HSIN NGIE INDUSTRY SDN BHD PENTADBIR TANAH DAERAH PONTIAN
Material non‑compliance by the Defendant with the mandatory procedural provisions of the National Land Code 1965—specifically failure to prove valid service of Form 6A on the registered proprietor, serious discrepancies between signed orders and gazetted notices, and failure to publish and register copies as...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-24NCvC-1020-09/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Hsin Ngie Industry Sdn. Bhd.; Defendant: Pentadbir Tanah Daerah Pontian
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 8 January 2024
- Case Number
- JA-24NCvC-1020-09/2023 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Originating Summons (saman Pemula) / Judgment (reasons Delivered)
- Outcome
- Originating summons allowed in favour of Plaintiff; forfeiture and related entries set aside.
- Legal Topics
- Forfeiture of Land, Service of Statutory Notice, Publication and Registration Requirements, Set Aside of Forfeiture, Registration/cancellation of Caveat
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Hsin Ngie Industry Sdn. Bhd.
Plaintiff
Pentadbir Tanah Daerah Pontian
Defendant
Procedural Posture
Originating Summons (saman Pemula) / Judgment (reasons Delivered)
Legal Issues
- 1 Whether the forfeiture (perlucuthakan) of the land under the National Land Code 1965 was valid
- 2 Whether Notice 6A was validly served on the registered proprietor
- 3 Whether the Defendant complied with mandatory procedures in sections 97, 100 and 130 of the National Land Code 1965 (Kanun Tanah Negara)
Ratio Decidendi
Material non‑compliance by the Defendant with the mandatory procedural provisions of the National Land Code 1965—specifically failure to prove valid service of Form 6A on the registered proprietor, serious discrepancies between signed orders and gazetted notices, and failure to publish and register copies as required by s130(2)/s433—rendered the forfeiture ineffective and unlawful; accordingly the Form 6A, Form 8A and related caveat are set aside and the Plaintiff's ownership declared.
Court Disposition
Originating summons allowed in favour of Plaintiff; forfeiture and related entries set aside.
Orders
- Declaration that Plaintiff is the lawful proprietor of GM80 Lot 4076 Mukim Rimba Terjun, Daerah Pontian, Negeri Johor.
- Declaration that service of Notice 6A via No. Perserahan 549/2015 on the property was irregular.
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-24NCvC-1020-09/2023 Kand. 32 31/12/2024 23:18:13 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO. JA-24NCVC-1020-03/2023 ANTARA HSIN NGIE INDUSTRY SDN. BHD. [No. Syarikat:199201006731 (238235-P)] …PLAINTIF DAN PENTABDIR TANAH DAERAH PONTIAN …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 1 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENGENALAN [1] Plaintif telah melalui Saman Pemula (Lampiran 1), antara yang lain, memohon — (a) suatu Deklarasi bahawa Plaintif adalah tuanpunya yang sah kepada hartanah yang dipegang di bawah GM 80 Lot 4076 Mukim Rimba Terjun, Daerah Pontian, Negeri Johor (“Hartanah tersebut”); (b) suatu Deklarasi bahawa penyampaian Notis Cukai Tidak Dibayar dalam Notis 6A melalui Nombor Perserahan : 549/2015 ke atas Hartanah tersebut adalah tidak teratur; (c) suatu Deklarasi bahawa Kaveat Pendaftar ke atas Hartanah tersebut melalui Nombor Perserahan: 946/2016 tiada kepentingan untuk dilindungi; (d) suatu Deklarasi bahawa Notis Perampasan Tanah dalam Notis 8A melalui Nombor Perserahan : 465/2016 ke atas Hartanah tersebut adalah salah di sisi undang-undang; (e) Notis Cukai Tidak Dibayar dalam Notis 6A melalui Nombor Perserahan: 549/2015 ke atas Hartanah tersebut dibatalkan; (f) Kaveat Pendaftar ke atas Hartanah tersebut melalui Nombor Perserahan 946/2016 dibatalkan; dan (g) Notis Perampasan Tanah dalam Notis 8A melalui Nombor Perserahan: 465/2016 ke atas Hartanah tersebut dibatalkan. 2 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Setelah meneliti hujahan bertulis Plaintif dan setelah mendengar hujahan lisan kedua-dua pihak, saya telah membenarkan Lampiran 1 dengan kos sebanyak RM1,500.00 dibayar oleh Responden kepada Pemohon. [3] Alasan-alasan saya berkenaan dengan keputusan tersebut adalah seperti yang berikut. FAKTA KES [4] Fakta kes ini adalah berdasarkan kepada Notis Permohonan, Afidavit-Afidavit dan hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak. [5] Plaintif adalah tuanpunya kepada Hartanah tersebut sejak 7.9.2011 dengan Cukai Tanah yang kena dibayar sebanyak RM105.00 setahun (salinan hakmilik di Ekshibit “TKH-1” dalam Lampiran 2). [6] Plaintif adalah suatu syarikat yang ditubuhkan di Malaysia dengan modal saham secara wang tunai berjumlah RM2,100,000.00 (sesalinan Carian Maklumat SSM syarikat Plaintif di Ekshibit “TKH-2” dalam Lampiran 2). [7] Pada 6.03.2018, Plaintif telah menjelaskan bayaran Cukai Tanah tertunggak dari tahun 2012 hingga 2015 termasuk denda lewat sebanyak RM650.00 dengan sepenuhnya (sesalinan Resit Cukai Tanah dari Defendan di Ekshibit “TKH-3” dalam Lampiran 2). [8] Plaintif kemudian mendapati butir-butir berikut dicatatkan ke atas 3 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Hartanah tersebut: i. Notis Cukai Tidak Dibayar dalam Notis 6A melalui Nombor Perserahan: 549/2015 (“Notis 6A tersebut”); ii. Kaveat Pendaftar melalui Nombor Perserahan: 946/2016 (“Kaveat Pendaftar tersebut”); dan iii. Notis Perampasan Tanah dalam Notis 8A melalui Nombor Perserahan: 465/2016 (“Notis 8A tersebut”). Sesalinan Carian Persendirian Hakmilik ke atas Hartanah tersebut Ekshibit “TKH-4” dalam Lampiran 2. [9] Plaintif berhujah bahawa Plaintif tidak pernah menerima sebarang Notis 6A tersebut dan tiada pengetahuan mengenai Kaveat Pendaftar. Plaintif juga berhujah Notis 6A tersebut adalah cacat kerana cukai tanah tertunggak yang dituntut belum genap enam (6) bulan. [10] Plaintif selanjutnya berhujah bahawa peramapasan Hartanah tersebut adalah salah dari sisi undang-undang berdasarkan alasan-alasan yang berikut: (a) Notis 6A tersebut tidak pernah diaku terima oleh Plaintif pada 26.8.2015 dan ia diterima oleh syarikat yang berlainan. Oleh itu, Notis 8A tersebut adalah salah dari sisi undang-undang kerana Defendan gagal 4 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membukitikan Notis 6A tersebut telah disampaikan kepada Plaintif menurut seksyen 432 Kanun Tanah Negara 1965 (“KTN”).; (b) keterangan Defendan adalah bercanggah kerana perenggan 7.4 Afidavit Jawapan Defendan (Lampiran 5) menyatakan Notis 6A tersebut disampaikan kepada Plaintif melalui pos daftar manakala dalam Dokumen Verifikais menyatakan Notis 6A tersebut disampaikan melalui penyampaian ganti.; (c) Perintah Pentadbir yang dikeluarkan di bawah seksyen 100 KTN adalah cacat kerana ia adalah berdasarkan Notis 6A tersebut yang tidak teratur iaitu penyampaian pada 21.9.2015 secara penyampaian ganti menurut seksyen 432 KTN; (d) Warta Kerajaan No. 3076 yang menyiarkan Perintah Pentadbir gagal menyatakan bahawa No. Lot Hakmilik tersebut iaitu GM80, Lot 4076; (e) Dokumen Verifikasi mengenai Nombor Peserahan 465/2016 pada 17.11.2016 gagal mengikut Jadual Empat Belas KTN kerana ia tidak dilengkapkan dengan nombor lot kepada Hartanah tersebut; dan (f) Plaintif telah menjelaskan bayaran tertunggak pada 6.3.2018 dan resit rasmi telah dikeluarkan oleh Defendan pada hari yang sama. Oleh itu, Defendan dihalang membangkitkan isu mengenai masalah teknikal yang berlaku kepada Sistem Hasil Tanah Johor (“SHTJ”) pada masa tersebut. [11] Defendan tidak memfailkan sebarang hujahan bertulis sehingga 5 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pendengaran Notis Permohonan (Lampiran 1). Secara ringkas, Defendan melalui Lampiran 5 menyatakan bahawa— (a) Notis 6A tersebut telah diserahkan kepada Plaintif pada 26.7.2015 dalam tempoh tiga (3) bulan daripada notis disampaikan; (b) Notis 6A tersebut disampaikan kepada Plaintif melalui pos berdaftar pada 29.7.2015 dan telah diakui terima oleh Plaintif pada 26.8.2015; (c) Notis 6A tersebut kemudian didaftarkan ke atas Hartanah tersebut melalui nombor perserahan 549/2015 pada 21.9.2015; (d) Kaveat Pendaftar bagi nombor perserahan 946/2016 yang bertarikh 16.6.2016 dimasukkan bagi memastikan Hartanah tersebut tersedia untuk menjelaskan apa-apa hutang terhadap Pihak Berkuasa Negeri; (e) Perintah Pentadbir telah diisyitharkan pada 3.7.2016 bahawa Hartanah tersebut telah dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri apabila Plaintif gagal menjelaskan tunggakan cukai tanah dalam tempoh yang ditetapkan; (f) Notis Perkembalian Tanah Kepada Kerajaan melalui Notis 8A tersebut telah dikeluarkan pada 3.7.2016; (g) Perintah Pentabdir di bawah seksyen 100 KTN dan Notis 8A tersebut telah diwartakan dalam Kerajaan No. 3076 dan 3077 pada 27.10.2016; (h) Notis 8A tersebut telah didaftarkan ke atas Hartanah tersebut melalui nombor perserahan 465/2015 pada 17.11.2016; 6 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) bayaran tunggakan cukai tanah diterima oleh Defendan pada 6.3.2018 disebabkan terdapat masalah teknikal kepada SHTJ dan telah menyebabkan cukai tanah masih boleh dibayar walaupun Hartanah tersebut telah dirampas dan dibatalkan; dan (j) Defendan telah melalui surat bertarikh 8.5.2019 memohon Plaintif untuk membuat tuntutan balik hasil bagi jumlah yang telah dibayar pada 6.3.2018. ISU-ISU YANG PERLU DITENTUKAN [12] Isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah ini adalah sama ada perlucuthakkan Hartanah tersebut oleh Pentadbir Tanah adalah sah dari sisi undang-undang. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada perlucuthakkan Hartanah tersebut oleh Pentadbir Tanah adalah sah dari sisi undang-undang. [13] Saya telah meneliti Afidavit Sokongan Pemohon (Lampiran 2) dan Afidavit Jawapan Responden (Lampiran 5) serta dokumen- dokumen yang dilampirkan sebagai eksibit, mendapati bahawa kedua-dua pihak tidak mempertikaikan bahawa terdapat tunggakan cukai tanah yang tidak dibayar oleh Plaintif dan Hartanah tersebut kemudian telah dilucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri. Apa yang dipertikaikan adalah perlucuthakan Hartanah Tanah tersebut oleh Defendan adalah tidak menurut kehendak di bawah KTN dan akibat daripada itu, Notis 8A tersebut yang dikeluarkan adalah salah dari sisi undang-undang. 7 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [14] Bagi menentukan isu yang dipertikaikan, saya merujuk kepada perenggan 7.4 Lampiran 5 dan Notis 6A tersebut yang menuntut tunggakan cukai tanah seperti di ekshibit MFMZ-1 telah dialamatkan kepada Plaintif di alamat pendaftaran Plaintif di 155B, Satok Road, 93400 Kuching Sarawak. Namun Notis 6A tersebut telah diserahkan dan diterima oleh syarikat Hsin Ngee Hardware Sdn. Bhd. pada 26.8.2015 (sila rujuk akuan penerimaan pos daftar AR di eksibit MFMZ-1 ). Melalui kad pos berdaftar, Notis 6A tersebut diaku terima oleh syarikat yang lain walaupun ia mempunyai nama yang sama dengan Plaintif iaitu Hsin Ngie. Namun, dari segi perundangan, kedua-dua syarikat merupakan dua entiti syarikat yang berlainan. [15] Selanjutnya, saya merujuk kepada perenggan 5(c) dalam Dokumen Verifikasi (eksibit MFMZ-1) yang menyatakan Notis 6A tersebut melalui No. Perserahan 549/2015 bertarikh 21.9.2015 dengan catatan masa 10:43:19 pagi diserahkan kepada Plaintif melalui seksyen 432 KTN. Seksyen 432 KTN memperuntukkan mengenai penyampaian ganti yang mana penyampaian boleh dibuat dengan penampalan salinan notis di suatu tempat yang boleh dinampak di atas tanah tersebut dan di bangunan mahkamah, masjid atau pejabat penghulu atau balai, atau di pasar atau tempat awam lain, dalam kawasan di mana tanah itu terletak dan dengan menyiarkan suatu salinan notis itu dalam Warta dan, jika difikirkannya sesuai, dalam satu atau lebih akhbar yang diedarkan di Negeri itu. [16] Tiada apa-apa dokumen dikemukakan melalui Lampiran 5 menunjukkan Notis 6A tersebut disampaikan melalui penyampaian ganti. Oleh itu, saya berpendapat bahawa Catatan 8 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam Dokumen Verifikasi adalah jelas bercanggah dengan penyampaian melalui pos daftar. [17] Saya seterusnya merujuk kepada perenggan 7.7 hingga 7.9 Lampiran 5 dan juga dokumen-dokumen di eksibit MFMZ-2 iaitu Perintah Pentadbir (seksyen 100) dan Notis 8A tersebut yang bertarikh 3.7.2016 (seksyen 130) yang diwartakan dalam Warta Kerajaan No. 3076 dan 3077 pada 27.10.2016. [18] Adalah diperhatikan bahawa Perintah Pentadbir (seksyen 100) dan Notis 8A tersebut (seksyen 130) adalah bertarikh pada hari yang sama, iaitu 3.7.2016 dan ia juga diwartakan pada tarikh yang sama pada 27.10.2016 masing-masing melalui Warta Kerajaan No. 3076 dan 3077. [19] Rujukan dibuat kepada subseksyen 130 KTN yang memperuntukkan bahawa— “(1) Dengan seberapa segera yang boleh selepas dibuat suatu perintah di bawah seksyen 100 atau 129 mengenai mana-mana tanah (iaitu, suatu perintah yang mengisytiharkan tanah itu terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri kerana ketiadaan bayaran sewa atau pelanggaran mana-mana syarat), Pentadbir Tanah hendaklah menyiarkan di dalam Warta satu pemberitahuan mengenai pelucuthakan dalam Borang A; dan setelah disiarkan sedemikian, pelucuthakan itu hendaklah mula berkuatkuasa sepertimana yang disebutkan dalam seksyen 131. (2) Salinan mana-mana pemberitahuan yang disiarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan selaras dengan peruntukan-peruntukan seksyen 433, dan Pentadbir Tanah hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh selepas pemberitahuan itu disiarkan, mendaftar atau menyebabkan didaftarkan satu memorial mengenainya di atas dokumen hakmilik daftaran tanah yang dipersoalkan.”. [Penekanan ditambah] [20] Menurut subseksyen 130(1) KTN, Notis 8A hendaklah disiarkan dalam Warta selepas Perintah Pentabdir yang dibuat di bawah seksyen 100 KTN. Dalam hal ini, adalah jelas kedua-dua Perintah 9 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pentabdir dan Notis 8A tersebut adalah bertarikh pada hari yang sama dan ia diwartakan pada hari yang sama juga. Ia jelas bercanggah dengan subseksyen 130(1) KTN. [21] Selanjutnya, saya mendapati bahawa Defendan telah gagal mematuhi subseksyen 130(2) KTN apabila Defendan gagal menyiarkan Notis 8A tersebut menurut seksyen 433 KTN. Defendan telah menyiarkan Notis 8A tersebut pada 27.10.2016, namun Notis 8A tersebut hanya disampaikan menurut seksyen 433 KTN oleh penghantar notis hanya pada 19.1.2017 pada jam 11.00 pagi (ekshibit MFMZ-5 dalam Lampiran 5). Penyiaran tersebut hanya di buat selepas dua (2) bulan lapan (8) hari daripada tarikh Warta dan pendaftaran Notis 8A tersebut melalui nombor perserahan 465/2015 hanya dibuat pada 17.11.2016, iaitu dalam masa lebih kurang satu (1) bulan daripada tarikh Warta dibuat. [22] Saya merujuk kepada Perintah Pentabir yang dieksibitkan di MFMZ-2 yang ditandatangani oleh Pentabir Tanah, Daerah Pontian bertarikh 3.7.2016 (“Perintah ditandatangan”) dan Perintah Pentabir yang diwartakan melalui Warta Kerajaan No. 3076 (“Perintah diwartakan”), adalah diperhatikan terdapat percanggahan dalam Perintah ditandatangan dengan Perintah diwartakan, seperti yang berikut: (a) Perintah ditandatangan menyatakan bahawa Notis 6A tersebut diserahkan kepada pemilik tanah pada 26.8.2015, manakala Perintah diwartakan menyatakan tarikh serahan adalah pada 13.8.2015; 10 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (b) Perintah ditandatangan menyatakan catatan penyerahan telah ditulis dalam daftar 21.9.2015, manakala Perintah diwartakan menyatakan tarikh ditulis adalah 4.11.2015; (c) butir-butir Hartanah tersebut yang disebut dalam Perintah ditandatangan adalah MKG 80, No. Lot 4076, Mukim Rimba Terjun, Daerah Pontian manakala dalam Perintah warta adalah MKG 978, No. Lot 2750, Mukim Benut Daerah Pontian; (d) jumlah tunggakan cukai tanah yang disebut dalam Perintah adalah RM524.00 manakala dalam Perintah warta adalah RM816.50; dan (e) tempoh masa pembayaran yang disebut dalam Perintah adalah 25.11.2015 manakala dalam Perintah warta adalah 12.11.2015. [23] Oleh itu, saya mendapati percanggahan itu adalah percanggahan yang serius, khususnya mengenai butir-butir Hartanah tersebut dalam Perintah Pentadbir yang dikeluarkan di bawah seksyen 100 melalui Warta no. 3076 dengan Perintah Pentadbir yang ditandatangan oleh Pentadbir Tanah. Ia juga bercanggah dengan butir-butir yang dinyatakan dalam Notis 8A tersebut yang disiarkan dalam Warta no. 3077 pada 27.10.2016. Oleh itu, percanggahan itu menimbulkan keraguan sama ada Notis 6A sebenarnya diserahkan kepada Plaintif dan bilakah tempoh terakhir pembayaran tunggakan cukai tanah. Percanggahan ini juga mengukuhkan dapatan Mahkamah di perenggan 14 atas bahawa Plaintif tidak menerima Notis 6A tersebut melalui pos berdaftar. 11 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [24] Bagi menyokong dapatan saya di atas, rujukan kepada kes Pow Hing & Anor v Registrar of Title, Malacca [1981] 1MLJ 155 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa— “…The question next arises as to whether there was compliance with the provisionsof section 100. That section stipulates that if by the end of the specified period the whole sum demanded by the notice has not been tendered the Collector shall thereupon by order declare the land forfeit to the State Authority. The Collector says in his affidavitthat he did by order so declare on June 21, 1979 but the order exhibited thereto is Form 8A which is a notification of the forfeiture under section 130(1) for publication in the Gazette. Section 130(1) provides for such publication of the notification of forfeiture in Form 8A as soon as may be after the making of an order under section 100 declaring the land forfeit to the State Authority. There should therefore, in our view, be a separate order previously made under section 100 distinct from the notification of forfeiture in Form 8A… … We now revert to a consideration of the provisions of section 130(1) exvisceribus verborum which require the Collector to publish in the Gazette a notification of the forfeiture in Form 8A as soon as may be after the making of an order under section 100. The Collector says in his affidavit that he declared the land forfeit to the State Authority on June 21, 1979 and that this order was duly served on the registered proprietor on June 23, 1979 although there is no stipulation for such service in the Code. As we have seen there was no order as such under section 100 but what the Collector is referring to is only the notification in Form 8A under section 130(1), but even then and in any event the notification of forfeiture in Form 8A was only published in the Gazette on January 31, 1980, more than 7 months later, which can hardly be said to be ‘as soon as may be after the making of an order under section 100’, without stretching that requirement well beyond any conceivable latitude that can be properly given in the circumstances. The publication in the Gazette was contrived as an afterthought only after the presentation of the appellants' instruments in nothing more than a blatant attempt to forestall their registration and justify their rejection and avoid the consequences of the grave and fatal omission of the Collector to have done so as far back as June 1979. We are fortified in this conclusion by the fact that two of the instruments presented by the appellants for registration were rejected and returned by the respondent by his letter of January 29, 1980 — 2 days before the notification of forfeiture in Form 8A was gazetted and some 11 days before he entered 12 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a Registrar's caveat, and the other two on the very day of the publicationin the Gazette and some 9 days before the entry of his caveat. We must emphasize that section 130(1) specifically provides that the forfeiture shall take effect as mentioned in section 131 only upon publication in the Gazette of the notification of forfeiture in Form 8A. There is furthermore no indication in the affidavits of the respondent and the Collector of compliance with the provisions of subsection (2) of section 130 requiring copies of the notification published under subsection (1) to be published in accordance with the provisions of section 433 and for the registration by or at the instance of the Collector of a memorial thereof upon the register document of title to the land. Section 131(a) prescribes that upon the taking effect of the forfeiture, that is to say, after compliance with the provisions of section 130(1), the land shall revert to the State Authority as State land, freed and discharged from all titles and interests subsisting or capable of arising immediately before the forfeiture took effect. If the purported forfeiture had not taken effect in relation to the land in question until January 31, 1980 when Form 8A was gazetted, then clearly could not have affected the instruments presented for registration prior to that date. The trilogic provisions of sections 97(2), 100 and 130(1) are in ultimate analysis clearly mandatory and non compliance therewith will vitiate any purported forfeiture which can be voided at the instance of the appellants under the provisions of section 134. The learned judge was therefore wrong in his conclusion that since the Collector has ‘rightly or wrongly completed the forfeiture’ the land is now State land, as once the forfeiturecan and should be and is in fact set aside there would be a reversion to the status quo ante…”. [Penekanan ditambah] [25] Rujukan juga dibuat kepada kes Khoo Cheng (P) v. Pentadbir Tanah Muar (2006) 1 LNS 365 yang mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa – “…One other requirement was also totally overlooked. Section 130 (2) states that “copies of any notification under sub-section (1) shall be published in accordance with the provision of section 433, and the Land Administrator shall as soon as may be after the notification is published, register or cause to be registered a memorial thereof upon the register document of tittle to the land in question.” But that was not done. Admittedly, there was a memorial of publication of the Form 8A in the Gazette on the register document of title (see enclosure 3 exhibit GHC-3). But there was no memorial of the 13 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal publication of copies of that Form 8A in accordance with the provisions of section 433 on the register document of tittle. It was so plain that there was a failure on the part of the Defendant to comply with legal requirement. For a start the Defendant had not even served the Form 6A on the proprietor. The delivery of the Form 6A at the asserted last known address of the deceased, if indeed that were the last known address of the deceased, was not good service. Section 431(1)(b) clearly stated that the delivery of any notice at the proprietor’s last known place of business or abode shall be “to his servant or to an adult member of his family”. Service was fundamental, and non service of the Form 6A was ground enough to set aside the forfeiture. But if non service of the Form 6A, were not ground enough, then the further failure of the Defendan (i) to register a note of the service of the Form 6A on the register document of title, (ii) to make a section 100 order, be it in the form of “a simple order in the terms of the section on default by the end of the specified period declaring the land forfeit to the State Authority” or “a minute to this affect in the relevant file”, as distinct from the notification of forfeiture in Form 8A, (iii) to publish copies of the Form 8A in accordance with the provisions of section 433, and (iv) to register a memorial of the publication of copies of the Form 8A on the register document of title, all mandatory requirements of the provisions, was surely more than solid ground to set aside the forfeiture. This was not a case of an irregularity in the form or service of any notice under Chapter 2 of Part Six. On the contrary, this was a case of forfeiture that had been made contrary to provisions and of failure on the part of Defendant to comply with legal requirements. The entire forfeiture procedure was flawed. The order of forfeiture was a nullity that could not be defended. For those reasons, it is hereby ordered that the order of forfeiture be set aside with costs to the Plaintiff.” [Penekanan ditambah] [26] Menggunapakai prinsip yang diputuskan dalam kes-kes atas dan berdasarkan fakta kes ini, boleh dirumuskan bahawa Defendan telah gagal mematuhi seksyen 97,100 dan 130 KTN dan pematuhan kehendak di bawah peruntukan-peruntukan tersebut adalah wajib. Kegagalan Defendan untuk menyampaikan Notis 6A tersebut kepada Plaintif telah menyebabkan segala tindakan perlucuthak Haranah tersebut oleh Defendan adalah tidak teratur dari sisi undang-undang. Oleh itu, ketidakpatuhan kepada 14 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal peruntukan-peruntukan tersebut adalah fatal dan menyebabkan Notis 8A tersebut tidak sah dari sisi undang-undang. Susulan daripada itu, Notis 8A tersebut diketepikan dan Kaveat Pendaftar harus dibatalkan. [27] Mengenai isu penerimaan bayaran tunggakan cukai tanah oleh Defendan pada 6.3.2018 disebabkan masalah teknikal SHTJ dan pengeluaran surat Defendan pada 8.5.2019 memohon Plaintif menuntut semula bayaran yang telah dibuat, saya mendapati perkara ini adalah suatu pemikiran terkemudian bagi menjustifikasi penerimaan bayaran oleh Defendan. Tiada apa- apa bukti dikemukakan oleh Defendan yang menunjukkan bahawa SHTJ mengalami masalah teknikal pada ketika itu. Surat yang dikeluarkan oleh Defendan adalah satu (1) tahun dua (2) bulan dan dua (2) hari kemudian. Pernyataan Defendan tanpa sebarang bukti tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini. KESIMPULAN [28] Dalam kes ini, saya berpendapat bahawa kegagalan Defendan mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah seksyen 97, 100 dan 130 KTN adalah fatal dan telah menyebabkan Notis 8A yang dikeluarkan adalah salah dari sisi undang-undang dan dengan itu ia harus diketepikan. [29] Oleh itu, saya membenarkan Lampiran 1 seperti yang berikut: (a) Deklarasi bahawa Plaintif adalah tuanpunya yang sah kepada Hartanah tersebut; (b) Deklarasi bahawa penyampaian Notis 6A tersebut melalui Nombor Perserahan 549/2015 ke atas Hartanah 15 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal tersebut adalah tidak teratur; (c) Deklarasi bahawa Kaveat Pendaftar ke atas Hartanah tersebut melalui Nombor Perserahan 946/2016 tiada kepentingan untuk dilindungi; (d) Deklarasi bahawa Notis 8A tersebut melalui Nombor Perserahan 465/2016 ke atas Hartanah tersebut adalah salah di sisi undang-undang; (e) Notis 6A tersebut melalui Nombor Perserahan : 549/2015 ke atas Hartanah tersebut dibatalkan; (f) Kaveat Pendaftar ke atas Hartanah tersebut melalui Nombor Perserahan 946/2016 dibatalkan; (g) Notis 8A tersebut melalui Nombor Perserahan 465/2016 ke atas Hartanah tersebut dibatalkan; dan (h) kos sebanyak RM1,500.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Bertarikh 6 Disember 2024 Ditandatangani: ………………….. Wong Mee Ling Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Johor Darul Ta’zim. Peguam Bagi Plaintif Encik Yahya Chuah Tetuan Lau Kok Guan, Liana, & Kuan No. 119 & 119A, Jalan Sutera Satu 16 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Taman Sentosa 80150 Johor Bahru Johor Darul Takzim Peguam Bagi Defendan Tuan Mohamad Zulfadhli bin Tuah Peguam Kanan Persekutuan Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Aras 2, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad Kota Iskandar 79100 Iskandar Puteri Johor Darul Takzim Kes-Kes Yang Dirujuk : 1. Pow Hing & Anor v Registrar of Title, Malacca [1981] 1MLJ 155 2. Khoo Cheng (P) v. Pentadbir Tanah Muar (2006) 1 LNS 365 Perundangan Yang Dirujuk: 1. Kanun Tanah Negara 1965 17 S/N FEQKe1XO1ECQyyKD9x33Zg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal