1. ) YONG SIEW MOI SEBAGAI BALU YANG SAH DAN PENANGGUNGAN KEPADA KEW TUNG YIH SIMATI UNTUK DIRI SENDIRI 2. ) KEW KON FATT SEBAGAI BAPA YANG SAH DAN PENANGGUNGAN KEPADA KEW TUNG YIH SIMATI UNTUK DIRI SENDIRI KOK LONG LONG
On the balance of probabilities the court accepted plaintiffs' version: physical damage to the defendant's car (left-front impact and burst left-front tyre), police diagram/photographs and SP1's investigation established defendant was traveling from top to bottom in lane A1-A2 and entered lane A-A1 causing the...
Source-derived case information.
- Citation
- JA-B53KJ-163-10/2020 (Mahkamah Sesyen)
- Parties
- Plaintiff 1 (widow and Dependant of Deceased): Yong Siew Moi; Plaintiff 2 (father and Dependant of Deceased): Kew Kon Fatt; Defendant: Kok Long Long
- Court
- Sessions Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 29 August 2024
- Case Number
- JA-B53KJ-163-10/2020 (Mahkamah Sesyen)
- Procedural Posture
- Civil Claim Wrongful Death / Motor Vehicle Negligence / Judgment
- Outcome
- Judgment for plaintiffs. Defendant found 100% liable for the fatal collision; deceased held not contributorily negligent.
- Legal Topics
- Negligence, Loss of Dependency, Admissibility of Evidence, Official Secrets Act, Assessment of Damages, Credibility of Witnesses, Interest and Costs
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Yong Siew Moi
Plaintiff 1 (widow and Dependant of Deceased)
Kew Kon Fatt
Plaintiff 2 (father and Dependant of Deceased)
Kok Long Long
Defendant
Procedural Posture
Civil Claim Wrongful Death / Motor Vehicle Negligence / Judgment
Legal Issues
- 1 Whether defendant was negligent and caused the fatal collision
- 2 Which direction and lane each vehicle was traveling at the point of collision
- 3 Admissibility of immigration records as evidence (Official Secrets Act)
Ratio Decidendi
On the balance of probabilities the court accepted plaintiffs' version: physical damage to the defendant's car (left-front impact and burst left-front tyre), police diagram/photographs and SP1's investigation established defendant was traveling from top to bottom in lane A1-A2 and entered lane A-A1 causing the collision. Defendant's evidence was inconsistent and not credible. Deceased was not contributorily negligent. Defendant therefore 100% liable. Loss of dependency calculated from deceased's gross earnings per IR8E (SGD39,765.07 for Jan–Apr 2019 => SGD9,941.27 monthly), converted at SGD1 = RM3.3403, less 25% for deceased living expenses => multiplicand RM24,905.12; multiplier 10.5...
Court Disposition
Judgment for plaintiffs. Defendant found 100% liable for the fatal collision; deceased held not contributorily negligent.
Orders
- Judgment for loss of dependency: RM3,138,045.12 payable to plaintiffs jointly
- General damages for bereavement: RM10,000.00 to Plaintiff 1 (widow)
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
JA-B53KJ-163-10/2020 Kand. 54 19/09/2024 12:00:28 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA-B53KJ-163-10/2020 ANTARA 1) YONG SIEW MOI, sebagai balu yang sah dan penanggungan kepada KEW TUNG YIH, simati, untuk diri sendiri 2) KEW KON FATT, sebagai bapa yang sah dan penanggungan kepada KEW TUNG YIH, simati, untuk diri sendiri … Plaintif-Plaintif DAN KOK LONG LONG … Defendan ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN Ini adalah merupakan suatu kes tuntutan gantirugi akibat kecuaian dari satu kemalangan jalanraya yang berlaku di antara simati dan Defendan. Tuntutan ini telah dibawa oleh Balu dan bapa sah simati. 1 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal B. FAKTA KES 1. Pada April 22, 2019, jam lebih kurang 1.30 pagi, satu kemalangan telah berlaku di antara sebuah motorsikal No. JTH 4973 dan sebuah motorkar No. JHJ 6615 di KM 7.5 Jalan Johor Bahru – Gelang Patah – Pendas (“tempat kemalangan”). 2. Pada masa kemalangan tersebut, motorsikal No. JTH 4973 tersebut telah ditunggangi oleh Kew Tung Yih ("simati”). Motorkar No. JHJ 6615 pula dipandu oleh Kok Long Long ("defendan”). 3. Pada masa kemalangan, kedua-dua motorsikal dan motorkar adalah dari arah yang bertentangan. Namun demikian, kedua- dua pihak mendakwa masing-masing adalah dari arah bawah ke atas. 4. Kawasan kemalangan mempunyai 2 lorong. Kedua-dua pihak mendakwa masing-masing adalah menggunakan lorong A-A1 sebelum kemalangan. 5. Akibat dari kemalangan tersebut, simati telah meninggal dunia dan plaintif-plaintif iaitu penanggungan-penanggungan simati telah membawa tindakan ini dan membuat tuntutan terhadap defendan. 2 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6. Bagi membuktikan tuntutannya, plaintif telah membawa seramai empat orang saksi manakala defendan membawa seramai dua orang saksi. Saksi-saksi yang dibawa di dalam kes ini adalah seperti berikut: (a) SP1: Insp. Adrian Bin Kadir (pegawai penyiasat trafik) (b) SP2: Yong Siew Moi (plaintif pertama) (c) SP3: Kew Kon Fatt (plaintif kedua) (d) SP4: Imma Suhana Binti Md Noor (kerani pejabat peguam plaintif) (e) SD1: Masida Binti Mansur (timbalan penolong pengarah imigresen) (f) SD2: Kok Long Long (Defendan) C. LIABILITI Versi plaintif 7. Pihak plaintif pada mulanya telah memplidkan dalam pernyataan tuntutan bahawa simati datang “dari arah Gelang Patah menuju ke arah Lima Kedai”. Setelah Insp. Adrian Bin Kadir (“SP1”) memberi keterangan, atas alasan untuk menyelaraskan pliding dengan keterangan saksi, pihak plaintif telah memohon untuk meminda pernyataan tuntutan 3 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal untuk arah perjalanan simati kepada “dari arah Lima Kedai menuju ke arah Gelang Patah”, dan permohonan ini tidak dibantah oleh pihak defendan dan telah dibenarkan oleh Mahkamah. Namun, atas kesilapan kekeranian, pindaan yang difailkan tidak membetulkan kesilapan dalam pliding asal. 8. Pada 18.7.2024, pihak plaintif telah memohon secara lisan untuk meminda pernyataan tuntutan sekali lagi untuk membetulkan kesilapan kekeranian sebelum ini. Plaintif memohon untuk meminda arah perjalanan simati kepada “dari arah Lima Kedai menuju ke arah Gelang Patah”. Pihak defendan tidak membantah ke atas permohonan lisan ini dan Mahkamah membenarkan perintah seperti dipohon. 9. Menurut versi plaintif ("SP2”), simati sedang menunggang motorsikal No. JTH 4973 dari arah Lima Kedai menuju ke arah Gelang Patah dan apabila sampai berhampiran KM 7.5 Jalan Johor Bahru – Gelang Patah – Pendas, motorkar No. JHJ 6615 yang dipandu oleh defendan telah masuk ke laluan sah motorsikal simati dari arah hadapan bertentangan dan melanggar simati di lorong A-A1. 4 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10. Mengikut rajah kasar dan kunci ("P2”), versi plaintif adalah bahawa simati bergerak dari arah bawah ke atas di lorong A- A1, dan defendan bergerak dari arah atas ke bawah di lorong A1-A2. 11. Pihak plaintif telah berhujah bahawa versi plaintif adalah konsisten dengan keseluruhan keterangan. Versi defendan 12. Defendan pula di dalam versinya telah membawa seramai dua orang saksi iaitu beliau sendiri dan Masida Binti Mansur iaitu Timbalan Penolong Pengarah Imigresen ("SD1”). 13. Defendan mengatakan pada masa kejadian kemalangan tersebut berlaku, beliau memandu motorkar No. JHJ 6615 dari Johor Bahru balik ke rumah di Nusa Perdana. Dalam perenggan 11 hujahan bertulis defendan, pihak defendan menyatakan bahawa versi defendan adalah seperti yang terkandung di soalan 8 WSSD2 iaitu apabila defendan sampai lokasi kemalangan beliau mengambil selekoh kiri dan sebaik sahaja melepasi selekoh dan bergerak lurus, tiba-tiba sesuatu datang dari arah hadapan terus menghentam depan motorkar 5 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal beliau dengan bunyi dentuman yang kuat lalu menyebabkan motorkar beliau berpusing sehingga terhenti di bahu kiri laluan beliau dan selepas kemalangan, baru beliau tahu bahawa sebuah motorsikal telah melanggar motorcar beliau. 14. Mengikut rajah kasar dan kunci, versi defendan adalah bahawa defendan bergerak dari arah bawah ke atas di lorong A-A1, dan simati bergerak dari arah atas ke bawah di lorong A1-A2. 15. Pihak defendan mendakwa pada masa kemalangan, simati sedang dalam perjalanan balik dari tempat kerja di Singapura untuk balik ke rumah. Untuk menyokong dakwaan ini, pihak defendan telah membawa SD1 untuk mengemukakan rekod pergerakan keluar masuk sempadan Malaysia. Pihak defendan menyatakan bahawa oleh kerana simati adalah dalam perjalanan balik dari Singapura, simati semestinya bergerak dari arah atas ke bawah mengikut rajah kasar dan kunci. 6 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Dapatan fakta mahkamah atas isu liabiliti 16. Di dalam kes ini pihak-pihak tidak menafikan fakta bahawa masing-masing adalah bergerak di arah yang bertentangan antara satu sama lain. Namun, terdapat dua versi yang berbeza datang dari kedua-dua belah pihak mengenai bagaimana kemalangan berlaku terutamanya arah perjalanan dan lorong yang digunakan oleh pihak-pihak sebelum kemalangan. Semasa terdapat percanggahan versi, Mahkamah perlu meneliti versi manakah yang lebih berkemungkinan bersandarkan kepada keterangan- keterangan yang ada. Dalam kes Tabarani Mohd Arshad v Chan Ten Yeu [1993] 3 CLJ 1888, adalah diputuskan bahawa: When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the testimony of the credible witnesses. 17. Mahkamah telah merungkai semula segala keterangan yang ada, sama ada keterangan lisan mahupun keterangan bertulis 7 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal yang ada, sama ada keterangan yang bersuara mahupun keterangan yang bisu, keterangan ini semua harus dilihat secara meluas dan menyeluruh. 18. Dalam hujahan bertulis pihak defendan, mereka berhujah bahawa pihak plaintif tidak mempunyai versi kerana simati telah meninggal dunia tanpa membuat laporan polis dan tiada saksi bebas yang memberi keterangan. Mahkamah mendapati bahawa hujahan pihak defendan ini adalah tidak munasabah dan bahawa pihak plaintif telah mengemukakan versi mereka seperti yang dinyatakan di atas melalui pliding, keterangan bertulis, keterangan lisan dan keterangan bisu. Mahkamah juga mendapati bahawa jika hujahan defendan ini diterima, ini bermakna semua plaintif dan defendan dalam kes kemalangan maut akan dianggap tidak mempunyai versi hanya kerana mangsa tidak berpeluang membuat laporan polis. Ini bukanlah kedudukan undang-undang di negara kita. Mahkamah mendapati bahawa pihak-pihak dalam kes kemalangan maut, sama ada pihak plaintif atau pihak defendan, berhak mengemukakan versi masing-masing melalui melalui pliding, saksi-saksi, keterangan bertulis, keterangan lisan dan keterangan bisu. Dalam kemalangan 8 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jalan raya, pihak-pihak tidak boleh dianggap tidak mempunyai versi semata-mata kerana plaintif atau defendan telah meninggal dunia tanpa membuat laporan polis. 19. Mengikut rajah kasar dan kunci ("P2”), jalan di tempat kejadian adalah berselekoh ke kiri bagi kenderaan arah bawah ke atas dan berselekoh ke kanan bagi kenderaan arah atas ke bawah, mempunyai satu lorong menghala ke atas dan satu lorong menghala ke bawah dengan kelebaran 3.6 meter di setiap lorong. Tempat bertanda "B” adalah mayat simati, tanda “C” adalah motorsikal No. JTH 4973, tanda “D” adalah motorkar No. JHJ 6615, tanda “E” adalah pecahan komponen kenderaan, tanda “F” adalah tanda arah menghala ke atas ke Gelang Patah, tanda “G” adalah tanda arah menghala ke bawah ke Lima Kedai. 20. Mahkamah mendapati bahawa pada masa kemalangan, di tempat kemalangan, mengikut rajah kasar dan kunci, motorsikal simati bergerak dari arah bawah ke atas di lorong A-A1 dan motorkar bergerak dari arah atas ke bawah di lorong A1-A2. 9 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 21. Mengenai lorong yang digunakan oleh pihak-pihak sebelum kemalangan, Insp. Adrian Bin Kadir (“SP1”) telah menyatakan hasil siasatannya mendapati bahawa motorkar defendan menggunakan lorong A1-A2 dan bergerak dari atas ke bawah dan motorsikal simati menggunakan lorong A-A1 dari bawah ke atas. 22. Berdasarkan siasatan SP1, simati berada dalam perjalanan dari Johor Bahru untuk pergi bekerja di Singapura, dan perkara ini telah disahkan oleh isteri simati, iaitu plaintif pertama ("SP2"). Pihak defendan berhujah bahawa keterangan SP1 berkenaan simati dalam perjalanan pergi kerja adalah hearsay. Namun, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP1 bukanlah hearsay, tetapi merupakan sebahagian daripada hasil siasatannya yang diperoleh melalui rakaman percakapan dengan waris simati. Catatan pegawai penyiasat trafik dalam kertas siasatan, termasuk catatan hasil siasatan, adalah catatan yang dibuat oleh seorang pekhidmat awam dalam menunaikan tugas rasminya dan boleh diterima di bawah seksyen 35 Akta Keterangan 1950. SP1 menyatakan dalam pemeriksaan balas bahawa dia telah mengambil rakaman percakapan daripada plaintif 10 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pertama, iaitu waris simati, dan berdasarkan kepada rakaman percakapan, simati adalah dalam perjalanan pergi kerja di Singapura dari Johor Bahru. 23. Menurut defendan (“SD2”), SP1 telah mengambil percakapannya dan SD2 telah memberitahu SP1 mengenai arah perjalanannya. Salah satu perkara yang diambil kira oleh SP1 dalam mencapai hasil siasatannya adalah rakaman percakapan daripada SD2. Jadi, sudah tentu dalam rakaman percakapan SD2, SD2 telah maklumkan kepada SP1 tentang arah perjalanan SD2 yang sebenarnya iaitu dari arah atas ke bawah. Lagipun, menurut rakaman percakapan, SD2 menyatakan bahawa dia tak pasti kemalangan berlaku di laluan siapa. 24. Untuk kebolehterimaan rakaman percakapan dalam kes sivil, Mahkamah merujuk kepada kes Kasai Reiko v Annie Lor Lee Fong [2014] 7 MLJ 652, yang mana Lee Swee Seng J (sekarang HMR) memutuskan bahawa: Held: (1) In a civil trial the test of admissibility of a statement under s 112 of the CPC was one of relevancy to subject matter of present case. The s 112 statement in the present case, which was taken following a police report lodged by the plaintiff and which report had been 11 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal admitted as evidence in this civil trial, would be relevant in showing the frame of mind of the first defendant 1(a), particularly since the first defendant was obliged to tell the truth when making such a statement. In any case, the first defendant 1(a) would not be prejudiced by the admission of this statement, as she had every opportunity of challenging or clarifying its contents by going into the witness box. As such, the s 112 statement ought to be admitted in evidence (see paras 28–29). 25. Pihak defendan telah bertungkus lumus membangkitkan isu sama ada pada masa kemalangan simati dalam perjalanan pergi atau balik kerja di Singapura dengan memanggil Masida Binti Mansur iaitu Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (“SD1”) dan juga menyoal balas SP1 buat kali kedua setelah mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk tidak membebaskan SP1 setelah pemeriksaan balas kali pertama supaya pihak defendan boleh melakukan siasatan selanjutnya atas isu ini. Namun, pihak defendan tidak mengemukakan rekod kehadiran kerja simati, dan menyalahkan pihak plaintif tentang perkara ini. 26. Semasa SD1 memberi keterangan, semakan kali kedua rekod pergerakan keluar masuk simati telah dikemukakan (“D21”). Mahkamah mendapati D21 yang dikemukakan oleh SD1 tidak 12 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal boleh diterima pakai sebagai keterangan walaupun telah ditandakan sebagai ekshibit kerana ia adalah rahsia rasmi yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Oleh itu, keterangan lisan SD1 yang berdasarkan D21 juga tidak boleh diterima. Seksyen 2 Akta Rahsia Rasmi 1972 memperuntukkan sebagaimana berikut: “rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan yang berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B; 27. Selanjutnya, dokumen-dokumen yang secara anggapan adalah rahsia rasmi dan tidak memerlukan pengesahan di bawah seksyen 2B adalah terkandung dalam Jadual kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, dan bahagian yang relevan kepada kes ini adalah: Dokumen berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan hubungan antarabangsa. 13 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28. Mahkamah mendapati D21 bukan sahaja merupakan dokumen yang secara anggapan adalah rahsia rasmi dalam Jadual kepada Akta Rahsia Rasmi 1972, tetapi juga telah disahkan oleh pegawai awam di bawah seksyen 2B sebagai rahsia rasmi. 29. Mahkamah telah meneliti D21 dan mendapati kedua-dua mukasurat D21 telah dikelaskan “Sulit”. Oleh sebab ini merupakan dokumen yang dikeluarkan dari Jabatan Imigresen Malaysia, Mahkamah mendapati D21 merupakan “dokumen berkenaan dengan keselamatan negara, pertahanan dan hubungan antarabangsa” di bawah Jadual kepada Akta Rahsia Rasmi 1972. 30. Mahkamah juga merujuk kepada keterangan SD1: Peg. plaintif: Jadi, setuju dengan saya kandungannya adalah hanya sulit antara Jabatan Imigresen Malaysia dengan Tetuan SK. Betul? SD1 : Ya, betul. Peg. plaintif: Tidak patutlah didedahkan? SD1 : Ya, benar. 14 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 31. SD1 selaku seorang pegawai awam di bawah seksyen 2B mengesahkan D21 tidak patut didedahkan. Tiada keterangan yang menunjukkan D21 telah dinyahkelaskan daripada pengelasan “Sulit”. Oleh yang demikian, pengelasan D21 sebagai rahsia rasmi tidak boleh dipersoalkan di Mahkamah atas apa-apa jua alasan, sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 16A Akta Rahsia Rasmi 1972: Suatu perakuan oleh seseorang Menteri atau seseorang pegawai awam yang dipertanggungkan dengan apa-apa tanggungjawab berkenaan dengan mana-mana Kementerian, jabatan atau manamana perkhidmatan awam atau Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau oleh ketua pegawai yang menjaga hal ehwal pentadbiran sesuatu Negeri yang memperakui sesuatu dokumen rasmi, maklumat atau bahan dengan menyatakan bahawa ia suatu rahsia rasmi hendaklah menjadi keterangan yang konklusif bahawa dokumen, maklumat atau bahan itu ialah suatu rahsia rasmi dan tidaklah boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa jua alasan. 32. Demi kesempurnaan, jika keterangan SD1 diteliti, Mahkamah mendapati keterangan yang SD1 kemukakan adalah tidak lengkap kerana SD1 tidak mengemukakan keputusan untuk semakan kali pertama. Selanjutnya, Mahkamah menolak 15 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keterangan SD1 dalam penentuan arah perjalanan simati kerana SD1 mengakui bahawa beliau hanya mengetahui rekod keluar masuk simati di imigresen, dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai destinasi simati sebelum atau selepas melalui imigresen. SD1 juga mengesahkan bahawa beliau tidak tahu sama ada simati ada kemungkinan berpatah balik ke Singapura selepas memasuki Malaysia. Tambahan pula, SD1 tidak mengetahui laluan yang digunakan oleh simati sebelum atau selepas keluar dari pintu imigresen. Oleh itu, keterangan SD1 adalah tidak meyakinkan dan tidak dapat menyumbang kepada penentuan arah perjalanan pihak-pihak pada masa kemalangan. 33. Pihak defendan tidak mengemukakan rekod kehadiran kerja untuk membuktikan isu yang ditimbulkan oleh mereka. Namun, pihak defendan telah menyalahkan pihak plaintif dan telah berhujah bahawa inferens di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 harus digunapakai terhadap pihak plaintif atas kegagalan pihak plaintif mengemukakan rekod kehadiran kerja simati. Pihak defendan berhujah bahawa Imma Suhana Binti Md Noor iaitu kerani pejabat peguam plaintif (“SP4”) telah mengesahkan bahawa dia tidak terima arahan daripada 16 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal peguam yang mengendalikan kes ini untuk mendapatkan rekod kehadiran kerja daripada majikan simati walaupun SP1 telah memberi keterangan dan arah perjalanan adalah dipertikaikan. Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan pihak defendan ini. Tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa pihak defendan telah meminta bantuan daripada pihak plaintif untuk mendapatkan rekod kehadiran kerja tersebut. Sekiranya ada permintaan sedemikian, Mahkamah juga mendapati bahawa beban pembuktian bagi isu yang pihak defendan ingin buktikan, iaitu sama ada simati dalam perjalanan pergi atau balik kerja pada masa kemalangan, adalah terletak pada pihak defendan. Pihak plaintif tidak mempunyai kewajiban untuk membantu pihak defendan membuktikan kes mereka. Lagipun, tiada permohonan untuk penzahiran dokumen yang difailkan oleh pihak defendan untuk mendapatkan dokumen daripada pihak plaintif. 34. Seterusnya, Mahkamah mendapati bahawa isu sama ada simati berada dalam perjalanan pergi atau balik kerja pada masa kemalangan adalah satu pengalih perhatian (“red herring”) daripada isu sebenar mengenai cara kemalangan berlaku. Sama ada simati dalam perjalanan pergi atau balik 17 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kerja di Singapura pada masa kemalangan adalah tidak material dan tidak relevan. Isu yang sebenarnya dalam kes ini adalah pada masa kemalangan di KM 7.5 Jalan Johor Bahru – Gelang Patah – Pendas iaitu ditempat kemalangan, apakah arah perjalanan pihak-pihak. Dalam menentukan arah perjalanan pihak-pihak di tempat kemalangan, keseluruhan keterangan perlu diteliti, dan tidak seharusnya diterhadkan kepada sama ada simati sedang pergi atau balik kerja sahaja. 35. Demi kesempurnaan, Mahkamah mendapati bahawa simati sedang dalam perjalanan pergi kerja di Singapura berdasarkan kepada keterangan SP1 dan SP2. Namun begitu, jika simati sebenarnya sedang dalam perjalanan balik dari Singapura, hal ini tidak semestinya bermaksud secara konklusif bahawa simati akan melalui lorong A1-A2. Tiada sesiapa yang boleh menafikan kemungkinan bahawa simati mungkin berpatah balik dan menuju ke tempat lain dengan melalui laluan A-A1, dan kemalangan itu berlaku semasa dalam perjalanan ke destinasi lain. Ini adalah fakta yang tidak pasti. 18 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 36. Mahkamah mendapati bahawa faktor paling penting dalam menentukan arah perjalanan adalah situasi yang berlaku sejurus sebelum dan selepas kemalangan, bukanlah perkara yang jauh dan tidak berkaitan seperti sama ada simati sedang pergi atau balik kerja. Hubungan kausal yang paling dekat haruslah diutamakan dalam penentuan fakta arah perjalanan. Jadi, fakta tentang simati dalam perjalanan pergi atau balik kerja adalah faktor yang tidak membantu dalam menentukan arah perjalanan simati. Mahkamah tidak boleh mengambil kira faktor yang tidak membantu dan tidak tentu ini dalam mencapai penemuan fakta atas isu arah perjalanan. Mahkamah hanya boleh mengambil kira fakta dan isu yang sudah pasti. Fakta dan isu yang sudah pasti dan menjadikan penentuan Mahkamah memutuskan arah perjalanan pihak- pihak adalah: (a) defendan sendiri yang mengakui arah perjalanannya terdapat selekoh ke kanan (b) defendan sendiri yang mengakui selepas perlanggaran, bahagian depan motokarnya masih menghala tuju ke arah yang dia ingin pergi 19 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal (c) Kerosakan motorkar defendan yang tertumpu di sisi kiri depan terutamanya tayar kiri depan yang pecah akibat impak dengan motorsikal simati 37. SP1 menyatakan bahawa terdapat selekoh ke kiri di tempat kemalangan. Mahkamah mendapati bahawa dalam rajah kasar, selekoh adalah ke kiri bagi kenderaan dari arah bawah ke atas, manakala selekoh adalah ke kanan bagi kenderaan dari arah atas ke bawah. SD2 dalam pemeriksaan balas mengakui selekoh bagi arahnya adalah selekoh ke kanan. Dengan pengakuan demikian, sudah tentu arah perjalanan SD2 adalah dari atas ke bawah di lorong A1-A2. Keterangan SD2 adalah dirujuk: Peg plaintif: Sebelum kamu sampai di tempat kemalangan, jalan yang berdekatan dengan tempat kemalangan itu ada selekoh sedikit ke kanan. Betul? SD2 : Ya, setuju. Peg plaintif: Sebaik sahaja selekoh yang sedikit ke kanan itu, barulah sampai ke tempat kemalangan. Betul? SD2 : Ya, setuju. 20 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 38. Walaupun SD2 kemudiannya membetulkan keterangannya dalam pemeriksaan semula dengan menyatakan bahawa beliau sebenarnya mengambil selekoh kiri, Mahkamah mendapati bahawa ini menunjukkan SD2 adalah saksi yang tidak boleh dipercayai kerana keterangan awalnya bercanggah dengan pembetulan yang dibuat kemudian. Pembetulan ini kelihatan dibuat selepas mendapat petunjuk dari peguam defendan yang telah mengarahkan SD2 untuk "double confirm" jawapannya. Soalan yang diajukan oleh peguam defendan berbunyi: "Tadi, kamu setuju dengan peguam kamu sampai tempat accident ambil selekoh kanan. Ok, sekarang ini saya nak double confirm dengan kamu jawapan kamu di Soalan 8 dan juga rajah kasar dan kunci. Soalan saya, kamu ambil selekoh kanan atau selekoh kiri, yang mana satu betul? Merujuk pada rajah kasar dan jawapan kamu, yang mana satu betul?" Soalan ini jelas berbentuk soalan memimpin yang memberikan petunjuk kepada saksi. Oleh itu, keterangannya yang dibetulkan tidak boleh diberikan keberatan dan tidak boleh diterima oleh Mahkamah. 39. Seterusnya, Mahkamah telah mengambil kira keterangan senyap mengenai posisi terakhir kenderaan-kenderaan 21 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal selepas kemalangan dalam menentukan arah perjalanan pihak-pihak. SP1 mengesahkan bahawa kedudukan kedua- dua kenderaan dalam rajah kasar dan gambar adalah kedudukan asal yang belum dialihkan lagi. Mahkamah mendapati tayar kiri depan motorkar telah pecah, menyebabkan motorkar tidak boleh dialihkan. Berdasarkan rajah kasar dan gambar polis, Mahkamah juga mendapati bahawa posisi terakhir motorkar defendan selepas kemalangan yang belum dialihkan, adalah menghala ke bawah dalam rajah kasar. Perkara ini dibandingkan dengan keterangan SD2 dalam pemeriksaan balas, di mana beliau mengakui bahawa selepas perlanggaran, bahagian depan motokarnya masih menghala ke arah yang dia ingin tuju. Dengan pengakuan demikian, Mahkamah mendapati arah perjalanan SD2 adalah dari atas ke bawah di lorong A1-A2. Mahkamah rujuk kepada keterangan SD2: Peg plaintif: Selepas pelanggaran, kereta kamu telah berhenti. Semasa kereta kamu berhenti, kedudukan kereta kamu, bahagian depan masih menghala ke arah yang kamu nak pergi, betul? SD2 : Ya, setuju. 22 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 40. Walaupun SD2 juga memberi keterangan bahawa motokarnya telah berpusing sehingga terhenti, ini tidak mengubah fakta bahawa beliau telah mengakui bahawa bahagian depan motokarnya masih menghala ke arah yang dia ingin pergi selepas perlanggaran. 41. Berkenaan dengan kerosakan kenderaan akibat kemalangan ini, Mahkamah merujuk kepada gambar P1(a) dan P1(g) di Ikatan B mukasurat 24 dan 27. Apabila SD2 dirujuk kepada gambar-gambar ini, SD2 setuju bahawa kerosakan motorkar beliau akibat kemalangan ini adalah tertumpu di bahagian kiri depan dan tayar kiri depan yang pecah adalah akibat impak dengan motorsikal. Kerosakan motorkar yang berbentuk demikian hanya boleh diakibatkan apabila bahagian kiri depan motorkar sedang menghadap kepada motorsikal semasa perlanggaran. Mahkamah rujuk kepada keterangan SD2: Peg Plaintif: Saya katakan kepada kamu kerosakan kereta kamu ini yang tadi kita tunjukkan itu, hanya boleh terjadi apabila bahagian kiri depan kereta kamu menghadap pada motosikal pada masa perlanggaran. SD2 : Ya, saya setuju. 23 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 42. SP1 menyatakan bahawa kerosakan motorkar defendan yang tertumpu pada bahagian depan kiri menyimpulkan bahawa defendan menggunakan lorong A1-A2 sebelum kemalangan: SP1 : Untuk makluman, pergerakan motosikal daripada A ke A1, manakala pergerakan kenderaan daripada A1 ke A2. Bukti dapat ditunjukkan oleh hasil siasatan saya iaitu kerosakan pada kenderaan adalah pada bahagian hadapan sebelah kiri, manakala motosikal pada bahagian hadapan dan keseluruhan, Puan. Impak daripada kesan kemalangan. Peg Plaintif: Kenapa kerosakan kereta di bahagian hadapan kiri menjadi bukti bahawa kereta sudah masuk ke laluan motosikal? Boleh cuba jelaskan? SP1 : Sekiranya, motosikal yang memasuki laluan bertentangan, iaitu lorong A1 ke A2, berkemungkinan kerosakan pada motokar adalah pada bahagian sebelah kanan, Puan. 24 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 43. Mahkamah merujuk kepada ilustrasi yang dilakarkan oleh pihak plaintif dalam hujahan bertulis dan menerima versi tersebut. Mahkamah mendapati bahawa kerosakan pada bahagian kiri depan motorkar defendan, termasuk tayar kiri depan yang pecah akibat impak dengan motorsikal, hanya boleh terjadi akibat perlanggaran secara langsung antara bahagian kiri depan motorkar dengan motorsikal apabila bahagian kiri depan motorkar menghadap kepada motorsikal semasa perlanggaran. Kerosakan sedemikian hanya boleh berlaku apabila motorkar masuk ke laluan bertentangan dan berada dalam kedudukan menyerong. Pada masa itu, ketika motorkar berada dalam laluan motorsikal, tayar kiri depan motorkar yang menghadap ke arah motorsikal telah dilanggar dan menyebabkan tayar tersebut pecah. 44. Mahkamah mendapati bahawa versi defendan, yang menyatakan bahawa motorsikal masuk ke laluan motokarnya, adalah tidak konsisten dengan kerosakan yang terdapat pada kenderaan. Sekiranya benar motorsikal yang masuk ke laluan motokar, kerosakan pada motokar seharusnya berlaku di bahagian kanan atau tepat di bahagian depan, dan bukannya mengakibatkan tayar kiri depan pecah. Oleh itu, versi 25 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal defendan tidak dapat diterima berdasarkan bukti fizikal kerosakan motokar. 45. Selepas menentukan arah perjalanan pihak-pihak, isu yang seterusnya adalah kemalangan berlaku di lorong yang mana. SP1 menyatakan bahawa kemalangan ini berlaku di lorong A- A1, iaitu lorong sah yang digunakan oleh motorsikal. Mahkamah juga rujuk kepada keterangan SD2: Peg plaintif: Kemalangan ini berlaku apabila kereta masuk ke laluan A-A1. SD2 : Setuju. 46. SD2 telah memberi penjelasan dalam pemeriksaan semula bahawa sebenarnya lorong A-A1 adalah laluan beliau. Namun demikian, Mahkamah telah menolak versi defendan ini dengan alasan-alasan di atas. 47. Mahkamah mendapati bahawa segala pecahan komponen kenderaan dan kesan kemalangan adalah dijumpai di lorong A-A1 berdasarkan keterangan SP1, rajah kasar dan kunci serta gambar-gambar polis. Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa kemalangan ini berlaku di lorong A-A1, iaitu lorong yang digunakan oleh motorsikal, apabila motorkar 26 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal defendan secara tiba-tiba masuk ke dalam lorong tersebut dari arah hadapan bertentangan. 48. Dalam pemeriksaan balas, SD2 telah setuju bahawa beliau hanya sedar kehadiran motorsikal pada masa beliau dengar bunyi dentuman. Atas isu ini, Mahkamah mendapati defendan tidak memberikan perhatian yang sewajarnya dalam pemanduan beliau sehingga mengakibatkan kemalangan. Dalam kes Miskinah Bte Jaya & Ors v Mohamed Bin Salleh & Anor [1984] 1 MLJ 187, Shanker J telah memutuskan bahawa: I must find that his lack of knowledge of any accident must imply a finding that he was driving without due care and attention; and had not been keeping a proper look-out. On this count alone some negligence must be laid at his door. 49. SP1 menyatakan bahawa defendan telah dicadangkan untuk dituduh di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana hasil siasatan SP1 menunjukkan bahawa defendan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut. Hasil siasatan SP1 mendapati bahawa motorkar defendan telah masuk ke dalam laluan sah motorsikal No. JTH 4973. Walaupun terdapat hasil siasatan demikian, SP1 menjelaskan bahawa beliau belum sempat 27 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal meneruskan pertuduhan terhadap defendan kerana telah bertukar ke bahagian Unit MPV pada Februari 2020, dan kertas siasatan tidak dapat diteruskan sehingga keputusan sepenuhnya diperolehi. 50. Mahkamah mendapati bahawa walaupun pertuduhan masih belum dilakukan lagi, keterangan SP1 mengenai hasil siasatan beliau dan alasan beliau untuk membuat cadangan pertuduhan ke atas defendan adalah fakta yang relevan dan boleh disandarkan oleh pihak plaintif. 51. Pihak defendan telah menyatakan dalam perenggan 15 hujahan bertulis bahawa setelah ujian saringan dadah dan kencing dilakukan ke atas defendan, keputusan adalah negatif. Mahkamah mengambil maklum tentang perkara ini dan mendapati bahawa ini adalah keterangan yang neutral dalam kes kemalangan ini. 52. Mahkamah telah membuat pemerhatian ke atas SD2 semasa beliau memberi keterangan. Mahkamah mendapati SD2 bukan saksi yang boleh dipercayai dengan mempertimbangkan kesahihan jawapan penyata saksi, 28 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal percanggahan jawapan yang diberikan dan juga demeanor beliau di Mahkamah. 53. Mahkamah meragui kesahihan jawapan penyata saksi defendan WSSD2 atas beberapa asas, salah satunya adalah pengakuan defendan bahawa beliau melihat penyata saksi tersebut buat pertama kali hanya pada hari beliau memberi keterangan di Mahkamah. Tambahan pula, SD2 mengesahkan bahawa jawapan-jawapan dalam penyata saksi tersebut telah disediakan terlebih dahulu, dan isi kandungan dokumen itu hanya diterangkan kepadanya oleh seorang jurubahasa Cina sebelum beliau memberi keterangan di Mahkamah. Pengakuan SD2 bahawa beliau hanya "datang untuk mengesahkan apa yang sudah disediakan dalam penyata saksi ini" menunjukkan bahawa beliau tidak mempunyai penglibatan aktif dalam penyediaan penyata tersebut dan hanya bergantung kepada penjelasan jurubahasa. Ini menimbulkan keraguan serius terhadap kebolehpercayaan dan keaslian keterangan yang terkandung dalam penyata saksi tersebut, dan Mahkamah mendapati bahawa keterangan dalam penyata saksi defendan ini tidak boleh diterima sebagai bukti yang kukuh. 29 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 54. Walaupun SD2 menjelaskan dalam pemeriksaan semula bahawa beliau telah berjumpa dengan peguam sehari sebelum hadir di Mahkamah, Mahkamah mendapati bahawa penjelasan ini merupakan fikiran semula yang dibuat selepas mendapat petunjuk daripada peguam defendan. Soalan yang diajukan oleh peguam defendan berbunyi: "Sebelum kamu ditemu bual oleh jurubahasa Cina, ada tak kamu menerangkan bagaimana kemalangan ini berlaku kepada sesiapa?" Soalan pemeriksaan semula ini jelas berbentuk soalan memimpin yang memberikan petunjuk kepada SD2. Melalui soalan ini, SD2 telah dipimpin untuk memberi jawapan bahawa beliau telah menerangkan cara kemalangan ini kepada seseorang sebelum ditemu bual oleh jurubahasa Cina. Oleh itu, penjelasan beliau tidak boleh diberikan keberatan dan tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Selain itu, jika benar SD2 telah berjumpa dengan peguamnya sehari sebelum kehadiran di Mahkamah, Mahkamah mendapati bahawa ianya menjadi persoalan sama ada SD2 benar-benar memahami bahasa yang digunakan oleh peguamnya iaitu Bahasa Melayu, memandangkan SD2 memerlukan perkhidmatan jurubahasa Cina semasa memberi keterangan di Mahkamah. Tiada rekod di Mahkamah mengenai sama ada 30 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal SD2 boleh faham Bahasa Melayu atau tidak. Tambahan pula, seperti yang diakui oleh SD2, beliau hanya melihat penyata saksi buat pertama kali pada hari perbicaraan dan hanya datang untuk mengesahkan apa yang telah disediakan untuk beliau dalam penyata tersebut. 55. Mahkamah juga mendapati bahawa SD2 bukanlah saksi yang jujur dan adalah tidak boleh dipercayai, berdasarkan beberapa faktor yang menunjukkan ketidakkonsistenan dan percanggahan dalam keterangannya. Pertama, SD2 mengakui bahawa fakta material mengenai arah perjalanan yang disebut dalam penyata saksinya (WSSD2 soalan 13-17) tidak disebut dalam laporan polis yang dibuatnya. SD2 bersetuju bahawa fakta-fakta ini adalah penting dan sepatutnya dimasukkan dalam laporan polis. Walau bagaimanapun, perkara-perkara ini langsung tidak disentuh dalam laporan tersebut dan hanya dinyatakan untuk kali pertama dalam Mahkamah. Kegagalan SD2 untuk memasukkan fakta material ini dalam laporan polisnya menimbulkan keraguan terhadap keterangannya di Mahkamah. Menurut prinsip yang dinyatakan dalam kes Suriyati Bte Takril v Mohan A/L Govindasamy [2001] 2 31 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal MLJ 275, tambahan kepada laporan polis melalui keterangan lisan adalah dilarang di bawah Seksyen 92 Akta Keterangan 1950. 56. Selain itu, laporan polis SD2 hanya menyebut "selekoh" tanpa menyatakan sama ada selekoh tersebut adalah ke kiri atau ke kanan. Fakta ini adalah material kerana arah selekoh adalah penting dalam menentukan keadaan perlanggaran. Ketidakjelasan ini menunjukkan kekurangan ketelitian dalam laporan SD2 dan menjejaskan kebolehpercayaannya. Dalam kes Khairul Fadzli bin Khairudin v Hasan As'ri bin Jamaludin & Anor [2015] 10 MLJ 347, Mahkamah memutuskan bahawa pengabaian fakta material dalam laporan polis merupakan pertimbangan kritikal dalam menilai keterangan pembuat laporan yang memberikan keterangan di Mahkamah yang tidak disebutkan dalam laporan polisnya. Dalam kes ini, kegagalan SD2 untuk menyebut fakta-fakta material dalam laporan polisnya menjejaskan kebolehpercayaannya dan menimbulkan keraguan serius terhadap keterangannya di Mahkamah. Mahkamah mendapati keterangan SD2 tentang arah selekoh ke kiri 32 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dalam penyata saksi adalah fikiran semula yang tidak ditimbulkan dalam laporan polis dan pembelaan. 57. Pihak defendan telah merujuk kepada kes Chock Kek Ling yang mana Raja Azlan Shah J (pada masa itu) memutuskan bahawa laporan polis tidak akan mengandungi kesemua fakta di bawah matahari. Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa fakta yang tidak disebut dalam laporan polis defendan adalah fakta material yang sepatutnya dimasukkan, terutama sekali kerana fakta ini merupakan asas utama dalam kes pembelaan defendan. Kegagalan untuk menyebut fakta-fakta penting ini dalam laporan polis menimbulkan keraguan terhadap kebolehpercayaan keterangan defendan di Mahkamah. 58. Selain itu, SD2 juga memberi keterangan yang bercanggah mengenai arah selekoh dan arah perjalanannya. Dalam pemeriksaan balas, SD2 menyatakan bahawa selekoh di arah perjalanannya adalah selekoh ke kanan, namun dalam pemeriksaan semula beliau menukar keterangannya dengan menyatakan bahawa selekoh tersebut adalah ke kiri. Percanggahan ini menunjukkan bahawa SD2 tidak konsisten dalam keterangannya dan menimbulkan keraguan terhadap 33 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kebolehpercayaannya. Tambahan pula, SD2 memberikan beberapa versi mengenai arah perjalanannya. Dalam laporan polis, beliau menyatakan bahawa beliau datang dari Johor Bahru balik ke rumah, tetapi di Mahkamah beliau memberikan beberapa jawapan yang berbeza mengenai arah perjalanannya, termasuk datang dari Tun Aminah dan dari KSL. 59. Mahkamah juga mendapati bahawa tingkah laku dan sikap SD2 semasa memberi keterangan di Mahkamah menimbulkan keraguan terhadap kebolehpercayaannya sebagai saksi. Beliau kelihatan teragak-agak dalam memberikan jawapan, dan sering menunjukkan ketidakpastian semasa disoal walaupun dibantu oleh jurubahasa Cina semasa memberi keterangan. 60. Keseluruhan percanggahan yang tersebut di atas dan demeanor beliau di Mahkamah menyokong kesimpulan bahawa SD2 bukanlah saksi yang boleh dipercayai dan keterangannya tidak dapat diterima tanpa was-was. 61. Memandangkan bahawa Mahkamah telah menerima versi yang diberikan oleh pihak plaintif adalah lebih 34 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berkemungkinan dipercayai, maka mahkamah juga memutuskan bahawa defendan adalah bertanggungjawab 100% di dalam kemalangan ini kerana kecuaiannyalah yang telah masuk ke lorong A-A1 iaitu lorong sah motosikal dari arah hadapan bertentangan dan telah mengakibatkan kemalangan ini. 62. Mahkamah mendapati simati adalah tidak menyumbang cuai kepada kemalangan tersebut. Simati pada sepanjang masa berada dalam lorong beliau sendiri. Tiada keterangan yang menunjukkan bahawa simati telah memandu dengan kelajuan yang melebihi had yang dibenarkan. Oleh itu, simati telah melaksanakan reasonable care dalam pemanduan beliau. Dalam kes KR Taxi Service Ltd & Anor v Zaharah & Ors [1969] 1 MLJ 49, Raja Azlan Shah HMP (pada masa itu) memutuskan bahawa: the duty of a driver is only to exercise reasonable care; he is not under a duty to be perfect in the sense of being able to anticipate other drivers acting in a negligent or irresponsible manner; Liabiliti 35 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 63. Atas alasan yang sedemikian, atas beban imbangan kebarangkalian, maka mahkamah memutuskan untuk lebih mempercayai keterangan yang diberikan oleh pihak plaintif. Oleh itu, mahkamah telah memutuskan bahawa defendan adalah bertanggungan 100% manakala pihak plaintif tidak bertanggungan cuai sumbangan. D. KUANTUM (atas dasar 100% liabiliti) Prinsip undang-undang berkenaan kuantum 64. Mahkamah telah merujuk kepada hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak. Untuk kesemua item atas dasar 100% liabiliti, pihak plaintif telah berhujah sejumlah RM3,768,982.38 manakala pihak defendan telah berhujah sejumlah RM788,497.10. 65. Mahkamah merujuk kepada prinsip-prinsip undang-undang mengenai pendekatan yang harus diambil oleh mahkamah semasa mentaksirkan gantirugi. 66. Dalam kes Appalasamy a/l Bodoyah v Lee Mon Seng [1996] 3 CLJ 71, Mahkamah memutuskan bahawa: 36 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal “One must not forget the general rule that the function of damages in tort action is purely to put the plaintiff in the position which he would have been in had the tort not been committed in the first place and this can only be done through a reasonable award of damage”. 67. Dalam membenarkan award bagi keseluruhan gantirugi, Mahkamah juga telah mengambilkira kadar inflasi, kejatuhan nilai mata wang, kenaikan barang harga, kenaikan kos sara hidup dan kedudukan nilai matawang. iaitu selaras dengan prinsip yang digariskan dalam kes Raji Transport Sdn Bhd v Idayu Zulkafli [2004] 5 CLJ 479. Kehilangan tanggungan plaintif-plaintif 68. Plaintif pertama adalah balu simati yang sah dan membawa tindakan ini untuk diri sendiri dan juga anak perempuan simati yang berusia 6 tahun. Plaintif kedua pula merupakan bapa simati yang sah dan membawa tindakan ini untuk diri sendiri. Mahkamah mendapati balu, anak dan bapa simati adalah penanggungan yang sah di bawah seksyen 7 Akta Undang- Undang Sivil 1956. 37 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 69. Mahkamah juga mendapati simati bekerja dan berpendapatan pada masa kemalangan dan plaintif-plaintif layak untuk tuntutan kehilangan tanggungan. Undang-undang mengenai kehilangan tanggungan 70. Mahkamah merujuk kepada prinsip-prinsip undang-undang mengenai pendekatan yang harus diambil oleh mahkamah bagi tuntutan kehilangan tanggungan. 71. Kehilangan tanggungan adalah gantirugi am, tidak perlu diplidkan secara spesifik dan kegagalan untuk memplidkannya tidak menghalang plaintif daripada menuntutnya (Tai Siat Fah & Ors v Lawful Personal Representative Of Badrul Hisham Bin Hashi [1995] 2 MLJ 571, Koay Tuan & Anor v Eng Chong How & Anor [1987] 1 MLJ 422; Kanan Subramaniam & Satu Lagi lwn Aman Syah Abadzyuid [2002] 6 CLJ 34; Ng Cheah Cheong v Ong Sing Hock [2002] 6 MLJ 481; Aidi Abdullah v Ngooi Ku Siong & Anor [1985] 1 MLJ 30). 72. Penilaian kehilangan tanggungan adalah proses menentukan kehilangan pendapatan bagi tempoh selepas kematian 38 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal seseorang berdasarkan perkataan sebenar dari seksyen 7(3)(iv) Akta Undang-Undang Sivil 1956: (iv) in assessing the loss of earnings in respect of any period after the death of a person where such earnings provide for or contribute to the damages under this section the Court shall - (a) take into account that where the person deceased has attained the age of fifty five years at the time of his death, his loss of earnings for any period after his death shall not be taken into consideration; and in the case of any other person deceased, his loss of earnings for any period after his death shall be taken into consideration if it is proved or admitted that the person deceased was in good health but for the injury that caused his death and was receiving earnings by his own labour or other gainful activity prior to his death; (b) take into account only the amount relating to the earnings as aforesaid and the Court shall not take into account any prospect of the earnings as aforesaid being increased at any period after the person's death; 73. Keseluruhan seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 ini tidak memperuntukkan keperluan untuk membuktikan sokongan kewangan sebenar yang diterima oleh penanggungan daripada simati sebelum kematian. Tiada pra- 39 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal syarat di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang menyatakan bahawa seseorang penanggungan yang layak menuntut ganti rugi bagi kehilangan tanggungan mesti membuktikan bahawa dia telah menerima sumbangan kewangan daripada simati sebelum kematiannya (Azizah Zainuddin (menuntut sebagai balu orang tanggungan sah Kamaruddin bin Abas, si mati) v Krishnasamy a/l Munisamy dan satu lagi [2006] 2 MLJ 91; Mariyayee & Anor v Nadarajan [1975] 2 MLJ 267; Mohamed Mat Amin & Ors v Mohd Rabu Ihsan [2002] 5 CLJ 47). 74. Selain itu, tiada peruntukan di bawah seksyen 7 Akta Undang- Undang Sivil 1956 yang membenarkan penolakan berdasarkan pendapatan penanggungan sendiri atau sama ada penanggungan bergantung sepenuhnya kepada simati sebelum kematian. Seperti yang diputuskan oleh Jeffrey Tan J (pada masa itu) dalam Muhamad Hashim v. Teow Teik Chai & Anor [1996] 1 CLJ 615, jika seseorang yang mempunyai pendapatan sendiri dan tidak perlu bergantung secara kewangan kepada simati, dia masih boleh dianggap sebagai penanggungan di bawah seksyen 7 Akta Undang- Undang Sivil 1956. Penanggungan yang ingin menuntut 40 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal kehilangan tanggungan hanya perlu membuktikan, yang pertama, dia adalah penanggungan yang sah di bawah seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956; dan yang kedua, simati bekerja dan berpendapatan pada masa kemalangan. 75. Maka, berdasarkan kepada kes Azizah Zainuddin, Mariyayee, Mohamed Mat Amin dan Muhamad Hashim, Mahkamah mendapati kehilangan tanggungan yang diberikan oleh Mahkamah boleh melebihi jumlah yang dikatakan diterima oleh penanggungan daripada simati, jika pendapatan simati adalah jauh lebih tinggi daripada amaun yang diberikan kepada penanggunan. Ini kerana penilaian kehilangan tanggungan adalah proses menentukan kehilangan pendapatan bagi tempoh selepas kematian seseorang, dan perkara yang harus ditentukan adalah pendapatan simati dan perbelanjaan hidup simati sahaja. 76. Dari kata-kata yang jelas dalam statut, dalam pengiraan multiplicand untuk kehilangan tanggungan, hanya perbelanjaan hidup simati yang boleh ditolak daripada pendapatan simati, dan tiada apa-apa lagi. Ini ditegaskan dalam kes Rohani Tengkah v Zainal Lani & Anor [2004] 2 CLJ 108, di mana Mohd Hishamudin Yunus J (pada masa itu) 41 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal memutuskan bahawa Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 hanya memperuntukkan penolakan perbelanjaan hidup simati dan bukan perbelanjaan lain. Pendekatan taksiran multiplicand dalam Rohani Tengkah juga digunapakai oleh Mahkamah Rayuan dalam Ali Tan & Ors v Mazlan Bidin & Anor [2012] 4 CLJ 736. 77. Dalam kes Vincent Manickam s/o David (suing by himself and as administrator of the estate of Catherine Jeya Sellamah, deceased) & Ors v Dr S Hari Rajah & Anor [2018] 2 MLJ 497, Mahkamah Rayuan telah menolak perbelanjaan hidup daripada jumlah pendapatan simati dan meninggalkan baki sebagai multiplicand: In computing the loss of support, s 7(3)(iv)(c) of the Civil Law Act 1956 requires the deduction of the amount that the deceased … spent on herself, that sum being her living expenses. 78. Dalam kes Rebecca Mathew v Syarikat Kerjasama Serbaguna Gema Wong Siong Bhd [1990] 1 MLJ 443, Low Suit (M.W) & Tan Mee Kiau v Lim Sun Hiang [1992] 2 CLJ Rep 813 dan Chan Heng Wah & Anor v Peh Thiam Choh & Anor [1988] 1 MLJ 74, mahkamah menggunakan 42 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal pendekatan "available surplus" di mana perbelanjaan hidup ditolak daripada pendapatan simati, dan baki adalah nilai multiplicand untuk kehilangan tanggungan. 79. Mahkamah mendapati kedua-dua pihak plaintif dan defendan telah berhujah pendekatan yang sama dalam hujahan bertulis masing-masing atas isu pentaksiran multiplicand (hujahan bertulis plaintif mukasurat 38-46; hujahan bertulis defendan perenggan 46) – iaitu membuat tolakan perbelanjaan hidup simati daripada pendapatan simati dan baki adalah multiplicand. Namun, pihak-pihak telah berhujah amaun pendapatan dan tolakan perbelanjaan hidup yang berlainan. 80. Setelah menetapkan prinsip-prinsip undang-undang yang menjadi asas kepada tuntutan kehilangan tanggungan, isu seterusnya yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah mengenai pendapatan simati. Pekerjaan dan pendapatan simati 81. Mahkamah mengambil maklum bahawa pihak defendan tidak mempertikaikan simati bekerja dan berpendapatan pada masa kemalangan berlaku, dan hanya mempertikaikan 43 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal jumlah sebenar pendapatan yang dibawa pulang oleh simati untuk menanggung plaintif-plaintif setiap bulan (rujuk perenggan 45 hujahan bertulis defendan). 82. Plaintif-plaintif telah mengemukakan keterangan dokumentari yang lengkap untuk membuktikan pekerjaan dan pendapatan simati: work permit di Singapura (Ekshibit P3), Borang IR8E untuk pentaksiran cukai (Ekshibit P12), surat majikan (ID4), slip gaji (Ekshibit ID5). 83. Work permit di Singapura adalah dokumen awam yang boleh menunjukkan pekerjaan seseorang. Mahkamah mendapati butiran atas work permit simati adalah konsisten dengan keterangan SP2 untuk pekerjaan simati sebagai pemandu bas di SBS Transit Ltd. 84. Mahkamah mendapati bahawa pihak plaintif telah memenuhi syarat-syarat di bawah proviso kepada Seksyen 73A(1) dan Seksyen 73A(2) Akta Keterangan 1950, walaupun majikan simati tidak hadir di Mahkamah untuk memberikan keterangan. Berdasarkan kes Lim Kang Seng & Anor v Rani Marimuthu & Anor [2021] 1 LNS 60, Mahkamah menerima dokumen- dokumen berkaitan pekerjaan dan pendapatan simati 44 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal walaupun majikan tidak dipanggil sebagai saksi. Surat majikan yang ditandakan sebagai ID4 telah diterima sebagai Ekshibit P4 manakala slip gaji yang ditandakan sebagai ID5 adalah diterima sebagai Ekshibit P5. Pihak plaintif telah memanggil saksi SP4 untuk menunjukkan usaha yang telah dibuat bagi memanggil majikan simati yang berada di Singapura untuk memberikan keterangan. SP4 telah menghantar surat dan membuat panggilan kepada majikan simati, namun maklum balas yang diterima adalah bahawa syarikat majikan simati tidak akan menghantar wakil untuk memberi keterangan di Malaysia. Mahkamah berpendapat bahawa majikan simati berada di luar negara dan tidak praktikal untuk mendapatkan kehadirannya. Segala usaha yang wajar untuk mendapatkan kehadiran majikan telah dilakukan, tetapi tidak berhasil. Sekiranya sepina dikeluarkan, ia tidak boleh diserahkan kepada majikan simati yang berada di luar bidang kuasa (A. 38, k. 18(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012). Tambahan pula, negara kita tidak mempunyai treaties dengan Singapura untuk mengambil keterangan di luar negara atau menyampaikan sepina kepada saksi. 45 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 85. Mahkamah juga mendapati bahawa slip gaji simati yang dijana oleh komputer tidak memerlukan sijil di bawah seksyen 90A Akta Keterangan 1950. Mahkamah mengambil notis kehakiman bahawa slip gaji tersebut telah dihasilkan oleh bahagian sumber manusia majikan dalam urusan perniagaan biasa, dan oleh itu, ia tergolong dalam kategori dokumen yang boleh diterima tanpa perlu sijil. Dalam kes Bespile Sdn Bhd (dalam likuidasi) v Asianshine Sdn Bhd [2010] 4 MLJ 824, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa sijil di bawah seksyen 90A(2) tidak diperlukan untuk dokumen yang dijana dan dihasilkan oleh komputer dalam urusan perniagaan biasa, dan bahawa dokumen tersebut boleh diterima sebagai bukti di bawah seksyen 90A(6). 86. Maka, Mahkamah terima dokumen-dokumen pekerjaan dan pendapatan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif. 87. Pihak plaintif telah berhujah untuk menggunapakai Borang IR8E sebagai asas pengiraan purata pendapatan simati, manakala pihak defendan telah berhujah untuk menggunapakai slip-slip gaji. 46 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 88. Mahkamah mendapati bahawa dokumen yang paling sesuai untuk digunakan dalam kes ini adalah Borang IR8E 2020, iaitu borang pentaksiran cukai simati bagi tahun 2019. Ini kerana Borang IR8E merangkumi jumlah keseluruhan pendapatan yang diterima oleh simati dalam pelbagai kategori, termasuk gaji pokok, gaji kasar, upah, bayaran lebih masa, bonus, elaun, insentif dan lain-lain pendapatan. Seksyen 7(3)(iv) Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan bahawa pendapatan yang perlu diambil kira dalam pengiraan kehilangan tanggungan adalah “earnings by his own labour or other gainful activity”. Jadi, apabila statut dirujuk, pendapatan yang harus dipertimbangkan dalam pengiraan kehilangan tanggungan adalah keseluruhan pendapatan simati, dan bukan setakat “take home pay” sahaja. Dengan butiran lengkap yang terkandung dalam Borang IR8E, dokumen ini lebih tepat untuk menentukan pendapatan daripada kerja atau aktiviti lain yang mendatangkan hasil bagi simati. Selain itu, ia juga merupakan dokumen awam daripada Inland Revenue Authority of Singapore, yang memberikan kredibiliti tambahan kepada data yang terkandung di dalamnya. 47 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 89. Peguam defendan telah berhujah bahawa gaji bersih (net income) yang terdapat dalam slip gaji simati sepatutnya diambil kira dalam pengiraan. Namun, saya mendapati bahawa gaji bersih dalam slip gaji tersebut tidak sepatutnya diambil kira kerana terdapat potongan untuk bayaran advance payment (gaji pendahuluan). Gaji bersih adalah jumlah selepas potongan gaji pendahuluan, dan ini tidak mencerminkan pendapatan sebenar simati. Lebih-lebih lagi, slip gaji untuk gaji pendahuluan tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah walaupun dinyatakan di bawah ruangan “deductions” dalam slip gaji. Oleh itu, pendapatan bersih dalam slip gaji tidak memberikan gambaran yang tepat tentang pendapatan simati. Slip gaji yang dikemukakan dalam bentuk berbilang halaman mungkin tidak mengandungi keseluruhan pendapatan simati atau mungkin terdapat bahagian yang hilang kerana jumlahnya adalah kurang daripada jumlah yang tertera dalam Borang IR8E. 90. Justeru, Mahkamah mendapati dalam situasi di mana terdapat kedua-dua Borang IR8E dan slip gaji, Borang IR8E adalah lebih diutamakan kerana ia lebih menyeluruh dan tepat dalam merujuk kepada pendapatan sebenar simati. Borang 48 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal IR8E merangkumi semua kategori pendapatan yang diterima oleh simati, tanpa dipengaruhi oleh potongan-potongan seperti bayaran pendahuluan yang mungkin mengurangkan jumlah pendapatan dalam slip gaji. 91. Kemalangan ini berlaku pada April 22, 2019 dan simati telah meninggal dunia. Jadi, Borang IR8E 2020, iaitu borang pentaksiran cukai simati bagi tahun 2019, telah menunjukkan pendapatan simati untuk tempoh Januari sehingga April 2019, iaitu empat bulan. Dalam Borang IR8E 2020, berikut adalah butiran pendapatan simati: (a) Gross salary, fees, leave pay, wages and overtime pay SGD15,026.00 (b) Bonus SGD12,627.00 (c) Allowances SGD1,958.07 (d) Ex-gratia payment SGD10,000.00 (e) Value of benefits-in-kind SGD 154.00 Jumlah SGD39,765.07 49 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 92. Jumlah pendapatan simati bagi tempoh Januari sehingga April 2019 adalah SGD39,765.07. Jadi, purata pendapatan bulanan simati adalah SGD9,941.27 sebulan. 93. Oleh kerana pendapatan yang perlu diambil kira dalam pengiraan kehilangan tanggungan adalah “earnings by his own labour or other gainful activity”, Mahkamah mendapati tafsiran ke atas frasa tersebut harus diberikan terlebih dahulu. 94. Dalam kes Marappan & Anor v Siti Rahmah Bte Ibrahim [1990] 1 MLJ 99, Mahkamah Agung telah memutuskan yang berikut: We agreed with both the learned judge and counsel that in construing the above-quoted s 28A(2)(c)(i), the expression ‘earnings’ must in this case be read together with the words ‘or other gainful activity’. We think that the expression ‘earnings’ in that subsection of s 28A of the Act was used not in the sense in which economical writers use it, but in a popular sense. We therefore considered that the training undertaken by the plaintiff to enable her to become a teacher was an activity which resulted in a gain of $345 pm for her and this sum of money was therefore earnings contemplated by that section. 50 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 95. Dalam kes Siow Ching Yee (suing through his wife and litigation representative, Chau Wai Kin) v Columbia Asia Sdn Bhd [2024] 3 MLJ 66, Mahkamah Persekutuan telah membenarkan rayuan plaintif atas isu kehilangan pendapatan dan mengetepikan keputusan mahkamah bicara yang hanya membenarkan kehilangan pendapatan gaji bulanan sahaja. Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa “earnings by his own labour or other gainful activity” adalah termasuk gaji bulanan, elaun bulanan, fi pengarah dan bonus tahunan dan setiap komponen ini harus dimasukkan sebagai pendapatan plaintif dalam pengiraan kehilangan pendapatan. 96. Maka, Mahkamah mendapati bahawa komponen-komponen dalam Borang IR8E iaitu gross salary, fees, leave pay, wages and overtime pay; bonus; allowances, ex-gratia payment, value of benefits-in-kind yang berjumlah SGD39,765.07 adalah “earnings by his own labour or other gainful activity” bagi simati yang harus dimasukkan sebagai sebahagian pendapatan simati dalam pengiraan tuntutan kehilangan tanggungan. 51 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 97. Secara khususnya, untuk bonus yang diterima oleh simati, Mahkamah merujuk kepada kes Siow Ching Yee (supra), yang mana Mahkamah Persekutuan telah membenarkan bonus tahunan sebagai sebahagian kehilangan pendapatan. Walaupun kes Siow Ching Yee (supra) diputuskan atas pentafsiran seksyen 28A Akta Undang-Undang Sivil 1956, Mahkamah mendapati frasa “earnings by his own labour or other gainful activity” dalam seksyen 7 adalah in pari materia dengan seksyen 28A dan harus diberikan interpretasi yang sama. Mahkamah adalah terikat dengan prinsip stare decisis untuk mengikut keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Siow Ching Yee (supra) untuk isu sama ada bonus yang diterima oleh simati harus dimasukkan sebagai sebahagian pendapatan simati dalam pengiraan tuntutan kehilangan tanggungan. 98. Pihak defendan telah berhujah bahawa bonus yang dibayar kepada simati tidak sepatutnya dimasukkan dalam pengiraan tuntutan kehilangan tanggungan kerana bonus adalah pendapatan prospektif dan spekulatif yang dihalang oleh seksyen 7(3)(iv)(b). Pihak defendan telah merujuk kepada kes Jub’li Mohamed Taib Taral v Sunway Lagoon Sdn Bhd 52 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal [2001] 4 CLJ 509 dan Soh Kim Chee & Anor v Nazri B Yahya [2021] MLRHU 1678 untuk menyokong hujahan mereka bahawa bonus adalah yang dihalang oleh seksyen 7(3)(iv)(b). 99. Saya telah meneliti kes Jub’li dan Soh Kim Chee dan mendapati bahawa bahawa kedua-dua kes ini tidak pernah membuat rujukan kepada seksyen 7(3)(iv)(b). Saya ingin mengingatkan peguam defendan bahawa dalam merujuk kepada kes-kes terdahulu, adalah penting untuk memastikan bahawa rujukan tersebut tepat dan relevan dengan isu undang-undang yang dibentangkan di hadapan Mahkamah. Mengemukakan kes yang tidak berkaitan dengan peruntukan undang-undang yang sepatutnya dirujuk boleh dianggap sebagai tindakan yang mengelirukan Mahkamah. Oleh itu, peguam hendaklah berhati-hati dalam memetik undang- undang dan memastikan bahawa kes yang dirujuk benar- benar menyokong hujahan yang dikemukakan. 100. Dalam kes Soh Kim Chee, mahkamah memutuskan bahawa bonus adalah “prospective, speculative, and subject to the vagaries of profitability and performance”. Dalam kes Jub’li, mahkamah memutuskan bahawa bonus adalah prospektif 53 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal dan spekulatif. Namun, saya mendapati bahawa kes Soh Kim Chee dan Jub’li tidak merujuk kepada seksyen 7(3)(iv)(b): 7(3)(iv)(b) take into account only the amount relating to the earnings as aforesaid and the Court shall not take into account any prospect of the earnings as aforesaid being increased at any period after the person's death; 101. Mahkamah telah meneliti seksyen 7(3)(iv)(b) dan mendapati bahawa larangan dalam seksyen tersebut hanya terpakai terhadap pengiraan pendapatan yang berpotensi meningkat selepas kematian seseorang. Seksyen 7(3)(iv)(b) ini tidak menghalang Mahkamah daripada mengambil kira pendapatan yang telah diterima oleh simati sebelum kematiannya, termasuk bonus yang telah menjadi hak simati. Oleh itu, bonus yang telah diterima oleh simati sebelum kematiannya adalah sebahagian daripada pendapatan yang sah untuk dikira dalam tuntutan kehilangan tanggungan. Pendirian ini adalah selaras dengan keputusan dalam kes Siow Ching Yee, Takong Tabari dan Azizah Zainuddin, di mana mahkamah mengiktiraf bonus sebagai sebahagian daripada pendapatan untuk tujuan tuntutan kehilangan tanggungan. 54 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 102. Mahkamah juga mendapati kes Jub’li dan Soh Kim Chee tidak mempertimbangkan tafsiran frasa “earnings by his own labour or other gainful activity” di bawah Seksyen 7 Akta Undang- Undang Sivil 1956. Oleh itu, saya berpendapat bahawa kes Jub’li dan Soh Kim Chee tidak boleh diikuti dalam konteks ini. 103. Seterusnya, untuk “allowance”, Mahkamah mendapati ia boleh dibenarkan berdasarkan kepada kes Siow Ching Yee. 104. Untuk “ex-gratia payment” dan “value of benefits-in-kind”, Mahkamah mendapati bahawa ia tidak boleh ditolak daripada tuntutan kehilangan tanggungan berdasarkan seksyen 7(3)(i)(c) Akta Undang-Undang Sivil 1956, Nagarajan Veerappan v Ananthan Parama Sivam [1989] 2 CLJ Rep 153 dan KR Taxi Service Ltd v Zaharah [1969] 1 MLJ 49. Mahkamah dalam Nagarajan Veerappan memutuskan: My view is that the payments were made ex gratia and should not be deducted from the award of damages (see Cunningham v. Harrison[1973] 1 QB 942). 105. Mahkamah mendapati jumlah pendapatan simati bagi tempoh Januari sehingga April 2019 adalah SGD39,765.07. Jadi, purata pendapatan bulanan simati adalah SGD9,941.27 sebulan berdasarkan kepada Borang IR8E 2020. 55 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 106. Mengenai pertukaran mata wang, pihak defendan berhujah kadar pertukaran adalah 3.3 dengan merujuk kepada kadar daripada Bank Negara Malaysia. Setelah Mahkamah meneliti kadar daripada Bank Negara yang dirujuk oleh pihak defendan, Mahkamah mendapati kadar yang tertera dalam dokumen tersebut adalah 3.3403. Mahkamah menggunapakai kadar pertukaran mata wang SGD1.00 = RM3.3403 iaitu kadar pertukaran pada masa keputusan: Wong Li Fatt William (An Infant) v Haidawati Bte Bolhen & Anor [1994] 2 MLJ 497; Tiong Ing Chiong v Giovanni Vinetti [1984] 2 MLJ 169. 107. Untuk tolakan perbelanjaan hidup simati, pihak plaintif berhujah 15% daripada pendapatan simati manakala pihak defendan berhujah 1/3 daripada pendapatan simati. Mahkamah menggunapakai peratusan tolakan dalam kes Rebecca Mathew [1990] 1 MLJ 443, iaitu tolakan sebanyak 25% daripada jumlah pendapatan simati sebagai perbelanjaan hidup simati, bagi kes ini yang mempunyai tiga orang penanggungan iaitu balu, anak perempuan dan bapa simati. 56 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 108. Selepas tolakan perbelanjaan hidup simati, multiplicand yang dihujahkan oleh pihak plaintif adalah RM29,575.28 sebulan manakala pihak defendan berhujah RM6,000.00 untuk kedua- dua plaintif. Mahkamah memutuskan multiplicand yang harus digunapakai adalah: (SGD9,941.27 – 25% perbelanjaan hidup) x 3.3403 = RM24,905.12 sebulan 109. Mahkamah mengambil maklum tentang keterangan plaintif pertama yang menyatakan bahawa simati telah memberikan beliau RM10,000 sebulan dan keterangan plaintif kedua bahawa simati memberikan beliau RM2,000 sebulan. Mahkamah mendapati kehilangan tanggungan yang diberikan oleh Mahkamah boleh melebihi jumlah yang dikatakan diterima oleh penanggungan daripada simati, jika pendapatan simati adalah jauh lebih tinggi daripada amaun yang diberikan kepada penanggunan, selaras dengan prinsip-prinsip di dalam kes Azizah Zainuddin, Mariyayee, Mohamed Mat Amin, dan Muhamad Hashim. Ini kerana penilaian kehilangan tanggungan adalah proses menentukan kehilangan pendapatan bagi tempoh selepas kematian simati, dan 57 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal perkara utama yang perlu dipertimbangkan adalah pendapatan simati serta perbelanjaan hidupnya sahaja. 110. Untuk multiplier, Mahkamah merujuk kepada seksyen 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956, iaitu (55 – 34) / 2 = 10.5 tahun. 111. Kehilangan tanggungan yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah: 10.5 tahun x 12 bulan x RM24,905.12 = RM3,138,045.12 Gantirugi am (kesedihan) 112. Mahkamah membenarkan gantirugi kesedihan kepada plaintif pertama berdasarkan kepada seksyen 7(3A) dan 7(3B)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956. Oleh sebab kemalangan ini berlaku pada April 22, 2019, iaitu sebelum Akta Undang- Undang Sivil (Pindaan) 2019 digazetkan, amaun yang Mahkamah benarkan adalah RM10,000.00. Gantirugi khas Kos pengkebumian 58 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 113. Saya membenarkan tuntutan plaintif-plaintif untuk perbelanjaan pengkebumian sebanyak RM32,497.10 sahaja. Jumlah ini adalah selaras dengan amaun yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak plaintif dan defendan dalam hujahan bertulis masing-masing, dan berdasarkan resit serta dokumen yang dikemukakan sebagai bukti oleh pihak plaintif. 114. Amaun yang Mahkamah benarkan ini tidak termasuk kos tapak pengebumian yang dinyatakan oleh SP2, kerana tiada dokumen sokongan yang dikemukakan untuk kos tersebut. Oleh itu, Mahkamah hanya membenarkan jumlah RM32,497.10 sebagai perbelanjaan pengebumian yang telah terbukti melalui resit yang dikemukakan dalam Ikatan C. 115. Dalam pemeriksaan balas, peguamcara defendan membangkitkan isu sama ada perbelanjaan pengebumian ini dibayar dengan wang derma. SP2, iaitu isteri simati, menafikan bahawa beliau menerima wang derma untuk menampung kos pengebumian. Isu ini tidak dibangkitkan dalam hujahan bertulis pihak defendan. Walau bagaimanapun, walaupun sekiranya simati atau keluarganya menerima wang derma, Mahkamah mendapati bahawa derma tersebut tidak boleh ditolak daripada tuntutan perbelanjaan pengebumian 59 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal berdasarkan seksyen 7(3)(i)(c) Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan kes KR Taxi Service Ltd v Zaharah [1969] 1 MLJ 49. E. KOS 116. Kos adalah mengikut skala dan Mahkamah menetapkan kos membawa guaman dan kepeguaman pada RM40,000.00. 117. Kos tindakan adalah dibenarkan: (i) Bayaran laporan forensik Hospital Kulai – RM40.00 (ii) Gambar polis, Laporan polis, Rajah kasar – RM100.00 (iii) Carian JPJ – RM10.00 (iv) Bayaran penterjemahan dokumen pengkebumian daripada Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu – RM440.00 (v) Kehadiran jurubahasa Cina pada 16-5-2024, 4-7-2024 – RM1,400.00 (vi) Bayaran nota keterangan scribe – RM1,346.04 (vii) Kos kehadiran Inspektor Adrian pada 28-3-2024 dan 16-5-2024 – RM1,000.00 60 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Faedah 118. Mahkamah juga membenarkan faedah: (i) Faedah pada kadar 5% untuk gantirugi am dari tarikh penyerahan saman hingga tarikh penghakiman; (ii) Faedah pada kadar 5% untuk gantirugi khas dari tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman; (iii) Faedah pada kadar 5% untuk keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman Mahkamah Sesyen hingga penyelesaian penuh; 119. Mahkamah mengarahkan supaya jumlah penghakiman termasuk faedah dimasukkan ke dalam Akaun Klien Teo & Associates. F. KESIMPULAN Setelah mahkamah mendengar dan meneliti kesemua keterangan dan bukti yang ada dan setelah mahkamah membaca hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak yang bijaksana dan setelah mahkamah menilai dan membincangkan kesemua perkara dan isu yang ada maka mahkamah berpendapat bahawa 61 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal keputusan penghakiman yang diberikan adalah adil, munasabah dan wajar mengikut undang-undang. Disediakan oleh, t.t .......................................... (Kamarudin Bin Kamsun) Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 4 Johor Bahru Bertarikh: 29 OGOS 2024 Peguamcara Plaintif: Encik Teo Han Ley, Peguamcara, Tetuan Teo & Associates, Johor Bahru. Peguamcara Defendan, Encik Lee Soi Kee, Peguamcara, Tetuan SK Lee, Johor Bahru. 62 S/N dUcpyM7k3UiXfrK8JlPKlA **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal