JAGADESH ROA A/L SUBRAMANIAM WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA KANIAH A/L LEDHUMANAN (SIMATI) PENCELAH KALAISELVI A/P SHANMUGAM
Permission to intervene and a stay were granted because the proposed intervener held a legally cognizable interest as a joint administrator under a Grant issued before the consent order, and she established special circumstances — risk of nugatoriness if the sale proceeded, credible allegations of non‑notification...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-24NCvC-500-03/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Plaintiff: Jagadesh Roa A/L R. Subramaniam; Defendant: Wakil Diri kepada Harta Pusaka Kaniah A/L Ledchumanan (Simati); Proposed Intervener: Kalaiselvi A/P Shammugam
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 29 July 2025
- Case Number
- BA-24NCvC-500-03/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Originating Summons (civil Non Contentious) / Interlocutory Application to Intervene and for Stay of Execution
- Outcome
- Application by proposed intervener granted with costs
- Legal Topics
- Caveat, Lien, Administration of Estate, Intervention (joinder), Stay of Execution, Setting Aside Consent Judgment, Fraud
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Jagadesh Roa A/L R. Subramaniam
Plaintiff
Wakil Diri kepada Harta Pusaka Kaniah A/L Ledchumanan (Simati)
Defendant
Kalaiselvi A/P Shammugam
Proposed Intervener
Procedural Posture
Originating Summons (civil Non Contentious) / Interlocutory Application to Intervene and for Stay of Execution
Legal Issues
- 1 Whether the proposed intervener has locus to intervene in these proceedings
- 2 Whether special circumstances exist to justify a stay of execution of the sale order
Ratio Decidendi
Permission to intervene and a stay were granted because the proposed intervener held a legally cognizable interest as a joint administrator under a Grant issued before the consent order, and she established special circumstances — risk of nugatoriness if the sale proceeded, credible allegations of non‑notification and possible fraud in obtaining the consent order, and evidence of solicitor involvement — sufficient to justify suspension of the sale pending the Sessions Court challenge.
Court Disposition
Application by proposed intervener granted with costs
Orders
- Permission granted for Kalaiselvi A/P Shammugam to intervene in BA-24NCvC-500-03/2024
- Stay of execution of the sale of H.S.(D) 27804 Lot No. 1636, Daerah Sepang pending the outcome of Mahkamah Sesyen Petaling Jaya proceedings BB-A52NCC-121-05/2025 (application to set aside consent order)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
BA-24NCvC-500-03/2024 Kand. 49 21/10/2025 14:44:14 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO.: BA-24NCvC-500-03/2024 Dalam perkara mengenai Seksyen- Seksyen 281 dan 257 Kanun Tanah Negara 1965; Dan Dalam perkara mengenai Kaveat Pemegang Lien ke atas hartanah yang dipegang di bawah H.S.(D): 27804, Lot No : 1636, Daerah Sepang, Negeri Selangor Darul Ehsan. Dan Dalam perkara mengenai Aturan- Aturan 7 dan 83 Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012 ANTARA JAGADESH ROA A/L R. SUBRAMANIAM … PLAINTIF [NO. K/P : 691002-08-6131] DAN 1 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA … DEFENDAN KANIAH A/L LEDCHUMANAN (SIMATI) [NO. K/P : 750311-10-5081] DAN KALAISELVI A/P SHAMMUGAM … PENCELAH [NO. K/P : 770425-10-5272) (YANG DICADANG) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 1. Ini adalah permohonan interlokutori oleh pencelah yang dicadangkan untuk mencelah dalam prosiding Saman Pemula plaintif terhadap defendan menurut Aturan 15 kaedah 6 dan Aturan 55 Kaedah 16 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. 2. Pada 29 Julai 2025, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan pencelah yang dicadangkan, iaitu: i. Pihak pencelah diberi kebenaran mencelah dalam guaman ini bagi mendapatkan perintah supaya perintah jualan bertarikh 9 September 2024 digantung sementara menunggu Keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya untuk mengetepikan perintah persetujuan bertarikh 7 Ogos 2 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2023 yang dikatakan diperolehi secara menyalahi undang- undang dan frod. ii. Lelongan awam oleh Ehsan Auctioneers Sdn Bhd yang ditetapkan pada 14 Mei 2025 dihentikan. FAKTA MATERIAL 3. Saman Pemula dalam Guaman ini telah didengar dan diputuskan pada 9 September 2024 dengan Mahkamah ini membenarkan relif yang dipohon oleh plaintif antara lain supaya hartanah H.S(D) 27804 Lot No. 1636 Daerah Sepang, Negeri Selangor (hartanah tersebut) yang dipegang oleh plaintif melalui pemegang lien Perserahan No. 17573/2021 dijual melalui lelongan awam bagi menjelaskan keseluruhan hutang yang tertunggak kepada plaintif. 4. Hartanah tersebut adalah harta atas nama Si mati Kaniah A/L Ledchumanan yang meninggal dunia pada 27 November 2013. Melalui Afidavit Sokongan, antara lain pihak pencelah menyatakan: (i) Perintah persetujuan bertarikh 7 Ogos 2023 direkodkan tanpa pengetahuan dan persetujuan pihak pencelah dan benefisiari. (ii) Pihak pencelah selaku isteri Si mati, Ledchumanan A/L Govindasamy (bapa Si mati) dan Lakchumay A/P Periasamy (ibu Si mati) adalah pentadbir bersama bagi harta pusaka Si mati menurut Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 20 Julai 2016 menurut Guaman Pembahagian JKPTG/PK/10/10/0108/2015. 3 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iii) Semasa kematian Si mati, terdapat lima orang ahli waris kesemua selain pentadbir-pentadbir, iaitu dua orang anak Si mati. (iv) Salah seorang pentadbir iaitu Ledchumanan A/L Govindasamy telah memasuki merekodkan perintah persetujuan pada 7 Ogos 2023 tanpa pengetahuan dua orang pentadbir yang lain melalui Guaman BB-A52NCC-61- 07/2021 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Guaman 61 ini menamakan Jagadesh Roa A/L R.Subramaniam sebagai plaintif dan Wakil diri kepada Harta Pusaka Kaniah A/L Ledchumanan (Si mati) dengan No. K/P: 750311-10-5081 sebagai defendan. (v) Pihak pencelah menyatakan Salinan Saman dalam Guaman 61 tidak diserahkan kepada pentadbir bersama yang lain. (vi) Berikutan perintah persetujuan tersebut, plaintif kemudian memfailkan Guaman BA-24NCVC-500-03/2024 di Mahkamah ini untuk memperoleh perintah jualan yang menurut pihak pencelah dibuat tanpa pengetahuan waris- waris dan pentadbir bersama yang lain. 5. Berikutan hal perkara di atas, pihak pencelah memfailkan Guaman BB-A52NCC-121-05/2025 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengetepikan perintah persetujuan yang dicemari dengan frod dan menuntut ganti rugi. 6. Permohonan dalam Kandungan 25 ini telah dijawab oleh defendan yang juga merupakan pentadbir bersama. Menurut defendan, beliau seorang yang buta huruf dan menurut sahaja nasihat yang 4 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diberikan oleh peguam cara Sivaperumal A/L Sakitazan dari Tetuan Ram Rozeeta & Associates. 7. Manakala penegasan plaintif dalam mencabar permohonan pihak pencelah adalah: (i) Plaintif tiada pengetahuan tentang fakta pelantikan pentadbir bersama harta pusaka Si mati dan menafikan alegasi frod. (ii) Defendan iaitu bapa Si mati telah menyembunyikan fakta kewujudan Surat Kuasa Mentadbir daripada pengetahuan plaintif. (iii) Defendan telah mendakwa sebagai wakil sah harta pusaka Si mati. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG 8. Bidangkuasa Mahkamah untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan diperuntukkan dalam Aturan 55 kaedah 16 Kaedah- kaedah Mahkamah 2012, iaitu: 16. Stay of execution (O. 55 r. 16) (1) An appeal shall not operate as a stay of execution under the decision appealed against except in so far as the Court appealed from or the High Court may order, and any application for stay shall be made in the first instance to the Court appealed from. (2) The Court appealed from or the High Court may grant an order of stay of execution on such terms as it thinks fit. 5 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9. Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosmo Palm Oil Mill Bhd & Ors v. Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 CLJ 239; [2004] 1 MLJ 257, telah memutuskan – "It is therefore clear beyond doubt that there are many factors that may constitute special circumstances and the fact that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused is the most common one. It is an example of special circumstances. In other words special circumstances is the genus of which nugatoriness is a species, if it has been shown that an appeal would be rendered nugatory if stay was refused what it means is that a special circumstance has been established. Thus, they cannot be treated as separate heads and one cannot be an alternative to the other. … The onus is on the applicant to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reasons must relate to the enforcement of the judgment. They must be deposed in the affidavit filed in support of the application." ISU UNTUK DIPUTUSKAN 10. Isu yang berbangkit adalah seperti berikut: (i) Sama ada pihak pencelah yang dicadangkan mempunyai hak untuk mencelah. (ii) Sama ada terdapat keadaan-keadaan khas yang membolehkan perintah Mahkamah di sini digantung. 6 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH 11. Mahkamah ini telah meneliti permohonan pihak pencelah dan affidavit-affidavit yang difailkan oleh pihak pencelah, plaintif dan defendan. Permohonan pihak pencelah telah dibenarkan oleh Mahkamah ini berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan selepas ini. Isu 1: Sama ada pihak pencelah yang dicadangkan mempunyai hak untuk mencelah 12. Peguam cara terpelajar bagi plaintif merujuk kes Hong Leong Bank Bhd v Staghorn Sdn Bhd & Ors [2008] 2 CLJ 121 yang memutuskan hak pihak pencelah yang bukan pihak dalam prosiding untuk mengetepikan perintah jualan mesti dibuat di bawah Aturan 15 kaedah 6 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan dibuat pada mana-mana peringkat sebelum perintah direkodkan. 13. Dalam lain perkataan, pihak plaintif menegaskan Mahkamah ini tidak mempunyai bidang kuasa memutuskan permohonan pihak pencelah kerana telah functus officio. Alasan kedua plaintif adalah hartanah tersebut tidak disenaraikan dalam Surat Kuasa Mentadbir dan merupakan hartanah yang termasuk dalam wasiat Si mati. 14. Mahkamah ini dengan hormat tidak bersetuju dengan pihak plaintif. Plaintif sendiri yang memilih untuk hanya menamakan Wakil diri kepada Harta Pusaka Kaniah A/L Ledchumanan (Si mati) dengan 7 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal No.K/P: 750311-10-5081 sebagai defendan dalam Guaman 61 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya tanpa terlebih dahulu membuat carian jika ada surat kuasa mentadbir dikeluarkan terhadap estet Si mati. Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 menetapkan supaya pentadbir dinamakan sebagai pihak dalam prosiding melibatkan harta Si mati – Aturan 15 kaedah 6A Jika mana-mana orang yang terhadapnya suatu tindakan boleh diambil telah mati tetapi kausa tindakan masih menakat, tindakan itu boleh, sekiranya tiada pemberian probet atau kuasa mentadbir telah dibuat, dibawa terhadap harta pusaka si mati. 15. Pada hemat Mahkamah, kebenaran mencelah wajar dibenarkan kerana sejak dari tarikh Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan pihak pencelah telah mempunyai kepentingan atas hartanah Si mati. Isu 2: Sama ada terdapat keadaan-keadaan khas yang membolehkan perintah Mahkamah di sini digantung. 16. Menurut plaintif, tiada keadaan khas yang dikemukakan oleh pihak pencelah kerana perintah yang dicabar adalah berkaitan dengan lelongan awam. Namun pihak pencelah menekankan bahawa asas permohonan penggantungan adalah keputusan Mahkamah Sesyen menjadi sia-sia seandainya penghakiman persetujuan berjaya dibatalkan dan penjualan hartanah melalui lelongan awam tidak digantung. 8 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 17. Melalui prosiding di Mahkamah Sesyen, pihak pencelah membawa kausa tindakan berasaskan frod dan alasan ekuiti lain dengan merujuk prinsip undang-undang dalam kes Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd (1998) 2 CLJ 75. 18. Mahkamah ini telah merujuk keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Bandar Subang Sdn Bhd v Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Kajang Selangor [2019] 7 CLJ 444, berkenaan dengan forum bagi memulakan suatu tindakan mencabar perintah persetujuan, iaitu permohonan mengetepikan penghakiman persetujuan tidak perlu dibuat di mahkamah asal. Selaras dengan kes Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd (supra), sesuatu perintah atau penghakiman persetujuan boleh diketepikan melalui tindakan baharu untuk tujuan tersebut. 19. Manakala bagi alasan berkenaan dengan keadaan-keadaan khas, Bandar Subang Sdn Bhd v Persatuan Penganut Sri Maha Mariamman Kajang Selangor (supra) merumuskan alasan bagi keadaan-keadaan khas tidaklah terhad setakat alasan dalam kes Badiaddin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd (supra) dan alasan-alasan tersebut tidaklah boleh dihadkan. 20. Setelah Mahkamah ini mengambil kira asas-asas fakta yang dikemukakan oleh pencelah yang dicadangkan termasuk pelantikan tiga pentadbir bersama dalam harta pusaka Si mati sebelum perintah persetujuan direkodkan dan isu berkaitan peranan peguam cara defendan semasa menasihati defendan seorang yang buta huruf pada hemat Mahkamah merupakan 9 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keadaan khas yang mewajarkan pihak pencelah untuk mencelah dan suatu perintah penggantungan dibenarkan. 21. Fakta menunjukkan plaintif memfailkan Guaman 61 selepas lebih enam tahun dari tarikh Si mati meninggal dunia, 27.11.2013 dengan berasaskan kausa pemecahan kontrak. Mahkamah juga mendapati wujud keadaan khas berdasarkan penegasan pihak pencelah bahawa peguam cara Sivaperumal yang mewakili defendan dalam Guaman 61 mempunyai pengetahuan tentang surat kuasa mentadbir. Hal ini kerana Sivaperumal telah mewakili pentadbir pertama dan kedua dalam prosiding Pembahagian harta pusaka Si mati. KESIMPULAN 22. Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, Mahkamah ini membenarkan permohonan pihak pencelah dengan kos. Bertarikh pada 21 Oktober 2025. Ditandatangani ------------------------------- HAZIZAH BINTI KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor 10 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 1. Bagi Pihak Plaintif : Pramjit Kaur Tetuan Mann & Associates (Rawang, Selangor) 2. Bagi Pihak Defendan : Vijaya Kumar Tetuan Mas Kumar (Petaling Jaya, Selangor) 3. Bagi Pihak Pencelah : Naveen Chendra Bose dan Vijayaletchmy Tetuan Rajo & Associates (Sungai Pelek, Selangor) 11 S/N EnMnVpxvp0GcKMcqemeEGQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal