CHEW LOY CHOO 1. ) CHOW HEAP SENG 2. ) GENTLE BUILT SDN BHD
The settlement agreement required mutual consent of beneficiaries to the appointment of an auctioneer; the 1st Defendant's request that multiple auctioneers be proposed was reasonable and capable of implementation without causing improper delay; therefore the Plaintiff could not unilaterally proceed and the...
Source-derived case information.
- Citation
- PA-22NCvC-102-06/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Chew Loy Choo (Administrator of the Estate of Chew Soo Thun @ Chew Soo Tan); First Defendant: Chow Heap Seng; Second Defendant: Gentle Built Sdn Bhd
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 22 March 2024
- Case Number
- PA-22NCvC-102-06/2020 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Suit (estate Administration) / Interlocutory Application for Court Orders Relating to Appointment of Auctioneer and Sale by Public Auction
- Outcome
- Plaintiff's application dated 16.10.2023 (Exhibit 65) dismissed
- Legal Topics
- Appointment of Auctioneer, Enforcement of Settlement Agreement, Consent Among Beneficiaries, Abuse of Process
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Chew Loy Choo (Administrator of the Estate of Chew Soo Thun @ Chew Soo Tan)
Plaintiff
Chow Heap Seng
First Defendant
Gentle Built Sdn Bhd
Second Defendant
Procedural Posture
Civil Suit (estate Administration) / Interlocutory Application for Court Orders Relating to Appointment of Auctioneer and Sale by Public Auction
Legal Issues
- 1 Whether the 1st Defendant unreasonably withheld consent to the appointment of the auctioneer proposed by the Plaintiff
- 2 Whether the Court should appoint the auctioneer or enforce terms of the settlement agreement
- 3 Whether the Plaintiff's application amounted to an abuse of process
Ratio Decidendi
The settlement agreement required mutual consent of beneficiaries to the appointment of an auctioneer; the 1st Defendant's request that multiple auctioneers be proposed was reasonable and capable of implementation without causing improper delay; therefore the Plaintiff could not unilaterally proceed and the application seeking court orders to impose its choice was an abuse of process and is dismissed.
Court Disposition
Plaintiff's application dated 16.10.2023 (Exhibit 65) dismissed
Orders
- Application dismissed
- No order as to costs
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
PA-22NCvC-102-06/2020 Kand. 79 10/07/2024 11:26:28 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG GUAMAN SIVIL NO: PA-22NCvC-102-06/2020 ANTARA CHEW LOY CHOO (No. K/P: 590430-07-5866) [sebagai Pentadbir Harta Pusaka CHEW SOO THUN @ CHEW SOO TAN (simati)] … PLAINTIF DAN 1. CHOW HEAP SENG … DEFENDAN PERTAMA 2. GENTLE BUILT SDN BHD … DEFENDAN KEDUA KEPUTUSAN A. PENDAHULUAN [1] Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan di Lampiran 65 untuk mendapatkan perintah seperti berikut: [a] bahawa CBRE-WTW Valuation & Advisory Sdn Bhd (No. Syarikat: 197401001098) dilantik oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk mengendalikan kesemua perkara yang berkaitan, relevan dan/atau diperlukan untuk tujuan penjualan melalui lelongan awam selaras dengan suatu Perintah Persetujuan bertarikh 31.10.2022 dalam tindakan ini dibaca dengan suatu Perjanjian Penyelesaian bertarikh 9.11.2022 yang dibuat di 1 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal antara Plaintif dan Defendan Pertama berkenaan dengan dua (2) bidang hartanah yang dikenali sebagai Tanah Pegangan No: 664 dan 665, kedua-duanya T.S. 19, Daerah Timur Laut, Negeri Pulau Pinang yang dipegang di bawah Pegangan Asal No: 1112, 1120 dan 1076 bersama-sama dengan premis yang beralamat di No. 6A dan 6, Jalan Masjid, 10200 Pulau Pinang masing-masing (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai (Hartanah tersebut); [b] bahawa terma-terma utama sepertimana yang dilampirkan sebagai Appendix A haruslah menjadi sebahagian daripada apa-apa perjanjian jual-beli bertulis yang bakal ditandatangani dengan mana- mana pembida yang berjaya (successful bidders) dalam lelongan awam Hartanah-hartanah tersebut; [c] bahawa Defendan Pertama harus:- (i) menandatangani serta mengembalikan perjanjian jual- beli bertulis yang dirujuk pada perenggan (2) di atas, Surat lkatan Serah Hak (Deed of Assignment), instrumen pindah-milik (Borang 14A Kanun Tanah Negara) dan segala dokumen- dokumen lain yang relevan; dan (ii) melakukan kesemua tindakan, perkara, langkah dan perbuatan yang diperlukan untuk dan/atau berkaitan dengan penjualan Hartanah tersebut dalam masa empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan permintaan yang berkenaan oleh Defendan Pertama atau peguamcara Defendan Pertama (within fourteen (14) days from the date of receipt by the 1st Defendant or the 1st defendant's solicitors of the corresponding request); 2 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [d] bahawa kesemua kos, perbelanjaan, yuran, caj dan pembiayaan (disbursements) yang dinyatakan di dalam sebutan harga (quotation) Pelelong tersebut sepertimana yang dilampirkan sebagai Appendix B harus dibayar daripada hasil jualan (proceeds of sale) Hartanah tersebut; [e] bahawa kos permohonan ini ditanggung oleh Defendan Pertama secara peribadi atas dasar indemniti penuh (personally on a full indemnity basis) dan harus ditolak daripada bahagian hasil jualan Hartanah tersebut yang patut diterima oleh Defendan Pertama untuk dibayar kepada Plaintif; [f] bahawa penyampaian sendiri (personal service) Perintah ini, Perintah Persetujuan tersebut dan Perjanjian Penyelesaian ke atas Defendan Pertama adalah langsung tidak diperlukan (totally dispensed with) di bawah Aturan 45, Kaedah 7(7) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk tujuan apa-apa jua proses pelaksanaan kelak termasuk, tetapi tidak terhad kepada, prosiding komital penghinaan Mahkamah yang Mulia ini; [g] deklarasi bahawa Defendan Pertama adalah dianggap mempunyai pengetahuan penuh mengenai kesemua terma- terma di dalam Perintah ini, Perintah Persetujuan tersebut serta Perjanjian Penyelesaian tersebut; [h] bahawa Plaintif diberikan kebebasan untuk memohon kepada Mahkamah yang Mulia ini untuk sebarang perintah dan/atau arahan selanjutnya yang diperlukan untuk melaksanakan, menguatkuasakan dan/atau memberi kesan sepenuhnya kepada Perintah ini, Perintah Persetujuan tersebut dan Perjanjian Penyelesaian tersebut; dan 3 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [i] apa jua relif-relif dan/atau perintah-perintah lain yang dianggap suaimanfaat, perlu dan adil oleh Mahkamah yang Mulia ini; B. LATARBELAKANG [2] Plaintif adalah pentadbir dan waris kepada Harta Pusaka Chew Soo Thun @ Chew Soo Tan manakala Defendan Pertama merupakan salah seorang antara waris bagi Hartanah tersebut. Plaintif dan Defendan Pertama bersama-sama waris-waris yang lain telah memasuki Perjanjian Persetujuan pada 9.11.2022 antara lainnya untuk menjual Hartanah tersebut melalui lelongan awam dan hasil jualan dibahagikan kepada waris-waris yang berhak mengikut bahagian masing-masing. Antara terma-terma utama Perjanjian Persetujuan tersebut adalah seperti berikut:- [a] Plaintif dan Defendan Pertama, dengan kebenaran kesemua pihak-pihak berkepentingan yang lain, akan menjual Hartanah tersebut melalui suatu lelongan awam; [b] Plaintif dan Defendan Pertama diperlukan bekerjasama dalam mendapatkan kebenaran kesemua pihak-pihak berkepentingan yang lain untuk :- (i) menjual Hartanah tersebut; dan (ii) melantik seorang penilai dan pelelong berdaftar bagi tujuan penjualan Hartanah tersebut. 4 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Plaintif menyatakan Defendan Pertama tanpa alasan yang munasabah membantah terhadap pelantikan Pelelong yang dicadangkan oleh Plaintif iaitu CBRE-WTW Valuation & Advisory Sdn Bhd. Defendan Pertama juga dikatakan tidak memberikan apa-apa kerjasama kepada dengan Plaintif dalam usaha merealisasikan penjualan Hartanah tersebut. [4] Defendan Pertama menghujahkan beliau setiap masa material tidak berniat untuk melengah-lengahkan proses lelongan awam Hartanah tetapi hanya meminta Plaintif mencadangkan beberapa nama Pelelong supaya pihak-pihak dapat membuat perbandingan dari segi yuran, kos dan "track record" demi memaksimakan hasil jualan memandangkan terdapat waris-waris yang lain yang berhak ke atas hartanah tersebut selain daripada Plaintif dan Defendan Pertama. Sebaliknya Defendan Pertama tidak mengenali mana-mana Pelelong berlesen di Malaysia kerana beliau merupakan seorang warganegara Singapura. Oleh yang demikian, Plaintif adalah lebih wajar untuk mencadangkan beberapa nama Pelelong supaya Defendan Pertama dan waris-waris yang lain dapat membuat pilihan secara keputusan majoriti. C. ANALISA DAN KEPUTUSAN [5] Di tahap ini adalah tidak menjadi pertikaian bahawa Perjanjian Penyelesaian adalah terpakai dan mengikat pihak-pihak yang terlibat. Adalah diperhatikan bahawa keengganan Defendan Pertama untuk menandatangani surat persetujuan untuk penjualan Hartanah tersebut adalah berasas kepada keutamaan bagi waris-waris untuk diberi peluang memilih Pelelong yang terbaik bagi menjalankan penjualan Hartanah tersebut. Menurut Defendan Pertama, tindakan Plaintif menamakan 5 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hanya satu (1) Pelelong sahaja boleh membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa kerana tiada persaingan. [6] Adalah tidak dinafikan bahawa kesemua pihak bersetuju kandungan Perintah Persetujuan dan Perjanjian Penyelesaian yang antara lain menyatakan bahawa: “(a) the Property be sold by way of a public auction; (b) that parties shall mutually assist each other in obtaining the consents of other beneficiaries to the appointment of an auctioneer; and; (c) that parties are given liberty to apply for further orders.” [6] Berpandukan kepada terma Perjanjian Penyelesaian, adalah jelas kesemua waris hendaklah membantu antara sama lain dalam mendapat persetujuan untuk melantik seorang Pelelong. Di sini didapati Plaintif dan Defendan Pertama gagal mencapai persetujuan terma-terma tersebut. [7] Namun begitu, Defendan Pertama tidak mempunyai sebarang bantahan untuk Hartanah tersebut dilelong secara lelongan awam tetapi mempertikaikan pilihan Pelelong yang dikemukakan oleh Plaintif kerana Defendan Pertama berpendapat perlu ada pilihan nama-nama pelelong yang lain selain daripada CBRE-WTW Valuation & Advisory Sdn Bhd agar kesemua pihak yang berkepentingan dapat membuat perbandingan terutamanya daripada segi kos dan yuran. Langkah ini adalah untuk kebaikan waris-waris bagi mendapatkan keuntungan maksima daripada hasil penjualan Hartanah tersebut dan dibuat secara majoriti dengan mengambilkira pendapat dari waris-waris yang lain. 6 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [8] Oleh itu, persoalan di sini sama ada keengggan Defendan Pertama untuk memberi persetujuan kepada Plaintif mengenai pelantikan Pelelong yang buat oleh Plaintiff merupakan suatu perbuatan yang tidak munasabah dan disifatkan sebagai menghalang penjualan Hartanah tersebut. [9] Berpandukan fakta di atas, saya berpendapat terma-terma Perjanjian Persetujuan telah menekankan kepada persetujuan bersama antara pihak-pihak. Sekiranya tiada sebarang persetujuan dicapai, maka cadangan oleh Plaintif tidak boleh diteruskan. Oleh itu, dalam hal cadangan Defendan Pertama ianya perlu diambilkira demi kepentingan bersama. Pada padangan saya, cadangan oleh Defendan Pertama adalah munasabah dan boleh dilaksanakan oleh Plaintif tanpa apa kesukaran. Oleh kerana Defendan Pertama tiada mempunyai sebarang bantahan mengenai penjualan, perkara ini tidak perlu dibawa untuk mendapatkan perintah Mahkamah. Permohonan ini merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah dan satu pembaziran masa kehakiman kerana ianya boleh diselesaikan diantara pihak-pihak dengan mudah. [10] Setelah membaca afidavit-afidavit yang difailkan, hujahan bertulis dan lisan pihak-pihak, saya menolak permohanan Plaintiff bertarikh 16.10.2023 (Lampiran 65) dengan tiada perintah untuk kos. 7 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tarikh: 10 Julai 2024 Peguamcara bagi Pihak-Pihak Ten Han Ker & Loke Wei Jian (Tetuan B.C. Teoh & Yeoh) bagi pihak Plaintif. Norazira binti Ab Rahman (Tetuan Salina, Lim Kim Chuah & Co.) bagi pihak Defendan Pertama. 8 S/N TCNCJgcC7Uyg6Gztw5zOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal