CIMB Islamic Bank Berhad 1. ) BINA VARIAMAS DEVELOPMENTS SDN BHD 2. ) PHUALIN HOLDINGS SDN BHD 3. ) KEE KAR LIN 4. ) KEE LIAN YONG 5. ) ROSLAN BIN HARUN
Summary judgment granted for plaintiff: contractual clauses and statutory law (Order 42 r.12A and BNM guidance) permit awarding ta'widh at IIMM post-judgment; plaintiff not contractually obliged to realize charged assets before suing; ibra' payable only upon full settlement so judgment may be entered without rebate;...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-22M-148-07/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: CIMB Islamic Bank Berhad; Defendant: Bina Variamas Development Sdn Bhd; Defendant: Phualin Holdings Sdn Bhd; Defendant: Kef Kar Lin; Defendant: Kee Lian Yong; Defendant: Roslan Bin Harun
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 6 January 2022
- Case Number
- WA-22M-148-07/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Debt Recovery (islamic Financing) / Summary Judgment (order 14 Application)
- Outcome
- Summary judgment entered for Plaintiff against Defendants Two to Five (and default judgment previously entered against Defendant One).
- Legal Topics
- Summary Judgment, Ta'widh (late Payment Charge), Ibra' (rebate), Guarantee and Indemnity, Security/charge of Property, Certificate of Indebtedness
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
CIMB Islamic Bank Berhad
Plaintiff
Bina Variamas Development Sdn Bhd
Defendant
Phualin Holdings Sdn Bhd
Defendant
Kef Kar Lin
Defendant
Kee Lian Yong
Defendant
Roslan Bin Harun
Defendant
Procedural Posture
Civil Debt Recovery (islamic Financing) / Summary Judgment (order 14 Application)
Legal Issues
- 1 Whether plaintiff entitled to claim ta'widh at IIMM rate post-judgment despite termination prior to maturity
- 2 Whether plaintiff was obliged to realize charged properties before commencing civil action
- 3 Whether plaintiff's claim for the full outstanding amount without ibra' breaches contract or law
Ratio Decidendi
Summary judgment granted for plaintiff: contractual clauses and statutory law (Order 42 r.12A and BNM guidance) permit awarding ta'widh at IIMM post-judgment; plaintiff not contractually obliged to realize charged assets before suing; ibra' payable only upon full settlement so judgment may be entered without rebate; plaintiff's certificate of indebtedness is conclusive absent manifest error, and defendants failed to raise triable issues.
Court Disposition
Summary judgment entered for Plaintiff against Defendants Two to Five (and default judgment previously entered against Defendant One).
Orders
- Judgment entered for Plaintiff for RM7,473,380.17
- Ta'widh awarded as claimed (including pre-judgment 1% on specified base and post-judgment ta'widh at prevailing IIMM as permitted)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-22M-148-07/2021 Kand. 41 01/04/2022 08:31:59 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. WA-22M-148-07/2021 ANTARA CIMB ISLAMIC BANK BERHAD (No. Pendaftaran: 200401032872 (671380-H)) …PLAINTIF DAN 1. BINA VARIAMAS DEVELOPMENT SDN BHD (No. Pendaftaran: 200701033486(791514-D)) 2. PHUALIN HOLDINGS SDN BHD (No. Syarikat: 957442-T) 3. KEF KAR LIN (No. K/P: 910213-14-5274) 4. KEE LIAN YONG (No. K/P: 560613-08-5277) 5. ROSLAN BIN HARUN … DEFENDAN- (No. K/P: 590506-10-6623) DEFENDAN PENGHAKIMAN [1] Penghakiman ini adalah berkenaan permohonan Plaintif untuk penghakiman terus (lampiran 18) terhadap Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan Defendan Kelima (“Defendan-defendan”) yang timbul daripada tindakan writ yang difailkan oleh Plaintif untuk mendapatkan kembali kemudahan Islamik yang telah diberikan oleh Plaintif kepada Defendan Pertama. 1 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Selepas mendengar permohonan ini, Mahkamah telah memberikan penghakiman terus kepada Plaintif di mana penghakiman berjumlah RM7,473,380.17 dimasukkan dengan ta’widh yang berkenaan serta kos berjumlah RM5,000.00 yang diperintahkan untuk Defendan-defendan membayar kepada Plaintif. Penghakiman ini mengandungi alasan-alasan penuh keputusan Mahkamah. Fakta latarbelakang kes [3] Atas permohonan Defendan Pertama, Plaintif telah menawarkan dan Defendan Pertama telah bersetuju menerima satu kemudahan ‘Flexi Term Financing-i’ di bawah konsep ‘Commodity Murabahah’ yang berjumlah RM3,125,780.00 (“Kemudahan tersebut”) atas terma- terma dan syarat-syarat surat tawaran yang bertarikh 3.5.2018 (“Surat Tawaran tersebut”) dan Perjanjian Kemudahan yang bertarikh 19.9.2018 (“Perjanjian Kemudahan tersebut”). [4] Melalui satu “Guarantee & Indemnity by Company” bertarikh 30.11.2018 (“Jaminan dan Indemniti Syarikat tersebut”) Defendan Kedua telah menjamin selaku penghutang prinsipal pembayaran segala jumlah yang kena dibayar oleh Defendan Pertama di bawah Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Kemudahan tersebut tertakluk kepada terma- terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam surat jaminan tersebut. 2 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [5] Melalui satu “Guarantee & Indemnity by Individuals” bertarikh 30.11.2018 (“Jaminan dan Indemniti Individu- individu tersebut”) Defendan Ketiga, Defendan Keempat, Defendan Kelima telah menjamin selaku penghutang prinsipal pembayaran segala jumlah yang kena dibayar oleh Defendan Pertama di bawah Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Kemudahan tersebut tertakluk kepada terma- terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam surat jaminan tersebut. [6] Kedua-kedua Jaminan dan Indemniti Individu-individu tersebut dan Jaminan dan Indemniti Individu-individu tersebut adalah dirujuk bersama sebagai “Jaminan- jaminan tersebut”. [7] Defendan Kedua juga telah melaksanakan 2 gadaian pihak ketiga (“Gadaian-Gadaian tersebut”) sebagai suatu sekuriti dengan pihak Plaintif. Gadaian-Gadaian tersebut adalah ke atas 2 hartanah-hartanah di Pekan Serdang, Tempat Pekan Serdang, Daerah Petaling, Negeri Selangor Darul Ehsan (“Hartanah-hartanah tersebut”) masing- masing sebagai jaminan kepada Kemudahan tersebut, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di dalam Gadaian-Gadaian tersebut. [8] Berikutan dengan Surat Tawaran tersebut dan Perjanjian Kemudahan tersebut, Defendan Pertama telah menggunakan Kemudahan tersebut tetapi telah gagal untuk 3 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membayar balik Kemudahan tersebut genap pada masanya. [9] Plaintif telah melalui surat-surat peguamcaranya bertarikh 26.6.2020 (“Surat Tuntutan tersebut”) yang dihantarkan kepada Defendan Pertama serta Defendan-defendan melalui sijil akuan mengepos, menuntut daripada Defendan Pertama serta Defendan-defendan jumlah yang terhutang di bawah Kemudahan tersebut sebanyak RM157,072.45 setakat 23.6.2020 iaitu tunggakan bayaran bagi 7 bulan. Selepas 14 hari Surat Tuntutan tersebut diserahkan jumlah yang dituntut tidak diterima oleh Plaintif dan Plaintif melalui peguamcaranya menyerahkan surat penamatan bertarikh 13.7.2020 (“Surat Penamatan tersebut”) secara Sijil Akuan Mengepos kepada Defendan Pertama serta Defendan-defendan untuk menuntut baki harga Jualan Plaintif sebanyak RM7,421,401.89 setakat 12.7.2020 berserta ta’widh di mana Kemudahan tersebut telah ditamatkan oleh Plaintif. [10] Walaupun Notis Penamatan dan Tuntutan dan Surat Penamatan tersebut telah diserahkan kepada Defendan Pertama, Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan Defendan Kelima, mereka kesemuanya tidak membayar jumlah yang tertunggak seperti dituntut. Disebabkan ini Plaintif telah memfailkan tindakan ini pada 19.7.2021 dan menuntut secara utamanya seperti berikut: 4 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Jumlah sebanyak RM7,473,380.17 yang dikira setakat 31.5.2021; b) Ta’widh (pampasan) sebanyak 1.00% dikenakan atas jumlah asas tunggakan iaitu RM3,260,260.71 daripada 1.6.2021 sehingga Tarikh kematangan Kemudahan tersebut atau sehingga ke tarikh Penghakiman (yang mana terdahulu); dan c) Ta’widh (pampasan) pada kadar ‘Islamic Interbank Money Market (IIMM)’ yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (ianya boleh berubah dari masa ke semasa) atas jumlah asas tunggakan iaitu RM3,260,260.71 dari tarikh Penghakiman hingga ke tarikh penyelesaian penuh. [11] Penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan terhadap Defendan Pertama pada 27.9.2021. Plaintif telah memfailkan Notis Permohonan ini untuk Penghakiman Terus ini terhadap Defendan Kedua, Defendan Ketiga, Defendan Keempat dan Defendan Kelima pada 1.10.2021. Di dalam permohonan ini, Plaintif memohon remedi-remedi seperti yang dituntut dalam Pernyataan Tuntutan Terpinda Plaintif. 5 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Undang-undang berkenaan A. 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [12] Adalah undang-undang mantap bahawa apabila telah ditunjukkan bahawa sesuatu permohonan di bawah A. 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KMM 2012”) telah difailkan dengan betul dan mengikut peraturan, beban untuk membangkitkan pembelaan yang menunjukkan isu- isu bona fide untuk dibicarakan beralih kepada dan jatuh ke atas defendan yang berhasrat untuk menentang permohonan tersebut. Di dalam erti kata lain “isu bona fide untuk dibicarakan” adalah isu yang membolehkan dan memerlukan perkara tersebut dipertimbangkan di dalam perbicaraan penuh. [13] Aturan 14 k. 3 KMM 2012 memperuntukkan bahawa melainkan defendan memuaskan hati Mahkamah mengenai tuntutan itu, atau sebahagian daripada tuntutan, yang berkaitan dengan permohonan tersebut bahawa: a) terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau b) kerana sesuatu sebab yang lain patut diadakan pembicaraan mengenai tuntutan itu atau sebahagian daripadanya, Mahkamah boleh memberikan apa-apa penghakiman memihak plaintif terhadap defendan itu 6 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal atas tuntutan itu atau sebahagiannya sebagaimana yang adil dengan memberi perhatian berat kepada jenis remedi atau relif yang dituntut. [14] Adalah wajar di sini untuk merujuk sekali lagi kepada keputusan Mahkamah Agung yang sering dipetik di dalam kes National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300 yang memutuskan seperti berikut:- “We think it appropriate to remind ourselves once again that in every application under Order 14 the first considerations are (1) whether the case comes within the Order and (b) whether the plaintiff has satisfied the preliminary requirements for proceeding under Order 14. For the purposes of an application under Order 14 the preliminary requirements are: (i) the defendant must have entered an appearance; (ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of Rule 2 of the Order 14. ... If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he becomes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him.” [15] Plaintif telah memenuhi keperluan awal ini dan ini tidak dipertikaikan oleh Defendan-defendan. Oleh itu, beban adalah berada secara kukuh di atas Defendan-defendan untuk menunjukkan bahawa terdapat isu yang perlu 7 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibicarakan yang tidak membolehkan penghakiman terus dimasukkan ke atasnya. Sekiranya Defendan-defendan dapat menunjukkan hanya satu isu yang perlu dibicarakan, Mahkamah tidak akan memberikan penghakiman terus. Tetapi ianya mestilah isu yang benar-benar perlu dibicarakan yang memerlukan perbicaraan penuh untuk menentukannya (lihat Voo Min En & Ors v. Leong Chung Fatt [1982] 2 MLJ 241). Isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan-defendan [16] Defendan-defendan berhujah bahawa terdapat 4 isu-isu untuk dibicarakan yang membolehkan Mahkamah menolak permohonan Plaintif untuk penghakiman terus. Isu-isu ini adalah: a) Penamatan Kemudahan tersebut tidak memberikan hak kepada Plaintif untuk menuntut ta’widh (pampasan) pada kadar ‘Islamic Interbank Money Market (IIMM)’ yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia atas jumlah asas tunggakan sebagaimana prayer 24(c) Pernyataan Tuntutan Terpinda; b) Plaintif sepatutnya melupuskan atau mencairkan Hartanah-hartanah tersebut yang digadaikan kepada Plaintif sebagai sekuriti terhadap pinjaman yang diambil oleh Defendan Pertama yang mana hasil jualan atau lelongan yang diterima perlu ditolak 8 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan jumlah yang didakwa terhutang tersebut sebelum mengambil tindakan sivil di sini; c) Tuntutan Plaintif untuk jumlah terhutang sebanyak RM7,473,380.17 tanpa rebat (ibra’) adalah menyalahi kontrak dan juga undang-undang; dan d) Sijil Keberhutangan Plaintif tidak boleh merangkumi tuntutan untuk caj pelbagai (miscellaneous charges) tanpa keperluan untuk Plaintif mengemukakan bil, resit atau invois sebagai bukti sokongan. Dapatan dan analisa Mahkamah Tuntutan ta’widh [17] Defendan-defendan berhujah bahawa penamatan Kemudahan Pinjaman tersebut tidak memberikan hak kepada Plaintif untuk menuntut ta’widh (pampasan) pada kadar Islamic Interbank Money Market (IIMM) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia atas jumlah asas tunggakan sebagaimana perenggan 24(c) Pernyataan Tuntutan Terpinda kerana tuntutan Plaintif untuk ta’widh tersebut adalah salah dan bertentangan dengan terma Surat Tawaran tersebut. 9 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [18] Di perenggan 24(c) Pernyataan Tuntutan Terpinda, Plaintif menuntut: “Ta’widh (pampasan) pada kadar ‘Islamic Interbank Money Market (IIMM)’ yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (ianya boleh berubah dari masa ke semasa) atas jumlah asas tunggakan iaitu RM3,260,260.71 dari tarikh Penghakiman hingga ke tarikh penyelesaian penuh;” [19] Defendan-defendan telah terlebih dahulu membawa perhatian Mahkamah kepada pengataan-pengataan Plaintif di dalam affidavit sokongan Plaintif: a) Plaintif menyatakan dalam perenggan 7.2.1 Afidavit Sokongan bahawa Defendan Pertama telah bersetuju membayar pampasan (ta’widh) pada kadar 1% setahun atau apa-apa kadar yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia ke atas jumlah asas tunggakan jika Defendan Pertama gagal membuat pembayaran ketika dalam tempoh Kemudahan tersebut, yang mana kegagalan tersebut menyebabkan keseluruhan Kemudahan tersebut dibatalkan atau dibawa ke Mahkamah untuk mendapatkan suatu penghakiman sebelum tempoh Kemudahan tersebut matang. b) Plaintif menyatakan dalam perenggan 7.2.2 Afidavit Sokongan bahawa, Defendan Pertama telah bersetuju untuk membayar pampasan (ta’widh) pada kadar tidak lebih dari kadar ‘Islamic Interbank Money 10 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Market (IIMM)’ yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia atau pada apa-apa kadar yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia ke atas jumlah asas tunggakan, dari tarikh Kemudahan tersebut tamat tempoh sehingga tarikh baki tunggakan diterima oleh Plaintif, jika Defendan Pertama gagal untuk membuat pembayaran selepas Kemudahan tersebut tamat tempoh. c) Plaintif menyatakan dalam perenggan 13.1 Afidavit Sokongan bahawa oleh kerana Defendan Pertama telah gagal membuat bayaran bulanan ansuran menurut Perjanjian Kemudahan tersebut dan di atas kemungkiran tersebut, Plaintif melalui peguamcaranya telah menyerahkan Surat Tuntutan tersebut kepada Defendan-defendan bagi menuntut jumlah yang tertunggak sebanyak RM157,072.45 setakat 23.6.2020 iaitu tunggakan bayaran bagi 7 bulan. d) Plaintif menyatakan dalam perenggan 13.2 Afidavit Sokongan bahawa oleh kerana Defendan-defendan telah mungkir selama lebih daripada 14 hari selepas Surat Tuntutan tersebut diserahkan, Plaintif melalui peguamcaranya menyerahkan Surat Penamatan tersebut kepada Defendan-defendan untuk menuntut baki harga jualan sebanyak RM7,421,401.89 setakat 12.7.2020 berserta ta’widh di mana Kemudahan tersebut telah ditamatkan oleh Plaintif. 11 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [20] Berdasarkan pengataan-pengataan Plaintif di atas Defendan-defendan berhujah dan mengatakan seperti berikut: a) Plaintif telah menamatkan Perjanjian Kemudahan tersebut dengan pengeluaran Surat Penamatan tersebut bertarikh 13.7.2020 semasa tempohnya belum tamat atau matang dan tindakan Plaintif menuntut ta’widh pada kadar tidak lebih dari kadar ‘Islamic Interbank Money Market (IIMM)’ yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia seolah-olah Perjanjian Kemudahan tersebut telah tamat atau matang tempohnya adalah bertentangan dengan Klausa 6 Appendix 2 di dalam Surat Tawaran tersebut. b) Klausa 6 Appendix 2 di dalam Surat Tawaran tersebut memperuntukkan seperti berikut: “6. Claims and Ta’widh (Compensation) Notwithstanding anything contained in this Letter of Offer, the Customer hereby agrees, covenants and undertakes to pay the Bank Ta’widh (compensation) as follows: (a) for default in payment during the tenure of each of the Facilities, the Ta’widh (compensation) rate that shall be applied is up to one per centum (1.00%) per annum or any other rates approved by Bank Negara Malaysia (BNM) on the overdue installments from the due date(s) for payment of such installment(s) until the date when payment is received by the Bank; 12 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) for default in payment during the tenure of each of the Facilities where such default causes the entire Facilities to be terminated or brought to court for judgment prior to maturity, the Ta’widh (compensation) rate shall be applied is up to one per centum (1%) per annum or any other rates approved by BNM on the outstanding Bank’s Sale Price less ibra’ as may be applicable (“Outstanding Balance”) from the date of the entire Facilities is terminated until the date the Outstanding Balance is received by the Bank or the judgment is obtained, whichever is earlier; and (c) for default in payment beyond the tenure of each of the Facilities, the Ta’widh (compensation) rate to be applied shall not be more than the BNM’s prevailing daily overnight Islamic Interbank Money Market Rate (IIMM) or any other rates approved by BNM on the Outstanding Balance from the date the tenure expires until the date the outstanding Bank’s Sale Price is received by the Bank.” c) Klausa 6(c) Appendix 2 dalam Surat Tawaran adalah tidak relevan kepada tuntutan Plaintif dan oleh itu, Plaintif tidak mempunyai asas untuk menuntut ta’widh pada kadar tidak lebih daripada kadar Islamic Interbank Money Market, sebagaimana dinyatakan di prayer 24(c) Pernyataan Tuntutan Terpinda dan juga permohonan di sini. d) Oleh kerana Defendan-defendan akan dikenakan dua bentuk caj pampasan (ta’widh) ke atas satu bentuk kemungkiran, ini merupakan satu bentuk penindasan terhadap Defendan-defendan. 13 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [21] Plaintif berhujah bahawa bahawa ia mempunyai hak kontrakual dan undang-undang menuntut ta’widh pada kadar “IIMM” atas jumlah asas tunggakan dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh seperti yang dituntut di perenggan 24 (c) Pernyataan Tuntutan Terpinda tersebut dan di perenggan (c) Notis Permohonan tersebut. [22] Plaintif membawa perhatian Mahkamah kepada beberapa peruntukan di dalam perjanjian-perjanjian yang berkenaan: a) Klausa 4.7 Perjanjian Kemudahan tersebut memperuntukkan bahawa jika terdapat keingkaran dalam pembayaran, Defendan Pertama hendaklah membayar kepada Plaintif ta’widh pada kadar yang ditetapkan dalam Surat Tawaran dan Jadual B di mana ta’widh tersebut dikira dari tarikh pembayaran tersebut tertunggak sehingga tarikh pembayaran penuh sebelum dan juga selepas sebarang permintaan atau penghakiman: “If there is a default in payment of any installment, profit and/or any other moneys coventanted to be paid by the Customer under the Facilities or a demand is made by the Bank of the Indebtedness or any part thereof, the Customer shall pay to the Bank Claims and Ta’widh (compensation) at the rate prescribed in the Letter of Offer and Schedule B. Such Claims and Ta’widh (compensation) is calculated from the date of such payment is overdue until the date of full payment both before as well as after any demand or judgement and notwithstanding the banker and customer 14 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal relationship may have ceased or been terminated.” b) Klausa 1.2 Jaminan-jaminan tersebut memperuntukkan bahawa hak Plaintif untuk mengenakan ta'widh akan terus wujud walaupun tuntutan untuk pembayaran apa-apa wang yang dijamin dibuat: “The right of the bank to charge ta’widh as provided herein shall subsist and continue to subsist notwithstanding the issue and/or service of a demand for payment of any monies intended to be hereby secured and shall be applicable both before and afer judgment and notwithstanding that he relationship of banker and customer between the bank and customer and/or Guarantors as the case may be shall have ceased for any reason or cause whatsoever.” c) Klausa 6 Appendix 2 kepada Surat Tawaran tersebut memperuntukkan “Claims and Ta’widh (compensation)” sebanyak 1% setahun atau pada kadar “IIMM” yang ditetapkan oleh Bank Negara. [23] Defendan-defendan juga membawa perhatian Mahkamah kepada A. 42 k. 12A KMM 2012 yang membenarkan ta’widh ke atas jumlah asas tunggakan dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian pada kadar “IIMM” yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia: 15 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Caj pembayaran lewat ke atas hutang penghakiman yang berbangkit daripada transaksi kewangan mengikut Shariah (A. 42, k. 12A) 12A. (1) Tiap-tiap hutang penghakiman yang berbangkit daripada transaksi kewangan mengikut Shariah hendaklah dikenakan suatu caj pembayaran lewat yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga hutang penghakiman dijelaskan sepenuhnya pada kadar yang diperuntukkan di bawah Aturan 42, kaedah 12 dan tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut: (a) pemiutang kehakiman hendaklah hanya berhak kepada ta'widh sebagai akibat pembayaran lewat; (b) amaun caj pembayaran lewat tidak melebihi amaun asal yang tertunggak; dan (c) sekiranya amaun ta'widh kurang daripada amaun caj pembayaran lewat, baki itu hendaklah disalurkan kepada mana-mana organisasi kebajikan sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Shariah. (2) Bagi maksud kaedah ini – “Majlis Penasihat Shariah” ertinya Majlis Penasihat Shariah yang ditubuhkan di bawah Akta Bank Negara 2009 [Akta 701] dan Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671]; dan “ta'widh’’ ertinya ganti rugi untuk kerugian sebenar dan hendaklah dikira pada kadar yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah.” [23] Plaintif juga berhujah bahawa pengenaan ta’widh ke atas jumlah asas tunggakan dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian pada kadar “IIMM” adalah dibenarkan di bawah “Bank Negara Malaysia’s Guidelines on late payment charges for IFIs”. 16 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Mahkamah mendapati bahawa hujahan Defendan- defendan berkenaan isu tuntutan ta’widh Plaintif yang dikatakan bertentangan dengan Klausa 6 Appendix 2 di dalam Surat Tawaran tersebut adalah tidak bermerit. [25] Adalah jelas daripada Klausa 4.7 Perjanjian Kemudahan tersebut dan Klausa 1.2 Jaminan-jaminan tersebut masing- masing bahawa Plaintif mempunyai hak untuk menuntut ta’widh pada kadar “IIMM” atas jumlah asas tunggakan dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran penuh. [26] Tuntutan Plaintif di dalam perenggan 24(c) bukanlah sesuatu yang tidak konsisten dengan Klausa 6 Appendix 2 kepada Surat Tawaran tersebut. Walaupun Klausa 6 Appendix 2 tersebut memperuntukkan tentang halkeadaan di mana Perjanjian Kemudahan tersebut ditamatkan semasa tempohnya belum tamat atau matang, ini tidak menghalang Plaintif daripada membuat tuntutan ta’widh ke atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh berdasarkan Klausa 4.7 Perjanjian Kemudahan tersebut dan Klausa 1.2 Jaminan- jaminan tersebut. [27] Penting sekali A. 42 k. 12A KMM 2012 membenarkan ta’widh ke atas jumlah asas tunggakan dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian pada kadar “IIMM” yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Kedudukan ini telah dicerahkan secara jelas oleh Dr Mohd Johan Lee (sekarang Pesuruhjaya Kehakiman) di dalam bukunya, 17 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Islamic Finance Recovery, Rescheduling & Restructuring Of Islamic Financial And Capital Market Products And Services In Malaysia (Second Edition). Di mukasurat 134 dan 135 penulis yang terpelajar telah memberikan penerangan tentang sejarah penetapan-penetapan oleh Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia (Shariah Advisory Council) berkenaan pengenaan ta’widh kepada jumlah penghakiman: “…. in its resolutions passed on 14 February 1998, 28 January 2010 and 20 May 2010, the SAC has resolved that it is permissible for the IFIs to charge ta'widh for any late payment provided that: (1) Ta’widh can be charged over late payment financial obligations arising out of an exchange contract (like sale and lease) or qard; (2) Ta’widh can only be charged after the expiry of the due date agreed by the contracting parties; (3) IFIs can recognise ta’widh as their income….. …. In its 50th Meeting dated 26 May 2005, 61st Meeting dated 24 August 2006 and 100th Meeting dated 30 April to May 2010, the SAC has resolved that it is permissible for the judges to impose late payment charges over the judgment debt on the following conditions: (1) The court may impose such late payment charges as provided under the Rules of Court 2012 of which the IFs can only collect ta’widh as their compensation (hence, the remaining will be gharamah); (2) The ta’widh collectable is permissible to adopt the IIMM rate as its reference rate; (3) The total of the ta widh collectable should not be more than the principal. If the ta widh rate is below the late payment charges imposed under the 18 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Rules of Court 2012, the extra must be channelled to the charitable organisations identified by BNM.” [28] Di mukasurat 83 dan 84 penulis yang terpelajar telah memberikan penerangan tentang pemakaian A. 42 k. 12A KMM 2012: “After the judgment has been entered and sealed, the defaulter is expected to pay the judgment sum or negotiate a scheme of payment to settle the judgment sum. The civil courts have actually given judges wide powers to award interest on the judgment sum between the date the customer defaulted and the date of the judgment. To discourage the delay in payment, the ROC has also provided a proviso a that all judgments shall carry an interest, at such rate the Chief Justice may from time to time determine, on the judgment sum from the date of judgment until the date of judgment has been settled. Currently, the judgment interest is fixed at 5% per annum. Previously, there used to be confusion among practitioners whether an Islamic bank may collect this judgment interest. To avoid any non-Shariah compliance issue, most chose not to collect it. The new ROC has inserted an additional rule exclusively for judgment debt arising out of Islamic banking transactions which has actually clarified the matter, i.e. Order 42 rule 12A: …… In practice, the bank's lawyer will issue a demand on the judgment debt within a certain period of time after the judgment has been sealed. This demand or 'notice of intention to proceed' is actually not a requirement under the law. It is done on the ground of natural justice. Once the defaulter has failed to pay or concluded a payment scheme on the judgment debt, the bank may proceed with various methods to enforce the judgment. These may be broadly divided into two categories, i.e. action against an individual or action against a company.” 19 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [29] Tambahan, pengenaan ta’widh ke atas jumlah asas tunggakan dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian pada kadar “IIMM” adalah dibenarkan di bawah “Bank Negara Malaysia’s Guidelines on late payment charges for IFIs”. Bahagian yang relevan adalah di Part 2, perenggan 9: “PART 2: POST JUDGEMENT DEBT 9. Guiding principles 9.1 The purpose of this part is to provide guidance to IBIs on the mechanism of late payment charge on judgement debt. 9.2 The court may include in its decision on the judgement amount awarded, a late payment charge to be imposed on the judgement debtor9 for any delays in payment to the judgement creditor10, subsequent to the judgement. 9.3 The Shariah Advisory Council has resolved11 that the court may impose a late payment charge on judgement debt as decided by the court on cases involving Islamic financial transactions. Following this resolution, IBIs are required to adopt the policy in the following manner: 9.3.1 Late payment charge The court may impose a late payment charge at the rate as provided by the rules of the court. The imposition of late payment charge is based on the combination of ta’widh (compensation) and gharamah (penalty) mechanism. 9.3.2 Ta’widh The judgement creditor can be compensated for the actual loss based on ta’widh. The ta’widh rate for the judgement creditor is the prevailing daily overnight Islamic Interbank rate (IIMM)12 on the judgement amount awarded. The actual loss, where applicable, excludes the court’s order for cost. In instances where the IBI is a judgement creditor and a late payment charge is imposed, the IBI is expected to submit to the court a claim on the 20 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ta’widh only, not exceeding the IIMM rate prescribed. If the amount of ta’widh is equivalent to or exceeds the total amount of late payment charge, the total amount of late payment charge may be taken by the judgement creditor as compensation. If the amount of ta’widh is less than the total amount of late payment charge, the difference will be treated as gharamah.” [30] Pengenaan ta’widh ke atas jumlah penghakiman adalah perkara yang biasa seperti diputuskan oleh Mahkamah ini di dalam kes-kes berikut: Bank Islam Malaysia Berhad v. Helcom Engineering Corporation Sdn Bhd [2011] LNS 1862, Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd v. Arca Industries Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 1310, Sebatik Sdn Bhd & Anor v. Bank Islam Malaysia Berhad [2020] MLJU 1207, Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad v. Armada TPCE Sdn Bhd & Ors [2020] MLJU 1215 dan Bank Pertanian Malaysia Bhd v. Rampai Maluri Sdn Bhd [2021] MLJU. [31] Dengan demikian, adalah jelas bahawa Defendan-defendan adalah tersalah anggap berkenaan hak Plaintif untuk menuntut ta’widh ke atas jumlah penghakiman sehingga penyelesaian penuh. 21 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pelupusan Hartanah-hartanah yang digadaikan sebelum tindakan dimulakan [32] Defendan-defendan berhujah bahawa Plaintif sepatutnya melupuskan atau mencairkan Hartanah-hartanah tersebut yang digadaikan kepada Plaintif sebagai sekuriti terhadap pinjaman yang diambil oleh Defendan Pertama yang mana hasil jualan atau lelongan yang diterima perlu ditolak dengan jumlah yang didakwa terhutang tersebut sebelum mengambil tindakan di sivil di sini. Berhubungan ini, Defendan-defendan berhujah dan mengatakan seperti berikut: a) Sehingga kini, Hartanah-hartanah tersebut di bawah Gadaian-Gadaian tersebut masih belum dijual, dilelong, dilupuskan atau dicairkan walaupun tindakan halangtebus terhadap Hartanah-hartanah tersebut itu telah dimulakan yang mana Borang 16G berkenaan telah difailkan dan kini menunggu untuk satu tarikh siasatan ditetapkan. b) Gadaian-Gadaian tersebut mestilah dicairkan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan sivil diambil terhadap Defendan-defendan kerana Hartanah-hartanah tersebut disandarkan kepada Plaintif sebagai sebuah sekuriti atas pembiayaan yang bukan sahaja menjamin hak Plaintif sebagai pemberi pembiayaan tetapi juga kepada Defendan- defendan sebagai penjamin. 22 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c) Defendan-defendan mempunyai pengharapan yang sah (legitimate expectation) sebagai penerima pembiayaan dan penjamin agar hartanah tersebut dicairkan terlebih dahulu sekiranya si penerima pembiayaan atau penjaminnya tidak berupaya untuk membayar balik jumlah yang dibiayai kerana selagi Hartanah-hartanah tersebut tidak dicairkan, tiada kepastian sama ada hasil jualan akan menebus pembiayaan yang masih terhutang. Defendan- defendan akan mengalami prejudis sekiranya tindakan sivil dimulakan sehingga pelaksaaaan apabila kemudian didapati hasil jualan tersebut mampu menjelaskan keseluruhan hutang tersebut. d) Klausa 11 Perjanjian Kemudahan tersebut yang memberikan Plaintif hak kontraktual untuk melaksanakan semua atau mana-mana remedi yang sedia ada atau serentak adalah terma yang tidak adil yang menindas Defendan-defendan dan Mahkamah perlu memastikan keadilan ditegakkan. Defendan- defendan bersandarkan kepada kes CIMB Bank Berhad v. Anthony Lawrence Bourke & Anor [2019] 2 CLJ 1 (Mahkamah Persekutuan) untuk menyokong proposisi bahawa sebagai polisi awam, bank tidak boleh berlindung di sebalik klausa perjanjian pinjaman yang tidak adil untuk menafikan hak-hak peminjam. 23 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [33] Plaintif berhujah bahawa Plaintif tidak ada kewajipan untuk merealisasikan atau melupuskan Hartanah-hartanah tersebut yang digadaikan kepada Plaintif terlebih dahulu dan berhak memulakan guaman sivil ini. Berhubungan ini, Plaintif menghujahkan dan mengatakan seperti berikut: a) Menurut Klausa 11 Perjanjian Kemudahan tersebut, Plaintif mempunyai hak kontraktual untuk melaksanakan semua atau mana-mana remedi yang sedia ada serentak seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Kemudahan tersebut, Jaminan-jaminan tersebut dan Gadaian-gadaian tersebut iaitu memulakan tindakan sivil dan melupuskan Hartanah- hartanah yang digadaikan serentak. b) Defendan-defendan mempunyai pengetahuan nyata akan terma-terma di dalam Perjanjian Kemudahan tersebut serta Jaminan-jaminan tersebut. c) Plaintif bersandarkan kepada kes Chan Boi Loi v. Public Bank Bhd and another application [2011] 1 MLJ 478 (Mahkamah Persekutuan) yang memutuskan bahawa pemberi pinjaman berhak untuk meneruskan semua remedi yang ada terhadap peminjam secara serentak, serentak atau berturut- turut untuk mendapatkan semula wang yang dipinjamkan melainkan terdapat perjanjian yang sebaliknya. 24 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal d) Plaintif pada setiap masa yang matang mempunyai hak kontraktual untuk melaksanakan semua atau mana-mana remedi yang sedia ada serentak seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Kemudahan tersebut serta Jaminan-jaminan tersebut yang membuktikan bahawa pengharapan yang sah tidak wujud di antara Plaintif dan Defendan-defendan. e) Tindakan halangtebus terhadap Hartanah-hartanah tersebut di mana Notis 16D telah diserahkan ke atas Defendan Kedua melalui surat peguamcara Plaintif bertarikh 29.7.2020. Oleh kerana Defendan Kedua ingkar mematuhi Notis 16D tersebut, Plaintif melalui surat peguamcara bertarikh 17.5.2021 telah memfailkan Borang 16G bagi Gadaian-gadaian tersebut di Pentadbir Tanah Petaling dan kini menunggu untuk satu tarikh siasatan ditetapkan. [34] Plaintif juga berhujah bahawa hujahan Defendan-defendan berkenaan dengan dasar polisi awam tidak langsung diplidkan dan dibangkitkan dan Defendan-defendan kini adalah dihalang dan diestopkan dari berhujah atas isu ini berdasarkan kes-kes Ribaru Bina Sdn Bhd & Anor v. Bakti Kausar Development Sdn Bhd [2007] 1 CLJ 552 (Mahkamah Rayuan) dan MBSB Bank Bhd v. STT Technologies Sdn Bhd [2020] MLJU 1766. 25 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [35] Mahkamah mendapati bahawa hujahan-hujahan Defendan- defendan berkenaan isu ini adalah tidak bermerit. [36] Adalah jelas bahawa Plaintif mempunyai hak kontraktual untuk melaksanakan semua atau mana-mana remedi yang sedia ada. Secara khususnya menurut Klausa 11 Perjanjian Kemudahan tersebut, Plaintif mempunyai hak kontraktual untuk melaksanakan semua atau mana-mana remedi yang sedia ada serentak seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Kemudahan tersebut serta Jaminan-jaminan tersebut dan Gadaian-gadaian tersebut. Klausa 11 memperuntukkan seperti berikut: “11. BANK'S RIGHTS 11.1 Bank's Right to Exercise Remedies Concurrently Notwithstanding any provision hereof, it is hereby expressly agreed that upon default or breach by the Customer of any term, condition, covenant stipulation and/or undertaking herein provided and on the part of the Customer to be observed and performed, the Bank shall thereafter have the right to exercise the powers and remedies conferred by this Agreement, the Security Documents and/or by law, statute or otherwise, and shall be entitled to exercise such powers and remedies concurrently, including pursuing all remedies of sale or realisation of security pursuant to this Agreement and/or the Security Documents, and civil suit to recover the amount due and payable to the Bank.” [37] Hak-hak peminjam atau pemberi pembiayaan untuk melaksanakan remedi-remedi secara serentak telah diperakui oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chan 26 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Boi Loi v. Public Bank Bhd And Another Application [supra] di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “(1) A lender is entitled to pursue all remedies available against a borrower simultaneously, contemporaneously or successively to recover the money lent unless there is an agreement to the contrary. Such an agreement is not to be implied from a clause in an annexure to a charge, such as the clause in the present instance. All that a clause in those terms does is to create a right in the lender to recover the balance outstanding in the event that a sale of the charged property produces a shortfall. It is not an agreement by the respondent to postpone its right to bring an action in personam for the recovery of the whole sum lent (together with interest) until after the charged land has been sold (see para 8). (2) The contracts of loan stood independently as separate contracts of debt for the breach of which the respondent brought its action as it was indeed entitled to do (see para 9).” [38] Prinsip di dalam kes Chan Boi Loi telah digunapakai secara konsisten oleh Mahkamah-Mahkamah. Lihat EON Bank Berhad v. Mohd Yunus Alias & anor (No 2) [2010] 1 LNS 419, Bank Bumiputra Malaysia Bhd v. Esah Binti Abdul Ghani [1985] 2 CLJ 409; Raju Jayaraman Kerpaya v. Chung Kiaw Bank Ltd [1997] 3 CLJ 216 and Bank of Tokyo Ltd v. Gnansurian; [1989] 2 CLJ 1275. [39] Hujahan-hujahan Defendan-defendan adalah nyata bertentangan dengan peruntukkan Perjanjian Kemudahan tersebut dan undang-undang mantap dan tidak dapat diterima. 27 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [40] Mahkamah juga menerima hujahan Plaintif bahawa hujahan Defendan-defendan berkenaan dengan dasar polisi awam tidak langsung diplidkan dan dibangkitkan dan Defendan- defendan kini adalah dihalang dan diestopkan dari berhujah atas isu ini. Kes-kes Ribaru Bina Sdn Bhd & Anor v. Bakti Kausar Development Sdn Bhd [supra] dan dan MBSB Bank Bhd v. STT Technologies Sdn Bhd [supra] adalah terpakai. [41] Tambahan, kes CIMB Bank Berhad vs Anthony Lawrence Bourke & Anor [supra] adalah diputuskan berdasarkan fakta-fakta tertentu. Di sini pembeli hartanah menyaman bank mereka kerana kecuaian dan pelanggaran kontrak kerana kegagalannya membuat bayaran progresif kepada pemaju perumahan yang mengakibatkan penamatan perjanjian jual beli antara pemaju perumahan dan pembeli. Dalam pembelaannya, bank bergantung pada klausa pengecualian seperti berikut: “Notwithstanding anything to the contrary, in no event will the measure of damages payable by the Bank to the borrower for any loss or damage incurred by the Borrower include, nor will the Bank be liable for, any amounts for loss of income or profit or savings, or any indirect, incidental consequential exemplary punitive or special damages of the Borrower, even if the Bank had been advised of the possibility of such loss or damages in advance, and all such loss and damages are expressly disclaimed.” 28 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [42] Secara betulnya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa klausa pengecualian yang cuba menyekat pembeli daripada menguatkuasakan hak penuh mereka adalah tidak sah di bawah Akta Kontrak 1950. [43] Di sini, Klausa 11 Perjanjian Kemudahan tersebut tidak menghalang Defendan-defendan daripada menguatkuasakan hak mereka di Mahkamah. Ia hanyalah klausa yang yang memperuntukkan hak kontraktual Plaintif untuk melaksanakan semua atau mana-mana remedi yang sedia ada secara serentak seperti yang dinyatakan di dalam Perjanjian Kemudahan tersebut dan adalah terma biasa dalam mana-mana perjanjian kemudahan. Tuntutan tanpa ibra’ diberikan [44] Defendan-defendan berhujah bahawa tuntutan untuk jumlah terhutang sebanyak RM7,473,380.17 tanpa rebat (ibra’) adalah menyalahi kontrak dan juga undang-undang. Berhubungan ini Defendan-defendan menghujahkan dan mengatakan seperti berikut: a) Dalam tindakan ini, Plaintif menuntut terhadap Defendan-defendan jumlah wang sebanyak RM7,473,380.17 (tanpa ibra’) yang dikira setakat 31.5.2021. b) Klausa 7(b) di Appendix 2 Surat Tawaran yang ditandatangani pihak-pihak menyatakan bahawa 29 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Plaintif hendaklah memberikan ibra’ di mana Defendan Pertama sebagai pelanggan menggunakan haknya untuk penyelesaian awal atau Plaintif menggunakan haknya untuk menamatkan kemudahan apabila berlaku kemungkiran: “7. Ibra’ Rebate The Bank shall grant Ibra’ in the following circumstances: (a) …… (b) Early Settlement or Event of Default The Bank shall grant an Ibra’ on the Bank’s Sale Price upon receipt of the Settlement Amount pursuant to:- (a) the Customer exercising its right for early settlement; or (b) the Bank exercising its right to terminate the Facilities upon Event of Default.” c) Plaintif wajib memberikan ibra’ dalam pengiraan jumlah yang dituntut di sini memandangkan Plaintif telah melaksanakan haknya untuk menamatkan Kemudahan Pinjaman tersebut akibat daripada berlakunya keingkaran. Dalam keadaan ini, tuntutan Plaintif untuk jumlah yang didakwa terhutang sebanyak RM7,473,380.17 tanpa rebat (ibra’) adalah salah berdasarkan terma Surat Tawaran tersebut. d) Plaintif tidak boleh menyatakan bahawa ibra’ hanya akan diberikan sekiranya wujud satu penyelesaian 30 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal penuh kerana jumlah yang dituntut dalam tindakan ini sepatutnya dikira selepas ditolak dengan ibra’ kerana jika penghakiman direkodkan untuk jumlah tanpa ibra’ Plaintif akan diawardkan dengan jumlah yang berlebihan yang boleh dikuatkuasakan. Oleh kerana penghakiman yang dimasukkan untuk jumlah tersebut adalah ‘res judicata’ tiada jaminan bahawa Plaintif akan kemudiannya memberikan ibra’ sekiranya Defendan-defendan ingin menyelesaikan tuntutan selepas penghakiman. [45] Defendan-defendan juga berhujah bahawa berdasarkan isu di atas ada sesuatu sebab yang lain patut diadakan pembicaraan mengenai tuntutan itu atau sebahagiannya, Mahkamah boleh memberikan apa-apa penghakiman di bawah A. 14, k. 3, KMM 2012 dan menurut kes United Merchant Finance Berhad v. Majlis Agama Islam Negeri Johor [1999] 2 CLJ 151 yang mengikuti prinsip dalam kes Miles v. Bull. [46] Plaintif berhujah bahawa bahawa sebagai pembiaya ia tidak mempunyai obligasi untuk memberikan ibra’ kepada pelanggannya apabila tiada penyelesaian penuh dibayar dan demikian boleh menuntut jumlah terhutang sebanyak RM7,473,380.17 tanpa rebat ibra’. Sehubungan ini, Plaintif berhujah dan mengatakan seperti berikut: a) Berdasarkan resolusi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah yang dinyatakan di dalam 31 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “Bank Negara Malaysia’s Guidelines on Ibra’ (Rebate) for Sale-Based Financing” ibra’ akan hanya diberi sekiranya wujud satu penyelesaian penuh selepas Perjanjian Kemudahan tersebut ditamatkan sebelum matang atas keingkaran Defendan- defendan membuat bayaran seperti yang persetujui dalam kontrak. b) Klausa 7(b) Appendix 2 kepada Surat Tawaran tersebut menyatakan bahawa Plaintif wajib memberi ibra’ atas harga Jualan Plaintif (Bank’s Sale Price) sekiranya wujud satu penyelesaian penuh setelah Plaintif menamatkan Perjanjian Kemudahan tersebut akibat dari kemungkiran (Event of Default) Defendan Pertama. Syarat ini secara jelas mengatakan “upon receipt of the Settlement amount” dan bukan selepas dituntut. c) Adalah satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa pembiaya tidak mempunyai obligasi untuk memberikan ibra’ kepada pelanggannya apabila tiada penyelesaian penuh dibayar berdasarkan kes- kes Maybank Islamic Bhd v. Kamarulzaman binMohamed Nordin [2014] 7 MLJ 685, CIMB Islamic Bank Bhd v. LCL Corp Bhd & Anor [2012] 3 MLJ 869, [2011] 7 CLJ 594, Mega First Marketing Sdn Bhd & Anor v. OCBC Al-Amin Bank Bhd [2021] 11 MLJ 124 dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd 32 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal v. Reka Indah Development (Penang) Sdn Bhd & Ors [2021] MLJU 398 [47] Berkenaan isu Plaintif wajib memberikan ibra’ dalam pengiraan jumlah yang dituntut, Mahkamah mendapati bahawa isu ini tidak bermerit. [48] Adalah jelas bahawa menurut Klausa 7(b) Appendix 2 kepada Surat Tawaran tersebut Plaintif hanya wajib memberi ibra’ apabila telah menerima jumlah penyelesaian berdasarkan perkataan-perkataan “upon receipt of the Settlement amount” dan bukan selepas Plaintif membuat tuntutan. [49] Dalam kes Maybank Islamic Bhd v. Kamarulzaman Bin Mohamed Nordin [supra] Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa pemberi pembiayaan berhak menuntut keseluruhan jumlah tertunggak termasuk keuntungan belum diperoleh atau ibra’ sekiranya berlaku kemungkiran penerima pembiayaan untuk menyelesaikan tunggakan. Mahkamah menyatakan: “The plaintiff was entitled to claim the whole outstanding amount including “un-earned profit” in event of default on the part of the defendant to settle the outstanding under the BBA (see Islamic Banking Practice: From the Practitioners Perspective, Bank Islam Malaysia Berhad, 1994) where the plaintiff as the bank which provided the housing financing shall be entitled to claim the whole sum granted to the defendant plus profits, (see Bank Islam Malaysia Berhad v. Adnan Bin Omar [1994] 3 CLJ 735).” 33 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [50] Saya telah menjelaskan kedudukan undang-undang mengenai kewajipan pembiaya untuk memberi ibra’ di mana tiada penyelesaian awal pembiayaan di dalam kes Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd v. Reka Indah Development (Penang) Sdn Bhd & Ors [supra]. Dalam kes ini Mahkamah ini memutuskan bahawa pembiaya tidak mempunyai obligasi untuk memberi ibra’ di mana tiada penyelesaian awal pembiayaan. Keputusan ini tercapai dengan berpandukan keputusan-keputusan di dalam kes- kes Maybank Islamic Bhd v. Kamarulzaman Bin Mohamed Nordin [supra], CIMB Islamic Bank Bhd v. LCL Corp Bhd & Anor [supra], Bank Pertanian Malaysia Bhd v. Seiko Marine Products Sdn Bhd & Ors [2017] 8 MLJ 355, Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad v. Savvy Valley Sdn Bhd & Ors [Suit No. WA-22M- 621-12/2018]. [51] Berkenaan isu ketidakpastian ibra’ diberikan sekiranya wujud satu penyelesaian penuh selepas penghakiman, kedudukan ini telah dijelaskan di dalam kes Bank Islam Malaysia Bhd v. Azhar bin Osman & Other Cases [2010] 9 MLJ 192 (Mahkamah Tinggi) di mana telah diputuskan bahawa penghakiman boleh dimasukkan tanpa ibra’ tetapi keuntungan yang belum diperolehi akan ditolak daripada jumlah penghakiman apabila penyelesaian dibuat kemudiannya. Isu ini juga telah dijelaskan oleh Dr Mohd Johan Lee (sekarang Pesuruhjaya Kehakiman) di dalam bukunya Islamic Finance: Recovery, Rescheduling & Restructuring of Islamic Financial and Capital Market 34 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Products and Services in Malaysia (Second edition). Penulis terpelajar telah memberikan penjelasan tentang bagaimana plaintif harus memplidkan ibra’ dalam pernyataan tuntutan di muka surat 152 hingga 153. Adalah dijelaskan bahawa, semasa menyediakan pernyataan tuntutan plaintif boleh menyatakan bahawa ibra’ akan diberikan selepas penyelesaian oleh penerima pembiayaan dan pada hari penyelesaian, pihak-pihak kemudian akan memuktamadkan jumlah sebenar ibra’ jika tempoh kemudahan asal masih belum matang atau tamat tempoh. Komentari beliau adalah seperti berikut: “Similarly, at the time of the filling of the summons, the statement of claims may state that ibra’ will be given upon settlement by the customer and late payment penalty will be imposed. In the judgment, it will be prudent to state the judgment sum (before ibra’) plus late payment penalty (or ta'widh only if the financier so instructs) of RM…. This judgment sum will then further be subjected to the late payment penalty (post-judgment) as provided under Order 42 Rule 12A of the ROC 2012. On the day of settlement, the parties will then crystallise the exact amount of ibra’, and late payment penalty. If a judgment is entered into on 31 submits that May, 2017, the amount stated in the judgment is RM50,000-00 and RM200 of ta’widh as of judgment date. Presuming the customer settled the judgment debt on 30th May, 2019, the financier is entitled to 10% late payment penalty as provided under Order 42 Rule 12A (5% per annum for 2 years). It is at this point in time that the parties will crystallise the ibra’ amount if the original facility tenure has yet to be matured/ expired.” [52] Berhubung dengan memberi komitmen untuk ibra’, Mahkamah mendapati bahawa Defendan memplidkan 35 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dengan secukupnya dalam perenggan 21 Pernyataan Tuntutan Terpinda bahawa ia komited untuk memberikan ibra’ jika ada penyelesaian awal. Adalah diplidkan seperti berikut: “Walau apapun jumlah tuntutan yang dibuat disini, sekiranya Defendan-defendan membuat penyelesaian penuh bagi Kemudahan tersebut, Plaintif wajib memberikan ibra' (rebat) untuk tempoh Kemudahan tersebut yang belum matang yang mana dengan ibra' (rebat) tersebut, jumlah penyelesaian penuh Kemudahan tersebut akan berkurangan seperti yang diperuntukkan di dalam panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah melalui Bank Negara Malaysia.” [53] Hujahan Defendan-defendan juga adalah bertentangan dengan resolusi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah, secara khususnya “Bank Negara Malaysia’s Guidelines on Ibra’ (Rebate) for Sale-Based Financing” (“Garispanduan tersebut”) di mana ibra’ akan hanya diberi sekiranya wujud satu penyelesaian penuh selepas Perjanjian Kemudahan tersebut ditamatkan sebelum matang atas keingkaran Defendan-defendan membayar bayaran seperti yang dipersetujui secara kontrak. Perenggan 7.4 Garispanduan tersebut menyatakan seperti berikut: “7.4 IFIs are required to ensure that the customers are duly informed on the applicability of ibra’ in the redemption statement or other documents issued by IFIs to the customers for the purpose of recovery (such as letter/notice of demand) and in the Statement of Claim prepared for litigation cases. At minimum, IFIs are expected to disclose the following: 36 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Commitment to provide ibra’ in the Statement of Claim, redemption statement and other documents such as letters or notices of demand for the purpose of recovery; and b) The formula or the manner of ibra’ computation and the relevant conditions relating to the granting of ibra’ in the redemption statement and other documents such as letters or notices of demand.” Pembuktian caj-caj dalam Sijil Keberhutangan Plaintif [54] Defendan-defendan mempertikaikan jumlah tertunggak sebanyak RM7,473,380.17 yang didakwa terhutang oleh Defendan-defendan setakat 31.5.2021 kerana pengenaan caj-caj lain berjumlah RM190.00 dan Caj Pelbagai RM33,404.75 tidak dalam pengetahuan Defendan- defendan dan menimbulkan persoalan. Sehubungan ini, Defendan-defendan berhujah dan mengatakan seperti berikut: a) Sijil Keberhutangan Plaintif tidak boleh merangkumi tuntutan untuk caj pelbagai (miscellaneous charges) tanpa keperluan untuk Plaintif mengemukakan bil, resit atau invois sebagai bukti sokongan. b) Klausa 2(p) Jaminan-jaminan tersebut yang memperuntukkan bahawa di mana jumlah keberhutangan telah disahkan oleh Plaintif, ini adalah muktamad dan mengikat, kecuali sekiranya wujud sebarang kesilapan yang ketara (manifest error) adalah tidak sah bagi maksud pengenaan caj 37 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerana jumlah keberhutangan adalah pengiraan jumlah wang pinjaman yang terhutang yang mana pihak Plaintif sebagai sebuah institusi perbankan mempunyai kepakaran dalam pengiraannya tetapi untuk caj pelbagai, ia adalah kos seperti yang dicajkan yang mana tidak memerlukan pengiraan. Defendan-defendan juga tidak boleh diletakkan beban untuk menunjukkan bahawa jumlah yang dipersijilkan mengandungi kesilapan yang ketara kerana Defendan-defendan tidak dapat memastikan jumlah caj pelbagai tersebut adalah tepat tanpa dokumen-dokumen sokongan bagi caj-caj tersebut. c) Tuntutan Plaintif untuk caj pelbagai adalah tidak dibuktikan dan tidak seharusnya dibenarkan. [55] Defendan-defendan bersandarkan kepada kes Popular Industries Ltd. v. The Eastern Garment Manufacturing Co. Sdn Bhd [1990] 1 CLJ 133 (Mahkamah Tinggi) untuk menyokong proposisi bahawa pihak yang menuntut ganti rugi mempunyai beban untuk membuktikan jumlah tersebut. Defendan-defendan juga bersandarkan kepada kes United Malayan Banking Corp Bhd v. Chen Yin Khee & Anor [2004] 4 CLJ 385 (Mahkamah Rayuan) yang memutuskan bahawa jumlah keberhutangan perlu dibuktikan melalui akaun- akaun. [56] Plaintif bergantung kepada Sijil Keberhutangan tersebut untuk membuktikan bahawa jumlah yang terhutang oleh Defendan-defendan kepada Plaintif setakat 31.5.2021 38 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal adalah RM7,473,380.17. Plaintif merujuk kepada Klausa 14.3 Perjanjian Kemudahan tersebut bersama dengan Klausa 2(p) Jaminan-jaminan tersebut masing-masing, berkenaan keberkesanan dan keesahan satu Sijil Keberhutangan sebagai satu “Conclusive Evidence” di mana adalah diperuntukkan secara spesifiknya bahawa jumlah keberhutangan yang telah disahkan oleh Plaintif adalah muktamad dan mengikat, kecuali sekiranya wujud sebarang kesilapan yang ketara (manifest error). [57] Plaintif berhujah bahawa Defendan-defendan gagal melalui afidavit jawapan Defendan untuk mengemukakan sebarang kesilapan yang ketara dan klausa tersebut melepaskan Plaintif dari sebarang tanggungjawab terhadap dakwaan Defendan-defendan. Memandangkan Defendan-defendan tidak menyangkal Sijil Keberhutangan tersebut, jumlah yang dinyatakan didalam Sijil Keberhutangan adalah terhutang. [58] Berkenaan pengenaan caj-caj lain berjumlah RM190.00 dan Caj Pelbagai RM33,404.75 yang dipertikaikan oleh Defendan-defendan, Plaintif berhujah seperti berikut: a) Defendan-defendan pada setiap masa yang material berpengetahuan akan segala terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan didalam Perjanjian Kemudahan tersebut dan adalah terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung didalam Perjanjian Kemudahan tersebut. 39 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) Menurut Klausa 1.1 di bawah perkara “Payment on Demand’ Jaminan-jaminan tersebut adalah diperuntukkan secara spesifik bahawa Defendan- defendan telah secara “unconditionally and irrevocably” menjamin sebagai “principal debtors” secara bersesama dan berasingan untuk membayar segala jumlah yang tertunggak yang terhutang dan harus dibayar oleh Defendan Pertama di bawah Perjanjian Kemudahan tersebut termasuk semua keuntungan, komisen, ta’widh, kos, caj, perbelanjaan dan/atau fi guaman atas dasar indemniti penuh. c) Klausa 2(p) Jaminan-jaminan tersebut, keberkesanan dan keesahan satu Sijil Keberhutangan sebagai satu “Conclusive Evidence”, adalah diperuntukkan secara spesifiknya di mana secara kontraktual jumlah keberhutangan yang telah disahkan oleh Plaintif adalah muktamad dan mengikat, kecuali sekiranya wujud sebarang kesilapan yang ketara. d) Pertikaian Defendan-defendan berkenaan dengan pengenaan caj lain-lain dan caj pelbagai tidak mewujudkan satu kesilapan yang ketara sehingga mempertikaikan secara prima facie keesahan dan kemuktamadan jumlah keberhutangan tersebut. 40 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [59] Berkenaan isu ini, Mahkamah mendapati bahawa hujahan- hujahan Defendan-defendan tidak bermerit. Klausa 14.3 Perjanjian Kemudahan tersebut bersama dengan Klausa 2(p) Jaminan-jaminan tersebut memperuntukkan bahawa jumlah keberhutangan yang telah disahkan oleh Plaintif adalah muktamad dan mengikat, kecuali sekiranya wujud sebarang kesilapan yang ketara: “Conclusive Evidence That a written statement from the Bank as to the amount due and owing by the Customer shall be accepted by the Guarantors as conclusive evidence that the amount thereby appearing is due from the Customer to the Bank and payable on demand to the Bank by the Guarantors;” [60] Tidak ada keperluan untuk Plaintif mengemukakan bukti lain untuk menyokong amaun di dalam Sijil Keberhutangan. Beban adalah pada Defendan-defendan untuk menunjukkan terdapat kesilapan yang ketara. Ini adalah jelas seperti yang diputuskan di dalam kes Cempaka Finance Bhd v. Ho Lai Ying [2006] 2 MLJ 685 (Mahkamah Persekutuan): “The above dictum establishes firmly the conclusive nature and extent of a certificate of indebtedness. A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law. It excuses the plaintiff from adducing proof of debt. Such a certificate shifts the burden onto the defendant to disprove the amount claimed.” [61] Defendan-defendan tidak mengemukakan apa-apa keterangan untuk menunjukkan bahawa terdapat kesilapan 41 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang ketara untuk mencabar jumlah di dalam Sijil Keberhutangan tersebut dan jumlah tersebut adalah dianggap betul. Dengan demikian Mahkamah tidak dapat menerima hujahan Defendan-defendan bahawa amaun yang dituntut oleh Plaintif perlu dibuktikan dengan Plaintif mengemukakan bil, resit atau invois sebagai bukti sokongan amaun dalam Sijil Keberhutangan tersebut. [62] Kes-kes Popular Industries Ltd. v. The Eastern Garment Manufacturing Co. Sdn Bhd [supra] dan United Malayan Banking Corp Bhd v. Chen Yin Khee & Anor [supra] yang dirujuk oleh Defendan-defendan tidak membantu Defendan- defendan kerana di dalam kes-kes ini plaintif-plaintif tidak bersandarkan kepada sijil keberhutangan dan klausa bukti konklusif untuk membuktikan jumlah keberhutangan Defendan-defendan yang berkenaan. Kesimpulan [63] Setelah mempertimbangkan keseluruhan fakta-fakta dan halkeadaan kes seperti yang dinyatakan dalam keterangan afidavit, cukup jelas bagi saya bahawa Plaintif telah memenuhi syarat-syarat dalam permohonan A. 14 KMM 2012 sesuai dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd [supra] dan seterusnya, dengan menggunapakai kes Mahkamah Agung Bank Negara Malaysia v. Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 CLJ 627. Oleh itu, saya berpendapat bahawa hujahan-hujahan Defendan-defendan tidak 42 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menimbulkan isu-isu untuk dibicarakan atau membentuk apa-apa pembelaan yang munasabah. [64] Permohonan Plaintif untuk penghakiman terus di dalam lampiran 18 adalah dibenarkan dangan kos berjumlah RM5,000.00. Tarikh: 30 Mac 2022 ATAN MUSTAFFA YUSSOF AHMAD Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Bahagian Dagang) Peguam: Untuk pihak Tengku Nazihah Hanis Plaintif: (Tetuan Sidek Teoh Wong & Dennis) Untuk pihak Rusdy Bin Ishak Defendan Kedua - (Tetuan Wajdi Mohamad Yusri & Co) Defendan Kelima: 43 S/N K2hMYgu/iUWTCQWJgHmE/w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal