1. ) James a/l George 2. ) Satiah Seelan a/l Givakumar Anthony A/l Rayappan (Wakil Peribadi Kepada Harta Pusaka Si Mati Jezreel Emmanuel A/l Maria Soosay [No. K/p: 941121-01-6127])
On the balance of probabilities the deceased rider was the primary cause of the collision by entering the plaintiffs' lane; plaintiffs did not contribute to the negligence; defendant (as personal representative of deceased) is 100% liable. Plaintiffs entitled to the quantified special and general damages as awarded,...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-A53KJ-581-09/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: James a/l George; Plaintiff: Satiah Seelan a/l Givakumar; Defendant: Anthony a/l Rayappan (Personal Representative of the Estate of Jazreel Emmanuel a/l Maria Soosay)
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 24 November 2022
- Case Number
- JA-A53KJ-581-09/2021 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Tort Negligence (motor Vehicle Accident) / Judgment After Full Trial (after Hearing of Witnesses)
- Outcome
- Plaintiffs' claims allowed. Defendant (personal representative) 100% liable. Defendant's counterclaim, set-off and indemnity claims dismissed. Costs to plaintiffs.
- Legal Topics
- Negligence, Liability, Damages, Contributory Negligence, Interest, Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
James a/l George
Plaintiff
Satiah Seelan a/l Givakumar
Plaintiff
Anthony a/l Rayappan (Personal Representative of the Estate of Jazreel Emmanuel a/l Maria Soosay)
Defendant
Procedural Posture
Tort Negligence (motor Vehicle Accident) / Judgment After Full Trial (after Hearing of Witnesses)
Legal Issues
- 1 Whether defendant (through deceased rider) was negligent and liable for the collision
- 2 Whether plaintiffs contributed to the negligence (contributory negligence)
- 3 Appropriate quantum of special and general damages and interest
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the deceased rider was the primary cause of the collision by entering the plaintiffs' lane; plaintiffs did not contribute to the negligence; defendant (as personal representative of deceased) is 100% liable. Plaintiffs entitled to the quantified special and general damages as awarded, interest as ordered and costs. Defendant's counterclaims and set-off dismissed.
Court Disposition
Plaintiffs' claims allowed. Defendant (personal representative) 100% liable. Defendant's counterclaim, set-off and indemnity claims dismissed. Costs to plaintiffs.
Orders
- Defendant to pay Plaintiff 1 special damages RM142,910.92
- Defendant to pay Plaintiff 1 general damages RM145,000.00
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-A53KJ-581-09/2021 Kand. 43 04/01/2023 14:44:41 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM WRIT SAMAN NO – JA-A53KJ-581-09/2021 ANTARA 1. JAMES A/L GEORGE [IDENTITY CARD NO.: 920217015249] 2. SATIAH SEELAN A/L GIVAKUMAR [IDENTITY CARD NO.: 911022075175] [S. ANAND & ASSOCIATES] …PLAINTIF-PLAINTIF DAN ANTHONY A/L RAYAPPAN [IDENTITY CARD NO.: 800208045167] Wakil Peribadi kepada Harta Pusaka Si Mati JAZREEL EMMANUEL A/L MARIA SOOSAY (No K/P:941121-01-6127) [GAN HO & RAZLAN HADRI] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 1 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (SELEPAS BICARA PENUH DENGAN SAKSI) LATAR BELAKANG Terdapat 2 Notis Rayuan difailkan iaitu: [1] Lampiran 38 – Notis Rayuan oleh Perayu/Defendan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah pada 24/11/2022 iaitu terhadap liabiliti dan keputusan menolak tuntutan Perayu/Defendan untuk Tuntutan Balas dan Tolakan terhadap Responden/Plaintif Pertama. [2] Lampiran 39 – Notis Rayuan oleh Perayu-Perayu/Plaintif-Plaintif terhadap sebahagian keputusan Mahkamah pada 24/11/2022 iaitu isu kuantum kehilangan pendapatan Plaintif Pertama. KEPUTUSAN MAHKAMAH A - LIABILITI Setelah meneliti ikatan pliding, keterangan saksi –saksi, eksibit-eksibit, hujahan dan otoriti kedua-dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos. Defendan cuai 100% dalam kemalangan ini. Tuntutan balas dan Tolakan Defendan terhadap Plaintif Pertama ditolak dengan kos. 2 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal B - KUANTUM Atas dasar 100%, Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif- Plaintif kuantum bagi gantirugi seperti berikut: PLAINTIF PERTAMA GANTIRUGI KHAS BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN/ DITOLAK 1 Kehilangan pendapatan RM53,911.80 Dibenarkan: Pendapatan bulanan RM4,492-64 – 1/3 kos sara hidup = RM2,995.10 RM2,995.10 x 18 bulan (MC 21 bulan - 3 bulan cuti sakit dibayar gaji) = RM53,911.80. 2 Kehilangan pendapatan separuh (partial loss of RM20,000.00 earning) Dibenarkan secara global RM20,000.00 Kehilangan pendapatan masa hadapan ditolak 3 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 Kos perubatan di HSI – dipersetujui RM611.00 4 Kos perubatan di Hospital Segamat – dipersetujui RM2,081.00 5 Kos perubatan di Putra Specialist Hospital RM156.72 Melaka – dipersetujui 6 Kos laporan perubatan di Hospital Pantai, Kuala RM57,785.40 Lumpur- dipersetujui 2/3 daripada RM86,678.00 7 Kos perbelanjaan di Ramu Specialist RM500.00 Orthopeadic – dibenarkan 8 Tambang ke HSI – dipersetujui RM700.00 9 Tambang ke Hospital Segamat – dipersetujui RM2,000.00 10 Tambang untuk rawatan di Hospital Putra RM300.00 Specialist Melaka -dipersetujui 11 Tambang untuk rawatan di Hospital Pantai Kuala RM3,000.00 Lumpur – dipersetujui 12 Tambang untuk rawatan di Ramu Specialist RM225.00 Orthopeadic – dipersetujui 13 Tambang rawatan pakar – dibenarkan RM100.00 14 Kos towing – dipersetujui RM200.00 15 Kos kehilangan kasut, helmet dan pakaian – RM100.00 dipersetujui 16 Kos pembelian dokumen – dibenarkan RM1,240.00 4 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Laporan perubatan HSI b) Laporan perubatan Hospital Segamat c) Laporan perubatan Hospital Pantai Kuala Lumpur d) Laporan pakar Klinik Orthopeadic Rama e) Carian JPJ dan polis JUMLAH RM142,910.92 GANTIRUGI AM BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN/ DITOLAK 1 Loss of consciousness RM5,000.00 2 a) Open comminuted fracture proximal 1/3 RM55,000.00 right Tibia (Gustillo 3A) with external fixation and 1cm shortening. The shortening will be permanent. b) Open segmental fracture right fibula 3 Wasting of muscle 4 Fracture of right hand RM60,000.00 5 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal a) Open fracture of the base of metacarpal bone of 2nd, 3rd, 4th and 5th base of metacarpal of the right hand with carpal metacarpal dislocation b) Open fracture of head of metacarpal bone of right middle finger c) Fracture Trapezium, trapezoid, capitae and Hamate bones, wound debriment and multiple K-wires of open fracture d) Closed fracture of ulnar styloid of right ulna e) Muscle wasting of right arm and right forearm which is permanent 5 Puncture wound over dorsal aspect of right hand RM15,000.00 Laceration wound over volar aspect of distal right forearm Puncture wound measuring 2x1cm at anterior right mid shin Puncture wound measuring 2x1cm at medial aspect of right knee Abrasion wound over interior aspect of right thigh 6 Degloving wound over distal 3rd of anterior right 6 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal shin till ankle 7 Scarring RM10,000.00 JUMLAH RM145,000.00 PLAINTIF KEDUA GANTIRUGI KHAS BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN/ DITOLAK 1 Kos ambulan – dipersetujui RM600.00 2 Kos perjalanan ke Hospital Sultan Ismail – RM250.00 dipersetujui 3 Kos tambang keluarga ke Tan Tock Seng RM2,000.00 Hospital, Singapura – dipersetujui 4 Kos tambang rawatan pakar pada 13/8/2020 – RM200.00 dibenarkan 5 Kos kehilangan kasut, helmet dan pakaian – RM100.00 dipersetujui 6 Kos perubatan di Tan Tock Seng Hospital, RM26,738.33 Singapura – dipersetujui 7 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 Kos dokumen-dibenarkan RM1,500.00 a) Laporan perubatan HSI – RM40.00 b) Laporan pakar Klinik Orthopedik Rama – RM1,260.00 c) Quotation for shoe raise – RM200.00 5 Kehilangan pendapatan serta kehilangan kapasiti pendapatan - ditolak JUMLAH RM31,388.33 GANTIRUGI AM BIL PERKARA JUMLAH DIBENARKAN/ DITOLAK 1 a) Open, extensively comminuted, displaced RM50,000.00 fracture of right distal femur b) Femoral supracondylar fracture 2 Open fracture of right patella RM25,000.00 3 Muscle wasting of right lower limb 4 A risk of degloving right knee secondary Osteoarthritis 8 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 Scars RM8,000.00 6 Laceration wound over the first web space right RM5,000.00 foot Open wound at the distal 3rd of right thigh 5x5cm 7 Pembedahan masa hadapan RM35,000.00 Dibenarkan -kos pembedahan limb lenghtening + RM30,000.00 -Shoe raise – 3 – 5 tahun = RM5,000.00 8 Physioterapy – dibenarkan RM3,000.00 RM3,000.00 9 Shoe-raise – seperti di atas JUMLAH RM126,000.00 C – faedah 1. faedah atas gantirugi khas ialah 2.5% setahun dari tarikh kemalangan ke tarikh penghakiman 2. faedah ke atas gantirugi am ialah 5% setahun dari tarikh penyampaian writ saman hingga penghakiman 3. faedah ke atas jumlah penghakiman ialah 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran jumlah penuh penghakiman. 9 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal D – kos seperti dalam skala Jumlah penghakiman dimasukkan ke dalam akaun klien peguamcara Plaintif sebagai pemegang amanah untuk dibayar kepada Plaintif. ALASAN PENGHAKIMAN DAN DAPATAN MAHKAMAH LATARBELAKANG KES [1] Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa pada 13/9/2015, Plaintif Pertama selaku penunggang manakala Plaintif Kedua selaku pembonceng motorsikal Nombor pendaftaran JQC316 semasa dalam perjalanan dari Permas Jaya menuju ke Plentong, apabila sampai di Jalan Permas Utara, tiba-tiba sebuah motorsikal Nombor pendaftaran JQU2245 yang ditunggang oleh si Mati, Jazreel Emmanuel a/l Maria Soosay secara cuai dan lalai dari arah bertentangan telah masuk ke laluan sah Plaintif-Plaintif dan terus melanggar motorsikal yang dinaiki Plaintif-Plaintif lalu menyebabkan motorsikal yang dinaiki Plaintif-Plaintif dan si Mati terbabas lalu melanggar sebuah motorkar Nombor pendaftaran JGE8953 yang berada di lorong Plaintif-Plaintif sebelum Plaintif- Plaintif dan si Mati tercampak dan terbaring di atas jalanraya. Ini mengakibatkan suatu kemalangan jalanraya terjadi di antara motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif-Plaintif dan juga motorsikal yang ditunggang si Mati. Kemalangan tersebut 10 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal diakibatkan semata-mata di atas kecuaian si Mati selaku penunggang motorsikal No. JQU2245. [2] Defendan dalam pembelaan mengakui bahawa suatu kemalangan berlaku pada tarikh dan masa yang diplidkan tetapi menafikan kesemua penyataan dalam Tuntutan Plaintif-Plaintif dan secara alternatif, Defendan memplidkan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian keseluruhannya atau sertaan Plaintif Pertama sebagai penunggang motorsikal No. JQC316 atau keseluruhannya/kecuaian sertaan Plaintif Kedua sebagai pembonceng motorsikal JQC316 dan/atau kecuaian keseluruhannya atau kecuaian sertaan pemandu motorkar No. JGE8953 semasa memandu motorkar di jalan tersebut. [3] Defendan juga memplidkan Tuntutan Balas dan Tolakan terhadap Plaintif Pertama untuk: (i) Sumbangcuai/indemnity atas kesemua tuntutan Plaintif Kedua serta tanggungan gantirugi berdasarkan liabiliti terhadap Plaintif Pertama yang didapati sesuai oleh Mahkamah ini; (ii) Suatu perintah agar Plaintif Pertama diwajibkan membayar terus kepada Plaintif Kedua jumlah award berdasarkan kepada liabiliti Plaintif Pertama yang diputuskan oleh Mahkamah ini; 11 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (iii) Tanggungan gantirugi yang didapati sesuai tersebut ditolaj (set off) daripada gantirugi Plaintif Pertama bagi tuntutan Plaintif Kedua (iv) Faedah dan kos [4] Dalam tindakan ini, Defendan disaman atas kapasiti sebagai wakil peribadi kepada Harta Pusaka si Mati, Jazreel Emmanuel a/l Maria Soosay yang meninggaldunia sejurus selepas kemalangan. [5] Dalam tindakan ini juga, terdapat Perintah untuk mengeluarkan Notis Pihak Ke-3 bagi menamakan pemandu/pemilik motorkar JGE8953 yang dibuat oleh peguamcara Defendan yang terdahulu tetapi tiada apa-apa tindakan lanjut atau pindaan kepada Ikatan Pliding. [6] Oleh demikian, Mahkamah hanya bergantung kepada Ikatan Pliding dan keterangan/bukti sepanjang perbicaraan sahaja. ISU LIABILITI [1] Di dalam satu kes kemalangan jalanraya seperti ini, beban pembuktian adalah terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan yang cuai dalam mengakibatkan kemalangan ini. 12 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Mahkamah merujuk kepada kes NG CHUL SIA V. MAIMON BT ALI [1982] 1 LNS 95; [1983] 1 MLJ 110 di mana ia dinyatakan bahawa:- "In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favor of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail. When an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person." [3] Dalam keputusan di Mahkamah Persekutuan iaitu kes WONG THIN YIT V. MOHAMED ALI [1971] 1 LNS 151; [1971] 2 MLJ 175, dinyatakan seperti berikut: "In a negligence action, the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence." 13 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [4] Dalam peruntukan undang-undang pula, SEKSYEN 101 AKTA KETERANGAN 1950 yang menyatakan seperti berikut: (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. [5] Terdapat dua (2) isu utama yang perlu diputuskan oleh mahkamah ini berkaitan isu liabiliti yang telah dibangkitkan oleh kesemua pihak ketika perbicaraan adalah seperti berikut: (a) Adakah Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan adalah didapati telah cuai sepenuhnya dalam kes kemalangan ini? (b) Adakah terdapat cuai sumbangan kecuaian (Contributory Negligence) oleh Plaintif-Plaintif dalam kes kemalangan ini sebagaimana diplidkan oleh Defendan? [6] Bagi membuktikan tuntutan mereka, Plaintif-Plaintif telah memanggil 3 orang saksi iaitu Pegawai Penyiasat kes (SP1), Plaintif Pertama (SP2) dan Plaintif Kedua (SP3). 14 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [7] SP1 memberi keterangan bahawa beliau ada siasat kemalangan dan terdapat 3 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan iniiaitu motorsikal JQC 316, motorsikal JQU2245 dan motorkar JGE8953. [8] Kemalangan dipercayai berlaku pada jam 9:12 malam dan SP1 sampai ditempat kejadian pada jam 10:00 malam. Semasa tiba di tempat kemalangan, ketiga-tiga kenderaan masih ada di tempat kemalangan tetapi kedudukan telah dialihkan. [9] SP1 ada lukis Rajah Kasar Kunci (P1) dan ambil gambar berkait kemalangan (P2). Mengikut P1, SP1 nyatakan bahawa arah perjalanan motorsikal JQC316 – Plaintif-Plaintif dari arah atas ke bawah manakala motorsikal si Mati JQU dari arah bawah ke atas P1 manakala motorkar JGE8953 dari arah atas ke bawah P1. [10] Pada peringkat ini, Mahkamah merujuk hujahan pihak Defendan di Lampiran 34, mukasurat 8 diperenggan (xii). Dalam hujahan, pihak Defendan menyatakan bahawa keterangan SP1 arah perjalanan motorkar JGE8953 dari bawah ke atas. Ini adalah tidak benar. [11] Dalam keterangan SP1 di Mahkamah, perjalanan motorkar JGE8953 adalah dari atas ke bawah iaitu sama arah dengan motorsikal Plaintif-Plaintif. Ini juga selari dengan laporan polis pemandu motorkar (yang pada awalnya dijadikan pihak ke-3) bahawa beliau dari Permas Jaya menuju ke Giant Plentong. Jika 15 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dibandingkan dengan P1, ia selari dengan Laporan polis Pemandu motorkar iaitu Permas adalah di bahagian atas P1 manakala Plentong adalah ke arah bawah P1. [12] Mahkamah mendapati fakta arah perjalanan kenderaan-kenderaan terlibat ini penting kerana ia dapat menentukan isu kecuaian. Walaupun jika Defendan membangkitkan bahawa Pemandu motorkar ataupun laporan polis beliau tidak boleh diterima di Mahkamah ini kerana pemandu motorkar tidak hadir atau dipanggil menjadi saksi atau dijadikan pihak ketiga/Defendan secara sah yang membela tindakan dan laporan polis beliau tidak jadikan eksibit – pihak Defendan sendiri bergantung dengan fakta kewujudan motorkar JGE8953 dan berhujah tentang penglibatan pemandu motorkar JGE8953 dalam hujahan mereka. [13] Mahkamah juga merujuk kepada fakta penglibatan motorkar JGE8953 ini kerana ia adalah sebahagian daripada siasatan SP1 di tempat kejadian. [14] Dalam keterangan SP1, beliau juga sahkan bahawa ada keterangan saksi bebas iaitu pemandu motorkar JGE8953. Oleh demikian, hasil siasatan SP1 boleh dikatakan secara menyeluruh dan melibatkan semua pihak yang berkaitan. 16 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [15] Dalam hujahan Defendan di Lampiran 34, mukasurat 12 perenggan (II) (a) dan (b), pihak Defendan merumuskan bahawa motorkar JGE8953 adalah bergerak dari bawah ke atas kerana Defendan mendakwa SP1 mengesahkan motorkar JQE8953 berada di belakang motorsikal si mati. Fakta ini adalah bercanggah dengan keterangan SP1 semasa pemeriksaan Utama berhubung arah perjalanan motorkar JQE8953 dan pemandu motorkar tidak pernah dipanggil untuk mengesahkan perkara ini. [16] Walaupun begitu, Mahkamah membuat dapatan bahawa hasil siasatan SP1 berhubung kerosakan motorkar dan juga apa yang dinyatakan dalam laporan polis pemandu motorkar, kedua-dua buah motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah terbabas dan melanggar bahagian kanan motorkar JQE8953 iaitu selari dengan hasil siasatan SP1 iaitu motorkar JQE8953 rosak calar di bahagian belakang tepi kanan. [17] SP1 juga mengesahkan bahawa motorkar JQE8953 terlibat disebabkan selepas pertembungan diantara kedua-dua motosikal, dipercayai motorsikal JQC316 (Plaintif-Plaintif) bergesel dengan motorkar JQE8953. [18] Mahkamah membuat dapatan bahawa versi motorkar JQE8953 dari arah yang sama dengan Plaintif-Plaintif iaitu di bahagian 17 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal belakang adalah lebih munasabah (probable) di mana selepas pertembungan kedua-dua motorsikal yang berada hampir ditengah-tengah jalanraya garisan berkembar dan motorsikal Plaintif-Plaintif bergesel dengan bahagian kanan motorkar JQE8953 yang sama arah dengannya. Ini juga adalah sama seperti diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dalam Penyataan Tuntutan mereka iaitu berada di laluan Plaintif-Plaintif dan bukan dari arah bertentangan. [19] Mahkamah membuat dapatan yang sama juga apabila melihat lakaran SP1 di mana si mati jatuh dibahagian atas P1 di sebelah jalan beliau manakala motorsikal Plaintif-Plaintif telah tercampak jauh ke hadapan di lorong bertentangan. Ini adalah munasabah kerana apabila bergesel dengan motorkar JQE8953 dari arah yang sama, motorsikal Plaintif-Plaintif ditolak ke hadapan. Jika motorsikal Plaintif-Plaintif bergesel dengan motorkar JQE8953 dari arah bertentangan, berkemungkinan motorsikal Plaintif-Plaintif akan jatuh di lorong A - B atau arah hadapan sama seperti si mati di lorong bertentangan. [20] Fakta berhubung arah perjalanan motorkar JQE8953 ini hanya ada dari keterangan SP1 iaitu melalui hasil siasatan dan juga 18 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal laporan polis pemandu motorkar JEQ8953. SP2 dan SP3 tidak ada menyebut tentang kewujudan/kehadiran motorkar JEQ8953. [21] Mahkamah membuat dapatan bahawa jika betul motorkar JEQ8953 dari arah bertentangan/sama arah dengan si Mati, Plaintif-Plaintif mesti sedar tentang kehadirannya atau akan nyatakan tentang pergeseran motorsikal Plaintif-Plaintif dengan motorkar tersebut. [22] Fakta bahawa motorkar JEQ8953 adalah dari arah sama dengan Plaintif-Plaintif lebih munasabah memandangkan motorkar tersebut ada di belakang mereka dan Plaintif-Plaintif tidak sedar fakta ini dan bergesel dengan motorkar JEQ8953 yang berada dibahagian belakang dan geseran disebelah kanan motorkar tersebut adalah selari dengan fakta ini. [23] Mahkamah menekankan kepentingan arah perjalanan motorkar JEQ8953 ini kerana ia boleh membuktikan versi Plaintif bahawa kemalangan berlaku ditengah-tengah jalan digarisan berkembar dan bukan Plaintif-Plaintif yang masuk ke laluan bertentangan. [24] Dalam tindakan ini, SP1 tidak mengeluarkan apa-apa keputusan kes kerana siasatan tidak ditamatkan oleh beliau kerana telah berpindah tetapi hasil daripada siasatan beliau, SP1 mendapati bahawa kedua-dua motorsikal bertembung ditengah-tengah jalan 19 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan kecuaian terletak pada kedua-dua pihak (Plaintif-Plaintif dan si mati). [25] Dalam kes ini, SP1 ada lakarkan kesan gurisan tayar motorsikal dan pecahan kaca iaitu di tengah-tengah jalan digarisan berkembar. SP1 juga setuju bahawa kedudukan garisan dan pecahan kaca tersebut walaupun di tengah jalan tetapi ia dilaluan arah bawah ke atas iaitu arah perjalanan si mati. [26] Dalam masa yang sama, SP1 sahkan semasa beliau sampai di tempat kemalangan iaitu hampir 1 jam selepas kemalangan, trafik telah bergerak seperti biasa dan ada kemungkinan pecahan/sisa kemalangan telah beralih dari tempat asalnya. [27] SP1 seterusnya bersetuju bahawa digarisan tengah berkembar tersebut, kedua-dua kenderaan dari kedua-dua arah tidak boleh masuk ke haluan bertentangan. [28] Daripada keterangan SP2 pula, SP2 menyatakan bahawa beliau tidak masuk ke laluan bertentangan semasa kemalangan tetapi beliau tunggang ditengah-tengah jalan di laluan sah beliau kerana berniat untuk belok ke sebelah kanan, di hadapan untuk membeli makanan. 20 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [29] Mahkamah dapati versi Plaintif-Plaintif ini ada benarnya dan munasabah kerana mereka berniat untuk ke simpang kanan iaitu di kawasan hadapan terdapat simpang yang dikawal lampu isyarat. [30] Walaupun begitu, tiada versi kenapa si mati berada ditengah- tengah laluan/lorong sah beliau sedangkan dari segi undang- undang, adalah lebih selamat untuk penunggang motorsikal menunggang di lorong tepi kiri jalan. Jika si mati tidak menunggang di tengah-tengah jalan, kemalangan mungkin tidak berlaku atau boleh dielakkan. [31] Dalam tindakan ini, fakta bahawa arah perjalanan Plaintif-Plaintif dan Si Mati tidak dipertikaikan dan mereka adalah dari arah bertentangan. Perlanggaran berlaku di tengah-tengah jalan (walaupun dipertikaikan dan dihujahkan Defendan ia lebih di kawasan jalan sah si mati/lorong bertentangan dari laluan Plaintif- Plaintif) tetapi bukti senyap yang lain seperti dilakarkan oleh SP1 dalam P1 dan juga rumusan Mahkamah berhubung arah perjalanan Motorkar JEQ8953 pada hemat Mahkamah adalah memihak kepada versi Plaintif-Plaintif. [32] Berhubung dengan tandaan “X” sebagai tempat kemalangan oleh SP2, ia juga munasabah kerana pertembungan pertama adalah 21 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal antara kedua-dua motorsikal dan kemudiannya pergeseran berlaku antara motorsikal Plaintif-Plaintif dengan motorkar JEQ8953. Di sini juga dapat dilihat pentingnya arah perjalanan motorkar JEQ8953. [33] Ini kerana, jika motorkar JEQ8953 dari arah bawah ke atas P1 iaitu sama arah dengan si mati, perlanggaran/pergeseran ke-2 (antara motorsikal Plaintif-Plaintif dan motorkar JEQ8953) akan berlaku di lorong bertentangan dan tidak mungkin motorsikal Plaintif-Plaintif terbabas sehingga ke tempat lakaran SP1 (lorong bertentangan, dalam petak kuning, ditepi lampu isyarat). [34] Walaupun dalam keterangan SP1 kenderaan terlibat bukan ditempat asal dan telah dialihkan, Mahkamah membuat dapatan bahawa walaupun jika dialihkan, ia masih lagi di arah atau berhampiran tempat terakhir kenderaan tersebut berhenti selepas pertembungan. Arah pergerakan kenderaan selepas bertembung masih boleh dirumuskan dari lakaran yang dilukis di tempat kejadian oleh SP1. [35] Dalam keterangan SP3 pula, beliau boleh nampak kehadiran motorsikal si mati kerana beliau berada di tempat duduk belakang yang lebih tinggi (motorsikal Plaintif-Plaintif adalah jenis Yamaha seperti dalam P2 – mukasurat 23 Ikatan B). SP3 dalam 22 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangannya menyatakan motorsikal si mati dari arah bertentangan memasuki laluannya. Pada waktu itu, kedua-dua laluan sibuk dan kenderaan bergerak perlahan. [36] Jika dirujuk gambar-gambar yang telah diambil oleh SP1, terutama gambar H (mukasurat 89 Ikatan B), garisan berkembar adalah sangat dekat/rapat. Serpihan/pecahan/sisa kemalangan boleh dilihat ada atas garisan berkembar dan ia berserakan. Ini disahkan oleh SP1 bahawa selepas 1 jam kemalangan, kenderaan telah bergerak seperti biasa dan ada kemungkinan serpihan tersebut telah dialihkan oleh pergerakan lalulintas. [37] Walaupun SP2 dan SP3 setuju tompokan kaca adalah di lorong bersebelahan dengan A-B iaitu lorong sah si mati, jelas daripada gambar P2 (H), ada kesan pecahan di atas garisan berkembar dan tidak hanya tertumpu di lorong si mati sahaja. [38] Rujukan kepada kedua-dua motorsikal juga menunjukkan pertembungan berlaku secara berhadapan. Ini dapat dilihat daripada kerosakan kedua-dua motorsikal dan disahkan oleh gambar dan hasil siasatan SP1. [39] Kesimpulan daripada kerosakan ini menujukkan bahawa pertembungan berlaku secara berhadapan dan ada pihak yang masuk ke laluan bertentangan dan dalam kes ini, Mahkamah 23 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal membuat kesimpulan bahawa si mati adalah pihak yang masuk ke laluan sah Plaintif-Plaintif. KESIMPULAN [1] Dalam hujahan pihak Plaintif-Plaintif, dihujahkan bahawa Plaintif- Plaintif cuai 50% dan si mati cuai 50%. [2] Dalam masa yang sama, Defendan berhujah bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif harus ditolak atau secara alternatif, Plaintif-Plaintif juga sumbangcuai dalam kemalangan ini. Defendan berhujah liabiliti haruslah diputuskan 20% si Mati/Defendan dan 80% Plaintif Pertama atas alasan Plaintif Pertama menceroboh laluan sah si Mati. [3] Mahkamah tidak sependapat dengan hujahan kedua-dua pihak dan memutuskan tiada kecuaian atau sumbangcuai oleh Plaintif Pertama dalam kemalangan ini. [4] Mahkamah membuat dapatan bahawa si mati adalah punca utama menyebabkan kemalangan dan ia telah dapat dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif. [5] Walaupun SP1 memberi pendapat bahawa kemalangan berlaku di tengah-tengah jalan dan kecuaian adalah disebabkan oleh kedua- 24 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dua pihak, Mahkamah berpandangan dan membuat dapatan sebaliknya. Ia adalah padangan SP1 hasil dari siasatannya dan Mahkamah tidak terikat untuk meletakkan dan bersetuju dengan kecuaian sama rata oleh kedua-dua pihak. Walaupun jika SP1 keluarkan keputusan kes sebagai RTM atau sebaliknya, Mahkamah masih perlu membuat keputusan berdasarkan pertimbangan keseluruhan keterangan dan bukti yang ada sepanjang perbicaraan. [6] Tambahan pula, Mahkamah mendapati walaupun Plaintif Pertama menunggang di tengah-tengah jalan, ia masih di laluan sah beliau dan beliau berhak berbuat demikian. Beliau juga telah memberikan alasan/sebab kenapa beliau bertindak demikian. Ini juga disahkan oleh SP1 yang mana beliau ada lukis wujudnya persimpangan berlampu isyarat dihadapan tempat kejadian. [7] Apa yang tidak dapat dijelaskan adalah kenapa si mati hadir dan masuk ke laluan bertentangan walaupun pada dasarnya adalah lebih selamat untuk sebuah motorsikal menunggang dibahagian tepi lorong sah beliau (seperti dinyatakan dalam kes NOR HAPIZA ABU HASSAN yang akan dirujuk di bawah). [8] Pemakaian tatacara penggunaan jalanraya yang selamat ini terpakai pada kedua-dua Plaintif dan si mati semasa menunggang 25 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal motorsikal di jalanraya. Masing-masing mempunyai beban untuk berhati-hati dan sentiasa berwaspada, menunggang dengan cara selamat. Walaupun begitu, ia tidak menjadi faktor utama dalam menentukan kecuaian/liabiliti. [9] Mahkamah merujuk kes ABDUL AZIN ABDUL HALIM v. VINOD KANNAN SIVAJOTHI & ANOR [2017] 1 LNS 1404; [2017] MLRSU 152 yang mana Azmi Abdullah JC telah memutuskan bahawa− "[14] This court thus finds that the presence of the plaintiff's motorcycle on the road and his failure to use the motorcycle lane is with a justifiable explanation. Thus failure though against traffic rules, is not in itself an evidenc of negligence on his part and this court quotes from the case of CHE WIL V. MAHMOOD BIN ISMAIL [1982] CLJ REP 420; [1982] 1 MLRH 420 which held: "...The learned Sessions court Judge had made a finding of fact that the accident occurred according to the plaintiff's version yet liability is apportioned equally between the parties involved. This is most clearly a wrong position to take. The act of the Plaintiff being on the road rather than making use of the motorcycle lane even if risky or dangerous and a precondition leading to the accident is not the sole issue in determining contributory negligence. 26 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal The mere fact of a traffic rule not being adhered to is not the sole consideration in determining an accident and the court needs to seek the cause of the accident in the totality of the prevailing evidence.". [10] Semua keterangan yang ada serta keterangan senyap ini telah dinilai oleh Mahkamah dan Mahkamah membuat dapatan bahawa rumusan Defendan berhubung arah perjalanan motorkar JEQ8953 dari awal adalah salah. Itu yang membuatkan Defendan memberi versi dan tanggapan berbeza. [11] Mahkamah menyentuh tentang penglibatan motorkar JEQ8953 kerana ia ada diplidkan oleh kedua-dua pihak dalam tindakan ini dan ia juga penting untuk membuktikan isu liabiliti kes ini. [12] Mahkamah merujuk kepada hujahan Defendan bahawa dalam kes ini terdapat 2 versi yang berbeza. Pada hemat Mahkamah, dalam kes ini hanya ada 1 versi sahaja iaitu versi Plaintif-Plaintif. Defendan/si mati tidak memberi apa-apa versi. Si mati meninggal di tempat kejadian dan sebagaimana diplidkan dalam pembelaan, cara kemalangan dinafikan dan Defendan meletakkan Plaintif- Plaintif beban untuk membuktikan versi Plaintif-Plaintif. [13] Pembelaan Defendan yang menyatakan butir-butir kecuaian Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua juga adalah berdasarkan 27 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal andaian dan bukan datangnya dari versi Defendan/si Mati. Pertembungan yang didakwa berlaku ditengah jalan adalah isu dan fakta yang perlu dibuktikan. [14] Apabila kemalangan berlaku di tengah-tengah jalan, yang mana Plaintif-Plaintif mendakwa mereka masih di lorong sah mereka sendiri dan memberikan sebab kenapa menggunakan lorong lebih ke sebelah tengah untuk membelok ke kanan, kemalangan hanya akan terjadi apabila si mati menunggang, menceroboh dan masuk ke laluan bertentangan seterusnya melanggar/bertembung secara depan-depan dengan motosikal Plaintif-Plaintif. Ini tidak dapat dijelaskan oleh Defendan/Si mati. [15] Dalam kes NOR HAPIZA ABU HASSAN LWN. LAW KOK LEONG & SATU LAGI [2017] 5 LNS 19 Hakim membuat dapatan seperti berikut: “Namun demikian mahkamah tidak menafikan kemalangan ini adalah head on collision berdasarkan kerosakan kedua-dua motorsikal tertumpu di bahagian hadapan dari arah bertentangan sepertimana keterangan oleh pegawai penyiasat. Melihat kepada kerosakan teruk kepada motorsikal si mati plaintif, mahkamah membuat dapatan fakta bahawa si mati juga turut menyumbang kepada kemalangan ini. Inferens dibuat bahawa si mati 28 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menunggang dengan laju, tidak sempat mengelak dan seperti yang diplidkan oleh defendan, gagal menunggang dekat dengan tepi kiri jalan.” [16] Fakta dalam kes ini sama – kehadiran kedua-dua motorsikal di tengah-tengah jalan, pertembungan berlaku tetapi Plaintif-Plaintif dapat menjelaskan kenapa beliau berada di tengah-tengah jalan laluannya sedangkan tiada versi si Mati. Inferens yang dapat Mahkamah buat di sini adalah si mati gagal menunggang dekat tepi kiri jalan, menggunakan lorong yang salah dan gagal berhati- hati sehingga menceroboh laluan sah Plaintif-Plaintif. [17] Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan versi mereka sebagaimana diplidkan dalam Penyataan Tuntutan mereka. Walaupun tanpa versi oleh Defendan/Si mati, Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka sebagaimana diplidkan atas imbangan kebarangkalian dan tidak ada kecuaian/sumbangcuai di pihak Plaintif Pertama mahupun Plaintif Kedua. ISU KUANTUM [1] Perayu-Perayu/Plaintif-Plaintif merayu atas keputusan Mahkamah berhubung kehilangan pendapatan Plaintif Pertama. 29 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2] Terdapat 2 item bagi tuntutan kehilangan pendapatan Plaintif Pertama iaitu: a) Kehilangan pendapatan Plaintif berhujah jumlah RM81,796.80 Defendan berhujah jumlah RM53,228.82 Mahkamah membenarkan jumlah seperti berikut: Pendapatan bulanan RM4,492-64 – 1/3 kos sara hidup = RM2,995.10 RM2,995.10 x 18 bulan (MC 21 bulan - 3 bulan cuti sakit dibayar gaji) = RM53,911.80. [1] Pada masa kemalangan, Plaintif Pertama bekerja di Hanbaobao Pte Ltd (McDonald) Singapura sebagai Pembantu Pengurus. [2] Walaupun Majikan dari Singapura tidak dipanggil memberi keterangan, Plaintif Pertama telah mengemukakan Surat Perlantikan yang ditandakan sebagai eksibit (P9) serta Slip Gaji dari bulan April – November 2015 dan ditandakan sebagai eksibit P10. [3] SP2 memberi keterangan bahawa beliau telah dapat cuti sakit selama 21 bulan dan bagi bulan September, Oktober dan November 2015, beliau telah dibayar gaji mengikut “hospitalization 30 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal leave”. SP2 tidak dapat kemukakan cuti sakit lain selepas bulan ke-21 tetapi memberi keterangan bahawa beliau mengambil cuti sakit sendiri tanpa saraan doktor sehingga bulan ke-38. [4] Mahkamah merujuk kepada cuti sakit yang dibekalkan dan ditandakan sebagai eksibit P11. [5] Dari segi kiraan gaji bulanan, dalam slip gaji Plaintif Pertama dinyatakan beliau mendapat pendapatan purata SGD1,421.72 sebulan. [6] Plaintif Pertama berhujah bayaran dalam tempoh „hospitalization” bukan bayaran gaji tetapi ia adalah saguhati. Plaintif Pertama behujah bahawa tempoh 3 bulan ini perlu diambilkira dalam pengiraan kehilangan pendapatan manakala Defendan berhujah ia patut ditolak. [7] Mahkamah memutuskan bahawa untuk 3 bulan tempoh “hospitalization” tersebut, Plaintif Pertama telah dipampas dan tidak mengalami kehilangan pendapatan. Oleh itu tempoh 3 bulan perlu ditolak daripada 21 bulan cuti sakit yang ada. Oleh demikian baki adalah 18 bulan gaji yang perlu dikira. [8] Berhubung tolakan “living expenses”, Plaintif Pertama berhujah bahawa Plaintif Pertama menggunakan sebanyak RM402.80 31 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebagai perbelajaan harian iaitu RM150.00 untuk mengisi minyak ke tempat kerja dan SGD80.00 untuk auto pass. [9] Defendan pula berhujah, untuk living expenses tolakan 1/3 perlu dibuat daripada gaji Plaintif Pertama tersebut. [10] Untuk “living expenses” ini, Mahkamah membuat tolakan 1/3 kos sara hidup memandangkan Plaintif Pertama tidak mengambilkira perbelanjaan makan/minum untuk tempoh bekerja dalam kiraan mereka. [11] Kiraan Plaintif Pertama bagi kehilangan pendapatan beliau di McDonald sepanjang cuti sakit adalah mengambilkira SGD1,421.72 x 3.16 exchange rate = RM4,492.64 – RM402.80 (living expenses) x 21 bulan (cuti) = RM85,886.64. [12] Seperti apa yang Mahkamah nyatakan, jumlah RM4,492.64 perlu ditolak 1/3 living expenses = RM2,995.10 x 18 bulan (3 bulan gaji dibayar mengikut hospitalization) = RM53,911.80 iaitu jumlah kehilangan pendapatan yang harus dipampas oleh Defendan. [13] Oleh demikian, jumlah tersebut dibenarkan bagi kehilangan pendaparan sebenar Plaintif Pertama. b) Kehilangan pendapatan separuh (partial loss of earning) Plaintif berhujah dari seperti berikut: 32 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dari 14/1/2019 sehingga 1/11/2019 (10 bulan) = RM4,089.84 – RM1,500.00) x 10 bulan = RM25,898.40 Dari 1/11/2019 sehingga Appril 2020 (5 bulan) = (RM40,089.84 – RM2,500.00) x 5 bulan = RM7,949.20. Dari April 2020 sehingga 1/3/2022 (11 bulan tidak bekerja) sebanyak RM44,988.24. Defendan berhujah satu jumlah lump sum sebanyak RM20,000.00 Mahkamah membenarkan jumlah secara global RM20,000.00. [1] Plaintif Pertama menuntut kehilangan pendapatan separuh ini berdasarkan kehilangan pendapatan beliau dari 14/1/2019 di mana selepas kemalangan, Plaintif Pertama mula bekerja separuh masa di People‟s Corner Sdn Bhd sebagai Juruwang dengan pendapatan RM1,500.00 sebulan. [2] Majikan Plaintif Pertama di People‟s Corner Sdn Bhd ada hadir ke Mahkamah memberi keterangan (SP4). P12 dan P13 iaitu Salary Slip dikemukakan. [3] Dalam tempoh ini, Plaintif Pertama berhujah bahawa beliau telah cuba memitigasikan kerugian dengan bekerja walaupun telah mengalami kecederaan teruk dan tempoh rawtaan yang panjang. 33 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Selepas 10 bulan, beliau telah bekerja secara sepenuhmasa ditempat yang sama dengan gaji RM2,500.00 untuk 5 bulan kerana People‟s Corner Sdn Bhd telah ditutup semasa pendemik Covid 19. [4] Plaintif Pertama telah kembali bekerja di Singapura pada 1/3/2022 dengan pendapatan yang lebih tinggi. Dalam masa sama, Plaintif Pertama menuntut gantirugi bagi kehilangan gaji 11 bulan ketika tidak bekerja (April 2020 – 1/3/2022). [5] Defendan berhujah Plaintif Pertama mula bekerja di People‟s Corner Sdn Bhd sehingga April 2020 dan tidak lagi bekerja selepas itu kerana syarikat telah tutup operasi disebabkan Covid 19. Plaintif Pertama tidak bekerja sehingga beliau dapat kerja semula di Singapura. Defendan berhujah kehilangan pendapatan Plaintif Pertama selepas pengoperasian People‟s Corner Sdn Bhd ditutup adalah diluar kawalan Defendan dan ia tidak harus dibenarkan. [6] Bagi tempoh April 2020 – 1/3/2022 ini, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan. Tuntutan ini tidak dapat dibenarkan. Ia adalah arahan kerajaan dan bukan sahaja Plaintif Pertama pad amasa itu tidak dapat menjalankan pekerjaan seperti biasa dan ada juga syarikat-syarikat lain yang tidak membayar gaji 34 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kakitangan sepanjang arahan penutupan operasi oleh kerajaan berjalan. [7] Jika sekalipun syarikat tersebut ditutup bukan atas arahan kerajaan, Plaintif Pertama mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan kerja lain/si syarikat lain bagi kelangsungan hidup. [8] Ini dapat dibuktikan bahawa selepas tamat tempoh penggantungan operasi dan sekatan perjalanan, Plaintif Pertama telah dapat kembali ke Singapura dan mendapat pekerjaan dengan gaji yang lebih dari sebelumnya. [9] Untuk tempoh 14/1/2019 – April 2020, Plaintif Pertama gagal menunjukkan bukti usaha atau percubaan beliau untuk kembali bekerja di Singapura bagi mendapatkan gaji yang sebagaimana diperolehi sebelum kemalangan. [10] Mahkamah bersetuju dengan Defendan bahawa kadar pertukaran wang asing ini tidka boleh dijadikan asas utama dalam menilai kehilangan pendapatan tersebut. Ia perlu dibuktikan dan samada ini adalah pilihan Plaintif Pertama sendiri untuk bekerja di Malaysia dan tidak ke Singapura atas sebab sendiri. [11] Jika dilihat, tempoh tersebut belum lagi melibatkan sekatan pergerakan akibat Covid 19. Permit Plaintif Pertama di Singapura 35 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal sebelum ini juga ditamatkan kerana Plaintif Pertama tidak hadir bekerja untuk satu tempoh yang mana syarikat beliau sebelum itu mengambil keputusan untuk menamatkan permitnya. Plaintif Pertama tidak dihalang untuk kembali ke Singapura dan cuba bekerja semula di tempat sama atau tempat-tempat lain di Singapura untuk mendapaytkan gaji sebagaimana sebelum kemalangan. [12] Walaubagaimanapun, Mahkamah mengambilkira usaha Plaintif Pertama cuba bekerja dan memitigasikan kehilangan pendapatan beliau tersebut dan memberikan award secara sekali gus (lum sum) sebanyak RM20,000.00 dan ia adalah adil dan munasabah bagi memberi gantirugi kehilangan Plaintif Pertama dalam tempoh tersebut. c) Kehilangan pendapatan masa hadapan adalah ditolak. [1] Plaintif Pertama telah kembali bekerja di Singapura pada 1/3/2022 dan mendapat gaji lebih tinggi daripada sebelum kemalangan. [2] Oleh itu, tuntutan ini ditolak oleh Mahkamah. [3] Dalam masa yang sama, Plaintif Pertama dalam hujahan mereka juga ada menyatakan bahawa Plaintif Pertama telah kembali bekerja di Singapura dan tiada kehilangan pendapatan dipohon. 36 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dikemukakan kepada YAH untuk pertimbangan. Disediakan oleh, Sazlina Safie ……………………………………………….. SAZLINA BINTI SAFIE KETUA PUSAT MEDIASI @ HAKIM MAHKAMAH SESYEN 4 JOHOR BAHRU TARIKH : 4/1/2023. Peguamcara Plaintif-Plaintif: Cik S. Sukanthini Cik J. Chandrika Peguamcara Defendan: En. Mohd Apandi Bin Mohd Yatim En. Muhammad Irfan Bin Mohd Mougut 37 S/N H/WdEQglb0a19DcAVTQkiA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal