KOPERASI PERANCANGAN TANAH SUNGAI SUNGKAI MATI HILIR PERAK BERHAD LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA
The High Court upheld the Magistrate's finding that the cooperative was a 'producer' liable to pay SES because it held the MPOB licence for the estate and administratively managed and reported the planted area and produce (aggregate hectare sufficient), thus attracting liability under the SES Order 2007; the...
Source-derived case information.
- Citation
- 41S-13-04/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Parties
- Appellant: Koperasi Rancangan Tanah Sungai Sungkai Mati Hilir Perak Berhad; Respondent: Lembaga Minyak Sawit Malaysia
- Court
- High Court
- Jurisdiction
- Malaysia
- Judgment Date
- 19 December 2019
- Case Number
- 41S-13-04/2019 (Mahkamah Tinggi)
- Procedural Posture
- Criminal Appeal / High Court Judgment on Appeal From Magistrate's Conviction
- Outcome
- Appeal dismissed; conviction and orders of the Magistrate upheld.
- Legal Topics
- Failure to Pay SES (statutory Levy), Definition/interpretation of 'pengeluar' (producer) Under MPOB SES Order 2007, Liability Based on Licence Vs Land Ownership, Exemption Provisions Under SES Order, Prima Facie Standard at Close of Prosecution, Appeal Against Conviction and Sentence
Source-derived case record
Summary, issues, holding and outcome
More case intelligence is available
Unlock the full research layer for this judgment.
Parties
Koperasi Rancangan Tanah Sungai Sungkai Mati Hilir Perak Berhad
Appellant
Lembaga Minyak Sawit Malaysia
Respondent
Procedural Posture
Criminal Appeal / High Court Judgment on Appeal From Magistrate's Conviction
Legal Issues
- 1 Whether appellant is a 'producer' obliged to pay SES under Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (SES) (Buah Kelapa Sawit) 2007
- 2 Whether the appellant's land ownership threshold (<40.46 ha) excludes it from liability
- 3 Whether a licence and management role suffice to make appellant liable for SES
Ratio Decidendi
The High Court upheld the Magistrate's finding that the cooperative was a 'producer' liable to pay SES because it held the MPOB licence for the estate and administratively managed and reported the planted area and produce (aggregate hectare sufficient), thus attracting liability under the SES Order 2007; the prosecution had established a prima facie case and the statutory exemptions did not apply to this cooperative.
Court Disposition
Appeal dismissed; conviction and orders of the Magistrate upheld.
Orders
- Conviction for failure to pay SES upheld against appellant
- Appellant ordered to pay outstanding SES amount RM269,626.90 to MPOB
Full Case Text
Judgment text and source record
1 paragraphs
DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO RAYUAN JENAYAH NO:BA-41S-13-04/2019 ANTARA KOPERASI RANCANGAN TANAH SUNGAI SUNGKAI MATI HILIR PERAK BERHAD ..» PEMOHON/PERAYU DAN LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA ». RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN 1) Orang kena saman (dirujuk selepas ini sebagai Perayu) adalah sebuah Koperasi. Perayu telah dipertuduh dengan 13 pertuduhan atas kesalahan gagal membayar SES buah kelapa sawit sebanyak RM 269,626.90 kepada MPOB bagi tempoh Jun 2007 hingga Jun 2008 sebanyak 13 bulan, seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perintah Lembaga Minyak Kelapa Sawit (ses) (buah kelapa sawit) 2007 (selepas ini dirujuk sebagai Perintah tersebut), yang mana merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 35 4 akta kelapa sawit Malaysia 1988. Pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima orang saksi iaitu Nur Ashikin Binti Muhamad Johan (SP 1- Pengawai Sistem 1 6) Maklumat), Nurul Ashikin Binti Muhamad Azam (SP 2-Akauntan yang juga merupakan pengadu), Tan Gin Chang (SP 3- Penguatkuasa Kanan), Nur Hanita Binti Abu Bakar (SP4 —Penolong Pengawai Penguat Kuasa Kanan) dan Saari Bin Md Junudi (SP 5- Penoiong Pengawai Takbir Kanan). Di akhir kes Pihak pendakwaan, Puan Majistret berpuas hati bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan bagi kesemua pertuduhan. Perayu telah dipanggil untuk membela diri. Perayu telah membela diri dengan memberi keterangan secara bersumpah dan telah memanggil tiga orang saksi pembelaan iaitu Zainal Abidin Bin Maidin (SD 1-Pengurusi Koperasi), Arifin Mohamad ( SD 2-Bendahari Koperasi) dan Ruslina Binti Arifin (SD 3 —Setiuasah Koperasi). Puan Majistret mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu bersifat penapian semata-mata oleh yang demikian, Puan Majistret mendapaiti Perayu telah gagal menimbulkan keraguaan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, Perayu telah didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan sebagai mana pertuduhan, Perayu telah diPerintahkan untuk membayar SES yang tertunggak sebanyak RM 269,626.90 kepada MPOB. Perayu juga diPerintahkan untuk membayar denda RM 13,000 untuk ke semua ke tiga belas perutuduhan iaitu RM 1000.00 bagi setiap pertuduhan. Perayu telah tidak berpuas hati dengan keputusan Puan Majistret tersebut telah menfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi merayu ke atas keseluruhan keputusan Puan Majistret. 7) 8) Setalah meneliti rekod rayuan dan hujahan pihak-pihak, saya telah menolak rayuan Perayu dan keputusan Puan Majistret telah dikekalkan. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Perayu selanjutnya menfailkan notis rayuan merayu ke atas keseluruhan keputusan tersebut ke Mahkamah Rayuan. KES PENDAKWAAN 9) 10) SP2 adalah pengawai maklumat dibahagian ekonomi dan pembangunan industri, MPOB. Tugas SP2 adalah memantau sistem aplikasi ICT termasuk sistem e-submission. E-submission adalah satu sistem yang digunakan untuk pelesen menghantar maklumat penyata bulanan kelapa sawit e-Et4 setiap bulan melalui e- submission. Pada 20/06/2018 SP 5 ada datang membuat soal siasat berkaitan Perayu .SP 2 telah menyemak e-submission dan hasil semakan SP 2 mendapati ada 13 bulan penyata SES di atas Perayu iaitu dari bulan Jun 2007 sehingga Jun 2008 selama 13 bulan berjumlah RM 269,626.90. Beliau menyatakan MPOB tidak ada menerima apa-apa bayaran dari Perayu. SP 2 telah mengemukakan aduan dan turut menyatakan penyata SES tertunggak OKS untuk tempoh tahun 2007 hingga tahun 2008, eksibit P3, P4 dan P5. Senarai penyata bulanan juga dikemukakan. Penyata-penyata ini menunjukkan jumlah keseluruhan SES yang masih tertunggak berjumlah RM269,626.90 sen. 11) 12) 13) 14) SP1 adalah akauntan di unik kewangan dan perolehan, MPOB. Sebagi akauntan SP 1 ditugas untuk memantau kutipan hasil MPOB termasuk hasil SES buah kelapa sawit bagi tahun 2007 hingga 2008. Hasil pematauan didapati Perayu telah gagal membayar SES buah kelapa sawit dari bulan Jun 2007 sehingga Jun 2008. Ekoran siasatan yang dibuat oleh SP 5, SP 1 telah menyediakan penyata SES tunggakan buah kelapa sawit oleh pihak Perayu (penyata bulanan dari bulan Jun 2007 hingga Jun 2008) di mana jumlah SES tertunggak bagi 13 bulan tersebut adalah sebanyak RM 269,626.90sen (rujuk ekshibit P10 A hingga P10 N). SP 3 dalam keterangan nya menyatakan Perayu telah menghantar laporan bulanan hasil pengeluaran bagi tempoh bulan Jun 2007 hingga Jun 2008. Laporan bulanan ini dikenali sebagai MPOB EL (ET4) dan dihantar melalui sistem e-submission seperti mana yang dikehendaki di bawah peraturan 20, Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia 2005. Penyata-penyata tersebut telah ditandakan sebagai eksibit P12A hingga P12M. SP 4 adalah Penolong Penguat Kuasa Unik Pelesenan MPOB. Pada 16.05.2016, SP 5 ada berjumpa dengan SP 4 untuk membuat semakan pengesahan sama ada lesen Perayu bagi tempoh bulan Jun 2007 hingga 2008 masih sah atau tidak. Melalui semakan nya didapati Perayu mempunyai lesen yang dikeluarkan atas nama Perayu, Koperasi Rancangan Tanah Sungai Sungkai Mati Hilir Perak Berhad (Koop Kaw 217) untuk menjual dan mengalihkan FFB (buah kelapa sawit) untuk tempoh 10 tahun 1 Ogos 2006 hingga 31 Julai 2016 (eksibit P16). 15) 16) 17) 18) 19) SP 4 menyatakan bahawa kategori lesen OKS ialah kategori estet. Di dalam P16 keluasan ladang ialah 325.70 hektar, premis ladang beralamat di Lot 4760-4961 Mukim Changkat Jong, Daerah Hilir Perak dalam Negeri Perak. Berdasarkan perenggan 4, Perintah tersebut dan seksyen 35(4) akta tersebut, Puan Majistret mendapati Perayu sebagai pengeluar kelapa sawit mestilah membayar SES tersebut dan jika gagal membayar, ianya satu kesalahan.Puan Majistret juga mendapati OKS tidak membuat apa-apa bayaran dan perkara ini tidak dipertikaikan. Puan Majistret seterusnya merujuk kepada perenggan 2 Perintah SES 2007 Maksud Pengeluar Buah Kelapa Sawit. Puan Majistret berpendapat pengeluar buah kelapa sawit ialah satu pihak yang diberikan lesen sama ada lesen pekebun kecil atau lesen estet. Berasaskan P16 Perayu diberi lesen estet. Puan Majistret juga mendapati Perayu bukan merupakan pihak-pihak yang diberi pengecualian mengikut perenggang 6, Perintah ses. Di akhir kes pihak pendakwaan Puan Majistret telah memutuskan bahawa dua elemen pertuduhan iaitu Perayu adalah orang / pihak yang mesti membayar SES dan Perayu gagal membayar SES telah dibuktikan dan Perayu telah diPerintah untuk membela diri. KES PEMBELAAN 20) 21) 22) 23) Meniliti keterengan saksi-saksi pembelaan, keterengan menunjukkan Perayu telah didaftarkan pada 27.05.1985, pada awal nya atas nama Koperasi Rancangan Tanah Redang Punggur Hilir Perak Berhad. Mulai 25 Mac Perayu telah menukar namanya kepada Koperasi Rancangan Tanah Sungai Sungkai Mati Hilir Perak Berhad, di mana tujuannya untuk memohon tanah dari Pejabat Tanah Daerah bagi penanaman kelapa sawit. Pejabat Tanah Daerah telah meluluskan sebanyak 202 Lot bagi 202 peserta. Peserta-peserta telah diberi hak mili. Kemudiannya tanah-tanah peserta oleh FELCRA Lembaga dari tahun 1982 sehingga tahun 2002. Dari tahun 1989 sehingga tahun 2001, Koperasi telah membeli tanah- tanah daripada peserta individu sebanyak 12 Lot. Kemudiannya Koperasi telah membeli lagi 25 Lot menjadikan Koperasi mempunyai 37 hektar manakala tanah milik peserta-peserta adalah sebanyak 188 hektar. SD3 dalam keterangannya menyatakan dalam tahun 2006, terdapat 202 Lot di mana milik Koperasi adalah sebanyak 13 Lot dan bakinya adalah milik peserta individu. Selepas setahun 2002, pengurusan kesemua 202 Lot telah diurus oleh pihak Koperasi. Aktiviti menjual dan mengalih ke semua 202 Lot tersebut di uruskan oleh Perayu. Peserta-peserta akan menerima agihan bayaran dua kali setahun selepas Koperasi Perayu menolak kesemua keseluruhan kos pembelajaan. Saki-saksi pembelaan berpendapat bayaran SES tidak perlu dibuat kepada MPOB kerana Perayu hanya memiliki 37.78 hektar 24) sedangkan Perintah SES menyatakan keluasan tanah tidak kurang daripada 40.46 hektar. SD 1 dalam keterangannya menyatakan Perayu ditubuh pada bulan Mac 1986. Di mana tujuannya untuk memohon tanah dari Pejabat Tanah Daerah bagi penanaman kelapa sawit. ANALISA DAN DAPATAN 25) 26) 27) Saya mendapati ada nya dua elemen pertuduhan yang perlu diputuskan oleh Puan Majistret di akhir pihak pendakwaan iaitu: A) Perayu adalah orang/atau pihak yang mesti membayar SES sebagai mana pertuduhan bagi bulan Jun 2007 sehingga Jun 2008. B) Perayu telah gagal membayar SES tersebut. Saya mendapati elemen kedua tidak dipertikaikan oleh pihak Perayu. Bagi memutuskan elemen pertama saya mendapati peruntukkan undang-undang yang releven adalah: 1) Perenggan 4, Perintah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (SES) (Buah Kelapa Sawit) 2007 [P.U. (A) 200/2007] memperuntukkan; Pembayaran SES 4, Mana-mana pengeluar buah kelapa sawit hendaklah membayar SES yang kena dibayar di bawah Perintah ini kepada Lembaga tidak lewat daripada hari terakhir setiap bulan dalam sesuatu tahun takwim atash buah kelapa sawit yang dikeluarkan olehnya dalam bulan yang sebelumnya. 28) 29) 2) 3) Seksyen 35(4) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998, memperuntukkan; (4) Seseorang yang tidak atau enggan membayar apa-apa SES yang dikenakan di bawah seksyen ini melakukan sesuatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh kali amaun SES yang kena dibayar ataua dipenjarakan selama tempoh melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. Perenggan 2 Perintah SES 2007 memperuntukkan; 2. Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain- ‘pengeluar buah kelapa sawit’ ertinya mana-mana orang yang mempunyali- a. Suatu kebun kepala sawit yang keluasannya tidak kurang daripada 40.46 hektar; atau b. Kebun kelapa sawit yang aggregatnya berjumlah tidak kurang daripada 40.46 hektar. Peguam Perayu menghujahkan bahawa Perayu bukan lah golongan yang patut dikenakan cukai SES kerana berasaskan eksibit D8 Rekod Rayuan (Jilid 3 muka surat 7 hingga 14). Perayu hanya memiliki 25 Lot tanah yang berkeluasan hanya 37.78 hektar, iaitu kurang daripada 40.46 hektar. Oleh itu Perayu adalah tidak layak dikenakan cukai SES dibawah seksyen 35 akta tersebut. Bagi menyokong hujahannya Peguam Perayu telah merujuk kepada kes Lembaga Minyak Sawit Malaysia v. Arunamari Plantation Sdn Bhd & Ors And Another Appeal 2015 7 CLJ muka surat 149 yang memutuskan, SES hanya boleh dikenakan terhadap mereka 30) 31) 32) 33) yang memiliki estet kelapa sawit aggregate 40.46 hektar atau lebih atau mereka yang mempunyai kuasa tawar menawar yang tinggi,dan secara jelas, tidak berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama seperti mereka yang mempunyai estet yang lebih kecil. Peguam Perayu menekankan maksud mempunyai sebagai memeliki dengan merujuk kepada kamus-kamus yang berkaitan. Peguam Perayu seterusnya menghujahkan lesen yang dikeluar daripada Perayu (P16) adalah untuk aktiviti menjual dan mengalih di mana keluasan tanah yang dicatitkan pada lesen adalah 325.27 hektar di Lot 4760-4961 Mukim Changkat Long, Daerah Hilir Perak. Perayu menyatakan Perayu hanya memiliki 25 lot tanah yang hanya berkeluaran 37.78 hektar dan selebihnya dimiliki oleh 179 individu yang lain dengan purata pemilikan tanah lebih kurang 5 ekar seorang. Pengenaan cukai SES adalah tertakluk kepada seksyen 2 Perintah tersebut tahun 2007 yang hanya merangkumi pemilik tanah dengan keluasan 40.46 hektar dan lebih. Responden mengenakan cukai SES terhadap Perayu adalah berdasarkan kepada lesen P16 dan bukan berdasarkan pemilikan tanah sepertimana seksyen 2 Perintah tersebut. Tindakan MPOB yang terkini mengeluarkan lesen secara berasingan kepada setiap lot pemilik, menunjukkan ianya boleh dianggapkan di sini bahawa tindakan Responden tersebut adalah untuk memperbetul kesalahan yang telah dilakukan apabila menuntut cukai hanya berdasarkan lesen semata-mata sepertimana berlaku di dalam kes ini tanpa melihat kepada pemilikan tanah. 34) 35) 36) 37) Perayu hanya mengambil upah sahaja dan hasil keuntungan daripada jualaan kelapa sawit di lot-lot tanah tersebut telah diagihkan kepada 179 pemilik-pemilik dan ianya tidak dinikmati oleh Perayu (rujuk penyata kewangan P23 (c)-(e), RR m/s 90-111). Kelewatan tindakan MPOB memfailkan tindakan iaitu. selepas hamper 11 tahun menunjukkan tindakan MPOB ini adalah tidak bona fide dan meragukan. Pihak Responden menghujahkan intipati pertama pertuduhan telah dibuktikan. Hasil siasatan SP5 mendapati status Perayu adalah sebagai pengeluar buah kelapa sawit dan maka itu Perayu perlu membayar SES buah kelapa sawit seperti mana yang diperuntukkan di dalam Perintah tiga di atas. Hasil siasatan SP5 juga mendapati Perayu adalah pemegang lesen yang sah bagi kategori estet bernombor yang mempunyai keluasa ladang 325.7 hektar yang mengeluarkan hasil. Oleh kerana Perayu adalah dilesenkan sebagai pengeluar, maka bayaran SES perlu dikenakan memandangkan lesen yang dikeluarkan bukan lah atas nama individu. Jika lesen dikeluarkan atas nama pemilik tanah, secara individu, bayaran SES tidak akan dikenakan melainkan jika jenis lesen itu di dalam kategori estet iaitu keluasan tanah melebihi 40.46 hektar. Pihak Responden menghujahkan bahawa pengecualian bayaran SES hanya diberikan kepada pekebun kecil yang diurus dan dikawal oleh agensi kerajaan. Di dalam kes ini Perayu adalah sebuah badan Koperasi dan ianya tidak tergolong dalam pengecualian di atas. Malah berdasarkan keterangan adalah jelas menunjukkan bahawa Perayu sendiri pernah menulis surat kepada responden untuk 10 38) 39) 40) dikecualikan daripada membayar bayaran SES yang dikenakan oleh MPOB yang dikenakan di atas Perayu. Ini jelas menunjukkan bahawa Perayu mempunyai pengetahuan bahawa adalah menjadi kewajipan pihak Perayu untuk membuat bayaran SES kepada Responden. Saya mendapati perenggang dua Perintah SES 2007 adalah jelas menyatakan pengeluar buah kelapa sawit adalah mana-mana orang yang mempunyai suatu kebun kelapa sawit yang keluasan nya tidak kurang daripada 40.46 hektar; atau kebun kelapa sawit yang aggregate nya berjumlah tidak kurang daripada 40.46 hektar. Fakta yang tidak dipertikaikan berasaskan lesen yang dipohon oleh Perayu, lesen tersebut mencatitkan keluasan tanaman kelapa sawit yang mengeluarkan hasil adalah seluas 312.93 hektar. (Rujuk butiran dalam penyataan bulanan buah kelapa sawit MPOB (EL) ET4 yang diisi oleh pihak Perayu). Berasaskan penyata bulanan buah kelapa sawit, peserta/ahli Koperasi tidak mengurus/mengusahakan sendiri lot-lot kelapa sawit milik mereka tetapi pihak yang mengurus/pengusahakan adalah pihak Perayu. Berdasarkan keadaan ini, saya mendapati Puan Majistret telah membuat dapatan fakta dan tafsiran yang betul apabila memutuskan seperti berikut. “27. Tidak ada tafsiran khusus apa yang dimaksudkan dengan ‘mempunyai’ di dalam Perenggan 2 di atas. Oleh yang demikian kita mestilah merujuk kepada hal keadaan Perintah secara keseluruhannya. Ini adalah bagi memastikan hasrat dan matlamat 11 41) 28. 29. Perintah SES 2007 ini dikuatkuasakan, tafsiran ‘mempunyai’ tidaklah mesti terhad kepada miliki. Sekiranya tafsiran ‘mempunyai’ itu terhad hanya kepada memiliki, ia sebenarnya telah menimbulkan ketidakadilan. Ini kerana kita mesti melihat kepada keadaan dan situasi sebenar industri sawit di mana pemilik kebun atau tanah ini tidak mengusahakan sendiri tanahnya. Sebaliknya, tanah tersebut diusahakan oleh pihak ketiga seperti syarikat ataupun agensi persendirian. Terdapat syarikat atau agensi persendirian yang memberi khidmat pengurusan ladang kepada pemilik-pemilik kebun atau tanah seperti mana OKS di dalam kes ini yang merupakan sebuah Koperasi. Oleh itu pihak-pihak yang mengurus tadbir tanah-tanah itu adalah pengeluar buah kelapa sawit memandangkan adanya persetujuan di antara kedua-dua belah pihak dengan syarat-syarat tertentu. Jika kita menetapkan ‘mempunyai’ sebagai ‘memiliki’ tanah sudah pasti ramai yang tidak akan dikenakan SES kerana masing-masing memiliki tanah kurang daripada 40.46 hektar. Ini menjadikan hasrat dan matlamat Perintah SES 2007 tidak tercapai dan berlaku ketidakadilan sedangkan sasaran Perintah ini dikenakan adalah ke atas kumpulan kategori estet.” Melalui Pekeliling Penguatkuasaan (Penguatkuasa) menyatakan SES dikenakan ke atas pengeluar kelapa sawit iaitu estet sahaja dan tidak termasuk pekebun kecil ataupun peneroka. Saya bersetuju untuk pihak MPOB mengetahui sama ada pengeluar buah kelapa sawit itu berstatus estet atau tidak, ianya berdasarkan kepada lesen yang diberi oleh pihak MPBO. Walaupun lesen diberi itu menyatakan untuk aktiviti menjual dan mengalih buah kelapa sawit (Rujuk P6). Dalam P16 dicatitkan Perayu telah diberi lesen untuk menjual dan mengalih buah kelapa sawit bagi tempoh 10 tahun bermula dari 71.08.2006 12 42) sehingga 31.07.2016. Dalam lesen tersebut dicatitkan kategori Perayu adalah ET4 dan keluasan 325.7 Hektar. Saya bersetuju dengan dapatan Puan Majistret sekiranya lesen tidak diberi, Perayu tidak boleh menjalankan apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan pengeluaran buah kelapa sawit termasuklah mengalih dan menjualnya. Oleh itu dapatan Majistret bahawa pengeluar kelapa sawit iaitu satu pihak yang telah diberikan lesen, sama ada lesen pekebun kecil ataupun lesen estet adalah satu dapatan fakta dan undang-undang yang betul. Pada masa yang sama Perayu sebagai pemegang lesen, mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap Peraturan-Peraturan Subsidiari di bawah Akta Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (Akta 582), Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (Pelesenan adalah dipatuhi). Perintah Lembaga Minyak Kelapa Sawit Malaysia (SES) (Buah Kelapa Sawit) 2007 [P.U (A) 200/2007] juga merupakan salah satu peraturan-peraturan subsidiari di bawah Akta 582. Maka, ia menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memastikan ianya dipatuhi. Berasaskan alasan-alasan di atas saya mendapati, Puan Majistret membuat dapatan yang betul apabila merumuskan oleh kerana lesen MPOB No. 503718-502000 iaitu eksibit P16 telah dikeluarkan kepada Koperasi Rancangan Tanah Sungai Sungkai Mati Hilir Perak Berhad (Koop Kaw 217) iaitu OKS, la tidak dikeluarkan atas nama pemilik tanah sendiri. Oleh yang demikian saya berpendapat OKS di sini ialah pengeluar buah kelapa sawit, maka bayaran SES ini mestilah dibuat. Jika lesen dikeluarkan atas nama pemilik tanah, bayaran SES 13 43) 44) tidak akan dikenakan melainkan jika jenis lesen itu adalah lesen kategori estet iaitu keluasan tanah melebihi 40.46 hektar. Puan Majistret seterusnya menekankan dalam perenggan 6, Perintah SES tersebut menyatakan; Pengecualian ses 6. Perenggan 3 tidak terpaksa kepada pengeluar buah kelapa sawit yang berikut (a) mana-mana skim tanah kerajaan yang ditanam dengan kelapa sawit yang peneroka atau peserta ditempatkan di tanah tersebut; Atau (b) mana-mana kebun kecil kelapa sawit yang dimiliki oleh individu tetapi diurus dan dikawal oleh agensi-agensi kerajaan. Puan Majistret berpendapat perenggan di atas telah menyatakan kumpulan yang tidak dikenakan ses. Melihat kepada perenggan (b), telah dinyatakan dengan jelas walaupun tanah dimiliki oleh individu tetapi diurus dan dikawal, memberikan pengertian bahawa tidak semestinya pengeluar itu memiliki tanah tetapi cukup sekadar mengurus dan mengawal. Ini bermakna walaupun satu-satu pihak itu bukan pemilik tanah tetapi hanya sebagai agensi yang mengurus, mengawal selia tanah, adalah tertakluk kepada Perintah SES dan sekiranya agensi itu adalah agensi kerajaan maka pengecualian SES diberikan. 14 45) Puan Majistret seterusnya mendapati dalam kes ini, tanah-tanah adalah dimiliki oleh 179 individu dan OKS hanya memiliki 25 lot tanah yang berkeluasan 37.78 hektar (sebenarnya OKS hanya mempunyai 13 Lot pada masa Jun 2007 sehingga Junn 2008). OKS adalah sebuah Koperasi yang berdafiar di bawah fungsi pelandagan untuk menjalankan aktiviti pembangunan dan pengurusan tanah pertaniah. 46) Puan Majistret seterusnya merujuk kepada seksyen 2 dan 9 Akta Koperasi 1993 yang memperuntukkan; Seksyen 2 “Koperasi” ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta ini; Seksyen 9 Koperasi hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan 9. Pendaftaran sesuatu Koperasi hendaklah menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang di bawahnya ia didaftarkan, yang kekal turun-menurun dan mempunyai material perbadanan, dan dengan kuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih, membuat kontrak, memulakan dan membela guaman dan prosiding undang-undang yang lain dan membuat segala benda yang perlu bagi maksud yang baginya ia ditubuhkan. 47) Berasaskan peruntukan-peruntukan di atas Puan Majistret membuat dapatan bahawa ianya jelas menunjukkan OKS merupakan suatu 15 48) 49) 50) entiti yang boleh berdiri dengan sendiri seperti mana sebuah syarikat. Oleh demikian OKS adalah pengeluar kelapa sawit seperti mana tergolong dalam perenggan 2, Perintah SES 2007. Saya bersetuju dengan dapatan Puan Majistret. Dalam kes Lembaga Minyak Sawit Malaysia v Arunamari Plantations Sdn Bhd & Ors and another appeal [2015] 4 MLJ 701 yang telah menghuraikan panjang lebar Perintah SES ini, dan hanya menyenaraikan beberapa buah Koperasi sahaja untuk pengecualian. Saya bersetuju dengan dapatan Puan Majistret bahawa pengecualian tersebut tidak terpakai kepada semua Koperasi dan begitujuga dengan tanah skim kerajaan di mana suatu pengecualian automatik, seperti mana Perayu dalam kes ini. Setelah meneliti kes Arunamari [supra] saya bersetuju dengan dapatan Puan Majistret bahawa prinsip yang dihuraikan dalam kes Arunamari lebih kepada isu keesahan Perintah SES 2007, dan ia juga turut membincangkan sama ada Menteri mempunyai kuasa untuk membuat Perintah yang sedekemikian. Walaupun Mahkamah Persekutuan menyentuh takrifan pengeluar kelapa sawit yang memiliki pegangan kelapa sawit yang tidak kurang daripada 40.46 hektar dikehendaki membayar Lembaga Minyak Sawit Malaysia SES tetapi Mahkamah Persekutuan tidak menentukan secara khusus dan spesifik siapa itu. pengeluar buah kelapa sawit. Ia juga tidak menyatakan dengan jelas atau spesifik siapa pengeluar kelapa sawit itu apatah lagi membincangkannya dengan lebih khusus. Berasaskan alasan-alasan di atas saya bersetuju dengan dapatan Puan Majistret bahawa elemen pertama telah dibuktikan oleh pihak 16 51) 52) 53) 5A) pendakwaan yang mana OKS adalah merupakan pengeluar kelapa sawit yang mesti membayar SES. Saya menekankan bahawa ujian di akhir kes pihak pendakwaan adalah satu kes Prima Facie berdasarkan pernilain maksima ke atas keterangan pihak pendakwaan. Keterangan pihak pendakawaan hendaklah diteliti secara rapi dan selepas suatu penilaian rapi di buat sekiranya mahkamah mendapati wujudnya sebarang keraguan mahkamah hendaklah memutuskan pihak pendakwaan gagal mengemukakan suatu kes prima facie. Berbalik kepada kes ini saya mendapati Puan Majistret setelah membuat penilaian maksima ke atas keterangan pihak pendakwaan, setelah meneliti kes pihak pendakwaan secara rapi Puan Majistret memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya mengemukakan suatu kes ke atas OKS sebagaimana pertuduhan. Saya mendapati tiada kekilafan dari segi fakta dan undang-undang dengan dapatan Puan Majistret tersebut. Saya juga mendapati isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak Peguam dalam hujahan bertulisnya adalah isu-isu sampingan dan saya bersetuju dengan justifikasi Puan Majistret yang menolak isu-isu tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam _ alasan penghakimannya. Kedudukan undang-undang adalah mantap mana-mana peruntukkan undang-undang yang jelas maksudnya hendaklah ditafsirkan secara literal untuk mencapai objektif peruntukan tersebut. Di dalam pembelaan OKS nyatakan mereka enggan menjelaskan bayaran SES tersebut atas alasan OKS merupakan kumpulan yang 17 55) 56) diberi pengecualian. Daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan, jelas bahawa tiada pengecualian diberi oleh MPOB kepada Perayu. Surat D26 hanyalah satu surat sokongan semata-mata. Saya juga bersetuju dengan dapatan Puan Majistret berasaskan OKS adalah sebuah Koperasi, OKS sepatutnya membawa isu bayaran SES ini kepada mesyuarat Agong _ perserta-perserta/ahli-ahli untuk diputuskan. Ahli Lembaga Pengarah OKS tidak wajar membuat keputusan sendiri dengan tidak membuat bayaran atas alasan OKS tidak memiliki keluasan tanah 40.46 hektar tersebut. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan daripada Mahkamah Rendah tidak dengan mudah akan mengubah dapatan fakta yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Seksyen melainkan terdapat sebab wajar untuk berbuat demikian [Kes Herchun Singh & Ors v PP [1969] 1 MLRA 382 dan kes PP v Muhamad Nasriq Abdullah (2015] 7 LNS 393]. Setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan yang dikemukakan, saya mendapati Puan Majistret telah membuat dapatan yang betul dari segi fakta dan undang-undang apabila mendapati Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes di luar keraguan yang munasabah ke atas Perayu dan mendapati pihak pembelaan telah gagal untuk membangkitkan keraguan yang muhasabah. Saya mendapati sabitan ke atas Perayu adalah selamat. 18 57) Ekoran itu saya memutuskan tiada merit dalam rayuan OKS dan sabitan ke atas OKS adalah teratur dan selamat. YA DATO’ MAJ AZID BI JI MUSTAFA HAKIM JENAYAH 5 MAHKAMAH TINGGI SHAH ALAM 30 MAC 2020 Pihak-pihak Pihak Perayu: En Shahrul Nizam Bin Azwir daripada Tetuan Amin, Nizam & Rohani Pihak Responden: Tuan Mahadhir Bin Mohd Khairudin, Timbalan Pendakwa Raya daripada Kamar _ Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor 19