AMBANK (M) BERHAD 1. ) SD WORK SDN BHD 2. ) MD NAZIRUDDIN BIN MOHAMAD DAHLAN
Plaintiff's claim was dismissed because it failed to prove the claimed indebtedness: the critical account statements remained identification documents (ID) and were not admitted as exhibits due to non-compliance with s90A Evidence Act 1950 and absence of a certificate of indebtedness; therefore the plaintiff did not...
Source-derived case information.
- Citation
- TA-B52NCC-1-02/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: AMBANK (M) BERHAD; Defendant 1: SD WORK SDN BHD; Defendant 2: MD NAZIRUDDIN BIN MOHAMAD DAHLAN
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 26 January 2026
- Case Number
- TA-B52NCC-1-02/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Appeal (debt Recovery) / Judgment
- Outcome
- Plaintiff's claim dismissed
- Legal Topics
- Loan Facility, Guarantee and Indemnity, Admissibility of Computer Generated Documents (s90 A), Service of Contractual Notices (deeming Provisions), Certificate of Indebtedness, Burden of Proof
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
AMBANK (M) BERHAD
Plaintiff
SD WORK SDN BHD
Defendant 1
MD NAZIRUDDIN BIN MOHAMAD DAHLAN
Defendant 2
Procedural Posture
Civil Appeal (debt Recovery) / Judgment
Legal Issues
- 1 Whether the terms of the Letter of Offer dated 17.6.2019 bound the defendants
- 2 Whether the second defendant was bound by the Guarantee and Indemnity dated 27.6.2019
- 3 Whether the bank (plaintiff) was liable for the failed cheque payment from a third party
Ratio Decidendi
Plaintiff's claim was dismissed because it failed to prove the claimed indebtedness: the critical account statements remained identification documents (ID) and were not admitted as exhibits due to non-compliance with s90A Evidence Act 1950 and absence of a certificate of indebtedness; therefore the plaintiff did not discharge the burden of proof on the amount claimed.
Court Disposition
Plaintiff's claim dismissed
Orders
- Claim dismissed
- Costs of RM7000 awarded to the defendants
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
TA-B52NCC-1-02/2023 Kand. 54 30/03/2026 15:21:49 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU NO KES: TA-B52NCC-1-02/2023 ANTARA AMBANK (M) BERHAD (NO. SYARIKAT : 196901000166) ...PLAINTIF 1. SD WORK SDN BHD (NO. SYARIKAT : 1276861U) 2. MD NAZIRUDDIN BIN MOHAMAD DAHLAN (NO. K/P : 900213-11-5463) ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 1. Ini merupakan rayuan yang difailkan oleh pihak Plaintif atas keputusan Mahkamah yang telah menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM 7000. Tuntutan Plaintif 2. Plaintif merupakan sebuah Institusi Perbankan yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai alamat di Wisma AmFirst, Level 6, Tower 2, Jalan Stadium SS 7/15, 47301 Petaling Jaya Selangor dan 1 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mempunyai cawangannya yang beralamat di No 69/2, Ground & Mezzanine Floor, Bangunan UMNO Terengganu, Jalan Sultan Ismail, 20200 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. 3. Defendan Pertama merupakan sebuah Syarikat Sdn Bhd dan Defendan Kedua merupakan pengarah Defendan Pertama. 4. Atas permintaan Defendan Pertama, satu Kemudahan Perbankan Pinjaman Berjangka (selepas ini dirujuk Kemudahan Pinjaman Berjangka Tersebut) telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama pada 17.6.2029 bagi sejumlah RM 500,000 dengan tujuan menambah modal pusingan bagi perniagaan Defendan Pertama. 5. Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut adalah untuk tempoh 7 tahun di mana pembayaran perlu dibuat di dalam tempoh 84 bulan untuk jumlah RM8,747.00. 6. Kemudahan Pinjaman tersebut Lurut mengenakan faedah pada kadar semasa “Interest Spread Rate” iaitu 5.00% di atas Kadar Pinjaman Asas (Kadar Pinjaman Asas semasa adalah pada kadar 6.45% dan berubah dari semasa ke semasa) setahun atas kiraan bulanan dan faedah penalti pada kadar 1.00% setahun pada kiraan harian yang dikira sehingga penyelesaian penuh. 2 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7. Defendan Kedua telah memberikan Jaminan Peribadi bagi Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut melalui Perjanjian Jaminan dan Indemniti bertarikh 27.6.2019 (“Perjanjian Jaminan Tersebut”) 8. Plaintif mendakwa Defendan-Defendan telah gagal untuk membuat bayaran balik Kemudahan Perbankan tersebut di mana jumlah yang terhutang sehingga 5.1.2023 adalah sebanyak RM570,591.79. 9. Plaintif melalui peguam caranya Tetuan Asmadi, Azmi & Associates telah menghantar Notis Tuntutan/Notis Penamatan bertarikh 8.1.2023 kepada Defendan-Defendan namun Defendan-Defendan masih gagal dan/atau ingkar mematuhi tuntutan tersebut. 10. Melalui writ dan penyata tuntutan ini, Plaintif menuntut terhadap Defendan-Defendan : a) Wang yang masih terhutang dan kena dibayar berjumlah sebanyak RM570,591.79 setakat 5.1.2023; b) Faedah pada kadar semasa “Interest Spread Rate" iaitu 5.00% di atas Kadar Pinjaman Asas (Kadar Pinjaman Asas semasa adalah 6.45% dan berubah dari masa ke semasa) setahun ke atas RM570,478.03 di atas kiraan bulanan dan faedah penalti pada kadar 1 % setahun di atas kiraan harian yang dikira dari 6.1.2023 sehingga penyelesaian penuh. 3 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c) Kos bagi tindakan ini; dan d) Lain-lain Perintah yang Mahkamah fikirkan sesuai dan patut diberikan. 11. Pihak Plaintif pada awalnya telah memperoleh penghakiman ingkar kehadiran terhadap Defendan-Defendan. 12. Pada 27 Mac 2024, Defendan Pertama dan Kedua telah berjaya mengenepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan bertarikh 12 Jun 2023 dan kes didengar semula secara perbicaraan penuh. Pembelaan Defendan-Defendan 13. Defendan Pertama dan Kedua menafikan setiap satu persatu Penyataan Tuntutan Plaintif yang mana: a) Alamat penyerahan yang diguna pakai pihak Plaintif adalah dinafikan dan kedua-dua Defendan menyatakan tiada pengetahuan berkait alamat tersebut. b) Defendan-Defendan juga menafikan mempunyai pengetahuan berkait Perjanjian Jaminan yang telah diberikan kepada Defendan Kedua melalui Perjanjian Jaminan dan Indemniti bertarikh 27z.6.2019; c) Defendan-Defendan juga menafikan jumlah hutang yang dituntut oleh Plaintif dan juga menafikan fakta berkait Notis Tuntutan/Notis Penamatan bertarikh 8.1.20233 yang telah 4 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dikemukakan oleh pihak Plaintif kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. 14. Defendan Pertama dan Defendan Kedua walau bagaimanapun mengakui akan kewujudan Kemudahan Perbankan Pinjaman Berjangka untuk jumlah sebanyak RM500,000.00 untuk tempoh tujuh (7) tahun. 15. Defendan-Defendan selanjutnya menyatakan bahawa berlakunya penjadualan semula bayaran dan perubahan terma-terma berkait dengan Kemudahan Pinjaman Berjangka yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. 16. Ini kerana pada 16.7.2021, pihak Plaintif telah mengeluarkan suatu Surat Tawaran Tambahan ("Surat Tawaran Tambahan") berkenaan Kemudahan Pinjaman tersebut; 17. Terma-terma utama Surat Tawaran Tambahan tersebut adalah, antara lainnya, seperti berikut: a) Berlakunya penjadualan semula pembayaran dan/atau perubahan terma-terma dalam Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut; b) Penangguhan bayaran telah diberikan oleh Plaintif adalah bagi tempoh 6 bulan iaitu mulai 5.8.2021 sehingga 5.1.2022; 5 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c) Pembayaran semula bermula 5.2.2022 hingga 5.7.2022 iaitu sebanyak RM5,072.00 sebulan (kadar faedah 10.45% setahun); d) Pembayaran semula bermula 5.8.2022 hingga 5.1.2023 iaitu sebanyak RM6,561.00 sebulan (kadar faedah 10.45% setahun); dan e) Pembayaran semula mulai 5.2.2023 iaitu sebanyak RM9,049.00 (kadar faedah 10.45% setahun). 18. Jumlah yang didakwa terhutang setakat 5.1.2023 iaitu sebanyak RM570,591.79 (adalah dinafikan) adalah silap dan/atau salah dan/atau bukan jumlah sebenar (adalah dipertikaikan). 19. Pihak Plaintif juga telah gagal untuk memperincikan/membuktikan/ menyatakan berapakah jumlah sebenar tertunggak oleh Defendan- Defendan (jika ada). 20. Urusan pembayaran balik Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut telah diuruskan oleh Defendan Kedua (antaranya dengan menggunakan akaun Defendan Kedua dengan bank Plaintif); 21. Pihak Defendan Pertama telah membuat bayaran balik Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut kepada Plaintif (antaranya melalui akaun Defendan Kedua dengan bank Plaintif) secara konsisten. 6 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 22. Defendan Pertama dan Kedua menyatakan bahawa kegagalan pembayaran balik jumlah yang masih terhutang kepada Plaintif adalah diakibatkan oleh kegagalan Defendan-Defendan menunaikan cek yang diterima dari ZBS Optima Sdn Bhd dan meletakkan kesalahan tersebut terhadap Plaintif. 23. Ini kerana Defendan-Defendan (melalui Defendan Kedua) telah menerima satu cek bertarikh 10.2.2023 ("Cek") daripada ZBS Optima Sdn Bhd bagi jumlah RM60,000.00. 24. Defendan Kedua telah cuba menunaikan cek tersebut di bank Plaintif bagi tujuan pembayaran semula Kemudahan Pinjaman (untuk pihak Defendan Pertama tersebut). 25. Walau bagaimanapun, pada 12.2.2023, pihak Plaintif telah mengeluarkan suatu Pemberitahuan Cek Dikembalikan yang menyatakan Cek tersebut telah tidak dapat ditunaikan. 26. Akibat kegagalan Plaintif untuk menunaikan Cek tersebut, jumlah RM60,000.00 tersebut telah tidak dapat ditunaikan / digunakan untuk pembayaran semula Kemudahan Pinjaman tersebut. 27. Ketidak pembayaran semula tersebut (jika ada dan adalah dipertikaikan) adalah diakibatkan oleh tindakan Plaintif sendiri yang telah gagal dan/atau abai dan/atau enggan untuk menunaikan Cek tersebut. 7 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28. Jika Cek tersebut ditunaikan oleh Plaintif sebagai sepatutnya, Plaintif sepatutnya telah menerima jumlah RM60,000.00 tersebut bagi tujuan pembayaran semula tersebut. 29. Sebarang kegagaIan pembayaran baIik (jika ada) adaIah disebabkan oleh perbuatan Plaintif sendiri dan bukannya disebabkan oleh Defendan-Defendan. 30. Memandangkan Defendan-Defendan tidak pernah diserahkan dengan sebarang Notis Tuntutan / Notis Penamatan oleh Plaintif dan/atau Peguam cara Plaintif, sebarang penamatan oleh pihak Plaintif tersebut (jika ada) adalah tidak sah dan/atau tidak berkuat kuasa dan/atau seterusnya, sebarang tuntutan oleh Plaintif (sebagaimana dituntutnya melalui Guaman ini) adalah tidak sah dan/atau tidak boleh dibenarkan. Fakta-Fakta yang Dipersetujui 31. Terdapat satu fakta sahaja fakta yang dipersetujui dalam kes ini iaitu Plaintif dan Defendan-Defendan bersetuju bahawa terdapat satu Kemudahan Perbankan Pinjaman Berjangka bagi jumlah RM 500,000 bagi tempoh 7 tahun. 8 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu-Isu untuk Dibicarakan 32. Isu-Isu Plaintif 1) Sama ada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung dalam Surat Tawaran 17.6.2019 mengikat Defendan Pertama dan Kedua? 2) Sama ada Defendan Kedua terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Jaminan dan Indemniti bertarikh 27.6.2029? 3) Sama ada Plaintif bertanggungjawab ke atas kegagalan Defendan Pertama dan Kedua menunaikan cek yang diterima daripada pihak ketiga iaitu ZBS Opitima Sdn Bhd? 4) Sama ada Plaintif berhak kepada tuntutan bayaran pinjaman yang dikemukakan terhadap Defendan Pertama dan Kedua? 33. Isu-Isu Defendan-Defendan 1) Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar Kemudahan Pinjaman tersebut? 2) Sama ada jumlah dituntut Plaintif sebanyak RM570,591.79 (setakat 05.01.2023) adalah betul/tepat/sah? 3) Sama ada tindakan Plaintif yang telah gagal menunaikan Cek tersebut sebagaimana sepatutnya telah menyebabkan ketidak pembayaran semula tersebut jika ada dan adalah dipertikaikan). 4) Sama ada Plaintif telah menghantar sebarang Notis Tuntutan/Penamatan kepada Defendan-Defendan. 9 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5) Lanjutan daripada itu, samada penamatan dan seterusnya tuntutan Plaintif tersebut adalah sah dan/atau berkuat kuasa. 6) Sama ada tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah pra-matang apabila Plaintif tidak pernah menghantar sebarang Notis Tuntutan/Penamatan kepada Defendan-Defendan. 7) Sama ada Plaintif berhak kepada jumlah RM570,591.79 (setakat 05.01.2023) yang dituntut Plaintif tersebut. PERBICARAAN 34. Pihak Plaintif telah memanggil empat orang saksi manakala pihak Defendan telah memanggil seorang saksi. 35. Saksi-Saksi yang memberi keterangan adalah sebagaimana berikut: a) SP1: Zainol Abidin Bin Zainon (Pegawai Operasi Plaintif) b) SP2: Norhayati Binti Mat Shah @ Harun (Peguam Plaintif) c) SP3: Samsudin Bin Ismail (Pekerja Am Firma Guaman Peguam cara Plaintif) d) SP4: Yee Qi Qian (Relation Manager (Pegawai yang bertanggungjawab meluluskan permohonan pinjaman dan jaminan) e) SD1: Md Naziruddin Bin Mohamad Dahlan (Defendan Kedua) 10 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hujahan Plaintif Sama ada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Surat Tawaran bertarikh 17 Jun 2019 mengikat Defendan Pertama dan Kedua. 36. Defendan Pertama telah bersetuju dengan kesemua syarat dan terma yang terkandung di dalam Surat Tawaran (P2) dengan menandatangani persetujuan pada 18 Jun 2019. Persetujuan tersebut ditandatangani oleh Defendan Kedua sebagai pengarah Defendan Pertama. Oleh yang demikian pihak-pihak iaitu Plaintif dan Defendan-Defendan adalah terikat dengan empat penjuru penjanjian/kontrak yang telah dimeterai bersama. 37. Rujukan di buat pada kes Malaysian Airline System Bhd v. Yong Chong Hee & Anor [2010] 3 MLRH 428; [2011] 7 CLJ 360 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- [17] I agree with the appellant's submission that the wordings or language used in the contract are clear. There is no ambiguity whatsoever. In the circumstances, the court must give effect to the intention of the parties by referring to the words used within the four corner of the agreement only. Support for this proposition is found in the case of Royal Selangor Golf Club v. Anglo-Oriental (M) Sdn Bhd [1990] 2 MLRH 383; [1990] 2 MLJ 163; [1990] 3 CLJ (Rep) 37, wherein Lim Beng Choon J states the law in the following words: 11 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal In considering the disputes of the parties I must first of all bear in mind the principles of construction of contract as enunciated in the National Coal Board v. Wm Neil & Son (St Helens) Ltd [1984] 1 All ER 555 where it is said at p. 560:Thefirst two issues involve the construction of the contract. I bear in mind the principles of construing lt contract. The relevant ones for the purpose of this case are: (1) construction of a contract is a question of law; (2) where the contract is in writing the intention of the parties must be found within the four walls of the contractual documents; it is not legitimate to have regard to extrinsic evidence (there is, of course, no such evidence in this case); (3) a contract must be construed as at the date it was made: it is not legitimate to construe it in the light of what happened years or even days later; (4) the contract must be construed as a whole, and also, so far as practicable, to give effect to every part of it." 38. Defendan-Defendan melalui Pembelaan Defendan-Defendan yang difailkan juga mengakui kewujudan P2. Selanjutnya melalui keterangan oleh SD1, Defendan-Defendan mengakui ada mengguna pakai Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut. 12 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 39. Defendan Pertama telah gagal membuat pembayaran secara teratur seperti dijadualkan oleh pihak Plaintif. Oleh yang demikian, Plaintif adalah berhak untuk menuntut terhadap Defendan- Defendan jumlah terhutang yang masih gagal dibayar asbab daripada kegagalan Defendan Pertama memenuhi kehendak syarat dan terma P2. Sama ada Defendan Kedua terikat dengan terma-terma dan syarat- syarat yang terkandung di dalam Perjanjian Jaminan dan Indemniti bertarikh 27 Jun 2019 40. Defendan Kedua mengakui telah melaksanakan Perjanjian Jaminan “Gerenti dan Indemniti” bertarikh 27.6.2019 [P3]. Maka Defendan Kedua tertakluk kepada syarat dan terma dalam perjanjian yang dimasuki tersebut. Terma dalam perjanjian jaminan adalah jelas dan tidak mengandungi sebarang kekaburan. 41. Rujukan di buat pada kes Deutsche Bank (Malaysia) Bhd v. MBF Holdings Berhad & Anor [2015] 6 MLRA 583; [2015] 6 MLJ 310; [2015] 8 CLJ 1068; [2015] 6 AMR 717, diputuskan seperti berikut: “But where a claim is based on a proved or admitted express agreement, the courts do not require, in addition, proof that 13 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal parties to an ordinary commercial relations/tip actually intended to be bound" 42. Dalam kes Bank Mualamat Malaysia Berhad & Ors v. Redha Resources Sdn Bhd & Ors [2017] 1 MLRA 182; [2017] 1 MLJ 686, diputuskan seperti berikut: "[21] Parties in this case were aware of these clear terms upon entering into all the agreements between them and ltave agreed on these terms voluntarily. They have acted on the agreements and the Respondents had in fact benefited from the transactions involved and should not be allowed to raise issues on the terms voluntarily agreed upon." 43. Defendan Kedua dalam kes ini dianggap penjamin utama dan tidak boleh lari daripada tanggungjawab beliau sebagai penjamin dan anggapan sebagai peminjam utama berdasarkan terma jaminan yang jelas. 44. Dalam kes Andrew Lee Siew Ling v. United Overseas Bank (Malaysia) Blul [2013] 1 MLRA 547; [2013] 1 MLJ 449; [2013] 1 CLJ 24; [2013] 1 AMR 573 Mahkamah memutuskan seperti berikut: "It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which 14 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower." Sama ada Plaintif bertanggungjawab atas kegagalan Defendan Pertama dan Kedua menunaikan cek yang diterima daripada pihak ketiga iaitu ZBS Optima Sdn Bhd dan Sama ada tindakan Plaintif yang telah gagal menunaikan Cek tersebut sebagaimana sepatutnya telah menyebabkan ketidak pembayaran semula tersebut. 45. ZBS Optima Sdn Bhd merupakan pelanggan kepada Defendan Pertama. Satu cek berjumlah sebanyak RM60,000.00 telah dikeluarkan kepada Defendan Kedua. 46. Defendan Kedua telah cuba menunaikan cek tersebut di bank Plaintif. Walau bagaimana pun usaha tersebut gagal kerana berdasarkan keterangan dari SP1, satu arahan untuk hentikan bayaran telah diterima daripada pengeluar cek itu ZBS Optima Sdn 15 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bhd melalui ID8. Surat pemberitahuan cek dikembalikan telah dikeluarkan terhadap Defendan Kedua. 47. Sebarang urusan di antara Defendan Pertama dan Kedua dengan ZBS Optima Sdn Bhd sama sekali tiada kaitan dengan Plaintif. Defendan Kedua sepatutnya mengemukakan pertanyaan berkait “Arahan Henti Bayar/Stop Payment” kepada pihak ketiga iaitu ZBS Optima Sdn Bhd. 48. Plaintif bukanlah pihak yang patut dipersalahkan kerana urusan Defendan-Defendan dengan pihak ketiga adalah langsung tidak kena mengena dengan Plaintif dan juga di luar bidang kuasa Plaintif. 49. Wang berjumlah sebanyak RM60,000.00 adalah milik mutlak ZBS Optima Sdn. Bhd dan Plaintif hanya boleh bertindak berdasarkan arahan yang diberikan oleh pengeluar cek tersebut. 50. Defendan Pertama dan Kedua adalah terikat kepada empat penjuru perjanjian yang telah ditandatangani iaitu P2 dan P3. Tiada klausa yang mensyaratkan pembayaran hanya perlu dibuat setelah menerima wang daripada pihak ketiga. Fakta ini telah dipersetujui oleh SD1 ketika disoal balas oleh Peguam Cara Plaintif. 51. Nota keterangan berikut di rujuk: 16 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Anisah: Setuju atau tak kalau saya kata dalam agreement yang ditandatangani ni, takde pun yang kata ansuran bulanan boleh dibuat oleh pihak ketiga? Ada tak dalam perjanjian tu kata pihak ketiga boleh buat bayaran bagi pihak Encik Naziruddin? SDI: Maksudnya? Pihak Ketiga buat bayaran? Anisah: Ya. ZBS ni sebagai pihak ketiga SD1: Setuju Anisah: Ada atau tak syarat dalam.. SDI: Takde takde. Takde syarat 52. Justeru dakwaan Defendan-Defendan adalah tidak berasas dan isu yang dibangkitkan mengenai cek yang dikeluarkan oleh pihak ketiga ini adalah tidak berkaitan sama sekali dengan kes ini. Sama ada Plaintif telah menghantar sebarang Notis Tuntutan/Penamatan kepada Defendan-Defendan. 53. SP2 telah mengesahkan bahawa Notis Tuntutan/Notis Penamatan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah diserahkan secara Pos Berdaftar mengikut terma kontrak. SP3 pula 17 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengesahkan bahawa Notis Tuntutan/Notis Penamatan telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh beliau. 54. Klausa 22 Surat Tawaran [P2] diperuntukkan untuk serahan terhadap Defendan Pertama manakala Klausa 21.2 Perjanjian Jaminan [P3] adalah merujuk kepada serahan terhadap Defendan Kedua. Serahan secara Pos Berdaftar adalah mencukupi dalam kes ini. 55. Rujukan kepada Klausa 22 Surat Tawaran [P2] adalah sebagaimana berikut: Klausa 22 22. NOTICES (a) Any demand, notice, request (other than Legal Process) in connection with this Letter of Offer and Annexure shall be in writing and shall be delivered personally or by ordinary post with certificate of posting or ordinary post or facsimile (followed by post) or electronic mail to the address given in this Letter of Offer and Annexure or at such other address as the recipient may have notified to the other party in writing. Proof of posting or dispatch of any other notice shall be deemed to be proofof receipt. 18 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) if it is personally delivered at the time of delivery and duly acknowledged: (ii) in the case of an ordinary post with certificate of posting, on second (2nd) Business Day after posting (iii) in the case of a facsimile when received in a readable and legible form on the Business Day immediately after transmission Provided Always. That the sender has received an answer back confirmation: and (iv) in the case of electronic mail, at the time when actually received in readable form. 56. Rujukan pada Klausa 21.2 Perjanjian Jaminan [P3] adalah sebagaimana berikut: Klausa 21 21. NOTICES 21.1 Any demand, notice, request (other than Legal Process) under or in connection with this Guarantee and Indemnity shall be in writing and shall be delivered personally or by ordinary post with certificate of posting or ordinary post or facsimile (followed by post) to the addresses and if to the Bank, to the Bank's business specified in Section 6 of the Schedule herein 19 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal or if to the Surety to the address given in this Guarantee and Indemnity or at such other address as the recipient may have notified to the other party hereto in writing. Proof of posting or despatch of any notice shall be deemed to be proof of receipt: (a) if it is personally delivered, at the time of delivery and duly acknowledged; (b) in the case of a ordinary post with certificate of posting, on the second (2nd Business Day after posting; (c) in the case of a telex or cable, on the Business Day immediately after transmission; and (d) in the case of a facsimile when received in a readable and legible form, on the Business Day immediately after transmission PROVIDED that the sender has received an answer back confirmation. 57. Dalam kes HSBC Bank Malaysia lwn. Richard Su Haw Gay & Satu lagi [2011] 3 MLRH 920 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Has Zanah Mehat H memutuskan sebagaimana berikut: [16] Berdasarkan prinsip undang-undang mengenai "deeming provision" di atas, walaupun dalam kes ini merujuk kepada notis tuntutan dan bukan writ saman, saya berpendapat prinsip tersebut adalah juga terpakai kepada serahan writ dan 20 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dokumen lain yang dikehendaki oleh undang-undang untuk serahan. Oleh itu adalah nyata bahawa bukan tanggungjawab Plaintif untuk memastikan Defendan-defendan menerima Writ dan Penyataan Tuntutan tersebut. Serahan yang dibuat oleh Plaintif adalah sempurna sebaik sahaja Plaintif mengeposkan writ tersebut ke alamat penyampaian sepertimana yang diketahui oleh Plaintif dan telah dipersetujui oleh Defendan di dalam perjanjian." 58. Dalam kes Amanah Merchant Bank Bhd (formerly known as Amanah-Chase Merchant Bank Bhd) v. Lim Tow Chon (Tltrouglt Official Assignee) /1993] 1 MLRA 658; [1994] 1 MLJ 413; [1994] 2 CLJ 1, Hakim Mahkamah Agong memutuskan: "On the proper construction of cl 17, since any notice may be served by sending the same through the post addressed to the last known address of the addressee; the deeming provision applied to the said notice, whether or not is sent by AR registered post. It is not necessary that the appellant must show that the AR card has been duly acknowledged to constitute effective service of the notice of demand. It is sufficient for the appellant to show that the notice was correctly addressed, prepaid and delivered to the post office and acknowledged for service by the postal authority. Once 21 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal these facts have been established, the deeming provision will inevitably apply. (emphasis added)" 59. Dalam kes Arab-Malaysian Finance Bhd v. Chong Chin Shoong [1997] 4 MLRH 281; [1998] 1 CLJ 887; [1998] 1 AMR 284, Mahkamah Tinggi memutuskan: "Clause 8 is a contractual provision regarding service. It is in the form of a deeming provision. By it, the parties agreed that, if the notice is sent by registered post, it shall be regarded as having been received within forty-eight hours after posting. That means they agreed that proof of actual receipt would not be necessary. It is a contractual device for the convenience of the parties. A party to such a device may not refuse to accept delivery, and then rely on proof of non-delivery to claim there has been no receipt, because that would be to frustrate the device that he has agreed to. He must be taken to have received the notice or whatever it was that was sent to him. So in this case the fact that the letter came back marked "tidak dituntut" cannot displace the deeming that it had been served, because to allow it to do so would be to permit the defendant, if he had chosen to do so, to frustrate the device by refusing to accept delivery of the letter. As I said, the inescapable implication is that in fact that was what happened. I do not have to decide whether, in law, it would be open to the defendant to 22 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rebut the presumption of receipt provided by cl 8, because he has not attempted to do so. A bare denial of having received the letter of demand will not do. (Emphasis added)." 60. Dalam kes United Asian Bank Bhd v. Ceras Credit Sdn Bhd & Ors [1996] 1 MLRH 878; [1996] 4 MLJ 639, [1997] 2 CLJ Supp 587; Hakim memutuskan: "Where the demand clause in a guarantee does not specify that a demand notice is to be sent by registered post or by AR registered post, there is no need to show proof of actual receipt by way of an AR card duly acknowledged so long as the plaintiff can show that the notice of demand was property addressed to tlte guarantors and handed to the post office." 61. Plaintif menghujahkan bahawa tiada keperluan terhadap Plaintif untuk menunjukkan bukti penerimaan sesuatu notis tuntutan oleh peminjam mahupun penjamin. Memadai sekadar Plaintif menunjukkan bahawa notis tuntutan itu telah pun dihantar atau di isukan kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Maka adalah jelas serahan sebagaimana terma kontrak yang telah dipersetujui adalah teratur tanpa memerlukan penghantar membuktikan penyerahannya. 23 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 62. Plaintif telah mematuhi kehendak terma kontrak berkait penyampaian Notis Tuntutan/Penamatan kepada Defendan Pertama dan Kedua. Alamat penyampaian yang diguna pakai oleh pihak Plaintif merupakan alamat terakhir yang diketahui oleh Plaintif berdasarkan rekod yang ada dalam milikan pihak Plaintif. 63. Defendan-Defendan juga mempertikaikan berkait dengan jumlah yang terhutang. Plaintif telah mengemukakan penyata akaun yang ditandakan sebagai ID10. SD1 telah mengakui ketika disoal balas oleh Peguam Cara Plaintif apabila dirujuk kepada muka surat 107 dan 108 ID10 telah bersetuju bahawa tiada bayaran dibuat pada tahun 2023. 64. Defendan-Defendan mengakui mempunyai kontrak perjanjian dengan pihak Plaintif. Defendan-Defendan juga mengakui ada membuat bayaran secara tidak teratur dan/atau konsisten kepada Plaintif. Pada masa yang sama, Defendan-Defendan juga mengakui tidak membuat bayaran kepada Plaintif selepas daripada tarikh 29.11.2022. 65. Kenyataan-kenyataan tersebut secara tidak langsung telah merumuskan bahawa Defendan-Defendan ada dan sememangnya mempunyai jumlah terhutang yang masih gagal dijelaskan kepada Plaintif. 66. Defendan-Defendan juga tidak memberikan sebarang bukti yakni dokumen-dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah hutang 24 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah dibayar sepenuhnya dan jumlah hutang yang dikatakan bertentangan dengan jumlah hutang yang dituntut oleh Plaintif. Hujahan Defendan-Defendan 67. Pihak Defendan-Defendab berhujah bahawa Plaintif mendakwa Defendan-Defendan adalah berhutang jumlah sebanyak RM570,591.79 (setakat 5.1.2023) dan pihak Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya tersebut. 68. Plaintif telah gagal untuk mengemukakan sebarang keterangan / bukti dokumentari bagi membuktikan bahawa Defendan- Defendan adalah berhutang jumlah sebanyak RM570,591.79 (setakat 5.1.2023) yang dituntutnya tersebut. 69. Plaintif telah cuba mengemukakan Penyata-Penyata Akaun di muka surat 90 – 109 / Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian C) [ID10] bagi membuktikan jumlah yang didakwa terhutang oleh Defendan-Defendan tersebut. 70. Walau bagaimanapun, pengemukaan Penyata-Penyata Akaun [ID10] tersebut telah dibantah oleh Peguamcara Defendan - Defendan atas alasan ianya adalah merupakan dokumen janaan komputer (‘computer generated document’) yang hanya boleh dikemukakan melalui suatu Sijil S90A, Akta Keterangan 1950. 25 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 71. Rujukan di buat pada nota keterangan berikut: “Anisah: Saya pohon Puan selanjutnya saksi di rujuk kepada Ikatan Dokumen Bersama Bahagian C mukasurat 90 hingga, 90 hingga 109, pada soalan 41. Encik Zainol boleh nyatakan kepada Mahkamah apa dokumen- dokumen pada muka surat tersebut? SP 1: Dokumen-dokumen dari mukasurat 90 hingga 109 ini merupakan penyata-penyata bagi akaun yang diguna pakai oleh Defendan untuk transaksi pinjaman yang telah diberikan kepada Defendan Pertama. Pertama, mukasurat 90 hingga 92 merupakan Penyata Akaun bagi tahun 2019 dimana wang pinjaman telah di lepaskan kepada Defendan Pertama pada 27 Jun 2019 berjumlah sebanyak RM500,000.00. Pada bahagian debit dinyatakan jumlah faedah yang terakru dan pada bahagian kredit adalah jumlah bayaran yang di terima dari Defendan Pertama. Pada tahun 2019 jumlah faedah yang terakru adalah sebanyak RM26,065.71 dan bayaran yang diterima adalah RM26,836.30. Jumlah hutang berbaki pada tahun 2019 adalah sebanyak RM499,284.66. 26 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Yang kedua, muka surat 93 hingga 95 merupakan Penyata Akaun bagi tahun 2020. Pada tahun 2020 jumlah faedah yang terakru adalah sebanyak RM56,115.11 dan bayaran yang diterima adalah RM25,714.69. Baki hutang pada tahun 2020 adalah RM531,001.65. Yang ketiga, muka surat 96 hingga 101 merupakan Penyata Akaun bagi tahun 2021. Pada tahun 2021 jumlah faedah yang terakru adalah sebanyak RM55,394.90 dan bayaran yang diterima adalah RM31,910.31. Jumlah yang terhutang pada tahun 2021 adalah RM554,572.85. Yang keempat, muka surat 102 hingga 106 merupakan Penyata Akaun bagi tahun 2022. Pada tahun 2022 jumlah faedah yang terakru adalah sebanyak RM60,792.89 dan bayaran yang diterima adalah RM50,380.21. Jumlah baki hutang pada tahun 2022 adalah RM565,085.54. Dan yang kelima, muka surat 107 hingga 109 merupakan Penyata Akaun bagi tahun 2023. Pada tahun 2023 jumlah faedah yang terakru adalah sebanyak RM69,237.07 dan tiada bayaran yang di terima daripada Defendan Pertama pada tahun 2023. Baki hutang setakat 26 Disember 2023 adalah 27 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebanyak, adalah berjumlah sebanyak RM640,541.39. Anisah: Puan saya pohon mukasurat 90 hingga 109 di tandakan sebagai P..10. J/B: P10. Anisah: P10. Fozi: Dengan izin Puan berkenaan dengan dokumen di muka surat 90 sehingga 109 ikatan C, bahagian C Puan,kalau kita l ihat dokumen ni, penyata akaun ni di, dia adalah sejenis dokumen yang saya percaya dikeluarkan oleh komputer Puan. Jadi, undang- undang adalah mantap, sijil menurut seksyen 90A adalah perlu dikemukakan sebelum boleh ditandakan sebagai P ataupun D Puan. Lebih pula dalam ketiadaan, dalam ketiadaan keterangan daripada saksi ini bagaimana dokumen ini diekstrak dan sebagainya. Jadi saya pohon ditandakan sebagai ID pada peringkat ini . Anisah: Puan dokumen ini adalah do, computer generated dan saya berpendapat bahawa dokumen ini perlu di tandakan sebagai P dan saksi saya mempunyai akses terhadap dokumen ini Puan. 28 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Fozi: Puan jika saksi ini mempunyai akses kepada dokumen ini peruntukan seksyen 90A masih terpakai. Perlu dipenuhi Puan. Hakim: Ada seksyen.. sijil tu ada? Anisah: Tiada pada sa.. Hakim: 90A? Anisah: Tiada, tiada pada saya. Hakim: Ditanda sebagai ID dulu lah. Anisah: Baik Puan. ” 72. Penyata-Penyata Akaun di mukasurat 90 – 109 / Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian C) telah di tandakan sebagai “ID10” bagi tujuan identifikasi ketika perbicaraan. 73. Peguam cara Defendan – Defendan telah membuat bantahan untuk pihak Plaintif menjadikan penyata akaun tersebut sebagai ekshibit dan diterima sebagai dokumen pembuktian di Mahkamah. Namun begitu, pihak Plaintif tetap gagal untuk mengemukakan sebarang Sijil S90A, Akta Keterangan 1950 bagi membolehkan Penyata- Penyata Akaun [ID10] tersebut di terima masuk sebagai keterangan / di tukarkan menjadi Ekshibit “P”. 29 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 74. Oleh demikian, dokumen Penyata-Penyata Akaun [ID10] tersebut kekal sebagai “ID” dan tidak pernah ditukarkan sebagai ekshibit “P”. 75. Ia adalah prinsip perundangan jitu bahawa dokumen yang telah sekadar ditandakan sebagai “ID” tidak boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah dan tidak mempunyai sebarang nilai probatif. 76. Dalam kes Joseph Thambirajah V Bank Buruh (M) Bhd (Now Known As BSN Commercial Bank (M) Sdn Bhd) [2008] 2 MLJ 773 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut berkenanan dokumen “ID” “iv) Third notice of demand The learned High Court judge was of the view that the second notice of demand is not necessary in view of the presence of cl 14 relating to principal debtor clause in the guarantees. However, in discussing the second notice of demand, he made reference to the third notice of demand. He said ‘ inany event the Plaintiff has also send the notice of demand to the defendant (as a guarantor ) on 10 June 1992’. We are of the view that the third letter of demand cannot be considered at all because it was not tendered in count by any witness of the respondent. It was only an identification document (ID) in the non -agreed bundle and was never converted to a court exhibit. 30 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal In Soo Hong & Leong Kew Moi v UMBC [1997] 1 MLJ 690 the Court of Appeal held (at p 695) : During the course of the trial , various documentary exhibits were referred to by both sides and marked as exhibits to be identified (ID) since the admissibility of such documents were objected to by either side on the ground that the makers were not called. I rule that since these documents were not strictly proved as required by s 73(a) of the Evidence Act 1950 thereby deprives the opportunity to test the authenticity of their contents, such exhibits remain inadmissible. Similarly in this case, the third letter of demand is an ID and had never been converted to a court exhibit. It cannot be relied upon as an exhibit .” 77. Dalam kes Modular Tropical Ventures (M) Sdn Bhd (In Liquidation) V George Varughese And Other Appeal [2018] MLJU 886 di mana YA Wan Ahmad Farid PK (pada ketika i tu) telah memutuskan untuk menolak dokumen yang telah sekadar di tandakan sebagai “ID” seperti berikut: “The Members Desolution [48] Learned counsel for the plaintiff submitted that the SPAs made no reference at all to the three instruments. Before 31 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal proceeding further, let me make a ruling on the admissibility of the Members Resolution. It was marked as ID. I think the law is quite settled on this. I can only refer to the judgment of the Court of Appeal in Joseph Thambi rajah v Bank Buruh (M) Bhd [2008] 2 MLJ 773 CA when it held that: We are of the view that the third letter of demand cannot be considered at all because it was not tendered in court by any witness of respondent. It was only an identification document (‘ID’) in the non-agreed bundle and was never converted to a court exhibit. In a more recent case of Shanta a/p Manickam (suing for herself and her children being the dependants of the deceased Letchumanan a/ l Subramaniam) v Teik Joo Chan Sdn Bhd & Anor [2015] 11 MLJ 721 the High Court reiterated the same proposition in that it was unarguable at law that a document marked as ID is not an exhibit and cannot be relied upon. [49] I would therefore disregard the evidence and hold that the Members Resolution is inadmissible. [50] The defendant is therefore left wi th two remaining instruments which are the TD and IPA.” 78. Mengguna pakai prinsip dalam kes-kes di atas tersebut, dokumen Penyata-Penyata Akaun [ID10] tersebut yang ditandakan sebagai 32 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ID tidak pernah ditukarkan sebagai ekshibit dan tidak boleh diterima sebagai suatu keterangan. 79. Plaintif telah gagal untuk membuktikan atau mengesahkan sebarang keberhutangan dan/atau jumlah RM570,591.79 (setakat 5.1.2023) yang didakwa terhutang oleh Defendan-Defendan tersebut (adalah dinafikan) berikutan ketiadaan sebarang Penyata Akaun yang sah dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah oleh Plaintif. 80. Plaintif juga telah gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen Perakuan Keberhutangan (‘Certificate of Indebtedness’) bagi membuktikan Defendan-Defendan adalah berhutang jumlah RM570,591.79 (setakat 5.1.2023) yang dituntutnya tersebut. 81. SP1 semasa pemeriksaan balas telah menyatakan sebagaimana berikut: Fozi: Ok. Ada ataupun tidak sebarang dokumen lain untukmenyokong pengiraan jumlah yang di tuntut oleh pihak Bank selain daripada penyata akaun? SP 1: Selain penyata bank.. Fozi: Ha. SP 1: Tiada. 33 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Fozi: Tiada. Ada tak sebarang perakuan keberhutangan ataupun certificate of indebtedness dikemukakan ke Mahkamah bagi mengesahkan jumlah yang dituntut tersebut? SP : Tiada. 82. SP4 (Relations Manager Plaintif) ketika diperiksa balas telah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang Perakuan Keberhutangan(‘Certi ficate of Indebtedness’) telah dikemukakan di Mahkamah: Fozi: Puan tahu ada ataupun tidak sebarang certificate of indebtedness telah dikeluarkan oleh pihak Bank? SP 4: Hmm.. Fozi: Bagi hutang ni? SP 4: Tak tahu. Fozi: Tak tahu. Sape yang sepatut tahu? SP 4: Collection department? Fozi: Collection department. Jadi setuju kalau saya cadangkan kepada Puan dalam ikatan dokumen yang dikemukakan di Mahkamah pada hari ini .. SP 4: Ok. 34 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Fozi: Tidak ada sebarang certificate of indebtedness dikeluarkan oleh pihak Bank kepada Defendan- defendan? SP 4 : Yang ni saya tak pasti. Fozi: Tak pasti . SP 4: Kat mana page.. Fozi: Ok takpe. Kalau Puan tengok kepada indeks pun takpe. SP 4: Indeks? Fozi: Ha, ada tak? Certificate of indebtedness? SP 4: Hmm kalau dalam indeks tak ada. 83. Perakuan Keberhutangan (‘Certificate of Indebtedness’) jika dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah, secara automatiknya akan menjadi bukti konklusi prima facie bagi membuktikan keberhutangan / jumlah dikatakan oleh Defendan- Defendan sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Bank Pertanian Malaysia Bhd V Seiko Marine Products Sdn Bhd & Ors [2017] 8 MLJ 355 “[23] The plaintiff’s claim for RM5,598,318.94 as at 9 March 2016 is also supported by the certificate of indebtedness. 35 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Therefore, pursuant to the case of Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying (trading as KH Trading) & Anor [2006] 2 MLJ 685, I am of the considered opinion that the certificate of indebtedness is prima facie evidence of the sum owing. The onus then lies with the defendant to disprove the amount claimed.” Dapatan Mahkamah 84. Hakim terdahulu telah mendengar tiga orang saksi Plaintif dan saya hanya mengambil alih kes ini di peringkat keterangan SP4. 85. Adalah undang-undang mantap bahawa beban pembuktian terletak ke atas pihak yang menuntut sesuatu perkara sebagai benar. Ini selaras dengan Seksyen 101, Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut: “101. Beban Membuktikan (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud. 36 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu. MISALAN (a) A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A telah di lakukan oleh B . A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu. (b) A berhasrat supaya mahkamah memberikan penghakiman bahawa dia berhak ke atas tanah tertentu yang ada dalam milikan B atas sebab fakta yang di tegaskan oleh A sebagai benar tetapi dinafikan oleh B . A mestilah membuktikan kewujudan fakta itu .” 86. Mahkamah merujuk kepada prinsip undang-undang di dalam kes Multimedia Glory Systems Sdn Bhd V Kerajaan Malaysia & Ors [2025] MLRHU 720 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan prinsip undang-undang ini dalam penghakimannya seperti berikut:- “The Burden Of Proof It is a trite law that the burden of proof lies on the Plaintiff to prove every single fact as pleaded in its Statement of Claim (SoC). This is clearly provided for in ss 101, 102, and 103 of our 37 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Evidence Act 1950. In the case of Johara Bi Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1980] l MLRA 385; [1981] J.MW 139. the Federal Court expounded on the mechanics of burden of proof at p l42 as follows: "...it was all a matter of proof and that until and unless the plaintiff had discharged the onus on her to prove her case on a balance of probabilities the burden did not shift to the defendant and no matter if the defendant's case was completely unbelievable, the claim against him must in this circumstance be dismissed." 87. Beban pembuktian akan beralih kepada Defendan-Defendan (untuk membuktikan pembelaannya) hanya selepas Plaintif memenuhi beban pembuktiannya untuk membuktikan tuntutannya tersebut terlebih dahulu. 88. Dalam kes ini Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa pihak-pihak terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani. Jelasnya, pihak Defendan Pertama ada menerima Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut. Defendan Kedua sebagai penjamin seharusnya bertanggungjawab apabila pihak Defendan Pertama gagal membayar balik Kemudahan Pinjaman Berjangka tersebut. Mahkamah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh SP4 mengenai dokumen-dokumen perjanjian 38 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang mana telah ditandatangani oleh pihak-pihak dengan sewajarnya. 89. Mahkamah juga berpuas hati bahawa notis tuntutan dan penamatan telah diserahkan kepada pihak-pihak sebagaimana yang sepatutnya mengikut kontrak. Mahkamah berpuas hati dengan keterangan SP2 dan SP3 berkaitan notis tuntutan dan penamatan tersebut. 90. Mahkamah juga bersetuju bahawa pihak Plaintif sepatutnya tidak bertanggung jawab berkaitan cek yang dikeluarkan oleh pihak ketiga iaitu ZBS Optima Sdn Bhd. Pihak ZBS Optima Sdn Bhd mempunyai budi bicara untuk menarik balik cek yang dikeluarkannya dan Plaintif selaku pihak bank hanya bertindak mengikut arahan yang diberikan. Penjelasan lanjut mengenai cek tersebut sepatutnya ditanyakan atau diberikan oleh pihak ZBS Optima Sdn Bhd. 91. Mahkamah walau bagaimana pun tidak berpuas hati bahawa pihak Plaintif telah berjaya menuntut sejumlah yang dituntut dalam penyata tuntutan. Mahkamah berpuas hati bahawa penyata akaun yang difailkan kekal menjadi ID dan masih tidak diterima di Mahkamah sebagai eksibit yang membolehkan penyata akaun tersebut diterima sebagai bukti di Mahkamah ini. 39 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 92. Dalam penyata tuntutan, Plaintif telah memberikan jumlah yang berbeza iaitu di para (a) Plaintif menuntut sejumlah RM570,591.79 setakat 5.1.2023 tetapi di para (b) Plaintif menuntut kadar faedah atas jumlah RM570,478.03 yang dikira dari 6.1.2023 sehingga penyelesaian penuh. Bagaimanakah tuntutan Plaintif mempunyai dua jumlah yang berbeza? Perbezaan jumlah ini tidak diterangkan oleh saksi-saksi Plaintif terutamanya SP1. Pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing. Oleh sebab itu, jumlah yang sepatutnya adakah RM570,591.79 atau RM570,478.03? 93. Mahkamah Persekutuan di dalam kes Samuel Naik Siang Ting v. Public Bank Blul [2015] 5 MLRA 665 telah menyatakan sebagaimana berikut: “[29] It is a cardinal rule in civil litigation that parties are bound by their pleadings and are not allowed to adduce facts and issues which they have not pleaded (see: State Government Of Perak v. Muniandy [1985] 1 MLRA 423 and Anuar Bin Mat Amin v. Abdullah Bin Mohd Zain [1989] 4 MLRH 388). In Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628, Scrutton LJ ruled that: "Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues there must be pleaded on the record by amendment." 40 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 94. Selanjutnya Mahkamah Rayuan di dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v. Mkini Dotcom Sdn Bhd [2018] 6 MLRA 388 telah berkata: "[66] The trial judge allowed the respondents to raise the defence of reportage in their submission at the post-trial stage even though the respondents had not specifically pleaded the defence of reportage in their Defence. As such, this defence was not within the contemplation of the parties.The fact thctt it is not within the contemplation of the parties is unfair and preiudicial to the party against whom such a defence is lavelled. This is the underlying reason why parties are bound to their pleaded case. [67] In the case.of RHB Bank Blul v. Kwan Chew Holdings [2009] 3 MLRA 162; [2010] 2 MLJ 188; [2010] 1 CLJ 665; [2010] 2 AMR 590, the Federal Court similarly criticized the court of Appeal for dealing with the appeal or an unpleaded issue, finding that the proposition of the court of Appeal was not even pleaded by the Respondent and that parties must abide by their pleadings and it is not the duty of the court to invent or create a cause of action or a defence under the guise of doing iustice for the parties." 95. SP1 merupakan saksi yang menerangkan mengenai penyata akaun ID 10 tersebut. Namun begitu, tiada keterangan bagaimana 41 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ID10 tersebut diperoleh. Pihak peguam cara Plaintif menghujahkan bahawa SP1 mempunyai pengetahuan mengenai ID10, tetapi tidak diperjelaskan bagaimana pengetahuan tersebut diperoleh. 96. Keterangan yang ada daripada SP1 berkaitan dokumen-dokumen yang difailkan di Mahkamah hanyalah berdasarkan rekod yang beliau ada. Adakah rekod tersebut merupakan dalam bentuk fail yang fizikal atau dalam bentuk sistem yang SP1 boleh lihat atau yang bagaimana? 97. Pihak Plaintif juga tidak memfailkan sebarang perakuan keberhutangan. Oleh yang demikian penyata akaun ID 10 tersebut merupakan satu dokumen penting yang sepatutnya diperhalusi penerimaan dan pembuktiannya di Mahkamah. 98. Penyata akaun tersebut telah diklasifikasikan di bawah Bahagian C. Oleh yang demikian, Plaintif hendaklah mengemukakan dokumen tersebut melalui pembuat (maker) dokumen berkenaan, sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 73A Akta Keterangan 1950 (“AK 1950”). 99. Kehendak undang-undang ini telah diperjelaskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes KTL Sdn Bhd & Anor v Leong Oow Lai and other cases [2014] MLJU 1405 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan sebagaimana berikut: 42 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[34] If a document is classified as a Part C Document, the party adducing that document bears the evidential burden to satisfy the court on a balance of probabilities the following 2 conditions of admissibility of that document (2 Conditions of Admissibility): (a) in accordance with the rule against documentary hearsay, the maker of the Part C Document has to be called as a witness — the Federal Court’s judgment in Capital Insurance Bhd v Cheong Heng Loong Goldsmiths (KL) Sdn Bhd [2005] 4 CLJ 1, at 20, 21–25 and 28. If the maker of a Part C Document cannot be called as a witness, the party adducing that document has to satisfy the court regarding the application of any one of the exceptions to the hearsay rule such as ss32(1)(a) to ss32(1)(a) [ss32(1)(i) and (j) EA only apply to criminal proceedings according to ss32(2)], 33 to 37, 73A(1), (2) and/or 90A(1) EA [s90c EA provides that s90A EA shall prevail over, among others, any other provisionof EA relating to the proof of evidence]; (b) “primary evidence” of the Part C Document as understood in s62 EA must be adduced in court as required by s64 EA — the Supreme Court’s decision in KPM Khidmat Sdn Bhd v Tey Kim Suie [1994] 2 MLJ 627, at 631. It is to be noted that Explanation 3 of s62 EA provides that a document produced by a computer (in compliance with s90A EA) is 43 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal primary evidence. If “primary evidence” of a Part C Document is not available, s64 EA provides that “secondary evidence” [within the meaning of s63(a) to (e) EA] of the Part C Document can only be admitted as evidence if there is proof of the application of any one of the paragraphs in s65(1)(a) to (g) EA.” 100. Penyata Akaun tersebut merupakan dokumen komputer yang bercetak. Siapakah yang membuat dokumen tersebut? Siapakah yang mencetak dokumen tersebut? Adakah SP1 sendiri yang mencetak dokumen tersebut? Adakah SP1 memperoleh dokumen tersebut melalui pihak lain? Adakah SP1 boleh membuat pengesahan mengenai dokumen tersebut melalui sistem atau rekod yang ada? SP1 tidak memberi sebarang keterangan berkaitan perkara ini. 101. Plaintif telah cuba untuk memasukkan penyata akaun tersebut melalui SP1 dengan alasan SP1 mempunyai pengetahuan mengenai penyata akaun tersebut. Namun begitu, memandangkan penyata akaun tersebut merupakan dokumen yang dijana oleh komputer yang bercetak, peruntukan di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950 perlu dipenuhi. 102. Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif telah gagal untuk memenuhi kehendak-kehendak yang diperuntukkan oleh undang- 44 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal undang, bagi membolehkan mereka bergantung ke Seksyen 90A AK 1950 dalam cubaan untuk mengemukakan penyata akaun tersebut sebagai keterangan. 103. Dalam kes Norazlanshah bin Hazali v Mohd Dziehan bin Mustapha [2019] 9 MLJ 178, untuk membolehkan sesuatu dokumen diterima masuk melalui Seksyen 90A AK 1950, pihak yang mengemukakannya hendaklah membuktikan bahawa: a) Dokumen tersebut dihasilkan oleh komputer yang digunakan dalam keadaan biasa; dan b) Dokumen tersebut dikemukakan melalui saksi yang bertanggungjawab terhadap pengurusan komputer berkenaan, atau yang melaksanakan aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer tersebut. “[18] Bundle B1 contained documents categorised into Part A, Part B and Part C documents. As mentioned, these screen shots were Part C documents. No further evidence was led in respect of these screenshots. No evidence was led as to the maker of the contents of these screenshots and none were called to testify. There was no testimony as to how the screenshots were produced although under crossexamination, PW2 agreed that these documents were computer generated. If they were to be admitted as computer generated documents under s 90A of the Evidence Act 1950, 45 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal there was no attempt to meet the requirements under s 90A(2) of the Evidence Act 1950 by proving that: (a) the documents were produced by a computer in the course of its ordinary use or; (b) by tendering to the court a certificate signed by a person who, either before or after the production of the documents by the computer, is responsible for: (i) the management of that computer or; (ii) for the conduct of the activities for which that computer was used. [19] In fact these screenshots, being Part C documents, were also not sought to be marked as exhibits. The provisions under s 90A of the Evidence Act 1950 cater for advances in technology, while at the same time providing safeguards for ensuring the authenticity of computer generated documents. These provisions should not be viewed as mere technicalities. Much mischief can be achieved by computer wizardry and the safeguards in the Evidence Act 1950 go some way towards protecting against them. Parties to a litigation are entitled to demand that the law, as is prescribed in s 90A of the Evidence Act 1950, is adhered to. These screenshots were therefore neither proven nor admitted into evidence.” 46 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 104. Dalam kes Navi & Map Sdn Bhd v. Twinice Sdn Bhd & Ors [2011] 7 CLJ 764 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa plaintif gagal untuk mematuhi kehendak-kehendak di bawah Seksyen 90A Akta Keterangan 1950. Ini kerana saksi yang mengemukakan dokumen berkenaan bukanlah pihak yang bertanggungjawab terhadap komputer yang menghasilkan dokumen tersebut. Tambahan itu, plaintif gagal untuk mengemukakan sebarang pengesahan bahawa dokumen berkenaan telah dihasilkan oleh komputer yang digunakan dalam keadaan biasa dan bahawa komputer tersebut berfungsi dengan baik pada masa dokumen itu dijana. “[13] … Section 90A of the Evidence Act allows a document produced by computer to be admitted where the maker is not called if a certificate by a person who either before or after the production of the document by the computer is responsible for the management of the operation of that computer or for the conduct of the activities for which that computer was used. In my view, there is merit in the argument of learned counsel for the defendants to the effect that exh. P29 is not valid a certificate pursuant to s. 90A of the Evidence Act 1950 to admit the printout of Skype chat. Exhibit P29 certifies that PW4 that he was the officer responsible for the management and analysis process of the hard disc known as Fujitsu MHT 2080 AH PL and not the computer that produced the said Skype 47 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal chats. The certificate also did not certify that the document was produced in the course of its ordinary use or that it was in good working order.” 105. Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa sijil di bawah 90A AK 1950 tidak dikemukakan oleh pihak Plaintif dan oleh sebab itu penyata akaun ID10 kekal tidak diterima masuk sebagai bahan bukti. 106. Pihak Defendan telah membangkitkan bantahan mereka mengenai ID10 ini semasa perbicaraan dan telah memhujahkan perkara ini dalam hujahan mereka. Namun begitu, pihak Plaintif dalam hujahan balasnya tidak menjawab isu ID10 yang masih kekal sebagai ID dan tidak dijadikan ekshibit. Dengan kata lain bagaimana sepatutnya atau bolehkah ID10 ini dapat dijadikan sebagai P10 walaupun tanpa pemfailan sijil 90A Akta Keterangan 1950 tidak dijawab oleh pihak Plaintif? 107. Plaintif dalam hujahan balasnya berhujah berkaitan bayaran- bayaran yang telah dibuat oleh pihak Defendan-Defendan sebelum ini. Mahkamah bersetuju bahawa perjanjian yang ditandatangani, bayaran yang telah dibuat sebelum ini, cubaan bayaran melalui pihak ketiga iaitu ZBS Optima Sdn. Bhd menunjukkan bahawa 48 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pihak Defendan-Defendan mempunyai hutang dengan pihak Plaintif. 108. Namun begitu, berapa jumlah yang terhutang atau tertunggak, tidak dapat dibuktikan oleh pihak Plaintif. SP1 dalam keterangannya menyatakan bahawa pihak yang lebih tahu mengenai perkara ini dan bertanggung jawab untuk mengesan pembayaran serta tunggakan ialah unit kutipan hutang di Kuala Lumpur. SP1 sebagai pegawai operasi di cawangan Kuala Terengganu hanyalah orang tengah antara pihak peminjam dan unit kutipan hutang terutamanya apabila pihak peminjam berada berhampiran dengan cawangan terlibat. Kesimpulan 109. Mahkamah berpuas hati pihak Plaintif telah gagal membuktikan jumlah tuntutan berdasarkan penyata tuntutan. Penyata akaun yang difailkan tidak diterima sebagai dokumen di Mahkamah dan kekal sebagai ID10. Oleh yang demikian, Mahkamah telah menolak tuntutan Plaintif dengan kos RM 7000 diberikan kepada pihak Defendan-Defendan. Bertarikh: 30.3.2026 49 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Wan Nor Aklima binti Wan Salleh Hakim Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Terengganu Terengganu Peguam cara bagi pihak Plaintif : Cik Wan Anisah Fadiah Binti Wan Manan Tetuan Asmadi, Azmi & Associates Peguam cara bagi pihak Defendan-Defendan : Encik Fozi Addhwa bin Mohamad Fozi Tetuan Nordin Kassim & Aziz 50 S/N UXl9QRISpkuirdC1SUiqVg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal