MUHAMMAD AIEREL DARWISH BIN HAIRUL ANUAR NO KP 091005050303 Seorang minor yang menuntut melalui bapanya HAIRUL ANUAR BIN MUHAMMAD 1. ) AMER BIN MASURI 2. ) MOHD RASHED BIN SAHRONI 3. ) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 4. ) Kerajaan Malaysia
Court found Defendants One and Two owed a duty of care but plaintiff failed, on the balance of probabilities, to prove breach or that equipment/conditions were unsafe (defence evidence that equipment bought 2019 was in good condition and curriculum instruction existed). Accordingly, plaintiff's negligence claim is...
Source-derived case information.
- Citation
- NA-A51-4-07/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff/perayu: MUHAMMAD AIEREL DARWISH bin HAIRUL ANUAR (minor via father HAIRUL ANUAR BIN MUHAMMAD); Defendant: AMER BIN MASURI; Defendant: MOHD RASHED BIN SAHRONI; Respondent: KEMENTERIAN PENDIDIKAN; Respondent: KERJAAN MALAYSIA
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 July 2025
- Case Number
- NA-A51-4-07/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Tort Negligence (personal Injury) / Trial Judgment (claim Dismissed); Appeal Filed
- Outcome
- Plaintiff's claim dismissed for failure to prove breach of duty; costs awarded to defendants
- Legal Topics
- Negligence, Duty of Care, Vicarious Liability, Burden of Proof, Damages
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
MUHAMMAD AIEREL DARWISH bin HAIRUL ANUAR (minor via father HAIRUL ANUAR BIN MUHAMMAD)
Plaintiff/perayu
AMER BIN MASURI
Defendant
MOHD RASHED BIN SAHRONI
Defendant
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Respondent
KERJAAN MALAYSIA
Respondent
Procedural Posture
Tort Negligence (personal Injury) / Trial Judgment (claim Dismissed); Appeal Filed
Legal Issues
- 1 Whether defendants owed a duty of care to the plaintiff
- 2 Whether Defendant One breached the duty of care during high jump trials
- 3 Whether Defendant Two breached duty by failing to care for pupil safety on school premises
Ratio Decidendi
Court found Defendants One and Two owed a duty of care but plaintiff failed, on the balance of probabilities, to prove breach or that equipment/conditions were unsafe (defence evidence that equipment bought 2019 was in good condition and curriculum instruction existed). Accordingly, plaintiff's negligence claim is dismissed for failing to discharge burden of proof; costs RM5,000 awarded to defendants under Order 59 Rules of Court 2012.
Court Disposition
Plaintiff's claim dismissed for failure to prove breach of duty; costs awarded to defendants
Orders
- Plaintiff's claim dismissed
- Costs to defendants RM5,000 under Order 59 Rules of Court 2012
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
NA-A51-4-07/2022 Kand. 53 03/08/2025 12:28:46 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS NO. KES: NA-A51-4-07/2022 ANTARA MUHAMMAD AIEREL DARWISH … PLAINTIF/PERAYU BIN HAIRUL ANUAR (seorang bawah umur dan membawa tindakan melalui bapanya HAIRUL ANUAR BIN MUHAMMAD) LAWAN (1)AMER BIN MASURI … DEFENDAN- (2)MOHD RASHED BIN SAHRONI DEFENDAN/ (3)KEMENTERIAN PENDIDIKAN RESPONDEN (4)KERAJAAN MALAYSIA 1 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN 1. Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan ganti rugi berhubung dengan kecuaian yang didakwa dilakukan oleh Defendan Pertama dan Kedua bersama Defendan Ketiga dan Keempat yang bertanggungan secara vikarius. 2. Tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM 5,000.00. Plaintif tidak berpuas hati terhadap keseluruhan keputusan saya pada 15 Julai 2025 dan telah memfailkan rayuan pada 24 Julai 2025. Alasan penghakiman saya dengan ini diperincikan seperti yang berikut. FAKTA 3. Plaintif telah menyertai latihan lompat tinggi pada 11 Februari 2020 sempena Kejohanan Olahraga Kali Ke-16 Sekolah Kebangsaan Panchor 2020. 2 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. Plaintif mengalami kecederaan dan mendakwa berpunca daripada kecuaian Defendan Pertama dan Defendan Kedua manakala Defendan, Ketiga dan Keempat bertanggungan secara vikarius. ANALISIS MAHKAMAH ISU 5. Isu utama yang berbangkit adalah seperti yang berikut: (a) sama ada Defendan-Defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif? (b) sama ada Defendan Pertama telah melanggar kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif semasa menjalani latihan saringan lompat tinggi di Sekolah Kebangsaan Panchor? (c) sama ada Defendan Kedua telah cuai dan gagal menjaga kebajikan dan keselamtan Plaintif apabila berada di dalam kawasan sekolah? 3 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) sama ada Plaintif mengalami kerugian akibat pelanggaran kewajipan berjaga-jaga oleh Defendan Pertama. BEBAN PEMBUKTIAN 6. Pada peringkat ini, Plaintif mempunyai beban untuk membuktikan sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 101 of the Akta Keterangan 1950 dan yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151 oleh Ong CJ yang menyatakan “The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence.”. Tahap beban pembuktian menurut Hakim Evrol Mariette Peters, dalam kes Sabri Abdul Talib and Vt Logistics (M) Sdn. Bhd. V. Tiong Mee Kooi [2021] 1 LNS 2275 ialah on a balance of probabilities. The term ‘balance of probabilities’ was described in Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 by Denning J (as he then was) as ‘more probable than not’ and which is ‘not so high as required in a criminal case…but if the probabilities are equal, it is not discharged’. The standard, therefore, does not allow for any guesswork, speculation, surmise or conjecture. 7. Bagi isu sama ada defendan pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif, saya merujuk keputusan kes 4 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Government of Malaysia & Ors V Jumat bin Mahmud [1977] 2 MLJ 103 yang memutuskan seperti yang berikut: “It is accepted that by reason of the special relationship of teacher and pupil, a school teacher owes a duty to the pupil to take reasonable care, for the safety of the pupil. The duty of care on the part of the teacher to the plaintiff must commensurate with his/her opportunity and ability to protect the pupil from dangers that are known or that should be apprehended and the duty of care required is that which a careful father with a very large family would take of his own children (see Ricketts v. Erith Borough Council [1943] 2 ALL ER 629, 631. It is not a duty of insurance against harm but only a duty to take reasonable care for the safety of the pupil.”. 8. Saya mengambil kira antaranya keterangan bahawa tiada surat kebenaran daripada bapa Plaintif untuk Plaintif menyertai acara sukan termasuk latihan sukan. 5 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Setelah saya merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS v. JUMAT BIN MAHMUD dan keterangan tiadanya kebenaran daripada bapa Plaintif, atas imbangan kebarangkalian Mahkamah memutuskan terdapat hubungan antara Plaintif dengan Defendan Pertama yang mana Defendan Pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif. 10. Bagi isu sama ada defendan kedua mempunyai kewajipan berjaga- jaga terhadap plaintif, saya merujuk keputusan kes Nurul Atikah binti Mustafa Kamal (seorang kanak-kanak mendakwa melaluibapa atau wakil litigasi, Mustafa Kamalbin Omar) v Nurazlina Suriani binti Zulkifly & Ors [2019] MLJU 178. Oleh itu, Defendan Kedua juga mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif semasa menjalani latihan saringan acara lompat tinggi di sekolah kebangsaan panchor. 6 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) sama ada Defendan Pertama telah melanggar kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif semasa menjalani latihan saringan lompat tinggi di Sekolah Kebangsaan Panchor? (c) sama ada Defendan Kedua telah cuai dan gagal menjaga kebajikan dan keselamtan Plaintif apabila berada di dalam kawasan sekolah? 11. Isu sama ada defendan pertama dan kedua telah melanggar kewajipan berjaga-jaga terhadap plaintif semasa menjalani latihan saringan acara lompat tinggi di sekolah kebangsaan panchor, saya merujuk keputusan kes Nurul Atikah binti Mustafa Kamal (seorang kanak-kanak mendakwa melaluibapa atau wakil litigasi, Mustafa Kamalbin Omar) v Nurazlina Suriani binti Zulkifly & Ors [2019] MLJU 178 yang turut merujuk keputusan kes Raihan bin Ibrahim & Anor v. Government of Malaysia & Ors (1981) 2 MLJ 27, at p. 28, in respect of the duty of care exercisable by a teacher and/or school to its students, Salleh Abas FJ observed as follows: 7 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “It is settled law that a school teacher is under a duty to exercise supervision over his pupils when they are in the school premises, either in the classroom or the playground. The degree of supervision depends on the circumstances of each case, such as the age of the pupils and what they are doing at the material time. If the teacher knows that the pupils are engaged in doing acts which are likely to cause injuries to one another, the teacher is under a duty to take steps to ensure the safety of the acts.” 12. Mahkamah mengambil kira antaranya hujahan Plaintif yang mendakwa Defendan Pertama perlu memastikan bahawa peralatan, keadaan dan persekitaran selamat untuk digunakan oleh Plaintif. Malah menurut hujahan Plaintif tiada sebarang bukti yang jelas menunjukkan bahawa peralatan yang digunakan untuk lompat tinggi seperti tilam dan batang besi selamat digunakan dan selalu dijaga dengan baik. 13. Berkenaan isu keadaan peralatan untuk lompat tinggi, sebagaimana yang dikehendaki menurut seksyen 101 Akta 8 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keterangan, beban untuk membuktikan keadaan peralatan jika didakwa tidak selamat terletak pada pihak Plaintif. 14. Sebaliknya Defendan Pertama telah pun memberi keterangan yang menyatakan peralatan lompat tinggi yang dibeli pada 2019 dalam keadaan baik. 15. Selain itu, berdasarkan keterangan Plaintif dan hujahan Plaintif, didakwa tiada taklimat atau diajar cara-cara untuk lompat tinggi sedangkan berdasarkan keterangan Saksi Defendan Ketiga asas pengetahuan berkenaan teknik lompatan telah pun diajar berdasarkan Kurikulum Standar Sekolah Rendah bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran) Tahun 4 dan Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi Tahun 4 berhubung Bidang Kemahiran: Olahraga-Asas Lompatan. 9 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 16. Berikutan kegagalan membuktikan isu kedua, maka isu ketiga tidak lagi berbangkit. 17. Berdasarkan analisis Mahkamah dan setelah mempertimbang keterangan Saksi-saksi Plaintif, Saksi-Saksi Defendan, hujahan Plaintif dan Defendan atas imbangan kebarangkalian Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif ditolak dengan kos menurut Aturan 59 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebanyak RM5000. Keputusan Gantirugi Am dan Khas 18. Setelah meneliti hujahan-hujahan dan keseluruhan keterangan yang dikemukakan, Revised Compendium 2018, nas undang- undang dan kadar inflasi matawang terkini, Mahkamah memutuskan awad atas dasar 100% liabiliti sebagaimana yang berikut 10 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Gantirugi Am (a) right proximal ulna fracture with proximal of radial head dislocation (right monteggia fracture). Sebanyak RM20,000.00;dan (b) Kesakitan dan penderitaan RM5,000 setiap kali pembedahan 19. Gantirugi Khas sebanyak RM113,072.50 20. Gantirugi Teladan tidak dihujahkan dan tidak dibenarkan 21. Tiada faedah penghakiman KESIMPULAN 22. Oleh itu, berdasarkan imbangan kebarangkalian, saya memutuskan tuntutan ganti rugi Plaintif terhadap Defendan- Defendan ditolak dengan kos RM 5000.00 kerana Plaintif gagal 11 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membuktikan Defendan-Defendan Pertama dan Kedua telah melanggar kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif . Bertarikh 3hb Ogos 2025 (MAZNI BINTI NAWI) HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 KOMPLEKS MAHKAMAH SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS Peguam bagi pihak Plaintif/Perayu: HAFARIZAM WAN & AISHA MUBARAK (KUALA LUMPUR) ], Level 21, Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur Peguam bagi pihak Defendan/Responden: Siti Norashikin Hassanor Peguam Persekutuan Jabatan Peguam Negara, Bahagian Guaman, No. 45, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya. 12 S/N VgmP6H3q10KUId36cd8B9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal