Tetuan Bahari & Bahari (Menuntut sebagai sebuah firma) Chu Boon Tiong
The court held that the plaintiff's affidavit evidence and exhibits established delivery and maturity of the invoices and the absence of any bona fide defence or triable issue; the burden shifted to the defendant who failed to raise a proper issue or take statutory taxation steps, therefore summary judgment under...
Source-derived case information.
- Citation
- BB-A52NCvC-17-01/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Bahari & Bahari; Defendant: Chu Boon Tiong
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 20 July 2023
- Case Number
- BB-A52NCvC-17-01/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Summary Judgment Application Under Order 14 Rules of Court 2012 / Appeal Against Grant of Summary Judgment Order
- Outcome
- Plaintiff's application for summary judgment under Order 14 granted; defendant's challenges dismissed
- Legal Topics
- Summary Judgment, Solicitor's Bill, Taxation of Costs, Maturity of Bills, Order 14
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Bahari & Bahari
Plaintiff
Chu Boon Tiong
Defendant
Procedural Posture
Summary Judgment Application Under Order 14 Rules of Court 2012 / Appeal Against Grant of Summary Judgment Order
Legal Issues
- 1 Whether the defendant has a bona fide defence or has raised a triable issue
- 2 Whether the solicitors' invoices had matured and become payable
- 3 Whether the defendant's failure to apply for taxation within s.128 LPA bars challenge to the bills
Ratio Decidendi
The court held that the plaintiff's affidavit evidence and exhibits established delivery and maturity of the invoices and the absence of any bona fide defence or triable issue; the burden shifted to the defendant who failed to raise a proper issue or take statutory taxation steps, therefore summary judgment under Order 14 was appropriate.
Court Disposition
Plaintiff's application for summary judgment under Order 14 granted; defendant's challenges dismissed
Orders
- Summary judgment entered for the plaintiff against the defendant
- Defendant to pay principal sum RM244,180.00
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BB-A52NCvC-17-01/2023 Kand. 23 05/09/2023 10:27:43 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO – BB-A52NCvC-17-01/2023 ANTARA BAHARI & BAHARI [LIABILITY PARTNERSHIP NO.: FIRMA GUAMAN] [TETUAN MANOHARAN CHAMBERS] …PLAINTIF DAN CHU BOON TIONG [IDENTITY CARD NO.: 710527045149] [TETUAN CHAI & COMPANY] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN LATARBELAKANG KES Ini adalah rayuan Perayu/Defendan terhadap keputusan Mahkamah ini bertarikh 20/7/2023 yang membenarkan Notis Permohonan (Lampiran 8) iaitu permohonan Plaintif bagi merekodkan satu penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 terhadap Defendan dengan kos RM10,000.00. 1 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah telah meneliti Notis Permohonan, Afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan otoriti kedua-dua pihak. Alasan Mahkamah membenarkan Lampiran 8 adalah seperti berikut: [1] Notis Permohonan Lampiran 8 adalah permohonan Plaintif di bawah Aturan 14 Kaedah 1 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk satu Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan dan bahawa Defendan membayar Plaintif: 1) Jumlah baki bayaran sebanyak RM244,180.00; 2) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah RM244,180.00 tersebut dari tarikh akhir matang invois-invois tersebut pada 7/2/2019 sehingga tarikh penghakiman; 3) Faedah pada kadar 5% setahun terhadap jumlah RM244,180.00 tersebut dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; 4) Kos atas dasar anakguam dan peguamcara; 5) Dan relief-relief lain yang Mahkamah fikirkan suai manfaat dan wajar untuk diberikan. [2] Alasan permohonan Plaintif adalah dinyatakan dalam affidavit sokongan di lampiran 7 yang mana antara lain menyatakan bahawa: 2 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Defendan dan adiknya telah meminta khidmat Plaintif untuk mewakili mereka dalam satu tindakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Writ Saman No. WA-22NCC-355-08/2018. b) Setelah bersetuju dengan anggaran bayaran khidmat Plaintif pada 28/8/2018, Defendan telah menandatangani waran Lantikan Plaintif untuk mewakilinya (eksibit MRB-2). c) Plaintif telah memberikan perkhidmatan sebagaimana dalam Waran Lantikan dan memberikan 2 invois masing-masing berjumlah RM113,880.00 dan RM200,300.00 yang matang pada 15/11/2018 dan 7/2/2019 masing-masing. d) Selepas 1 tahun invois-invois tersebut diserahkan dan diterima oleh Defendan, tiada sebarang pertikaian diajukan kepada pihak Plaintif. d) Defendan telah membuat sebahagian bayaran invois-invois tersebut iaitu RM30,000.00 pada 1/2/2019 melalui pemindahan atas talian, RM30,000.00 pada 20/3/2019 melalui cek Maybank bernombor 801372 yang kemudian dipulangkan oleh Maybank pada 15/2/2019 yang kemudiannya Defendan telah memberikan cek baru dan dapat ditunaikan berjumlah RM30,000.00 pada 20/3/2019. 3 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e) Untuk baki bayaran, Defendan berhasrat membayar secara tunai. Defendan telah mengesahkan invois-invois tersebut semasa perjumpaan dengan Plaintif selepas pemberian invois-invois tersebut dan meminta lanjutan-lanjutan masa. f) Defendan selanjutnya meminta khidmat nasihat guaman daripada Plaintif untuk kes-kes lain. g) Terdapat baki tertunggak di bawah invois-invois tersebut sebanyak RM254,180.00 dan Plaintif telah menghantar surat menuntut baki. h) Pada 10/5/2021, Defendan telah membuat bayaran separa sebanyak RM10,000.00 dan meminta sedikit masa untuk membuat bayaran penuh baki RM244,180.00. i) Plaintif percaya jumlah baki keseluruhan masih perlu dijelaskan dan terhutang oleh Defendan kepada Plaintif. j) Plaintif percaya Defendan tiada pembelaan bona fide dan tiada apa-apa isu untuk dibicarakan dalam tindakan ini. [3] Defendan telah memfailkan pembelaan dan affidavit jawapan di Lampiran 9 yang mana antaranya menyatakan seperti berikut: a) Defendan mengakui fakta berhubung tindakan di MTKL dan akui ada tandatangan Waran Lantikan Plaintif. 4 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) Defendan menyatakan bahawa anggaran bayaran adalah anggaran sahaja dan sehingga kini Defendan dan Plaintif masih belum mencapai persetujuan berkenaan kuantum atau jumlah yang perlu dibayar sebagai yuran guaman (legal fees) kepada Plaintif. c) Defendan menyatakan bahawa Waran Lantikan (eksibit MRB- 2) tidak membutirkan jumlah yuran guaman (legal fees) yang perlu Defendan bayar untuk khidmat guaman Plaintif. d) Yuran guaman (legal fees) adalah berlebihan (excessive) dan tidak munasabah kerana bukan semua dakwaan dalam tindakan di MTKL tersebut adalah terhadap Defendan. e) Permohonan-permohonan yang difailkan dalam tindakan MTKL kebanyakkannya berpremiskan Defendan-Defendan yang lain. f) Plaintif sering mengeluarkan invois bagi yuran guamannya pada tarikh pemfailan penting dan walaupun Defendan tidak bersetuju dengan invois yang dikeluarkan, Defendan membayar satu jumlah atas dasar niat baik (good will) sementara perbincangan dan perundingan berkaitan yuran guaman yang harus dibayar dimuktamadkan. 5 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal g) Defendan juga menyatakan bahawa invois-invois tersebut dikeluarkan secara “unilateral”. h) Defendan menyatakan bahawa terdapat keperluan supaya pihak-pihak dikemukakan ke Mahkamah untuk menjelaskan intipati perjumpaan antara kedua-dua pihak. Perjumpaan- perjumpaan menunjukkan adanya pertikaian atau aturan yang sepatutnya dibuat terhadap invois-invois yang dikenakan. i) Defendan menyatakan dokumen yang dirujuk adalah dokumen Plaintif sendiri dan ketulenan adalah dikhuatiri, invois-invois dipertikaikan, tangkap skrin tidak menunjukkan Defendan bersetuju dengan invois atau tidak mengendahkan Plaintif seperti didakwa. j) Defendan mengakui ada terima surat tuntutan dan menyatakan sejurus selepas perbincangan, atas dasar niat baik (good will), Defendan telah membuat bayaran RM10,000.00 ke akaun peribadi salah seorang peguam di firma Plaintif sementara aturan dan perbincangan muktamad. k) Defendan menyatakan terdapat isu untuk dibicarakan antaranya adakah jumlah yang dituntut dipersetujui oleh Defendan, adakah terdapatnya perbincangan atau pengaturan antara pihak-pihak berkenaan jumlah yang dituntut dan 6 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal adakah jumlah tersebut telah matang dan apakah aturan sebenar antara pihak-pihak terhadap yuran guaman Plaintif? [4] Mahkamah telah teliti kesemua kertas kausa, eksibit, hujahan serta otoriti kedua-dua pihak dan Mahkamah berpuashati bahawa kes ini adalah sesuai untuk direkodkan satu Penghakiman Terus. [5] Mahkamah merujuk kepada prinsip asas dan otoriti-otoriti terdahulu yang memberi panduan dalam menentukan permohonan di bawah Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [6] Mahkamah merujuk kepada Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 itu sendiri yang menggariskan: “1. (1) Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.” [7] Mahkamah merujuk kes BANK NEGARA MALAYSIA v. MOHD ISMAIL ALI JOHOR & ORS [1992] 2 CLJ Rep 186 yang memutuskan: 7 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “It is trite law that O. 14 is to enable a plaintiff to obtain summary judgment without trial, if he can prove his claim clearly and if the defendant is unable to set up a bone fide defence or raise an issue against the claim which ought to be tried. Thus it is stated in Anglo- Italian Bank v Wells 38 LT p.201 that "when the Judge is satisfied not only that there is no defence but no fairly arguable point to be argued on behalf of the defendant it is his duty to give judgment for the plaintiff." [8] Rujuk juga kes CEMPAKA FINANCE BHD v. HO LAI YING & ANOR FEDERAL COURT, PUTRAJAYA [2006] 3 CLJ 544 “(1) Dalam kes semasa, Mahkamah Rayuan telah meletakkan beban ke atas plaintif untuk membuktikan kesnya di bawah permohonan A. 14. Dengan hormat, itu bukanlah satu cadangan undang-undang yang betul. Dalam suatu permohonan A. 14 KMT, beban adalah atas plaintif untuk membuktikan perkara-perkara berikut: (i) bahawa defendan telah memasukkan kehadiran; (ii) bahawa pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada defendan; dan (iii) bahawa afidavit sokongan telah mematuhi k. 2 A. 14 KMT, dalam ertikata ia harus mengesahkan faka-fakta yang menjadi asas tuntutan dan menyatakan kepercayaan deponen bahawa tidak wujud pembelaan terhadap tuntutan. Sebaik sahaja syarat-syarat ini 8 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dipenuhi, beban akan berpindah kepada defendan bagi membangkitkan isu yang boleh dibicarakan. Undang-undang berkaitan hal ini sudahpun mantap (National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd diikuti). Mahkamah Rayuan, dalam menterbalikkan beban pembuktian, telah melaksanakan dengan salah prinsip-prinsip relevan berkaitan permohonan penghakiman terus di bawah A. 14 KMT.” [9] Mahkamah mendapati bahawa serahan writ saman telah sempurna diserahkan kepada Defendan dan pembelaan bagi tuntutan Plaintif di sini telah difailkan. Afidavit sokongan yang difailkan oleh Plaintif juga telah mengeksibitkan semua dokumen dan keterangan yang menyokong tuntutan mereka tersebut. [10] Plaintif telah dengan jelas menyatakan dalam afidavit mereka yang menyokong permohonan penghakiman terus ini bahawa Defendan telah gagal mengemukakan isu yang layak untuk dibicarakan dan Plaintif percaya Defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit. Seterusnya, setelah beban beralih kepada pihak Defendan, Defendan telah gagal menunjukkan satu isu yang layak untuk dibicarakan. [11] Mahkamah mendapati bahawa pembelaan yang difailkan oleh Defendan tidak membawa apa-apa merit atau isu yang perlu 9 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibicarakan. Isu-isu yang dibangkitkan dalam affidavit Defendan telah dijawab oleh Plaintif dan disertakan dengan eksibit yang menyokong tuntutan Plaintif. [12] Mahkamah mendapati bahawa Defendan tidak pernah mempertikaikan invois-invois yang dikemukakan walaupun selepas setahun. Invois-invois tersebut juga telah dikira matang dan Defendan sendiri ada membuat bayaran. [13] Fakta Defendan mendakwa beliau membuat bayaran adalah atas dasar niat baik (good will) dan masih dalam proses memuktamadkan jumlah yuran sepatutnya tidak dapat diterima. Ini kerana, atas dasar khidmat professional dan dari latarbelakang yang ditunjukkan, Defendan bukanlah pertama kali menerima khidmat guaman secara professional terutama dengan Plaintif di sini. [14] Mahkamah merujuk seksyen 124 AKTA PROFESION UNDANG- UNDANG 1976 AKTA 166 yang menyatakan seperti berikut: “Tiada peguam bela dan peguam cara boleh membawa guaman untuk mendapatkan kos sehingga telah diserahkan bil kos” (1) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan oleh Akta ini, tiada peguam bela dan peguam cara boleh, tanpa kebenaran Mahkamah, memulakan atau mempertahankan apa-apa tindakan untuk mendapatkan apa-apa kos yang kena dibayar bagi apa-apa urusan 10 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang dilakukan olehnya sehingga tamat tempoh satu bulan selepas diserahkan olehnya kepada pihak yang ke atasnya hendak dipertanggungkan kos itu, atau selepas dihantar olehnya melalui pos kepada pihak itu, atau selepas ditinggalkan olehnya dengan pihak itu di pejabat atau di tempat perniagaannya, rumah kediaman pihak itu atau tempat tinggal pihak itu yang akhir diketahui, suatu bil kos itu, yang sama ada ditandatangani oleh peguam bela dan peguam cara itu, atau dalam hal perkongsian, oleh mana-mana pekongsinya, sama ada dengan namanya sendiri atau dengan nama atau gelaran perkongsian itu, atau oleh peguam bela dan peguam cara lain yang diguna khidmat oleh peguam bela dan peguam cara yang pertama disebut atau oleh perkongsian itu, atau yang dilampirkan kepada atau disertai dengan suatu surat yang ditandatangani dengan cara yang demikian itu juga, berkenaan dengan bil itu. (2) Jika sesuatu bil dibuktikan sebagai telah diserahkan menurut subseksyen (1) tidaklah perlu pada pertamanya bagi peguam bela dan peguam cara itu membuktikan kandungan bil itu dan ia hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya sebagai suatu bil bona fide yang mematuhi Akta ini. [15] Dalam masa yang sama, invois tersebut telah diserahkan lebih daripada satu tahun dan tindakan guaman di MTKL juga telah 11 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal selesai. Defendan mendakwa sehingga kini, kos yuran guaman masih belum dimuktamadkan antara kedua-dua pihak. Jika demikian, bagaimana yuran guaman ini boleh dikatakan muktamad atau bilakah tempoh sepatutnya ia dikatakan muktamad? [16] Apa yang nyata adalah bahawa dari tindak tanduk (conduct) kedua- dua pihak, jumlah invois dan kuantum yuran guaman telah dimuktamadkan tetapi apa yang masih dibincangkan adalah cara bayaran, bilakah bayaran dan tempoh masa yang masih diperlukan untuk Defendan membayar jumlah yang dinyatakan dalam invois. [17] Peruntukan tentang seksyen seksyen 124 dan seksyen 128 AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG 1976 AKTA 166 dan bil antara peguamcara dan anakguam ini juga telah dijelaskan dalam kes KRIS HEAVY ENGINEERING & CONSTRUCTION SDN BHD v. LEWIS & CO [2017] 1 LNS 964 yang mana YAH MOHD NAZLAN MOHD GHAZALI menyatakan: [46] Thus, the Plaintiff submitted that the sum reflected in the estimated bill did not immediately crystallize and become a debt due to the Defendant merely upon the expiry of the one year period after the delivery. And further, the Courts have an inherent jurisdiction to grant an order to compel the Defendant to prepare a detailed bill of costs even if more than one year had lapsed since the delivery of the 12 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bill to the Plaintiff. This was also the position taken in Mindvalley Labs Sdn Bhd v. Messrs Rao & Kamal (a legal firm in partnership) [2016] 1 LNS 1303; [2017] 1 AMR 159. [47] There is in my view no argument that the debt stated in the bills would not necessarily or automatically crystallize upon the expiry of the one-year period stated in Section 128(2) of the LPA. The more pertinent issue in the instant case however is that the part- payments and the absence of dispute (prior to the disposal of the Appeal) evidenced the absence of a bona fide dispute as the debt. Equally of significance is the fact that the Plaintiff had not taken any steps to have the bills taxed, either before or after the expiry of the one-year period. Thus Tan Tek Sin does not fully advance the case of the Plaintiff. [50] Even more recently in TETUAN KANG & KANG V. KIRANA STUDIO SDN BHD [2015] 1 CLJ 431 the High Court found as follows:- “[33] … An invoice delivered by a solicitor to his client becomes a bona fide bill by virtue of the rebuttable presumption encapsulated in s. 124(2) of the LPA. The presumption is triggered in the absence of any objection or challenge to the solicitors' bill. The bill is valid for purposes of s. 124. The client has one year from the 13 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal date of delivery of the bill to tax the bill if he disputes the amount claimed. If the client does not avail himself of this procedure, his remedy under the LPA to challenge the bill is extinguished by s. 128(2) of the LPA. This provision provides that the power to order an assessment shall not be exercisable on an application made by the client after the expiration of twelve months from the delivery of the bill. No taxation outside this period is permissible. [34] Turning to the facts in this instant case. The defendant did not seek taxation of the invoice at any point in time and the period mentioned in s. 128(2) of the LPA has expired. By operation of the statutory prohibition in s. 128(2), the amount claimed in the invoice has become final and payable. It cannot be disputed or challenged." [18] Dari segi undang-undang, tuntutan Plaintif telah mencapai tempoh matang dan walaupun lebih setahun, Defendan gagal mengambil apa-apa tindakan Mahkamah melalui petisyen bagi mentaksirkan bil guaman yang dikenakan jika merasakan jumlah yang dikenakan adalah tidak munasabah, tidak berpatutan atau berlebihan (excessive). [19] Apakah yang dimaksudkan jumlah tersebut belum dimuktamadkan? Dan jika benar, bagaimanakah Defendan menjangkakan jumlah ini 14 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal akan dimuktamadkan? Ini bukanlah satu isu untuk dibicarakan sebagaimana cadangan Defendan untuk memanggil saksi-saksi memberi keterangan di Mahkamah berhubung apa perkara yang dibincangkan atau apa maksud perbualan Whatssap/email dan sebagainya yang mana berkemungkinan ia adalah dibuat tanpa prejudis antara pihak-pihak? [20] Adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk Defendan mendakwa beliau tertekan kerana tuntutan dibuat disaat-saat genting, Defendan tidak berpuashati dengan perkhidmatan Plaintif dan sebagainya sedangkan masih ada perhubungan secara professional antara Plaintif dan Defendan atas permintaan Plaintif untuk masih menggunakan khidmat Plaintif selepas tamat tindakan di MTKL tersebut. [21] Mahkamah merujuk kes PENDAFTAR HAKMILIK PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR & ANOR v. LAU YONG YING, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA, KAMARDIN HASHIM JCA; KAMALUDIN MD SAID JCA; LEE SWEE SENG JCA [2020] 5 CLJ 164 diputuskan: (5) As for payment for legal fees, this court affirmed the award given by the trial judge because the amount of RM1,172,791.26 had been agreed between the respondent and her lawyer to do the legal work 15 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal for her. The lawyers' invoices clearly showed that the invoices were addressed to her which meant she had to pay or had paid the amount stated in the invoices. (para 33). (viii) Payment for legal fees - RM1,172,791.26 We affirmed the award by the learned judge because the amount had been agreed between the respondent and her lawyer to do the legal work for her. The lawyers' invoices at pp. 206 to 214 clearly show that the invoices were addressed to her which means she has to pay or had paid the amount stated in the invoices (exhs. P6, P7, P8, P9). We did not agree with the appellants' suggestion that the overall fees were only RM321,142.18 based on the invoices at pp. 202, 204, 205, 206, 207, 208 and 209 of the rekod rayuan bahagian C. As alluded to earlier, the amount stated in the invoices at those pages must be awarded as cost incurred by the respondent. The amount RM321,142.18 suggested by the appellants fell short of the amount RM925,000 which was agreed as legal fees and getting up amount for the lawyer in Shah Alam High Court Civil Suit No. 21 NCVC-25- 06-2015, Shah Alam High Court Originating Summons No: 24-916- 07-2012 and Court of Appeal Civil Appeal No: B-02 (A)-900-06- 16 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2015. The agreement is at pp. 210-214 of the rekod rayuan bahagian C (exh. P10). [22] Defendan menyatakan dalam affidavit dan hujahan mereka bahawa terdapat isu untuk dibicarakan antaranya adakah jumlah yang dituntut dipersetujui oleh Defendan, adakah terdapatnya perbincangan atau pengaturan antara pihak-pihak berkenaan jumlah yang dituntut dan adakah jumlah tersebut telah matang dan apakah aturan sebenar antara pihak-pihak terhadap yuran guaman Plaintif dan saksi perlu dipanggil memberi keterangan. [23] Mahkamah ini tidak bersetuju dengan hujahan yang dinyatakan. Mahkamah membuat dapatan bahawa berdasarkan kes PENDAFTAR HAKMILIK PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR di atas, apabila satu invois dikeluarkan dan dipersetujui/tidak dipertikaikan, ia adalah satu dokumen sah untuk menuntut bayaran sebagaimana dinyatakan. Tiada keperluan untuk saksi hadir memberi keterangan atau merit untuk dibicarakan. [24] Pendekatan yang dirujuk Defendan terpakai hanya bila bil kos/yuran guaman dipertikaikan dan kes difailkan melalui Taksiran Kos/Bill Kos. Mahkamah ingin mengulas isu bil yang dipertikaikan (walaupun dalam kes ini ia bukanlah isu untuk ditentukan) kerana melalui kes SERI CEMERLANG MILLS MANAGEMENT SDN BHD lwn. DATO' 17 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ZAINAL HAJI ISMAIL & 10 YANG LAIN [2009] 1 LNS 1426 hal-hal ini telah diterangkan dengan teliti oleh YAH Dato’ V. T Singham seperti berikut: “Dalam prosiding penaksiran bil kos tidak ada peruntukan, sama ada dalam A. 59, ataupun di bawah k. 13 untuk sepina dikeluarkan kepada seseorang di atas permohonan pihak yang memohon untuk menaksirkan kos di antara peguamcara dan anakguam. Tugas Pendaftar dalam prosiding penaksiran bil kos adalah untuk menentukan atau taksirkan apakah amaun kos yang patut dan munasabah bagi perayu dan berpandukan kepada garis panduan yang ditetapkan di Appendix 1 Part x A. 59. (rujuk kes Pang Kok lwn. Leong Fock Hap & Anor [1997] 1 CLJ SUPP 232; [1996] 4 MLJ 97 di m.s 99 - 100 dan telah diikuti dalam kes United Malayan Banking Corp. Lwn. Indah Sejati Sdn. Bhd. [1992] 1 AMR 41; Gooi Hock Seng lwn. Chuah Guat Khim [2001] 1 CLJ 583; Chan Kok Choon JP lwn. MBF Finance Bhd [2000] 4 CLJ 453; Teo Ah Khing lwn. Yii Chee Ming [2006] 2 CLJ 188). 18. Mahkamah ini berpendapat bahawa perayu tidak boleh cuba menukar prosiding Bil Kos di kamar Pendaftar kepada satu perbicaraan penuh. Seterusnya, Pendaftar tidak semestinya terima keterangan lisan melainkan pendaftar sendiri berpendapat perlu 18 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangan untuk sebarang penjelasan. Pendaftar sahaja boleh memutuskan sama ada perlu untuk memeriksa mana-mana pihak sekiranya keterangan adalah relevan di mana Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan daripada En. Hanafi Bin Kasbi seperti dicatit di Writ Sepina tersebut adalah tidak relevan untuk taksiran bil kos. “…Sekiranya satu pihak tidak berpuas hati dengan taksiran bil kos oleh Pendaftar dan sekiranya Pendaftar tidak membenarkan mana- mana item dalam Bil Kos atau tidak membenarkan amaun yang dipohon atau membenarkan amaun yang terlampau tinggi atau rendah pihak yang tidak berpuas hati berhak untuk mengkaji semula oleh Pendaftar. Seterusnya, sekiranya keputusan Pendaftar dalam prosiding mengkaji semula masih tidak memuaskan hati mana- mana pihak, pihak itu mempunyai peluang dan terdapat peruntukan untuk pihak yang tidak berpuas hati memohon untuk kajian semula oleh Hakim Dalam Kamar. (rujuk A. 59 k. 34 dan k. 36 Kaedah- Kaedah Mahkamah Tinggi 1980) dan bukan cuba menukar prosiding taksiran bil kos kepada perbicaraan penuh.” [25] Apa yang Mahkamah ini ingin simpulkan adalah bahawa, dalam tuntutan yang difailkan oleh Plaintif terhadap Defendan di sini, ia adalah satu kes yang jelas dan terang dan tidak ada isu untuk 19 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibicarakan atau keperluan memanggil saksi memberi keterangan. Defendan perlu membezakan tuntutan di sini dengan apa yang dinyatakan dalam keadaan kos guaman/yuran guaman dipertikaikan (sebagaimana diputuskan dalam kes SERI CEMERLANG MILLS MANAGEMENT SDN BHD di atas). [26] Oleh demikian, Mahkamah ini memutuskan bahawa permohonan Plaintif bagi merekodkan satu penghakiman terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 terhadap Defendan dibenarkan dengan kos RM10,000.00. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh Sazlina Safie ……………………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 3 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Selangor Tarikh :4/9/2023 20 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguamcara Plaintif: En. Mohamad Danish Manoharan TETUAN MANOHARAN CHAMBERS (KUALA LUMPUR) Peguamcara Defendan: Pn. Nurin Husnina Hussein TETUAN CHAI & COMPANY (KUALA LUMPUR) 21 S/N 72Br9PXWREqzGYEqVdj0Sg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal