JM Letrik Sdn. Bhd. Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd
High Court upheld trial judge's findings that defendant breached its duty of care by deviating from the approved HDD profile, failing to ensure a minimum 3m safe distance and to expose the plaintiff's gas pipeline, and by carrying out works without valid work permits and supervision; those breaches caused the...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-12BNCvC-18-08/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: JM LETRIK SDN BHD; Respondent: GAS MALAYSIA DISTRIBUTION SDN BHD; Third Party: MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BHD
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 29 August 2025
- Case Number
- JA-12BNCvC-18-08/2024 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Civil Appeal (negligence/tort) / High Court Appeal Judgment
- Outcome
- Appeal dismissed; High Court upholds trial court judgment dated 15.07.2024
- Legal Topics
- Duty of Care, Breach of Duty, Causation, Remoteness, Quantum of Damages, Work Permits, Site Supervision, Evidential Burden
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
JM LETRIK SDN BHD
Appellant
GAS MALAYSIA DISTRIBUTION SDN BHD
Respondent
MSIG INSURANCE (MALAYSIA) BHD
Third Party
Procedural Posture
Civil Appeal (negligence/tort) / High Court Appeal Judgment
Legal Issues
- 1 Whether defendant owed a duty of care to plaintiff
- 2 Whether defendant breached the duty by deviating from approved HDD profile and failing to expose the plaintiff's gas pipeline
- 3 Whether the breach caused the damage to the gas pipeline (causation)
Ratio Decidendi
High Court upheld trial judge's findings that defendant breached its duty of care by deviating from the approved HDD profile, failing to ensure a minimum 3m safe distance and to expose the plaintiff's gas pipeline, and by carrying out works without valid work permits and supervision; those breaches caused the pipeline damage and the plaintiff proved losses of RM744,271.24 on the balance of probabilities; appellate court will not disturb trial judge's factual findings absent plain error, therefore appeal dismissed.
Court Disposition
Appeal dismissed; High Court upholds trial court judgment dated 15.07.2024
Orders
- Trial court judgment dated 15.7.2024 upheld
- Judgment sum awarded to Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd RM744,271.24 (as per trial judgment) with interest at 5% per annum (as awarded by trial court) and costs RM20,000 (as awarded by trial court)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-12BNCvC-18-08/2024 Kand. 29 28/10/2025 11:53:53 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: JA-12BNCVC-18-08/2024 ANTARA JM LETRIK SDN BHD [No. Syarikat: 198901000837 (178143-K)] …PERAYU DAN GAS MALAYSIA DISTRIBUTION SDN BHD [NO. SYARIKAT: 201701042571 (1256744-A)] ... RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO. JA-B52NCVC-81-10/2021 Antara Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd [No. Syarikat: 201701042571 (1256744-A)] ...Plaintif Dan Jm Letrik Sdn Bhd [No. Syarikat: 198901000837 (178143-K)] ...Defendan Dan Msig Insurance (Malaysia) Bhd [No. Syarikat: 197901002705 (46983-W)] ...Pihak Ketiga] 1 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal PENDAHULUAN 1. Pihak-pihak akan dirujuk dalam penghakiman ini seperti rujukan dalam kes perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen. 2. Ini adalah rayuan oleh JM Letrik Sdn Bhd ("Defendan”) bertarikh 29.7.2024 terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru ("HMS") bertarikh 15.7.2024 yang telah membenarkan tuntutan Gas Malaysia Distribution Sdn Bhd (“Plaintif”) terhadap Defendan dan memerintahkan Defendan untuk membayar kepada Plaintif sejumlah RM 744,271.24, faedah sebanyak 5% setahun dan kos RM 20,000.00. Selanjutnya HMS telah menolak tuntutan Defendan terhadap Pihak Ketiga dengan kos RM 8,000.00. 3. Pada 10.9.2024, Mahkamah ini telah menolak rayuan Defendan dan mengekalkan keputusan HMS di atas dengan kos sebanyak RM 5000.00 sahaja. 4. Defendan yang tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah ini telah memfailkan notis rayuan merayu terhadap keseluruhan Keputusan Mahkamah ini ke Mahkamah Rayuan bertarikh 12.9.2025. LATAR BELAKANG KES 5. Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad di Shah Alam, Selangor yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan pengangkutan, pengedaran dan pembekalan kesemua jenis bahan bakar gas. Termasuk pemilikan, penyelenggaraan dan pengurusan Sistem Pengedaran Gas Asli di Semenanjung Malaysia. 2 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6. Defendan adalah sebuah syarikat Sendirian Berhad di Muar, Johor Darul Takzim yang menjalankan perniagaan berkaitan dengan pendawaian elektrik, kontraktor pemasangan, kejuruteraan awam dan pembinaan bangunan. 7. Pada masa material, Defendan merupakan kontraktor Tenaga Nasional Berhad untuk menjalankan, antara lain, kerja pemasangan kabel kuasa (‘power cable’) secara “Horizontal Directional Drilling (HDD)” (“Kerja-Kerja Defendan”) di Jalan Tampoi, Johor Bahru, Johor Darul Takzim (“Tapak Kejadian”) 8. Pada 7.9.2020, Defendan telah memohon permit kerja untuk menjalankan Kerja-Kerja Defendan di Tapak Kejadian. Permit kerja tersebut adalah dari 8.9.2020 sehingga 12.9.2020. Plaintif telah memberikan lukisan profil (‘profile drawing’) yang diluluskan kepada Defendan, dan Defendan diarahkan untuk menjalankan Kerja-Kerja Defendan berdasarkan lukisan profil (‘profile drawing’) tersebut. Plaintif telah mengeluarkan permit kerja dengan catatan bahawa Defendan perlu memastikan jarak keselamatan sekurang- kurangnya 3 meter antara paip gas Plaintiff Horizontal Directional Drilling (HDD) Perayu, dan sekiranya tidak paip gas Plaintif perlu didedahkan semula. 9. Defendan juga diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja Defendan berdasarkan lukisan profil tersebut. Defendan selanjutnya telah memohon permit kerja bagi 15.9.2020, 16.9.2020, 17.9.2020, 25.9.2020, 28.9.2020 dan 30.9.2020 untuk menjalankan kerja di Tapak Kejadian. Plaintif mengeluarkan permit kerja dengan catatan 3 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang sama berkenaan dengan jarak keselamatan dan pendedahan semula paip gas Plaintif. 10. Walaupun permit kerja yang dipohon oleh Defendan tamat pada 30.9.2020, Defendan telah menjalankan kerja pada 1.10.2020 dan 2.10.2020 tanpa permit kerja dan oleh itu tanpa pengawasan Plaintif. 11. Pada 2.10.2020 pada lebih kurang jam 7:40 pagi, Plaintif telah mengesan kehadiran gas pada lubang masuk dan adalah disyaki bahawa terdapat kebocoran gas. Plaintif dapati bahawa paip gas Plaintif telah dirosakkan oleh kerja Defendan dan terdapat kebocoran gas di sekitar Tapak Kejadian. Kebocoran tersebut dikesan dengan menggunakan alat pengesan gas. Tanah di sekitar saluran paip gas Responden bulging hissing sound dengan bau serta wap dilihat keluar dari tanah. 12. Plaintif menegaskan bahawa akibat kecuaian dan/atau ketidakpatuhan Defendan dalam menjalankan kerja pemasangan kabel kuasa (‘power cable’) dan/atau kerja-kerja lain di Tapak Kejadian tanpa mengikuti lukisan profil (‘profile drawing’) yang diluluskan oleh Plaintif. 13. Plaintif telah menghadkan kawasan Tapak Kejadian dan memulakan tindakan kecemasan untuk mengawal keadaan di sekitar Tapak Kejadian tersebut. Plaintif kemudian melantik kontraktor untuk menjalankan kerja pembaikan dan pemulihan saluran paip gas Plaintif yang dirosakkan. 4 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14. Plaintif telah memaklumkan kepada Defendan berkenaan dengan kerosakan saluran paip gas Plaintif dan kebocoran gas tersebut dan menuntut daripada Defendan pembayaran jumlah kerugian yang dialami oleh Plaintif. Pada 19.10.2020, saluran paip gas baru berjaya dipasang dan kebocoran gas dari saluran paip gas Plaintif yang dirosakkan diberhentikan. 15. Plaintif menegaskan bahawa akibat kecuaian dan/atau ketidakpatuhan Defendan dalam menjalankan kerja pemasangan kabel kuasa (‘power cable’) dan/atau kerja-kerja lain di Tapak Kejadian tanpa mengikuti lukisan profil (‘profile drawing’) yang diluluskan oleh Plaintif dan/atau arahan-arahan Plaintif. 16. Defendan telah menyebabkan Plaintif mengalami kerugian sebanyak RM744,271.24 (“Jumlah Kerugian”), yang mana dibutirkan seperti berikut: (a) Kos pembaikan dan pemulihan sebanyak RM600,000.00 (b) Kos bahan sebanyak RM30,061.04 (c) Peruntukan tenaga manusia RM21,552.15 (d) Kos kenderaan sebanyak RM4,739.52 (e) Kerugian kehilangan gas dengan nilai RM87,918.53. PRINSIP UNDANG-UNDANG 17. Mahkamah di peringkat rayuan jarang mengganggu dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim perbicaraan kecuali jika wujud salah arah yang nyata. Saya rujuk kes Mahkamah Rayuan, Lim Peng Hock & Anor v. Chuah Peng San & Anor [2021] CLJU 119 yang memutuskan – 5 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal "It is trite law that an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. The appellate court will intervene in a case where the trial court had so fundamentally misdirected itself." Prinsip yang sama juga telah diiktiraf di dalam kes Mahkamah Rayuaan Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19 dan kes Goh Bak Ming v Yeoh Eng Kong & Other Appeals [2019] 1 CLJ 461. ANALISIS DAN DAPATAN. Undang -undang berkenaan Tort Kecuaian. 18. Tindakan Plaintif disini adalah berdasarkan tuntutan tort kecuaian. Atas prinsip undang-undang, beban pembuktian adalah terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan elemen sebagaimana di putuskan dalam kes Anuar Bin Rozhan & Ors v Wealth Mentors Sdn Bhd [2020] MLJU 5861: [55] Learned counsel relied on Clerk & Lindsell on Torts, 20th ed., 2010 at para 8-04, p 415 and the High Court judgment in Loo Soo Yong v Vista Eye Centre Sdn Bhd & Anor [2019] MLJU 594 in emphasising that there are four essential elements of the tort of negligence that have to be proven by the Plaintiffs before they would be successful in their claim for negligent misstatement against the Defendant. These elements are that:– (a)the Defendant owes the Plaintiffs a duty of care; (b)the Defendant had breached that duty; (c) the alleged breach had caused the damage i.e. that there is causal connection between the alleged cause and the effect; and (d)the particular kind of damage/losses to the Plaintiffs is not so unforeseeable as to be too remote. 6 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 19. Oleh itu, dalam membuktikan tuntutan Plaintif, elemen-elemen tersebut hendaklah dibuktikan atas imbangan kebarangkalian sebelum beban bukti berpindah kepada Defendan. Seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan seperti berikut: “Burden of Proof” 101.(1) whoever desires any court to give judgment as to any legal right, dependant on the existence of facts which he asserts, must prove those fct exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies. 102. The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side”. 20. Kes Mahkamah Persekutuan Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398, Y.A.A Arifin Zakaria (CJ) menerangkan tentang beban pembuktian yang terletak pada pihak yang menegaskan tentang kewujudan sesuatu fakta dan sekiranya pihak yang menuntut gagal melepaskan beban pembuktian tersebut, pihak yang satu lagi tidak perlu mengemukakan sebarang keterangan sebagaimana berikut: (12) it is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s.101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence.” 7 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (i) Sama ada Defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga. 21. HMS yang bijaksana dalam penghakimannya dalam isu ini, mendapati Defendan selaku kontraktor yang menjalankan kerja di tapak kejadian berhampiran laluan saluran paip gas plaintif. Sehubungan itu, defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga, perlu berhati hati dan sentiasa mematuhi arahan Plaintif. Fakta ini telah dibuktikan dan diakui sendiri oleh SD1, SD2, SD4 dan SD5 semasa memberi keterangan. 22. Diperturunkan semula keterangan saksi-saksi Defendan tersebut semasa pemeriksaan balas seperti dibawah: Keterangan SD1 semasa pemeriksaan balas: Peg. Plaintif: Dan Defendan yang menjalankan kerja pemasangan kabel kuasa mempunyai kewajipan berjaga-jaga untuk menjalankan sebarang kerja secara berhati-hati dan mengikut arahan Plaintif, setuju? SD1 : Setuju. Keterangan SD2 semasa pemeriksaan balas: Peg. Plaintif : Jadi adalah Defendan yang mempunyai tanggungjawab dan kewajipan berjaga-jaga untuk menjalankan sebarang kerja secara berhati-hati dan atau mengikut arahan Plaintif, setuju? SD2: Betul. Keterangan SD4 semasa pemeriksaan balas: Peg. Plaintif : Puan, setuju tidak Defendan membuat kerja mempunyai kewajipan berjga-jaga for duty of care. Dan tanggungjawab untuk 8 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal menjalankan kerja secara berhati-hati. Atau mengikut arahan Gas Malaysia, Plaintif. SD4 : Setuju. Keterangan SD5 semasa pemeriksaan balas: Peg.Plaintif : Setuju dengan saya, Defendan yang menjalankan kerja tersebut mempunyai mempunyai terdapat berjaga-jaga dan tanggungjawab untuk menjalankan sebarang kerja secara berhati-hati. SD5 : Setuju. 23. Berdasarkan jawapan kepada pemeriksaan balas ini Defendan tidak mempertikaikan bahawa Defendan mempunyai kewajipan berjaga jaga. Malahan Defendan di dalam hujahannya juga bersetuju bahawa Defendan sememangnya mempunyai kewajipan berjaga-jaga. Oleh itu elemen pertama ini berjaya dibuktikan oleh Plaintif. (ii) Defendan telah telah melanggar kewajipan berjaga-jaga dan secara cuai menjalankan kerja Defendan sehingga mengakibatkan kerosakan saluran paip gas Plaintif dan kebocoran gas di sekitar tapak kejadian pada 2.10.2020. 24. Peguam Defendan terpelajar dalam rayuan ini berhujah bahawa HMS telah gagal untuk menilai keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. Peguam berhujah bahawa HMS telah gagal menilai bahawa lukisan profil yang dikemukakan adalah untuk menunjukkan kedalaman laluan HDD sahaja dan tidak menunjukkan lokasi. Tiada bukti dikemukakan oleh pihak Plaintif yang menunjukkan bahawa Defendan telah gagal melaksanakan 9 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerja-kerjanya mengikut lukisan profil tersebut. Ini adalah kerana Profil HDD tersebut telah diluluskan sebelum kejadian ini berlaku. 25. Selain itu Defendan juga menghujahkan bahawa HMS telah gagal menghargai bahawa lokasi (bukan kedalaman) paip gas tersebut telah dikesan secara salah. Fakta yang dipersetujui adalah sebelum pelaksanaan kerja pemasangan kabel kuasa oleh Defendan, kedua-dua pihak telah menjalankan lawatan tapak bersama untuk mengesan kewujudan paip gas milik Plaintif pada 3.9.2020. Para 17-20 Lampiran 13 – Hujahan Perayu diringkaskan seperti di bawah: 26. Selanjutnya Defendan berhujah bahawa Profil HDD "as-built" disediakan selepas berlakunya insiden perlanggaran paip dan Profil HDD "as-built" itu tidak dengan sendirinya (ipso facto), menunjukkan bahawa Defendan gagal melaksanakan kerja pemasangan kabel kuasa mengikut Profil HDD pada masa kejadian. Plaintif juga gagal mengemukakan sebarang bukti yang menunjukkan bahawa Defendan telah gagal melaksanakan kerja- kerja pemasangan kabel kuasa mengikut Profil HDD yang dicadangkan pada masa kejadian. Malah, Profil HDD "as built" itu telah dikemukakan oleh Defendan sendiri. Profil HDD "as-built", adalah berbeza daripada Profil HDD asalnya yang telah menyebabkan perlanggaran paip. Oleh itu Defendan semestinya perlu melaraskan semula Profil HDD-nya bagi mengelakkan perlanggaran dengan paip gas milik Plaintif. Malah profil HDD “as built” menunjukkan bahawa pengesanan lokasi paip gas oleh Plaintif adalah tidak tepat. 10 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27. Peguam terpelajar juga berhujah bahwa HMS telah gagal untuk membuat penemuan bahawa "lokasi" (bukan kedalaman) paip gas telah dikesan secara salah oleh Plaintif. Ini bercanggah dengan fakta bahawa sebelum pelaksanaan kerja-kerja pemasangan kabel kuasa Defendan, pihak-pihak telah mengadakan lawatan tapak bersama untuk mengesan kehadiran paip gas Plaintif pada 03.09.2020. 28. Oleh kerana Defendan telahpun mempunyai kewajipan berjaga- jaga terhadap Plaintif, beban adalah untuk Plaintif membuktikan bahawa Defendan telah memungkiri tanggungan tersebut. Ujian bagi menentukan samada Defendan telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga ialah: “Ä breach of duty is determinable through the reasonable man test. The question is, would reasonable man have acted as the defendant has done if the reasonable man was faced with the same circumstances as the defendant? The standard of care required is not that of the defendant himself, but of this ‘reasonable man’”. (Petikan dari kes Blyth v Birmingham Waterworks Co. [1856] 11Ex 781, di m.s 784 yang dirujuk oleh Professor Norchaya Talib dalam Law of Torts in Malaysia Third Edition). 29 Meneliti isu yang dibangkit semasa perbicaraan penuh iaitu sama ada Defendan telah melanggar kewajipan berjaga-jaga (‘duty of care’) dan tanggungjawab tersebut dan secara cuai menjalankan kerja-kerja sehingga telah menyebabkan kerosakan saluran paip gas Plaintif pada 2.10.2020. Bagi membuktikan isu ini, Plaintif telah 11 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memanggil saksi SP1 dan SP-2 iaitu Mohd Razif selaku Penolong Kanan Kejuruteraan dan Lokman Nolhakim Bin Mudasir selaku Juruteknik Plaintif bagi menerangkan proses kerja dan kejadian kerosakkan paip Plaintif tersebut. 30. Saksi Defendan iaitu SD1 dan SD2 mengakui bahawa kerja sebenar Defendan tidak mengikut pelan asal dan bahawa perubahan tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada Plaintif. Ini bermakna Defendan tidak mematuhi lukisan profil HDD yang telah disemak dan diluluskan oleh Plaintif. 31. Daripada keterangan yang ada juga iaitu SD1 dan SD2 mengesahkan bahawa pendedahan semula tidak dilakukan sedangkan apa yang dikehendaki di dalam permit kerja Defendan adalah sekiranya jarak antara kerja Defendan dan paip gas kurang daripada 3 Meter maka Defendan harus mendedahkan semula saluran gas paip Plaintif. Apabila perkara penting ini gagal dilakukan maka Defendan telah melanggar kewajipan berjaga- jaganya sehingga menyebabkan kejadian kerosakan kepada saluran paip gas milik Palintif ini berlaku pada 2.10.2020. 32. Berdasarkan keterangan SP1 dan SP2, fakta utama yang telah dibuktikan adalah permit kerja Defendan telah berakhir pada 30.9.2020. Saksi SD1 dan SD4 juga mengakui bahawa tiada permit kerja dikeluarkan untuk tarikh tersebut. Oleh itu kerja kerja yang dijalankan oleh Defendan pada 1.10.2020 dan 2.10.2020 adalah tanpa kebenaran dan pengawasan Plaintif. Ia menjadi lebih teruk lagi apabila Defendan menggunakan subkontraktor yang tidak kompeten apabila SD3 (pekerja subkontraktor Sediacom Sdn Bhd) 12 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal mengakui beliau tidak mempunyai sebarang sijil Latihan keselamatan atau kursus berkaitan kerja HDD. 33. Selanjutnya lawatan tapak yang dihadiri oleh SP2 bersama pegawai Defendan, mengesahkan bahawa Plaintif telah mendedahkan paip gas plaintif ada pada kedalaman 2.3 meter dan 2 meter selari dengan cadangan laluan HDD Defendan. Kaedah pencarian menggunakan pencari paip “paip locator” dan telah mengesan kedudukan paip gas Plaintif pada lubang masuk pada ke dalaman 4 meter. Ini bermaksud kedudukan paip gas Plaintif pada kedalaman tersebut beserta dengan lokasi di mana paip gas tersebut berada dijelaskan berdasarkan lukisan profil (HDD profile). 34. Namun pada 02.10.2020 pihak Defendan masih menjalankan Kerja tersebut khususnya kerja "pipe pulling" di tapak kejadian walaupun Defendan tidak mendapatkan pemit kerja untuk menjalankan kerja pada hari tersebut. SP-2 telah mengesan kehadiran gas pada lubang masuk dan adalah disyaki bahawa terdapat kebocoran gas. SP2 dapati paip gas Plaintiff telah dirosakkan oleh Defendan semasa kerja-kerja Defendan dijalankan. Terdapat kebocoran gas di tapak kejadian dan disahkan dikesan dengan menggunakan alat pengesan gas. Tanah di sekitar saluran pap gas Plaintif telah membonjol di tepi jalan dan terdapat bunyi desisan dengan bau serta wap dilihat keluar dari tanah. SP2 telah melakukan tindakan kecemasan mengehadkan (‘barricaded') Kawasan Tapak Kejadian dan memulakan tindak balas kecemasan untuk mengawal Tapak Kejadian tersebut. 13 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 35. Defendan telah berhujah bahawa Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Defendan telah melanggar kewajipan menjaga kepentingan (duty of care) dan perlanggaran yang didakwa telah menyebabkan kerosakan yang kononnya berlaku. Pihak Defendan di dalam pembelaannya telah mengambil pendirian berikut iaitu pada 29.8.2020, sebelum pelaksanaan kerja-kerja pemasangan kabel kuasa, pihak-pihak telah mengadakan pemeriksaan tapak bagi memeriksa dan mengenal pasti laluan paip gas sedia ada. Plaintif telah mendapati bahawa gas tersebut berada pada kedalaman antara 5 hingga 6 meter di Kawasan lubang masuk (entry pit) dengan menggunakan kaedah pengesanan radio melalui kaedah penjejakan pasif (passive tracing method). Berdasarkan penemuan plaintif itu, Defendan telah menyediakan dan mengemukakan cadangan laluan HDD dan profil HDD kepada plaintif untuk kelulusan. Kerosakan terhadap paip gas tersebut telah berpunca daripada pengesanan lokasi dan kedalaman paip gas yang tidak tepat. Pada setiap masa releven, Defendan telah bergantung kepada pengetahuan dan kepakaran Plaintif bahawa lokasi serta kedalaman paip gas yang dikesan adalah tepat. Tambahan pula wakil-wakil Plaintif berada di tapak semasa Defendan menjalankan kerja-kerjanya. Pada setiap masa semasa kerja-kerja HDD dijalankan (terutamanya semasa kerja-kerja penggerudian pandu (piloting works) dan pengembangan lubang (reaming works), Plaintif tidak pernah membangkitkan sebarang keraguan atau aduan bahawa kerja-kerja HDD tersebut tidak dijalankan mengikut lukisan profil (profil drawing). 14 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36. Defendan telah melaksanakan kerja-kerjanya mengikut Profil HDD tersebut dan sekiranya tidak kerana kesilapan Plaintif dalam mengesan lokasi paip gas, insiden perlanggaran paip tersebut tidak akan berlaku. 37. Berkenaan isu ini dapatan HMS bijaksana bahawa pihak Defendan telah melanggar tanggungjawab berhati hati tersebut apabila Defendan gagal mematuhi lukisan profil laluan HDD yang dicadangkan pada jarak 15 meter berada pada kedalaman 7.1 meter, tetapi tapak hanya menunjukkan 3 meter dan terdapat perbezaan 4.1 meter. Defendan juga telah gagal untuk memastikan jarak selamat sekurang-kurangnya berada dalam jarak 3 meter antara paip gas Plaintif dan laluan HDD serta gagal mendedahkan paip gas Plaintif. Defendan juga telah gagal mendapatkan permit kerja untuk menjalankan kerja pada tarikh kejadian. 38. Saya dapati HMS telah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif dan Defendan, saya dapati tidak ada kekhilafan fakta oleh HMS yang bijaksana. Dalam penghakimannya, HMS yang telah membuat dapatan bahawa pihak Defendan telah melanggar kewajipan berjaga-jaga dengan penemuan bahawa Defendan gagal mematuhi lukisan profil yang telah diserahkan oleh Defendan dan disemak oleh Plaintif semasa permohonan permit kerja ketika menjalankan Kerja Defendan. Dapatan ini adalah setelah HMS membuat penelitian pada lukisan profil yang disediakan oleh Defendan selepas kerja Defendan yang menunjukkan terdapat perbezaan. Analisa yang dibuat pada lukisan profil Defendan yang telah disemak oleh Plaintif cadangan laluan HDD Defendan pada jarak 15 meter adalah pada kedalaman 7.1 15 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal meter; Tetapi apabila pengukuran di Tapak Kejadian menunjukkan bahawa HDD Defendan berada pada kedalaman 3 meter iaitu berkurangan sebanyak 4.1 meter. 39. Penelitian HMS terhadap keterangan saksi-saksi Defendan menunjukkan bahawa SD2 telah mengakui bahawa Defendan tidak mengikuti lukisan profil yang disemak oleh Plaintif Ketika pemasangan kabel kuasa. Defendan juga tidak menyerahkan lukisan profil "baharu" mengenai perubahan HDD Defendan kepada Plaintif sebelum menjalankan Kerja Defendan. Diperturunkan semula Pemeriksaan Balas SD2. Peg. Plaintif : Saya cadangkan kepada En. Latif, sekiranya JM Letrik menjalankan kerja dengan mematuhi HDD profil dan mendedahkan semula saluran paip gas Plaintif, maka kerja pemasangan kabel kuasa Defendan tidak akan melanggar saluran paip Plaintif. SD2 : Betul. 40. Selanjutnya berkenaan dapatan berkenaan pelanggaran kewajipan berjaga-jaga oleh pihak Defendan, HMS telah membuat penemuan fakta bahawa dengan merujuk kepada permit kerja menunjukkan bahawa jarak keselamatan di antara paip gas Plaintif dengan laluan HDD adalah sekurang-kurangnya 3 meter. Apabila Defendan telah mengubah laluan HDD Defendan tanpa memaklumkan kepada Plaintif, Defendan juga gagal mendedahkan semula paip gas Plaintif apabila jarak Kerja Defendan dengan saluran paip gas Plaintif kurang dari 3 meter. HMS juga telah membuat penemuan fakta bahawa kegagalan Defendan untuk mendedahkan semula paip gas Plaintif semasa menjalankan Kerja Defendan telah diakui oleh SD1 dan SD5. 16 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pemeriksaan balas SD1: Peg. Plaintif : Ada tidak dokumen-dokumen disini pada hari ini yang menunjukkan Plaintif menerima apa-apa HDD profil yang lain? SD1 : Tidak. Pe. Plaintif : Adakah apa-apa dokumen pada hari ini yang menunjukkan Defendan memaklumkan kepada Plaintif mengenai perubahan HDD profil Defendan? SD1 : Tidak. Peg, Plaintif : Setuju dengan saua, HDD profil pada ms 9 ini berbeza dari HDD profil pada Ikatan E ms 18? SD5 : Ya.Peg. Plaintif : Betul. Dan perubahan ini , setuju dengan saya, tidak pernah dimaklumkan kepada Gas Malaysia. SD5 : On site. Peg. Plaintif : on site, Lisan? SD5 : Ya. Peg.Plaintif : Tapi tidak pernah HDD baru ini untuk endorsement Gas Malaysia? SD5 : Tidak pernah. 41. Saya juga mendapati daripada Rekod Rayuan yang dikemukakan Defendan cuai apabila bergantung sepenuhnya kepada maklumat yang dibekalkan oleh Plaintif tanpa pengesahan atau nasihat professional bebas seperti yang disyaratkan dalam permit kerja tersebut yang jelas diperolehi daripada keterangan SD5 semasa di soal balas oleh Peguam Plaintif sebagaimana berikut. Peg. Plaintif : Saya cadangkan kepada En. Izzat, Defendan JM Letrik, cuai dalam bergantung kepada informasi yang dibekalkan oleh Plaintif tanpa mengesahkan informasi tersebut atau tanpa mendapatkan nasihat professional bebas selaras dengan keperluan permit kerja,setuju atau tidak? SD5 – Setuju. 17 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42. Daripada keterangan SD2 mendapati sekiranya Defendan mendapatkan nasihat professional bebas untuk mengesahkan lokasi saluran paip gas, maka kejadian tersebut tidak akan berlaku. Semasa SD2 disoal balas oleh peguam plaintif sebagaimana berikut: Peg. Plaintif: Saya sekarang cadangkan sekiranya JM Letrik mendapatkan nasihat professional bebas untuk mengesahkan kedalaman ukuran atau lokasi saluran paip gas Plaintif, maka saluran paip Plaintif tidak akan dirosak. SD2 : Setuju. 43. Begitu juga daripada keterangan SD1 sekiranya Defendan tidak mempunyai kemahiran mencukupi untuk mengesan lokasi paip gas, mereka boleh melantik pihak professional khas yang lain bagi tujuan tersebut, tetapi tiada langkah sedemikian diambil oleh Defendan. 44. Selanjutnya HMS telah membuat dapatan fakta yang tepat berkenaan isu permit kerja apabila membuat dapatan bahawa permit kerja perlu diperolehi untuk kesemua kerja berhampiran dengan saluran paip gas Plaintif, dan permit kerja "is issued on a day to day basis and valid for the time stipulated''. Defendan telah gagaI memohon permit kerja untuk meneruskan Kerja Defendan pada 1.10.2020 dan 2.10.2020, dan oleh itu menjalankan Kerja Defendan tanpa permit kerja dan pengawasan Plaintif. Rujuk kepada Pemeriksaan Balas SD1 dan SD2 yang menyokong dapatan ini. 18 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Pemeriksaan Balas SD1: Peg. Plaintif: Setuju dengan saya Encik, permit kerja ini adalah untuk hari Sabtu, satu hari sahaja, ya. Untuk 3 September sahaja, betul? SD1 : Betul. Peg. Plaintif: Ini kerana kalau Encik rujuk kepada work requirement di tengah muka surat, point 4, work permit is issued on a day to day basis and valid for the time stipulated, betul? SD1 : Betul. Peg. Plaintif: Setuju dengan saya Encik, kesemua kerja, kerja-kerja Defendan perlu mendapatkan work permit. SD1 : Betul. Setuju. Peg. Plaintif: Dan ia adalah kerana kerja-kerja Defendan perlu dijalankan dibawah pengawasan Plaintif. SD1: Setuju. Peg. Plaintif: Dan ia juga satu syarat kerja-kerja Defendan tidak boleh dijalankan tanpa supervision Plaintif. Setuju? SD1: Setuju. Pemeriksaan Balas SD2: Peg. Plaintif : Sekiranya Encik Latif boleh tengok pada work requirement. Pilih salah satu pun boleh. Muka surat 68 pun boleh. Work requirement point 4. Work permit is issued on a day to day basis and valid for a time stipulated. Betul? SD2 : Work permit is issued on a day.. Peg. Plaintif : On a day to day basis and valid for a time stipulated. Betul? SD2 : Betul. Peg. Plaintif : Encik Latif tahu kan ini? SD2 : Ya. Peg. Plaintif : Jadi permohonan permit adalah diwajibkan untuk sebarang kerja disekitar saluran paip gas Plaintif, setuju? SD2 : Ya, setuju. 19 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Peg. Plaintif : Dan kesemua kerja-kerja Defendan mahupun untuk mendedahkan saluran paip gas Plaintif seperti pada lawatan tapak bersama, perlu dijalankan di bawah pengawasan Plaintif. SD2 : Pengawasan? Peg. Plaintif : Pengawasan Plaintif, Gas Malaysia. SD2 : Setuju. Akibat Tindakan kecuaian defendan tersebut, pihak plaintif telah mengalami kerugian dan kerugian tersebut adalah tidak “not so unforeseeable as to be too remote”. 45. Dalam rayuan ini, Defendan membangkitkan bahawa HMS bijaksana telah terkhilaf apabila mendapati pihak Plaintif telah mengalami kerugian akibat tindakan Defendan melanggar kewajipan berjaga-jaga. Defendan juga mempertikaikan dapatan HMS berkenaan kerugian yang dialami oleh Plaintif. 46. Defendan berhujah bahawa Plaintif telah gagal membuktikan setiap kerugian yang dialami Plaintif dan bukan setakat membuat senarai kerugian sahaja. HMS yang bijaksana telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila meletakkan beban bukti atas Defendan untuk menyangkal jumlah kerugian yang dituntut oleh Plaintif. Kegagalan pihak Plaintif untuk memanggil setiap pembuat dokumen yang berkaitan bagi membuktikan jumlah kerugian adalah fatal dalam tuntutan pihak Plaintif. 47. Mahkamah ini berpendapat penelitian yang wajar telah dibuat oleh HMS dalam membuat dapatan bahawa Plaintif telah mengalami kerugian akibat tindakan Defendan melanggar kewajipannya. HMS telah mendengar keterangan SP3 berkenaan kerugian yang dialami oleh Plaintif. Dapatan HMS berkenaan tuntutan bagi kos pembaikan 20 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan pemulihan berjumlah RM600,000.00. Munurut SP3, pihak Plaintif telah melantik syarikat Drill Sdn Bhd bagi kerja pembaikan saluran paip gas Plaintif. Harga yang ditetapkan adalah RM 600,000.00 bagi kerja-kerja tersebut. Dokumen sokongan adalah invois dan laporan kerja pembaikan dikemukakan di dalam ms.30 – 44, Ikatan Dokumen Bersama (IDB), Bahagian B Jilid 1. 48. Bagi kos bahan untuk kerja-kerja pembaikian dan pemulihan saluran paip gas Plaintif berjumlah RM 30,061.04 ini pula, Plaintif telah membekalkan 36 paip gas NPS 4” dan 14 paip gas NPS 16” kepada kontraktor Plaintif untuk menjalankan kerja pembaikian dan pemulihan saluran paip gas Palintif. Dokumen bekenaan ini adalah di ms 52 – 65 IDB Bahagian B Jilid 1. Bagi pemasangan saluran paip gas yang baru, kontraktor Plaintif telah menggunakan sebanyak 35 paip gas NPS 4” dan 1 paip gas NPS 16” yang dibekalkan oleh Plaintif. Baki 1 paip gas NPS 4” dan 13 paip gas NPS 16” tersebut telah dipulangkan semula kepada Plaintif. Dokumen berkenaan pemulangan paip gas ini di ms 66, IDB Bahagian B, Jilid 1. Berdasarkan rekod pembelian paip gas daripada pembekal Plaintif adalah seperti berikut: (i) RM778.78 bagi setiap paip jenis pertama (13 paip gas NPS4”); (ii) RM721.25 bagi setiap paip jenis kedua (22 paip gas NPS4”); dan (iii) RM4,067.20 bagi setiap paip jenis ketiga (1 paip gas NPS 16”). 21 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dokumen pembelian adalah di ms 45-51, IDB Bahagian B,Jilid 1. Pengiraan adalah di ms 28 IIDB, Bahagian B, Jilid 1. 49. Selanjutnya SP3 menjelaskan tentang kos pekerja berjumlah RM 21,552.15 yang merangkumi bayaran kerja lebih masa, elaun harian dan upah kakitangan teknikal Responden yang terlibat secara langsung dalam kerja kecemasan dan pemulihan paip selepas kejadian kebocoran gas tersebut. Rujuk ms 23, IDB Bhagian B, Jilid 1. 50. Manakala bagi kos penggunaan kenderaan berjumlah RM4,739.52 yang meliputi penggunaan kenderaan operasi Plaintif bagi tempoh kerja kecemasan di tapak, temasuk pengangkutan peralatan, pegawai keselamatan dan pemeriksaan tapak. Dokumen pecahan kos kenderaan dirujuk pada IDB Bahagian B, Jilid 1 di ms 24 -27. 51. Akhir sekali adalah kos untuk nilai gas yang terlepas hilang berjumlah RM 87.918.53 disebabkan kerosakan saluran paip gas Plaintif, terdapat kebocoran gas dari 02.10.2020 sehingga 19.10.2020. Kesemua kos ini telah ditunjukkan dalam eksibit yang ditunjukkan semasa perbicaraan penuh semasa SP-3 memberikan keterangan yang mana kehilangan ini disahkan oleh Gas Malaysia Energy Services (GMES) melalui invois bertarikh 11.3.2021 yang mengesahkan jumlah kerugian sebanyak RM87,918.53 dan diterima oleh HMS bijaksana. Rujuk ms 29 IDB, Bahagian B, Jilid 1. 22 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal JUMLAH KESELURUHAN KERUGIAN: RM744,271.24 Komponen Jumlah (RM) Kos Pembaikan & Pemulihan 600,000.00 Kos bahan 30,061.04 Peruntukan Tenaga Manusia 21,552.15 Kos Kenderaan 4,739.52 Kehilangan gas 87,918.53 Jumlah keseluruhan 744,271.24 52. Saya juga mendapati, berdasarkan keterangan saksi-saksi Defendan sendiri melalui Rekod Rayuan yang difailkan, Defendan gagal menepis tuntutan Plaintif malah mengakui kecuaian dan tanggungjawab sepenuhnya atas kerosakan paip gas serta kerugian yang berlaku. SD4 iaitu Pengurus Projek Defenden mengakui secara jelas bahawa jumlah kerugian sebanyak RM744,271.24 adalah berpunca daripada kerosakan saluran paip gas milik Plaintif. Defenden yang menjalankan kerja pemasangan kabel kuasa telah menyebabkan kerosakan paip gas tersebut dan Defendan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menanggung kerugian tersebut. Semasa pemeriksaan balas, SD4 menjawab, “Setuju..Defendan yang menjalankan kerja pemasangan kabel kuasa ini dan yang menyebabkan kerosakan saluran paip gas Plaintif adalah bertanggungjawab untuk menanggung rugi secara penuh kerugian tersebut.” 23 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Semasa Pemeriksaan Semula SD4 menegaskan, “Benar kalau ikutkan semua kerja berlaku kerosakan adalah tanggungjawab kontraktor untuk bertanggungjawab”. Beliau juga mengesahkan bahawa beliau tidak memberi sebarang keterangan untuk menafikan jumlah atau pecahan kerugian yang dituntut oleh Plaintif. Keterangan SD4 semasa Pemeriksaan Balas; Peg. Plaintif : Puan juga tidak memberi apa-apa keterangan mengenai kerja-kerja pembaikan dan pemulihan dalam Penyata Saksi, betul? SD4 : Betul. Peg.Plaintif : Puan juga tidak memberi komen mengenai kuantum atau pecahan tuntutan Plaintif, betul? SD4 : Betul. Peg. Plaintif : Saya cadangkan kepada puan kerugian Plaintif berjumlah RM744,271.24 ini adalah berbangkit daripada kerosakan saluran paip gas Plaintif dan kebocoran gas. SD4 : Betul, setuju. 53. Penelitian mahkamah berkenaan isu ini adalah HMS terpelajar telah menerima keterangan SP3 dan dapatan HMS berkenaan penerimaan keterangan SP3 berkenaan bukti kerugian sebagaimana yang dinyatakan di para 47 hingga 51 telah dibuat oleh HMS dalam mencapai jumlah yang telah diawardkan. Pihak Defendan tidak pada bila-bila masa memberi apa-apa penjelasan berkenaan jumlah kerugian yang dituntut oleh pihak Plaintif. 24 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 54. Diperingkat rayuan ini, saya berpendapat dan membuat kesimpulan bahawa HMS yang telah mendengar perbicaraan ini telah mengambil kira semua fakta relevan dalam mempertimbangkan kes ini. Dapatan dan keputusan HMS Bijaksana telah disertakan dengan justifikasi atas setiap dapatan yang diberikan. HMS bijaksana sebagai Hakim perbicaraan penuh berpeluang untuk melihat dan mendengar saksi-saksi memberikan keterangan. Selanjutnya berupaya membuat penilaian terhadap kredibiliti setiap saksi. KEPUTUSAN 55. Setelah mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak rayuan Defendan dengan kos RM5000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Keputusan HMS bertarikh 15.07.2024 adalah dikekalkan. BERTARIKH: 28 OKTOBER 2025 t.t MANIRA MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4, JOHOR BAHRU. Bagi pihak Plaintif Shia Chee San Tetuan Wayne Siang, Kai & Co Bagi Pihak Responden Hoi Chung Wai Tetuan Shan Chambers 25 S/N Oqnp453mm0CnpfyOKcJoKw **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal