DATO' DR. ABD. WAHAB BIN ABD GHANI 1. ) 1, MOHD. RASHID BIN MOHD NOOR 2. ) 2. DR. ARUL BALASINGAM 3. ) 3. AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL SDN. BHD. (NO. SYARIKAT : 115517-A
The court found the former intern had access to confidential and case-specific information during his internship; TRDL failed to demonstrate effective information barriers to eliminate risk of prejudice; because the risk of misuse (direct or indirect, including at appeal) existed and public confidence in the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-22NCVC-281-05/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant / 2nd Defendant: Dr. Arul Balasingam; Respondent / 1st Defendant: Mohd Rashid bin Mohd Noor; Plaintiff: Dato' Dr. Abd. Wahab bin Abd Ghani
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 1 December 2020
- Case Number
- WA-22NCVC-281-05/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal / Appeal (court of Appeal)
- Outcome
- Applications in Lampiran 45 and Lampiran 58 allowed
- Legal Topics
- Disqualification of Counsel, Information Barriers, Solicitor Client Confidentiality, Costs Orders
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Dr. Arul Balasingam
Appellant / 2nd Defendant
Mohd Rashid bin Mohd Noor
Respondent / 1st Defendant
Dato' Dr. Abd. Wahab bin Abd Ghani
Plaintiff
Procedural Posture
Civil Appeal / Appeal (court of Appeal)
Legal Issues
- 1 Whether TRDL should be disqualified from representing the 2nd Defendant because a former intern had access to confidential information of TPSR
- 2 Whether information barriers instituted by TRDL were adequate to prevent misuse of confidential or privileged information
- 3 Whether threats to seek costs personally against opposing solicitors constituted improper conduct warranting relief
Ratio Decidendi
The court found the former intern had access to confidential and case-specific information during his internship; TRDL failed to demonstrate effective information barriers to eliminate risk of prejudice; because the risk of misuse (direct or indirect, including at appeal) existed and public confidence in the profession would be undermined, TRDL and its members were disqualified and restrained from acting for the 2nd Defendant; the applicant's reliefs in Lampiran 45 and Lampiran 58 were therefore allowed.
Court Disposition
Applications in Lampiran 45 and Lampiran 58 allowed
Orders
- Lampiran 45 allowed: Tetuan Raja, Darryl & Loh disqualified from acting for the 2nd Defendant in the High Court action and restrained from communicating any confidential or privileged information obtained from Tetuan P S Ranjan & Co (TPSR)
- Members, partners, employees, trainees and agents of Tetuan Raja, Darryl & Loh restrained from acting or appearing for the 2nd Defendant in this action (Lampiran 58 allowed)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-4-01/2021 RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-5-01/2021 ANTARA DR. ARUL BALASINGAM … PERAYU DAN MOHD RASHID BIN MOHD NOOR … RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-281-05/2018 ANTARA DATO’ DR. ABD. WAHAB BIN ABD GHANI … PLAINTIF DAN 1. MOHD RASHID BIN MOHD NOOR 2. DR. ARUL BALASINGAM 3. AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL SDN BHD (NO. SYARIKAT : 115517-A) … DEFENDAN 1 RAYUAN LAMPIRAN 45 [1] Pihak Perayu / Defendan Kedua tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah pada 1.12.2020 dan merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan yang membenarkan keseluruhan Lampiran 45 iaitu permohonan Responden / Defendan Pertama untuk, antara lain, melucutkan kelayakan Tetuan Raja, Darryl & Loh untuk bertindak sebagai peguamcara dan kaunsel untuk Perayu / Defendan Kedua dalam tindakan di Mahkamah Tinggi dengan kos sebanyak RM 5,000.00 dibayar oleh Tetuan Raja, Darryl & Loh kepada Perayu / Defendan Pertama. LAMPIRAN 58 [2] Pihak Perayu / Defendan Pertama tidak berpuashati terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah pada 1.12.2020 dan merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan yang membenarkan Lampiran 58 iaitu permohonan Responden / Defendan Pertama untuk, antara lain, menghalang Tetuan Raja, Darryl & Loh atau mana-mana ahli dari amalan mereka daripada bertindak atau hadir bagi pihak Perayu / Defendan Kedua dalam tindakan di Mahkamah Tinggi tanpa kos. [3] Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana di Mahkamah Tinggi, Defendan Pertama / Responden) ( selepas ini disebut sebagai “D1”) dan 2 Defendan Kedua / Perayu ( selepas ini disebut sebagai “D2” ) dalam alasan penghakiman ini. PENDAHULUAN Lampiran 45 [4] Lampiran 45 adalah permohonan D1 untuk perintah bahawa Tetuan Raja Darryl & Loh (“ TRDL”) dilucutkan kelayakan untuk bertindak sebagai peguam dan kaunsel D2 dan bahawa, rakan kongsinya, pekerja, penolong peguam, pelatih dalam kamar atau ejennya dihalang daripada berkomunikasi dengan anakguam mereka dan orang lain termasuk mana-mana peguam penggantian untuk mereka dalam tindakan ini, ke semua atau apa-apa maklumat sulit yang diperolehi oleh mereka dari Tetuan P S Ranjan & Co (“TPSR”). Lampiran 58 [5] Manakala Lampiran 58 pula adalah permohonan D1 untuk perintah bahawa TRDL atau mana-mana ahli dari amalan mereka dihalang daripada bertindak atau hadir bagi pihak D2 dalam tindakan ini dan bahawa permohonan D1 (Lampiran 45) didengar bersama dengan atau selepas permohonan ini. LATAR BELAKANG [6] Pada asalnya, ke semua pihak di dalam tindakan ini terlibat dalam suatu tuntutan di Mahkamah Tinggi Sivil Guaman No: WA-22NCVC-75-02/2016 (Guaman Asal). Berikutan daripada satu surat daripada peguam D1 (Plaintif dalam Guaman Asal) bertarikh 20.2.2018, D1 telah membuat tawaran untuk menerima jumlah sebanyak RM250,000.00 bagi penyelesaian penuh dan 3 muktamad tuntutan beliau terhadap semua Defendan-defendan di dalam Guaman Asal. [7] Pihak-pihak telah mencapai suatu persetujuan untuk penyelesaian dengan D1 berkaitan kes kecuaian perubatan terhadap D1 dan Guaman Asal tersebut telah ditarikbalik tanpa perintah dan tanpa kebebasan. [8] Persetujuan tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh sebab Plaintif, Syarikat Insurans indemniti professionalnya iaitu Pacific & Orient Insurance Bhd dan Peguamcara mereka Tetuan Low Aljafri & Associates telah mengeluarkan cek atas nama Defendan Pertama ( Plaintif dalam Guaman Asal) yang mana TPSR telah menolak cek-cek tersebut atas alasan bahawa cek-cek tersebut harus dibuat dengan meletakkan nama TPSR dan bukan Defendan Pertama.( Plaintif dalam Guaman Asal ) [9] Oleh itu, Plaintif memfailkan tuntutan ini terhadap Defendan-defendan dan memplidkan bahawa D1 terutamanya telah memungkiri terma-terma perjanjian penyelesaian apabila TPSR enggan menerima perjanjian penyelesaian daripada Plaintif (Defendan Pertama dalam Guaman Asal). [10] D1 di dalam tindakan ini telah diwakili oleh Tetuan Kailesh Aru & Co menggantikan Tetuan PS Ranjan & Co. Kes telah ditetapkan pada untuk perbicaraan penuh pada 9.12.2019. [11] Pada tarikh perbicaraan penuh, hendak dijadikan cerita seorang bekas pelatih kepada TPSR, Iaitu En. Na Chin Au (selepas ini disebut “ En Na ”) (tempoh latihan daripada 18.6.2019 hingga 31.7.2019) telah menyertai firma 4 TRDL sebagai pelatih dalam kamar. Sepanjang tempoh latihan beliau di firma TPSR beliau telah mempunyai akses kepada fail-fail dan maklumat anakguam TPSR. [12] Pada 9.12.2019, En Na telah menghadiri Mahkamah bagi pihak peguamcara D2 dan menyambut dan memaklumkan kepada Encik Ranjan bahawa beliau terlibat dalam kes ini dengan firma TRDL. Mengikut En Na, Encik Ranjan tidak senang dan meminta beliau meninggalkan bilik Mahkamah. Setelah perbualan tersebut En Na merasakan bahawa beliau tidak boleh berada dibilik Mahkamah dan meninggalkan bilik Mahkamah sejurus selepas perbualan tersebut. [13] Berdasarkan perkara di atas, D1 berpendapat bahawa TRDL telah terdedah dengan maklumat anakguam TPSR iaitu D1 khususnya berkaitan tindakan ini. Maka, D1 memfailkan permohonan-permohonan ini menghalang TRDL daripada mewakili D2. [14] Peguamcara D1 melalui surat-surat bertarikh 13.12.2019 dan 16.12. 2019 kepada TRDL yang menentang TRDL sebagai peguamcara kepada D2 dalam tindakan ini. (eksibit MR-1 dan MR-2 adalah dirujuk). DAPATAN MAHKAMAH [15] Tindakan ini timbul berikutan pertikaian berkaitan penyelesaian secara persetujuan diantara pihak-pihak berkaitan kes kecuaian perubatan, yang tidak dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak atas alasan bahawa cek-cek yang di 5 sertakan oleh Defendan-Defendan tidak diisukan atas nama Peguam D1 iaitu TPSR. [16] Permasalahan yang menyebabkan permohonan ini bermula adalah berikutan kejadian pada 9.12.2019 semasa di Mahkamah Terbuka dimana En. Na telah berjumpa dengan En. Ranjan dan memberitahu bahawa beliau terlibat dalam kes ini. Pada tarikh tersebut telah ditetapkan untuk perbicaraan penuh. [17] Saya merujuk kepada afidavit En. Na (Rujuk L51) mengesahkan bahawa beliau adalah seorang pelatih dalam kamar di TRDL sejak 4.11.2019 dan sebelum menyertai TRDL beliau telah menjalani latihan selama 6 minggu dengan TPSR dari 18.6.2018 hingga 27.7.2018 sebagai intern. Perlu diberi perhatian bahawa En. Na semasa menjalani intern melalui surat bertarikh 6.3.2018 telah bersetuju dengan TPSR akan menghormati kewajipan kerahsiaannya walaupun setelah meninggalkan firma TPSR (exhibit PSR-1 dirujuk). Perkara ini perlu diberi perhatian dan diambil berat oleh setiap intern memandangkan effective information barriers adalah menjadi polisi TPSR dan juga firma-firma guaman yang lain. [18] Mengikut D2, D1 telah gagal membuktikan bahawa apakah confidential information yang dikatakan dalam mana-mana afidavit D1 dan ianya agak terlalu am dan samar. Mengikut D1 kebanyakan fakta yang material berkaitan kes ini bermula pada bulan March hingga Julai 2018 dan En. Na bersama TPSR bermula dari 18.6.2018 sehingga 27.7.2018. Ketika itu, kes ini adalah giat dibincangkan oleh TPSR dan dalam kehadiran En 6 Na. Ini adalah disebabkan kes ini adalah satu ciri yang tidak biasa ( unusual feature) dimana syarikat insuran dan peguamcara D2 dalam proses penyelesaian menghendaki cek dikeluarkan atas nama pelanggan sendiri iaitu D1 dan bukannya peguamnya iaitu TPSR. [19] Mengikut D1 perkara ini menimbulkan konflik kepentingan lebih-lebih lagi pada tempuh intern tersebut perkara ini telah diperbincangan secara terbuka dalam kehadiran En. Na dan dalam pendengaran beliau. Perbincangan didalam perpustakaan yang mana disitulah tempat peguam, intern, pelatih berada dan berbincang. [20] Mahkamah juga berpendapat bahawa En. Na walaupun sebagai intern, sama ada secara langsung atau tidak langsung, telah mendapat atau mempunyai akses kepada maklumat kerahsiaan TPSR dan kes-kes yang dikendalikan oleh TPSR. Peguam D2 mengatakan bahawa segala kejadian adalah sebelum En. Na menjadi intern TPSR dan kemungkinan tidak terlibat dengan kes tersebut, tetapi kes ini telah bermula sejak tahun 2016 dan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Sivil Guaman No WA-22NCVC- 75-02-2016 dan perbincangan diadakan sehinggalah suatu persetujuan penyelesaian tercapai oleh Defendan-defendan melalui surat pada 2.3.2018. [21] Penyelesaian tersebut gagal dilaksanakan disebabkan terdapatnya isu berkaitan pembayaran kepada siapa sepatutnya dibuat yang mana seterusnya membawa kepada tuntutan kes ini difailkan pada bulan Mei 2018. 7 [22] Mahkamah berpendapat bahawa dalam tempoh internship En. Na yang bermula dari 18.6.2018 sehingga 27.7.2018 dengan TPSR adalah boleh dianggapkan bahawa beliau sudah semestinya mempunyai akses secara langsung atau tidak langsung kepada kes tersebut. [23] Perkara ini telah dijelaskan secara terperinci dalam afidavit-afidavit jawapan En. Ranjan dalam Lampiran 49 dan Lampiran 52 yang mana Mahkamah berpendapat adalah wajar diberi pertimbangan. En. Ranjan menyatakan bahawa En. Na bukan setakat mempunyai pengetahuan mengenai maklumat sulit dalam kes ini di pejabat TPSR, tetapi beliau telah, sekurang-kurangnya, mempunyai akses kepada maklumat sulit tersebut. ( Afidavit En. Ranjan yang diikrarkan pada 24.1.2020 (L49) dan 24.2.2020 (L52) adalah dirujuk). [24] Mahkamah juga merujuk kepada surat-surat yang telah dihantar oleh Tetuan Kailesh Aru & Co kepada TRDL bertarikh 13.12.2019 (eksibit MR- 1), 16.12.2019 (eksibit MR-2), 27.12.2019 (eksibit PSR-2), 13.1. 2010 (eksibit PSR-3), dan 17.1.2020 (eksibit PSR-4) surat-surat tersebut menjelaskan butiran, fakta dan undang-undang berkaitan kerahsiaan dan kewajipan bukan sahaja terhadap En. Na sebagai seorang pelatih dalam kamar tetapi firma TRDL dan juga profession guaman dan undang-undang itu sendiri. 8 [25] Mahkamah juga ingin membangkitkan bahawa dalam afidavit yang diikrarkan oleh En. Na bertarikh 12.2.2020 beliau ada menyatakan bahawa pada sekitar 15.11.2019. Pn Amanda juga ada menyerahkan kenyataan2 saksi dan antara lain adalah kenyataan saksi oleh En. Ranjan sendiri. Semasa perbincangan beliau telah memaklumkan kepada Pn Amanda bahawa beliau pernah bekerja dengan En. Ranjan, dan setelah berbincang mereka meneruskan kerja terhadap guaman ini. Mahkamah memberi penekanan bahawa TRDL mengetahui bahawa pernyataan saksi yang diberi kepada En. Na adalah kepunyaan En. Ranjan dan En. Na pernah membuat intern dengan TPSR. [26] En. Na juga telah diarahkan untuk menjalankan penyelidikan mengenai pelanggaran penghakiman persetujuan berkaitan kes ini. Ini menunjukkan bahawa isu yang timbul dalam kes ini dan semasa En. Na membuat intern dengan TPSR adalah sama. Mahkamah juga ingin memberi penekanan bahawa En. Na ada menyebut dalam afidavit beliau yang diikrarkan pada 12.2.2020 diperenggan 8 berkenaan beliau pernah menjadi intern di TPSR. [27] Mahkamah berpendapat berdasarkan afidavit tersebut adalah jelas bahawa En. Na telah memaklumkan bahawa beliau pernah menjalankan latihan dengan TPSR. Ini bermakna Pn. Amanda diketika itu telah mengetahui dan berpengetahuan akan fakta ini tetapi tidak mengambil tindakan untuk mengecualikan En. Na dari melibatkan diri dalam team kes ini. 9 [28] Adalah jelas terdapatnya konflik kepentingan apabila En. Na dijadikan sebahagian dari team untuk mengendalikan kes yang pernah melibatkan firma yang beliau membuat ‘internship’ walaupun untuk jangka masa 6 minggu. Pelbagai perbincangan dan kerahsiaan telah diadakan oleh TPSR berkaitan kes kecuaian perubatan termasuklah kes ini. [29] Jika merujuk kepada surat jawapan TRDL bertarikh 10.1.2020 (eksibit A-1) iaitu balasan surat kepada 3 surat Messrs Kailesh Aru & Co, TRDL hanya menyatakan bahawa En. Na tidak pernah terlibat dengan apa-apa mesyuarat atau perbincangan dengan Defendan Pertama sewaktu ‘internship’ tersebut. Walaubagaimanapun Mahkamah berpendapat keterangan afidavit oleh En. Ranjan perlu diberi penekanan dan perlu diberi perhatian serius lebih-lebih lagi beliau adalah rakan kongsi TPSR. Beliau lebih mengetahui akan polisi firma TPSR berkaitan information barriers dan kewajipan kerahsiaan kes-kes yang terlibat oleh firma TPSR. (afidavit En. Ranjan yang diikrarkan bertarikh24.2.2020 adalah dirujuk.) [30] Mengikut afidavit yang diikrarkan oleh Pn Amanda pada 13.1.2020 yang mengesahkan bahawa En. Na tidak akan terlibat dengan kes ini. Mahkamah berpendapat tindakan tersebut tidak mencukupi dan adalah terlambat memandangkan TRDL telah memberikan gambaran persepsi yang negatif yang akan memprejudiskan pihak D1 dalam tindakan kecuaian perubatan ini. [Rujukan dibuat kepada kes Prince Jefri Bolkiah dan kes Aetna Universal Insurance Sdn Bhd v Ooi Meng Sua [2000] 3MLJ 502 ]. 10 [31] Mahkamah merujuk kes Re A Firm of Solicitors [1992] 1 All ER 353, it was held that the burden lay on the solicitor who moved from one firm to another to show that no conflict of of interest would arise and that the court should intervene unless it is satisfied that there is no risk of disadvantage. [32] Adalah menjadi kewajipan TRDL untuk menyediakan information barrier untuk mengelak informasi sulit dan istimewa (confidential and privilege information) diturunkan dari En. Na kepada pihak lain yang akan menentang pelanggan TPSR. [33] Mahkamah juga merujuk kepada kes Aetna Universal Insurance Sdn Bhd v Ooi Meng Sua [2000] 3 MLJ 502 Messrs Shearn , Delamore & Co acted first for the plaintiff. At the appeal stage, they acted for the defendant (with the consent of the Plaintif). The Court Of Appeal condemned Messrs Shearn, Delamore & Co for such conduct, Gopal Sri Ram JCA ( as his Lordship then was) saying at p.507:- “… Now they appear for the defendant in this appeal after having taken instructions from the plaintiff. Mr Robert Lazar sought to defend what has been done by his firm. He said that the instant solicitors did not object to what had happened. I think that is irrelevant. Just because the plaintiff’s present solicitors lacked the initiative to take the point does not mean that what was done was right. It was plainly wrong. I said so during argument. The defendant’s solicitors were privy to confidential information given to them by their erstwhile client, the plaintiff. The fact that they did not use that information against him by appearing against him at the trial is irrelevant. 11 There are other obvious dangers such as having access to information from the client and using it at the appellate stage. If that is not an abuse of a solicitor’s position, I really do not know what is….” [34] Mengambilkira kes Aetna Universal Insurance, informasi sulit dan istimewa, adalah menjadi tanggunjawab TRDL untuk membuktikan bahawa apa-apa informasi sulit dan istimewa yang diterima oleh En Na dari TPSR telah disekat dan beliau tidak seharusnya mengendalikan kes ini dan menggunakan maklumat tersebut secara langsung atau tidak langsung.. [35] Mahkamah juga mengambilkira bahawa profession perundangan dan pentadbiran keadilan mesti dikekalkan dan persepsi orang awam terutama litigan perlu diberi perhatian. Dalam kes ini D1 khuatir bahawa kepentingan- kepentingan beliau akan terjejas jika En Na dan TRDL terus bertindak bagi pihak D2. Mahkamah memberi analogi dimana seorang Hakim akan menarik diri dari mendengar kes jika terdapatnya apa-apa tohmahan walaupun perkara tersebut tidak benar. Persepsi seperti ini juga akan terpakai kepada profession guaman. Lampiran 58 [36] Permohonan Lampiran 58 oleh D1 adalah seperti berikut: 1) bahawa TRDL atau mana-mana ahli dari amalan mereka dihalang daripada bertindak atau hadir bagi pihak D2 dalam tindakan ini; 12 2) bahawa permohonan D1(Lampiran 45) untuk suatu perintah,antara lain, menghalang TRDL daripada bertindak bagi pihak D2 untuk didengar bersama dengan atau selepas permohonan ini:dan 3) bahawa kos permohonan ini disediakan. [37] Berkenaan Lampiran 58 D1 membangkitkan tentang perenggan 33 dalam hujahan D2 yang berbunyi seperti berikut: “ 33. On this premise, the 2nd Defendant respectfully prays that this application be dismissed with costs to be borne personally by the 1st Defendan’s solicitors pursuant to Order 59 rule 6 of the Rules of Court 2012.” [38] Alasan permohonan Lampiran 58 ini adalah :- 1) bahawa Tetuan Raja Darryl & Loh telah bertindak dengan tidak wajar dengan membuat ancaman terhadap peguamcara kepada Defendan Pertama, Tetuan Kailesh Aru & Co., yang mana mereka mengatakan bahawa mereka akan memohon kos secara peribadi terhadap Tetuan Kailesh Aru & Co. berkenaan dengan permohonan tersebut (Lampiran 45); 2) bahawa kelakuan professional Tetuan Raja, Darryl & Loh telah dipersoalkan dalam tindakan ini; 13 3) bahawa pelbagai peruntukan Kaedah-kaedah Profesion Undang-undang (Amalan & Etika) 1978, termasuk kaedah- kaedah 5(a), 12 dan 18, terpakai kepada kelakuan Tetuan Raja, Darryl & Loh; 4) bahawa keyakinan orang ramai ke atas profesion undang- undang dan pentadbiran keadilan mesti dikekalkan dan oleh itu Mahkamah harus bertindak tanpa kelewatan supaya Defendan Pertama dan peguamcara dan kaunsel mereka dapat meneruskan kes ini dengan minda yang waras dan tanpa berada di bawah tekanan yang tidak adil daripada Tetuan Raja Darryl & Loh; dan 5) oleh sebab fakta-fakta yang dinyatakan dalam afidavit Mohd. Rashid bin Mohd Nor yang diikrarkan pada 6 Mac 2020 dan difailkan di sini. [39] Peguam D1 mengatakan bahawa perkataan diperenggan 33 Lampiran 58 diatas adalah satu ugutan terhadap mereka yang mana adalah jelas bahawa TRDL telah memohon kos ditanggung oleh Messrs Kailesh Aru & Co secara peribadi untuk permohonan Lampiran 45. [40] Mahkamah merujuk kepada kes Orchard v South Eastern Electricity Board [1987] 1 All ER 95, the Court of Appeal condemned the defendant’s solicitors’ conduct in warning the plaintiff’s solicitor that, if the action was unsuccessful, they, the defendant’s solicitors, would apply for an order making the plaintiff’s solicitors personally liable for costs.” 14 [41] Mahkamah juga merujuk kepada Rule 18 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978 yang berbunyi seperti berikut: “ The conduct of an advocate and solicitor before the Court and in relation to other advocates and solicitors shall be characterized by candour,courtesy and fairness.” [42] Mahkamah berpendapat bahawa profession guaman perlu dikekalkan profesionalisma mengikut etika yang telah digariskan. Keyakinan orang awam atau litigan terhadap pentadbiran keadilan dan profesion guaman hendaklah sentiasa dikekalkan. [40] Setelah Mahkamah mempertimbangkan hujahan-hujahan bertulis serta lisan oleh kedua-dua peguamcara pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua, Mahkamah membenarkan permohonan pihak Defendan di Lampiran 45 dan Lampiran 58. …TT… ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur Bertarikh : 28.2.2021 15 Peguam Bagi Pihak Perayu Tetuan Sheam Delamore & Co. Tingkat 7, Wisma Hamzah, Kwong Hing , No. 1, Leboh Ampang 50100 Kuala Lumpur. (Tel : 03-20272746 ) Peguam Bagi Pihak Responden Tetuan Kailesh Aru & Co. No. 75, 1st Floor, Jalan 1/12 46000 Petaling Jaya Selangor D.E. Peguam Bagi Defendan Ke-2 Tetuan Raja, Darryl & Loh Tingkat 18, Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur. 16