BULUH MADU TRADING SDN BHD LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA PIHAK KETIGA 1. ) JARIAH BINTI SULAIMAN 2. ) MUHAMMAD FIRDAUS BIN TUAH 3. ) KOPERASI FELDA SEMENCHU BERHAD
The court found on the evidence and documents that no privity of contract existed between the plaintiff and defendant and that the plaintiff's claim was entirely hopeless and without legal foundation; therefore the defendant's Order 18 r19 (Attachment 8) application was properly allowed and the plaintiff's claim was...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-22NCvC-55-05/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Buluh Madu Trading Sdn Bhd (1053935-A); Defendant: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA); Related Party: Buloh Madu Enterprise (JM0620478-H) / Buluh Madu Trading (JM0722401-X)
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 30 October 2023
- Case Number
- JA-22NCvC-55-05/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Claim / Appeal Against Order Striking Out Claim Under Order 18 Rule 19 (summary Disposal)
- Outcome
- Defendant's Attachment 8 application under Order 18 r19 allowed; plaintiff's claim against defendant struck out/dismissed.
- Legal Topics
- Summary Dismissal/strike Out, Privity of Contract, Assignment of Lease, Discovery/fishing Expedition, Compulsory Acquisition Compensation
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Buluh Madu Trading Sdn Bhd (1053935-A)
Plaintiff
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
Defendant
Buloh Madu Enterprise (JM0620478-H) / Buluh Madu Trading (JM0722401-X)
Related Party
Procedural Posture
Civil Claim / Appeal Against Order Striking Out Claim Under Order 18 Rule 19 (summary Disposal)
Legal Issues
- 1 Whether the plaintiff's writ disclosed any cause of action
- 2 Whether there was privity of contract between the plaintiff and defendant
- 3 Whether the defendant's application under Order 18 r19 was properly granted
Ratio Decidendi
The court found on the evidence and documents that no privity of contract existed between the plaintiff and defendant and that the plaintiff's claim was entirely hopeless and without legal foundation; therefore the defendant's Order 18 r19 (Attachment 8) application was properly allowed and the plaintiff's claim was struck out with costs.
Court Disposition
Defendant's Attachment 8 application under Order 18 r19 allowed; plaintiff's claim against defendant struck out/dismissed.
Orders
- Allow defendant's Attachment 8 application under Order 18 Rule 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 2012
- Strike out and dismiss the plaintiff's claim against the defendant
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-22NCvC-55-05/2023 Kand. 32 27/03/2024 12:36:18 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-22NCvC-55-05/2023 ANTARA BULUH MADU TRADING SDN BHD [Syarikat No: 1053935-A] …PLAINTIF DAN LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA [KEJORA] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Enclosure 8) [1] Ini adalah rayuan yang dibuat oleh Plaintif atas keputusan mahkamah ini membenarkan permohonan Lampiran 8 oleh Defendan untuk membatalkan tuntutan Plaintif ke atas Defendan yang dibuat di bawah Aturan 18 kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 atas alasan ia tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan, tuntutan adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan adalah suatu penyalahan proses Mahkamah berdasarkan dapatan Mahkamah bahawa tiada ‘privity of contract’ di antara Plaintif dan Defendan. Page 1 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Defendan dengan nama singkatan ‘KEJORA’ ialah sebuah agensi yang ditubuhkan di bawah Enakmen 118 (Enakmen Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 1972) dikurniakan beberapa hartanah termasuk hartanah dikenali sebagai PTD No. 2083, HS(D) 7849 Plot 5 Mukim Pengerang, Bukit Saga, Daerah Kota Tinggi (dirujuk sebagai “hartanah tersebut”). Plaintif Buluh Madu Trading Sdn Bhd (dengan no. syarikat 1053935-A), ialah sebuah syarikat sendirian berhad. Terdapat 2 lagi nama yang muncul dalam tuntutan ini seperti di perenggan berikut pada alasan penghakiman ini iaitu Buluh Madu Trading (dengan nombor syarikat JM0722401-X) dan Buloh Madu Enterprise (dengan nombor pendaftaran JM0620478-H). [3] Di antara alasan yang menjadi asas tuntutan Plaintif dalam Writ ini ialah berdasarkan kepada Perjanjian pajakan hartanah (3 + 27 tahun) yang dimasuki oleh Defendan dengan penama Koperasi Felda Semenchu (dirujuk sebagai “Koperasi” selepas ini) pada 26.8.1991 (lihat eksibit ‘K-1’ affidavit sokongan lampiran 9), di mana Koperasi kemudian telah melantik Plaintif dan telah melepaskan pajakan kepada Plaintif. Pelepasan pajakan kepada Plaintif ini dikatakan dibuat dalam pengetahuan Defendan. [4] Berdasar kepada rentetan kronologi menurut surat-surat dalam affidavit sokongan Defendan lampiran 9 dan affidavit balasan Plaintif lampiran 10, “Koperasi” melalui surat bertarikh 23.4.2012 telah memohon kepada Defendan untuk pelepasan pajakan hartanah tersebut daripada Koperasi kepada “Buloh Madu Enterprise”. Walau bagaimanapun, menurut Koperasi, bagi tujuan kelicinan pengurusan dan pemantauan, Buloh Madu Enterprise ditukar dan didaftar kepada syarikat Buluh Madu Trading Sdn Bhd iaitu Plaintif pada 8.7.2013. Page 2 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu berbangkit dan analisa Mahkamah [5] Plaintif menyatakan bahawa wujud kontrak pajakan di antara Plaintif dan Defendan kerana Defendan telah menerima bayaran pajakan RM17,500.00 yang dibuat oleh Plaintif melalui surat dan resit bertarikh 16.8.2013 dan 24.9.2013 seperti eskibit ‘AA-4’ affidavit balasan lampiran 10, tanpa apa-apa bantahan daripada Defendan. [6] Defendan menafikan memberi apa-apa persetujuan kerana surat- surat Defendan bertarikh 30.11.2014, 8.3.2015 dan surat rayuan bertarikh 13.2.2017 oleh Buluh Madu Trading Sdn Bhd kepada KEJORA di mana kandungan surat 30.11.2014 telah menolak permohonan Buluh Madu Trading Sdn Bhd untuk membina tapak di tanah plot 5 (hartanah tersebut) bagi menempatkan jentera. Surat bertarikh 8.3.2015 pula ialah daripada KEJORA tidak meluluskan permohonan pindahmilik pajakan hartanah tersebut daripada Koperasi kepada Plaintif (lihat eksibit ‘K-2’, ‘K-3’ dan ‘K- 4’ affidavit sokongan lampiran 9) yang disusuli dengan surat bertarikh 13.2.2017 oleh Plaintif kepada Defendan mengemukakan rayuan Plaintif atas perkara yang sama (ms 27 pdf lampiran 8 afidavit sokongan). [7] Berdasarkan surat terdahulu daripada “Koperasi” kepada Defendan bertarikh 23.4.2012 (eksibit ‘K-4’ affidavit sokongan lampiran 9), “Koperasi” telah mengemukakan permohonan pelepasan pajakan daripada “Koperasi Felda Semenchu” kepada Buloh Madu Enterprise. Selanjutnya, Plaintif menafikan menerima surat bertarikh 8.3.2015 yang tidak meluluskan pemindahan pajakan kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd dan turut mencabar kesahihan surat rayuan Plaintif bertarikh 13.2.2017 kepada Defendan. Page 3 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [8] Bagi surat bertarikh 30.11.2014 iaitu jawapan Defendan tidak meluluskan permohonan Plaintif kepada Defendan untuk meletakkan jentera, Plaintif mengambil pendirian bahawa surat ini menyokong penyataan Plaintif bahawa Plaintif adalah pemilik pajakan hartanah tersebut dan penolakan oleh Defendan untuk Plaintif menempatkan jentera ditolak adalah kerana hartanah tersebut ialah untuk tujuan pertanian dan bukan Pembangunan (dilampirkan surat bertarikh 30.11.2014 seperti di bawah). Ini tambahan Plaintif lagi, dengan tiada tindakan pengusiran diambil oleh Defendan terhadap Plaintif. Page 4 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [9] Mahkamah telah meneliti surat-surat yang dikemukakan, dan berdasarkan surat terdahulu daripada “Koperasi” kepada Defendan bertarikh 23.4.2012 (eksibit ‘K-4’ affidavit sokongan lampiran 9), ia telah mengemukakan permohonan pelepasan pajakan daripada “Koperasi Felda Semenchu” kepada Buloh Madu Enterprise. Ia kemudian disusuli dengan permohonan Koperasi untuk pindahmilik pajakan hartanah tersebut kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd yang telah dijawab oleh Defendan ‘TIDAK DILULUSKAN’ melalui surat bertarikh 8.3.2015. Page 5 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Plaintif di dalam affidavit balasannya lampiran 10 para 49, telah menafikan kesahihan surat bertarikh 13.2.2017, kandungannya yang menunjukkan Defendan menolak rayuan Plaintif ke atas keputusan tersebut kerana tandatangan Jariah yang berlainan. Plaintif juga melalui affidavit balasan Plaintif lampiran 11 para 6 dengan merujuk eksibit ‘AA- 2’, Plaintif menyatakan surat bertarikh 23.4.2012 juga telah diubah ‘tampered’ kepada ‘Buloh Madu Enterprise’ berbanding ‘Buluh Madu Trading’ di ‘AA-2’ (lihat para 15 alasan penghakiman untuk surat bertarikh 23.4.2012 ini eksibit ‘K-4’ Defendan). Page 6 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [11] Mahkamah ini berpendapat kandungan afidavit balasan Plaintif sendiri para 27 yang menyatakan pihak Defendan melalui surat bertarikh 17.6.2019 telah mengulangi kedudukan Defendan yang telah menolak permohonan pindah milik hartanah tersebut oleh Koperasi kepada Plaintif (lihat eksbit ‘AA-7’ affidavit balasan lampiran 10) dengan sendirinya menjawab kewujudan dan kesahihan surat bertarikh 13.2.2017. [12] Mahkamah telah melihat salinan surat bertarikh 23.4.2012 yang dikemukakan oleh Plaintif sebagai eksibit ‘AA-2’ dan mendapati kandungannya ialah permohonan pelepasan pajakan daripada Koperasi kepada Buluh Madu Trading. Bagi surat bertarikh 23.4.2012 ini yang dikatakan ‘tampered’ diubah oleh Defendan, Defendan melalui affidavit balasan lampiran 12 para 11 bersetuju surat bertarikh 23.4.2012 di eksibit ‘AA-2’ oleh Plaintif masih merujuk kepada Buluh Madu Trading namun ia bukan merujuk kepada Plaintif. [13] Jawapan Defendan pada pandangan Mahkamah ialah sebagai menegaskan tidak pernah berlaku pindah milik kepada Plaintif dan menjawab para (5) affidavit balasan Plaintif lampiran 11 yang menyatakan seperti berikut: “5. Yang Arif, kandungan di mukasurat 3 tersebut adalah surat Koperasi Felda Semenchu kepada Pengarah Defendan bertarikh 23.04.2012. Ekshibit di muka surat 4 EKSHIBIT K-4 Afidavit Sokongan defendan tersebut merupakan surat yang dikeluarkan oleh Koperasi Buluh Madu bertarikh 23.04.2012. surat tersebut merupakan surat yang dihantar kepada Pengarah KEJORA iaitu defendan untuk permohonan untuk pindahmilik pajakan kepada Plaintif.” Page 7 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] Tambahan pula, Mahkamah mendapati ini dijawab sendiri oleh affidavit Plaintif lampiran 10 para 35(c) bahawa Buluh Madu Trading hanya ditubuhkan pada 14.4.2015, oleh itu tidak munasabah untuk Defendan membuat pindaan pada surat bertarikh 23.4.2012 ini daripada Buloh Madu Enterprise kepada Buluh Madu Trading yang masih belum ditubuhkan ketika itu. Malahan, penyata tuntutan Plaintif para 6, pula menyatakan Koperasi melalui Mesyuarat Tahunan pada 23.4.2012 bersetuju melepaskan pajakan kepada Plaintif. Ini, walau bagaimanapun berbeza pula dengan resolusi Lembaga Koperasi juga bertarikh 23.4.2012 yang bersetuju melepaskan pajakan kepada Buluh Madu Trading. Page 8 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Surat bertarikh 23.4.2012 ini yang dieksibitkan oleh Defendan sebagai ‘K-4’ affidavit sokongan lampiran 9 (ms 29 pdf.) mengandungi endorsmen penerimaan surat ini oleh Defendan yang menunjukkan catatan diterima pada tarikh 2.5.2012 dan catitan minit untuk tindakan bertarikh 3.5 seperti berikut: (Mahkamah percaya ia adalah minit oleh Pengarah KEJORA kepada SU (setiausaha) untuk tindakan, yang terkandung pada surat yang sama. Surat ini turut mengandungi cop Koperasi di bahagian tandatangan penulis iaitu Pengerusi Koperasi. Page 9 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [16] Surat yang dikatakan dikemukakan oleh PTGKT (yang dikatakan diperolehi melalui proses ‘discovery’ tapi tanpa apa-apa perintah dilampirkan) tidak mengandungi kedua-dua endorsmen penerimaan dan cop Koperasi ini. Mahkamah lebih menjurus ke arah menerima surat eksibit ‘K-4’ ini dan menolak surat eksibit ‘AA-2’ kerana kandungan surat 23.4.2012 oleh Defendan ini disokong oleh ‘Cabutan Minit Mesyuarat Koperasi’ bertarikh 24.11.2011 yang menunjukkan resolusi persetujuan untuk melepaskan pajakan hartanah tersebut kepada Buloh Madu Enterprise (lihat eksibit ‘K-4’ affidavit sokongan Defendan lampiran 9 di bawah). Dengan ini, Mahkamah menerima surat eksibit ‘K-4’ ini sebagai sahih dari segi kandungannya. Page 10 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [17] Berhubung dengan proses ‘discovery’, Plaintif telah merujuk kepada permohonan ‘Discovery Documents’ sebagaimana yang dideposkan di para 29 afidavit balasan Plaintif lampiran 10 yang memohon Defendan membekalkan dokumen-dokumen antaranya seperti berikut bagi membuktikan berlakunya pelepasan pajakan daripada Koperasi: a) Surat penyerahan hakmilik pajakan hartanah tersebut oleh Koperasi kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd (1053935-A); b) Perjanjian pajakan hartanah di antara Koperasi dan Defendan untuk tahun 2011, 2012, 2013 dan ke atas; c) Surat penyerahan pindah milik pajakan hartanah tersebut oleh Koperasi kepada Buluh Madu Trading JM 0722401-X; d) Perjanjian pajakan baru antara KEJORA dengan Buluh Madu Trading JM 0722401-X; e) Resit pembayaran pajakan hartanah tersebut di atas oleh Buluh Madu Trading JM 0722401-X kepada KEJORA; f) Minit mesyuarat KEJORA menolak permohonan pindah milik hartanah tersebut oleh Koperasi kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd (1053935-A); g) Surat pemberitahuan KEJORA kepada PTGKT mengenai pemegang pajakan hartanah tersebut; h) Surat pemulangan semula bayaran pajakan oleh KEJORA kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd (1053935-A) selepas permohonan pindahmilik pajakan oleh Koperasi kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd tidak dibenarkan; i) Laporan terperinci nilai hartanah dan laporan nilai harta atas tanah oleh Pejabat Tanah Galian Kota Tinggi mengenai hartanah tersebut; j) … (tidak berkenaan) Page 11 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal k) … (tidak berkenaan) l) … (tidak berkenaan) [18] Pada 7.10.2020, Mahkamah Tinggi Johor telah membenarkan lampiran 10 ini. Walau bagaimanapun, Defendan hanya membekalkan dokumen di subpara (i) kepada Plaintif manakala dokumen lain tiada dalam simpanan dan pengetahuan Defendan. Mahkamah ini berpendapat lain-lain dokumen tersebut tidak relevan untuk tujuan membuktikan Plaintif adalah pemegang pajakan yang sah atas hartanah ini dan ia lebih kepada ‘fishing expedition’. Pengambilan tanah dan bayaran pampasan [19] Pada tahun 2018, hartanah tersebut kemudian terlibat dalam projek pengambilan tanah oleh kerajaan untuk program RAPID Petronas, sebelum tamat tempoh pajakan yang dipersetujui di antara Koperasi dan Defendan. Ini menyaksikan pampasan gantirugi diberikan kepada pemegang pajakan. Defendan telah mendapat arahan kerajaan untuk menguruskan pampasan gantirugi kepada semua pihak termasuk pemegang pajakan. Bayaran, walau bagaimanapun telah dibuat kepada Buluh Madu Trading. [20] Menurut Defendan, bayaran yang dibuat kepada Buluh Madu Trading adalah berdasarkan kepada Borang H Notice of Award and Offer of Compensation yang dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Kota Tinggi pada 25.9.2018 (lihat eksbit ‘K-5’ affidavit sokongan lampiran 9). Carian SSM yang dibuat Defendan mengesahkan kewujudan Buloh Madu Enterprise di mana En. Tuah Bin Jaafar disenaraikan sebagai salah seorang rakan kongsi Buloh Madu Enterprise. En. Tuah Bin Jaafar juga Page 12 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hadir semasa pendengaran pampasan pada 25.9.2018, sebagai wakil kepada Buluh Madu Trading. [21] Berdasarkan affidavit balasan Plaintif, terdapat surat daripada Defendan bertarikh 26.3.2019 kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd melampirkan bayaran secara ‘EFT’ atas pampasan bayaran bagi pengambilan alih hartanah ini. Resit bayaran walau bagaimanapun dicatit dibayar kepada ‘Buluh Madu Trading’ (lihat eksibit ‘AA-5’ affidavit balasan lampiran 10) (pg 48pdf). [22] Defendan kemudian mengakui membuat kesilapan dalam menghantar surat bertarikh 26.3.2019 dialamatkan kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd berhubung bayaran pampasan tersebut namun sedar ia sepatutnya dihantar ke Buluh Madu Trading. Ini berdasarkan penolakan oleh Defendan ke atas permohonan pertukaran pajakan oleh Koperasi kepada Buluh Madu Trading Sdn Bhd melalui surat Defendan terdahulu bertarikh 8.3.2015. Pada dapatan Mahkamah, ini menjelaskan kenapa bayaran dibuat kepada Buluh Madu Trading sebagaimana resit eksibit ‘AA-5’. [23] Dapatan Mahkamah, keputusan pihak Defendan ini adalah selari dengan para 1(f) perjanjian pajakan di antara Koperasi dan Defendan (lihat eksibit ‘K-1’ affidavit sokongan lampiran 9) yang memperuntukkan seperti berikut: “SYARAT-SYARAT DAN KADAR BAYARAN PAJAKAN 1. Pemajak dengan ini mengaku janji dengan KEJORA seperti berikut: Page 13 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (f) Pemajak tidak dibenarkan menyerah hak, mencagar, menyewa kecil atau berkongsi milik Kawasan tersebut ataupun sebahagian daripadanya kepada sebarang orang, badan atau syarikat tanpa persetujuan awal secdara bertulis daripada pihak KEJORA.” [24] Tambahan juga, Plaintif melalui affidavit balasannya lampiran 10 para 19 telah bertindak bertentangan dengan klausa 1(f) ini apabila menyatakan telah menyewakan tapak di tanah tersebut kepada pihak ketiga yang tidak dinamakan. Plaintif, walau bagaimanapun tidak ada mengemukakan apa-apa doukumen untuk menunjukkan adanya persetujuan bertulis daripada Defendan berhubung pemindahan pajakan hartanah ini daripada Koperasi kepada Plaintif atau pihak ketiga yang tidak dinamakan ini. [25] Bayaran pampasan gantirugi pengambilan tanah dibuat oleh PTGKT sebagaimana dalam Borang H adalah berdasarkan wakil yang dinamakan oleh Koperasi di dalam Borang G yang hadir semasa pendengaran pengambilan No. 3/2018 iaitu Buluh Madu Trading di mana Borang G yang tertera ‘the relevant party nominated from the Form G, including those being awarded and also those with privileges towards the land’ menghendaki nama-nama wakil yang mempunyai kepentingan dikenalpasti. [26] Sebagai tambahan, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa jikapun ada bayaran yang dibuat oleh Plaintif sebagaimana bayaran pada 24.9.2013 berjumlah RM17,500.00 untuk tujuan tempoh pajakan 3 + 27 tahun, ia masih tidak menyangkal bahawa perjanjian pajakan yang telah diwujudkan ialah di antara Koperasi dan Defendan dan tidak dengan Plaintif. Jika tidak, tiada keperluan untuk Page 14 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Plaintif mengemukakan permohonan kepada Defendan yang membawa kepada surat balasan daripada Defendan bertarikh 8.3.2015. [27] Plaintif menafikan menerima surat bertarikh 8.3.2015 ini tetapi tidak menafikan kandungan surat ini yang merujuk kepada permohonan yang telah dibuat oleh Plaintif. Dalam erti kata lain, Plaintif tidak menafikan ada membuat permohonan yang dirujuk dalam kandungan surat bertarikh 8.3.2015 ini. Atas alasan ini, Mahkamah memutuskan surat-surat bertarikh 8.3.2015 dan surat Defendan bertarikh 13.2.2017 jawapan kepada rayuan Plaintif adalah benar dan wujud. [28] Di dalam kes Mahkamah Agong, Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation [1993] CLJ 7, Mahkamah menggariskan pemakaian A18 K19 Kaedah Mahkamah Tinggi 2012 ini kepada: a) it is only plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under the rule; b) the summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer on the face of it is obviously unsustainable; c) it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence; d) if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under 033 r3 of the ROC; and e) the court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. Page 15 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Lihat juga kes-kes: Ng Chia Wei v Air Asia [2019] 1 MLRH 288, Norihan Bt Talib v Mohd Nasir Bin Hassan [2018] 3 MLRA 112 (COA). [29] Berdasarkan kepada keseluruhan analisa di atas, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa lampiran 8 dibenarkan kerana berpuas hati bahawa kes pihak Plaintif adalah suatu yang jatuh bawah ‘pleading entirely hopeless’ or ‘without any legal or equitable foundation’ atas alasan tiada ‘privity of contract’ (lihat kes Mahkamah Persekutuan: penghakiman oleh Gopal Sri Ram JCA dalam Badiadin Bin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393; penghakiman oleh Ahmad Fairuz CJ dalam Suwiri Sdn Bhd v Government of the State of Sabah [2008] 1 MLJ 743) . Dengan itu, lampiran 8 dibenarkan dengan kos dan tuntutan Plaintif ke atas Defendan dibatalkan. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 26 Mac 2024 Page 16 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal KAUNSEL Bagi pihak Plaintif: Shaik Saleem bin Daud Tetuan Shaik Adam & Co Peguambela & Peguamcara No. 20-01 Taman Perbadanan Islam Larkin Jalan Cenderasari 3 81200 Johor Bahru Bagi pihak Defendan: Saifuzzaman Abd Rahman Tetuan Saifuzz & Co Peguambela & Peguamcara No. 02-12, Second Floor Nong Chik Riverside Commercial Jalan Kolam Ayer 2 80200 Johor Bahru Page 17 of 17 S/N ZsrEkU8s8Eyh4yDCmitoZw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal