Wan Nur Shafida Binti Wan Hashim bagi pihak [Tetuan Seow & Megat] 1. ) Zul Helmi Bin Wakiman @ Wagiman bagi pihak Pertama [Tetuan Anandan Krishnan, Sahrihan & Partners] 2. ) Franky Irwan Bin Abdul Rashid bagi pihak [Jabatan Insolvensi Malay
Court held that applicant by filing a proof of debt without referring to or reserving its security was treated as surrendering its security and proving for the whole debt; consequently all payments received from the bankrupt after the bankruptcy order (total RM142,897.87, including surplus RM38,299.14) vested in the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-29PB-293-05/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: CIMB Bank Berhad; Respondent 1: Azizah binti Manan; Respondent 2: Ketua Pengarah Insolvensi Cawangan Negeri Sembilan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 15 June 2022
- Case Number
- WA-29PB-293-05/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Post Bankruptcy Civil Application Under Order 17 and Section 8(1)(b) Insolvency Act 1967 / Judgment on Originating Summons
- Outcome
- Originating summons dismissed in part; applicant's substantive claims denied; estate (Director General) entitled to funds received post-bankruptcy
- Legal Topics
- Secured Creditor Rights, Proof of Debt, Vesting of Bankrupt's Property, Assignment of Property, Entitlement to Surplus Funds
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
CIMB Bank Berhad
Applicant
Azizah binti Manan
Respondent 1
Ketua Pengarah Insolvensi Cawangan Negeri Sembilan
Respondent 2
Procedural Posture
Post Bankruptcy Civil Application Under Order 17 and Section 8(1)(b) Insolvency Act 1967 / Judgment on Originating Summons
Legal Issues
- 1 Whether the applicant (secured creditor) is entitled to retain or receive surplus payments made by the bankrupt after the bankruptcy order
- 2 Whether filing a proof of debt without reserving security constitutes surrender of security and proof for the whole debt
- 3 Whether payments made by the bankrupt after the bankruptcy order vest in the Director General of Insolvency and must be handed to him
Ratio Decidendi
Court held that applicant by filing a proof of debt without referring to or reserving its security was treated as surrendering its security and proving for the whole debt; consequently all payments received from the bankrupt after the bankruptcy order (total RM142,897.87, including surplus RM38,299.14) vested in the Director General of Insolvency and must be delivered to the Director; applicant ordered to release the funds to the Director within 14 days and to bear costs as ordered.
Court Disposition
Originating summons dismissed in part; applicant's substantive claims denied; estate (Director General) entitled to funds received post-bankruptcy
Orders
- Applicant to release the entirety of RM142897.87 (including surplus RM38299.14) to the Director General of Insolvency (Respondent 2) within 14 days
- Costs to be paid by the applicant as per paragraph 4 of the originating summons
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (SAMAN PEMULA NO. WA-24NCC-239-05/2021) KES PASCA KEBANKRAPAN GUAMAN NO: WA-29PB-293-05/2021 Dalam perkara mengenai hartanah di bawah pegangan Hakmilik Sementara H.S.(D) 10553, Lot No. PT 15277, Mukim Ampang, Daerah Ulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan Dan Dalam perkara Aturan 17 Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 Dan Dalam perkara Seksyen 8(1)(b) Akta Insolvensi 1967 ANTARA CIMB BANK BERHAD (No. Syarikat: 197201001799 (13491-P) …PEMOHON DAN 1. AZIZAH BINTI MANAN (No. K/P: 6507711-05-5636/A0130089) …RESPONDEN PERTAMA 1 2. KETUA PENGARAH INSOLVENSI CAWANGAN NEGERI SEMBILAN …RESPONDEN KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN (Saman Pemula dan prosiding di Mahkamah) 1. Dalam kes ini, Pemohon CIMB Bank Berhad (Pemohon), telah memohon melalui Saman Pemula bertarikh 28.5.2021 (Saman Pemula) supaya Responden Pertama (R1) dan Responden Kedua (R2), yakni, Ketua Pengarah Insolvensi, Cawangan Negeri Sembilan, hadir di hadapan Mahkamah untuk satu permohonan oleh Pemohon untuk perintah-perintah seperti berikut: (i) Satu deklarasi bahawa Pemohon sebagai pemegang serahhak bagi sebuah rumah berkembar dua tingkat yang dipegang di bawah Hakmilik Sementara H.S.(D) 10553, Lot No PT 15277, Mukim Ampang, Daerah Ulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”) berhak untuk menerima bayaran yang dibuat oleh R1 di bawah Kemudahan Pinjaman tersebut; (ii) Satu deklarasi bagi menyelesaikan pertikaian berhubung dengan tuntutan R1 dan R2 ke atas lebihan wang berjumlah RM38,299.14 (selepas ini dirujuk sebagai “Wang Lebihan tersebut”) yang dibayar oleh R1 kepada Pemohon di bawah Kemudahan Pinjaman tersebut; 2 (iii) Bahawa Pemohon diberi kuasa untuk melepaskan Wang Lebihan tersebut kepada R1 atau R2 atau sebagaimana yang diperintahkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini; (iv) Kos bagi permohonan ini dibayar oleh Responden yang berkaitan dan/atau oleh R1 dan R2; (v) Pemohon hanya akan melepaskan Wang Lebihan tersebut kepada mana-mana pihak sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Yang Mulia ini dalam masa empat (14) hari setelah kos bagi pemohonan ini dibayar oleh Responden yang berkaitan dan/atau R1 dan R2; (vi) Secara alternatif, Pemohon berhak untuk menolak kos bagi permohonan ini daripada Wang Lebihan tersebut dan hanya baki Wang Lebihan tersebut akan dilepaskan kepada Responden yang berkitan sebagaimana menurut perintah Mahkamah. 2. Pada awal perbicaraan Saman Pemula ini yang diadakan pada 6.12.2021, Mahkamah telah mendengar kesemua peguam-peguam yang mewakli pihak-pihak di Saman Pemula ini dan menetapkan tarikh 21.1.2022 sebagai tarikh keputusan Saman Pemula ini. 3. Walau bagaimanapun, pihak R1 secara sendiri telah tiba-tiba memohon kepada pihak Mahkamah untuk diberi peluang menghadiri secara fizikal pada tarikh keputusan tersebut dan melantik peguam yang baru, yakni Tetuan Anandan Krishnan, Sahrihan & Partners, pada 20.1.2022 untuk mewakili beliau. R1 telah juga membangkit 3 beberapa isu-isu yang melibatkan pihak Pemohon, bekas peguam beliau dan juga pihak R2. 4. Sehubungan dengan kebangkitan isu-isu tersebut oleh R1, Mahkamah telah memberi peluang kepada R1 untuk hadir di Mahkamah pada 21.1.2021 dan menukar tarikh tersebut dari tarikh keputusan kepada tarikh pengurusan kes bagi membolehkan Mahkamah mendengar secara sendiri isu-isu yang dibangkitkan oleh R1. 5. Pada 21.1.2021 setelah mendengar R1 yang telah, antara lain menyatakan kepada Mahkamah ini bahawa kesemua dokumen beliau telah pun diberi kepada bekas peguamnya tetapi peguam tersebut tidak mengemukakan dokumen-dokumen tersebut ke Mahkamah. Mahkamah telah menggunakan budi bicaranya untuk memberi satu tarikh baru bagi pengurusan kes bagi mendapatkan status terbaru dan mengarahkan R1 untuk memberi sesalinan dokumen-dokumen tersebut kepada pihak Pemohon dan R2. 6. Seterusnya pada pengurusan kes pada 21.2.2022, Mahkamah telah memberi arahan lanjut untuk pemfailan Afidavit Tambahan oleh R1 dan jawapan dari Pemohon termasuk Hujahan Bertulis Lanjut dan menetapkan tarikh 4.4.2022 untuk tarikh sambung bicara yang mana peguam-peguam tidak membantah, dan di mana setelah mendengar peguam pihak-pihak berhujah, Mahkamah telah menetapkan tarikh 3.6.2022 sebagai tarikh keputusan Saman Pemula ini. 7. Setelah meneliti semula dokumen dan hujahan yang difailkan, Mahkamah telah mengarahkan pihak Pemohon untuk memfailkan 4 satu lagi Afidavit Tambahan mengenai status harta yang diserah hak (assigned) kepada Pemohon yang kemudiannya telah difailkan pada 14.6.2022 di Kandungan 47. Mahkamah telah memberikan keputusan bagi Saman Pemula tersebut pada 15.6.2022. Fakta Kes 8. Melalui satu surat Tawaran bertarikh 10.07.2002 (selepas ini dirujuk sebagai “Surat Tawaran tersebut”) Pemohon telah menawarkan dan R1 telah bersetuju menerima kemudahan pinjaman berjumlah RM100,000.00 (selepas ini dirujuk sebagai “Kemudahan Pinjaman tersebut”) berdasarkan kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Penjaman bertarikh 25.07.2002 (selepas ini dirujuk sebagai “Perjanjian Pinjaman tersebut”). 9. Kemudahan Pinjaman tersebut adalah untuk membiayai pembelian sebuah rumah berkembar 2 tingkat yang dipegang di bawah Hakmilik Sementara H.S.(D) 10553, Lot No. PT 15277, Mukim Ampang, Daerah Ulu Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”) yang mana R1 merupakan pembeli dan tuan punya kepada Hartanah tersebut. 10. Sebagai sekuriti kepada Kemudahan Pinjaman tersebut, R1 telah menyerahhakkan Hartanah tersebut kepada Pemohon melalui Suratikatan Penyerahhakkan berserta Surat Kuasa Wakil bertarikh 25.07.2002 (selepas ini dirujuk sebagai “Suratikatan Penyerahhakkan tersebut”). 5 11. Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman (selepas ini dirujuk sebagai “PP & PP”) telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Seremban terhadap R1 pada 10.6.2004 atas permohonan Bank Pembangunan Infrastruktur Malaysia. Hujahan Pemohon 12. Di dalam kes ini, Pemohon telah di antara lain berhujah bahawa: (i) Sepanjang masa yang material, R1 telah membuat bayaran ansuran bulanan bagi Kemudahan Pinjaman tersebut dan pemohon tidak mempunyai sebarang pengetahuan bahawa R1 telah diisytiharkan sebagai seorang Bankrap. Melalui suatu Carian Kebankrapan pada 17.04.2020, Pemohon telah dimaklumkan bahawa R1 telah diisytiharkan bankrap; (ii) Sebaik sahaja mengetahui status kebankrapan R1, pemohon telah menyemak akaun Kemudahan Pinjaman tersebut dan mendapati bahawa R1 telah membuat bayaran balik sebanyak RM142,897.87 selepas tarikh kebankrapan R1 iaitu selepas 10.06.2004 kepada Pemohon yang mana jumlah tersebut telah melebihi jumlah Kemudahan Pinjaman tersebut yang sepatutnya dibayar oleh R1; (iii) Justeru itu, terdapat lebihan wang yang telah dibayar oleh R1 iaitu sebanyak RM38,299.14 (selepas ini dirujuk sebagai “Wang Lebihan tersebut”); 6 (iv) Pada 28.08.2022, Pemohon telah menerima surat bertarikh 27.08.2020 daripada R1 memohon Wang Lebihan tersebut dikembalikan kepada beliau. Seterusnya, Pemohon telah menerima satu surat bertarikh 12.07.2021 daripada Tetuan Baharuddin Ali & Co., peguamcara terdahulu bagi R1 memohon untuk mendapatkan salinan pendua Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Pinjaman tersebut dan penyata akaun bagi Kemudahan Pinjaman tersebut serta menuntut Wang Lebihan tersebut dibayar balik kepada R1; (v) Borang Bukti Hutang yang difailkan pada 28.3.2008 tidak mempunyai kaitan dengan Kemudahan Pinjaman tersebut; (vi) Pemohon sebagai pemiutang bercagar ke atas Hartanah tersebut mempunyai hak kontrakual di bawah seksyen 8(2) Akta Insolvensi 1967 untuk menerima bayaran ansuran seperti yang tertakluk di dalam Kemudahan Pinjaman tersebut atau membuat penghasilan ke atas Hartanah tersebut; (vii) Setelah mengetahui kebankrapan R1 melalui carian kebankrapan yang telah diperolehi pada 17.4.2020, Pemohon telah menyemak akaun R1 dan mendapati bahawa R1 telah membuat bayaran balik sebanyak RM142,897.87 selepas tarikh kebankarapan yang mana jumlah tersebut tidak melebihi jumlah Kemudahan Pinjaman yang sepatutnya dibayar oleh R1 dan terdapat Wang Lebihan RM 38,299.14. Hujahan Responden Pertama 7 13. R1 telah berhujah bahawa: (i) Pemohon mempunyai pengetahuan berkenaan status kebankrapan R1 berdasarkan Borang Bukti Hutang yang difailkan pada 28.3.2008 dan melalui surat R1 kepada Pemohon bertarikh 11.9.2011; (ii) Jumlah Wang Lebihan tersebut adalah melebihi dari seperti yang dinyatakan di dalam Saman Pemula. 14. R1 telah juga membantah pendirian R2 / KPI untuk membantah di dalam Saman Pemula ini berdasarkan, antara lain, alasan berikut: (i) KPI menasihati R1 untuk segala urusan berkaitan perihal harta termasuk harta yang diserah hak (assigned) kepada Pemohon; (ii) fungsi KPI hanya terhad kepada harta yang diisytiharkan oleh R1 dalam PHE yang difailkan sahaja dan tidak tertakluk kepada Wang Lebihan tersebut yang berada dalam pegangan Pemohon; (iii) KPI berpengetahuan berkenaan bayaran ansuran bulanan yang dibuat oleh R1 kepada Pemohon dan wang tersebut hasil daripada pinjaman R1; (iv) KPI tidak seharusnya membantah Wang Lebihan tersebut dilepaskan kepada R1. Hujahan Jabatan Insolvensi (R2) / Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) 8 15. Seterusnya R2 telah menyatakan dalam hujahan mereka bahawa: (i) R1 telah hadir kali pertama ke Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan pada 20.12.2004 dan maklumat peribadi serta perihal hal ehwal R1 telah direkodkan. R1 mendedahkan tidak memiliki sebarang aset dan hanya mempunyai satu (1) liabiliti hutang terhadap Bank pembangunan Infrastruktur Malaysia berjumlah RM436,008.59; (ii) Pernyata Hal Ehwal bertarikh 22.12.2004 telah difailkan oleh R1 dengan mendedahkan keberhutangan hutang tidak bercagar kepada Bank Pembangunan Infrastruktur Malaysia dengan jumlah sebanyak RM36,008.59. R1 turut mengisytiharkan liabiliti hutang kepada Chee Kong Heng berjumlah RM1,100.00 sebulan untuk tempoh Mei 2004 hingga November 2004. Tiada aset lain yang didedahkan; (iii) Dua tuntutan melalui Borang Bukti Hutang telah dfailkan terhadap R1. Senarai pemituang -pemiutang adalah seperti berikut: (a) Bank Pembangunan & Infrastruktur (M) Berhad berjumlah RM334,536.67 dan telah diperakui dengan jumlah RM330,754.77; (b) CIMB Bank Berhad berjumlah RM831,257.85 dan telah diperakui dengan jumlah RM829,854.05. 9 (iv) Selanjutnya, KPI telah menerima Saman Pemula bertarikh 5.5.2021 daripada Pemohon untuk mendapatkan Perintah Mahkamah agar Pemohon berhak menerima bayaran daripada R1 di bawah kemudahan pinjaman semasa dalam tempoh kebankrapan dan perintah terhadap penyelesaian tuntututan R1 dan KPI untuk wang lebihan yang telah dibayar oleh R1 kepada Pemohon. 16. R2 membantah Saman Pemula ini berdasarkan: (i) KPI tidak dimaklumkan oleh R1 berkenaan Kemudahan Pinjaman tersebut melalui Penyata Hal Ehwal (PHE); (ii) Pemohon telah memfailkan Borang Bukti Hutang terhadap R1 melalui surat bertarikh 3.4.2008; (iii) KPI merupakan penerima harta bankrap apabila satu Perintah Kebankrapan dibuat dibawah peruntukkan seksyen 8(1)(b) Akta Insolvensi 1967 iaitu terhadap Wang Lebihan tersebut milik R1, sebagai seorang bankrap, berjumlah RM38,299.14; (iv) Pemohon terikat untuk menyerahkan kepada KPI lebihan wang tersebut di bawah peruntukan seksyen 55(5) Akta Insolvensi 1967 untuk dibahagikan di antara pemiutang- pemiutang. 17. R2 telah juga berhujah bahawa: (i) KPI tiada pengetahuan berkenaan hartanah bercagar tersebut dan hanya mengetahui setelah Pemohon memberi maklum 10 balas kepada R1 melalui surat bertarikh 24.7.2020 dan disalinkan kepada KPI memaklumkan kemudahan pinjaman R1 dibatalkan kerana R1 merupakan seorang bankrap; (ii) Tiada pendedahan yang dibuat oleh R1 terhadap hartanah yang bercagar dengan Pemohon termasuk harta-harta lain dalam Borang Temu Kenal yang direkodkan dan Penyata Hal Ehwal yang dfailkan pada 22.12.2004; (iii) KPI menafikan adanya Pegawai Insolvensi bernama Encik Jaafar betugas di Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Negeri Sembilan yang memberi khidmat nasihat kepada R1; dan (iv) KPI telah menjalankan tugas dengan sewajarnya sejurus PP & PP direkodkan terhadap R1 pada 10.6.2004. Keputusan Mahkamah 18. Di dalam kes ini, Wang Lebihan tersebut, yakni RM38,299.14 jelas tidak dinafikan oleh mana-mana pihak sebagai jumlah lebihan yang dibayar oleh R1 kepada Pemohon. 19. Soal pucuk dalam kes Saman Pemula ini adalah pihak manakah yang berhak kepada Wang Lebihan tersebut. 20. Dalam mencapai keputusan Mahkamah ini, saya telah meneliti dokumen-dokumen berikut: 11 (i) Surat Tawaran bertarikh 10.7.2002 bagi pinjaman perumahan sejumlah RM100,000 dan Perjanjian Pinjaman bertarikh 25.7.2002 dari Pemohon kepada R1 di eksibit LCL-1 dan LCL- 2 di kandungan 2; (ii) Suratikatan Penyerahhakkan tersebut berserta Surat Wakil Kuasa ke atas Hartanah tersebut bertarikh 25.7.2002 di eksibit LCL-3 di kandungan 2; (iii) Carian Kebankrapan bertarikh 17.4.2020 ke atas R1; (iv) Surat R1 bertarikh 11.9.2011 kepada Pemohon; (v) Borang Bukti Hutang Pemohon yang difailkan pada 28.3.2008 di eksibit ABM4 di Kandungan 7. 21. Adalah amat jelas dalam kes ini bahawa Borang Bukti Hutang yang difailkan pada 28.3.2008 merujuk kepada kebankrapan R1 pada 10.6.2004 dan merupakan bukti bahawa Pemohon mengetahui R1 adalah seorang bankrap memandangkan kebankrapan R1 berlaku selepas Kemudahan Pinjaman yang diberikan oleh Pemohon pada tahun 2002. Dengan itu kenyataan Pemohon bahawa Borang Bukti Hutang tidak mempunyai kaitan dengan Kemudahan Pinjaman tersebut adalah sama sekali tidak boleh dipertahankan dan salah sangka (untenable and misconceived). Walaupun Pemohon mungkin membuat kesilapan keatas Borang Bukti Hutang tersebut dan dengan tidak sengaja tidak merujuk kepada Kemudahan Pinjaman yang diberikan oleh Pemohon pada tahun 2002, Mahkamah berpendapat ini tidak mengalih perhatian dari isu bahawa satu 12 Borang Bukti Hutang telah difailkan oleh Pemohon pada 28.3.2008 terhadap kebankrapan R1 pada 10.6.2004. 22. Saya kini merujuk kepada perbalahan Pemohon bahawa Pemohon sebagai pemiutang bercagar ke atas Hartanah tersebut mempunyai hak kontraktual di bawah seksyen 8(2) Akta Insolvensi 1967 untuk menerima bayaran ansuran seperti yang tertakluk di dalam Kemudahan Pinjaman tersebut atau membuat penghasilan ke atas Hartanah tersebut. 23. Di bawah Seksyen 8 Akta Insolvensi 1967 ianya diperuntukkan bahawa: “(1) On the making of a bankruptcy order: (a) except as provided by this act, no creditor to whom the bankrupt is indebted in respect of any debt provable in bankruptcy shall have any remedy against the property or person of the bankrupt in respect of the debt, or shall proceed with or commence any action or other legal proceeding in respect of such debt unless with the leave of the court and on such terms as the court may impose; and (b) all the property of the bankrupt shall become divisible among his creditors and shall vest in the Director General of insolvency and the Director General of insolvency shall be the receiver, manager, administrator and trustee of all properties of the bankrupt. [Subs. By act A1534/2017] 13 (2) This section shall not affect the power of any secured creditor to realize or otherwise deal with his security in the same manner as he would have been entitled to realize or deal with it if this section had not been passed-nor shall it operate to prejudice the right of any person to receive any payment under or by virtue of section 31 of the Employment act 1955 [act 265] of the States of *Peninsular Malaysia or any corresponding provisions in Sabah and Sarawak. (2A) Notwithstanding subsection (2), no secured creditor shall be entitled to any interest in respect of his debt after the making of a bankruptcy order if he does not realize his security within twelve months from the date of the bankruptcy order.” 24. Daripada seksyen yang tersebut di atas, Akta Insolvensi 1967 telah memperuntukkan bahawa apabila seorang individu telah dijatuhkan hukuman bankrap, maka hartanya hendaklah terletakhak ke atas KPI untuk kepentingan pemiutang-pemiutang. 25. Saya telah dirujuk oleh peguam Pemohon kepada kes Mahkamah Persekutan K Balasubramaniam (Likuidator bagi Kosmopolitan Credit and Leasing Sdn Bhd ) v MBF Finance Bhd & Ors [2005] 1 CLJ 793. Setelah membaca kes tersebut, saya mendapati Mahkamah Persekutan telah memutuskan seperti berikut: “A secured creditor is not obliged to submit a proof of debt when called upon to do so by the liquidator if he relies upon his security for payment. He need only submit his proof of debt if he gives up his security and proves for the whole debt or if he decides to prove for the unsecured portion.” 14 Dan seterusnya “When answering Questions 3 and 6, I have already dealt at length the relevant provisions of the Act and Rules as to the status of the secured creditor and that he has the option to choose any of the methods given to him under the law to realize his security. He can: (1) realize his security and stand outside the liquidation. (2) surrender his security under para. 10 of Schedule C and prove for the whole debt. (3) value his security and prove for the unsecured balance under para. 11 of Schedule C. The secured creditor initiates the process of enforcing his security and to that end there is no obligation on the part of the liquidator to issue any notice to the secured creditor to prove his debt.” 26. Jesteru dari kes K Balasubramaniam (Likuidator bagi Kosmopolitan Credit and Leasing Sdn Bhd ) (supra), Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa sekiranya Pemohon sebagai Pemiutang Bercagar mempunyai 3 opsyen, yakni: (i) menjual Hartanah yang telah dicagarkan kepada Pemohon dan berdiri di luar kebankrapan; (ii) mengemukakan Borang Bukti Hutangnya, dimana Pemohon boleh menyerahkan sekuriti atau cagarannya dan membuktikan untuk keseluruhan hutangnya; atau 15 (iii) Pemohon boleh memutuskan untuk membuktikan untuk bahagian tidak bercagar. 27. Daripada Borang Bukti Hutang Pemohon yang difailkan pada 28.3.2008 di eksibit ABM4 di Kandungan 7, Pemohon telah berdiam diri dan langsung tidak merujuk kepada sebarang sekuriti atau penyerahan hak yang dipegang olehnya malah Pemohon telah merujuk kepada lagi satu Kemudahan yang telah diberi kepada R1 melalui inter alia Surat Tawaran Pemohon pada 11.12.2000. Oleh demikian, penemuan saya adalah bahawa Pemohon dengan pendirian mereka sedemikian telah mengemukakan Borang Bukti Hutangnya dan dianggap sebagai menyerahkan sekuriti atau cagarannya kepada pihak KPI / R2 dan telah dengan itu memperakui persetujuannya untuk membuktikan keseluruhan hutangnya. Sila lihat Rule 1 - 5 of Schedule C of the Insolvency Act 1967 di mana dinyatakan: “Proof in Ordinary Cases 1. Every creditor shall prove his debt as soon as may be after the making of a receiving order. 2. A debt may be proved by delivering or sending through the post in a prepaid letter to the Director General of Insolvency an affidavit verifying the debt. 3. The affidavit may be made by the creditor himself or by some person authorized by or on behalf of the creditor or his estate. If made by a person so authorized, it shall state his authority and means of knowledge. 16 4. The affidavit shall contain or refer to a statement of account showing the particulars of the debt and shall specify the vouchers, if any, by which the same can be substantiated. The Director General of Insolvency may at any time call for the production of the vouchers or books of account. 5. The affidavit shall state whether the creditor is or is not a secured creditor.” 28. Mahkamah juga mendapati dari Afidavit Tambahan Pemohon di Kandungan 47 bahawa harta yang diserah hak (assigned) kepada Pemohon masih dalam pegangan pihak Pemohon. 29. Akibat penemuan saya di atas bahawa Borang Bukti Hutang Pemohon yang difailkan pada 28.3.2008 di eksibit ABM4 di Kandungan 7, tidak merujuk kepada sebarang sekuriti atau penyerahan hak yang dipegang olehnya dan harta yang diserah hak (assigned) kepada Pemohon masih dalam pegangan pihak Pemohon, dan atas pengakuan Pemohon bahawa R1 telah membuat bayaran balik sebanyak RM142,897.87 selepas tarikh kebankrapan yang mana jumlah tersebut tidak melebihi jumlah Kemudahan Pinjaman yang sepatutnya dibayar oleh R1, Mahkamah mendapati bahawa keseluruhan wang tersebut, iaitu RM142,897.87 harus dipulangkan kepada pihak KPI / R2 atas alasan: (i) Pemohon telah dengan pemfailan Borang Bukti Hutangnya, menyerahkan sekuriti atau cagarannya dan membuktikan untuk keseluruhan hutangnya; (ii) dalam situasi seperti di atas, sebarang harta atau pembayaran oleh R1 sebagai seorang bankrap dari tarikh 17 kebankrapan merupakan terletak hak ke atas penerima harta bankrap apabila satu Perintah Kebankrapan dibuat di bawah peruntukkan seksyen 8(1)(b) Akta Insolvensi 1967; (iii) Pemohon kini terikat untuk menyerahkan kepada KPI mana- mana pembayaran yang dibuat oleh dan diterima dari R1 selepas tarikh kebankrapan tersebut di bawah peruntukan seksyen 55(5) Akta Insolvensi 1967 untuk dibahagikan di antara pemiutang-pemiutang. 30. Dari jumlah wang RM142,897.87 yang harus termasuk Wang Lebihan tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa keseluruhan wang tersebut mesti dipulangkan kepada pihak KPI / R2 oleh Pemohon. 31. Saya kini merujuk kepada hujahan-hujahan R1 terutamanya berkenaan: (i) fungsi KPI hanya terhad kepada harta yang diisytiharkan oleh R1 dalam PHE yang difailkan sahaja dan tidak tertakluk kepada Wang Lebihan tersebut yang berada dalam pegangan Pemohon; (ii) KPI berpengetahuan berkenaan bayaran ansuran bulanan yang dibuat oleh R1 kepada Pemohon dan wang tersebut hasil daripada pinjaman R1; (iii) KPI tidak seharusnya membantah Wang Lebihan tersebut dilepaskan kepada R1. 18 32. Dengan hormatnya, Mahkamah ini berpendapat bahawa pertikaian R1 di atas adalah salah letak (misplaced) dan tidak boleh dipertahankan (untenable) kerana: (i) kewajipan KPI tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam PHE sahaja terutamanya apabila PHE itu sendiri yang disediakan oleh R1 tidak mengandungi semua maklumat penuh dan/atau penting seperti yang diperlukan; (ii) adalah jelas bahawa di bawah undang-undang, semua harta pusaka bankrap yakni aset si bankrap, kecuali mana-mana harta bercagar yang telah direalisasikan atau dinilai oleh pemiutang bercagar kini akan diletakkan dengan KPI mengikut seksyen 8(1)(b) Akta Insolvensi 1967; (iii) oleh itu, pihak KPI mempunyai hak untuk membantah sebarang tuntutan oleh Pemohon dan/atau R1 untuk wang tersebut. Hakikat bahawa KPI mengetahui tentang pembayaran sedemikian tidak menghalang KPI daripada membantah seperti yang disebutkan kerana tidak boleh adanya estoppel terhadap mana-mana peruntukan berkanun, lihat kes Hotel Ambassador (M) Sdn Bhd lwn Seapower (M) Sdn Bhd [1991] CLJ Rep 174 di mana Mahkamah Agung menyatakan “There can be no estoppel as against statutory provisions.” 33. Dengan itu, Mahkamah ini menolak dalam Saman Pemula di Kandungan 1 perenggan 1, 2, 3 dan bagi perenggan 4 kos ditanggung oleh Pemohon, bagi perenggan 5 keseluruhan wang 19 tersebut hendaklah dilepaskan oleh Pemohon kepada pihak Responden Kedua (R2) atau KPI dalam tempoh 14 hari dari perintah ini. Perenggan 6 dalam Kandungan 1 juga ditolak. Bertarikh: 15hb Jun 2022 sgd. NADZARIN WOK NORDIN HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR Pihak-pihak: Wan Nur Shafida Binti Wan Hashim bagi pihak Pemohon [Tetuan Seow & Megat] Zul Helmi Bin Wakiman @ Wagiman bagi pihak Responden Pertama [Tetuan Anandan Krishnan, Sahrihan & Partners] Franky Irwan Bin Abdul Rashid bagi pihak Responden [Jabatan Insolvensi Malaysia, Cawangan Negeri Sembilan] 20