Jaya Maju Food Supplies Sdn Bhd (No. Syarikat: 826067-A) Haslimi Udin Bin Hamid (No. K/P: 760801-08-5385) (Didakwa Sebagai Pemilik Tunggal Yang Menjalankan Perniagaan Di Bawah Nama Dan Gaya Mycomz Enterprise (1814325-M)) PIHAK KETIGA 1. Moh
On the balance of probabilities the court accepted the Plaintiff's contemporaneous documents and witness evidence that goods were supplied and accepted by Defendant and that, by conduct and documentary course of dealings, Defendant had conferred implied authority on the Third Party to operate and transact on...
Source-derived case information.
- Citation
- BA-B52NCC-131-07/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: Jaya Maju Food Supplies Sdn Bhd; Defendant: Haslimi Udin Bin Hamid; Third Party: Mohanaz Holdings Sdn Bhd; Third Party: Muhammad Erfan Bin Mohamed Bakran
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 1 January 1900
- Case Number
- BA-B52NCC-131-07/2019 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Claim for Unpaid Supply of Goods / Contract / Judgment on Merits (reasons for Judgment Delivered)
- Outcome
- Plaintiff's claim allowed; Defendant found liable for the unpaid supply; Third Party held liable as agent by conduct/estoppel and ordered to pay costs.
- Legal Topics
- Agency Liability and Apparent Authority, Estoppel and Holding Out, Admissibility of Business Documents (id), Pleadings and Scope of Issues, Government Contract Sub Contracting Clause and Public Policy, Sale of Goods — Acceptance and Suit for Price, Burden of Proof
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Jaya Maju Food Supplies Sdn Bhd
Plaintiff
Haslimi Udin Bin Hamid
Defendant
Mohanaz Holdings Sdn Bhd
Third Party
Muhammad Erfan Bin Mohamed Bakran
Third Party
Procedural Posture
Civil Claim for Unpaid Supply of Goods / Contract / Judgment on Merits (reasons for Judgment Delivered)
Legal Issues
- 1 Whether Defendant is liable to pay the full claimed sum for goods supplied
- 2 Whether Plaintiff is entitled to RM321,964.75 based on account statements, invoices and delivery orders
- 3 Whether liability for payment is solely a dispute between Defendant and Third Party and not actionable by Plaintiff
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the court accepted the Plaintiff's contemporaneous documents and witness evidence that goods were supplied and accepted by Defendant and that, by conduct and documentary course of dealings, Defendant had conferred implied authority on the Third Party to operate and transact on Defendant's behalf; accordingly Defendant is liable for the unpaid price and the Third Party, being agent by conduct/estoppel, is also liable to Plaintiff; disputed unsigned ID documents were admissible and the Plaintiff's claim for RM321,964.75 is allowed; Third Party ordered to pay costs of RM8,000 to Plaintiff.
Court Disposition
Plaintiff's claim allowed; Defendant found liable for the unpaid supply; Third Party held liable as agent by conduct/estoppel and ordered to pay costs.
Orders
- Judgment for Plaintiff Jaya Maju Food Supplies Sdn Bhd against Defendant Haslimi Udin Bin Hamid for RM321,964.75
- Third Parties Mohanaz Holdings Sdn Bhd and Muhammad Erfan Bin Mohamed Bakran held liable to Plaintiff for the Plaintiff's claim against Defendant (agency liability)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO.: BA-B52NCC-131-07/2019 Antara Jaya Maju Food Supplies Sdn Bhd (No. Syarikat: 826067-A) … Plaintif Dan Haslimi Udin Bin Hamid (No. K/P: 760801-08-5385) (Didakwa Sebagai Pemilik Tunggal Yang Menjalankan Perniagaan Di Bawah Nama Dan Gaya Mycomz Enterprise (1814325-M)) ...Defendan Dan 1. Mohanaz Holdings Sdn Bhd (No. Syarikat: 0745780-D) 2. Muhammad Erfan Bin Mohamed Bakran (No. K/P: 891018-38-5079) ... Pihak-Pihak Ketiga ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan [1] Melalui Pernyataan Tuntutan bertarikh 17.6.2019, Plaintif telah menuntut daripada Defendan untuk pembekalan bahan mentah masakan yang masih belum dibayar seperti berikut:- a. Wang berjumlah RM 321, 964.75; b. Faedah sebanyak 5% setahun dari tarikh pemfailan saman sehingga penyelesaian penuh; c. Kos tindakan atas dasar pegumacara anakguam dan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran penuh; d. Lain-lain relief dan/atau relief-relief selanjutnya seperti mana yang difikirkan sesuai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. [2] Pihak Defendan menafikan bertanggung jawab mengenai pembayaran tuntutan Plaintif dan telah membawa masuk Pihak Ketiga iaitu agen yang dilantik untuk mendapat dan mengendalikan pembekalan makanan dari Plaintif serta menguruskan hal pembayaran pembekalan tersebut. Maka Pihak Ketiga bertanggungan terhadap keseluruhan pembayaran pembekalan tersebut. B. Fakta kes (i) Antara Plaintif dan Defendan [3] Untuk membuktikan tuntutannya, pihak Plaintif telah memanggil tiga orang saksi dari syarikatnya iaitu: (a) Sew Hab Lim – Penyelia Stor (SP 1); (b) Khor Gin Tiam - Pengarah (SP 2); dan (c) Chin Mei Har - Pengurus Kewangan (SP 3). [4] Plaintif telah membekalkan dan menghantar serah barang-barang makanan basah (pembekalan tersebut) kepada Defendan dengan penghantaran pembekalan tersebut dibuat ke Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor (SMSKS). Plaintif mendakwa Defendan telah mendapat manfaat sepenuhnya daripada pembekalan tersebut tetapi tidak membuat 1 pembayaran pembekalan tersebut bagi tempoh antara 18.1.2018 hingga 31.3.2019 sebanyak RM321,964.75. [5] Plaintif telah mengemukakan dokumen berikut: (a) Penyata Akaun bagi bulan Februari dan Mac 2018 di eksibit P63, P64 dan P66 dalam Ikatan Dokumen Bersama (Ikatan B1); dan (b) Invois dan Pesanan Penghantaran bagi bulan Februari, April dan Mei 2018 (ms 3 – 176 Ikatan B1) kecuali Januari dan Mac 2018. [6] SP1 ialah orang yang bertanggung jawab menyediakan bahan mentah untuk dihantar kepada Defendan menurut pesanan yang dibuatoleh Defendan. Menurut SP2, Defendan telah membayar penuh baki tunggakan pembekalan tersebut bagi bulan Januari dan Mac 2018 dan tiada tuntutan dibuat bagi kedua-dua bulan tersebut. Plaintif tidak mempunyai pengetahuan spesifik mengenai pelantikan Pihak Ketiga sebagai agen Defendan yang menguruskan pembayaran kepada Plaintif bagi pembekalan tersebut. [7] SP3 ialah orang yang menyediakan Penyata Akaun Defendan. Keterangan SP3 menunjukkan pembayaran dibuat melalui cek dan melalui pindahan wang secara atas talian berdasarkan resit MIR1803/21. Akaun Defendan telah lama tidak aktif kerana tiada pembayaran diterima. [8] Akibat kegagalan dan keingkaran Defendan untuk menjelaskan harga pembekalan tersebut, Plaintif telah melalui peguamcaranya, Tetuan 2 Prem & Associates mengeluarkan Notis Tuntutan bertarikh 13.5.2019 terhadap Defendan menuntut jumlah keseluruhan RM321,964.75. Namun Defendan tidak pernah memberikan maklum balasnya. [9] Bagi membela tuntutan Plaintif, pihak Defendan telah memanggil tiga orang saksi iaitu: (a) Noor Azlina binti Md Noor -pekerja Pihak Ketiga (SD1); (b) Noraidah Jaafar – pegawai eksekutif Malayan Banking Berhad (SD2); dan (c) Haslimi bin Udin – pemilik tunggal Defendan (SD3) [10] Defendan mengakui penerimaan pembekalan tersebut tetapi mempertikaikan Penyata Akaun Plaintif yang bertarikh 31.3.2019 (eksibit P63 di ms 1-4 IDB) bagi bulan Mac 2018 kerana pihak Plaintif terutama melalui SP3 semasa perbicaraan, gagal mengemukakan apa apa-apa dokumen bukti pesanan pembelian, pesanan penghantaran dan invois bagi membuktikan pembayaran telah dibuat bagi bulan Mac 2018. Atas kegagalan tersebut, jumlah pembayaran yang sepatutnya dibayar oleh Defendan ialah RM114,535.82 sahaja, yang ditolak daripada jumlah keseluruhan tuntutan Plaintif. [11] Defendan juga menafikan penerimaan pembekalan tersebut bagi tujuh Pesanan Penghantaran yang bertarikh 1, 3, 6, 8, 10, 13 dan 27 Februari 2018 seperti yang telah ditandakan sebagai eksibit ID dalam IDB seperti berikut: (a) ID-1 di ms 9-10 IDB bertarikh 1.2.2018; (b) ID-2 di ms 15-17 IDB bertarikh 3.2.2018; 3 (c) ID-3 di ms22-24 IDB bertarikh 6.2.2018; (d) ID-4 di ms 28-30 IDB bertarikh 8.2.2018; (e) ID -5 di ms 35-37 IDB bertarikh 10.2.2018; (f) ID-6 di ms 42-44 IDB bertarikh 13.2.2018; dan (g) ID-10 di ms 63 IDB bertarikh 27.2.2018. [12] Ketujuh-tujuh Pesanan Penghantaran tersebut tidak seharusnya diterima untuk menyokong tuntutan Plaintif atas alasan berikut: (a) Plaintif telah gagal mengemukakan sebarang bukti sokongan iaitu Pesanan Penghantaran tersebut tifdak ditandatangani oleh mana-mana pihak; (b) saksi-saksi yang menyediakan dokumen iaitu Miss Wong dan pemandu lori yang menghantar pembekalan tersebut tidak dipanggil sebagai saksi; dan (c) keterangan SP1 yang menyatakan bahawa dokumen Pesanan Penghantaran tidak boleh dibiarkan kosong. [13] Segala urusan penerimaan dan pembayaran pembekalan tersebut diuruskan oleh Pihak Ketiga yang dilantik sebagai agen bagi maksud tersebut. Defendan dan Pihak Ketiga telah mewujudkan akaun bank berdaftar atas nama Mycomz Enterprise no akaun 562740135446 (akaun Mycomz tersebut). Maka segala pembayaran tuntutan Plaintif adalah di bawah tanggungan Pihak Ketiga. (ii) Defendan dan Pihak Ketiga [14] Dalam menafikan tanggungjawabnya untuk keseluruhan tuntutan Plaintif dan pembelaan Defendan, Pihak Ketiga telah membawa dua orang saksi iaitu: 4 (a) Muhammad Erfan Bin Mohamed Bakran, Tukang Masak dan pekerja pengurusan dewan makan SMSKS (SPK-1); dan (b) Waheedah Faruz Bin Telahah, Pengarah Pihak Ketiga (SPK-2). [15] Kes Defendan dimulakan oleh keterangan SD1 yang bekerja dengan syarikat Pihak Ketiga sebagai Penyelia di dewan makan SMSKS dari Februari 2017 sehingga Disember 2018. SD1 juga merupakan pembantu peribadi kepada pemilik Pihak Ketiga iaitu SPK-1. Segala urusan berkenaan penempahan dan penerimaan pembekalan tersebut diuruskan oleh SD1 sebanyak tiga kali seminggu dan SD1 memeriksa setiap pembekalan tersebut yang dihantar pada esok harinya bagi memastikan setiap pesanan diterima dengan betul. SD1 mengakui pernah berurusan dengan SP2. Semua cek yang SD1 terima dari SMSKS akan diserah kepada SPK-2 dan urusan pembayaran dan pengeluaran cek dilakukan oleh SPK-2. SD1 menerima gaji dari pihak Ketiga tetapi tidak mempunyai apa-apa bukti sokongan kerana dibayar gaji secara tunai. [16] Sebagai pegawai eksekutif Malayan Banking Berhad (MBB), SD2 menerangkan bahawa segala cek MBB atas nama Mycomz Enterprise no akaun 562740135446 (akaun tersebut) mempunyai dua penama yang telah dinamakan sebagai penandatangan iaitu SD3 dan SPK-2. SD2 mengesahkan bahawa cek-cek Bank Islam yang diisukan oleh SMSKS kepada Defendan di eksibit D68, D69, D70 (b) dan (c), D71(c) (e) dan (f), D72 (b) (c) dan (d), D73 (b) (d) dan (f) dan D74 (c) dan (d) bagi tempoh antara Januari hingga Mei 2018 telah ditunaikan dari akaun Defendan oleh SPK-2. Pengecaman SPK-2 dibuat berpandukan kepada nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan SPK-2 yang sama dicatatkan 5 di belakang cek-cek tersebut. Pembayaran yang dibuat oleh Defendan kepada Plaintif pada 26.3.2018, 27.4.2018 dan 25.5.2018 telah dibuat dari akaun tersebut tetapi dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti kerana cek-cek itu tidak diisukan daripada akaun tersebut. Ketika disoal balas oleh peguam Pihak Ketiga, SD2 mengesahkan bahawa akaun Defendan juga menerima masuk cek dari pihak lain namun SD3 dan SPK-2 merupakan penama yang dibenarkan untuk menandatangani cek-cek tersebut. [17] Sebagai pemilik tunggal Defendan, SD3 mengakui bahawa Defendan telah memperolehi Perlanjutan Tempoh Kontrak Bagi Tender Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak ke Asrama SM Sains Kuala Selangor Di Bawah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor Untuk Tempoh Mulai Januari 2018 Hingga 31 Disember 2018 (Perkhidmatan tersebut) seperti dalam Surat Setuju Terima bertarikh 10.8.2017 (eksibit PT-81) daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (SST tersebut). Defendan memasuki kontrak tersebut setelah diminta oleh SPK-2 memandangkan SD3 mempunyai kod bidang pemasakan Islam dengan Kementerian Kewangan Malaysia tetapi tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan pembekalan tersebut. Bagi maksud tersebut, SD3 telah menubuhkan syarikat Defendan sebagai satu perkongsian dan menjadikan SPK-1 sebagai rakan kongsi dari 31.12.2015 hingga 2.6.2016 (eksibit D-80) setelah diperkenalkan oleh SPK-2 dan SD3 dan SPK-1 telah menandatangani dokumen Partners Resolution bertarikh 5.1.2016 (eksibit D79) bertujuan untuk membuka akaun MBB yang didaftarkan bawah nama Defendan. Defendan telah menandatangani dokumen Plaintif iaitu Credit Account Application Form (ID-67A) bagi maksud 6 pembekalan tersebut dan nama SD3 dan kedua-dua Pihak Ketiga telah menjadi penjamin pembekalan tersebut (ID-67B). Atas persetujuan lisan, SD3 hanya akan menerima 3% daripada pembayaran yang diterima sebagai insentif membenarkan Pihak Ketiga menggunakan nama SD3 bagi tujuan mendapatkan tender kontrak tersebut. [18] Setelah SPK-1 menarik diri dari menjadi rakan kongsi, Defendan bertukar status sebagai pemilik tunggal tetapi masih mengekalkan SPK-1 sebagai penandatangan bersama akaun tersebut dan orang yang berurusan dengan pembayaran dan penunaian cek di akaun tersebut bagi urusan pembekalan tersebut, gaji pekerja, penyelenggaraan dan lain-lain. SD3 mengesahkan SD1 ialah pekerja Pihak Ketiga. [19] SPK-1 akan menghubungi SD3 untuk mendapatkan tandatangan SD3 bagi penunaian cek yang diterima dari SMSKS dan SPK-1 yang menguruskan semua urusan penerimaan dan pembayaran pembekalan tersebut. [20] Pihak Ketiga memplidkan hanya dilantik untuk menjadi operator bebas bagi mengendalikan tender masak di SMSKS kerana tiada apa-apa surat lantikan atau resolusi syarikat dibuat bagi melantik Pihak Ketiga sebagai agen Defendan. [21] Keterangan SPK-1 dan SPK-2 semasa pemeriksaan utama adalah senada iaitu: (a) kedua-duanya mempunyai pengetahuan mengenai Plaintif yang membuat pembekalan tersebut namun menafikan bahawa: 7 (i) Pihak Ketiga bertanggung jawab menguruskan hal pembayaran kerana ianya terletak di bawah tanggung jawab SD1; dan (ii) Pihak Ketiga tidak melantik SPK-1 sebagai agen kepada Defendan tetapi SPK-1 ialah rakan kongsi Defendan dari 31.12.2015 hingga 2.6.2016 sebelum dilantik oleh Pihak Ketiga menjadi tukang masak dewan makan SMSKS; (b) akaun tersebut didaftar atas nama Defendan; (c) Defendan telah meniru tandatangan SPK-1 dan menggunakan nama SPK-1 sehingga September 2018, juga memalsukan nama, nombor kad pengenalan dan tandatangan SPK-2 untuk menjadikan SPK-2 sebagai penjamin pembekalan tersebut. SPK-1 dan SPK-2 telah membuat laporan polis mengenai pemalsuan ini seperti di eksibit PT-85 dan PT-84 masing-masing dalam Ikatan B2. [22] Menurut SPK-1, akaun tersebut diwujudkan bagi pembayaran dari pihak Kerajaan dan untuk membayar pembekal seperti Plaintif. Ketika pemeriksaan balas, SPK-1 bertegas dengan pendiriannya bahawa Pihak Ketiga hanya bertindak sebagai operator bebas menguruskan dewan makan SMSKS sahaja dan menafikan dengan tegas penglibatannya dalam membuat pembayaran kepada Plaintif. Pada masa yang sama SPK-1 mengakui diberi kuasa untuk menandatangani, menunaikan cek- cek dalam eksibit D70 hingga D74 dan menyerahkan wang kepada SD1 dan SD3 untuk membuat pembayaran kepada pembekal. Ini semua dibuat atas arahan Defendan. Ketika diperiksa semula, walaupun telah 8 tidak dijadikan rakan kongsi, SPK-1 mengakui bahawa Defendan telah meminta SPK-1 untuk menguruskan cek Defendan. [23] Menurut keterangan SPK-2, pihak Defendan telah meminta bantuan Pihak Ketiga untuk memulakan perniagaan dewan makan dan menguruskan tender masak di kantin SMSKS sebagai operator bebas bagi tahun 2015 hingga 2017 untuk menguruskan dan mengatur kerja tersebut. Tiada perjanjian bertulis antara Defendan dan Pihak Ketiga. SPK-2 menafikan penglibatannya dalam urusan dewan makan tersebut pada tahun 2018 kerana kontrak tersebut sehingga 2017 sahaja. Sebagai operator bebas, SPK-2 menerangkan bahawa Pihak Ketiga menerima imbuhan dari kerja memasak dan tiada peratusan jumlah bayaran dibuat kepada Defendan. Ketika diperiksa balas, SPK-2 mengenali SD3 melalui perkecimpungan mereka dalam politik sejak 2010 tetapi SPK-2 menafikan memperkenalkan SPK-1 kepada SD3. C. Isu-isu untuk dibicarakan (i) Antara Plaintif dan Defendan (a) Sama ada Defendan bertanggungan sepenuhnya untuk membayar tuntutan penuh Plaintif bagi bayaran kepada barang- barang makanan yang telah dibekal dan dihantar serah oleh Plaintif kepada Defendan; (b) Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut jumlah penuh RM321,964.75 berdasarkan terma nyata dalam Penyata Akaun, Innvois dan Pesanan Penghantaran seperti dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif; dan 9 (c) Sama ada tanggungan untuk pembayaran terhadap barang- barang Plaintif yang telah diserahkan dan diterima oleh Defendan adalah isu antara Defendan dan Pihak Ketiga sahaja dan tidak melibatkan Plaintif (ii) Antara Defendan dan Pihak Ketiga (a) Sama ada terdapat hubungan kontraktual antara Defendan dan Pihak Ketiga; (b) sama ada syarat kontrak Kerajaan Malaysia tidak membolehkan kontrak diserah hak atau disub kontrak kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis pihak Kerajaan Malaysia dan kesannya kepada kontrak antara Defendan dan Pihak Ketiga; (c) pihak yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas tanggungan hutang Plaintif. D. Analisa dan dapatan mahkamah bagi isu antara Plaintif dan Defendan (i) Sama ada Defendan bertanggungan sepenuhnya untuk membayar tuntutan penuh Plaintif bagi bayaran kepada barang-barang makanan yang telah dibekal dan dihantar serah oleh Plaintif kepada Defendan [24] Tuntutan Plaintif merupakan pembayaran bagi barangan yang dijual, dibekal dan diserah yang tertakluk pada Akta Jualan Barang 1957 (Akta tersebut) khususnya seksyen 31, 42 dan 55 seperti berikut. “31. Duties of seller and buyer It is the duty of the seller to deliver the goods and of the buyer to accept and pay for them in accordance with the terms of the contract of sale.” 10 42. Acceptance. The buyer is deemed to have accepted the goods when he intimates to the seller that he has accepted them, or when the goods have been delivered to him and he does any act in relation to them which is inconsistent with the ownership of the seller, or when, after the lapse of a reasonable time, he retains the goods without intimating to the seller that he has rejected them.” 55. Suit for price. (1) Where under a contract of sale the property in the goods has passed to the buyer and the buyer wrongfully neglects or refuses to pay for the goods according to the terms of the contract, the seller may sue him for the price of the goods. (2) Where under a contract of sale the price is payable on a day certain irrespective of delivery and the buyer wrongfully neglects or refuses to pay such price, the seller may sue him for the price although the property in the goods has not passed and the goods have not been appropriated to the contract.”. [25] Saya meneliti Ikatan Pliding (Ikatan A) iaitu Pernyataan Tuntutan Plaintif dan mendapati Plaintif telah meletakkan angka RM321,964.75 di perenggan 6 hingga 11 malah perenggan 7 menyenaraikan butiran terperinci yang membawa kepada jumlah tuntutan Plaintif. Penyataan Pembelaan Defendan tidak menafikan pesanan dan menerima pembekalan tersebut malah meletakkan beban pembayaran di bahu Pihak Ketiga semata-mata tanpa mempertikaikan jumlah tuntutan Plaintif. Undang-undang adalah mantap bahawa pihak-pihak terikat dengan plidingnya dan bukan menjadi tugas mahkamah untuk melihat apa yang ada di sebalik pliding pihak Defendan. Pihak Defendan hanya membangkitkan isu mengenai jumlah sebenar tuntutan Plaintif semasa perbicaraan dan dalam hujahan bertulisnya tetapi tidak dalam pliding. 11 [26] Mahkamah ini terikat dengan kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Samuel Naik Siang Ting v Public Bank Bhd [2015] 8 CLJ 944 bahawa pihak-pihak terikat dengan pliding dan tidak boleh mengemukakan fakta dan isu yang tidak dipilidkan. Mahkamah Rayuan dalam kes Teo Sui Chin & Ors v Lim Siok Lian [2019 ]10 CLJ 313 di perenggan 14 menyatakan penerimaan keterangan bagi fakta yang tidak diplidkan bukan sahaja merupakan perlanggaran kepada asas prinsip pliding malah tidak boleh dibenarkan jika pihak-pihak hendak mencabar fakta yang tidak diplidkan. Berdasarkan nas-nas di atas, mahkamah tidak boleh melayan apa-apa fakta yang tidak diplidkan dalam pembelaan pihak Defendan. (ii) Sama ada Plaintif berhak untuk menuntut jumlah penuh RM321,964.75 berdasarkan terma nyata dalam Penyata Akaun, Invois dan Pesanan Penghantaran seperti dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif [27] Bagi pembayaran bulan Januari dan Mac 2018 pembekalan tersebut, peguam Plaintif menghujahkan bahawa ia telah dibayar sepenuhnya maka tiada tuntutan dibuat keatasnya seperti yang telah diterangkan oleh SP-2 di muka surat 69 Nota Keterangan, “S : Dengan izin Puan, saya cuma ada satu soalan sahaja. Encik Koh, sebelum ini iaitu Encik Siew SP1 ada telah ditanyakan peguam Defendan mengapa DO Invois bulan Mac tidak dimasukkan pada bundle B1. Sebagai seorang pengarah boleh encik jelaskan kenapa tak masukkan ke dalam ikatan? J : Sebab dia sudah bayar. S: Maksud encik sudah bayar, untuk 10 bulan atau apa? J: Dia bayar penuh lah. Bulan 3 itu. Bulan 1 dan 3 dia sudah bayar penuh. 12 S : Oleh sebab pihak Defendan telah bayar penuh pada Mac 2018, sebab itu invois dan DO tidak dimasukkan? J : Ya.”. [28] Keterangan SP2 disokong oleh keterangan SP3 iaitu Pengurus Kewangan Plaintif bahawa pembayaran bagi kedua-dua bulan Januari dan Mac 2018 telah dibayar melalui beberapa bayaran sebahagian yang telah dibuat oleh Defendan. [29] Bagi Pesanan Penghantaran di ID-1,2,3,4,5,6 dan 10 (berjumlah RM73,594.71) yang tidak ditandatangani oleh mana-mana pihak, hujahan peguam Defendan ialah SP1 tidak boleh menerangkan mengenai ketujuh- tujuh eksibit ID tersebut kerana ianya disediakan oleh kerani bernama Miss Wong dan semua pembekalan tersebut dihantar oleh pemandu lori Plaintif tanpa kehadiran SP1. Kedua-duanya tidak dipanggil sebagai saksi dan semua dokumen ID kekal sebagai ID. Atas kegagalan kedua-dua saksi yang dinyatakan oleh SP1 dipanggil ke mahkamah, peguam Defendan bergantung kepada seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 dan tuntutan Plaintif perlu ditolak dari RM73,594.71 menjadikan tuntutan sebenar Plaintif sebanyak RM114,300.04 sahaja. Dokumen yang ditandakan sebagai ‘ID’ tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan dan tidak mempunyai nilai probatif dengan disokong oleh dapatan Mahkamah Tinggi dalam kes PP lwn Datuk Haji Harun bin Idris [1977] 1 LNS 92 dan Ken Property Sdn Bhd v Badan Pengurusan Bersama Ken Damansara II Condominium [2016] 1 LNS 309. 13 [30] Mahkamah meneliti keterangan SP1. Sebagai Penyelia Stor Plaintif, SP1 bertanggung jawab untuk menyediakan dan meluluskan kesemua pesanan penghantaran pelanggan Plaintif termasuk Defendan. Defendan telah membuat catatan harga bagi setiap barang yang dipesan menggunakan tulisan tangan di atas setiap Pesanan Penghantaran dalam tujuh eksibit ID tersebut. Ini tidak disangkal oleh Defendan. Ketika disoal balas oleh peguam Defendan, SP1 menjelaskan Miss Wong tidak lagi bekerja dengan Plaintif. SP2 ialah Pengarah syarikat Plaintif yang telah menyelia dan meluluskan invois yang dikeluarkan oleh Plaintif dan SP2 mengesahkan semua invois yang disediakan dalam IDB adalah berkaitan dan selari dengan Pesanan Penghantaran yang dieksibitkan dalam IDB. [31] Saya merujuk kes Pannir Selvam Sinnaiyah & Anor b Tan Chia Foo & Ors [2019] 1 LNS 2031 di muka surat 14 dan 15 mengenai penerimaan masuk eksibit ID yang menyatakan seperti berikut, “[54] Furthermore, the procedure when dealing with ID documents is clear, that is, since they have not been classified as Part A or Part B documents under Order 34 rule 2 of the Rules of Court 2012 ("Rules of Court"), the party tendering the ID document has to ensure that such document falls within at least one of the exceptions to the rule against hearsay. Documents that are marked as ID, therefore, are not automatically rendered inadmissible, but will be subject to the full force of the Evidence Act. [55] This was also explained by Ramly Ali J (as he then was) in Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v. Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] 2 CLJ 474: ...At that stage of the proceedings, all those documents have to be marked as "ID” first, but it does not stop the court from deciding on their admissibility at the end of the trial ie, during submissions stage. Section 73A(2) of the Evidence Act 1950 empowers the court to do so. The said subsection provides for the exercise of the power "at any stage of the proceedings, having regards to all the circumstance of the case". There is nothing to say 14 that those documents cannot be admitted as evidence under s. 73A(2) just because they have only been marked as “ID”… [Emphasis added.]”. Dalam kes Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v. Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] 2 CLJ 474 tersebut, Mahkamah Tinggi seterusnya menjelaskan pemakaian seksyen 73A(2) Akta Keterangan 1950 seperti berikut, “Section 73A(2) of the Evidence Act 1950 provides for the admittance of documents when the maker is not called, if having regard to all the circumstances of the case the court is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused. In doing so, the court may draw any reasonable inference from the form or contents of the document or from any other circumstances. This is provided under s. 73A(5) of the same Act. The relevant parts of s. 73A(2) and (5)reads as follows: (2) In any civil proceedings, the court may at any stage of the proceedings, if having regard to all the circumstances of the case it is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused, order that such a statement as is mentioned in subsection (1) shall be admissible as evidence or may, without any such order having been made, admit such a statement in evidence: a) notwithstanding that the maker of the statement is available but is not called as a witness; and b) notwithstanding that the original document is not produced, if, in lieu therefore, there is produced a copy of the original document or of the material part thereof certified to be a true copy in such manner as may be specified in the order or as the court may approve, as the case may be. (5) For the purpose of deciding whether or not a statement is admissible as evidence by virtue of subsection (1) to (4), the court may draw any reasonable inference from the form or contents of the document in which the statement is contained, or from any other circumstances. … Therefore, by virtue of the above provisions of law, I am satisfied that the said notices of demand (ID17 - ID19) and (ID21 - ID23); the AR Cards (ID18 - ID20) and Certificates of Posting (ID22 - ID24) are admissible as evidence. 15 All these documents are part of a transaction or records which are consistent, and were issued in the course of business and discharge of professional duty. The court can see the genuinity of these documents without the makers being called. By virtue of s. 73A(5) and 73A(6) of the same Act, in deciding whether all these documents are admitted, the court had also considered the reasonable inference from the form and contents of the document as well as from any related circumstances, as to the accuracy or otherwise of the statement and in particular to the question whether or not the statements or the documents were made contemporaneously with the occurrence or existence of the facts stated.”. (digariskan sendiri) [32] Pada pandangan saya, berdasarkan Pesanan Penghantaran Plaintif, barang yang dibekalkan ialah bahan bahan mentah untuk dimasak sayuran, lauk basah dan barang kering keperluan dapur dan sekolah yang diperlukan oleh murid, kakitangan SMSKS dan sekolah itu sendiri. Melihat dokumen dalam Bahagian B IDB itu, semua pembekalan tersebut dibuat selang dua atau tiga hari. SP2 ketika disoal balas oleh peguam Defendan mengesahkan invois dihantar selang sehari dan penghantaran dibuat dengan kerap. Ketika disoal balas oleh peguam Pihak Ketiga, SP2 menerangkan urusan pembekalan tersebut dikendalikan oleh SD1 atau wakil yang bekerja sebagai tukang masak di SMSKS. Cek pembayaran telah dikeluarkan atas nama Defendan. Jika benar Plaintif tidak menghantar pembekalan tersebut bagi tempoh dari 1 hingga 13 Feb 2018, Defendan tidak pernah membuat aduan mengenai kegagalan Plaintif yang boleh menjejaskan prestasi Defendan di SMSKS. Defendan juga tidak pernah mengembalikan apa-apa barang dalam semua Pesanan Penghantaran tersebut. Barangan yang dipesan juga merupakan barangan yang sama diulang-ulang kerana ia merupakan 16 keperluan harian SMSKS dan seperti keterangan SD1, murid-murid makan lima kali sehari. [33] Dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif dan peguam Plaintif juga menghujahkan bahawa pihak Defendan tidak menjawab Notis Tuntutan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif sama ada dalam pembelaannya mahupun sebelum tuntutan ini difailkan. Saya merujuk penghakiman dalam kes Mahkamah Rayuan Mohd Zin Omar & Anor v. Jentayu Padu Sdn Bhd [2017] 1 LNS 403 seperti berikut, “[10] We had during the course of submissions by the Plaintiff, had our attention drawn to the Letter of Demand sent by the Plaintiff in this case (see Common Core Bundle pg. 208). There was no response from the Defendants. In our view that would have presented the Defendants the best opportunity to present the version of the Defendants but it was not done. We refer to the Court of Appeal decision of Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia v. Lim Woon Katt [2016] 9 CLJ pg. 73 where his Lordship Hamid Sultan JCA held: "(a) In the instant case, it was not in dispute that the respondent did not respond to the demand notice of the plaintiff and the defence alleging that he was not liable was only raised in the statement of defence. Evidently, failing to respond to the plaintiff's letter of demand, that too when the defence case was related to forgery, as well as the fact that the respondent did not lodge a police report upon receiving the demand, weakened the probative force of the defence case.”. [34] Nyatalah dari pliding dan semasa perbicaraan dilangsungkan, pihak Defendan gagal mempertikai atau menafikan Notis Tuntutan Plaintif dan menunjukkan Defendan akur dengan tuntutan Plaintif dengan jumlah tuntutan yang sama dalam Ikatan Pliding. Malah pihak Defendan dalam perenggan 6 Penyataan Pembelaannya meletakkan beban pembayaran ke atas keseluruhan jumlah tuntutan Plaintif ke atas Pihak Ketiga. 17 (iii) Sama ada tanggungan untuk pembayaran terhadap barang-barang Plaintif yang telah diserahkan dan diterima oleh Defendan adalah isu antara Defendan dan Pihak Ketiga sahaja dan tidak melibatkan Plaintif [35] Berdasarkan dapatan dalam isu-isu di atas, pihak Defendan bertanggungan untuk membuat pembayaran ke atas keseluruhan jumlah tuntutan Plaintif. E. Dapatan dan analisa mahkamah mengenai isu antara Defendan dan Pihak Ketiga (i) Sama ada terdapat hubungan kontraktual antara Defendan dan Pihak Ketiga [36] Defendan telah memplidkan di dalam Pernyataan Pembelaan bahawa pada setiap masa yang material, Pihak Ketiga merupakan agen untuk mengendalikan dan mendapatkan bekalan-bekalan makanan daripada Plaintif serta berurusan dengan Plaintif berkaitan dengan hal-hal pembayaran di mana Pihak Ketiga juga merupakan penandatangan kepada akaun perniagaan Defendan dan mendapat manfaat daripada pembekalan tersebut. [37] Dengan tegasnya, peguam Defendan menghujahkan bahawa: (a) SPK-1 dan SPK-2 telah menandatangani dokumen D67(b) sebagai penjamin bagi pembelian yang dibuat oleh Defendan. Sebagai Pengarah Pihak Ketiga, SPK-2 telah menandatangani eksibit D67(b) sebagai dokumen yang merupakan representasi Defendan kepada Plaintif. SPK-1 telah dilantik oleh Pihak Ketiga sebagai rakan kongsi Defendan dan penandatangan bersama akaun tersebut. Merujuk kes Che Metal Works Sdn Bhd v 18 Acesteel Industries Sdn Bhd [2020] 1 LNS 202 dan seksyen 10 Akta Kontrak 1950; dan (b) tanpa resolusi syarikat untuk memasuki kontrak agensi, Defendan bergantung kepada perlakuan pihak-pihak yang menguruskan dewan makan SMSKS, pengakuan Pihak Ketiga sebagai operator bebas dan peranan SPK-1 dalam keseluruhan kes ini. [38] Hujahan peguam Pihak Ketiga menafikan penglibatan mereka pada masa material dari 18.1.2018 hingga 24.5.2018 ialah seperti berikut: (a) Pihak Ketiga hanyalah operator bebas yang melakukan kerja memasak. Fakta ini tidak diplidkan dalam Pernyataan Pembelaan Pihak Ketiga kerana SPK-2 tiada pengetahuan mengenai perkara ini lalu membuat laporan polis di eksibit PT- 84; (b) SPK-1 bukan lagi rakan kongsi Defendan tetapi tukang masak Pihak Ketiga sahaja sejak 3.6.2016; (c) tiada perjanjian bertulis mahupun resolusi syarikat yang menunjukkan hubungan kontraktual antara Plaintif dan Defendan. Defendan hanya bersandarkan keterangan melalui invois Plaintif yang ditujukan kepada Defendan yang menjadi tunjang kepada perjanjian antara Plaintif dan Defendan tanpa melibatkan Pihak Ketiga; dan (d) SST tersebut (PT-81) tidak melibatkan Pihak Ketiga dengan KPM dan keterangan dokumentar ini cukup untuk membuktikan Pihak Ketiga bukan privi kepada kontrak tersebut. Lihat Kepong 19 Propsecting Ltd & Ors v Shcmidt [1968] 1 MLJ 170 dan MMC Oil & Gas Sdn Bhd v Tan Bock Kwee & Sons Sdn Bhd [2016] 2 MLJ 428. Justeru, mahkamah perlu menerima keterangan dokumentar yang merupakan keterangan terbaik dan memakai prinsip keterangan terbaik. [39] Doktrin privi kepada kontrak merupakan prinsip undang-undang am yang hanya mengikat pihak-pihak kepada kontrak sahaja. Tiada hak atau kewajipan boleh diletakkan kepada orang yang bukan pihak kepada kontrak. Di Malaysia, seksyen 10 Akta Kontrak 1950 (Akta 136) menerangkan suatu kontrak seperti berikut, “10 What agreements are contracts (1) All agreements are contracts if they are made by the free consent of parties competent to contract, for a lawful consideration and with a lawful object, and are not hereby expressly declared to be void. (2) …” [40] Untuk memahami pemakaian seksyen 10 Akta 136, saya merujuk penghakiman kes Mahkamah Tinggi, Bitutech Sdn Bhd v. Mohd Ishkandar Mohamed Yunus & Anor [2019] 1 LNS 1528 seperti berikut, “And to the case of Sulisen Sdn. Bhd. v. Kerajaan Malaysia [2006] 7 CLJ 247 where Abdul Malik Ishak, J (as he then was) held, inter alia, that: "A simple contract requires little formality. A contract may be written; it may be partly written and partly oral; it may be wholly oral and may even be implied from the actions of the parties. The essentials of any contract are the rights, duties and liabilities that arise from the promise or promises made by the parties. The law of contract is concerned with the mechanics involved in and the principles regulating the formation, performance, continuance and discharge of the parties' individually created obligations. 20 [Followed by the Court of Appeal in Mohd Sukri b. Mat v. Wan Rahmah b. Wan Abdullah [2017] 1 LNS 1941; [2018] 3 MLJ 89]. [41] Saya teruskan petikan penghakiman kes Sulisen Sdn Bhd v. Kerajaan Malaysia [2006] 7 CLJ 247 yang relevan dengan kes ini seperti berikut, “[22] …… In Sri Kajang Rock Products Sdn. Bhd. v. Mayban Finance Bhd. & Ors. [1992] 1 CLJ 204; [1992] 3 CLJ (Rep) 611, VC George J (as he then was) aptly explained the meaning of the word "contract" of the report in these words: To constitute a valid contract there must be separate and definite parties thereto; those parties must be in agreement, that is there must be a consensus ad idem; those parties must intend to create legal relations in the sense that the promises of each side are to be enforceable simply because they are contractual promises and the promises of each party must be supported by consideration. …… The offer and acceptance when taken together would form the "agreement" and that agreement must be supported by consideration in order to establish the obligation. It is the parties that must intend that the agreement to have legal force and the courts will only enforce what the parties intend should be enforced. The parties too must agree on the same thing and this would be known as mutuality. The parties too must have the capacity of reaching a binding agreement and the subject matter of the agreement must be legal. Briefly, these are the seven essential elements that must be present before a contract is said to be in existence. There are always some commercial flavour to a contract. Of significance would be this. Behind all forms of contract, there is the basic idea of assent. A contracting party is bound to the contract because he has agreed to be bound by it. The parties are to be judged not by what they have in their minds but by what they have said or written or done….”. (digaris sendiri) 21 [42] Berdasarkan kedua-dua kes di atas, mahkamah ini mempunyai tugas untuk meneliti setiap perlakuan dan dokumen yang dikemukakan adalah bertepatan dengan keterangan lisan saksi-saksi. Saya mendapati dari permulaan awal urusan-urusan antara pihak Defendan dan Pihak Ketiga mengenai Perkhidmatan tersebut termasuk pengurusan dewan makan SMSKS tidak disokong dengan apa-apa dokumen yang menunjukkan Pihak Ketiga ialah operator bebas. Sebaliknya pihak-pihak telah berurusan dan memberi kerjasama atas teras kepercayaan dan bagi faedah kedua-dua pihak, secara lisan dan mengikut beberapa dokumen yang dikemukakan oleh pihak-pihak. [43] Saya meneliti keterangan SD3 semasa pemeriksaan utama mengenai penglibatan kedua-dua pihak dalam kontrak tersebut ialah seperti berikut: “S: Soalan saya seterusnya, syarikat MYCOMZ ini sebelum membuat memasuki kontrak untuk bekalan makanan kepada SM Sains Kuala Selangor, apakah bentuk perniagaan yang dibuat oleh syarikat MYCOMZ? J: Lebih kepada pembekalan dan servis macam housekeeping. S: Pembekalan apa? J: Macam macam peralatan dari kerajaan. Macam beg macam premium gift. Cenderamata. S: Lagi? J: Pembekalan dan kerja kerja housekeeping, pembersihan. S: Bagaimana dengan kerja kerja mengoperasi dewan makan dan kantin seperti ini? J: Tak pernah. S: Sebelum SM Sains Kuala Selangor ini tak pernah? J: Tak pernah. 22 S: Tadi encik sebut ada perbincangan antara encik, Puan Waheedah dan Erfan. Masa itu perancangan baru nak masuk tender? J: Betul. S: Dan mereka guna nama MYCOMZ untuk masuk tender itu. J: Betul. S: Kenapa mereka perlu menggunakan nama MYCOMZ untuk masukkan tender itu? J: Saya rasa mungkin Erfan dan Waheedah ini tiada lesen. Maknanya kewangan syarikat mereka tiada kod untuk bidang pemasakan islam. S: Di dalam? J: Sijil MOF. S: Boleh encik bagi penjelasan apa maksud encik? J: Maksudnya Erfan dan Waheedah ini tiada kod bidang. Mereka boleh buat bahagian catering macam makanan makanan bermasak ini mereka boleh buat. Tapi disebabkan mereka tiada kod bidang itu, kod pemakanan islam itu, dia tak layak untuk join tender tersebut. S: Adakah syarikat MYCOMZ ini ada kelayakan tersebut? J: Ya. Syarikat MYCOMZ ada kod bidang tersebut.”. [44] Berdasarkan keterangan di atas, SD3 tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan perkhidmatan tersebut namun dengan minat yang ditunjukkan oleh Pihak Ketiga sebagai satu syarikat yang kompeten, SD3 telah berjaya mendapatkan Perkhidmatan tersebut bagi tahun 2015 hingga 2017 dan dilanjutkan untuk tempoh setahun dari Januari hingga Disember 2018 dengan menggunakan nama Defendan. Sebagai balasannya, Defendan memperolehi 3% dari keseluruhan harga Perkhidmatan tersebut. Jumlah 3% ini dibuktikan dari invois dan baucar bayaran dari Pihak Ketiga kepada Defendan melalui emel SPK-1 di eksibit D77 dan D78. 23 [45] Peguam Pihak Ketiga seterusnya menghujahkan SST tersebut tidak melibatkan Pihak Ketiga dengan KPM untuk mengaitkan Pihak Ketiga dengan tuntutan Plaintif. Keterangan dokumentar itu adalah benar. SST tersebut telah ditandatangani oleh SD3 dan disaksikan oleh SPK-1. Namun demikian, niat dan perlakuan Pihak Ketiga untuk mengendalikan Perkhidmatan tersebut perlu diperhalusi. Saya berpendapat asas bagi hubungan kontraktual antara Defendan dan Pihak Ketiga telah bermula secara lisan apabila Defendan bersetuju menyerahkan urusan Perkhidmatan tersebut kepada Pihak Ketiga. Ini disusuli pula dengan tindakan SD3 yang menjadikan syarikatnya sebagai satu perkongsian dan menjadikan SPK-1 sebagai rakan kongsi dari 31.12.2015 hingga 2.6.2016 dan membuka akaun tersebut berdasarkan Partners Resolution bertarikh 5.1.2016 (eksibit D79). Sama ada Pihak Ketiga dan SPK-1 mempunyai hubungan agensi dengan Defendan [46] Peguam Defendan menghujahkan walaupun tiada perjanjian bertulis mengenai pelantikan Pihak Ketiga sebagai agen, (a) hubungan kontraktual sebagai prinsipal dan agen telah wujud melalui perlakuan pihak-pihak dan tidak memerlukan perjanjian bertulis seperti yang diputuskan dalam kes KGN Jaya Sdn Bhd v Pan Reliance Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 233 (Mahkamah Rayuan) dan Rainbow Enterprise Co Ltd v TAHB Auto Sdn Bhd [2018] 1 LNS 921 yang telah merujuk seksyen 135 Akta Kontrak 1950; dan (b) SPK-1 tidak boleh menafikan beliau ialah agen Defendan berdasarkan prinsip ‘holding out’ berdasarkan keseluruhan 24 perlakuan Defendan sebagai prinsipal terhadap agennya. Rujukan kes: Cheng Han Guan & Ors v Perumahan Farlim Penang Sdn Bhd & Ors [1994] 1 CLJ 19; Martin Mairin Idang v Rakana Jaya Snf Bhd [2011] 1 LNS 535, Kartar Singh Pall Singh V Preston Corp Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1167; dan Oriental Star Enterprise Sdn Bhd v Tropical Realty Sdn Bhd [1998] 1 LNS 497. [47] Saya meneliti hujahan peguam Defendan mengenai pelantikan Pihak Ketiga terutamanya SPK-1 sebagai agen Defendan. Undang- undang mengenai agen diperuntukkan dalam Bahagian X Akta 136. Seksyen 135 Akta 136 mentafsirkan perkataan agen dan prinsipal, “135 "Agent" and "principal" An "agent" is a person employed to do any act for another or to represent another in dealings with third persons. The person for whom such act is done, or who is so represented, is called the "principal". [48] Terdapat dua cara untuk pemberian kuasa kepada seseorang agen iaitu secara nyata atau tersirat seperti yang disebut dalam seksyen 139 Akta 136 dan dijelaskan dalam seksyen 140 Akta yang sama seperti berikut, “139 Agent's authority may be expressed or implied The authority of an agent may be expressed or implied. 140 Definitions of express and implied authority An authority is said to be express when it is given by words spoken or written. An authority is said to be implied when it is to be inferred from the circumstances of the case; and things spoken or written, or the ordinary course of dealing, may be accounted circumstances of the case. ILLUSTRATION 25 A owns a shop in Kajang, living himself in Kuala Lumpur, and visiting the shop occasionally. The shop is managed by B, and he is in the habit of ordering goods from C in the name of A for the purpose of the shop, and of paying them out of A's funds with A's knowledge. B has an implied authority from A to order goods from C in the name of A for the purposes of the shop.". [49] Seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes KGN Jaya Sdn. Bhd. v. Pan Reliance Sdn. Bhd. [1996] 2 CLJ 611 suatu perjanjian agensi tidak semestinya dibuat secara bertulis namun hubungan principal dan agen boleh dilihat dari fakta dan keadaan kes serta perlakuan pihak-pihak, “In the first place, the law does not require that an agency or sub-agency agreement must be in writing. See Bowstead & Reynolds on Agency, 17th Edn., p. 55 et seq. Further, Part X of the Contracts Act, 1950, which contains the relevant provisions on agency does not contain any requirement that the appointment of an agent or sub-agent has to be in writing or be evidenced in writing. Hence the appointment may be express or implied, that is to say, it may be gathered from the facts and circumstances of a case and from the conduct of the parties: see, Kuchwar Lime & Stone Co v. Dehri Rohtas Light Railway & Co Ltd. AIR 1969 SC 193. Another way of stating the proposition is that a party may, by his conduct in all the circumstances of a particular case, be estopped from asserting the absence of an agency relationship between him and he who claims to be his principal.”. [50] Hujahan Defendan seterusnya ialah hubungan agensi ini boleh dilihat dari semua tindakan Defendan sebagai seorang prinsipal dengan merujuk prinsip holding out seperti yang diputuskan dalam kes Mahkamah Tinggi, Cheng Han Guan & Ors v Perumahan Farlim Penang Sdn Bhd & Ors [1994] 1 CLJ 19 seperti berikut, 26 “[10] (d)The doctrine of "holding out" sometimes called apparent or ostensible authority, has been said to have been based upon estoppel. Agency by estoppel arises where one person has so acted by allowing the agent to hold himself out as having authority as to lead another to believe that he has authorised a third person to act on his behalf, and that other, in such belief, enters into transactions with the third persons within the scope of his ostensible authority. The onus rests on the person dealing with the agent to establish real or ostensible authority. The conduct said to amount to holding out must be proved affirmatively. It is a question of fact in a particular case whether ostensible authority existed for the particular act in respect of which liability is sought to be imposed upon the principal….”. (digariskan sendiri) [51] Berdasarkan kepada nas-nas di atas dan perlakuan pihak-pihak, sungguhpun tiada perlantikan dan perjanjian secara nyata mengenai Pihak Ketiga untuk membuat pembayaran pembekalan tersebut, perlakuan Defendan terhadap Pihak Ketiga boleh dilihat seperti berikut: (a) menjadikan SPK-1 sebagai rakan kongsi dalam syarikatnya; (b) menjadikan SPK-1 sebagai penandatangan bersama akaun tersebut dan menunaikan cek-cek yang diterima oleh Defendan; (c) Pihak Ketiga terutama SPK-1 bertindak sebagai Guarantee pembekalan tersebut, (d) Pihak Ketiga menguruskan pembayaran semua hal berkenaan Perkhidmatan tersebut yang termasuk membuat pembayaran bagi pembekalan tersebut; (e) Partners Resolution yang meletakkan nama SPK-1 sebagai penandatangan bersama akaun tersebut masih berkuat kuasa walaupun SPK-1 bukan lagi rakan kongsi Defendan; dan 27 (f) disokong dengan keterangan SD1 yang bekerja dengan Pihak Ketiga menguruskan penempahan pembekalan tersebut dan dewan makan SMSKS. Atas imbangan kebarangkalian, saya berpendapat semua keterangan dan bukti di atas jelas menunjukkan Defendan telah bertindak sebagai prinsipal kepada Pihak Ketiga dan memberikan kuasanya secara tersirat kepada Pihak Ketiga yang bertindak sebagai agennya. [52] Merujuk seksyen 109 Akta Keterangan 1950, beban untuk menafikan kewujudan hubungan antara prinsipal dan agen terletak pada orang yang menafikan kewujudan hubungan tersebut, "109. Burden of proof as to relationship in the cases of partners, landlords and tenant, principal and agent. When the question is whether persons are partners, landlords and tenant, or principal and agent, and it has been shown that they have been acting as such, the burden of proving that they do not stand, or have ceased to stand to each other in those relationship respectively, is on the person who affirms it.". Peruntukan di atas telah dipakai dalam kes Eminent Transform Sdn Bhd v. Audio Phonar Electronics Sdn Bhd [2016] 1 LNS 809 apabila Mahkamah Tinggi meletakkan beban ke atas Plaintif untuk menafikan peranannya sebagai principal, “[220] In terms of burden of proof relating to agency relationship, the provisions of s. 109 of the Evidence Act 1950 are applicable. …. [221] Based on the evidence of the defendants' witnesses, the defendant has proven on a balance of probabilities that DW5 was acting as the plaintiff's agent during the business relationship. …. 28 [226] Therefore, there is sufficient evidence adduced by the defendant through its witnesses to satisfy the pre-condition as contained in s. 109 of the Evidence Act 1950 of the fact that DW5 was acting as the agent of the plaintiff, at all material times, when he carried out the transactions and dealings on behalf of the plaintiff with the defendant. [227] The evidential burden under s. 109 of Evidence Act 1950 has therefore shifted to the plaintiff to prove that its General Manager (DW5) is not its agent and/or had no authority based on its pleaded case to carry out the transactions and dealings on behalf of the plaintiff with the defendant (see paragraphs 4.2 and 4.3 of the plaintiff's amended reply to the defendant's amended statement of defence at M/64).”. (digaris sendiri) [53] Pihak Ketiga tidak memplidkan pengakuan sebagai operator bebas pihak Defendan sehingga tahun 2017 sahaja. Keterangan SPK-2 menunjukkan bahawa beliau tidak mengetahui mengenai penglibatan syarikatnya sebagai operator bebas pada tahun 2018 adalah tidak munasabah dan merupakan satu pemikiran semula kerana urusan dewan makan SMSKS telah diuruskan oleh SD1 yang merupakan pekerja Pihak Ketiga yang berurusan terus dengan SP2 bagi pembekalan tersebut dan SPK-1 untuk menerima gajinya. Dalam keterangan kedua-dua saksi Pihak Ketiga, mereka tidak menafikan SD1 mempunyai kaitan dengan syarikat Pihak Ketiga. Ini tidak menghairankan kerana SD1 dan SPK-1 masih menguruskan dan menjadi tukang masak dan penandatangan bersama cek Defendan. Malah, peranan SPK-1 sebagai penandatangan bersama akaun tersebut tidak dibatalkan selepas tidak lagi menjadi rakan kongsi Defendan menunjukkan Pihak Ketiga masih mempunyai tanggungjawab menguruskan pembekalan tersebut. [54] Walaupun Pihak Ketiga tidak melantik SPK-1 sebagai agen kepada Defendan, Pihak Ketiga tidak menafikan SPK-1 ialah rakan kongsi 29 Defendan dari 31.12.2015 hingga 2.6.2016, SPK-1 ialah tukang masak yang digajikan oleh Pihak Ketiga sejak 3.6.2016 dan sepanjang masa material dan pelantikan SPK-1 sebagai penandatangan cek bagi membuka akaun Defendan seterusnya SPK-1 sebagai orang yang diberi kuasa untuk menunaikan cek Defendan di MBB. Pengakuan SPK-1 yang menguruskan penunaian cek di MBB jelas menunjukkan SPK-1 memperolehi kuasa tersebut dari Defendan. [55] Berdasarkan perlakuan pihak-pihak dan eksibit dokumen D79 yang gagal disangkal oleh Pihak Ketiga, saya berpendapat pihak-pihak mempunyai hubungan kontraktual sebagai seorang prinsipal dan agen. Pihak Ketiga diestop dari menafikan kebertanggungjawabannya sedangkan Pihak Ketiga telah diberi kuasa untuk menguruskan hal dewan makan SMSKS dan pembekalan tersebut. Prinsip estopel telah dipakai dalam banyak kes dan antaranya ialah Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd v. Poobalan Rajah [2019] 10 CLJ 353 yang menyatakan dalam penghakimannya seperti berikut, “[71] And the defendant does not deny signing these authorisations. …… [72] In my view, the legal principle of estoppel should rightfully operate to prevent and disapprove of the inequitable conduct of the defendant in attempting to mount such a challenge at this juncture. Reference ought to be made to the decision of the Court of Appeal in KGN Jaya Sdn Bhd v. Pan Reliance Sdn Bhd [1996] 2 CLJ 611; [1996] 1 MLJ 233, which held as follows: We are of the view that it would be a travesty of justice if we were to accede to the appellant's arguments. We are left in no doubt that the undisputed facts of this case admit of the conclusion that the respondent was, by the conduct of the appellant, lulled into the belief that the appellant had no challenge to the accounts, leave alone the legal relationship between the parties. 30 To put it another way, the appellant, by its silence coupled with other circumstances of the case, encouraged the respondent to believe that it intended to raise no challenge to the existence of a prior legal relation between the parties or to the figure which the account showed as owing by it. Having done so, it ought not to be permitted to now contend otherwise. It follows that it does not, therefore, lie in the mouth of the appellant to now deny the respondent's claim. It would be plainly inequitable to do so. An examination of the facts leads us to this conclusion. The legal basis upon which such a conclusion may be sustained is well-settled and it is now beyond question. See Boustead Trading [1985] Sdn Bhd v. Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad [1995] 4 CLJ 283. Berdasarkan keseluruhan keterangan di atas dan atas imbangan kebarangkalian, pihak Defendan telah berjaya membuktikan Pihak Ketiga ialah agen Defendan dalam menguruskan pembekalan tersebut. (ii) sama ada syarat kontrak Kerajaan Malaysia tidak membolehkan kontrak diserah hak atau disub kontrak kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis pihak Kerajaan Malaysia dan kesannya kepada kontrak antara Defendan dan Pihak Ketiga [56] Pihak Ketiga membela tindakan ini dengan menyatakan dalam perenggan 11 pliding Pihak Ketiga di ms 27 dan 30 Ikatan Pliding (Ikatan A2) seperti berikut, “11. Selanjutnya Pihak Ketiga menyatakan bahwa semua kontrak kerajaan tidak boleh diberi atau disub atau dijual kepada mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis pihak kerajaan”, seperti yang dicatatkan dalam perenggan 1.5 SST tersebut seperti berikut, "1.5 Tuan tidak boleh memajak mana-mana bahagian daripada Kontrak ini dan/atau membuat apa-apa kontrak kecil (sub-contract) bagi melaksanakan Kontrak ini dan mana-mana bahagian dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis Kerajaan.". 31 [57] Defendan tidak menafikan mereka tidak mempunyai kebenaran bertulis dari KPM. Ketika pemeriksaan balas SD3, “S : Yang nyata. Atas dokumen, yang nyata atas penglihatan orang ramai, kontrak ini antara siapa? J : MYCOMZ S : Dengan? J : KPM S : En Haslimi kata tadi, kita tidak mahu langgar terma-terma dalam kontrak kerajaan. Di sebalik yang nyata ini, ada yang lain? J : Ya S : Apa? J : Yang mendapatkan kontrak ini adalah Waheedah dan mewakilkan anaknya untuk menjalankan kerja-kerja di kantin dewan makan dan segala permintaan bahan mentah, gaji pekerja diuruskan oleh MOHANAZ dan Erfan sahaja. MYCOMZ tidak ada apa-apa tanggungjawab terhadap kos operasi ini. S : Peranan MYCOMZ adalah apa? J : MYCOMZ hanya dapat 3% sahaja dari keseluruhan S : Kerana apa MYCOMZ perlu dapat 3%? J : Atas perjanjian MOHANAZ mengguna pakai nama MYCOMZ S : Sebab yang minta kontrak dengan kementerian, nama MYCOMZ. Betul? J : Nama MYCOMZ S: Pertalian yang akhirnya dibuat antara MYCOMZ melantik MOHANAZ sebagai ejennya untuk operasi atau sebagai independent operator seperti kata MOHANAZ, adakah ia melanggar perjanjian? J : Setakat ini tidak ada S: Dia tidak boleh subkontrak, tetapi kita boleh lantik orang lain untuk operate? J: Ya.”. [58] Pihak Defendan bersandarkan kes Spring Max Capital Sdn Bhd v. Johari Hasan [2020] 1 LNS 315 dan menghujahkan bahawa walaupun pihak-pihak kepada Perkhidmatan tersebut ialah Defendan dan KPM, pelantikan Pihak Ketiga sebagai agen Defendan tidak melanggar klausa 32 1.5 tersebut dan perjanjian Perkhidmatan tersebut masih sah kerana tidak bertentangan dengan polisi awam. Saya telah membaca kes tersebut yang faktanya lebih kurang sama dengan kes ini iaitu Defendan 1-22 telah memperolehi kontrak mencuci sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri untuk Defendan 22. Defendan 22 telah memasuki Perjanjian dengan Plaintif menyerahkan kerja pencucian sekolah kepada Plaintif. YA Hakim Wong Kean Keong telah mengemukakan tiga soalan kepada peguam-peguam seperti berikut: “[12] In these 2 Suits, I posed the following three questions (3 Questions ) to all learned counsel: (1) whether the Cleaning Contracts opposed public policy [within the meaning of s. 24(e) of the Contracts Act 1950 (CA )] to uplift economically the Bumiputera community by MOE's award of Cleaning Contracts to the 21 Defendants (Bumiputeras and Bumiputera companies) and not to TGSH. This is a novel question of law; (2) clause 1.5 of all the Cleaning Contracts (Clause 1.5 ) provided as follows: "Tuan tidak boleh memajak mana-mana bahagian daripada Kontrak ini dan/atau membuat apa-apa kontrak kecil (sub-contract) bagi melaksanakan Kontrak ini dan mana-mana bahagian dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis Kerajaan. " (emphasis added). Did the 21 Defendants obtain the prior written consent of the Government for TSGH and SMC to perform the Cleaning Contracts?; and (3) if there is a breach of Clause 1.5 by the 21 Defendants, how does such a breach affect the 2 Suits? [13] The 3 Questions were raised by me and not by learned counsel…”. [59] YA Hakim telah merujuk kes Mahkamah Persekutuan Merong Mahawangsa Sdn Bhd & Anor v Dato’ Shazril Eskay Bin Abdullah [2015] 33 5 MLJ 619 dan Mahkamah Rayuan Pang Mun Chung & Anor v Cheong Huey Charn [2018] MLJU 459 yang membincangkan penentuan polisi awam seperti dinyatakan dalam seksyen 24(e) Akta Kontrak 1950, “24 - What considerations and objects are lawful, and what not The consideration or object of an agreement is lawful, unless: …. (e) the court regards it as immoral, or opposed to public policy. In each of the above cases, the consideration or object of an agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void.”. [60] YA Hakim seterusnya menyimpulkan penghakiman dan mendapati tindakan Defendan 1-22 yang menyerahkan kontrak mencuci sekolah tidak bertentangan dengan polisi awam seperti berikut, “[35] My understanding of the appellate decisions referred in the above paragraph 34 is as follows: (1) s. 24(e)CA is based on English case law - Merong Mahawangsa. English courts have decided that there are certain categories of contracts which oppose public policy (Established Heads of Public Policy ) and these Established Heads of Public Policy are now codified in s.24(e) CA (2) the court should not on its own accord expand the Established Heads of Public Policy - Theresa Chong and Merong Mahawangsa; (3) in deciding an allegation that a contract opposes public policy under s. 24(e) CA, the court's first task is to ascertain whether the contract and all the relevant facts fall within any one of the Established Heads of Public Policy - Pang Mun Chung; (4) the courts may apply the Established Heads of Public Policy in new cases with variations and as "guided " by public opinion - Merong Mahawangsa; and 34 (5) contracts can only be invalidated by Established Heads of Public Policy if the harm caused by these contracts to the public (not private entities) is "indisputable " - Theresa Chong and Pang Mun Chung. [36] I was initially concerned that the Cleaning Contracts might oppose public policy to uplift economically the Bumiputera community by MOE's award of Cleaning Contracts to the 21 Defendants (Bumiputeras and Bumiputera companies) and not to TGSH. Firstly, such a concern does not fall within any of the Established Heads of Public Policy under s. 24(e)CA. Secondly, there is no harm, let alone indisputable harm, to the public in respect of TSGH's "use " of the 21 Defendants to obtain the Cleaning Contracts (TSGH's Use of 21 Defendants ). The only harm which may be caused by TSGH's Use of 21 Defendants, can only befall the 21 Defendants themselves and not on the public. Accordingly, the 1st Question is answered in the negative - the Cleaning Contracts do not oppose public policy within the meaning of s. 24(e)CA. I. Effect of Clause 1.5 [37] It is clear that the Government has not given its prior written consent for TSGH and SMS to perform any part of the Cleaning Contracts. There is thus a breach of Clause 1.5 by the 21 Defendants [Breach (Clause 1.5) ]. Having said that, it is up to the Government to take any action against the 21 Defendants regarding the Breach (Clause 1.5). As such, the answers to the second and third questions posed by the court, do not affect the outcome of these 2 Suits.”. [61] Setelah meneliti keseluruhan keterangan dan bukti dokumen dalam kes ini, dapatan saya ialah: (a) Pihak Ketiga mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan pengurusan dewan makan sekolah manakala Defendan mempunyai lesen dalam kod masakan Muslim; (b) perlakuan dan persetujuan pihak-pihak dalam menguruskan dewan makan SMSKS dan menetapkan pembayaran pembekalan tersebut dibuat oleh Pihak Ketiga dengan Defendan menerima 3% komisen menunjukkan kedua-dua pihak telah menerima balasan yang bermanfaat dari Perkhidmatan tersebut; 35 (c) Defendan tidak menyerah hak atau sub kontrak Perkhidmatan tersebut tetapi menjadikan Pihak Ketiga sebagai agen yang menguruskan pembekalan tersebut. Pihak Ketiga juga mengakui dari awal bahawa mereka telah dilantik sebagai operator bebas Perkhidmatan tersebut walaupun menafikan menguruskan pembayaran pembekalan tersebut; dan (d) walaupun pembayaran tidak dibuat bagi masa yang material, dari keseluruhan keterangan menunjukkan pihak SMSKS telah menikmati segala bahan mentah masakan dan lain-lain yang dibekalkan oleh Plaintif dari tahun 2015 hingga masa yang material. [62] Atas alasan di atas, saya berpendapat bahawa tindakan Defendan dalam menyerahkan urusan pembekalan tersebut kepada Pihak Ketiga tidak bertentangan dengan polisi awam dan Perkhidmatan tersebut masih terpakai dan boleh dikuatkuasakan antara Defendan dan Pihak Ketiga. (iii) Pihak yang sebenarnya bertanggungjawab ke atas tanggungan hutang Plaintif [63] Peguam Pihak Ketiga menghujahkan bahawa Pihak Ketiga tidak bertanggungan untuk membuat apa-apa pembayaran kepada Plaintif kerana: (a) semua pengendalian pembekalan tersebut diuruskan oleh SD1 iaitu wakil Defendan; (b) tunggakan pembayaran disebabkan oleh kecuaian dan keengganan Defendan sendiri yang menguruskan akaun tersebut apatah lagi Defendan mempunyai akaun lain selain 36 akaun tersebut yang dikuatkan oleh keterangan SD2. Terdapat kebarangkalian Defendan menggunakan akaun yang lain untuk membuat tiga pembayaran pada 26.3.2018, 274.2018 dan 25.5.2018 kepada Plaintif. Defendan gagal membuktikan Pihak Ketiga yang membuat ketiga-tiga pembayaran tersebut; (c) SPK-1 menyatakan semua wang yang dikeluarkannya diserahkan kepada SD1 untuk pembayaran pembekalan tersebut dan urusan lain; dan (d) Defendan tidak memplidkan frod, penipuan atau pecah amanah dan tiada laporan polis dibuat mengenainya. [64] Pihak Defendan menghujahkan bahawa semua urusan pembayaran pembekalan tersebut diuruskan oleh Pihak Ketiga sebagai operator bebas dan pekerja Pihak Ketiga terutama SD1 dan SPK-1 masih bekerja di dewan makan SMSKS. Malah SPK-1 telah diberi kuasa untuk menandatangani dan menunaikan cek-cek Defendan setelah mendapat tandatangan SD3. Atas permintaan Defendan, SPK-1 telah menghantar invois-invois pembekalan tersebut dan yuran perundingan bagi tahun 2017 dan 2018 melalui emel kepada Defendan iaitu di eksibit D77 dan D78. Penyerahan dokumen-dokumen itu menunjukkan pihak Defendan tidak memiliki rekod-rekod yang sememangnya berada dalam simpanan Pihak Ketiga. [65] Saya meneliti keterangan SPK-1. Penelitian saya pada tempoh masa material dari 18.1.2015 hingga 24.5.218, SD3 dan SPK-1 merupakan penandatangan cek-cek yang diberi kepada Defendan malah keterangan semua saksi Defendan menjurus kepada SPK-1 ialah orang 37 yang bertanggung jawab untuk menunaikan cek dari MBB. Semua urusan pembayaran bagi penempahan pembekalan tersebut, pengurusan dewan makan SMSKS, gaji pekerja, yuran perundingan, kos penyelenggaraan dan lain-lain berkaitan dewan makan SMSKS diuruskan oleh Pihak Ketiga. Fakta ini dijelaskan dari keterangan SP2 yang berurusan dengan SD1, SD1, SD3 dan SPK-1. Fakta yang menjadi tumpuan saya dalam menentukan isu ini ialah penafian SPK-1 mengenai peranannya menandatangani semua cek yang diterima adalah bertentangan dengan eksibit Partners Resolution bertarikh 5.1.2016 (eksibit D79) yang tidak dibatalkan oleh Defendan walaupun SPK-1 berhenti menjadi rakan kongsi Defendan berkuat kuasa 3.6.2016. Apabila diasak ketika pemeriksaan balas, S : So, ada dua aspek di situ. Rujuk penyata saksi soalan 10. Soalan yang ditanya kepada En Erfan adalah En Erfan melaksanakan transaksi akaun bank sebagai penandatangan. Jawapan En Erfan merujuk kepada pemalsuan tandatangan En Erfan. Rujukan pemalsuan tandatangan kepada laporan polis hanyalah kepada dokumen guarantee bukan transaksi bank. Jadi tidak timbul isu pemalsuan tandatangan En Erfan untuk buat transaksi perbankan. Setuju? J : Setuju tetapi saya tidak diberi kuasa terhadap akaun tersebut. S : Tetapi penandatangan? J : Penandatangan”. [66] SPK-1 sendiri memberikan keterangan yang bercanggah kerana pada awalnya menafikan sebagai penandatangan cek-cek Defendan tapi SPK-1 mengaku menyerahkan wang yang dikeluarkan dari akaun tersebut kepada SD1 dan tidak menafikan tandatangan, nombor kad pengenalan dan namanya tertera di belakang setiap cek yang ditunaikan. Keterangan SPK-1 mengenai penyerahan wang kepada SD1 38 menunjukkan SPK-1 merupakan orang yang bertanggung jawab menunaikan cek di MBB dan diperkukuhkan dengan keterangan SD2 dan SD3. Tiada bukti penyerahan wang tunai dibuat dari SPK-1 kepada SD1 dan untuk jumlah wang yang banyak, adalah tidak logik untuk menyerahkan wang tunai kepada individu lain tanpa apa-apa bukti penyerahan dan penerimaan wang apatah lagi jika penyerahan wang dibuat di luar pintu bank. Lihat Nota Keterangan di ms 306, “S : Tadi En Erfan kata, semua wang yang En Erfan keluarkan dari bank, keseluruhan jumlah. En Erfan serahkan balik kepada Pn Azlina dan Defendan. En Erfan ada akuan serah menyerah wang sebanyak jumlah besar-besar itu? J: Tidak ada S : Bila serahkan wang ini, En Erfan serahkan di mana? J : Pn Azlina tunggu saya di bawah bank. Di luar bank.”. [67] Semua keterangan SPK-1 ini tidak diplidkan dalam pliding Pihak Ketiga. Berdasarkan keterangan SPK-1 sendiri sudah menampakkan bahawa SPK-1 bukanlah saksi yang boleh dipercayai kerana memberi keterangan yang bercanggah dengan dokumen yang dibuktikan oleh Defendan sepanjang perbicaraan ini terutama pengakuan SPK-1 sebagai orang yang menguruskan dan menandatangani cek-cek yang melibatkan akaun tersebut, membuat laporan polis kerana terdapat orang lain yang telah menggunakan nama dan memalsukannya dan saya dapati SPK-1 bukanlah saksi yang kredibel dan boleh dipercayai untuk menyokong pembelaan Pihak Ketiga. Mahkamah ini mempunyai tugas untuk menimbang dan menilai setiap keterangan lisan saksi dan dokumen yang dieksibitkan dan keterangan dokumen lebih mendapat keutamaan seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Guan Teik Sdn Bhd v. Hj Mohd Noor Hj Yakob & Ors [2000] 4 CLJ 324, 39 “Held: Per Siti Norma Yaakob JCA: [1] Where conflicting evidence is presented, it is the duty of the court not only to weigh such evidence on a balance of probabilities but also to look at all the surrounding factors and to weigh and evaluate the contemporaneous documents that may tend to establish the truth or otherwise of a given fact. [2] The trial judge erred when he failed to direct his mind to the probative effect of the contemporaneous documents.”. Saya telah mempertimbangkan keterangan lisan dan keterangan dokumen yang kontemporari dan mendapati SPK-1 telah gagal menafikan kandungan dokumen yang lebih memihak kepada Defendan. [68] SPK-2 terus menerus menafikan penglibatan Pihak Ketiga dalam kes ini pada tahun 2018 sedangkan SD1 dan SPK-1 yang berada di bawah penggajian Pihak Ketiga telah bekerja di dewan makan SMSKS pada tarikh yang material. Laporan polis yang dibuat oleh SPK2 mengenai kehilangan dokumen Defendan yang disyaki dilakukan oleh SD1 juga tidak menyokong keterangannya di mahkamah kerana SPK-1 telah menjelaskan semasa pemeriksaan balas bahawa segala dokumen berada dengan SD1 dan SPK-1 mengemukakan dokumen kepada SD3 setelah diminta oleh SD3. Keterangan SPK-2 jelas bertentangan dengan keterangan SPK-1. Lihat Nota Keterangan di muka surat 310 hingga 312, “S : Kenapa En Haslimi minta En Erfan bekalkan butir-butir ini? J : En Haslimi minta Pn Azlina bekalkan. Pn Azlina emel dekat saya, saya forward dekat dia S : Di mana En Erfan dan Pn Azlina buat kerja ini? J : Dewan makan. Pn Azlina yang buat dokumen ini S: En Haslimi minta rekod ini dengan En Erfan dan Pn Azlina kerana En Haslimisendiri tidak ada rekod ini. Kalau dia ada rekod ini, dia tidak perlu minta J : Setuju 40 S : Jadi rekod-rekod ini diperolehi dari rekod-rekod simpanan MOHANAZ. Betul? J : Tidak setuju. Rekod-rekod ini semua ada di dewan makan S: Kalau MYCOMZ ada rekod ini, tidak perlu En Haslimi minta dengan En Erfan atau Pn Azlina. Dia minta pasal dia tidak ada rekod ini J : Saya tidak setuju S: Saya juga katakan kepada En Erfan, kalau Pn Azlina ini adalah staff MYCOMZ seperti dakwaan En Erfan, sedangkan Pn Azlina sendiri kata dia staff MOHANAZ. Kalau dia staff MYCOMZ, En Haslimi pada tahun 2018 dan 2019 tidak perlu hubungi En Erfan untuk dapatkan rekod ini. Dia akan dapatkan rekod dari kakitangan dia, Pn Azlina. J: Saya tidak setuju.”. [69] Seterusnya, saya meneliti emel dan lampiran SPK-1 kepada SD3 iaitu: (a) eksibit D77 (ms 34 hingga 72 Ikatan B2) bertarikh Wed, May 23, 2108 at 11:53 am; dan (b) eksibit D78 (ms 73 hingga 81 Ikatan B2) bertarikh Tue, Aug 6, 2019 at 1:38 pm, yang melampirkan semua INVOIS dari Mohanaz Holdings Sdn Bhd (Pihak Ketiga) yang tertera juga BIL KEPADA: MYCOMZ ENTERPRISE dan PAYMENT VOUCHER bagi tempoh antara Januari 2017 hingga Ogos 2018. Bukti ini amat bertentangan dengan laporan polis SPK-2 (PT-84) di ms 83 Ikatan B2 bertarikh 26.8.2019 terutama sekali butiran 16) PAYMENT VOUCHER CASH YANG DIKELUARKAN. PT-84 telah dibuat 20 hari selepas emel SPK- 1 bertarikh 6.8.2019 di eksibit 78 dan nyatalah PT84 walaupun dijadikan eksibit, kandungan yang relevan dengan butiran 16 tidak mempunyai apa- apa nilai di mahkamah. Ini selaras dengan seksyen 157 Akta Keterangan 1950 yang dirujuk oleh YA PK Puan Evrol Mariette Peters dalam kes Tam 41 Quek Sin & Ors v. Chong Voon Cher & Anor [2019] 1 LNS 1648 seperti berikut, “[89] The police reports did not render SD1 less credible. In fact, they corroborated his evidence of the embittered relationship between the Plaintiffs and Defendants. Reference is made to section 157 of the Evidence Act, which reads: Section 157 - Former statements of witness may be proved to corroborate later testimony as to same fact In order to corroborate the testimony of a witness, any former statement made by him whether written or verbal, on oath, or in ordinary conversation, relating to the same fact at or about the time when the fact took place, or before any authority legally competent to investigate the fact, may be proved. [Emphasis added.] [90] The words 'at or about the time when the fact took place' have been interpreted to mean 'at the first reasonable opportunity': PP v. Teo Eng Chan [1988] 2 CLJ Rep 793; [1988] 1 CLJ 425; [1988] 1 MLJ 156 and PP v. Paneerselvan Krishnan & Ors [1990] 2 CLJ Rep 804; [1990] 2 CLJ 833; [1991] 1 MLJ 106. The police reports lodged by SD1 corresponded with the time that the relationship between the Plaintiffs and Defendants had deteriorated.”. [70] Keterangan SPK-2 mengenai kehilangan dokumen oleh SD1 juga tidak diplidkan walaupun laporan polis telah dibuat sebaik sahaja menerima saman dari Defendan dan diganggu oleh collector dari Plaintif. Mahkamah tidak mempunyai tugas untuk mendengar dan memutuskan keterangan yang tidak diplidkan seperti yang diputuskan dalam kes Malaysia Building Society Bhd v. Modern Crest Sdn Bhd & Ors [2006] 1 LNS 312; [2007] 2 MLJ 169. 42 [71] Di muka surat 336 Nota Keterangan, SPK-2 menerangkan beliau tidak tahu cara undang-undang. “S : Tarikh report ini 26.08? J : Ya S : Jadi jika cover report ini dibuat untuk cover diri Pn dan MOHANAZ bahawa Pn tidak terlibat dengan perniagaan ini pada 2018, empat hari kemudian bila Pn buat penyataan pembelaan, sepatutnya ada versi itu dalam penyataan pembelaan. J : Itu sebab saya katakan saya tidak tahu cara-cara undang-undang.”. Sepanjang perbicaraan ini, Pihak Ketiga diwakili oleh peguam. Rujukan dibuat pada kes Mahkamah Persekutuan Lee Ah Chor v. Southern Bank Bhd. [1991] 1 CLJ (Rep) 239 yang memutuskan bahawa mahkamah tidak akan bertolak ansur atas kegagalan peguam untuk mematuhi prinsip pliding dalam mengendalikan kes anak guam mereka, “[1] (a) Pleadings in a civil suit are very important and it is a question of whether Counsels, either because of negligence or inadvertence, choose to pay them scant or no heed at all and they do so at their peril; (b) lapses in the strict compliance with the rules of pleadings should not be tolerated at the expense of the clients; (c) where a vital issue was not raised in the pleadings it could not be allowed to be argued and to succeed on appeal - the Court will not hear Counsel for the appellant’s submission on these issues and therefore the appeal in respect of these issues was dismissed.”. [72] Keterangan SPK-1 dan SPK-2 mengenai kedudukan SPK-1 dalam syarikat Defendan juga bercanggah yang boleh dilihat dari Nota Keterangan di muka surat 328, “S : En Erfan telah memberi keterangan dalam Mahkamah sebelum ini. Kalau saya katakan kepada Pn Waheedah, di Mahkamah ini, En Erfan kata dia adalah wakil yang dilantik untuk duduk di dalam syarikat MYCOMZ. Apa kata Pn Waheedah tentang kenyataan oleh En Erfan ini? 43 J : Untuk tahun 2016-2017, MYCOMZ sendiri yang melantik Erfan sebagai rakan kongsi dia.”. Keterangan SPK-1 adalah konsisten dengan keterangan SD3 yang mengatakan SPK-2 telah memperkenalkan SPK-1 kepada SD3. Ini tidak menghairankan kerana SPK-2 ialah ibu kepada SPK-1 yang berada dalam pengetahuan SD3 dan SPK-2 mengenali SD3 melalui aktiviti berkaitan politik sahaja. [73] Setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan saksi-saksi, saya berpendapat saksi-saksi Defendan adalah lebih konsisten dan menyokong satu sama lain manakala SPK-1 and SPK-2 memberikan keterangan yang saling bercanggah antara satu sama lain termasuklah dengan dokumen kontemporari yang dikemukakan. Maka, wajar bagi saya untuk menolak semua keterangan SPK-1 dan SPK-2. [74] Sepanjang perbicaraan ini, pihak Defendan tidak menjurus kepada fakta atau isu pecah amanah walaupun SD3 bersetuju dengan cadangan peguam Pihak Ketiga mengenai pecah amanah oleh Pihak Ketiga. Dalam Ikatan Pliding Defendan A1 dan A2, Defendan memplidkan beban pembayaran pembekalan tersebut kepada Pihak Ketiga berdasarkan kepada tanggung jawab Pihak Ketiga mengenai pengurusan dan pembayaran pembekalan tersebut dan memindahkan beban pembayaran kepada Pihak Ketiga. 44 F. Kesimpulan [75] Atas segala alasan di atas, mahkamah memutuskan keterangan saksi Plaintif lebih diterima dan dipercayai berbanding keterangan saksi Defendan. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan dibenarkan. [76] Memandangkan urusan pembekalan tersebut termasuklah pembayaran yang diuruskan sepenuhnya oleh Pihak Ketiga sebagai agen Defendan, Pihak Ketiga bertanggungan untuk membayar tuntutan Plaintif terhadap Defendan di perenggan 11 (a), (b) dan (c) Pernyataan Tuntutan. Pihak Ketiga perlu membayar kos kepada Plaintif sebanyak RM8000. Tarikh: 12.12. 2020 (ROHATUL AKMAR BT ABDULLAH) Hakim Mahkamah Sesyen 9 Shah Alam Selangor 45 Peguamcara Plaintif Encik Remyzin Bin Moksin Tetuan Prem & Associates Bangsar, Kuala Lumpur Peguamcara Defendan YBhg. Dato’ Hasna Rezua Merican bersama Cik Effa Azuin dan Encik Muzzammil Merican The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua Damansara, Selangor. Peguamcara Pihak Ketiga Encik Hisham Bin Yusoff Tetuan W.A Wan Adnan & Associates Shah Alam, Selangor 46