JOTHEE A/P KRISHNAN 1. ) CASA SUBANG SDN BHD 2. ) TETUAN LC NG & ASSOCIATES
The contract and exhibited plans expressly warned that floor and unit numbering may not reflect the address approved by the local authority; the local authority renumbering (MBI) caused the unit to be designated J-1-1 while no physical substitution occurred; accordingly the developer fulfilled its contractual...
Source-derived case information.
- Citation
- AA-A52NCvC-21-03/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff: JOTHEE A/P KRISHNAN; Defendant: CASA SUBANG SDN BHD; Defendant: TETUAN LC NG & ASSOCIATES
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 18 August 2022
- Case Number
- AA-A52NCvC-21-03/2022 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Sale and Purchase Agreement Dispute (housing Unit) / Sessions Court Decision on Strike Out Applications Under Order 18 R.19; Writ and Statement of Claim Struck Out
- Outcome
- Application by both defendants allowed; writ and statement of claim struck out
- Legal Topics
- Specific Performance, Declaration, Strike Out Under Order 18 R.19, Unit Numbering/address Dispute, Solicitor Duty/conflict of Interest
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
JOTHEE A/P KRISHNAN
Plaintiff
CASA SUBANG SDN BHD
Defendant
TETUAN LC NG & ASSOCIATES
Defendant
Procedural Posture
Civil Sale and Purchase Agreement Dispute (housing Unit) / Sessions Court Decision on Strike Out Applications Under Order 18 R.19; Writ and Statement of Claim Struck Out
Legal Issues
- 1 Whether the developer breached the Sale and Purchase Agreement by delivering a unit with a different approved address/number
- 2 Whether the change of unit numbering by local authority negates any breach by the developer
- 3 Whether the pleadings disclose a reasonable cause of action or are frivolous/vexatious/abuse of process under Order 18 r.19
Ratio Decidendi
The contract and exhibited plans expressly warned that floor and unit numbering may not reflect the address approved by the local authority; the local authority renumbering (MBI) caused the unit to be designated J-1-1 while no physical substitution occurred; accordingly the developer fulfilled its contractual obligations and the solicitors did not breach duties; the plaintiff's claims disclosed no reasonable cause of action and were struck out as frivolous/abusive under Order 18 r.19.
Court Disposition
Application by both defendants allowed; writ and statement of claim struck out
Orders
- Allow defendants' applications in Annexures 5 and 13
- Writ and Statement of Claim struck out/dismissed
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
AA-A52NCvC-21-03/2022 Kand. 51 17/10/2022 15:35:15 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. AA-A52NCvC-21-03/2022 ANTARA JOTHEE A/P KRISHNAN .......... PLAINTIF (No. K/P: 600308-08-6058) DAN 1. CASA SUBANG SDN BHD (No. Syarikat: 829973-P) 2. TETUAN LC NG & ASSOCIATES .......... DEFENDAN (didakwa sebagai sebuah firma) ALASAN PENGHAKIMAN [1] Plaintif telah memasuki suatu Perjanjian Jual Beli Statutori (di bawah “Schedule H Housing Development [Control & Licensing] Act 1966”) bertarikh 27.8.2018 (Ekshibit CBP-1 di dalam Lampiran 14) dengan Defendan Pertama bagi membeli sebuah unit rumah pangsa bernombor K-1-1 di dalam projek perumahan yang dikenali sebagai Casa Residences. Defendan Kedua adalah peguam yang telah bertindak bagi pihak Plaintif untuk mengendalikan dokumen-dokumen pinjaman bagi unit tersebut. Plaintif telah memfailkan tindakan ini terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua kerana Plaintif Page 1 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal telah menerima milikan kosong bagi unit yang beralamat J-1-1 dan bukannya K-1-1. [2] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah seperti berikut: i) Pelaksanaan spesifik Perjanjian Jual Beli tersebut oleh Defendan Pertama. ii) Deklarasi bahawa unit K-1-1 adalah unit yang dibeli Plaintif melalui Perjanjian Jual Beli tersebut dan bukannya unit J-1-1 dan bahawa Plaintif berhak ke atas unit K-1-1; iii) Deklarasi bahawa Defendan Pertama telah gagal menyerahkan milikan kosong unit K-1-1 kepada Plaintif seperti mana dipersetujui dalam Perjanjian Jual Beli tersebut; iv) Perintah bahawa Defendan Pertama dikehendaki untuk menyerahkan dan mengembalikan milikan kosong bagi unit K-1-1 kepada Plaintif dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh Penghakiman diperoleh; v) Secara alternatif, Defendan Pertama membayar kembali keseluruhan wang yang telah dibayar oleh Plaintif sebanyak RM73,500/- dan harga pasaran unit K-1-1 pada masa Perjanjian Jual beli ditandatangani iaitu sebanyak RM173,500/- sebagai ganti rugi dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh keputusan Mahkamah; vi) Faedah dan kos. Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua adalah seperti berikut: i) Deklarasi bahawa Defendan Kedua mewakili pihak Defendan Pertama dan pihak pembiaya pinjaman Plaintif; Public Bank Berhad; Page 2 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ii) Deklarasi bahawa Defendan Kedua gagal bersikap secara bebas di mana Defendan Kedua gagal menjaga kepentingan Plaintif; iii) Satu(1) pendedahan oleh Defendan Kedua akan pihak yang mengarahkan Defendan Kedua mewakili Plaintif bagi Perjanjian Jual beli tersebut; iv) Ganti rugi Am yang akan ditaksirkan sekiranya Mahkamah dapati Defendan Kedua telah bertindak secara konflik kepentingan; v) Faedah dan kos. [3] Defendan Pertama telah memfailkan Notis Permohonan melalui Lampiran 13 di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a),(b) dan/atau (d) Kaedah- Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dirujuk sebagai KKM 2012) untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan. Defendan Kedua juga telah memfailkan Notis Permohonan melalui Lampiran 5 di bawah Aturan 18 kaedah 19(1)(a),(b),(c) dan (d) KKM 2012 untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan. Mahkamah telah memutuskan membenarkan permohonan di dalam Lampiran 5 dan 13 dengan kos RM1,000/- masing-masing. Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi atas keputusan tersebut. [4] Aturan 18 kaedah 19(1)(a),(b), (c) dan (d) KKM 2012 memperuntukkan seperti berikut: Page 3 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that- (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be. [5] Hujah Plaintif a) Pihak Plaintif menyatakan bahawa Defendan Pertama menukarkan unit Plaintif daripada K-1-1 kepada J-1-1. Apa yang berlaku di antara pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Defendan Pertama tiada kena mengena dengan Plaintif. Perhubungan Plaintif hanya adalah terhadap Defendan Pertama melalui Perjanjian tersebut dan pihak-pihak adalah terikat dengan terma-terma kontrak. Defendan Pertama mempunyai obligasi statutori untuk menyerahkan milikan kosong rumah pangsa bernombor K-1-1. b) Penegasan Defendan Pertama bahawa kononnya tiada pertukaran unit secara fizikal dan hanya terdapat pertukaran nombor unit bagi rumah Page 4 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pangsa yang telah Plaintif beli daripada Defendan Pertama menerusi Perjanjian tersebut hanyalah dapat ditentu sahkan oleh saksi-saksi dalam satu bicara penuh. c) Walau apa-apa pun, seandainya penegasan Defendan Pertama bahawa mereka terpaksa menukar nombor unit kepada J-1-1 walaupun perjanjian tersebut memperuntukkan unit nombor K-1-1 atas sebab MBI telah memaklumkan Defendan Pertama menerusi surat MBI bertarikh 17/12/2018 (ekshibit CBP-1 dalam Lampiran 18) boleh diterima, Defendan Pertama langsung tidak memberi alasan mengapa Plaintif tidak dimaklumkan akan peristiwa tersebut sejurus selepas surat MBI tersebut diterima oleh Defendan Pertama, memandangkan Plaintif adalah pembeli kepada unit rumah pangsa yang terlibat dalam kes ini. Defendan Pertama langsung tidak menjelaskan mengapakah MBI telah mengisukan surat MBI bertarikh 17/12/2018 tersebut kepada Defendan Pertama. Justeru, saksi untuk MBI patut memberi keterangan di Mahkamah berkenaan kandungan surat tersebut. d) Kali pertama Plaintif dimaklumkan akan unit rumah pangsa telah ditukar secara unilateral oleh Defendan Pertama adalah hanya 2 bulan sebelum milikan kosong diserah oleh Defendan Pertama kepada Plaintif (surat bertarikh 1/2/2021 oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di Ekshibit CBP-3 Lampiran 14). Page 5 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal e) Lain-lain fakta mengenai Defendan Pertama kononnya telah memasuki perjanjian jual beli dengan pembeli lain yang dikenali sebagai Mohamad Sapuan Bin Mohd Puzi (ekshibit CBP-4, CBP-5 dan CBP-6 dalam Lampiran 14) adalah tiada kena-mengena dengan kes ini. f) Selepas Plaintif menerima satu surat bertarikh 1/2/2021 daripada Defendan Pertama yang menyatakan kononnya unit rumah pangsa yang Plaintif telah beli melalui Perjanjian tersebut adalah unit J-1-1, Plaintif telah membawa surat tersebut ke pejabat Defendan Kedua untuk berjumpa peguam untuk mendapatkan penjelasan dan nasihat undang- undang mengapakah bukan unit K-1-1 sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut yang diberi oleh Defendan Pertama kepada Plaintif. Akan tetapi setiap kali Plaintif mengunjungi pejabat Defendan Kedua (3 kali kesemuanya), beliau telah dimaklumkan oleh kerani Defendan Kedua bahawa peguamnya tidak senang untuk berjumpa dengan Plaintif. Plaintif langsung tidak berpeluang mendapat penjelasan dan nasihat undang-undang yang diingini daripada Defendan Kedua, yang kononnya merupakan peguam cara yang mewakilinya dalam perjanjian tersebut. Memandangkan Defendan Pertama telah memungkiri Perjanjian tersebut dengan bertujuan memberi milikan unit yang berlainan daripada apa yang telah dijanjikan dalam perjanjian tersebut kepada Plaintif dan Defendan Kedua telah mungkir dalam tanggungjawabnya sebagai peguam yang mewakili Plaintif dalam perjanjian tersebut (iaitu gagal dan/atau enggan memberi nasihat undang-undang kepada Plaintif Page 6 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkenaan penukaran unit rumah pangsanya secara unilaterral oleh Defendan Pertama dan gagal menjaga kepentingan Plaintif), maka Plaintif telah memulakan tindakan undang-undang ini terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua masing-masing. [6] Hujah Defendan pertama a) Defendan Pertama menyatakan bahawa pihak mereka telah menyerahkan milikan kosong unit K-1-1 tetapi nombor alamatnya adalah J-1-1. Plaintif telah terkhilaf atas perbezaan nombor unit dan nombor alamat. K-1-1 adalah unit nombor yang wujud dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 27/08/2018 dan ditentukan oleh Defendan Pertama sebagai Pemaju untuk menjualkan unit ini kepada Plaintif. Kemudian nombor J- 1-1 adalah nombor alamat yang ditentukan oleh Pihak MBI. Pertukaran unit secara fizikal tidak pernah berlaku. Defendan Pertama merujuk kepada Section 31(1) of Street, Drainage and Building Act 1974 bahawa: “The local authority shall in its discreation allot a number to any house or building and may fix a mark displaying such number in a conspicuous place on the outside of any house or building or at the entrance of the enclosure fronting the street and may from time to time change such number and replace or refix any mark displaying such number” Page 7 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Berdasarkan kepada seksyen tersebut, pihak autoriti seperti MBI mempunyai bidang kuasa dan budi bicara untuk menentukan nombor building atau nombor alamat bagi rumah dan bangunan. Ini juga tidak akan menimbulkan sebarang isu bahawa pihak MBI ingin menjadikan unit K-1-1 pihak Plaintif kepada nombor alamat J-1-1. Selain itu, merujuk kepada Ekshibit CBP-1 di dalam Afidavit Jawapan Kedua Defendan Pertama tersebut (Lampiran 21), pelan-pelan unit tersebut menyatakan bahawa “ALL ITEMS MENTIONED ABOVE ARE SUBJECT TO VARIATIONS, MODIFICATION, SUBSTITUTION AND FACADE AS RECOMMENDED BY RELEVANT APPROVING AUTHORITIES & CONSULTANTS, THE FLOOR AND UNIT NUMBERING MAY NOT REFLECT THE ACTUAL ADDRESS APPROVED BY THE APPROPRIATE AUTHORITY” dan ia telah disahkan oleh Arkitek Projek ini pada 5/9/2017. Perenggan-perenggan tersebut adalah sangat jelas, terang dan tidak kabur. Plaintif telah menandatangani atas ketiga-tiga Unit Pelan tersebut dan ini menunjukkan bahawa Plaintif telah mengetahui dan menerima bahawa nombor unit dan tingkat yang dinyatakan dalam perjanjian ini tidak semestinya menunjukkan alamat sebenar yang diluluskan oleh pihak autoriti iaitu MBI. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif tidak mendedah sebarang kausa tindakan yang munasabah (no reasonable cause of action) dan ia Page 8 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal hanya kekhilafan diri Plaintif semata-mata atas perbezaan nombor unit dengan nombor alamat. b) Penentuan nombor bangunan MBI adalah mengikut urutan alphabets. Disebabkan kekurangan Blok “I” dalam Site Plan Perjanjian Defendan Pertama, bangunan J,K,L dinamakan oleh Defendan Pertama dan ditentukan dalam Perjanjian Jual Beli telah dijadikan alphabets I,J,K yang dinamakan dan ditentukan oleh Pihak MBI. Defendan Pertama tidak pernah menerima sebarang aduan atau saman daripada penghuni-penghuni beralamat I,J dan K. Tidak wujud sebarang niat jahat atau mala fide daripada Defendan Pertama untuk menukar unit pembeli-pembelinya. c) Tuntutan Plaintif adalah scandalous kerana ia memberi anggapan salah bahawa Defendan Pertama selaku pemaju berniat untuk menipu dan menukar unit pembeli-pembeli. d) Tuntutan Plaintif juga adalah remeh dan menyusahkan kerana Defendan Pertama memang tidak dapat memberi milikan kosong yang beralamat K-1-1 kepada Plaintif kerana pemilik nombor alamat K-1-1 adalah pemilik unit L-1-1 (Rujuk Surat Pemberitahuan Alamat bertarikh 1 Februari 2021 dalam Ekshibit “CBP-3” Afidavit Sokongan Defendan Pertama tersebut- Lampiran 14). Page 9 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Sekiranya Plaintif tidak berpuas hati atas nombor alamatnya atau cara penentuan alamat daripada pihak MBI, Plaintif perlu mengambil tindakan undang-undang seperti judicial review atau cara-cara lain terhadap pihak MBI dan bukannya terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua yang tidak mempunyai bidang kuasa untuk menentukan nombor alamat. Defendan Pertama hanya menentukan nombor unit bagi projeknya dan pihak MBI adalah pihak yang mempunyai bidang kuasa untuk menentukan nombor bangunan dan nombor alamat. [7] Hujah Defendan Kedua Selain daripada mengulangi apa yang dihujahkan oleh pihak Defendan Pertama, Defendan Kedua juga menyatakan seperti berikut: a) Plaintif telah jelas dimaklumkan oleh Defendan Pertama bahawa alamat surat-menyurat bagi unit kediaman yang dibeli Plaintif akan dikenali sebagai J-01-01 dan tidak lagi K-01-01. Defendan Kedua merujuk kepada Ekshibit NLC-3 kepada Afidavit Sokongan di Lampiran 6 di mana Defendan Pertama telah menjelaskan di dalam surat tersebut bahawa alamat pos bagi unit kediaman Plaintif akan dikenali sebagai J-01-01 setelah ianya dikenal pasti dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MBI. Page 10 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal b) Pada peringkat penyerahan milikan kosong, kuasa sepenuhnya adalah terletak di atas tanggungjawab Defendan Pertama untuk memaklumkan kepada Plaintif yang mana pengesahan alamat bagi unit-unit kediaman ini adalah terletak di bawah bidang kuasa MBI untuk menentukannya dan ini adalah sama sekali bukan satu kesalahan yang disengajakan oleh Defendan Pertama dan juga bukan keputusan hasil dari pakatan subahat di antara Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Ketentuan kepada pengenalan unit kediaman Plaintif adalah sepenuhnya oleh MBI. c) Defendan Kedua telah melaksanakan tanggungjawab sebagai peguam cara yang mengendalikan persiapan penyediaan dokumen perjanjian jual beli dan dokumen pinjaman bank dan Defendan Kedua sama sekali tidak terlibat atau menjadi pihak yang membuat keputusan menukar alamat surat-menyurat kediaman Plaintif. d) Plaintif juga dalam Afidavit Balasan Plaintif gagal mengemukakan serta mengaitkan sebarang tindakan oleh Defendan Kedua yang menyebabkan Plaintif tidak diberi milikan kosong bagi unit K-01-01. Defendan Kedua bukanlah pihak yang menguruskan proses bagi pengenalan unit kediaman Plaintif. [8] Di dalam kes Tan Tian Sin v. Koperasi Juruukur Tanah Berlesen Berhad [2011] 1 LNS 681, Hakim Mahkamah Tinggi telah menyatakan (dengan izin): [6] The principles to be adopted by courts in considering an application under O. 18 r. 19 of RHC had been succinctly spelt out in the Supreme Court case of Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. Page 11 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4 CLJ 7; [1993] 3 MLJ 36. Mohamed Dzaiddin bin Hj Abdulh SCJ (as he then was) had this to say: “The principle upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) Rules of the High Court are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley M.R. in Hubbuck v. Wilkinson [1899] 1 QB 86, p. 91), and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it "obviously unsustainable" (Attorney-General of Duchy of Lancaster v. L.& N.W. Ry. Co [1892] 3 Ch. 274, CA). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (Wenlock v. Moloney[1965] 1 WLR 1238; [1965] 2 All ER 871, CA). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 (which is in pari materia with our O. 33 r. 2 Rules of the High Court ) (Hubbuck v. Wilkinson) (supra). The Court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable". [7] In the context of O. 18 r. 19(1)(b), the word 'scandalous' means wholly unnecessary and irrelevant, and not just unpleasant allegations: Boey Oi Leng (t/a Indah Reka Construction & Trading) v. Trans Resources Corporation Sdn Bhd [2002] 1 CLJ 405; [2001] 4 AMR 4807 (HC); [2001] MLJU 566. A pleading is 'frivolous or vexatious' when it is obviously Page 12 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal unsustainable. In examining the Defendant's ground, the Court is entitled to refer to affidavits. (See Harapan Permai Sdn Bhd v. Sabah Forest Industries Sdn Bhd [2011] 1 CLJ 285; [2010] 1 LNS 1038; [2011] 2 MLJ 192) [8] In nutshell, a party should not be "driven from the judgment seat "except cases where it is plain that the alleged cause of action or defence has no chance of success. [9] Reverting to the case at hand, from the Writ Summons and Statement of Claim, it is clear that the Plaintiff's main claim against the Defendant in this civil suit is for the delivery of the Pawn Tickets No: 240303-0022-0036 in the prescribed form or such other Pawn Tickets for the gold allegedly pledged by the Plaintiff and the delivery of the said gold upon payment of the alleged loan together with interest thereon. [10] To my mind, the central dispute between the parties is this: Whether there is such a loan transaction and/or contractual relationship between the Plaintiff and Defendant. In other words: Whether the Plaintiff has a reasonable or indeed any cause of action against the Defendant. This is the foremost issue that must be determined in the present application and this must be done with caution. [11] The cause of action relevant to this case is contractual in nature. However its existence has been denied by the Defendant as there is no loan contract ever executed by both parties which then requires the Plaintiff to pledge the purported gold purchased from VC Gold Sdn Bhd. It is trite law that contractual relationship between two parties needs not be a direct one. It can be in many forms. Such relationship may also exist in an indirect manner based on the circumstances of the transaction. In spite of this principle, the averments Page 13 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal made by the Plaintiff in his pleadings and the documents exhibited in his Affidavit In Reply (Enclosure 9) do not support any possible way to refute the defence raised by the Defendant. The Plaintiff even failed to produce any documentary evidence to support the alleged loan. Hence, the Court is of considered opinion that there is no contract exists between the Plaintiff and the Defendant. [9] Mahkamah merujuk kepada Perjanjian Jual Beli bertarikh 27.8.2018 (Ekshibit CBP-1 di dalam Lampiran 14) dan khususnya pelan-pelan unit di dalam perjanjian tersebut yang telah diekshibitkan semula melalui Ekshibit CBP-1 di dalam Lampiran 21), yang jelas menyatakan seperti berikut: “..........................THE FLOOR AND UNIT NUMBERING MAY NOT REFLECT THE ACTUAL ADDRESS APPROVED BY THE APPROPRIATE AUTHORITY”. Alamat unit-unit adalah tertakluk kepada kelulusan pihak MBI dan pihak MBI telah mengeluarkan surat bertarikh 17/12/2018 bersama Lampiran A iaitu pelan bangunan kepada Defendan Pertama (Ekshibit CBP-1 dalam Lampiran 18) dan di dalam pelan tersebut, adalah jelas bahawa unit “K” kini dikenali sebagai Blok J. Ia adalah jelas daripada pelan bahawa tiada penukaran unit yang berlaku apabila pihak Defendan Pertama menyerahkan milikan kosong rumah pangsa kepada pihak Plaintif. Melalui surat bertarikh 1/2/2021 (Ekshibit CBP- 3 Lampiran 14) daripada Defendan Pertama kepada Plaintif, pihak Defendan Pertama telah pun memaklumkan kepada Plaintif mengenai alamat unit tersebut. Page 14 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Mahkamah setuju dengan hujah pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua bahawa pihak Defendan Pertama tidak memungkiri terma-terma Perjanjian Jual Beli. Mahkamah juga mendapati pihak Defendan Kedua tidak mungkir dalam tanggungjawabnya sebagai peguam apabila mewakili Plaintif. Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah terkhilaf atas perbezaan nombor unit dan nombor alamat unit dan tindakan yang dibawa terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah tidak berasas. [10] Mahkamah merujuk kepada kes Phang Shyue Ming v. Couture Homes Sdn Bhd [2016] 1 LNS 1596 di mana fakta kes adalah hampir serupa dengan kes ini dan Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[20] The case of Amazing Place Sdn Bhd v. Couture Homes Sdn Bhd & Anor [2010] 1 LNS 823; [2010] 7 MLJ 52 was referred which involved the same Defendant (Couture Homes Sdn Bhd) and one of the purchasers in the same project, the same amended Building Plan and the same Contract Clauses in the Sale and Purchase Agreement. The High Court has decided in favour of the Defendant and on appeal was affirmed by the Court of Appeal. [21] It is a settled law that parties are bound by the terms of the contract that they have entered into. In this present case, the Defendant has fulfilled its contractual obligation under the contract by giving LG-29 with almost similar size to the Plaintiff after the Page 15 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Building Plan has been amended subsequent to the signing of the SPA. [22] Based on the aforesaid reasons, I find that the Plaintiffs claim is frivolous or vexation, do not disclose any reasonable cause of action and/or is an abuse of the Court's process. The Plaintiffs action is obviously unsustainable. The Defendant's application is allowed with costs of RM5000.00 Seperti yang dihujahkan oleh pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua, Mahkamah mendapati tuntutan Plaintif mendedahkan kuasa tindakan yang tidak munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Mahkamah mendapati pihak Plaintif tidak mempunyai kuasa tindakan terhadap pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua, dan oleh yang demikian, Mahkamah telah membenarkan permohonan pihak Defendan di Lampiran 5 dan 13 untuk membatalkan writ dan penyataan tuntutan Plaintif. Bertarikh pada 16 Oktober, 2022 ……………………………...………… ( Priscilla Hemamalini Nadarajan) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 2 Ipoh, Perak Page 16 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal ------------------------------------------------------------------------------------------------------- Solicitors: On behalf of Plaintiff : Messrs. K.B. Tan Kumar & Partners On behalf of Defendant 1 : Messrs. K.H. Ong & Ng On behalf of Defendant 2 : Messrs. LC Ng & Associates Page 17 of 17 S/N 8RVR6MAPlUWmflQd6gIBA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal