PENDAKWARAYA PENDAKWARAYA GOH SOON TECK
Accused admitted guilt and forensic evidence confirmed ingestion of amphetamine and methamphetamine; accused had three prior s.15(1)(a) convictions which triggered mandatory increased sentencing under s.39C(1) ADB 1952; court therefore had no discretion to impose less than the statutory minimum of five years...
Source-derived case information.
- Citation
- BK – 620 – 08 – 05 - 2020 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Prosecutor: PENDAKWA RAYA; Defendant: Goh Soon Teck
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 10 March 2021
- Case Number
- BK – 620 – 08 – 05 - 2020 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Criminal Dangerous Drugs (adb 1952) / Conviction and Sentencing
- Outcome
- Convicted under s.15(1)(a) ADB 1952 and sentenced under s.39C(1) ADB 1952
- Legal Topics
- Use/possession of Controlled Drugs, Repeat Offender Provisions, Mandatory Sentencing, Whipping, Supervision Order
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
PENDAKWA RAYA
Prosecutor
Goh Soon Teck
Defendant
Procedural Posture
Criminal Dangerous Drugs (adb 1952) / Conviction and Sentencing
Legal Issues
- 1 Whether accused guilty under s.15(1)(a) ADB 1952 based on urine test and laboratory analysis
- 2 Whether s.39C(1) ADB 1952 mandatory sentencing for repeat offenders applies
- 3 Appropriate quantum of sentence within statutory 5-7 years and whipping up to three strokes
Ratio Decidendi
Accused admitted guilt and forensic evidence confirmed ingestion of amphetamine and methamphetamine; accused had three prior s.15(1)(a) convictions which triggered mandatory increased sentencing under s.39C(1) ADB 1952; court therefore had no discretion to impose less than the statutory minimum of five years imprisonment and whipping up to three strokes, allowed mitigation for early guilty plea but limited by prior convictions and public interest, and imposed a supervision order under s.38B ADB 1952 for three years.
Court Disposition
Convicted under s.15(1)(a) ADB 1952 and sentenced under s.39C(1) ADB 1952
Orders
- Imprisonment for five years commencing from date of arrest 21.5.2020
- Two (2) strokes of the rotan (whipping)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN [KES NO: BK – 620 – 08 – 05 - 2020] PENDAKWA RAYA LAWAN GOH SOON TECK ALASAN PENGHAKIMAN MUKADIMAH [ 1 ] Goh Soon Teck (Tertuduh) telah dihadapkan ke Mahkamah dan dipertuduh dengan kesalahan memasukkan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine ke dalam badannya, suatu kesalahan di bawah s. 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952), dan boleh dihukum di bawah s.15(1) ADB 1952 dan dibaca bersama dengan s.38B Akta yang sama. Tertuduh, terdahulunya mempunyai tiga (3) sabitan lampau atas kesalahan yang sama, dan oleh yang demikian boleh dihukum di bawah s. 39C(1) ADB 1952. 1 [ 2 ] Mahkamah menerima pengakuan bersalah Tertuduh setelah berpuas hati bahawa Tertuduh faham sifat dan akibat pengakuannya. Mahkamah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan sepertimana pertuduhan. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima (5) tahun bermula dari tarikh tangkap iaitu 21.5.2020 dan dua (2) sebatan rotan selaras dengan peruntukan yang diperuntukkan di bawah s. 39C (1) ADB 1952. Mahkamah juga memerintahkan Tertuduh menjalani perintah pengawasan untuk tempoh tiga (3) tahun selepas menjalani hukuman selaras dengan s. 38B ADB 1952. [ 3 ] Dengan ini diperturunkan, alasan-alasan Mahkamah ini memutuskan sedemikian. PERTUDUHAN [ 4 ] Pertuduhan terhadap Tertuduh adalah seperti berikut: “Bahawa kamu pada 21.6.2018, jam lebih kurang 8.45 malam bertempat di Pejabat Narkotik IPD Banting di dalam Daerah Kuala Langat, Selangor telah menggunakan dadah berbahaya iaitu Amphetamine dan Methamphetamine dengan cara memasukkannya ke dalam tubuh badan kamu. Dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 15(1) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan seksyen 38B Akta yang sama. 2 Dan selanjutnya, bahawa kamu sebelum melakukan kesalahan tersebut iaitu pada 15.9.2008, 10.4.2015 dan 26.4.2018, telah disabitkan oleh Majistret Teluk Datok dengan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu telah memberikan diri kamu sendiri dadah berbahaya dengan cara memasukkannya ke dalam tubuh badan kamu yang sabitannya masih lagi berkuatkuasa dengan sepenuhnya dan bahawa kamu adalah dengan ini boleh ditambahkan hukuman di bawah seksyen 39C(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.” [ 5 ] Pertuduhan terhadap Tertuduh telah dibacakan dan dijelaskan oleh Jurubahasa Mahkamah dalam Bahasa Mandarin. Tertuduh mengaku salah atas pertuduhan tersebut. Mahkamah ini berpuas hati bahawa Tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuannya. NARATIF KES PENDAKWAAN [ 6 ] Perincian naratif lengkap kes pendakwaan terhadap Tertuduh adalah sepertimana tertera pada Fakta Kes yang ditanda sebagai Eksibit P1. Secara ikhtisar, naratif kes pendakwaan adalah seperti berikut. [ 7 ] Pada 21.6.2018, jam lebih kurang 8.45 malam, bertempat di Pejabat Narkotik IPD Banting, Daerah Kuala Langat, Selangor, Pengadu telah menjalankan ujian saringan awal terhadap spesimen urin Tertuduh. Sebelum ujian saringan awal dijalankan, Pengadu telah mengarahkan Tertuduh untuk memilih botol urin. Setelah Tertuduh memilih botol urin bernombor siri (SN 1188200), Pengadu telah 3 mengiringi Tertuduh ke tandas untuk proses pengambilan spesimen urin. [ 8 ] Selesai proses tersebut dijalankan, Tertuduh telah menyerahkan botol yang mengandungi spesimen urinnya kepada Pengadu di Pejabat Narkotik untuk digunakan bagi ujian saringan awal. Pengadu telah membuat ujian saringan awal terhadap spesimen urin Tertuduh dengan kehadiran Tertuduh. Hasil ujian saringan awal menunjukkan bahawa spesimen urin Tertuduh didapati positif dadah jenis Methamphetamine. Tertuduh kemudiannya ditahan kerana disyaki terlibat dengan kesalahan memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan selaras dengan s. 15(1)(a) ADB 1952. [ 9 ] Siasatan kemudiannya diteruskan dan barang kes iaitu satu botol plastik lutsinar berpenutup (No. Botol.: SN 1188200), berseal dan berlabel nama Tertuduh yang mengandungi spesimen urin Tertuduh telah dihantar ke Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur untuk tujuan analisis. Laporan di bawah s.399 KTJ yang dikeluarkan oleh Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa spesimen urin Tertuduh mengandungi dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine. Amphetamine dan Methamphetamine yang menjadi hal perkara pertuduhan adalah merupakan dadah yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama kepada ADB 1952. 4 [10] Seterusnya, notifikasi pengesahan daripada Pusat Pendaftaran Jenayah mempertunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai tiga (3) rekod kesalahan lampau yang melibatkan kesalahan di bawah s. 15(1)(a) ADB 1952. [11] Fakta kes tersebut di atas, sepertimana yang tertera secara terperincinya dalam eksibit P1, telah dibaca dan dijelaskan oleh Jurubahasa Mahkamah dalam Bahasa Mandarin. Ia diakui benar oleh Tertuduh. EKSIBIT-EKSIBIT [12] Timbalan Pendakwa Raya terpelajar, selanjutnya mengemukakan eksibit-eksibit seperti yang berikut: Perkara Eksibit Tanjong Sepat Repot/ 000645/ 18 P2 Banting Repot/ 005471/ 18 P3 Banting Repot/ 003724/ 20 P4 Gambar – Gambar Botol P5A-D Borang Serah Terima Barang Kes P6 Borang Permintaan Ujian Pengesanan P7 Dadah Dalam Urin Laporan di bawah s.399 KTJ P8 Pengesahan Pusat Pendaftaran Penjenayah P9 [13] Tertuduh telah mengakui benar kesemua eksibit yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar. 5 SABITAN [14] Tertuduh telah mengaku bersalah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan dan dijelaskan oleh Jurubahasa Mahkamah. Dalam memberikan respons terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh Mahkamah ini terkait perihal pemahaman Tertuduh terhadap pertuduhan yang dipertuduhkan, hukuman serta sifat dan akibat pengakuannya, dia memberi maklumbalas yang positif. Dia juga mengakui benar fakta kes serta kesemua eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [ [15] Panduan terkait penerimaan pengakuan salah seseorang pesalah adalah jelas terzahir melalui penghakiman Mahkamah Tinggi dalam kes PP v. Nor Zuliana Tahir & Anor [2017] 1 LNS 1137 di mana diputuskan: "It is trite law that there are safeguards which must be complied with before a Court can accept a plea of guilt as valid and unequivocal. First, the Court must ensure that it is the accused himself who wishes to plead guilty and the accused must plead guilty by his own mouth, and not through his counsel. Secondly, the Court must ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea. Thirdly, the Court must ensure that the accused intends to admit without qualification the offence alleged against him. This is done by the prosecution tendering a statement of facts disclosing all the necessary elements of the offence." 6 [16] Selepas membuat penilaian secara kumulatif, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh dalam membuat pengakuan bersalah ke atas pertuduhan tersebut telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuannya. Mahkamah ini seterusnya berpuas hati bahawa pengakuan salah Tertuduh adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang. Rentetan itu, Mahkamah ini menerima pengakuan salah Tertuduh. Mahkamah mensabitkan Tertuduh dengan kesalahan di bawah s. 15(1)(a) ADB 1952 sepertimana pertuduhan. HUKUMAN Penjatuhan hukuman mengikut peruntukan undang-undang [17] Sebagai permulaan, Mahkamah ini menggariskan kedudukan undang-undang yang mapan bahawa Mahkamah hendaklah menjatuhkan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peruntukan undang-undang bilamana seseorang pesalah didapati bersalah dan disabitkan bagi kesalahan sepertimana pertuduhan tersebut. Sebagai kemudahan rujukan, Mahkamah ini perturunkan s. 183 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) seperti berikut: “S. 183 Sentence If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law.” 7 [18] Sebagai kesinambungan kepada kedudukan mapan undang- undang di atas, Mahkamah ini terpanggil untuk memetik petikan klasik tersohor oleh Mohamed Azmi HMT (kemudiannya KHN) dalam kes PP v. Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315. Dalam menukilkan pandangannya terkait penjatuhan hukuman bersandarkan spektrum peruntukan undang-undang, beliau membuat pemerhatian berikut: "...sentence according to law, means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section but it also be assessed and passed accordance with established judicial principles...." Hukuman yang diperuntukkan di bawah s. 39C(1) ADB 1952. [19] Peruntukan hukuman terhadap kesalahan yang melibatkan pertuduhan di bawah s. 15(1)(a) ADB 1952 bagi Tertuduh yang mempunyai rekod kesalahan lampau adalah termaktub di bawah s. 39C(1)(a) ADB 1952. Diperhatikan skema peruntukan s. 15(1)(a) ADB 1952 memperuntukkan: (1) Where a person who has not less than- (a) two previous admissions; (b) two previous convictions under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) or any combination of the sections; (c) one previous admission and one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a); 8 (d) one previous admission and two previous convictions under section 31A; or (e) one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) and two previous convictions under section 31A, is found guilty of an offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years, and he shall also be punished with whipping of not more than three strokes.” (Penekanan diberikan) [20] Dalam meneliti landasan terkait hukuman yang perlu dijatuhkan di bawah s. 39C(1) ABD, Mahkamah ini terarah untuk memetik petikan prisip yang diputuskan oleh Mohd Radzi Abdul Hamid PK (sekarang HMT) dalam kes Mugunthan Lurthunathan lwn. PP [2019] 1 LNS 819, berbunyi seperti yang berikut: “[17] Penafsiran undang-undang tentang kesan kata-kata "shall be punished" seperti yang digunakan didalam Seksyen 39C (1) ADB adalah jelas tanpa apa-apa kekeliruan tentangnya. Mahkamah tidak mempunyai apa jua budi bicara untuk menjatuhkan apa-apa hukuman lain selain dari apa yang telah diperuntukkan. [18] Mahkamah ini menerima dan terikat dengan tafsiran yang telah diputuskan didalam kes Antonina Marleen Yarendra v. Chai Wei Chung [2017] 1 LNS 536; [2017] 4 MLJ 359 di mana Mahkamah Rayuan telah bersetuju dan menerima pakai tafsiran kesan kata- kata "shall be liable for" and "shall be punished with" seperti yang 9 telah diputuskan di dalam kes-kes Public Prosecutor v. Man bin Ismail [1938] 1 LNS 54; [1939] 1 MLJ 207 and Public Prosecutor v. Hew Yew [1971] 1 LNS 110; [1972] 1 MLJ 164 di mana kata-kata "shall be liable" ditafsirkan membawa maksud Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menetapkan hukuman yang terpakai, manakala kata-kata "shall be punished" membawa maksud hukuman yang yang ditetapkan adalah mandatori.” [21] Sepertimana dimaklumi, hukuman tersebut di bawah s. 39C (1) ADB 1952 hanya dimasukkan menurut "the Dangerous Drugs (Amendment) Act 2002 (Act A1167)”. Sebelum pindaan, hanya terdapat s.15 (1) ADB 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun. Disamping itu juga, tiada peruntukkan penjara mandatori bagi kesalahan yang disabitkan di bawah s. 15 (1) ADB 1952 tersebut. Perihal pindaan tersebut telah dikupas secara mendalam melalui penghakiman Mohd Radzi Harun PK (sekarang HMT) dalam kes Pendakwa Raya v. Samsul Zariman Zulkapli [2019] 10 CLJ 651. Mahkamah ini perturunkan di sini secara lengkap intisari penting penghakiman tersebut: "[11] Section 39C was introduced as a new section vide the Dangerous Drugs (Amendment) Act 2002 (Act A1167) which came into effect on 1 November 2002 vide Gazette No. PU(B) 342/2002. The Parliament Hansard showed that when tabling the Dangerous Drugs (Amendment) Bill 2002 at the Dewan Rakyat on 19 June 2002, the then Parliamentary Secretary to the Ministry of Health, YB 10 S.G. Sothinathan, informed the Parliament as follows on the insertion of a new s. 39C: Memandangkan masalah penagih dadah tegar semakin meningkat, Fasal 8 (Note: "Fasal 8" of the Bill is the new s. 39C) adalah untuk memasukkan seksyen baru dalam Akta Dadah Berbahaya untuk mengenakan hukuman penjara yang lebih panjang serta sebatan ke atas penagih tegar. Ada negara seperti Singapura di mana penagih yang ditangkap menagih bagi kali ketiga akan dipenjara dari lima hingga tujuh tahun beserta rotan tiga hingga lapan kali. Bagi kesalahan yang berikutnya mereka akan dipenjara dari tujuh hingga tiga belas tahun berserta rotan enam hingga dua belas sebatan. Tindakan yang diambil ini didapati memberi kesan yang baik dalam menangani masalah dadah di negara berkenaan. Di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 sekarang, penagih dadah terutama yang tegar boleh dipenjarakan sehingga dua tahun setiap kali kerana melakukan kesalahan di bawah seksyen 10 dan seksyen 15, oleh itu tindakan untuk meletakkan penagih-penagih yang tegar di penjara atau kurungan bukanlah perkara baru. Dalam pindaan yang dicadangkan, mereka yang pernah menjalani rawatan di pusat pemulihan untuk dua kali atau lebih, atau pernah disabit kesalahan mengguna dadah berbahaya di bawah seksyen 10 atau seksyen 15 sebanyak dua kali atau lebih, atau gagal memberi air kencing untuk ujian yang diperuntukkan di bawah seksyen 31A, sebanyak dua kali atau lebih dan di samping itu 11 pernah menjalani rawatan pemulihan atau disabitkan kesalahan menggunakan dadah berbahaya akan dikenakan hukuman penjara lima hingga tujuh tahun dan sebatan tidak melebihi tiga kali, sekiranya disabit lagi kesalahan di bawah seksyen 10, seksyen 15 atau seksyen 31A. Mereka yang mengulangi lagi kesalahan- kesalahan tersebut, akan dikenakan hukuman penjara tujuh hingga tiga belas tahun dan sebatan tiga hingga enam kali. (Penyata Rasmi Parlimen (Dewan Rakyat) Parlimen Ke-10, Penggal Ke-4, Mesyuarat Kedua, DR 19/6/2002, Ruangan 16)” [22] Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa niat Parlimen dalam menggubal atau meminda sesuatu statut perlu diberi kesan dalam mentafsirkan peruntukan tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman Richard Malanjum J (kemudiannya KHN) dalam kes Hasanuddin Abd Hamid v. PP [2002] 3 CLJ 495; [2002] 2 MLJ 157, di mana Mahkamah memutuskan: "That in my view is contrary to the intention of the legislature in amending those provisions relating to the offences committed by the appellant wherein the maximum terms of imprisonment were increased with additional fines and whipping for subsequent commissions. The increment in the punishments can only mean one thing, that is, that Parliament deemed it very serious the types of offences that were committed by the appellant." 12 [23] Justeru, Mahkamah perlu memberi kesan kepada niat parlimen dalam meningkatkan hukuman sepertimana yang diperuntukkan di bawah s.39C(1) ADB 1952 bagi kesalahan berulang di bawah sek. 15(1) ADB 1952. Budibicara Mahkamah [24] Kedudukan undang-undang juga adalah mantap bahawa budibicara Mahkamah adalah merupakan tiang seri dalam penentuan hukuman bagi sesuatu kesalahan. Budibicara tersebut sifatnya luas, namun perlu digunakan secara kehakimannya. Dalam erti kata lain, Mahkamah hendaklah bertindak mengikut amalan-amalan penghukuman yang relevan. (Kes Mahkamah Tinggi PP lwn. Shahidi Ali & Yang Lain [2001] 2 CLJ 75 disandarkan untuk menyokong kenyataan) [25] Lantaran itu, dalam mengaplikasikan budibicara terkait penentuan bentuk hukuman ke atas Tertuduh, Mahkamah ini terlebih dahulu merujuk kepada kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R. 164 di mana Hilbery J menyatakan: "In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foreost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the 13 supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our laws does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe." (Penekanan diberikan) Hukuman setimpal [26] Hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang pesalah, tidak boleh tidak, mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan, keseriusan kesalahan dan tahap penglibatan pesalah-pesalah itu sendiri. Prinsip ini dicerminkan melalui penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes PP lwn. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559 di mana Mohd Zawawi Salleh HMR (sekarang HMP) memetik dengan persetujuan petikan penghakiman Mahkamah Agung Kanada dalam kes R v. Ipeelee [2012] 1 SCR 433 dan mencerahkan seperti berikut: “[13] Sebagai suatu proposi undang-undang umum, kami ingin menyatakan bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan hendaklah setimpal ("proportionate") dengan keseriusan kesalahan yang 14 dilakukan dan tahap ("degree") kebertanggungjawaban pesalah atau pesalah-pesalah.” FAKTOR PERINGANAN DAN PEMBERATAN HUKUMAN [27] Mahkamah ini juga memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada faktor-faktor pemberatan dan peringanan hukuman yang relevan bagi fakta kes ini. Dalam mengimbangi kedua-duanya, Mahkamah ini sedar akan prinsip undang-undang umum bahawa “Faktor-faktor memberat atau meringankan hukuman bergantung kepada fakta kes itu sendiri” sepertimana yang diperteguhkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes PP lwn. Yoganathan Boy Kuppu @ Uthirasan [2018] 1 LNS 1486. [28] Secara ikhtisarnya, berikut adalah hujahan terkait faktor-faktor peringanan hukuman oleh Tertuduh dan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwa Raya terpelajar. Hujahan Peringanan Hukuman [29] Dalam menghujahkan faktor-faktor peringanan hukuman, Tertuduh menyatakan bahawa dia berusia 31 tahun. Sebelum ditangkap bagi kesalahan ini, Tertuduh bekerja sebagai buruh dengan pendapatan sebanyak RM1,100.00 sebulan. Tertuduh memaklumkan Mahkamah bahawa kedua ibubapanya telah meninggal dunia dan tiada ahli keluarga yang hadir di Mahkamah bersamanya semasa prosiding berlansung. Tertuduh merayu agar dijatuhkan hukuman 15 penjara paling minimum yang diperuntukkan di bawah s.39C (1) ADB 1952. Seterusnya, Tertuduh merayu agar tarikh hukuman pemenjaraan diperintahkan berkuatkuasa bermula daripada tarikh Tertuduh ditangkap iaitu pada 21.5.2020. Hujahan Pemberatan Hukuman [30] Timbalan Pendakwa Raya terpelajar berhujah menyatakan bahawa Tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah s. 15(1)(a) ADB 1952 apabila laporan patologi mengesahkan bahawa urin Tertuduh mengandungi Amphetamine dan Methamphetamine. Siasatan lanjut oleh Pegawai Penyiasat menunjukkan bahawa Tertuduh mempunyai tiga rekod sabitan lampau yang melibatkan kesalahan yang sama. [31] Timbalan Pendakwa Raya terpelajar seterusnya menegaskan sebagai hujahan tunggaknya bahawa fakta kewujudan sabitan lampau tersebut mempertunjukkan bahawa Tertuduh tidak menyesali kesalahan yang telah dilakukannya serta hukuman yang telah dilaluinya, malahan terus bergelumang dengan penyalahgunaan najis dadah. Menurut beliau, hukuman di bawah s. 39C ADB 1952 adalah satu “increase penalty” kerana niat parlimen sendiri yang menyatakan kemasukan s. 39C ini adalah untuk memberikan hukuman penjara yang lebih panjang serta sebatan ke atas penyalahguna tegar dadah berbahaya. Kes Pendakwa Raya v. Samsul Zariman bin Zulkapli [2019] MLJU 1602 disandarkan untuk menyokong hujahan. 16 [32] Selanjutnya, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar telah menarik perhatian Mahkamah kepada duluan kes Mahkamah Tinggi Muhammad Afiq bin Ismail v. Pendakwa Raya [2020] MLJU 469 di mana Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan berserta dengan perintah pengawasan selaras dengan s.38B ADB 1952. ANALISIS HUKUMAN TERHADAP TERTUDUH [33] Bertunjangkan kepada prinsip perundangan mantap yang telah ditekankan dalam nas-nas perundangan duluan, Mahkamah ini seterusnya membuat evaluasi ke atas perkara-perkara seperti berikut. Rayuan mitigasi Tertuduh [34] Adalah menjadi prinsip perundangan mapan bahawa rayuan mitigasi Tertuduh perlu dijadikan kayu ukur pertimbangan Mahkamah dan tidak seharusnya diketepikan dalam menentukan wajaran hukuman ke atas Tertuduh. Mahkamah ini terarah untuk mempaksikan rujukan kepada penghakiman Hashim Yeop A Sani HMT (kemudiannya HBM) dalam kes Raja Izzuddin Shah v. Public Prosecutor [1978] 1 LNS 165; [1979] 1 MLJ 270 yang dipetik sebagai berkata: “No plea in mitigation should be thrown aside lightly but must be examined and considered equally with the facts presented by the prosecution. Both aspects of the case must be considered in their true perspective so as to strike if possible, a true balance in the scale of justice." 17 Pengakuan Salah [35] Pengakuan salah Tertuduh pada peluang terawal perlu diambil kira Mahkamah dalam menentukan hukuman yang perlu dijatuhkan terhadap Tertuduh. Sebagaimana dinyatakan terdahulu, Tertuduh telah mengaku bersalah sebelum perbicaraan kes ini dimulakan. Dalam meneguhkan pandangan tersebut, Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman Visu Sinnadurai HMT dalam kes Public Prosecutor v. Ravindran & Ors [1992] 1 LNS 47 di mana diputuskan: “(i) It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guility. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused admits his guilt, thus avoiding a prolonged and unnecessary trial. This rule however, is not a strict rule as the courts may, in exercise of their discretion, in exceptional cases, refuse to grant any discount. (ii) a plea of guilty will entitle the accused person to a discount of between one-quarter to one-third of the sentence. (iii) failure on the part of a judge in not granting credit or discounts may result in the judge not exercising his discretion in sentencing judicially. (iv) The credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and had been found guilty." 18 [36] Dicatatkan lanjut, Mahkamah ini sedar bahawa dalam keadaan- keadaan tertentu, faktor ini tidak berperanan sebagai teras dominan dalam penentuan hukuman, terutamanya bilamana Tertuduh mempunyai rekod sabitan lampau bagi kesalahan yang bertunjangkan peruntukan undang-undang yang sama dengan kesalahan yang dipertuduhkan di hadapan Mahkamah. Kedudukan tersebut adalah sejajar dengan penyataan prisip signifikan yang diputuskan oleh Augustine Paul HMR (kemudiannya HMP) melalui penghakimannya dalam kes Mahkamah Rayuan Bachik Abdul Rahman v. Pendakwa Raya [2004] 2 CLJ 572 di mana diputuskan: "[24] The learned High Court Judge appears to have attached considerable weight to the fact that respondent had pleaded guilty. While it is generally accepted that an accused person should be given credit for pleading guilty, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment. In the case of Bachik Abdul Rahman v. PP [2004] 2 CLJ 572, Augustine Paul JCA (as he then was) stated at pages 583 - 584 as follows: "The circumstances in which a guilty plea will not have any weight are varied. The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea. Where public interest demands effect of a guilty plea must also give way. A guilty plea cannot also be a powerful mitigating factor when effectively no defence to the charge is available to the accused. If a plea of guilty is made too late in the trial it may also cease to have mitigating effect. The absence of mitigating factors in favour of the accused like, for instance, the existence of previous convictions may also deprive the 19 guilty plea of its effect. There can therefore be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment. Be that as it may, where there is a departure from the general rule the reason for not treating the guilty plea as a mitigating factor must be reflected in the grounds of judgment", (Penekanan diberikan) [37] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah, Tertuduh telah mengaku salah, sebaik pertuduhan dibacakan oleh Jurubahasa Mahkamah. Terlebih dahulu, harus dicatatkan bahawa walaupun pengakuan salah bukan suatu mitigasi otomatik, ia wajar dipertimbangkan. Adalah nyata bahawa dari segi sejarahnya, Tertuduh telah terlebih dahulu sebelum ini disabitkan dengan tiga (3) kesalahan di bawah peruntukan s.15(1)(a) ADB 1952 sebagaimana yang dapat digarab daripada butiran yang tertera di rekod sabitan lampaunya, iaitu eksibit P9. Kendati begitu, Mahkamah ini berhemat bahawa hakikat tersebut tidak mewajarkan faktor mitigasi yang terlahir dari pengakuan salah Tertuduh tersebut dikesampingkan secara total. Kedudukan ini telah diperteguhkan oleh Ketua Hakim Negara Suffian (pada ketika itu) dalam kes Sau Soo Kim v. Public Produluansecutor [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134 yang mana diputuskan: “… Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” 20 [38] Intipati penghakiman Sau Soo Kim adalah jelas: pengakuan salah oleh seseorang pesalah tegar juga melayakkan ia diklasifikasikan sebagai salah satu wadah pertimbangan yang menjurus kepada aspek peringanan hukuman. Sementelahan pula, Tertuduh telah membuat pengakuan salah pada peluang terawal sepertimana jelas terzahir melalui prosiding di Mahkamah. Ditimbang bersekali dengan fakta dan keadaan kes, Mahkamah ini berpendapat bahawa pengakuan salah tersebut tidak seharusnya diremehkan dan perlu diiktiraf sebagai faktor peringanan hukuman. Trend hukuman [39] Dalam membuat penilaian terkait hukuman yang perlu dijatuhkan terhadap Tertuduh, Mahkamah ini selanjutnya berhemat bahawa hukuman yang dijatuhkan bagi sesuatu kesalahan bukanlah hanya semata-mata tertakluk kepada spektrum peruntukan undang- undang yang mendasari kesalahan yang dipertuduhkan, bahkan sewajarnya konsisten dengan trend hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah bagi kesalahan yang berteraskan peruntukan yang sama. Mahkamah ini merujuk kepada penghakiman tersohor Mahkamah Agung dalam kes Mohamad Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] CLJ Rep 209; [1987] 2 CLJ 405; [1988] 1 MLJ 167 yang memutuskan bahawa trend penghukuman adalah merupakan faktor yang relevan dalam memutuskan hukuman bersesuaian ke atas pesalah dalam sesuatu kes. Dalam memberikan pecerahan terkait kedudukan trend penghukuman dalam penjatuhan hukuman, Mohd. Azmi HMA memutuskan: 21 “In assessing the length of custodial sentence, the Court must look at the overall picture in perspective by considering firstly, the gravity of the type of offence committed; secondly, the facts in the commission of the offence; thirdly, the presence or absence of mitigating factors, and fourthly, the sentences that have been imposed in the past for similar offences to determine the trend of sentencing policy, if any.” (Penekanan diberikan) [40] Sehubungan dengan perkara di atas, dengan ini diperturunkan, trend penghukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi bertimbal balas dari rayuan terhadap hukuman di bawah s. 39C (1) ADB 1952 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan berulang bagi s. 15(1)(a) ADB 1952. NO KES KESALAHAN HUKUMAN 1 PP v. Rosnan Ismail S. 15(1)(a) ADB 1952 dan Mahkamah [2020] 1 LNS 1596 dihukum di bawah s. 39C Penjara 5 High Court Malaya, Muar (1) Akta yang sama. tahun 2 Rahmat Razali lwn. PP S. 15(1)(a) ADB 1952 dan Penjara 5 [2019] 1 LNS 1458 dihukum di bawah s. 39C tahun dan 1 High Court Malaya, Johor (1) Akta yang sama. sebatan rotan Bahru 22 3 Mugunthan Lurthunathan S. 15(1)(a) ADB 1952 dan Penjara 5 lwn. PP dihukum di bawah s. 39C tahun dan 1 [2019] 1 LNS 819 (1) Akta yang sama. sebatan rotan Mahkamah Tinggi Malaya, Georgetown 4 Choo Kah Chong lwn. PP S. 15(1)(a) ADB 1952 dan Penjara 5 [2019] 1 LNS 13 dihukum di bawah s. 39C tahun dan 2 Mahkamah Tinggi (1) Akta yang sama. sebatan rotan Malaya, Taiping 5 Foo Yoon Fah lwn. PP S. 15(1)(a) ADB 1952 dan Penjara 7 [2019] 1 LNS 30 dihukum di bawah s. 39C tahun Mahkamah Tinggi Malaya, (1) Akta yang sama. Alor Setar [41] Meskipun begitu, Mahkamah ini turut menyedari bahawa trend penghukuman hanyalah bersifat panduan ke atas spektrum hukuman. Ia tidak sesekali mengatasi budibicara Mahkamah dalam penentuan bentuk hukuman selari dengan peruntukan undang- undang. Sedemikian itu, Mahkamah ini terpanggil untuk memperturunkan pernyataan ringkas Gageler dan Gordon Hakim Mahkamah Tinggi Australia dalam kes Director of Public Prosecutions v Dalgliesh (a pseudonym) [2017] HCA 41 tatkala mengupas perihal hukuman terdahulu seperti berikut: “Sentences are not binding precedents, but are merely historical statements of what has happened in the past”. 23 Kepentingan Awam [42] Seyogia diingatkan, dalam menilai jalur mitigasi Tertuduh, Mahkamah ini mempaksikan skala keutamaan kepada kepentingan awam sebagai dimensi utama bagi menentukan bentuk hukuman yang perlu dijatuhkan. Kedudukan itu tidak terbantahkan. Hal ini dengan jelas dipertengahkan oleh Ramly Ali HMR (kemudiannya HMP) dalam kes Mahkamah Rayuan Azwel Mohd Ali lwn. Pendakwa Raya [2012] 6 CLJ 809 yang mana diputuskan: “[17] Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah mengambil kira bahawa di dalam kes ini terdapat isu kepentingan awam (public interest) dan juga isu kepentingan peribadi perayu yang perlu dipertimbangkan sebelum hukuman dikenakan. Walau bagaimanapun Mahkamah Tinggi dan juga mahkamah ini telah memakai prinsip bahawa kepentingan awam mengatasi kepentingan peribadi. [18] Di dalam kes PP v. Loo Choon Fatt [1976] 1 LNS 102, Hashim Yeop Sani J, pernah memutuskan: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball as follows: In deciding the appropriate sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest...” 24 [43] Namun, kepentingan seseorang Tertuduh juga tidak wajar diketepikan. (Lihat kes-kes Tan Sri Abdul Rahim Noor v. PP [2001] 1 MLJ193; [2001] 1 CLJ 645; Leken Gerik (M) v. PP [2007] 8 CLJ 158; [2007] 3 MLJ 730). Mahkamah ini turut memberikan penekanan kepada rayuan mitigasi Tertuduh yang mencakupi pengakuan salah pada perluang terawal, keadaan latar belakang kehidupan serta selainnya yang relevan, di mana kesemuanya dipertimbangkan secara kumulatif dengan fakta dan keadaan kes ini secara keseluruhannya dalam menjatuhkan hukuman. KESIMPULAN [44] Mahkamah ini menegaskan bahawa penyalahgunaan dadah, jika tidak dibanteras secara berterusan dan holistik, akan memicu dampak negatif kepada generasi penerus kelansungan masa hadapan. Dadah adalah persis barah yang mengudang pelbagai marabahaya: ia bukan sahaja memusnahkan penyalahguna, malah merobek reputasi dan imej negara. Selari itu, Mahkamah ini terpanggil untuk memahat rujukan kepada nas undang-undang duluan klasik yang dipetik dari penghakiman Augustine Paul HMT (kemudiannya HMP) dalam kes PP lwn. Amir Hamzah Amir Mydin [2003] 1 LNS 736 yang mana diputuskan: “Keseriusan kesalahan berkenaan dadah perlulah dizahirkan dalam hukuman yang dijatuhkan supaya ianya menjadi satu petunjuk yang jelas kepada semua anggota masyarakat tentang betapa seriusnya kesalahan jenis ini di mata undang-undang. Hukuman yang bersifat pencegahan juga memenuhi hasrat penggubal undang-undang 25 yang telah mengkaji semula dan menaikkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta tersebut beberapa kali dalam usaha mengekang merebaknya kesalahan yang melibatkan najis dadah.” [45] Berdasarkan premis di atas, adalah menjadi tanggungjawab Mahkamah untuk memaknai pemerhatian tersebut dengan menjatuhkan hukuman yang mempunyai kesan pencegahan, bertindak sebagai pengajaran kepada Tertuduh dan memberi signal jelas kepada masyarakat akan peri pentingnya untuk tidak kecundang dalam kancah penyalahgunaan dadah berbahaya. Mahkamah ini menegaskan bahawa tiada toleran mahupun kompromi terhadap sebarang kesalahan perlangaran undang- undang dadah: hukuman berat menanti pesalah. Ia adalah selaras dengan kenyataan prinsip signifikan oleh Mohd Zawawi Salleh HMR (sekarang HMP) yang tercerna dalam kes PP Lwn. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559 yang mana memutuskan: “[18] Kesan buruk gejala dadah kepada negara dan orang awam telah diambil perhatian serius oleh hakim-hakim terbilang Malaysia semenjak tahun 1970-an lagi. Dalam kes-kes Loh Hock Seng & Anor v. PP [1979] 1 LNS 48; [1980] 2 MLJ 13 dan PP v. Loo Choo Fatt [1976] 1 LNS 102; [1976] 2 MLJ 256, misalnya, penekanan diberikan bahawa hukuman yang mempunyai kesan pencegahan perlu dijatuhkan terhadap pesalah-pesalah dadah. Ini adalah sejajar dengan hasrat Kerajaan dan Parlimen yang telah mengambil pelbagai langkah serius untuk mencegah dan mengawal ancaman pengedaran dan penggunaan dadah serta jenayah-jenayah yang berkaitan dengannya. Oleh itu, mahkamah 26 perlu memainkan peranannya dengan menjatuhkan hukuman yang berat dan mencegah seperti yang ditetapkan oleh Akta. [19] Pada pandangan mahkamah ini, hukuman berat juga perlu dijatuhkan terhadap pesalah-pesalah dadah bagi menekankan elemen kutukan atau kecaman ("denunciation").” (Penekanan diberikan) [46] Mahkamah ini juga terpanggil untuk meminjam kata-kata Azahar Mohamed HMT (sekarang HBM) dalam kes PP lwn. Tiu Boon Kui [2009] 1 LNS 552 tatkala menukilkan pandangannya terkait penjatuhan hukuman setimpal bagi memberi kesan terhadap kesalahan penyalahgunaan dadah: “…Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa kesalahan yang berkaitan dengan dadah berbahaya amat berleluasan. Kerajaan telah mengambil bermacam-macam langkah serius untuk mengawal ancaman kesalahan berkaitan dengan dadah berbahaya serta jenayah yang berkaitan dengannya. Mahkamah perlu memainkan peranan dan menjatuhkan hukuman yang setimpal untuk menunjukkan bahawa kesalahan ini adalah sesuatu yang setimpal demi kepentingan awam.” [47] Sorotan nas undang-undang duluan di atas adalah manifestasi mapan yang jelas memperakukan hukuman berbentuk pencegahan sebagai hukuman dominan dalam menghukum penyalahguna tegar dadah berbahaya. 27 [48] Di samping itu, Mahkamah ini turut memberi penumpuan khusus kepada graviti, keberleluasaan serta kekerapan jenayah memasukkan dadah ke dalam tubuh badan yang sememangnya memprihatinkan. Sinergi berterusan terkait keseriusan Mahkamah dalam menghukumi penyalahguna dadah berbahaya dipantulkan melalui penjatuhan hukuman berbentuk pencegahan. Biarpun kesalahan yang dilakukan adalah melibatkan diri Tertuduh sendiri tanpa mengundang kebejatan khusus kepada pihak lain, namun ia terjumlah kepada suatu kesalahan serius dan berulang. Peruntukan s. 39C(1) ADB 1952 adalah jelas: hukuman yang lebih berat diperuntukkan bagi kesalahan berulang di bawah s.15(1)(a) ADB 1952. HUKUMAN [49] Muktamadnya, setelah memberikan perincian kepada prinsip undang-undang mantap yang dizahirkan melalui nas-nas duluan dan seterusnya disintesiskan dengan faktor-faktor peringanan serta pemberatan yang melatari hal ehwal keadaan kes ini secara tuntasnya, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima (5) tahun bemula dari tarikh tangkap iaitu 21.5.2020 dan dua (2) sebatan rotan. 28 [50] Sebagai tambahan kepada hukuman di atas, Mahkamah memerintahkan Tertuduh menjalani perintah pengawasan untuk tempoh tiga (3) tahun selepas menjalani hukuman selaras dengan s. 38B ADB 1952. t.t (NOORHISHAM MOHD JAAFAR) Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor Dated: 10.3.2021 PIHAK-PIHAK Pendakwaan : Nurul Faraheen Yahya Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Tertuduh : Tertuduh menjalankan kes sendiri. 29