.12.2023, saya menyediakan penghakiman ini berdasarkan penghujahan bertulis Plaintif, Nota Keterangan yang disediakan oleh pihak-pihak dan nota keterangan catitan saya sendiri alam buku kes. Kes Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 4 [22] Pihak Defendan 1 telah diberikan dua kali tarikh untuk memfailkan penghujahan bertulis iaitu sehingga 28.8.2023 dan sekali lagi sehingga 6.12.2023. Setakat 19.12.2023 penghujahan berkenaan belum difailkan. [23] Memandangkan saya akan bersara mulai 1.1.2024 dan mula bercuti pada 22.12.2023, saya menyediakan penghakiman ini berdasarkan penghujahan bertulis Plaintif, Nota Keterangan yang disediakan oleh pihak-pihak dan nota keterangan catitan saya sendiri alam buku kes. Penelitian dan penemuan mahkamah [24] Setelah mendengar dan meneliti kes dari kesemua pihak dalam perbicaraan ini, saya mendapati dan memutuskan seperti berikut: Terhadap Defendan 1 (a)isu PJB (i) hasrat Plaintif untuk menjual Hartanah Tersebut [25] Plaintif (SP2) telah memaklumkan hasratnya untuk menjual bahagiannya dalam Hartanah Tersebut iaitu seluas 5 ekar 320 depa kepada suaminya (SP3) dengan harga RM140,000 seekar. SP3 kemudiannya memaklumkan pula kepada seorang broker hartanah (SP1) untuk mencari pembeli yang berminat. Saya percaya dan berpendapat dalam memberikan makluman ini kepada SP1, 5 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal semestinya SP3 akan memberikan butir-butir lengkap Hartanah Tersebut seperti bahagian hakmilik Plaintif (5 ekar 320 depa), harga seekar iaitu RM140,000, kategori tanah, keadaan muka bumi, status pegangan dan sebagainya. Ini adalah butir-butir utama yang perlu diketahui oleh mana-mana broker hartanah (seperti SP1) bagi mencari pembeli yang berminat. [26] Saya juga percaya dan berpendapat butir-butir inilah yang dikemukakan kepada Defendan 1 melalui abang Defendan 1 (SD8) sehingga Defendan 1 berminat untuk membeli seluas 2 ekar dari bahagian Plaintif dalam Hartanah Tersebut. Dengan itu saya berpendapat Defendan 1 pada masa tersebut telah mempunyai pengetahuan berhubung dengan harga RM140,000 seekar seperti yang ditawarkan untuk dijual oleh Plaintif. [27] Atas keinginan untuk membeli tersebut (2 ekar), Defendan 1 telah ke rumah Plaintif sekitar tahun 2016 untuk berbincang. Perbincangan telah berjaya di mana Defendan 1 bersetuju untuk membeli seluas 2 ekar bahagian Plaintif dalam Hartanah Tersebut dengan harga RM280,000 iaitu RM140,000 seekar dan Plaintif pula bersetuju untuk menjualkannya. Keadaan ini telah mengujudkan suatu perjanjian lisan pada masa material. [28] Bagi menjadi bukti bahawa bayaran deposit sebanyak RM10,000 akan dibuat, Defendan 1 telah mengarahkan SP1 menyediakan PJB kerana SP1 adalah broker kepada transaksi tersebut. Disebabkan SP1 seorang yang buta huruf, dia telah meminta seorang lain iaitu pemilik kedai fotostet untuk menyediakannya. Di peringkat ini saya berpendapat SP1 juga telah memberikan butir- butir Hartanah Tersebut (seperti yang dijelaskan di atas sebelum ini) kepada orang tersebut termasuklah kesediaan Defendan 1 untuk membeli 2 ekar tanah dengan harga RM280,000. Melalui butir-butir yang diberikan itulah orang berkenaan menyediakan dokumen PJB. [29] Saya selanjutnya mendapati Defendan 1 telah berpuas hati dengan dokumen PJB ini dan telah ke rumah Plaintif pada 18.12.2016 bagi membayar deposit RM10,000 dan seterusnya menandatangani PJB. Turut hadir pada masa material selain dari Plaintif dan Defendan 1, adalah SP1 dan SP3. Defendan 1 dan Plaintif menandatangani PJB berkenaan dan SP1 juga menandatanganinya sebagai saksi. 6 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [30] Merujuk kepada PJB tersebut (ditandakan sebagai eksibit IdP1 pada awalnya), di muka surat 2, perenggan 1, saya dapati jelas dinyatakan bahawa Plaintif menjual Hartanah Tersebut (bahagiannya) seluas 2 ekar kepada Defendan 1 dengan harga RM280,000. Juga dinyatakan dengan bayaran pendahuluan sebanyak RM10,000, maka bakinya RM270,000 perlu dilunaskan selewat-lewatnya pada 20.3.2017. [31] Dari keterangan tersebut di atas, saya berpuas hati bahawa adalah menjadi hasrat Plaintif untuk menjual Hartanah Tersebut (bahagiannya) dengan harga RM140,000 seekar dan menjualkannya kepada Defendan 1 seluas 2 ekar dengan harga RM280,000. (ii) pembuat PJB (maker) tidak dipanggil sebagai saksi [32] Defendan 1 menghujahkan PJB ini tidak boleh diterima sebagai keterangan kerana pembuat PJB tidak dipanggil sebagai saksi bagi mengesahkan kesahihan PJB berkenaan. Ini diperuntukan di bawah Seksyen 73A, Akta Keterangan 1950: Section 73A. Admissibility of documentary evidence in civil cases, etc. (1) Notwithstanding anything contained in this Chapter, in any civil proceedings where direct oral evidence of a fact would be admissible, any statement made by a person in a document and tending to establish that fact shall, on production of the original document, be admissible as evidence of that fact if the following conditions are satisfied: (a) if the maker of the statement either- (i) had personal knowledge of the matters dealt with by the statement; or (ii) where the document in question is or forms part of a record purporting to be a continuous record, made the statement (so far as the matters dealt with thereby are not within his personal knowledge) in the performance of a duty to record information supplied to him by a person who had, or might reasonably be supposed to have had, personal knowledge of those matters; and 7 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) if the maker of the statement is called as a witness in the proceedings: Provided that the condition that the maker of the statement shall be called as a witness need not be satisfied if he is dead, or unfit by reason of his bodily or mental condition to attend as a witness, or if he is beyond the seas and it is not reasonably practicable to secure his attendance, or if all reasonable efforts to find him have been made without success. (2) In any civil proceedings, the court may at any stage of the proceedings, if having regard to all the circumstances of the case it is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused, order that such a statement as is mentioned in subsection (1) shall be admissible as evidence or may, without any such order having been made, admit such a statement in evidence- (a) notwithstanding that the maker of the statement is available but is not called as a witness; and (b) notwithstanding that the original document is not produced, if, in lieu thereof, there is produced a copy of the original document or of the material part thereof certified to be a true copy in such manner as may be specified in the order or as the court may approve, as the case may be. (3) Nothing in this section shall render admissible as evidence any statement made by a person interested at a time when proceedings were pending or anticipated, involving a dispute as to any fact which the statement might tend to establish. (4) For the purposes of this section, a statement in a document shall not be deemed to have been made by a person unless the document, or the material part thereof, was written, made or produced by him with his own hand, or was signed or initialed by him, or otherwise recognized by him in writing as one for the accuracy of which he is responsible. (5) For the purpose of deciding whether or not a statement is admissible as evidence by virtue of subsections (1) to (4) , the court may draw any reasonable inference from the form or contents of the document in which the statement is contained, or from any other circumstances, and may, in deciding whether or not a person is fit to attend as a witness, act on a certificate 8 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal purporting to be the certificate of a registered medical practitioner, and, where the proceedings are with assessors, the court may in its discretion reject the statement notwithstanding that the requirements of this section are satisfied with respect thereto, if for any reason, it appears to it to be inexpedient in the interests of justice that the statement should be admitted. (6) In estimating the weight, if any, to be attached to a statement rendered admissible as evidence by this Act, regard shall be had to all the circumstances from which any inference can reasonably be drawn as to the accuracy or otherwise of the statement, and, in particular, to the question whether or not the statement was made contemporaneously with the occurrence or existence of the facts stated, and to the question whether or not the maker of the statement had any incentive to conceal or misrepresent facts. (7) For the purpose of any rule of law or practice requiring evidence to be corroborated, or regulating the manner in which uncorroborated evidence is to be treated, a statement rendered admissible as evidence by this Act shall not be treated as corroboration of evidence given by the maker of the statement.” [33] Keterangan dalam kes ini menunjukan semasa Plaintif dan Defendan 1 menandatangani PJB berkenaan pada 18.12.2016, telah hadir tiga orang saksi yang melihat kedua-dua pihak menandatanganinya (saksi mata) iaitu Plaintif sendiri, suaminya (SP3) dan broker hartanah (SP1). Ketiga-tiga mereka ini saya berpendapat mempunyai pengetahuan yang khusus berhubung dengan kandungan PJB tersebut seperti tujuan PJB, subject matter, keluasan tanah yang hendak dijual, harga, bayaran deposit dan sebagainya. Sehubungan itu saya memutuskan keterangan ketiga- tiga saksi ini boleh diterima pakai bagi mengesahkan PJB berkenaan walau pun pembuat PJB tidak dipanggil. Ini selaras dengan keputusan keskes: Sin Kung Logistics (KL) Sdn Bhd v Projek Lebuhraya Usahasama Bhd [2019] 10 CLJ 137: “(1) Section 73A of the Evidence Act 1950 clearly gave the court the power to admit the Forms as documentary evidence without calling their makers. Seterusnya saya juga merujuk:- 9 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [6] Further, Lordship said s.73A of the Evidence Act 1950 allows primary documents to be tendered without the necessity of calling the maker to the court.6” Dali bin Hashim v Abdul Halim bin Mohd Noor [2023] 1 LNS 1538: “[26] SP1 telah mendapati empat tandatangan yang dikatakan ditandatangani oleh Si Mati adalah bukan tandatangan simati setelah pemeriksaan dilakukan. Keterangan ini bertentangan dengan keterangan Defendan Pertama yang mengatakan simati menandatangani di hadapannya. Keterangan pakar tulisan tangan bukan merupakan tandatangan bukan merupakan keterangan yang konklusif kerana ia adalah keterangan berbentuk pendapat. Jika ada keterangan daripada seseorang yanq boleh dipercavai melihat seseorang itu menandatangani sesuatu dokumen maka keterangan orang itu boleh diterima mengatasi keterangan pakar.” (iii) Plaintif menandatangani PJB untuk SP1 sebagai saksi [34] Seperti yang dinyatakan sebelum ini, SP1 adalah seorang buta huruf dan tidak tahu untuk menurunkan tandatangannya pada PJB. Sehubungan itu Plaintif telah menandatanganinya bagi pihak SP1. Keadaan ini telah disaksikan oleh Defendan 1 sendiri dan SP3. Tiada bantahan mana-mana pihak pada masa material. Saya percaya dan berpendapat Defendan 1 sendiri tidak mempunyai bantahan kepada tindakan tersebut kerana dia yakin dan mempercayai SP1 kerana SP1-lah yang memperkenalkan Hartanah Tersebut, membawanya menemui Plaintif, mengarahkan SP1 menyediakan dokumen PJB dan bersetuju dengan kandungan PJB berkenaan. (iv) dakwaan Defendan 1 bahawa tandatangannya pada PJB dipalsukan. [35] Dari rekod Case Management System (CMS), kes ini telah ditangguhkan beberapa kali bagi membolehkan Defendan 1 menghantar PJB ke Jabatan Kimia bagi dibuat analisa berhubung dengan ketulenan tandatangan Defendan 1. Rekod menunjukan permohonan Defendan 1 kali pertama untuk merujuk ke Jabatan Kimia adalah pada 28.7.2019. Sehingga perbicaraan penuh 10 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bermula pada 1.8.2022, Defendan 1 masih gagal mengemukakan laporan kimia. [36] Alasan yang diberikan adalah bahawa dia telah menyerahkannya untuk tindakan kepada peguamcaranya. Plaintif telah memberikan kerjasama dengan memberikan dokumen PJB asal kepada Defendan 1 untuk tindakan tersebut tetapi gagal dimunafaatkan olehnya. Saya tidak dapat menerima alasan Defendan 1 ini kerana saya percaya tanggungjawab peguam adalah untuk mematuhi arahan anak guam jika benar arahan tersebut diberikan. [37] Keterangan adalah jelas bahawa tiga orang saksi mata melihat Defendan 1 menandatangani PJB. Saya juga berpendapat keterangan saksi-saksi mata ini adalah mencukupi dan mengatasi keterangan dari laporan kimia (prinsip kes Dali bin Hashim v Abdul Halim bin Mohd Noor [supra]). Dengan itu saya memutuskan Defendan 1 telah menurunkan sendiri tandatangannya pada PJB. [38] Oleh itu saya juga tidak dapat menerima akuan bersumpah abang Defendan 1 iaitu SD8 yang mengikrarkan bahawa Defendan 1 tidak menandatangani PJB. SD8 adalah saksi Defendan 1 yang hadir memberikan keterangan bersumpah dalam mahkamah. Oleh itu keterangannya adalah tertakluk pada soal balas dan juga terhadap keterangan-keterangan lain yang dikemukakan. (v) perbezaan kepada nama Defendan 1 [39] Defendan 1 menghujahkan namanya seperti dalam kad pengenalan adalah “Awang @ Hamzah bin Daud”. Dalam PJB pula dicatitkan namanya sebagai “Awang Hamzah bin Daud”. Namun nombor kad pengenalannya adalah sama iaitu 590924-03-5477 dan diakui benar olehnya. [40] Saya berpendapat ini bukanlah suatu isu kerana berdasarkan keseluruhan fakta dan keterangan, Defendan 1 adalah penama yang terlibat dalam transaksi jual beli Hartanah Tersebut dan bukannya seorang individu lain. Oleh itu saya memutuskan kedua- dua nama tersebut adalah merujuk kepada Defendan 1. (vi) Defendan 1 tidak berada di rumah Plaintif pada 18.12.2016 untuk menandatangani PJB. 11 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [41] Defendan 1 menghujahkan dia berada di Tanah Merah pada masa material kerana bertugas sebagai ahli jawatankuasa untuk suatu majlis sekolah (jamuan akhir tahun). Defendan 1 mengemukakan saksi SD2 iaitu Guru Besar sekolah tempat Defendan 1 bekerja bagi mengesahkan kehadiran Defendan 1 dalam majlis tersebut. Keterangan menunjukan SD2 hanya mula bertugas di tempat kerja yang sama dengan Defendan 1 pada tahun 2018 sedangkan majlis tersebut diadakan pada tahun 2016. SD2 hanya bergantung kepada kad perakam waktu kerja Defendan 1 bertarikh 18.12.2016 bagi mengesahkan perkara tersebut (eksibit “D6”). [42] Defendan juga mengemukakan SD3 yang juga rakan sekerja sekolah berkenaan bagi mengesahkan kehadiran Defendan 1 dalam majlis tersebut. SD3 juga bergantung kepada kad perakam waktu yang sama (“D6”). Tiada keterangan yang menunjukan SD3 hadir pada petang 18.12.2016 kerana SD3 bukanlah seorang ahli jawatankuasa majlis berkenaan yang akan berlangsung pada malamnya (eksibit “D7”). Sehubungan itu saya menolak keterangan kedua-dua saksi berkenaan. (vii) PJB ujud dan tulen [43] Selain dari keterangan-keterangan yang dikemukakan di atas yang menunjukan keujudan dan ketulenan PJB berkenaan, saya juga mendapati terdapatnya cop setem cukai RM100 pada PJB tersebut (muka surat 2, PJB). Ini pada pendapat saya membuktikan bahawa kedua-dua pihak adalah serius bagi memastikan transaksi jual beli berkenaan berjalan dan berjaya. Oleh itu saya berpendapat PJB ini adalah ujud dan tulen. [44] Dengan penemuan-penemuan di atas, saya memutuskan menerima dokumen PJB ini sebagai keterangan dalam perbicaraan ini dan ditandakan sebagai eksibit “P1”. (b)Defendan 1 menukar pembelian kepada 1 ekar sahaja. [45] Keterangan (melalui Plaintif, SP1 dan SP3) juga menunjukan bahawa selepas membayar deposit RM10,000 dan perlu membayar baki RM270,000 selewat-lewatnya 20.3.2017, Defendan 1 memaklumkan kepada Plaintif bahawa dia tidak mampu membayar baki tersebut dan memohon untuk membeli seekar sahaja dengan harga RM140,000. 12 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [46] sebagai seorang broker hartanah, perniagaannya bukan dengan Plaintif dan Defendan 1 sahaja tetapi dengan pelanggan lain pada masa material dan masa hadapan. (c)harga Hartanah Tersebut RM140,000 adalah munasabah dan mengikut pasaran semasa [47] Hartanah Tersebut terletak di Mukim Ketereh dalam Jajahan Kota Bharu (salinan geran hartanah ditandakan sebagai eksibit “D14”). Sebahagian besar Jajahan Kota Bharu adalah suatu kawasan bandaran dan mempunyai banyak kemudahan dan infrastruktur. Syarat nyata adalah tanaman getah. Rupa buminya adalah rata (lawatan mahkamah ke Hartanah Tersebut pada 6.7.2023). Juga terdapat jalan masuk ke Hartanah Tersebut yang boleh dilalui kenderaan seperti kereta. Foto yang dikemukakan Defendan 1 tidak menggambarkan keadaan sebenar Hartanah Tersebut. [48] Keluasannya adalah 5 ekar 320 depa dan bagi seekar dapat dipecahkan kepada 6 lot (penjelasan Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu semasa lawatan mahkamah ke tapak berkenaan). Dengan itu sebanyak 30 lot dapat dipecahkan dari keluasan 5 ekar 320 depa tersebut. Keadaan ini menunjukan potensi ekonomi Hartanah Tersebut. [49] Keterangan SD9 iaitu Defendan 3 sendiri (seorang pegawai yang bertugas di pejabat tanah kawasan berkenaan dan biasa dengan hal ehwal hartanah di situ) mengesahkan harga RM140,000 untuk keluasan 5 ekar 320 depa adalah tidak munasabah (semasa di soal balas peguamcara Plaintif, di muka surat 319, Nota Keterangan). [50] Saya juga berpendapat keterangan SP1 iaitu seorang broker hartanah yang arif dengan harga pasaran di kawasan itu adalah suatu panduan yang tepat. [51] Sehubungan itu berdasarkan kepada penemuan tersebut, saya berpendapat harga Hartanah Tersebut sebanyak RM140,000 untuk keluasan 5 ekar 320 depa adalah tidak munasabah dan tidak menggambarkan harga pasaran. 13 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d)Notis taksiran pindah milik hartanah dari Lembaga Hasil Dalam Negeri bertarikh 10.4.2017 [52] Notis ini telah dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit “D18”. Dalam notis ini Lembaga Hasil Dalam Negeri menilaikan 3/10 bahagian Hartanah Tersebut bagi tujuan pencukaian sebanyak RM215,000. [53] Saya mendapati penilaian tersebut adalah berdasarkan kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh Defendan 1 sendiri yang jelas bertentangan dengan PJB. Ini dapat dilihat di bahagian lampiran notis berkenaan di Bahagian A(a) dimana dinyatakan “Balasan (seperti yang dinyatakan dalam Surat Cara Pindah Milik)” sebanyak RM70,000. Sedangkan pada hakikatnya tiada catatan jumlah atau jenis balasan yang dicatitkan dalam borang pindah milik (Borang 14A). [54] Sehubungan itu saya berpendapat nilaian 3/10 bahagian Hartanah Tersebut sebanyak RM215,000 adalah tidak tepat kerana berdasarkan kepada maklumat yang tidak betul. (e)borang pindah milik Hartanah Tersebut (Borang 14A) [55] Plaintif memberikan keterangan bahawa dia tidak begitu faham untuk mengisi borang pindah milik Hartanah Tersebut (Borang 14A) yang dikemukakan sebagai eksibit “P2”. Dia telah meminta tunjuk ajar (bertanyakan) dari Defendan 1 terutamanya untuk mengisi butiran di kolum 4, muka surat 4 iaitu kolum “Bahagian tanah (jika ada)” kerana Defendan 1 lebih mengetahui darinya. Defendan 1 memberitahu Plaintif untuk mengisi perkataan “SEMUA” pada kolum tersebut. Keterangan ini disokong oleh SP1 dan SD8 yang hadir bersama Plaintif dan Defendan 1 di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu pada 30.3.2017. [56] Merujuk kepada kolum berkenaan, saya juga mendapati tajuk “Bahagian tanah (jika ada)” telah dicatitkan oleh Plaintif dengan perkataan “SEMUA (324/1080)”. Meneliti kepada kolum ini saya percaya Plaintif mengalami kesulitan serta kekeliruan untuk mengisinya (sebagai seorang biasa yang munasabah) iaitu apa yang perlu ditulis di kolum 4 (“Bahagian tanah [jika ada]”) atau apa maksud sebenar kolum tersebut iaitu sama ada keseluruhan keluasan yang dimiliki Plaintif atau keseluruhan keluasan Hartanah Tersebut atau keluasan yang hendak dijual kepada Defendan 1. 14 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [57] Saya berpendapat dengan kepercayaan Plaintif kepada Defendan 1 yang memaklumkan untuk menulis “SEMUA” yang dikatakan bermaksud keluasan 1 ekar yang hendak dijual, Plaintif telah menulis perkataan tersebut. Tetapi Plaintif juga telah mencatitkan tambahan dengan tulisan “(324/1080). Merujuk kepada cabutan geran hakmilik Hartanah Tersebut (muka surat 1-2 Ikatan Dokumen Bersama), saya dapati terdapat juga endorsan untuk pemilik-pemilik bersama lain seperti 37/1080 bahagian dan 54/1080 bahagian. [58] Saya percaya dan berpendapat, walau pun Plaintif mencatitkan perkataan “SEMUA (324/1080) tetapi dia bermaksud untuk keluasan 1 ekar sahaja. [59] Selain dari itu Borang 14A tersebut juga menjadi suatu instrumen “cacat” (defect) kerana tiada catitan di bahagian balasan (di muka surat 1). Keadaan ini menjadikan ianya tidak sah dan terbatal di bawah Seksyen 26 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukan: “Section 26. Agreement without consideration, void, unless - An agreement made without consideration is void, unless - it is in writing and registered (a) it is expressed in writing and registered under the law (if any) for the time being in force for the registration of such documents, and is made on account of natural love and affection between parties standing in a near relation to each other; or is a promise to compensate for something done (b) it is a promise to compensate, wholly or in part, a person who has already voluntarily done something for the promisor, or something which the promisor was legally compellable to do; or or is a promise to pay a debt barred by limitation law. (c) it is a promise, made in writing and signed by the person to be charged therewith, or by his agent generally or specially authorized in that behalf, to pay wholly or in part a debt of which the creditor might have enforced payment but for the law for the limitation of suits. 15 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal In any of these cases, such an agreement is a contract.” [60] Ini selaras dengan keputusan kes-kes: Tuan Mat Tuan Soh & Ors v Zaiton Ismail & Ors [2020] MLRHU 2075: “[23] Isu kedua ialah samada Borang 14A, iaitu Eksh P2 tersebut, adalah cacat atau sebaliknya. Menurut HMS yang bijaksana, Borang 14A tersebut tidak langsung menyatakan apakah balasan di dalam urusniaga tersebut. Setelah merujuk kepada kes Siti Haida binti Ismail v. Siti Maznah binti Yahya & Ors [2018] 5 MLRA 325; [2018] 6 MLJ 701, yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan, HMS yang bijaksana berpandangan bahawa perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah mengambil kira s 26 Akta Kontrak 1950.” Siti Haida binti Ismail v Siti Maznah binti Yahya & Ors [2018] 6 MLJ 701: [61] The deceased and the defendant do not stand in a near relationship to each other. It follows that when the transfer in Form 14A is contrary to s 26 of the Contracts Act 1950, consequently, the Form 14A being instruments of transfer prescribed under the NLC was not fit for registration under para (c) of s 301 of the National Land Code for being contrary to s 26 of the Contracts 1950. Further, we hold that as the Form 14A is an instrument which is not fit for registration, the Form 14A is incapable of registration on the basis that it is insufficient or void instrument. Form 14A is null and void for illegality and must be set aside.” [61] Atas penemuan-penemuan tersebut, hakmilik berdaftar Defendan 1 adalah menjadi boleh disangkal di bawah Seksyen 340 kanun Tanah Negara: Section 340. Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances (1) The title or interest of any person or body for the time being registered as proprietor of any land, or in whose name any lease, charge or easement is for the time being registered, shall, subject to the following provisions of this section, be indefeasible. 16 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal NOTES Provisions of the Modification National Land Code In its application to the Federal Territory of Labuan, delete the Paragraph words “or 265(4)”. 339(2)(b) — see P.U. (A) 454/2009 (2) The title or interest of any such person or body shall not be indefeasible— (a) in any case of fraud or misrepresentation to which the person or body, or any agent of the person or body, was a party or privy; or (b) where registration was obtained by forgery, or by means of an insufficient or void instrument; or (c) where the title or interest was unlawfully acquired by the person or body in the purported exercise of any power or authority conferred by any written law. (3) Where the title or interest of any person or body is defeasible by reason of any of the circumstances specified in subsection (2)— (a) it shall be liable to be set aside in the hands of any person or body to whom it may subsequently be transferred; and (b) any interest subsequently granted thereout shall be liable to be set aside in the hands of any person or body in whom it is for the time being vested: Provided that nothing in this subsection shall affect any title or interest acquired by any purchaser in good faith and for valuable consideration, or by any person or body claiming through or under such a purchaser. (4) Nothing in this section shall prejudice or prevent— (a) the exercise in respect of any land or interest of any power of forfeiture or sale conferred by this Act or any other written law for the time being in force, or any power of avoidance conferred by any such law; or 17 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) the determination of any title or interest by operation of law. (f)caveatable interest [62] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan di atas, saya berpendapat Plaintif mempunyai caveatable interest dengan memasukan kaveat persendirian ke atas Hartanah Tersebut pada 8.5.2018 (eksibit “D21”). Kepentingan untuk mengkaveatkan ini diperuntukan di bawah Seksyen 323 (1) Kanun Tanah Negara: “Section 323. Applications for entry of private caveats (1) The persons and bodies at whose instance a private caveat may be entered are— (a) any person or body claiming title to, or any registrable interest in, any alienated land or undivided share in any alienated land or any right to such title or interest; (b) any person or body claiming to be beneficially entitled under any trust affecting any such land or interest; and (c) the guardian or next friend of any minor claiming to be entitled as mentioned in paragraph (b).” [63] Juga telah diputuskan dalam kes Shamsul Azlan Mazelan & 1 lagi v Mohd Nor Hafiz Mohd Nor & 9 yang lain [2023] 1 LNS 331: “[12] Selanjutnya dalam kes Score Options Sdn Bhd v Mexaland Development Sdn. Bhd. [2012] 6 MLJ 475 Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa tujuan kaveat dimasukkan adalah untuk memelihara kepentingan ke atas suatu Hartanah dan untuk memelihara status quo tanah sementara menunggu penguatkuasaan kepentingan atau hak tersebut. [13] Sementara itu mana-mana orang yang terkilan boleh memohon untuk membatalkan kaveat tersebut di bawah subseksyen 327(1) KTN.” (g)gantirugi am [64] Sepanjang perbicaraan dijalankan, Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang keterangan untuk menunjukan bahawa dia mengalami kerugian atau tidak dapat menggunakan secara 18 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ekslusif 3/10 Hartanah Tersebut. Semasa lawatan mahkamah ke tapak berkenaan, didapati tiada rumah Plaintif dibina atau ditanam pokok-pokok buah-buahan atau aktiviti menternak binatang. [65] Kerugian yang dialami oleh Plaintif hanyalah dari segi tekanan dan kesedihan (saya mengambil judicial notice walau pun tiada laporan perubatan dikemukakan) ekoran dari insiden tersebut. Terhadap Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 4 [66] Defendan 2 sebagai penjawat awam pada masa material iaitu berjawatan Penolong Pentadbir Tanah dan Jajahan Kota Bharu bertindak sebagai saksi semasa Plaintif dan Defendan 1 menandatangani borang pindah milik (Borang 14A). [67] Penyaksian tersebut adalah berdasarkan kepada tugas statutori beliau dan berpandukan kepada dokumen-dokumen yang dikemukakan dihadapannya seperti Borang 14A, kad pengenalan, geran hakmilik dan sebagainya. [68] Oleh itu Defendan 2 dalam menjalankan tugas tanpa dakwaan penyelewengan atau frod, adalah dilindungi di bawah Seksyen 5 dan Seksyen 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956. Seksyen tersebut juga melepaskan tanggungan Defendan 3 dan Defendan 4. [69] Sesyen 5 Akta Prosiding Kerajaan 1956 memperuntukan: “Section 5. Liability of the Government in tort. Subject to this Act, the Government shall be liable for any wrongful act done or any neglect or default committed by any public officer in the same manner and to the same extent as that in which a principal, being a private person, is liable for any wrongful act done, or any neglect or default committed by his agent, and for the purposes of this section and without prejudice to the generality thereof, any public officer acting or purporting in good faith to be acting in pursuance of a duty imposed by law shall be deemed to be the agent of and to be acting under the instructions of the Government.” 19 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [70] Seksyen 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956 memperuntukan: “Section 6. Limits of liability of the Government. (1) No proceedings shall lie against the Government by virtue of section 5 in respect of any act, neglect or default of any public officer, unless proceedings for damages in respect of such act, neglect or default would have lain against such officer personally. (2) Any written law which negatives or limits the amount of the liability of any public officer in respect of any act, neglect or default committed by that officer shall, in the case of proceedings against the Government under section 5 in respect of such act, neglect or default of such officer, apply in relation to the Government as it would have applied in relation to such officer if the proceedings against the Government had been proceedings against such officer. (3) No proceedings shall lie against the Government by virtue of section 5 in respect of anything done or omitted to be done by any person while discharging or purporting to discharge any responsibilities of a judicial nature vested in him, or any responsibilities which he has in connection with the execution of judicial process. (4) No proceedings shall lie against the Government by virtue of section 5 in respect of any act, neglect or default of any public officer, unless that officer was at the material time employed by the Government and paid in respect of his duties as an officer of the Government wholly out of the revenues of the Government, or any fund certified by the appropriate financial officer for the purposes of this subsection or was at the material time holding an office in respect of which the appropriate financial officer certifies that the holder thereof would normally be so paid. (5) For the purposes of subsection (4) the expression “appropriate financial officer” means, in respect of the Federal Government, the Minister of Finance, and in respect of the Government of a State, the State Financial Officer, and, in the case of the States of Sabah and Sarawak, the State Minister responsible for finance.” Tuntutan balas Defendan 1 [71] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan dalam kes ini, saya berpendapat disebabkan Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan 1, maka Defendan 1 tidak 20 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengalami sebarang kerugian atau kesusahan yang disebabkan oleh Plaintif. Segala kerugian dan kesusahan (jika ada) adalah disebabkan oleh sikap Defendan 1 sendiri yang tidak jujur dan cuba mengambil kesempatan di atas kekhilafan Plaintif. Keputusan [72] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan dalam kes ini dan atas imbangan kebarangkalian saya memutuskan seperti berikut: (1)Tuntutan terhadap Defendan 1 (i) tuntutan terhadap Defendan 1 dibenarkan seperti berikut: a) satu periystiharan diberikan bahawa pendaftaran pindah milik 3/10 (5 ekar 320 depa) bahagian Hartanah Tersebut dari Plaintif kepada Defendan 1 adalah terbatal dan tidak sah. b) Defendan 3 diperintahkan dalam masa 30 hari dari tarikh serahan perintah membatalkan pendaftaran hakmilik Hartanah Tersebut dari Plaintif kepada Defendan 1 dan mendaftar semula 1 (satu) ekar dari 3/10 bahagian hartanah tersebut yang kini didaftarkan atas nama Defendan 1 kepada nama Plaintif. c) Defendan 3 membatalkan pendaftaran hakmilik Hartanah Tersebut dari Plaintif kepada Defendan 1 dan mendaftar semula baki lebihan 1 (satu) ekar dari 3/10 bahagian Hartanah Tersebut atas nama Plaintif. d) Defendan 1 diperintahkan membayar gantirugi am sebanyak RM5,000 sahaja. e) gantirugi khas ditanggung sendiri oleh Plaintif. f) faedah 5% setahun dari tarikh pindah milik dari Plaintif kepada Defendan 1 hingga tarikh penyelesaian penuh. g) Defendan 1 diperintahkan membayar kos kepada Plaintif sebanyak RM25,000 dan tertakluk pada 4% alokatur. (2)Tuntutan terhadap Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 4 a) tuntutan Plaintif terhadap Defendan 2, 3 dan 4 ditolak. b) Plaintif diperintahkan membayar kos sebanyak RM15,000 kepada Defendan 2, 3 dan 4 (berkongsi). 21 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (3)Tuntutan balas Defendan 1 Tuntutan balas Defendan 1 ditolak. Bertarikh: 28 Disember 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Roshayati binti Hassan, Tetuan Norzaimah Roshayati & Co, PT 5327, Jalan Desa Mardhiah Binaraya Jalan Satu, Panchor 16100 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan 1: Mohd Syukran bin Noordin, Tetuan Syukran Noordin, Lot 3063 (A), Wisma Cikgu Hamid, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Defendan 2-4: Tuan Adam bin Mohamed @ Mamat, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Tingkat Bawah, Blok 5, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan. 22 S/N qnPEiWCE0m61/LpkpYgg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal