HARNAESH SINGH A/L AVTAR SINGH
Prosecution proved all elements of Section 6 Dangerous Drugs Act 1952: the seized material was chemically identified as cannabis weighing 67.90g and, because it was found in a bag carried by the accused containing his identity card and the chain of custody was intact, the accused had possession and knowledge; the...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-62D-617-10/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor; Defendant: Harnaesh Singh a/l Avtar Singh
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 29 November 2024
- Case Number
- WA-62D-617-10/2023 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Criminal Drug Possession (section 6 Dangerous Drugs Act 1952) / Convicted and Sentenced; Appeal Filed
- Outcome
- Convicted under Section 6 Dangerous Drugs Act 1952; sentenced to 8 years imprisonment and 10 strokes of whipping; appeal filed
- Legal Topics
- Possession, Chain of Custody, Prima Facie Case, Forensic Analysis, Sentencing
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecution
Harnaesh Singh a/l Avtar Singh
Defendant
Procedural Posture
Criminal Drug Possession (section 6 Dangerous Drugs Act 1952) / Convicted and Sentenced; Appeal Filed
Legal Issues
- 1 Whether the seized substance was a scheduled dangerous drug and its weight
- 2 Whether the accused had possession and knowledge of the drug
- 3 Whether the chain of custody was continuous and reliable
Ratio Decidendi
Prosecution proved all elements of Section 6 Dangerous Drugs Act 1952: the seized material was chemically identified as cannabis weighing 67.90g and, because it was found in a bag carried by the accused containing his identity card and the chain of custody was intact, the accused had possession and knowledge; the defence was a bare denial that failed to raise reasonable doubt; accordingly convicted under Section 6 ADB and sentenced under Section 39A(2).
Court Disposition
Convicted under Section 6 Dangerous Drugs Act 1952; sentenced to 8 years imprisonment and 10 strokes of whipping; appeal filed
Orders
- Conviction recorded under Section 6 Dangerous Drugs Act 1952
- Imprisonment for 8 years commencing from date of arrest (03/10/2023)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-62D-617-10/2023 Kand. 47 27/01/2025 12:18:05 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR PERBICARAAN JENAYAH WA-62D-617-10/2023 PENDAKWARAYA LAWAN HARNAESH SINGH A/L AVTAR SINGH (NO. K/P: 981109-14-5205) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Harnaesh Singh a/l Avtar Singh, No. K/P.: 981109-14-5205 (“OKT”) telah dituduh dengan pertuduhan pindaan seperti yang berikut: “Bahawa kamu pada 03/10/2023 jam 3.40 petang di kawasan lorong 3 Kampung Pandan Kuala Lumpur dalam Daerah Wangsa Maju dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya iaitu kamu berat 67.90 gram cannabis. oleh itu, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) akta yang sama” [2] OKT tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan pindaan tersebut dan minta dibicarakan. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan pindaan tersebut dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri. 1 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [3] Selepas dipanggil untuk membela diri, OKT telah memberikan keterangan bersumpah dan tiada saksi pembelaan lain yang dipanggil untuk memberikan keterangan. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini memutuskan bahawa OKT telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Mahkamah ini selanjutnya memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan pindaan terhadap OKT tersebut melampaui keraguan yang munasabah dan OKT telah didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan pindaan di bawah seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. [4] Setelah mendengar hujahan mitigasi dan hujahan pemberat hukuman, bagi pertuduhan pindaan, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama tempoh 8 tahun dari tarikh tangkap dan juga hukuman 10 kali sebatan ke atas OKT. OKT tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan telah merayu terhadap keputusan tersebut. Fakta kes pihak pendakwaan [5] Pihak pendakwaan telah memanggil seramai empat (4) orang saksi untuk membuktikan pertuduhan pindaan terhadap OKT. Saksi-saksi tersebut adalah seperti yang berikut: Inspektor Zulaiha binti Ismail, penghantar barang kes (SP1); Inspektor Noor Khairul bin Abdul Rahim, pengadu (SP2); Ruhana Liyana binti Mohd Lawi, Ahli Kimia (SP3) dan Inspektor Noor Zulrina Ernira binti Abdul Rahman, Pegawai Penyiasat (SP4). [6] Fakta kes adalah seperti berikut: Pada 3.10.2023, lebih kurang jam 4:30 petang, SP2 bersama pasukannya telah menahan OKT di kawasan 2 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tepi jalan yang beralamat di Lorong 3, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Setelah pemeriksaan ke atas OKT dijalankan, SP2 telah menjumpai satu beg berwarna biru bertulis Adidas (ekshibit P3). SP2 telah memeriksa beg tersebut dan mendapati terdapat tujuh peket plastik lutsinar yang berisi ketulan mampat dan leraian dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja (ekshibit P6 [A hingga G]) pada bahagian tengah beg tersebut. Selain itu, SP2 juga telah menjumpai kad pengenalan yang tertera nama OKT (ekshibit P13) di dalam beg tersebut. [7] Semasa pemeriksaan sedang dijalankan, secara tiba-tiba OKT cuba melarikan diri. Namun, OKT berjaya ditangkap setelah bergelut dengan anggota pasukan SP2. SP2 kemudiannya membuat tandaan 'N' dan mencatatkan tarikh ke atas barang-barang kes tersebut. [8] Setelah SP2 menahan OKT dan merampas barang-barang kes tersebut, SP2 telah membawa OKT ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk siasatan lanjut. SP2 kemudiannya telah menimbang barang yang disyaki dadah tersebut dan anggaran berat ketika itu adalah 72.20 gram. SP2 juga telah menyediakan borang bongkar (ekshibit P12) dan telah membuat laporan polis (ekshibit P11) bagi melaporkan tentang tangkapan dan rampasan tersebut. [9] SP2 kemudiannya telah menyerahkan OKT beserta barang-barang kes (ekshibit P3, P6, P13) dan juga borang bongkar (P12) kepada Inspektor Noor Zulrina Ernira binti Abdul Rahman (SP4) yang bertindak sebagai pegawai penyiasat. Pada 03.10.2023, jam 11.45 malam, borang serah menyerah telah disediakan di antara SP2 dan SP4 (eskhibit P5). 3 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [10] Ketika menerima 7 plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah tersebut, SP4 telah menjalankan pemeriksaan ke atasnya dan mendapati kesemua peket plastik lutsinar dan kandungannya dalam keadaan baik tiada sebarang kesan kacau ganggu. SP4 kemudiannya menyimpan barang-barang kes, termasuk plastik-plastik lutsinar yang mengandungi bahan disyaki dadah tersebut di dalam laci berkunci yang terletak di dalam pejabatnya. SP4 mengesahkan bahawa beliau sahaja yang mempunyai akses kepada bilik pejabat dan laci tersebut. [11] Pada 04.10.2023, jam lebih kurang 2.00 petang, SP4 telah mengeluarkan semula barang-barang kes dari laci tersebut. Selepas itu, SP4 telah membuat tandaan ke atas beg berwarna biru jenama Adidas dengan tandaan ‘E’ berserta tandatangannya dan juga tarikh 03.10.2023. SP4 juga mengeluarkan 7 peket plastik lutsinar berisi ketulan mampat yang disyaki dadah dari laci tersebut. SP4 selanjutnya menandakan pada setiap plastik lutsinar tersebut dengan tandaan ‘E1’ hingga ‘E7’ berserta tandatangannya dan juga tarikh 03.10.2023. SP4 juga menandakan kad pengenalan atas nama OKT dengan tandaan ‘EE’ berserta tandatangannya dan juga tarikh 03.10.2023. [12] SP4 kemudiannya telah memasukkan kesemua peket plastik lutsinar tersebut dan kandungannya ke dalam satu (1) sampul surat yang ditandakan olehnya sebagai ‘ER’. Seterusnya, SP4 telah menutup sampul tersebut dengan menggunakan meterai PDRM 731. Pada 10.10.2023, jam 1.40 petang, sampul bertanda ‘ER’ tersebut telah diserahkan kepada SP1 bersama borang Pol 31 untuk diserahkan kepada Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor. 4 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [13] Pada 10.10.2023, SP1 telah pergi ke Jabatan Kimia dan menyerahkan barang-barang kes di dalam sampul surat bertanda “ER” bermeterai PDRM 731 (ekshibit P4) berserta borang Pol 31 kepada Ahli Kimia, Ruhana Liyana binti Mohd Lawi (SP3). Sampul surat bertanda “ER” tersebut mengandungi tujuh (7) peket plastik yang mengandungi ketulan- ketulan mampat daun kering disyaki ganja (ekshibit P6 [A], [B]. [C], [D], [E], [F], dan [G]). SP1 telah menerima resit kimia bernombor makmal: 22- FR-B-27221 (ekshibit P2) sebagai bukti penyerahan dan penerimaan barang-barang kes tersebut. [14] Setelah SP3 menerima sampul surat bertanda ‘ER’ (P4) tersebut, SP3 telah memeriksanya dan mendapati di dalamnya terdapat tujuh peket plastik lutsinar P6 [A], [B]. [C], [D], [E], [F], dan [G] yang mengandungi ketulan-ketulan mampat bahan tumbuhan. Setelah dianalisis, SP3 mendapati bahawa ketulan-ketulan mampat bahan tumbuhan tersebut ialah cannabis dan berat bersih bahan tersebut ialah 67.90 gram. SP3 telah menjelaskan keputusan analisis tersebut di dalam satu laporan kimia bertarikh 08.12.2023 bernombor Makmal 22-FR-B-27221 (ekshibit P14). Keputusan Mahkamah di Akhir Kes Pendakwaan [15] Mahkamah ini sedar di akhir kes pendakwaan, tugas Mahkamah ada diperuntukkan di bawah seksyen 180 (1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ). Mahkamah juga perlu mematuhi prinsip-prinsip yang diputuskan dalam kes Looi Kow Chai v. PP [2003] 1 CLJ 734 dan Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85, di mana untuk memutuskan sama ada wujudnya suatu kes prima facie, Mahkamah perlu melakukan penilaian yang maksima terhadap keterangan saksi-saksi pendakwaan. Pertimbangan 5 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah juga melibatkan penilaian terhadap kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. [16] Mahkamah ini juga merujuk kepada panduan yang dinyatakan dalam kes PP v. Mohd. Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dalam isu pembuktian kes prima facie sebagaimana dijelaskan seperti yang berikut: “ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is 'Yes', then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is 'No' then, prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted." [17] Pertuduhan pindaan merujuk kepada seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) yang menyatakan: Any person who keeps or has in his possession, custody or control any raw opium, coca leaves, poppystraw or cannabis or the seeds of the plants from which they may be obtained either directly or indirectly, except under and in accordance with an authorization such as is referred to in sections 4 and 5 or with any regulation made under section 7 thereof, shall be guilty of an offence against this Act and liable on conviction to a fine not exceeding twenty thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both.”” [18] Untuk membuktikan pertuduhan pindaan pemilikan dadah di bawah seksyen 6 ADB terhadap OKT, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen berikut: 6 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan; (ii) OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut Elemen Pertama: Dadah yang dijumpai adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan di bawah ADB dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [19] Dengan merujuk kepada pertuduhan pindaan, isu pertama yang Mahkamah ini perlu putuskan adalah sama ada ketulan mampat bahan tumbuhan atau daun kering (ekshibit P6 [A], [B]. [C], [D], [E], [F], dan [G]) yang dijumpai oleh SP2 adalah dadah berbahaya seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 dan disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB 1952. Dalam mempertimbangkan elemen ini, Mahkamah ini merujuk kepada keterangan Ahli Kimia (SP3). SP3 telah memberikan keterangan bahawa beliau telah menjalankan satu skema analisis bagi ketulan mampat bahan tumbuhan dalam peket plastik yang ditandakan sebagai ekshibit P6 (A), (B), (C), (D), (E), (F) dan (G). Berdasarkan skema analisis tersebut, SP3 telah menjalankan 4 kaedah ujian yang terdiri daripada Pemeriksaan Fizikal secara Visual, Pemeriksaan Mikroskopik, Ujian Duquenois-Levine dan Ujian Thin Layer Chromatography (TLC). [20] Berdasarkan keempat-empat ujian yang dijalankan, SP3 menerangkan bahawa beliau telah mendapat keputusan yang konklusif bahawa kesemua bahan tumbuhan tersebut adalah cannabis seperti 7 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. SP2 selanjutnya mengesahkan bahawa berat bersih cannabis (P6 [A], [B]. [C], [D], [E], [F], dan [G]) ialah 67.90 gram. [21] Hasil analisis yang dijalankan oleh SP2 ke atas ekshibit P6 (A), (B), (C), (D), (E), (F) dan (G) telah direkodkan di dalam Laporan Kimia bertarikh 08.12.2023 (ekshibit P14). [22] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang dikemukakan dan dipertuduhkan dalam pertuduhan pindaan adalah dadah berbahaya jenis cannabis seperti disenaraikan di bawah Jadual Pertama ADB dan ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB dan beratnya ialah 67.90 gram. Oleh itu, elemen pertama bagi pertuduhan pindaan telah berjaya dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Elemen Kedua: OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah tersebut [23] Bagi elemen kedua ini, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa dadah jenis cannabis ketika dirampas berada dalam milikan OKT, iaitu OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. [24] Pemilikan atau possession sebenarnya berkait dengan konsep kawalan, jagaan dan pengetahuan. Prinsip pemilikan ini telah diterangkan dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17 seperti yang berikut: 8 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. [25] Adalah bermanfaat untuk Mahkamah ini merujuk kepada kes PP v. Denish Madhavan [2009] 2 CLJ 209 untuk memahami prinsip possession dengan lebih jelas. Dalam kes tersebut, Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti yang berikut: "[16] Before proceeding to consider the reasons for the Court of Appeal's decision, we will say a few words about 'exclusive' possession. It is inappropriate to speak of possession of an article in criminal law as exclusive possession. One is either in possession or not in possession, although one could be in possession jointly with another or others. To say that the prosecution of a drug case fails because there has been no proof of exclusive 9 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal possession is apt to convey the wrong impression that it is only in cases where possession is entirely with one person, - that is, 'exclusive' - that a conviction is possible. When the learned trial judge said 'The accused sought to negative the proof of exclusive possession...', we take it that he meant no more than that the respondent sought to show that he was not in possession of the drugs because he had no knowledge of their existence and that the drugs could have been placed in his bags by some other person or persons. [17] The idea of exclusivity features in the meaning of 'possession' in criminal law as one of the elements necessary to constitute possession. As Taylor J said in Leow Nghee Lim v. Reg. [1955] 1 LNS 53: '...It is often said that 'possession must be exclusive'. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that 'possession must be exclusive' is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions.' [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession." [26] Mahkamah juga merujuk kepada kes Saad bin Ibrahim v. PP [1968] 1 MLJ 158, di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti yang berikut: "Possession which incriminates must have certain characteristics, the possessor must be aware of his possession, must know the nature of those thing possessed and must have the power of disposal over it.” 10 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [27] Berbalik kepada kes di hadapan Mahkamah ini, kes pendakwaan bergantung kepada keterangan SP2 yang telah menjelaskan bahawa beliau bersama pasukannya telah menahan OKT di kawasan tepi jalan, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Setelah pemeriksaan ke atas OKT dijalankan, SP2 telah menjumpai satu beg (ekshibit P3) yang sedang dibawa oleh OKT. SP2 telah memeriksa beg tersebut dan mendapati terdapat tujuh peket plastik lutsinar yang berisi ketulan mampat dan leraian dedaun kering yang disyaki dadah jenis ganja (ekshibit P6 [A hingga G]). Selain itu, SP2 juga telah menjumpai kad pengenalan yang tertera nama OKT (ekshibit P13) di dalam beg tersebut. [28] Berdasarkan kes-kes Chan Pean Leon v. PP (supra), PP v. Denish Madhavan (supra) dan Saad bin Ibrahim v. PP (supra) yang telah diulas di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa elemen milikan dan kawalan serta pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai oleh SP2 telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan ke atas OKT. Dapatan ini adalah berdasarkan kepada keterangan yang menunjukkan bahawa dadah cannabis seberat 67.90 gram dijumpai di dalam beg P3 yang sedang dibawa oleh OKT semasa pemeriksaan dijalankan. Selain itu, terdapat juga kad pengenalan OKT (ekshibit P13) yang terdapat di dalam beg tersebut. P13 tersebut menunjukkan beg tersebut adalah milik OKT. [29] Mahkamah ini berpendapat bahawa kedudukan dadah yang berada di dalam beg yang dibawa atau disandang oleh OKT sendiri menunjukkan bahawa OKT berada dalam keadaan "is so situated with the drugs that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons". Tambahan pula dadah tersebut terkandung di dalam peket- peket plastik lutsinar yang jelas dapat dilihat isi kandungannya. Fakta ini 11 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menunjukkan bahawa dengan adanya dadah tersebut di dalam beg OKT, OKT mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja yang ingin dilakukannya terhadap dadah tersebut. OKT jelas mempunyai direct possession terhadap dadah tersebut memandangkan ianya berada di dalam beg yang sedang dibawa dan dipegang olehnya semasa pemeriksaan dijalankan. Justeru, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT mempunyai milikan secara kawalan, jagaan dan pengetahuan ke atas jenis dan berat dadah yang dijumpai di dalam beg OKT sebagaimana pertuduhan pindaan. Rantaian Keterangan [30] Mahkamah ini mendapati bahawa kesemua barang kes yang telah dirampas oleh SP2 telah dibuat tandaan olehnya. Pegawai Penyiasat, SP4 juga telah membuat tandaannya secara tandatangan dan tarikh ke atas barang kes yang diterima daripada SP2. Mahkamah ini juga mendapati bahawa rantaian keterangan mengenai barang kes adalah tidak terputus, bermula daripada ia dirampas dari beg OKT sehingga barang kes tersebut dikemukakan ke mahkamah ini semasa perbicaraan. Adalah jelas bahawa dadah tersebut berada dalam kawalan dan jagaan SP4 sehinggalah ianya diserahkan kepada ahli kimia SP3 untuk dianalisis. Dadah yang sama telah disahkan dan dicamkan oleh SP3. [31] Perlu ditekankan bahawa pengendalian barang kes yang melibatkan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa tidak ada putusnya rantaian keterangan mengenai barang kes sebelum dihantar kepada SP3 malahan sehingga ia dikemukakan ke Mahkamah ini. Rujukan dibuat kepada kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 yang menyatakan sedemikian: 12 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “[44] In the present case, we entertained no doubt that the exhibit recovered or seized by the police was the same exhibit sent to and examined by the deceased and subsequently produced in court as evidence. We are satisfied that the prosecution had adduced sufficient evidence in respect of every link in the chain of custody, from the moment the exhibit was recovered by the police up to the time it was produced in court. The witnesses had described how and from whom it was received, where it was and what happened to it while in the witnesses' custody, the condition in which it was received and the condition in which it was handed over to the next link in the chain of custody.” [32] Berdasarkan kepada dapatan-dapatan di atas dan dengan mengambil kira ekshibit-ekshibit yang dikemukakan serta hujahan- hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan, maka Mahkamah ini telah membuat penilaian maksima ke atas keseluruhan keterangan sebagaimana dituntut di dalam kes Balachandran v. PP (supra) dan kes Magendran Mohan v. PP [2011] 1 CLJ 805. Maka adalah diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT sebagaimana pertuduhan pindaan tersebut. Sehubungan dengan itu, OKT dipanggil untuk membela diri atas pertuduhan pindaan tersebut. Kes Pembelaan [33] Setelah tiga pilihan dibacakan dan diterangkan kepada OKT, OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. [34] Naratif kes pembelaan adalah OKT tidak ditangkap oleh SP2 dan tidak ditahan di tempat kejadian seperti diterangkan oleh saksi 13 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pendakwaan. OKT mendakwa telah ditangkap oleh dua lelaki berbangsa Melayu di hadapan sebuah kedai runcit yang terletak di Kampung Pandan. Dalam pembelaanya, tujuan OKT pergi ke kedai runcit tersebut adalah untuk membeli air dan rokok. Ketika ditangkap, OKT kononnya sedang menunggu air minuman yang dipesannya. OKT juga menyatakan kedai runcit tersebut dimiliki oleh seorang perempuan Melayu yang berumur lebih kurang 42 ke 43 tahun (Makcik) dan beliau juga mengenali OKT. OKT mendakwa Makcik tersebut telah melihat insiden tangkapan OKT yang berlaku di hadapan kedai tersebut dan beliau boleh menjadi saksi. [35] OKT mengakui bahawa beg P3 tersebut adalah miliknya. Namun OKT mendakwa bahawa ketika diperiksa, beg tersebut hanya mengandungi kad pengenalan dan wang tunai sahaja. Berikut diturunkan keterangan OKT berkenaan beg tersebut: “S: He alleged that the drug was found in the beg belonging to you, is the beg belongs to you? J: The beg was mine, but in the beg only has ic and money” [36] Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan OKT berkaitan tempat penahanannya dan siapa yang menahannya adalah sukar diterima dan tidak disokong oleh bukti yang konkrit. Sekiranya benar dakwaan OKT bahawa tempat penahanannya adalah di hadapan kedai runcit tersebut dan OKT mengenali Makcik tersebut, pasti tidak sukar bagi pihak pembelaan untuk memanggil Makcik tersebut sebagai saksi. Namun, pihak pembelaan gagal berbuat demikian. 14 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [37] Mahkamah ini juga mendapati bahawa penafian OKT berkenaan dadah yang dijumpai di dalam begnya adalah satu penafian kosong. Penjelasan OKT bahawa begnya hanya mengandungi kad pengenalannya dan duitnya dan bukan dadah tersebut hanya merupakan penafian semata-mata ataupun mere denial sebagaimana yang diputuskan di dalam kes Low Soo Song v PP [2009] 3 CLJ 309. Di dalam kes tersebut, adalah diputuskan bahawa: “The learned Deputy however argued that the evidence of the accused further strengthened the Prosecution’s case. Since the defence was a mere denial, there was nothing much the accused could go on. I found that having called upon the accused to enter to his defence, the accused had not raised any ground or even a suspicion to enable this Court to give him the benefit.” [38] Mahkamah ini juga mengambil maklum keputusan Mahkamah Persekutuan Di dalam kes D.A Duncan v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, dalam kes ini Raja Azlan Shah telah menyatakan : “Now this evidence, if accepted and believed, is clearly sufficient to establish a prima facie case against the appellant. The High Court at Alor Star accepted it and called on the defence. The defence was in effect a simple denial of evidence connecting the appellant with the four boxes. We can see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” 15 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Keputusan Mahkamah di Akhir Kes Pembelaan [39] Di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan hanya perlu untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan bagi mendapatkan perintah pelepasan dan pembebasan. Selain itu, sekiranya pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan statutori bagi membuktikan intipati pertuduhan, maka beban pembuktian tertentu dibandingkan dengan beban am akan berpindah ke atas pembelaan untuk menolak atau mematahkan anggapan tersebut di atas imbangan kebarangkalian. [40] Seksyen 182A KTJ memperkatakan seperti berikut: "(1) At the conclusion of the trial, the court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. (2) If the court finds that the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt, the court shall find the accused guilty and he may be convicted on it. (3) If the court finds that the prosecution has not proved its case beyond reasonable doubt, the court shall record an order of acquittal." [41] kes Md Zainudin bin Raujan v. Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21 menerangkan pemakaian seksyen 182A tersebut dengan menyatakan: "At the conclusion of the trial, s. 182A of the Criminal Procedure Code imposes a duty on the trial court to consider all the evidence adduced before it and to decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. The defence of the accused must be considered in the totality of the evidence adduced by the prosecution, as well as in the light of 16 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal the well - established principles enunciated in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] 1 MLJ 263 with regard to the approach to be taken in evaluating the evidence of the defence. [42] Di dalam kes Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82, Suffian J (pada masa itu) telah menggariskan prinsip seperti berikut: "The position may be conveniently stated as follows:- (a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused's guilt.....Convict. (b) If you accept or believe the accused's explanation........ Acquit. (c) If you do not accept or believe the accused's explanation.. Do not convict but consider the next steps below. (d) If you do not accept or believe the accused's explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt...........Convict. (e) If you do not accept or believe the accused's explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt...... Acquit." [43] Berdasarkan prinsip undang-undang yang diterangkan di atas, dalam kes ini, Mahkamah ini akur bahawa setelah pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada peringkat kes pendakwaan, pihak pembelaan hendaklah mengemukakan keterangan-keterangan untuk menyangkal keterangan yang telah dikemukakan semasa kes pendakwaan bagi tujuan menimbulkan keraguan munasabah. Maka adalah penting untuk Mahkamah ini membuat analisis dan memberi pertimbangan ke atas keseluruhan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dalam kes pembelaan. 17 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [44] Merujuk kepada versi pembelaan atau keterangan pembelaan OKT, adalah jelas bahawa versi pembelaan bertentangan atau berlawanan dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP2. Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah memanggil SP2 sebagai pegawai yang mengetuai pasukan serbuan tersebut. Mahkamah ini berpendapat bahawa keterangan SP2 adalah mencukupi dan boleh dipercayai bagi membuktikan kes pendakwaan. Mahkamah ini merujuk kepada Kes Mogan Raj Ravi & Anor v. PP & Other Appeals [2020] 3 CLJ 240 yang memutuskan (di ruangan held): The testimony of a single witness, if believed, is sufficient to establish any fact. The HCJ had expressly stated that PW2 was a credible witness. There was no evidence to impute any motive on PW2 to lie in court and implicate the appellants. The absence of the two policemen did not create any gap in the prosecution's case because it was only corroborative. No adverse inference should be drawn against the prosecution as there was no suppression or withholding of the evidence. (paras 21, 29, 30 & 32) [45] Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa SP2 dan SP4 mempunyai motif jahat ke atas OKT atau mereka bermusuh serta berdendam dengan OKT. SP2 dan SP4 adalah pegawai polis yang telah diamanahkan dengan tugas dan tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara, maka tidak ada sebab untuk mereka bercakap bohong dan menganiaya OKT. Tambahan pula sebelum kejadian, mereka tidak pernah mengenali OKT dan tiada sebab untuk mereka menganiaya OKT. Dalam kes Yusri Pialmi v. PP [2010] 6 CLJ 878, Mahkamah Persekutuan menyatakan iaitu: "Walaupun saksi-saksi tidak dipanggil atau ditawarkan dari ahli-ahli lain dari pasukan anggota polis yang telah membuat serbuan, kes pihak 18 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pendakwaan adalah cukup dengan keterangan SP-2 yang boleh dipercayai dan patut dipercayai. SP-2 bukanlah saksi berkepentingan tetapi seorang pegawai polis yang menjalankan tanggungjawabnya. Tidak terdapat penahanan atau penyekatan keterangan material oleh pihak Pendakwaan untuk menggunakan pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap kes Pendakwaan. Secara fakta keterangan SP-2 telah memberitahu nama-nama ahli lain dari pasukan anggota polis yang telah membuat serbuan. Tidak terdapat penyembunyian langsung. Tidak terdapat cabaran oleh pihak pembelaan atas keterangan SP-2 mengenai apa-apa motif yang tidak baik sehingga SP-2 terpaksa mereka-reka keterangan terhadap Perayu. Kegagalan memeriksa-balas seorang saksi mengenai bahagian penting kes boleh mengakibatkan penerimaan testimoni saksi. Tidak terdapat merit dalam hujahan-hujahan yang dibangkitkan oleh Perayu atas alasan ini" [46] Setelah penelitian, pertimbangan dan analisis ke atas keterangan-keterangan berkaitan dibuat, Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan OKT merupakan penafian kosong dan tidak disokong oleh sebarang bukti. Manakala dalam kes pendakwaan, keterangan menunjukkan bahawa dadah telah ditemui oleh SP1 dan pasukannya di dalam beg P3 yang sedang dipakai oleh OKT. [47] Lanjutan daripada dapatan-dapatan Mahkamah dalam kes pembelaan ini, adalah jelas bahawa keterangan saksi pembelaan tidak dapat diterima dan dipercayai oleh Mahkamah ini, malahan pihak pembelaan telah gagal mewujudkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. 19 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Kesimpulan [48] Berdasarkan kepada keseluruhan keterangan dan dapatan- dapatan yang dijelaskan di atas, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan yang munasabah bagi pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 6. Oleh yang demikian, OKT didapati bersalah bagi pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 6 ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) ADB. Perintah Dan Hukuman [49] Hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah dilakukan perlu dijatuhkan ke atas OKT, Mahkamah ini akur dengan kedudukan undang-undang yang berkaitan dengan principles of sentencing. Dalam kes Yusmarin Samsudin v. PP [1999] 4 CLJ 391, Siti Norma Yaakob HMR (sebagaimana beliau ketika itu) menyatakan: “The principles of sentencing have long been entrenched and well settled in our criminal law jurisprudence and a court seized with such jurisdiction is empowered to take into account the following considerations: (1) the extent and seriousness of the offence committed; (2) the guilty person's antecedents; and (3) the public interest” [50] Mahkamah ini juga perlu akur bahawa setiap hukuman yang akan dijatuhkan hendaklah berdasarkan kepada nature of the offence, keadaan ketika mana kesalahan dilakukan, sama ada dengan atau tanpa keganasan, umur, character, antecedents, latar belakang tertuduh, 20 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal rayuan mitigasi dan pandangan pihak pendakwaan. Setelah mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah wajar. Dapatan ini selaras dengan kes Veerian T Latchmanen v. PP [2001] 7 CLJ 466, yang memutuskan: “It must be observed that every sentence passed by the court or a trial court is based on the nature of the offence, the evidence adduced on behalf of the prosecution and the defence, the facts presented by the prosecution, the circumstances in which the offence was committed whether with or without violence, provocation if any, the age, character, antecedents, the background of the offender, the plea in mitigation and the views given by the prosecution. This court is of the view that the power to impose sentence is a judicial discretion and unless and until the lower courts had erred in principle or that the sentence was manifestly excessive or manifestly low or upon considering the particular facts of the case, the High Court sitting in an appellate capacity ought not to disturb or interfere with that discretion just for the sake of pleasing public views. The sentence passed by the court must not only appear to be a judicial pronouncement but seen to be one.” [51] Namun begitu, Mahkamah ini juga mempertimbangkan faktor mitigasi yang telah dikemukakan oleh OKT. Di antara faktor-faktor mitigasi OKT yang telah dipertimbangkan di dalam menjatuhkan hukuman yang memadai dan adil adalah seperti yang berikut: (a) OKT masih bujang dan bekerja sebagai penghantar makanan di bawah syarikat Food Panda. 21 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) OKT menyara ibu, bapa, seorang adik perempuan dan neneknya yang sedang sakit. OKT juga menderita penyakit buah pinggang. (c) OKT telah memohon maaf serta menyatakan bahawa dia telah insaf dan tidak akan mengulangi kesalahan tersebut. OKT tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. Ini merupakan kesalahan pertama OKT. [52] Setelah mengambil kira faktor-faktor pertimbangan yang dinyatakan di atas dengan saksama, maka mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman ke atas OKT dengan hukuman pemenjaraan selama 8 tahun dari tarikh tangkap dan juga hukuman 10 kali sebatan. IZRALIZAM BIN SANUSI Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 27 Januari 2025 22 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pihak Pendakwaan: TPR Nor Aisyah binti Mohamed Zanyuin Jabatan Peguam Negara Unit Pendakwaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Tingkat 7, sayap Kanan Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Height 50512 Kuala Lumpur Peguambela OKT: Encik Pramjit Singh Pramjit, Wan Jin & Partners Office Suites 11-08 (Level 11), Plaza 138, 138, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur 23 S/N /6OGbIANFkOAH0qFNQtxgw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal