BUKIT BUMIJAYA SDN BHD ADAM BIN KHAIRUL HURRI (berniaga di bawah nama dan gaya AMR MALAYA VENTURES (002980110-K))
Court found plaintiff disclosed a bona fide serious issue; procedural objections did not cause irremediable prejudice; defendant's force majeure defence was unpersuasive in light of payments and failure to resume performance; clause 14.1 created a lien entitling plaintiff to restrain removal of listed equipment; on...
Source-derived case information.
- Citation
- AA-B52NCvC-32-09/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Bukit Bumijaya Sdn Bhd; Defendant: Adam bin Khairul Hurri (berniaga sebagai AMR Malaya Ventures)
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 December 2022
- Case Number
- AA-B52NCvC-32-09/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Suit (guaman Sivil) / Interlocutory Injunction Application — Judgment Granting Interim Injunction Until Final Disposal
- Outcome
- Interim injunction granted until final disposal of action; costs in the cause.
- Legal Topics
- Breach of Contract, Lien, Interlocutory Injunction, Force Majeure, Balance of Convenience, Adequacy of Damages
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Bukit Bumijaya Sdn Bhd
Plaintiff
Adam bin Khairul Hurri (berniaga sebagai AMR Malaya Ventures)
Defendant
Procedural Posture
Civil Suit (guaman Sivil) / Interlocutory Injunction Application — Judgment Granting Interim Injunction Until Final Disposal
Legal Issues
- 1 Whether plaintiff disclosed a bona fide serious issue to be tried
- 2 Whether balance of convenience favours granting interlocutory relief
- 3 Whether damages are an adequate remedy or if irreparable harm would result
Ratio Decidendi
Court found plaintiff disclosed a bona fide serious issue; procedural objections did not cause irremediable prejudice; defendant's force majeure defence was unpersuasive in light of payments and failure to resume performance; clause 14.1 created a lien entitling plaintiff to restrain removal of listed equipment; on balance of convenience plaintiff would suffer greater and irreparable prejudice (including risk of SA cancellation) so interim injunction until final disposal was justified.
Court Disposition
Interim injunction granted until final disposal of action; costs in the cause.
Orders
- Interim injunction restraining defendant and its agents from entering Plot 4 (approximately 122 acres) in Kinta Lake City, Mukim Tronoh, Daerah Kinta, Perak
- Interim injunction restraining defendant and its agents from interfering with plaintiff or its agents carrying out extraction and removal of silica sand on or from Plot 4
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AA-B52NCvC-32-09/2022 Kand. 26 21/02/2023 16:13:41 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. AA-B52NCvC-32-09/2022 ANTARA BUKIT BUMIJAYA SDN BHD .......... PLAINTIF [1273282-V] DAN ADAM BIN KHAIRUL HURRI BERNIAGA DIBAWAH NAMA DAN GAYA “AMR MALAYA VENTURES” (002980110-K) ......... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Plaintif telah dilantik melalui satu surat anugerah bertarikh 31-5-2019 (SA) oleh Pengurusan Pasir Perak Sdn Bhd (3P), iaitu, anak syarikat milik Menteri Besar Incorporated of Perak (MB Inc.) untuk mengambil dan memindah pasir silika di Tronoh (Projek). Plaintif kemudiannya telah memasuki satu perjanjian subkontrak dengan Defendan bertarikh 17.7.2020 (Subkontrak), yang mana, Defendan sebagai Subkontraktor bersetuju memberi perkhidmatannya kepada Plaintif untuk Projek tersebut yang termasuk dan tidak terhad kepada membiayai, membekal pekerja, material, peralatan, menyelia dan mentadbir pelaksanaan hak dan lesen Projek tersebut, di samping Page 1 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal segala pembayaran bagi Lesen Pemindahan Bahan Mineral, Tribut dan apa jua bayaran yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada 3P akan ditanggung oleh Defendan sepenuhnya seperti yang terkandung di dalam SA tersebut yang juga merupakan sebahagian daripada intipati PerSub itu dengan terma-terma selanjutnya seperti berikut, a) Defendan dikehendaki membayar kepada Plaintif deposit sekuriti sebanyak RM201,330.74, b) Defendan hendaklah mengeluarkan sekurang-kurangnya 25,000 tan metrik pasir silika sebulan dari tanah Projek tersebut, c) jika Defendan gagal melakukan perenggan (b) di atas, maka Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif royalti pada kadar RM2.30 bagi setiap tan metrik untuk perbezaan royalti berat pasir silika yang sebenarnya dikeluarkan dan dibayar dengan amaun yang dikehendaki untuk dikeluarkan menurut Subkontrak tersebut, a) jika Defendan gagal membayar kepada Plaintif, maka Plaintif berhak di atas lien untuk menahan segala struktur, peralatan, jentera, penambah-baikan, hak dan keistimewaan Defendan sebagai jaminan pembayaran royalti atau apa jua bayaran yang terakru dan perlu dibayar kepada Plaintif [2] Kausa tindakan Plaintif adalah berkenaan dengan pemecahan Subkontrak apabila Defendan gagal mengeluarkan sekurang-kurangnya 25,000 tan metrik pasir silika sebulan dan/atau membayar royalti mengikut jumlah yang diperuntukkan di dalam Subkontrak tersebut selain gagal membayar Tribut berjumlah RM33,232.28 kepada 3P menurut Subkontrak tersebut setelah mereka melakukan sebahagian Page 2 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Projek tersebut. Plaintif telah mendahulukan yang sama bagi mengelakkan SA tersebut dibatalkan akibat kemungkiran Defendan. [3] Plaintif telah failkan Lampiran 5 iaitu Notis permohonan ex-parte untuk Perintah- perintah seperti berikut: (a) suatu perintah injunksi menghalang Defendan dan/atau pekerjanya dan/atau pengkhidmatnya dan/atau ejennya daripada memasuki sebidang tanah yang berukuran lebih kurang 122 ekar yang dikenali sebagai Plot 4 yang terletak dibawah Wilayah Kinta Lake City, Mukim Tronoh, Daerah Kinta, Negeri Perak; (b) suatu perintah injunksi menghalang Defendan dan/atau pekerjanya dan/atau pengkhidmatnya dan/atau ejennya daripada menganggu Plaintif dan/atau pekerjanya dan/atau pengkhidmatnya dan/atau ejennya melakukan kerja-kerja mengambil dan memindahkan pasir silika di atas atau dari tanah seluas 122 ekar yagn dikenali sebagai Plot 4 yang terletak dibawah Wilayah Kinta Lake City, Mukim Tronoh, Daerah Kinta, Negeri Perak; (c) suatu perintah injunksi menghalang Defendan dan/atau pekerjanya dan/atau pengkhidmatnya dan/atau ejennya daripada mengambil dan/atau mengeluarkan segala struktur, peralatan, jentera seperti yang dinyatakan di bawah ini, berdasarkan keberhutangan Defendan dan hak Plaintif terhadap struktur, peralatan dan jentera tersebut di bawah lien menurut klausa 14.1 Perjanjian bertarikh 17.7.2020 diantara Bukit Bumijaya Sdn Bhd dan Adam bin Khairul Hurri (berniaga dibawah nama dan gaya AMR Malaya Ventures); Page 3 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Bil Butiran Jumlah 1. Excavator 5 2. Wheel Loader 1 3. Off Road Tipper Lorry 6 4. Water Pump Engine 3 5. Air Compressor 1 6. Steamroller 1 7. Cabin 2 (d) Mahkamah ini menetapkan satu (1) tarikh pendengaran permohonan melalui Notis Permohonan ini secara interpates; e) Kos permohonan ini menjadi kos di dalam kausa; dan f) Apa-apa perintah dan relif yang difikirkan sesuai dan maanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Pihak Plaintif telah mendapatkan perintah interim ex-parte bagi Notis permohonan Lampiran 5 pada 6.9.2022. Semasa pengurusan kes pada 26.9.2022, pihak-pihak telah memakumkan kepada Mahkamah bahawa kedua-dua pihak bersetuju sementara pelupusan Lampiran 5 tersebut, satu perintah ad interim diberikan oleh Mahkamah ini keatas Lampiran 5 dengan akujanji terhadap gantirugi daripada Plaintif. Lampiran 5 telah didengar secara inter-parte dan keputusan Mahkamah pada 15.12.2022 adalah seperti berikut: Page 4 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Perintah injunksi interim dibenarkan bagi perenggan (a), (b) dan (c) di dalam Lampiran 5 sehingga pelulusan muktamad tindakan ini. Kos di dalam kausa”. [4] Pihak Defendan tidak berpuashati dengan keputusan Mahkamah ini dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi atas keputusan tersebut. [5] Alasan pihak Plaintif memohon perintah Injunksi adalah seperti berikut: a) Defendan telah memungkiri Subkontrak apabila gagal mengeluarkan sekurang-kurangnya 25,000 tan metrik silika sebulan dan gagal membayar royalti mengikut jumlah yang diperuntukkan. b) Defendan gagal membayar Tribut berjumlah RM33.232.28 kepada 3P menurut Subkontrak setelah mereka melakukan sebahagian Projek tersebut dan oleh yang demikian, Plaintif telah mendahulukan yang sama bagi mengelakkan SA tersebut dibatalkan akibat kemungkiran Defendan. c) Setelah Plaintif memaklumkan kepada pihak 3P penamatan Defendan sebagai subkontraktor, Defendan telah dengan tidak munasabah menghalang Plaintif sebagai pemegang lesen bersama dengan ekuiti tanah Projek tersebut daripada memasukinya. Defendan telah dengan sengaja mengorek lubang di atas jalan akses ke tanah Projek tersebut dengan menghalang Plaintif daripada memasuki tanah Projek tersebut. d) Tindalah dan halangan yang dilakukan oleh Defendan itu telah dan akan terus terjejas tanggungjawap Plaintif selagi Defendan tidak ditegah daripada melaukan yang sama melalui relif-relif yang dipohon. e) Tindakan Defendan juga boleh akibatkan SA dibatalkan oleh 3P diatas kegagalan Plaintif melaksanakan tanggunjawapnya. Page 5 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal f) Plaintif mempunyai ‘good arguable case’ dam terdapat persoalan yang serius untuk dibicarakan. g) Plaintif akan alami kerugian yang sukar untuk dianggarkan dan/atau dipampas sekiranya injunksi tidak diberikan. h) Plaintif memberi akujanji bahawa sekiranya Mahkamah membenarkan permohonan injunksi dan kemudiannya berpendapat bahawa injunksi tidak harus diberikan, Plaintif akan menanggung apa jua kerugian yang ditimpa Defendan. [6] Hujah Pihak Defendan adalah seperti berikut: a) Sebelum ini, Plaintif telah failkan guaman sivil No. AA-B52NCvC-27- 08/2022 di Mahkamah Sesyen Ipoh dan fakta-fakta yang sama dengan guaman ini. Kes tersebut telah ditarik balik. Plaintif gagal membuat pendedahan mengenai guaman terdahulu dan kegagalan ini secara sendri mewajarkan penolakan Notis permohonan ini kerana Plaintif gagal untuk membuat pendedahan yang terus dan terang. Rujuk kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Srbausahan Makmur Bhd [2004] 1 CLJ 239. b) Notis Permohonan Lampiran 5 adalah defektif/cacat dan tidak boleh diperbaiki kerana Plaintif langsung tidak merujuk kepada sebarang Aturan dan kaedah di dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai KKM 2012) dan juga tidak merujuk kepada sebarang seksyen di dalam Akta Relief Spesifik 1950. Plaintif juga telah memohon untuk injunksi berkekalan dan bukannya satu injunksi interim sehingga Page 6 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pelupusan bicara guaman ini dan ini tidak diperuntukkan dibawah Aturan 29, kaedah 1 KKM 2012. c) Tuntutan Plaintif adalah pra-matang. Rujuk klausa 12 (Termination of Agreement) Perjanjian. Perjanjian hanya boleh ditamatkan sekiranya (yang mana berlaku paling awal): i) Kerja-kerja dibawah Perjanjian dan semua jumlah wang kepada Menteri Besar Incorporated (MB Inc.), Pengurusan Pasir Perak dan Plaintif diterima; atau ii) Terdapat persetujuan sebulat suara oleh Plaintif dan AMR; atau iii) Terdapat perintah Mahkamah d) Tiada isu serius untuk dbicarakan kerana penamatan Perjanjian oleh Plaintif adalah pra-matang kerana peristiwa-peristiwa di atas tidak berlaku sama sekali untuk mewajarkan penamatan Perjanjian. e) Klausa 9 Subkontrak berkenaan dengan “Force Majuere” terpakai kerana hasil dari Perintah Kawalan Pergerakkan (dalam perbagai bentuknya) dan pandemik Covid-19, operasi dan pengusahaan Tanah oleh AMR tergendala bermula Jun 2021. Seawal 23.6.2021, AMR telahpun memaklumkan Plaintif mengenai “Force Majuere”. Rujuk kes Vijay Kumar Natarajan & Anor v Malaysia Airlines Berhad [2021] 1 LNS 881. f) ‘Balance of convenience’ memihak kepada Defendan kerana pelaburan keatas tanah hanya dilakukan oleh pihak Defendan. Tanpa akses kepada tanah, pihak Defendan tidak dapat mengekstrak dan mengeluarkan pasir silika. Plaintif tidak melakukan dan tidak pernah melakukan sebarang kerja pengekstrakkan atau pengeluaran pasir silika di Tanah. Page 7 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal g) Kesemua struktur, peralatan dan jentera atas Tanah adalah bernilai sekitar RM4,000,000.00 yang jauh melebihi tuntutan Plaintif di dalam writ iaitu RM463,669.26 dan RM33,232.28. Juga sebahagian daripada struktur, peralatan dan jentera tersebut adalah dimiliki oleh pihak ketiga dan bukan Defendan. h) Plaintif boleh diberi pampasan kewangan sekiranya Plaintif berjaya dalam guaman ini. Sekiranya Defendan berjaya di dalam guaman ini, ianya sukar untuk Defendan diberi pampasan kewangan kerana taksiran kerugian Defendan berdasarkan jumlah pasir silika yang boleh dijual pada masa sehingga guaman ini ditentukan sukar dikenalpasti. Juga struktur, peralatan dan jentera di atas Tanah akan terabai dan merosot dan tidak boleh digunkan untuk sebarang projek lain. i) ‘Status quo’ diantara Plaintif dan Defendan seharusnya dikekalkan, iaitu Defendan dibenarkan terus berada di Tanah untuk mengekstrak pasir silika. j) Selain daripada itu, Menteri Besar Perak telah mengeluarkan surat kepada MB Inc. bertarikh 15.8.2022 dan disalinkan kepada Defendan dan Defendan percaya bahawa satu keputusan telahpun dibuat oleh Menteri Besar Perak untuk terus membenarkan pihak Defendan hak untuk mengeksrak dan mengeluarkan pasir silika di dalam Tanah. k) Tiada surat pembaharuan awal bersyarat dikemukakan oleh Plainif untuk lanjutan yang kononnya diberikan pada 15.11.2021 untuk lanjutan sehinga 28.2.2024. Page 8 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pendapat Mahkamah [7] Mahkamah merujuk kepada Aturan 2, kaedah 3 KKM 2012 Bantahan awal untuk ketidakpatuhan kaedah-kaedah tidaklah dibenarkan (A. 2, k. 3) Mahkamah atau Hakim tidak boleh membenarkan apa-apa bantahan awal oleh mana-mana pihak kepada apa-apa kausa atau perkara atau prosiding hanya atas alasan ketidakpatuhan mana-mana peruntukan Kaedah- Kaedah ini melainkan jika Mahkamah atau Hakim berpendapat bahawa ketidakpatuhan itu telah menyebabkan suatu salah laksana keadilan yang substansial atau menyebabkan prejudis yang tidak boleh dibetulkan sama ada melalui pindaan atau suatu perintah yang bersesuaian bagi kos atau kedua-duanya. Mahkamah juga merujuk kepada Aturan 92 kaedah 4 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: Kuasa sedia ada Mahkamah 4. Bagi menghapuskan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Page 9 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah mendapati bahawa walaupun pihak Plaintif tidak menyatakan dibawah Aturan, kaedah atau seksyen mana permohonan untuk injunksi ini dibuat, pihak Defendan tidak diprejudis dengan permohonan ini kerana permohonan jelas menyatakan perintah-perintah injunksi yang dipohon. Mahkamah menggunakan kuasa sedia ada dibawah Aturan 92 kaedah 4 KKM 2012 untuk membuat perintah untuk mencegah ketidakadilan. Merujuk juga kepada Aturan 2, kaedah 3 KKM 2012, bantahan awal pihak Defendan ditolak. [8] Mahkamah juga berpendapat isu bahawa pihak Plaintif tidak memaklumkan kepada Mahkamah ini mengenai guaman sivil No. AA-B52NCvC-27-08/2022 terdahulu yang telah ditarik balik tidak menunjukkan bahawa pihak Plaintif gagal untuk membuat pendedahan yang terus dan terang. Kes tersebut tidak dibicarakan dan tiada apa-apa perintah diberikan di dalam kes tersebut melainkan kes telah dibatalkan kerana pihak Plaintif sendiri telah menarik balik kes tersebut. [9] Bagi notis permohonan ini, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 50 Akta Relief Spesifik 1950, Aturan 29 kaedah 1 dan Aturan A.1A KKM 2012. Aturan 29, kaedah 1 KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: “(1) An application for the grant of an injunction may be made by any party to a cause or matter before or after the trial of the cause or matter, whether or not a claim for the injunction was included in that party's writ, originating summons, counterclaim or third party notice, as the case may be. Page 10 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (2) Where the applicant is the plaintiff and the case is one of urgency such application may be made ex parte by summons supported by an affidavit but, except as aforesaid, such application must be made by summons. (2A) The affidavit in support shall contain a clear and concise statement: [Ins. PU(A) 364/93] (a) of the facts giving rise to the claim against the defendant in the proceedings; (b) of the facts giving rise to the claim for the interlocutory relief; (c) of the facts relied on as justifying application ex-parte, including details of any notice given to the defendant or, if none has been given, the reason for giving none; (d) of any answer asserted by the defendant (or which he is thought likely to assert) either to the claim in the action or to the claim for interlocutory relief; (e) of any facts known to the applicant which might lead the Court not to grant relief ex-parte; (f) of whether any previous similar ex-parte application has been made to any other Judge, and if so, the order made in that previous application; and (g) of the precise relief sought. (2B) Unless sooner revoked or set aside, an interim injunction obtained on an ex-parte application shall automatically lapse at the end of 21 days from the date on which it is granted.” Page 11 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah merujuk kepada kes Plusbury Development Sdn Bhd v. Goldpage Assets Sdn Bhd [2021] 1 LNS 1886 dimana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[31] It was our considered view that the decision of the learned Judge was correct as it was premised on the correct principle of law. The requirements in Keet Gerald Francis Noel John v. Mohd Noor bin Abdullah & Ors [1995] 1 CLJ 293; [1995] 1 MLJ 193 provides that: (a) the plaintiff's claim must disclose a bona fide serious issue to be tried. At this interlocutory stage, the court is not required to make a final determination on the merits of the claim or the rights of the parties; (b) they must then consider where the justice of the case lies. In doing so, the court must consider the harm that the injunction would produce by its grant and the harm that would result from its refusal and come to the conclusion as to which party would suffer greater injustice. In determining this, the court must consider whether damages would constitute an adequate remedy in respect of the plaintiff's claim. If damages are adequate, the court should not grant the injunction sought for; and (c) if the relevant factors are evenly balanced, the court should maintain the status quo.” Page 12 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Di dalam kes Perak Hydro Renewable Energy Corporation & Anor v. WakNgah Pili Bah Adim [2022] 10 CLJ 540, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: “[23] The Court of Appeal in Keet Gerald Francis Noel John v. Mohd Noor @ Harun Abdullah & Ors [1995] 1 CLJ 293, summarised the correct approach to be adopted in hearing an application for an interlocutory injunction. Gopal Sri Ram CJA said: To summarise, a judge hearing an application for an interlocutory injunction should undertake an inquiry along the following lines: First, he must ask himself whether the totality of the facts presented before him discloses a bona fide serious issue to be tried. He must, when considering this question, bear in mind that the pleadings and evidence are incomplete at that stage. Above all, he must refrain from making any determination on the merits of the claim or any defence to it. It is sufficient if he identifies with precision the issues raised on the joinder and decides whether these are serious enough to merit a trial. If he finds, upon a consideration of all the relevant material before him, including submissions of counsel, that no serious question is disclosed, that is an end of the matter and the relief is refused. On the other hand, if he does find that there are serious questions to be tried, he should move on to the next step of his inquiry; Second, having found that an issue has been disclosed that requires further investigation, he must consider where the justice of the case lies. In making his assessment, he must take into account all relevant matters, including the practical realities of the case before him. He must weigh the harm that the injunction would produce by its grant against the harm that would result Page 13 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal from its refusal. He is entitled to take into account, inter alia, the relative financial standing of the litigants before him. If after weighing all matters, he comes to the conclusion that the plaintiff would suffer greater injustice if relief is withheld, then he would be entitled to grant the injunction especially if he is satisfied that the plaintiff is in a financial position to meet his undertaking in damages. Similarly, if he concludes that the defendant would suffer the greater injustice by the grant of an injunction, he would be entitled to refuse relief. Of course, cases may arise where the injustice to the plaintiff is so manifest that the judge would be entitled to dispense with the usual undertaking as to damages (see Cheng Hang Guan & Ors v Perumahan Farlim (Penang) Sdn Bhd & Ors [1988] 1 CLJ Rep 435; [1988] 3 MLJ 90). Apart from such cases, the judge is entitled to take into account the plaintiff's ability to meet his undertaking in damages should the suit fail, and, in appropriate cases, may require the plaintiff to secure his undertaking, for example, by providing a bank guarantee; Thirdly, the judge must have in the forefront of his mind that the remedy that he is asked to administer is discretionary, intended to produce a just result for the period between the date of the application and the trial proper and intended to maintain the status quo, an expression explained by Lord Diplock in Garden Cottage Foods Ltd v. Milk Marketing Board [1984] AC 130; [1983] 2 All ER 770; [1983] 3 WLR 143 and applied in Cheng Hang Guan. It is a judicial discretion capable of correction on appeal. Accordingly, the judge would be entitled to take into account all discretionary considerations, such as delay in the making of the application or any adequate alternative remedy that would satisfy the plaintiff's equity, such as Page 14 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal an award of monetary compensation in the event that he succeeds in establishing his claim at the trial. Any question going to the public interest may, and in appropriate cases should, be taken into account. A judge should briefly set out in his judgement the several factors that weighed in his mind when arriving at his conclusion. [24] In summary, the court must apply the following principles: (i) whether there is a bona fide serious question to be tried; (ii) if there is a serious issue to be tried, the court must go on to decide where the justice of the case lies; and (iii) the judge must have in the forefront of his mind that the remedy he is asked to administer is discretionary, intended to produce a just result for the period between the date of the application and the trial proper.” [10] Pihak Defendan memberi alasan bahawa pasir silika yang dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk mengambil dan memindahkan di Projek itu tidak dapat dijual akibat pandemik Covid-19. Walaubagaimanapun, di dalam tempoh berkenaan, menurut Exhibit LBE-9 di dalam Lampiran 6, pihak Defendan telah membuat sebahagian pembayaran menurut Subkontrak tersebut di antara bulan Disember 2020 sehingga Mei 2021 yang membuktikan Projek itu boleh diusahakan. Defendan gagal untuk meneruskan dengan Subkontrak tersebut dari Mei 2021 meskipun notis telah diberikan kepada mereka untuk melakukan yang sama pada 24- 12-2021. Mahkamah merujuk kepada Klausa 14.1 Perjanjian (Ekshibit LBE-3 di dalam Lampiran 4). Menurut klausa ini “....... If AMRMV (Defendan) shall fail to pay any of Page 15 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the royalty or other payments .........BBJSB (Plaintif) shal have a lien upon any structures, equipment, machinery, improvements and rights and priviliges of AMRMV to secure the debt of royalty or other paymets due......”. Oleh yang demikian, permohonan pihak Plaintif untuk menghalang Defendan dan/atau pekerjanya dan/atau pengkhidmatnya dan/atau ejennya daripada mengambil dan/atau mengeluarkan segala struktur, peralatan, jentera seperti yang telah disenaraikan telah dibenarkan oleh Mahkamah ini. [11] Klausa 12 Perjanjian (Rujuk Ekshibit LBE-3 di dalam Lampiran 4) memperuntukkan keadaan-keadaan dimana Perjanjian boleh ditamatkan. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa mana-mana pihak tidak boleh menamatkan perjanjian jika suatu pihak berpendapat bahawa pihak yang lain telah memungkiri perjanjian. Di dalam kes ini, pihak Plaintif berpendapat bahawa pihak Defendan telah memungkiri terma perjanjain dan oleh yang demikian, tindakan ini telah dibawa ke Mahkamah. Mahkamah berpendapat tindakan Plaintif tidak pra- matang. [12] Mahkamah berpendapat ‘balance of convenience’ adalah memihak kepada pihak Plaintif kerana pihak Plaintif mempunyai tanggungjawab kontraktual dengan 3P yang mana berdasarkan kepada Subkontrak itu, Defendan mempunyai tanggungjawabnya terhadap Plaintif. Page 16 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dalam mempertimbangkan samada injuksi patut dibenarkan ataupun tidak, Mahkamah perlu melihat dari sudut pihak manakah yang mempunyai peluang yang paling kecil untuk tidak boleh membaikpulih prejudisnya. Mahkamah merujuk kepada kes National Commercial Bank Jamaica Ltd v Olint Corpn Ltd [2009] 1 WLR 1405, ms 1409 (TAB-C) “….. The purpose of such an injunction is to improve the chances of the court being able to do justice after a determination of the merits at the trial. At the interlocutory stage, the court must therefore assess whether granting or withholding an injunction is more likely to produce a just result…..” Seperti yang dihujahkan oleh pihak Plaintif, jika Lampiran 5 ini tidak dibenarkan dan dengan tindakan Defendan yang gagal memenuhi tanggungjawab kontraktualnya sejak Mei 2021, Plaintif akan mengalami kerosakan dan kerugian yang tidak mampu dipampas oleh pihak Defendan. Tindakan Defendan yang gagal mengusahakan Projek itu menurut Subkontraknya dan menghalang Plaintif daripada mengusahakan yang sama akan mengakibatkan Plaintif memungkiri SA yang telah diberikan oleh 3P dan gantirugi adalah tidak memadai bagi Plaintif sekiranya tuntutan mereka dibenarkan tetapi Lampiran 5 itu ditolak seperti yang telah diputuskan di dalam Polaroid Corporation v Eastman Kodak Co [1977] RPC 379, ms 395. Page 17 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “….. in every case of an application for an interlocutory injunction until trial the court must, in my judgment, approach the case with the object of making whatever order will be likely best to enable the trial judge to do justice between the parties, whichever way the decision goes at the trial. Their freedom of action should only be interfered with to an extent necessary to this end. This, as I understand the decision in the case of American Cyanamid Company v. Ethicon Limited [1975] A.C. 396; [1975] R.P.C. 513, is the reasoning underlying the decision of the House of Lords in that case. Accordingly, if the plaintiff can be compensated in damages for anything he may wrongfully suffer between the date of the application and the trial, the defendant should not be restrained, save in exceptional circumstances…..” [13] Mahkamah mengambil panduan daripada kes-kes di atas dan berpendapat bahawa tuntutan pihak Plaintif mendedahkan isu serius yang ‘bona fide’ untuk dibicarakan. Sekiranya permohonan Plaintif tidak dibenarkan, pihak Plaintif akan mengalami ketidakadilan yang lebih besar. Seperti yang diputuskan di dalam kes Tinta Press Sdn. Bhd. v Bank Islam Malaysia Bhd. [1987] 1 CLJ 447 berkenaan “granting of an interlocutory mandatory injunction before trial”, adalah diputuskan bahawa “ Such discretion however must be exercised and an injunction granted only in exceptional and extremely rare cases”. Page 18 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Setelah mengambil kira semua isu di dalam kes ini, Mahkamah berpendapat perintah injunksi interim sehingga pelupusan penuh tindakan ini adalah lebih wajar. Berdasarkan alasan-alasan seperti di atas, Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak Plaintif di Lampiran 5 sehingga pelulusan muktamad tindakan ini. Bertarikh pada 21 Februari, 2023 ……………………………...………… ( Priscilla Hemamalini Nadarajan) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh, Perak ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Peguamcara: Bagi pihak Plaintif : Tetuan Abbas & Ngan Bagi pihak Defendan : Tetuan Christopher & Lee Ong Page 19 of 19 S/N seop2FioKUSe1JxInD5LA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal