ARIS SYAZANI BIN JOHARI yang berniaga atas nama dan gaya AS Teguh Trading 1. ) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS 2. ) SARIDAN BIN ABD. HAMID 3. ) ISMAIL BIN IBRAHIM 4. ) ZAINON BIN DESA 5. ) SALEH B
Court found plaintiff breached contractual specifications (P2 within P1) and defendants (some) lacked locus standi to bind the association; plaintiff had in any event received payment of RM10,000 and the engineer valuation of completed works was RM9,763.51 so plaintiff failed to prove entitlement to RM11,430 or any...
Source-derived case information.
- Citation
- KA-A72NCvC-53-04/2022 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Plaintiff: Aris Syazani bin Johari; Defendant: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus; Defendant: Saridan bin Abd. Hamid; Defendant: Ismail bin Ibrahim; Defendant: Zainon bin Desa; Defendant: Saleh bin Ali
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 28 October 2024
- Case Number
- KA-A72NCvC-53-04/2022 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Contract Dispute (civil) / Judgment After Full Trial
- Outcome
- Plaintiff's claim dismissed; counterclaims by Defendants 1,3,4 and 5 dismissed
- Legal Topics
- Breach of Contract, Locus Standi, Damages, Burden of Proof, Termination of Contract, Enforceability of Signed Documents
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Aris Syazani bin Johari
Plaintiff
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus
Defendant
Saridan bin Abd. Hamid
Defendant
Ismail bin Ibrahim
Defendant
Zainon bin Desa
Defendant
Saleh bin Ali
Defendant
Procedural Posture
Contract Dispute (civil) / Judgment After Full Trial
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff breached the contract terms (P1/P2)
- 2 Whether the defendants had locus standi to enter and be sued on the contract
- 3 Whether the plaintiff had been paid for completed works and thus entitled to the claimed sum
Ratio Decidendi
Court found plaintiff breached contractual specifications (P2 within P1) and defendants (some) lacked locus standi to bind the association; plaintiff had in any event received payment of RM10,000 and the engineer valuation of completed works was RM9,763.51 so plaintiff failed to prove entitlement to RM11,430 or any additional damages; plaintiff failed to prove quantum for general, aggravated or exemplary damages; counterclaims by Defendants 1,3,4 and 5 were unsupported by evidence; accordingly plaintiff's claim and those counterclaims were dismissed with costs per scale.
Court Disposition
Plaintiff's claim dismissed; counterclaims by Defendants 1,3,4 and 5 dismissed
Orders
- Plaintiff's claim against the Defendants is dismissed
- Counterclaims by Defendants 1, 3, 4 and 5 are dismissed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
KA-A72NCvC-53-04/2022 Kand. 122 13/01/2025 12:41:22 1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI ALOR SETAR 2 DALAM NEGERI KEDAH 3 GUAMAN NO: KA-A72NCvC--53-04/2022 4 ANTARA 5 ARIS SYAZANI BIN JOHARI 6 (NO. K/P: 861109-40-5111) 7 (Yang berniaga atas nama dan gaya AS Teguh Trading 8 No. Pendaftaran Perniagaan: 001989909-T) …PLAINTIF 9 10 DAN 11 1. PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 12 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ALOR JANGGUS 13 2. SARIDAN BIN ABD. HAMID 14 (NO. K/P: 660920-02-5117) 15 3. ISMAIL BIN IBRAHIM 16 (NO. K/P: 790103-02-5163) 17 4. ZAINON BIN DESA 18 (NO. K/P: 640903-02-5053) 19 5. SALEH BIN ALI 20 (NO. K/P: 630225-02-5505) …DEFENDAN-DEFENDAN 21 22 ___________________________________________________________________ Page 1 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 ALASAN PENGHAKIMAN 24 A. PENGENALAN 25 26 [1] Rayuan ini adalah rayuan ke atas keputusan Mahkamah ini selepas 27 perbicaraan penuh. Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif terhadap 28 Defendan-Defendan dan juga menolak tuntutan balas Defendan Pertama, 29 Ketiga, Keempat dan Kelima terhadap Plaintif. 30 31 [2] Pihak Plaintif tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah dan telah 32 memfailkan rayuan terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini yang 33 telah memutuskan bahawa tuntutan Plaintif ditolak dengan kos 34 sebagaimana skala kos di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 35 36 B. FAKTA KES 37 38 [3] Perkara pertikaian dalam kes ini adalah berkaitan kontrak yang mana telah 39 melantik Plaintif sebagai kontraktor untuk membina dan menyiapkan satu (1) 40 gelanggang bola tampar dan tiga (3) gelanggang sepak takraw di atas satu (1) 41 tapak di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus (selepas ini akan 42 dirujuk sebagai “Projek tersebut) dengan kos projek sebanyak RM 47, 350.00 43 (selepas ini akan dirujuk sebagai “Kos projek tersebut”) yakni telah 44 ditandakan sebagai P1. 45 Page 2 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 46 [4] Dana berjumlah RM 47,350.00 telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan 47 Malaysia pada 21/5/2020 (selepas ini akan dirujuk sebagai “Dana tersebut”) 48 bagi tujuan pembinaan Projek tersebut kepada Defendan Pertama dengan 49 beberapa syarat. 50 51 [5] Antara syarat-syaratnya adalah Defendan Pertama perlu mengemukakan 52 Laporan Prestasi Perbelanjaan dan Pembinaan Fizikal kepada Kementerian 53 Kewangan Malaysia setiap tiga (3) bulan dari tarikh surat keputusan 54 dikeluarkan dan Dana tersebut juga hendaklah dibelanjakan bagi urusan 55 Projek tersebut dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh surat makluman 56 sumbangan kewangan disalurkan. 57 58 [6] Rentetan itu, Defendan Pertama pada 6/9/2020 telah mengadakan satu (1) 59 Mesyuarat Khas Projek PIBG Bil. 1 bagi membincangkan mengenai Projek 60 tersebut. 61 62 [7] Kemudiannya, pada 27/10/2020, Defendan Pertama telah mengadakan 63 Mesyuarat Khas Projek PIBG Bil. 1 yang bertujuan untuk membincangkan 64 dengan lebih terperinci berkenaan intipati kontrak bagi Projek tersebut. 65 Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus ( selepas ini akan 66 dirujuk sebagai “ Sekolah tersebut”), Puan Nor Azlin binti Ahmad telah 67 membangkitkan isu keluasan Projek tersebut yang akan dibina. 68 69 [8] Selepas mesyuarat itu, Defendan Keempat telah menyerahkan Pelan 70 Spesifikasi Projek dengan ukuran keluasan 30.4m x 28.3m kepada Plaintif. Page 3 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 71 72 [9] Lanjutan daripada itu, pada 19/11/2020, Defendan Ketiga dan Defendan 73 Kelima telah sekali lagi menyerahkan Pelan Spesifikasi Projek dengan ukuran 74 keluasan 30.4m x 28.3m kepada Plaintif. Plaintif telah bersetuju secara lisan 75 untuk mematuhi ukuran dalam pelan yang diserahkan. 76 77 [10] Defendan Pertama, Ketiga, Keempat dan Kelima juga telah bersetuju dengan 78 huraian dan butiran di dalam sebutharga yang disediakan oleh Plaintif 79 dengan syarat keluasan Projek tersebut adalah seperti yang dikehendaki oleh 80 Defendan Pertama. 81 82 [11] Kemudiannya, pada 23/11/2020 Plaintif dan Defendan Ketiga bagi pihak 83 Defendan Pertama telah menandatangani Kontrak tersebut. Defendan Ketiga 84 telah sekali lagi menyerahkan Pelan Spesifikasi Projek dengan ukuran 85 keluasan 30.4m x 28.3m kepada Plaintif. 86 87 [12] Plaintif kemudiannya pada 27/11/2020 telah memulakan kerja-kerja di tapak 88 Projek tersebut. Plaintif telah mula menyukat tapak, membina laluan ke 89 tapak Projek tersebut. Plaintif juga telah menambak tapak Projek tersebut 90 dengan campuran batu kawi dan batu kasaran. 91 92 [13] Tindakan Plaintif memulakan kerja tanpa membuang rumput dan bendasing 93 serta menambak tapak Projek tersebut dengan campuran batu kawi dan batu 94 kasaran adalah telah melanggar sebutharga iaitu P2 yang diberikan oleh 95 Plaintif. Page 4 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 96 [14] Berdasarkan P2, Plaintif perlu menjalankan kerja-kerja membuang tanah 97 permukaan termasuk rumput, akar dan bendasing serta membekal dan 98 menambak batu-bauk hancur (crusher run). 99 100 [15] Rentetan itu, Defendan Keempat juga telah mendapati ukuran keluasan 101 Projek tersebut tidak mengikut spesifikasi ukuran keluasan 30.4m x 28.3m. 102 103 [16] Plaintif kemudiannya telah diarahkan untuk menangguhkan kerja dan 104 diberikan amaran serta teguran kerana telah melanggar terma Kontrak 105 tersebut. 106 107 [17] Kemudiannya, pada sekitar Disember 2020, Plaintif telah mengemukakan 108 satu (1) Surat Tuntutan Bayaran bagi Projek tersebut berjumlah RM 10,000. 109 110 [18] Pihak Defendan telah membuat bayaran tersebut sebanyak RM 10,000 pada 111 10/12/2020 berdasarkan D24, iaitu keratan Buku Cek Bagi Pembayaran 112 kepada AS Teguh Trading. 113 114 [19] Selanjutnya, satu (1) Mesyuarat Khas Projek PIBG Bil. 3 telah diadakan pada 115 23/2/2021 oleh Defendan Pertama yang mana Plaintif hadir dalam 116 mesyuarat tersebut. 117 118 [20] Mesyuarat tersebut telah membincangkan mengenai perlanggaran terma 119 dalam Kontrak tersebut yang telah dilakukan oleh Plaintif dan Plaintif 120 diberikan peluang untuk meneruskan Projek tersebut mengikut spesifikasi Page 5 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 121 asal yang telah dipersetujui namun Plaintif memilih untuk mengembalikan 122 Projek tersebut kepada Defendan Pertama. 123 124 [21] Oleh itu, Defendan Pertama telah mengeluarkan satu (1) Surat Penamatan 125 Pelantikan Kontraktor bertarikh 23/2/2021, yakni P4. 126 127 [22] Setelah itu, Plaintif telah menghantar dua (2) Surat Tuntutan Bayaran 128 berjumlah RM 24,093.00 yakni P11 dan berjumlah RM 27,313.00 yakni P12 129 kepada Defendan Kedua. 130 131 [23] Kemudiannya, Plaintif telah memfailkan tindakan guaman ini yang mana 132 menuntut daripada Defendan-Defendan secara ringkasnya: 133 134 (a) Defendan-Defendan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman 135 membayar kepada Plaintif keseluruhan kos bagi kerja-kerja yang 136 telah disiapkan sebanyak RM 11,430.00; 137 138 (b) 5% faedah atas jumlah RM 11,430.00 dari tarikh pemfailan kes 139 sehingga tarikh penghakiman; 140 141 (c) 5% faedah atas jumlah RM 11,430.00 dari tarikh penghakiman 142 sehingga tarikh penyelesaian penuh; 143 144 (d) Ganti rugi am akibat penamatan lantikan Plaintif sebagai 145 kontraktor secara salah sebanyak RM 30,000.00; Page 6 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 146 147 (e) Ganti rugi teruk; 148 149 (f) Ganti rugi teladan; 150 151 (g) Kos; dan 152 153 (h) Sebarang relif lain dan/atau perintah lain yang Mahkamah Yang 154 Mulia ini fikirkan wajar dan suai manfaat. 155 156 [24] Dalam kes ini seramai 5 orang saksi telah memberikan keterangan iaitu 1 157 saksi Plaintif dan 3 saksi Defendan Pertama, Ketiga, Keempat dan Kelima 158 serta 1 saksi Defendan Kedua. 159 160 C. PRINSIP UNDANG-UNDANG SIVIL: BEBAN PEMBUKTIAN 161 162 [25] Sebelum mahkamah mempertimbangkan isu-isu yang dipertikaikan, 163 Mahkamah terlebih dahulu meneliti beban pembuktian pihak-pihak dalam 164 membuktikan tuntutan. 165 166 [26] Adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk membuat penilaian di 167 atas imbangan kebarangkalian keseluruhan keterangan saksi-saksi dan 168 keterangan dokumen samada Plaintif telah berjaya dalam membuktikan 169 tuntutan sebelum beban pembuktian berpindah kepada Defendan- 170 Defendan dalam membuktikan pembelaannya. Page 7 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 171 172 [27] Mahkamah merujuk seksyen 101 Akta Keterangan 1950 di mana 173 diperuntukkan bahawa: 174 175 “101. (1) Barang siapa berkehendakkan mahkamah memberi 176 penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang- 177 undang dengan bergantung pada adanya fakta-fakta yang 178 ditegaskan olehnya, mestilah bahawa faktafakta itu ada. 179 (2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya 180 sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti 181 terletak pada orang itu.” 182 183 [28] Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 102 Akta Keterangan 1950 yang 184 memperuntukan bahawa: 185 186 “Beban bukti di dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada 187 orang yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan 188 diberi oleh mana-mana pihak.” 189 190 [29] Begitu juga dengan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 di mana dinyatakan 191 bahawa: 192 193 “Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang 194 yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang adanya 195 fakta itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana Page 8 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 196 undang-undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada 197 mana-mana orang tertentu.” 198 199 [30] Selanjutnya prinsip undang-undang ini juga telah dijelaskan melalui 200 kes Mohd Ridzwan bin Abdul Razak v. Asmah bt Hj Mohd Nor [2016] 4 201 MLJ 282 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan di perenggan 66 202 yang berikut: 203 "[66]...We start by stating the obvious i.e. the standard of proof in 204 civil cases has traditionally been on a balance of probability, a 205 standard that is certainly lower than that of criminal cases; nowhere 206 near that of proving a case beyond reasonable doubt". 207 208 [31] Mahkamah merujuk kepada kes International Times & Ors v. Leong Ho 209 Yuen [1980] 1 LNS 31, mengenai beban pembuktian di mana Mahkamah 210 Persekutuan telah menyatakan seperti berikut (dengan izin); 211 212 “For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction 213 between the two senses in which the expressions burden of proof and onus 214 of proof are used (Nanji & Co. v. Jatashankar Dossa & Ors. AIR 1961 SC 1474, 215 1478 and Raghavamma v. Chenchamma AIR 1964 SC 136, 143). The first 216 sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in Page 9 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 217 s.101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests 218 throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. 219 The appellants in the present appeal relied on justification and fair 220 comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely 221 upon them (Gatley on Libel and Slander, 7th Edn. Paras. 351 and 354). The 222 second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the 223 responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. 224 The onus as opposed to burden is not stableand constantly shifts during the 225 trial from one side to the other according to the scale of evidence and other 226 preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of 227 evidence. According to ss. 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with 228 whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its 229 shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not 230 sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in 231 the present appeal. 232 233 [32] Mahkamah juga merujuk kes Tam Kim Khuan v. Tan Kee Kiat (M) SB [1998] 234 1 MLJ 697, di mana diputuskan bahawa (dengan izin); 235 236 “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the 237 party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof 238 lies has discharged it, then the evidential burden shifts to the other 239 party…what shifts is the responsibility of adducing evidence to discharged 240 by cross-examination of witnesses of the party on whom the burden of Page 10 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 241 proof lies or by calling witness or by giving evidence himself or a 242 combination of the different methods. No adverse inference can be drawn 243 against that party for failure to give evidence himself. If he does not adduce 244 any evidence when the burden has shifted to him, he will fail. If the party 245 whom the burden lies fails to discharge it, the other party need not call any 246 evidence. In that event, it will not avail to him to turn around and say that 247 the respondent has not established his.” 248 249 [33] Berdasarkan faktor-faktor tersebut, Plaintif di dalam kes ini adalah pihak 250 yang perlu membuktikan tuntutan yang dibuat. Beban pembuktian tidak 251 teralih kepada pihak Defendan untuk membuktikan sebaliknya sekiranya 252 pihak Plaintif gagal membuktikan kesnya. 253 254 [34] Pihak yang menuntut di dalam kes ini adalah Plaintif, maka beban 255 pembuktian adalah diletakkan diatas bahu mereka. Lanjutan daripada itu, 256 Plaintif juga perlu mencapai standard pembuktian iaitu di atas imbangan 257 kebarangkalian untuk membuktikan tuntutan-tuntutan mereka. 258 259 D. DAPATAN MAHKAMAH 260 261 SAMA ADA TERDAPAT PERLANGGARAN KONTRAK, P1? 262 263 [35] Dalam kes ini tuntutan Plaintif adalah berkaitan kontrak yang mana telah 264 melantik Plaintif sebagai kontraktor untuk membina dan menyiapkan satu Page 11 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 265 (1) gelanggang bola tampar dan tiga (3) gelanggang sepak takraw di atas 266 satu (1) tapak di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus dengan kos 267 projek sebanyak RM 47, 350.00 yang telah ditandakan sebagai P1. 268 269 [36] P1 ini wujud setelah Defendan Pertama, Ketiga, Keempat dan Kelima 270 bersetuju dengan huraian dan butiran di dalam sebutharga yang disediakan 271 oleh Plaintif dengan syarat keluasan Projek dengan ukuran keluasan 272 30.4m x 28.3m seperti yang dikehendaki oleh Defendan Pertama. 273 274 [37] Kemudiannya, pada 23/11/2020 P1 ini telah ditandatangani oleh Plaintif 275 dan Defendan Ketiga bagi pihak Defendan Pertama. 276 277 [38] Plaintif kemudiannya pada 27/11/2020 telah memulakan kerja-kerja di 278 tapak Projek tersebut. Plaintif telah mula menyukat tapak, membina laluan 279 ke tapak Projek tersebut. Plaintif juga telah menambak tapak Projek 280 tersebut dengan campuran batu kawi dan batu kasaran. 281 282 [39] Tindakan Plaintif memulakan kerja tanpa membuang rumput dan 283 bendasing serta menambak tapak Projek tersebut dengan campuran batu 284 kawi dan batu kasaran adalah telah melanggar sebutharga iaitu P2 yang 285 diberikan oleh Plaintif. 286 287 [40] Berdasarkan P2, Plaintif perlu menjalankan kerja-kerja membuang tanah 288 permukaan termasuk rumput, akar dan bendasing serta membekal dan 289 menambak batu-bauk hancur (crusher run). Page 12 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 290 291 [41] Rentetan itu, Defendan Keempat juga telah mendapati ukuran keluasan 292 Projek tersebut tidak mengikut spesifikasi ukuran keluasan 30.4m x 28.3m. 293 294 [42] Mahkamah ini merujuk kepada P1 iaitu Kontrak tersebut yang mana di 295 dalam perenggan 2.1 adalah jelas menyatakan seperti berikut: 296 297 “2.1 Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi Spesifikasi, 298 pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Syarat-syarat yang 299 dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga ini …” 300 301 [43] Undang-undang berkaitan pihak-pihak yang menandatangani apa-apa 302 dokumenadalah jelas dan mantap iaitu pihak-pihak adalah terikat dengan 303 apa yang mereka telah tandatangan walaupun tidak membaca dan 304 memahami kandungannya kecuali dokumen itu telah dicemari dengan 305 pengaruh tidak wajar (undue influence), salahnyataan (misrepresentation, 306 frod. Merujuk kes Polygram Records Sdn Bhd v. The Search [1994] 3 CLJ 307 806, Visu Sinnadurai J telah menggunapakai prinsip yang digariskan di 308 dalam kes L’estrange v. F.Graucon, Ltd [1934] 2 KB 394 seperti berikut 309 (dengan izin); 310 311 “When a document containing contractual term is signed, then in the 312 absence of fraud or I will add misrepresentation; the party signing it is 313 bound and it is wholly immaterial whether he had read the document or 314 not.” Page 13 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 315 [44] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, sepanjang perbicaraan dijalankan 316 tidak pernah sekalipun dibangkitkan bahawa P1, Kontrak tersebut yang 317 ditandatangani oleh pihak-pihak adalah dicemari dengan pengaruh tidak 318 wajar (undue influence), salahnyataan (misrepresentation), frod. 319 320 [44] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan pihak-pihak adalah 321 terikat dengan kesemua terma di dalam P1. 322 323 [45] Maka, tindakan Plaintif memulakan kerja tanpa membuang rumput dan 324 bendasing serta menambak tapak Projek tersebut dengan campuran batu 325 kawi dan batu kasaran adalah telah melanggar sebutharga iaitu P2 yang 326 diberikan oleh Plaintif yang merupakan sebahagian daripada P1, Kontrak 327 tersebut sepertimana yang dinyatakan dalam perenggan 2.1, P1 tersebut. 328 329 [46] Hal ini kerana berdasarkan P2, Plaintif perlu menjalankan kerja-kerja 330 membuang tanah permukaan termasuk rumput, akar dan bendasing serta 331 membekal dan menambak batu-bauk hancur (crusher run). Defendan 332 Keempat juga telah mendapati ukuran keluasan Projek tersebut tidak 333 mengikut spesifikasi ukuran keluasan 30.4m x 28.3m sepertimana yang 334 dipersetujui. 335 336 [47] Dalam hal dan keadaan ini, Mahkamah ini berpandangan Plaintif telah 337 melanggar terma P1, Kontrak tersebut. 338 Page 14 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 339 SAMA ADA DEFENDAN-DEFENDAN MEMPUNYAI LOCUS STANDI UNTUK 340 MENANDATANGANI PERJANJIAN DENGAN PLAINTIF? 341 342 [48] Plaintif dalam kes ini telah menyaman Persatuan PIBG SMK Alor Janggus, 343 D2 -D5. Isu yang dibangkitkan sama ada D1 mempunyai kapasiti untuk 344 disaman dalam tuntutan ini. Kontrak yang dikatakan adalah ditandatangani 345 antara Plaintif dengan Defendan Ketiga. 346 347 [49] Defendan Pertama dalam kes ini merupakan sebuah Persatuan Ibu Bapa 348 dan Guru sebuah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus. 349 Defendan Kedua merupakan Pengetua semasa kontrak ini ditamatkan. 350 Manakala Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan Defendan Kelima 351 merupakan Ahli Jawantankuasa PIBG sekolah berkenaan. 352 353 [50] Persoalan yang timbul adalah adakah Defendan-Defendan mempunyai 354 locus standi untuk memasuki kontrak dengan Plaintif ini dan sama ada 355 kontrak ini boleh dikuatkuasakan. 356 357 [51] Berdasarkan keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung dan merujuk 358 kepada Kontrak Kerja-Kerja Membina Gelanggang Sepak Takraw dan Bola 359 Tampar di SMK Alor Janggus bertarikh 1/12/2020, iaitu P1, Mahkamah ini 360 berpandangan Defendan-Defendan adalah tidak mempunyai locus standi 361 dalam menandatangani P1 tersebut. 362 363 Page 15 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 364 SAMA ADA PLAINTIF TELAH MENERIMA BAYARAN ATAS KERJA-KERJA YANG 365 TELAH DIBUAT? 366 367 [52] Dalam kes ini, kos projek sepertimana dalam kontrak, P1 adalah sebanyak 368 RM 47, 350.00. Tempoh mula kerja adalah pada 1/12/2020 dan disiapkan 369 dalam tempoh 4 minggu. 370 371 [53] Plaintif dalam kes ini menuntut keseluruhan kos bagi kerja-kerja yang telah 372 disiapkan oleh Plaintif iaitu sebanyak RM 11,430.00 sepertimana yang 373 diplidkan dalam pernyataan tuntutan. 374 375 [54] Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan keratan Buku Cek bagi Pembayaran 376 kepada AS Teguh Trading berjumlah RM 10,000 iaitu D24, bayaran telah 377 dibuat kepada Plaintif sebanyak RM 10,000.00 melalui D24 bertarikh 378 10/12/2020. 379 380 [55] Dalam hal ini, Mahkamah ini berpandangan Plaintif telah menerima 381 bayaran ini yakni menunjukkan Plaintif telahpun menerima hampir 382 keseluruhan kos yang dikatakan telah disiapkan iaitu RM 11,430.00. 383 384 [56] Mahkamah ingin menarik perhatian pihak-pihak kepada ID 8, iaitu surat 385 Defendan Pertama bertarikh 20/4/2021 yang mana pihak Defendan 386 Pertama telah menyatakan bahawa keputusan kepada penilaian kos yang 387 telah dibuat oleh Plaintif dan telah menawarkan untuk membayar RM 388 9,763.51 untuk kos-kos yang telah dikeluarkan oleh Plaintif. Page 16 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 389 390 [57] Defendan Pertama telah menawarkan bayaran sebanyak RM 9,763.51 391 adalah berdasarkan penilaian oleh pihak Jurutera yang hantar oleh Jabatan 392 Pendidikan Negeri Kedah. 393 394 [58] Mahkamah ini mengambilkira keterangan dan bukti dokumen yang 395 dikemukakan, berkenaan tuntutan Plaintif sebanyak RM 11,430.00 yang 396 dikatakan bagi kerja-kerja yang telah disiapkan dan dengan mengambilkira 397 penilaian oleh pihak Jurutera yang hantar oleh Jabatan Pendidikan Negeri 398 Kedah yang menilai bahawa kos yang telah dikeluarkan adalah sebanyak 399 RM 9,763.51. Mahkamah juga mempertimbangkan fakta bahawa Plaintif 400 telah menerima bayaran sebanyak RM 10,000 melalui D24. 401 402 [59] Dalam kes ini, dengan wujudnya fakta melalui D24 yang mana 403 menunjukkan Plaintif telah pun menerima bayaran sebanyak RM 10,000 404 pada 10/12/2020 walaupun berdasarkan penilaian yang dibuat oleh 405 Jurutera yang dihantar oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, kerja-kerja 406 yang telah disiapkan oleh Plaintif dinilai sebanyak RM 9,763.51. 407 408 [60] Mahkamah ini berpandangan dalam hal dan situasi kes ini, Plaintif 409 sebenarnya telahpun menerima keseluruhan bayaran bagi kerja-kerja yang 410 telah disiapkan oleh Plaintif. 411 412 [61] Berdasarkan hal dan keadaan kes ini, tuntutan Plaintif ini seolah-olah untuk 413 mengaut keuntungan berganda walhal Plaintif telahpun menerima bayaran Page 17 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 414 RM 10,000 sebagaimana D24 sedangkan nilaian kerja-kerja yang telah 415 disiapkan Plaintif adalah RM 9,763.51. 416 417 SAMA ADA PLAINTIF LAYAK UNTUK GANTIRUGI YANG LAIN? 418 419 [62] Selanjutnya, Plaintif dalam kes ini juga telah memplidkan tuntutan ganti 420 rugi am sebanyak RM 30,000, gantirugi teruk dan gantirugi teladan yang 421 dituntut oleh Plaintif. 422 423 [63] Dalam menilai keseluruhan hal tersebut, Mahkamah ini merujuk kepada kes 424 Ban Chuan Trading Co Sdn Bhd v. Ng Bak Guan [2004] 1 MLJ 411 di mana 425 Mahkamah Rayuan telah memetik dapatan yang diputuskan di dalam kes 426 Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel [1948] 64 TLR 177 di mana diputuskan 427 bahawa: 428 429 “The plaintiffs must understand that if they bring an action for damages, it 430 is for them to prove their damages; it is not enough to write down the 431 particulars and, so to speak, throw them at the head of the court saying, 432 ‘This is what I have lost, I ask you to give me these damages’. They have to 433 prove it”. 434 435 [64] Berdasarkan keterangan dan dokumen yang dikemukakan di Mahkamah ini, 436 tiada keterangan dan dokumen yang membolehkan untuk Mahkamah 437 membenarkan gantirugi-gantirugi yang dituntut oleh Plaintif dalam kes ini. 438 Page 18 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 439 [65] Dalam mengukuhkan lagi pertimbangan dan dapatan tersebut, Mahkamah 440 ini juga merujuk kepada kes Popular Industries Ltd v. The Eastern Garment 441 Manufacturing Co Sdn Bhd [1990] 1 CLJ 133 di mana Lord Edgar Joseph Jr J 442 memutuskan bahawa: 443 444 “In all circumstances, reason and justice point to the inevitable conclusion 445 that although the plaintiffs had shown the fact of damage, no evidence or 446 no sufficient evidence has been adduced as to its amount with the perhaps 447 unfortunate result that it is virtually impossible to assess damage”. 448 449 [66] Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif bagi ganti rugi am sebanyak RM 450 30,000, gantirugi teruk dan gantirugi teladan yang dituntut oleh Plaintif 451 telah ditolak oleh Mahkamah ini. 452 453 [67] Mahkamah ini mendapati sepanjang perbicaraan dan keterangan saksi 454 Plaintif tiada perincian dibuat dan tiada bukti dokumentasi yang lengkap 455 telah dikemukakan oleh pihak Plaintif bagi membuktikan setiap tuntutan 456 yang dibuat. 457 458 [68] Tambahan pula, Mahkamah ini merujuk kepada P11 dan P12 iaitu Notis 459 Tuntutan yang dihantar oleh Plaintif yang mana terdapat dua (2) amaun 460 tuntutan yang berbeza sekaligus menimbulkan keraguan berkenaan jumlah 461 sebenar yang perlu ditanggung Defendan sekiranya ada. 462 Page 19 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 463 [69] Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa pengiraan tuntutan juga adalah 464 tidak terperinci dan tuntutan tersebut juga gagal dibuktikan oleh pihak 465 Plaintif ekoran daripada tiada bukti yang dapat mengaitkan pembayaran 466 yang telah ditanggung oleh pihak Plaintif. 467 468 SAMA ADA TUNTUTAN BALAS DEFENDAN PERTAMA, DEFENDAN KETIGA, 469 DEFENDAN KEEMPAT DAN DEFENDAN KELIMA WAJAR DIPERTIMBANGKAN? 470 471 [70] Berkenaan dengan isu tuntutan balas Defendan Pertama, Defendan Ketiga, 472 Defendan Keempat dan Defendan Kelima, Mahkamah ini mendapati 473 sepanjang perbicaraan ini berjalan, isu tuntutan balas ini tidak disentuh 474 secara khusus. 475 476 [71] Mahkamah mendapati tiada bukti yang kukuh bagi menyokong tuntutan 477 balas Defendan Pertama, Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan 478 Defendan Kelima mengenai kerugian yang dialami. 479 480 [72] Malah, tiada keterangan diberikan oleh saksi-saksi Defendan Pertama, 481 Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan Defendan Kelima di Mahkamah 482 mengenai kerugian yang dialami. 483 484 [73] Hal ini telah menyukarkan Mahkamah untuk memastikan bahawa pihak 485 Defendan Pertama, Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan Defendan 486 Kelima telah sesungguhnya mengalami kerugian sepertimana yang didakwa 487 di dalam tuntutan balas tersebut. Page 20 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 488 489 [74] Timbul juga persoalan apakah jenis kerugian yang dialami bagi 490 menjustifikasikan pihak Defendan Pertama, Defendan Ketiga, Defendan 491 Keempat dan Defendan Kelima menuntut kerugian terhadap pihak Plaintif. 492 493 [75] Mahkamah juga mendapati tiada s ebarang keterangan ataupun dokumen 494 yang dikemukakan di Mahkamah ini untuk menunjukkan lantikan 495 kontraktor baru telah dibuat dengan kos sepertimana yang dituntut. 496 497 [76] Di dalam hal ini Mahkamah merujuk kepada kes Sum Kum v. Devaki Nair & 498 anor [1963] 1 LNS 131 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: 499 500 “I would, however, add one observation of a general nature. This is by no 501 means the first appeal this Court and its predecessor have had to deal with 502 in which somewhat insufficient attention has been given at the trial to the 503 question of giving adequate evidence on the question of quantum of 504 damages.it is for Counsel in such cases to devote a little more attention to 505 that aspect of the matter in future. As Lord Goddard said in the case of 506 Bonham-Carter v. Hyde Park Hotel, Ltd [1948], 64 TLR 177, 178: 507 508 Plaintiffs must understand that if they bring actions for damages it is 509 for then to prove their damage; it is not enough to write down the 510 particulars, and, so to speak, throw them at the head of the Court, 511 saying: ‘This is what I have lost; I ask you to give me these damages’. 512 They have to prove it. Page 21 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 513 [77] Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak tuntutan balas 514 Defendan Pertama, Ketiga, Keempat dan Kelima terhadap Plaintif dengan 515 kos sebagaimana skala kos di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 516 517 D. KESIMPULAN 518 519 [78] Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif 520 terhadap Defendan-Defendan dan juga menolak tuntutan balas Defendan 521 Pertama, Ketiga, Keempat dan Kelima terhadap Plaintif dengan kos 522 sebagaimana skala kos di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 523 524 525 (SITI NOR HASLIZA BINTI MD ALI) 526 Majistret 527 Mahkamah Majistret Alor Setar 528 Kedah 529 530 531 Pihak-pihak: 532 533 Bagi pihak Plaintif : Tetuan M.S. Nizam & Co 534 535 Bagi pihak Defendan Pertama, 536 Defendan Ketiga, Defendan Keempat 537 dan Defendan Kelima : Tetuan Zainal Azahar & Co 538 Page 22 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 539 Bagi Defendan Kedua : Peguam Persekutuan 540 Pejabat Penasihat Undang- 541 Undang Negeri Kedah 542 543 Page 23 of 23 S/N bfdKazH40uPjK65PWMq/A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal