Amran Bin Madwali
On maximum evaluation of the prosecution evidence the court found the affidavits (P33 and P34) contained false statements about the accused being the sole/only surviving heir, those affidavits were used in High Court proceedings to obtain De Bonis Non letters and to effect transfer/sale of estate land, and the...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-62K-150-02/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Prosecution: PENDAKWA RAYA; Defendant: AMRAN BIN MADWALI
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 22 May 2025
- Case Number
- BA-62K-150-02/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Criminal / Judgment and Sentencing After Trial
- Outcome
- Guilty; convicted on both counts under Section 193 Penal Code
- Legal Topics
- False Evidence, Affidavit Used in Judicial Proceedings, Prima Facie Evaluation, Knowledge and Intention (mens Rea), Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PENDAKWA RAYA
Prosecution
AMRAN BIN MADWALI
Defendant
Procedural Posture
Criminal / Judgment and Sentencing After Trial
Legal Issues
- 1 Whether the statements in the affidavits (P33 and P34) were false
- 2 Whether the false statements were used in judicial proceedings
- 3 Whether the accused knew the statements were false or believed them to be false
Ratio Decidendi
On maximum evaluation of the prosecution evidence the court found the affidavits (P33 and P34) contained false statements about the accused being the sole/only surviving heir, those affidavits were used in High Court proceedings to obtain De Bonis Non letters and to effect transfer/sale of estate land, and the prosecution proved by inferences from witness testimony and documentary evidence that the accused knew the statements were false and intended to make them. The defence only produced denials and uncorroborated testimony which did not raise a reasonable doubt. Therefore the elements of Section 193 were established and the accused was convicted on both counts.
Court Disposition
Guilty; convicted on both counts under Section 193 Penal Code
Orders
- Count 1: Imprisonment 6 years and fine RM100000; in default of fine 2 years imprisonment
- Count 2: Imprisonment 6 years and fine RM100000; in default of fine 2 years imprisonment
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-62K-150-02/2021 Kand. 115 22/07/2025 15:54:23 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 3 SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-62K-150-02/2021 PENDAKWA RAYA DAN AMRAN BIN MADWALI (NO. KP: 480530-10-5615) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Dalam kes ini, Tertuduh berhadapan dengan 2 pertuduhan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan kerana memberikan keterangan palsu dalam kertas kausa Mahkamah Tinggi, yang mana dia mempunyai pengetahuan mengenainya, iaitu :- (a) Pada 13 Julai 2017 dalam perenggan 3 Afidavit Sokongan bagi Saman Pemula No. BA-31NCVC-406-07/2017 (eksibit P33) Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh adalah waris tunggal yang 1 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sah di sisi undang-undang kepada Md. Daud bin Jakek yang telah meninggal dunia tanpa wasiat pada 31-12-1947 sebagaimana senarai benefisiari yang dilampirkan dalam eksibit ‘C’ Saman Pemula tersebut; dan (b) Pada 13 Julai 2020 dalam perenggan 3 Afidavit Sokongan di Lamp. 3 bagi Saman Pemula No. BA-24NCVC-643-07/2020 (eksibit P34) Tertuduh menyatakan bahawa Tertuduh adalah waris kadim tunggal yang masih hidup sebagaimana senarai waris yang dikemukakannya dalam lampiran eksibit ‘A-2’ Saman Pemula tersebut. [2] Melalui kenyataan-kenyataan ini, dalam eksibit P33, Tertuduh telah memohon kepada Mahkamah Tinggi supaya memberikan kepadanya Kuasa Mentadbir De Bonis Non bagi Pesaka dan Harta Benda kepunyaan Md. Daud bin Jakek, selaku cicitnya yang sah terhadap harta iaitu sebidang tanah Hakmilik GM 77 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor dengan nilai dianggarkan RM1.4 juta. Manakala dalam eksibit P34, Tertuduh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pentadbir bagi harta pesaka si mati, Md. Daud bin Jakek, serta suatu kebenaran untuk menurun milik harta si mati iaitu hartanah GM 77 Lot 230 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor dan GM 78 Lot 235 Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor, kepada nama Tertuduh. 2 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Pertuduhan disalinkan seperti berikut, Pertuduhan pertama Bahawa kamu pada 13/07/2017 di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dalam prosiding Saman Pemula No. BA-31NCvC-406- 07/2017 melalui perenggan 3 Afidavit Sokongan menurut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang diikrarkan oleh kamu pada 12/07/2017 dimana kamu telah memberi keterangan palsu dengan menyatakan bahawa kamu adalah waris tunggal yang sah di sisi undang-undang dan keterangan tersebut kamu ketahui adalah palsu. Dengan itu, kamu telah kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 193 Kanun Keseksaan. Hukuman Penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda. Pertuduhan kedua Bahawa kamu pada 13/07/2020 di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam dalam prosiding Saman Pemula No. BA-24NCvC-643- 07/2020 melalui perenggan 3 Afidavit Sokongan menurut Akta Probet dan Pentadbiran 1959 yang diikrarkan oleh kamu pada 3 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 13/07/2020 dimana kamu telah memberi keterangan palsu dengan menyatakan bahawa kamu adalah waris – waris kadim yang masih hidup dan keterangan tersebut kamu ketahui adalah palsu. Dengan itu, kamu telah kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 193 Kanun Keseksaan. Hukuman Penjara selama tempoh yang boleh sampau tujuh tahun dan bolehlah juga dikenakan denda. Kronologi Prosiding [4] Pertuduhan dibacakan kali pertama pada 9-2-2021 namun perbicaraan penuh hanya bermula pada 24-2-2023 kerana terdapat beberapa kali pertukaran Timbalan Pendakwaraya dan Hakim Sesyen. Pada 3-12-2024 di akhir kes pendakwaan, selepas 19 orang saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit dikemukakan, atas penilaian maksima, Mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh dan memanggil Tertuduh untuk membela diri. Tertuduh memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan mengemukakan 4 orang saksi pembelaan. [5] Pada 22-5-2025 di akhir kes pembelaan, setelah Mahkamah mendengar kes pembelaan dan meneliti keseluruhan kes pendakwaan 4 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati pembelaan Tertuduh tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, justeru pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan bersalah atas pertuduhan ke atasnya di bawah Seksyen 193 KK dan dijatuhi hukuman berikut- (a) Pertuduhan pertama, hukuman penjara 6 tahun dan denda sebanyak RM100,000.00 jika gagal bayar 2 tahun penjara; (b) Pertuduhan kedua, hukuman penjara 6 tahun dan denda sebanyak RM100,000.00 jika gagal bayar 2 tahun penjara; (c) Hukuman pemenjaraan bagi pertuduhan pertama dan kedua untuk dijalankan serentak bermula tarikh perintah iaitu 22-5-2025. [6] Mahkamah juga membenarkan permohonan Tertuduh untuk penggantungan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan difailkan dalam tempoh yang diperuntukkan undang-undang, dengan syarat wang jaminan dinaikkan daripada RM4000.00 kepada RM10,000.00 dengan syarat-syarat jamin sepertimana sebelum ini dikekalkan sehingga selesai rayuan. 5 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] Pada 4-6-2025, Tertuduh memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keputusan ini. Alasan penghakiman ini disediakan bagi keputusan tersebut. KES PENDAKWAAN [8] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 19 orang saksi pendakwaan iaitu- SP1 Hilmy Bin Omar – Cucu kepada Hajar binti Md Daud Bin Jakek SP2 Salmiah Binti Abdul Ghafar – Cucu kepada Bimah binti Md Daud bin Jakek SP3 Siti Fatimah Binti Abd Rahim – Cucu kepada Sitam binti Tamin bin Md Daud bin Jakek SP4 Norlidah Binti Bazian – Cucu kepada Sitam binti Tamin bin Md Daud bin Jakek (sepupu kepada SP3) SP5 Hamzah Bin Taib – Cucu kepada Bimah binti Md Daud bin Jakek SP6 Haizaratul Binti Mohd Nasir – Cucu kepada Bimah binti Md Daud bin Jakek (Sepupu kepada SP2) 6 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP7 Kamaruddin Bin A. Rahman – Sepupu Tertuduh (bapa saudaranya adalah bapa angkat Tertuduh) SP8 Zawanah Hazwani Binti Zulkefle – Cucu kepada Noraisah binti Abd Samad bin Md Daud bin Jakek SP9 Sulaiman Bin Abdul Hamid – Cucu kepada Samad bin Md Daud bin Jakek SP10 Siti Maslamah Binti Gundik – Cucu kepada Rukaiyah binti Daud bin Md Jakek (Sepupu kepada SP2) SP11 Raja Noor Adilla Binti Raja Mahyaldin – Timbalan Pendaftar Pengurus Bahagian Sivil Mahkamah Tinggi Shah Alam SP12 Muhamad Hafiz Bin Ab Rashid – Peguam Syarie SP13 Nur Baizura Binti Zukifli – Pendaftar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) SP14 Pung See Hua – Pengarah Syarikat Pemaju Perumahan SP15 Suziena Binti Awaluddin – Broker Hartanah SP16 Muhammad Sani bin Salim – Pemilik Syarikat K Jaya Properties bersama Nurul Huda Akmar binti Amsor, pembeli kepada salah satu tanah terlibat iaitu GM77, Lot 230 Mukim Jeram 7 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP17 Anisah Bagum Binti Abdul Rahim - Kerani di pejabat peguam N Suria & Associates, peguamnya bernama Sooria Murthi SP18 Amirudin @ Yong Asmara Bin Amran – Anak Tertuduh SP19 Insp. Pang Wei Keong – Pegawai Penyiasat [9] Fakta kes pendakwaan sebagaimana dalam hujahan Timbalan Pendakwaraya (TPR) adalah seperti berikut – 9.1. Md. Daud Bin Jakek @ Mat Daud Bin Jakek telah meninggal dunia pada tahun 1927 dan mempunyai 7 orang anak iaitu Tamin, Rukaiyah, Hajar, Bimah, Minah, Napsiah dan Samad, meninggalkan harta pusaka berupa tanah-tanah di Mukim Jeram, Kuala Selangor. 9.2. Mengikut geran tanah yang asal (P1 dan P2), tanah-tanah yang berkenaan iaitu no. GM 77, Lot 230 dan no. GM 78, Lot 235 Mukim Jeram Simpang Ampat Daerah Kuala Selangor (selepas ini dirujuk sebagai “Tanah–Tanah tersebut”) adalah di atas nama Hajar Binti Md Daud dan Bimah Binti Md Daud sebagai pentadbir. 9.3. Menurut SP1, beliau mengetahui bahawa Tanah–Tanah tersebut telah dipindahmilik tanpa pengetahuannya dan waris-waris lain. Semakan kemudian telah dibuat dengan Pejabat Tanah 8 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Daerah Kuala Selangor dan mendapati sememangnya Tanah- Tanah tersebut telah dipindahmilik ke atas nama Amran Bin Madvali (Tertuduh). 9.4. Semakan juga mendapati bahawa Tanah di GM 77, Lot 230 Mukim Jeram Simpang Ampat Daerah Kuala Selangor telah dijual kepada K Jaya Properties Sdn Bhd pada tahun 2019 yang mana ini telah disahkan oleh pembelinya, SP14. Maka satu laporan polis telah dibuat oleh waris-waris Md Daud Bin Jakek dan salah seorangnya adalah Hamzah Bin Taib (SP5) yang telah membuat laporan polis sebagaimana di P28. 9.5. Siasatan lanjut mendapati sebelum Tanah-Tanah tersebut dipindahmilik ke atas nama Tertuduh, Tertuduh telah membuat permohonan di Mahkamah Syariah untuk menukar nasab dan diisytiharkan sebagai anak kandung kepada Din Bin Samad, iaitu cucu kepada Md Daud Bin Jakek. Hal ini telah disahkan oleh SP12. 9.6. Setelah Tertuduh dinasabkan sebagai salah seorang waris Md Daud Bin Jakek, Tertuduh yang dibantu oleh anaknya, SP18 untuk meneruskan dengan proses untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir De Bonis Non untuk dinamakan sebagai pentadbir bagi Tanah-Tanah tersebut melalui Saman Pemula No. BA-31NCVC- 9 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 406-07/2017 (P33) dan Saman Pemula No. BA-24NCVC-643- 07/2020 (P34). 9.7. Bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir De Bonis Non tersebut, Tertuduh telah menyatakan di dalam perenggan 3 Afidavit bagi P33 dan P34 bahawa Tertuduh adalah satu-satunya waris bagi Md Daud Bin Jakek sedangkan terdapat waris-waris Md Daud Bin Jakek yang lain yang masih lagi hidup. Disebabkan oleh keterangan palsu yang dinyatakan oleh Tertuduh di dalam perenggan 3 kedua- dua Afidavit tersebut, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan permohonan Tertuduh untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir De Bonis Non tersebut. 9.8. Tertuduh kemudian ingin menjual Tanah-Tanah tersebut sedangkan Tertuduh tahu waris-waris lain bagi Md Daud Bin Jakek masih lagi hidup dan mendiami kedua-dua tanah tersebut. Hanya tanah di GM 77, Lot 230 Mukim Jeram Simpang Ampat Daerah Kuala Selangor yang berjaya dijual kepada pihak ketiga. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Menurut Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), pihak Pendakwaan perlu membuktikan satu kes “prima facie” di akhir kes 10 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pendakwaan. Seksyen 180(4) KTJ pula menyatakan bahawa satu kes “prima facie” telah dibuktikan terhadap Tertuduh sekiranya pihak pendakwaan telah mengemukakan keterangan-keterangan yang kredible untuk membuktikan setiap elemen jenayah dan jika tidak dibantah atau tidak dijelaskan oleh Tertuduh akan mewajarkan suatu sabitan. Dengan kata lain, prima facie bermakna pihak Pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen pertuduhan dan fakta pada asasnya tidak mustahil/not inherently incredible. [11] Maksud prima facie telah dibincangkan dalam banyak kes terdahulu, contohnya dalam kes Tan Boon Kean v. PP [1995] 4 CLJ 456, Mahkamah Persekutuan menyatakan- “’Prima Facie’, means on the face of it or at the first glance. So, ‘a prima facie case’ is a ‘case which is sufficient to call for an answer. While prima facie evidence is evidence which is sufficient to establishe a fact in the absence of any evidence to the contrary, is not conclusive’ (see the Oxford Companion to Law at p 987). ‘Prima facie evidence’ is evidence where ‘a party’s evidence in support of any issue is so weighty that no reasonable man could help decidimg the issue in his favour in the absence of further evidence’ (see Cross on Evidence (2nd Edn) at pp. 24 11 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal and 25; and also per Wee Chong Jin CJ in Gan Soo Swee & Anor v. Ramoo [1969] 1 MLJ 59 at p 61).” [12] Dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 at 464, menurut Gopal Sri Ram HMR, penilaian maksima terhadap kes pendakwaan adalah diwajibkan bagi menentukan kes prima facie: “[8] The respondent before us was charged with an offence of trafficking a proscribed drug contrary to s. 39B(1)(a) of the Dangerous Drugs Act 1952 (“the Act”) and punishable under s. 39B(2) of the Act. He was convicted of that offence by the High Court on 21 July 1994 and sentenced to death. He then appealed to the Court of Appeal. That court by a majority (KC Vohrah JCA dissenting) reversed the High Court and set aside the sentence of death. However, it convicted the appellant of the lesser offence of possession under s. 39A(2) of the Act. A sentence of 18 years imprisonment from the date of arrest and ten strokes of whipping was imposed on the respondent. The prosecution being dissatisfied with the decision appealed to this court. Before we address the appeal on its merits, there is a matter that needs to be dealt with. [12] After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a 12 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Subordinate Court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused’s favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. See, Tai Chai Keh v. Public Prosecutor [1948-49] MLJ Supp 105; Public Prosecutor v. Kasmin bin Soeb [1974] 1 MLJ 230. [13] Selanjutnya Mahkamah Rayuan menetapkan bahawa, “If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been 13 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond a reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution’s case renders the prima facie case one that is established beyond a reasonable doubt. [14] Maka dalam kes ini diwujudkan suatu garis panduan kepada Mahkamah, tentang bagaimana menjalankan tanggungjawabnya di bawah Seksyen 173(f) dan 180 KTJ, “Put shortly, what the trial court is obliged to do under ss. 173(f) and 180 of the CPC is to ask itself the question: If the accused elects to remain silent, as he is perfectly entitled to do, am I prepared to convict him on the evidence now before me? See, Dato’ Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] 2 MLJ 232. If the answer to that question is in the affirmative, then the defence must be called. And if the accused remains silent, he must be convicted. If the answer is in the negative, then the accused must be acquitted. … 14 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [13] In Public Prosecutor v. Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 CLJ 215, Augustine Paul J described what a prima facie case is in the following terms: A prima facie case arises when the evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of the evidence must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise cannot be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case has been made out in order to call for the defence.”. [15] Bagi pertuduhan di sini, Seksyen 193 Kanun Keseksaan (KK) memperuntukkan hukuman bagi kesalahan memberikan keterangan palsu adalah pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan boleh juga dikenakan denda. Peruntukan disalinkan seperti berikut - 15 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Punishment for false evidence 193. Whoever intentionally gives false evidence in any stage of a judicial proceeding, or fabricates false evidence for the purpose of being used in any stage of a judicial proceeding, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine…”. [16] Bagi membuktikan pertuduhan dalam kes ini, berikut adalah elemen-elemen untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap Tertuduh – a) Tertuduh terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan hal yang sebenarnya; b) Tertuduh membuat suatu akuan atau kenyataan; c) Akuan atau keterangan digunakan pada mana-mana peringkat prosiding kehakiman atau bagi maksud untuk digunakan pada mana-mana peringkat prosiding; d) Akuan atau keterangan tersebut adalah palsu; e) Sama ada Tertuduh mengetahui atau mempercayai akuan atau keterangan itu sebagai palsu; dan 16 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal f) Tertuduh dengan sengaja/berniat untuk membuat kenyataan atau akuan tersebut. DAPATAN MAHKAMAH [17] Sebagaimana yang telah dinyatakan di atas, di akhir kes pendakwaan, tugas Mahkamah adalah untuk mempertimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh bagi pertuduhan ke atasnya melalui penilaian maksima terhadap semua keterangan pihak pendakwaan. [18] Mahkamah mendapati, dalam senarai saksi pendakwaan yang dipanggil memberi keterangan semasa kes pendakwaan, SP1 hingga SP10 adalah saksi-saksi yang mempunyai kaitan kekeluargaan dan mengetahui tentang Md Daud bin Jakek yang merupakan moyang mereka yang telah meninggalkan harta pusaka berupa tanah-tanah yang masih didiami oleh waris-warisnya iaitu tanah-tanah di GM 77 Lot 230 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor dan GM 78 Lot 235 Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor. [19] Md Daud bin Jakek @ Mat Daud bin Jakek (Si Mati) telah meninggal dunia tanpa wasiat pada 31-12-1947 dan mempunyai 7 orang anak iaitu Tamin, Rukayah, Hajar, Bimah, Minah, Napsiah dan Samad. Daripada 17 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keseluruhan harta pesaka peninggalan Md. Daud bin Jakek ini terdapat 2 hartanah yang terletak di Kuala Selangor iaitu hakmilik GM 77 No. Lot 230 (GM 77) dan GM 78 No. Lot 235 (GM 78) Mukim Jeram, Simpang Ampat, Daerah Kuala Selangor (tanah-tanah ini) yang diletakkan di atas nama 2 orang anaknya sebagai Pentadbir iaitu Hajar binti Md Daud (Hajar) dan Bimah binti Md Daud (Bimah). Ini dapat dilihat dalam geran asal GM 77 dan GM 78 dalam eksibit P1 dan P2 di mana nama mereka didaftarkan sebagai Pentadbir tanah. [20] Kes ini bermula apabila SP1 yang merupakan cucu kepada Hajar dan cicit kepada Si Mati, telah, pada September 2020 mendapat tahu daripada SP2 bahawa tanah-tanah ini telah dipindah milik kepada orang lain tanpa pengetahuan dan kebenaran para waris Si Mati. Geran tanah di eksibit P1 dan P2 ada dalam simpanan SP1 sejak sekian lama kerana sebelum ini P1 dan P2 disimpan oleh bapa SP1 dan kemudian diperturunkan dan diamanahkan kepada SP1 untuk disimpan. Tertuduh pernah menemui SP2 dengan seorang broker tanah (SP15) di mana SP15 telah menunjukkan Salinan geran tanah sebagaimana P1 dan P2 tetapi dengan nama pentadbir yang berbeza daripada yang asal. Terkejut dengan hal ini, SP1 dan SP2, bersama ibu SP2 telah membuat semakan di Pejabat Tanah Kuala Selangor pada 17-9-2020 untuk mendapatkan pengesahan tentang status pendaftaran tanah-tanah ini. Mereka dapati 18 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa GM 77 telah dipindah milik kepada sebuah syarikat pemaju iaitu K Jaya Properties manakala GM 78 telah dipindah milik kepada nama Tertuduh. [21] Apabila mendapat tahu tentang status terkini tanah-tanah ini, SP1 dan ibu SP2 membuat laporan polis (eksibit P7) dan Tertuduh ditangkap pada 1-10-2020. Hubungan Tertuduh dengan waris-waris Si Mati yang menjadi saksi pendakwaan [22] Dalam keterangan SP5 (cucu kepada Bimah), SP6 (cucu kepada Samad), SP8 (cicit kepada Samad), SP9 (cucu saudara kepada Samad) dan SP10 (cicit kepada Si Mati), Tertuduh adalah salah seorang cicit tidak sah taraf kepada Si Mati, daripada anaknya yang bernama Samad bin Md Daud bin Jakek. Ini diperincikan oleh SP7 yang mengesahkan bahawa Tertuduh adalah anak angkat kepada bapa saudaranya bernama Madwali, yang merupakan abang kepada bapanya Abd. Rahman bin Abdullah. Bapa SP7 mempunyai 5 orang adik beradik, salah seorang bernama Amiyah binti Abdullah mempunyai anak bernama Ainan binti Majid. Hasil hubungan Ainan binti Majid dengan Din bin Samad, maka lahirlah Amran bin Din. Manakala, Madwali bin Abdullah yang merupakan abang kepada Amiyah binti Abdullah telah mengambil Amran bin Din 19 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal daripada Amiyah dan Din untuk menjadi anak angkatnya. Nama Amran ditukar menjadi Amran bin Madwali bin Abdullah. [23] Menurut SP9 (cucu saudara kepada Samad), Tertuduh sepatutnya tidak ada hak untuk menjual tanah milik arwah datuknya kerana status Tertuduh sebagai anak tidak sah taraf. Namun Tertuduh menunjukkan minat terhadap tanah-tanah Si Mati kerana pada tahun 2017 Tertuduh pernah menemui SP9 dan memujuknya supaya menukar nama pentadbir pesaka iaitu Hajar dan Bimah kepada SP9 supaya Tertuduh dan SP9 dapat meneruskan urusan penjualan atau pajakan tanah kebun yang dinilaikan sekitar RM10,000 hingga RM15,000, namun SP9 tidak setuju untuk menukar nama pentadbir tanah yang asal. Tertuduh menawarkan kepada SP9 jika SP9 setuju dengan cadangannya, Tertuduh akan melantik seorang broker tanah dan menguruskan urusan penukaran nama di Pejabat Tanah. SP9 memberitahu, Broker Tanah (SP15) ada memintanya menandatangani suatu surat akuan berkanun untuk menukar nama pentadbir tanah (eksibit ID30). Walau bagaimanapun SP9 tidak berhasrat menjual tanah tersebut dan mahu mencari waris Si Mati yang masih hidup terlebih dahulu. [24] Status Tertuduh sebagai anak tidak sah taraf ini selari dengan keterangan SP12 Peguam Syarie yang mengendalikan permohonan Tertuduh untuk perisytiharan nasab di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah 20 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Persekutuan dalam no. kes 14200-006-0216-2018 pada tahun 2018. SP12 mengesahkan melalui maklumat yang diberitahu sendiri oleh Tertuduh kepadanya, Tertuduh adalah anak angkat kepada Madwali bin Abdullah. Dalam permohonan itu, Tertuduh telah memohon perisytiharan sebagai anak kandung kepada Din bin Samad iaitu cicit kepada Si Mati. Ini dapat dilihat dalam keseluruhan permohonan sehingga Perintah Mahkamah Syariah yang difailkan oleh Tertuduh di Mahkamah Syariah dalam eksibit P35 m/s 1 hingga 76 dan Perintah Perisytiharan di eksibit P29. [25] Dalam eksibit P29, iaitu Perintah Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan bertarikh 12-9-2019 dalam kes no 14200-006-0216-2018 di mana Pemohon adalah Amran bin Madwali (No. KP 480530-10-5615) Mahkamah Syariah telah memerintahkan – “Kes ini diputuskan pada hari ini dengan kehadiran Pemohon bersama Peguam Syarienya Encik Umar Usman bin Mahamad Dom daripada Tetuan Hafiz Nuaim & Partners. SETELAH MAHKAMAH MENDENGAR DAN MENELITI semua kertas kuasa dan penghujahan, MAKA ADALAH DENGAN INI MAHKAMAH BERPUAS HATI DAN MEMERINTAHKAN SEPERTI BERIKUT- 21 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1. Mahkamah mengisytiharkan bahawa Amran bin Madwali (No. KP 480530-10-5615) adalah nasab dan / atau anak kandung kepada Din Bin Samad; 2. Mahkamah memerintahkan bahawa Jabatan Pendaftaran Negara hendaklah menukar Kad Pengenalan, Sijil Lahir dan sebarang dokumen yang berkaitan berkenaan identiti Amran bin Madwali (No. KP 480530-10-5615) kepada Amran Bin Din; 3. Mahkamah memerintahkan bahawa mana-mana agensi lain yang berkaitan hendaklah menukar sebarang dokumen yang berkaitan berkenaan identiti Amran bin Madwali (No. KP 480530-10-5615) kepada Amran Bin Din. Bertarikh 12 September 2019.” [26] Setelah mendapat perisytiharan sebagai waris yang sah kepada Si Mati, menurut SP12 Tertuduh telah ke Pejabat Pendaftaran Negara (JPN) untuk menukar nama dalam kad pengenalannya dengan mengemukakan Perintah P29 tersebut, namun permohonan ini tidak diluluskan oleh JPN kerana bercanggah dengan Akta JPN. SP12 telah menasihatkan Tertuduh untuk mendapatkan pengindorsan perintah daripada Mahkamah Sivil terlebih dahulu bagi membolehkan Perintah di P29 itu 22 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal digunapakai. Namun SP12 tidak terlibat dalam proses seterusnya yang telah diambil oleh Tertuduh. Tindakan saman pemula untuk kebenaran sebagai pentadbir pesaka Si Mati. [27] Pada 13-7-2017 dan 13-7-2020 Tertuduh memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Sivil bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir Harta Pesaka bagi Si Mati yang meninggal dunia tanpa wasiat (De Bonis Non) untuk dinamakan sebagai pentadbir bagi tanah-tanah Si Mati dan seterusnya memohon kebenaran menurunkan hak ke atas tanah-tanah tersebut ke atas namanya. [28] Bagi mendapatkan surat kuasa mentadbir ini. Tertuduh telah menyatakan dalam affidavit sokongan dalam P33 dan P34 bahawa Tertuduh adalah waris tunggal dan waris yang masih hidup bagi harta pesaka Si Mati. Selepas mendapat Perintah Mahkamah, Tertuduh memindah milik tanah-tanah tersebut ke atas namanya sebagai pentadbir. Selanjutnya, Tertuduh telah menjual GM 77 kepada Syarikat K Jaya Properties. 23 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Elemen 1 – Tertuduh membuat suatu akuan atau kenyataan dan terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan hal yang benar [29] Akuan yang dimaksudkan dalam kes ini adalah merujuk kepada kenyataan Tertuduh yang terkandung dalam eksibit P33 dan P34 iaitu affidavit sokongan Pemohon bertarikh 12-7-2020 dan 13-7-2020 masing- masing bagi permohonan menjadi Pentadbir Pusaka Si Mati dan kebenaran menurun milik harta Si Mati. Eksibit P33 – BA-31NCVC-406-07/2017 Saman Pemula Ex-Parte (Permohonan Untuk Surat Kuasa Mentadbir De Bonis Non) bertarikh 13-7-2017 [30] Dalam saman pemula ini, Pemohon telah memohon perintah bagi relif-relif yang berikut – “1. Bahawa Surat Kuasa Mentadbir De Bonis Non bagi harta Pusaka dan Harta Benda kepunyaan Md. Daud bin Jakek @ Mat Daud bin Jakek, Si Mati yang tersebut boleh diberikan kepada Pemohon sebagai Waris bagi harta pusaka Si Mati; 2. Bahawa kos permohonan ini ditanggung oleh Pemohon dari harta pusaka Si Mati; 24 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3. Apa-apa relief lain yang boleh Mahkamah Yang Mulia ini anggap wajar dan sesuai; 4. Alasan-alasan Saman Pemula ini adalah seperti yang terkandung dalam Afidavit Sokongan Pemohon yang difailkan di sini. Bertarikh pada 13 Julai 2017”. [31] Saman Pemula ini dilampirkan bersama Sumpah Pentadbiran dalam Lampiran 2 oleh Tertuduh dan Afidavit Sokongan di Lampiran 3 yang diikrarkan pada 12 Julai 2017 di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan difailkan pada tarikh 13-7-2017. Dalam perenggan 2 Afidavit Sokongan ini, Tertuduh merujuk tanah yang dimaksudkan sebagaimana “eksibit B” iaitu tanah dengan hakmilik GM 77 No. Lot 230 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor. Dalam perenggan 3 Afidavit Sokongan tersebut Tertuduh mengikrarkan bahawa – “3. MD DAUD BIN JAKEK @ MAT DAUD BIN JAKEK (Si Mati) tersebut merupakan seorang warganegara Malaysia dan telah mati tak berwasiat pada 31hb Disember 1947 dengan meninggalkan seorang waris tunggal yang sah di sisi undang-undang iaitu :- a) AMRAN BIN MADVALI (NO.K/P: 480530-10- 5615/1190732), cicit yang sah kepada Si Mati. Sesalinan 25 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Senarai Benefisiari disertakan dan ditandakan sebagai ekshibit “C”.” “Eksibit C” pula mengandungi Senarai Waris yang dilampirkan iaitu - “1. Amran bin Madvali No KP 480530-10-5615 / 1190732 Hubungan (dengan Si Mati) : Cicit.” Eksibit P34 – BA-24NCVC-643-07/2020 Saman Pemula Ex-Parte difailkan pada 12-7-2020. [32] P34 adalah Permohonan Tertuduh bagi relif berikut:- “1. bahawa Pemohon sebagai Pentadbir bagi harta pesaka Md. Daud bin Jakek @ Mat Daud bin Jakek, Si Mati, diberi kebenaran untuk menurun milik harta benda tak boleh alih yang dimiliki oleh Md. Daud bin Jakek @ Mat Daud bin Jakek, Si Mati, iaitu hartanah- hartanah seperti berikut :- a) di bawah pegangan GM 77 No. Lot 230 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor (1/1 bahagian) diturunmilik kepada Amran bin Madwali (No. KP 480530-10- 5615((1/1 Bahagian); dan 26 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) di bawah pegangan GM 78 No. Lot 235 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor (1/1 Bahagian) diturunmilik kepada Amran bin Madwali (No. KP 480530-10- 5615 (1/1 Bahagian); dan 2. Pentadbir Tanah dan Daerah Kuala Selangor, Negeri Selangor dan pihak-pihak yang berkaitan dengan hartanah di atas apabila menerima Perintah ini diarahkan untuk memberi kuasa kepada Perintah ini dengan membuat pendaftaran turun milik dan/atau pindah milik tersebut di atas dokumen hakmilik dan/atau lain-lain rekod serta melakukan apa-apa jua perkara yang perlu untuk mengesahkan Perintah ini. Bertarikh 13 Julai 2020”. [33] Saman Pemula ini telah difailkan bersama Afidavit Sokongan Pemohon dalam Lampiran 2 bertajuk “(Afidavit Sokongan waris kadim Md. Daud bin Jakek @ Mat Daud bin Jakek, Si Mati)” yang diikrarkan oleh Tertuduh pada 13-7-2020 di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam perenggan 3 Afidavit tersebut Tertuduh menyatakan seperti berikut – “3. MD DAUD BIN JAKEK @ MAT DAUD BIN JAKEK, si mati telah meninggal dunia pada 31/12/1927 dengan tidak berwasiat dengan meninggalkan waris-waris kadim yang masih hidup seperti berikut:- 27 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Nama : AMRAN BIN MADVALI NO. K.P : 480530-10-5615 Pertalian : Cucu Kandung Umur : 72 tahun Sesalinan senarai waris simati dilampirkan dan ditanda sebagai ekshibit “A-2”.” Dalam eksibit “A-2” tersebut, dilampirkan “Senarai Waris” yang mengandungi hanya 1 nama waris saja iaitu Amran bin Madwali sebagai cicit tunggal si mati. [34] Kedua-dua kenyataan ini telah diikrarkan oleh Tertuduh di hadapan Pesuruhjaya Sumpah kerana ditandatangani oleh Tertuduh sendiri. Anak kepada Tertuduh (SP18) juga mengesahkan bahawa dia ada bersama Tertuduh semasa Tertuduh menurunkan tandatangannya pada kedua- dua Afidavit Sokongan tersebut di hadapan Pesuruhjaya Sumpah pada tarikh dokumen diikrarkan. [35] “Afidavit” sebagaimana takrifan dalam Seksyen 2 Akta Interpretasi (Akta 388) adalah merujuk kepada takrifan “termasuk deklarasi statutori”. Manakala Aturan 1 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 mentakrifkan Afidavit sebagai “dokumen Mahkamah”. Selanjutnya, 28 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Dokumen” ditakrifkan sebagai “apa-apa jua yang maklumat mengenai apa-apa perihalan direkodkan dan termasuklah suatu tuntutan, saman, permohonan, penghakiman, perintah, affidavit, penyataan saksi atau apa- apa dokumen lain yang digunakan dalam suatu prosiding Mahkamah”. [36] Mahkamah berpendapat, oleh kerana Afidavit adalah kenyataan yang dibuat dalam dokumen yang digunakan dalam proses Mahkamah, seharusnya ia mengandungi kenyataan yang benar dan Tertuduh adalah terikat di sisi undang-undang untuk mematuhinya dan hanya membuat kenyataan yang benar sahaja. Oleh yang demikian, bagi elemen pertama, Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduh adalah terikat di sisi undang- undang untuk menyatakan hal yang benar dalam kertas kausa saman pemula dan affidavit P33 dan P34. Tertuduh sememangnya telah membuat akuan sumpah yang berkaitan dengan pesaka Si Mati dengan menyatakan bahawa Tertuduh adalah waris tunggal dan Tertuduh adalah waris tunggal yang masih hidup kepada Si Mati. Oleh itu elemen pertama telah dibuktikan. Elemen 2 - Akuan oleh Tertuduh ini telah digunakan pada mana- mana peringkat prosiding Mahkamah [37] Kedua-dua akuan atau kenyataan Tertuduh ini adalah terkandung dalam eksibit P33 dan P34 iaitu dalam afidavit sokongan bagi permohonan Tertuduh yang difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam 29 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal masing-masing pada 13-7-2017 dan 13-7-2020 dengan no. kes BA- 31NCVC-406-07/2017 dan BA-24NCVC-643-07/2020. Kedua-dua dokumen ini disahkan adalah dicetak daripada sistem Mahkamah (CMS) dan diakui sebagai salinan sah oleh Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) Mahkamah Tinggi Shah Alam sebagaimana yang dimeterai dan ditandatangani pada setiap muka hadapan dokumen saman pemula tersebut. Selain itu, SP11 iaitu Timbalan Pendaftar (Pengurus) Bahagian Sivil juga telah memberi keterangan di Mahkamah bagi mengesahkan bahawa kedua-dua nombor kes ini wujud dalam sistem Mahkamah CMS. Oleh itu, elemen kedua ini telah dibuktikan. Elemen 3 - Akuan atau keterangan yang dibuat oleh OKT adalah palsu [38] Isu selanjutnya adalah, sama ada akuan Tertuduh yang menyatakan bahawa Tertuduh adalah waris tunggal yang sah (dalam P33) dan waris-waris kadim yang masih hidup kepada Si Mati (dalam P34) adalah kenyataan palsu. Menurut pemerhatian Mahkamah, berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, kenyataan Tertuduh ini didapati tidak benar kerana terdapat ramai waris Si Mati yang masih hidup dan ada di antara mereka yang masih menetap di atas tanah-tanah di GM 77 dan GM 78. Ini dapat dilihat daripada kehadiran mereka sebagai 30 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal saksi-saksi pendakwaan SP1 hingga SP10 di Mahkamah. Mereka ini adalah waris-waris kepada Si Mati. Kehadiran mereka saja telah membuktikan bahawa Tertuduh bukanlah satu-satunya waris tunggal Si Mati dan waris tunggal yang masih hidup sebagaimana yang dinyatakannya dalam P33 dan P34. [39] Apabila memperhalusi keterangan saksi-saksi pendakwaan ini pula, Mahkamah mendapati bahawa SP1 dan SP2 mengesahkan terdapat saudara mara mereka yang masih menetap di atas tanah-tanah yang telah berpindah milik tersebut. Saudara mara ini adalah waris kepada Si Mati, yang merupakan cucu cicit yang masih hidup dan keluarga ini telah berkembang dengan luas. Keterangan dirangkumkan seperti berikut- - Menurut SP2, tanah-tanah tersebut tidak dipindah milik daripada nama pentadbir yang asal iaitu Hajar dan Bimah kerana masih ada waris yang menetap di atas tanah-tanah ini. - Salinan geran yang asal (P1 dan P2) sentiasa berada dalam simpanan bapa SP1 dan kemudian diturunkan kepada SP1. Namun, SP15 (Broker Hartanah) telah memberi kejutan dengan menunjukkan kepada SP2 suatu geran berkenaan hartanah yang sama tetapi telah berpindah hakmilik. Oleh sebab itu, SP1, SP2 dan keluarga SP2 yang terdiri daripada ibu SP2 dan sepupunya Napsiah 31 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan Norzila telah membuat semakan di Pejabat Tanah pada 17-9- 2020 untuk mengetahui fakta sebenar. - Menurut SP2 lagi, tanah GM 77 masih diduduki oleh anak kepada Minah binti Md Daud bin Jakek, yang dipanggil dengan nama Mak Lang. Menurut SP3 pula, terdapat tanaman sawit di GM 77 yang kini diuruskan oleh anaknya iaitu SP4. - Tertuduh pernah datang ke rumah SP3 bersama anaknya (SP18) dengan membawa seorang Broker Tanah (SP15) dan menawarkan untuk menjual tanah GM 77 dan akan membahagikan hasilnya kepada mereka, namun SP3 tidak setuju kerana GM 77 adalah tanah pusaka. SP4 mengesahkan hal ini dan memaklumkan bahawa cukai tanah GM 77 dibayar oleh keluarga SP3 sejak turun temurun daripada bapanya sehinggalah yang terkini dibayar oleh SP4. Ini dibuktikan melalui resit bayaran cukai tanah di eksibit P12 hingga P18 bagi tahun 2010 hingga 2018. SP4 juga telah mengemukakan laporan polis mengatakan tanah GM 77 telah dijual kepada K Jaya Properties tanpa pengetahuan dan kebenaran waris-waris yang masih hidup (ID25). - Menurut SP1 dan SP2, tanah GM 78 pula masih diduduki oleh waris kepada Bimah. Bimah mempunyai 3 orang anak iaitu Lebar, Halijah dan Abdullah. Halijah mempunyai anak iaitu Fatma yang 32 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal merupakan ibu kepada SP2. Lebar mempunyai anak bernama Hamzah (SP5). Manakala anak Si Mati yang bernama Rukaiyah mempunyai anak bernama Abd Hamid. Anaknya bernama Razali bin Saad juga masih menetap di tanah ini. - SP5 juga menyatakan, keluarganya masih tinggal di GM 78 bersama waris Bimah yang masih hidup seperti Razali bin Saad, Zaitun binti Md Yazit dan Zami bin Amran. Pada tahun 2018 ketika SP5 memohon untuk mendapatkan bantuan zakat sebagai asnaf dan perlu menggunakan geran tanah yang asal, SP5 mengesahkan geran GM 78 masih lagi di atas nama Pentadbir yang asal iaitu Hajar dan Bimah. Namun pada tahun 2020, SP5 mendapati GM 78 telah dipindah milik tanpa pengetahuannya. Oleh itu melalui anak saudaranya bernama Aziz, mereka membuat laporan polis pada 12- 9-2020 (eksibit P28). [40] Daripada rangkuman keterangan di atas Mahkamah menyimpulkan, SP1 hingga SP7, SP9 dan SP10 adalah waris-waris yang masih hidup kepada Si Mati. Geran asal bagi GM 77 dan GM 78 (P1 dan P2) telah diamanahkan untuk disimpan oleh Hajar dan seterusnya disimpan oleh anak Hajar yang bernama Omar bin Aki (bapa kepada SP1). [41] Untuk Mahkamah memahami kedudukan salasilah asal Si Mati, SP2 telah melakar family tree Md. Daud bin Jakek dalam eksibit P8 33 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal semasa memberikan keterangan di Mahkamah. Dalam lakaran itu, nama SP1 juga dicatatkan. [42] Mahkamah dapati keterangan SP1 hingga SP10 tentang kaitan mereka dengan Si Mati adalah selari dan keterangan mereka saling melengkapi antara satu sama lain untuk mengesahkan bahawa waris- waris Si Mati tidak hanya Tertuduh seorang dan tidak hanya Tertuduh seorang yang masih hidup. Melalui rangkuman keterangan SP1 hingga SP10 ini Mahkamah dapat menyimpulkan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tertuduh dalam P33 dan P34 adalah palsu. [43] Pegawai Penyiasat (SP18) telah cuba untuk mendapatkan family tree Si Mati daripada JPN bagi mengesan keturunan Bimah dan Hajar binti Md Daud. Dalam surat jawapan JPN, JPN telah mengeluarkan satu surat di eksibit P38 yang mengandungi nama Bimah dan Hajar binti Md. Daud dengan status sudah meninggal manakala nama Tertuduh dengan status aktif. Lampiran ini tidak mengandungi salasilah keturunan atau waris kepada Bimah dan Hajar binti Md Daud. Pendaftar JPN (SP13) menjelaskan, surat JPN tersebut tidak dapat menunjukkan waris bagi Bimah dan Hajar binti Md Daud kerana tiada pautan secara automatik dapat dibuat daripada nama Bimah dan Hajar kepada maklumat lain yang sedia ada dalam sistem JPN kerana maklumat Bimah dan Hajar adalah rekod lama yang disimpan secara manual. Pemohon family tree perlu 34 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengemukakan dokumen lain seperti sijil lahir waris untuk dikemaskini ke dalam sistem supaya maklumat manual tersebut boleh dikemaskini dan dibuat pautan di dalam sistem. Elemen 4 - Tertuduh mengetahui atau mempercayai akuan atau keterangan itu sebagai palsu [44] “Pengetahuan” tidak ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan tetapi dalam RC Nigam Law Crimes of India (1965) Vol. 1,75 dinyatakan, “To know a thing means to have a cognition of it. To believe a thing is to assent to a proposition or affirmation or to accept a fact as real or certain without immediate personal knowledge. Knowledge and reason to believe are clearly distinguishable. Knowledge and reasonable grounds of belief in most cases supply the place of intention… Inferences are sometimes based on certainty, sometimes on different degrees of probability. Where an inference is more or less certain, we say it is based on knowledge; where it is only probable, it is based on belief. In many cases, however, a reasonable ground of believe for all practical purposes is as good as knowledge”. 35 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [45] Jelasnya, elemen “pengetahuan” tidak dapat dibuktikan dengan keterangan langsung (direct evidence). Ia hanya dapat dibuktikan melalui inferens daripada latar belakang kejadian (rujuk Koh Tiong Hock v PP (2011) 4 MLJ 40 di muka surat 41). Dalam kes ini, Mahkamah dapati, keterangan saksi-saksi pendakwaan SP1 hingga SP5 telah menimbulkan inferens bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa akuannya dalam P33 dan P34 adalah palsu. Walaupun SP1 hingga SP5 tidak mengenali Tertuduh, tetapi mereka mengetahui kewujudan Tertuduh. Ini dapat dilihat melalui rangkuman keterangan ini. - SP1 mengatakan tidak kenal dengan Tertuduh, tetapi mendapat tahu bahawa Tertuduh ada membuat laporan polis tentang kehilangan geran asal tanah-tanah tersebut, sedangkan geran asal tanah-tanah tersebut ada dalam simpanan SP1 selama ini, yang mana diketahui oleh waris-waris yang lain. Ini kerana, pada asalnya, geran P1 dan P2 disimpan oleh bapanya Omar bin Aki yang kemudian diturunkan kepadanya untuk simpanan selamat. - SP2 menyatakan selepas mengetahui tentang tanah-tanah tersebut telah dipindah milik kepada nama Tertuduh, SP2 telah menelefon Tertuduh dan anaknya (SP18) di mana Tertuduh mengatakan, Tertuduh boleh memulangkan semula GM 78 kepada 36 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP2 tetapi tidak bagi GM 77 kerana GM 77 telah dijual kepada pihak ketiga. - SP3 pula menyatakan mengenali Tertuduh melalui cerita bapanya yang mengatakan Tertuduh adalah saudara kepada keluarga SP3 dan beberapa kali berjumpa dengan Tertuduh dan anaknya (SP18). Malah kali akhir berjumpa SP3 dan SP4 dengan Tertuduh pada tahun 2018, SP3 bertegas tidak mahu menjualkan tanah kerana ada ramai waris Si Mati yang tidak dapat dijejaki. Keterangan ini telah disahkan oleh SP18. - SP5 yang merupakan cucu kepada Bimah binti Md Daud dan bapa saudara kepada SP1 menyatakan sememangnya mengenali Tertuduh, isteri Tertuduh dan anak-anaknya iaitu Din (SP18), Yati dan seorang lagi. Walaupun tiada ikatan kekeluargaan, namun SP5 seringkali berjumpa dengan Tertuduh di kampung dan seringkali meluangkan masa minum bersama di warung dan berbual. SP5 mengetahui Tertuduh dahulunya adalah seorang kelasi kapal. Tertuduh juga mengenali SP5 dan kaitan SP5 dengan Bimah. Bimah memperkenalkan Tertuduh kepada SP5 sebagai saudara jauh. 37 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [46] Selain itu, keterangan saksi-saksi juga menyatakan status Tertuduh sebagai “orang luar” yang bukan salah seorang waris yang sah kepada Si Mati kerana kedudukannya sebagai anak luar nikah. - SP6, cucu kepada Samad bin Md Daud bin Jakek mengesahkan dia adalah waris kepada ibunya, Noraisah binti Samad, sepupu kepada SP2. Tanah yang ditukar hakmilik adalah tanah pusaka adik beradik ibunya. - SP7, anak saudara Tertuduh telah mengesahkan bahawa Tertuduh adalah anak angkat kepada bapa saudaranya, kerana Tertuduh adalah anak tidak sah taraf kepada Din bin Samad, cucu kepada Si Mati. SP7 merupakan salah seorang saksi yang memberi keterangan semasa Tertuduh memohon pengisytiharan nasab di Mahkamah Syariah atas kapasiti sebagai saudara kepada bapa angkat Tertuduh. - SP8 yang merupakan cucu kepada Noraisah Abd Samad, cicit kepada Samad bin Daud, adalah saksi yang mengesahkan bahawa tanah GM 77 yang merupakan pusaka daripada keturunan moyangnya Bimah dan Hajar telah berpindah milik kepada nama Tertuduh. 38 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal - SP9, cucu kepada Samad bin Md Daud mengesahkan Tertuduh adalah bapa saudaranya tetapi oleh kerana kedudukannya sebagai anak tidak sah taraf, Tertuduh tiada hak ke atas tanah pusaka datuknya. Tetapi Tertuduh ada menemuinya bersama SP12, memujuk untuk menukar nama pentadbir tanah ke atas namanya, namun SP9 tidak setuju. - SP10, cucu kepada Rukayah binti Md Daud, telah mengesahkan maklumat yang diberikan oleh SP2 berkenaan lakaran family tree Md Daud bin Jakek di eksibit P8 adalah benar. SP10 mendapat tahu daripada SP2 bahawa Tertuduh mahu menjual tanah-tanah kepada pihak ketiga tetapi tidak sangka hal itu terjadi. [47] Sementara itu keterangan SP18 menjadikan fakta ini lebih jelas, bahawa Tertuduh sememangnya berniat untuk membuat kenyataan palsu tersebut kerana mahu menuntut haknya ke atas pesaka Si Mati, walaupun Tertuduh tiada hak berbuat demikian kerana kedudukannya sebagai anak tidak sah taraf kepada Din bin Samad bin Md Daud bin Jakek. Menurut SP18, sebagai anak Tertuduh yang tinggal bersama Tertuduh dan bertanggungjawab menjaga Tertuduh, SP18 mengetahui terdapat beberapa laporan polis yang dibuat oleh SP1, Fatma Mahamad (ibu SP2), Saad bin Johar, SP5, Siti Salamah Budi. Malah SP18 mengenali mereka 39 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ini semua sebagai jiran sekampung yang tinggal berdekatan rumahnya pada jarak sekitar 100 meter saja. SP18 juga tahu bahawa Md. Daud bin Jakek adalah moyangnya yang mempunyai harta pesaka berupa hartanah yang mana 5 ekar diletakkan atas nama Bimah dan Hajar dan 10 ekar lagi didaftarkan kepada nama Samad, Bimah, Hajar, Minah dan Napsiah. [48] Menurut SP18, Tertuduh mempunyai seorang bapa saudara bernama arwah Bulat bin Alang (di mana jika dilihat dalam susur galur keluarga Si Mati di eksibit P8, Bulat bin Alang adalah anak kepada Minah binti Md. Daud bin Jakek). Bulat bin Alang telah dihalau dari kampung mereka pada suatu ketika dahulu akibat perselisihan keluarga. Namun, Bulat ada berjumpa dengan Tertuduh dan meminta Tertuduh untuk menyelesaikan pertelingkahan tersebut. Tertuduh ada menemui saudara- maranya seperti SP5, Ibrahim Mohamad, Saad bin Johar dan Ramli bin Johar, untuk cuba mendapatkan haknya sebagai anak saudara Bulat bin Alang, tetapi Tertuduh telah dihalau kerana kedudukannya sebagai anak luar nikah. Keterangan SP18 yang menjelaskan kisah ini adalah seperti berikut. S : Berapa ramai yang ayah kamu jumpa masa itu? J : 5-6 orang 40 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S : Tahu bagaimana tanah-tanah ini dipindah milik pada ayah? J : Apabila anak-anak Hajar dan Bimah menidakkan hak ayah saya, kita tuntut hak dengan cara yang betul. S : Semasa nak pindah milik tanah kepada ayah, bagitahu tak pada anak-anak Hajar dan Bimah? J : Ada S : Siapa yang bagitahu? J : Ayah saya S : Apa respon anak-anak Hajar dan Bimah? J : Melarikan diri, tutup pintu S : Siapa anak-anak yang diberitahu ini? J : Hamzah Taib, Ibrahim Mohamad, Saad bin Johar, Ramli b Johar S : Kemudian? J : Saya dan ayah pun terus bertindak sendiri S : Bagaimana sediakan dokumen-dokumen? 41 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal J : Ditunjuk ajar oleh kerani guaman bernama Suziana [49] SP18 juga mengesahkan, dalam affidavit sokongan P33 dan P34 Tertuduh sememangnya menyatakan dirinya adalah waris tunggal walaupun Tertuduh tahu Hajar dan Bimah masih ada waris-waris yang lain. S : Apa yang Suziana ajar? J : Pasal surat mati. Pasal ayah saya anak angkat. Dokumen pindahmilik. Hampir 4 tahun saya buat. S : Ayah tahu pasal perkara ini? J : Tahu S : Boleh camkan dokumen pindahmilik? J : Boleh S : Rujuk P33 affidavit sokongan encl. 3. J : Saya camkan. S : Siapa yang buat dokumen? 42 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal J : Saya sendiri. Ayah tahu dokumen ini. S : Lihat bahagian tandatangan pada affidavit tersebut. Siapa yang tandatangan? J : Ayah saya S : Kandungan affidavit sokongan ini, ayah tahu? J : Ya. S : Semasa ayah tandatangan affidavit sokongan, siapa yang ada dengan ayah? J : Saya S : Lihat pada para 3, dinyatakan bahawa ayah merupakan seorang waris tunggal. Mengapa cakap begitu? J : Sebab ayah saya anak tunggal [50] SP18 adalah orang yang sentiasa bersama Tertuduh dalam setiap proses yang dilalui. Peranan SP18 tidak hanya sekadar sebagai anak yang menjaga bapanya yang uzur, tetapi dalam hal ini, SP18 memainkan peranan yang signifikan dalam melancarkan proses yang perlu dilalui 43 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tertuduh. Selain itu keterangan lain juga menyokong keterangan SP18 bahawa Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang akuan palsu yang diikrarkannya. - SP18 berperanan mendapatkan Broker Hartanah (SP15) bagi tujuan mempromosi dan menjualkan tanah-tanah kepada pihak ketiga. Perkara ini telah disahkan oleh SP15 sendiri. Menurut SP15, dia mengenali Tertuduh melalui kenalannya bernama Azman. Pada tahun 2018, SP15 telah ke rumah Tertuduh dan menemui Tertuduh dan SP18, di mana pada masa itu Tertuduh menyatakan hasrat mahu menjual tanahnya yang berada di depan Masjid dengan harga jual RM800 ribu. Tanah tersebut merujuk kepada GM 77 Lot 230. - Melalui SP15, SP18 dan Tertuduh telah diperkenalkan dengan SP17 yang pada masa itu adalah kerani sambilan di firma guaman N Suria & Associates yang mana peguamnya bernama Sooria Murthi. Menurut SP17, SP17 terlibat dalam menyediakan dokumen P33 dan P34 sebagaimana yang diarahkan oleh Tertuduh. Namun urusan ikrar dan pemfailan dilakukan sendiri oleh Tertuduh bersama SP18. Dalam setiap masa material, SP18 sentiasa dengan Tertuduh. - SP15 telah memperkenalkan Tertuduh dan SP18 kepada SP14 yang merupakan Pengarah syarikat pemaju perumahan dan 44 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perindustrian yang mengiklankan perkhidmatannya melalui kain rentang. Menurut SP14, SP15 telah menghubungi seorang kakitangannya bernama Jovin dan menawarkan untuk menjual tanah di lokasi GM 77 Lot 230. Tanah itu didaftarkan atas nama Pentadbir. Selepas selesai proses perbincangan dan pembatalan caveat, satu perjanjian jual beli telah dimasuki antara Syarikat K Jaya Properties dengan Tertuduh pada harga RM1.3 juta. Perjanjian bertarikh 5-7-2018 ditandakan eksibit ID39. [51] Jika dilihat kepada petikan keterangan SP18 di atas, SP18 dilihat sebagai orang yang paling dekat dengan Tertuduh dan sentiasa bersama Tertuduh pada setiap masa dan SP18 sendiri telah mengesahkan bahawa Tertuduh memahami setiap proses yang dilalui, terutamanya kandungan dalam affidavit P33 dan P34 serta tujuan dokumen-dokumen ini - S : Ayah tahu kandungan dalam affidavit ini? J : Ya, tahu semua S : Rujuk saksi kepada para 3. Ia menyebut perkara bahawa hanya seorang waris yang ditinggalkan oleh Md Daud b Jakek iaitu ayah kamu? J : Ya 45 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal S : Kenapa ayah kamu kata begitu? J : Sebab tak ada siapa yang datang jumpa ayah saya. Sebab saya yang bayar cukai tanah. S : Tapi ayah kamu tahu berkenaan waris-waris ini? J : Mereka tak nak jumpa ayah saya, kata ayah saya tak ada hak ke atas tanah itu S : Kamu atau ayah ada beritahu tak pada waris- waris Hajar dan Bimah tentang pemfailan dokumen- dokumen ini? J : Ada S : Apa respon mereka? J : Tak ambil peduli, dia kata bukan hak ayah saya [52] Melalui keterangan ini, SP18 mengesahkan tindakan yang dilakukan Tertuduh telah dibuat dengan penuh kesedaran dan dirancang dengan rapi. Tujuannya adalah untuk mendapatkan hak ke atas tanah- tanah yang dirasakan adalah menjadi miliknya sebagai salah seorang waris Si Mati. Mahkamah membuat pemerhatian bahawa keterangan 46 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SP18 menunjukkan bahawa SP18 dan Tertuduh tidak merasakan bahawa tindakan membuat pemalsuan akuan ini adalah sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Kesimpulannya, Mahkamah berpuas hati, elemen “pengetahuan” Tertuduh tentang akuan atau kenyataan palsu dalam P33 dan P34 ini telah dibuktikan. Elemen 5 - Tertuduh dengan sengaja/berniat dalam membuat akuan tersebut [53] Niat seseorang sememangnya tidak dapat dilihat secara langsung, namun dapat disimpulkan melalui perbuatannya atau tindakan yang diambilnya. Terdapat banyak kes mahkamah atasan yang menjelaskan tentang hal ini. Contohnya dalam kes Zulkiple Mohamad v PP (2022) 1 CLJ 673, Mahkamah Persekutuan menjelaskan tentang bagaimana menilai niat seseorang berpandukan kepada perbuatannya. Dalam kes ini, Tertuduh dituduh membunuh tanpa niat semasa cuba merompak mangsa dengan menggunakan kayu besbol sehingga menyebabkan kematian mangsa. Mahkamah Tinggi telah mensabitkan Tertuduh bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Rayuan Tertuduh di Mahkamah Rayuan telah ditolak. Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuan Tertuduh telah juga menolaknya dan menyatakan, 47 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Per Abdul Rahman Sebli FCJ delivering the judgment of the court: (1) It is irrelevant and totally unnecessary to enquire into what kind of injury the accused intended to inflict. The question is not whether the intention of the accused is to inflict a serious injury or a trivial one but whether he intended to inflict the injury that is proved to be present. In the present case, the injuries that were proved to be present and which the appellant intended to inflict were the injuries on the deceased's head which fractured her skull. Where the prosecution relies on cl. (c) of s. 300 of the PC, it is not required to prove intention to cause bodily injury of a kind that is sufficient in the ordinary course of nature to cause death. In the context of the present case, proof of that intention was the appellant's deliberate act of hitting the deceased on her head with the baseball bat, which was totally unrelated to the question whether he intended to cause injury that was sufficient to cause death in the ordinary course of nature. (paras 46, 47 & 48)”. [54] Secara ringkasnya kes tersebut menyatakan bahawa niat tertuduh dapat dilihat kepada kesan perbuatannya. Walaupun kes di atas adalah 48 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kes bunuh yang mana tidak sama fakta dengan kes yang dibicarakan di sini iaitu kes pemalsuan keterangan/akuan, namun prinsip yang sama boleh digunapakai. Niat Tertuduh untuk memalsukan keterangannya dalam affidavit sokongan adalah bagi membolehkannya menjual tanah- tanah Si Mati secara sah menurut undang-undang. Niat ini mungkin tidak kelihatan secara luaran kerana keperluan undang-undang telah dipatuhi secara regular. Tetapi akibat daripada perbuatan Tertuduh memalsukan akuan dilihat apabila Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Tertuduh untuk menjadi Pentadbir Pusaka Si Mati secara debonis non dan menurun milik bagi hakmilik tanah GM 78 ke atas namanya dan menjual tanah GM 77 kepada Syarikat K Jaya Properties. Akhirnya, tindakan Tertuduh ini telah menyebabkan waris-waris Si Mati kehilangan milikan ke atas tanah-tanah tersebut tanpa pengetahuan mereka. [55] Maksud “niat” dan “motif” telah disebutkan dalam buku Introduction to Principles and Liabilities in Criminal Law 2nd edi. Lee Chong Fook, Che Audah Hassan, Mimi Sintia Haji Mohd Bajury, (terbitan 1 April 2012) di muka surat 146, penulis menyatakan, “..Intention is distinguished from motive. Intention indicates that a man is consciously shaping his conduct so as to bring about a certain event; motive indicates the reason why he desires that event and therefore why he pursues his selected course of conduct so as 49 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal to achieve it. In other words, if a man knowingly does something, then not only does he intend to do so but in the absence of anything to the contrary he must be taken to intend the natural and probable consequences: Tan Hoi Hung v PP (1966) 1 MLJ 288, 290. Motive in an offence of murder, is not an element which must be proven but it would, if shown, tend to support the case against the accused: Mohd Yaçob bin Demyati v Pendakwaraya (2011) 2 MLJ 321 at 326.” [56] Dalam hal ini Mahkamah mendapati berdasarkan keterangan saksi- saksi pendakwaan SP1-SP10, bahawa tindakan Tertuduh adalah ekoran dari niatnya untuk mendapatkan hak ke atas pesaka Si Mati. Ini dilengkapkan pula dengan keterangan SP18 bahawa sememangnya Tertuduh mahu mendapatkan haknya kerana Tertuduh berasa telah dinafikan dan tidak dipedulikan hanya semata-mata dirinya adalah anak tidak sah taraf. Oleh itu Tertuduh membuat perancangan yang teliti demi mencapai hasratnya. Perancangan ini bermula dengan proses mendekati waris-waris yang masih hidup, iaitu SP5 dan SP9, kemudian apabila tidak dipedulikan, Tertuduh memohon pengisytiharan nasab dengan Si Mati supaya dapat keluar daripada status anak tidak sah taraf. Tujuannya, supaya Tertuduh diiktiraf di bawah undang-undang sebagai orang yang 50 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mempunyai talian yang sah dengan Si Mati. Hanya selepas itu, Tertuduh memfailkan tindakan Mahkamah untuk menjadi Pentadbir pesaka Si Mati. Perbuatan Tertuduh adalah relevan [57] Kesinambungan daripada “niat” tadi, Mahkamah berpendapat, perbuatan Tertuduh atau tindakan yang diambil oleh Tertuduh dalam kes ini adalah relevan untuk menyokong fakta bahawa Tertuduh sememangnya mempunyai niat untuk memalsukan akuan demi mendapatkan haknya ke atas tanah-tanah Si Mati. Perbuatan Tertuduh adalah relevan untuk menunjukkan motifnya sebagaimana Seksyen 8 Akta Keterangan 1950 yang menyebut, Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian 8. (1) Apa-apa fakta adalah berkaitan jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan. (2) Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya atau yang berkaitan dengannya, dan kelakuan mana-mana 51 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana- mana prosiding, adalah berkaitan jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta berkaitan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian daripadanya. [58] Perancangan Tertuduh adalah sangat teratur dan mengikut keperluan undang-undang prosidur civil yang semestinya memerlukan seseorang sepertinya untuk mempelajari dan memahami setiap proses sebelum dapat melakukannya. Ini disahkan sendiri oleh SP18 bahawa ia mengambil masa 4 tahun untuk sampai ke tahap ini, iaitu berjaya menukar hakmilik tanah-tanah dan menjual tanah GM77 kepada pihak ketiga. Ini bukan usaha yang kecil. Jadi, sememangnya Tertuduh mempunyai motif ketika membuat akuan palsu iaitu berniat untuk menukar hak milik tanah- tanah dan mendapatkan haknya. Kesimpulannya, elemen niat Tertuduh telah dibuktikan. [59] Di akhir kes pendakwaan Mahkamah mendapati akuan bersumpah yang dibuat oleh Tertuduh dalam affidavit sokongan P33 dan P34 bagi kedua-dua permohonan di Mahkamah Tinggi tersebut adalah kenyataan palsu kerana terdapat waris-waris lain kepada harta Si Mati dan waris- waris itu masih hidup. Tertuduh bukanlah satu-satunya waris dan Tertuduh bukanlah waris tunggal yang masih hidup sebagaimana yang 52 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dinyatakannya. Tanpa akuan sumpah palsu oleh Tertuduh ini, permohonannya untuk menjadi pentadbir harta pusaka de bonis non dan menurunkan harta Si Mati ke atas namanya mungkin tidak akan dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi. [60] Oleh itu, setelah mendengar dan meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan serta hujahan yang difailkan, atas penilaian maksima Mahkamah mendapati keterangan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah kredibel dan mencukupi untuk memanggil Tertuduh membela diri. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tertuduh atas pertuduhan- pertuduhan terhadapnya. Oleh yang demikian Tertuduh dipanggil untuk membela diri. Tertuduh diberikan 3 pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; atau memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau berdiam diri. KES PEMBELAAN [61] Tertuduh pada peringkat ini hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ - 53 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Although the burden of proof in criminal trial lies throughout in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt”. [62] Selanjutnya di dalam kes Chan Chwen Kong [1962] MLJ 307 mahkamah menyatakan – “ In most criminal cases, there is at some stage an onus of a sort upon the accused person. Once the prosecution produces evidence which if believed would support a conviction, there is a tactical onus on the accused person either to produce evidence of his own or to point to something in the prosecution evidence that at the very lowest make the trier of the fact less than sure of any conclusions he might otherwise be prepared to base upon the prosecution evidence. If he fails to discharge that tactical onus he will be convicted. That is very true”. [63] Maksud 'reasonable doubt' telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 4 MLJ 37 seperti berikut :- "As to what is meant by 'reasonable’ must be such a one as an honest, sensible and fair-minded man might, with reason, 54 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal entertain consistent with a conscientious desire to ascertain the truth. An honestly entertained doubt of guilt is a reasonable doubt. A vague conjecture or an inference of the possibility of the innocence of the accused is not a reasonable doubt. A reasonable doubt is one which arises from a consideration of all the evidence in a fair and reasonable way. There must be a candid consideration of all the evidence and if, after this candid consideration is had by the jurors, there remains in their minds a conviction of the guilt of the accused, then there is no room for a reasonable doubt (emphasis added)". [64] Bagi maksud menimbulkan keraguan itu, pembelaan adalah bertanggungjawab untuk membuktikan fakta yang dibangkitkan. Dalam kes Tee Hock Keong v Public Prosecutor [2021] MLJU 566 Mahkamah telah menyatakan bahawa: - "The law is well settled in that once an accused raises the defence of alibi, he does not bear the burden to prove its truth but merely to raise a reasonable doubt as to his guilt. Nevertheless, the accused has to adduce sufficient evidence in support of the defence of alibi showing affirmatively his presence somewhere else other than at the place on the date and time stated in the charge. 55 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Section 103 of the Evidence Act states: The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. More to the point is illustration (b) to s.103 which states: B wishes the court to believe that at the time in question he was elsewhere. He must prove it. As was observed by Buhagiar J in Saminathan & Ors v Public Prosecutor [1955] MLJ 121: The facts on which the defence rely must however be ‘proved’ and they are proved not by showing merely a possibility that such facts exist but by showing a probability of their existence, the degree of probability being a matter of prudence in the circumstances of the case.” [65] Dengan kata lain, dalam usaha membangkitkan keraguan yang munasabah tersebut, pembelaan tidak boleh dilingkari dengan elemen fictitious, mere denials ataupun afterthought kerana keterangan- keterangan pembelaan yang sedemikian tidak akan diterima oleh Mahkamah, sebagaimana dijelaskan dalam Liew Kaling v PP (1960) 26 MLJ 306 – 56 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the sentence 'of course it is possible, but not in the least probable,' the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice… You will not, I am sure, allow yourselves to be bewildered or troubled by such a phrase. What it means is not some whimsical or fanciful doubt, which a person might conjure up for the purpose of creating a difficulty but such a doubt as would govern a man's course of action in some private affair of moment of his own.” DAPATAN MAHKAMAH [66] Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan mengemukakan 4 orang saksi pembelaan iaitu SD1 57 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal iaitu Tertuduh sendiri, SD2 Puan Jamaliah binti Mat Yusof (isteri Tertuduh), SD3 Encik Haji Ahmad Safie bin Sumardi (bekas jiran Tertuduh ketika kecil) dan SD4 Noryati binti Amran (anak Tertuduh yang tinggal bersamanya dan yang menjaganya). [67] Dalam pembelaan Tertuduh, Mahkamah dapati Tertuduh mempunyai pendirian bahawa kenyataannya dalam P33 dan P34 yang dituduh sebagai palsu adalah tidak benar kerana baginya, dia adalah sememangnya anak tunggal kepada Din bin Samad yang merupakan anak kepada Md Daud bin Jakek. Tertuduh bertegas bahawa dia adalah waris tunggal yang masih hidup kerana Tertuduh adalah satu-satunya waris yang berusaha untuk mendapatkan haknya terhadap pesaka Md Daud bin Jakek sedangkan waris-waris yang lain tidak mengusahakan tuntutan atau membuat pindah milik terhadap pesaka Md Daud bin Jakek. Dalam keterangan penyata saksi SD1 (eksibit D42), Tertuduh menyatakan latar belakang bagaimana Tertuduh memulakan usahanya- “6. Pada sekitar tahun 70an, saya telah dimaklumkan oleh Bimah binti Md Daud dan Hajar binti Md Daud yang bapa kandung saya mempunyai tanah-tanah di Jeram dan mereka sedang di dalam proses menguruskan proses Mahkamah untuk mendapatkan tanah-tanah tersebut. Saya juga telah diminta untuk tandatangan dokumen yang saya tidak ingat 58 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kandungan dokumen tersebut di mana saya telah dimaklumkan bahawa 1 keping tanah akan dijual. Namun setelah tandatangan dokumen tersebut, saya tidak menerima apa-apa berita daripada mereka. … 7. Pada sekitar tahun 2017 saya telah dimaklumkan oleh lelaki bernama Jantan bin Wahid untuk saya menuntut tanah-tanah milik arwah moyang saya memandangkan saya adalah anak tunggal kepada Din bin Samad. Saya dari dahulu lagi telah dimaklumkan bahawa saya adalah anak tunggal kepada Din bin Samad, perkara ini juga telah dimaklumkan kepada say aoleh individu bernama Bulat bin Alang. Namun ketika ini, kedua-dua Bulat bin Alang dan Jantan bin Wahid telah meninggal dunia.” [68] Keterangan ini selari dengan keterangan SP7 dan dalam eksibit P8 dapat dilihat, Din bin Samad adalah adik beradik kepada Mariam dan Noraishah binti Samad. Oleh sebab itu, Tertuduh berpendapat, dia adalah waris tunggal kepada harta pesaka Md Daud bin Jakek. Namun, Tertuduh juga tidak menafikan bahawa Md Daud bin Jakek sememangnya mempunyai waris-waris lain dan ada di antaranya yang masih hidup. 59 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [69] Keterangan SD1 tentang penama Bulat bin Alang sebagai bapa saudara Tertuduh adalah selari dengan keterangan SP2. Menurut SP2, Bulat bin Alang merupakan anak kepada Minah binti Md Daud bin Jakek. Tetapi nama Jantan bin Wahid tidak ada dalam mana-mana keterangan saksi pendakwaan. SD1 juga menyatakan bahawa usahanya dimulakan dengan mendapatkan pengesahan status pemilikan tanah-tanah tersebut yang mana adalah selari dengan keterangan SP18 - “9. Saya telah berbincang perkara ini dengan anak saya bernama Amiruddin bin Amran dan saya telah serahkan urusan berkenaan perkara di atas kepada beliau. Saya dan beliau seterusnya telah pergi ke Pejabat Tanah Kuala Selangor dan setelah membuat semakan, tanah-tanah tersebut telah didaftarkan kepada Bimah dan Hajar sebagai wakil. 10. Kami seterusnya telah berbincang perkara ini dan telah dinasihat oleh seorang lelaki yang bekerja di pejabat tanah untuk mendapatkan perintah bahawa saya adalah anak kandung Din bin Samad, yang juga adalah waris sah tanah- tanah tersebut. 11. Oleh itu, anak saya telah memperkenalkan saya kepada seorang peguam syarie yang bernama Mohd Hafiz bin Abdul 60 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Rashid dan beliau telah menguruskan proses untuk mendapatkan perintah tersebut. Pada 12.9.2019 Mahkamah Tinggi Syariah telah mengisytiharkan bahawa saya adalah nasab dan/atau anak kandung kepada Din bin Samad. 12. Pada waktu yang sama, saya juga telah diperkenalkan oleh anak saya Amiruddin kepada satu perempuan yang bernama Suziena dan beliau telah menguruskan proses mendapatkan perintah perlantikan pentadbir tanah dan turunmilik tanah tersebut bersama anak saya Amiruddin. 13. Setelah mendapatkan Perintah Mahkamah, anak saya telah menguruskan untuk mendaftarkan nama saya sebagai pentadbir tanah-tanah tersebut dan anak saya dan Suziena telah menguruskan proses jual beli salah satu tanah tersebut kepada K Jaya Properties Sdn Bhd.” [70] Dalam keterangan SD1 ini dapat dilihat bahawa SD1 telah berniat untuk mendapatkan tanah-tanah yang dikatakan adalah menjadi haknya sebagai waris Si Mati. Keterangan ini adalah selari dengan keterangan SP18 berkenaan proses yang perlu dilalui oleh Tertuduh demi mencapai maksudnya. Keterangan SD1 ini sebenarnya menguatkan kes pendakwaan bahawa Tertuduh mempunyai motif dalam membuat 61 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kenyataan palsu kerana mahu meneruskan niatnya mendapatkan hak ke atas tanah-tanah Si Mati. [71] Dalam keterangan SD1, Tertuduh menjelaskan, sebelum mengikrarkan P33 dan P34, Tertuduh dan SP18 telah mendapatkan pengesahan tentang status tanah-tanah Si Mati sebagaimana di P1 dan P2. Setelah menemui jalan buntu kerana tidak mendapat kerjasama sewajarnya daripada waris-waris yang ditemuinya, Tertuduh mendapatkan perisytiharan nasab dengan Si Mati. Kemudian, Tertuduh mengikrarkan P33 dan P34. Tindakan Tertuduh yang tersusun ini adalah relevan untuk menunjukkan pengetahuannya tentang akuan palsu tersebut dan niatnya untuk mendapatkan tanah-tanah Si Mati. [72] Selanjutnya, dalam keterangan SD2 iaitu isteri Tertuduh dan SD4 iaitu anak Tertuduh, mereka hanya memberitahu fakta tentang latar belakang dan tindakan Tertuduh berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh Tertuduh kepada mereka. Manakala keterangan SD3 iaitu bekas jiran Tertuduh semasa kecil pula adalah berdasarkan pengetahuannya melalui apa yang diberitahu oleh orang kampung yang mana tidak dapat disahkan kebenarannya. Pendek kata, SD2, SD3 dan SD4 tidak ada pengetahuan peribadi tentang isu sama ada Tertuduh adalah sebenar- benarnya waris tunggal kepada pesaka Md Daud bin Jakek dan sama ada Tertuduh telah membuat kenyataan palsu dalam affidavit P33 dan P34 62 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam usahanya untuk mendapatkan hak ke atas tanah-tanah Md Daud bin Jakek. Dalam hal ini, Mahkamah dapati, keterangan SD1 bahawa dia adalah waris tunggal dan waris tunggal Si Mati yang masih hidup adalah tidak disokong dengan keterangan yang kredible, maka keterangan Tertuduh secara keseluruhannya juga tidak boleh dipercayai. Keterangan pembelaan tidak dapat membuktikan sebaliknya apa yang telah dibuktikan oleh pendakwaan. Penafian Tertuduh [73] Tertuduh percaya, kenyataannya dalam affidavit P33 dan P34 yang menyatakan dia adalah waris tunggal dan waris yang masih hidup kepada Md Daud bin Jakek bukanlah suatu kenyataan palsu kerana Tertuduh hanya berusaha untuk mendapatkan haknya ke atas harta pusaka Si Mati selaku salah seorang waris. Tertuduh percaya usaha untuk mendapatkan haknya bukanlah sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Oleh sebab itu Tertuduh menafikan bahawa kenyataannya adalah palsu. Jika pihak pendakwaan dan Mahkamah mendapati kenyataannya itu palsu sekalipun, Tertuduh tetap percaya bahawa tindakannya bukanlah sesuatu yang salah di sisi undang-undang. Dalam hal ini Mahkamah mendapati pembelaan yang dibangkitkan oleh Tertuduh adalah bersifat penafian. Manakala penafian ini adalah berdasarkan kejahilannya terhadap undang-undang. Sedangkan kejahilan terhadap undang-undang tidak 63 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal boleh menjadi merit pembelaan sebagaimana maxim ignorantia juris non excusat (Black’s Law Dictionery 5th edi. Di muka surat 672-673). Maxim ini disebut dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co. (1979) CLJU 119 (1979) 1 LNS 119 (1979) 2 MLJ 229, Lee Hun Hoe CJ (Borneo), menyatakan tentang maxim ini- “As observed earlier, one of the reasons was that the respondent was in ignorance of the law. The full maxim is ignorantia juris neminem excusat and the true proposition is that no man can excuse himself from doing his duty by saying that he did not know the law on the matter”. [74] Dalam kes Lim Zhen Qiang v PP & Rayuan Yang Lain (2025) CLJU 1100, Mahkamah Rayuan telah membuat pemerhatian berkenaan inferens bahawa wujudnya “pengetahuan” dalam “pemilikan fizikal” dadah sebagaimana peruntukan Seksyen 1 The Drugs (Prevention of Misuse) Act 1964, di mana terdapat isu sama ada Tertuduh yang didapati mempunyai milikan fizikal dadah tetapi tidak mengetahui sifat sebenar dadah itu, boleh dilepaskan daripada undang-undang, Mahkamah Rayuan dalam ulasan kepada objektif Akta 1964 itu bagi membuktikan pengetahuan menyatakan yang berikut, “[81] Dicta Lord Morris di dalam kes Warner v. Metropolitan Police Commissioner (supra) telah diikuti oleh Mahkamah Persekutuan di 64 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman bin Akif [2007] 4 CLJ 337; [2007] 5 MLJ di mana Arifin Zakaria HMP (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: "[19] The issue of knowledge necessary to establish possession came to be considered by the English House of Lords in the case of Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356, which was considered and relied upon by the Singapore Court of Appeal in Zulfikar bin Mustaffah v. Public Prosecutor. In Warner the following question was posed to their Lordships: Whether for the purpose of s. 1 of the Drugs (Prevention of Misuse) Act 1964, a defendant is deemed to be in possession of a prohibited substance when to his knowledge he is in physical possession of the substance but is unaware if its true nature. [20] At p 367 Lord Reid addressed the issue as follows: The object of this legislation is to penalise possession of certain drugs. So, if mens rea has not been excluded what would be required would be the knowledge of the accused that he had prohibited drugs in his possession. It would be no defence, though it would be a mitigation, that he did not intend that they 65 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal should be used improperly. And it is common place that, if the accused had a suspicion but deliberately shut his eyes, the court or jury is well entitled to hold him guilty. Further, it would be pedantic to hold that it must be shown that the accused knew precisely which drug he had in his possession. Ignorance of the law is no defence and in fact virtually everyone knows that there are prohibited drugs. So, it would be quite sufficient to prove facts from which it could properly be inferred that the accused knew that he had a prohibited drug in his possession. That would not lead to an unreasonable result. … [24] Applying the observations set out in the authorities cited above to the facts in the present case, the irresistible inference that may be drawn in the circumstances is that the respondent all along knew about the drug found in the car. The fact that they were found hidden under the seats of the car and wrapped in Chinese newspaper would not assist him to negate such an inference. From the evidence of PW5 it is clear that little effort was 66 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal required to uncover what was contained in the three packages." [75] Kes ini adalah kes pertuduhan bagi pemilikan dadah, namun prinsip yang digunapakai adalah berkenaan “pengetahuan” Tertuduh terhadap fakta dan undang-undang berkaitan. Dalam kes ini, di mana maxim Ignorance of the law is no defence telah disebut, Mahkamah menyatakan jika Tertuduh tidak mengetahui sifat semulajadi dadah dalam milikannya, ini tidak menjadikan Tertuduh tidak mempunyai milikan sebagaimana takrifan akta dan tidak boleh menjadikannya alasan untuk tidak bersalah di bawah undang-undang itu. Ringkasnya, kejahilan seseorang Tertuduh terhadap sesuatu fakta tidak boleh menjadi pembelaan kepadanya dan melepaskannya daripada hukuman di bawah undang-undang. [76] Dalam kes Tan Liang Swee & Anor v Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (2025) CLJU 1188, Mahkamah Tinggi dalam suatu permohonan semakan kehakiman telah menggunakan maxim ignorance of the law is no defence dengan menyatakan, “3.8 The applicants must be estopped from asserting that they were not given the opportunity to make a plea of mitigation in the circumstances. Ignorance of the law is no excuse. It is untenable for the applicants to contend that the procedures, rules and/or regulations by SC are inaccessible, or that they 67 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal were not aware of it. This is even more so when A1 in his Letter of Disagreement in exhibit "SC-8" at L. 23 p. 106 had stated that he would consult his lawyer on this matter”. [77] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat, penafian Tertuduh yang dipengaruhi oleh kejahilannya terhadap fakta dan undang-undang tidak boleh menjadi pembelaan kepadanya. Ini kerana, jika pembelaan sebegini dibenarkan, ia akan menyebabkan penjenayah boleh melarikan diri daripada kesalahannya atas alasan tidak mengetahui tentang undang-undang, lantas tidak mengetahui bahawa tindakannya membuat akuan palsu adalah salah di sisi undang-undang. [78] Mahkamah mendapati, dalam keseluruhan keterangan pendakwaan dan keterangan Tertuduh, memang benar Tertuduh adalah waris kepada pesaka Md Daud bin Jakek kerana selepas pengisytiharan nasab, Tertuduh adalah anak kepada Din bin Samad dan Samad adalah anak kepada Md Daud bin Jakek. Namun keterangan juga membuktikan Tertuduh bukanlah satu-satunya waris atau waris tunggal kepada Si Mati dan Tertuduh juga bukanlah satu-satunya waris tunggal yang masih hidup bagi tanah-tanah yang telah dipindah milik iaitu GM 77 Lot 230 Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor dan GM 78 Lot 235 Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor. Oleh itu kenyataan Tertuduh dalam P33 dan P34 yang menyatakan dirinya adalah waris tunggal dan waris tunggal yang masih 68 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hidup adalah tidak benar dan merupakan kenyataan palsu. Mahkamah dapati keterangan Pembelaan hanyalah bersifat penafian kosong. Penafian oleh Tertuduh ini, tidak dapat mematahkan kes pendakwaan. Mahkamah Persekutuan dalam Mohd Asmadi bin Yusof v PP [2011] 1 CLJ 41, telah menyatakan – “…. It is our view that he has made the correct decision under the circumstances of this case. The defence was one of denial. There was no other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence.” [79] Sepertimana juga yang telah diputuskan dalam kes-kes terdahulu seperti Public Prosecutor v Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 – ”A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient” Juga dalam kes PP v Ku Lip See [1981] 1 MLJ 258 – “.....the defence in its endeavour to create a reasonable doubt in the mind of the learned President offered an outright denial and nothing more. It was surprising to find the learned President entertaining what to him was reasonable doubt based entirely on the demeanour and denial of the respondent.” 69 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Juga dalam kes D.A Duncan v PP [1980] 2 MLJ 195 – “… The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, The High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant. [80] Kesimpulannya, penafian yang dibangkutkan Tertuduh ini hanyalah sekadar bare denial yang tidak disokong dengan keterangan lain, justeru tidak mendatangkan keraguan kepada kes pendakwaan. [81] Selanjutnya Mahkamah merujuk semula kes Mat v PP [1963] LNS 82 tentang apakah yang perlu dilakukan oleh Mahkamah selepas mendengar kes pembelaan iaitu – (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt. Convict. (b) If you accept or believe the accused's explanation. Acquit. (c) If you do not accept or believe the accused's explanation. Do not convict but consider the next steps below. 70 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Convict. (e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt. Acquit”. [82] Selari dengan itu, Mahkamah menyimpulkan bahawa, Mahkamah telah mendengar keterangan pihak pembelaan tetapi tidak mempercayai fakta yang dibentangkan kerana, jika dibandingkan dengan fakta pendakwaan yang lengkap disokong dengan keterangan-keterangan, fakta pembelaan tidak disokong dengan keterangan lain, malah ia menguatkan lagi pembuktian kes pendakwaan. Oleh itu, keterangan pembelaan bukan sahaja tidak dapat menyanggah keterangan prima facie ke atas Tertuduh, malahan tidak dapat membangkitkan apa-apa keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Dengan kata lainnya, Pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan bersalah sebagaimana pertuduhan-pertuduhan dalam kes ini di bawah S.193 Kanun Keseksaan. Sebelum menjatuhkan hukuman, Mahkamah mendengar mitigasi Tertuduh melalui peguambelanya. 71 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal MITIGASI DAN PEMBERATAN TERHADAP HUKUMAN [83] Tertuduh merayu agar hukumannya diminimakan atas faktor bahawa Tertuduh yang berumur 73 tahun tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan, malah menanggung seorang isterinya. Sebelum ini Tertuduh bekerja sebagai seorang kelasi kapal, namun setelah bersara pada uris 52 tahun, Tertuduh tidak lagi mempunyai pekerjaan. Tertuduh juga menghidap penyakit jantung, paru-paru, darah tinggi dan kencing manis. Sebagaimana keterangan SD4, anak Tertuduh memaklumkan Mahkamah bahawa Tertuduh telah memasuki fasa nyanyuk, namun laporan perubatan tidak dikemukakan. Peguam memohon supaya Tertuduh dibenarkan bon berkelakuan baik kerana hukuman pemenjaraan tidak akan mendatangkan kebaikan kepada sesiapa. Jika Tertuduh diperintahkan membayar denda, Tertuduh juga pasti tidak mampu membayarnya. [84] Pihak pendakwaan bagaimanapun telah memohon hukuman yang setimpal dan membantah perintah bon berkelakuan baik. Ini kerana tindakan Tertuduh telah menyebabkan kerugian kepada waris-waris Md Daud bin Jakek. Banyak pihak yang terlibat kerana isu di sini adalah pemilikan tanah-tanah yang masih didiami oleh waris-waris Si Mati. Selepas ini, waris-waris Si Mati masih perlu meneruskan tindakan ke 72 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah Sivil dan Pejabat Tanah bagi mendapatkan semula tanah- tanah yang telah bertukar nama pemilik. HUKUMAN [85] Mahkamah telah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan berpendapat hukuman ini adalah yang wajar dijatuhkan ke atas Tertuduh. Mahkamah sememangnya dipandu oleh prinsip penghukuman yang mapan di mana kepentingan awam akan menjadi faktor paling penting dan harus diutamakan berbanding kepentingan Tertuduh (rujuk R v. Ball 35 CR App 164) and PP v. Loo Choon Fatt [1976] CLJU 102; [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256). Namun Mahkamah juga tidak akan mengenepikan kepentingan Tertuduh sendiri (rujuk Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor lwn. PP [2001] 1 CLJ 645; [2001] 1 MLJ 193). Dalam kes PP v Khafasliza Shafii (2018) 6 CLJ 98, Mahkamah Tinggi menyatakan, dalam menghukum Tertuduh, jika penjara adalah hukuman yang berkaitan, maka tempoh pemenjaraan hendaklah mempertimbangkan kesannya kepada Tertuduh- “….There are circumstances in which public interest warrants that the accused should not be put behind bars for far too long, as that will do more harm than good for example they might become 73 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hard core criminal. Hence, this court needed to strike a balance in order to do justice to the accused as well as to the public. [97] In cases of corruption though, it is important to impose a deterrent sentence to reflect the severity of the offence. In the words of Justice Abdul Malik Ishak of the High Court as he then was in the case of Hamidun bin Mat Yatim, "corrupt Government servants should be sentenced severely as examples to others and also to protect the image of the Government service"...”. [86] Mahkamah juga mempertimbangkan bahawa Tertuduh tiada sabitan lampau dan latar belakang Tertuduh yang telah berusia dan keadaan kesihatan Tertuduh yang semakin uzur, namun, undang-undang tidak membezakan hukuman kepada pesalah berdasarkan faktor-faktor ini semata-mata. Dalam kes ini, kerugian adalah besar kerana melibatkan hak milik dan penggunaan ke atas hartanah oleh penduduk atau waris- waris Si Mati yang masih tinggal di atas tanah dan juga syarikat pemaju K Jaya Properties yang telah membeli tanah GM77 tersebut. Mahkamah melihat tindakan Tertuduh adalah tindakan yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan kesannya kepada waris-waris si mati yang masih tinggal di atas tanah-tanah ini, ke manakah mereka harus pergi jika tanah-tanah dipindah milik dan dijual kepada pihak lain. Hukuman ini juga 74 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal adalah sebagai pengajaran kepada Tertuduh dan keluarganya serta menjadi isyarat kepada masyarakat supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan proses Mahkamah untuk menghalalkan suatu tindakan yang sebenarnya salah di sisi undang-undang. Bagi setiap perbuatan jenayah, pasti terdapat mangsa yang telah teraniaya. [87] Mahkamah telah juga mempertimbangkan, tempoh perjalanan kes ini yang telah mengambil masa selama 4 tahun bermula tarikh pertuduhan pada 9-2-2021 sehingga selesai perbicaraan pada 29-4-2025. Perbicaraan hanya berlangsung pada 31-5-2022 dan selesai pada 25-2- 2025 kerana melibatkan 23 orang saksi dan 44 eksibit. Pendakwaan telah dijalankan oleh 4 orang TPR silih berganti dan melibatkan pertukaran sehingga 3 orang hakim yang mendengar. Oleh itu hukuman yang minima termasuk bon berkelakuan baik dirasakan tidak layak untuk diberikan kerana melibatkan penggunaan masa dan kos yang banyak. Oleh itu hukuman adalah seperti berikut- Pertuduhan 1 : Penjara 6 tahun dan denda RM100 ribu jika gagal bayar, penjara 2 tahun. Pertuduhan 2 : Penjara 6 tahun dan denda RM100 ribu jika gagal bayar, penjara 2 tahun. 75 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hukuman pemenjaraan bagi pertuduhan 1 dan pertuduhan 2 hendaklah berjalan serentak bermula tarikh hari ini 22/5/2025. Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen 3 Shah Alam Disediakan pada 22-7-2025 Pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya Tuan Amir Saifullah, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tingkat 4 Podium Utara, Bangunan Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam, Selangor Pihak Pembelaan: Encik Abdul Rahman, Tetuan Tetuan Sim & Rahman, yang beralamat di 91-2, Jalan Setia Gemilang BG U13/BG, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor. (Tel No : 019-2121920 , Faks No: 03-27268896) Email:simrahman.kl@gmail.com 76 S/N 6ApVQbmKHEyP42yyIvSnw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal