B.I.G Industrial Gas Sdn Bhd EWAJAYA Sdn Bhd
The court held the account between parties was a running account so limitation is measured from the last outstanding balance (October 2019); the RM5,300 payment and the auditor's letter constituted acknowledgements/acts resetting accrual under s26(2) Limitation Act 1953; the plaintiff proved the balance of...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-22NCC-716-12/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: B.I.G. Industrial Gas Sdn Bhd; Defendant: Ewajaya Sdn Bhd
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 30 December 2021
- Case Number
- WA-22NCC-716-12/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Commercial Debt Claim / Trial Judgment
- Outcome
- Claim allowed in favour of plaintiff
- Legal Topics
- Running Account, Statute of Limitations, Acknowledgement/payment to Extend Limitation, Accounting Records Reliability, Damages for Lost/damaged Goods
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
B.I.G. Industrial Gas Sdn Bhd
Plaintiff
Ewajaya Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Commercial Debt Claim / Trial Judgment
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff's claim was time‑barred under the Limitation Act 1953
- 2 Whether the relationship constituted a running account and when the cause of action accrued
- 3 Whether the defendant owed the claimed sum of RM1,236,895.36
Ratio Decidendi
The court held the account between parties was a running account so limitation is measured from the last outstanding balance (October 2019); the RM5,300 payment and the auditor's letter constituted acknowledgements/acts resetting accrual under s26(2) Limitation Act 1953; the plaintiff proved the balance of RM1,236,895.36 on the balance of probabilities by detailed statements, invoices and delivery/debit notes, therefore the claim was not time‑barred and judgment was entered for the plaintiff with costs.
Court Disposition
Claim allowed in favour of plaintiff
Orders
- Judgment for plaintiff for RM1,236,895.36 against defendant
- Costs awarded to plaintiff
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-22NCC-716-12/2019 Kand. 79 13/09/2022 15:07:41 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN DAGANG) GUAMAN NO: WA-22NCC-716-12/2019 ANTARA B.I.G. INDUSTRIAL GAS SDN BHD (No. Syarikat: 62396-A) … PLAINTIF DAN EWAJAYA SDN BHD (No. Syarikat: 533089-P) ... DEFENDAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan [1] Dalam kes ini, plaintif menuntut, antara lain, jumlah sebanyak RM1,236,895.36 setakat 31 Oktober 2019 (“Jumlah Terhutang”), daripada defendan, untuk gas yang dibekalkan, penyewaan silinder gas, kerosakan pada silinder gas dan kos-kos yang berkaitan. [2] Defendan membantah tuntutan plaintif atas dasar bahawa tuntutan plaintif telah dibuat di luar had masa di bawah Akta Had Masa 1953. Defendan juga menyatakan bahawa rekod-rekod plaintif adalah cacat, dan tuntutan plaintif adalah salah dan tidak teratur. 1 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Setelah meneliti keterangan-keterangan yang diberikan semasa perbicaraan penuh kes ini, mahkamah mendapati bahawa tuntutan plaintif dibuat di dalam had masa di bawah Akta Had Masa 1953. Ini kerana akaun di antara plaintif dan defendan adalah satu akaun yang berterusan (running account). Oleh itu, kausa tindakan plaintif perlu dikira dari tarikh akhir jumlah hutang defendan menjadi tertunggak, iaitu pada bulan Oktober 2019. Tambahan pula, defendan telah mengakui keberhutangannya terhadap plaintif melalui pembayaran yang dibuat pada tahun 2018, dan surat akauntan defendan yang dikeluarkan pada tahun 2019. [4] Mahkamah turut mendapati plaintif telah membuktikan Jumlah Terhutang tersebut atas dasar imbangan kebarangkalian, dengan memperincikan setiap penyata akaun, invois, nilai sewaan silinder dan nilai kerosakan silinder-silinder yang berkenaan. B. Latar Belakang [5] Plaintif telah membekalkan gas perindustrian kepada defendan, dan menyatakan bahawa defendan telah gagal membayar plaintif jumlah keseluruhan untuk gas yang dibekalkan, penyewaaan silinder gas, kerosakan pada silinder gas, pengangkutan dan tenaga buruh. [6] Plaintif menyatakan bahawa defendan berhutang Jumlah Terhutang tersebut, yang terdiri daripada: a. Jumlah terhutang defendan bagi cawangan Pasir Gudang: Penyewaan (RM345,500.16) dan kerosakan silinder (RM15,200). 2 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. Jumlah terhutang defendan bagi cawangan Labuan: Penyewaan (RM6,824). c. Jumlah terhutang defendan bagi cawangan Bintulu: Penyewaan (RM54,371.20). d. Silinder dan palet kepunyaan plaintif yang dipegang oleh defendan: 975 unit silinder, 7 unit nitrogen pallet manifold dan 7 unit nitrogen pallet frame (RM815,000). [7] Plaintif turut menyatakan bahawa: a. Defendan telah mengakui tuntutan plaintif dengan membuat pembayaran berjumlah RM5,300 pada 28 April 2018 kepada plaintif. b. Cawangan plaintif di Pasir Gudang telah menerima surat daripada akauntan defendan, Tetuan KS Tan & Associates, yang mengesahkan bahawa menurut buku akaun defendan, defendan berhutang jumlah sebanyak RM279,916.16 ke cawangan Pasir Gudang setakat 31 Disember 2018. [8] Pembelaan defendan adalah seperti berikut: a. Tuntutan plaintif adalah dihalang oleh Akta Had Masa 1953. 3 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. Defendan mempertikaikan rekod-rekod plaintif, dan menyatakan bahawa rekod-rekod tersebut adalah cacat, dan kiraan, simpanan rekod akaun dan tuntutan plaintif adalah salah dan tidak teratur. c. Bayaran sebanyak RM5,300 adalah untuk sewaan semasa berikutan perbincangan di antara plaintif dan defendan, dan bukan pengakuan tuntutan. d. Surat daripada juruaudit defendan hanyalah untuk urusan audit tahunan dan bukan untuk mengesahkan tuntutan plaintif atau mengakui liabiliti defendan. C. Penilaian Dan Dapatan Mahkamah [9] Tuntutan plaintif telah dinilai oleh mahkamah dengan mengambil kira isu-isu berikut: a. Sama ada tuntutan plaintif dihalang oleh Akta Had Masa 1953; dan b. Sama ada defendan berhutang Jumlah Terhutang tersebut kepada plaintif. [10] Setelah meneliti keterangan-keterangan semasa perbicaraan serta hujahan-hujahan peguam-peguam yang bijaksana, mahkamah mendapati bahawa tuntutan plaintif tidak dihalang oleh Akta Had Masa 1953. Mahkamah juga mendapati bahawa plaintif telah membuktikan atas 4 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dasar imbangan kebarangkalian bahawa Jumlah Terhutang tersebut dihutang oleh defendan. [11] Isu-isu di atas akan dikupas satu persatu. Adakah Tuntutan Plaintif Dihalang Oleh Akta Had Masa 1953? [12] Seksyen 6(1) Akta Had Masa 1953 menyatakan: “6.(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan kemudian daripada ini, tindakan berikut tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh enam tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru, iaitu – (a) tindakan yang berasaskan kontrak atau tort; …” [13] Persoalan yang perlu dijawab dalam menentukan sama ada tuntutan plaintif dihalang oleh Akta Had Masa 1953, adalah bila kausa tindakan plaintif timbul. Defendan mengatakan bahawa plaintif tidak jelas menunjukkan bila kausa tindakan timbul. Menurut defendan, salah satu daripada asas tindakan plaintif, iaitu kehilangan silinder gas, berlaku lebih enam tahun dari tarikh pemfailan kes ini. [14] Hujahan peguam plaintif yang bijaksana berkenaan hal ini adalah berasaskan hubungan perniagaan di antara plaintif dan defendan. Plaintif menyatakan hubungan di antara kedua-dua pihak adalah hubungan perniagaan secara berterusan di mana jumlah yang perlu dibayar oleh defendan kepada plaintif direkodkan di dalam satu running account. 5 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Konsep running account telah dipertimbangkan dalam Bajaj Textiles Ltd v Gian Singh & Co Ltd [1968] 1 MLJ 279, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “… In my opinion, the amount due on a running account is a cause of action known to the common law. The authority for this view is Re Footman Bower & Co Ltd [1961] 2 All ER 161, where Buckley J. said at page 165:– "In the case of a current account, where the debtor- creditor relationship of the parties is recorded in one entire account into which all liabilities and payments are carried in order of date as a course of dealing extending over a considerable period, the true nature of the debtor's liability is, in my judgment, a single and undivided debt for the amount of the balance due on the account for the time being without regard to the several items which as a matter of history contribute to that balance." The trial judge found there was a running account in the present case between the plaintiffs and the defendants. He said:– "From the evidence I find that the dealings between the parties consisted mainly of goods sold and delivered by the defendants to the plaintiffs and of loans from one to the other. The account between them was kept in the ledger of the defendants and the defendants debited the plaintiffs with the costs of the goods as and when 6 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal they were supplied and with the amount of the loans as and when they were made. The plaintiffs from time to time made payments to the defendants on account generally and credit was given in the ledger for these payments as they were made. The payments were made in varying sums and clearly were not made in respect of any particular debit. The plaintiffs also kept an account in the name of the defendants in which there was a series of credits and debits. The account between the parties is in fact a running account which to the knowledge of both parties is of that kind and kept in that way. The claim of the defendants is to recover from the plaintiffs the balance due on the running account but the defendants say that they do not owe anything to the plaintiffs and that in fact the defendants owe them on the running account." (penekanan ditambah) [16] Berdasarkan Bajaj Textiles Ltd (supra), suatu running account akan wujud apabila hubungan pemiutang-penghutang direkodkan di dalam satu akaun, dan terdapat satu hutang yang tunggal dan tidak berbahagi, untuk jumlah yang tertunggak pada sesuatu masa. [17] Mahkamah mendapati akaun defendan dengan plaintif memenuhi syarat running account, kerana penyata-penyata akaun dihantar secara berterusan sepanjang hubungan perniagaan di antara plaintif dan defendan. Perkara ini disahkan oleh keterangan saksi defendan, Mala Hayati Othman, pengurus projek dan operasi defendan (“SD-1”). SD-1 7 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengesahkan bahawa defendan menerima penyata-penyata akaun daripada plaintif dari semasa ke semasa. SD-1 juga mengesahkan bahawa defendan tidak pernah mengadu tidak menerima penyata- penyata akaun daripada plaintif. Berdasarkan keterangan ini, mahkamah mendapati bahawa hubungan perniagaan di antara plaintif dan defendan adalah hubungan perniagaan secara berterusan, dan penyata-penyata akaun yang dikeluarkan adalah running account. [18] Dalam Leisure Farm Corporation v Chow Tat Chow & Anor [2019] 1 LNS 169, Mahkamah Tinggi mendapati bahawa bagi transaksi running account, jumlah yang tertunggak adalah tertunggak secara keseluruhan, dan bukanlah berdasarkan jumlah setiap transaksi yang spesifik. Mahkamah menyatakan seperti berikut: “[19] As indicated in the dicta of Sir William Grant that was quoted, a running account is very much like one in respect of an overdraft facility granted by a bank. There is but one account within which transactions are conducted thereunder. Each debit and credit is within that one account such that at any one time there is either one debt or none. It matters not the to and fro of credits and debits within that one account. They "...form one blended fund, the parts of which have no longer any distinct existence...". As there is but one account, it is not the date of the transactions within that one account that matters for the purposes of limitation. This can be understood from the judgment of Tengku Maimun JCA (as her she then was) in Ekuiti Setegap Sdn Bhd v. Plaza 393 Management Corporation [2019] 2 CLJ 592; [2018] 1 LNS 259; [2018] 4 MLJ 284 at p 295: 8 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "[32] Before we proceed with the main issues, we wish to state at the outset that we find no appealable error in respect of the learned judge's finding that the plaintiff's claim is based on a running account. In Wembley Industries Holdings Bhd, it was held: ... a running account is a single account and not a composite of its various parts. A payment made on account of a running account is in respect of the entire outstanding balance, with the result that time is extended for the whole of the debt. It appears, therefore that a running account will become statute-barred only if more than six years elapse between the supply of the last article under it and the last payment on account …” (penekanan ditambah) [19] Berdasarkan Leisure Farm Corporation (supra) dan Ekuiti Setegap Sdn Bhd v Plaza 393 Management Corporation [2019] 2 CLJ 592 (yang dirujuk di dalam Leisure Farm Corporation (supra)), oleh kerana akaun di antara plaintif dan defendan adalah running account, had masa bagi kausa tindakan plaintif perlu dikira dari tarikh akhir jumlah hutang defendan menjadi tertunggak. Penyata-penyata akaun telah dihantar secara berterusan kepada defendan sehingga tahun Oktober 2019. Oleh itu, jumlah yang perlu dibayar oleh defendan akan menjadi tertunggak secara keseluruhan sekitar Oktober 2019. Dalam keadaan ini, 9 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pemfailan tindakan ini masih di dalam had masa di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953. [20] Saya turut bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa seksyen 26(2) Akta Had Masa 1953 terpakai. Seksyen 26(2) menyatakan: “(2) Jika apa-apa hak tindakan telah terakru bagi mendapat kembali apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan wang yang tertentu jumlahnya, atau apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi kepunyan orang yang mati atau terhadap apa- apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, dan orang yang bertanggungan atau bertanggungjawab terhadapnya mengakui tuntutan itu atau membuat apa-apa bayaran berkenaan dengannya, hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh bayaran terakhir: …” (penekanan ditambah) [21] Adalah tidak dipertikaikan bahawa defendan membuat bayaran sejumlah RM5,300 kepada plaintif pada 28 April 2018. Seksyen 26(2) Akta Had Masa 1953 terpakai dalam pembayaran tersebut, dan kausa tindakan boleh dikatakan terakru pada tarikh pembayaran tersebut. [22] Sama seperti pembayaran yang dibuat, surat daripada akauntan defendan, KS Tan & Associates bertarikh 21 Jun 2019, di mana KS Tan & Associates mengesahkan bahawa menurut buku-buku mereka, defendan berhutang sebanyak RM279,916.16 kepada plaintif, merupakan pengakuan liabiliti defendan (lihat Ibai Golf & Country Club Bhd v 10 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Laman Kejora Sdn Bhd [2019] 12 MLJ 446). Kausa tindakan juga boleh disifatkan terakru pada tarikh pengakuan ini, menurut seksyen 26(2) Akta Had Masa 1953. [23] Kedua-dua pengakuan di atas bermakna pemfailan tindakan plaintif ini pada tahun 2019 adalah masih di dalam masa di bawah Akta Had Masa 1953. Adakah Defendan Berhutang Jumlah Terhutang Tersebut? [24] Isu seterusnya yang perlu dipertimbangkan adalah sama ada defendan sebenarnya berhutang Jumlah Terhutang tersebut. Jumlah Terhutang tersebut telah dikira oleh plaintif berdasarkan invois-invois yang dikeluarkan oleh plaintif, harga sewaan setiap silinder dan nilai kerosakan silinder-silinder yang berkenaan. [25] Plaintif telah mengemukakan keterangan yang menyokong Jumlah Terhutang tersebut, melalui Karen Choo Bee Hoon, pengurus kewangan dan operasi plaintif (“SP-2”). Dalam penyata saksinya, SP-2 menyatakan seperti berikut: “8. Q: Please inform the court, according to the plaintiff’s records, what is the sum which is due and owing from the defendant to the plaintiff? A: According to the plaintiff’s records, as at 31.10.2019, there is a sum of RM1,236,895.36 due and owing from the defendant to the plaintiff. 11 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Q: Please inform the court what is the breakdown of this sum of RM1,236,895.36? A: The breakdown is as follows; i) Pasir Gudang branch - RM360,700.16 ii) Labuan branch - RM6,824.00 iii) Bintulu branch - RM54,371.20 iii) gas cylinders and pallets still in the defendant’s possession - RM 815,000.00 10. Q: Please refer to the bundle of documents filed in court and inform the court the statement of account and the supporting invoices and documents for the respective items stated above. A: i) Pasir Gudang branch - RM360,700.16 The statement of account showing the balance as at 31.10.2019 can be found at enclosure 13 B3 pages 35 and 36 (pages 283 and 284). The sum of RM360,700.16 is reflected at the bottom part of B3 page 36 (page 284). B3 pages 37 until 131 (pages 285 until 379) at enclosure 13 are the monthly statement of accounts from 30.9.2019 working backward to 31.7.2014. 12 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The supporting invoices for these statements of account can be found at enclosure 17 (B6), 18(B7) , 19 (B8) and 20(B9) , as follows B6 page 89 until 104, B7 page 5 until 54, B8 page 5 until 52, and B9 page 5 until 51 (pages 699 until 856). ii) Labuan branch - RM6,824.00 The statement of account can be found at enclosure 13 B3 pages 31 until 34 (pages 279 until 282) .The final balance is at B3 page 34 (page 282). The supporting invoices can be found at enclosure 17 B6 at pages 53 until 88 (pages 664 until 698). iii) Bintulu branch - RM54,371.20 The statement of account showing the balance as at 31.10.2019 can be found at enclosure 12, B2 page 41 and 42 (page 167 and 168). The sum of RM54,371.20 as at 31.10.2019 is reflected at the bottom of B2 at page 42 (page 168). Pages 169 until 278 at enclosures 12 and 13 are the monthly statement of accounts from 30.9.2019 working backward to 31.7.2014. See enclosure 12, B2 pages 43 until 128 and enclosure 13, B3 page 5 until 30. 13 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The supporting invoices for these statements of accounts can be found at enclosure numbers 14, 15 and 17 at pages 381 until 663. See enclosure 14, B4 page 7 until 122, enclosure 15 B5, page 5 until 125 and enclosure 17 B6 page 5 until 52. iv) gas cylinders and pallets still in the defendant’s possession RM815,000.00 The statement of account can be found at enclosure 11, B1 page 21 until 45 (pages 33 until 57) of the bundle of documents. With regard to the calculation, the plaintiff sent the defendant revised quotation and these can be found at enclosure 11, B1 page 7 until 19 (pages 19 until 31). The calculation of the sum owing is as follows; I refer to paragraph 11 of the statement of claim. See enclosure 8 IP at page 11 and 12 (pages 9 and 10). I then cross refer to the plaintiff’s statement of account found at enclosure 11 B1, page 21 (page 33). Firstly, regarding the cylinders. I refer to the statement of claim (enclosure 8 IP page 11 (pages 9) ). For cylinder the number of units is 14 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 975. This number of units of 975 can be found at enclosure 11 B1 page 21 (page 33) at the right side, at the bottom. The unit price of RM800.00 per unit can be found at enclosure 11, B1 page 12 (page 24), under “description” at the 1st column. Also please see the same enclosure i.e enclosure 11 B1 at page 11 (page 23) at item number (5) “lost of cylinder/pallets”. Secondly, regarding the “nitrogen Pallet Manifold and the Nitrogen Pallet Frame”. The number is 7 for each and the unit price is RM3,000.00 and RM2,000.00 respectively. Please see the statement of claim (enclosure 8 IP page 12 (pages 10)). The number of pallet of 7 can be found in the statement of account at enclosure 11 B1 page 21 (page 33) at the columns at the top at “PLT” “N2” the number “7”. “PLT” means pallet. The unit price can be found at enclosure 11,B1 page 12 (page 24), under “description” at the 3rd and 4th columns. The supporting invoices can be found at enclosure numbers 20, 21 and 22 as follows; enclosure 20 B9 page 54 until 102; enclosure 21, B10 page 5 until 80 and enclosure 22 B11 page 5 until 74 (pages 857 until 1049) of the bundle of documents.” 15 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [26] Mahkamah mendapati bahawa dokumen-dokumen yang dikeluarkan yang dirujuk di dalam keterangan SP-2, iaitu penyata-penyata akaun, invois-invois, nota-nota penghantaran dan nota-nota debit mewujudkan kontrak di antara plaintif dan defendan (lihat Perangsang Dagang Sdn Bhd v Tanjung Teras Sdn Bhd & Ors [2008] 2 CLJ 199 dan Suara Baru Sdn Bhd v Borhill Estates Sdn Bhd [2018] MLJU 808). [27] Mahkamah turut mendapati bahawa keterangan yang diberikan oleh SP-2 adalah mencukupi untuk membuktikan Jumlah Terhutang tersebut. Ini adalah kerana setiap penyata akaun, invois yang dikeluarkan, nilai sewaan silinder dan nilai kerosakan silinder-silinder yang berkenaan telah diperincikan. [28] Walau bagaimanapun, defendan mempertikaikan rekod-rekod plaintif dan menyatakan bahawa rekod-rekod plaintif adalah cacat, dan kiraan, simpanan rekod akaun dan tuntutan plaintif adalah salah dan tidak teratur. [29] Salah satu isu yang ditimbulkan oleh defendan berkaitan dengan hal ini adalah berkenaan jumlah sewa bulanan untuk silinder-silinder gas. Defendan menyatakan bahawa jumlah sewa bulanan yang telah dipersetujui di antara plaintif dan defendan adalah RM5,000 untuk jumlah silinder yang tidak dinyatakan (unspecified amount of cylinders). Walau bagaimanapun, mahkamah mendapati bahawa defendan telah bersetuju dengan sewaan pada kadar RM5,000 sebulan, untuk jumlah maksimum 800 silinder. Jumlah ini telah dipersetujui di mesyuarat pada 12 Disember 2012 yang dihadiri oleh wakil-wakil defendan dan plaintif, dan telah disahkan melalui minit mesyuarat yang dikeluarkan oleh plaintif. Bagi jumlah melebihi 800 silinder, kadar sewaan adalah RM8 sebulan bagi 16 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal setiap silinder mulai 1 Jun 2014. Ini dinyatakan di dalam surat bertarikh 20 Mei 2014 yang dikeluarkan kepada defendan. [30] Adalah perlu ditekankan bahawa defendan menerima silinder- silinder yang dihantar oleh plaintif tanpa sebarang bantahan, dan selanjutnya menjual gas ke pelanggan-pelanggannya dan mendapat keuntungan daripada penjualan tersebut. Bantahan terhadap kadar sewaan yang ditetapkan hanya dibuat oleh defendan pada tahun 2016, sedangkan kadar sewaan telah ditetapkan pada tahun 2012, dan di antara tahun-tahun tersebut, defendan telah menerima silinder-silinder gas tanpa bantahan. [31] Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya defendan tidak bersetuju dengan kadar yang ditetapkan, defendan tidak seharusnya menerima silinder-silinder tersebut semasa silinder-silinder tersebut dibekalkan. Tindakan defendan menerima silinder-silinder tersebut tanpa bantahan menunjukkan bahawa defendan telah menerima silinder- silinder pada harga yang ditetapkan. [32] Plaintif juga menuntut kerosakan silinder deripada defendan, untuk jumlah sebanyak RM15,200. Defendan membantah tuntutan plaintif dengan menyatakan bahawa rekod-rekod plaintif berkenaan dengan silinder-silinder rosak adalah salah dan tidak teratur kerana plaintif enggan membekalkan defendan dengan rekod penyelenggaraan silinder. [33] Mahkamah mendapati bahawa rekod-rekod penyelenggaraan silinder adalah tidak relevan dalam tuntutan kerosakan silinder oleh plaintif. Semasa menerima silinder-silinder daripada plaintif, adalah menjadi tanggungjawab defendan untuk memeriksa silinder-silinder yang 17 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diterima dan memastikan silinder-silinder tersebut berada dalam keadaan baik. Sekiranya terdapat kerosakan semasa penerimaan silinder-silinder tersebut, defendan tidak sepatutnya dan tidak akan menerima silinder- silinder tersebut. [34] Oleh kerana defendan telah menerima silinder-silinder yang berkenaan tanpa sebarang bantahan, mahkamah berpendapat bahawa atas dasar imbangan kebarangkalian, silinder-silinder yang diserahkan oleh plaintif kepada defendan adalah tidak rosak, dan kerosakan hanya berlaku semasa silinder-silinder tersebut berada di dalam milikan defendan. Dalam keadaan ini, plaintif berhak menuntut jumlah untuk silinder-silinder rosak tersebut daripada defendan. [35] Plaintif telah mengeluarkan nota-nota debit bertarikh 1 April 2013 berkenaan dengan silinder-silinder rosak tersebut. Nombor silinder- silinder yang rosak telah ditandakan dengan jelas di dalam nota-nota debit tersebut. Nota-nota debit ini tidak dibantah oleh defendan pada masa yang berkenaan. Adalah tidak wajar untuk defendan membuat bantahan terhadap silinder-silinder rosak tersebut hanya setelah tindakan difailkan terhadapnya. [36] Bantahan yang dibuat oleh defendan berkenaan rekod-rekod plaintif yang dikatakan tidak teratur juga tidak dapat ditegakkan, memandangkan plaintif telah menghantar laporan-laporan penyelarasan (reconciliation reports) kepada defendan sepanjang hubungan perniagaan di antara plaintif dan defendan. Defendan menghujahkan bahawa laporan-laporan ini membuktikan bahawa terdapat kesilapan dalam rekod-rekod plaintif, tetapi mahkamah berpendapat bahawa laporan-laporan ini mengukuhkan ketepatan rekod-rekod plaintif. Ini 18 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memandangkan apa-apa perbezaan di antara rekod-rekod plaintif dan rekod-rekod defendan dapat diselaraskan, untuk memastikan ketepatan rekod-rekod tersebut. [37] Berdasarkan penilaian mahkamah berkenaan dengan isu rekod- rekod plaintif, mahkamah mendapati bahawa atas dasar imbangan kebarangkalian, rekod plaintif adalah tidak cacat, dan tuntutan plaintif adalah teratur. Apa yang jelas berkenaan isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan adalah isu-isu ini ditimbulkan selepas plaintif mula menuntut jumlah-jumlah yang terhutang oleh defendan. Ini menunjukkan bahawa bantahan-bantahan ini bukan dibuat secara tulen tetapi hanya merupakan alasan-alasan untuk mengelak pembayaran Jumlah Terhutang tersebut. D. Keputusan [38] Berdasarkan penilaian di atas, mahkamah mendapati bahawa plaintif telah membuktikan tuntutannya terhadap defendan, atas dasar imbangan kebarangkalian. Tuntutan plaintif dibenarkan, dengan kos. Bertarikh 9 September 2022 - sgd - Adlin Abdul Majid Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Bahagian Dagang (NCC6) Kuala Lumpur 19 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam: Plaintif : Allen Miranda (bersama dengan Suraiya Mohd Arif) daripada Tetuan Suraiya Arif Miranda & Tan Defendan : Harcharanjit Singh daripada Tetuan Harcharanjit Singh & Associates Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Had Masa 1953, seksyen 6(1), seksyen 26(2) Kes-Kes Yang Dirujuk: Bajaj Textiles Ltd v Gian Singh & Co Ltd [1968] 1 MLJ 279 Ekuiti Setegap Sdn Bhd v Plaza 393 Management Corporation [2019] 2 CLJ 592 Ibai Golf & Country Club Bhd v Laman Kejora Sdn Bhd [2019] 12 MLJ 446 Leisure Farm Corporation v Chow Tat Chow & Anor [2019] 1 LNS 169 Perangsang Dagang Sdn Bhd v Tanjung Teras Sdn Bhd & Ors [2008] 2 CLJ 199 Suara Baru Sdn Bhd v Borhill Estates Sdn Bhd [2018] MLJU 808 20 S/N zKTAk5npNkaZpXlwTEot1g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal