D-SAFE FORCE SDN BHD GABUNGAN STRATEGIK SDN BHD
On the balance of probabilities the defendant failed to prove the existence of a written arbitration agreement covering the extended period; no admissible written evidence established the alleged extension; therefore the statutory requirement under section 9 of the Arbitration Act 2005 was not satisfied and the stay...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-A52NCvC-50-03/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: D-SAFE FORCE SDN BHD (NO. SYARIKAT:881554-A); Defendant: GABUNGAN STRATEGIK SDN BHD (NO. SYARIKAT: 492885-H)
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 26 June 2023
- Case Number
- JA-A52NCvC-50-03/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Claim (guaman Sivil) / Interlocutory Application for Stay/suspension Pending Arbitration (hearing and Decision)
- Outcome
- Defendant's application to suspend/stay proceedings pending arbitration dismissed.
- Legal Topics
- Stay of Proceedings, Written Arbitration Agreement Requirement, Proof of Contract Extension, Admissibility of Documentary Evidence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
D-SAFE FORCE SDN BHD (NO. SYARIKAT:881554-A)
Plaintiff
GABUNGAN STRATEGIK SDN BHD (NO. SYARIKAT: 492885-H)
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim (guaman Sivil) / Interlocutory Application for Stay/suspension Pending Arbitration (hearing and Decision)
Legal Issues
- 1 Whether a valid written arbitration agreement existed covering the disputed claims
- 2 Whether the alleged extension of the agreement was proved in writing
- 3 Whether the defendant's evidence (affidavits and exhibits) was sufficient to invoke stay under arbitration law
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the defendant failed to prove the existence of a written arbitration agreement covering the extended period; no admissible written evidence established the alleged extension; therefore the statutory requirement under section 9 of the Arbitration Act 2005 was not satisfied and the stay application must be dismissed.
Court Disposition
Defendant's application to suspend/stay proceedings pending arbitration dismissed.
Orders
- Application for stay pending arbitration dismissed.
- Defendant to pay costs of RM2000.00.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-A52NCvC-50-03/2023 Kand. 29 26/08/2023 17:18:09 DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA- A52NCvC-50-03/2023 ANTARA D-SAFE FORCE SDN BHD (NO. SYARIKAT:881554-A) … PLAINTIF DAN GABUNGAN STRATEGIK SDN BHD (NO. SYARIKAT: 492885-H) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PERMOHONAN PENGGANTUNGAN SEMENTARA TIMBANG TARA DEFENDAN DI BAWAH SEKSYEN 10 AKTA TIMBANG TARA 2005 DAN/ ATAU ATURAN 69 KAEDAH 10 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 (LAMPIRAN 5) A. PENDAHULUAN. 1. Defendan dalam permohonannya di Lampiran 5 antara lain memohon- (a) semua prosiding lanjut dalam tindakan ini yang berkenaan dengan tuntutan Plaintif terhadap Defendan digantungkan, sementara timbang tara; (b) pihak-pihak dibenarkan memohon untuk perintah-perintah dan/atau arahan-arahan lanjut; (c) kos permohonan ditanggung oleh plaintif; dan 1 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (d) relif lanjut atau lain seperti mana yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. 2. Kertas-kertas kausa yang telah difailkan pihak-pihak :- (a) Writ bertarikh 27.3.2023 (lampiran 1); (b) Pernyataan Tuntutan plaintif bertarikh 27.3.2023 (lampiran 2); (c) Notis Permohonan Penggantumgan sementara timbang tara defendan bertarikh 25/42023 (lampiran 5); (d) Afidavit Sokongan defendan bertarikh 25/4/2023 (lampiran 6); (e) Afidavit balasan plaintif bertarikh 18/5/2023 (lampiran 8); (f) Afidavit jawapan defendan bertarikh 29/5/2023 (lampiran 9): (g) Afidavit balasan plaintif (2) bertarikh 8/6/2023 (lampiran 16); (h) Afidavit jawapan defendan (2) bertarikh 13/6/2023 (lampiran 17): B. KEPUTUSAN MAHKAMAH. 3. Setelah Mahkamah membaca, meneliti dan menilai afidavit-afidavit yang telah difailkan di dalam permohonan ini berserta hujahan-hujahan secara bertulis dan juga ikatan -ikatan otoriti yang telah difailkan dan dikemukakan oleh plaintif dan defendan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa (Lampiran 5) permohonan penggantungan sementara timbang tara defendan adalah ditolak dengan kos sebanyak RM2000.00. 2 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4. Selanjutnya Defendan tidak berpuashati dengan keputusan ini telah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 27 Jun 2023. C. FAKTA RINGKAS KES YANG DIPERSETUJUI KEDUA-DUA PLAINTIF DAN DEFENDAN 5. Plaintif ialah syarikat sendirian berhad diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 beralamat perniagaan di No. 6, Jalan Keindahan 1, Taman Skudai Indah, 81300 Skudai, Johor. 6. Defendan ialah syarikat sendirian berhad diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 beralamat berdaftar di G-58-3, Blok G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari ‘De’ Kota, Kota Damansara, PJU 5, 47810, Petaling Jaya, Selangor dan beralamat perniagaan di Lot 33G, Blok D, Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara, PJU 5, 47810, Petaling Jaya, Selangor. 7. Satu perjanjian penyediaan perkhidmatan keselamatan oleh plaintif telah ditandatangani dengan defendan pada 5/3/2020 iaitu di eksibit GSSB-1 di muka surat 18 dalam kandungan 6 (“dirujuk sebagai perjanjian tersebut”), afidavit sokongan defendan dan tidak dipertikaikan antara kedua-dua pihak dalam kes ini bahawa dalam perjanjian tersebut mengandungi klausa mengenai “timbang tara” iaitu (“dalam bahasa asal ia ditulis”) – 3 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “(12.1) Any matters or disputes shall in accordance with and subject to the provisions of the Arbitration Act, 1952 or any statutory modification or re-enactment hereof for the time being in force.” 8. Perjanjian tersebut yang dimulakan pada 9/3/2020 dan berakhir pada 31/3/2021 dan dipersetujui juga oleh kedua-dua pihak perjanjian tersebut dilanjutkan bermula dari 1/4/2021 hingga 31/12/2022 (“dirujuk sebagai pelanjutan perjanjian”). 9. Semasa pelaksanaan perjanjian pelanjutan tersebut, Defendan telah gagal membayar kepada plaintif pada bulan-bulan Oktober, November dan Disember tahun 2022 yang menjadi tuntutan plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka. D. FAKTA DIPERTIKAIKAN 9. Plaintif mendakwa perjanjian tersebut tamat secara muktamad pada 31/3/2021 (kandungan 8 afidavit balasan plaintif dan kandungan 16 afidavit balasan plaintif 2 dirujuk) manakala dakwaan defendan pula perjanjian tersebut dilanjutkan dan kerana pelanjutan tersebut, klausa timbang tara seperti di klausa 12 perjanjian tersebut masih berkuatkuasa dan kerana itu permohonan ini dibuat oleh defendan untuk satu penangguhan sementara timbang tara diselesaikan (kandungan 17 iaitu afidavit jawapan kedua defendan dan afidavit sokongan defendan di kandungan 7 dirujuk). 4 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal E. ANALISA MAHKAMAH 10. Mahkamah ini bersetuju dengan rujukan plaintif terhadap peruntukan sekyen 9 Akta Timbang Tara 2005 yang memberi definisi “perjanjian timbang tara” atau dalam ertikata lain, dalam keadaan mana “perjanjian timbang tara itu mesti wujud” [penegasan mahkamah ini]. Diperturunkan peruntukan seksyen 9 Akta Timbang Tara 2005 tersebut – 5 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11. Mahkamah ini secara selamat mendapati tiada mana-mana afidavit sokongan defendan dan di dalam afidavit jawapan defendan masing-masing di kandungan 7 dan 17 mengemukakan ”perjanjian timbang tara” secara bertulis sebagai “keterangan”. Oleh kerana tiada “keterangan terbabit” maka mahkamah ini secara selamat memutuskan bahawa “tiada keterangan mengenai “perjanjian timbang tara secara bertulis” bagi “ pelanjutan perjanjian tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada kes di Mahkamah Persekutuan di dalam kes Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2019] 1 LNS 1835 di perenggan (31) – “...The allegation was, however, not supported by any evidence on record. Jurisprudence dictates that mere allegation is not evidence and is not equivalent to proof. A party’s self serving affidavit that is not suppoted by evidence is not sufficient to establish an alleged fact...” 6 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12. Cubaan defendan mengemukakan menyokong pengataan bahawa “pelanjutan perjanjian” disokong keterangan dokumentar melalui eksibit GSSB-3 yang dieksibitkan dalam kandungan 9 adalah tindakan salah nyata dan tidak patut dipertimbangkan oleh mahkamah ini kerana tiada kejujuran dan tanpa penjelasan munasabah dari defendan yang mengemukakan – (12.1) satu muka surat daripada 3 muka surat dokumen berkenaan (dokumen dirujuk MCI oleh defendan); (12.2) nombor rujukan “MCI” yang ditulis sebagai GSSB/THEPEAK/SCS/LOA/091 juga tidak sama dengan eksibit GSSB-1 (perjanjian tersebut) iaitu GSSB/THEPEAK/SC/LOA/091; (12.3) kewujudan maklumat pada eksibit GSSB-3 iaitu – 13. Dengan kedudukan yang diambil oleh defendan ketika mengemukakan eksibit GSSB-3 tersebut, mahkamah ini harus menolaknya kerana mahkamah ini jelas mematuhi duluan undang-undang yang dirujuk oleh plaintif dalam kes LK Insulation Engineering (M) Sdn Bhd v Apex Energy Sdn Bhd [2017] MLJU 772 – 7 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14. Sepertimana kehendak undang-undang, “perjanjian timbang tara” hendaklah secara bertulis dan tiada kekeliruan dalam penentuan makna terhadap seksyen 9 (3) dan (5) Akta Timbang Tara 2005 tersebut. Mahkamah ini dipandu prinsip perundangan yang telah mantap ketika memberi suatu tafsiran undang-undang yang jelas terhadap peruntukan undang-undang jelas yang dibuat secara “plain words”. Duluan undang-undang yang menjadi rujukan mahkamah ini ialah dalam kes Megat Najmuddin bin Dato Seri (Dr) Megat Khas v Bank Bumiputra (M) Bhd [2002] 1 CLJ 645 yang memetik keputusan Mahkamah Agung India dalam kes Hiralal Ratan Lal v. The Sales Tax Officer, Section III Kanpur AIR [1973] SC 1034 – “In construing a statutory provision, the forst and foremost rule of construction is the literary construction. All that we have to see at the very outset is what does that provision say? If the provosion is unambigous and if from that provision the 8 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal legislative intent is clear, we need not call into aid the other rules of construction of statutes”. 15. Seterusnya, mahkamah ini bersetuju dengan rujukan kes di Mahkamah Rayuan oleh Plaintif dalam kes Duta Wajar Sdn Bhd v Pasukhas Construction Sdn Bhd & Anor [2012] 5 MLJ 27 – 9 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal F. KESIMPULAN 16. Sebagai kesimpulan, adalah jelas apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah adalah wajar selaras dengan peruntukan undang-undang dan nas-nas yang telah diputuskan berdasarkan dan berlatarbelakangkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan dan dibentangkan di hadapan Mahkamah. Bertarikh pada 26 haribulan Ogos 2023 ..tt.. (MOHD ZAKI BIN MOHD SALLEH) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 5 Mahkamah Negeri Johor Kaunsel: Bagi pihak Defendan – T/n TOMMY THOMAS (KUALA LUMPUR) Peguambela & Peguamcara. Bagi pihak Plaintif –T/n JAMESMONTEIRO (KUALA LUMPUR), Peguambela & Peguamcara. 10 S/N KiimS2LRVUeFuQiMTeEXOg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal