XXXX 1. ) XXXX 2. ) KINITV SDN BHD
The court found the plaintiff's initial sexist parliamentary remark provoked the challenged statements; the defendants’ comments were either justified or constituted fair comment on a matter of public interest and the media publications were bona fide, neutral and protected by qualified privilege in the absence of...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-23CY-8-02/2017 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman; Defendant 1: Khalid bin Abd Samad; Defendant 2: The New Strait Times Press (M) Sdn Bhd; Defendant 3: Kinitv Sdn Bhd
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 22 February 2022
- Case Number
- WA-23CY-8-02/2017 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Defamation / Judgment (high Court)
- Outcome
- Plaintiff's claim dismissed; no costs awarded to any defendant
- Legal Topics
- Justification, Fair Comment, Qualified Privilege, Reynolds Privilege, Costs Discretion
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman
Plaintiff
Khalid bin Abd Samad
Defendant 1
The New Strait Times Press (M) Sdn Bhd
Defendant 2
Kinitv Sdn Bhd
Defendant 3
Procedural Posture
Defamation / Judgment (high Court)
Legal Issues
- 1 Whether the statements complained of were defamatory
- 2 Whether the defence of justification succeeds
- 3 Whether fair comment/public interest and qualified privilege protect the defendants and publishers
Ratio Decidendi
The court found the plaintiff's initial sexist parliamentary remark provoked the challenged statements; the defendants’ comments were either justified or constituted fair comment on a matter of public interest and the media publications were bona fide, neutral and protected by qualified privilege in the absence of malice; accordingly the plaintiff's defamation claim failed and, exercising discretion under the court rules in light of public interest, no costs were awarded.
Court Disposition
Plaintiff's claim dismissed; no costs awarded to any defendant
Orders
- Plaintiff's claim is dismissed
- No costs shall be awarded to the defendants (order exercised under Order 59 k.2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-23CY-8-02/2017 Kand. 205 16/11/2022 08:53:22 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR WRIT SAMAN NO : WA-23CY-8-02/2017 ANTARA DATO SERI TAJUDDIN ABDUL RAHMAN (NO. K/P : 480117-08-5403) … PLAINTIF DAN 1. KHALID BIN ABD SAMAD (NO. K/P : 570814-03-5945) 2. THE NEW STRAIT TIMES PRESS (M) SDN BHD (NO. SYARIKAT : 4485-H) 3. KINITV SDN BHD (NO. SYARIKAT : 777209-A) … DEFENDAN-DEFENDAN 1 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 1) RAYUAN [1] Perayu-Perayu iaitu Defendan Pertama dan Defendan Ketiga tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Februari 2022 merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap sebahagian sahaja keputusan tersebut yang memutuskan untuk tidak mengawardkan apa-apa kos kepada Perayu-Perayu atas dasar kepentingan awam setelah menolak keseluruhan tuntutan saman fitnah Responden / Plaintif terhadap Perayu sepertimana yang terkandung didalam Writ Saman bertarikh 22 haribulan Februari 2017 dan Pernyataan Tuntutan Terpinda bertarikh 26 haribulan April 2017, masing-masing di Lampiran No. 1 dan No. 13 selepas perbicaraan penuh. [2] Pihak-pihak akan disebut sebagai Plaintif dan Defendan Pertama dan Defendan Ketiga seperti di Mahkamah Tinggi. LATARBELAKANG SECARA RINGKAS [3] Plaintif merupakan Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau juga adalah Pengerusi Bahagian parti politik yang dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (“UMNO”) dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan juga ahli Parlimen Pasir Salak. [4] Defendan Pertama adalah Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli politik pembangkang di Parlimen yang dikenali sebagai Parti Amanah Negara. 2 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [5] Defendan Kedua adalah akhbar kebangsaan / nasional dengan pengedaran yang meluas dalam Malaysia. [6] Defendan Ketiga adalah portal berita dalam talian dengan penonton yang meluas di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. [7] Tuntutan Plaintif adalah berkaitan dakwaan fitnah. Menurut Plaintif, Defendan Pertama telah mengadakan 2 sidang media yang mana kenyataan Defendan Pertama telah di terbitkan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. [8] Defendan Pertama telah mengadakan Sidang Media Pertama pada 21.11.2016 dan Sidang Media Kedua 24.11.2016 di lobi Parlimen yang mana ahli-ahli media dan ahli-ahli Parlimen yang lain turut hadir pada sidang media tersebut. [9] Plaintif menyatakan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Defendan pada kedua-dua sidang media merupakan dua kenyataan fitnah yang berbeza terhadap Plaintif dan disebut sebagai Kenyataan Fitnah Pertama dan Kenyataan Fitnah Kedua. SIDANG MEDIA PERTAMA / KENYATAAN FITNAH PERTAMA [10] Kenyataan pertama telah diterbitkan sebagai video pertama pada 21.11.2016 dan diterbitkan di Internet sebagai video “You Tube" di alamat Internet yang berikut: https://www.youtube.com/watch?v= uDRIFvaAb5Y. 3 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [11] Perkataan yang dinyatakan dalam transkrip dibawah adalah kata-kata yang digunakan oleh Defendan Pertama dalam Sidang Media Pertama. Transkrip video tersebut adalah seperti berikut:- “ Salam sejahtera. I have to apologise for what happened this morning, agak keterlaluan, dan saya pun sebenarnya hilang sabar kerana Pasir Salak telah mengeluarkan kenyataan, unprovoked, Seputih dia duduk diam je, dia tak der terlibat apa-apa pun dalam perbahasan. Tiba-tiba Pasir Salak sebut Seputih ini is the only female MP with a Kok. So kita tahulah nama Seputeh adalah Theresa Kok tetapi apa yang dimaksudkan oleh Pasir Salak adalah jelas. lanya merupakan satu kenyataan yang biadab, yang tidak ada apa-apa sebab untuk dikeluarkan tanpa apa-apa provokasi. Dan apabila saya bangun meminta Dato Speaker untuk mengarahkan Pasir Salak untuk tarik balik kenyataan itu, malangnya, malangnya Dato Speaker dia nak tutup kes itu dengan mudah dengan mengatakan dia merujukkan kepada surname Seputih, sedangkan kita semua faham maksud kata- kata itu. Dan oleh kerana keadaan telah menjadi begitu, saya merasakan saya terpaksa menegur Menteri ataupun Pasir Salak dengan jelas dan nyata bahawa kenyataannya adalah satu kenyataan yang biadab, dan saya menggelarnya sebagai Menteri yang menggunakan bahasa yang sial dan dia seorang Menteri yang sial, kerana dia tidak mahu menarik balik kenyataan itu. Dan ini, mengikut peringatan saya ianya bukan kali yang pertama. He has been getting away with all these stupid statements, so many times. Dah cukuplah, so biarlah kita, dia ada soalan orang tanya soalan, Pokok Sena tanya soalan, dia tak jawab soalan very 4 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal straightforward. Tiba-tiba dia buat all these stupid statements yang bertujuan untuk menghina dan bersifat jatuhkan maruah, bersifat seksis, menghina wanita dan sebagainya. So that is why I had to get up and let loose dengan saya punya kenyataan-kenyataan yang apa ini mungkinlah ada yang anggap keterlaluan tetapi bagi saya amat tepatlah kena pada dirinya. So saya rasa itulah yang saya nak highlight. Dia cabar saya untuk mengeluarkan kenyataan yang sama di luar dewan lalu saya buat PC. Bukan sekadar saya kata saya buat PC mengatakan bahawa perangai, bahasa, kata-katanya, walaupun dengan berpakaian dengan bersongkok kononnya Melayu tetapi perangai dan akhlak dan bahasa yang digunakan merupakan satu sikap yang langsung tidak berakhlak dan tidak melambang budaya orang Melayu Islam. So saya sebut sekali lagi, bagi saya kata-kata dia layakkan dirinya untuk digelar sebagai seorang Menteri yang sial yang menggunakan bahasa yang sial. Dalam Bahasa Inggeris sial itu maknanya “damned” or “cursed” melampau, too much. So, itulah apa yang telah berlaku, dia telah keluar untuk ajak saya bertumbuk di luar tetapi saya takut karang saya kena masuk penjara atas tuduhan membunuh ataupun mencedera parah seorang ahli Parlimen lalu saya mengambil nasihat yang diberikan oleh rakan saya, saudara yang berhormat Sepang, yang suruh saya duduk rilek. So ada apa-apa soalan?” 5 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kenyataan Fitnah Pertama [12] Plaintif menyatakan bahawa kenyataan fitnah pertama adalah seperti berikut:- (a) Saya merasakan saya terpaksa menegur Menteri ataupun Pasir Salak dengan jelas dan nyata bahawa kenyataannya adalah satu kenyataan yang biadap dan saya menggelarnya sebagai Menteri yang menggunakan bahasa yang sial dan dia seorang Menteri yang sial, kerana dia tidak mahu menarik balik kenyataan itu. Dan ini mengikut peringatan saya ianya bukan kali yang pertama. He has been getting away with all these stupid statements so many times. Dah cukuplah. (b) Bukan sekadar saya kata saya buat PC mengatakan bahawa perangai, bahasa, kata-katanya, walaupun dengan berpakaian dengan bersongkok kononnya Melayu tetapi perangai dan akhlak dan bahasa yang digunakan merupakan satu sikap yang langsung tidak berakhlak dan tidak melambang budaya orang Melayu Islam. So saya sebut sekali lagi, bagi saya kata-kata dia layakkan dirinya untuk digelar sebagai seorang Menteri yang sial yang menggunakan Bahasa yang sial. Dalam Bahasa Inggeris sial itu maknanya “damned” or “cursed”. Melampau, too much.” 6 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [13] Kenyataan tersebut telah diterbitkan sebagai video pertama dilaman web Youtube pada 21.11.2016. [14] Defendan Kedua telah menerbitkan sebahagian dari Kenyataan Fitnah Pertama dalam Akhbar New Straits Times pada 22 11.2016 artikel bertajuk “Fury over Deputy Minister’s Remark” yang berbunyi seperti berikut:- “ So I felt that I had to tell (Tajuddin) that his statement was rude, and I called him a minister who used sial language and that he’s a sial minister” He said, adding that he would not apologise to Tajuddin.” SIDANG MEDIA KEDUA/ KENYATAAN FITNAH KEDUA [15] Pada 24.11.2016, Defendan Pertama telah mengadakan Sidang Media Kedua di lobi Parlimen di mana beliau membuat kenyataan media kedua (selepas ini dirujuk sebagai "kenyataan kedua"). Ahli-ahli media dan ahli-ahli parlimen lain turut hadir pada persidangan tersebut. [16] Kenyataan kedua yang telah dibuat oleh Defendan Pertama dengan pengetahuan dan niat bahawa kata-kata beliau akan diterbitkan oleh media berita. [17] Kenyataan kedua telah diterbitkan oleh Defendan Ketiga sebagai video pertama pada 24.11.2016 dan disiarkan di laman Kinitv mereka [http://www.kinitv.com/video/4 1956074] dan di alamat internet 7 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal http://malaysiakininews.blogspot.my/2016/1 1/kalau-tajuddin-minta-maaf- pada-teresa.html. [18] Defendan Ketiga juga menerbitkan video yang sama di Youtube di alamat Internet: https://www.youtube.com/watch?v=xJ9KFU194NU. [19] Kata-kata yang dinyatakan dalam transkrip Kinitv tersebut yang digunakan oleh Defendan Pertama pada sidang media keduanya.Transkrip bertulis daripada video (selepas ini dirujuk sebagai “Transcript Kinitv”) tersebut adalah seperti berikut:- “ Ini mengenai Letter of Demand, Notice of Demand yang dihantar kepada saya oleh Chambers of Murthi 4 Partners bagi pihak Pasir Salak. So dalam suratnya, saya akan edarkan salinan suratnya kemudian. Dalam suratnya dia menyebutlah tentang kenyataan saya, PC saya yang saya buat di sini di mana saya menyatakan bahawa dia telah menggunakan Bahasa sial dan dia adalah Menteri yang sial lah. So dia nak saman atau pun nak dakwa saya kecuali kalau saya meminta maaf dan tarik balik lah. So dia kata "Your statements at the press conference and the statements appearing in the New Straits Times constitute a grave defamation of our client. The allegations expressly and / or impliedly contained in the impugned statements are untrue, malicious, unfounded and constitute a very grave defamation or our client.” 8 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Saya tak nak baca panjang lah ya. Saya nak beritahu dia satu je lah ya, yang menjatuhkan maruah dia bukan saya, ini dia kena faham, ni otak BN ni dia tak faham-faham, dia ingat dia boleh buat apa saja dia suka, lepas itu bila orang bertindak balik, bertindak balas, dia rasa kita yang melakukan kesalahan, dia tangkap Maria Chin, bawah Sosma, orang buat vigil di Dataran Merdeka, dia tuduh kita melanggar undang- undang dan sebagainya. Dalam kes saya dengan Pasir Salak, saya nak beritahu dia he defamed himself, dia memalukan diri dia sendiri. Bila dia membuat unprovoked, unprovoked, Theresa tak kata apa-apa pun. Tiba-tiba dia keluarkan kenyataan yang very embarrassing for all the female Parliamentarians, memperlekehkan nama keluarga YB Theresa dan bila dia ditegur dia tak mahu tarik balik, that his statement yang memalukan dia. Then after that selepas itu apabila Batu Kawan minta speaker untuk tegur dia beritahu dia tarik balik, dia mengejek-ejek Batu Kawan. Batu Kawan ini Ahli Parlimen. Show her some respect lah. Walaupun dia baru, walaupun this is her first term, walaupun dia wanita, muda, but show her some respect. Ini tidak, bila Batu Kawan cakap, dia ney ney ney, itu yang menyebabkan saya terus bangun dan menggelarkan bahasa yang dia gunakan bahasa yang sial dan dia Menteri yang sial. So dia mintak saya tarik balik. Saya akan minta maaf dan tarik balik sekiranya, dan hanya sekiranya dia minta maaf pada Theresa dan dia minta maaf kepada Batu Kawan, Kasthuri atas kata-kata kesat dia dan tindakan tidak hormat dia pada kedua wanita ini. Tindakan dia 9 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal melampau. Tindakan dia yang menjatuhkan maruah dia sendiri. Kalau tiba-tiba orang panggil kita apa-apa pun maruah kita tak jatuh kecuali atas tindakan kita sendiri. Lalu kalau dia nak saya tarik balik dan minta maaf, tak payahlah hantar anak dia dan penyokong- penyokong dia dengan makcik- makcik dia, dia datang nak pukul saya tak perlulah. Dia mudah je, minta maaf dengan Theresa, minta maaf dengan Kasthuri, kalau kamu minta maaf dengan Theresa dan Kasthuri you will immediately elevate your image. Ini kalau dia tak faham lagilah, dia dah 70 tahun kalau tak silap saya, takkan tak faham lagi. Dia minta maaf dengan Theresa dan Kasthuri, imej dia akan terus naik. Dan hari ini dia minta maaf, saya akan immediately minta maaf pada dia dan tarik balik kenyataan saya pada dia. Tapi kalau dia tidak maka bagi sayalah kenyataan saya itu adalah sesuai dan tepat. Ok. So that is my answer. I will appoint a lawyer who will respond to his letter.” Kenyataan Fitnah Kedua [20] Bahagian yang bersifat fitnah daripada kenyataan diatas yang dibuat oleh Defendan Pertama pada sidang media keduanya adalah seperti berikut:- “ Lalu kalau dia nak saya tarik balik dan minta maaf, tak payahlah hantar anak dia dan penyokong-penyokong dia dengan makcik- makcik dia, dia datang nak pukul saya tak perlulah. ” 10 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [21] Kenyataan-kenyataan ini telah diterbitkan kepada media oleh Defendan Pertama. Dan telah di terbitkan semula oleh Defendan Ketiga dalam Kinitv dan malaysiakininews.blogspotmy and on the YouTube. LATARBELAKANG DAN DAPATAN MAHKAMAH [22] Memandangkan rayuan pihak Defendan Pertama dan Defendan Ketiga adalah terhadap kos, Mahkamah secara ringkas mengimbas latarbelakang secara ringkas terhadap fakta dihadapan Mahkamah semasa perbicaraan. [23] Kes telah dijalankan dengan seorang saksi Plaintif, 9 saksi Defendan Pertama dan seorang saksi Defendan Kedua. Defendan Ketiga tidak memanggil saksi. [24] Kes ini berlaku dan berpunca dari ucapan yang dibuat oleh Plaintif sendiri di Parlimen pada 21.11.2016 semasa prosiding di Parlimen ( “Prosiding Parlimen tersebut” ) Plaintif telah mengeluarkan satu kenyataan, antara lain yang seksis, dan menggunakan bahasa ‘unparliamentary” didalam ucapannya di Prosiding Parlimen tersebut, terhadap Ahli Seputeh YB Teresa Kok Suh Sim yang juga merupakan salah seorang Ahli Politik Pembangkang. Perkataan yang digunakan adalah seperti berikut:- “ Yang Seputeh ni keh, keh, keh pasal apa. The only woman with a ‘cock’ is in Seputeh.” ( selepas ini disebut “Kenyataan Seksis tersebut” ) 11 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [25] Kenyataan Seksis tersebut telah mencetuskan kemarahan dan rasa tidak puas hati dikalangan ahli-ahli Parlimen terutamanya dikalangan ahli- ahli Parlimen pihak pembangkang termasuk Defendan Pertama. [26] Judicial notice boleh diambil bahawa perkataan “cock” dalam Bahasa Inggeris mengikut Bahasa slanga bermakna organ seks lelaki iaitu zakar. Perkataan itu adalah merujuk kepada Ahli Parlimen Seputeh. Mahkamah berpendapat tiada keperluan untuk Plaintif mengungkapkan perkataan kesat (vulgar) tersebut kepada Ahli Parlimen Seputeh yang pada masa itu tiada menimbulkan apa-apa provokasi dan tiada kena mengena dengan persoalan yang sedang diperbahaskan ketika itu. [27] Semasa menjawab kepada wartawan Plaintif menyatakan bahawa dia menyebut nama Keluarga Teresa Kok dan tidak ada motif lain. [28] Alasan Plaintif semasa prosiding Parlimen bahawa kenyataan “cock” hanya merujuk kepada nama YB Teresa Kok Suh Sim adalah tidak berasas kalau diambilkira konteks keseluruhan kenyataan tersebut dibuat. Mengikut saksi-saksi Defendan Pertama adalah menjadi amalan biasa dalam prosiding Parlimen bahawa ahli-ahli Parlimen akan dirujuk mengikut kawasan konstituen masing-masing dan bukannya nama peribadi. [29] Tindakan Plaintif yang enggan menarik balik kenyataan seksis tersebut dan memperli dan mengejek ahli-ahli Parlimen pembangkang telah menimbulkan provokasi di pihak Defendan Pertama yang menyebabkan Kenyataan Fitnah Pertama diucapkan. 12 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [30] Keterangan saksi-saksi yang terdiri dari Ahli-ahli Parlimen juga menyatakan bahawa Plaintif juga telah membuat provokasi kepada Defendan Pertama selepas insiden di dalam prosiding Parlimen tersebut. Plaintif telah menimbulkan provokasi yang menyebabkan Defendan Pertama mengungkap perkataan berikut:- “ buat malulah pakai songkok, tunjuklah perangai baik sikit. Dahlah pakai songkok, Bahasa sial punya Bahasa..tak tahu nak jawab soalan nak cari gaduh, sial punya Menteri . Betulkan bahasa awak tu. Betulkan Bahasa awak tu.” [31] Mengambilkira perkataan-perkataan yang digunakan di atas , Mahkamah meminjam kata-kata dalam kes Le Mercier’s Fine Furnishings Pte Ltd & Anor V Italcomm (Malaysia) Sdn Bhd [1996] 3 CLJ 590 Dato’ James Foong J (as he then was) held that:- “[1] To determine the natural and ordinary meaning of the statement, the test to be employed is that of the “ordinary man” as the term is defined in Lewis v. Daily Telegraph viz. a person “who does not live in an ivory tower and he is not inhibited by the knowledge of the rules of construction so that he does read between the lines in the light of his general knowledge and experiences of worldly affairs”. [32] Mahkamah berpendapat bahawa perkataan sial yang digunakan oleh Defendan Pertama adalah berakibat dari provokasi oleh pihak Plaintif sendiri. Sial mengikut Dewan Kamus adalah tidak beruntung, tidak bernasib baik, selalu susah, celaka dan malang. Tetapi dalam konteks yang dibuat 13 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal oleh Defendan Pertama terdapatnya justifikasi apabila mengambilkira keadaan tegang apabila Plaintif menggunakan perkataan seksis terhadap Ahli Parlimen Seputeh. [33] Mahkamah merujuk kepada kes Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Ya’kub v. Bre Sdn Bhd & Ors [1995] 1 LNS 304, Richard Malanjum J ( as he then was) ruled that, the defence of justification, if succeeds, is a complete defence. His Lordship further stated in his grounds judgement that:- “In a defamation action, the defence of justification is a complete defence if it succeeds. And the question of malice or bad faith does not arise. But in order to succeed in the defence of justification a defendant must establish the truth of all the material statements in the words complained of which may include defamatory comments made therein. And in order to justify such comments, it is necessary to show that the comments are the correct imputations or conclusions to be drawn from the proved facts. However, the plea of justification does not fail ‘by reason on that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff’s reputation having regard to the truth of the remaining charges’ (see s 8 of the Defamation Act 1957 and Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [1966] 2 MLJ 66). It is also to be noted that partial justification may be useful in the mitigation of damages.” 14 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [34] Dalam keterangan juga ada menyebut bahawa Plaintif juga mencabar Defendan Pertama untuk mengulangi komen tersebut diluar Parlimen seperti berikut:- “ dalam dewan ini you boleh shout-shout macam tu, you berani you diluar, diluar. I want him to repeat it outside”. ( Merujuk kepada video prosiding Parlimen minit ke-10 saat ke-40) “ “ Datuk Yang Dipertua, senang je. Leave two of us to settle outside. No no we settle outside. No, no terima kasih Yang Dipertua. We settle outside. Come come.” ( rujuk minit ke12 saat 20 video prosiding Parlimen tersebut) “ [35] Defendan Pertama telah membuat sidang media pada 21.11.2016 di Lobi Parlimen dan telah memohon maaf dalam sidang media tersebut kerana beliau hilang kesabaran terhadap sikap Plaintif yang keterlaluan dan biadab semasa prosiding Parlimen dengan menggunakan kenyataan seksis terhadap Ahli Parlimen Seputeh tanpa apa-apa provokasi dari mana-mana pihak. [36] Sebelum Defendan Pertama membuat sidang media pertama, pihak media juga telah melihat prosiding Parlimen tersebut serta komen yang dibuat oleh Defendan Pertama dan juga kenyataan seksis Plaintif terhadap Ahli Parlimen Seputeh secara langsung melalui skrin TV di galeri awam Parlimen dan boleh ditonton oleh orang awam didalam video YouTube untuk tatapan umum. Perkara ini telah menjadi isu public interest. 15 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [37] Mahkamah berpendapat tindakan Defendan Pertama membuat sidang media pertama bertujuan untuk menjelaskan kepada umum akan apa yang sebenar berlaku semasa prosiding di Parlimen dan lebih-lebih lagi perkara ini telah pun tersebar disosial media dan telah menjadi isu-isu public interest sebelum sidang media pertama dibuat oleh Defendan Pertama. [38] Mahkamah ingin menekankan bahawa komen Defendan Pertama ini berlaku adalah berikutan sikap keterlaluan Plaintif semasa prosiding Parlimen tersebut yang menggunakan unparliamentary statement terhadap Ahli Parlimen Seputeh. Ini disokong oleh keterangan-keterangan saksi-saksi Ahli-Ahli Parlimen yang memberi keterangan di Mahkamah semasa perbicaraan. [39] Mahkamah juga berpuashati bahawa komen yang dibuat oleh Defendan Pertama pada sidang media pertama adalah komen yang berpatutan, berdasarkan kepercayaan yang jujur dan tanpa niat jahat yang berdasarkan fakta-fakta yang berada dalam pengetahuan Defendan Pertama sendiri. (Chok Foo Choo’s case) [40] Defendan Kedua mengakui ada menerbitkan laporan yang didakwa namun menafikan laporan tersebut bersifat fitnah terhadap Plaintif. Bacaan kepada terbitan bertarikh 22.11.2016 yang diterbitkan oleh Defendan Kedua. Mahkamah bersetuju bahawa tindakan Defendan Kedua hanya melaporkan tentang kejadian secara bona fide dengan adil dan tidak bersifat fitnah. Terdapat justifikasi munasabah terhadap laporan yang dibuat, serta laporan yang bertanggungjawab, laporan berbentuk fair comment terhadap kepentingan awam (public interest), dan dilindungi oleh perlindungan 16 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Reynold dan perlindungan bersyarat. ( Reynolds v Times Newspaper Ltd [2001] 2 AC 127) Sidang Media Kedua [41] Pada sidang Parlimen seterusnya pada 24.11.2016 Defendan Pertama telah hadir ke bangunan Parlimen. Namun beliau telah ditahan oleh sekuriti di pintu pagar Parlimen dan dimaklumkan bahawa ada orang-orang Pasir Salak sedang menunggu Defendan Pertama diluar dewan Parlimen. [42] Semasa Defendan Pertama meletakkan kenderaan di parkir, pihak sekuriti mengepung dan melindungi Defendan Pertama. Sejurus itu sekumpulan orang yang terdiri daripada lelaki dan juga wanita datang kepada Defendan Pertama lalu mereka memaki dan mencaci Defendan Pertama dan salah seorang diantara mereka mengaku dirinya adalah anak kepada Plaintif dan menanya kepada Defendan Pertama “ mengapa kamu mengatakan bapa saya sial ?” [43] Berlaku insiden serangan di perkarangan Parlimen yang diperhatikan oleh orang ramai dan pihak media serta Ahli-Ahli Parlimen yang lain. Video- video liputan Insiden Serangan tersebut juga dipaparkan sebagai video didalam laman web You Tube untuk tontonan umum. Perkara ini juga telah menjadi perbualan masyarakat dan public interest. [44] Akibat dari insiden serangan tersebut Defendan Pertama telah menjelaskan dalam sidang media kedua. 17 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [45] Kenyataan fitnah kedua yang dikatakan oleh Plaintif berbunyi seperti berikut: “ Lalu kalau dia nak saya tarik balik dan minta maaf, tak payahlah hantar anak dia dan penyokong-penyokong dia dengan makcik-makcik dia, dia datang nak pukul saya tak perlulah. ” [46] Mahkamah berpendapat kenyataan di atas tidak sama sekali berbentuk fitnah terhadap Plaintif. Kenyataan tersebut adalah kenyataan Defendan Pertama di perjumpaan awam yang dihadiri oleh pelbagai Ahli- Ahli Media dan juga Ahli-Ahli Parlimen. Isu ini telah menjadi isu public interest. [47] Berdasarkan kronologi diatas, adalah jelas terdapat justifikasi terhadap kenyataan yang dibuat oleh Defendan Pertama tersebut. Komen yang adil, kepentingan awam dan dilindungi oleh keistimewaan bersyarat. [48] Defendan Ketiga pula telah menyiarkan 2 video (video tersebut) dari sidang media kedua. Yang pertama bertajuk : “ Khalid Samad cerita detik- detik kena serang, ucap terima kasih pasukan keselamatan” diterbitkan pada 12.25 petang pada 24.11.2016. Dan video kedua bertajuk “ Kalau Tajudin minta maaf pada Teresa dan Kasturi, saya juga akan minta maaf”. Diterbitkan pada 4.43 petang pada hari yang sama. [49] Mahkamah berpuashati tiada sebarang sifat fitnah dalam video tersebut dan video pertama dan video kedua patut dilihat sebagai 18 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebahagian daripada satu siri berterusan yang menyatakan pelbagai kenyataan Defendan Pertama pada hari tersebut. [50] Mahkamah bersetuju dengan Defendan Ketiga bahawa penerbitan video tersebut adalah mengenai kenyataan yang dibuat oleh Defendan Pertama dengan suci hati tanpa memihak kepada mana-mana pihak. Video tersebut adalah adil dan menunjukkan laporan yang tepat dari kenyataan Defendan Pertama di perjumpaan awam yang dihadiri oleh ahli-ahli media dan juga ahli-ahli Parlimen. [51] Liputan dalam video tersebut oleh Defendan Ketiga adalah neutral dan adalah menjadi tanggungjawab profession kewartawanan untuk melaporkan berita yang neutral dan benar terutama yang melibatkan kepentingan awam (public interest). Defendan Ketiga telah menepati syarat dilindungi keistimewaan bersyarat (qualified privilege). (Rujuk kes Roberts v Gable [2008] QB 502. [52] Tiada isu niat jahat (malice) yang diplidkan oleh Plaintif terhadap Defendan Ketiga. [53] Jika dilihat kepada kronologi kes secara keseluruhan, kontroversi dalam kes ini bermula dari ucapan seksis Plaintif sendiri semasa prosiding Parlimen terhadap Ahli Parlimen Seputeh. Kenyataan yang dibuat oleh Plaintif selaku Ahli Parlimen Pasir Salak dan juga sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak wajar dan mencemarkan institusi Parlimen. 19 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [54] Mahkamah juga berpandangan freedom of speech dan perlindungan reputasi (protection of reputation) terutama dalam Sidang Parlimen yang dihormati perlu diberi perhatian walaupun immuniti diberikan. KEPUTUSAN MAHKAMAH [55] Mengambilkira perkara-perkara dihadapan saya semasa perbicaraan dijalankan. Mahkamah berpuashati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Defendan Pertama tidak bersifat fitnah. Ianya dibuat dengan justifikasi, fair comment dan perlindungan bersyarat. Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah membuat terbitan dengan bona fide tentang perkara kepentingan awam dan terbitan yang dibuat adalah adil saksama dan tepat. Oleh itu, tuntutan Plaintif terhadap kesemua Defendan adalah ditolak, dan mengambilkira kepentingan awam tiada kos diberikan. [56] Mengambilkira status yang dihormati yang dipegang oleh Plaintif iaitu sebagai seorang Ahli Parlimen dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Defendan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam dan Ahli Politik Pembangkang yang dikenali sebagai Parti Amanah Negara, Mahkamah berpendapat bahawa walaupun isu ini nampak melibatkan individu tetapi mengambilkira tempat kejadian dan latarbelakang pihak-pihak isu ini telah menjadi isu public interest yang disiarkan dalam media sosial dan menjadi perbincangan oleh masyarakat awam untuk sekian lama. [57] Dalam kes ini Mahkamah merujuk Aturan 59 k.8 (b) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 iaitu kelakuan semua pihak-pihak, termasuk kelakuan sebelum dan semasa prosiding yang diambilkira dalam menjalankan budibicara untuk mengawad kos. 20 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [58] Oleh itu, Mahkamah dibawah Aturan 59 k.2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menggunakan budibicara tidak mengawardkan kos kepada kesemua Defendan-Defendan walaupun tuntutan Plaintif ditolak. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur. Bertarikh : 10.11.2022 21 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam Bagi Pihak Perayu/Defendan Tetuan S.N. Nair & Partners Suite J-05-01, No. 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara, 50480 Kuala Lumpur (No. Tel : 03-62036592 / 93 Faks : 03-62036594 (Ruj. SNN/LIT/KHALID-TAJJ/2021/E Peguam Bagi Pihak Responden The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua P1-35, Mulbery, Empire Residence, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. (Ruj : HR/DST/128519/dr) 22 S/N hGciGy/KtEYi4Kf4zTg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal