DWI DAYA UTAMA SDN BHD 1. ) PENTADBIR TANAH DAN JAJAHAN MACHANG 2. ) MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN 3. ) Kerajaan Negeri Kelantan
The court found the cancellation unlawful on grounds of procedural impropriety and irrationality: the cancellation letter gave no reasons, the applicant was not afforded an opportunity to be heard or to explain, and the decision prejudiced applicant's rights; therefore certiorari was granted to quash the...
Source-derived case information.
- Citation
- DA-25-5-10/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: Dwi Daya Utama Sdn Bhd; Respondent: Pejabat Tanah dan Jajahan Machang; Respondent: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan; Respondent: Kerajaan Negeri Kelantan
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 21 June 2022
- Case Number
- DA-25-5-10/2018 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review (semakan Kehakiman) / Judgment of the High Court (mahkamah Tinggi Kota Bharu)
- Outcome
- Application allowed in part for applicant; cancellation quashed and approval declared valid; claims for damages dismissed; costs awarded to applicant
- Legal Topics
- Judicial Review, Procedural Impropriety, Natural Justice (right to Be Heard and Reasons), Certiorari, Wednesbury Unreasonableness, Administrative Discretion, Permit Cancellation
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Dwi Daya Utama Sdn Bhd
Applicant
Pejabat Tanah dan Jajahan Machang
Respondent
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Respondent
Kerajaan Negeri Kelantan
Respondent
Procedural Posture
Judicial Review (semakan Kehakiman) / Judgment of the High Court (mahkamah Tinggi Kota Bharu)
Legal Issues
- 1 Whether cancellation of permit/approval was illegal, irrational or procedurally improper
- 2 Whether decision-maker breached natural justice by failing to give reasons and opportunity to be heard
- 3 Whether cancellation constituted Wednesbury unreasonableness
Ratio Decidendi
The court found the cancellation unlawful on grounds of procedural impropriety and irrationality: the cancellation letter gave no reasons, the applicant was not afforded an opportunity to be heard or to explain, and the decision prejudiced applicant's rights; therefore certiorari was granted to quash the cancellation and declarations made that the prior UPEN approval dated 10.05.2016 remains in force; claims for damages were dismissed for lack of evidence; costs awarded to applicant.
Court Disposition
Application allowed in part for applicant; cancellation quashed and approval declared valid; claims for damages dismissed; costs awarded to applicant
Orders
- Certiorari granted quashing MMKN decision (MMKN 09/2018) communicated by Pejabat Tanah dan Jajahan Machang letter dated 08.07.2018 (PTM:220/3(11))
- Declaration that the decision cancelling approval is void, null and of no effect
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DA-25-5-10/2018 Kand. 54 09/11/2022 14:44:24 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO: DA-25-5-10/2018 ANTARA DWI DAYA UTAMA SDN BHD … PEMOHON DAN 1) PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN MACHANG 2) MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI KELANTAN 3) KERAJAAN NEGERI KELANTAN … RESPONDEN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Pemohon memfailkan Semakan Kehakiman ini antara lainnya memohon untuk mendapatkan suatu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan yang telah membatalkan kelulusan kawasan seluas 13.759 hektar untuk dijadikan jalan keluar masuk ke Hutan Simpan Ulu Sat, Mukim Ulu Sat, Jajahan Machang , Kelantan. Fakta [2] Pada 11.3.2015, Pemohon telah memohon kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kelantan (selepas ini dipanggil “UPEN”) untuk diberikan kawasan tambahan bagi tujuan laluan keluar masuk ke Hutan Simpan Ulu Sat, Mukim Ulu Sat, Jajahan Machang, Kelantan. [3] Kawasan yang dipohon ini adalah bersebelahan dengan kawasan yang telah diluluskan sebelum ini kepada Pemohon untuk aktiviti pengkuarian dan mengambil batu yang mana aktiviti-aktiviti tersebut telah dijalankan. [4] Ekoran dari permohonan tersebut Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (Responden Kedua) melalui surat UPEN bertarikh 10.5.2016 telah memaklumkan kepada Pemohon bahawa permohonannya diluluskan dan tertakluk pada syarat-syarat yang dinyatakan bersama surat berkenaan. Pemohon kemudiannya pada 23.1.2018 membuat bayaran Permit Penggunaan sebanyak RM57,079.50 kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. 1 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [5] Pada 9.7.2018 Pemohon menerima surat dari Pejabat Tanah dan Jajahan Machang (Responden Pertama) bertarikh 8.7.2018 memaklumkan bahawa Responden Kedua pada 23.5.2018 telah membatalkan kelulusan tersebut. Pemohon mendakwa dalam surat berkenaan (eksibit “D” dalam affidavit sokongan Pemohon) tidak menyatakan alasan pembatalan kelulusan berkenaan. [6] Selanjutnya melalui surat bertarikh 12.7.2018 kepada Responden Pertama, Pemohon membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan tetapi tidak mendapat maklum balas atau jawapan. Dalam surat itu juga Pemohon menegaskan bahawa mereka tidak pernah melanggar syarat-syarat Permit Penggunaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan. [7] Kemudian sekali lagi melalui peguamcaranya, Pemohon membuat rayuan kepada Responden Pertama dan memaklumkan bahawa Responden Kedua tidak memberikan alasan sah dan munasabah dalam membuat keputusan berkenaan. Isu [8] Isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah dalam Semakan Kehakiman ini adalah sama ada keputusan Responden Kedua yang membatalkan kelulusan berkenaan adalah suatu illegality, irrationality or procedure impropriety. Kes Pemohon [9] Pemohon menghujahkan tindakan Responden-Responden bertindak sedemikian adalah suatu tindakan yang di anggap sebagai illegality, irrationality or procedure impropriety. [10] Ini adalah kerana: (i) surat pembatalan berkenaan bertarikh 8.7.2018 tidak menyatakan alasan pembatalan kelulusan yang telah diberikan sebelum ini. Keadaan ini mengujudkan ketidak- adilan kepada Pemohon kerana Pemohon mempunyai hak untuk mengetahui alasan tindakan berkenaan. Selain dari itu Pemohon tidak pernah melanggar syarat-syarat kelulusan yang telah diberikan. 2 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (ii) Pemohon tidak diberi hak untuk didengar, merayu dan mendapat penjelasan. Pemohon ada membuat rayuan berkenaan kepada Pihak Responden tetapi tidak mendapat respons. Keadaan ini memprejudiskan Pemohon. (iii) berlakunya Wednesbury unreasonableness apabila Pihak Responden tidak menimbangkan aduan Pemohon melalui surat bertarikh 22.2.2018 bahawa terdapat pihak ketiga yang menceroboh tanah bersebelahan dan menjalankan pembalakan haram. Tanpa melakukan siasatan lengkap, Pihak Responden terus membatalkan kelulusan awal atas pencerobohan berkenaan. (iv) keputusan Pihak Responden membatalkan kelulusan terhadap Pemohon yang diberikan terlebih dahulu (27.4.2016) dan adalah tidak rasional kerana terdapat pertindihan kelulusan terhadap kawasan yang sama kepada sebuah syarikat lain iaitu Damai Setia Sdn Bhd pada 25.5.2016. Pemohon telah dijadikan “kambing hitam” dalam keadaan ini. (v) keputusan yang dibuat Pihak Responden adalah menyalahi undang-undang kerana tiada bukti sahih yang menunjukkan Pemohon terlibat dengan pencerobohan tanah bersebelahan. Kes Pihak Responden [11] Pemohon telah diberikan lesen TOL untuk aktiviti kuari pada 25.2.2004 untuk tanah seluas 37.202 hektar selama 30 tahun. Pada 21.3.2010 Pemohon membuat permohonan kepada UPEN untuk mendapatkan kawasan tambahan tetapi telah ditolak oleh Reponden Kedua. [12] Pada 11.3.2015 Pemohon memohon sekali lagi untuk kelulusan laluan keluar masuk ke kuari dan diluluskan oleh Responden Kedua. Dari tinjauan Pejabat Perhutanan Negeri pada awal Januari 2018, didapati Pemohon telah melanggar syarat kelulusan laluan dengan membuat kuari dan mengambil batu sebelum kelulusan laluan diberikan lagi. Atas alasan itu Responden Kedua telah membatalkan kelulusan laluan yang diberikan tersebut. 3 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [13] Pada 8.7.2018 Responden Pertama memaklumkan pembatalan tersebut kepada Pemohon dan mengarahkan Jabatan Perhutanan Negeri memulangkan wang deposit kepada Pemohon. [14] Pihak Responden selanjutnya menghujahkan Responden Kedua mempunyai kuasa budi bicara untuk membatalkan kelulusan laluan Pemohon setelah mendapat laporan pelanggaran syarat oleh Pemohon. Responden Kedua juga telah menjalankan tindakan pembatalan tersebut secara betul dan munasabah sertanya bukannya suatu “anisminic error”. [15] Pembatalan kelulusan ini juga adalah “prerogative” Responden Kedua yang bertindak bagi pihak Responden Ketiga dan tertakluk kepada kerahasiaan yang tidak boleh di adili. Penelitian dan penemuan mahkamah [16] Pemohon melalui Semakan Kehakiman ini memohon relif-relif berikut: (i) Suatu Perintah Certiorari bagi membatalkan keputusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan kali ke 09/2018 melalui Surat Pejabat Tanah dan Jajahan Machang bertarikh 08.07.2018, Nombor Rujukan: PTM: 220/3(11) yang membatalkan kelulusan kawasan seluas 13.759 hektar untuk jalan keluar masuk di atas tanah Hutan Simpan Ulu Sat, Mukim Ulu Sat, Jajahan Machang, Kelantan yang telah diberikan kelulusan kepada Pemohon melalui Surat Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan bertarikh 10.05.2016 Rujukan No: UPEN KN D200/02/670/1/57/60/(23); (ii) Suatu Perintah deklarasi bahawa keputusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan Kali ke 09/2018 melalui Surat Pejabat Tanah dan Jajahan Machang bertarikh 08.07.2018, Nombor Rujukan: PTM: 220/3(11) yang membatalkan kelulusan kawasan seluas 13.759 hektar untuk jalan keluar masuk di atas tanah Hutan Simpan Ulu Sat, Mukim Ulu Sat, Daerah Ulu Sat, Jajahan Machang, Kelantan yang telah diberikan kelulusan kepada Pemohon adalah batal, tidak sah dan tiada efek; 4 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iii) Suatu Perintah bahawa kelulusan kawasan tambahan seluas 13.759 hektar untuk jalan keluar masuk di atas tanah Hutan Simpan Ulu Sat, Mukim Ulu Sat, Daerah Ulu Sat, Jajahan Machang, Kelantan kepada Pemohon melalui Surat Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan bertarikh 10.05.2016 Rujukan No: UPEN KN D200/02/67011/57/601(23) adalah berkuatkuasa; (iv) Suatu perintah bahawa Pemohon Iayak menerima ganti rugi am dan khas di atas kesusahan/kepayahan dan kehilanagn kewangan akibat tindakan pembatalan kelulusan tersebut; (v) Suatu prosiding taksiran gantirugi dijalankan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menentukan ganti rugi am dan khas di atas kesusahan/ kepayahan dan kehilangan kewangan akibat tindakan pembatalan kelulusan tersebut sekiranya Mahkamah yang Mulia ini membenarkan deklarasi- deklarasi di atas; (vi) Kos permohonan ini; dan (vii) Apa-apa relif yang difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah. [17] Dalam memutuskan Semakan Kehakiman, saya telah berpandukan kepada prinsip-prinsip mantap bahawa ianya bukanlah suatu prosiding rayuan terhadap keputusan yang telah dibuat tetapi kepada cara atau tatacara keputusan itu dibuat. Semakan Kehakiman adalah kepada proses membuat keputusan berkenaan dan bukan kepada keputusan itu sendiri. [18] Prinsip-prinsip ini telah diputuskan dalam kes-kes tersohor seperti: Michael Lee Fook Wah v Minister of Human Resources Malaysia & Anor [1998] 1 MLJ 305 CA: “First and foremost, it must be emphasized that in application for certiorari, the High Court is not sitting in its appellate jurisdiction but in its supervisory jurisdiction. The court is more concerned with the decision making proses not the decision itself. The court should not readily question the administrative decision of the first respondent as that is his absolute discretion. If the first respondent had acted ultra vires, unfairly or unjustly in exercising his discretion, then it is the duty of the courts to in an application for review of that decision. The 5 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal underlying principles of judicial review have been stated in a number of cases, and it is the exercise by those whom discretionary power is vested, not in the court, that the courts are required to review.” Peguam Negara Malaysia v Chin Chee Kow & Anor Appeal [2019] 3 MLRA 183 FC: “Judicial review has I think developed to a stage today when... one can conveniently classify under three heads the grounds upon which administrative action is subject to control by judicial review. The first ground I would call "illegality", the second "irrationality" and the third "procedural impropriety."... By "illegality" as a ground for judicial review I mean that the decisionmaker must understand correctly the law that regulates his decision-making power and must give effect to it. Whether he has or not is par excellence a justiciable question to be decided, in the event of dispute, by those persons, the judges, by whom the judicial power of the state is exercisable. By 'irrationality' I mean what can now succinctly be referred to as "Wednesbury unreasonableness" (Associated Provincial Picture Houses Ltd v. Wednesbury Corporation [1948] 1 KB 223). It applies to a decision which is so outrageous in it defiance of logic or of accepted moral standards that no reasonable person who had applied his mind to the question to be decided could have arrived at it. I have described the third head as "procedural impropriety" rather than failure to observe basic rules of natural justice to act with procedural fairness towards the person who will be affected by the decision. This is because susceptibility to judicial review under this head covers also failure by an administrative tribunal to observe procedural rules that are expressly laid down in the legislative instrument by which its jurisdiction is conferred, even where such failure does not involve any denial of natural justice." T.Ganeswaran v Suruhanjaya Polis Di Raja Malaysia & Satu Lagi [2005] 1 MLRA 493 CA: [20] ...... prinsip-prinsip yang diguna pakai oleh mahkamah- mahkamah dalam pengendalian kes-kes 'judicial review'. [21] Mengenai perkara ini ingin kami merujuk kepada keputusan House of Lords di dalam kes Chief Constable of North Wales Police v. Evans [1982] 3 All ER 141 yang menyatakan: Judicial review is not an appeal from a decision but a review of the manner in which the decision was made, 6 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal and, therefore the court is not entitled on an application for judicial review to consider whether the decision itself was fair and reasonable. Judicial review is concerned, not with the decision, but with the decision - making process. Unless the restriction on the power of the court is observed, the court will in my view under the guise of preventing the abuse of power, be itself guilty of usurping power. [22] Menyentuh soal yang sama di dalam kes Rohana Ariffin & Anor v. Universiti Sains Malaysia [1986] 2 MLRH 43; [1988] 2 MLJ 609; [1988] 2 CLJ (Rep) 390 HC, Edgar Joseph Jr J (beliau ketika itu) di dalam penghakimannya menyatakan: I would at the outset say that in considering these applications I have kept in the forefront of my mind the basic principles to be distilled from a number of cases upon which Courts will review decisions of public authorities and inferior tribunals. The basic principles may be stated thus: (1) judicial review applies to any body of persons having legal authority derived from public law to determine questions affecting the rights of subjects whether that right is derived from statute or from the common law; (2) the High Court is not a Court of Appeal from the body under review; (3) the High Court limits itself to determining whether the public authority or inferior tribunal has acted lawfully, rationally and with due regard to proper procedures; (4) the court will not substitute its Judgment or discretion for the Judgment or discretion of the body under review; (5) facts determined by the body under review are rarely open to review in the High Court; (6) the High Court will intervene unless there is express statutory direction to the contrary; (7) if there is an established appeal procedure from the decision of the body under review the court usually prefers this course to be followed; (8) only activities of a public nature can be the subject of judicial review. [19] Setelah meneliti dan menimbangkan hujahan kedua-dua pihak, affidavit-afidavit dan eksibit-eksibit berbentuk dokumen, saya 7 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mendapati fakta-fakta berikut seperti yang akan saya huraikan di bawah ini. [20] Dalam menimbangkan isu ini saya mendapati surat pembatalan kelulusan berkenaan bertarikh 8.7.2018 tidak menyatakan alasan- alasan pembatalan. Saya juga mendapati Responden Kedua tidak memberikan kepada Pemohon hak untuk didengar, merayu atau mendapatkan penjelasan. [21] Surat pembatalan kelulusan berkenaan di lampirkan dalam affidavit sokongan Pemohon sebagai eksibit “D”. Meneliti kepada kandungannya, saya mendapati adalah jelas surat itu tidak langsung menyatakan alasan pembatalan kelulusan berkenaan. Pemohon pula telah mengemukakan surat rayuan sebanyak dua kali (surat Pemohon bertarikh 12.7.2018 sebagai eksibit “E” dan surat peguam Pemohon bertarikh 15.8.2018 sebagai eksibit “F” dalam affidavit sokongan Pemohon) tetapi tidak mendapat respons dari Pihak Responden. [22] Saya percaya dari tempoh kelulusan pada 10.5.2016 hingga ke tarikh pembatalan pada 8.7.2018, Pemohon telah menjalankan pelbagai kerja yang berkaitan dengan aktiviti perniagaannya di tanah berkenaan. Tetapi dalam tempoh lebih kurang 22 bulan, kelulusan berkenaan telah dibatalkan oleh Pihak Responden tanpa memberikan alasan. [23] Mengenai aduan Pemohon tidak diberitahu alasan pembatalan berkenaan, Peguamcara Responden menghujahkan Responden Kedua sebagai pentadbir negeri, mempunyai prerogative untuk berbuat demikian dan tertakluk kepada kerahasiaan. Pihak Responden menggunakan Seksyen 34, Akta Hutan Negara 1984 yang memperuntukan (antara lainnya) permit penggunaan adalah dikeluarkan oleh Pengarah Perhutanan Negeri sebagai sebuah agensi bagi pihak Responden Ketiga, dan di bawah Seksyen 38 Akta yang sama, permit itu boleh digantung atau dibatalkan. [24] Selanjutnya Pihak Responden menghujahkan tindakan ini adalah munasabah kerana perlanggaran syarat permit dan adalah menjadi tugas Pihak Responden untuk memastikan keselarasan dalam penguatkuasaan undang-undang (R v Secretary of State for the Home Department, ex p Brind [1991] 2 WLR 588). 8 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [25] Dengan hormatnya saya tidak dapat menerima hujahan ini dalam keadaan dan fakta kes ini. Pemohon mempunyai hak untuk mengetahui mengapa Permit Penggunaan (kelulusan) berkenaan dibatalkan dan Pihak Responden berkewajipan memaklumkannya kepada Pemohon. [26] Tindakan membatalkan kelulusan tanpa memberikan alasan adalah pelanggaran “procedural fairness” selaras dengan hak asasi yang telah dijamin Perlembagaan Persekutuan. Ini telah dinyatakan dalam kes-kes: Hong Leong Equipment Sdn Bhd v Liew Fook Chuan & Ors Appeals [1996] 2 MLRA 212: [148] In my judgment, as a general rule, procedural fairness, which includes the giving of reasons for a decision, must be extended to all cases where a fundamental liberty guaranteed by the Federal Constitution is adversely affected in consequence of a decision taken by a public decision-maker. PCM BINA SDN BHD & YANG LAIN v MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR & SATU LAGI [2015] MLRHU 841: [36] Responden-Responden turut berhujah bahawa keputusan MMKN adalah 'rahsia negeri' dan bukan menjadi tanggungjawab Responden-Responden untuk memaklumkan alasan menyenaraihitamkan Pemohon-Pemohon. Mahkamah bersetuju dengan hujahan Pemohon-Pemohon bahawa budi bicara Responden-Responden dalam membuat sebarang keputusan tidak imun dari campur tangan undang-undang. Adalah menjadi satu kewajipan untuk memaklumkan sebab atau alasan bagi sesuatu keputusan yang dibuat oleh 'public decision maker' terutama jika ianya melibatkan kebebasan asasi (fundamental liberty) yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan (Hong Leong Equipment Sdn Bhd v. Liew Fook Chuan [1996] 1 MELR 142; [1996] 2 MLRA 212; [1996] 1 MLJ 481; [1997] 1 CLJ 665; [1996] 3 AMR 3181). Dalam kes di hadapan Mahkamah, Responden tidak memberi peluang kepada Pemohon-Pemohon untuk memberi penjelasan dalam tempoh tertentu kenapa mereka patut disenaraihitamkan. Tanpa peluang itu, keputusan yang dibuat terhadap mereka adalah tidak munasabah kerana mereka tidak dibenarkan untuk menjalankan perniagaan di Selangor dan sekaligus mejejaskan reputasi Pemohon-Pemohon. 9 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [27] Selanjutnya saya mendapati tiada keterangan yang menunjukkan Pemohon diminta oleh mana-mana Responden untuk memberikan penjelasan atau merayu. Keputusan pembatalan telah dibuat tanpa memberikan hak tersebut pada Pemohon. [28] Pihak Responden hanya menghujahkan, pada 25.1.2018 Jabatan Perhutanan Negeri memaklumkan pada Responden Pertama bahawa Pemohon telah melanggar syarat-syarat Permit Penggunaan. Perkara ini dimaklumkan pada UPEN dan UPEN telah menyediakan kertas laporan kepada Responden Kedua. Berdasarkan laporan ini Responden Kedua telah membatalkan kelulusan berkenaan dan memaklumkan kepada Pemohon melalui surat bertarikh 8.7.2018 (eksibit “MKA-9” dalam affidavit jawapan Pihak Responden). [29] Sepatutnya Responden Kedua memanggil Pemohon untuk didengar haknya atau untuk menunjukkan sebab atau membela diri sebelum memutuskan membatalkan kelulusan yang diberi. Kegagalan memberikan hak tersebut adalah melanggar hak asasi Pemohon. Prinsip ini telah dinyatakan dalam kes-kes: PCM BINA SDN BHD & YANG LAIN v MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR & SATU LAGI [supra]: (Sila lihat perenggan 26). RIDGE V BALDWIN [1963] AER 66: "...the essential requirement of natural justice at least include that, before someone is condemned, that person must be given an opportunity to defend himself." Keputusan dan perintah [30] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan tersebut, saya mendapati keputusan Responden Kedua ini adalah melibatkan kepentingan dan hak asasi Pemohon serta memprejudiskan Pemohon. Saya juga mendapati Responden telah membuat keputusan tanpa mengambilkira prosedur yang betul (procedural impropriety) dan menjadikan keputusan tersebut sebagai tidak rasional (irrational). 10 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [31] Sehubungan dengan itu saya membenarkan relif-relif di perenggan 11(a), (b) dan (c) yang dipohon seperti dalam Pernyataan Mengikut Aturan 53, Kaedah 4(2), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Lampiran 8). [32] Mengenai relif di perenggan 11(d) dan (e), saya mendapati tiada keterangan yang dikemukakan mengenai kesusahan, kepayahan atau kehilangan kewangan akibat pembatalan kelulusan berkenaan. Ini adalah kerana pembatalan kelulusan tersebut adalah untuk “laluan keluar masuk” ke tanah berkenaan sahaja. Sebelum ini pun iaitu sejak tahun 2004 (setelah mendapat lesen), Pemohon yang menjalankan aktiviti pengkuarian dan mengeluarkan batu berupaya untuk keluar masuk tanpa mempunyai kawasan tambahan bagi tujuan tersebut. Oleh yang demikian relif di perenggan 11(d) dan (e) ditolak. [33] Kos sebanyak RM10,000 diberikan kepada Pemohon dan tertakluk pada 4% alokatur. Pihak Responden adalah berkongsi dalam membayar kos ini kepada Pemohon. Bertarikh: 25 Oktober 2022. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. 11 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PIHAK-PIHAK Bagi Pihak Pemohon: Shaharuddin bin Mohamed, Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz, No.5578-E, Lot 347 Tingkat Satu, Wisma SHM, Seksyen 23, Taman Desa Telipot, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Bagi Pihak Responden: Adam bin Mohamed, Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Tingkat Bawah, Blok 5, Kota Darulnaim, 15050 Kota Bharu, Kelantan. 12 S/N BMzClpeuo0qbEuH5wAVI8Q **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal