1. AZADEGAN GOLARA (W/IRAN) NO. PASSPORT: V20109980 2. ABBASZADEHAGHDAHLOO SHOLEH (W/IRAN) NO. PASSPORT: V20109917
The Court found the prosecution proved knowledge and trafficking on the evidence (large concealed quantities, conduct, DNA, travel circumstances); even though the trial judge did not invoke the statutory presumption under s37(da), the material facts independently established the elements of the offences and the...
Source-derived case information.
- Citation
- B-05(M)-114-03/2017 (Mahkamah Rayuan)
- Parties
- Appellant: Azadegan Golara; Appellant: Abbaszadehaghdahloo Sholeh; Respondent: Pendakwa Raya
- Court
- M
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 July 2019
- Case Number
- B-05(M)-114-03/2017 (Mahkamah Rayuan)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal (drug Trafficking) / Appeal to Court of Appeal Against High Court Conviction and Death Sentence
- Outcome
- Appeals dismissed; High Court convictions and death sentences upheld
- Legal Topics
- Trafficking, Possession, Statutory Presumption, Burden of Proof, Wilful Blindness
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Azadegan Golara
Appellant
Abbaszadehaghdahloo Sholeh
Appellant
Pendakwa Raya
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal (drug Trafficking) / Appeal to Court of Appeal Against High Court Conviction and Death Sentence
Legal Issues
- 1 Whether appellants had knowledge/possession of the drugs found in their baggage
- 2 Whether the statutory presumption under section 37(da) of the Dangerous Drugs Act 1952 applied and was properly invoked
- 3 Whether prosecution proved trafficking (purpose) beyond reasonable doubt or on balance where presumption applies
Ratio Decidendi
The Court found the prosecution proved knowledge and trafficking on the evidence (large concealed quantities, conduct, DNA, travel circumstances); even though the trial judge did not invoke the statutory presumption under s37(da), the material facts independently established the elements of the offences and the appellants' explanations failed to raise reasonable doubt; appeals dismissed and convictions and death sentences upheld.
Court Disposition
Appeals dismissed; High Court convictions and death sentences upheld
Orders
- Appeals dismissed
- Convictions and death sentences of both appellants upheld
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN JENAYAH) RAYUAN JENAYAH NO:B-05(M)-114-03/2017 & B-05M-116- 03/2017(IRN) ANTARA AZADEGAN GOLARA … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-236-12/2013 Antara Pendakwa Raya v Azadegan Golara] DIDENGAR BERSAMA RAYUAN JENAYAH NO: B-05(M)-116-03/2017 ANTARA ABBASZADEHAGHDAHLOO SHOLEH … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No: 45A-237-12/2013 Antara Pendakwa Raya v Abbaszadehaghdahloo Sholeh] CORAM ABDUL RAHMAN SEBLI, JCA KAMARDIN HASHIM, JCA RHODZARIAH BUJANG, JCA 1 PENGHAKIMAN MAHKAMAH [1] Terdapat dua rayuan di hadapan kami yang melibatkan dua perayu, iaitu Azadegan Golara dan Abbaszadehaghdahloo Sholeh. Hubungan antara mereka berdua adalah sebagai ibu dan anak. Azadegan Golara menghadapi dua pertuduhan manakala Abbaszadehaghdahloo Sholeh menghadapi satu pertuduhan sahaja. Pertuduhan-pertuduhan terhadap Azadegan Golara adalah seperti berikut: Pertuduhan pertama “Bahawa kamu pada 15 Februari 2013 jam lebih kurang 9.15 malam di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 (CPP1), Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di dalam daerah Sepang di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 2923 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.” Pertuduhan kedua “Bahawa kamu bersama-sama pada 15 Februari 2013 jam lebih kurang 9.15 malam di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1 (CPP1), Balai Ketibaan Antarabangsa Aras 3, Bangunan Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di dalam daerah Sepang di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu methamphetamine seberat 1888 gram, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, di baca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan.” [2] Sementara pertuduhan terhadap Abbaszadehaghdahloo Sholeh adalah sama seperti pertuduhan kedua terhadap Azadegan Golara. [3] Kedua-dua perayu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dan mohon dibicarakan. Walau bagaimanapun, di akhir perbicaraan mereka 2 didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kini kedua-duanya merayu ke Mahkamah ini. [4] Setelah menimbang dengan teliti hujah kedua belah pihak, kami sebulat suara menolak rayuan kedua-dua perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Ini adalah alasan-alasan penghakiman kami. [5] Fakta kes secara ringkas adalah seperti berikut. Pada 15.2.2013, perayu pertama dan perayu kedua telah ditahan oleh SP6 dan SP9 di tempat dan masa yang dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan. Beg P7 kepunyaan perayu pertama manakala beg P8 kepunyaan perayu kedua. Semasa SP6 dan SP9 membuat pemerhatian sebelum tangkapan dibuat, kedua-dua perayu dilihat bergegas keluar dari balai ketibaan dengan melintasi alat pengimbas. [6] Kedua-dua beg didaftar atas nama perayu pertama. Apabila SP9 mengarahkan kedua-dua perayu untuk menunjukkan beg masing- masing, perayu pertama mengesahkan bahawa beg beliau ialah P7 sementara perayu kedua mengesahkan beg beliau ialah P8. [7] Setelah diperiksa oleh pegawai penguatkuasa berkenaan, beg P7 didapati mengandungi bahan yang kemudiannya disahkan oleh ahli kimia sebagai dadah jeinis methamphetamine seberat 2923 gram manakala beg P8 mengandungi dadah jenis yang sama seberat 1888 gram. Dadah tersebut disembunyi di bahagian bawah kedua-dua beg. DNA kedua-dua perayu dijumpai pada pakaian-pakaian yang disimpan di dalam P7 dan P8. Kedua-dua perayu menangis apabila dadah-dadah tersebut dijumpai. 3 [8] Atas fakta-fakta asas ini, hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa kedua-dua perayu mempunyai pengetahuan terhadap dadah- dadah tersebut dan dengan demikian satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap mereka. Alasan penghakiman tidak menunjukkan bahawa hakim bicara telah menggunapakai anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) terhadap perayu- perayu walaupun pemilikan dengan pengetahuan (mens rea possession) telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan. [9] Dalam kes Muhammed Hassan v PP [1998] 2 CLJ 170 dan Zulkifli Arshad v PP [2010] 6 CLJ 121, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa apabila men rea possession telah dibuktikan, Mahkamah tidak mempunyai pilihan kecuali menggunapakai anggapan di bawah seksyen 37(da) terhadap tertuduh. Pada peranggan 19 dalam penghakimannya dalam kes Zulkifli Arshad, Hashim Yusoff HMP menyatakan: “The same applies to the failure of the Court of Appeal for not applying the presumption under section 37(da)(vi). Be that as it may, we feel that on the evidence adduced by the prosecution, and upon the failure by the learned trial judge as well as the Court of Appeal to invoke the presumption, it is incumbent upon us to do so in accordance with the provision of s. 37(da)(vi) of the Act.” (penekanan kami) [10] Kedua-dua perayu memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah apabila dipanggil untuk membela. Pembelaan mereka dibentangkan oleh hakim bicara di peranggan 21 hingga perenggan 24 alasan penghakiman. Pada dasarnya pembelaan kedua-dua perayu, sepertimana juga pembelaan yang dibangkitkan oleh tertuduh dalam kebanyakan kes-kes pengedaran dadah yang lain ialah, mereka tidak 4 mempunyai pengetahuan langsung tentang dadah yang dijumpai tersembunyi di dalam beg yang mereka bawa dari Teheran, Iran. Ditanya mengapa mereka menangis apabila dadah dijumpai, penjelasan kedua- duanya ialah mereka terkejut (shocked) kerana tidak menyangka terdapat dadah di dalam beg-beg yang mereka bawa. [11] Setelah menimbang penjelasan perayu-perayu dalam pembelaan mereka, hakim bicara menolaknya kerana mendapati bahawa penjelasan tersebut adalah sesuatu yang direka oleh mereka. Alasan yang diberikan oleh hakim bicara untuk menolak pembelaan kedua-dua perayu boleh di lihat di perenggan 25 alasan penghakiman. Beliau mendapati bahawa penjelasan kedua-dua perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan ke atas kes pihak pendakwaan. Dalam menolak dakwaan perayu-perayu bahawa mereka tidak tahu-menahu tentang dadah tersebut, alasan yang diberikan oleh hakim bicara adalah seperti berikut: “The accused persons were guilty of wilful blindness by ignoring the suspicious circumstance, such as the bulge in the bags, flimsy reason for them to travel to KLIA with all expenses paid by Hossein and did not bother to examine the bags before carrying them. Hence, they knew they were carrying the drugs in the bags by being blind to the suspicious circumstances.” [12] Di hadapan kami, perayu pertama mempunyai 2 alasan rayuan, seperti berikut: (1) Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman khilaf dari segi undang- undang dan fakta apabila memutuskan bahawa perayu pertama mempunyai pengetahuan mengenai beg P7 and P8; 5 (2) Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman khilaf dari segi undang- undang dan fakta apabila memutuskan bahawa anggapan pengedaran telah dibuktikan di akhir kes pembelaan. [13] Perayu kedua melalui Tetuan Idi Amin mengemukakan 13 alasan rayuan dalam bentuk penghujahan. Alasan-alasan tersebut bolehlah diringkaskan seperti berikut: (1) Hakim bicara gagal menilai pembelaan perayu kedua secara total; (2) Hakim bicara gagal membuat dapatan yang jelas berkenaan elemen pemilikan dan elemen pengedaran; (3) Hakim bicara gagal membuat dapatan bahawa “Hussein Tavoosi” bukanlah rekaan semata-mata; (4) Hakim bicara telah khilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa pembelaan perayu gagal mematahkan anggapan pengetahuan di bawah seksyen 37(d) ADB atas imbangan kebarangkalian; (5) Hakim bicara gagal membuat penilaian tepat diakhir kes pembelaan sama ada perayu kedua telah menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. [14] Kami telah menimbang dengan teliti hujah kedua belah pihak dan berpuas hati bahawa hakim bicara tidak melakukan apa-apa kesilapan sama ada dari segi undang-undang atau fakta apabila mensabitkan kedua-dua perayu atas pertuduhan-pertuduhan. Jika sekalipun hakim 6 bicara telah membuat kesilapan, kesilapan itu sebenarnya memihak kepada perayu-perayu kerana hakim bicara gagal menggunapakai anggapan mengedar di bawah seksyen 37(da) ADB, bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Muhammed Hassan dan Zulkifli Arshad. [15] Dengan kegagalan ini, akibatnya ialah hakim bicara mengenakan beban pembuktian yang lebih rendah kepada perayu-perayu, iaitu untuk sekadar menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan, sedangkan jika anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) digunapakai terhadap perayu-perayu, mereka mempunyai beban pembuktian yang lebih berat, iaitu membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa dadah yang mereka bawa itu bukanlah untuk tujuan pengedaran. [16] Pada hakikatnya, pembelaan yang dibangkitkan oleh kedua-dua perayu bukanlah pembelaan “tidak mengedar” walaupun pembelaan mereka dipanggil untuk pertuduhan-pertuduhan mengedar di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. Pembelaan yang mereka bangkitkan ialah pembelaan “tidak mengetahui” tentang dadah tersebut. Tidak mengetahui tidak sama dengan tidak mengedar. Walau bagaimanapun, hakim bicara telah menimbang juga sama ada dadah tersebut adalah untuk tujuan pengedaran. Ini boleh dilihat di peranggan 16 alasan penghakiman, seperti berikut: “On the final ingredient of trafficking of the drugs, the prosecution had proven that both the accused persons were carrying or transporting the drugs under the definition of trafficking in section 2, DDA. They were consciously carrying or transporting the bags P7 and P8 which contained the drugs on an international flight from Lahore, Pakistan via transit in Bangkok, Thailand to KLIA, Malaysia. Having the drugs carefully concealed in P7 and P8 7 and being carried or transported by both accused persons on such a long journey is an overt act. They are not innocent carriers. Moreover, the drugs were in such a huge amount that the only irresistible conclusion is that the drugs were not for self consumption but only one single purpose of trafficking in the drugs.” [17] Tiada apa-apa salah arah dalam dapatan ini. Malahan ia bertepatan dengan apa yang diputuskan oleh Majlis Privy dalam kes Ong Ah Chuan v PP [1980-1981] SLR 48 dimana Lord Diplock dalam penghakimannya menyatakan: “Proof of the purpose for which an act is done where such purpose is a necessary ingredient of the offence with which an accused is charged presents a problem with which criminal courts are very familiar. Generally, in the absence of an express admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act of conveying from one place to another controlled drugs in a quantity much larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible even if there were no statutory presumption such as contained in section 15 of the Drugs Act.” [18] Atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas, kami tidak mendapati sebarang merit dalam rayuan kedua-dua perayu. Oleh itu rayuan mereka ditolak dan keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. t.t. ABDUL RAHMAN SEBLI Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Bertarikh: 22 Januari 2020 8 Bagi pihak Perayu Pertama: Kitson Foong dari Tetuan Kit & Associates. Bagi pihak Perayu Kedua: Collin Andrew dari Tetuan Collin’s Law Chambers. Bagi pihak Pendakwa Raya: Zaki Asyraf Zubir dari Jabatan Peguam Negara. 9