1. ) AWA NEW PARTS SDN BHD 2. ) YIP WAI KEAN 1. ) WINSTON CHIN WENG FAI 2. ) FONG MIN YI 3. ) KHU WENG SHEN 4. ) NG CHUN KIT 5. ) CARSTO GARAGE SDN BHD
The court held that an assessment of damages may proceed based on the undertaking given with an ex parte interlocutory injunction without a separate judgment or formal Registrar directions where the parties were informed, participated in case management and plaintiffs were estopped from raising procedural...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-B52NCC-1314-05/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: AWA NEW PARTS SDN BHD; Plaintiff: YIP WAI KEAN; Defendant: WINSTON CHIN WENG FAI; Defendant: FONG MIN YI; Defendant: KHU WENG SHEN; Defendant: NG CHUN KIT; Defendant: CARSTO GARAGE SDN BHD
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 12 August 2024
- Case Number
- WA-B52NCC-1314-05/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Assessment of Damages Arising From Ex Parte Interlocutory Injunction / Session Court Judgment Dated 12.8.2024; Appeal Filed to High Court (notice of Appeal 26.8.2024)
- Outcome
- Session Court allowed defendants' application for assessment of damages and awarded damages and costs; plaintiffs have appealed to the High Court.
- Legal Topics
- Assessment of Damages Under Order 37 Rules of Court 2012, Undertaking as to Damages, Estoppel, Mitigation of Loss, Ex Parte Interlocutory Injunction, Breach of Fiduciary Duty, Misappropriation of Customers
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
AWA NEW PARTS SDN BHD
Plaintiff
YIP WAI KEAN
Plaintiff
WINSTON CHIN WENG FAI
Defendant
FONG MIN YI
Defendant
KHU WENG SHEN
Defendant
NG CHUN KIT
Defendant
CARSTO GARAGE SDN BHD
Defendant
Procedural Posture
Civil Assessment of Damages Arising From Ex Parte Interlocutory Injunction / Session Court Judgment Dated 12.8.2024; Appeal Filed to High Court (notice of Appeal 26.8.2024)
Legal Issues
- 1 Whether assessment of damages may proceed based on an undertaking given with an ex parte injunction absent a separate judgment or formal Registrar directions under Order 37
- 2 Whether non-compliance with Order 37 procedures fatally defects the defendants' application for assessment of damages
- 3 Whether the plaintiffs are estopped from raising procedural objections after participating in case management and agreeing to affidavit-driven assessment
Ratio Decidendi
The court held that an assessment of damages may proceed based on the undertaking given with an ex parte interlocutory injunction without a separate judgment or formal Registrar directions where the parties were informed, participated in case management and plaintiffs were estopped from raising procedural objections; on the affidavits the defendants proved losses and RM196,260.81 was justly awarded with costs RM2,000.
Court Disposition
Session Court allowed defendants' application for assessment of damages and awarded damages and costs; plaintiffs have appealed to the High Court.
Orders
- Plaintiffs to pay RM196,260.81 to Defendants as assessed damages
- Plaintiffs to pay costs of RM2,000 to Defendants
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-B52NCC-1314-05/2023 Kand. 83 18/09/2024 11:38:50 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUAL LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN MALAYSIA GUAMAN NO:WA-B52NCC-1314-05/2023 ANTARA 1. AWA NEW PARTS SDN BHD (NO SYARIKAT: 202001015085/1371405-U) 2. YIP WAI KEAN (NO KP: 801208-05-5247) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. WINSTON CHIN WENG FAI (NO KP: 881008-08-5313) 2. FONG MIN YI (NO KP: 980225-10-6874) 3. KHU WENG SHEN (NO KP: 970722-10-6497) 4. NG CHUN KIT (NO KP: 950120-14-6389) 5. CARSTO GARAGE SDN BHD (NO SYARIKAT: 202201046511/1492208-U) DEFENDAN-DEFENDAN 1 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan pihak Plaintif-Plaintif terhadap keputusan Mahkamah yang diberikan pada 12.8.2024 berkenaan Lampiran 38 iaitu permohonan pihak Defendan-Defendan bagi taksiran ganti rugi di mana Mahkamah telah membenarkan sejumlah ganti rugi berjumlah RM 196, 260.81 dengan kos sebanyak RM 2000 dibayar oleh pihak Plaintif kepada pihak Defendan-Defendan. [2] Melalui Lampiran 38, pihak Defendan-Defendan memfailkan Notis Janji Temu Pentaksiran Ganti Rugi menurut peruntukan di Aturan 37 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) bagi mendapatkan arahan-arahan bagi pentaksiran ganti rugi selaras dengan keputusan Mahkamah yang dibuat pada 26.10.2023 iaitu pembatalan permohonan untuk injunksi interim (Lampiran 5) serta untuk menetapkan pendengaran taksiran ganti rugi terhadap Plaintif-Plaintif. [3] Mahkamah telah merujuk kertas-kertas kausa yang telah difailkan seperti berikut:- a) Writ Saman bertarikh 31.5.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Writ Saman tersebut”) – Lampiran 1; b) Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 16.6.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “SOC Terpinda tersebut”) – Lampiran 4; c) Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 28.8.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Pembelaan tersebut”)- Lampiran 18; 2 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal d) Jawapan kepada Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif bertarikh 18.9.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Jawapan kepada Pembelaan tersebut”) - Lampiran 22; e) Jawapan kepada Pembelaan kepada Tuntutan Balas yang difailkan oleh Defendan-Defendan bertarikh 9.10.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Jawapan kepada Pembelaan Tuntutan Balas”) - Lampiran 32; f) Notis Permohonan Injunksi Interim Ex Parte bertarikh 23.6.2023 - Lampiran 5; g) Afidavit Sokongan Yip Wai Kean bertarikh 21.06.2023 - Lampiran 6; h) Afidavit Jawapan Defendan Pertama Winston Chin Weng Fai bertarikh 21.08.2023 - Lampiran 13; i) Afidavit Yap Kim Poh bertarikh 21.8.2023 - Lampiran 14; j) Afidavit Jawapan Defendan Kedua Fong Min Yi bertarikh 21.8.2023 -Lampiran 15; k) Afidavit Jawapan Defendan Ketiga Khu Weng Shen bertarikh 21.8.2023 - Lampiran 16; l) Afidavit Jawapan Defendan Keempat Ng Chun Kit bertarikh 21.8.2023 - Lampiran 17; m) Afidavit Balasan Plaintif Kedua,Yip Wai Kean bertarikh 4.9.2023 - Lampiran 19; n) Afidavit Sokongan Lee Yun Kai bertarikh 4.9.2023 - Lampiran 20; 3 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal o) Afidavit Balasan Kedua Defendan Pertama, Winston Chin Weng Fai bertarikh 13.9.2023- Lampiran 21; p) Notis Janji Temu Pentaksiran Ganti Rugi ( di bawah Aturan 37 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh 15.11.2023 (selepas ini dirujuk sebagai “Notis tersebut”) - Lampiran 38; q) Afidavit Sokongan Winston Chin Weng Fai bertarikh 26.1.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Sokongan Defendan Pertama tersebut”) - Lampiran 39 r) Afidavit Sokongan Fong Min Yi bertarikh 26.1.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Sokongan Defendan Kedua tersebut”)- Lampiran 40; s) Afidavit Sokongan Khu Weng Shen bertarikh 26.1.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Sokongan Defendan Ketiga tersebut”)- Lampiran 41; t) Afidavit Sokongan Ng Chun Kit bertarikh 26.1.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Sokongan tersebut Defendan Keempat”) - Lampiran 42; u) Afidavit Yap Yu Kuan bertarikh 26.1.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Sokongan Pemilik Premis dan Kereta VKD 9 tersebut”)- Lampiran 43; v) Afidavit Jawapan Yip Wai Kean bertarikh 27.3.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Jawapan No 1 tersebut”) - Lampiran 52; w) Afidavit Jawapan Yip Wai Kean bertarikh 27.3.2024 bagi menjawab afidavit sokongan Defendan Kedua, Ketiga dan 4 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keempat (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Jawapan No 2 tersebut”) - Lampiran 55; x) Afidavit Jawapan Yip Wai Kean bertarikh 27.3.2024 bagi menjawab afidavit sokongan Yap Yu Kuan (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Jawapan No 3 tersebut”)-Lampiran 56; y) Afidavit Balasan Winston Chin Weng Fai bertarikh 9.4.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Balasan Defendan Pertama tersebut”)- Lampiran 61; z) Afidavit Yap Yu Kuan bertarikh 9.4.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Balasan Pemilik Premis dan Kereta VKD 9 tersebut”) - Lampiran 62; aa) Afidavit Chan Yeut Liang bertarikh 10.7.2024 (selepas ini dirujuk sebagai “Afidavit Peguam Cara Defendan-Defendan- Lampiran 66; bb) Notis Niat untuk mengguna pakai afidavit bertarikh 10.7.2024 – Lampiran 67. [4] Mahkamah setelah meneliti kertas-kertas kausa yang berkaitan serta hujahan kedua-dua belah pihak, atas imbangan kebarangkalian telah membenarkan permohonan Defendan-Defendan untuk ganti rugi sejumlah RM 196,260.81 dengan kos sebanyak RM 2000. Ganti rugi yang dibenarkan adalah sebagaimana berikut: a) Sewa premis: RM96,645.01 b) Gaji pekerja: RM74,615.80 c) Ganti rugi alternatif kepada pemilik kereta VDK9 bagi kehilangan penggunaan kereta selama 5 hari: RM25,000 5 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [5] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Plaintif-Plaintif telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi melalui notis rayuan bertarikh 26.8.2024 merayu terhadap keseluruhan keputusan bagi taksiran ganti rugi di Lampiran 38 ini yakni keseluruhan ganti rugi yang berjumlah RM 196, 260.81 termasuk kos sebanyak RM 2000. LATAR BELAKANG KES [6] Plaintif Pertama merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat Malaysia yang mempunyai alamat perniagaan di Lot 37079, Jalan 10/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. [7] Sifat perniagaan Plaintif Pertama adalah antara lainnya untuk membekalkan perkhidmatan pembaikan dan/atau penjualan aksesori dan/atau alat ganti bagi kenderaan dan sepertimana yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. [8] Plaintif Kedua merupakan Pengarah kepada Plaintif Pertama serta pemegang saham utama syarikat Plaintif. [9] Defendan Kelima merupakan sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat Malaysia yang mempunyai alamat perniagaan di Lot 37079, Jalan 10/118B, Desa Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 6 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Defendan Kelima adalah dahulunya dikenali sebagai Awa Motorsports Sdn Bhd. Defendan Kelima mempunyai alamat perniagaan yang sama seperti Plaintif Pertama. [11] Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat merupakan individu yang mana masing-masing merupakan pengarah dan pemegang saham Defendan Kelima. [12] Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat juga merupakan bekas pekerja di Plaintif Pertama. [13] Menurut pihak Plaintif, Defendan Pertama merupakan dan masih setakat pemfailan tuntutan ini merupakan salah seorang pengarah di syarikat Plaintif Pertama sejak penubuhan pada 22.6.2020 serta memegang 30% saham dalam syarikat Plaintif Pertama. [14] Segala kos penubuhan syarikat Plaintif Pertama dalam anggaran sebanyak RM1,500,000.00 telah ditanggung dan/atau dibiayai sepenuhnya terlebih dahulu oleh Plaintif Kedua bagi pihak pemegang-pemegang saham lain termasuk Defendan Pertama. [15] Memandangkan Defendan Pertama adalah memegang 30% saham dalam syarikat Plaintif Pertama, maka Defendan Pertama seharusnya menanggung kos penubuhan sebanyak RM450,000.00 bagi syarikat Plaintif Pertama. 7 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [16] Defendan Pertama merupakan pengarah utama dan juga telah diamanahkan untuk menguruskan segala hal ehwal dan/atau urusan perniagaan syarikat Plaintif Pertama. [17] Plaintif Pertama juga telah menyewa premis perniagaan Plaintif Pertama di Lot 37079, Jalan 10/118B, Desa Tun Razak, 56000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (“Premis tersebut”) daripada pemilik M-Power Technique Sdn Bhd sejak 15.6.2022. [18] Tempoh penyewaan bagi Premis tersebut adalah selama dua (2) tahun bermula dari 15.6.2022 sehingga 14.6.2024 pada kadar RM28,000.00 sebulan. [19] Plaintif Pertama turut telah membayar wang deposit sebanyak RM56,000.00 sebagai deposit sekuriti dan RM14,000.00 sebagai deposit utiliti. [20] Tujuan penyewaan bagi Premis tersebut adalah bagi kegunaan Plaintif Pertama untuk menjalankan perniagaan Plaintif Pertama sebagai sebuah bengkel kenderaan. [21] Pada sekitar bulan Disember 2022, Plaintif Pertama telah mendapati bahawa Defendan Pertama bersama-sama dengan Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat telah pada 21.12.2022 mendaftarkan sebuah syarikat sendiri, iaitu Defendan Kelima yang pada 8 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal asalnya bernama Awa Motorsports Sdn Bhd dan kemudiannya ditukar nama kepada Defendan Kelima pada 3.5.2023. [22] Perniagaan yang dijalankan oleh Defendan-Defendan adalah seiras dan/atau sama seperti apa yang telah dilaksanakan oleh Plaintif Pertama.Dalam menjalankan dan/atau mengekalkan perniagaan syarikat Defendan Kelima oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat, Defendan-Defendan telah mencuri dan/atau mengambil pelanggan-pelanggan Plaintif. [23] Defendan-Defendan telah mengeluarkan invois dan menerima pembayaran di atas syarikat Defendan Kelima walaupun pelanggan- pelanggan yang hadir di Premis tersebut merupakan pelanggan-pelanggan Plaintif Pertama. [24] Defendan-Defendan telah pun menghantarkan kenderaan-kenderaan pelanggan Plaintif Pertama untuk dibaiki, diselenggarakan dan/atau dibaik pulih di sebuah bengkel yang dikenali sebagai WCT Technology Sdn Bhd.Namun begitu, invois-invois telah pun dikeluarkan atas nama Defendan Kelima dan bukannya atas nama Plaintif Pertama. [25] Defendan Pertama telah melanggar kewajipan-kewajipan fidusiari Defendan Pertama sebagai seorang pengarah syarikat Plaintif manakala Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat telah pun membantu dan/atau bersubahat dengan Defendan Pertama untuk melanggar kewajipan-kewajipan fidusiari Defendan Pertama. 9 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [25] Perniagaan dan/atau pendapatan Plaintif telah menjadi semakin merosot dan Plaintif Pertama mengalami kerugian yang teruk daripada segi kewangan di mana pelanggan-pelanggan Plaintif Pertama telah dicuri dan/atau diambil alih oleh syarikat Defendan Kelima yang dikendalikan oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat. [26] Defendan Pertama turut telah mendorong Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat untuk secara bersesama meletakkan jawatan mereka masing-masing di syarikat Plaintif Pertama bagi menubuhkan Defendan Kelima secara bersesama. [27] Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat setakat ini masih menggunakan Premis tersebut bagi mengendalikan perniagaan syarikat Defendan Kelima tanpa pembayaran apa-apa wang sewa kepada Plaintif walaupun Defendan-Defendan pada setiap masa yang materialnya mempunyai pengetahuan sepenuhnya bahawa Premis tersebut telah disewa oleh Plaintif Pertama. [28] Plaintif telah memfailkan tindakan di Mahkamah dan memohon untuk satu penghakiman terhadap Defendan-Defendan secara bersesama dan/atau berasingan seperti berikut:- a) Defendan-Defendan membayar ganti rugi am sepertimana yang ditafsirkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini kepada Plaintif Pertama; 10 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) Defendan-Defendan membayar ganti rugi teladan kepada Plaintif Pertama; c) Defendan-Defendan membayar ganti rugi teruk kepada Plaintif Pertama; d) Defendan Kelima adalah dikehendaki untuk membayar wang sewa sebanyak RM28,000.00 sebulan dari bulan Disember 2022 sehingga tarikh pelupusan tuntutan ini; e) Defendan Pertama dikehendaki membayar wang sebanyak RM450,000.00 kepada Plaintif Kedua bagi saham Defendan Pertama di syarikat Plaintif Pertama; f) Sebagai alternatifnya sekiranya Defendan Pertama gagal dan/atau enggan untuk membayar jumlah RM450,000.00 tersebut bagi saham Defendan Pertama di syarikat Plaintif Pertama kepada Plaintif Kedua dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh penghakiman ini, maka Defendan Pertama adalah dikehendaki untuk memindah milik saham Defendan Pertama kepada Plaintif Kedua dengan serta merta; g) Satu injunksi interim bahawa Defendan-Defendan termasuk pengarah, pemegang saham, agen, pekerja, wakil dan/atau nomini Defendan-Defendan adalah dihalang, disekat dan/atau dilarang untuk hadir dan/atau menggunakan Premis tersebut sehingga pelupusan tuntutan ini; h) Satu injunksi interim bahawa Defendan-Defendan adalah dihalang, disekat dan/atau dilarang untuk terus menguruskan dan/atau mengendalikan hal ehwal syarikat Plaintif Pertama sehingga pelupusan tuntutan ini; 11 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal i) Satu injunksi interim bahawa Defendan-Defendan adalah dihalang, disekat dan/atau dilarang untuk hadir ke Premis tersebut dan/atau mana-mana premis perniagaan Plaintif Pertama sehingga pelupusan tuntutan ini; j) Satu deklarasi bahawa milikan Premis tersebut harus dikembalikan dengan serta merta kepada Plaintif Pertama; k) Satu deklarasi bahawa jawatan Defendan Pertama sebagai pengarah syarikat Plaintif Pertama adalah dilucutkan dengan serta merta; l) Bahawa Timbalan Pendaftar Mahkamah diberikan kebenaran untuk menandatangani apa-apa borang bagi tujuan pindah milik saham Defendan Pertama di syarikat Plaintif Pertama kepada Plaintif Kedua dan/atau borang peletakan jawatan Defendan Pertama sekiranya Defendan Pertama enggan dan/atau gagal untuk menandatangani borang-borang tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penghakiman ini; m) Kos di atas dasar indemniti; n) Faedah pada kadar statutori terpakai pada tarikh penghakiman di atas jumlah gantirugi dan kos yang ditetapkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan o) Relif-relif lain dan lanjut sepertimana yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Lampiran 5 [29] Plaintif kemudiannya telah memfailkan Lampiran 5 iaitu permohonanPlaintif secara ex-parte di bawah Aturan 29 Kaedah 1 Kaedah- 12 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kaedah Mahkamah 2012, Seksyen 50, 51 dan/atau 52 Akta Relief Spesifik 1950 dan/atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah di bawah Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah injunksi interim seperti berikut:- a) Satu injunksi interim sehinggapelupusan tuntutanPlaintif terhadap Defendan-Defendan dan/atau ahli gabungan, ejen, pengkhidmat, pekerja dan/atau wakilDefendan-Defendan untuk menahan, melarang dan/atau menyekat Defendan-Defendan daripada terus memasuki dan/atau menggunakan premis perniagaan Plaintif di Lot 37079, Jalan 10/118B, Desa Tun Razak, 56000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (“Premis tersebut”); b) Satu injunksi interim sehingga pelupusan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dan/atau ahli gabungan, ejen, pengkhidmat, pekerja dan/atau wakil Defendan-Defendan untuk melarang dan/atau menyekat Defendan-Defendan daripada melupuskan, mengambil, memindah dan/atau mengeluarkan apa-apa barangan, stok, peralatan-peralatan dan/atau mesin-mesin daripada Premis tersebut; c) Kos permohonan ini dijadikan kos di dalam kausa; dan d) Sebarang relif lain yang dianggap sesuai dan wajar oleh Mahkamah [30] Pihak Plaintif telah memberikan antara lainnya alasan-alasan berikut bagi mewajarkan permohonan injunksi di Lampiran 5 ini: a) Plaintif-Plaintif telah pun memplidkan dalam Pernyataan Tuntutan antara lainnya bahawa Defendan-Defendan, terutamanya Defendan Pertama telah melanggar dan/atau memungkiri tugas 13 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal fidusiarinya sebagai seorang pengarah syarikat Plaintif Pertama dan Defendan-Defendan secara bersesama telah menggunakan dan akan terus menggunakan Premis tersebut yang telah disewa oleh Plaintif Pertama tanpa kebenaran oleh Plaintif Pertama; b) Defendan-Defendan telah menggunakan dan akan terus menggunakan Premis tersebut termasuk barangan, stok, peralatan-peralatan dan/atau mesin-mesin dalam Premis tersebut yang akan menyebabkan kehilangan, kerosakan dan/atau susutan nilai terhadap Premis tersebut termasuk barangan, stok, peralatan-peralatan dan/atau mesin-mesin dalam Premis tersebut yang tidak dapat dipampas dengan secukupnya melalui ganti rugi; c) Plaintif-Plaintif bersedia untuk memberikan aku janji yang munasabah terhadap ganti rugi atau sebarang aku janji dalam cara dan bentuk yang dianggap wajar oleh Mahkamah; d) Imbangan kemudahan memihak kepada Plaintif-Plaintif hingga mewajarkan pemberian relif injunksi interim yang kini dipohon; [31] Mahkamah pada 5.7.2023 telah membenarkan permohonan Plaintif- Plaintif untuk mendapatkan injunksi secara ex-parte sebagaimana Lampiran 5 dengan kos dalam kausa. Mahkamah kemudiannya telah menetapkan tarikh 21.7.2023 untuk perbicaraan inter-parte Lampiran 5. [32] Pihak Defendan-Defendan kemudiannya telah melantik peguam dan arahan untuk pemfailan afidavit dan hujahan telah diberikan. Beberapa tarikh juga telah diberikan bagi memastikan kertas kausa bagi Lampiran 5 14 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ini teratur dan perintah interim tersebut dilanjutkan sehinggalah pendengaran inter-parte. [33] Pihak Plaintif-Plaintif telah menukar peguam dan notis pertukaran peguam cara telah difailkan pada 26.10.2023. [34] Pada 26.10.2023, iaitu pada tarikh pendengaran inter-parte Lampiran 5 ini, Plaintif-Plaintif kemudiannya telah menarik balik Lampiran 5 dengan kebebasan untuk memfailkan semula tanpa kos. Pihak Defenfan-Defendan tidak membantah tertakluk kepada kerugian yang dialami semasa permohonan ex-parte injunksi diberikan.Mahkamah kemudiannya telah membatalkan Lampiran 5 tersebut. Lampiran 38 [35] Pihak Defendan-Defendan kemudiannya telah memfailkan Lampiran 38 iaitu Notis Janji Temu Pentaksiran Ganti Rugi di mana Mahkamah telah menetapkan tarikh 1.12.2023 sebagai tarikh sebutan. Pada 1.12.2023, pihak-pihak bersetuju bahawa pendengaran taksiran ganti rugi ini adalah secara pemfailan afidavit. Mahkamah kemudiannya telah memberikan arahan mengenai pemfailan afidavit serta hujahan bertulis pihak-pihak. [36] Plaintif-Plaintif sekali lagi telah menukar peguam cara mereka di mana notis pertukaran peguam cara telah difailkan pada 26.3.2024. Mahkamah kemudiannya telah memberikan keputusan sebagaimana yang telah dinyatakan di para [1] sebelum ini. 15 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal HUJAHAN PIHAK PLAINTIF-PLAINTIF [37] Pihak Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa pihak Defendan- Defendan tidak berhak memfailkan Lampiran 38 tanpa sebarang penghakiman dan/atau perintah dimasukkan terhadap Plaintif-Plaintif terlebih dahulu. Menurut pihak Plaintif-Plaintif, Lampiran 5 ini telah dibatalkan dengan kebebasan untuk memfailkan semula. Mahkamah tidak memutuskan atau membuat sebarang perintah untuk satu ganti rugi untuk ditaksirkan. Kes utama masih lagi berjalan dan suatu taksiran ganti rugi hanya akan boleh diperintahkan apabila guaman Plaintif-Plaintif telah ditolak. [38] Pada masa yang sama, Defendan-Defendan dikatakan telah gagal untuk mematuhi Aturan 37 Kaedah 1 KKM 2012 berkaitan dengan taksiran ganti rugi tersebut di mana Defendan-Defendan sepatutnya memfailkan permohonan minta arahan bagi taksiran ganti rugi dalam masa 30 hari daripada tarikh Penghakiman diperoleh. [39] Pihak Defendan-Defendan telah memfailkan Lampiran 38 iaitu Notis temu janji untuk taksiran ganti rugi dan bukannya notis minta arahan terlebih dahulu. Notis temu janji hanya boleh difailkan selepas notis minta arahan difailkan. [40] Dalam kes ini, tiada penghakiman telah diperoleh di mana perintah yang diperoleh hanyalah perintah pembatalan bagi Lampiran 5. Aturan 37 Kaedah 1 KKM 2012 telah menggariskan tatacara yang khusus untuk 16 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal taksiran ganti rugi dan Defendan telah gagal mematuhi kehendak mandatori aturan tersebut. [41] Pihak Plaintif-Plaintif telah merujuk kepada kes Tetuan Sri Ling & Associates v Lian Meng Wah [2015] 3 CLJ 63; [2015] 3 AMR 254; [2014] MLRAU 405 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[48] The said judgment in default obtained by LMW on 19 January 2010 amongst others requires the appellant to pay to LMW damages to be assessed as stated in the statement of claim. The procedure relating to assessment of damages is found in O. 37of the Rules of Court 2012. Under O. 37, the assessment of damages is carried out by the Registrar subject to the provisions of the order while the party entitled to the benefit of the judgment is required to apply to the Registrar for directions within one month from the date of the judgment. In the instant case, therefore, LMW was required to apply to the Registrar for such directions within one month from 19 January 2010. [49] In the application for directions the Registrar may give directions as to the time by which a notice of appointment for assessment of damages shall be filed. Once filed, the notice is required to be served not later than seven days from the date of the filing of the same on the party against whom the judgment is given. In addition, the notice of appointment for assessment of damages is required to be filed within six months from the date of judgment. 17 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [50] LMW failed to comply with the mandatory requirement in O. 37 r. 1(1) of the Rules of Court 2012 when he did not file for directions of the Registrar within the prescribed period of one month from the date of the said judgment in default. Neither did LMW comply with O. 37 r. 1(3) which requires him to file the notice of appointment for assessment for damages within six months from the date of judgment which is also a mandatory requirement. [51] In the case of Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj v. Datuk Captain Hamzah Mohd Noor & Another Appeal [2009] 4 CLJ 329; [2009] 4 MLJ 149 the Federal Court held that where there is a mandatory prerequisite, that should be complied with and non-compliance rendered the service defective. The court in Aminah Abas v. Pentadbir Tanah Daerah Kuantan [2004] 5 CLJ 1; [2003] 4 MLJ 669 and Low Cheng Soon v. TA Securities Sdn Bhd [2003] 1 CLJ 309; [2003] 1 MLJ 389 also gave similar interpretation to the word ‘shall’ which means mandatory and not directory and that the word reflects a measure of mandatoriness in it. [52] Having considered the circumstances leading to the order made by the learned judge in respect of end. 48, it would seem clear that there is serious non-compliance with O. 37 on the part of LMW as regards the procedure that is required to be followed relating to assessment of damages. There was indeed no explanation proffered by LMW on the non-compliance with the law and the long delay of almost three years to file the notice of appointment for assessment of 18 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal damages. In our judgment, the learned judge clearly had erred when she proceeded to assess the damages and decided that the quantum was sufficiently proven relying only on the affidavit of LMW especially when no directions had been given by the learned SAR as required under O. 37 r. 1(1) of the Rules of Court 2012.” [41] Menurut pihak Plaintif-Plaintif, pihak Defendan-Defendan juga turut membuat tuntutan balas dalam kes utama berkaitan ganti rugi yang dituntut melalui Lampiran 38 ini. Tuntutan Defenfan-Defendan berkaitan ganti rugi ini perlulah diputuskan terlebih dahulu memandangkan tuntutan ini belum pernah diuji, dibuktikan, diputuskan dan/atau dilupuskan dalam mana- mana perbicaraan oleh Mahkamah. [42] Plaintif-Plaintif hanya menuntut injunksi interim bagi menahan, melarang dan/atau menyekat Defendan-defendan daripada memasuki dan/atau menggunakan premis tersebut SERTA menuntut Defendan- Defendan untuk melupuskan, mengambil, memindah, mengeluarkan apa- apa barang, peralatan-peralatan dan /atau mesin-mesin daripada premis tersebut sahaja. [43] Injunksi tersebut langsung tidak merangkumi mana-mana kenderaan milik pihak-pihak ketiga dan Defendan-Defendan tidak pernah memberi makluman sama ada di mahkamah atau kepada Plaintif-Plaintif bahawa terdapat kenderaan pihak ketiga yang dituntut untuk dilepaskan daripada Perintah injunksi tersebut. Plaintif-Plaintif hanya mempunyai pengetahuan 19 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal apabila pihak-pihak ketiga menulis kepada Plaintif-Plaintif tanpa sebarang pengetahuan berkenaan kesahihannya. [44] Olehsebab itu, Plaintif-Plaintif tidak sepatutnyadipertanggungjawabkan atas kerugian pihak ketiga kerana pihak Defendan-Defendan sendiri telah enggan memberi kebenaran untuk pihak ketiga datang mengambil kenderaan masing-masing walaupun setelah dibenarkan oleh Plaintif-Plaintif. [45] Jumlah ganti rugi yang dituntut oleh pihak Defendan-Defendan merupakan satu jumlah yang direka-reka, melampau, berfikiran terkemudian dan tidak melepasi standard pembuktian mahkamah serta bertujuan mengaut keuntungan dan memprejudiskan plantif-plaintif. Tambahan pula Defendan-Defendan telah membuat bayaran secara tunai untuk premis serta tuntutan pihak ketiga tanpa mempersoalkan tuntutan yang dibuat. Pihak Defendan tidak mengambil sebarang tindakan untuk memitigasi kerugian yang ada. HUJAHAN PIHAK DEFENDAN-DEFENDAN [46] Pihak Defendan-Defendan menyatakan bahawa pihak Plaintif-Plaintif telah memberikan aku janji berkaitan ganti rugi semasa permohonan Plaintif di Lampiran 5 untuk satu injunksi interim diberikan. [47] Perintah-perintah Injunksi tersebut secara Ex-Parte telah diberikan selama lebih kurang 4 bulan terhadap Defendan-Defendan dan hanya telah 20 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibatalkan pada 26.10.2023, iaitu apabila Plaintif-Plaintif membuat permohonan untuk menarik balik Lampiran 5 tersebut. Plaintif tidak menjelaskan sebab penarikan balik Lampiran 5 tersebut. Defendan- Defendan telah mengalami kerugian memandangkan Defendan-Defendan tidak dapat menjalankan operasi perniagaan di premis tersebut. [48] Pihak Defendan Kelima juga terpaksa membayar pampasan kepada pelanggan Defendan Kelima untuk ganti rugi kehilangan penggunaan kereta memandangkan kereta tersebut telah terperangkap di dalam garaj Defendan Kelima semasa Perintah-perintah Injunksi tersebut berlangsung. DAPATAN MAHKAMAH [49] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa tiada keperluan undang- undang agar Defendan-Defendan mesti mendapatkan “Penghakiman” atau “Perintah” sebelum penaksiran ganti rugi boleh dimulakan. [50] Dalam kes Kenwood Electronics v Profile Spec (No 2) [2007] MLJU 923 Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: “[9] The fact that the court made no specific order for assessment of damages after submissions were made does not absolve the plaintiffs from honouring the undertakings they have given for the injunctions. The trial of the action was not to determine whether the undertaking is to be honoured, but to determine the merits of the plaintiffs’ action. The court, in this case, did not order that the undertaking need not be 21 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal honoured, but merely remained silent on the occasion of giving judgment upon the merits of the action. Since no order was made, the court had not become functus officio on the subject of damages arising from the interlocutory injunctions... [12] Since the order granting the injunction is specifically based upon an undertaking to abide by any order made as to damages in the event the plaintiffs’ claim fails, no further order need to be made at trial as to whether an assessment of damages is necessary. In the ordinary course, a party acting in good faith should be able to agree to reasonable damages, and no formal application or order from the court is necessary. An application or order need only be made to the court for assessment later where the parties are unable to come to an agreement. In such later application the particulars of damages are identified, and the parties are heard on their evidence and reasons why any disputed particular and its amount is or is not reasonable”. [51] Dalam kes Jaks Island Circle Sdn Bhd v Star Media Group Bhd [2020] 1 CLJ 839, Hakim Mahkamah Tinggi iaitu YA Lee Swee Seng (kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah memutuskan seperti berikut: “[58] I find no merits in the plaintiff s argument that StarMedia cannot move this court for the plaintiff’s undertaking to pay damages to be enforced merely because Star Media had not applied for the ad interim injunction to be set aside. The whole purpose of the undertaking given by the plaintiff is precisely because the application cannot be heard immediately and the plaintiff itself had asked for an 22 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ad interim injunction against their undertaking to pay damages for any losses that StarMedia may suffer arising out of the ad interim injunction. [59] To interpret otherwise would be to render the undertaking ineffectual and toothless as invariably the court would grant an ad interim injunction until the matter can be heard inter partes and if the plaintiff argument is correct, then it would be a carte-blanche for the plaintiff to do so with impunity and immunity against any and all claims for damages ...”. [52] Dalam kes Panzana Enterprise Sdn. Bhd. v Turnpike Synergy Sdn. Bhd. [2022]1 LNS 1015, ia telah diputuskan bahawa ganti rugi yang berbangkit daripada injunksi hanya boleh diputuskan atau ditentukan semasa penaksiran ganti rugi. Ia tidak boleh diputuskan semasa perbicaraan kerana ianya bukan merupakan suatu kausa tindakan: “when the court dismisses Enc. 1 and allows Prayer 1 (Enc. 9), the Defendant is only entitled to enforce the Plaintiff’s Undertaking (Damages) by way of an application to court to conduct an Assessment (Damages) under O 37 r 1(1) RC. (2) The Plaintiff’s Undertaking (Damages) does not constitute a “cause of action” as explained by Jeffrey Tan FCJ in the Federal Court case of Tenaga Nasional Bhd v Kamarstone Sdn Bhd [2014] 2 MLJ 749, at [12]-[14], as follows: “[12] In Letang v Cooper [1965] 1 QB 232, at pp 242–243, Lord Diplock defined a ‘cause of action’ as ‘a factual situation the existence of which entitled one person to obtain 23 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal from the court a remedy against another’, which definition was adopted in Hock Hua Bank Bhd v Leong Yew Chin [1987] 1 MLJ 230, where Abdul Hamid Ag LP, as he then was, appended that ‘there must be a cause of action before a plaintiff can claim a relief in an action’. ... As the Plaintiff’s Undertaking (Damages) is not a cause of action, the Defendant is not entitled to Prayer 2 (Enc. 19) and Prayer 3 (Enc.19) as a matter of right; and...the Defendant has the evidential burden to prove all loss and/or damage which the Defendant has suffered due to the Ex Parte Interlocutory Injunction and Ad Interim Injunction [Defendant’s Burden (Assessment of Damages)]”. [53] Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa taksiran ganti rugi boleh dijalankan berdasarkan aku janji yang telah diberikan semasa permohonan injunksi interim dibuat dan taksiran ganti rugi boleh dijalankan sebelum perbicaraan berakhir memandangkan ganti rugi yang dituntut melibatkan injunksi yang dipohon dan bukannya melibatkan keseluruhan kes utama yang masih belum diputuskan. [54] Dalam kes Goo Sing Kar v Dato’ Lim Ah Chap & Ors [2013] 2 CLJ 936, ianya telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan bahawa: “[14] The purpose of the undertaking can be described in this way. In the event the interlocutory injunction is being discharged, the plaintiff has to compensate the defendant for all losses or damages which the court is of the opinion was caused as a result of the injunction. According to Halsbury's Laws of England, (4th Ed) Vol 24, at para 24 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1072, it is the price which the person asking for an interlocutory injunction has to pay for it. Such an undertaking is an absolute undertaking. And that being the case, the appellant here will be liable for any damages which the first respondent may have sustained” … [18] This is a case where the appellant has obtained the ex parte injunctions in a deceitful way and with malicious intent. With respect, the appellant should be held responsible for all losses directly caused by the ex parte injunctions regardless of its foreseeability.” [55] Mahkamah juga menerima hujahan pihak Defendan-Defendan bahawabantahan yang kini dibangkitkan oleh Plaintif-Plaintif mengenai ketidakpatuhan prosedur Aturan 37 Kaedah 1 KKM 2012 berkaitan tatacara untuk ganti rugi ditaksirkan adalah tidak telus, tidak bona fide dan merupakan suatu pemikiran semula. Plaintif-Plaintif adalah diestopkan daripada membangkitkan bantahan- bantahan mereka. [56] Aturan37 Kaedah 1Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan bahawa; Pentaksiran ganti rugi oleh Pendaftar (A. 37, k. 1) 1. Jika penghakiman diberikan untuk ganti rugi ditaksirkan dan tiada peruntukan dibuat dalam penghakiman itu tentang bagaimana ia hendak ditaksirkan, ganti rugi itu hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Aturan ini, ditaksirkan oleh Pendaftar, dan pihak yang berhak mendapat faedah penghakiman itu hendaklah, dalam satu bulan dari tarikh penghakiman,memohon kepada Pendaftar minta 25 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal arahan dan peruntukan Aturan 34 hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu, terpakai. [57] Pihak Defendan-Defendan telah memfailkan Lampiran 38 ini pada 15.11.2023 iaitu dalam tempoh satu bulan daripada perintah penarikan balik Lampiran 5 iaitu pada 26.10.2026. Namun begitu Lampiran 38 ini bukanlah Notis Minta Arahan, tetapi merupakannotis janji temu pentaksiran ganti rugi yang difailkan kepada Hakim dan bukannya Pendaftar bagi arahan-arahan lanjut berkaitan taksiran ganti rugi. [58] Seterusnya, ketika pengurusan kes pada 1.12.2023, peguam cara Defendan-Defendan telah memohon arahan Mahkamah berkenaan penaksiran ganti rugi setelah memfailkan Lampiran 38. [59] Pihak peguam cara Defendan-Defendan telah memohon untuk taksiran ganti rugi ini dibuat secara pemfailan afidavit dan ini telah dipersetujui oleh peguam cara Plaintif yang turut hadir semasa sesi pengurusan kes tersebut. [60] Mahkamah telah selanjutnya memberikan arahan berkenaan Lampiran 38 di manapeguam cara Plaintif-Plaintif dan peguam cara Defendan-Defendan telah mengambil maklum arahan-arahan Mahkamah tersebut. [61] Mahkamah bersetuju bahawa pihak Defendan tidak mematuhi prosedur yang digariskan dalam Aturan 37 Kaedah 1 KKM 2012. Pihak 26 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Defendan-Defendan tidak memfailkan Notis Minta Arahan dan kemudiannya Notis Temu Janji untuk taksiran ganti rugi tetapi pihak Defendan telah memfailkan Lampiran 38 yang secara kandungannya merupakan gabungan notis minta arahan dan juga notis temu janji. [62] Namun begitu, pihak-pihak terutamanya pihak Plaintif-Plaintif telah diberi makluman mengenai niat pihak Defendan-Defendan untuk taksiran ganti rugi ini. Ketidakpatuhan prosedur tersebut tidak memprejudiskan pihak Plaintif. [63] Plaintif pada masa yang sama telah bersetuju dengan taksiran ganti rugi melalui memfailkan afidavit dan maklum tentang arahan Mahkamah. Pihak Plaintif semasa pengurusan kes tidak membangkitkan sebarang bantahan dan oleh sebab itu, tidak wajar membangkitkan bantahan lagi pada peringkat ini. [64] Dalam kes A2i Co Ltd v. MiTV Corporation Sdn Bhd [2016] CLJU 716; di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa Defendan adalah diestopkan daripada membangkitkan bantahan berkenaan prosiding taksiran ganti rugi di bawah Aturan 37 Kaedah 1 KKM 2012 sebegini: “Apart from the delay in taking the objections, the Defendant had actively participated in the case managements before the learned SAR, where the SAR gave directions for the purpose of the assessment... 27 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [18] In view of the peculiar circumstances of this case... I am of the considered opinion that by their conduct, the Defendant should be estopped from raising the objections premised on Order 37 r. 1(1). In Lai Yoke Ngan & Anor v. Chin Teck Kwee & Anor [1997] 3 CLJ 305; [1997] 2 MLJ 565, the Federal Court held at page 583 with regards to the doctrine of estoppels: "In the context of litigation, it usually arises where a party to an action has at least two alternative and mutually exclusive courses open to him. If by words or conduct he elects to pursue one of them and thereby leads his opponent to believe that he has abandoned the other, he may, if the circumstances so warrant, be precluded from later changing course." [65] Di dalam kes Azlindah Bakar v Effendy Abdul Hak [2022] 1 LNS 236, ia telah diputuskan bahawa tiada keperluan undang-undang untuk memohon arahan secara formal sebelum memfailkan notis temu janji bagi taksiranganti rugi mengikut Aturan 37 Kaedah 1 KKM 2012: “Apa yang diadakan oleh pihak defendan tiada notis untuk minta arahandifailkan secara formal bagi Lampiran 72. Persoalannya sama ada perlu atau tidak satunotis formal mengikut Aturan 37 kaedah 1(1) difailkan. Taksiran ganti rugi ini dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi dan bukannya oleh Pendaftar atau Timbalan Pendaftar. Merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam Lucy Wong Nyuk King & Anor v. Hwang Mee Hiong [2020] 3 CLJ 317 kegagalan memohon 28 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal arahan sebelum memfailkan notis temu janji bagi taksiran ganti rugi tidak mengakibatkan perbicaraan taksiran ganti rugi oleh Hakim Mahkamah Tinggi terhalang dan Aturan 37 KKM 2012 tidak terpakai bagi prosiding taksiran ganti rugi di hadapan Hakim. Oleh yang demikian bantahan awal defendan ditolak.” [66] Perintah Injunksi Ex-Parte telah diperoleh oleh Plaintif-Plaintif melalui Lampiran 5 pada 5.7.2023 (yang telah dilanjutkan secara ad interim daripada 13.7.2023 sehingga 26.10.2023 (“Perintah-perintah Injunksi tersebut”). Defendan telah memohon ganti rugi untuk tempoh lebih kurang 4 bulan tersebut sebagaimana berikut: No Butiran Jumlah Jumlah . (RM) (RM) 1. SEWAPREMISTERSEBUT Baki sewa Julai (dikira daripada tarikh Premis tersebut dikunci berikutan penyerahanPerintahInjuksitersebutdaripada13. RM RM 7.2023–31.7.2023,19 hari) 17,161.2 96,645.0 9 1 Sewa Ogos 2023 RM 28,000.0 0 Sewa September 2023 RM 28,000.0 0 Baki sewa Oktober 2023 RM 29 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal daripada1.10.2023–26.10.2023(26hari) 23,483.7 2 2. GANTIRUGI KEPADA PEMILIK KERETA TERPERANGKAP Gantirugi kepada pemilik kereta VDK9 bagi RM RM kehilangan penggunaan daripada 22.7.2023 – 190,000. 190,000. 25.8.2023 (35 hari) 00 00 Secara alternatif, gantirugi kepada pemilik RM kereta VDK9 bagi kehilangan penggunaan 25,000.0 Daripada 21.8.2023–25.8.2023(5 hari) 0 3 GAJIPEKERJA-PEKERJAD5 Gaji pekerja Julai 2023(bermula daripada RM RM 13.7.2023 sehingga 31.7.2023, 19 hari) 14,615.5 74,615.8 6 0 Gaji pekerja Ogos 2023 RM 20,000.0 0 Gaji pekerja September 2023 RM 20,000.0 0 Gaji pekerja Oktober 2023 (bermula daripada1.10.2023 sehingga 26.10.2023, RM 26hari) 16,923.2 8 Jumlah Ganti Rugi RM 361,260. 30 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 81 atau alternatif, RM 196,260. 81 [67] Pihak Defendan-Defendan memohon tuntutan ganti rugi bagi tiga perkara utama iaitu sewa premis, gaji pekerja dan pampasan kepada pemilik kenderaan yang terperangkap dalam premis tersebut. [68] Berdasarkan afidavit-afidavit yang difailkan, Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Defendan-Defendan telah berjaya membuktikan ganti rugi yang dituntut. Pihak Defendan telah memberikan perjanjian sewaan premis tersebut yang bertarikh 15.4.2023. Mahkamah berpuas hati bahawa premis tersebut terpaksa ditutup dan tidak boleh beroperasi sepanjang injunksi ini berlangsung dan pihak Defendan-Defendan masih perlu membayar sewaan premis yang terlibat sebanyak RM 28,000 sebulan. [69] Kegagalan Defendan untuk menjelaskan sewaan premis boleh menyebabkan pemilik premis menamatkan Perjanjian Sewa tersebut dan melucutkan deposit-deposit yang telah dibayar (berjumlah sebanyak RM56,000.00). Ini adalah dinyatakan di terma 6.2 Perjanjian Sewa tersebut sebagaimana berikut: 31 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Early termination penalty & unexpired period 6.2 The tenant agrees to rent the said Demised Premises of a period of two (2) years, beginning from the commencement date as set out in Section 6 of Schedule A. In the event the Tenant does not complete the tenancy period or request for early termination, the Landlord shall be entitled to forfeit the Security Deposit stipulated in Section 9 of Schedule A. Nothing in the terms herein contained shall give the Tenant the right of unilaterally determining the tenancy hereby granted before the expiry of the Tenancy Term or Renewed Tenancy Term (as the case maybe), which amount shall together with any arrears to be recoverable as a debt due to the landlord. [70] Tuntutan sewa merupakan satu tuntutan yang munasabah yang boleh dijangka akibat penutupan premis tersebut. Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk pihak Defendan-Defendan untuk menyewa premis lain ataupun tidak meneruskan membayar sewa sepanjang injunksi ini berlangsung memandangkan injunksi yang dipohon adalah bersifat sementara dan sepatutnya diselesaikan dalam tempoh yang singkat. [71] Pada masa yang sama, Mahkamah bersetuju bahawa pihak Defendan-Defendan masih perlu membayar gaji pekerja-pekerja yang terlibat walaupun premis tersebut tidak beroperasi. Oleh yang demikian, tuntutan ganti rugi berkaitan gaji pekerja adalah dibenarkan. Adalah tidak wajar untuk seseorang pekerja itu diberhentikan atau tidak dibayar gaji memandangkan pekerja merupakan aset kepada syarikat. 32 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [72] Dalam kes Teh Wan Sang & Sons Sdn Bhd v See Teow Chuan [1983] CLJ (Rep) 901, ianya telah diputuskan bahawa Defendan-Defendan hanya perlu mengambil langkah-langkah munasabah untuk mengurangkan ganti rugi: “The standardof conduct of plaintiffs in taking steps to mitigate their losses is one of whether the plaintiffs have acted reasonably, and it is a question of fact. Such standard was described by Lord Macmillan in Banco De Portugal v Waterlow and Sons, Limited [1932] AC 452 506 in these words: “… Where the sufferer from a breach of contract finds himself in consequence of that breach placed in a position of embarrassment … It is often easy after an emergency has passed to criticize the steps which have been taken to meet it, …. The law is satisfied if the party placed in a difficult situation by reason of the breach of a duty owed to him has acted reasonably … he will not be held disentitled to recover the cost of such measures merely because the party in breach can suggest that other measures less burdensome to him might have been taken. …” [73] Berkaitan dengan tuntutan ganti rugi kepada pemilik kereta VDK9 bagi kehilangan penggunaan kereta, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan-Defendan bahawa pihak Plaintif-Plaintif mempunyai pengetahuan bahawa premis tersebut menjalankan perniagaan membaiki kereta. Oleh sebab itu, ia boleh dijangka secara munasabah bahawa akan terdapat kereta pelanggan yang berada dalam premis tersebut. 33 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [74] Pihak Defendan-Defendan juga telah mendedahkan bahawa surat tuntutan telah dihantar oleh pemilik kereta VDK 9 melalui ekshibit yang dilampirkan dalam afidavit yang difailkan. Ganti rugi bagi kehilangan penggunaan kereta oleh pelanggan-pelanggan Defendan Kelima merupakan ganti rugi yang boleh dijangka secara munasabah.Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif adalah bertanggungan untuk memampas Defendan-Defendan bagi ganti rugi ini daripada 22.7.2023 – 25.8.2023 (iaitu apabila kereta dilepaskan). [75] Pihak Defendan-Defendan turut membuat hujahan ganti rugi secara alternatif iaitu Plaintif-Plaintif diminta untuk membayar sejumlah RM 5000 sehari bagi kehilangan penggunaan kereta VDK9 tersebut bermula daripada tarikh 21.8.2023 iaitu tarikh pemfailan Afidavit Jawapan berkenaan Lampiran 5 sehingga 25.8.2023 yang berjumlah RM 25,000 (RM 5000 x 5 hari) [76] Harga sewa pasaran sehari kereta tersebut adalah RM6,050.00. Pihak Defendan-Defendan telah mengemukakan bukti harga sewa pasaran tersebut. Tiada bukti bertentangan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif bagi menyangkal keterangan ini. [77] Mahkamah bersetuju bahawa pihak Defendan-Defendan telah mengurangkan ganti rugi mereka secara munasabah dengan membuat penyelesaian pada kadar yang lebih rendah iaitu RM5,000.00 sehari 34 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berbanding RM190,000.00 yang telah dibayar bagi 35 hari kehilangan penggunaan bagi kereta VDK9 tersebut. [78] Oleh sebab itu, Mahkamah telah menerima hujahan alternatif pihak Defendan-Defendan ini dan membenarkan sejumlah RM 25,000 bagi kehilangan penggunaan kereta VDK9 tersebut. [79] Mahkamah berpendapat jumlah-jumlah yang dituntut bukanlah sesuatu yang tidak boleh dijangka apabila premis tersebut ditutup akibat injuksi yang dipohon oleh pihak Plaintif-Plaintif. [80] Dalam kes Asia File Products Sdn Bhd v Brilliant Achievement Sdn Bhd & Ors [2019] 1 LNS 2593, ianya telah diputuskan bahawa: “50. The principle of “liberal assessment” was applied to an inquiry as to the damages caused by an interim injunction by Norris J in Les Laboratoires Servier v Apotex Inc [2008] EWHC 2347 (Ch); , [2009] FSR 3. This was endorsed by the Court of Appeal in AstroZeneca AB v KRKA dd Novo Mesto [2015] EWCA Civ 484 at [16]. The question arose in the context of a statement by Norris J, also endorsed by the Court of Appeal, that although it is for the party seeking damages to establish its loss, the court should not be over eager in its scrutiny of the evidence or too ready to subject its methodology to minute criticism, in part because the very nature of the exercise renders precision impossible. Kitchin LJ referred at [16] to the need for “a liberal but fair assessment of loss”. 35 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KESIMPULAN [81] Mahkamah berpendapat bahawa pihak Defendan-Defendan berhak mendapat ganti rugi yang sewajarnya apabila pihak Plaintif-Plaintif memohon injunksi dan telah dibenarkan oleh Mahkamah. Injuksi bukanlah satu perintah yang sewanang-wenangnya akan diberikan oleh pihak Mahkamah dan memerlukan keadaan khas yang membolehkan injunksi diberikan. Oleh yang demikian, pihak yang Plaintif sepatutnya membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum membuat permohonan di Lampiran 5 tersebut memandangkan aku janji berkaitan ganti rugi merupakan perkara asas yang diperlukan dalam permohonan injunksi. [82] Mahkamah berpuas hati bahawa pihak Defendan-Defendan telah membuktikan kerugian yang dialami dan jumlah yang dituntut merupakan satu jumlah yang munasabah dan boleh dijangkakan sebagai kesan terus daripada perintah injunksi yang diberikan di mana premis terlibat ditutup dan pihak Defendan-Defendan tidak dapat menjalankan urus niaga sebagaimana sepatutnya. [83] Mahkamah telah membenarkan sejumlah RM196,260.81sebagai ganti rugi yang perlu dibayar oleh pihak Plaintif-Plaintif kepada pihak Defendan-Defendan dengan kos sebanyak RM 2000. 36 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 18.9.2024 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif-Plaintif: Cik Nur Izzati Hafieza binti Ismail bersama-sama Cik Yallini a/p Munusamy dan Cik Nik Zarith Bin Nik Moustpha [Tetuan Chambers of Aminahtul Mardiah] Peguam cara Pihak Defendan-Defendan: Sivagurunathan a/l Subramaniam bersama-sama Encik Damien Kiethan dan Encik Chan Yeut Liang [Tetuan Sivagurunathan & Co.] 37 S/N ub4lSVNQ90OIuOni7i1nWQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal