CK TIMBER TRANSPORT SDN BHD
The court found the operator committed a serious breach by carrying 61,900 kg excess (113,900 kg vs 52,000 kg allowed); public safety and deterrence require a sentence commensurate with the gravity of the offence; where the vehicle is the subject matter of an offence under the listed subsections, section 80(4) APAD...
Source-derived case information.
- Citation
- NA-87-3538-09/2025 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecutor: PENDAKWA RAYA; Defendant: CK Timber Transport Sdn Bhd
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 11 December 2025
- Case Number
- NA-87-3538-09/2025 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Traffic Criminal (apad 2010) / Appeal Against Sentence and Forfeiture Order
- Outcome
- Appeal dismissed; original sentence and forfeiture order upheld
- Legal Topics
- Overloading, Vehicle Forfeiture, Sentencing, License Conditions, Section 57 APAD 2010, Section 80 APAD 2010
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PENDAKWA RAYA
Prosecutor
CK Timber Transport Sdn Bhd
Defendant
Procedural Posture
Traffic Criminal (apad 2010) / Appeal Against Sentence and Forfeiture Order
Legal Issues
- 1 Whether the operator breached the licensed weight condition by overloading the vehicle
- 2 Appropriate sentence for breach of section 57(3) APAD 2010
- 3 Whether the court is required to order forfeiture of the vehicle under section 80(4) APAD 2010
Ratio Decidendi
The court found the operator committed a serious breach by carrying 61,900 kg excess (113,900 kg vs 52,000 kg allowed); public safety and deterrence require a sentence commensurate with the gravity of the offence; where the vehicle is the subject matter of an offence under the listed subsections, section 80(4) APAD 2010 mandates forfeiture. Accordingly the fine of RM25,000 and forfeiture to the Director General JPJ are lawful and appropriate despite the guilty plea and mitigation.
Court Disposition
Appeal dismissed; original sentence and forfeiture order upheld
Orders
- Fine of RM25,000 imposed on CK Timber Transport Sdn Bhd
- Vehicle (registration CEU3268 – T/D1702) forfeited to the Director General, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia under section 80(4) APAD 2010
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
NA-87-3538-09/2025 Kand. 19 05/02/2026 15:25:18 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KHAS TRAFIK DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS KES NO. NA-87-3538-09/2025 PENDAKWA RAYA LAWAN CK TIMBER TRANSPORT SDN BHD ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini adalah alasan penghakiman berikutan rayuan yang telah difailkan oleh Orang Kena Saman (OKS) terhadap hukuman yang telah dijatuhkan dan perintah pelucuthakan kenderaan OKS setelah OKS mengaku salah bagi pertuduhan di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010) yang boleh dihukum di bawah seksyen 57(3) APAD 2010. [2] Pada tarikh pertama sebutan, setelah pertuduhan dibacakan dengan terang dan jelas, OKS yang diwakili oleh wakil syarikat iaitu Tan Hee Seng telah membuat pengakuan salah atas pertuduhan yang dikemukakan serta memahami sebab akibat pengakuan salah yang dibuat. [3] Mahkamah kemudian telah menerima pengakuan salah OKS. Setelah mendengar serta mempertimbangkan hujahan mitigasi dan pemberatan pihak-pihak serta keseluruhan fakta kes, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM25,000.00 dan juga memerintahkan kenderaan OKS dilucuthakan kepada Ketua Pengarah JPJ Malaysia. [4] Terkilan dengan keputusan tersebut, pihak OKS telah memfailkan rayuan bagi keputusan tersebut. S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal FAKTA RINGKAS [5] Pada 11 Disember 2025, OKS telah dituduh di Mahkamah di bawah seksyen 57(1)(b)(vi) APAD 2010. Pertuduhan adalah seperti berikut: - “Bahawa kamu pada 29.08.2025 lebih kurang jam 03:00AM bertempat di PLAZA TOL SETUL (LEKAS) dalam pentadbiran SEREMBAN negeri NEGERI SEMBILAN sebagai Pengendali Berlesen kenderaan barangan jenis TIMBER JINKER nombor pendaftaran kenderaan CEU3268 – T/D1702 yang telah dilesenkan di bawah Lesen Pengendali APAD nombor siri lesen 1277706- D(LA) dan nombor rujukan Permit Kenderaan 4D0026810-7/23 & 4D0026811- 7/23 telah didapati membenarkan pemandu HASBULLAH BIN SALEH nombor kad pengenalan 871109-06-5945 memandu motolori tersebut di atas jalanraya dengan membawa muatan KAYU BALAK dan telah MEMBAWA MUATAN MELEBIHI YANG DIBENARKAN sebanyak 61,900KG(119.04%) dimana Berat Dengan Muatan semasa ditimbang adalah sebanyak 113,900KG berbanding dengan Berat Dengan Muatan yang dibenarkan oleh Lesen Pengendali sebanyak 52,000KG. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar syarat di bawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 57(3) Akta yang sama.” [6] Beberapa dokumen telah dikemukakan kepada Mahkamah dan ditandakan sebagai ekshibit selepas diakui benar oleh OKS adalah seperti berikut: - Ekshibit Dokumen P1 Fakta kes P2 Lesen pengendali P3 Permit kenderaan bagi CEU3268 – T/D1702 P4 Notis Penyitaan Kenderaan di bawah seksyen 80(1) APAD 2010 S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal P5 Notis arah timbang P6 Tiket timbang P7 Gambar (A-D) [7] Berdasarkan undang-undang yang telah dirujuk, serta dapatan fakta kes bersama ekshibit yang dikemukakan, Mahkamah ini mendapati bahawa adalah jelas OKS membawa muatan berat yang berlebihan sekaligus melanggar syarat bagi lesen pengendali kenderaan berat apabila muatan yang dibenarkan hanyalah sebanyak 52,000 kg sahaja. HUJAHAN MITIGASI DAN PEMBERAT PIHAK-PIHAK [8] Sebelum mahkamah ini menjatuhkan hukuman terhadap OKS, Mahkamah telah mendengar dan mempertimbangkan hujahan mitigasi serta rayuan daripada OKS, dan juga hujahan pemberat daripada Pegawai Pendakwa JPJ. [9] OKS melalui Peguambela berhujah bahawa pengakuan salah OKS menunjukkan kesediaan OKS untuk bertanggungjawab terhadap kesalahannya. Peguambela merujuk kepada kes Sal Su Kim v PP [1975] yang mana pengakuan salah ini telah menjimatkan masa Mahkamah serta mengurangkan kesulitan kepada pihak JPJ untuk memanggil saksi-saksi jika kes ini dibicarakan. [10] Peguambela juga merujuk kepada nas-nas undang-undang yang mana dalam kes- kes tersebut Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda dalam lingkungan RM9000 hingga RM12,000 serta Mahkamah juga memerintahkan kenderaan yang disita oleh pihak pendakwaan dilepaskan kepada OKS. [11] Selain itu, Peguambela turut menghujahkan bahawa tiada sebarang kemalangan atau kerugian yang berpunca daripada perbuatan OKS dalam kes ini. OKS juga telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dijalankan sehingga ke hari ini. [12] Pihak syarikat telah memohon kebenaran Mahkamah untuk berhujah. Dalam hujahannya, OKS menyatakan bahawa syarikat masih perlu menjelaskan bayaran S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ansuran bulanan bagi kenderaan berkenaan. Pihak syarikat seterusnya menghujahkan bahawa keputusan yang dibuat oleh pemandu dalam kes ini telah dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuan pihak syarikat, dan mengakibatkan syarikat terpaksa menanggung kesalahan tersebut. [13] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa kenderaan motorlori tersebut telah didapati membawa muatan kayu balak melebihi had yang dibenarkan, di mana berat muatan sebenar semasa timbangan direkodkan adalah sebanyak 113,900 kilogram, berbanding had maksimum berat muatan yang dibenarkan di bawah lesen pengendali iaitu 52,000 kilogram. [14] Sehubungan dengan itu, pihak pendakwaan memohon agar Mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap OKS dengan mengambil kira kepentingan keselamatan awam. Pihak pendakwaan selanjutnya memohon agar perintah pelucuthakan kenderaan berkenaan dibuat kepada Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan selaras dengan peruntukan Seksyen 80(4) APAD 2010. PRINSIP HUKUMAN [15] Mahkamah telah merujuk kepada Seksyen 57(1)(b)(vi) APAD 2010 yang memperuntukkan seperti berikut: - (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya- (b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, termasuk- (vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan; [16] Manakala seksyen 57(3) Akta yang sama memperuntukkan seperti berikut: - S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. [17] Berkenaan dengan kuasa Mahkamah untuk melucuthak kenderaan yang telah didapati melakukan kesalahan di bawah APAD pula adalah seperti berikut: - (1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai pengangkutan awam darat, di mana-mana tempat. (2) Apabila suatu kenderaan yang berkaitan telah disita di bawah subseksyen (1), seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, seorang pegawai pengangkutan jalan atau seorang pegawai pengangkutan awam darat, boleh, mengikut budi bicaranya, mengembalikan kenderaan itu secara sementara kepada pemunyanya, apabila jaminan yang memuaskan hati pegawai itu diberikan bahawa kenderaan itu akan diserahkan balik kepada pegawai itu apabila diminta. (3) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan. (4) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu. [18] Berdasarkan undang-undang yang telah dirujuk, adalah jelas bahawa OKS dalam kes ini telah melanggar syarat bagi lesen pengendali yang mana muatan yang dibenarkan hanyalah sebanyak 52,000 kg. Namun, pada waktu kejadian, OKS telah membawa berat muatan dengan lebihan muatan sebanyak 61,900 kg (119.04%) di mana berat dengan muatan semasa ditimbang adalah sebanyak 113,900 kg. [19] Menjadi prinsip asas Mahkamah ini, bahawasanya undang-undang yang mantap adalah Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman yang bersesuaian serta mengikut undang-undang apabila seseorang pesalah telah didapati bersalah dan disabitkan bagi pertuduhan tersebut. [20] Dalam kes Pendakwa Raya v Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28, Hakim Mohamed Azmi (pada ketika itu) telah menyatakan bahawa: - “A ‘sentence according to law’ means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles.” [21] Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya v Teh Ling Hock [2017] MLJU 2368 di mana Responden dalam kes tersebut telah dituduh dengan 3 pertuduhan di mana pertuduhan ketiga adalah dibawah seksyen yang sama iaitu Seksyen 57(1)(b)(vi) APAD 2010. Responden dalam kes itu telah membawa lebihan muatan bauksit sebanyak 43%. Akibat daripada lebihan muatan tersebut dan faktor bahawa ianya tidak diselenggara baik telah menyebabkan kematian kepada pengguna jalan raya. Responden telah mengaku salah atas kesemua pertuduhan dan bagi pertuduhan S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ketiga, Responden telah dihukum dengan hukuman denda sebanyak RM8000 gagal bayar 3 bulan penjara. [22] Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk meneliti fakta dan keadaan kes ini di mana akibat dari tindakan Responden, ia telah menyebabkan kehilangan nyawa kepada seseorang. Hukuman yang dijatuhkan ke atas Responden jelas tidak mencukupi dan dia sengaja mewujudkan suatu keadaan yang merbahaya dan mendatangkan bencana kepada pengguna jalan raya yang lain. YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mengetepikan dan menggantikan hukuman ke atas pertuduhan ketiga itu dan Responden telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara. [23] Mahkamah turut merujuk kepada kes Gan Choo Yong v. PP [2021] CLJU 1342, di mana Hakim Mahkamah Sesyen, semasa menjatuhkan hukuman, telah merujuk kepada kes R v. Ipeelee [2012] 1 SCR 433 berhubung prinsip kesepadanan hukuman (proportionality of sentence). Dalam kes tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa: On the issue of proportionality of sentence, the case of R v. Ipeelee [2012] 1 SCR 433, referred to by the SCJ, albeit being persuasive is instructive. It decides that: Proportionality... is not just a sanction. First, the principle ensures that a sentence reflects the gravity of the offence... it promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principle of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriate, given the moral blameworthiness of the offender. (emphasis is mine) [24] Mahkamah merujuk kepada penghakiman Hilbery J di dalam kes Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164 yang memutuskan seperti berikut: “In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe.… “It is for these reasons, and with these purposes in view, that before passing sentence the Court hears evidence of the antecedents and character of every convicted person.” [25] Mahkamah, dalam kes Lim Yoon Fah v PP [1971] 1 MLJ 37 telah menggunapakai prinsip yang sama dalam kes yang dinyatakan di atas. [26] Oleh yang demikian, Mahkamah tidak boleh menutup mata terhadap peningkatan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat, khususnya kenderaan seperti yang dikendalikan oleh OKS. Risiko yang dibawa oleh kenderaan berat bukan sahaja memberi implikasi serius kepada pemilik dan pemandu kenderaan tersebut, malah meletakkan nyawa serta keselamatan orang awam dan pengguna jalan raya lain dalam keadaan terancam. [27] Sehubungan dengan itu, Mahkamah berpendirian bahawa kepentingan awam mesti diberi keutamaan dan menjadi pertimbangan yang utama dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKS. Hukuman denda pada kadar sebagaimana yang dikenakan adalah wajar, munasabah dan setimpal dengan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan. Hukuman ini juga perlu berfungsi sebagai pencegahan yang berkesan, bukan sahaja terhadap OKS, malah kepada pengusaha dan pengguna kenderaan S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berat secara amnya, agar pematuhan terhadap undang-undang lalu lintas dipandang serius dan tidak dipandang remeh, demi menjamin keselamatan awam. [28] Berkaitan dengan perintah pelucuthakan kenderaan OKS, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 80(4) APAD 2010. [29] Pembacaan literal subseksyen (4) dengan jelas menunjukkan bahawa Mahkamah dikehendaki untuk memerintahkan pelucuthakan kenderaan apabila Mahkamah berpuas hati suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu merupakan hal perkara bagi kesalahan tersebut. [30] Mahkamah berpendirian bahawa perkataan “shall” dalam suatu peruntukan undang- undang lazimnya ditafsirkan sebagai mandatori, selaras dengan prinsip tafsiran undang-undang yang telah lama diterima pakai oleh mahkamah-mahkamah di Malaysia. [31] Berdasarkan fakta kes ini, Mahkamah mendapati bahawa OKS telah melakukan kesalahan sebagaimana diperuntukkan di bawah subseksyen (1), dan kenderaan berkenaan merupakan hal perkara bagi kesalahan tersebut. Oleh itu, Mahkamah memerintahkan agar kenderaan OKS dilucuthakkan kepada Ketua Pengarah JPJ Malaysia selaras dengan peruntukan undang-undang. KESIMPULAN S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [32] Mahkamah berpuas hati bahawa keputusan yang telah diberikan ini adalah adil, wajar dan munasabah di bawah peruntukan undang-undang setelah mengambil kira semua faktor termasuk hujahan mitigasi pihak pembelan, hujahan pemberat pihak pendakwaan serta diimbangi dengan faktor kepentingan awam. Walaubagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi Yang Mulia terhadap keputusan ini. Disediakan oleh: t.t NURUL AZUIN BINTI MOHD TALHAH MAJISTRET MAHKAMAH KHAS TRAFIK SEREMBAN 5 FEBRUARI 2026 Bagi pihak pendakwaan: En. Khairi bin Mukhtar Pegawai Pendakwa JPJ Bagi pihak pembelaan: Cik Trishna Ramakrishnan & En. CK Gan Tetuan CK Gan & Sui S/N PxngV1x7EuxZ63aQW9hIA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal