PENDAKWARAYA Pendakwaraya Zaiton binti Sidek
At the close of the prosecution the evidence established a prima facie case that the accused, as registered account holder, had received and withdrawals were made from the account totalling RM22,600, satisfying the concealment and dishonesty elements for s.424; however after hearing the accused's sworn testimony and...
Source-derived case information.
- Citation
- BL-83-1030-05/2018 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor (Pendakwa Raya); Complainant: Rafidah binti Mohamed Salleh; Accused: Zaiton binti Sidek
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 January 2020
- Case Number
- BL-83-1030-05/2018 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal / Trial — End of Prosecution and Post‑trial Judgment
- Outcome
- accused acquitted and discharged
- Legal Topics
- Concealment of Property, Dishonesty, Prima Facie Test, Charge Particulars, Failure to Call Witness / Non‑production of Evidence, Section 424 Penal Code
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor (Pendakwa Raya)
Prosecution
Rafidah binti Mohamed Salleh
Complainant
Zaiton binti Sidek
Accused
Procedural Posture
Criminal / Trial — End of Prosecution and Post‑trial Judgment
Legal Issues
- 1 Whether prosecution proved a prima facie case of concealment under section 424 Penal Code
- 2 Whether the accused acted dishonestly or fraudulently in concealing property
- 3 Whether an overt act is required for concealment as charged
Ratio Decidendi
At the close of the prosecution the evidence established a prima facie case that the accused, as registered account holder, had received and withdrawals were made from the account totalling RM22,600, satisfying the concealment and dishonesty elements for s.424; however after hearing the accused's sworn testimony and considering her recorded police statement that she had handed her ATM card and PIN to a third party, the defence raised a reasonable doubt as to exclusive control and dishonest concealment by the accused; prosecution failed to prove guilt beyond reasonable doubt and the accused is acquitted.
Court Disposition
accused acquitted and discharged
Orders
- Charge amended at close of prosecution to allege concealment of RM22,600.00 (section 424 Penal Code) and read to accused
- Accused Zaiton binti Sidek is acquitted and discharged of the amended charge under section 424 Penal Code
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (5) KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP NO. BL-83-1030-05/2018 PENDAKWA RAYA … PENGADU LAWAN ZAITON BINTI SIDEK (KP No: 581229-01-6026) … TERTUDUH ALASAN PENGHAKIMAN DI AKHIR PERBICARAAN LATAR BELAKANG KES (1) Zaiton binti Sidek, tertuduh (OKT) di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan satu pertuduhan dibawah seksyen 424 Kanun Keseksaan. (2) Pertuduhan terhadap OKT adalah seperti berikut: PERTUDUHAN “Bahawa kamu pada tarikh antara 25.4.2016 sehingga 27.4.2016 bertempat di alamat CIMB Bank Kota Kemuning di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor, dengan curangnya telah menyembunyikan wang RM23,300.00 yang dimasukkan oleh penama RAFIDAH BINTI MOHAMED SALLEH No. KPT: 761211-09-5094 ke dalam 1 akaun CIMB Bank No. Akaun 7053609997 milik kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun yang sama”. Hukuman: Jika disabit kesalahan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima (5) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. (3) OKT telah memohon untuk dibicarakan dan sepanjang perbicaraan dijalankan, pihak pendakwaan telah memanggil 4 orang saksi iaitu: (i) Rafidah binti Mohamed Salleh – SP1 (ii) Abdul Wahab bin Che Din - SP2 (iii) Inspektor Fairus bin Fadzil – SP3 (iv) Insp. Hazwani Nur Zakiah binti Md. Ismail – SP4 (4) Di peringkat ini, pihak pendakwaan semasa perbicaraan telah mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebagai Eksibit: P1A - D 4 keping resit masing-masing bertarikh 25.4.2016, 26.4.2016 (2 keping) dan 27.4.2016; P2 Laporan Polis pengadu KLANG 015076/16 P3 Surat iringan Penyerahan Dokumen bertarikh 20.2.2017; P4` Sijil perakuan di bawah seksyen 90A Akta Keterangan; 2 P5 Penyata Akaun Bank No. 7053609997 milik OKT dan lain- lain dokumen yang ditandakan secara kolektif; P6 Surat Permohonan Maklumat Penuh Pemilik No. Telefon bertarikh 14.11.2016; P7 Surat permohonan Analisis Nombor Telefon kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertarikh 4.1.2017; P8 Laporan Tangkapan KLANG 7920/18; FAKTA KES (5) SP1, Rafidah binti Mohamed Salleh selaku pengadu menyatakan bahawa beliau telah berkenalan dengan seorang lelaki yang berasal dari Paris, Perancis melalui Facebook pada tahun 2016. Berdasarkan perkenalan tersebut, Lelaki tersebut bernama “Hamzah Osman” berhasrat untuk memberikan hadiah kepada SP1 berupa sejumlah wang yang banyak kepadanya, iaitu sebanyak USD100,000.00. (6) Namun begitu, sebelum SP1 dapat memiliki wang USD 100,000.00 tersebut, SP1 telah dihubungi oleh seseorang yang mendakwa bertindak sebagai agen kepada “Hamzah Osman” itu. 3 (7) Agen tersebut meminta SP1 untuk membayar wang cukai sebanyak 6% memandangkan wang yang bakal diterima agak banyak. Berikutan itu, SP1 telah menuruti arahan agen tersebut dan telah memasukkan sejumlah wang yang besar ke dalam beberapa akaun-akaun bank yang diberikan. (8) Diantara transaksi-transaksi kemasukan wang tersebut, sebanyak RM23,300.00 telah dimasukkan ke dalam sebuah akaun CIMB No. 70- 5360999-7 dengan nama pemilik akaun sebagai “Zaiton binti Sidek”. Setelah wang tersebut dimasukkan, “Hamzah Osman” memaklumkan SP1 bahawa beliau tidak dapat datang ke Malaysia kerana telah ditahan oleh pihak Kastam dan telah dihantar balik ke negaranya. Selepas itu, tiada lagi sebarang perhubungan diantara SP1 dengan “Hamzah Osman”. (9) Memandangkan SP1 tidak mengetahui kemana perginya wang yang telah beliau masukkan ke dalam akaun CIMB atas nama Zaiton binti Sidek tersebut, satu laporan polis telah dibuat. (10) Hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa akaun CIMB No. 70- 5360999-7 didaftarkan atas nama Zaiton binti Sidek. Setelah dikesan, Zaiton binti Sidek (OKT) telah ditahan oleh pihak polis dan kemudiannya telah dituduh di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan di dalam kes ini. 4 BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN (11) Setelah pihak pendakwaan menutup kesnya, tugas Mahkamah di akhir kes pendakwaan adalah untuk membuat penilaian maksimum ke atas keterangan yang telah dikemukakan dan membuat keputusan untuk menentukan samada suatu kes prima facie telah pun berjaya di buktikan oleh pihak pendakwaan ataupun tidak. (12) Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa: (i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. (ii) If the Court finds that the prosecution has not made out a prima facie case against the accused, the Court shall record an order of acquittal. (13) Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301 telah memberikan panduan dalam menentukan apa yang dimaksudkan dengan prima facie apabila ia memutuskan seperti berikut: “Section 180(1) makes it clear that the standard of proof on the prosecution at the close of its case is to make a prima facie case while s. 182A(1) enunciates that at 5 the conclusion of the trial the court shall consider all the evidence adduced and decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The standard of proof on the prosecution at the end of its case and at the end of the whole case has thus been statutorily spelt out in clear terms… A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal”. 23. The result is that the force of the evidence adduced must be such that , if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand, if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described earlier. In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without jury, it is only with such a positive evaluation can the court make a determination for the purpose of s. 180(2) and (3). … Since the Court, in ruling that a prima facie case has been made out must be satisfied that the evidence adduced can be overthrown only by evidence in rebuttal, it follows that if it is not rebutted it must prevail. Thus if the accused elects to remain silent, he must be convicted. 6 The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any such doubt there can be no prima facie case.” (14) Pengujian kes secara prima facie pula telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dalip Bhagwan Singh v. PP [1998] 1 MLJ 1 sebagai: “The meaning of the test of prima facie case at the end of the prosecution case is best stated by Azmi FCJ in Arulpragasan v. PP [1996] 4 CLJ 597 at 619 in the following words, “On the assumption that the prosecution evidence was accurate, could the accused be lawfully convicted? It would not do any violence to the language to say that the word “accurate’” could only mean or should mean “true” int the above quotation. It would also not be off the mark to say the words “prosecution evidence” in the same quotation refers to the evidence of “primary facts” mentioned by Lord Diplock who held that the prosecution made out a case by adducing such evidence of such primaru facts in Haw Tua Tau v PP [1981] 2 MLJ 49, 51. Such evidence of primary facts could logically refer to evidence or evidence sufficient enough to prove each ingredient of an offence, such as death as one of the ingredients in a murder case. Once there is sufficiency of such evidence, so long as it is 7 not inherently incredible such as the landing of a flying saucer from outer space on Dataran Merdeka in Kuala Lumpur, a prima facie case is made out. (15) Ujian-ujian yang perlu dilaksanakan oleh Mahkamah dalam menentukan satu kes prima facie telah dibuktikan atau sebaliknya di akhir kes pendakwaan juga telah digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, seperti berikut: “(i) the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinize the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from the evidence. If the evidence admits two or more inferences, then drawn the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer is “No” then a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted; (iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict; 8 (iv) after the defence is called, the accused elects to give evidence then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] MLJ 263” (16) Berdasarkan nas-nas yang telah dinyatakan di atas, tugas Mahkamah menjadi jelas di mana di akhir kes pendakwaan, Mahkamah hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan menganalisanya untuk mencapai satu keputusan samada satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap OKT ataupun tidak. INTIPATI PERTUDUHAN (17) Seksyen 424 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa: “424. Barang siapa secara tidak jujur atau secara fraud menyembunyikan atau mengalih apa-apa hartanya sendiri atau harta seseorang lain, atau secara tidak jujur atau secara fraud menolong menyembunyikan atau mengalihkannya, atau secara tidak jujur atau secara fraud melepaskan apa-apa permintaan atau tuntutan yang dia berhak, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan yang boleh sampai lima tahun atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.” 9 (18) Berdasarkan peruntukan ini, dan sebagaimana yang telah dijelaskan oleh penulis di dalam kitab Ratanlal & Dhirajlal Law of Crimes, beban pembuktian ke atas pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan intipati-intipati berikut, iaitu: (i) OKT telah menyembunyikan harta; dan (ii) OKT melakukan perkara tersebut secara tidak jujur atau secara fraud. [i] OKT TELAH MENYEMBUNYIKAN HARTA (19) Bagi intipati pertama, berdasarkan keterangan SP1, beliau telah mendepositkan wang sejumlah RM23,300.00 kedalam akaun milik OKT melalui 4 transaksi seperti berikut: 25.4.2016 9000.00 26.4.2016 7650.00 26.4.2016 1450.00 27.4.2016 5200.00 JUMLAH 23, 300.00 (20) SP2 di dalam keterangannya pula mengesahkan bahawa akaun bank CIMB Nombor 7053609997 adalah didaftarkan di atas nama OKT. SP2 juga turut mengesahkan bahawa pada 25.4.2016 terdapat transaksi kemasukan 10 duit ke dalam akaun milik OKT sebanyak RM9,000.00 melalui mesin deposit tunai CIMB. Pada tarikh yang sama juga terdapat transaksi pengeluaran wang melalui mesin ATM sebanyak 6 transaksi. (21) Selanjutnya, pada 26.4.2016, terdapat 2 transaksi kemasukan tunai juga melalui mesin deposit tunai sebanyak RM7650.00 dan RM1450.00 masing-masing dan 7 transaksi pengeluaran, iaitu 3 melalui mesin ATM MEPS manakala 4 lagi melalui mesin ATM CIMB. (22) Dan yang terakhir pada 27.4.2016, SP2 mengesahkan terdapatnya transaksi kemasukan wang sebanyak RM5200.00 melalui mesin deposit tunai. Pada 27.4.2016 juga SP2 mengesahkan bahawa terdapat transaksi pengeluaran wang daripada akaun OKT sebanyak 3 transaksi, 1 melalui mesin ATM MEPS manakala 2 lagi melalui mesin ATM CIMB. (23) Sehubungan itu, keterangan-keterangan SP1 mengenai kemasukan wang ke dalam akaun milik OKT yang dinyatakan telah disokong oleh resit- resit kemasukan wang (P1A – D) dan juga disahkan oleh (SP2) sepertimana yang tertera di dalam penyata bank akaun milik OKT (P5). 11 (24) Begitu juga melalui keterangan SP2 bahawa wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun OKT tersebut, telah pun dikeluarkan, samada melalui mesin ATM milik CIMB sendiri ataupun mesin ATM milik MEPS. (25) Oleh yang demikian, pihak pendakwaan menghujahkan bahawa selaku pemilik akaun bank tersebut, OKT mempunyai tanggungjawab dan kawalan penuh terhadap akaun tersebut. Ketiadaan wang yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut oleh SP1 membuktikan bahawa OKT telah menyembunyikan wang tersebut yang menjadi intipati utama pertuduhan terhadapnya ini. (26) Menurut kamus Oxford1, perkataan “conceal” atau sembunyi ditakrifkan sebagai “keep secret; not allow to be seen; hide”. Begitu juga, perkataan “conceal” ini telah diterangkan di dalam kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan iaitu PP v. Ahmad bin Puteh & 2 Ors [1987] 1 CLJ 488 dimana YA Lim Beng Choon J merujuk kepada kamus dan menyatakan: “… relied on the dictionary meaning to find a definition of the word “conceal” and went on to say – “The meaning of conceal” as defined in the Shorter Oxford Dictionary is “to keep from the knowledge or observation of others” or “to put or keep out of sight or notice, to hide”. 1 The Concise Oxford Dictionary of Current English, Ninth Edition, Clarendon press, Oxford 1995 at page 275 12 (27) Oleh yang demikian, adalah jelas melalui takrifan-takrifan di atas, bahawa perbuatan menyembunyikan akan sempurna apabila sesuatu perkara tersebut dijauhkan daripada pengetahuan orang lain, ataupun sesuatu perkara itu dihalang daripada dilihat atau diketahui atau dirahsiakan daripada penglihatan atau pengetahuan seseorang. (28) Berbalik kepada kes sekarang ini, adalah tidak dinafikan bahawa akaun CIMB nombor 70-5360999-7 didaftarkan atas nama OKT. Berdasarkan siasatan SP4, akaun ini digunakan oleh OKT untuk menerima pembayaran wang pencennya setiap bulan. Dan akaun ini juga masih aktif setakat yang disemak dan disahkan oleh SP2. (29) Yang lebih penting adalah semasa kejadian, iaitu pada waktu yang material, SP2 mengesahkan bahawa terdapatnya transaksi kemasukan wang sebanyak RM23,300.00 seperti yang didakwa oleh SP1 ke dalam akaun OKT ini. (30) Begitu juga melalui keterangan SP2 telah disahkan bahawa wang yang telah dimasukkan ke dalam akaun OKT tersebut, telah pun dikeluarkan, samada melalui mesin ATM milik CIMB sendiri ataupun mesin ATM yang dioperasikan oleh sistem MEPS. 13 (31) Namun begitu, penelitian Mahkamah mendapati wang yang telah dikeluarkan daripada akaun tersebut pada waktu yang material hanya berjumlah RM22,600.00 dan bukannya keseluruhan RM23,300.00. (32) Ini dapat dilihat melalui penyata akaun OKT (P5) dimana pada 25.4.2016 terdapat 6 transaksi pengeluaran wang melalui mesin ATM. Setiap satu transaksi pengeluaran tersebut berjumlah RM1500.00 menjadikan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan sebanyak RM9000.00. (33) Begitu juga pada 26.4.2016, terdapat 7 transaksi pengeluaran, iaitu 3 melalui mesin ATM MEPS manakala 4 lagi melalui mesin ATM CIMB. Sebagaimana sebelumnya, setiap satu transaksi daripada 6 pengeluaran awal ini juga berjumlah RM1500.00, manakala pengeluaran terakhir sebanyak RM100.00. (34) Dan yang terakhir pada 27.4.2016, terdapat 3 transaksi pengeluaran wang, 1 melalui mesin ATM MEPS manakala 2 lagi melalui mesin ATM CIMB. Jumlah yang dikeluarkan pada 27.4.2016 juga keseluruhannya sebanyak RM4500.00 dengan jumlah RM1500.00 bagi setiap satu transaksi pengeluaran. Jumlah keseluruhan yang dikeluarkan tersebut hanyalah berjumlah RM22,600.00 dan bukan RM23,300.00. 14 (35) Sehubungan itu, keterangan-keterangan SP1 mengenai kemasukan wang ke dalam akaun milik OKT yang dinyatakan telah disokong oleh resit- resit kemasukan wang (P1A – D) dan juga disahkan oleh (SP2) sepertimana yang tertera di dalam penyata bank akaun milik OKT (P5). (36) Ini bermakna, dengan ketiadaan wang milik SP1 tersebut di dalam akaun OKT menyebabkan SP1 tidak mempunyai pengetahuan mengenai apa yang terjadi kepada wang miliknya. Begitu juga keadaannya, dimana SP1 telah dirahsiakan daripada kedudukan wangnya dan dinafikan daripada pengetahuan atau pemerhatian dan telah dihalang daripada dilihat atau diketahui mengenai kedudukan wangnya. (37) Namun begitu, persoalan yang timbul adalah, samada OKT ini bertanggungjawab terhadap tindakan menyembunyikan wang milik SP1 tersebut ataupun tidak?. (38) Di dalam kes Tang Kee Poh v. PP [1993] 2 CLJ 490, Mahkamah memutuskan bahawa: “The word “possession” implies a physical capacity to deal with a thing as we like to the exclusion of everyone and a determination to exercise that physical power 15 on ones’ behalf. It implies dominion and consciousness in the mind of the person having dominion over the object. Possession must be conscious and intelligent possession and not merely the physical presence of the accused in proximity or even in close proximity to the object.” (39) Dengan mengaplikasikan prinsip undang-undang tersebut ke dalam kes sekarang ini, Mahkamah mendapati bahawa selaku pemilik berdaftar akaun CIMB yang terlibat, OKT mempunyai kawalan penuh terhadap akaun tersebut dan selanjutnya bertanggungjawab terhadap transaksi-transaksi yang berlaku berkaitan dengan akaun tersebut. (40) Peguambela yang terpelajar menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SP4, sebenarnya OKT sendiri merupakan mangsa yang telah ditipu di dalam kes ini. Ini kerana OKT sendiri telah menyerahkan kad ATM miliknya kepada seseorang yang didakwa sebagai isteri kepada kenalannya di dalam Facebook bagi tujuan pemindahan wang daripada Kementerian Kewangan di Putrajaya. (41) Untuk itu, peguambela telah menghujahkan bahawa segala keterangan-keterangan yang diberikan oleh SP4 selaku tiang seri kepada 16 kes ini haruslah tertakluk kepada satu pengujian yang ketat terhadap kredibiliti serta dinilai secara objektif. (42) Untuk menyokong hujahannya, peguambela merujuk kepada kes Shahrizal bin Said v. PP [2013] 5 MLJ 465 yang memutuskan: “ [19] Pada hemat kami, Hakim bicara telah gagal mengarahkan diri beliau dengan betul kerana tidak melihat keseluruhan keterangan secara objektif dan dari segala sudut, di mana berkesudahan dengan kedua-dua perayu telah kehilangan peluang yang terbuka kepada mereka untuk dibebaskan dan dilepaskan. Pada hemat kami, ketidakarahan ini terjumlah kepada kesalaharahan dan dalam hal ini, suatu salah laksana keadilan mungkin telah berlaku” (43) Namun begitu, dengan hormatnya Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguambela terpelajar. Pada hemat Mahkamah, fakta di dalam kes Shahrizal bin Said v. PP itu dapat dibezakan dengan kes sekarang ini. (44) Di dalam kes Shahrizal bin Said tersebut, semasa perbicaraan, terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa SP5 telah melarikan diri dengan cara terjun dari tingkat 6. Dan kegagalan Mahkamah bicara untuk mengambilkira fakta tersebut menyebabkan Mahkamah bicara telah tersalah arah. 17 (45) Namun begitu, di dalam kes sekarang ini, SP4 semasa disoalbalas oleh peguam telah bersetuju dengan cadangan-cadangan yang dicadangkan oleh peguam bahawa OKT telah ditipu, OKT telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama Abdul Razak di Facebook, Abdul Razak meminta bantuan OKT untuk meminjam kad ATM CIMB milik OKT, tujuan pinjaman kad untuk mendapatkan bayaran dari Kementerian Kewangan Putrajaya, OKT telah serahkan kad ATMnya kepada seorang individu yang dikatakan isteri Hamzah, OKT meminta kad tersebut dipulangkan dan OKT telah membatalkan kad ATMnya dan sebagainya. (46) Mahkamah mendapati bahawa persetujuan SP4 terhadap cadangan- cadangan peguambela tersebut adalah berdasarkan apa yang dimaklumkan oleh OKT semasa rakaman percakapannya dibuat seperti di IDD9. Tiada sebarang keterangan lain daripada saksi-saksi pendakwaan yang menyokong cadangan-cadangan oleh peguambela tersebut. (47) Sehubungan itu, pada peringkat ini, Mahkamah berpendapat, cadangan-cadangan tersebut tidak terjumlah kepada pembuktian dan masih bersifat cadangan sahaja daripada pihak pembelaan sebagai persiapan sekiranya OKT dipanggil membela diri. 18 (48) Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh seksyen 101 Akta Keterangan iaitu: 101. Beban Pembuktian (1) Barang siapa berkehendakkan Mahkamah memberi penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang dengan bergantung pada adanya fakta-fakta yang ditegaskan olehnya haruslah membuktikan bahawa fakta-fakta itu wujud. (2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti terletak pada orang itu. (49) Peguambela yang bijaksana turut merujuk kepada kes Sarimah binti Peri v. PP [2019] MLJU 230 dimana YA Ahmad Fairuz JC memutuskan bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan terdapatnya satu tindakan atau perbuatan yang nyata atau terang (overt act) di pihak OKT bagi satu kesalahan di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan. YA PK menyatakan: “[55] This court is of the view that for a successful prosecution under s. 424 of the Penal Code in particular if the charge is one that relates to assisting the concealment or removal of property, the prosecution must show the overt act by the accused to assist in the concealment or removal of property”. (50) Dengan itu, peguambela menghujahkan bahawa di dalam kes sekarang ini, pihak pendakwaan telah gagal membuktikan terdapatnya satu 19 tindakan ataupun perbuatan yang nyata atau terang (overt act) di pihak OKT dalam melakukan kesalahan seperti yang dipertuduhkan. (51) Namun begitu, dengan hormatnya, Mahkamah berpendapat bahawa kes Sarimah binti Peri v. PP tersebut dapat dibezakan dengan kes sekarang. Ini kerana pertuduhan yang dihadapi oleh Sarimah binti Peri, meskipun ia di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan yang sama, tetapi ia melibatkan perbuatan “menolong menyembunyikan”. (52) Jadi, pihak pendakwaan, menurut pandangan YA Pesuruhjaya Kehakiman di dalam kes tersebut, haruslah membuktikan terdapatnya satu perbuatan yang nyata atau terang oleh OKT dalam membantu menyembunyikan harta. (53) Akan tetapi, berbeza dengan kes sekarang ini dimana OKT dipertuduhkan di bawah seksyen 424 yang sama, tetapi bagi kesalahan “menyembunyikan harta”, bukannya membantu menyembunyikan harta. Dengan itu, berdasarkan aspek tersebut, kes tersebut dapat dibezakan dengan kes sekarang dan tidak terpakai setakat keperluan untuk pihak pendakwaan membuktikan “overt act” bagi kes ini seperti yang diputuskan di sana. 20 (54) Sehubungan itu, berdasarkan perbincangan di atas, Mahkamah mendapati bahawa intipati pertama di bawah pertuduhan terhadap OKT ini telahpun dibuktikan oleh pihak pendakwaan dengan sedikit pindaan pada jumlah yang disembunyikan, iaitu sebanyak RM22,600.00. [ii] SECARA TIDAK JUJUR ATAU SECARA FRAUD (55) Intipati kedua yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan pula adalah OKT telah melakukan penyembunyian tersebut secara tidak jujur atau secara fraud. (56) Seperti yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar dengan merujuk kepada kitab RATANLAL & DHIRAJLAL’S LAW of CRIMES, 28th Edition, Volume 3 di muka surat 3074, pihak pendakwaan hanya perlu membuktikan salah satu daripada dua sisi yang diperuntukkan di bawah seksyen 424 tersebut. Ia menyatakan seperti berikut: “There are two facets of the definition “dishonestly”, namely the intention of causing wrongful gain to one person or wrongful loss to another, and it is enough to establish the existence of one of them. The law does not require that both should be established. Where there was no question of dishonest intention, conviction under the section cannot be sustained”. 21 (57) Manakala seksyen 24 Kanun Keseksaan sendiri mentakrifkan perkataan “secara tidak jujur” sebagai: “Sesiapa yang membuat apa-apa dengan tujuan menyebabkan keuntungan salah kepada seseorang, atau kehilangan salah kepada seseorang lain, tidak kira samada perbuatan itu menyebabkan kehilangan salah atau keuntungan salah sebenar, adalah dikatakan membuat perkara itu ‘secara tidak jujur”. (58) Persoalan niat tidak boleh dibuktikan secara langsung. Ia hendaklah dibuat secara penelitian kepada fakta-fakta yang ada di dalam sesuatu kes. Thompson J ketika memutuskan di dalam kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237 menyentuh persoalan niat ini dengan menerangkan seperti berikut: “Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. … there must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention.” (59) Di dalam kes sekarang ini, pihak pendakwaan telah pun membuktikan bahawa OKT merupakan pemilik berdaftar akaun bank dimana SP1 memasukkan wangnya sebanyak RM23,300.00. SP2 telah mengemukakan 22 borang permohonan pembukaan akaun bank yang ditanda sebagai Exh. P5 dimana borang tersebut dibuat oleh OKT sendiri. (60) Mahkamah berpendapat di dalam urusan biasanya (in its ordinary course of business), akaun tersebut yang dibuka oleh OKT dimiliki sepenuhnya oleh beliau dan OKT lah yang seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap milikan dan kawalan akaun tersebut termasuklah kawalan terhadap kad ATM yang dikeluarkan kepada OKT bagi akaun ini. (61) Selain itu, keterangan SP2 juga menyokong bahawa OKT mempunyai kawalan penuh terhadap akaun ini bagi sebarang transaksi yang melibatkan akaun itu. Menurut SP2: “Akaun ini masih aktif setakat 31.5.2016 berdasarkan penyata akaun. Dari segi kemasukan dan pengeluaran duit dari akaun ini, kawalan terhadap akaun adalah di bawah pemegang akaun, iaitu di dalam kes ini, Zaiton binti Sidek” (62) Seksyen 114(f) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh mengandaikan bahawa perjalanan urusan perniagaan yang biasa telah pun diikuti di dalam kes-kes sebegini. Seksyen 114 (f) menyatakan: 23 114. The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume – (a) … (b) … (c) … (d) … (e) … (f) that the common course of business has been followed in particular cases; (63) Mahkamah telah pun membuat dapatan fakta bahawa OKT mempunyai kawalan penuh terhadap akaunnya selaku pemilik akaun yang berdaftar. Dan Mahkamah juga mendapati bahawa wang milik SP1 yang dimasukkan ke dalam akaun OKT ini kini telah pun tiada daripada simpanan selamat di dalam akaun tersebut. (64) Berikutan itu, keadaan ini menyebabkan wang tersebut telah disembunyikan daripada pengetahuan SP1, yang mengakibatkan kehilangan salah kepada SP1 (wrongful loss). Dalam masa yang sama, ia juga menyebabkan keuntungan salah (wrongful gain) kepada OKT. 24 (65) Ini dapat dilihat melalui keterangan SP1 yang menyatakan: “Duit-duit yang saya masukkan tersebut saya tidak tahu apa yang berlaku kerana saya tidak tahu kemana perginya duit itu. Duit itu saya tidak dapat balik.” (66) Sehubungan itu, seperti yang telah dibincangkan di atas, Mahkamah berpuashati untuk membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah pun berjaya membuktikan bahawa OKT telah menyembunyikan wang milik SP1 secara tidak jujur sekaligus memenuhi keperluan pembuktian intipati kedua kesalahan di bawah seksyen 424 ini. ISU-ISU BERBANGKIT (iii) KEGAGALAN MEMANGGIL HAMZAH OSMAN DAN MENGEMUKAKAN CCTV (67) Peguambela terpelajar telah menghujahkan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil “Hamzah Osman” sebagai orang yang telah berhubungan dengan SP1 mewajarkan suatu inferens bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dibangkitkan dan digunapakai terhadap pihak pendakwaan. Ianya dihujahkan lanjut bahawa Hamzah Osman merupakan saksi material serta “essential to the unfolding of the narratives on which the prosecution case is based”. 25 (68) Walaubagaimanapun, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan ini. Pertuduhan yang dihadapi oleh OKT pada hari ini adalah satu kesalahan di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan. OKT bukannya mengadapi pertuduhan di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memerlukan pihak pendakwaan membuktikan bahawa OKT telah mendorong mangsa untuk menyerahkan harta miliknya secara tidak sah. (69) Berdasarkan keterangan SP1, Hamzah Osman telah berkenalan dengan SP1 dan berhasrat untuk memberikannya hadiah dalam bentuk wang yang banyak, iaitu sebanyak USD100,000.00. Namun begitu, Hamzah Osman bukanlah pemilik akaun bank yang didepositkan wangnya oleh SP1. (70) Oleh itu, menurut keterangan SP1 juga, peranan yang dimainkan oleh Hamzah Osman ini dapat dilihat sebagai saspek utama bagi kes menipu, ataupun orang yang mendorong SP1 untuk menyerahkan wangnya kepada Hamzah dengan cara mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun-akaun pihak ketiga, salah satunya milik OKT. (71) Maka, meskipun Hamzah Osman ini tidak dipanggil sebagai saksi, Mahkamah mendapati bahawa ia tidak menjejaskan kes pendakwaan, dimana tanpa keterangan Hamzah Osman ini sekalipun, seperti yang 26 dibincangkan di atas, intipati kesalahan seperti yang dipetuduhkan terhadap OKT telah berjaya dibuktikan. (72) Sebagai tambahan, seperti yang telah dijelaskan juga oleh Pegawai Penyiasat, SP4 bahawa tidak ada sebarang maklumat lanjut diberikan mengenai penama Hamzah Osman ini untuk membolehkan beliau dihubungi bagi siasatan dijalankan. Bahkan, SP4 telah cuba mengesan Hamzah Osman ini melalui nombor telefon yang diberikan, tetapi didapati nombor tersebut didaftarkan atas penama lain. (73) Begitu juga dengan isu CCTV yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar yang membangkitkan kegagalan pihak pendakwaan mendapatkan rakaman CCTV bagi membuktikan pengeluaran wang SP1 tersebut seperti yang dinyatakan oleh SP2 turut mengundang pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap pihak pendakwaan. (74) Sekali lagi Mahkamah turut tidak bersetuju dengan hujahan pihak pembelaan ini. SP2 telah mengesahkan bahawa rakaman CCTV disimpan oleh pihak Bank. Dan ia boleh diperolehi sekiranya permohonan dibuat 27 kepada pihak bank dalam tempoh masa 3 bulan daripada tarikh rakaman dilakukan. (75) Pegawai Penyiasat asal (SP3) langsung tidak disoal samada beliau ada membuat permohonan untuk mendapatkan rakaman CCTV atau tidak semasa beliau hadir ke Mahkamah memberikan keterangannya. Dan seperti yang telah dijelaskan oleh SP4 sendiri, beliau telah mengambil alih siasatan kes ini pada sekitar Mac 2017. Dan setelah mengambil alih siasatan, hanya jawapan bagi permohonan bagi mendapatkan maklumat perbankan yang dibuat di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan (APK) oleh SP3 telah diperolehi SP4 tanpa sebarang rakaman CCTV. (76) Sehubungan itu, berdasarkan keterangan-keterangan saksi-saksi, Mahkamah mendapati tiada sebarang rakaman CCTV diperolehi oleh pihak polis di dalam penyiasatan kes ini. Dan memandangkan tiada rakaman CCTV diperolehi, kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakannya di Mahkamah tidak boleh mengundang pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Lebih-lebih lagi apabila keterangan tersebut bukan satu keterangan material dan bertindak sebagai satu keterangan sokongan sahaja 28 (77) Mahkamah Agung telah memutuskan di dalam kes Munusamy v. PP [1987] 1 MLJ 492 bahawa: (1) It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of Evidence Act 1950 lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but a material document by a party in his possession nor for non-production of just any witness but only an important and material witness to the case”. (78) Tiada bukti dikemukakan oleh pihak pembelaan bahawa di dalam kes ini pihak pendakwaan telah menahan ataupun menyembunyikan keterangan mengenai Hamzah Osman ataupun pengemukaan rakaman CCTV tersebut. (79) Meskipun begitu, dalam semua keadaan material di dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa kedua-duanya, “Hamzah Osman” dan juga rakaman CCTV bukanlah material dan bertindak hanya sebagai keterangan sokongan, dan kegagalan mengemukakan keterangan tersebut tidak menjejaskan kes pendakwaan bagi pertuduhan ini, apatah lagi mengundang pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 seperti yang dihujahkan oleh peguambela terpelajar. 29 (iv) KETIDAKPATUHAN PERTUDUHAN DI BAWAH SEKSYEN 152(3) DAN 154 KANUN TATACARA JENAYAH (KTJ) (80) Peguambela terpelajar turut membangkitkan isu bahawa pertuduhan yang dikenakan ke atas OKT adalah cacat kerana tidak mematuhi seksyen 152(3) dan 154 KTJ kerana tidak dinyatakan secara spesifik di dalam pertuduhan bagaimanakah cara OKT menyembunyikan wang RM23,300.00 tersebut. (81) Akibat kegagalan pihak pendakwaan untuk menjelaskan dan memasukkan di dalam pertuduhan tentang caramana perbuatan kesalahan ini dilakukan (manner of commission of offence) ianya dihujahkan bahawa OKT telah dinafikan hak untuk mendapatkan notis secukupnya tentang perkara dan hal yang dipertuduhkan ke atasnya. Kesannya adalah seksyen 156 KTJ turut terpakai mengakibatkan kecacatan ini tidak dapat dirawat oleh seksyen 422 KTJ dan OKT hendaklah dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. (82) Dengan hormatnya, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguambela ini. Pertamanya, seksyen 152 (3) KTJ terpakai dalam keadaan dimana tiada nama khusus diperuntukkan oleh undang-undang kepada 30 sesuatu kesalahan, maka, pihak pendakwaan dikehendaki untuk menyatakan definisi kesalahan tersebut bagi memberikan tertuduh notis terhadap perkara yang dipertuduhkan terhadapnya. (83) Manakala seksyen 154 KTJ pula memperuntukkan keadaan apabila butir-butir yang dinyatakan di dalam seksyen 152 dan 153 KTJ tidak memberikan tertuduh notis yang mencukupi terhadap perkara yang menjadi intipati pertuduhan terhadapnya, maka pertuduhan tersebut juga perlu mengandungi cara kesalahan itu dilakukan. (84) Jika diteliti peruntukan Seksyen 424 ini, didapati bahawa terdapat beberapa cara kesalahan boleh dilakukan yang terangkum di dalam peruntukan ini, iaitu: (i) menyembunyikan atau mengalihkan apa-apa hartanya sendiri atau harta seseorang lain; atau (ii) menolong menyembunyikan atau mengalihkan; atau (iii) melepaskan apa-apa permintaan atau tuntutan yang dia berhak. (85) Di dalam kes sekarang ini, OKT telah dipertuduhkan dengan kesalahan “menyembunyikan harta milik SP1 secara tidak jujur” di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan. Dan seperti yang telah dibincangkan di atas 31 dengan merujuk kepada peruntukan seksyen 424 itu sendiri serta petikan kitab Ratanlal and Dhirajlal’s Law of Crimes (supra) yang dipetik oleh kedua- kedua pihak, pihak pendakwaan haruslah membuktikan bahawa OKT telah menyembunyikan harta milik SP1 dan perbuatan tersebut dilakukan secara tidak jujur. (86) Pembacaan secara harfiah keatas pertuduhan yang telah difailkan serta dibacakan kepada OKT semasa beliau dituduh sebelum ini juga mendapati bahawa kedua-dua intipati dan definisi pertuduhan tersebut telah pun dimasukkan secara khusus, jelas dan nyata seterusnya memenuhi keperluan seksyen 153 KTJ. (87) Di sebaliknya, seksyen 154 KTJ pula, pada pendapat Mahkamah tidak terpakai di dalam kes sekarang ini. Ini kerana pertuduhan yang difailkan tersebut bukan sahaja telah memenuhi kehendak seksyen 153, bahkan, ia juga tidak menjadikan OKT kekurangan notis mengenai perkara yang dipertuduhkan terhadapnya. (88) Pihak pembelaan telah merujuk kes PP v. Teoh Choon Teck [1962] 1 MLRH 110 bagi menyokong hujahannya terhadap isu ini. Namun begitu, di dalam kes yang sama juga, Mahkamah mendapati bahawa keperluan 32 menyatakan butir-butir tersebut adalah diperlukan bagi kes-kes yang rumit dengan contoh yang diberikan secara khusus kepada kesalahan “menipu”. Petikan penghakiman tersebut menyatakan: “A charge, and especially a charge in a complicated case, should be accompanied by particulars of the acts complained of as constituting the crime charged when the mere mention of the time, place, persons and crime are insufficient to explain by what means the crime committed. This is particularly necessary in charges of such offences as cheating.” (89) Sekali lagi, berbalik kepada kes sekarang ini, OKT telah dipertuduhkan di bawah seksyen 424 dan bukannya seksyen 420 bagi kesalahan menipu. Dan Mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwaan dimana pertuduhan yang dirangka terhadap OKT ini telah menyatakan dengan lengkap intipati kesalahan sebagaimana yang ditakrifkan oleh seksyen 424 tersebut, begitu juga pertuduhan tersebut tidak dalam mana-mana keadaan mengelirukan OKT bagi beliau mempersiapkan pembelaannya. (90) Berikutan itu, seksyen 156 KTJ yang dirujuk oleh peguambela terpelajar juga tidak terpakai di dalam isu ini, lantaran misalan (c) yang dirujuk oleh peguambela merujuk kepada kesalahan menipu. Sedangkan misalan (a) yang dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana juga, tidak mengkehendaki pendakwaan menyatakan secara terperinci 33 caramana perbuatan mencuri tersebut dilakukan, apatah lagi pertuduhan di bawah seksyen 424 ini. Misalan (a) seksyen 154 KTJ tersebut menyatakan: (a) A is accused of the theft of a certain article at a certain time and place. The charge need not set out the manner in which the theft was effected. (91) Dengan itu, Mahkamah mendapati bahawa isu ini tidak bermerit dan pertuduhan yang difailkan oleh pihak pendakwaan telah pun menepati dan memenuhi kehendak seksyen 152 dan 153 KTJ dan tidak pada bila-bila masa yang material menjadikannya cacat, tidak sah, ataupun mengelirukan mahupun memprejudiskan OKT dan seterusnya menggagalkan pendakwaan terhadap OKT. KESIMPULAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN (92) Setelah meneliti keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dan membuat penilaian maksimum terhadap keterangan-keterangan tersebut seperti yang telah dibincangkan di atas, Mahkamah mendapati bahawa keterangan yang ada pada peringkat ini telah mencukupi untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT seperti yang dipertuduhkan 34 oleh pihak pendakwaan di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan dengan sedikit pindaan pada jumlah wang yang terlibat. (93) Dan Mahkamah juga, menurut prinsip undang-undang yang ada, selepas bertanyakan dirinya soalan, bersedia untuk mensabitkan OKT sekiranya beliau mendiamkan dirinya jika beliau diperintahkan untuk memasukkan pembelaannya. (94) Dalam keadaan ini, seksyen 158(1) Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan: 158. Court may alter or add to charge (1) Any Court may alter or add to any charge at any time before judgment is pronounced.” (95) Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini meminda pertuduhan asal terhadap OKT yang berbunyi: “Bahawa kamu pada tarikh antara 25.4.2016 sehingga 27.4.2016 bertempat di alamat CIMB Bank Kota Kemuning di dalam Daerah Klang, di dalam Negeri Selangor, dengan curangnya telah menyembunyikan wang RM22,600.00 yang dimasukkan oleh penama RAFIDAH BINTI MOHAMED SALLEH No. KPT: 761211-09-5094 ke dalam akaun CIMB Bank No. Akaun 7053609997 milik kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun yang sama”. 35 Hukuman: Jika disabit kesalahan, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima (5) tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya. (96) Dan menurut seksyen 173(i) Kanun Tatacara Jenayah, pertuduhan pindaan ini telah dibacakan dan diterangkan kepada OKT. Setelah memahami pertuduhan pindaan yang dibacakan kepadanya, OKT sekali lagi telah membuat pengakuan tidak bersalah. (97) Memandangkan OKT mengaku tidak bersalah, Mahkamah telah memerintahkan OKT untuk memasukkan pembelaannya terhadap pertuduhan pindaan di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 173(j) (ii) Kanun Tatacara Jenayah. (98) Seterusnya, seperti yang dinyatakan oleh seksyen 173(ha) Kanun Tatacara Jenayah, OKT telah diterangkan mengenai 3 pilihan kepadanya. Setelah memahami pilihan tersebut, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi bagi membela dirinya. 36 KES PEMBELAAN (99) OKT telah memulakan pembelaannya dengan memberikan keterangan bersumpah dari kandang saksi. Menurut OKT, beliau merupakan seorang pesara kerajaan setelah berkhidmat lebih 30 tahun di dalam sector awam. Jawatan terakhir yang beliau sandang adalah sebagai pembantu Kewangan, gred W17 di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, cawangan Selangor. (100) Setelah bersara pada 2008, OKT menyara diri dengan membuat jualan nasi lemak di kawasan rumahnya, disamping menerima wang pencen setiap bulan. Bagi tujuan kemasukan wang pencen, OKT telah membuka akaun bank di CIMB dengan nombor 7053609997. (101) Pada sekitar bulan Januari 2016, OKT telah berkenalan dengan seorang rakan maya bernama “Azim”. Nama betul Azim, menurutnya adalah “Abdul Razak”. Perkenalan tersebut yang bermula di Facebook kemudiannya telah berlanjutan melalui applikasi “whatsapp”. 37 (102) Menurut OKT lagi, Azim telah memaklumkannya bahawa beliau berhasrat untuk meminjam kad ATM akaun CIMB milik OKT bagi tujuan transaksi kewangan dari Kementerian Kewangan Putrajaya untuk satu projek yang dibuat di Johor. (103) Setelah berkongsi dokumen-dokumen berkaitan dan menunjukkannya kepada OKT melalui whatsapp, OKT merasa yakin bahawa Azim memang benar-benar memerlukan bantuannya. Dengan itu, OKT telah mengambil langkah untuk “mengosongkan” akaunnya dengan mengeluarkan kesemua wang pencennya yang tinggal di sana sebelum “menyerahkan” akaun itu kepada Azim. (104) Selanjutnya, atas arahan Azim, OKT telah menyerahkan kad ATM beliau kepadanya, melalui seorang perempuan bernama “Wahida” yang dikatakan merupakan isteri kepada kenalan Azim dalam satu pertemuan yang dikatakan berlaku di AEON Jusco, Seksyen 13, Shah Alam pada sekitar awal bulan April 2016. (105) Menurut OKT lagi, berdasarkan janji Azim, pinjaman kad tersebut sepatutnya berlaku hanya sekejap, iaitu lebih kurang sebulan. Namun begitu, selepas sela tempoh itu berakhir, kad tersebut masih belum 38 dikembalikan. Memandangkan OKT tidak dapat mengeluarkan wang pencennya pada waktu itu, beliau mulai risau dan telah mengambil tindakan untuk membatalkan kad ATMnya. (106) Pada bulan Mac 2018, OKT telah ditahan oleh pihak polis dan dihadapkan di Mahkamah bagi pertuduhan seperti yang dihadapinya sekarang ini. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN (107) Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa tugas Mahkamah di akhir sesuatu perbicaraan adalah seperti yang diperturunkan di bawah seksyen 173(m) (i) Kanun Tatacara Jenayah yang mengenakan kewajipan kepada Mahkamah bicara untuk mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan memutuskan samada pihak pendakwaan telah pun membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. (108) Di dalam kes PRASIT PUNYANG V PP [2014] 7 CLJ 392, YA Azahar Mohamed HMR bercakap bagi pihak Mahkamah Rayuan memutuskan: “In accordance with the provisions of s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code, it is the bounden duty of the learned JC, at the conclusion of the trial, to consider all the evidence adduced before him 39 and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The legislature has advisedly used the term all the evidence. The emphasis must be on the word all” (109) Selain daripada itu, proses penaksiran yang betul dan juga peringkat- peringkat yang patut diikuti oleh Mahkamah bicara di dalam penilaian keterangan pembelaan telah dimaktubkan di dalam kes tersohor MAT V. PP [1963] 1 LNS 82; 1963] 29 MLJ 263 dimana ia telah diputuskan oleh Suffian J (sebagaimana YA ketika itu) seperti berikut: “The position may be conveniently stated as follows: - (a) if you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt, Convict; (b) if you accept or believe the accused’s explanation, Acquit; (c) if you do not accept or believe the accused’s explanation, Do not convict, but consider the next steps below. (d) if you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt, Convict; (e) if you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, Acquit”’ 40 (110) Pendekatan di dalam kes Mat v PP (supra) ini telah disahkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai satu pendekatan yang betul untuk dijadikan panduan dalam menilai keterangan-keterangan kes pembelaan sebagaimana diputuskan di dalam kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar (supra). ANALISIS KES PEMBELAAN. (111) Berdasarkan keterangan di peringkat pembelaan, dapat disimpulkan bahawa OKT menyatakan bahawa pada masa material, beliau tidak mempunyai kawalan terhadap akaun CIMB tersebut. (112) Ini kerana kad ATM yang menjadi alat untuk mengeluarkan wang daripada akaun tersebut bukan lagi berada dalam milikannya selepas ia diserahkan kepada rakan mayanya, “Azim”, melalui isteri kepada kenalan “Azim” bernama “Wahida”. (113) Namun begitu, pihak pendakwaan membangkitkan isu bahawa meskipun kad ATM telah diserahkan kepada pihak ketiga, OKT masih mempunyai kawalan terhadap akaun tersebut kerana akaun tersebut masih boleh diakses secara atas talian. 41 (114) Dalam menganalisa isu ini, Mahkamah telah meneliti semula keterangan-keterangan yang dikemukakan di peringkat kes pihak pendakwaan, SP2 sendiri telah mengesahkan dengan disokong oleh salinan penyata akaun OKT yang dikemukakan melalui Exh. P5, bahawa pada setiap masa material, transaksi pengeluaran wang daripada akaun OKT ini dilakukan di mesin-mesin ATM samada milik CIMB sendiri ataupun yang dioperasikan oleh sistem MEPS. (115) Tidak ada sebarang keterangan yang menunjukkan terdapatnya transaksi pada akaun ini dibuat pada tarikh-tarikh material melalui urusan atau transaksi atas talian seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan. (116) Sekiranya kesemua transaksi pengeluaran wang milik SP1 daripada akaun OKT ini yang menjadi intipati pertuduhan terhadapnya telah dilakukan di mesin ATM, maka sudah tentulah ia memerlukan akses menggunakan kad ATM sahaja dengan nombor pin yang betul bagi membolehkan transaksi tersebut dilakukan dengan jayanya. (117) Selain itu, pihak pendakwaan juga turut menghujahkan bahawa pembelaan OKT hanya bersifat penafian semata-mata (bare denial) dan berbentuk rekaan. Ini kerana OKT telah gagal membawakan sebarang bukti 42 mahupun keterangan sokongan bagi menyokong pembelaannya dan hanya meletakkan kesalahan dipihak ketiga, iaitu penama “Azim”. Ini mengakibatkan pembelaan OKT gagal mematahkan keterangan pihak pendakwaan apatah lagi menimbulkan keraguan yang munasabah. (118) Malahan, pihak pendakwaan menghujahkan lanjut bahawa OKT selaku seorang bekas kakitangan awam yang berkhidmat dengan begitu lama di dalam sector awam, secara khususnya di Jabatan Akauntan Negara dan terlibat dengan pengurusan wang kerajaan sepatutnya menjadikan beliau sebagai orang yang teliti dan berhati-hari apabila melibatkan soal kewangan dan tidak sepatutnya mudah ditipu atau diperdayakan sewenang- wenangnya apatah lagi untuk menyerahkan kad ATM miliknya kepada pihak ketiga. Segalanya kelihatan tidak lojik. (119) Setelah meneliti hujahan pihak-pihak serta pembelaan yang dikemukakan oleh OKT ini, Mahkamah mendapati bahawa fakta bahawa OKT telah berkenalan dengan rakan maya ini yang bernama Azim telah pun dibangkitkan oleh pihak pembelaan semasa di peringkat pendakwaan lagi. OKT juga telah menyatakan bahawa kad ATM beliau telah pun diberikan kepada seseorang, iaitu penama “Wahida” ini yang berlaku di Aeon Shah Alam, sekitar awal bulan April 2016. 43 (120) Keterangan OKT ini pada peringkat pembelaan ini telah dibuat secara bersumpah daripada kandang saksi. Keterangan tersebut telah melalui ujian dengan soalan-soalan balas oleh pihak pendakwaan. Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan OKT semasa peringkat pembelaan ini konsisten dengan jalur pembelaan yang telah dibangkitkannya sepanjang kes pendakwaan. (121) Sebagaimana fakta-fakta yang dinyatakan oleh OKT ini telah disahkan oleh pegawai penyiasat (SP4) melalui cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh peguambela semasa beliau disoal balas, bukan terhadap kebenaran fakta tersebut, tetapi terhadap kewujudan fakta tersebut yang telah berada di dalam pengetahuan SP4 di peringkat siasatan lagi. (122) Ia seterusnya dimuktamadkan pula dengan pengemukaan rakaman percakapan OKT semasa peringkat siasatan oleh pihak polis yang telah diterima Mahkamah dan ditandakan sebagai Eksibit D9. (123) Bahkan, semasa OKT disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya terpelajar, pihak pendakwaan sendiri telah bersetuju dengan fakta yang dinyatakan oleh OKT ini apabila bertanyakan soalan-soalan seperti berikut: 44 “Q: Setuju jika saya cadangkan, untuk kad ATM CIMB ini, kamu ada serahkan kepada pihak ketiga? A: Setuju Q: Kamu juga ada serahkan nombor pin kepada pihak yang sama? A: Ya Q: Kamu serah pada siapa? A: Puan Wahida, isteri kepada En. Hamzah. Q: Setuju jika saya cadangkan kamu sebenarnya serahkan kad ATM tersebut kepada seorang bernama Azim? A: Setuju” (124) Mahkamah mendapati bahawa keterangan-keterangan yang diberikan oleh OKT ini pada peringkat ini bukanlah satu fikiran yang terkemudian (afterthought), ataupun satu rekaan semata-mata oleh OKT. Sejak dari awal lagi, Mahkamah mendapati bahawa jalur pembelaan OKT adalah konsisten, serta tetap, iaitu kad ATM tersebut telah pun diserahkan kepada pihak ketiga. (125) OKT tidak mengenali pengadu, SP1 dan tidak pernah berhubung dengan SP1. Semasa rakaman percakapan OKT dirakamkan lagi, iaitu pada peringkat awal beliau ditangkap, OKT telah pun menerangkan kepada pihak polis mengenai naratif tersebut. Dan ini dapat dilihat melalui rakaman percakapannya yang dikemukakan, diterima oleh Mahkamah tanpa bantahan sebagai satu keterangan seperti di Eksibit D9. 45 (126) Timbalan Pendakwaraya yang bijaksana telah merujuk kepada kes PP v. Ling Tee Tuah [1982] 2 MU 324 yang memutuskan: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient” (127) Begitu juga dengan kes PP v. Lee Ah Ha [1988] 1 MLS 193 dimana YA Abdul Malik J memutuskan: “mere denial through his statement from the dock had not raised any doubt on the prosecution’s case” (128) Walaubagaimanapun, di dalam kes sekarang, Mahkamah mendapati OKT bukan hanya memberikan satu penafian semata-mata, bahkan ia disokong oleh keterangan sokongan mengenai kenyataan yang telah dibuatnya di peringkat awal melalui rakaman percakapannya (D9). (129) Selain itu, OKT juga bukan sekadar memberikan keterangannya daripada kandang tertuduh seperti yang berlaku di dalam kes PP v. Lee Ah Ha (supra). Di sebaliknya, OKT memberikan keterangannya secara bersumpah dari kandang saksi dan telah membenarkan dirinya disoal balas oleh pihak pendakwaan. Sudah pasti nilai yang ada pada keterangan OKT tersebut perlu diberikan faedah pemberatan oleh Mahkamah dalam meneliti dan menilai keterangan kes ini secara keseluruhannya. 46 (130) Maka, hujahan Timbalan Pendakwaraya yang bijaksana bahawa pembelaan OKT adalah bersifat penafian semata-mata atau rekaan adalah tidak bermerit dan tidak diterima oleh Mahkamah. (131) Seterusnya, persoalan yang timbul di minda Mahkamah adalah, sekiranya kad ATM tersebut telah diserahkan kepada pihak ketiga, ini bermakna OKT sudah tidak lagi mempunyai kawalan penuh terhadap akaun bank yang dimilikinya tersebut. Ini juga bermakna, terdapat kebarangkalian wang milik SP1 yang dimasukkan ke dalam akaun OKT tersebut tidak dapat diakses secara eksklusif oleh OKT apatah lagi disembunyikan olehnya. (132) Persoalan tersebut telah menjawab prinsip undang-undang yang telah digariskan oleh Mahkamah Agung di dalam kes Mohamad Radhi bin Yaakob v Public Prosecutor (1991) 3 MLJ 169: “To earn an acquittal, the Court may not be convinced of the truth of the defence story or version. Raising a reasonable doubt in the guilt of the accused will suffice. It is not, however, wrong for the Court to be convinced that the defence version is true, in which case the Court must order an acquittal. In appropriate cases it is also not wrong for the Court to conclude that the defence story is false or not convincing, but in that instance, the Court must not convict until it asks a further question that even if the Court does not accept or believe the defence explanation, does it 47 nevertheless, raise a reasonable doubt as to his guilt? It is for this reason that in dealing with the defence story or explanation, the majority of Judges rightly prefer to adopt straight away the legally established "reasonable doubt" test, rather than to delve in the "believable and convincing" test before applying the "reasonable doubt" test.” KESIMPULAN (133) Di dalam kes ini, setelah menimbangkan kesemua keterangan dan bukti-bukti yang dikemukakan sepanjang kes ini dan menganalisa pembelaan oleh OKT di akhir perbicaraan, seperti yang dibincangkan di atas, Mahkamah mendapati bahawa OKT telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. (134) Berikutan itu, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah terhadap OKT seperti yang dipertuduhkan. 48 (135) Maka menurut seksyen 173(m)(iii) Kanun Tatacara Jenayah, Mahkamah dengan ini memerintahkan agar OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan pindaan yang dihadapinya di bawah seksyen 424 Kanun Keseksaan seperti yang dipertuduhkan. Wang jaminan dikembalikan. Bertarikh 10 Januari 2020 -Sgd- Muhammad ‘Azzam bin Zainal Abidin Majistret Mahkamah Majistret 5, Klang, Selangor Bagi pihak pendakwaan: TPR Ahmad Faiz bin Abdul Raoff / TPR Nor Suhaili binti Abu Bakar Kamar Penasihat Undang-undang Negeri Selangor, Selangor Darul Ehsan Bagi pihak Tertuduh: En. Khairul Naim Rafidi T/N Chambers of Naim Atiqah, Shah Alam, Selangor. 49