HISHAM BIN JALALUDDIN 1. ) PENGERUSI LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 2. ) LEMBAGA TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM, NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 3. ) LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB SURU
Application dismissed: the court held the requested documents were classified under the Official Secrets Act 1972 and cannot be declassified for this purpose; applicant is entitled only to inspect public documents; several requests were too broad, vague and could amount to a fishing expedition; some documents were...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-25-94-12/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Applicant: HISHAM BIN JALALUDDIN; Respondent: PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN; Respondent: LEMBAGA TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN; Respondent: LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN; Respondent: KERAJAAN NEGERI SELANGOR
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 16 February 2023
- Case Number
- BA-25-94-12/2021 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Judicial Review / Application for Disclosure Under Rules (aturan 53) Determined by High Court
- Outcome
- Application dismissed without order as to costs
- Legal Topics
- Judicial Review, Certiorari, Disclosure of Documents, Official Secrets Act 1972, Possession, Custody or Power for Discovery, Fishing Expedition / Specificity in Discovery
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
HISHAM BIN JALALUDDIN
Applicant
PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Respondent
LEMBAGA TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Respondent
LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Respondent
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
Respondent
Procedural Posture
Judicial Review / Application for Disclosure Under Rules (aturan 53) Determined by High Court
Legal Issues
- 1 Whether the requested documents are disclosable despite classification under the Official Secrets Act 1972
- 2 Whether applicant entitled to inspect documents sought
- 3 Whether requested documents were in possession, custody or power of respondents
Ratio Decidendi
Application dismissed: the court held the requested documents were classified under the Official Secrets Act 1972 and cannot be declassified for this purpose; applicant is entitled only to inspect public documents; several requests were too broad, vague and could amount to a fishing expedition; some documents were not in respondents' possession, custody or power, therefore disclosure cannot be ordered.
Court Disposition
Application dismissed without order as to costs
Orders
- The application for disclosure (Notis Penzahiran Kandungan 17) is dismissed without order as to costs.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-25-94-12/2021 Kand. 33 17/03/2023 15:10:30 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN NO.: BA-25-94-12/2021 Dalam perkara permohonan oleh HISHAM BIN JALALUDDIN (No. K/P: 850207-14- 5997) untuk mendapatkan suatu perintah Deklarasi dan/atau Certiorari dan/atau mandamus Dan Dalam perkara keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Selangor Darul Ehsan pada 6 April 2021 dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga Rayuan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Selangor Darul Ehsan pada 30 Ogos 2021 Dan Dalam perkara Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) 1995, Peraturan- Peraturan Pegawai Awam Negeri Selangor (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2006 dan Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Negeri Selangor 1995 Dan Dalam perkara 5, 7, 8 dan 135 Perlembagaan Persekutuan Dan Dalam perkara Aturan 53 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ANTARA HISHAM BIN JALALUDDIN (No. K/P: 850207-14-5997) …PEMOHON 1 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal DAN 1. PENGERUSI LEMBAGA TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 2. LEMBAGA TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 3. LEMBAGA RAYUAN TATATERTIB SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN 4. KERAJAAN NEGERI SELANGOR …RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah permohonan pemohon, Hisham Jalaluddin terhadap responden-responden bagi penzahiran dokumen (Encl 17) menurut Aturan 53 Kaedah 6 dibaca bersama Aturan 24 Kaedah 3, 7, 8, 8A, 9, 10, 11, 12 dan 16 serta Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Latarbelakang [2] Kes pemohon ini merupakan suatu kes semakan kehakiman memohon perintah certiorari terhadap keputusan Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Selangor Darul Ehsan pada 6.4.2021 dan keputusan Lembaga Rayuan Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Selangor Darul Ehsan 2 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pada 30.8.2021 yang telah mengekalkan keputusan yang diberikan oleh Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Negeri Selangor. Dokumen yang dipohon [3] Dokumen-dokumen yang dipohon oleh pemohon sepertimana yang telah dinyatakan dalam notis penzahiran adalah berikut: “a(1) laporan aduan dari Pejabat Daerah dan Tanah Petaling yang dirujuk di perenggan 11(b) affidavit responden pertama di Kandungan 14; a(2) laporan yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor yang dirujuk di peranggan 2 surat yang bertajuk ‘Tindakan Tatatertib Dengan Tujuan Buang Kerja Atau Turun Pangkat’ bil. SPN.Sel.(S)600-5/2/2(56) bertarikh 8.1.2021; a(3) Kertas untuk Pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Penentuan Jenis Pelanggaran Tatatertib Di Bawah 35, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam Nege Tanah Gred NT29, Unit Teknikal, Bahagian Pengurusan Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Petaling yang dirujuk dalam perenggan 2 Minit Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bertarikh 28.10.2020; a(4) Kertas Pertimbangan/Laporan yang dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib untuk membuat Keputusan Prima Facie; 3 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a(5) Kertas Pertimbangan/Laporan yang dikemukakan kepada Lembaga Tatatertib untuk membuat Keputusan Bersalah atau Tidak Bersalah serta Mengenakan Hukuman (setelah representasi pemohon dimasukkan dan sebelum keputusan dibuat); a(6) Segala fakta, alasan dan dokumen-dokumen/maklumat yang ada yang mana pihak Lembaga Tatatertib telah bergantung dalam membuat keputusan bersalah dan ‘buang kerja’ terhadap pemohon; a(7) Kertas Pertimbangan/Laporan yang dikemukakan kepada Lembaga Rayuan Tatatertib untuk membuat keputusan; a(8) Laporan sesi kaunseling bertarikh 4.9.2020 yang dirujuk oleh Pengerusi Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No. 2) dalam surat beliau bil. PDP.(S). 1/1844(55) bertarikh 21.5.2021 di perenggan 3.1(iv); a(9) Surat Tunjuk Sebab yang dekeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Petaling Bil (19) dlm PDP 1/1844 bertarikh 9.7.2020; a(10) Buku Rekod Perkhidmatan Pemohon, Fail Peribadi dan Fail Cuti Pemohon; dan a(11) Laporan SKT/LNPT Pemohon bagi tahun 2015 sehingga 2019.” 4 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Analisa dan Dapatan [4] Dokumen-dokumen yang dimohon oleh pemohon di perenggan a(1), a(2), a(3), a(4), a(5), a(7) dan a(8) Notis Permohonan Penzahiran adalah dokumen-dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai ‘Dokumen Terperingkat’ selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972. Namun, pemohon berhujah bahawa dokumen tersebut boleh di de-klasifikasi menurut peruntukkan Akta Rahsia Rasmi 1972 bagi tujuan permohonan ini. [5] Dalam kes Datuk Haji Dzulkifli Bin Datuk Abdul Hamid v. PP [1981] 1 MLJ 112, Mahkamah Pesekutuan telah memutuskan bahawa undang-undang hendaklah memberikan perlindungan kepada dokumen-dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai rahsia. Mahkamah Persekutuan telah menyatakan: “If the originator or the owner of the document treats it and the information contained in it as a secret and clearly marks it and keeps it as such, we do not think that it is open to anyone to regard it as otherwise. The law must give protection to such document or information even though it contains information generally known to the public.”. [6] Pada pandangan mahkamah, sesuatu dokumen yang telah diklasifikasikan sebagai dokumen terperingkat. Ianya tidak dengan semudahnya boleh di deklasifikasikan. [7] Mahkamah ini berpendapat bahawa pemohon hanya berhak untuk mempunyai akses bagi memeriksa dokumen-dokumen di bawah kategori dokumen awam (“public documents”) sahaja dan dokumen-dokumen yang dipohon untuk penzahiran dalam 5 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perenggan a(1), a(2), a(3), a(4), a(5), a(7) dan a(8) Notis Permohonan Penzahiran tidak boleh didedahkan kerana ianya adalah merupakan dokumen-dokumen terperingkat dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88]. [8] Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] telah menafsirkan maksud “official secret” sebagai— “official secret” means any document specified in the Schedule and any information and material relating thereto and includes any other official document, information and material as may be classified as “Top Secret”, “Secret”, “Confidential” or “Restricted” as the case may be, by a Minister, the Menteri Besar or Chief Minister of a State or such public officer appointed under section 2B.”. [9] Oleh itu, mahkamah ini berpendapat bahawa pemohon hanya berhak untuk mempunyai akses bagi memeriksa dokumen- dokumen di bawah kategori dokumen awam (“public documents”) sahaja dan dokumen-dokumen yang dipohon untuk penzahiran tidak boleh didedahkan kerana ianya adalah merupakan dokumen- dokumen terperingkat dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. [10] Seterusnya, bagi dokumen dan fakta yang dimohon oleh pemohon di perenggan a(6) Notis Permohonan Penzahiran adalah “Segala fakta, alasan dan dokumen-dokumen/maklumat yang ada yang mana pihak Lembaga Tatatertib telah bergantung dalam membuat keputusan bersalah dan ‘buang kerja’ terhadap pemohon”. Bagi dokumen dan fakta yang dipohon ini, tiada dokumen yang 6 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dinyatakan secara khusus. Permohonan a (6) juga melibatkan “segala fakta dan alasan”. Ini juga, tidak dinyatakan secara khusus. [11] Mahkamah ini berpandangan dokumen-dokumen yang dimohon adalah sangat am dan tidak dinyatakan secara spesifik serta amat menyukarkan untuk responden-responden untuk mengenal pasti dokumen-dokumen tersebut, sekaligus mungkin terjumlah kepada “fishing expedition”. [12] Bagi dokumen-dokumen yang dimohon oleh pemohon di perenggan a(10) dan a(11) Notis Permohonan Penzahiran, responden- responden telah menyatakan bahawa dokumen-dokumen ini tidak pernah berada dalam milikan, jagaan atau kuasa responden- responden. [13] Prinsip penzahiran adalah bahawa dokumen tersebut hendaklah berada dalam milikan sebelum ianya boleh dizahirkan. Rujuk kes: Yekambaran s/o Marimuthu v. Melayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581 yang menyatakan: “The essential elements for an order for discovery are threefold; namely, first there must be a “document”, secondly, the document must be “relevant” and thirdly, the document must be or have been in the “possession, custody or power” of the party against whom the order for discovery is sought. It is indisputable, that the items of which discovery is sought are documents and that they are in the possession, custody or power of the defendant and nothing more need be said about this.”. [14] Memandangkan dokumen-dokumen tersebut tidak berada dalam milikan responden-responden, maka penzahiran dokumen tersebut tidak dapat dilakukan. 7 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas, mahkamah ini berpuas hati bahawa permohonan ini tidak bermerit. Kesimpulan [16] Sehubungan itu, permohonan Kandungan 17 ini adalah ditolak tanpa perintah terhadap kos. Tarikh: 16 Mac 2023 (SHAHNAZ BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya, Shah Alam 8 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguamcara: Bagi Pihak Pemohon: Ebrina Binti Zubir Tetuan Maniam Nair & Co Advocates & Solicitors No. 117, Tingkat Dua, Jalan Genuang, 85000 Segamat, Johor maniamnair18@gmail.com +6 07 931 3675 Bagi Pihak Responden: ALA Husna binti Abdul Halim Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Dalam Negeri Aras 5, Blok D1, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya +6 03 8886 8575 9 S/NBA-25-75-10/2021 HxuBHIoYeUauzrzzqzYE5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal