PENDAKWARAYA Timbalan Kan Hong Kit
Accused was convicted under s.353 for using criminal force against a public servant; despite mitigation (early plea, first offender, remorse, low income), the offence attacked a firefighter performing duty and required a clear deterrent message. Balancing principles and precedents, a custodial sentence of one month...
Source-derived case information.
- Citation
- BH83-1856-10/2020 (Mahkamah Majistret)
- Parties
- Prosecution: Public Prosecutor; Defendant: Kan Hong Kit; Victim (public Servant): Alfred Rudy anak Tungku
- Court
- Magistrates' Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 20 October 2020
- Case Number
- BH83-1856-10/2020 (Mahkamah Majistret)
- Procedural Posture
- Criminal Assault on Public Servant (s.353 Kanun Keseksaan) / Sentencing After Guilty Plea
- Outcome
- Accused found guilty under s.353 Kanun Keseksaan and sentenced to imprisonment
- Legal Topics
- Assault on Public Servant, Section 353 Kanun Keseksaan, Guilty Plea Mitigation, Deterrence and Public Interest
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Public Prosecutor
Prosecution
Kan Hong Kit
Defendant
Alfred Rudy anak Tungku
Victim (public Servant)
Procedural Posture
Criminal Assault on Public Servant (s.353 Kanun Keseksaan) / Sentencing After Guilty Plea
Legal Issues
- 1 Whether the accused used criminal force to deter a public servant from performing duty under s.353
- 2 What sentence is appropriate balancing mitigation (first offender, plea, remorse) against public interest and deterrence
- 3 Whether a custodial sentence is necessary to mark societal condemnation
Ratio Decidendi
Accused was convicted under s.353 for using criminal force against a public servant; despite mitigation (early plea, first offender, remorse, low income), the offence attacked a firefighter performing duty and required a clear deterrent message. Balancing principles and precedents, a custodial sentence of one month imprisonment is warranted to protect public interest and deter similar conduct.
Court Disposition
Accused found guilty under s.353 Kanun Keseksaan and sentenced to imprisonment
Orders
- Accused Kan Hong Kit convicted under section 353 Kanun Keseksaan
- Sentence: One month imprisonment, to run from date of conviction 20/10/2020
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KAJANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES TANGKAP BH83-1856-10/2020 PENDAKWA RAYA v. KAN HONG KIT ALASAN PENGHAKIMAN PERTUDUHAN 1) Kan Hong Kit (“OKT”) telah dipertuduhkan bagi satu kesalahan. Pertuduhan ke atasnya berbunyi: Bahawa kamu pada 15/10/2020 jam lebih kurang 10.40 pagi di tepi Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn, Bt 9 Cheras dalam daerah Hulu Langat di dalam negeri Selangor Darul Ehsan dengan sengaja telah menggunakan kekerasan jenayah bagi tujuan menghalang penjawat awam, Alfred Rudy anak Tungku no. KP: PB 20191 daripada menjalankan kewajipannya sebagai anggota bomba. Oleh yang demikian itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 353 kanun keseksaan. Hukuman Boleh dihukum penjara boleh sampai dua tahun penjara atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. 2) Pertuduhan dibacakan, diterangkan dan difahami OKT. OKT telah mengaku salah. OKT faham akan sifat dan akibat pengakuannya. 3) Pihak pendakwaan mengemukakan fakta kes (P1), yang dibacakan dan diakui OKT, seperti berikut: Fakta kes Pada 15/10/2020 jam lebih kurang 10.40 pagi semasa pengadu dan mangsa sedang menjalankan tugas memadam sebuah kenderaan yang terbakar akibat kemalangan, telah datang 1 lelaki cina yang tidak dikenali telah menyatakan mahu pergi ke keretanya. Pengadu telah menerangkan dan memberi arahan supaya lelaki tersebut bertenang dan ikut arahan namun lelaki tersebut telah bertindak agresif menumbuk lengan kiri mangsa. Lelaki tersebut juga cuba melarikan diri selepas itu. Saspek ditahan dan dibawa ke IPD Kajang bagi siasatan lanjut. Butir-butir OKT adalah seperti berikut: Nama: Kan Hong Kit Kpt: 870520-56-5363 Alamat: E-3-19 Tmn Koperasi Maju Jaya 43200 Bt 9 Cheras Hasil Siasatan Hasil siasatan dijalankan olhe pengawai penyiasat kes Insp Muhammad Azrul Nizam bin Zainal Abidin telah mendapati OKT dengan sengaja telah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam, Alfred Rudy Anak Tungku No KP PB20191 daripada menjalankan kewajipannya. Oleh yang demikian itu OKT telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan. 4) Selain itu, turut dikemukakan dokumen-dokumen berikut sebagai ekshibit: P2 - Laporan polis Batu 9 Cheras13268/20 P3 - Laporan polis Batu 9 13279/20 P4 - salinan kad kuasa pengadu. P5 - 4 gambar kecederaan. P6 - 3 gambar tempat kejadian. P7 - 3 gambar rakaman video, tangkap layer (screenshot) P8 – borang POL 59. HUJAHAN MITIGASI 5) En Nik Azhar dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan di dalam hujahan mitigasi bagi pihak OKT menyatakan OKT berumur 33 tahun, masih belum berkahwin, bekerja sambilan dengan pendapatan RM100/hari. OKT mengaku salah di peringkat awal. OKT mengatakan dia kesal atas perbuatannya, mohon maaf dan memberi akujanji tidak akan mengulangi kesalahannya. OKT telah direman 5 hari dan OKT memohon agar dikenakan suatu hukuman denda yang minima. HUJAHAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA 6) Pihak pendakwaan memohon hukuman yang setimpal. Kejadian ini berlaku dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Orang ramai perlu memberi kerjasama kepada penjawat awam yang menjalankan tugas. Anggota BOMBA memadamkan api dari kenderaan OKT yang terbakar bagi mengelakkan letupan besar berlaku. Hujahnya lagi, tidak seharusnya OKT mencederakan anggota Bomba yang menjalankan tugas, menjaga diri dan orang awam. Kes Loh Choon Fat dirujuk. Hukuman yang dijatuhakan seharusnya mengingatkan OKT dan orang lain dari berbuat perkara yang sama. 7) Mahkamah kemudian bertanya sama ada pihak pendakwaan berkehendakkan suatu hukuman penjara dijatuhkan dan Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana mengesahkan yang beliau bercadang memohon begitu. KEPUTUSAN 8) S. 353 Kanun Keseksaan memperuntukkan: 353 Using criminal force to deter a public servant from discharge of his duty Whoever assaults or uses criminal force to any person being a public servant in the execution of his duty as such public servant, or with intent to prevent or deter that person from discharging his duty as such public servant, or in consequence of anything done or attempted to be done by such person in the lawful discharge of his duty as such public servant, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to two years or with fine or with both. 9) Saya mempertimbangkan faktor-faktor berikut dalam membuat keputusan: Kepentingan awam 10) Saya merujuk kepada prinisip yang dinyatakan di dalam kes R v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164, bahawa pelaksanaan undang- undang jenayah bukan sahaja untuk menghukum pesalah yang melakukan jenayah itu, tetapi ia juga diharap perkara yang serupa dapat dielakkan dari diulangi oleh orang lain. Saya juga merujuk kepada kes Tan Bok Yong v. PP [1972] 1 MLJ 214, yang mana Sharma HMT menyatakan, bagi sesetengah kesalahan, hukuman yang dijatuhkan hendaklah bersifat mencegah supaya ia dapat memadam niat sesiapa yang berhasrat untuk membuat kesalahan yang sama. Pesalah pertama dan latar belakang OKT 11) Di dalam kes ini, OKT berumur 33 tahun. Dia masih belum berkahwin bekerja sambilan dengan gaji RM100/hari. OKT telah mengaku salah dan OKT juga merupakan pesalah pertama. Mahkamah perlu mempertimbangkan latar belakang OKT, antara lain sama ada OKT merupakan pesalah pertama, sebelum menjatuhkan hukuman, seperti yang dinyatakan di dalam kes Zaidon Shariff v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 44: In assessing sentences, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. Before passing sentence, the Court is required to call for evidence of information on the background, antecedent, and character of the convict Pengakuan salah 12) Saya semat dalam ingatan pada setiap masa prinsip yang dinyatakan oleh Ketua Hakim Suffian di dalam kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 2 MLJ 134, yang memberi mafhum, bahawa walau seberapa tegar sekalipun seseorang pesalah itu, pengakuan salah haruslah diberikan pertimbangan kerana ia mejimatkan masa dan kos pihak- pihak yang terlibat: Whether a person is a hardened criminal or not, a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country the great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses 13) Selain itu, Mahkamah Agung di dalam kes Mohd Abdullah Ang Swee Kang v. PP [1987] 2 CLJ 405; [1988] 1 MLJ 167, memutuskan bahawa pengakuan salah lazimnya melayakkan diskaun sebanyak ¼ sehingga 1/3 daripada hukuman yang biasa dijatuhkan. Namun pada nada yang berbeza, Mahkamah Tinggi di dalam kes PP v. Low Kok Wai [1988] 3 MLJ 123 seperti dapatan Hakim Dzaiddin HMT memutuskan pengakuan salah tidaklah begitu efektif apabila tidak terdapat apa-apa pembelaan yang berpihak kepada OKT. Tahap kesengajaan / degree of deliberation 14) Saya juga mempertimbangkan faktor ini dalam membuat keputusan, seperti yang dianjurkan oleh Willan CJ in Mohamed Jusoh bin Abdullah and another v Public Prosecutor [1947] 1 MLJ 130. The Court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the degree of deliberation shown by the offender, the provocation which he has received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of sentence, his age and character. 15) Saya mengambil kira faktor bahawa OKT, pada hemat saya bertindak aneh, dengan sengaja menyerang seorang penjawat awam yang sedang memadamkan kebakaran pada keretanya. Laporan polis P2 menyatakan bahawa OKT khayal ketika dia berbuat demikian. Hukuman menurut undang-undang 16) Hukuman yang seharusnya dijatuhkan ke atas seseorang pesalah adalah seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang bertulis dan prinsip-prinsip yang mantap berkaitan hukuman, seperti disebut Mohamed Azmi J in PP v. Jafa Bin Daud [1981] 1 MLJ 315: that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. 17) Kesalahan di bawah s. 353 Kanun Keseksaan boleh dihukum dengan hukuman penjara boleh sampai 2 tahun, atau denda atau kedua-duanya. 18) Hamid Sultan J (sepertimana Yang Arif pada ketika itu) di dalam kes PP v Peter Kong [2007] 5 MLJ 567 menyatakan, bagi pesalah pertama, Mahkamah haruslah mempertimbangkan hukuman yang paling ringan dan sekiranya perlu, menaikkan hukuman tersebut setelah mempertimbangkan prinsip berkaitan hukuman yang relevan: For a first offender, the Court must first consider the minimum sentence imposed by law and if relevant then increase the same, taking into consideration other guiding principles relating to sentencing. Kepentingan Awam v. Kepentingan Peribadi OKT 19) Dalam hujahannya Timbalan Pendakwa Raya menggesa Mahkamah mempertimbangkan kes Loo Choon Fatt v PP [1976] 1 LNS 102. Kalaupun tidak diingatkan, ia tidak pernah luput dalam pertimbangan, pada setiap kali sesuatu keputusan untuk menjatuhkan hukuman dibuat: Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be oversympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the Courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Keputusan Bagi Kesalahan Yang Serupa 20) Saya merujuk kepada tiga kes yang dilaporkan bagi kesalahan yang sama di bawah s. 353 Kanun Keseksaan. 21) Yang pertama, kes Arsah Madi v PP [2015] 1 LNS 1190. Di dalam kes ini, OKT dipertuduhkan dengan tiga pertuduhan, dua pertuduhan masing-masing di bawah s. 353 dan s. 506 Kanun Keseksaan dan satu kes di bawah s. 36(1) Akta senjata. OKT di dalam kes tersebut ditahan di dalam satu sekatan jalan raya, OKT turun dari motosikal, melarikan diri ke seberang jalan dan menghunus pistol (yang kemudian didapati tiruan) ke arah seorang lelaki tua yang menunggang motosikal. Ketika cuba ditangkap, OKT menjerit, “aku polis juga”. OKT itu turut disabitkan dalam satu kes lain di bawah s. 170 kerana menyamar sebagai polis. YA Choo Kah Sing PK, mengesahkan hukuman yang dijatuhkan Majistret, yakni 1 tahun penjara bagi setiap pertuduhan. 22) Di dalam kes Gobalakrishnan Nagapan v PP [2013] 10 CLJ 282 pula mengenai seorang Ahli Parlimen. Sewaktu keluar dari tempat penamaan calon, OKT menuju ke sekatan (barricade) polis, berteriak kepada penyokongnya menggunakan alat pelaung (hailer) agar mereka tidak berganjak. Sewaktu berada berhampiran dengan polis, OKT telah berpusing ke belakang dan menampar Sub Inspektor Karunamurthi a/l Muniandiy. OKT dihukum denda RM5000 gagal bayar 6 bulan penjara dan hukuman tersebut disahkan oleh Mahkamah Tinggi. 23) Kes Raja Izzuddin Shah v PP [1978] 1 LNS 165 pula adalah kisah seorang putera raja yang murka dengan tindakan seorang Koperal Polis yang telah menahan dan memberi peringatan kepada seorang wanita yang memandu kereta masuk ke laluan yang tidak dibenarkan (road with no entry sign). Kemurkaannya dizahirkan dengan tindakan menampar Koperal Polis tersebut dan menolakknya ke dinding sebelum ditahan oleh anggota polis lain yang berada di tempat kejadian. Di dalam rayuannya baginda putera menyatakan semasa kejadian, baginda dibawah pengaruh arak dan sejurus selepas sedar, telah pergi berjumpa Ketua Polis Kuala Kangsar menghulurkan kemaafan atas kekhilafannya. Disebut juga bahawa itu adalah kesalahannya yang pertama. Majistret telah menjatuhkan hukuman penjara 3 bulan namun, namun keputusan tersebut diakas oleh Mahkamah Tinggi, yang kemudian melepaskan OKT dengan bon berkelakuan baik di bawah s. 294 Kanun Tatacara Jenayah serta bayaran pampasan RM200 yang perlu dibayar dalam satu bulan kepada pengadu di bawah s. 426(i)(b) of Kanun yang sama. KESIMPULAN 24) Berdasarkan prinsip-prinsip yang dinyatakan di atas, saya mempertimbangkan fakta bahawa OKT telah mengaku salah dan ini merupakan kesalahan pertamanya Ia menjimatkan masa Mahkamah dan masa pihak-pihak yang bakal terlibat sekiranya kes ini dibicarakan. 25) Bagi kesalahan ini, hukuman denda sahaja boleh dikenakan, namun melihat apa yang telah terjadi, ia umpama pepatah “diberi susu dibalas tuba”, kerana OKT yang seharusnya berterima kasih di atas tindakan anggota Bomba yang memadam kebakaran keretanya, telah menumbuk bahu anggota bomba tersebut. Laporan polis (P2) menunjukkan OKT sedang khayal sewaktu kejadian berlaku. 26) Merujuk kepada kes Arsah Madi v PP (supra) fakta bagi kes tersebut adalah jauh lebih serius berbanding dengan kesalahan di hadapan saya, yang melayakkan OKT dihukum penjara sehingga 1 tahun. Merujuk kepada kes Gobalakrishnan Nagapan v PP (supra) dan kes putera raja Raja Izzuddin Shah v PP (supra), saya berpendapat hukuman denda mahupun bon berkelakuan baik adalah tidak bersesuaian. Satu mesej yang jelas perlu dihantar kepada OKT dan sesiapa sahaja yang mendengar perihal kes tidak mengulangi lagi kesalahan yang sama. 27) Saya juga mengunapakai ungkapan Lord Goddard di dalam kes R v. Markwick [1953] 37 Cr App R 125 (dipetik di dalam kes Hossain v. PP [2008] 7 CLJ 560 dan Danial Abdullah Tan v. PP [2020] 1 LNS 148), bahawa "persons of means should not be given the opportunity of buying their way out of prison." 28) Justeru, saya berpendapat satu hukuman penjara wajar dikenakan. Dalam hal tempoh pemenjaraan itu pula, saya mengingatkan diri saya dapatan Abdul Wahab Patail HMT (sepertimana beliau ketika itu di dalam kes PP v. Gopi Krishnan [2000] 8 CLJ 495: It is natural but unfortunately superficial to equate a long sentence with a deterrent sentence. Such an assumption fails to recognise there are persons to whom a long prison sentence is not a deterrence, as much as there are persons to whom a short period of remand is more than deterrent enough. 29) YA Visu Sinnadurai di dalam Public Prosecutor v. Nazarudin Bin Ahmad & Ors [1993] 2 MLJ 9, menyatakan, ada ketikanya, hukuman penjara yang singkat sudah memadai bagi memastikan kepentingan awam terpelihara: In such circumstances, the Court should consider how the length of time spent in prison would affect their own lives and society after they have completed serving the sentence. Sometimes public interest may itself demand that a shorter term of imprisonment is desirable as a long imprisonment term may create more problems to the society as the prisoner would have more difficulties in readjusting himself to family and community life on completion of his prison term. 30) Saya mengingatkan diri saya prinsip yang disebut di dalam kes R v. Sargeant [1974] 60 Cr App R 74 yang sering dipetik oleh Mahkamah- mahkamah Atasan, bahawa Mahkamah perlu menzahirkan sentimen masyarakat di dalam bentuk hukuman yang dijatuhkan. Mahkamah tidak perlu mengikut pandangan umum dan tidaklah pula boleh menolak sepenuhnya pandangan itu, kerana adalah menjadi tugas Mahkamah untuk mengetuai pandangan umum: …it is that society, through the courts, must show its abhorrence of particular types of crime, and the only way in which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts do not have to reflect public opinion. On the other hand, courts must not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion. 31) Selari dengan prinsip yang dinyatakan di dalam kes PP v. Jafa Bin Daud (supra) hukuman perlu berlandaskan prinsip-prinsip undang- undang yang mantap. Sama ada sesuatu kes mendapat liputan umum, atau dibicarakan di ceruk tersembunyi dan tidak dipeduli, pada setiap masa undang-undang itu seharusnya berbicara bahasa yang sama sahaja, seperti disebut Lord Atkin di dalam penghakiman menentangnya di dalam kes Liversidge v Anderson [1942] AC 206, “In this country, amid the clash of arms, the laws are not silent. They may be changed, but they speak the same language in war as in peace”. 32) Saya juga mengingatkan diri saya peri pentingnya suatu perbicaraan yang seharusnya berlangsung di Mahkamah seperti yang dinukil YA Low Hop Bing J di dalam kes Chandra Sri Ram v Murray Hibbert [1997] 3 CLJ SUPP 518: Our Courts do not permit a trial by media, because any trial by media is wrong and should be prevented: per Lord Reid in Attorney-General v. Times Newspapers Ltd [1974] AC 273, 300. Trial by media is tantamount to an usurpation of the constitutional duties of His Majesty's Courts. These duties are to be exercised by our Courts in properly constituted judicial proceedings with all the safeguards entrenched in the rules of procedure and evidence, viz to administer justice fairly, impartially, and with reference solely to the facts judicially brought before it. Trial by media has the tendency to reduce the Courts to impotence, so far as the effectual elimination of prejudice and prepossession is concerned: per Wills, J in R v. Parke [1903] 2 KB 432 at 437. Hence, trial by media has to be prohibited so that the due administration of justice is not jeopardised nor the confidence in our Courts undermined. In Attorney-General v. Times Newspaper Ltd, supra, Lord Reid said at p. 330 that if mass media was allowed to judge, unpopular people and unpopular causes will fare very badly. 33) Setelah mempertimbangkan kesemua fakta dan prinsip-prinsip yang saya nyatakan di atas, saya mendapati OKT bersalah dan disabitkan sepertimana pertuduhan. OKT dijatuhkan hukuman penjara 1 bulan, bermula dari tarikh sabitan 20.10.2020. Kesalahan sebegini terhadap penjawat awam tidak wajar berlaku dan tidak seharusnya sama sekali berlaku lagi. CATATAN TAMBAHAN (POSTSCRIPT) 34) Pada hari OKT disabitkan, saya telah membacakan alasan ringkas berkenaan hukuman seperti yang dirakamkan di dalam nota keterangan. 35) Kini saya nyatakan alasan-alasan saya menurut s. 307(3) Kanun Tatacara Jenayah dan saya merujuk keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Yusof Omar v PP [2001] 3 CLJ 122: Dalam kes ini kami bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan perayu bahawa tidak terdapat dua alasan penghakiman. Ini kerana alasan-alasan yang diberi secara lisan, walau pun ditulis dan dibaca, walaupun dicatat dalam nota-nota keterangan, bukanlah alasan penghakiman yang ditandatangani mengikut s. 307(3) KAJ. Bertarikh 22 Oktober 2020 t.t (MUHAMMAD NOOR FIRDAUS BIN ROSLI) Majistret Mahkamah Majistret 1, Kajang Selangor Darul Ehsan BAGI PIHAK PENDAKWAAN Tuan Muhammad Hairuliqram bin Hairuddin Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor Darul Ehsan BAGI PIHAK OKT Encik Nik Azhar bin Nik Adib Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan