ANDAYU BINTI AZANAN NURZUSIAWATI BINTI NADZRI
The court accepted that the defendant published the Facebook posts but the defendant failed to prove the truth of the allegations and failed to establish fair comment due to absence of evidence and presence of malice; therefore the posts are defamatory and the plaintiff is entitled to deletion of the publications,...
Source-derived case information.
- Citation
- TA-A53F-1-01/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Andayu binti Azanan; Defendant: Norzusilawati binti Nadzri
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 June 2024
- Case Number
- TA-A53F-1-01/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Defamation (civil) / Appeal Judgment (appeal by Defendant Against 12 June 2024 Decision)
- Outcome
- Appeal dismissed. Original decision affirmed in favour of plaintiff on claims paras (b), (e) and (f); claims for general, exemplary and aggravated damages (paras a, c and d) dismissed. Defendant's counterclaim dismissed.
- Legal Topics
- Libel, Justification (truth), Fair Comment, Malice, Injunctions, Deletion of Publication, Interest on Judgment, Costs, Burden of Proof
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Andayu binti Azanan
Plaintiff
Norzusilawati binti Nadzri
Defendant
Procedural Posture
Defamation (civil) / Appeal Judgment (appeal by Defendant Against 12 June 2024 Decision)
Legal Issues
- 1 Whether the Facebook posts complained of were defamatory
- 2 Whether the defendant established defences of justification under Section 8 and fair comment under Section 9 of the Defamation Act 1957
- 3 Whether the plaintiff was entitled to deletion, injunction, interest and costs
Ratio Decidendi
The court accepted that the defendant published the Facebook posts but the defendant failed to prove the truth of the allegations and failed to establish fair comment due to absence of evidence and presence of malice; therefore the posts are defamatory and the plaintiff is entitled to deletion of the publications, an injunction, interest at 5% p.a. from date of publication and costs; the defendant's counterclaim failed for lack of proof.
Court Disposition
Appeal dismissed. Original decision affirmed in favour of plaintiff on claims paras (b), (e) and (f); claims for general, exemplary and aggravated damages (paras a, c and d) dismissed. Defendant's counterclaim dismissed.
Orders
- Defendant ordered to delete all publications of the impugned words
- Injunction restraining defendant (personally, through agents or servants) from further publishing the defamatory words or similar allegations concerning the plaintiff or its business
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
TA-A53F-1-01/2021 Kand. 45 07/08/2024 10:34:40 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA TERENGGANU DALAM NEGERI TERENGGANU DARUL IMAN, MALAYSIA SAMAN NO : TA-A53F-1-01/2021 ANTARA ANDAYU BINTI AZANAN [ NO K/P: 850115-04-5056 ] [mendakwa sebagai pemilik dan bagi pihak Medan Ikan Bakar I Brang (No. Perniagaan: 201903288242 (TR0208495-A)] …PLAINTIF DAN NORZUSILAWATI BINTI NADZRI [ NO K/P: 820720-11-5126 ] ...DEFENDAN 1 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah rayuan yang dikemukakan oleh pihak perayu Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah yang dibuat pada 12 Jun 2024. Oleh itu, pihak perayu Defendan telah merayu terhadap keseluruhan keputusan tersebut di mana Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak Plaintif dan menolak tuntutan balas pihak Defendan dengan sejumlah kos. Ringkasan fakta kes [2] Pihak responden Plaintif merupakan seorang pemilik tunggal perniagaan kedai makan yang dikenali sebagai Medan Ikan Bakar I Brang di Kuala Berang, Terengganu manakala pihak perayu Defendan adalah merupakan seorang individu yang beralamat di Kampung Padang Midin dan juga Kuala Berang, Terengganu. [3] Pada 14 Disember 2020 di laman media sosial Facebook Kuala Berang dan Chalet I-Brang & Medan Ikan Bakar Kg Buloh Corner, pihak perayu Defendan telah memuat naik gambar-gambar makanan yang telah dibelinya daripada responden Plaintif melalui 2 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal aplikasi Food Panda beserta dengan perkataan-perkataan yang bersifat fitnah seperti yang berikut; “Kali kedua order dengan Food Panda untuk 3 menu nasi geprek di Medan Ikan Bakar Ibrang Kuala Buluh.Tengah sedap makan tengok ada benda hitam. Sebelum saya makan, parent dah makan awal dan cakap macam bau lipas. Tapi mereka tetap makan. Bila turn saya, tengah2 makan Nampak benda hitam. Tengok2 NAJIS LIPAS! Apa gilanya??? Bekas nasi LANGSUNG TAK BASUH KE? HATI2 LAH PELANGGAN IKAN BAKAR MEDAN IKAN BAKAR IBRANG KG BULUH PENGOTOR GILA! Order kali ke 2,3 set (2 set nasi ayam geprik dan 1 set nasi ikan tilapia geprek) dengan Foodpanda. Kesemua set ada NAJIS LIPAS. Yang pengotor sangat kenapa??? Sini memang sedap dan pembersih. Tak macam Medan Ikan Bakar Ibrang Kuala Buluh. Nasi banyak najis lipas.” [4] Pihak responden Plaintif telah cuba menghubungi pihak perayu Defendan berkenaan dakwaan-dakwaan yang dimuat naik oleh 3 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pihak perayu Defendan ini melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook Messenger, tetapi gagal. Oleh itu, pada 16 Disember 2020, pihak responden Plaintif telah membuat satu laporan polis terhadap pihak perayu Defendan (no repot Kuala Berang 004983/20) [5] Melalui peguamcaranya, pihak responden Plaintif juga telah menghantar notis bertarikh 29 Disember 2020 terhadap pihak perayu Defendan untuk menarik balik hantaran-hantaran yang telah dimuatnaiknya serta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak responden Plaintif. Namun, tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak perayu Defendan. Justeru, pihak responden Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap pihak perayu Defendan. [6] Pada 21 Januari 2021, pihak responden Defendan telah membuat permohonan maaf di ruangan laman Facebook Orang Kuala Berang dan juga telah menghantar permohonan maaf kepada peguamcara perayu Plaintif melalui emel. Selanjutnya, pihak perayu Defendan juga telah memasukkan tuntutan balas terhadap pihak perayu Plaintif. 4 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Saksi-saksi Saksi responden Plaintif: 1. SP1 – Mohamad Asri bin Samian Penyata saksi PSP1. 2. SP2 – Andayu binti Azanan (Plaintif) Penyata saksi PSP2. Saksi perayu Defendan: 1. SD1 – Nurzusilawati binti Nadzri (Defendan) Penyata saksi PSD1. 2. SD2 – Maznah binti Ibrahim Penyata saksi PSD2. Dapatan Mahkamah [7] Setelah mendengar keterangan saksi kedua-dua pihak perayu Defendan dan responden Plaintif serta meneliti hujahan bertulis pihak-pihak di akhir kes, Mahkamah telah memutuskan di atas imbangan kebarangkalian bahawa pihak responden Plaintif telah 5 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah telah membenarkan tuntutan pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan sebagaimana berikut; Para (b) satu perintah mengarahkan perayu Defendan untuk memadam kesemua penerbitan perkatan-perkataan yang diadukan dan perkataan-perkataan fitnah tersebut; Para (e) perintah injunksi menghalang perayu Defendan samada dengan sendiri, melalui ejen dan/atau pengkhidmat- pengkhidmat beliau dalam apa cara sekalipun daripada terus menerbitkan dan atau mengakibatkan penerbitan perkataan- perkataan fitnah tersebut atau apa-apa tohmahan atau pengataan yang sama atau berkaitan responden Plaintif dan atau perniagaan responden Plaintif. Para (f) faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman daripada tarikh penerbitan perkataan- perkataan fitnah tersebut sehingga tarikh penjelasan penuh atau pun pada apa-apa kadar dan jangka waktu yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah yang mulia ini. 6 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Manakala para a, c dan d penyata tuntutan pihak responden Plaintif yang masing-masing menuntut ganti rugi am, teladan dan keterlaluan adalah ditolak oleh Mahkamah. Mahkamah juga telah membenarkan kos berjumlah RM6000.00 kepada pihak responden Plaintif. [8] Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan di atas imbangan kebarangkalian bahawa pihak perayu Defendan telah gagal untuk membuktikan tuntutan balasnya terhadap pihak responden Plaintif. Oleh itu, Mahkamah telah menolak tuntutan balas pihak perayu Defendan dengan kos sebanyak RM6000.00. Alasan-alasan bagi keputusan ini adalah seperti berikut: 1. Hantaran-hantaran yang dimuat naik oleh pihak perayu Defendan pada 14 Disember 2020 di laman media sosial Facebook Kuala Berang dan Chalet I-Brang & Medan Ikan Bakar Kg Buloh Corner adalah bersifat fitnah. Hal ini adalah kerana pihak perayu Defendan gagal untuk membuktikan kebenaran hantaran-hantaran yang telah 7 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dimuatnaik oleh beliau di laman media sosial terhadap pihak responden Plaintif. Dalam tindakan ini, hantaran-hantaran pihak perayu Defendan menyatakan bahawa nasi yang dibeli oleh beliau daripada pihak responden Plaintif mengandungi najis lipas. Namun, apabila disoal balas oleh peguamcara pihak responden Plaintif, SD1 tidak dapat mengemukakan sebarang bukti bagi mengesahkan kebenaran atau kesahihan hantaran yang telah dimuatnaik tersebut. Tanpa pembuktian kebenaran atau kesahihan hantaran- hantaran tersebut yang mengandungi tuduhan yang serius dan berupaya menjatuhkan reputasi perniagaan pihak responden Plaintif, Mahkamah telah bersetuju dengan hujahan peguamcara responden Plaintif bahawa perkataan-perkataan yang digunakan di dalam hantaran tersebut akan memberi maksud biasa dan semula jadi kepada pembaca. Sebagai contoh, perniagaan yang dijalankan oleh pihak responden Plaintif adalah kotor. Maksud sebegini akan memberikan gambaran yang buruk kepada pembaca hantaran yang dimuatnaik oleh pihak perayu Defendan terhadap perniagaan pihak responden Plaintif. 8 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Di peringkat ini, Mahkamah juga merujuk kepada kes yang digunapakai oleh peguamcara pihak responden Plaintif di dalam hujahannya iaitu UTUSAN MELAYU (MALAYSIA) BHD V. OTHMAN HJ OMAR (2017) 2CLJ 413 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti yang berikut; “…Ujian menentukan perkataan-perkataan yang diadu membawa makna memfitnah adalah berasaskan maksud biasa dan semula jadi perkataan-perkataan yang diterbitkan. Ini boleh jadi maksud nyata atau tersirat atau disiratkan atau maksud tidak langsung. Sokongan fakta- fakta luar melangkaui pengetahuan am tidak diperlukan. Ujian ini adalah ujian objektif yang mengkehendaki makna seperti yang difahami oleh orang yang munasabah. Untuk memahaminya seluruh artikel perlu dipertimbangkan…” 2. Pengakuan daripada pihak perayu Defendan mengenai tindakan memuatnaik hantaran-hantaran di laman media sosial Facebook. 9 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Ketika disoal balas oleh peguamcara pihak responden Plaintif, SD1 telah mengaku bahawa beliau sendiri yang telah memuatnaik kesemua hantaran-hantaran tersebut di laman media sosial Facebook Kuala Berang dan Chalet I-Brang & Medan Ikan Bakar Kg Buloh Corner tersebut. Pada peringkat ini, Mahkamah telah merujuk kes yang digunapakai oleh peguamcara pihak responden Plaintif dalam hujahannya iaitu kes Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor (1964) 1 LNS 2 yang memutuskan bahawa; “A plaintiff establishes a prima facie cause of action as soon as he has proved the publication of defamatory words” Dengan pengakuan yang dibuat oleh SD1 ini, Mahkamah berpendapat bahawa penerbitan hantaran-hantaran di laman sosial Facebook tersebut telah dapat dibuktikan oleh pihak responden Plaintif dan seterusnya suatu kausa tindakan prima facie juga dapat dibuktikan. 10 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3. Pembelaan justifikasi di bawah Seksyen 8 dan ulasan saksama di bawah Seksyen 9 Akta Fitnah 1957 yang diplidkan oleh pihak perayu Defendan di dalam tindakan ini telah gagal dibuktikan oleh pihak perayu Defendan. Jika diteliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan melalui saksinya SD1 dan SD2, adalah jelas bahawa kesahihan hantaran-hantaran yang dimuatnaik oleh SD1 tidak dapat dibuktikan. Ketika diperiksa balas oleh peguamcara pihak responden Plaintif, SD1 mengakui bahawa beliau tiada bukti lain bagi membuktikan bahawa nasi yang dibeli olehnya daripada pihak perayu Defendan telah dicemari oleh najis lipas seperti mana yang dinyatakan oleh beliau melalui hantaran yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook. SD2 yang merupakan ibu kepada SD1 juga tidak dapat memberikan sebarang bukti bagi menunjukkan kesahihan bahawa nasi yang dibeli daripada responden Plaintif tersebut telah dicemari dengan najis lipas. 11 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah merujuk kes yang digunapakai oleh peguamcara responden Plaintif dalam hujahannya iaitu kes Dato’Sukri Hj Mohamed v Wan Muhammad Hazri Wan Deris (2016) 4 CLJ 654 yang memutuskan seperti berikut; “...it is an entrenched common law principle that falsity of a defamatory statement is pressumed… Therefore, the burden to prove that the impugned articles or statements are true is on the defendant…” Jelas bahawa di peringkat ini pembelaan justifikasi yang diplidkan oleh pihak perayu Defendan telah gagal dibuktikan apabila mereka gagal membuktikan kebenaran atau kesahihan hantaran-hantaran yang telah dimuatnaik di laman Facebook oleh pihak perayu Defendan. Berkenaan dengan pembelaan ulasan saksama pula, perkara tersebut juga gagal dibuktikan memandangkan SD1 mempunyai niat jahat ketika memuatnaik hantaran-hantaran tersebut. Hal ini dapat dilihat daripada sikap SD1 yang enggan 12 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berhubung dengan pihak responden Plaintif berkenaan perkara ini. SD1 juga dalam keterangannya menyatakan bahawa tiada keperluan untuk beliau menghubungi pihak responden Plaintif dan oleh itu beliau memilih untuk memuatnaik hantaran dalam media sosial Facebook tersebut. SD2 juga secara jelas telah menjawab semula soalan peguamcaranya bahawa tiada keperluan untuk beliau dan anaknya iaitu SD1 untuk berhubung dengan pihak responden Plaintif berkenaan perkara tersebut. Mereka juga bersependapat bahawa adalah lebih baik jika mereka memuatnaik hantaran di laman media sosial Facebook sahaja. Di peringkat ini, Mahkamah telah merujuk kes yang digunapakai oleh peguamcara responden Plaintif dalam hujahannya iaitu kes Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail & Anor v Mohd Rafizi Ramli (2022) 5 CLJ 487 yang memutuskan bahawa; 13 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “(6) It is trite law that proof of malice defeats the defence of fair comment because a comment that is made maliciously is not fair comment.’’ 4. Tuntutan balas pihak perayu Defendan telah gagal dibuktikan. Melalui pernyataan pembelaannya di para 41, pihak perayu Defendan menuntut balas antaranya adalah permohonan maaf secara terbuka oleh pihak perayu Plaintif kepada SD1 dan ibunya serta ganti rugi khas dan teladan yang ditaksirkan oleh Mahkamah. Walau bagaimanapun, tiada sebarang keterangan yang dikemukakan oleh pihak perayu Defendan berkaitan dengan tuntutan balas mereka terhadap pihak responden Plaintif sepanjang perbicaraan tindakan ini berlangsung. Selain itu, tiada sebarang hujahan daripada peguamcara pihak perayu Defendan atas isu tuntutan balas mereka ini. Mahkamah juga telah merujuk kepada kes Tenaga Nasional Berhad v Perwaja Steel Sdn Bhd (1998) 2 CLJ 740 yang mana 14 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah Rayuan telah memutuskan antara lain seperti berikut; (dengan izin) (ii) Selaras dengan Seksyen 101 Akta Keterangan 1950, bebanan adalah terletak pada perayu untuk membuktikan bahawa mereka adalah berhak kepada tuntutan mereka. (iii) Bebanan adalah atas perayu dan ianya merupakan tugasnya untuk membuktikan tuntutannya secara tegasnya. Oleh itu, atas kegagalan pihak perayu Defendan untuk membuktikan tuntutan balasnya, maka tuntutan balas mereka terhadap pihak responden Plaintif ini haruslah ditolak. Kesimpulan [9] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah memutuskan bahawa pihak responden Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap pihak perayu Defendan. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan tuntutan pihak responden Plaintif terhadap pihak perayu Defendan sebagaimana 15 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal para (b), (e) dan (f) penyata tuntutan pihak responden Plaintif sahaja dengan kos sebanyak RM6000.00. Mahkamah juga memutuskan di atas imbangan kebarangkalian bahawa pihak perayu Defendan telah gagal untuk membuktikan tuntutan balasnya terhadap pihak responden Plaintif. Oleh itu, Mahkamah telah menolak tuntutan balas pihak perayu Defendan dengan kos sebanyak RM6000.00. Tarikh: 29 Julai 2024 (Norashima binti Khalid) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Terengganu. 16 S/N yEow3pes8kmEzdskIHiEbg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal