CMH CONSTRUCTION & BLASTING SDN BHD SRI MATRIX CONSTRUCTION SDN BHD
Court found CMGD dated 29.6.2020 triggered the 12-month DLP, notices issued within DLP, defendant agreed then failed/refused to carry out rectification and did not prove prevention by plaintiff; under Clauses 28 and 33 plaintiff validly appointed third parties and backcharged proven costs of RM27,161.40 and...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-A72C-3-02/2022 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Plaintiff: CMH CONSTRUCTION & BLASTING SDN. BHD.; Defendant: SRI MATRIX CONSTRUCTION SDN. BHD.
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 16 February 2024
- Case Number
- WA-A72C-3-02/2022 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Civil Magistrate Court (guaman Sivil) / Judgment After Full Trial
- Outcome
- Judgment for Plaintiff. Plaintiff awarded RM11,207.40; Defendant's counterclaim dismissed.
- Legal Topics
- Defects Liability Period, Backcharge/debit Note, Equitable Set Off, Contract Interpretation, Contra Proferentem Rule, Final Re Measurement Vs Provisional Quantities, Interest and Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
CMH CONSTRUCTION & BLASTING SDN. BHD.
Plaintiff
SRI MATRIX CONSTRUCTION SDN. BHD.
Defendant
Procedural Posture
Civil Magistrate Court (guaman Sivil) / Judgment After Full Trial
Legal Issues
- 1 Whether defects were within the Defects Liability Period (DLP)
- 2 Whether plaintiff was entitled to engage third parties to rectify defects
- 3 Whether plaintiff was entitled to backcharge/debit note defendant for third-party rectification costs and quantum of such costs
Ratio Decidendi
Court found CMGD dated 29.6.2020 triggered the 12-month DLP, notices issued within DLP, defendant agreed then failed/refused to carry out rectification and did not prove prevention by plaintiff; under Clauses 28 and 33 plaintiff validly appointed third parties and backcharged proven costs of RM27,161.40 and RM22,550.00; provisional quantities give way to final re-measurement under Clause 9 so milling final quantum for Additional Right Turn is RM6,530.00; Kampung Sungai Buah final re-measurement yields RM2,929.50 and plaintiff may backcharge RM1,500; plaintiff entitled to equitable set-off of RM14,582.06 against RM25,789.46 leaving net judgment RM11,207.40; defendant's counterclaim...
Court Disposition
Judgment for Plaintiff. Plaintiff awarded RM11,207.40; Defendant's counterclaim dismissed.
Orders
- Defendant to pay Plaintiff RM11,207.40
- Interest at 5% per annum on RM11,207.40 from 6.2.2022 until date of judgment (per Section 11 Civil Law Act 1956)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-A72C-3-02/2022 Kand. 48 08/03/2024 12:30:44 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN SIVIL NO: WA-A72C-3-02/2022 ANTARA CMH CONSTRUCTION & BLASTING SDN. BHD. (No. Syarikat : 835306-M) …PLAINTIF DAN SRI MATRIX CONSTRUCTION SDN. BHD. (No. Syarikat : 807148-M) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Selepas Satu Perbicaraan Penuh) 1. Melalui satu Surat Award bertarikh 15.2.2019, Plaintif (selaku kontraktor utama) telah melantik Defendan (selaku subkontraktor) bagi kerja-kerja ‘Sub-Contract For Road Marking & Road Works’ di Additional Right Turn to Savanna Apartment at Bandar Baru Nilai Lembah Selatan, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan’ (Southville City) (selepas ini dirujuk sebagai ‘Projek Additional Right Turn’) untuk balasan nilai sub-kontrak berjumlah RM 199,828.70. 2. Melalui satu Surat Award bertarikh 26.2.2019, Plaintif (selaku kontraktor utama) sekali lagi telah melantik Defendan (selaku subkontraktor) untuk kerja-kerja ‘Sub-contract For Road Works’ di Kampung Sungai Buah, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan (Southville City)’ untuk balasan nilai RM 161,100.00 (selepas ini dirujuk sebagai ‘Projek Kampung Sungai Buah’). 1 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Surat Award Pertama - Projek Additional Right Turn 3. Plaintif menyatakan bagi Projek Additional Right Turn, Jumlah kontrak adalah sebanyak RM 199,828.70. Dan Plaintif membenarkan Defendan menuntut sebanyak RM 6,530.00 bagi kos-kos kerja tambahan. Ini menjadikan keseluruhan kontrak berjumlah RM 206,358.70. Defendan telah meninggalkan kerja-kerja bernilai RM 68,748.02. Ini menjadikan keseluruhan nilai kontrak yang telah disemak sebanyak RM 137,610.68 (RM 199,828.70 + RM 6,530.00 - 68,748.02 = RM 137,610.68) 4. Di bawah Projek Additional Right Turn tersebut, Plaintif memplidkan bahawa Defendan perlu membayar kepada Plaintif RM 25,789.46 yang merupakan backcharge/debit note sepertimana di muka surat 25 Ikatan Dokumen Bersama (IDB) Bertanda ‘B’ (Dokumen Bahagian C) sebagai kos: a. Melantik subkontraktor pihak ketiga Jasakita Abadi Sdn Bhdbagi menjalankan kerja-kerja rectification projek tersebut atas kegagalan Defendan melaksanakannya; b. Kerja-kerja tambahan bagi membaiki damaged manhole cover disebabkan oleh tindakan dan/atau kecuaian Defendan. Surat Award Kedua - Projek Kampung Sungai Buah 5. Plaintif menyatakan bagi Projek Kampung Sungai Buah, jumlah subkontrak adalah sebanyak RM 161,600.00. Plaintif menyatakan bahawa jumlah RM 14,582.06 merupakan jumlah yang perlu dibayar oleh Plaintif kepada Defendan berdasarkan kepada Penilaian No 3 bertarikh 20.12.2021 seperti di muka surat 66 IDB Bertanda “B” (Dokumen Bahagian B). Tuntutan Plaintif 6. Plaintif menuntut daripada Defendan jumlah sebanyak RM 11,207.40, yang ditolakkan (set-off) daripada Projek Additional Right Turn sebanyak RM 25,789.46 (di mana Defendan terhutang kepada Plaintif) daripada Projek Kampung Sungai Buah sebanyak RM 14,582.06 (di mana Plaintif terhutang kepada Defendan). 2 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Tuntutan Balas Defendan 7. Defendan menuntut balas sebagaimana berikut: a. Projek Additional Right Turn i. Amaun subkontrak bagi projek ini adalah sebanyak RM 131,035.07. ii. Kerja-kerja tambahan telah diselesaikan (kerja membesarkan tepi jalan, kerja-kerja miling, kerja-kerja premix dan kerja-kerja touch up) adalah berjumlah RM 27,842.43. iii. Maka Defendan layak menerima bayaran daripada Plaintif/Jumlah kontrak disemak berjumlah RM 158,877.50. iv. Plaintif hanya membayar sebahagian sahaja yang berjumlah RM 114,367.17. v. Maka keseluruhan baki tertunggak yang Plaintif perlu bayar Defendan ialah RM 44,510.33. b. Projek Kampung Sungai Buah i. Amaun subkontrak Projek Kampung Sungai Buah RM 108,431.50; ii. Kerja-kerja tambahan yang diarahkan Plaintif berjumlah RM 3,153.60; iii. Defendan telah selesai menyiapkan Projek tersebut dengan sempurna dan layak menerima bayaran RM 111,585.10 iv. Defendan hanya menerima sebahagian bayaran RM 86,384.30 sahaja daripada Plaintif. v. Baki Plaintif terhutang kepada Defendan sebanyak RM 25,200.80 8. Sebelum mahkamah ini memutuskan isu-isu yang ditimbulkan melalui pliding pihak- pihak, mahkamah ini ingin menyatakan bahawa kedua-dua Surat Award tersebut adalah tidak dipertikaikan kesahihannya, namun apa yang dipertikaikan adalah kandungannya, iaitu terma-terma terkandung di dalamnya yang mana tafsirannya adalah berbeza mengikut pemahaman Plaintif dan Defendan. 9. Pihak Defendan di dalam penghujahannya membangkitkan berkenaan Contra Preferentum Rule iaitu perundangan berkenaan bagaimana klausa-klausa yang meragukan di dalam kontrak wajar ditafsirkan. Plaintif membantah atas alasan 3 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal bahawa ianya tidak pernah dibangkitkan di dalam pliding, terutamanya di dalam Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan. 10. Mahkamah ini setelah meneliti kepada Pembelaan dan Tuntutan Balas tersebut dengan kritikal dan berhati-hati, mendapati bahawa tiada isu mengenai contra preferentum rule ada diplidkan oleh Defendan. Ianya juga bukan sebahagian daripada isu-isu untuk diputuskan mahkamah merujuk kepada Kandungan 15. Justeru itu, sepertimana prinsip undang-undang yang mantap, memandangkan ianya tidak pernah diplidkan, maka mahkamah ini adalah terhalang daripada mempertimbangkan isu-isu tersebut. 11. Adapun pihak Defendan hanya mempertikaikan bahawa terdapat ‘terma-terma lain di dalam Surat Award Pertama tersebut yang tidak dinyatakan oleh Plaintif’ (merujuk kepada perenggan 1 Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan tersebut), namun mahkamah ini mendapati ianya tidak terjumlah kepada pembangkitan suatu isu di bawah perundangan Contra Preferentum Rule tersebut, kerana Contra Preferentum Rule adalah berkaitan klausa-klausa yang meragukan di dalam sesuatu kontrak. 12. Sebagai contoh di dalam kes perundangan SPM Membrane Switch Sdn Bhd v Kerajaan Negeri [2016] 1 MLJ 464, keraguan yang timbul adalah berkaitan Klausa 8.1(b) dan Klausa 9.2, samada Klausa 8.1. boleh dilaksanakan secara bebas dan berasingan dengan Klausa 9 yang membuatkan mahkamah terpaksa memutuskan untuk memilih salah satu daripada 2 tafsiran yang bersesuaian dari segi komersial. 13. Justeru itu, mahkamah ini cenderung berpendapat bahawa pernyataan di perenggan 1 Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan tersebut, bukanlah merujuk kepada Contra Preferentum Rule. Sebaliknya, ianya menyatakan bahawa terdapat terma-terma lain yang tidak dinyatakan di dalam Surat Award tersebut. 14. Berkenaan isu ini, Seksyen 91 Akta Keterangan 1950 jelas menyatakan bahawa, “no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions hereinbefore contained.” 15. Di dalam kes ini, kedua-dua Surat Award tersebut telah dikemukakan melalui secondary evidence (rujuk Seksyen 63 dan 65 Akta Keterangan 1950), yang disalin 4 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal daripada salinan asal, maka segala terma-terma di dalamnya merupakan terma-terma yang konklusif. 16. Setelah peruntukan Seksyen 91 Akta Keterangan 1950 dipatuhi, ini menarik pemakaian Seksyen 92 Akta Keterangan yang mengecualikan apa jua keterangan mengenai perjanjian oral, pernyataan (statement) yang bertujuan mencanggahi, mengubah, menambah atau menolak (contradicting, varying, adding or substracting) terma-terma di dalam Kontrak tersebut. 17. Dari sudut tafsiran yang ketat (strict interpretation) Seksyen 92 Akta Keterangam 1950 hanya terpakai kepada perjanjian oral sahaja. Namun, dari sudut tafsiran lain, perkataan pernyataan (statement) turut terpakai kepada perjanjian bertulis lain (written agreement) merujuk kepada kes-kes perundangan seperti Citibank NA V Ooi Boon Leong & Ors [1981] 1 MLJ 282 dan Union Workshop (Construction) Co V Ng Chew Ho Construction Co Sdn Bhd [1978] 2 MLJ 22, di mana Mahkamah Persekutuan menolak penerimaan keterangan written agreement bagi mempertikaikan terma- terma di dalam kontrak bertulis sedia ada. 18. Justeru itu, sebarang usaha untuk memperkenalkan atau membawa terma-terma lain tidak akan dipertimbangkan oleh Mahkamah. Mahkamah ini akan hanya bergantung kepada terma-terma yang dinyatakan di dalam kedua-dua Surat Award tersebut. 19. Mahkamah ini tidak akan memutuskan kepada keseluruhan 16 isu yang dibangkitkan, sebaliknya hanya akan fokus kepada isu yang Mahkamah ini dapati berkaitan dengan pliding pihak-pihak sahaja. Ini kerana penelitian Mahkamah ini terhadap Bundle D Isu- isu Yang Harus Dibicarakan Bersama (Kandungan 15) didapati terdapat isu-isu yang bertindih antara satu sama lain. (1) PROJEK ADDITIONAL RIGHT TURN 20. Berikut merupakan isu-isu untuk diputuskan berkaitan Projek Additional Right Turn: Isu (a) Samada kerja-kerja defektif yang timbul adalah di dalam tempoh DLP atau selepas tempoh DLP? 21. Untuk isu ini, Plaintif berpendirian bahawa kerja-kerja defektif yang dibangkitkan adalah di dalam tempoh DLP. Defendan pula berpendirian sebaliknya dan sebarang 5 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerosakan atau kecacatan yang terjadi selepas tamat tempoh DLP, Defendan adalah tidak bertanggungan. Semasa perbicaraan, apabila peguamcara Defendan memeriksa balas berkenaan isu ini, pihak Plaintif telah membangkitkan bantahan atas alasan ianya tidak pernah diplidkan di dalam pliding Defendan. 22. Berkenaan isu DLP yang dikatakan sebagai afterthought kerana tidak pernah dibangkitkan di dalam pliding, mahkamah ini telah membuat ruling semasa perbicaraan penuh bahawa ianya bukan afterthought. Mahkamah ini membenarkan soalan-soalan pemeriksaan balas berkaitan DLP ditanya atas alasan-alasan berikut: a. Isu berkenaan DLP dibangkitkan di dalam pliding Pernyataan Tuntutan Plaintif terlebih dahulu (rujuk perenggan 4(ii), 7(ii), perenggan 9(ii) dan (iii). Manakala isu berkenaan kerja-kerja defektif dibangkitkan di perenggan 10. b. Defendan menafikan pengataan Plaintif di perengan 9 dan 10 Pernyataan Tuntutan Plaintif dan meletakkan beban pembuktian yang kukuh (rujuk perenggan 9 dan 10 Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas Defendan). c. Apabila isu berkenaan DLP dibangkitkan oleh Plaintif, dan Defendan menafikannya, maka mankamah ini mendapati bahawa Defendan sewajarnya dibenarkan membuat pemeriksaan balas terhadap isu-isu berkaitan DLP ini terutamanya berkenaan tarikh Certificate of Practical Completion (CPC) dan Certificate of Making Good Defect (CMGD) dikeluarkan. d. Mahkamah ini seterusnya telah membenarkan pengemukaan dokumen- dokumen berkaitan seperti Ekshibit P2 hingga P5 iaitu CPC dan CMGD bagi kedua-dua projek tersebut oleh pihak Plaintif, bagi menentukan tarikh DLP sebenar. e. Ianya bukan satu afterthought atau kegagalan memplidkan oleh Defendan. Plaintif yang terlebih dahulu menanggung onus of proof untuk membuktikan berkenaan isu DLP dan Defendan sewajarnya dibenarkan memeriksa balas berkenaan isu DLP tersebut, sekiranya onus tersebut berpindah kepada Defendan. f. Onus of proof hanya boleh dilepaskan atau berpindah melalui pengemukaan keterangan oral atau dokumentar atau hasil pemeriksaan balas. Tiada sebab Defendan tidak dibenarkan memeriksa balas berkenaan isu DLP. 6 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23. Samada kerja-kerja defektif tersebut dibangkitkan di dalam tempoh DLP, mahkamah ini membuat dapatan bahawa ianya masih di dalam tempoh DLP mengambilkira kepada Klausa 6 Surat Award tersebut yang jelas menyatakan: “6. Defects Liability Period Defects Liability Period is Twelve (12) months from the issuance of Certificate of Practical Completion or issuance of Certificate of Making Good Defects whichever is later” 24. Jika diteliti, tiada sebarang keraguan terhadap Klausa 6 tersebut di mana tarikh DLP bermula daripada tarikh pengeluaran CPC atau CMGD, yang mana lebih terkemudian. 25. Di dalam kes ini, jika dirujuk kepada Ekshibit P2 iaitu CPC, ianya bertarikh 30.6.2019 manakala Ekshibit P4 iaitu Certificate of Making Good Defects ialah pada 29.6.2020. CMGD adalah lebih terkemudian dan tempoh 12 bulan DLP bermula pada 29.6.2020 dan akan tamat pada 28.6.2021. 26. Surat-surat oleh Plaintif untuk memaklumkan Defendan untuk melaksanakan kerja- kerja defektif tersebut adalah bertarikh 28.8.2020, 24.12.2020, 2.1.2021, 2.2.2021,10.2.2021 dan 24.2.2021. Kesemua surat-surat ini adalah masih di dalam tempoh DLP. Isu (b) Samada Plaintif berhak melantik kontraktor pihak ketiga untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih susulan kegagalan Defendan membaikpulih kerja subkontrak defektif tersebut? Isu (c) Samada Plaintif berhak mengenakan caj belakang (back charge) atau menolak (set off) amaun yang ditanggung oleh Plaintif untuk melantik kontraktor pihak ketiga untuk membaikpulih kerja-kerja Defendan? Jika Plaintif berhak, berapakah amaun tersebut? 27. Bagi isu ini, Klausa 28 Surat Award tersebut menyatakan seperti berikut: “28. Work Carried out by Third Party on Behalf of Default Sub-Contractor The main contractor reserves the optional rights to engage third party to carry out works on behalf of the default subcontractor after serving 7 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal minimum two (2) working days’ notice of default refer to clause 27(a)(b)(c)(d) and (e) – if the default subcontractor fails to reinstate any of the defaults or repeat the same after expiry of notice of default, The Main contractor shall entitle to get third party to carry out the said works and debit all cost incurred and extra expenses to the account of the default subcontractor without further notice” 28. Manakala Klausa 33 Surat Award tersebut menyatakan: “33. Debit Notes/Back Charging The Contractor reserves the right to issue debit notes and back charge the subcontractor for all poor workmanship and poor quality of materials rejected, cost of damaging others’ work, cost of subsequent hacking and rework, cost of supervision and cost of progress delay as result of rework and/or insufficient manpower at site” 29. Setelah meneliti kepada Klausa 28 dan 33 Surat Award tersebut, mahkamah ini membuat dapatan bahawa pihak Plaintif berhak melantik kontraktor pihak ketiga untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih sekiranya terdapat kegagalan di pihak Defendan membaikpulih kerja subkontrak defektif tersebut dan mengenakan caj belakang (backcharge) atau nota debit bagi segala kos dan perbelanjaan terhadap subkontraktor yang ingkar tersebut. Isu (d) Samada Defendan gagal dan/atau enggan dan/atau lalai untuk membaiki kerja-kerja defektif tersebut atau Defendan dihalang oleh Plaintif daripada memperbaiki kerja-kerja defektif tersebut? Isu (e) Berkenaan kerosakan pada penutup lurang (manhole cover) dan road kerb Projek Additional Right Turn: i. adakah ia disebabkan oleh oleh tindakan/kecuaian/ketidaksengajaan Defendan atau disebabkan oleh kecuaian pembinaan Plaintif? ii. Samada Plaintif menanggung kos sebanyak RM 27,161.40 untuk membaiki penutup luring (manhole cover); dan iii. adakah Defendan bertanggungjawab untuk membayar dan/atau beri pampasan kepada Plaintif? 8 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 30. Plaintif berhujah bahawa Defendan telah gagal dan/atau enggan dan/atau lalai daripada menjalankan kerja-kerja rektifikasi kerosakan sebanyak RM 49,711.40 meliputi kerja-kerja berkaitan baik pulih road kerb bernilai RM 22,550.00 dan manhole cover bernilai RM 27,161.40. 31. Amaun-amaun ini kemudiannya telah dicaj kebelakang (backcharged) terhadap Defendan atas keengganan menjalankan kerja-kerja rektifikasi tersebut. Sepertimana dapatan mahkamah di atas, kerja-kerja ini adalah masih di dalam tempoh DLP. 32. Plaintif telah menghantar e-mel dan surat kepada Defendan mengarahkan Defendan untuk melaksanakan kerja-kerja rektifikasi tersebut merujuk kepada muka surat 79- 107,111 dan 121 IDB Bertanda ‘B’. 33. Berdasarkan pemeriksaan balas terhadap SD1, SD1 mengesahkan bahawa kesemua kerja-kerja tersebut adalah di bawah skop kerja Defendan. Dan berdasarkan pemeriksaan balas SD1, SD1 mengesahkan penerimaan surat dan e-mel tersebut. 34. Defendan sebaliknya berhujah menafikan perkara ini dan menyatakan bahawa kerosakan tersebut bukanlah disebabkan oleh pihak Defendan. Defendan tidak sewajarnya bertanggungan terhadap kerosakan manhole cover dan road kerb tersebut disebabkan Plaintif telah mengambil pendirian atau posisi bahawa Plaintif tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan tersebut, maka Defendan tidak sepatutnya bertanggung jawab atas kerosakan tersebut, berdasarkan surat Plaintif bertarikh 19.11.2020 IDB Bertanda ‘B’ muka surat 97. Pendirian ini turut dipersetujui oleh SP1 semasa pemeriksaan balas (rujuk Nota Keterangan, muka surat 157). 35. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada pemeriksaan balas oleh peguamcara Plaintif, SD1 mengakui bahawa pihak konsultan, iaitu SNA Consult telah mengenalpasti punca kecacatan (defects) kedua-dua nya iaitu manhole cover dan road kerb, adalah disebabkan oleh kecacatan premix (muka surat 80, 81, 87 – 96 IDB Bertanda ‘B’ dirujuk). 36. Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah ini membuat dapatan bahawa kecacatan (defect) berkaitan manhole cover dan road kerb adalah disebabkan oleh tindakan dan/atau kecuaian dan/atau ketidaksengajaan pihak Defendan. 37. Berdasarkan kepada komunikasi di antara Plaintif dan Defendan juga, merujuk kepada keterangan dokumentar kontemporari, mahkamah ini juga mendapati bahawa setakat tarikh 19.1.2021, Defendan sebenarnya telah bersetuju untuk menjalankan 9 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerja-kerja rektifikasi tersebut namun Defendan memohon surat pengesahan MITI daripada Plaintif kerana pada masa tersebut adalah di dalam tempoh Perintah Kawalan pergerakan (MCO) (muka surat 106 IDB Bertanda’B’ dirujuk). 38. Dan berdasarkan kepada muka surat 116 IDB Bertanda’B’, satu surat telah dikeluarkan kepada Defendan oleh Plaintif namun ianya tidak diterimapakai oleh pihak berkuasa pada masa tersebut dan Defendan perlu memohon kepada pihak MITI sendiri. Tiada pemohonan dibuat oleh Defendan kepada pihak MITI. 39. Merujuk juga kepada keterangan dokumentar kontemporari seperti di muka surat 122 IDB Bertanda ‘B’ tersebut, Defendan dapat dilihat meletakkan syarat-syarat memaklumkan bahawa pihaknya hanya akan menjalankan kerja-kerja rektifikasi selepas Perintah Kawalan Pergerakan tamat dan pada masa yang sama memohon pihak Plaintif untuk memuktamadkan tuntutan Defendan. 40. Di sini mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Defendan adalah enggan untuk menjalankan kerja-kerja rektifikasi tersebut. Dan Defendan juga gagal membuktikan bahawa pihaknya dihalang oleh Plaintif daripada menjalankan kerja-kerja rektifikasi tersebut. 41. Dan di atas keengganan Defendan menjalankan kerja-kerja rektifikasi tersebut, Plaintif adalah berhak untuk melantik pihak ketiga, iaitu Jasakita Sdn Bhd (muka surat 33 IDB Bertanda ‘B’) dan Pagoda Steel Works Sdn Bhd (muka surat 39 IDB Bertanda ‘B’). Ini adalah dibenarkan menurut Klausa 28 Surat Award tersebut. Plaintif juga turut dibenarkan mengenakan backcharge/Nota Debit kepada Defendan menurut Klausa 28 dan 33 Surat Award tersebut. 42. Mahkamah ini juga membuat dapatan bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kos sebanyak RM 27,161.40 dan RM 22,550.00 telah terpaksa dikeluarkan bagi mengupah pihak ketiga tersebut menjalankan kerja-kerja rektifikasi yang enggan dilakukan oleh Defendan. Dan mahkamah ini mendapati pengemukaan Subut harga tersebut (muka surat 33 dan 39 IDB Bertanda ‘B’) adalah memadai membuktikan bahawa kos tersebut telah ditanggung oleh Plaintif. Isu (f) Samada Plaintif perlu membayar kuantum berkenaan dengan kerja-kerja tambahan yang dilakukan berkenaan dengan Projek Additional Right Turn untuk 10 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerja-kerja milling berdasarkan ukuran akhir dan bukan berdasarkan ukuran yang dinilai sementara? Isu (g) Samada Defendan telah menyempurnakan kerja-kerja tambahan yang diarahkan Plaintif berkenaan dengan Projek Additional Right Turn dan berhak kepada bayaran RM 27,842.43 atau RM 6,530.00? Isu (h) Samada jumlah sub total yang disemak berkenaan dengan Projek Additional Right Turn menurut Surat Award bertarikh 15.2.2019 adalah RM 137,610.68 atau RM 158,877.50? 43. Bagi isu (f) mahkamah ini membuat dapatan bahawa Plaintif hanya berhak membayar Defendan bagi kerja-kerja milling berdasarkan kepada ukuran akhir (Final Re- measurement) dan bukan berdasarkan nilai ukuran sementara (provisional measurement). 44. Dapatan ini dibuat dengan merujuk kepada Klausa 9 Surat Award tersebut yang menyatakan: “9. Provisional Quantities All Quantities measured are Provisional and subject to Final Re- measurement.” 45. Bagi isu (g), keperluan untuk pihak Defendan menjalankan kerja-kerja tambahan (provisional works) ini timbul susulan daripada Variation Order No 1 bertarikh 2.4.2019 berkenaan Milling Works (muka surat 255 IDB Bertanda ‘B’) berjumlah RM 7,500.00. 46. Di dalam surat tersebut turut menyatakan bahawa, “all quantities measured are provisional dan subject to Final Re-measurement”. Ini adalah selari dengan Klausa 9 Surat Award tersebut. 47. Justeru itu, jumlah itu tidaklah muktamad dan tertakluk kepada Final Re- measurement. Dan berdasarkan Final Re-measurement yang telah dijalankan, amaun bagi kerja Milling Works adalah berjumlah RM 6,530.00 yang mana dapat dilihat di dalam Certificate No 3 di muka surat 25 IDB Bertanda’B’. 11 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 48. Defendan menuntut bagi jumlah 2661.85 m2 manakala Plaintif, setelah menjalankan final re-measurement memperakui 2612.00 m2. 49. Plaintif bergantung kepada dokumen di muka surat 244 IDB Bertanda’B’ sebagai dokumen bagi Final Reamesurement yang dijalankan oleh Konsultan yang menunjukkan jumlah diperakui 2611.85 m2 yang apabila digenapkan menjadi 2612.00 m2. 50. Defendan pula menyatakan berhak kepada RM 27,842.43 bagi kerja-kerja tambahan (provisional works) bagi Milling Works berdasarkan kepada Progress Claim No 1 di muka surat 251 IDB Bertanda ‘B’ dan Defendan menyenaraikan progress claim nya seperti berikut: a. Redo Works for I-kerb (RM 6,825.00) b. Road hump overall (RM 2,400.00) c. Milling and Relay (RM 6,654.63) d. 500 mm Wide Yellow Bar (RM 4,762.80) e. Idling Work (RM 7,200.00) 51. Mahkamah ini bersetuju bahawa Defendan tidak berhak menuntut kepada Item (a) mengambilkira Klausa 20 (Standard of workmanship) dan Klausa 15 (Site Setting Out) yang mana ianya tanggungjawab Defendan memastikan kerb harus dibina di tempat yang betul berdasarkan lakaran. Kesilapan membina kerb tersebut, kos perlu ditanggung oleh Defendan. 52. Defendan juga tidak berhak menuntut Item (b) disebabkan Defendan menuntut amaun yang salah dan terjumlah kepada tuntutan bertindih (double claim) kerana telah sedia ada dimasukkan di dalam kuantiti asal dan skop tugas asal. 53. Bagi Item (c), setelah mengambilkira Klausa 9 Surat Award tersebut, mahkamah ini hanya membenarkan tuntutan Defendan bagi jumlah RM 6,530.00 sahaja. 54. Bagi Item (d), setelah meneliti keseluruhan keterangan oral dan dokumentar, mahkamah membuat dapatan bahawa tiada sebarang joint measurement atau final measurement dibuat bagi Item (d) tersebut. Justeru itu, Defendan tidak dibenarkan untuk menuntut. 55. Bagi Item (e), tuntutan Defendan terhalang oleh Klausa 1 Surat Award tersebut yang tidak membenarkan tuntutan idling work dibuat. Defendan juga telah gagal membuktikan bahawa Plaintif yang telah menyebabkan mesin-mesin tersebut terbiar 12 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (idle). Dan terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa mesin tersebut dalam keadaan terbiar (idle) akibat kegagalan Defendan mengikuti lakaran dan tidak membuat pengiraan (measurement) kerb tersebut. Plaintif tidak sewajarnya bertanggungan terhadap kos ini. 56. Maka, bagi isu (g), mahkamah ini membuat dapatan bahawa Defendan telah menyiapkan kerja-kerja tambahan tersebut dan hanya berhak kepada pembayaran berjumlah RM 6,530.00 sahaja. 57. Bagi isu (h), mahkamah ini membuat dapatan bahawa jumlah sub total yang disemak berkenaan dengan Projek Additional Right Turn menurut Surat Award bertarikh 15.2.2019 adalah RM 137,610.68. 58. ianya adalah tidak dipertikaikan bahawa nilai balasan keseluruhan sub-kontrak adalah sebanyak RM 199,828.70. Dan mahkamah ini telah mengesahkan bahawa tindakan Plaintif memperakukan amaun RM 6,530.00 sebagai kerja-kerja tambahan adalah tepat. Ini menjadikan keseluruhan nilai balasan subkontrak kepada RM 206,358.70. Dan daripada jumlah tersebut, sebanyak RM 68,748.02 wajar ditolak akibat peninggalan kerja-kerja oleh Defendan. Maka ini menjadikan jumlah nilai yang telah disemak adalah sebanyak RM 137,610.68. (2) PROJEK KAMPUNG SUNGAI BUAH 59. Berikut merupakan isu-isu untuk diputuskan berkaitan Projek Kampung Sungai Buah: Isu (h) Samada kerja-kerja tambahan yang diarahkan oleh Plaintif kepada Defendan berkenaan Projek Kampung Sungai Buah adalah dalam amaun RM 3,153.60 atau RM 2,929.50? Isu (i) Samada ukuran semula akhir atau pengukuran nilai sementara digunakan bagi mengira kuantum kerta-kerja tambahan bagi mill and resurface Projek Kampung Sungai Buah Isu (j) Samada Plaintif boleh mengenakan backcharge sebanyak RM 1,500.00 terhadap Defendan? 13 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Isu (k) Samada jumlah total sub-kontrak yang disemak berkenaan dengan Projek Kampung Sungai Buah adalah berjumlah RM 105,093.70 atau RM 111,585.10? 60. Bagi isu (h), Plaintif berpendirian bahawa kerja-kerja tambahan yang telah dijalankan oleh Defendan adalah berjumlah RM 2,929.50. Defendan pula berpendirian bahawa amaun kerja-kerja tambahan yang telah dijalankannya adalah sebanyak RM 3,153.60. 61. Tuntutan Defendan adalah di atas amaun kuantiti 1,168 m2 (provisional measurement) manakala Plaintif memperakuinya atas amaun kuantiti 1,085 m2 (final re-measurement). Dokumen-dokumen yang dirujuk ialah: a. Muka surat 68 dan 69 IDB Bertanda ‘B’ b. Muka surat 240 – 243 IDB Bertanda ‘B’ 62. Justeru itu, dalam keadaan tersebut, terdapat keperluan untuk mahkamah ini turut mempertimbangkan isu (i) bersama-sama, iaitu samada ukuran semula akhir atau pengukuran nilai sementara digunakan bagi mengira kuantum kerta-kerja tambahan bagi mill and resurface Projek Kampung Sungai Buah? 63. Klausa 9 Surat Award Kampung Sungai Buah tersebut jelas menyatakan bahawa, ‘All Quantities measured are Provisional and subject to Final Re-Measurement” (Muka surat 47 IDB Bertanda ‘B’). 64. Mahkamah ini membuat dapatan bagi isu (h) bahawa kerja-kerja tambahan yang telah dijalankan oleh Defendan adalah berjumlah RM 2,929.50, iaitu selaras dengan pengiraan final re-measurement. 65. Mahkamah ini juga membuat dapatan bagi isu (i) bahawa ukuran semula akhir (final re-measurement) adalah terpakai bagi mengira kuantum kerja-kerja tambahan mill dan resurface Projek Kampung Sungai Buah tersebut. 66. Bagi isu (j), Defendan turut mempertikaikan backcharge yang dikenakan oleh Plaintif terhadap Defendan sejumlah RM 1,500.00 dan Defendan mencadangkannya sebagai duit rasuah. Plaintif sebaliknya menyatakan bahawa wang sebanyak RM 1,500.00 tersebut merupakan pembayaran kepada pihak berkuasa bagi menjalankan pemeriksaan berkaitan yang diperlukan bagi melengkapkan projek tersebut, merujuk kepada Item P di muka surat 55 IDB Bertanda ‘B’. 14 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 67. Mahkamah ini membuat dapatan bagi isu (j) bahawa Plaintif berhak mengenakan backcharge terhadap Defendan bagi sejumlah RM 1,500.00 tersebut. Ini kerana berdasarkan kepada keterangan SP1, tugas untuk membawa pihak Majlis untuk membuat pemeriksaan adalah tanggungjawab Defendan, namun telah dilakukan oleh SP1. Semakan mahkamah terhadap Klausa 34 Surat Award tersebut jelas menyatakan mengenai tanggungjawab Defendan untuk berhubung dengan pihak berkuasa bagi menjalankan pemeriksaan. 68. Bagi isu (k), Plaintif berpendirian bahawa jumlah nilai subkontrak yang disemak adalah sebanyak RM 105,093.70. Defendan pula berpendirian bahawa nilaian sepatutnya pada kadar RM 111, 585.10. 69. Mahkamah ini mendapati nilaian Defendan adalah adalah gagal mengambilkira pengiraan final re-measurement serta backcharge yang telah dikenakan terhadap Defendan. Justeru itu, mahkamah ini membuat dapatan bagi isu (k) bahawa nilai subkontrak yang disemak adalah sebanyak RM 105,093.70. 70. Plaintif juga adalah terhutang sebanyak RM 14,582.06 kepada Defendan bagi Projek kampung Sungai Buah. Isu (l) Samada Plaintif dibenarkan untuk menolak (set off) jumlah wang RM 14,582.06 yang terhutang oleh Plaintif kepada Defendan dengan wang sebanyak RM 25,789.46 yang terhutang oleh Defendan kepada Plaintif? 71. Plaintif berpendirian bahawa pihaknya dibenarkan untuk menolak (set off) jumlah wang RM 14,582.06 yang terhutang oleh Plaintif kepada Defendan dengan wang sebanyak RM 25,789.46 yang terhutang oleh Defendan kepada Plaintif. Defendan pula berpendirian bahawa Plaintif tidak berhak menolak jumlah RM 14,582.06 tersebut dan berpendirian bahawa wang tersebut perlu dibayar kepada pihaknya. 72. Mahkamah ini bersetuju sepenuhnya dengan otoriti dirujuk Plaintif iaitu Mahkamah Persekutuan di dalam kes Newacres Sdn Bhd v Sri Alam Sdn Bhd [2000] 2 MLJ yang memetik penghakiman Lord Denning di dalam kes Federal Commerce Ltd v Molena Alpha Inc [1978] 1 QB 927 CA di mana panduan berikut diberikan berkaitan equitable set-off di mana pihak Plaintif boleh menguatkuasakannya sekiranya memenuhi kedua- dua requirement berikut: 15 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a. Terdapat perkaitan rapat (close connection) di antara tuntutan (claim) dan tuntutan balas (cross-claim) tersebut; b. Terdapatnya functional requirement di mana ianya tidak adil untuk menguatkuasakan tuntutan tanpa mengambilkira tuntutan balas tersebut. 73. Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif berhak menguatkuasakan equitable set- off di dalam kes ini mengambilkira kewujudan kedua-dua elemen tersebut. Justeru itu, Plaintif dibenarkan menolak RM 14,582.06 yang terhutang olehnya kepada Defendan bagi Projek Kampung Sungai Buah, daripada amaun RM 25,789.46 yang terhutang oleh Defendan kepada Plaintif di bawah Projek Additional Right Turn. KEPUTUSAN MAHKAMAH 74. Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. Mahkamah ini juga mendapati bahawa pihak Defendan gagal membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif. Mahkamah ini membuat penghakiman seperti berikut: a. Tuntutan Plaintif dibenarkan dan Defendan membayar Plaintif RM 11,207.40; b. Tuntutan Balas Defendan ditolak; c. Faedah pada kadar 5% setahun atas amaun RM 11,207.40 daripada tarikh 6.2.2022 sehingga tarikh penghakiman menurut Seksyen 11 Akta Undang- undang Sivil 1956; d. Faedah pada kadar 5% setahun atas amaun RM 11,207.40 daripada tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh menurut Aturan 42 Kaedah 12 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012; e. Kos guaman dan kos tindakan sebanyak RM 5,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Bertarikh 15 Februari 2024 16 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal …t…t… MUHAMAD TAUFIK BIN SABERI Majistret Mahkamah Majistret Sivil 1 Kuala Lumpur 17 S/N x2yIGfd7skaZyOub3tWK/g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal