Finfixer Marketing Sdn Bhd Caroline Bintang Kanyan
The written PJB and GSOBB, supported by secondary evidence and the title registration (5.4.2022), were conclusive under s91 Evidence Act: the tenancy and buy‑back option periods ran from registration and expired 4.4.2023, therefore occupation was rent‑free for the disputed period and no rent arrears existed; because...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-A74-1195-04/2023 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Applicant: FINFIXER MARKETING SDN BHD (No. Syarikat: 202001010497 (1366817-K)); Respondent: CAROLINE BINTANG KANYAN (No. K/P: 720912-13-5166)
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 6 December 2023
- Case Number
- WA-A74-1195-04/2023 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Application for Writ of Distress (originating Summons) / Decision on Kandungan 1 After Inter‑parte Hearing; Application Dismissed (21.12.2023)
- Outcome
- Application dismissed
- Legal Topics
- Writ of Distress, Buy‑back Option, Tenancy Agreement, Parol Evidence Rule (s91/s92 Evidence Act), Abuse of Process
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
FINFIXER MARKETING SDN BHD (No. Syarikat: 202001010497 (1366817-K))
Applicant
CAROLINE BINTANG KANYAN (No. K/P: 720912-13-5166)
Respondent
Procedural Posture
Application for Writ of Distress (originating Summons) / Decision on Kandungan 1 After Inter‑parte Hearing; Application Dismissed (21.12.2023)
Legal Issues
- 1 When did the tenancy period start and end?
- 2 When did the buy‑back option period start and end?
- 3 Whether the respondent was liable to pay the claimed rent of RM28,500
Ratio Decidendi
The written PJB and GSOBB, supported by secondary evidence and the title registration (5.4.2022), were conclusive under s91 Evidence Act: the tenancy and buy‑back option periods ran from registration and expired 4.4.2023, therefore occupation was rent‑free for the disputed period and no rent arrears existed; because a writ of distress under s5 Distress Act presupposes unpaid rent, the application for a writ of distress failed and must be dismissed; additionally the applicant failed to disclose material documents and the application exhibited lack of good faith, justifying costs against the applicant.
Court Disposition
Application dismissed
Orders
- Permohonan Writ Distres di Kandungan 1 ditolak (Application for Writ of Distress dismissed)
- Applicant to pay costs of RM2000 to Respondent
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-A74-1195-04/2023 Kand. 57 15/02/2024 08:51:13 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA PERMOHONAN SAMAN PEMULA NO: WA-A74-1195-04/2023 ANTARA FINFIXER MARKETING SDN BHD (No. Syarikat: 202001010497 (1366817-K)) …PEMOHON DAN CAROLINE BINTANG KANYAN (No. K/P: 720912-13-5166) …RESPONDEN Alasan Penghakiman (Saman Pemula Kandungan 1 Permohonan Mengeluarkan Writ Distres) 1. Ini merupakan satu Alasan Penghakiman oleh Mahkamah ini bagi menerangkan alasan-alasan mahkamah ini yang telah MENOLAK permohonan pihak Pemohon di Saman Pemula Kandungan 1 pada tarikh 21.12.2023, dengan kos sebanyak RM 2,000.00 dibayar kepada pihak Responden. Latar Belakang Penting 2. Berikut merupakan latar belakang permohonan ini: a. Pemohon telah memfailkan Saman Pemula (ex-parte) di Kandungan 1 pada 11.4.2023 yang telah memohon kepada Mahkamah agar satu Writ Distres dikeluarkan terhadap Responden untuk menahan harta alih yang telah dijumpai di premis Responden untuk jumlah RM 28,500.00 bersamaan 3 bulan sewa tertunggak bagi premis yang berlamat di 12A, Jalan P 14 B 1/1, Presint 1 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14, 62050 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya (selepas ini dirujuk sebagai premis tersebut); b. Permohonan tersebut telah ditetapkan untuk pendengaran pada 17.4.2023 jam 9.00 pagi. Pada tarikh tersebut, Mahkamah ini telah membenarkan Permohonan Pemohon di Kandungan 1 dengan kos sebanyak RM 500.00; c. Pada 2.5.2023 Pemohon telah memfailkan Notis Permohonan di Kandungan 8 bagi meminda jumlah tuntutan serta alamat premis tersebut di Saman Pemula Kand 1 serta Perintah bersih di Kandungan 7, di bawah Aturan 20 Kaedah 7 dan 11 serta Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012. Mahkamah ini telah membenarkan permohonan pihak Pemohon pada 5.5.2023 dengan kos permohonan tersebut ditanggung oleh Pemohon; d. Pihak Responden kemudiannya telah memfailkan Notis Permohonan di Kandungan 17 pada 7.6.2023 bagi mengenepikan Perintah Ex-parte yang telah dibuat oleh Mahkamah ini di Kandungan 7 pada 17.4.2023. Pada tarikh yang sama juga, mahkamah ini membenarkan penggantungan pelaksanaan Perintah Ex-parte tersebut. Seterusnya, arahan untuk pemfailan Afidavit serta Hujahan Bertulis telah diberikan; e. Pendengaran secara fizikal Kandungan 17 telah dijalankan secara fizikal pada 7.8.2023; f. Pada 11.9.2023, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan pihak Responden untuk mengenepikan Perintah Ex-parte tersebut. Mahkamah memaklumkan bahawa pendangaran Kand 1 akan dijalankan secara inter- parte dan mengarahkan pihak-pihak memfailkan Afidavit-afidavit serta hujahan bertulis; g. Pada 21.12.2023, Mahkamah telah menolak permohonan pihak Pemohon bagi pengeluaran Writ Distres tersebut dengan kos sebanyak RM 2,000.00 dibayar kepada pihak Responden; Kertas kausa berkaitan: 3. Berikut merupakan kertas-kertas kausa yang berkaitan: a. Saman Pemula (Kandungan 1); b. Afidavit Sokongan Pemohon (Kandungan 2); 2 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal c. Afidavit Jawapan Responden (Kandungan 40); d. Afidavit Balasan Pemohon (Kandungan 41); e. Hujahan Bertulis Pemohonan (Kandungan 44); f. Ikatan Otoriti Pemohon (Kandungan 45); g. Hujahan Bertulis Responden (Kandungan 47); h. Ikatan Otoriti Responden (Kandungan 48); i. Ikatan Otoriti Tambahan Pemohon (Kandungan 49); j. Hujahan Balas Pemohon (Kandungan 50); k. Hujahan Balas Responden (Kandungan 51); dan l. Ikatan Otoriti (2) Responden (Kandungan 52) Permohonan Kandungan 1 4. Permohonan Saman Pemula di Kandungan 1 oleh Pemohon memohon perkara- perkara berikut: a. Satu Writ Distres dikeluarkan terhadap Responden untuk harta alih miliknya ditahan di premis tersebut bagi memuaskan tunggakan sewa sebanyak 3 bulan kepada pihak Pemohon yang berjumlah RM 28,500.00; b. Kebenaran diberikan kepada Bailif mahkamah untuk menggunakan kuasa munasabah untuk pecah masuk ke dalam premis tersebut untuk pelaksanaan Writ Distres; c. Kos permohonan dan fi perbelanjaan pelaksanaan Writ Distres termasuk permohonan Kandungan 1 ditanggung oleh Responden; d. Bailif Mahkamah dan/atau pengawal keselamatan yang telah dilantik oleh Pemohon diberikan kebenaran untuk menguncikan premis tersebut dalam perlaksanaan Writ Distres; dan e. Apa-apa relif-relif/perintah yang difikirkan wajar dan adil oleh Mahkamah Yang Mulia ini; 5. Alasan-alasan permohonan Kandungan 1 adalah sepertimana berikut: a. Pemohon merupakan pemilik berdaftar dan sah dari segi undang-undang terhadap premis tersebut dan telah menyewakan premis tersebut kepada Responden pada kadar sewa bulanan sebanyak RM 9,500.00 mulai dari Januari 2022. Responden telah membuat bayaran sewa secara sekali gus. 3 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b. Walau bagaimanapun, setelah tamat tempoh penyewaan, Pemohon berhasrat untuk membahurui tempoh penyewaan selama tiga (3) bulan dan Responden bersetuju dengan syarat sewa bulanan sebanyak RM 9,500.00 mulai Februari 2023. c. Walaubagaimanapun, Responden telah GAGAL dan/atau KETINGGALAN untuk membuat pembayaran selama enam (3) bulan dari Februari 2023 hingga April 2023. Terdapatnya jumlah sebanyak RM 28,500.00 yang masih tertunggak dan terhutang oleh Responden. d. Pemohon melalui Peguamcara mereka telah menuntut untuk pembayaran jumlah yang tertunggak tersebut namun Responden masih GAGAL dan/atau KETINGGALAN untuk menjelaskan jumlah tertunggak tersebut/memenuhi tuntutan Pemohon tersebut. 6. Permohonan Kandungan 1 disokong oleh Afidavit Sokongan Pemohon di Kandungan 2, yang diikrarkan oleh Yap Kian Hoong yang menyatakan perkara-perkara berikut: a. Pemohon merupakan pemilik berdaftar premis tersebut sepertimana di Ekshibit ‘YKH-2’. Pemohon telah membeli premis tersebut daripada Responden melalui satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 12.11.2021 (selepas ini dirujuk sebagai ‘PJB tersebut’) yang diekshibitkan sebagai ‘YKH-2’. b. Berdasarkan PJB tersebut, Responden telah bersetuju untuk menyewa premis tersebut daripada Plaintif menurut klausa 14.1, 14.2 dan/atau 14.3 PJB tersebut; c. Penyewaan tersebut bermula dari tempoh 26.1.2022 sehingga 25.1.2023 dengan keseluruhan sewa selama 12 bulan berjumlah RM 114,000.00 telah dibayar oleh Responden, merujuk e-mel peguamcara Responden di Ekshibit ‘YKH-3’; d. Pada Januari 2023, Responden telah memohon kepada Pemohon untuk memperbaharui penyewaan tersebut, melalui komunikasi Whatsapp, merujuk kepada Ekshibit ‘YKH-4’; e. Pemohon bersetuju melanjutkan penyewaan untuk tempoh 3 bulan sehingga 25.3.2023 berdasarkan dengan sewa RM 9,500 sebulan, berdasarkan surat peguamcara Pemohon di EKshibit ‘YKH-5’; 4 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal f. Responden telah terus tinggal di premis tersebut dan telah gagal dan/atau enggan membayar sewa bulanan tersebut dan kini tertunggak sebanyak RM 28,500.00; g. Responden juga gagal dan /atau enggan keluar daripada premis tersebut setelah tamat tempoh sewaan; h. Pemohon melalui surat peguamcaranya di Ekshibit ‘YKH-6’ telah mengusir Responden keluar daripada premis tersebut namun Responden masih gagal dan /atau enggan keluar daripada premis tersebut; i. Oleh itu Pemohon memohon satu Writ Distret dikeluarkan terhadap Responden. 7. Responden di dalam Afidavit Jawapannya di Kandungan 40 yang menjawab kepada Afidavit Sokongan Pemohon menyatakan seperti berikut: a. Responden mengesahkan dirinya merupakan penyewa di premis tersebut; b. Responden dan Pemohon telah menandatangani beberapa kontrak dengan Pemohon bagi hartanah tersebut antaranya ialah: i. PJB tersebut berdasarkan Eksibit ‘CBK-1’; ii. Surat Geran Sewa dan Opsyen Beli Balik bertarikh 12.11.2021 (selepas ini dirujuk sebagai ‘GSOBB’)(dilampirkan sebagai Eksibiyt ‘CBK-2’) c. Terma-terma yang relevan di dalam PJB tersebut ialah: i. Klausa 7.3 (c); dan “The purchaser hereby expressly represents, warrants and covenants to the Vendor as follow…in light of the tenancy of the said Property by the vendor from the date of the completion of this agreement and the grant of the buy-back option by the Purchaser to the Vendor, the Purchaser shall not subject the said Property to any encumbrances whatsoever without the prior written consent of the Vendor.” ii. Klausa 14.3 “In the event of the exercise of the buy-back option by the Vendor, the Purchaser hereby agrees to grant rent-free period for occupation and use of the Property by the Vendor form the date of the Purchaser’s receipt of notification of exercise of the buy-back option by the Vendor to the date of completion of the buy-back of the Property by the Vendor. “ 5 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal d. Terma-terma relevan dan berkaitan isu di dalam kes adalah dinyatakan sepertimana di dalam Surat GSOBB seperti berikut: “ As stipulated in the SPA, a tenancy of the Property has been granted to me from the date Property is duly registered under the Purchaser’s name at the relevant land office where RM 114,000.00 equivalent to 12 months’ rent at RM 9,500.00 per month, is deemed paid in advance to you and you have granted me an option to buy back the Property at the price of RINGGIT MALAYSIA ONE MILLION EIGHT HUNDRED THOUSAND (RM 1,800,000.00) ONLY within 12 months from the date the Property is duly registered under the Purchaser’s name at the relevant land office.” e. Pada 25.1.2022 peguamcara Responden telah e-melkan terma yang menyatakan penyewaan adalah di antara tempoh 26.1.2022 hingga 25.1.2023 di mana pembayaran RM 114,000.00 tersebut telah dibayar terlebih dahulu merujuk Eksibit ‘CBK-3”. Tempoh ini adalah tidak berkaitan dengan tempoh buy-back. f. Sijil Carian Rasmi Hartanah menunjukkan hartanah premis tersebut didaftarkan di bawah nama Pemohon pada 5.4.2022 dan berada di dalam pengetahuan Pemohon, merujuk kepada Eksibit ‘CBK-4’. g. Responden telah menandatangani satu Notifikasi bertarikh 9.2.2023 untuk memaklumkan kepada Pemohon bahawa Responden telah menggunakan GSOBB yang telah dikuatkuasakan pada 1.2.2023 menurut klausa 7.3(c) PJB dan/atau 14.3 PJB tersebut. Notifikasi Opsyen Beli Balik dikemukakan sebagai Eksibit ‘CBK-5’. h. Atas Notisfikasi Opsyen Beli Balik berdasarkan PJB serta GSOBB tersebut, Responden percaya dia dibenarkan untuk menghuni Hartanah tersebut tanpa keperluan membayar sewa dan/atau adalah dibenarkan menghuni hartanah premis tersebut. i. Opsyen Beli Balik yang diberikan kepada Responden adalah selama 12 bulan bermula dari tarikh hartanah premis tersebut didaftarkan di bawah nama Pemohon iaitu 5.4.2022 dan hanya akan luput pada 4.4.2023. Opsyen Beli Balik dilakukan pada 1.2.2023 dan ianya mematuhi masa diperuntukkan PJB dan GSOBB tersebut. 6 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal j. Opsyen Beli Balik berkuatkuasa semasa Notisfikasi Opsyen Beli balik telah diserahkan kepada Pemohon. Tiada rangka masa terpakai berdasarkan GSOBB dan PJB tersebut untuk penyempurnaan Opsyen Beli Balik tersebut dan dibiarkan terbuka dengan persetujuan kedua-dua pihak. k. Pemohon telah bersetuju dengan terma Opsyen Beli Balik dan PJB tersebut untuk memberikan satu tempoh penyewaan percuma tanpa membayar sewa bagi menghuni dan atau menggunakan hartanah tersebut dari tarikh Notifikasi Opsyen Beli Balik sehingga Opsyen Beli Balik disempurnakan. l. Pemohon tidak pernah membangkitkan apa-apa bantahan mengenai Klausa 7.3(c) dan 14.3 PJB tersebut atau terma-terma di dalam GSOBB pada peringkat penyediaan dan pelaksanaan perjanjian-perjanjian tersebut dan hanya membangkitkan pada peringkat Notisfikasi Opsyen Beli Balik. PJB serta Opsyen Beli Balik tersebut telah ditandatangani dan disetemkan sewajarnya oleh Pemohon. m. Responden menyatakan bahawa Pemohon telah melanggar PJB serta GSOBB tersebut apabila: i. Mencadangkan dan menawarkan kepada Pemohon memasuki satu Perjanjian Jual Beli Baru bagi hartanah tersebut dengan nilai RM 2,800,000.00, merujuk kepada Eksibit ‘CBK-7’; ii. Cuba untuk mengambil sewa daripada Responden bagi tempoh Februari hingga April 2023 yang bertentangan dengan PJB tersebut yang membenarkan penyewaan percuma dari tarikh Opsyen Beli Balik dikuatkuasakan; iii. Cubaan untuk menariksemula pemberian Opsyen Beli Balik di mana cubaan variasi dibuat tanpa persetujuan Responden; iv. Permohonan ini tidak bona fide, difailkan dengan malice dan penyalahgunaan proses mahkamah untuk menekan Responden menerima tawaran pembelian hartanah dengan harga jualan lebih tinggi; v. Pemohon boleh memilih untuk mengambil tindakan memohon kepada mahkamah bagi menentukan pertikaian antara pihak-pihak, namun 7 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memilih jalan memfailkan permohonan Writ Distres dan melaksanakan/menguatkuasakan pelaksanaan Writ Distres. vi. Pemohon juga gagal mengemukakan fakta secara penuh dan terus terang menyebabkan permohonan ini tidak teratur dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah dan harus diketepikan. vii. Responden telah berjaya mendapatkan pembiayaan penuh bagi pembelian hartanah tersebut namun sehingga kini tiada jawapan diterima oleh Responden daripada Pemohon. 8. Afidavit Balasan Pemohon di Kandungan 41 dirujuk di mana Pemohon menyatakan: a. Mengakui tempoh penyewaan premis tersebut di antara 26.1.2022 hingga 25.1.2023; b. Pemohon menyatakan bahawa Opsyen Beli Balik telah luput pada 25.1.2023 mengikut perjanjian di antara pihak melalui e-mel peguamcara Responden pada 25.1.2023 (Ekshibit ‘CBK-3’) dan surat peguamcara Responden pada 7.2.2023 (Ekshibit ‘CBK-7’). c. Carian rasmi tersebut diakui; d. Isu mengenai PJB baru adalah tidak relevan memandangkan kes ini adalah mengenai pelaksanaan Writ Distres. PJB baru dicadangkan disebabkan Opsyen Beli Balik luput pada 25.1.2023. e. Pemohon menyatakan permohonan Writ Distres adalah teratur dan sah. DAPATAN MAHKAMAH 9. Setelah meneliti kepada Afidavit pihak-pihak, mahkamah ini mendapati berikut isu-isu yang wajar dipertimbangkan dalam memutuskan Permohonan Kandungan 1 adalah sepertimana berikut: a. Bilakah tempoh masa bermula dan tamat penyewaan premis tersebut oleh Responden daripada Pemohon? b. Bilakah tempoh masa bermula dan tamat untuk Responden menguatkuasakan Opsyen Beli Balik tersebut? c. Adakah Responden bertanggungan membayar sewaan yang dituntut oleh Pemohon 8 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10. Setakat penelitian mahkamah terhadap affidavit-afidavit pihak-pihak, keterangan dokumentar seperti Perjanjian Jual Beli serta Surat Geran Sewa dan Opsyen Beli Balik bertarikh 12.11.2021, ianya tidak dipertikaikan kecuali tafsiran yang berbeza oleh pihak-pihak akan terma-termanya. 11. Mahkamah ini tidak meragui bahawa kedua-dua dokumen tersebut merupakan kontrak yang dipersetujui dan ditandatangani oleh pihak-pihak. Justeru itu, kedua-dua pihak adalah tertakluk kepada kedua-dua dokumen tersebut. 12. Mahkamah ini merujuk kepada Seksyen 91 Akta Keterangan 1950 yang menyatakan sebagaimana berikut: “Section 91. Evidence of terms of contracts, grants and other dispositions of property reduced to form of document. When the terms of a contract or of a grant or of any other disposition of property have been reduced by or by consent of the parties to the form of a document, and in all cases in which any matter is required by law to be reduced to the form of a document, no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions hereinbefore contained. Exception 1 - When a public officer is required by law to be appointed in writing, and when it is shown that any particular person has acted as such officer, the writing by which he is appointed need not be proved. Exception 2 - Wills admitted to probate in Malaysia may be proved by the probate. Explanation 1 - This section applies equally to cases in which the contracts, grants or dispositions of property referred to are contained in one document and to cases in which they are contained in more documents than one. Explanation 2 -Where there are more originals than one, one original only need be proved. Explanation 3 - The statement in any document whatever of a fact, other than the facts referred to in this section, shall not preclude the admission of oral evidence as to the same fact. 9 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ILLUSTRATIONS (a) If a contract is contained in several letters, all the letters in which it is contained must be proved. (b) If a contract is contained in a bill of exchange, the bill of exchange must be proved. (c) If a bill of exchange is drawn in a set of three, one only need be proved. (d) A contracts in writing with B for the delivery of pepper upon certain terms. The contract mentions the fact that B had paid A the price of other pepper contracted for verbally on another occasion. Oral evidence is offered that no payment was made for the other pepper. The evidence is admissible. (e) A gives B a receipt for money paid by B. Oral evidence is offered of the payment. The evidence is admissible.” 13. Mahkamah ini mendapati bahawa secondary evidence (merujuk kepada Seksyen 61, 63 dan 65(1)(b) Akta keterangan 1950) bagi PJB dan GSOBB tersebut telah dikemukakan melalui Afidavit pihak-pihak, yang mana ianya adalah tidak dipertikaikan di dalam Afidavit pihak-pihak, maka segala terma-terma yang terdapat di dalam kedua-dua dokumen tersebut adalah konklusif dan menjadi penentu kepada pertikaian pihak-pihak. 14. Mahkamah juga mendapati bahawa apabila kesemua terma-terma telah dibuktikan di bawah Seksyen 91 Akta Keterangan, Seksyen 92 Akta tersebut mengecualikan apa jua keterangan mengenai perjanjian oral, pernyataan (statement) yang bertujuan mencanggahi, mengubah, menambah atau menolak (contradicting, varying, adding or substracting) terma-terma di dalam Kontrak tersebut. 10 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15. Dari sudut tafsiran yang ketat (strict interpretation) Seksyen 92 Akta Keterangam 1950 hanya terpakai kepada perjanjian oral sahaja. Namun, dari sudut tafsiran lain, perkataan pernyataan (statement) turut terpakai kepada perjanjian bertulis (written agreement) merujuk kepada kes-kes perundangan seperti Citibank NA V Ooi Boon Leong & Ors [1981] 1 MLJ 282 dan Union Workshop (Construction) Co V Ng Chew Ho Construction Co Sdn Bhd [1978] 2 MLJ 22, di mana Mahkamah Persekutuan menolak penerimaan keterangan written agreement bagi mempertikaikan terma-terma di dalam Kontrak bertulis sedia ada. 16. Kes Goss V Lord Nugent (1833) 5B & Ad 58 dirujuk dan memutuskan sebagaimana berikut: “By the general rules of the common law, if there be a contract which has been reduced into writing, verbal evidence is not allowed to be given of what passed between the parties, either before the written instrument was made, or during the time that it was in a state of preparation, so as to add to or subtract from, or in any manner to vary or qualify the written contract, but after the agreement has been reduced into writing, it is competent to the parties, at any time before breach of it, by a new contract not in writing, either altogether to waive, dissolve, or annul the former agreements, or in any manner to add to, or subtract from, or vary or qualify the terms of it, and thus to make a new contract; which is to be proved, partly by the written agreement, and partly by the subsequent verbal terms engrafted upon what will be thus left of the written agreement.” 17. Justeru itu, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa Ekshibit ‘CBK-3’ dan ‘CBK-7’ yang mencanggahi sebahagian terma-terma, berkenaan tempoh penyewaan dan tempoh Opsyen Beli Balik, adalah tidak diterima oleh Mahkamah. Walau apa jua keadaan sekalipun, segala terma-terma di dalam PJB serta GSOBB tersebut, hendaklah diutamakan. Isu (a) Bilakah tempoh masa bermula dan tamat penyewaan premis tersebut oleh Responden daripada Pemohon? Isu (b) Bilakah tempoh masa bermula dan tamat untuk Responden menguatkuasakan Opsyen Beli Balik tersebut? Isu (c) Adakah Responden bertanggungan membayar sewaan yang dituntut oleh Pemohon? 11 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18. Klausa 7.3 (c) PJB tersebut secara umumnya membenarkan Responden untuk menyewa hartanah serta melaksanakan Opsyen Beli Balik hartanah tersebut. 19. Manakala GSOBB tersebut secara spesifiknya menyatakan bahawa tempoh penyewaan dan tempoh melaksanakan Opsyen Beli Balik dikira daripada tarikh Hartanah didaftarkan di atas nama Pemohon. 20. Berdasarkan Ekshibit ‘CBK-4’, hartanah adalah didaftarkan di atas nama Pemohon pada 5.4.2022. Justeru itu, Mahkamah ini membuat dapatan bagi isu (a) dan (b) bahawa tempoh penyewaan dan tempoh melaksanakan Opsyen Beli Balik tersebut hanya akan tamat pada 4.4.2023. 21. Justeru itu mahkamah membuat dapatan bahawa Penyewaan dan tempoh melaksanakan Opsyen Beli Balik masih belum tamat pada masa itu. 22. Dan bagi menjawab isu (c), mahkamah ini mendapati bahawa pihak Responden tidak bertanggungan membayar sewaan yang dituntut oleh Pemohon. 23. Merujuk kepada Seksyen 5 Akta Distres 1951, Writ Distres hanya boleh dikeluarkan sekiranya terdapat yuran sewaan yang tertunggak. Dan disebabkan ketiadaan yuran tertunggak tersebut maka permohonan Pemohon di Kandungan 1 wajar ditolak. 24. Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan pihak Responden bahawa permohonan pihak Pemohon di sini tidak dibuat dengan niat yang baik (not in a good faith) memandangkan jika diteliti kepada Permohonan Kandungan 1 serta Afidavit Sokongan di Kandungan 2, Pemohon telah gagal untuk mendedahkan maklumat penuh serta dokumen-dokumen berkaitan (iaitu GSOBB, carian hakmilik serta komukasi surat dan e-mel Pemohon dan Responden). 25. Atas alasan-alasan tersebut, permohonan Pemohon di Kandungan 1 ditolak dengan kos sebanyak RM 2,000.00 dibayar kepada pihak Responden. Bertarikh 31 Januari 2024 …t…t… MUHAMAD TAUFIK BIN SABERI Majistret Mahkamah Majistret Sivil 1 Kuala Lumpur 12 S/N NbIzpjV9aUS1xehCtj1Vg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal