Ali Nur Fitri Bin Yazid LEMBAGA TATATERTIB KONTINJEN SELANGOR
The High Court dismissed the judicial review because the s86 Police Act investigation did not constitute criminal proceedings (no charges) to engage Regulations 30/31; the disciplinary and criminal issues were legally distinct; applicant's own representations amounted to admissions undermining procedural complaints;...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-25-27-05/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: ALI NUR FITRI BIN YAZID; Respondent: LEMBAGA TATATERTIB KONTINJEN SELANGOR
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 13 March 2025
- Case Number
- BA-25-27-05/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review Employment/disciplinary Dismissal / High Court Judgment (decision)
- Outcome
- Application dismissed
- Legal Topics
- Judicial Review, Procedural Impropriety, Double Jeopardy, Proportionality, Disciplinary Proceedings, Right of Appeal
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
ALI NUR FITRI BIN YAZID
Applicant
LEMBAGA TATATERTIB KONTINJEN SELANGOR
Respondent
Procedural Posture
Judicial Review Employment/disciplinary Dismissal / High Court Judgment (decision)
Legal Issues
- 1 Whether disciplinary proceedings should have been stayed pending investigation/prosecution under s86 Police Act 1967
- 2 Whether applicant suffered double jeopardy or was prejudiced by concurrent criminal investigation
- 3 Whether disciplinary authority failed to take into account applicant's defence and procedural safeguards
Ratio Decidendi
The High Court dismissed the judicial review because the s86 Police Act investigation did not constitute criminal proceedings (no charges) to engage Regulations 30/31; the disciplinary and criminal issues were legally distinct; applicant's own representations amounted to admissions undermining procedural complaints; no illegality, Wednesbury unreasonableness or procedural impropriety was established and non-payment of emoluments was administrative under Perintah Am 14A, not a disciplinary double punishment.
Court Disposition
Application dismissed
Orders
- Judicial review application dismissed
- No order as to costs
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-25-27-05/2021 Kand. 71 29/04/2025 09:06:31 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO. BA-25-27-05/2021 Dalam perkara mengenai pembuangan kerja Lans Koperal ALI NUR FITRI BIN YAZID (NO. K/P: 850620-14-5747) (RF/179123); Dan Dalam perkara mengenai Peraturan- Peraturan 4(2) (g), 24, 37, 38 (g) 52 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002; Dan Dalam perkara mengenai Peraturan- Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993; Dan Dalam perkara Suruhanjaya Pasukan Polis DiRaja Malaysia; Dan Dalam perkara mengenai Akta Spesifik Relif 1950; Dan Dalam perkara mengenai Aturan 53 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012; Dan Dalam perkara Akta Mahkamah Kehakiman, 1964; Dan 1 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dalam perkara Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 132, 140 dan 144. ANTARA ALI NUR FITRI BIN YAZID (NO. K/P: 850620-14-5747) (RF/179123) PEMOHON DAN LEMBAGA TATATERTIB KONTINJEN SELANGOR RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Pemohon melalui permohonan semakan kehakiman ini memohon agar Mahkamah ini memerintahkan untuk relif-relif yang antaranya seperti berikut: (i) satu perintah deklarasi bahawa hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas Pemohon untuk pertuduhan-pertuduhan di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib) 1993 yang diberikan pada 27.01.2021 (“Peraturan- Peraturan 1993”) (“Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan”) adalah terbatal, tidak sah, tiada efek, tiada kesan dan salah di sisi undang-undang; 2 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) satu perintah certiorari untuk membatalkan keseluruhan Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan tersebut diatas; (iii) satu perintah mandamus bahawa Pemohon diterima dan ditempatkan semula ke pangkat asalnya tanpa sebarang penurunan pangkat dan segala gaji, emolumen, elaun-elaun, bonus dan apa-apa manfaat kewangan yang tertunggak dari tarikh pembuangan kerja Pemohon dibayar kepada Pemohon; dan (iv) faedah, kos dan relif-relif turutan lain yang Mahkamah ini fikir suaimanfaat. [2] Rentetan daripada Keputusan-Keputusan yang Dipersoalkan tersebut, Pemohon telah dikenakan dengan hukuman amaran, denda sehari gajinya dan juga dibuang kerja. LATAR BELAKANG KES [3] Sebelum tindakan tatatertib dibawa keatas Pemohon, Pemohon merupakan seorang anggota pasukan Polis DiRaja Malaysia. Pemohon memulakan perkhidmatannya sejak tahun 2011 dan disahkan perkhidmatannya sebagai seorang Konstabel pada tahun 2013. Pemohon kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai seorang Lans Koperal. Sejak tahun 2019, Pemohon bertugas di Balai Polis Kelana Jaya di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. 3 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [4] Pada 12.10.2020, Pemohon telah diserahkan dengan surat yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor (“Pengerusi Lembaga Tatatertib”) bertajuk “Tindakan Tatatertib di bawah Peraturan 37, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat dibawah Peraturan 38, Peraturan yang sama” yang mengandungi tujuh pertuduhan (“Surat Pertuduhan”). Surat Pertuduhan tersebut telah dialamatkan kepada Pemohon melalui Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya. [5] Menurut Surat Pertuduhan tersebut, Pemohon dimaklumkan bahawa Pengerusi Lembaga Tatatertib (yang kuasa beliau diwakilkan oleh Suruhanjaya Pasukan Polis melalui “Suratcara Perwakilan Kuasa P.U.(B) 441 bertarikh 14/12/2000”) telah menimbang segala maklumat yang ada, dan mendapati bahawa terdapat satu kes prima facie terhadap Pemohon yang membolehkan Pemohon dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja atau turun pangkat di bawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. Sebanyak tujuh pertuduhan telah dirangka terhadap Pemohon. Pemohon juga dikehendaki mengemukakan representasi secara bertulis kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib melalui ketua jabatan Pemohon, dalam tempoh 21 hari dari tarikh penerimaan Surat Pertuduhan. [6] Secara ringkasnya, kesemua tujuh pertuduhan yang dirangka terhadap Pemohon adalah bahawa Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas untuk tempoh tertentu tanpa cuti atau tanpa terlebih 4 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, bertentangan dengan Peraturan 24 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. Sehubungan dengan itu, Pemohon dikatakan telah melanggar Peraturan 4(2)(g) Peraturan-Peraturan 1993 tersebut yang memperuntukkan bahawa “seorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawab” dan Pemohon dimaklumkan jika Pemohon didapati bersalah atas pertuduhan yang dikenakan, Pemohon boleh dihukum mengikut Peraturan 38 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. [7] Butiran ketujuh-tujuh pertuduhan yang dirangka terhadap Pemohon (“Pertuduhan-Pertuduhan tersebut”) adalah seperti berikut: (v) untuk Pertuduhan Pertama (“Pertuduhan Pertama”), Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas selama enam hari pada bulan November tahun 2019; (vi) untuk Pertuduhan Kedua (“Pertuduhan Kedua”), Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas selama 21 hari pada bulan Disember tahun 2019; (vii) untuk Pertuduhan Ketiga (“Pertuduhan Ketiga”), Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas selama 24 hari pada bulan Januari tahun 2020; (viii) untuk Pertuduhan Keempat (“Pertuduhan Keempat”), Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas selama 17 hari pada bulan Februari tahun 2020; 5 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ix) untuk Pertuduhan Kelima (“Pertuduhan Kelima”), Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas selama 23 hari pada bulan Mac tahun 2020; (x) untuk Pertuduhan Keenam (“Pertuduhan Keenam”), Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas selama 24 hari pada bulan April tahun 2020; dan (xi) untuk Pertuduhan Ketujuh (“Pertuduhan Ketujuh”), Pemohon telah didapati tidak hadir bertugas selama 27 hari pada bulan Mei tahun 2020. [8] Pada 03.11.2020, Pemohon telah mengemukakan surat representasi berserta dokumen-dokumen yang menyokong representasi bertulis Pemohon kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib untuk kesemua tujuh pertuduhan. [9] Pada 05.02.2021, Pemohon telah diserahkan dengan surat bertarikh 27.01.2021 yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib bertajuk “Pemberitahuan Hukuman Tatatertib”. Pemohon dimaklumkan bahawa setelah Lembaga Tatatertib menimbang representasi yang dikemukakan oleh Pemohon dengan “teliti dan saksama”, Pemohon didapati tidak dapat membebaskan diri beliau. [10] Ekoran itu, Lembaga Tatatertib telah memutuskan untuk mengenakan hukuman terhadap kesemua tujuh pertuduhan yang 6 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dirangka terhadap Pemohon, berkuatkuasa pada 27.01.2021 seperti berikut: (i) untuk Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Kedua, Pemohon dikenakan dengan hukuman “amaran” mengikut Peraturan 38(a) Peraturan-Peraturan 1993 tersebut; (ii) untuk Pertuduhan Ketiga, Pertuduhan Keempat dan Pertuduhan Kelima, Pemohon dikenakan dengan hukuman “denda 1 hari gaji” mengikut Peraturan 38(b) Peraturan- Peraturan 1993 tersebut; dan (iii) untuk Pertuduhan Keenam dan Pertuduhan Ketujuh, Pemohon dikenakan dengan hukuman “buang kerja” mengikut Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. [11] Terkilan dengan keputusan Lembaga Tatatertib, Pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ini. PRINSIP UNDANG-UNDANG SEMAKAN KEHAKIMAN [12] Prinsip undang-undang berkenaan permohonan semakan kehakiman adalah mantap. Mahkamah Persekutuan di kes R Rama Chandran v Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 CLJ 147 telah memutuskan antara lain bahawa dalam mendengar permohonan semakan kehakiman, Mahkamah bukan sahaja boleh meneliti proses membuat keputusan tetapi kuasa Mahkamah juga adalah keatas penelitian kekukuhan (substance) keputusan 7 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut. Mahkamah akan tentukan sama ada keputusan tersebut tercemar dengan kepenyalahan undang-undang (illegality), ketidak munasabahan Wednesbury (Wednesbury unreasonableness) dan ketidakpatuhan prosedur (procedural impropriety). R Rama Chandran (supra) juga mendapati bahawa kemungkinan terdapat cabang keempat iaitu ketidaksetimpalan (proportionality). ANALISA DAN DAPATAN [13] Berdasarkan prinsip semakan kehakiman, mahkamah ini akan meneliti dan memperhalusi setiap alasan yang dikemukakan Pemohon. Alasan Pertama - bahawa tindakan tatatertib diambil dan diputuskan sementara siasatan dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967 masih dalam proses dan belum diputuskan [14] Pemohon berhujah bahawa berdasarkan kepada Peraturan 30 Peraturan-Peraturan 1993, tindakan tatatertib harus ditangguhkan apabila prosiding jenayah berjalan atau dijangka berjalan. Menurut peguam terpelajar Pemohon, prinsip ini turut terpakai di dalam perihal di mana Pemohon masih belum dituduh secara rasmi di Mahkamah. Adalah dihujahkan bahawa pendirian ini adalah sejajar dengan prinsip isi dan kulit (pith and substance) dan pelanggaran terhadap pendirian ini terjumlah kepada bahaya berganda (double jeopardy). 8 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Berdasarkan kepada fakta kes, peguam terpelajar Pemohon berhujah bahawa siasatan dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967 tersebut berasaskan dakwaan ketidakhadiran bertugas, yang merupakan isu yang sama dengan tindakan tatatertib yang diambil oleh Responden terhadap Pemohon. Responden sepatutnya menangguhkan tindakan tatatertib keatas Pemohon tersebut dan tidak ambil sebarang tindakan sehingga siasatan dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967 dilengkapkan. [16] Peguam terpelajar Pemohon juga berhujah bahawa jika siasatan dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967 dan tindakan tatatertib dijalan secara serentak, ianya ada risiko konflik kepentingan di mana Lembaga Tatatertib telahpun mengambilkira maklumat yang belum lengkap, dan meletakkan Pemohon atas beban yang lagi berat kerana Pemohon perlu membela dirinya di dalam dua forum. [17] Pemohon juga berhujah bahawa memandangkan pihak pendakwaan memutuskan “Tiada Tindakan Lanjut” terhadap siasatan di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967, Peraturan 31 Peraturan-Peraturan 1993 adalah terpakai. Mengambilkira bahawa siasatan di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967 tersebut melibatkan perkara yang sama dengan tindakan tatatertib tersebut yang mana pembelaan Pemohon adalah sama, Pemohon seharusnya dibebaskan daripada sebarang tindakan tatatertib atas ketidakhadiran Pemohon untuk tempoh-tempoh yang menjadi subjek siasatan tersebut. 9 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [18] Peguam Persekutuan terpelajar bagi pihak Responden pula berhujah bahawa siasatan di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967 adalah berbeza, dan tidak berkaitan dengan tindakan tatatertib yang dikenakan keatas Pemohon dan keputusan siasatan dibawah seksyen 86 tersebut tidak diambilkira oleh Responden dalam memutuskan tindakan tatatertib yang diambil. Tambahan pula, Peguam Persekutuan berhujah bahawa Responden dalam tindakan tatatertib ini bukannya pegawai penyiasat bagi kesalahan dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967. Selain itu, Pemohon juga tidak disabitkan bersalah ataupun dibebaskan daripada sebarang pertuduhan jenayah, malah Pemohon langsung tidak pernah dituduh atas kesalahan seksyen 86 Akta Polis 1967. [19] Responden juga merujuk kepada kes Muhammad Sazrin bin Ismail v Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) & Ors [2020] 10 MLJ 353, kes Public Prosecutor v Soh Weng Thiam & Ors and another appeal [2020] 2 MLJ 485 dan berhujah bahawa prinsip bahaya berganda (double jeopardy) hanya terpakai dalam sabitan jenayah (criminal conviction). Keputusan dalam semakan kehakiman ini adalah untuk tindakan tatatertib bukannya sesuatu yang bersifat jenayah (criminal nature) dan bukannya sabitan jenayah. [20] Dalam isu ini, Pemohon bergantung kepada dua peruntukkan iaitu Peraturan 30 dan Peraturan 31, Peraturan-Peraturan 1993. [21] Peraturan 30 Peraturan-Peraturan 1993 memperuntukkan: 10 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Peraturan 30. Tindakan tatatertib tidak boleh diambil sehingga prosiding jenayah selesai. (1) Jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seseorang pegawai dan masih belum selesai, tiada apa-apa tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai itu berasaskan alasan yang sama dengan pertuduhan jenayah dalam prosiding jenayah itu. (2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu sementara menunggu penyelesaian prosiding jenayah itu jika tindakan itu diasaskan pada apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya dalam pelaksanaan tugasnya.” [22] Manakala Peraturan 31 pula menyatakan bahawa: “Peraturan 31. Akibat pembebasan. (1) Seseorang pegawai yang telah dibebaskan daripada suatu pertuduhan jenayah dalam mana-mana prosiding jenayah tidak boleh dikenakan tindakan tatatertib atas pertuduhan yang sama. (2) Tiada apa-apa jua dalam subperaturan (1) boleh ditafsirkan sebagai menghalang tindakan tatatertib diambil terhadap pegawai itu atas apa-apa alasan lain yang berbangkit daripada kelakuannya berhubung dengan pertuduhan jenayah itu, sama ada atau tidak berkaitan dengan pelaksanaan tugasnya, selagi alasan-alasan bagi tindakan tatatertib itu tidak membangkitkan secara substantial isu-isu yang sama dengan isu-isu dalam prosiding jenayah yang berhubungan dengan pertuduhan jenayah yang daripadanya pegawai itu telah dibebaskan.” 11 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [23] Berdasarkan kepada undang-undang di atas, adalah jelas bahawa ianya merupakan niat Peraturan-Peraturan 1993 tersebut adalah untuk mengelak Pemohon untuk dikenakan dengan tindakan tatatertib yang berasaskan kepada isu yang sama dengan prosiding jenayah yang mana Pemohon telahpun dikenakan. [24] Perkataan “prosiding jenayah” yang digunakan di Peraturan 30 dan Peraturan 31 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut haruslah dibaca dalam konteks yang sama dengan Bahagian yang mana ia adalah tertakluk dalam Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. Peraturan- Peraturan 30 dan 31 adalah terletak di bawah Bahagian IV Peraturan-Peraturan 1993 yang bertajuk “Pegawai yang tertakluk kepada Prosiding Jenayah, dsb”. Bahagian IV tersebut merangkumi kesemuanya 6 Peraturan, dari Peraturan 28 hingga Peraturan 33. [25] Peraturan 28 membawa tajuk “Prosedur jika prosiding jenayah telah dimulakan terhadap seorang pegawai”. Sub-Peraturan 28(2) memperuntukkan: “(2) Jika prosiding jenayah dimulakan terhadap seseorang pegawai, Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar mahkamah yang dalamnya prosiding itu dimulakan hendaklah menghantar kepada Ketua Jabatan yang di bawahnya pegawai itu sedang berkhidmat-- (a) pada permulaan prosiding itu, suatu laporan yang mengandungi maklumat-maklumat yang berikut: (i) pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan terhadap pegawai itu; 12 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) jika pegawai itu telah ditangkap, tarikh dan waktu penangkapannya; (iii) sama ada atau tidak pegawai itu diikat jamin; dan (iv) apa-apa maklumat lain yang berkaitan; dan (b) di akhir prosiding itu, keputusan mahkamah itu dan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa rayuan, jika ada, yang telah difailkan oleh mana-mana pihak.” [26] Berdasarkan kepada petikan tersebut diatas, didapati bahawa bagi sesuatu prosiding jenayah bermula, ianya seharusnya terdapat sekurang-kurangnya satu pertuduhan yang dikenakan ke atas pegawai yang berkenaan. Istilah “prosiding jenayah dimulakan” haruslah dilihat dalam konteks sedemikian, dan berdasarkan kepada fakta kes adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa siasatan keatas Pemohon dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967 membawa kepada “Tiada Tindakan Lanjut”. Tiada sebarang pertuduhan yang dirangka ke atas Pemohon di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967, dan Pemohon langsung tidak dituduh di mana- mana mahkamah, apatah lagi “dibebaskan” daripada sebarang pertuduhan. [27] Oleh yang demikian, mahkamah ini berpandangan hujahan Pemohon ke atas isu ini adalah tidak berasas. [28] Walaubagaimanapun, Pemohon berhujah bahawa adalah penting untuk tiada sebarang tindakan tatatertib untuk berjalan sepanjang masa siasatan di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967 masih belum 13 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dilengkapkan untuk mengelak sebarang risiko konflik kepentingan di mana pengerusi Lembaga Tatatertib akan mengambilkira perkara yang tidak wajar diambilkira. [29] Namun, mahkamah mendapati Pemohon gagal menjelaskan kepada Mahkamah, apakah risiko sebenarnya yang dihadapi Pemohon. Fakta menunjukkan bahawa Pemohon masih dapat menyediakan surat representasinya terhadap Surat Pertuduhan tersebut. [30] Selain itu, berdasarkan kepada surat representasi yang dikemukakan oleh Pemohon pada 03.11.2020, Pemohon tidak membawa perhatian Responden kepada perihal bahawa beliau sedang disiasat di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967. [31] Keduanya, Pertuduhan-Pertuduhan tersebut yang dikenakan atas Pemohon juga melibatkan isu-isu yang berbeza dengan seksyen di bawah Akta Polis 1967 yang Pemohon sedang disiasat pada masa itu. Seksyen 86 Akta Polis 1967 adalah merupakan kesalahan terhadap pembolosan seperti berikut: “86 Desertion (1) Any police officer who, without reasonable cause, the onus of proof whereof shall rest with him, absents himself from duty for a continuous period of fourteen days or in circumstances which show that he has the intention of not returning to his duty shall be deemed to have deserted, and shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to imprisonment for a term not exceeding twelve months. 14 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (2) Where a person has been convicted under this section, the Disciplinary Authority may direct that all arrears of pay due to such person be forfeited. (3) In subsection (1) the expression "police officer" includes an extra police officer, a member of the Police Reserve and Police Volunteer Reserve when mobilized under this Act and any member of the police force of another territory present in Malaysia under this Act.” [32] Berdasarkan kepada seksyen 86 Akta Polis 1967 elemen yang harus dipenuhi oleh pihak pendakwaan untuk pertuduhan seseorang atas seksyen tersebut adalah bahawa seseorang itu menunjukkan niat untuk tidak lagi balik bertugas ataupun secara tidak munasabahnya gagal hadir bertugas untuk 14 hari berturut- turut. [33] Berbalik kepada Pertuduhan-Pertuduhan tersebut, elemen yang harus dipenuhi adalah tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa alasan yang munasabah (Peraturan 24) dan tidak bertanggungjawab (Peraturan 4(2)(g)). [34] Peruntukkan di bawah Akta Polis 1967 dan Peraturan-Peraturan 1993 tersebut, pada pandangan Mahkamah ini menunjukkan isu-isu yang berbeza yang Pemohon harus menjawab. Pertuduhan- Pertuduhan tersebut yang dirangka terhadap Pemohon melalui Surat Pertuduhan tersebut adalah lanjutan daripada kelakuan Pemohon, yang mana Pemohon hanya perlu memenuhi keperluan bahawa ketidakhadiran beliau adalah berdasarkan cuti yang 15 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telahpun diluluskan, ataupun dengan kebenaran ataupun dengan alasan yang munasabah. [35] Untuk pertuduhan di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967, pihak pendakwaan akan menganggap (deemed) Pemohon telah membolos, dan Pemohon mempunyai beban pembuktian untuk menunjukkan bahawa beliau tidak hadir bertugas dengan alasan yang munasabah dan bahawa beliau tidak ada niat untuk membolos. [36] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati tiada isu bahawa Pemohon diletakkan dalam satu kedudukan yang memprejudiskan dirinya, terutamanya apabila tiada pun prosiding jenayah dibawah seksyen 86 Akta Polis 1967 yang dimulakan terhadap beliau. Pemohon juga gagal menyakinkan Mahkamah ini bahawa Responden telahpun dipengaruhi oleh mana-mana siasatan atas Pemohon untuk seksyen 86 Akta Polis 1967. Alasan Kedua - bahawa Responden gagal mengambilkira pembelaan Pemohon yang kukuh [37] Pemohon berpendirian bahawa ketidakhadiran Pemohon adalah munasabah kerana ianya disokong dan/atau “diluluskan” oleh Ketua Balai Polis Kelana Jaya. Tiada penolakan cuti yang dipohon secara rasmi oleh pihak atas Pemohon dan mengambilkira pemotongan gaji Pemohon bermula dari Disember 2019, Pemohon mempunyai inferens yang munasabah bahawa permohonan cuti beliau telahpun diluluskan. 16 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [38] Isu bahawa pembelaan Pemohon gagal diambilkira oleh Responden adalah dengan hormatnya, lemah dalam menyokong hujahan Pemohon. [39] Pemohon telahpun mengemukakan surat representasinya yang antaranya telah menyatakan bahawa: “Saya telah memohon cuti tanpa gaji selama 6 bulan … Saya mohon jasa baik YDH Tuan agar saya tidak dikenakan tindakan. Saya mengaku kekhilafan diri saya. … Saya berjanji jika saya diberi peluang untuk berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia saya akan mematuhi arahan dan perintah semasa Polis Diraja Malaysia.” [40] Surat representasi yang dikemukakan oleh Pemohon sendiri secara dasarnya merupakan suatu pengakuan keatas Pertuduhan- Pertuduhan tersebut. Pemohon juga tidak menjelaskan sama ada permohonan cuti tanpa gaji Pemohon telahpun diluluskan oleh pihak yang berhak meluluskan cutinya. Penelitian Mahkamah ini ke atas surat representasi Pemohon menunjukkan bahawa Pemohon tidak dapat menafikan elemen-elemen di bawah Peraturan 24 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut, yang menyatakan bahawa ketidakhadiran seharusnya disokong dengan cuti terlebih dahulu, atau dengan kebenaran, atau dengan sebab yang munasabah: 17 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Peraturan 24. Tindakan tatatertib kerana tidak hadir tanpa cuti. Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan pegawai itu dikenakan tindakan tatatertib.” [41] Walaupun sijil cuti sakit dikemukakan oleh Pemohon, ianya tidak merangkumi kesemua tarikh yang dicatitkan dalam Pertuduhan- Pertuduhan tersebut. Permohonan cuti tanpa gaji Pemohon pula hanya sehingga 05.05.2020, manakalah pertuduhan yang dirangka ke atas Pemohon, secara khususnya Pertuduhan Ketujuh, menunjukkan bahawa Pemohon gagal hadir bertugas walaupun telah tamat tempoh cuti tanpa gaji yang dimohon beliau. [42] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa alasan ini tidak berasas. Alasan Ketiga - Pemohon tidak menikmati hak untuk membuat rayuan [43] Pemohon menyatakan bahawa Pemohon telah pun cuba membuat rayuan keatas Keputusan yang Dipersoalkan tersebut kepada “Pihak Berkuasa Tatatertib” selepas ianya diputuskan dan selepas Pemohon mengambil tahu perihal bahawa “Tiada Tindakan Lanjut” terhadap siasatan yang dijalankan ke atas Pemohon di bawah seksyen 86 Akta Polis 1967. Namun, Pemohon dimaklumkan bahawa Pemohon boleh membuat permohonan semakan kehakiman terhadap Keputusan yang Dipersoalkan tersebut dan 18 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tiada kaedah atau jalan yang lain yang dicadangkan untuk Pemohon memfailkan rayuannya. [44] Berhubung isu ini, Peguam Persekutuan yang terpelajar telah mengemukakan di dalam Ikatan Otoriti Responden “P.U. (B) 441” bertajuk “Surat Cara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa, Tugas-Tugas dan Tanggungjawab-Tanggungjawab Tertentu”. Surat Cara tersebut tidak mengandungi peruntukkan berkenaan dengan Lembaga Rayuan Tatatertib, berbeza dari Peraturan- Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993. Oleh itu, memandangkan tiada peruntukkan untuk rayuan dilakukan secara dalaman, Mahkamah berpandangan alasan ini tidak berasas. [45] Tambahan pula, hakikat bahawa Pemohon telah memfailkan permohonan semakan kehakiman ini telah menyebabkan isu ini menjadi akademik. Rujukan boleh dibuat ke atas kes Saiful Bahari Yunus v Dato’ Jamil Rakon & Ors [2023] 5 CLJ 511 dimana Lim Chong Fong HMR dalam memberikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan antara lain: “[20] Upon our review of the learned High Court Judge's decision and albeit we find that there is a right of appeal accorded by virtue of art. 144(5A) of the Federal Constitution, we however find this is academic because the appellant neither sought an appeal against the dismissal decision nor was denied an appeal after it was sought. The appellant instead chose judicial review of the dismissal decision.” 19 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [46] Dalam fakta kes di hadapan Mahkamah ini, jikapun Pemohon mempunyai hak untuk merayu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis berdasarkan Perkara 144(5A) Perlembagaan Persekutuan, Pemohon tidak berbuat sedemikian. Pada sebaliknya, Pemohon menulis surat susulan ke pihak Responden sekali lagi. Pemohon juga memilih untuk memulakan permohonan semakan kehakiman terhadap Keputusan yang Dipersoalkan tersebut. Alasan Keempat - ketidaksetimpalan hukuman [47] Hujahan Pemohon adalah bahawa hukuman keatas Pertuduhan Keenam dan Pertuduhan Ketujuh “sepanjang bulan April dan Mei 2020” adalah tidak setimpal kerana terdapat isu di mana disebabkan perintah kawalan pergerakan, adalah susah untuk Pemohon mendapatkan sijil cuti sakit kerana banyak kemudahan perubatan ditutup untuk tempoh tersebut. Selain itu, terdapat permohonan cuti tanpa gaji yang disokong “dan/atau diluluskan” oleh Ketua Balai Polis Kelana Jaya serta fakta bahawa Pemohon telah kembali bertugas sepatutnya diambilkira oleh pihak responden. Kes Nazrul Imran bin Mohd Nov v Civil Service Commission Malaysia & Anor [2021] 6 MLJ 750, MR telahpun dirujuk oleh Pemohon. [48] Dalam kes Nazrul Imran (supra) perayu dalam kes tersebut berjaya menimbulkan ketidaksetarafan dalam perlakuan pihak berkuasa tatatertib, untuk satu lagi pihak yang lain, yang dikenakan pertuduhan yang sama. Penyimpangan tersebut gagal diterangkan oleh pihak responden dalam kes itu. Selain itu, Mahkamah Rayuan 20 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal juga memberi pertimbangan bahawa pertuduhan yang dikenakan tidak mewajarkan hukuman buang kerja. [49] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, Pemohon tidak menunjukkan bagaimana pihak Responden memberikan perlakuan (treatment) yang berbeza keatas pihak yang lain yang dikenakan dengan pertuduhan untuk tahap yang seiras dengan Pemohon. Tambahan pula, tiada sebarang unsur lain yang menyakinkan Mahkamah ini bahawa Responden telah melampaui atau bertindak secara tidak munasabahnya apabila memberikan Keputusan yang Dipersoalkan tersebut. [50] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan isu ini tidak berasas. Alasan Kelima - Ketidakteraturan Prosedur dalam tindakan tatatertib terhadap kesalahan kegagalan hadir bertugas [51] Pemohon berhujah bahawa berdasarkan kepada Peraturan- Peraturan 23, 24, 25 dan 26 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) (Pindaan) 2002, Ketua Jabatan seharusnya menjalankan siasatan mengenai ketidakhadiran Pemohon ataupun cuba berkomunikasi dengan Pemohon bagi mendapatkan sebab ketidakhadiran, menyebabkan ketiadaan dalam perbincangan antara pihak Jabatan dengan Pemohon, dan ini merupakan satu ketidakpatuhan terhadap keperluan prosedur. Kes Zulkifli bin Muhammad Hanafiah v Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran & Ors [2016] MLJU 766, MT dan kes Ketua Pengarah Jabatan Hasil 21 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dalam Negeri Malaysia v Aria Kumar & Anor [1995] 2 MLJ 533 telah digunapakai bagi menyokong hujahan ini. [52] Peguam Persekutuan yang terpelajar pula berhujah bahawa tiada keperluan undang-undang untuk ketua jabatan berkomunikasi dengan pihak Pemohon bagi mendapatkan alasan beliau atas ketidakhadirannya. Pemohon telah pun diberikan peluang untuk mengemukakan representasinya. [53] Rujukan boleh dibuat kepada kes Noor Bhayzura Dali v Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor [2021] 10 CLJ 860 dimana Ravinthran Paramaguru HMR dalam memberikan keputusan Mahkamah Rayuan telah menyatakan antara lain bahawa: “[16] In our view, there is no merit in the point taken and we find that the learned High Court Judge correctly ruled that reg. 26 is not applicable in this case. Regulation 26 in plain words say that it is applicable to a case where an officer is absent from duty without reasonable cause for seven consecutive days and cannot be traced. This is the reason for the requirement to send a letter to the last-known address. In the instant case, the appellant had been intermittently absent from work in 2014 and 2016. There is no question that the appellant cannot be traced. The case of Zulkifli Muhammad Hanafiah v. Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran & Ors (supra) was correctly distinguished by the court below. In that case, pending conclusion of criminal proceedings, the officer in question was ordered not to come to work for a period of four years. He was asked to return to work after the criminal case concluded in his favour. However, sometime later, he was subjected to disciplinary proceedings for being absent from work for the said four 22 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal years. The High Court noted that he was not "absent from work" but suspended during the said four years and was not given his salary. That was the main reason for the decision of the court to quash the decision of the Disciplinary Authority. The court in that case also said that reg. 26 was not complied with as there was no attempt to "trace" the whereabouts of the officer. We agree with the learned High Court Judge that in this case, there was no long period of absence where the officer cannot be traced to trigger the operation of reg. 26. On each occasion of absence in 2014 and 2016, the appellant had returned to work. In the premises, the argument that the letter directing the appellant to return to work was not served by A.R. post resulted in a procedural breach has no merit.” [Penekanan ditambah] [54] Walaupun fakta untuk kes tersebut di atas menunjukkan bahawa pemohon di dalam kes itu pernah hadir bertugas secara kadang kala, namun fakta kes haruslah menunjukkan elemen bahawa Pemohon tidak dapat dikesan. [55] Fakta kes menunjukkan bahawa Pemohon didapati gagal hadir bertugas untuk tempoh selama 6 bulan. Berdasarkan kepada afidavit-afidavit yang difailkan, sejurus selepas Pemohon dimaklumkan bahawa terdapat siasatan kesalahan pembolosan dijalankan keatas beliau, Pemohon telah “memberi kerjasama” untuk menghadirkan diri di Jabatan yang berkenaan untuk membantu siasatan. Tiada unsur ataupun cadangan yang menunjukkan bahawa Pemohon tidak dapat dikesan. [56] Oleh yang demikian, Mahkamah berpandangan alasan ini tidak bermerit. 23 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Alasan Keenam - Ketidakteraturan Prosedur yang diperuntukkan dibawah Peraturan 35 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut yang mana terdapat penglibatan dua pihak yang berbeza dalam menentukan pertuduhan yang dikenakan keatas Pemohon [57] Pemohon menyatakan bahawa Peraturan 35 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut memerlukan pengerusi yang “sama” untuk mempengerusikan Lembaga Tatatertib, apabila menentukan kesalahan di bawah Peraturan 35 Peraturan yang sama, dan prosiding tatatertib yang membawa kepada buang kerja dibawah Peraturan 37, dan Responden tidak harus menggantikan pengerusinya. [58] Berdasarkan Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh ACP Imran Bin Abd Rahman, Pengerusi Lembaga Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, adalah dijelaskan bahawa sebelum memulakan sebarang prosiding tatatertib, pihak yang menentukan sama ada kesalahan tatatertib yang diadukan terhadap Pemohon adalah DCP Dato’ Arjunaidi Bin Mohamed yang merupakan Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib, Kontinjen Selangor. Selepas ianya diputuskan bahawa Pemohon patut diambil tindakan dengan tujuan dibuang kerja atau turun pangkat dibawah Peraturan 37, Peraturan- Peraturan 1993 tersebut, pihak yang mendapati bahawa wujud satu kes prima facie dibawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut terhadap Pemohon, Pengerusi adalah ACP Imran Bin Abd Rahman. 24 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [59] Peguam Persekutuan yang terpelajar berhujah bahawa tiada peruntukkan undang-undang yang mewajibkan bahawa pengerusi yang menentukan jenis kesalahan dibawah Peraturan 35 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut hendaklah merupakan pihak yang sama dengan pengerusi yang memutuskan bahawa terdapat kes prima facie dibawah Peraturan 37 Peraturan-Peraturan 1993. [60] Tiada pertikaian bahawa kedua-dua DCP Dato’ Arjunaidi Bin Mohamed dan ACP Imran Bin Abd Rahman mempunyai kuasa yang sewajarnya semasa mereka menjalankan tanggungjawab mereka dibawah Peraturan-Peraturan 35 dan 37 masing-masing. [61] Kesangsian ataupun keraguan yang tidak berasas semata-mata adalah tidak memadai untuk menidakkan keseluruhan prosiding tatatertib. Pemohon juga gagal menunjukkan bagaimana beliau telah diprejudiskan dengan aturan sedemikian. Mahkamah mendapati alasan ini tidak berasas. Alasan Ketujuh - Ketidakteraturan dalam bergantung kepada bahan tambahan yang memprejudiskan dalam membuat keputusan, serta kegagalan untuk memberikan alasan keputusan [62] Peguam terpelajar Pemohon berhujah bahawa memandangkan Responden tidak menafikan representasi Pemohon bahawa permohonan cuti adalah dibuat melalui saluran yang betul, kenyataan Responden bahawa permohonan cuti tanpa gaji tidak dibuat melalui sistem HRMIS adalah merupakan satu pemikiran terkemudian. 25 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [63] Pemohon selanjutnya bergantung kepada kes-kes Mohamad Adri’ Ammar Bin Mohamad v Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor [2023] MLJU 2405, Mohd Jamaludin Bin Mahusin v Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor [2023] MLJU 2346, Khairul Azizi Bin Mat Saad v Tan Sri Abdul Hamid Bador & Ors [2023] 6 MLJ 688 dan Saiful Bin Norddin v Suruhanjaya Pasukan Polis & Anor [2023] MLJU 2344 dan berhujah bahawa kegagalan Responden dalam membekalkan dokumen yang dirujuk dalam Surat Pertuduhan merupakan satu kecacatan yang tidak boleh diperbaiki. [64] Untuk alasan ini, sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini, surat representasi yang dikemukakan Pemohon adalah secara dasarnya merupakan pengakuan bersalah terhadap Pertuduhan-Pertuduhan tersebut. Ianya boleh dibezakan dengan kes-kes Mahkamah Rayuan yang dipakai oleh pihak Pemohon, seperti berikut: (i) keempat-empat kes melibatkan pertuduhan yang serius seperti menerima rasuah dan sebagainya, yang memerlukan bukti-bukti bersampingan untuk menyokong pertuduhan- pertuduhan yang dikenakan keatas mereka. Kes di hadapan Mahkamah ini pada sebaliknya, merupakan satu kes terus terang yang mana Pemohon hanya perlu menunjukkan sama ada beliau hadir pada tarikh yang beliau didakwa tidak hadir, ataupun ketidakhadiran beliau adalah berasas. Tiada sebarang dokumen yang pada pendapat Mahkamah ini, akan memprejudiskan Pemohon jika ianya gagal dikemukakan kepada Pemohon. Sifat Pertuduhan-Pertuduhan yang 26 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dikenakan keatas Pemohon adalah sesuatu yang tidak mustahil tidak di dalam pengetahuan Pemohon; (ii) pemohon-pemohon dalam keempat-empat kes tersebut telah menafikan secara efektifnya pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka, berbeza dengan Pemohon dalam kes di hadapan Mahkamah ini; (iii) tiada sebarang petunjuk yang menunjukkan bahawa Responden telah merujuk kepada perkara yang lain selain daripada “maklumat yang ada”, dan dalam surat memaklumkan Keputusan yang Dipersoalkan tersebut Responden hanya merujuk kepada representasi yang dikemukakan Pemohon, berbeza dengan kes Raja Abdul Malek Muzaffar Shah Raja Shahruzzaman v Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Pollis & Ors [1995] 1 CLJ 619 yang mana surat pemaklumkan keputusan Suruhanjaya telah menunjukkan bahawa ianya bukan sahaja mengambilkira surat representasi tetapi juga “serta lain-lain maklumat”; dan (iv) tiada sebarang aduan daripada Pemohon bahawa beliau perlu menyemak balik rekod ketidakhadiran beliau atau sebagainya. Pemohon sedia maklum akan fakta kes. [65] Di samping itu, kes Rohana bte Ariffin & Anor v Universiti Sains Malaysia [1989] 1 MLJ 487 dan kes Majlis Perbandaran Pulau Pinang v Syarikat Bekerjasama-sama serbaguna Sungai Gelugor [1999] 3 MLJ 1, serta kes Nazrul Imran (supra) dan kes Mohd Aiman 27 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bin Balpaki v Lembaga Tatatertib Polis DiRaja Malaysia & Ors [2024] MLJU 1464 turut disandarkan oleh pihak Pemohon untuk menyatakan bahawa Responden seharusnya membekalkan alasan keputusannya kepada pihak Pemohon. [66] Mahkamah mendapati Peraturan-Peraturan 1993 tidak memperuntukkan keperluan untuk memberikan alasan. Tambahan pula, dalam semakan kehakiman ini, fakta kes adalah bahawa dalam surat representasi Pemohon, Pemohon pada dasarnya telah mengaku pada Pertuduhan-Pertuduhan tersebut. Oleh itu, mahkamah mendapati isu ini tidak berasas. Alasan Kelapan - Perihal Pelucuthakan Gaji dan Emolumen sepanjang tempoh ketidakhadiran [67] Pemohon berhujah bahawa memandangkan Pemohon telah ditahan gaji, ianya merupakan satu bentuk hukuman dan Peraturan 27 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut yang memerlukan penemuan salah sebelum sebarang pelucuthakan emolumen, serta kesannya, berfungsi sebagai langkah punitif dan Pemohon telah mengalami bahaya berganda berkenaan ini. [68] Peguam Persekutuan terpelajar bagi pihak Responden berhujah bahawa Pemohon tidak dibayar dalam tempoh ketidakhadirannya adalah berdasarkan kepada Perintah Am 14A, Bab C. Peguatkuasaan Perintah Am 14A, Bab C tidak bergantung kepada penemuan kebersalahan Pemohon dan ianya tidak harus 28 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal disamakan dengan hukuman tatatertib dibawah Peraturan 38 Peraturan-Peraturan 1993 tersebut. [69] Perintah Am 14A, Bab C telahpun dikemukakan Pemohon di dalam Ikatan Otoritinya. Berdasarkan perenggan (a) menyatakan: “Jika seseorang pegawai tidak hadir bekerja bagi sesuatu tempoh tanpa sesuatu sebab yang pada pendapat Ketua Jabatan adalah satu sebab yang munasabah, maka pegawai itu tidaklah berhak mendapat apa-apa gaji atau lain-lain emolument bagi tempoh tidak hadir bekerja itu.” [70] Pelucutan hak emolumen oleh pihak yang berkenaan adalah berasaskan kepada Perintah Am 14A, Bab C. Ianya bukan sebahagian daripada tindakan tatatertib dan tidak bergantung kepada keputusan tindakan tatatertib tersebut tetapi pada yang sebaliknya, bergantung kepada fakta bahawa seseorang itu tidak hadir bekerja tanpa sebab yang munasabah. [71] Kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu alasan itu munasabah ataupun tidak juga tertakluk kepada pendapat Ketua Jabatan, dan bukannya Lembaga Tatatertib. [72] Oleh itu, Mahkamah mendapati isu ini tidak bermerit. Kesimpulan [73] Atas sebab-sebab yang telah dinyatakan, Mahkamah ini berpandangan bahawa tiada illegality, unreasonableness dan procedural impropriety bagi membolehkan Mahkamah ini 29 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membenarkan permohonan semakan kehakiman ini. Mahkamah menolak permohonan semakan kehakiman ini tanpa perintah terhadap kos. Tarikh: 29 April 2025 (SHAHNAZ BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam 30 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Counsel: Bagi pihak Pemohon Ebrina binti Zubir Tetuan Maniam Nair & Co. Advocates & Solicitors No. 117 , Tingkat Dua, Jalan Genuang, 85000 Segamat Johor 07-9313675, 07-9311633 mnair_co@hotmail.com Bagi pihak Responden-Responden FC Liyana binti Muhammad Fuad Jabatan Peguam Negara Malaysia Bahagian Guaman No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4 62100 Putrajaya 31 BA-25-27-05/2021 S/N nepBBx5gWEaaftbZPKxycw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal