U MOBILE SDN BHD EXTREME BROADBAND SDN BHD
The appeal was dismissed because there was no concluded contract or licence (Letter of Offer unsigned) creating an obligation on defendant to permit plaintiff access; plaintiff had entered and installed equipment without permission (trespass); defendant had not interfered with or used plaintiff's equipment and had...
Source-derived case information.
- Citation
- WA-12ANCvC-67-02/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff/appellant: U Mobile Sdn Bhd; Defendant/respondent: Extreme Broadband Sdn Bhd
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 27 July 2022
- Case Number
- WA-12ANCvC-67-02/2022 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal (interlocutory Application for Mandatory Injunction) / High Court (appeal From Sessions Court)
- Outcome
- Appeal dismissed
- Legal Topics
- Interlocutory Mandatory Injunction, Specific Relief, License/letter of Offer, Technical Site Survey, Trespass, Access to Equipment
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
U Mobile Sdn Bhd
Plaintiff/appellant
Extreme Broadband Sdn Bhd
Defendant/respondent
Procedural Posture
Civil Appeal (interlocutory Application for Mandatory Injunction) / High Court (appeal From Sessions Court)
Legal Issues
- 1 Whether an interlocutory mandatory injunction should be granted to permit plaintiff access to sites and removal of equipment
- 2 Whether any contractual licence or obligation existed between the parties allowing plaintiff access
- 3 Whether plaintiff had lawful possession or had trespassed by installing equipment without permission
Ratio Decidendi
The appeal was dismissed because there was no concluded contract or licence (Letter of Offer unsigned) creating an obligation on defendant to permit plaintiff access; plaintiff had entered and installed equipment without permission (trespass); defendant had not interfered with or used plaintiff's equipment and had indicated willingness to permit removal subject to undertakings; plaintiff failed to demonstrate the exceptional circumstances required for a mandatory interlocutory injunction.
Court Disposition
Appeal dismissed
Orders
- Appeal dismissed and decision of Sessions Court dated 8.2.2022 upheld
- Costs awarded to respondent in the amount of RM5000.00 subject to fi alokatur
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
WA-12ANCvC-67-02/2022 Kand. 31 13/10/2022 09:13:01 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN SIVIL NO : WA-12ANCVC-67-02/2022 ANTARA U MOBILE SDN BHD (NO. SYARIKAT : 199101013657 (223969-U) ) … PERAYU / PLAINTIF DAN EXTREME BROADBAND SDN BHD (NO. SYARIKAT : 200501013550 (690597-U) ) … RESPONDEN / DEFENDAN 1 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 1 ) NOTIS RAYUAN [1] Perayu / Plaintif tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Julai 2022 dan merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap keseluruhan keputusan tersebut, yang menolak rayuan Perayu / Plaintif terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. [2] Pihak-pihak akan disebut sebagai Plaintif untuk Perayu dan Defendan untuk Responden dalam alasan penghakiman ini. PERMOHONAN PLAINTIF [3] Rayuan adalah berikutan Notis Permohonan Plaintif di Mahkamah Sesyen [Lampiran 8] di bawah seksyen 9, 10, 51 dan / atau 53 Akta Relief Spesifik 1950, Aturan 29 Kaedah 1 dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) dan / atau bidang kuasa sedia ada untuk perintah-perintah seperti berikut:- a) satu injunksi memaksa Defendan, sama ada bertindak secara kediri, pekerja-pekerjanya, ejen-ejen, wakil-wakil, pemegang- pemegang lesen atau sesiapa yang mengawal tapak-tapak di Lorong Berkerly, Taman Berkerley, 91000 Tawau, Sabah (BEKY) dan Hospital Tawau, Jalan Tanjung Batu, 91000 Tawau, Sabah (HSTW), atau sesiapa-siapa atau jika tidak walau bagaimanapun, dalam 7 hari dari servis Perintah ini, 2 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membenarkan Plaintif, sama ada kediri, ejen-ejennya, pekerja- pekerja, wakil-wakil, kontraktor-kontraktor bebas atau sebaliknya, akses kepada tapak-tapak untuk mengambil posesi, menurunkan, dimobilisasi dan mengeluarkan peralatan Plaintif yang dipasang di atas menara-menara telekomunikasi Defendan dan kawasan-kawasan bersebelahan di Tapak-tapak BEKY dan HSTW, seperti yang dibutirkan di Lampiran kepada Notis Permohonan ini dalam 3 bulan daripada Plaintif, ejen-ejennya, pekerja-pekerja, wakil-wakil, kontraktor-kontraktor bebas atau sebaliknya diberi akses, atau sebarang tempoh yang lain yang difikirkan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini; b) Defendan dihalang daripada mengeluarkan, memusnahkan, mengusik atau sebaliknya peralatan Plaintif sehingga penentuan Plaintif mengambil posesi, menurunkan, dimobilisasi dan mengeluarkan peralatan yang dipasang di atas menara-menara telekomunikasi Defendan dan kawasan-kawasan bersebelahan di Tapak-Tapak BEKY dan HSTW; c) kos; dan d) sebarang relif tambahan atau lain relif atau arahan yang difikirkan wajar oleh Mahkamah yang Mulia ini. [4] Mahkamah Sesyen telah menolak Notis Permohonan Plaintif [Lampiran 8] dengan kos dibayar oleh Plaintif kepada Defendan sebanyak RM1500.00. 3 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal LATAR BELAKANG [5] Plaintif adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang- undang Malaysia dan merupakan pembekal servis telekomunikasi. [6] Defendan adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan merupakan pembekal kemudahan rangkaian bagi industri telekomunikasi. [7] Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan program Pemberian Perkhidmatan Sejagat untuk menggalakkan ketersediaan dan penggunaan meluas rangkaian telekomunikasi dan perkhidmatan aplikasi dengan menggalakkan pemasangan kemudahan rangkaian dan penyediaan perkhidmatan rangkaian dan aplikasi di kawasan-kawsan yang kurang liputan perkhidmatan dan untuk kumpulan yang kurang mendapat perkhidmatan di Malaysia. [8] MCMC telah menganugerahkan Defendan sebagai pembekal kemudahan rangkaian untuk memperoleh Tapak-Tapak USP (Universal Service Provision) dan membina menara telekomunikasi di kawasan luar bandar yang kurang liputan perkhidmatan dan Celcom Axiata Berhad sebagai pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memasang dan mengendlikan peralatan telekomunkasi di atas menara yang dibina oleh Defendan. [9] Pembekal servis yang dilantik untuk Tapak-Tapak USP adalah seperti berikut: 4 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Defendan sebagai pembekal kemudahan rangkaian telekomunikasi untuk operator memperoleh Tapak-Tapak USP dan membina menara telekomunikasi di kawasan luar bandar yang kurang liputan perkhidmatan ini; dan b) Celcom Axiata, sebagai pembekal perkhidmatan telekomunikasi untuk memasang dan mengendalikan peralatan telekomunkasi di atas menara yang dibina oleh Defendan. [10] Tapak-Tapak komersial Defendan sendiri adalah tapak-tapak yang telah diperoleh oleh Defendan dengan memasukki penyewaan atau perjanjian lain dengan pemilik tapak-tapak tersebut, untuk membina menara- menara telekomunikasi bagi tujuan komersial. [11] Plaintif sebagai pembekal kemudahan rangkaian telah berjumpa Defendan dan memaklumkan akan hasrat untuk mendapatkan dari Defendan lesen untuk memasang peralatan komunikasi pada tapak-tapak tempat Defendan. [12] Plaintif telah membuat permohonan kepada Defendan untuk menjalan kan site survey yang disebut sebagai Technical Site Survey (TSS). TSS adalah amalan dalam industri untuk menilai dan menentukan ketersediaan ruang di menara dan tapak tersebut. Kehadiran operator lain pada tapak tersebut juga diambilkira. 5 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [13] Melalui TSS didapati terdapatnya ruang walaupun terdapat operator lain di tapak tersebut. Plaintif telah mengemukakan “Technical Proposal” (TP) untuk pertimbangan Defendan. [14] Pihak-pihak pada masa itu juga telah berbincang berkenaan lesen dan juga terma dan syarat. Defendan telah kemukakan draf “ Letter Of Offer “ (LOO) yang menyenaraikan terma dan syarat lesen kepada Plaintif untuk pertimbangan. [15] Plaintif tidak menandatangani LOO tersebut dan tidak ada perjanjian sama ada secara bertulis atau sebaliknya. Tiada lesen dikeluarkan untuk memasukki, memasang, untuk operasi atau mengurus `peralatan telekomunikasi pada tapak tersebut, terutamanya BEKY dan HSTW. [16] Pada April 2019, Plaintif telah memohon kebenaran untuk memasukki tapak tersebut. Defendan telah pada 18.4.2019 [ms 221 hingga 225 RR Jilid 4] memaklumkan bahawa mereka tidak dapat membenarkan sehinggalah terma dan syarat dalam LOO diterima oleh Plaintif. [17] Tanpa menghiraukan perkara di atas, Plaintif tanpa kebenaran Defendan telah memasukki tapak tersebut, mengurus dan memasang peralatan telekomunikasi pada tapak-tapak tersebut. [18] Pemasangan Peralatan Plaintif di atas Menara Telekomunikasi Defendan di tapak-tapak 6 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal TaQak USP: IJAI (1) Plaintif meminta kelulusan daripada Defendan untuk menjalankan Kajian Tapak Teknikal (Technical Site Survey “TSS”) di tapak IJAI. Defendan meluluskan permintaan Plaintif untuk menjalankan TSS tersebut di tapak IJAI. (2) Plaintif mengemukakan Cadangan Teknikal ( Technical Proposal “TP” ) untuk tapak IJAI untuk kelulusan Defendan-Defendan telah menerima TP Plaintif untuk tapak IJAI. TaQak USP: MASO (3) Plaintif telah meminta kelulusan daripada Defendan untuk menjalankan TSS di tapak MASO. Defendan meluluskan permintaan Plaintif untuk menjalankan TSS tersebut di tapak MASO. (4) Plaintif mengemukakan TP untuk tapak MASO untuk mendapatkan kelulusan Defendan-Defendan telah menerima TP Plaintif untuk tapak MASO. TaQak USP: NDUT (5) Plaintif meminta kelulusan daripada Defendan untuk menjalankan TSS di tapak NDUT. Defendan meluluskan permintaan Plaintif untuk menjalankan TSS tersebut di tapak NDUT. 7 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (6) Plaintif mengemukakan TP untuk tapak NDUT untuk kelulusan Defendan. TaQak EBB: BEKY (7) Defendan telah menerima permintaan Plaintif untuk menjalankan TSS di tapak BEKY. Defendan telah menerima TP Plaintif untuk tapak BEKY. TaQak EBB: HSTW (8) Defendan telah menerima permintaan Plaintif untuk menjalankan TSS di tapak HSTW. Defendan telah menerima TP Plaintif untuk tapak HSTW. [19] Tindakan-tindakan Plaintif tersebut adalah semasa pihak-pihak masih berbincang berkenaan terma dan syarat lesen.. [20] Defendan telah membuat laporan polis terhadap Plaintif dan memaklumkan kepada Plaintif bahawa perlakuan Plaintif tidak dapat diterima dan Defendan akan meninggalkan perbincangan berkaitan lesen. [21] Walau bagaimanapun perbincangan telah berjalan sehingga Jun 2020 tetapi gagal dan 11 bulan dari Jun 2020 Plaintif telah memfailkan tuntutan guaman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Defendan dan Defendan pula telah memfailkan tuntutan balas. Guaman tersebut akan didengar oleh Mahkamah Sesyen. 8 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PERTIKAIAN-PERTIKAIAN [22] Melalui surat bertarikh 29.7.2019, Defendan mendakwa bahawa Plaintif telah menceroboh dan telah menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang di Tapak-Tapak USP dan Tapak-Tapak EBB. Defendan juga mendakwa bahawa Plaintif telah menceroboh masuk ke Tapak-Tapak USP dan Tapak-Tapak EBB dan memasang peralatan Plaintif tanpa pengetahuan dan kelulusan Defendan. Plaintif menafikan dakwaan- dakwaan Defendan tersebut. [23] Melalui surat bertarikh 28.4.2021, peguamcara Plaintif telah menuntut supaya Defendan menyerahkan peralatan Plaintif di Tapak-Tapak EBB. Melalui surat tersebut, Plaintif juga menuntut pembayaran jumlah RM362,622.00 untuk kehilangan dan ganti rugi yang dialami oleh Plaintif. DAPATAN MAHKAMAH [24] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Puan Hakim Mahkamah Sesyen bertarikh 8.2.2022 dan berpendapat tiada keperluan untuk Mahkamah ini mengubah keputusan tersebut dan menolak rayuan pihak Plaintif / Perayu dengan kos. [25] Undang-undang berkaitan injunksi adalah jelas seperti yang diperuntukan dibawah:- “ Section 53 Specific Relief Act 1950 [Tab 1 RBOA]: “When, to prevent the breach of an obligation, it is necessary to compel the performance of certain acts which the court is capable of enforcing, the court may in its discretion grant an injunction to prevent the breach complained of, and also to compel performance of the requisite acts”. 9 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ii) Dalam kes Tinta Press Sdn Bhd v Bank Islam Malaysia Berhad [1987]CLJ Rep 396 at page 389 para E to G Supreme Court [Tab 2 RBOA] menyatakan seperti berikut:- “ By judicial process, and powers extended to the granting of an interlocutory mandatory injunction before trial. Such discretion however must be exercised and an injunction granted only in exceptional and extreme rare cases...” “ The case must be unusually strong and clear in that the court must feel assured that a similar injunction would probably be granted at the trial on the ground that it would be just and equitable that the plaintiff's interest be protected by immediate issue of an injunction, otherwise irreparable injury and inconvenience would result.” iii) Mahkamah Rayuan dalam kes La-Kaffa International Co Ltd v Loob Holding Sdn Bhd & Anor Appeal [2018]9 CLJ at pages 614 to 616 para 32 to 36 [Tab 3 RBOA]: “ [32] It is trite that the threshold to grant interlocutory mandatory injunction is very high. It is usually granted when the plaintiff has an unusually strong and clear case against the defendant ”. 10 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [26] Plaintif memohon suatu injunksi memaksa Defendan sama ada bertindak secara kediri, pekerja-perkerjanya, ejen-ejen, wakil-wakil, pemegang- pemegang lesen atau sesiapa yang mengawal tapak-tapak di Lorong Berkerly, Taman Berkerley, 91000 Tawau, Sabah (BEKY) dan Hospital Tawau, Jalan Tanjung Batu, 91000 Tawau, Sabah (HSTW), atau sesiapa-siapa atau jika tidak walau bagaimanapun, dalam 7 hari dari servis Perintah ini, membenarkan Plaintif, sama ada kediri, ejen-ejennya, pekerja- pekerja, wakil-wakil, kontraktor-kontraktor bebas atau sebaliknya, akses kepada tapak-tapak untuk mengambil posesi, menurunkan, dimobilisasi dan mengeluarkan peralatan Plaintif yang dipasang di atas menara-menara telekomunikasi Defendan dan kawasan-kawasan bersebelahan di Tapak- Tapak BEKY dan HSTW, dalam 3 bulan daripada Plaintif, ejen-ejennya, pekerja-pekerja, wakil-wakil, kontraktor-kontraktor bebas atau sebaliknya diberi akses. [27] Mengambilkira kes-kes di atas permohonan Plaintif tidak terjatuh dibawah “exceptional and extreme rare cases” yang mana injunksi boleh diberikan. [28] Dalam kes ini Letter Of Offer belum di muktamadkan dan juga belum ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan tidak mengikat mana-mana pihak. [29] Mahkamah berpendapat bahawa memandangkan tiada kontrak diantara kedua pihak, tiada wujudnya obligasi di pihak Defendan terhadap Plaintif. [30] Mahkamah juga mengambilkira bahawa Defendan pada setiap masa telah bersetuju untuk membenarkan Plaintif untuk mengambil kembali 11 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal peralatan mereka dengan syarat Plaintif harus memuaskan terma-terma dan kewajiban (undertakings) yang ditetapkan oleh Defendan sepertimana dalam surat yang ditandakan sebagai Eksibit AS-4. Defendan tidaklah menghalang Plaintif mengambil kembali peralatan mereka tersebut. [31] Berkenaan permohonan Plaintif supaya Defendan dihalang daripada mengeluarkan, memusnahkan, mengusik atau sebaliknya peralatan Plaintif sehingga penentuan Plaintif mengambil posesi, menurunkan, dimobilisasi dan mengeluarkan peralatan yang dipasang di atas menara-menara telekomunikasi Defendan dan kawasan-kawasan bersebelahan di Tapak- Tapak BEKY dan HSTW. Mahkamah dapati atas pengakuan Defendan bahawa Defendan-Defendan tidak pernah menggunakan barangan Plaintif untuk kelebihan mereka mahupun mengambil tindakan ke atas barangan Plaintif. Peralatan Plaintif berada di kawasan-kawasan, dimana Plaintif telah memasangnya, pada setiap masa. [32] Pertimbangan fakta-fakta oleh Mahkamah seperti berikut:- 1) tiadanya letter of offer yang ditandatangani antara kedua pihak selepas perbincangan; 2) tiada gangguan terhadap barangan Plantif oleh Defendan; 3) peralatan Plaintif berada di kawasan dimana Plaintif telah memasangnya; 12 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4) pada setiap masa Plaintif telah menceroboh kawasan Defendan tanpa izin dan telah memasang peralatan tanpa izin, (ini dengan mengambilkira LOO tidak muktamad); 5) tiada halangan oleh Defendan untuk mengambil peralatan mereka dengan syarat bahawa Plaintif harus memenuhi terma- terma dan kewajipan (undertaking) yang ditetapkan oleh Defendan. [33] Mengambilkira fakta-fakta di atas, tiada special and exceptional circumstances yang ditunjukkan oleh Plaintif secara bona fide untuk Mahkamah ini mempertimbangkan injunksi interlokutori sehingga kes didengar. [34] Oleh itu, Mahkamah menolak rayuan Plaintif dan mengekalkan keputusan Puan Hakim Mahkamah Sesyen pada 8.2.2022 dengan kos RM 5000.00 tertakluk kepada fi alokatur. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur. Bertarikh : 7.10.2022 13 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peguam Bagi Pihak Perayu Tetuan Baskarran 50-11-7m Wisma UOA Damansara , Jalan Dungun, Damansara Height, 50490 Kuala Lumpur. (Tel : 03-20830888, Fax : 03-20830880 ) (Ruj. 200818 email : general@baskaranlaw.com) Peguam Bagi Pihak Responden Tetuan Ng Kam Thai & Co. D-2-19 Sunsuria Forum No. 1, Jalan Setia Dagang AL, U13/AL Seksyen U13 Setia Alam 40170 Shah Alam Selangor (Ruj. NKT 2022.5.240) 14 S/N N6ZSoDLUSUaGMZfKfqdbjQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal