PENDAKWARAYA Nurul Natasha binti Rizal Azahari bin Ahmad
The magistrate acquitted because the prosecution failed to prove the mental element of possession beyond reasonable doubt; the accused's plausible defence combined with the prosecution's failure to call the motorcycle owner created a reasonable doubt as to knowledge and exclusive possession.
Source-derived case information.
- Citation
- KC-83D-762-08/2019 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecution: Pendakwa Raya; Defendant: Azahari bin Ahmad
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 14 October 2020
- Case Number
- KC-83D-762-08/2019 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal Drug Possession (akta Dadah Berbahaya 1952) / Prosecutorial Appeal Against Magistrate Court Acquittal (magistrate Jitra Decision 14/10/2020)
- Outcome
- Acquittal; prosecution failed to prove the charge beyond reasonable doubt
- Legal Topics
- Possession, Knowledge (mens Rea), Exclusive Possession, Burden of Proof, Re Evaluation of Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Pendakwa Raya
Prosecution
Azahari bin Ahmad
Defendant
Procedural Posture
Criminal Drug Possession (akta Dadah Berbahaya 1952) / Prosecutorial Appeal Against Magistrate Court Acquittal (magistrate Jitra Decision 14/10/2020)
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved possession beyond reasonable doubt
- 2 Whether the mental element (knowledge/animus possidendi) was established
- 3 Whether failure to call the motorcycle owner created reasonable doubt
Ratio Decidendi
The magistrate acquitted because the prosecution failed to prove the mental element of possession beyond reasonable doubt; the accused's plausible defence combined with the prosecution's failure to call the motorcycle owner created a reasonable doubt as to knowledge and exclusive possession.
Court Disposition
Acquittal; prosecution failed to prove the charge beyond reasonable doubt
Orders
- Charge dismissed
- Accused acquitted and discharged
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DI DALAM PERKARA MAHKAMAH MAJISTRET JITRA KES TANGKAP NO. 83D-762-08/2019 ANTARA PENDAKWARAYA MELAWAN AZAHARI BIN AHMAD PENDAHULUAN Ini adalah rayuan oleh Pendakwaraya Malaysia yang tidak berpuashati terhadap keputusan oleh Mahkamah Majistret Jitra yang diberikan pada 14/10/2020 di mana mahkamah telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes pada tahap melebihi keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt) terhadap tertuduh bagi pertuduhan pindaan di bawah seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pertuduhan adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 16/6/2019 jam lebih kurang 0305hours di atas titi simen Kampung Pida 6 Gerbi Mukim Jerlun 06150 Air Hitam, Kedah dalam daerah Kubang Pasu, di dalam negeri Kedah Darul Aman, telah ada di dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 26.85 gram. 1 Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama”. KES PENDAKWAAN 1) Melalui keterangan anggota tangkapan iaitu SP1, beliau memberitahu bahawa pada tarikh, masa dan di tempat kejadian sepertimana yang tertera di dalam pertuduhan, beliau telah ternampak satu lelaki Melayu di atas sebuah motosikal jenis 125Z bernombor pendaftaran VAV 4687 yang ketika itu sedang berada di atas titi simen di tempat kejadian. 2) SP1 ketika itu sedang menjalankan tugasan ronda cegah jenayah bersama Lans Koperal Zairul. 3) SP1 menyatakan dia dan rakannya itu menghampiri satu lelaki Melayu tersebut dan memperkenal diri sebagai polis. Lelaki Melayu itu dikatakan terkejut dan cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap. 4) SP1 kemudiannya memohon lelaki Melayu itu menyerahkan kepada beliau apa-apa barang salah sekiranya ada. Namun, lelaki Melayu itu hanya menunjukkan satu beg bercorak bunga berwarna merah, kuning, hijau dan hitam yang berada di dalam raga motosikal tersebut. 2 5) Hasil pemeriksaan ke atas beg ini membawa kepada penemuan dadah di dalam kesi ini. 6) Ekoran dari itu, satu lelaki Melayu tersebut yang disahkan dan dicam SP1 sebagai OKT di dalam kes ini ditangkap dan dibawa balik ke balai polis. Barang kes turut dirampas. PEMBELAAN OKT 7) Di dalam pembelaannya, OKT menafikan milikan beliau ke atas dadah tersebut. Tidak menafikan kewujudan beg bercorak bunga di dalam raga motosikal yang beliau naiki, OKT menyatakan beliau tiada pengetahuan tentang apakah kandungan di dalam beg tersebut. 8) Beliau menyatakan motosikal VAV 4687 yang dinaiki beliau pada malam kejadia adalah milik kakak beliau dan begi di dalam raga motosikal tersebut yang mana di dalamnya barang kes dijumpai sudah tersedia ada di dalam raga motosikal tersebut sejak dari mula beliau mengambil motosikal itu. 9) Beliau tidak menafikan tangkapan ke atas beliau sepertimana fakta kes pendakwaan, namun menyatakan selain beliau, terdapat tiga lagi lelaki Melayu turut di tangkap di situ pada ketika kejadian. 3 DAPATAN MAHKAMAH 10) Di akhir kes pendakwaan, mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. 11) OKT dituduh di dalam milikannya 26.85 gram dadah jenis methamphetamine. Pertuduhan adalah di bawah seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hukuman adalah di bawah seksyen 39A (1) Akta yang sama. Seksyen 12 (2) di bawah mana Responden dituduh memperuntukkan tentang kesalahan memiliki dadah. “Pemilikan” atau di dalam terjemahan ke Bahasa Inggeris iaitu “possession” telah didefinasikan di dalam kes PP V NIK AHMAD AMAN NIK MANSOR (2002) 6 CLJ 369, penghakiman oleh Yang Arif Kang Hwee Gee (pada waktu tersebut) telah menjelaskan akan maksud possession. “Possession, as Lee Hun Hoe CJ (Borneo) delivering the judgment of the Supreme Court in PP v Kau Joo Huat (1988) 1 CLJ 477...said, can be the “vaguest of all vague terms”. Thompson J (as he then was) defined it in Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237 at 239, in the following words: “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen Digest (9th Edition, page 304): 4 A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when thcircumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with is as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. 12) Di sini jelas menujukkan bahawa untuk membuktikan aspek milikan atau “possession”, dua elemen mestilah wujud iaitu elemen fizikal dan elemen mental. Dua elemen ini secara mudahnya bermaksud seseorang itu mestilah mempunyai kemampuan untuk berurusan dengan benda atau barang yang menjadi isu untuk ditentukan sama ada beliau mempunyai milikan ke atas barang atau benda tersebut pada bila- bila masa yang beliau kehendaki dan seseorang itu mestilah 5 mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dan hakikat sebenar barang atau benda terbabit. 13) Pemilikan juga perlu dibuktikan sebagai satu “pemilikan yang eksklusif” (exclusive possession). Ini kerana, jika milikan terbabit tidak eksklusif, sukar untuk kita tentukan sama ada individu terbabit benar- benar mempunyai kuasa untuk berurusan dengan benda atau barang terbabit dan jika perkara ini tidak dapat dipastikan dengan jelas, bagaimana untuk kita tentukan sama ada beliau memiliki barang terbabit atau tidak. Ini kerana jika milikan tidak eksklusif, ini menimbulkan satu kemungkinan yang munasabah bahawa barang terbabit mungkin dimiliki oleh individu yang lain selain si tertuduh. 14) Di dalam kes kita pada hari ini, di akhir kes pendakwaan, mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan melalui keterangan SP1 bahawa barang kes dijumpai di dalam raga motosikal yang mana OKT berada di atas motosikal tersebut ketika tangkapan. 15) Dadah berbahaya di dalam kes ini iaitu 26.85 gram methamphetamine sememangnya dijumpai di dalam beg tersebut dan telah pun disahkan melalui laporan kimia yang diterima masuk sebagai eksibit P15. 6 16) Pada peringkat ini, dapatan mahkamah ialah OKT sememangnya mempunyai milikan ke atas dadah tersebut memandangkan beg tersebut dijumpai di dalam raga yang mana OKT berada di atasnya dan di peringkat kes pendakwaan tiada penafian dari OKT bahawa beliau sebenarnya ke situ menaiki motosikal tersebut. 17) Namun, setelah diperintahkan untuk membela diri, OKT mengemukakan keterangan bahawa beliau tidak tahu menahu bahawa beg yang dijumpai di dalam raga motosikal tersebut ada mengandungi dadah di dalam kes ini. 18) Beliau menyatakan beg tersebut telah sedia ada di dalam raga ketika beliau mengambil motosikal itu untuk digunakan pada malam itu. 19) OKT juga telah mengemukakan fakta bahawa pada malam itu, bukan beliau seorang sahaja yang ditangkap. Ini disahkan melalui keterangan SD2, SD3 dan SD4. 20) Mengamati pembelaan OKT, mahkamah mendapati ianya telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. 21) Kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil pemilik motosikal VAV 4687 telah membuatkan wujudnya keraguan pada sisi 7 pengetahuan OKT tentang sama ada OKT mempunyai pengetahuan tentang kandungan beg di dalam raga motosikal itu iaitu dadah di dalam kes ini. 22) Dinilai sedalam-dalamnya, pembelaan OKT ini bukanlah bersifat rekaan ataupun “afterthought” memandangkan isu kewujudan individu-individu lain di tempat kejadian dan bahawa beg tersebut sememangnya sudah sedia ada di dalam raga motosikal itu dan OKT tiada pengetahuan tentang kandungan beg itu sudah dibangkitkan melalui soalan-soalan balas kepada saksi-saksi pendakwaan. 23) Mahkamah menilai semula keseluruhan keterangan dan fakta kes pendakwaan setelah pembelaan dikemukakan dan mendapati kegagalan pihak pendakwaan memanggil pemilik motosikal VAV 4687 iaitu kakak OKT telah membuatkan wujudnya keraguan pada sisi pengetahuan OKT tentang sama ada OKT mempunyai pengetahuan tentang kandungan beg di dalam raga motosikal itu iaitu dadah di dalam kes ini. 24) Penilaian semula bukti dan keteragan pihak pendakwaan bersama pembelaan pihak OKT adalah suatu yang dibenarkan di dalam undang-undang. 8 25) Di dalam kes PUBLIC PROSECUTOR v ANDREW TAN JUN YEE, CRIMINAL APPEAL NO: B-05(LB)-424-09/2017, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “The central issue in this instant appeal is whether the learned trial judge had correctly evaluated the whole of the evidence adduced by the prosecution as well as the Respondent during trial. It is trite law that the burden of proof rests on the prosecution throughout the trial to prove its case against the accused. That said it is also incumbent upon the trial court, as enjoined in section 182 A of the Criminal Procedure Code, to also carefully evaluate and re-evaluate the whole of the evidence of the prosecution in conjunction with the defence evidence, to determine two concomitant issues, first whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt and whether a reasonable doubt has been raised as to the guilt of the accused”. 26) Mahkamah Rayuan di dalam kes ini merujuk kepada kes PP v. BERNADITO L ALENJANDRO JR [2015] 1 LNS 1507, di mana Mahkamah Rayuan di dalam kes ini menyatakan seperti berikut: “We, therefore, find no merit in the argument that the trial judge made two inconsistent findings, one at the end of the prosecution case and another at the end of the defence case because it is trite that at the end 9 of the defence case the trial judge must re-evaluate all the evidence of the prosecution and defence and ask himself whether the prosecution had proven its case beyond reasonable doubt or, as the case may be whether the defence had cast a reasonable doubt on the prosecution case. (See Seow Wei Hoong v. Public Prosecutor [2002] 1 LNS 338). It is obvious that a finding made at the end of the prosecution case is not necessarily immutable because if this is so, it would not be necessary to reevaluate all the evidence at the end of the defence case. It is an essential element of our criminal justice system that the trial judge must re-evaluate all the evidence at the end of the defence case and in so doing may make a finding which is at variance with an initial finding made at the prosecution stage of the trial. The question of inconsistency does not, therefore, arise”. 27) Maka jelas, kegagalan pihak pendakwaan memanggil pemilik motosikal VAV 4687, telah membuatkan satu keraguan yang munasabah telah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan dari sudut pengetahuan OKT tentang kewujudan dadah di dalam beg yang dijumpai di dalam raga motosikal tersebut. Pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut adalah satu elemen yang mesti dibuktikan bagi membuktikan perlakuan milikan ke atas dadah tersebut. 10 28) Sekian alasan mengapa mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pertuduhan pindaan terhadap OKT pada tahap melampaui keraguan yang munasabah dan OKT sememangnya telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Disediakan oleh, ----------------------------------------- (Mohd Hadi Hakimi Bin Harun) Majistret, Mahkamah Majistret Jitra, Kedah Darulaman. Bertarikh 6 Disember 2020. 11